Jumaat, 27 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tun Mahathir Dedah 29 Rahsia Mengejutkan Tentang 1MDB - Tranungkite

Posted: 27 Mar 2015 08:00 PM PDT

11Akhirnya Tun Mahathir sendiri bersuara tentang isu 1MDB yang penuh konspirasi… 



Bukan apa, sebab ia melibatkan duit berbilion ringgit yang lesap entah ke mana… Dan jangan kata ini tidak kena mengena dengan kita kerana penjamin untuk semua pelaburan meragukan itu ialah KERAJAAN MALAYSIA.. Kita semua wajib tahu… 

Hari ni Tun Mahathir (bukan pihak pembangkang) dedahkan kepincangan dalam 1MDB…KREDIT CHEDET.CC.

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum 'due diligence' dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya? 13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura.



Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia? 14.

Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini.

Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit. 15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini.

Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB 16.

Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB?

Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang.

Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah? 17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi. 18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa.

Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli.

Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan. 19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond. 20.

Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan! 21.

Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%. 22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit.

Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar. 23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini.

Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual. 24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar.

Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini. 25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi.

Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu.

Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain.

Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!! 26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang.

Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah. 27.

Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura. 28.

Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB. 29.

Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi.

Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

 


Kerengga

Kaki Seks Akan Membanjiri Kelantan Jika Hudud Dilaksana’ – Datuk Noor Farida By canang

Posted: 27 Mar 2015 07:30 PM PDT

 
Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negeri Kelantan masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.

"Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.
"Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. 
 
Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatkan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya.

Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.

"Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana… dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," tegasnya lagi.

Sementara itu beliau berkata, dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah juga tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan.

"Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya lagi.

Tambah Noor Farida untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.
"Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.

"Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya.

"Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.

Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.

Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.

Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.

Khairy: Laporan TMI isu hudud 'biadap'

Posted: 27 Mar 2015 07:00 PM PDT

 
 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap sebuah portal berita yang dikata menyiarkan laporan palsu mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud.

Khairy menyifatkan laporan portal berita The Malaysian Insider (TMI) itu tidak bertanggungjawab dan biadap.

Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis bagi menafikan penyiaran sebarang kenyataan berhubung pendirian Majlis Raja-Raja dalam isu hudud.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berkata laporan dibuat di balai polis Jalan Travers itu bagi menegaskan apa yang disiarkan dan diterbitkan adalah tidak benar dan bukan dikeluarkan oleh pejabat berkenaan.

Khairy berkata SKMM perlu segera mengambil tindakan tegas ke atas portal ini kerana ia menyentuh kredibiliti Majlis Raja-Raja yang menjadi simbol dan payung agama Islam di negara ini.

"Kegagalan SKMM membawa kes berkenaan ke mahkamah dikhuatiri akan menjejaskan nama baik Majlis Raja-Raja," katanya.

Beliau berkata walaupun Pemuda Umno menyokong penuh kebebasan media namun kebebasan itu perlu ada batas dan bukan mutlak.

Tindakan keras sebagai pengajaran

Sementara itu, Pemuda Umno hari ini meminta SKMM mengambil tindakan tegas terhadap TMI berhubung laporan kononnya Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan meminda perlembagaan persekutuan berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Pengarah kanan komunikasi strategik SKMM Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abd Rahman menerima laporan aduan yang diserahkan Pengerusi Biro Media Baru Pemuda Umno, Ibdilillah Ishak, di SKMM di Cyberjaya.

Ibdilillah berkata berikutan penafian Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berhubung laporan tersebut, SKMM seharusnya mengenakan tindakan sekeras-kerasnya terhadap TMI sebagai pengajaran kepada portal-portal lain agar tidak memprovokasikan isu berkaitan Raja-raja Melayu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu, ia bukan kali pertama TMI melakukan fitnah malah portal itu sebelum ini telah seringkali memohon maaf setelah melaporkan berita palsu.

Beliau turut menyokong kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, semalam yang mahu SKMM menyiasat laporan berita portal itu.

Katanya, Pemuda Umno berharap saranan menteri tersebut membantu dalam usaha mendesak SKMM melakukan siasatan dan mengambil tindakan segera ke atas TMI.

- Bernama

 

"Penculikan" Hishamuddin Rais Salah Disisi Undang-Undang - Cipan, Tapir & Tenuk

Posted: 27 Mar 2015 06:30 PM PDT

Bhai/DeeDee semua...


Walaupun seseorang itu ingin ditahan atas mana-mana Akta Hasutan, Akta OSA, Akta ISA atau mana-mana Akta berkait dengan Kanun Keseksaan, suspek perlulah ditahan mengikut lunas undang-undang dan mengikut tatacara penahanan.... Tiada cara lain melainkan itulah caranya yang dibenarkan oleh undang-undang....

Selama gua berkhidmat 23 tahun dengan Agensi (skrang sudah "pencen"), gua tidak pernah membaca atau tahu ader mana-mana peruntukan yang membolehkan penahanan seseorang suspek secara penculikan (melainkan dalam kes "Black Ops")... Malah dalam banyak kes yang ader selama nih takder pon cara camnie...  Bukan sajer kat Agensi... malah kengkawan kat Jabatan E Bukit Aman pon takder buat camnie...

Untuk itu pada pandangan perundangan yang gua ader, tindakan beberapa anggota PDRM yang berpakaian preman menahan secara "menculik" aktivis yang bernama Hishamuddin Rais pada hari ini adalah sesuatu yang diluar daripada norma biasa dan ini pastinya akan mengundang masalah dari segi undang-undang... Teknik penahanan ini adalah tidak sah dan peluang untuk Hishamuddin Rais menyaman PDRM, Ketua Polis Negara, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia aderlah besar.... SOP maner yang diorang pakai nih???

Gua tak tau aper yang ader dalam kepala anggota yang terlibat... dan siapa pegawai atasan yang cukup "BANGANG" untuk mengarahkan tindakan menahan suspek secara "menculik" .... Sebab setiap orang yang ingin ditahan perlulah dinyatakan hak-hak mereka dan anggota yang terlibat dalam proses penahanan perlulah memperkenalkan diri terlebih dahulu...

Walau aper pon alasan yang mungkin akan keluar dari mulut KPN, gua tetap berpandangan taktik penahanan ala penculikan ini cukup bahaya diamalkan di Malaysia kerana ianya secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat selepas ini akan memandang remeh kepada mana-mana penculikan walaupun berlaku didepan mata kerana mereka menyangka ianya aderlah tindakan pihak PDRM semata-mana waima ianya dilakukan oleh penjenayah...

Kepada anggota dan pegawai yang terlibat dan memberikan arahan.... tindakan lu orang memalukan sama sekali semua anggota yang lain..... Sungguh.... gua pon malu ...... so lu orang tunggu la lepas nih saman dari Hishamuddin Rais..... gua percaya dier pasti akan saman lu orang....

46 HARI ANWAR DI SUNGAI BULOH, SIAPA YANG TERTANGKAP?

Posted: 27 Mar 2015 06:00 PM PDT

SENARAI kes penangkapan sehingga 27 Mac 2015, hari ke-46 Anwar Ibrahim dipenjarakan

5 Feb 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai JAKIM di Twitternya pada 9 Jan 2015. Eric Paulsen ditahan polis pada 10 Jan 2015.

11 Feb 2015: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque ditahan polis berhubung tulisan di Twitternya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Zunar disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

19 Feb 2015: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan ditahan polis di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan yang didakwa berbaur hasutan di internet berkaitan keputusan kes mahkamah Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari 2015.

20 Feb 2015: Aktivis Lawrence Jeyaraj ditahan polis berhubung tulisan di Laman Facebook miliknya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Lawrence Jeyaraj disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

21 Feb 2015: Aktivis Adam Adli Abdul Halim ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

21 Feb 2015: Pemimpin NGO JIngga 13 Fariz Musa ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

22 Feb 2015: Ketua AMK Nik Nazmi ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Akta Perhimpunan 2012 kerana Himpunan #KitaLawan pada 21 Feb 2015.

7 Mac 2015: Ketua AMK Kelana Jaya Saifullah Zulkifli ditahan polis sejurus selepas perhimpunan #KitaLawan di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

8 Mac 2015: Ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307. Nik Nazmi ditahan bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Nik Nazmi ditahan dua hari dan dibebaskan jam 8.20 malam pada 10 Mac 2015.

10 Mac 2015: Setiausaha Agung KEADILAN Rafizi Ramli ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat aduan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Rafizi ditahan jam 7 malam bagi siasatan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman. Beliau dibebaskan dengan jaminan polis jam 9.10 malam selepas keterangannya diambil.

10 Mac 2015: Pemimpin NGO Jingga 13 Fariz Musa ditahan polis susulan penglibatannya dalam Himpunan 307, di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

11 Mac 2015: Bendahari Pemuda PAS, Fakhrul Razi Mokhtar ditahan polis kerana menyertai perhimpunan #KitaLawan pada 3 Mac 2015. Beliau yang juga Sekretariat #KitaLawan ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung perhimpunan #KitaLawan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

14 Mac 2015: Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan polis serta-merta sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berkaitan penyertaannya dalam demonstrasi #KitaLawan di ibu kota pada 7 Mac 2015. Teo Kok Seong disoal siasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

14 Mac 2015: Aktivis Adam Adli ditahan polis selepas terlibat dalam Himpunan Kita Lawan di depan Sogo Kuala Lumpur.

14 Mac 2015: Aktivis BERSIH Mandeep Singh ditahan polis selepas terlibat dalam Himpunan Kita Lawan di depan Sogo Kuala Lumpur.

16 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah ditahan polis serta-merta sebaik beliau hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu beliau mewakili Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim membaca ucapan perbahasan Titah Diraja pada 10 Mac 2015. Nurul Izzah disoal siasat di bawah Akta Hasutan.

17 Mac 2015: Aktivis S Jayathas ditangkap polis dan disiasat di bawah Kanun Keseksaan berhubung Himpunan #KitaLawan.

20 Mac 2015: Naib Presiden KEADILAN Tian Chua ditahan di Lokap Jinjang dan disiasat di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkenaan Himpunan #KitaLawan.

20 Mac 2015: Ketua Pemuda PSM Bawani KS disiasat berkenaan Himpunan #KitaLawan dan dibebaskan pada hari yang sama.

20 Mac 2015: Aktivis mahasiswa Fahmi Zainol disiasat berkenaan Himpunan #KitaLawan dan dibebaskan pada hari yang sama.

22 Mac 2015: Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen ditangkap buat kali kedua di bawah Akta Hasutan setelah mengeluarkan kenyataan mengenai Hudud di Twitternya.

23 Mac 2015: Peguam hak asasi manusia Michelle Yesuda dimaklumkan oleh polis akan disiasat berhubung kenyataan di twitternya mengenai ancaman bunuh dan rogol terhadap penyampai stesen radio BFM Aisyah Tajuddin yang didakwa menghina hudud.

23 Mac 2015: Setiausaha Publisitii DAP MP Tony Pua disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan di twitternya yang mengandungi frasa kata "Royal my foot" sejurus selepas MP Nurul Izzah ditahan oleh polis pada 16 Mac 2015.

23 Mac 2015: TIga orang staf stesen radio BFM disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung kandungan BFM yang didakwa menghina hudud.

23 Mac 2015: Seramai 80 aktivis dan ahli politik oposisi yang membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya ditangkap polis selepas enam jam berada di situ. Kemudian 3 lagi ditangkap semasa bersolidariti bersama tahanan di luar balai polis. Pada 24 Mac 2015, seramai 29 peserta protes termasuk beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Pada 25 Mac 2015, seramai 25 peserta protes didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling jaya di bawah Seksyen 21(1)(d) Akta Perhimpunan Aman yang dibaca bersama dengan Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

25 Mac 2015: Polis akan memanggil pengarang Roketkini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pada waktu malam 24 Mac 2015, selepas organ rasmi DAP itu berkongsi satu artikel di Twitter menuduh polis menjadi "pak turut" Umno.

26 Mac 2015: Pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Khoo Ying Hooi yang juga kolumnis The Malaysian Insider, ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah atas artikel bertajuk "Who Owns the Police" (Siapa Memiliki Polis) yang muncul dalam portal The Malaysian Insider pada 16 Mac 2015.

27 Mac 2015: 6 orang peserta protes Duduk Bantah secara aman iaitu ADUN Teja Chang Lih Kang, ADUN Simpang Pulai Tan Kar Hing, aktivis Chee Chu Sang, Michael Tamil AL, Gan Zhi Mou dan Yong Ming Chong ditangkap polis pada tengah malam. Selepas ditangkap, salah seorang daripada mereka iaitu Saudara Chee Chu Sang telah terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Lokap. Difahamkan mereka telah ditahan bawah seksyen 186 (menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas) dan 353 (mengguna kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam dari melaksanakan tugas) Kanun Keseksaan.

27 Mac 2015: Setiausaha Agung KEADILAN Rafizi Ramli ditahan di bawah Akta Hasutan berkaitan sebuah pekeliling yang diedar beliau mengenai Himpunan‪#KitaLawan‬28 Mac 2015.
 
 
 

Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya? - Addin

Posted: 27 Mar 2015 05:30 PM PDT

 

Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya.?Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman.

Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.

Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah.

Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew Lubitz #Germanwings http://t.co/u8rSwlkuncpic.twitter.com/khHRpuCWj3— The Independent (@Independent) March 27, 2015

Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya?

Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman.

Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings itu terhempas.

Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis. Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol.

"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan

Posted: 27 Mar 2015 04:45 PM PDT

'Penculikan' aktivis timbulkan kekecohan di perhimpunan anti-GST

Hishamuddin Rais diculik untuk ditangkap?


SOP apa Polis guna ni?.. tangkap tapi nampak macam culik pulak.. enam orang kepung dan tangkap kemudian tutup mulut Hishamuddin dan sumbat dalam kereta lepas tu pecut..

Hisham cerita... he was in a cab. He was followed by a car and some motorbikes. When he got off the taxi, 6 men grabbed him.

One of them dragged him by his chest, covered Hisham's mouth to stop him from shouting. They threw Hisham into another car and took him to Dang wangi.

SOP baru kot?.. culik lepas tu bawa ke Balai, cara menangkap tu nampak macam Hishamuddin ni penjenayah berbahaya, tapi sampai di Balai lain pulak jadinya..

Dibiar melepak dalam Balai saja...


Ni laporan berkaitan..

Kekecohan terjadi malam ini apabila seorang lelaki, yang menurut saksi kelihatan seperti aktivis Hishamuddin Rais, ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Honda Accord berwarna perak ketika dia sedang berjalan menuju lokasi ceramah perdana anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dekat Dataran Merdeka malam ini.


Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishamuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju.

Insiden itu berlaku di persimpangan jalan di Jalan Raja Laut, bertentangan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur City Hall, dekat Dataran Merdeka di tengah bandaraya.

"Dia menghubungi saya tiga minit sebelum insiden itu ketika dia dalam perjalanan ke sini.

"Saya nampak dia berdiri di lampu isyarat apabila ia terjadi.

"Kami sudah hubungi pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan dia kini dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi," kata Mandeep.

Mereka yang berhampiran dan melihat kejadian itu mula menjerit dan mengejar kereta itu tetapi gagal menahannya.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Komunikasi PKR sebentar tadi, beliau ditangkap oleh polis.

"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan di Dataran Merdeka. Beliau kini di IPD Dang Wangi," kata PKR lapor The Malaysian Insider

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishammuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju.


Kekecohan terjadi malam ini apabila seorang lelaki, yang menurut saksi kelihatan seperti aktivis Hishamuddin Rais, ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Honda Accord berwarna perak ketika dia sedang berjalan menuju lokasi ceramah perdana anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dekat Dataran Merdeka malam ini.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh berkata beliau nampak Hishamuddin ditangkap empat lelaki memakai pakaian biasa dan ditolak ke dalam kenderaan itu yang kemudian berlalu pergi dengan laju.




Insiden itu berlaku di persimpangan jalan di Jalan Raja Laut, bertentangan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur City Hall, dekat Dataran Merdeka di tengah bandaraya.


"Dia menghubungi saya tiga minit sebelum insiden itu ketika dia dalam perjalanan ke sini.

"Saya nampak dia berdiri di lampu isyarat apabila ia terjadi.

"Kami sudah hubungi pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan dia kini dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi," kata Mandeep.

Mereka yang berhampiran dan melihat kejadian itu mula menjerit dan mengejar kereta itu tetapi gagal menahannya.

Bagaimanapun, menurut satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan Komunikasi PKR sebentar tadi, beliau ditangkap oleh polis.

"Hishamuddin ditangkap polis di tapak #KitaLawan di Dataran Merdeka. Beliau kini di IPD Dang Wangi," kata PKR. – tmi

PASug Secara Terang Diperbodoh UMNO....?

Posted: 27 Mar 2015 04:15 PM PDT

 
 
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian Majlis Raja-raja Melayu sejak mula lagi. Kaaaahh kaaaaaaahh kaaaaaaaaahh.. 
 
Percaya kepada penyamun dan penyangak inilah akibatnya. Kalau kali pertama kena tipu bermakna UMNO salah , kena tipu yang kedua bermakna apa??

Kan aku dah pesan dari awal... Dalam politik, harus berwaspada licik permainan musuh. 
 
Niat saja tak mencukupi tanpa kemahiran menguruskan upaya politik. Walaupun benar, tapi tanpa penyusunan, strategi dan taktik yg betul membawa kpd kecundang. Susun elok2 dulu, dgr pendapat sesama dalam pakatan... 
 
Tp korang belum apa-apa balas dgn ungkapan kesat, bila tak setuju pendapat aku duk tuding jari aku sekular, barua, munafik, murtad, kafir bagai.. Sekarang??

Adakah PAS bermimpi jika harap perembat dana 1MDB, mak lanun NFC, bapak lanun komisyen Scorpene & siapa jua dalang pembunuhan Altantuya sokong Hudud. 
 
Usah harap mereka yg berkonspirasi menghukum Anwar Ibrahim sekaligus gagal mendatangkan empat saksi yg adil nak sokong Hudud. Usah mimpi!

Makin terbongkar penipuan UMNO dalam isu Hudud. Makin jelas PAS kena tipu kering dek UMNO. 
 
ArwahTok Guru Nik Aziz semasa hayat sebagai Menteri Besar Kelantan Dan Mursyidul Am Pas dengan keras menolak kerjasama dengan UMNO, sebab UMNO tidak ikhlas dalam persahabatan malah tidak jujur dalam berjanji..

Anwar Bukan Lagi Ahli Parlimen, Permohonan Pengampunan Ditolak - DAP Negeri Isytihar Keluar PR.

Posted: 27 Mar 2015 04:00 PM PDT



Sebenarnya aku berpendapat PR secara tidak rasminya sudah terbubar. PR sedang menuju kehancuran 'rumahtangga' dan kini Anwar pula disahkan telah hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen seperti yang dilaporkan oleh portal UMNO.

Baca ;

Menurut Ketua Bahagian Guaman dari Pejabat Peguam Negara, Amarjeet Singh, petisyen permohonan maaf yang telah diberi oleh keluarga Anwar kepada Yang Dipertuan Agong telah ditolak dan dengan ini Anwar tidak lagi menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.
"Pendirian kami ialah keputusan telah dibuat dan perlembagaan telah bercakap dengan sendirinya" katanya kepada pemberita.
Dengan pelupusan petisyen itu, Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu ini. Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon. Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.
Bagaimanapun peguam-peguam Anwar seperti N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar mengatakan mereka masih menunggu pengumuman rasmi dari Lembaga Pengampunan yang akan diumumkan pada hari rabu depan (1 April 2015).
Keputusan itu telah disampaikan kepada peguam Anwar dalam bentuk afidavit yang dikeluarkan oleh Datuk Nursiah Arshad, Ketua Pengarah Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri yang juga salah seorang urus setia Lembaga Pengampunan.
Sumber : The Star.
Rujukan : sini.
Memang timingnya selari aku tengok.
- Anwar gagal memohon pengampunan diraja.
- Anwar hilang kelayakan sebagai MP dan perlu berada dalam penjara untuk 5 tahun.
- PR pula semakin bergolak dan tadi DAP Sarawak isytihar keluar PR kerana isu hudud.
- Semalam TG Haron Din beri gambaran bahawa PAS dan DAP secara teorinya 'sudah tidak bersama/bersatu/berada dalam satu pakatan lagi'.
- DAP pula sibuk dengan kempen 'reject Hadi' dalam PR.
- Kempen itula yang sebenarnya tikam 'Mat Sabu' dari belakang apabila lebih ramai yang sokong Hadi atas sentimen simpati.
- PKR pula semakin tertekan dengan tindakan PDRM ke atas pemimpin2 mereka apabila lebih ramai disiasat atas dakwaan menghasut dengan tangkapan terbaru melibatkan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Apa lagi yang boleh kita fikirkan selain berpendapat bahawa PR sebenarnya sudah 'lupus/hancur'?
Pendapat aku sekarang neh better PAS dan DAP bercerai elok-elok.
Dah tak mampu nak bergerak dalam satu ikatan better gerak asing-asing. Tapi tak perlu convert jadi musuh abadi. Anggap aje sudah tiada persefahaman untuk duduk semeja.
Meskipun berbeza dalam banyak perkara at least bila soal-soal membabitkan kepentingan rakyat jelata, mungkin DAP dan PAS boleh sependapat di parlimen bagi menyuarakan hak rakyat tertindas.
Aku berpendapat PAS dan DAP perlu damage control atau mengurangkan lebih banyak kerosakan yang bakal terbit akibat dari perpecahan ini dengan bercerai cara damai dan elok tanpa membabitkan peranan media. Sekurang-kurangnya masih ada sedikit maruah tersimpan untuk dihormati dari penyokong, ahli dan rakyat untuk parti dia dan parti kamu. Jangan buangkan semua maruah-maruah parti korang untuk dipijak-pijak orang.
Fikir2kan la ek.
 
Ameno World

Terkini - Rafizi Ramli Ditahan Polis

Posted: 27 Mar 2015 09:29 AM PDT



Naib Presiden Rafizi Ramli ditahan polis petang ini berhubung seruannya terhadap anggota PKR supaya menyertai perhimpunan berhubung perhimpunan ‪Kita Lawan‬ esok

Beliau yang juga setiausaha agung PKR ditahan bawah Akta Hasutan di pusat khidmatnya di Pandan.

Beliau kini akan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoalsiasat.

- mkini


Peguam perlu berjuang tanpa gentar atau pilih kasih

Posted: 27 Mar 2015 04:15 AM PDT

Peguam perlu berjuang tanpa rasa gentar atau pilih kasih supaya profesion guaman terus dihormati, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, kredibiliti, maruah dan kewibawaan peguam akan dipersoalkan jika peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka tidak dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur.

"Selain menegakkan undang-undang dan keadilan, peguam juga bertanggungjawab memainkan peranan dalam mentadbir keadilan iaitu badan kehakiman, badan peguam dan pegawai perkhidmatan undang-undang," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, selepas berkenan menerima kunjungan mengadap pengerusi dan ahli jawatankuasa Badan Peguam Perlis (BPP) penggal 2015/2016 di bilik VIP Kompleks Makanan Laut Kuala Perlis, dekat sini, hari ini. Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh pengerusi BPP, Ahmad Zaini Samsudin, wakil BPP ke Majlis Peguam Malaysia, Siti Hajar Ahmad serta ahli BPP yang terpilih dalam mesyuarat agung pada 12 Februari lepas.

Menurut baginda perilaku peguam sentiasa diperhati kerana selain mewakili anak guam mereka adalah pegawai mahkamah yang mempunyai peranan khas khususnya membuat keputusan dengan penuh pengetahuan, bebas dan dengan naluri keadilan.

"Badan Peguam antara profesion tertua. Tugas anda berat dan sukar, mungkin dilaksanakan dalam tekanan, halangan dan godaan namun anda harus membuktikan melaksanakannya dengan penuh wibawa dan bebas.

"Sistem keadilan kita tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa komitmen ikhlas setiap ahli sama ada badan kehakiman atau badan peguam yang mendukung Kedaulatan Undang-Undang.

"Oleh itu badan peguam hendaklah berpendirian teguh bahawa kemajuan dan perkembangan masyarakat hanya dapat dicapai seiring dengan pembangunan ekonomi, kewujudan undang-undang yang wajar dan sistem keadilan tiada cacat celanya," titah Tuanku Syed Faizuddin.

BPP, yang ditubuhkan pada 14 Mac 2013, mempunyai 60 ahli namun hanya 38 orang mengamalkan khidmat guaman di Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Lailatul Shahreen juga berkenan memotong kek ulang tahun kedua penubuhan BPP di akhir majlis itu. – Bernama, 26 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

EKONOMI MALAYSIA HARI INI APA KOMEN YANG ANDA AKAN BERI PADA 3 ORANG NI???

Posted: 27 Mar 2015 03:30 AM PDT


'𾆐 EKONOMI MALAYSIA HARI INI 𾆑 APA KOMEN YANG ANDA AKAN BERI PADA 3 ORANG NI???'

Soal Jawab Agama Siri 29 (Isteri Derhaka, Isteri Solehah, Siapa Wanita Ahli Syurga dan Pahala Wanita Tinggal di Rumah)

Posted: 27 Mar 2015 02:30 AM PDT

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh  

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم      


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.     

Sahabat yang dirahmati Allah,  
Soal Jawab Agama Siri 29 adalah menjawab persoalan ciri-ciri isteri derhaka (nusyuz), ciri-ciri isteri solehah, siapakah yang layak memasuki syurga dan pahala wanita yang tinggal dirumah.

441. Soalan : Di dalam kehidupan masyarakat modern  hari ini terdapat ramai isteri  yang derhaka (nusyuz) kepada suaminya. Bolehkan ustaz terangkan apakah ciri-cirinya isteri derhaka.   Jika dilihat berdasarkan hukum feqah terdapat 9 ciri-ciri isteri derhaka (nusyuz) :  

Pertama : Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya. 

Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Isteri perlu meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya).  

Peristiwa ini pernah berlaku dizaman Rasulullah SAW apabila seorang suami tidak membenarkan isterinya keluar rumah tanpa izinnya semasa beliau bermusafir. Walaupun kematian ayah wanita tersebut, Nabi SAW tidak membenarkan wanita itu keluar rumah untuk menziarahi jenazah ayahnya. Oleh kerana ketaatan wanita ini maka Nabi SAW menjelaskan bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosa ayah wanita tersebut.  

Kedua : Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak .  
Jika diizinkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.    

Ketiga : Menyakiti hati suami .

Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar. Ibnu 'Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya." 

Keempat : Tidak menyerahkan diri pada suami ketika suami hajat bersama.  

Ketika suami berhajat kepadanya dia engan melayan hajat suaminya tanpa ada keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau tak ada keinginan bukan alasan yang menasabah.  

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam maksudnya : "Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan keperluannya.  Keenam : Isteri membuat fitnah kepada suaminya.

Isteri cuba memfitnah atau mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu. atau isteri menuduh tanpa bukti yang sahih bahawa suaminya ada perhubungan dengan wanita lain.

Ketujuh : Isteri minta cerai tanpa alasan yang dibenarkan syarak. 

Jika isteri meminta cerai kerana alasan suami berhajat berpoligami.bukanlah alasan yang syrie. Sabda Rasulallah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)  Kelapan : Isteri merahsiakan perhubungannya dengan lelaki lain.

Isteri selalu chatting, talipon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya kepada lelaki yang bukan mahramnya.  

Kesembilan: Puasa sunat tanpa keizinan suami dan memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya.  

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang bermaksud : "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Walaupun lelaki yang datang kerumah isteri tersebut adalah terdiri daripada mahramnya. Tetapi jika suami tidak ada halangan di atas kehadiran mereka tidak menjadi masaalah .

442. Soalan : Jika isteri derhaka (nusyuz) apakah tindakan yang patut di ambil oleh suami untuk mendidik isterinya supaya taat kepada suami?  

Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama. Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.  

Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya. Jalan terakhir apabila suami sudah tidak berkemampuan menasihati isterinya adalah menceriakannya dengan talak satu. Jika isteri sudah ada tanda-tanda berubah maka bolehlah rujuk semula.  

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya : "Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)." (Surah an-Nisa ayat 34)

443. Soalan : Untuk menjadi isteri yang solehah apakah perbuatan atau ciri-ciri  yang patut dilakukan oleh isteri terhadap suaminya?  

Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami.

Isteri dilarang meninggikan suara kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya.    

Para isteri wajiblah mentaati suaminya dan menjaga kehormatan diri di belakang suaminya. Berdosa besar apabila seorang isteri menderhaki suaminya, begitu juga haram seorang wanita yang telah bersuami bercinta dengan lelaki lain melalui facebook atau talipon bimbit.

Jauhkan diri kalian daripada menjadi isteri nusyuz kerana isteri nusyuz tidak akan mencium bau syurga.   Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu Wa Ta'ala terhadap isteri yang solehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anha yang bermaksud : "Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga." (Hadis riwayat at-Tirmidzi )

444. Soalan :  Apakah ciri-ciri atau amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke dalam syurga?  

Terdapat 15 ciri-ciri dan amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke syurga : 

1. Bertakwa.


 Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertakwa sebagaimana firman-Nya: "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa". ( Surah Aali Imran : Ayat 133 )

  2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya.  

Beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.    

Firman Allah SWT maksudnya : " … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar."  (Surah an-Nisaa' ayat 13)

 3. Percaya rukun Islam dan mengamalkannya.    

Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.

4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri .

Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya:"Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah."(Hadis Riwayat Thabrani)   Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :"Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah."(Hadis Riwayat Muslim)

 5.  Bersifat Ihsan.   Ihsan bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

6. Ikhlas kepada Allah SWT   Beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir Allah SWT serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.  

8. Berbuat baik (ihsan)  dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.  

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.  

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.  

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.  

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, berbohong, mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba dan menjadi saksi palsu .

 13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

 14. Berbakti kepada kedua orang tua.(dengan mendapat keizinan suaminya)

 15.Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan yang jauh

445. Soalan : Jika suami keluar rumah untuk mencari nafkah, berjihad , berdakwah dan solat berjemaah dimasjid akan mendapat pahala yang besar disisi Allah SWT, bagaimana pula wanita yang duduk dirumah menjaga harta suami, menjaga kehormatan diri, mendidik anak-anak dirumah adakah wanita juga mendapat pahala yang sama seperti kaum lelaki?    

Allah 'Azza wa Jalla berfirman

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً"

Dan hendaklah kamu tetap tinggal di rumah-rumah kalian dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu. Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (Surah al-Ahzab ayat 33). 


Diriwayatkan dari Anas bin Malik, dia mengatakan

جئن النساء إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلن: يا رسول الله، ذهب الرجال بالفضل والجهاد في سبيل الله تعالى، فما لنا عمل ندرك به عمل المجاهدين في سبيل الله؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من قعد -أو كلمة نحوها -منكن في بيتها فإنها تدرك عمل المجاهدين  في سبيل الله".

"Seorang wanita datang menemui Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kemudian berkata : "Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah. Apakah bagi kami kaum wanita boleh mendapatkan amalan orang yang jihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda : " Barangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya  maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah." (Lihat Tafsir Al Quran Al 'Adzim surat al-Ahzab ayat 33)

Eropah terkejut, pesawat disyaki sengaja dihempas

Posted: 27 Mar 2015 01:45 AM PDT

 
 

Berada sendirian di dalam kokpit pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings, pembantu juruterbang Andreas Lubitz secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat itu terhempas di kawasan pergunungan di Perancis.

Itu adalah penemuan yang diumumkan semalam oleh pendakwa Marseilles, Brice Robin, yang ditugaskan menyiasat kes membunuh diri selepas penerbangan yang membawa 150 orang itu terhempas ketika dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Barcelona.

Menggelarkannya sebagai "peristiwa yang paling dahsyat" dalam sejarah penerbangan Lufthansa, pengerusi syarikat induk Germanwings, Carsten Spohr berkata syarikat itu "terkedu" dengan apa yang berlaku itu.

Robin berkata siasatan berubah apabila ia jelas menunjukkan bahawa nahas itu adalah akibat tindakan Lubitz untuk menghempaskan pesawat itu.

Bernafas seperti biasa, Lubitz tidak memberi respons ketika ketukan pada pintu kokpit yang dikunci itu semakin kuat, penggera kecemasan mula berbunyi apabila pesawat itu hampir terhempas. Dia juga berdiam diri walaupun pelbagai percubaan dari pengawal trafik udara untuk mendapatkan maklumat.

Kemungkinan juruterbang keluar dari kokpit untuk ke tandas apabila pintunya dikunci secara automatik, kata Robin. Orang di dalam kokpit perlu menekan butang untuk membuka semula pintu itu.

Lubitz juga mungkin telah menekan butang untuk mengunci pintu ketika juruterbang cuba masuk semula ke kokpit, kata Spohr.

Pesawat itu mempunyai dua kod akses di pintu kokpit, satu yang biasa dan satu lagi kod langkau untuk membolehkan krew masuk dari luar sekiranya tiada respons dari dalam kokpit. Tetapi kod langkau itu boleh disekat dari dalam kokpit.

Menurut fail audio  selama10 minit pesaat itu menurun, seolah-olah kebanyakan penumpang tidak menyedari bahawa ada sesuatu berlaku sehingga sejurus sebelum pesawat itu terhempas, apabila ketukan pada pintu semakain kuat dan terdengar bunyi jeritan dari dalam kabin.

Tidak ada tanda-tanda bahawa nahas itu akibat serangan pengganas, kata Robin, sambil menambah bahawa tindakan itu seolah-olah perbuatan membunuh diri tetapi tidak boleh disifatkan sebagai membunuh diri apabila membabitkan begitu ramai mangsa lain.

Namun, motif  Lubitz masih tidak jelas. Terdahulu, pihak berkuasa Jerman mengesahkan kepada dpa bahawa Lubitz berasal dari Montabaur di Rheinland-Pfalz, berhampiran Frankfurt, dan pihak berkuasa bandaraya Dusseldorf mengesahkan Lubitz berusia 27 tahun, dan bukannya 28 tahun seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Lubitz mula bertugas dengan Germanwings pada bulan September 2013 dan mempunyai 630 jam pengalaman penerbangan.

Pihak berkuasa Jerman menjalankan pemeriksaan latar belakang Lubitz dan tidak menjumpai apa-apa yang luar biasa, kata Menteri Dalam Negeri Thomas de Maizière.

Rumah Lubitz di Dusseldorf telah diperiksa dalam usaha pihak berkuasa mencari petunjuk terhadap motif nahas tersebut.

De Maizière berkata rekod perisikan, pangkalan data polis kebangsaan dan rekod Lufthansa sendiri telah disemak sejurus selepas kemalangan itu, tetapi tidak ada maklumat penting ditemui.

"Kami memeriksa seluruh anak kapal dan penumpang untuk tanda-tanda keganasan atau sebarang kebimbangan keselamatan yang lain, dan hasilnya adalah negatif," katanya.

Keluarga Lubitz dan keluarga juruterbang telah berlepas ke Perancis dan telah dimaklumkan mengenai penemuan pendakwa itu. Keluarga mangsa, yang kebanyakannya berkumpul pada sebelah petang di satu tempat berdekatan lokasi kemalangan itu, juga telah dimaklumkan mengenainya.

Canselor Jerman Angela Merkel dan Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy, pemimpin kedua-dua negara mangsa nahas itu, berkata mereka terkejut dengan apa yang telah berlaku.

"Saya amat terkejut dengan berita tersebut," kata Merkel, sambil menambah bahawa tidak ada penjelasan untuk tragedi itu. "Ia melampaui apa-apa saya dapat bayangkan."

Banyak penemuan datangnya dari fsalah satu daripada dua kotak hitam pesawat, yang mengandungi perakam suara. Ia ditemui di lokasi kemalangan, di mana serpihan pesawat itu bertaburan meliputi kawasan empat hektar di pergunungan terpencil di selatan Perancis itu.

Pihak berkuasa masih mencari kotak hitam kedua yang mengandungi perakam data penerbangan. Presiden Perancis Francois Hollande berkata selongsong yang rosak teruk yang ditemui pada hari Rabu tidak mengandungi peranti itu.

"Kerja-kerja mencari amat sukar, kawasan itu berbahaya, ia sangat curam dan licin," kata ketua pasukan penyelamat gunung, Olivier Cousin, kepada dpa.

Pegawai dari Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat menawarkan bantuan agensi itu kepada penyiasat Eropah untuk mengumpulkan maklumat mengenai kemalangan itu.

Penyiasat dari Perancis, Jerman dan pasukan polis Interpol antarabangsa sudah berada di kawasan kemalangan itu.

- dpa

Lembaga Pengampunan lupus petisyen keluarga Anwar

Posted: 27 Mar 2015 01:00 AM PDT

 
 
Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April.

Pergelutan di protes duduk, 6 aktivis ditahan

Posted: 27 Mar 2015 12:15 AM PDT

 
Polis telah menahan enam aktivis, termasuk dua wakil rakyat, yang telah menganjurkan protes duduk berhampiran Dataran Merdeka.

Dua wakil rakyat itu ialah ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan ADUN Teja, Chang Lih Kang.

Ia ekoran berlaku pergelutan dengan anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang cuba untuk menurunkan kain rentang yang menggesa pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
 
 Semasa insiden itu, yang berlaku pada kira-kira jam 12.30 tengah malam, beberapa aktivis dibawa ke seberang jalan sebelum dimasukkan ke dalam kenderaan polis.

Malam tadi, DBKL telah memberi amaran kepada aktivis di situ supaya beredar menjelang tengah malam tadi. Protes duduk itu bermula pada 21 Mac.

Sebaliknya, aktivis berkenaan menghantar mesej menggesa para penyokong datang ke situ untuk membantu melindungi kain rentang dan peralatan perkhemahan.

Jurucakap Kita Lawan, Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini, sekiranya dihalau dari situ, mungkin esok mereka akan kembali dengan kain rentang yang lebih besar.

 


Dua malam lalu, Kita Lawan telah mengantung kain rentang besar di persimpangan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak.

Ia telah dibuang pagi semalam. Kita Lawan kemudian menggantung kain rentang yang lebih besar malam tadi.

" BILA DAH KANTOI GST SEBABKAN RAKYAT BAWAHAN TERBEBAN, AHMAD MASLAN BUAT U-TURN " - tikaq buloh

Posted: 26 Mar 2015 11:30 PM PDT






Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, perniagaan kecil atau tidak mencapai nilai jualan RM500,000 tidak akan dikenakan GST, sekali gus memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk membeli barangan di kedai-kedai berskala biasa.

"Jadi apa yang hendak dirisaukan oleh orang biasa kerana GST kebanyakannya melibatkan orang kaya. Banyak kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, sektor kewangan, sistem pengangkutan, eksport dan barang makanan tidak dikenakan GST.

"Malah, pelbagai manfaat lain bakal diperoleh sekiranya GST dilaksanakan termasuk berlakunya penurunan harga barangan serta pengurangan kos perniagaan apabila pengilang dan pemborong sudah boleh membuat tuntutan daripada kerajaan," katanya ketika berucap dalam majlis taklimat GST dan isu-isu semasa kepada pemimpin pembangunan masyarakat di sini hari ini.

Ahmad berkata, GST merupakan langkah kerajaan menyusun semula struktur pencukaian negara supaya lebih cekap dan telus sekali gus mampu mengurangkan kerenah birokrasi, selain mengelak kejadian individu yang suka 'lari cukai'.

Tambahnya, pelaksanaan itu juga mampu memberi hasil atau pulangan lebih baik kepada negara, seterusnya dapat disalurkan kepada usaha menjana pembangunan negara dan membantu golongan yang memerlukan.

Selain itu katanya, GST dilihat sebagai salah satu mekanisme terbaik dalam merancakkan sektor pelancongan dan meningkatkan ekonomi negara apabila pelancong ketika ini membeli barangan di negara ini dengan kadar lebih murah.

"Tiga bulan sebelum GST dilaksanakan, kerajaan akan mengedarkan risalah panduan kepada pengguna yang akan memapar atau menyenaraikan nilai perbezaan terhadap harga barangan selepas GST berbanding harga terdahulu," katanya. Utusan Malaysia