Rabu, 25 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Ahli-ahli Parlimen PJ Utara & Pandan Tony Pua & Rafizi Ramli berucap di forum "1MDB: The Ultimate Low-Down"

Posted: 25 Mar 2015 11:00 PM PDT


VIDEO - #DebatGST : Lokman Adam VS Dr. Zaharuddin & Rafizi Ramli

Posted: 25 Mar 2015 10:00 PM PDT


VIDEO - 1MDB Punca Ringgit Jatuh

Posted: 25 Mar 2015 09:30 PM PDT


TGHH: Ego…Degil…Hudud..

Posted: 25 Mar 2015 09:00 PM PDT




Kerana ego Haji Hadi memandang rendah kewibawaan Anwar Ibrahim.. Ianya telah berlaku semenjak Ketua Umum PKR itu bersama Almarhum Haji Fadhil Noor dalam ABIM lagi dan terbawa-bawa sehingga kini

TGHH telah merestui rombongan Timbalan Murshidul Am PAS merisik Tengku Razaleigh untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya PR menang PRU13 walaupun ketika itu beliau sendiri berarak dan berhimpun bersama-sama pimpinan tertinggi PR mempromosi Anwar Ibrahim sebagai calon PM.

TGHH telah merestui secara bersendiri perlantikkan calon pilihanraya PRU13 yang lazimnya dilakukan Setiausaha Agong, sekaligus meyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru antara PKR, PAS dan BN di Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Labuan yang akhirnya memberi kemenangan selesa 0-7 kepada UMNO/BN..menyemarakan lagi kemarahan bukan sahaja pemimpin dan penyokong PKR malah di kalangan penyokong PAS sendiri.

TGHH berdegil mempertahankan Almarhum Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah ketika kebanyakan adun PR tidak dapat bekerjasama dengan aruah..mengakibatkan berlaku undi mogok dari ramai ahli PR sendiri, sekaligus menyebabkan Kedah kembali ke tangan BN manakala Kelantan kalah undi popular ketika PR meraih 53% undi popular di peringkat pusat dan majoriti besar undi popular di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.



 
TGHH juga berdegil mempertahankan TSKI sebagai Menteri Besar Selangor ketika PKR memintanya berundur secara terhormat. Walaupun PKR mengemukakan bukti bertulis salahlaku beliau, namun TGHH masih berkeras kepala.. Urusan dalaman PKR telah menjadi urusan peribadinya.

Ketika PKR dan DAP sebulat suara mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penganti dan nama Azmin Ali hanya disertakan demi memenuhi tuntutan Sultan, TGHH dikhabarkan menghantar tiga nama lain sebagai calon MB baharu.

Tidak cukup dengan itu TGHH mempersenda kewibawaan Presiden PKR, penyokong serta pengundi dengan menuduh Dr Wan Azizah tidak mahir berbahas..

Kedegilan dan keegoan TGHH telah sampai ke tahap hilangnya kebijaksanaan dan integriti beliau. Itulah kemuncak kemarahan ramai dalam PR terhadapnya.

Dalam pada itu….TGHH sedar Langkah Bijak nya telah bertukar menjadi Langkah Serba Salah.

Penasihat beliau tidak kurang 'incompetent'nya berbanding penasihat Najib Razak. Ramai pemimpin dan penyokong PR kecewa dengan tindak tanduknya, dari segi sebagai seorang ulama, presiden parti mahupun Ahli Parlimen.

Kekecewaan mereka tidak dapat dibendung lagi apabila ramai yang kini berani tampil mengkritik corak kepimpinannya secara terbuka.

Hudud: TGHH Jujur Atau Talian Hayatnya..???

Tahun ini Muktamar PAS bakal menyaksikan pertandingan semua jawatan termasuk Presiden. TGHH sedar tentang kerosakan yang berlaku dan popularitinya kian menurun…Oleh itu beliau memerlukan 'booster' meraih sokongan padu perwakilan untuk kekal di kerusi kuasa.

Dan jalan paling mudah dan selamat adalah dengan menghidupkan semula Enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana sejarah mencatatkan isu hudud sentiasa memberi kelebihan kepada pemimpin yang menjuarainya, walaupun beliau dan penyokong tegarnya sedar adalah amat sukar PAS beroleh sekalipun 'simple majority' di Dewan Rakyat yang akan memberi laluan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Majoriti dari UMNO/BN tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian TGHH.

Jikalah benar dan jujur UMNO/BN mahukan hudud, ianya sudah lama dilulus dan dilaksanakan ketika Abdullah Badawi menguasai 90% kerusi Parlimen.

Adakah Hudud matlamat sebenar TGHH atau hanyalah senjata politiknya untuk kekal menjadi presiden PAS atau diguna untuk memperlihatkan siapa lebih Islamik..???

Pembentangan dan kelulusan segera Hudud di Dewan Negeri Kelantan amat berhampiran tarikh Muktamar PAS tahun ini..Adakah ianya kebetulan atau dirancang TGHH, Geng Ustaz dan Adun UMNO yang sememangnya inginkan TGHH terus menerajui PAS ???

Tuduhan DAP bahawa PAS termakan umpan UMNO mungkin ada kebenarannya. Hudud di Kelantan mewujudkan sengketa dan ketegangan PR tetapi Langkah Hudud mungkin berjaya mengembalikan pengaruh TGHH dikalangan ahli..

Samada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan dapat dilaksanakan atau tidak, TGHH dan Geng Ustaz mungkin menang. Namun…kemenangan ini hanyalah untuk jangka masa pendek.

TGHH mungkin beroleh semula pengaruh dan kekal sebagai Presiden tetapi PAS bakal kehilangan sokongan ramai golongan professional dan bukan Islam.

Pada PRU14 akan datang..PAS juga berkemungkinan besar kehilangan majoriti kerusi bandar, separa bandar dan campuran.

Dan PAS perlu bekerja keras semula selama 20-30 tahun lagi untuk mengecapi kegemilangan seperti sebelum PRU13.

Betapa Langkah Hudud telah memberi kelebihan kepada satu pihak tetapi dalam masa yang sama memecah belah keluarga besar PAS dan PR serta majoriti rakyat Malaysia yang menaruh harapan kepada janji-janji PAS FOR ALL dan Negara Berkebajikan.

Adakah kerana keegoan dan kepentingan politik dirinya,,TGHH menggunakan Hudud dan sanggup ketepikan survival parti PAS, PR dan Negara…???

RM3.81 Bilion SRC International labur ke mana Najib?

Posted: 25 Mar 2015 08:15 PM PDT

 
Syarikat milik Putrajaya, SRC International Sdn Bhd melaburkan sejumlah RM3.81 bilion daripada RM4 bilion yang dipinjam dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), dalam dana yang dikategorikan sebagai "open ended fund" iaitu pelaburan yang tidak diketahui atau tidak boleh diklasifikasikan, kata PKR.

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, pelaburan berkenaan hampir sama seperti yang dilakukan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila RM3.1 bilion yang dilaburkan tidak dapat dikesan juruaudit kewangan SRC.

"Kebiasaannya, jika sesebuah syarikat itu melabur dengan membeli saham atau kepentingan di dalam sebuah syarikat yang lain, pelaburan itu akan diperincikan sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu yang akan memberikan maklumat terperinci," katanya dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, pelaburan sebanyak RM3.81 bilion yang disebut menteri kewangan ini tidak disertakan di dalam penyata kewangan SRC International sebagai pelaburan di dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu.

"Ia ditunjukkan di dalam pelaburan yang tidak diketahui dan dinilai sebagai Pelaburan Tahap 3," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan dalam jawapan bertulis kepada Rafizi menjelaskan, RM3.81 daripada RM4 bilion dana yang dipinjam daripada KWAP dilaburkan dalam beberapa aset berkait sumber asli di luar negara termasuk di Indonesia dan Mongolia.

"Walaupun soalan saya adalah khusus untuk mengetahui di dalam syarikat manakah pelaburan-pelaburan ini dibuat, menteri kewangan terus mengelak dari memberi maklumat seperti mana beliau mengelak dari menjawab semua soalan berkaitan dengan 1MDB.

"Keadaan ini sama dengan pelaburan-pelaburan yang pernah dibuat oleh 1MDB yang rata-ratanya diklasifikasikan oleh juruaudit sebagai Pelaburan Tahap 3.

"Pelaburan-pelaburan seperti inilah yang akhirnya menyebabkan 1MDB berdepan masalah aliran tunai sehingga terpaksa menangguhkan bayaran hutang kepada bank-bank beberapa kali," katanya.

Rafizi semalam meminta Najib agar mengarahkan SRC memulangkan RM4 bilion yang dipinjam daripada KWAP demi memelihara kepentingan penjawat awam.

Beliau berkata SRC kerugian RM164 juta tanpa mendapatkan keuntungan berdasarkan penyata kewangan terbarunya selepas berpisah daripada 1MDB tiga tahun lalu.

Katanya, SRC menggunakan modus operandi yang hampir sama seperti syarikat berkaitan 1MDB iaitu dengan meminjam amaun wang yang besar dengan jaminan kerajaan tanpa aktiviti perniagaan yang stabil lapor The Malaysian Insider

DAP usah beri musuh peluru, tepuk tangan PR gaduh Dr Mahfodz Mohamed

Posted: 25 Mar 2015 07:30 PM PDT



1. DAP jangan cuba menusukkan jarum beracun memecah-belah kesatuan Pas menerusi kaedah "pecah dan perintah" apabila membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden Pas tetapi tidak dengan Pas.

2. DAP jangan memisahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang daripada Pas sedangkan Pas diketuai dan dipandu oleh Presiden sebagai ketua parti. Keputusan Presiden adalah keputusan bersama parti termasuk dalam usaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam menerusi Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 (Pindaan 2015).

3. Benarlah kata Setiausaha Agung Pas, DatukMustafa Ali tindakan DAP itu adalah kebudak-budakan.

4. Benar juga penegasan Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat bahawa memutuskan hubungan dengan Presiden Pas bererti memutuskan hubungan dengan Pas.

KedahLanie.info

Puak UG tu sebenarnya TENGIN wakakaka

Posted: 25 Mar 2015 07:00 PM PDT

Setelah PAS tunduk kepada UMNO Tiba masanya Nazri Kata PAS bodoh - wakaka

Wakakaka Nasib UG bertambah teruk apabila sekutu gelap mereka terus-terusan menyerlahkan sikap sebenar mereka berkaitan Islam.

PAS yang selama ini amat memusuhi umno dari segi politik telah mula tunduk kepada umno sejak almarhum TGNA mengalami masalah kesihatan. Segalanya adalah demi survival politik beberapa pejuang melayu dalam PAS.


Setelah berita wakil umno tidak menghadiri mesyuarat hudud sebanyak 4 kali, kini PAS dikecam dan dianggap orang bodoh oleh sekutu gelap mereka sendiri.



Agak-agak betul ke puak UG dalam PAS ni 
bodo? atau bangang? atau bahalol? 
kerana mempercayai umno


wakaka
Hanya orang bodoh bincang hudud di Malaysia, kata Nazri Aziz

Bekas menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz berpendapat undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".

Nazri, yang juga menteri pelancongan berkata, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

"Jangan bincang sesuatu yang tidak akan berlaku, ini bodoh, sesiapa sahaja yang bincang hudud," katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Nazri berkata, dalam Perlembagaan sudah termaktub undang-undang berkaitan hukuman jenayah termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya kuasa Mahkamah Syariah.

"Pernah kita nampak Mahkamah Syariah bicarakan kes pembunuhan, bicara kes kecurian?

"Kalau mahu gugurkan bahagian yang mengatakan jenayah itu di bawah mahkamah persekutuan, kita perlu dua pertiga majoriti Parlimen, tetapi kita tiada sekarang," katanya.

"Ini soal agama, kita tidak boleh guna 'whip', ahli Parlimen akan mengundi menggunakan pegangan dan suara hati mereka."

Nazri berkata, rang undang-undang persendirian yang cuba di bawa PAS ke Parlimen juga tidak akan berjaya dibincangkan memandangkan ia hanya akan di bawa apabila selesai aturan urusan kerajaan.
"Benda (hudud) itu hanya berlaku kalau kita boleh pinda Perlembagaan.


"Usul persendirian hanya dibincangkan setelah selesai urusan kerajaan, selagi tidak habis kita tidak boleh bincang," katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, Umno juga menyedari hakikat itu.

"Saya tidak mahu bincang, ia tidak berlaku kerana Perlembagaan. Kalau Umno nak buat pun bukan Umno tak nak buat. Umno tahu memang tidak boleh buat," katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac lalu dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menghantar surat notis pemberitahuan meminta agar rang undang-undang persendirian berkenaan hudud di bawa ke Parlimen ketika sidang kali ini yang akan tamat pada 9 April depan.

Tindakan PAS itu sekaligus menggoncang hubungan Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP mendakwa Hadi memungkiri janjinya dalam mesyuarat PR apabila bertindak secara bersendirian menghantar notis pemberitahuan kepada Dewan Rakyat untuk membawa undang-undang persendirian berkenaan hudud ke Parlimen, kata Anthony Loke.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata, ketika mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Februari lalu, sebelum Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, Hadi memberikan komitmen untuk membentangkan segala cadangan mahu pun pindaan berkenaan hudud dan pilihan raya kerajaan tempatan kepada mesyuarat berkenaan.

"Ini jelas dan bukti, pemberitahu usul ini diberikan, hari sama kerajaan Kelantan kemuka rang undang-undang.

"Tindakan Hadi langgar mesyuarat Majlis Pimpinan PR," katanya, ketika mendedahkan sebahagian kandungan minit mesyuarat berkenaan.
"Ini sebahagian minit mesyuarat, ini janji yang diberikan Hadi."


Loke turut mendedahkan usul pemberitahuan bertarikh 18 Mac, sehari sebelum enakmen jenayah syariah di Kelantan di luluskan, yang diserahkan Hadi kepada Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi BN masih belum mengeluarkan pendirian rasmi berhubung sokongan parti pemerintah itu terhadap hudud. -TMI


VIDEO - SINAR SALAH PILIH AHLI PENAL DALAM FORUM "APA DISEBALIK 1MDB?" (VIDEO MESTI TENGOK)

Posted: 25 Mar 2015 06:00 PM PDT

 
Yang belum tengok video ini sila tonton sekarang. Tonton dan nilaikan sendiri siapa yang cerdik, siapa yang emosi tak tentu hala?


Apabila peguam dan jurutera nak cakap pasal pengurusan kewangan dan perakaunan. Jadilah macam politik kedai kopi.

Yong amat setuju dengan saranan salah seorang pendengar forum ini yang meminta Sinar sepatutnya cari ahli panel yang setaraf Rafizi untuk bincang isu besar seperti 1MDB ini.

Jika Rafizi diajak berforum tentang undang-undang atau satelit GPS, tentu Rafizi tidak layak dan dia wajib menolaknya. Kalau dia datang juga, mungkin memalukan diri sendiri.

Tapi dalam forum tersebut, itulah yang berlaku.

Takkan dalam UMNO tiada orang yang pakar, usia sebaya Rafizi yang boleh berbincang dengan fakta tentang pengurusan kewangan dan perakaunan. Khairul Azwan Harun, Naib Ketua pemuda UMNO itu lebih baik sebab dia pun"tokoh" korporat muda dan pernah bekerja sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.

Mengapa? Adakah dia dilupakan atau takut debat?

Di kalangan ahli akademik, pastinya ada beratus-ratus scholars pakar pelaburan, pengurusan kewangan dan perakaunan yang boleh bercakap dengan fokus kepada impak pelaburan 1MDB terhadap ekonomi negara, tanpa bersikap partisan. 

Mungkin ramai ahli akademik yang takut muncul berdebat. Maklumlah, kalau mengkritik, kena senarai hitam, payah naik pangkat.

Oleh kerana itu, jika forum menjadi serangan peribadi Khairul Anwar Rahmat terhadap Rafizi; ini salah Sinar dalam memilih kualiti ahli panel yang patut berdebat dengan Rafizi.

Tak salah orang yang tidak pakar dalam ekonomi, pengurusan kewangan, pelaburan, maupun perakuanan nak cakap tentang 1MDB. Ustaz dan ulama pun boleh cakap. Pakcik dan makcik kat kampung pun bercakap juga. 
Tapi bercakap ikut standard maklumat yang dimiliki sajalah. Bukan standard orang yang ada ilmu pengurusan kewangan dan perakaunan serta berkemampuan mencerakin, menghurai masalah dan mencari penyelesaian.

Cuba baca body language (bahasa badan) berikut:

WAJAH AHLI PANEL PENYOKONG 1MDB BILA RAFIZI KATA MALAYSIA AKAN BANKRAP JIKA MASALAH 1MDB TIDAK DISELESAIKAN.


WAJAH PENYOKONG RAFIZI APABILA RAFIZI MEMBIDAS PENYOKONG 1MDB

Sila pergi ke link berikut dan baca sendiri berapa banyak "pujian" dari pengkomen terhadap Khairul Anwar Rahmat.


Apapun, tahniah Sinar Harian kerana berani mengadakan forum yang mengulas isu-isu utama negara.



Rusia Bakal Jadi Milik Islam-Paderi Besar Katholik Ortodok Rusia

Posted: 25 Mar 2015 05:30 PM PDT



Ini adalah satu berita yang mengejutkan dunia. Berita yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Rusia.

Seorang Paderi Besar Katholik Ortodoks, Dmitri Smirnov, menyampaikan satu khutbah gereja yang menggemparkan di depan ratusan jemaahnya.

Dia mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik orang Islam. Berikut ini isi ceramah kepada jemaahnya sebagaimana Muslimin beritakan:

Lihatlah, ketika umat Islam merayakan hari besar keagamaannya, tidak satu pun orang yang berani melalui mereka, kerana di seluruh dunia di masjid-masjid dan jalan-jalan kota dipadati jutaan ribu umat Islam yang sedang bersujud kepada Tuhannya.

Lihatlah, barisan jutaan umat manusia yang beribadah dengan sangat teratur dan mengikuti saf mereka masing-masing, dan hal itu tidak perlu diajarkan. Mereka berbaris dengan tertib tanpa harus di suruh.

Dimana kamu boleh melihat pemeluk Kristian seluruh dunia, boleh beribadah bersama? Dan hal itu tidak ada dalam Kristian, kamu tidak akan pernah melihatnya.

Lihatlah mereka, orang Muslim kerap membantu dengan sukarela tanpa berharap ganjaran, tapi pemeluk Kristian malah sebaliknya.

Kamu tanyakan pada wanita tua itu (sambil menunjuk wanita yang lumpuh yang berada di gerejanya). Menurut wanita tua itu, seorang pemandu Muslim sering menyediakan kenderaannya untuk menghantarnya ke gereja di Moskow.

Dan setiap wanita tua itu ingin memberinya upah, tapi pemandu Muslim selalu menolaknya dengan alasan bahwa Islam melarang mengambil upah pada wanita lanjut usia, orang miskin, dan anak-anak yatim.

Dengarlah pengakuannya, padahal wanita tua itu bukan ibu atau kerabatnya, tapi pemandu Muslim mengatakan dalam Islam wajib menghormati orang yang lebih tua, apatah lagi orang tua yang lemah dan tak berdaya tersebut.

Keikhlasan peribadi pemandu Muslim tersebut tidak ada ditemui dalam pemeluk Kristian yang mengajarkan kasih, tapi pemandu Kristian dengan tanpa belas kasihan meminta upah atas tugas menghantar wanita tua itu. Dia mengatakan layak mendapat upah kerana kerjanya adalah sebagai pemandu.

Seorang Muslim itu lebih dekat dengan wanita tua itu, tetapi orang Kristian hanya inginkan duit. Apakah anda tidak merasakan ini?

Bagaimana dalam proses penebusan dosa, semua orang perlu membayar kepada pendetamu, entah orang itu miskin atau warga tua, wajib membayarnya sebagai ritual pengampunan dosa.

Lihatlah juga, seorang Muslim tidak tertarik untuk mengambil upah pada orang-orang tua. Mereka begitu ikhlas dengan sukarela membawakan barang-barang serta belanja wanita tua itu. Sampaikan si wanita tua itu hendak berdoa ke gereja, si pemandu Muslim itu setia menghantar dan menjemputnya.

Inilah kenapa saya mengatakan masa depan Rusia akan menjadi milik majoriti pemeluk Islam dan negara ini akan menjadi milik Islam. Hadirin lihat peribadi yang berbudi luhur dan santun, mampu membuat dunia tercengang, ternyata akhlak Muslim lebih mulia daripada jemaah Kristian.

Anda mendengar bahawa Islam dituduhkan sebagai agama pengganas, tapi itu hanya isu belaka yang pada kenyataannya umat Islam lebih mengutamakan adab serta kesopanan.

Walau mereka difitnah sebagai pengganas, tetapi populasi jumlah mualaf di Eropah dan Rusia makin ramai berkunjung ke tempat ibadah orang Muslim untuk memeluk Islam, kerana para mualaf tahu betul bahawa Islam tidak sekejam yang dunia tuduhkan.

Sekarang dan selamanya, masa depan Rusia akan menjadi milik umat Islam. Di masa depan adalah kembalinya kejayaan Islam. Lihat populasi Muslim di Rusia, telah berjumlah 23 juta dan pemeluk Kristian mengalami penurunan menjadi 18 juta, dan selebihnya adalah komunis.

Ini sebuah fakta bahawa Islam sekarang menjadi agama terbesar di Rusia. Di utara bekas pecahan negara Soviet Union majoriti Muslim iaitu Republic of Chechnya, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan and Dagestan. Lalu umat Islam telah merebak di kota-kota besar Rusia termasuk Moskow.

Imam Besar mengakhiri khutbahnya dan turun ke mimbarnya dengan mata yang berair, sementara itu para jemaahnya masih terpaku dan haru, tidak menyangka seorang Imam Besar Katolik juga mengagungkan orang Muslim.

Sebahagian jemaah ada yang menangis melihat cara ajaran Islam, ternyata berbudi luhur dan tidak layak di sebut "pengganas".


Tukar Presiden Jika Ingin Kekal Dengan PR - Penganalisis

Posted: 25 Mar 2015 05:00 PM PDT

 

Empat Pilihan Untuk Pas

Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula menyatakan pendiriannya.

Dalam pendirian terbaru yang diputuskan malam tadi, DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Haji Hadi tetapi kekal bersama PR.

Ini bermakna, sementara PKR dan DAP kekal dalam PR, masa depan Pas dalam gabungan itu terpulang kepada parti itu menentukannya.

Jika Pas meneruskan juga mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen, PKR dan DAP tidak akan memberikan sokongan terhadapnya. Pas hanya boleh berpuas hati dengan sokongan 21 Ahli Parlimennya sahaja.

Dalam masa yang sama, dua pemimpin kerajaan iaitu Nancy Shukri dan Nazri Aziz pula menegaskan, undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkata, mustahil hudud dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Selain itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen daripada Sarawak juga tidak akan menyokong sebarang usul mengenai hudud.

Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan pernah memegang portfolio undang-undang sebelum ini, dengan nada lebih keras dan terbuka berkata, hanya orang "bodoh" yang akan terus bercakap mengenai hudud.

Ini kerana, katanya, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa undang-undang berkaitan jenayah merupakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya Mahkamah Syariah.

Untuk meminda Perlembagaan pula, tambah Nazri, ia memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dan tidak ada sesiapa yang memiliki sokongan sebanyak itu ketika ini.

Nazri juga berkata, selain itu usul persendirian Pas hanya dapat dibentangkan di Parlimen setelah selesai semua aturan urusan kerajaan dan selagi ia tidak habis, usul tersebut tidak dapat dibawa.

Secara langsung, kenyataan Nazri ini membayangkan bahawa usul persendirian berkaitan hudud ini bukan saja tidak pasti dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini, tetapi juga tiada jaminan dalam sesi-sesi yang seterusnya.

Bersandarkan semua situasi yang ada sekarang, usul persendirian hudud yang bakal dibawa oleh Haji Hadi ini selain tiada harapan untuk menang dan mendapat sokongan, malah mungkin juga tidak ruang langsung untuk dibentangkan di Parlimen.

Tetapi yang penting, apakah masa depan Pas dalam konteks ini?

Semuanya kini terserah kepada Pas. Jika mereka ingin terus kekal bersama PR, mengekalkan hubungannya dengan PKR dan DAP serta mahu terus berpotensi memenangi kerusi di kawasan bandar dan separa bandar di Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya, pilihan yang boleh dibuat ialah sama ada menarik balik usul persendirian itu atau menukar Haji Hadi sebagai Presiden Pas.

Keputusan DAP mahu terus kekal dalam PR tetapi memutuskan hubungan dengan Haji Hadi Hadi adalah isyarat yang jelas bahawa yang menjadi masalah bukannya Pas tetapi hanya Haji Hadi. Dengan ketiadaan sokongan serta kenyataan Nancy Shukri dan Nazri Aziz, usul persendirian itu sudah bemakna lagi.

Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.

Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.

Pilihan lain jika Pas ingin kekal berketuakan Haji Hadi ialah keluar dari PR. Walaupun Nik Amar Abdullah mengatakan Pas tidak kisah sendirian berikutan isu hudud ini, sudah tentulah wajah Pas tidak seperti yang ada sekarang jika ia bersendirian.

Pas tidak saja akan mengalami kehilangan banyak kerusi, tetapi juga akan mengecewakan ramai kelompok profesional dan progresif dalam parti itu.

Pilihan terakhir yang boleh dibuat oleh Pas jika tidak mahu bersendirian ialah membawa Pas menyertai BN dengan tujuan menguatkan kedudukan Melayu dalam gabungan itu. Tetapi pilihan ini belum tentu juga mendatangkan keselesaan kepada Pas kerana mereka bakal berebut kerusi pilihanraya pula dengan UMNO dalam pilihanraya nanti.

Dengan UMNO lebih dominan dan menang banyak kerusi di kawasan Melayu, jika bersama BN, Pas mungkin hanya diperuntukkan kerusi yang jauh lebih kecil saja.

Segala-galanya kini terserah kepada Pas menentukan hala tujunya antara tarik balik usul, keluar PR, tukar Haji Hadi atau menyertai BN. Pilihlah yang mana satu jalan berturap, jalan berliku atau jalan mati. -shahbudindotcom

It's best for PAS to oust Hadi, says analyst

If PAS wants to remain in Pakatan Rakyat and thereby maintain its relevance as a political party, it has to get rid of Abdul Hadi Awang or at least give up on tabling the Private Member's Bill aimed at facilitating the introduction of hudud, says political analyst Shahbudin Husin in his latest blog posting.

According to him, this is the essential meaning of last night's DAP decision to remain in Pakatan but to cut ties with Hadi, Shahbudin says.

He seems to argue that the best course open for PAS is to oust Hadi from the party presidency.

He says that while PAS can retain Hadi as its president and still remain in Pakatan, its relations with DAP and PKR will remain sour, leading to disagreements on seat allocation in the next general election and, inevitably, three-corner fights. This will render its membership in the alliance virtually meaningless.

Essentially, he says, PAS now has to decide whether to oust Hadi or get out of Pakatan and then go it alone or join Barisan Nasional. However, if it does decide to opt out of Pakatan, it will be only a minor player in national politics.

"It's now all up to PAS," Shahbudin writes. "If it wants to remain in Pakatan and thereby keep winning urban and semi-urban seats such as those in Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, it will have to withdraw the Private Member's Bill or replace Hadi with someone else.

"Retaining Hadi will bring the risk of alienating non-Malay voters, who no longer trust Hadi. PAS will then be successful only with Malay votes in Kelantan, Terengganu and Kedah.

"Furthermore, by retaining Hadi, PAS will disappoint many of the professionals within the party."

Neither will PAS be any more successful if it decides to go it alone or join BN, he says.

"If it joins BN, it will be fighting for seats with Umno in the coming general election. With Umno being the dominant party in the coalition, it's likely that PAS will get only a minority of seats." -FMT




ULASAN GB
Jika dibaca komen-komen yang ada di bawah artikel yang disiarkan oleh FMT itu, jelas menunjukkan rata-rata kaum bukan Melayu sudah menolak Hj Hadi.

Apakah PAS ada pilihan lain jika ingin terus bersama PR selain dari apa yang disuarakan oleh penulis berkenaan iaitu menukar Presidennya?

Jika Hj Hadi dikekalkan Presiden maka hal yang disebutkan penulis tidak dapat dielakkan:

Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.
Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.

VIDEO - Fatwa Baru Nik Amar - Tolak Hadi Bererti Tolak PAS

Posted: 25 Mar 2015 04:30 PM PDT


PKR jadi orang tengah, jumpa DAP, PAS berasingan, kata Rafizi OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 25 Mar 2015 09:00 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan DAP dan PAS berhubung dengan isu hudud.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan DAP dan PAS berhubung dengan isu hudud.

PKR mengumumkan hari ini ia akan bertindak sebagai 'orang tengah' dalam Pakatan Rakyat (PR), susulan krisis yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung isu hudud.

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan kedua-dua parti berkenaan dalam minggu ini.

"Dalam masa antara dua tiga hari ini, kami akan berjumpa dengan PAS dan DAP, dan kami akan keluarkan kenyataan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

"Seperti 'tripod', keseluruhan Pakatan tidak akan mampu bertahan jika kekurangan salah satu kakinya, sekurang-kurangnya kami cuba memainkan peranan ini," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam secara terbuka menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan PR sekiranya berkeras meneruskan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

DAP juga melalui resolusi mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya bertindak memutuskan hubungan mereka dengan Hadi, namun mengekalkan kerjasama mereka dalam PR.

Susulan kenyataannya itu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga ahli Parlimen PAS Pasir Mas menempelak DAP yang menurutnya merupakan pihak yang seharusnya meninggalkan PR.– 25 Mac, 2015. 


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Umno terus tekan PAS agar berpisah

Posted: 25 Mar 2015 08:15 AM PDT

 
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee terus menekan PAS agar berpisah dengan DAP yang menurutnya akan terus menentang pelaksanaan hudud.

"Bukan sahaja hari ini malah selamanya DAP tidak akan bersetuju hudud PAS dan perkara yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

"Sebelum PAS dianggap dayus oleh penyokong dan rakyat negara ini ada baiknya PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP," katanya.

Katanya, para pemimpin PAS sepatutnya melihat bahawa ia "dibahalulkan" oleh DAP yang hanya menganggap parti Islam itu "melukut di tepi gantang".

"Seharusnya pemimpin PAS membuka mata besar dan tidak memekakkan telinga dengan pernyataan penghinaan yang dilemparkan oleh (setiausaha agung DAP) Lim Guan Eng terhadap (presiden PAS, Datuk Seri Abdul) Hadi Awang," katanya.

Tulisan di blog umnobahagiancheras.blogspot.com itu memetik kenyataan Lim yang mengumumkan bahawa DAP kini memutuskan kerjasama dengan Hadi.

Namun, masih ada pemimpin PAS yang masih mahu berbaik-baik dengan DAP, katanya yang merujuk kepada ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan timbalan presiden, Mohamad Sabu.

"Walaupun DAP sudah menjatuhkan talak tiga kepada Hadi namun kedua-dua pemimpin PAS terbabit seolah-olah sudah gila talak mahu menjernihkan hubungan PAS dan DAP.

"Pada padangan saya, tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi Awang kerana mahu memberitahu anggota PAS bahawa presiden parti itu tidak lagi relevan mengetuai PAS dan wajar diganti pada muktamar Jun ini," katanya.

Beliau mendakwa, kenyataan itu menonjolkan sikap DAP sebagai "abang long" dalam Pakatan.

"Apabila sudah menjadi 'abang long' maka mudahlah DAP membuat apa sahaja keputusan dalam Pakatan," katanya.
 

Projek cetusan sultan jejas pendapatan nelayan 50%

Posted: 25 Mar 2015 07:30 AM PDT

 
 
Dianggarkan kira-kira 50 peratus pendapatan nelayan berkurangan susulan aktiviti penambakan laut untuk projek Forest City dan Tanjung Piai  Maritime  Indusrial Park.

Keadaan itu berlaku susulan nelayan perlu menangkap ikan di kawasan yang lebih jauh, menurut jawapan Menteri Pertanian dan Industri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam jawatan bertulisnya di Parlimen.

Ismail (kanan) juga berkata, seramai 1,023 nelayan pantai dipengaruhi oleh aktiviti itu, merangkumi 596 nelayan daripada 14 pangkalan di Johor Bahru dan 428 nelayan daripada 19 pangkalan di Pontian.

Menteri itu juga membekalkan carta anggaran purata pendapatan sebulan nelayan di enam daerah yang menyaksikan pendapatan terendah diraih nelayan Johor Bahru dengan RM1,151 sebulan dan dan tertinggi di Batu Pahat (RM4,103).

Bilangan nelayan pula paling rendah di Kota Tinggi dengan 292 orang manakala tinggi pula di Pontian dengan jumlah 1,468 orang.

Ismail berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mahu tahu purata pendapatan nelayan susulan aktiviti itu serta bilangan nelayan yang akan dipengaruhinya.

Sultan: Ramai dengki, iri hari

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar sebagai pencetus idea Forest City pada 22 Mac lalu dilapor menjelaskan penambakan dibuat kerana pembangunannya lebih mudah.

"Di darat kita perlukan pengambilan tanah. Kawasan tanah baru lebih mudah untuk perancangan.

"Jajaran (pembinaan) jalan semua mudah. Jika daratan tidak banyak kawasan yang dikelilingi air," katanya dalam wawancara dengan Berita Harian ketika ditanya berbubung perkara itu ketika Johor masing mempunyai banyak tanah.

Ditanya berhubung isu alam sekitar, sultan Johor (kiri) juga berkata ramai yang iri hati, dengki dan mempolitikkan perkara itu.

"Mereka hanya mahu menyukarkan kita. Pemaju lain buat satu lapisan, tetapi Forest City buat tiga lapisan.

"Mereka juga patuh pada peraturan tak kira berapa kos walaupun sehingga tiga kali ganda," beliau dipetik sebagai berkata.
 

Malaysiakini

Rafizi Bikin Najib Pening Kepala?

Posted: 25 Mar 2015 06:30 AM PDT


Rafizi Bikin Najib Pening Kepala? PKR mengumumkan hari ini ia akan bertindak sebagai 'orang tengah' dalam Pakatan Rakyat (PR), susulan krisis yang berlaku antara DAP dan PKR berhubung isu hudud.

Setiausaha Agungnya Rafizi Ramli berkata, PKR akan mengadakan pertemuan berasingan dengan kedua-dua parti berkenaan dalam minggu ini.

"Dalam masa antara dua tiga hari ini, kami akan berjumpa dengan PAS dan DAP, dan kami akan keluarkan kenyataan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

"Seperti 'tripod', keseluruhan Pakatan tidak akan mampu bertahan jika kekurangan salah satu kakinya, sekurang-kurangnya kami cuba memainkan peranan ini," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Rafizi Bikin Najib Pening Kepala?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam secara terbuka menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan PR sekiranya berkeras meneruskan membawa rang undang-undang persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

DAP juga melalui resolusi mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya bertindak memutuskan hubungan mereka dengan Hadi, namun mengekalkan kerjasama mereka dalam PR.

Susulan kenyataannya itu, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, yang juga ahli Parlimen PAS Pasir Mas menempelak DAP yang menurutnya merupakan pihak yang seharusnya meninggalkan PR.


Addin.

Menteri kata 24 jam, fakta pula sebaliknya

Posted: 25 Mar 2015 05:30 AM PDT

Menteri bohong, mai kot mana 24jamnya.. Mashitah 9 hari, Ismail Sabri seminggu..!!

Menteri dalam negeri mengatakan bahawa siasatan awal dan rakaman kenyataan dua pemimpin Umno -  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Mashitah Ibrahim - disiapkan dalam tempoh 24 jam, tetapi fakta dan kronologi kes itu menunjukkan sebaliknya.

Ia sebaliknya mengambil masa kira-kira seminggu sebelum Ismail Sabri yang juga menteri pertanian dan industri asas tani, disoal siasat oleh polis berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina.

Begitu juga, dengan kes Mashitah berhubung dakwaannya bahawa beberapa orang Cina di Kedah telah membakar helaian al-Quran, di mana beliau hanya disoal siasat oleh polis sembilan hari selepas DAP membuat laporan polis terhadapnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Parlimen semalam bahawa tidak timbul keperluan untuk menangkap mereka kerana siasatan awal dan rakaman kenyataan mereka disiapkan dalam tempoh 24 jam dari tempoh aduan dibuat.

Zahid menjawab soalan MP Ipoh Barat, M Kulasegaran yang bertanya mengapa ahli politik Umno tidak ditangkap kerana membuat membuat kenyataan yang provokatif baru-baru ini.

Ia ekoran tindakan polis menangkap hampir kesemua aktivis pembangkang selepas mereka secara sukarela hadir di balai polis selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

Penangkapan terbaru ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Ia ekoran perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac yang menyaksikan kira-kira 10,000 orang berarak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.

Ismail Sabri membuat kenyataan kontroversi pada 2 Februari, di mana Ketua Polis Negara Khalid Tan Sri Abu Bakar dalam tweet pada hari yang sama mengatakan polis akan memanggil beliau untuk disoal.

Ia pada asalnya dijadual pada 4 Februari, tetapi kemudiannya ditangguhkan kepada 9 Februari, kerana dikatakan kesibukan jadual menteri itu kerana tarikh itu kebetulan sama dengan tarikh lawatan rasmi Presiden Indonesia Joko Widowo ke Malaysia.

Ismail Sabri kemudiannya menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan mereka walaupun kejatuhan harga minyak.

Bagi Mashitah pula, beliau membuat dakwaan itu di Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 26 November, tetapi dakwaannya itu kemudiannya didapati tidak benar.
MP Kulai Teo Nie Ching dan beberapa yang lain membuat laporan polis terhadap Mashitah pada 28 November dan, menurut Agenda Daily, kenyataan Mashitah yang dicatatkan pada 7 Disember.

KedahLanie.

Najib diberi 48 jam nyata pendirian hudud

Posted: 25 Mar 2015 04:30 AM PDT

 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi tempoh 48 jam lagi sehingga mesyuarat Kabinet bagi menyatakan pendirian beliau berhubung enakmen hudud.

Tokoh DAP Lim Kit Siang yang juga MP Gelang Patah berkata Najib masih belum mengumumkan pendirian jelas sama ada Umno/BN menentang hasrat teokratik PAS itu.

Najib yang juga presiden Umno bertemu dengan 12 pemimpin parti komponen Khamis lalu susulan itu dimaklumkan bahawa beliau akan menjelaskan pendiriannya dalam masa terdekat.

Lim berkata penangguhan pengumuman itu menyebabkan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai "menggigil", yang kemudiannya menggesa semua pihak memberi lebih masa kepada Najib.

- mkini

PAS Kelantan tetap membentangkannya walaupun sudah tahu penolakan Majlis Raja-raja

Posted: 25 Mar 2015 03:54 AM PDT

'Wednesday, March 25, 2015   PAS Kelantan tetap membentangkannya walaupun sudah tahu penolakan Majlis Raja-raja al-Sultan Kelantan bersama MB Mat Yaakub Dilaporkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu telah menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.   Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.- Baca lagi di sini Mesyuarat Raja-raja Melayu lazimnya diiringserta Menteri Besar negeri masing-masing.   Maka sudah pastinya, MB Kelantan juga telah turut bersama al Sultan Kelantan dalam mesyuarat tersebut dan sudah pasti maklum mengenai keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja pada hari tersebut. Tetapi apa yang peliknya, kenapa setelah mengetahui penolakan Raja-raja Melayu itu, PAS Kelantan masih tetap membentangkannya pada 18 Mac dan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac ?   Mustahil Menteri Besar Mat Yaakub tidak ketahuan mengenai penolakan oleh Ketua Agama negerinya sendiri!   Tidakkah ini merupakan tindakan yang memberi gambaran seolah-olah PAS Kelantan mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu? Bukankah Hj Hadi sewaktu krisis MB Selangor dulu dia pernah menyebut yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.  Tetapi kenapa kali ini Haji Hadi tidak mahu akur dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu....   Haji Hadi hanya akur pada seorang Sultan Selangor sahaja tetapi tidak kepada Majlis Raja-raja??   Presiden PAS Haji Hadi dengan tergesa-gesa telah menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac (Ingat : DUN Kelantan meluluskannya pada 19 Mac).   Setiausaha Agong dan PAS Pusat sendiri tidak tahu menahu mengenainya. Tetapi malang bagi Hj Hadi, Rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini belum ketahuan sama ada akan dibentangkan atau tidak berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan dalam sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April depan.   Sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ke-13 untuk tahun ini pula dijangka akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 18 Jun hadapan.   Tunggu dan tengok siapa yang kena nanti.....  al-Husseyn.'al-Sultan Kelantan bersama MB Mat Yaakub Dilaporkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu telah menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber. 

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.- Baca lagi di sini Mesyuarat Raja-raja Melayu lazimnya diiringserta Menteri Besar negeri masing-masing. 

Maka sudah pastinya, MB Kelantan juga telah turut bersama al Sultan Kelantan dalam mesyuarat tersebut dan sudah pasti maklum mengenai keputusan mesyuarat Majlis Raja-raja pada hari tersebut. 

Tetapi apa yang peliknya, kenapa setelah mengetahui penolakan Raja-raja Melayu itu, PAS Kelantan masih tetap membentangkannya pada 18 Mac dan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac ?
Mustahil Menteri Besar Mat Yaakub tidak ketahuan mengenai penolakan oleh Ketua Agama negerinya sendiri! 

Tidakkah ini merupakan tindakan yang memberi gambaran seolah-olah PAS Kelantan mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu? Bukankah Hj Hadi sewaktu krisis MB Selangor dulu dia pernah menyebut yang PAS akan akur dengan apa saja keputusan Sultan Selangor.

Tetapi kenapa kali ini Haji Hadi tidak mahu akur dengan keputusan Majlis Raja-raja Melayu....
Haji Hadi hanya akur pada seorang Sultan Selangor sahaja tetapi tidak kepada Majlis Raja-raja?? 

Presiden PAS Haji Hadi dengan tergesa-gesa telah menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac (Ingat : DUN Kelantan meluluskannya pada 19 Mac). 

Setiausaha Agong dan PAS Pusat sendiri tidak tahu menahu mengenainya. Tetapi malang bagi Hj Hadi, Rang undang-undang persendirian mengenai hudud ini belum ketahuan sama ada akan dibentangkan atau tidak berikutan banyak lagi rang undang-undang kerajaan perlu dibentangkan dalam sidang Parlimen (Dewan Rakyat) kali ini yang akan berakhir 9 April depan. 

Sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ke-13 untuk tahun ini pula dijangka akan berlangsung bermula 18 Mei hingga 18 Jun hadapan. 

Tunggu dan tengok siapa yang kena nanti.....


al-Husseyn.

Dalam sehari berapa kali kita teringat tentang kematian?

Posted: 25 Mar 2015 03:30 AM PDT

'Dalam sehari berapa kali kita teringat tentang kematian?  Berapa kali kita terbayang saat ajal menjemput kita? Berapa kali kita memikirkan bila roh keluar dari jasad kita?  Mungkin kita masih berangapan kita lambat lgi mati, sedangkan saat kematian itu begitu hampir kepada kita.  Ya Allah... Janganlah Engkau pesongkan hati² kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan hidayah Mu...'

Berapa kali kita terbayang saat ajal menjemput kita?
 

Berapa kali kita memikirkan bila roh keluar dari jasad kita?

Mungkin kita masih berangapan kita lambat lgi mati, sedangkan saat kematian itu begitu hampir kepada kita.

Ya Allah... Janganlah Engkau pesongkan hati² kami setelah Engkau berikan kami petunjuk dan hidayah Mu...
 

Sungguh Tak Disangka.. Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan PAS

Posted: 25 Mar 2015 02:30 AM PDT



Berita Ini Betul-Betul Mengejutkan PAS. Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.

Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Berita Ini Ini Betul-Betul Mengejutkan PAS

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.

"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.

"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.

Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.

Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.

Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.

Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan.

Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.

Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.

Berita Betul-Betul Mengejutkan PAS

Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.

Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.

Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.

Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.

Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.


G25: Laksana hudud abai jalan kesederhanaan

Posted: 25 Mar 2015 01:30 AM PDT

  

Kumpulan 25 tokoh penjawat awam Melayu ternama menggesa Putrajaya untuk mendokong Perlembagaan Persekutuan dan menghalang pelaksanaan hukuman hudud.

Dalam kenyataan akhbar, kumpulan itu berkata Malaysia telah memilih jalan kesederhanaan sejak kemerdekaan dan BN telah menerajui negara ini melalui jalan tersebut.

"Pelaksanaan undang-undang hudud PAS akan menandakan kepada dunia bahawa Malaysia telah meninggalkan jalan sederhana.

"Kami akan dilihat sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh undang-undang agama yang tertakluk kepada ragam tafsiran ulama yang tidak terlepas berbuat silap," kata kumpulan itu.



Malaysiakini.

PM: Pihak hina polis tak bertanggungjawab

Posted: 25 Mar 2015 12:30 AM PDT

 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata mereka yang menghina pasukan polis adalah kumpulan yang tidak bertanggungjawab sama sekali.

"Janganlah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak menghormati anggota polis, jangan kita merendah-rendahkan mereka dengan kata-kata nista dan tohmahan yang tidak berpatutan, seolah-olah polis satu badan yang lakukan sesuka hati," katanya.

Berucap merasmikan sambutan Hari Polis hari ini, Najib berkata sepatutnya kita menghargai polis kerana mereka menegakkan kedaulatan undang-undang dan rakyat dapat hidup dalam aman.

Sehubungan itu, kataya, kerajaan akan terus menyokong perkembangan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk penambahan anggota dan aset, berdasarkan kepada kepada kemapuan kewangan negara.

Tekad kerajaan, tambahnya, adalah untuk menjadi PDRM sebagai sebuah institusi yang profesional, berkesan dan yang terbaik.





Malaysiakini

Lori terbakar, 2 anggota bomba cedera

Posted: 24 Mar 2015 11:30 PM PDT

 
 
Sebuah lori 11 tan yang membawa muatan pelbagai barangan hangus terbakar dalam kejadian dekat, Pantu, Sri Aman, kira-kira 100 kilometer dari Kuching awal pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba kejadian itu turut mengakibatkan dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman cedera terkena letupan ketika sedang memadam kebakaran.

"Pada 2.48 pagi, enam anggota bomba diketuai Pegawai Kanan Bomba, Jilin Itar dengan sebuah jentera jenis Scania dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 53 kilometer sebaik menerima panggilan.

"Jentera pertama tiba pada jam 3.35 pagi dan berjaya mengawal kebakaran 10 minit minit kemudian.

"Kedua-dua anggota bomba berkenaan kini berada di Hospital Sri Aman dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

- Bernama