Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Guru antara 14 dicekup terbabit judi siber

Posted: 24 Mar 2015 10:30 PM PDT

 
 

Seorang guru merupakan antara 14 individu yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan judi siber.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata guru lelaki berumur 50 tahun itu dipercayai menganjurkan kegiatan tersebut di rumah sewanya di Taman Faber, Luyang di Kota Kinabalu pada 15 Mac lepas.

Bagaimanapun, guru terbabit ditahan dua hari kemudian di sekitar bandar raya, katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan Pondok Bit Polis Imago berkeluasan 700 kaki persegi di pusat komersial KK Times Square di Kota Kinabalu semalam.

Menurut beliau, 13 individu lain, kesemuanya lelaki berumur antara 26 dan 59 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan iaitu pada 15 Mac di rumah sewa guru terbabit, 16 Mac di Pusat Perniagaan Inanam dekat Kota Kinabalu dan 22 Mac di Taman Kinamount di Kota Kinabalu.

Katanya, polis turut merampas 15 set komputer yang dianggarkan bernilai RM20,000 dan wang tunai berjumlah RM940.

"Modus operandi judi siber sudah berubah daripada kawasan komersial kepada kawasan perumahan dan beroperasi secara bersembunyi di mana pelanggan tertentu sahaja yang boleh masuk," katanya.





Chandra juga mengalukan orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai kegiatan judi siber di kawasan perumahan masing-masing.

- Bernama

Kastam akan jawab semua 106 soalan

Posted: 24 Mar 2015 09:30 PM PDT

 
 
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan menjawab kesemua 106 soalan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dari NGO yang menentang pelaksanaan cukai tersebut.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jawapan itu akan dimuatkan di laman web JKDM untuk rujukan semua pihak.

Tegasnya, jabatannya akan menjawab kesemua soalan tersebut walau dianggap remeh.

"Kita akan menjawab soalan-soalan itu.

"Dalam masa terdekat, kita akan kumpulkan jawapan dan masukkan jawapan dalam laman web Jabatan Kastam," kata Khazali.

Dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya, Khazali berkata sesetengah soalan tersebut dianggap remeh kerana sudahpun dijelaskan sebelum ini.

"Saya tak tahu kenapa dia tanya. Salah satu contoh soalan ialah 'apabila gst dilaksanakan, adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terus juga dilaksanakan?'

"Kita dah banyak kali menjelaskan bahawa GST akan mengantikan cukai SST yang dilaksanakan," jelasnya.

Namun, Khazali berkata walaupun soalan itu nampaknya mudah, mungkin sesetengah pihak masih memerlukan penjelasan.

"Jadi, ada kebaikan juga jika Jabatan Kastam mengambil semua soalan itu dan masukkan jawapan dalam laman web.

"Ia boleh dijadikan sebagai maklumat untuk semua orang dan bukan hanya untuk kumpulan itu saja," katanya.

Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis.

Seramai 80 orang aktivis ditahan dalam kejadian itu.

 
Malaysiakini

Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud, kata sumber

Posted: 24 Mar 2015 08:41 PM PDT

 
'Wednesday, 25 March 2015.  Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud, kata sumber  Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.  Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.  Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.   Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.  DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.  Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.  Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.  Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.  "Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.  "Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.  Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.  Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.  Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.  Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).  Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.  Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.  Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.  Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.  Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.  Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.  Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.  Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.  Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.  Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.  Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.  PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. – tmi  @[500504893341810:274:Bloglist Malaysia].'

Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.
 
Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.


DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.

Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.

"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.

"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.

Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.

Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.
Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.

Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).

Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.
 
Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.

Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.

Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.

Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.

Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.

Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. – tmi


Bloglist Malaysia.

Keharmonian Rakyat Jauh Lebih Diutamakan

Posted: 24 Mar 2015 06:15 AM PDT

No Hudud Di Perak Kata PR Perak Termasuk PAS Perak.


Adakah pimpinan-pimpinan PAS di Perak juga tidak beriman dan ada masalah akidah kerana menolak pelaksanaan hudud di Perak? Jika kau semua baca betul2 point PR Perak maka kau akan tahu bahawa mereka ;

- Bersetuju untuk mempertahankan perlembagaan negara yang sedia ada.

- Persetujuan ini dicapai bersama oleh PAS, PKR dan DAP di Perak.

- Dan mereka tidak akan melaksanakan hudud di negeri berkenaan.

Dalam erti kata lain, mereka neh bukan menolak pelaksaan hudud atau mempersoalkan proses, sebaliknya terus TOLAK HUDUD tanpa kompromi.

WOW.

Baca ;

Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang dibentangkan kerajaan Pas di Kelantan, tidak akan dibangkitkan di Perak.

Keputusan itu diambil PR Perak melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak, Sabtu lalu, bagi menjaga keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, pimpinan itu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian kaum dan agama.

"Majlis Pimpinan PR menyatakan komitmen untuk membentuk kerajaan negeri yang berpaksikan kepada prinsip telus, adil, amanah, berkebajikan dan berwawasan.

"Semua dasar yang ingin dilaksanakan ini wajib mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR," katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Kenyataan bersama itu turut dipersetujui Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Naib Pengerusi PKR Perak, Laksamana Pertama (B) Muhammad Imran Abdul Hamid.

Mohammad Nizar berkata, dalam mesyuarat itu juga, mereka bersetuju Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1993 (pindaan 2015) yang diluluskan Sidang Dewan Kelantan yang membawa pelaksanaan hukum hudud, adalah di luar Dasar Bersama PR dan wajar dibincangkan.

Menurutnya, Majlis Presiden PR perlu bermesyuarat dengan kadar segera demi mencapai kata sepakat.

"Ini termasuklah berkaitan kelulusan rang undang-undang itu yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat, kita perlu mengeluarkan kenyataan bersama secepat mungkin," katanya.


Ameno World

" KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT. CERAI DENGAN TGHH " tikaq buloh

Posted: 24 Mar 2015 05:30 AM PDT


Pasal hudud, tak habis-habis pasal hudud. Urusan agama orang pun nak masuk campur. Kita orang Islam di Malaysia pun tidak pernah pertikai apa yang Cina sembah, hukum apa yang orang Cina nak pakai pun kita tidak pernah nak pertikai.




DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan "tidak jujur".

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada malam tadi.

Katanya, parti itu sedar bahawa keputusan berkenaan akan meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan terumbang-ambing.

"DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS seperti Hadi Awang yang tersebut bertindak dengan tidak jujur dan tidak bermaruah seperti ini.

"DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengannya," kata Lim lagi.

Keputusan itu dibuat antara lainnya selepas mengambil kira pendirian Hadi dalam meneruskan pelaksanaan hudud.


Selain itu ia juga bersabit dengan kontroversi yang timbul dalam projek Langkah Kajang - untuk melantik presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor. M Kini

VIDEO - ACEH BINA MASJID BATU JED PERTAMA DI DUNIA - 20 TON BATU JED DIGUNAKAN

Posted: 24 Mar 2015 04:45 AM PDT

 
Aceh bakal miliki sebuah masjid batu jed pertama di dunia


Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A'la. Foto hiasan.

JAKARTA, 23 Mac:

Fenomena "demam" batu-batu permata di Indonesia kini akan menjadi lebih hebat apabila pemerintah di sebuah wilayah di Aceh membina sebuah masjid batu jed yang pertama di dunia.

Sebuah portal berita tempatan, tribunnes.com memetik Pengerusi Badan Perancangan Pembangunan Nagan Raya di Acheh Teuku Raja Keumangan sebagai berkata, kerja-kerja pembinaan tapak masjid yang berharga Rp150 bilion (RM45 juta) itu telah dimulakan sejak awal tahun.


Cerita Usman temukan batu giok 20 ton di tengah hutan Aceh

Masjid seluas hampir 4,000 meter persegi itu akan dinamakan Masjid Agung Baitul A'la dan seluruh bangunan masjid hingga kubahnya dilapisi dengan batu jed yang diambil dari hutan di kawasan Beutong di Nagan Raya.

Baru-baru ini para pencari batu permata telah menemui bongkah batu jed seberat kira-kira 20 tan metrik di Gampong Krueng Isep di Beutong dan kerajaan wilayah Aceh tidak membenarkan sesiapapun mengambil bongkahan batu permata itu.

Teuku Raja Keumangan berkata, kerja-kerja memunggah bongkahan batu jed dari hutan Beutong itu dijangka bermula April ini dan batu-batu itu akan dipotong sebanyak 37,000 keping dengan ukuran 60×60 sentimeter.

Katanya, masjid itu dibina sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT yang menjadikan tanah di Acheh dipenuhi dengan batu permata dan jika semuanya berjalan lancar, masjid itu dijangka siap akhir tahun ini.

Demam batu permata Indonesia itu merebak ke seluruh republik dari Aceh hingga ke Kalimantan dan di Jakarta pula ribuan orang mengunjungi sebuah pasar Rawa Bening pada setiap hujung minggu untuk membeli dan menjual pelbagai jenis batu-batu permata Indonesia


Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya - Addin

Posted: 24 Mar 2015 04:00 AM PDT

 
Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat. Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu diberi ruang dan peluang menjelaskan isu hudud yang membelakangkan dasar bersama Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PKR Mohamed Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, kesemua pimpinan tertinggi PR perlu bersikap adil dan berbincang terlebih dahulu tanpa menghakimi sesuatu tindakan.

"Bincanglah... kekuatan PR senantiasa berdasarkan perbincangan dan muafakat.

"Kita kena adil kepada Hadi dan membenarkan beliau memberikan penjelasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hijrah Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.

Azmin berkata demikian mengulas keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memutus hubungan dengan Hadi kerana tindakannya dalam isu hudud.

Semalam, DAP dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bertindak memutus hubungan dengan Hadi kerana mahu melaksanakan hudud.

Dalam kenyataannya hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memutuskan kerjasama dengan Hadi kerana sudah tidak percaya dan yakin terhadapnya sambil menyifatkan Hadi tidak jujur dan bermaruah.

Masih Ada Sinar Buat Pakatan Rakyat

Lim berkata, DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR membincangkan nasib PR pada masa depan.

Pada masa sama, Azmin berkata perbincangan akan dibuat pada mesyuarat Majlis Presiden PR dalam masa terdekat ini dan berharap Hadi hadir menjelaskan tindakannya.

Bagaimanapun, katanya, masih belum ada sebarang penetapan tarikh bagi mesyuarat pimpinan PR itu memandangkan DAP baru mengadakan mesyuarat CEC semalam.

Azmin juga percaya sebahagian besar pimpinan PAS menolak perpecahan dan mahu PR diperteguhkan.

"Kita tidak mahu adanya salah faham, boleh timbulkan ketegangan dan keretakan dalam PR," katanya.

Beliau juga menafikan wujudnya perpecahan dalam PR kerana isu yang dihadapi boleh diselesaikan menerusi perbincangan dan pertemuan bersama.

Meskipun menerima tentangan hebat rakan sekutunya, kerajaan Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan diluluskan Dewan Undangan Negeri Khamis lalu.

Susulan itu, Hadi menghantar notis memohon membentangkan rang undang-undang persendirian hudud Kelantan di Parlimen.


VIDEO - Lim: Heret IGP ke JK Hak & Kebebasan Parlimen

Posted: 24 Mar 2015 03:15 AM PDT


video - Polis bergelut dengan penyokong demo GST pula

Posted: 24 Mar 2015 02:30 AM PDT


Kenyataan Akhbar - Aktivis anti-GST ditangkap di kompleks kastam

Posted: 24 Mar 2015 02:00 AM PDT

 

 

Kenyataan Akhbar

23/3/2015

Bebaskan Aktivis Yang Di Tahan Dengan Segera.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengeji tindakan pihak berkuasa menahan aktivis-aktivis yang berada di Ibu pejabat Kastam di Kelana Jaya.

Difahamkan himpunan ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan memorandom berkenaan bantahan GST kepada Ketua Pengarah Kastam Dato' Sri Khazali bin Hj. Ahmad.

Akan tetapi,Ketua Pengarah Kastam bertindak menyembunyi diri dari berhadapan dengan soalan-soalan daripada rakyat berkenaan GST yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015.Mengapa GST ini tidak dikaji dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan di Malaysia?

Adakah kerajaan Malaysia melaksanakan GST semata-mata untuk melunaskan hutang kerajaan yang semakin meningkat?Apakah kerajaan Malaysia masih tidak sedar bahawa masih ramai rakyat Malaysia yg miskin dan tak mampu?

Dengan ini,SAMM menggesa pihak polis melepaskan aktivis-aktivis yang ditahan.SAMM juga menggesa agar Ketua Pengarah Kastam menjawab segala soalan yang sudah disediakan dan menerima memorandom dari rakyat.

SAMM juga menjemput semua rakyat Malaysia hadir ke balai polis Kelana Jaya sekarang untuk menunjukkan solidariti kepada semua aktivis-aktivis yang di tahan.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah
Pemikir Kaum Muda SAMM.

" AKSI SEORANG GADIS HISAP SERBUK PUTIH VIRAL DI INTERNET. AKHLAK ISLAM DAH TERPESONG JAUH " tikaq buloh

Posted: 24 Mar 2015 01:00 AM PDT

 

Kuala Lumpur – Aksi gadis Melayu bertudung yang dikatakan sedang menghisap dadah kini tersebar di laman-laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.

Melalui rakaman video berdurasi tujuh saat itu, gadis yang berusia sekitar 20-an itu bersama seorang lelaki dilihat menyedut sejenis serbuk yang diletakan di atas telefon mudah alih.

Ada juga mengatakan gadis tersebut dikatakan terpengaruh dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang penagih dadah.

Walau bagaimanpun tidak dapat dipastikan bila dan di mana perbuatan tersebut dirakamkan.

SuaraTV juga tidak dapat memastikan sama ada serbuk putih yang digunakan itu merupakan dadah yang dilarang atau sebaliknya.

Sumber agensi Anti Dadah Kebangsaan ketika dihubungi SuaraTV berkata akan meneliti rakaman yang tersebar itu dan melakukan sisatan.

"Sekiranya benar berlaku penyalahgunaan dadah, tindakan boleh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang disediakan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini turut diminta tampil membuat laporan bagi membantu siasatan yang dijalankan" ujarnya.

Menurutnya ada juga yang mendakwa gadis tersebut telah pun tampil membuat kenyataan berhubung aksi yang dilakukan itu sebelum ini.

"Dia bukan hisap dadah, tapi sedang membuat rawatan resdung, apapun biar kami teliti dan siasat terlebih dahulu.

"Mohon kerjasama semua untuk tidak mengecam beliau sebelum disabitkan dengan dakwaan" ujar sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu.

Majoriti pengguna media sosial sebelum ini mengutuk tindakan gadis tersebut.

Selain laman sosial, rakaman itu turut disebarkan melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Menurut peruntukan undang-undang mana-mana individu yang didapati bersalah mengambil dadah boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan dua tahun.

Menurut rekod terdapat ramai pelajar peringkat sekolah mahupun pusat pengajian tinggi yang di dapati menggunakan dadah untuk merangsang sistem saraf mereka agar menjadi lebih bertenaga.

Ia dilakukan khususnya ketika menjelang musim peperiksaan bagi membolehkan mereka tidak tidur untuk beberapa hari berturut-turut kononnya untuk menumpukan perhatian semasa mengulangkaji pelajaran.

Namun tanpa mereka sedari penyalahgunaan najis dadah itu boleh membawa masalah kepada kesihatan badan.  antara mengalami perubahan tekanan darah, berpeluh, muntah, kehilangan berat badan, sakit dada, koma dan lain-lain lagi.


Selain itu, dos yang berlebihan juga akan menyebabkan halusinasi, panik dan delusi paranoid. Suara TV

Faekah dakwa Azmin tiada pelan tindakan gangguan bekalan air

Posted: 24 Mar 2015 12:15 AM PDT


Faekah Husin kini mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak mempunyai pelan tindakan bagi menangani masalah bekalan air di negeri itu. – Gambar ihsan Selangorku, 23 Mac, 2015.

Faekah Husin kini mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak mempunyai pelan tindakan bagi menangani masalah bekalan air di negeri itu. –

Faekah Husin kini mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali tidak mempunyai pelan tindakan bagi menangani masalah bekalan air di negeri itu. –

Pegawai khas kepada bekas menteri besar Selangor, Faekah Husin, mempertikaikan pentadbiran Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang tidak menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi masalah bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata, Azmin sehingga kini hanya memberi kenyataan retorik tanpa ada pelan tindakan konkrit menghadapi masalah gangguan bekalan air terawat yang terlalu kerap berlaku sekitar Lembah Klang walaupun tiada masalah bekalan air mentah.

"Apabila penempatan dan bangunan perkhidmatan awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang terkesan daripada masalah gangguan air ini, jelas membuktikan menteri besar gagal memantau secara dekat permasalahan ini," katanya.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) itu, dalam satu kenyataan hari ini, mencadangkan supaya dihidupkan semula jawatankuasa khas yang memantau bekalan air serta memberi laporan dua kali sehari berkenaan masalah yang dihadapi dan kawasan yang terlibat.

Katanya, perkara itu pernah dilakukan sewaktu bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mentadbir kerajaan negeri.

Bekas setiausaha politik Khalid itu mendakwa, sikap berdolak-dalik Azmin meneruskan formula holistik melalui penstrukturan semula industri air Selangor menyumbang kepada gangguan bekalan air bersih.

"Pendekatan memberi 'laluan mudah' yang diambil kerajaan negeri kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash) yang diberi lesen sementara walaupun menolak tawaran penstrukturan semula mengganggu kelicinan pengambilalihan 3 syarikat konsesi yang lain," katanya.

Faekah menggesa Azmin bertindak proaktif menyelesaikan masalah gangguan bekalan air bersih kerana "tempoh bulan madu" beliau, yang dilantik menerajui Selangor sejak hujung September lepas, sudah berakhir.

Malah katanya, sesi terjah yang cuba dipopularkan beliau sudah tidak kedengaran lagi, sebaliknya masalah sampah-sarap tidak selesai dan bertambah di merata tempat.

"Mungkin beliau perlu meluaskan sesi terjah ke kolam, loji pembersihan air dan jangan lupa, terjah juga syarikat konsesi yang nampaknya degil dan menyusahkan rakyat Selangor," katanya.

Beliau berkata, Azmin sebelum ini meletakkan keutamaan kepada pelaksanaan prinsip Fiqh Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah untuk kesejahteraan seluruh rakyat apabila menyatakan pendirian mengenai hudud.

"Sehubungan itu, kami ingin menyarankan kerajaan Selangor memastikan perkhidmatan bekalan air bersih yang terbaik kepada rakyat yang pastinya merupakan sebahagian dari prinsip yang disebutkan di atas," katanya.

Selangor bakal menghadapi cabaran bekalan air terawat apabila tiba musim kering sekitar April hingga Oktober setiap tahun.

Ketika ini, beberapa kawasan mula menghadapi masalah gangguan bekalan air, antaranya wilayah Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat, ekoran loji rawatan air Sungai Semenyih yang mengalami pencemaran dan masih belum beroperasi. – 23 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT