Khamis, 26 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PKR arah ahli hadiri perhimpunan Kita Lawan

Posted: 26 Mar 2015 10:45 PM PDT


 

PKR telah mengarahkan pemimpin parti itu supaya menggerakkan anggotanya untuk menghadiri perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur Sabtu ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata PKR komited sepenuhnya terhadap perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh pelbagai NGO.

PKR, katanya, berharap semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya menyertai perhimpunan itu untuk menyuarakan hak mereka sebagai rakyat.

Katanya, PKR juga berharap pihak berkuasa tidak cuba menghalang hak mereka untuk berhimpun secara aman.

Rafizi berkata, perjuangan Kita Lawan adalah selaras dengan pendirian PKR untuk melindung rakyat terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), skandal 1MDB, penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 dan percubaan polis untuk menyekat kebebasan berhimpun.

Sejak pemenjaraan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari, aktivis telah berkumpul di pusat membeli-belah Sogo setiap petang Sabtu untuk menuntut pembebasannya.

Kempen terkini Kita Lawan melibatkan desakan pemecatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya berundur.

Perhimpunan pada hari Sabtu itu berkebetulan dengan majlis perkahwinan untuk anak perempuan Najib,di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Polis menangkap lebih enam aktivis dan pemimpin pembangkang selepas perhimpunan besar-besaran yang menyaksikan perarakan 10,000 peserta dari Sogo ke KLCC pada 7 Mac.

Semalam, enam lagi ditahan semasa protes duduk berehampiran Dataran Merdeka.

DAP tuduh Haji Hadi Pengkhianat - Meh sini tengok kewajarannya

Posted: 26 Mar 2015 10:00 PM PDT


 
Mengulas lanjut mengenai kenyataan daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau, beliau berkata PR tidak akan berpecah selagi PKR ada cara tersendiri untuk menyatukan.

"Kalau ada usahanya, mesti ada cara. Nak seribu daya tak nak seribu dalih," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen. Semalam, Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi memberi isyarat yang hubungan PR bakal berkecai.

Haron dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah "pengkhianat" ke atas presiden PAS dan berkata perkataan itu tidak patut dikeluarkan oleh rakan sekutu dalam PR sendiri.

Apabila diminta mengulas lanjut mengenai cadangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) GANTI untuk melantik Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai orang tengah dalam mendamaikan DAP dan PAS, beliau enggan mengulasnya. "Saya tidak kenal siapa itu (GANTI). "Siapa yang hendak berusaha menjadi pendamai antara PAS dan DAP, itu terpulang," ujarnya.
Kat mana kewajarannya, wakakaka

Pi baca kat SINI
Nilai sendiri Haji Hadi Khianat atau tidak
 
 
 

Saturday, March 14, 2015

Ini Punca Puak UG dan Umno Sangat Benci Khalid Samad

Sesungguhnya, Hj Hadi arkitek UG Selangor tahun 2009!
Dalam tahun 2009, Haji Hadi, Hasan Ali, Mustafa Ali, dan Nasarudin Mat Isa telah berpakat dan merancang untuk bertemu dan berunding dengan Abdullah Badawi dan Khir Toyo, untuk membincangkan penggabungan PAS-UMNO di Selangor, dan pada dasarnya mereka semua telah sepakat untuk melantik Hasan Ali sebagai MB Selangor.

Kamarudin Jaafar, selaku S/U Agung PAS, telah memanggil Khalid Samad untuk datang ke Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, walaupun Khalid Samad bukan AJK PAS Pusat pada waktu itu...... Khalid Samad hanya timbalan pesuruhjaya PAS Selangor (selepas itu dia dipecat) dan Hasan Ali ialah Pesuruhjaya..... Tapi, Kamarudin Jaafar tetap memanggil Khalid Samad untuk datang..... Dan, kes KJ panggil KS itu lah yang merubah jalan sejarah...... Kalau tidak kerana itu, perjalanan sejarah politik negara sudah tentu akan jadi lain.

Apabila KS sampai, Haji Hadi belum tiba, tapi Hasan Ali telah ada..... KS pun pergi berhadapan dengan HA, dan berlakulah soal jawab.... KS tanya HA bertubi-tubi, kenapa nak jumpa Pak Lah dan Khir Toyo...? Untuk apa...? Apa yang nak dibincangkan....?

Akhir sekali, Hasan Ali tak nak bercakap.... Khalid Samad tanya dia tak nak jawab.... Akhirnya, Khalid Samad hilang sabar dan meninggikan suara, menjerit ke arah Hasan Ali : "DATOK!! BAGITAHU SAYA, KENAPA NAK JUMPA...? NAK BINCANG APA?"

Hasan Ali kata, "Bapak saya pun tak pernah cakap macam ni dengan saya."

Akhirnya Haji Hadi pun sampai..... maka bermesyuaratlah AJK PAS..... menurut plan asal, yang akan pergi mengadap Pak Lah dan Khir Toyo ialah Haji Hadi, Hasan Ali, dan Nasarudin Mat Isa..... tetapi telah dibantah oleh beberapa orang AJK yang lain, akhirnya mesyuarat membuat keputusan untuk menghantar Mustafa Ali, Khalid Samad dan Nasarudin Mat Isa....... Haji Hadi dan Hasan Ali tidak dibenarkan pergi.

Maka Khalid Samad, Mustafa Ali dan Nasarudin Mat Isa pun pergi lah ke tempat yang dijanjikan, iaitu di sebuah banglo tidak jauh dari bangunan parlimen.

Apabila orang UMNO nampak yang datang ialah Khalid Samad dan bukannya Hasan Ali dan Haji Hadi, maka UMNO pun dah tahu bahawa plan kali ini akan gagal.

Memang betul..... Bila UMNO bentangkan cadangannya, Khalid Samad terus bantah.... Nasarudin dan Mustafa hanya diam, tak kata apa-apa...... Maka, rancangan UG gagal lagi untuk kesekian kalinya.

Itulah yang saya kata..... Orang yang menyelamatkan PAS dan Pakatan Rakyat pada waktu itu ialah Kamarudin Jaafar....... Kalau dia tak panggil Khalid Samad hari itu, sejarah politik tentu akan jadi lain. - the sniper

hello pro UG
apa macam??
macam ni punya belot bukan munafik ke?

Cuba tanya kopiah putih,

Apabila seseorang itu telah berjanji bersatu untuk menumbangkan umno, secara diam-diam dia pula berpakat untuk bersama dengan umno.

Kalau tak faham maksud munafik SILA TANYA KOPIAH PUTIH???

agak-agak apa jawapan si kopiah putih????
agak-agak anda mereka ni sama dengan astora jabat tak?

wakakakaka

Ana sudah taubat la
Taubat ana taubatan nasuha la

ini macham fii ramlee punya cerita la

wakakaka
ana kasi ketawa la
Mari dengar lagu la
lagu munafik la

sila play la



VIDEO - Hudud- Oleh : Dr Asri ( Mufti Perlis )

Posted: 26 Mar 2015 09:00 PM PDT







 

Sultan Kelantan Ziarah Jasad Bekas PM Singapura

Posted: 26 Mar 2015 08:30 PM PDT

 


Semoga allah beri kesihatan yang berpanjangan kepada tuanku.
 
Amin ya Rabbal Alamin

" MAJLIS RAJA-RAJA DAH MURKA "

Posted: 26 Mar 2015 07:45 PM PDT



Kenyataan Akhbar

KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA BERKENAAN DENGAN LAPORAN PORTAL MALAYSIAN INSIDER BAHAWA MAJLIS RAJA-RAJA MENOLAK PINDAAN PERLEMBAGAAN BAGI PELAKSANAAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (II) KELANTAAN 1993 (Pindaan 2015)

Adalah dengan ini dimaklumkan rasa dukacita dan kemurkaan yang amat sangat pihak Majlis Raja-raja Melayu berhubung penyiaran satu artikel di sebuah portal yang mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

2. Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

3. Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis.

4. Berikut merupakan intipati mesyuarat ke 237 pada 11-12 Mac 2015.

(i) Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

(ii) Perkara-perkara mengenai Agama Islam.

(iii) Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.

(iv) Pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

(v) Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran.

Sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA NAJWA TAN SRI MUHYUDDIN

Posted: 26 Mar 2015 07:00 PM PDT

Foto - Anak perempuan TPM selamat diijabkabul

 


Najwa Muhyiddin selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di Putrajaya hari ini. – Gambar diambil dari Facebook.


Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Puan Sri Noorainee Abd Rahman, Najwa, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Sri Satria di Putrajaya hari ini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan pada majlis yang berlangsung pada 11.40 pagi, di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat dan Khatib Dr Sirajuddin Suhaimee.

Najwa berusia 28 tahun manakala pasangannya 29 tahun.

Majlis pernikahan ringkas namun meriah dihadiri kira-kira 300 jemputan yang terdiri daripada ibu dan bapa pengantin lelaki, Puan Chiam Juat Wah dan Encik Koh Lai Poo, anggota keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan sahabat handai.
Sementara itu, Muhyiddin dalam catatan di akaun Facebook miliknya menzahirkan rasa syukur atas majlis yang telah berlangsung hari ini, yang diiringi doa agar rumah tangga anak ketiganya itu beroleh kebahagiaan.

"Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana baru selesai tadi acara akad anak perempuan saya Najwa dengan pasangannya Idris Koh Keng Hui.

"Kepada Idris dan Najwa, selamat menempuh alam rumahtangga. Najwa, jadilah seorang isteri yang solehah, berilah ketaatan kepada suami, jagalah budi pekerti dan akhlak sebagai seorang isteri serta taatilah Allah sepanjang hidupmu.

"Ayah dan Mama telah mendidik dan mengasuh sebaik mungkin untuk menjadikan Najwa anak yang solehah dan berjaya.

"Ayah dan Mama mendoakan semoga Allah memberikan ketabahan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu berdua hingga ke syurga".

Dalam catatannya, Muhyiddin turut memuat naik beberapa keping gambar pada majlis pernikahan itu. – Bernama.




PUTRAJAYA DIDAKWA MENIPU DALAM ISU HUDUD - MAHFUZ

Posted: 26 Mar 2015 06:15 PM PDT

 

Mahfuz dihalau keluar Dewan selepas desak menteri nyata pendirian hudud



Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar naik berang dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan memanggilnya 'bacul' kerana enggan menyatakan pendirian Putrajaya berkenaan undang-undang Islam itu. 

Datuk Mahfuz Omar dihalau keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari perintah Speaker dan menghina Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu hudud.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu naik berang dengan Jamil dan memanggilnya "bacul" kerana enggan menyatakan pendirian Putrajaya berkenaan undang-undang Islam itu.

Ketua Penerangan PAS itu diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

"Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi," kata Jamil, merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang dijangka dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mahfuz kemudiannya gagal mengawal perasaannya apabila Jamil mendedahkan kerajaan tidak pernah membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 ke Majlis Raja-Raja untuk diluluskan.

Menurut Mahfuz, pindaan kepada akta tersebut, yang diperlukan bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan, sepatutnya dibawa kerajaan semasa mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

The Malaysian Insider melaporkan, jika Majlis Raja-raja meluluskan pindaan itu, Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan.

Mahfuz sementara itu mendakwa Putrajaya menipu dalam isu hudud walaupun pada awalnya dikatakan menyokong undang-undang Islam tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan pendirian parti itu berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya 24 Mac.

Katanya, pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tetapi sehingga hari ini masih tiada pendirian rasmi dibuat selain pandangan peribadi beberapa pemimpin parti itu. ~TMI



Kedahkini

Haron Din anggap PAS dan DAP putus

Posted: 26 Mar 2015 05:30 PM PDT

 
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menganggap keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat melampau dan memberi isyarat yang hubungan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkecai.

Haron dalam laporan Utusan Malaysia hari ini turut mengecam DAP kerana menggunakan istilah "pengkhianat" ke atas presiden PAS itu, dan berkata ia tidak patut dikeluarkan rakan sekutu dalam PR sendiri.

Menurutnya, orang biasa pun tidak mengeluarkan perkataan seumpama itu.

"Adakah pada saat seperti ini ketika kita semua mahu perbaiki semua keretakan, tiba-tiba DAP buat kenyataan yang meluaskan retak itu?
"Memutuskan hubungan dengan presiden mengisyaratkan kepada PR akan berpecah," katanya kepada akhbar milik Umno itu semalam.

Haron mendakwa, yang nyata, bukan PAS memulakan masalah keretakan di dalam PR.

"Tidak fahamkah DAP yang presiden ialah sebahagian dalam parti, dan parti merupakan sebahagian presiden. Jadi, mana mungkin dipisahkan? Kalau tidak mahu berhubung dengan presiden, nak berhubung dengan siapa?

"Parti di bawah arahan presiden. Amat pelik tindakan DAP itu. Kita nampak isyaratnya ialah ke arah itu (berpecah).

"Apa maknanya kalau putus kepala kalau ekor tidak putus? Putus kepala maknanya mati, ertinya habis," tambah beliau.

Haron dilaporkan turut mempersoalkan kewajaran tindakan DAP itu yang seperti mahu mengajar PAS dan mengarahkan parti itu menukar presiden jika mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang.

Beliau juga berkata, PAS sudah berkali-kali menyatakan kepada DAP supaya keluar daripada gabungan kerjasama antara mereka sekiranya merasakan tidak perlu kepada PR.

Tokoh ulama berpengaruh itu berkata, DAP perlu mengambil keputusan itu tanpa terus berdolak-dalik mencari pelbagai alasan dan menjadikan isu hudud sebagai modal mereka.

Sebaliknya, katanya, PAS menganggap PR masih lagi berguna dan boleh dipertahankan buat ketika ini sehingga keadaan menentukan sebaliknya.

"Kalau DAP rasa mahu keluar, keluar sahaja dan kita tunggu senario politik baharu," katanya kepada Utusan.

Haron meminta DAP merujuk semula keputusan PR dalam soal hudud, di mana ketiga-tiga parti itu "bersetuju untuk tidak bersetuju" tentang agenda perjuangan PAS tersebut.

"Tidak mengapalah kalau mereka menentang hudud, tetapi janganlah sampai buat tuduhan begitu yang kurang sopan," katanya. - themalaysianinsider


Menunggu kerajaan baru di Selangor

Posted: 26 Mar 2015 05:00 PM PDT


azmin-kerajaanselangor_400_260

 (Agenda Daily) – Selepas Hudud… Lim Kit Siang cuba jolok kononnya gabungan baru parti politik antara BN dan Pakatan perlu disegerakan untuk bentuk kerajaan Malaysia, namun itu rasa jauh sangat. 

Yang ramai dok nampak dan hitung ketika ini adalah gabungan baru parti politik untuk perintah Selangor.

Ini berikutan gagalnya kerjasama politik antara DAP dan PAS yang masing-masing mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor.

Secara hisabnya, jika PKR dan DAP saja membuntuk kerjasama politik, PKR ada 13 ADUN, hanya 28, tak ada majoriti kekalkan kerajaan.

Pun begitu PKR enjoy sokongan daripada dua ADUN PAS yang digantung, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Tapi perkara itu belum disahkan dalam DUN Selangor.

Jika benar kerjasama DAP dan PAS sudah berakhir, maka satu sidang DUN perlu dipanggil untuk melihat siapakah yang mempunyai majoriti melalui undi percaya kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Mohamad Azmin Ali.

Ini penting untuk pengesahan mandat terutama selepas penegasan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Rabu.

Menurut beliau, kerjasama politik yang terjalin antara PAS dan DAP sejak 2008 secara dasarnya sudah berakhir meskipun tiada pengumuman secara rasmi berikutan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, ini kerana, Abdul Hadi dan PAS tidak boleh dipisahkan, justeru penolakan DAP terhadap pemimpin nombor satu itu bermaksud peng­akhiran dalam hubungan antara kedua-dua parti.

Meskipun begitu, Takiyuddin berkata, hala tuju PAS hanya akan ditentukan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 30 Mac ini, namun memberi gambaran bahawa barisan kepemimpinan tertinggi PAS telah pun menyatakan pendirian mereka mempertahankan Abdul Hadi dalam reaksi masing-masing terhadap keputusan DAP itu.

"Pendirian pimpinan PAS sudah dapat dilihat. Sekarang ini semua sudah bagi pandangan dan saya menyokong kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam.

"Tetapi bagi saya, sekiranya DAP buat keputusan secara kolektif dalam parti memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, bermakna dia memutuskan hubungan dengan PAS, itu sahaja, itulah pengakhirannya.

"Takkan Presiden lain, PAS itu lain, saya bagi contoh kalau saya keluarkan kenyataan mahu putuskan hubungan dengan semua Ahli Parlimen DAP kecuali Ahli Parlimen Raub, tidak boleh sebab dia DAP juga," katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyatakan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi yang disifatkan tidak jujur berikutan tindakan parti itu bertegas melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Guan Eng berkata, pengkhianatan Abdul Hadi bukan sahaja dalam isu hudud, malah dalam isu pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang menyebabkan krisis besar berlarutan sehingga hampir menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

Sementara itu, menjawab desakan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali supaya Abdul Hadi memberi penjelasan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden (MPP) pakatan pembangkang, menurut Takiyuddin, kerjasama antara ketiga-tiga parti bukan bermaksud PKR dan DAP boleh sesuka hati meminta PAS mengikut telunjuk mereka.

Katanya, gabungan tersebut rapuh kerana hanya diwujudkan berdasarkan persefahaman tidak mengikat PAS, justeru perjuangan PAS untuk mewujudkan masyarakat yang mengikut syariat Islam mendahului kehendak rakan sekutu mereka.

"Pakatan rakyat tidak didaftar pun dan tiada satu Perlembagaan, hanya persefahaman sahaja, tiada kerangka bersama.

"Di dalam itu tidak mengatakan bahawa semua pihak tertakluk pada ini, tidak boleh buat benda lain walaupun berkaitan kekurangan parti sendiri, Pas atas dasar Islam, kita percaya kita ada hak berjuang berdasarkan Perlembagaan kita.

"Kita bawa masuk dewan, kita ada majoriti dan sokongan penuh 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 1993, baru-baru ini 44 orang ADUN sokong enakmen ini jadi tidak demokratik lagi? Sekarang kita bawa ke saluran Parlimen, kalau lulus, luluslah kalau tidak, kita sudah selesaikan tanggungjawab," jelas beliau.


Malaysia Insider

Alkisah Forest City, sultan dan dugong

Posted: 26 Mar 2015 09:00 AM PDT

 
 

Forest City, projek penambakan terbesar di Johor, telah mengundang 'keributan' selepas ia bermula tanpa penilaian kesan alam sekitar (DEIA) yang terperinci.

Penilaian DEIA projek itu diluluskan kemudiannya pada bulan Januari tahun ini dan pemajunya, Country Garden Pasifik View (CGPV), telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar.

Syarikat itu juga menerima pakai pendekatan yang lebih telus, mengadakan taklimat media minggu lalu untuk memperincikan usaha berterusannya untuk mematuhi Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar (kiri), yang mempunyai pegangan lebih sikit daripada satu perlima dalam CGPV, secara terbuka tampil buat kali pertama dalam satu temu bual dengan The Star, mempertahankan kesan pelaksanaan Forest City terhadap alam sekitar.

"Saya telah membuat pemeriksaan. Tidak ada seekor dugong pun yang akan terjejas; Pastikan fakta anda betul," kata baginda dalam satu wawancara dengan akhbar tersebut.

Bagaimanapun, dokumen yang boleh diperoleh umum, membayangkan sebaliknya, dan kesan alam sekitarnya menjangkau lebih daripada sekadar kesannya terhadap dugong.

Menguburkan Beting Merambong

Walaupun DEIA telah menetapkan pematuhan Forest City, tetapi ia juga memperincikan tahap kerosakan di peringkat awal yang berpunca dari projek itu.

Kerja-kerja penambakan awal di barat daya Johor menguburkan Beting Merambong di tengah-tengahnya, dengan jalan sepanjang 1.5km dan selebar 50 meter merentasi beting itu.

Dikenali sebagai "Tambak CG", ia bermula dari tanah besar Johor ke tengah Selat Johor, berhampiran sempadan Singapura, untuk memudahkan kerja-kerja penambakan.

DEIA menyenaraikan Beting Merambong dan Beting Tanjung Adang sebagai "yang terpenting" di Semenanjung Malaysia.

Menurut laporan itu, rumpai laut mengekalkan kehidupan campuran pelbagai hidupan dan sebahagiannya dianggap sebagai spesies terancam, seperti dugong dan kuda laut.

Manakala ikan, ketam, udang dan invertebrata (binatang tidak bertulang belakang), seperti bintang laut, gamat dan anemone, juga hidup subur di kawasan itu, kata laporan DEIA lagi.

Habitat ragut dugong

Menurut laporan itu, Beting Merambong yang kaya dengan spesies rumpai laut, termasuk Halophila dan Halodule, menjadi "habitat ragut utama" untuk dugong.

Menurut laporan itu lagi, 'kuda laut' dan 'pipefish' turut menjadi spesies ikan ikonik yang tinggal dalam rumput laut dari Beting Merambong.

Keputusan kajian itu, katanya, menunjukkan spesies tersebut menggunakan rumpai laut sebagai habitat utama mereka dan gangguan utama pada masa ini ke atas ekosistemnya, mungkin akan menjejaskan kehidupan hidupan di situ.

Sebelum laporan DEIA itu dibuat, projek Forest City sepatutnya akan menimbus sepenuhnya beting itu tetapi selepas itu, ia telah dipecahkan kepada empat pulau yang akan mengelilingi "habitat ekologi penting" itu.

Bagaimanapun, Tambak CG masih berdiri sehingga kini dan pengarah eksekutif CGPV Md Othman Yusof mengakui keperluan segera untuk membuang kawasan tebus semula di atas Beting Merambong.

"Saya beritahu kontraktor yang saya mahu ia dikeluarkan semalam (jika boleh)," Md Othman memberitahu Malaysiakini, tetapi beliau enggan untuk menentukan jangka masanya.

Keperluan ini juga ditekankan dalam laporan DEIA Forest City itu.

Ruslan, tiga akhbar diperintah bayar Guan Eng

Posted: 26 Mar 2015 08:30 AM PDT

 
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan ketua penerangan PERKASA, Ruslan Kassim serta tiga syarikat akhbar membayar ganti rugi RM550,000 ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tiga syarikat akhbar berkenaan, New Straits Times (M) Bhd, Berita Harian Sdn Bhd and Utusan Melayu (M) Bhd diperintahkan berbuat demikian atas fitnah yang dibuat ke atas Lim.

Ia bagi ganti rugi teruk dan teladan atas satu tulisan pemimpin PERKASA itu kerana menuduh Lim menjadi perisik Singapura.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memerintahkan PERKASA membayar RM150,000 manakala NSTP (M) Bhd dan Utusan diperintahkan membayar RM200,000.

Beliau juga mengarahkan ketiga-tiga pihak terbabit membayar kos RM20,000.
 
Malaysiakini

DAP Sabah mahu bentuk gabungan baru

Posted: 26 Mar 2015 07:45 AM PDT

 
  Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong berkata parti itu akan menubuhkan gabungan Pakatan Rakyat Baharu (PRB) di negeri itu tanpa PAS.

MP Kota Kinabalu itu berkata, DAP Sabah akan mengemuakakan cadangan itu dalam satu pertemuan dengan PKR negeri pada hari Isnin ini.

Katanya, ia selari dengan seruan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menubuhkan gabungan "Selamatkan Malaysia".

"Kami mahu cadangkan kepada PKR dahulu dan kemudian terbuka kepada parti yang mahu bersama-sama mempertahankan perlembagaan persekutuan.

"Kami merasakan bahawa ini satu keperluan," katanya yang membangkitkan mengenai jalan buntu yang ditempuh apabila PAS berkeras untuk melaksanakan hudud.

Katanya lagi, nama untuk gabungan baru itu dicadangkan sebagai PRB kerana ia "perkara baru".

Bagaimanapun, pemimpin PKR Sabah, Darrell Leiking beliau tidak tahu mengenai cadangan baru itu dan "tidak terlibat dengan cadangan itu".

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini buat masa ini dan akan bertanya selanjutnya dengan barisan pemimpin negeri," katanya.
 
 
Malaysiakini

GST: Laa.....tak ker gila! Telur sebiji 68sen, salah siapa? FMT Reporters

Posted: 26 Mar 2015 07:00 AM PDT


Perbezaan antara barangan keperluan dan kehendak seseorang berbeza, apakah kriteria pihak kastam membezakannya? telur_sardin_300Seketul sardin RM2.75 Hilang akal.

Apa lagi yang dapat dikatakan apabila terbaca laporan akhbar yang bertajuk "Harga telur ayam RM6.80 tidak munasabah."

Semalam, SH Online melaporkan Datuk Mohd Idris Jusi (PKR-Batu Pahat) mendakwa terpaksa membayar RM6.80 bagi 10 biji telur ayam dan sardin tin kecil yang dulunya berharga RM2.50 sekarang RM5.50 setin.

Mengakui harga RM6.80 bagi 10 biji telur ayam adalah tidak munasabah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya memerlukan bantuan agar pengguna membuat aduan kepada kementerian supaya tindakan dapat diambil.

"Saya setuju harga barang itu tidak munasabah. Contoh kalau telur, sepatutnya dalam RM3 hingga RM3.50 bukan RM6.50 dan sardin dari RM2 jadi RM5.

Berbalik kepada harga telur dan sardin tadi. Bayangkanlah jika sebiji telur harganya 68sen (berdasarkan RM6.80sen untuk 10 biji) dan harga setin kecil sardin pula RM5.50 yang terdiri daripada tiga ketul kecil sardin atau mungkin juga dua ketul yang sederhana.

Harga seketul sardin itu jika dihitung adalah bersamaan antara RM1.83 dan RM2.75. Itu hanyalah harga telur dan sardin yang belum pun dimasak. Bayangkanlah berapa harga sebiji roti canai telur atau roti canai sardin? `

Saling menuding jari Jika itulah harga telur dan sardin, pastinya hanya golongan bergaji besar sahaja yang mampu menikmati kedua-dua makanan ini yang sememangnya kerap mengisi kabinet dapur golongan bergaji rendah dan sederhana.

Persoalannya sekarang, atas dasar apakah kebanyakan harga barangan telah dinaikkan? Belum pun selesai tuntutan orang ramai supaya harga barang keperluan diturunkan berikutan pengurangan harga petrol, kini kecoh kembali harga barangan semakin mahal menjelang GST.

Jika orang ramai menyalahkan Kerajaan dan membantah GST atas alasan harga barangan akan bertambah mahal, apakah kerajaan juga bertanggungjawab atas kenaikan harga barangan kebelakangan ini?

Memang diakui, penguatkuasaan jabatan atau kementerian terbabit boleh dipersalahkan. Tapi, bukanlah kesemua jabatan kerajaan mahu dipersalahkan. Menyentuh soal harga barang, pihak yang kerap kali dipersalahkan bermati-matian adalah Menteri dan Kerajaan, dan pastinya tempias sehingga ke Perdana Menteri.

Jarang sekali peniaga dipersalahkan. Jika ada pun, kesalahan akan diletakkan pula kepada pemborong. Masing-masing saling menuding jari. Apabila saling menuding jari, akhirnya pengguna yang dipersalahkan.

Salah pengguna sebab terus membeli barangan berkenaan. Pengguna disuruh memboikot, soalnya mampukah mereka berbuat demikian? Akhirnya, isu kenaikan harga barang lenyap seketika, sehingga tiba pula musim kenaikan yang baru, yang sering kalinya berikutan sambutan perayaan atau kenaikan harga bahan bakar. Masalah lalu lenyap, begitu saja.

Televisyen, peti sejuk tidak ada GST Hakikatnya, isu kenaikan barang memang datang dan pergi, timbul dan tenggelam. Setiap kali ia berlaku, pusingan saling menuding jari juga berulang. Contohnya, baru-baru ini soal tambang teksi yang naik serta-merta.

Memang tidak masuk akal. Apapun, keputusan sudah dibuat. Almaklumlah, pemandu teksi sudah memasang meter baru yang melibatkan kos kira-kira RM150. Soalnya, apakah cukup kenaikan itu bagi para pemandu, dengan keadaan sekarang ini?

Baru-baru Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)meminta agar elaun atau gaji kakitangan awam dinaikkan berikutan tuntutan kos saya hidup yang semakin bertambah dan menghimpit.

Bayangkanlah jika kerajaan membuat keputusan memenuhi permintaan CUEPACS itu? Pada fikiran anda, seandainya itu berlaku, adakah golongan pemandu teksi dan peniaga akan duduk diam tanpa menuntut kenaikan barang dan perkhidmatan mereka? Sejujurnya, mustahil sangat jika mereka tidak berbuat demikian.

Setiap kali harga barang naik, mereka menuntut dan dapat, golongan makan gaji tidak dapat berbuat apa-apa. Dan jika gaji mereka ini dinaikkan, para peniaga akan menuntut kenaikan dan menaikkan lagi harga barangan mereka. Pada 24 Januari lalu,

Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Subromaniam Tholasy menyatakan bahawa harga set televisyen, peti sejuk, pendingin hawa, seterika, pengering rambut, lampin dan minuman ringan dijangka akan turun dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tempe, telur puyuh ada GST Barang-barang tersebut dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan 10 peratus yang dimasukkan ke dalam harga jualannya, tetapi dengan GST dan kadar enam peratus yang menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan April, akan menjadikan barangan tersebut lebih murah.

Bagaimanapun, menurut beliau, harga komputer, komputer riba, iPad, telefon bimbit, jam tangan dan kosmetik, termasuk gincu dan pengilat kuku, dijangka akan naik. Ini kerana barangan berkenaan tidak dikenakan cukai sebelum ini.

"Barang-barang ini akan tertakluk kepada kadar standard enam peratus GST," katanya, lapor mStar Online. Antara senarai barangan yang disebut beliau tidak akan ada GST adalah untuk makanan keperluan seperti ayam, daging lembu, daging kambing, ikan, itik, ikan, telur, ikan bilis, beras, roti, sayur-sayuran segar dan buah-buahan, minyak kelapa, minyak masak kacang tanah, minyak kelapa dan susu bayi dan juga untuk petrol RON95, diesel, tol dan pengangkutan awam.

Tetapi barangan makanan bukan keperluan seperti sos tomato, sos cili, sos tiram, mi cawan, tempe, keju, marjerin, telur puyuh, minyak jagung, minyak zaitun, biskut, donat dan croissant coklat akan tertakluk kepada standard enam peratus GST.

Jadi kita lihat sajalah sekarang, barangan yang dikatakan tidak akan ada GST seperti telur, sudah dinaikkan harganya. Bagaimana pula sardin?

Apakah sardin keperluan atau kehendak iaitu makanan bukan keperluan? Memang sukarkan? Masalahnya mungkin sesetengah makanan adalah keperluan bagi seseorang tetapi tidak bagi yang lain. Begitu juga sebaliknya.

Apakah kriteria yang memastikan sesuatu makanan itu keperluan atau kehendak? Pengangkutan awam tidak ada GST, tapi pastikah tambang pengangkutan awan tidak akan dinaikkan?

Pastinya banyak lagi alasan-alasan lain yang akan diberikan dalam usaha menaikkan harga barang kelak lebih-lebih lagi sekiranya gaji kakitangan awam dinaikkan atau tibanya musim perayaan. Kata orang,

"Tunggu dan lihat" namun kita memang sedia maklum jawapan sebenar… mustahil!


Posted by mountdweller.

Isu 1MDB: Menteri ‘berlakon’, layak terima Anugerah Oscar (Oleh Ermizi Muhamad)

Posted: 26 Mar 2015 06:15 AM PDT

 '26/03/15.  Isu 1MDB: Menteri 'berlakon', layak terima Anugerah Oscar  (Oleh Ermizi Muhamad)  KUALA LUMPUR 26 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyindir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang hebat 'berlakon' dengan tidak menjawab pertanyaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi sewaktu ucapan penggulungan di Parlimen.  Menyifatkan tindakan tersebut tidak wajar, Pua berkata, keengganan Ahmad Husni untuk menjawab dan cuba mengelak persoalan yang dibangkitkan melayakkan beliau menerima Anugerah Oscar.  Katanya, sewaktu ditanya soalan demikian, Ahmad Husni cuba melengah-melengahkan keadaan dengan tidak menjawab soalan tersebut serta menarik perhatian Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab soalan tersebut atau tidak.  KUALA LUMPUR 26 MAC: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyindir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang hebat 'berlakon' dengan tidak menjawab pertanyaan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi sewaktu ucapan penggulungan di Parlimen.

Menyifatkan tindakan tersebut tidak wajar, Pua berkata, keengganan Ahmad Husni untuk menjawab dan cuba mengelak persoalan yang dibangkitkan melayakkan beliau menerima Anugerah Oscar.

Katanya, sewaktu ditanya soalan demikian, Ahmad Husni cuba melengah-melengahkan keadaan dengan tidak menjawab soalan tersebut serta menarik perhatian Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab soalan tersebut atau tidak.

"Apabila ditekan oleh Ahli Parlimen (Bayan Baru) Sim Tze Tzin, Ahmad Husni buat-buat pegang dan menyelak peraturan tetap Parlimen. Dia cuba mendapatkan panduan daripada Timbalan Speaker sama ada perlu menjawab atau tidak soalan itu.

"Selepas itu, Timbalan Speaker memberikan kebenaran kepada Menteri itu untuk tidak menjawab soalan itu," jelas Pua.

Sedangkan menurut Pua, tiada sebarang pengecualian untuk Menteri tidak menjawab soalan yang diusulkan walaupun sesuatu kes itu sedang disiasat oleh pihak polis atau Audit Negara.

Husni sebelum itu diminta menjelaskan isu penggelapan sejumlah wang oleh entiti yang dikawal Jho Low bahawa kononnya dakwaan itu sudah disiasat oleh Ketua Audit Negara dan polis.

Anugerah Oscar merupakan anugerah berprestij antarabangsa dalam bidang lakonan dan perfileman.



BATU VS KAYU

Surat Terbuka Kepada Umat Islam “ISU HUDUD YANG DIKELIRUKAN” - Oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Posted: 26 Mar 2015 05:30 AM PDT

'‎Khamis, 26 Mac 2015   Surat Terbuka Kepada Umat Islam   SURAT TERBUKA KEPADA UMAT ISLAM "ISU HUDUD YANG DIKELIRUKAN" 

Saudara dan saudari yang dihormati, Dengan rasa rendah diri, surat ini saya tujukan kepada semua umat Islam dengan semangat saling ingat memperingati sesama kita. 

Ada dalam kalangan umat Islam yang memberi alasan bagi menolak usul persendirian berkaitan undang-undang jenayah dengan menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan hukum Islam. 

Antaranya menyebut perkataan-perkataan seperti "Siyasah Syari'yyah", "Maqasid Syari'ah", "Fiqh Aulawiyyat", "Maslahah" dan lain-lain. Ketika membicarakan tajuk yang berat seperti ini, maka tentunya sangatlah tidak manis sekiranya kita menjadi laksana burung kakaktua yang pandai hanya menyebut kalimah yang diajar oleh tuannya, namun tetap berstatus binatang tanpa akal tanpa memahami hakikat atau tasawwur daripada perkataan yang diucap. 

Maka menjelaskan maknanya dengan ilmu yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah adalah sangat penting. "Hudud" adalah cabutan daripada salah satu daripada hukum jenayah yang banyak dan menyeluruh. Mungkin sengaja dijadikan hujah yang difikirkan bagi menolak syari'at. 




Mereka menganggap Hudud paling sesuai dijadikan sasaran kerana pandangan mereka paling ganas, tanpa mengetahui secara detail dan objektif. 

Tanpa menyedari pula betapa ganasnya undang-undang ciptaan manusia yang masih dibanggakan, seperti hukuman bunuh secara kuno : menjerut tali ke leher secara menggantung, begitu juga hukuman sebat sehingga menyeksa tanpa kesan mendidik masyarakat. 

Penjelasan ini khusus bagi penganut Islam yang jahil tanpa dimaafkan, kerana beriman tanpa ilmu dan tidak berbudiman terhadap agama sendiri, serta tanpa peduli terhadap batas-batas iman dan kufur yang wajib diketahui dan dipelihara secara fardu 'ain. 

Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitabnya تيسير الفقه للمسلم المعاصر [Memudahkan kefahaman (terhadap agama ) kepada Muslim Semasa atau terkini] di halaman 102 menjelaskan : Terdapat tiga madrasah (pandangan) apabila menghadapi masalah semasa : 

1- Kalangan yang berpegang kepada nas juzi'i yang zahir secara jumud tanpa menterjemahkannya secara ijtihad melalui ilmu Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid. 

2- Kalangan yang menyalahggunakan Siyasah Syariyyah, Usul dan Maqasid sehingga membelakangi nas yang nyata. 

3- Kalangan yang mengambil kira kedua-dua aspek yang penting dalam ilmu Islam.Nas yang nyata adalah ilmu Allah yang difirmankan atau ucapan Rasul S.A.W. yang bersifat ma'sum. 

Adapun yang lain dari nas yang nyata adalah keizinan Allah bagi ruang ijtihad di kalangan para ulama bagi melaksanakan syariat Islam dengan bijak dan adil, bukannya meninggal syariat Allah dengan alasan sehingga boleh digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia yang dianggap lebih baik. 

1- Siyasah Syari'yyah Perkataan "siyasah" daripada bahasa Arab yang bermaksud mentadbir, mengurus dan memandu atau memimpin yang disebut terkini dengan perkataan politik atau pentadbiran atau panduan. 

Dicampur dengan perkataan Syara' dengan maksud kaitannya dengan urusan pelaksanaan syariat mengikut jadual, pelaksanaan, dan pengurusan melaksanakan hukum Islam, bukannya meninggalkan hukum Islam untuk diganti dengan yang lain. (Sila lihat huraian secara khsus dalam kitab-kitab Ahkam Sultaniyyah Karangan al-Mawardi dan Ghiath karangan Imam Haramain daripada Mazhab Syafei; al-Sair al-Kabir daripada mazhab Hanafi; Siyasah Syariyyah Ibnu Taimiyyah dan Turuq Hukmiyyah Ibnu Qayyim daripada mazhab Hambali dan Muqaddimah Ibnu Khaldun daripada mazahab Maliki). 

Tegasnya ialah melaksanakan Syariat dengan betul, bukannya meninggalkan Syariat Allah dengan gantian hukum yang lain. 

2- Maqasid Syari'ah "Maqasid" bermakna tujuan-tujuan, maksudnya ialah tujuan pelaksanaan syariat. Objektifnya ialah cara mencapai matlamat membawa maslahat kebaikan kepada manusia secara umum dan khusus secara adil dan istiqamah dan menolak kemudaratan. 

Di sini pula ada tujuan yang telah ditetapkan oleh syara' dan ada juga yang tidak disebut di mana Allah memberi keizinan mengikut kemampuan akal dan ilmu manusia. 

(Kepada yang mampu berbahasa Arab sila rujuk kepada dua tokoh ilmu Maqasi : Al Syatibi : Al Muwafaqat : J:2, muka surat 391. Ibnu 'Asyur : muka surat 19) Contohnya, apabila khalifah Umar R.A. tidak memotong tangan pencuri di tahun melesetnya ekonomi kerana berlakunya kemarau panjang, dan bukannya kerana meninggalkan hudud, tetapi disebabkan melihat keadaan desakan hidup apabila dibayar gaji yang tidak mencukupi, menjadikan seseorang itu melakukan jenayah secara terdesak. 

Maka kerana itu hukuman potong tangan adalah haram dilaksanakan, kerana Hadis Rasulullah S.A.W. : "Hukuman Hudud ditolak (kerana adanya syubuhat". 

Ditolak hukuman hudud ini pula bukan bermakna terlepas begitu sahaja. Tetapi hendaklah dipindahkan kepada hukuman takzir yang termasuk dalam ruang Syariat Islam. 

Hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan kerana tidak memenuhi syarat yang mencapai adil dan mendidik masyarakat mengikut kemampuan. Mudarat daripada kemelesetan ekonomi yang menimpa penjenayah adalah lebih besar. 

Sebaliknya kalau pencuri itu seorang berpendapatan tinggi sudah tentu dihukumkan. Maqasid Syari'ah tidak bermakna membatalkan penguatkusaan undang-undang Hudud. 

Maqasid Syari'ah dalam hal ini bermakna hukuman tidak boleh dijatuhkan kerana menafikan tindakan secara adil yang menjadi matlamat syariat. 

Kalau dijatuhkan hukuman juga, bermakna kita tidak melaksanakan syariat kerana tidak mencapai matlamatnya. Meninggalkan syariat secara total menghilangkan segala maqasidnya. 

Contohnya juga ialah mengenai kalimah Allah dibenarkan penggunaannya pada asalnya oleh penganut bukan Islam walau pun salah mengikut penafsiran kita, tetapi apabila tujuan penggunaannya bagi mengelirukan penganut Islam yang jahil, maka pihak berkuasa berkenaan agama Islam berhak menghalangnya . 

Mengikut Qaedahالأمور بمقاصدها (Semua perkara dilihat juga kepada tujuannya). 

3- Fiqh Aulawiyyat Bermaksud melihat keutamaan secara fiqh (faham mengikut panduan Syariat). 

Contohnya Islam meletakkan perkara keperluan rukun hidup bagi manusia ialah memelihara

(1) Aqidah agama,

(2) Nyawa,

(3) Akal,

(4) Keturunan dan

(5) Harta.

Contohnya tidak dijatuhkan hukuman hudud terhadap pencuri kerana lapar adalah kerana keutamaan memelihara nyawa hendaklah didahulukan daripada memelihara harta. 

Hukuman hudud ditangguh dalam keadaan perang kerana menghalang penjenayah melarikan diri kepada musuh, kerana keselamatan negara diutamakan. Bukan bermakna penjenayah dibebaskan, tetapi diturunkan kepada hukuman takzir. 

Orang bukan Islam dikecualikan dahulu kerana berdakwah dalam konsep tiada paksaan dalam agama adalah lebih aulawiyyat. 

Contohnya juga seperti pengambilan tanah untuk mendirikan hospital atau jalan raya adalah diizinkan kerana kepentingan umum hendaklah didahulukan daripada kepentingan individu atau segelintir, dan hendaklah diganti tanah itu secara yang adil pula. 

"Aulawiyyat" itu pula hendaklah dalam ruang lingkup hukum syariat terlebih dahulu, bukannya bermakna meninggalkan hukum syariat. 

Apabila segala syarat tidak ada bagi hukum Hudud dan Qisas maka hendaklah dipilih dalam ruang hukum takzir yang sangat luas. 

Bukannya melarikan diri kepada hukum ciptaan Barat yang banyak kelemahannya. Perlu disedari bahawa di sana ada juga tidak yang sama dengan undang – undang yang sedia ada, perbezaannya tidak ada roh seperti syariat Islam. (Sila lihat Dr Yusuf Al Qardhawi dalam Siyasah Syariayyah halaman 284-297) 

4- Maslahah "Maslahah" dengan maksud tujuan membawa kebaikan. Sama ada mendapat faedah atau menolak kemudaratan. Para ulama membahagikan maslahat itu kepada tiga kedudukan :

1- Maslahah Mu'atabarah Ialah dalam perkara yang telah ditetap oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Rahmat terhadap makhluknya.

Maka ada yang diwajibkan dan ada pula yang diharamkan. Maka percayalah bahawa semua yang diwajibkan tetap membawa kebaikan dunia dan akhirat.

Perkara yang diharamkan tetap mendatang mudarat kepada diri atau masyarakat. Contohnya ialah seperti wajibnya berpuasa kepada yang mampu dan haramnya arak dan judi. Ianya adalah ketetapan Allah SWT.

2- Maslahah Mulghah Dalam perkara yang diharamkan kerana mudaratnya lebih besar atau manfaatnya tidak ada .

Contohnya seorang yang mencuri atau merompak atau mengedar dadah dengan maslahat mengumpul duit untuk kebajikan atau nafkah keluarga. Maslahat ini dibatalkan kerana mudaratnya sangat besar sehingga menimbus segala kebaikannya. 

3- Maslahah mursalah atau Masoleh mursalah Dalam perkara yang didiamkan oleh al-Quran dan Hadis maka ruangnya adalah terlalu luas kepada manusia di sepanjang zaman. 

Melaksanakan Syariat adalah maslahah yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui dan Penyayang kepada makhluknya. Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariat (KJS) Negeri Kelantan Isu undang-undang jenayah Syariat menjadi hangat sejak kedatangan penjajah apabila mereka menghapuskannya. 

Seterusnya menjadi hangat di kalangan umat Islam sendiri kerana kejahilan agama dan pendekatan, sehingga berlakunya isu kafir mengafir dalam masyarakat sendiri kerana kejahilan hukum dan kejahilan cara pendekatan berdakwah. Apabila keadaan dapat diredakan, maka PAS mengambil langkah ke depan melalui kemenangannya di Kelantan, kemudiannya di Terengganu secara ilmu dan demokratik. 

Langkah pertama ialah menubuhkan pasukan daripada Parti dan kerajaan. 

Pasukan ini melibatkan Ketua Dewan Ulama dan kalangan ahli majlis Syura Ulama, Tun Saleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara), al-Marhum Prof Ahmad Ibrahim salah seorang pengasas UIA (mantan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tahun lima puluhan daripada Singapura dan mantan Peguam Negara Singapura yang pertama), al-Marhum Dr Mahmud Saedon Awang Osman dari UIA dan Pakar Syariah Negara Brunei Darussalam, al-marhum Datuk Abdul Halim Muhammad mantan Penasihat undang-undang negeri Kelantan dan Exco kerajaan negeri, dan Datuk Daud Mohamad Kadi Besar negeri Kelantan. 

Sebelum enakmen ini dibawa kepada DUN Negeri Kelantan, ianya terlebih dahulu dibentangkan kepada umum di berbagai forum – seminar dan dialog. 

Akhirnya enakmen berkenaan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan DUN Terengganu pada tahun 2000. Manakala Kelantan pula memperkukuhkannya secara mengadakan seminar dan sambutan mengenainya secara tahunan. 

Kini setelah lebih dari 20 tahun (dua puluh tahun) PAS memperkenalkan enakmen ini, disamping melaksanakan proses pendidikan mengenai KJS dalam masyarakat, dialog dan sebagainya, maka PAS ingin bergerak setapak lagi dalam proses mendidik masyarakat untuk mengenali hukum-hakam syariat Islam yang menyeluruh. 

Hasilnya kini suara yang mengeji hukum Islam ini semakin hari menjadi terpencil. 

Maka dengan sedikit ruang yang ada ini, Enakmen KJS ini mengalami beberapa pindaan- pindaan memperkemaskannya dengan mengambil kira cabaran dalam perlembagaan dan masyarakat majmuk, tanpa paksaan, dan bagi orang Islam sahaja setelah mengambil kira pandangan para ulama daripada semua mazhab dan sejarah pelaksanaan yang berjaya di sepanjang zaman. 

Dalam masa yang sama, apa yang ingin dicadang dan akan dibawa oleh PAS menerusi Private Members Bill nanti pula bukanlah rang undang-undang hudud, tetapi pindaan dalam akta Mahkamah Syariah untuk membuka sedikit ruang bagi membolehkan satu-dua aspek syariah itu dilaksanakan terhadap penganut Islam sahaja. Kita adalah makhluk yang berilmu, bertamadun dan matang. 

Maka dengarlah dahulu apa yang ingin dikemukakan. Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kritikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

Firman Allah: وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ (49) أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ (50) المائدة. 

(Dan hendaklah kamu melaksanakan kalangan mereka hukum yang telah diturunkan oleh Allah,dan jangan sekali-kali engkau mengikut hawa nafasu mereka (meninggalkan hukum Allah) sehingga engkau meninggalkan sebahagian daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. 

Maka jika sekiranya mereka berpaling(enggan)maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah hendak mengenakan mereka dengan sebab sebahagian daripada dosa-dosa mereka. 

Dan sesungguhnya sebahagian daripada maknusia itu adalah orang-orang yang jahat). Adakah mereka mahukan hukum jahiliyyah, padahal siapakan lagi yang paling baik hukumnya daripada Allah kepada orang-orang yang percaya dengan yakin). 

Semoga semua kita mendapat manafaatnya dan mencapai keredhaan Allah SWT. Saudaramu dalam Islam, ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS Dipetik dari FB Tuan Guru Presiden


Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

TLDM Beli Lamborghini?

Posted: 26 Mar 2015 04:45 AM PDT


Gambar Hiasan


Sejumlah RM23 juta wang dalam simpanan dan 240 akaun bank dibeku dalam siasatan berhubung kes melibatkan pembekalan barangan dan peralatan Tentera Laut Diraja (TLDM) baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata selain itu, wang tunai lebih RM200,000 turut dirampas dan 13 kereta termasuk Lamborghini disita.

"SPRM juga merampas sejumlah jam tangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Patek Philippe, Tag Heuer dan Frederique Constant," katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Mohd Jamidan mengesahkan sebanyak 16 orang termasuk enam anggota TLDM berpangkat Pegawai Pemerintah, Leftenan Komander, Leftenan Tentera Laut dan Laskar Kanan telah ditahan pada 9 dan 11 Mac lepas bagi membantu siasatan berkenaan.

"Kesemua 16 orang dibebaskan selepas ditahan reman antara tujuh hingga 10 hari," katanya sambil menambah bahawa siasatan kes ini bagaimanapun masih dijalankan.

Mohd Jamidan berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

- Bernama

Najib Makin Menggelupur.. Saksikanlah Pendedahan Ini - Addin

Posted: 26 Mar 2015 04:00 AM PDT

 
Najib Makin Menggelupur. 1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
Najib Makin Menggelupur

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem "The Wolf of Wall Street" oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum 'due diligence' dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

Hudud: Hati-hati portal berita tertentu, pesan Dr Asri

Posted: 26 Mar 2015 03:15 AM PDT

'Hudud: Hati-hati portal berita tertentu, pesan Dr Asri 26 Mac 2015.  KUALA LUMPUR: "Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini," kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Beliau menyatakan demikian menerusi tulisan dalam facebooknya bertajuk Tentang Isu Hudud Yang 'Dipermainkan' sebagaimana di bawah.  1. Umat Islam wajib menghormati hasrat baik jika ada pihak yang ikhlas untuk mengkanunkan hudud yang adil, saksama lagi MEMENUHI maqasid syariah.  2. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan satu usaha yang bersejarah dalam negara ini. Ia telah melalui proses yang demokratik di DUN Kelantan, maka kita hendaklah hormati proses yang dibuat secara berperaturan itu.  3. Hasrat ingin melaksanakan ajaran al-Quran dan al-Sunnah mana-mana pihak hendaklah dihormati. Peranan kita memberikan pandangan balas dan menolong hasrat baik seperti itu agar kebaikan atau niat baik benar-benar mencapai maksudnya.  4. HARAM muslim menggabungkan diri dalam apa-apa aktiviti yang bertujuan menghina ajaran al-Quran dan as-Sunnah.  5. Oleh kerana Enakmen Hudud Kelantan itu mempunyai banyak pandangan dan ijtihad yang dipilih oleh pihak penggubal, ia mungkin selaras, juga mungkin tidak selaras dengan maqasid syariah berkaitan hudud dalam Islam terutama pada zaman ini, maka masa yang cukup hendaklah diberikan untuk enakmen itu DISEMAK oleh pakar-pakar MAQASID syariah di pelbagai peringkat. Kegagalan perlaksanaan hudud di beberapa negara sebelum ini diharap tidak berulang di sini.  6. Sikap majoriti umat Islam Malaysia hari ini yang menghormati undang-undang itu secara dasarnya, merupakan satu sikap yang baik. Ini berbeza dengan keadaan era 80an dahulu. Kita patut bersyukur dengan sikap ini.  7. Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini.'
KUALA LUMPUR: "Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini," kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau menyatakan demikian menerusi tulisan dalam facebooknya bertajuk Tentang Isu Hudud Yang 'Dipermainkan' sebagaimana di bawah.

1. Umat Islam wajib menghormati hasrat baik jika ada pihak yang ikhlas untuk mengkanunkan hudud yang adil, saksama lagi MEMENUHI maqasid syariah.

2. Enakmen Jenayah Syariah Kelantan satu usaha yang bersejarah dalam negara ini. Ia telah melalui proses yang demokratik di DUN Kelantan, maka kita hendaklah hormati proses yang dibuat secara berperaturan itu.

3. Hasrat ingin melaksanakan ajaran al-Quran dan al-Sunnah mana-mana pihak hendaklah dihormati. Peranan kita memberikan pandangan balas dan menolong hasrat baik seperti itu agar kebaikan atau niat baik benar-benar mencapai maksudnya.

4. HARAM muslim menggabungkan diri dalam apa-apa aktiviti yang bertujuan menghina ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

5. Oleh kerana Enakmen Hudud Kelantan itu mempunyai banyak pandangan dan ijtihad yang dipilih oleh pihak penggubal, ia mungkin selaras, juga mungkin tidak selaras dengan maqasid syariah berkaitan hudud dalam Islam terutama pada zaman ini, maka masa yang cukup hendaklah diberikan untuk enakmen itu DISEMAK oleh pakar-pakar MAQASID syariah di pelbagai peringkat. 

Kegagalan perlaksanaan hudud di beberapa negara sebelum ini diharap tidak berulang di sini.

6. Sikap majoriti umat Islam Malaysia hari ini yang menghormati undang-undang itu secara dasarnya, merupakan satu sikap yang baik. Ini berbeza dengan keadaan era 80an dahulu. Kita patut bersyukur dengan sikap ini.

7. Kita hendaklah berhati-hati portal portal berita tertentu yang cuba menimbulkan permusuhan dan salah tafsiran terhadap isu ini.

Gara-gara Aisyah persoal pelaksanaan hudud SUBKY LATIF

Posted: 26 Mar 2015 02:30 AM PDT



 
Kerana mempersendakan hukum hudud, atas dunia lgi dah rasa takut dgn ugutan bunuh dan rogol. Macam mana diakhirat esok dgn pembalasan azab yg tak terperi sakitnya.

BAGAIMANA hudud hendak dilaksanakan di Kelantan hendaklah semuanya menyerahkan kepada para pakar, apa yang terbaik agar ia mendapat keredhaan Allah.

Perkara pertama bagi orang beriman ialah terima dulu. Macam Saidina Abu Bakar. Apabila Abu Jahal tanya, percayakah dakwaan Rasulullah SAW, Israk dan Mikraj dalam satu malam? Jawabnya, kalau Rasulullah kata begitu dia percaya.

Orang beriman terima saja apa yang Allah perintah dan percaya semua apa yang Nabi kata. Yang tanya macam mana hendak bangun dini hari solat tahajjud dan macam mana tahan tak makan sepanjang siang dalam bulan puasa, itu namanya iman nipis atau tak beriman.

Yang menyoal itu dan ini tentang perintah Allah adalah mewarisi iblis. Apabila diperintah sujud pada Adam, ia takwil dan enggan. Kata itu dan ini. Pada hal ia sudah beribu tahun beribadat, sujud setiap inci ruang langit dan setiap inci muka bumi.

Tiada tujuannya engkar kepada Allah. Hanya tak setuju sujud pada Adam. Justeru bermain tarik tali dengan Allah sekali itu, serta-merta ia dilaknati Allah. Itulah contoh jangan bergurau senda, mentakwil perintah Allah - bimbang pelaksanaan hudud tak adil, mengapa tak bagi bantuan banjir dulu daripada laksana hudud - semuanya itu boleh mengundang binasa akidah.

Iblis pun tak sangka akidahnya boleh binasa. Tetapi itulah ketentuan dan peraturan Allah. Jangan cuba loyar buruk. Tidak mengaji dan tidak mengetahui tidak menghalalkan untuk berloyar buruk dengan peraturan Allah.

Sekarang anak kita Aishah Tajuddin telah terkena perangkap samar itu. Orang tidak disuruh tanya apa ada dalam hatinya. Orang biasanya menghukum apa yang dikata dan dibuat. Yang dibuatnya dikira melanggar batas-batas iman dan kufur.

Hanya Nabi Hidir boleh buat apa yang kebiasaan orang tidak faham. Termasuk Nabi Musa a.s. pun keliru dengan tidakannya yang dilihat zalim tapi bukan zalim. Yang lain, asal menyalahi adat bukan ibadat.

Mufti Kelantan nasihatkan dia taubat. Polis sudah tampil utuk menyiasat. Dia pun sudah tidak tidur justeru ada ancaman hendak bunuh dan hendak rogolnya. Macam-macam lagi yang menyeksa batinnya semasa di dunia ini.

Kita tidak tahu macam mana selepas mati?

Orang kafir, apa boleh buat tidak dapat dihalang untuk memungkiri undang-undang Allah. Pintu hatinya sudah terkunci dan telinganya sudah tersumbat; tidak dapat mendengar kebenaran dan tidak dapat menerima kebenaran.

Jangan orang Islam dan anak orang Islam pula menempah pengunci hati dan penyumbat telinga.

Derita yang Aisyah alami, dialami sama oleh bapa dan keluarganya. Jangan marah orang mengancam Aisyah. Yang berlaku itu adalah ingatan dan ujian Allah kepada sekalian orang yang disalurkan melalui Aishah.

Semua yanga menimpa Aisyah itu adalah tanda kasih semua orang kepadanya. Jangan dia terus begitu sampai mati. Dengarlah nasihat mufti Kelantan. Taubat. Kerana dia masih muda dan masih belum terbunuh.

Bapa Aisyah jangan hendak perbetul apa yang orang kata pada Aisyah. Cara itu tidak akan membantu Aisyah dan keluarga. Bapa hanya dapat bantu Aisyah, bawa dia di khalayak umum, mengaku silap, bertaubat dan berjanji tidak mengulangnya lagi.

Stesyen radio BFM pun jangan loyar buruk lagi. Taubat juga sebelum kena laknat. Jangan biarkan Aisyah dan keluarganya saja terseksa. BFM mesti terima tanggungjawab.

Itulah yang dikatakan, kiranya sabitlah kesilapan Aisyah, balasan Allah itu tidak tunggu di akhirat saja, di dunia ini sudah terasa. Apa yang terjadi itu tanda Allah sayang pada Aisyah.

PM beri jawapan sebaris soalan pinjaman 1MDB

Posted: 26 Mar 2015 01:51 AM PDT



Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak enggan melayan soalan di Dewan Rakyat berhubung butiran mengenai pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dari bank-bank tempatan.

Soalan dari Rafizi Ramli (PKR-Pandan) menuntut butiran, sehingga Januari 2015, serta hasil penemuan audit pematuhan Bank Negara bagi setiap bank.

Bagaimanapun, Najib memberi jawapan bertulis sebaris mengenainya, iaitu sehingga Januari 2015, hutang 1MDB kepada bank-bank tempatan adalah RM5.037 bilion.

Merupakan 12 peratus daripada jumlah hutang 1MDB, ia membayangkan bahawa ia bukan satu risiko sistemik kepada sistem perbankan Malaysia.

Sebelum itu, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (kanan) telah berkata bahawa ujian tekanan menunjukkan 1MDB tidak akan menjejaskan ekonomi.

Menteri kabinet Khairy Jamaluddin juga pernah dilaporkan berkata walaupun terdapat kebimbangan mengenai risiko sistemik, beliau percaya 1MDB tidak akan menjadi lubang hitam yang menelan bank-bank Malaysia jika ia gagal membayar hutangnya.

Sementara itu, Rafizi memberitahu pemberita bahawa dengan memilih untuk diam mengenai penemuan audit itu, Najib sebenarnya menunjukkan bahawa Bank Negara telah membangkitkan isu-isu serius mengenai proses kelulusan pinjaman itu.

Rafizi (menjelaskan bahawa soalannya bertujuan untuk mencungkil hasil audit pematuhan Bank Negara terhadap pinjaman yang diberikan oleh Maybank, RHB dan Ambank.

Menurutnya lagi, beliau telah diberi maklumat bahawa Bank Negara telah membangkitkan isu-isu serius dengan Ambank berhubung proses kelulusan pinjaman yang diberikan kepada 1MDB.

Katanya, isu terpenting bukanlah sangat mengenai jumlahnya kepada kepada sistem perbankan tetapi dakwaan mengenai kekurangan urus tadbir yang selanjutnya boleh menjejaskan kredibiliti perbankan dan kewangan, ekoran skandal 1MDB setakat ini.

Hakikat bahawa menterinya enggan menjawab, tambah Rafizi, hanya boleh mengesahkan bahawa dakwaan itu mempunyai beberapa kebenaran.

- mkini