Isnin, 23 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PAS: Kenapa syarikat luar majukan tanah 1MDB?

Posted: 23 Mar 2015 11:30 PM PDT

 
 
PAS mempersoal tindakan kerajaan yang menggunakan kepakaran syarikat Australia bagi membangunkan projek hartanah Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua penerangannya Datuk Mahfuz Omar mengulas kerjasama syarikat hartanah Lend Lease dari Australia dengan 1MDB untuk membangunkan projek itu yang dianggarkan bernilai RM8 bilion.

"Projek mega bernilai RM8 bilion itu sepatutnya diusahakan sendiri oleh syarikat tempatan yang tidak kurang hebat dan berkemampuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Kota pentadbiran Putrajaya dibina oleh Putrajaya Holdings Berhad, KL Sentral dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), bahkan Lembaga Kemajuan Bandar (UDA) pula telah berjaya membangunkan pelbagai jenis hartanah semenjak 1970-an lagi.

"Jelas, membuktikan pada hakikatnya Malaysia sudah ada kemampuan sendiri untuk membangunkan hartanah," tambahnya.

Minggu lalu, anak syarikat 1MDB - 1MDB Real Estate Sdn Bhd - menandatangani perjanjian usahasama, dan juga urusan jual beli, dengan Lend Lease untuk projek Lifestyle Quarter, sebahagian projek hartanah TRX yang bernilai AS$8 bilion (RM29.43 bilion) atas tanah seluas 28 hektar berdekatan Jalan Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas.

Lend Lease menguasai 60 peratus kepentingan dalam Lifestyle Quarter, projek pembangunan seluas 6.8 hektar, termasuklah sebuah pasar raya, beberapa menara kediaman dan sebuah hotel.

Mahfuz menggesa persatuan pemaju negara ini membantah projek tersebut yang memilih Lend Lease sebagai pemaju.

"Sudah tiba masanya, kita berdiri atas kaki kita sendiri tanpa terus bergantung kepada pihak luar," katanya.

Dalam kenyataan awalnya, 1MDB Real Estate yakin projek itu boleh membawa pelaburan asing sebanyak AS1 bilion (RM3.7 bilion).

Menurutnya lagi, Lend Lease memainkan peranan penting dalam projek-projek di New York, Chicago, London, Sydney dan Melbourne.
 
 
Malaysiakini

3 pekerja BFM disiasat isu video hudud

Posted: 23 Mar 2015 10:45 PM PDT

 
 
Polis hari ini merakamkan kenyataan daripada tiga kakitangan BFM yang terlibat dalam penerbitan video kontroversi berkaitan hudud.

Pasukan polis tiba pada jam 10 pagi tadi, diikuti pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

"Mereka disiasat bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," kata radio perniagaan itu dalam kenyataannya.

Seksyen 298 berkaitan kata-kata yang menjejaskan perasaan beragama seseorang.

Seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum setahun, denda atau kedua-duanya,

Seksyen 233 pula berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan jaringan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau penjara RM50,000.

"Pengurusan BFM Media Sdn Bhd menyokong penuh pekerja-pekerja dalam melaksanakan tugas mereka.

"Radio stesen ini mempertahankan mereka dan tetap komited memberikan sokongan diperlukan mereka pada masa-masa sukar," kata BFM.

Laporan dakwa hina Islam

Tujuh NGO hari ini bergabung membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Aisyah Mohd Tajuddin (atas) kerana didakwa menghina Islam.

Wartawan BFM Kupas itu sebelum ini tampil dalam video bertajuk "Hudud Isi Periuk Nasi", yang menyebabkan dia menerima ugutan termasuk ugutan bunuh dan rogol.

Dalam video itu, Aisyah antara lain menyampaikan mesej bahawa Kelantan sepatutnya mengutamakan soal ekonomi dan bukannya pelaksanaan hudud.

Dengan sinis, Aisyah turut menunjukkan bungkusan nasi lemak yang didapati tidak mengandungi isi.

Video itu diterbitkan tidak lama selepas Kelantan berjaya meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, Rabu lalu.

 
 
Malaysiakini 

Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah

Posted: 23 Mar 2015 10:00 PM PDT


Dalam dunia yang mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah pegangan umat Islam.


40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah

40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah
Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT.
Sesungguhnya kemurnian dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan.

Seandainya seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan iman rosak dan binasa. Antara 40 perkara yang boleh membatalkan iman yang telah disusun oleh Drs Hanafi Mohamad ialah:
  1. Syirik
  2. Meninggalkan Solat fardu
  3. Meninggalkan puasa bulan Ramadhan
  4. Enggan mengeluarkan zakat
  5. Enggan menunaikan haji
  6. Murtad
  7. Kufur terhadap Allah
  8. Mengingkari takdir Allah
  9. Beramal selain mencapai keredhaan Allah
  10. Mentaati selain perintah Allah dan Rasul
  11. Tawakal selain Allah
  12. Memperhambakan Manusia
  13. Berpaling dari peringatan Al-Quran
  14. Mengkhianati amanah Allah dan Rasul
  15. Menyembunyikan kebenaran ayat Allah SWT kerana takut kepada ancaman manusia
  16. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah SWT
  17. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  18. Mempermainkan kesucian agama
  19. Menghukum dengan hukuman manusia dan menolak hukum Allah
  20. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang dihalalkan Allah SWT
  21. Mengajak umat Islam meninggalkan jidah di jalan Allah
  22. Mengkafirkan sesama muslim
  23. Cinta kepada kehidupan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Akhirat
  24. Mengamalkan cara hidup orang kafir
  25. Berpegang teguh kepada adat resam nenek moyang yang berlawanan dengan syariat Islam
  26. Munafik (Nifak)
  27. Beramal dengan riak
  28. Gemar mengamalkan perkara bidaah
  29. Membuat peraturan atau undang-undang yang berlawanan dengan petunjuk Allah dan RasulNya
  30. Tidak beradab terhadap Rasulullah saw
  31. Menghina sahabat Rasulullah saw
  32. Mengangkat orang kafir menjadi pemimpin
  33. Menolong orang kafir mengintip rahsia orang beriman
  34. Memberi amanah kepada orang kafir untuk kepentingan umat Islam
  35. Memohon keampunan dosa bagi orang kafir
  36. Taksub kepada ulama dalam perkara maksiat
  37. Mempercayai tukang tenung
  38. Mengamalkan dan mempercayai sihir
  39. Mempercayai kuasa azimat
  40. Bersumpah dengan selain nama Allah

Wallahu 'alam
Dipetik dari buku 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-Quran & Sunnah

Susunan Drs Hanafi Mohamed, Terbitan Pustaka Haji Abdul Majid, 2009.

Sumbangan Dato' Hj Mohd Alias Dato' Latfi

Mat Sabu rayu ‘toleransi maksimum’ selamatkan Pakatan

Posted: 23 Mar 2015 09:00 PM PDT



Mat Sabu rayu 'toleransi maksimum' selamatkan Pakatan Menjelang mesyuarat DAP hari ini yang akan menentukan kelangsungan gabungan pembangkang Malaysia selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan pindaan hudud, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merayu sekutu Pakatan Rakyat (PR) agar toleransi maksimum diamalkan bagi menyelamatkan gabungan itu.

Undang-undang syariah Islam itu popular di kalangan majoriti penganut Islam di Malaysia, tetapi badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik bukan Islam mengatakan ia bercanggah dengan Perlembagaan dan merubah ciri Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Sekutu PAS dalam PR juga tidak begitu senang dengan tindakan tergesa-gesa parti Islam itu melaksanakan hudud, dengan PKR pada hujung minggu lalu jelas mengatakan tidak akan memberi sokongan di Parlimen.

Mohamad berkata, mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP malam ini akan menentukan kelangsungan gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu, dan berharap parti itu tidak membuat keputusan yang bakal mengecewakan rakyat. Menurut Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, PR memberikan harapan kepada rakyat untuk melihat perubahan berlaku di Malaysia.

"Hari ini, rasuah berleluasa, nilai ringgit semakin lemah, wang dibawa keluar dari negara secara haram, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang menekan rakyat bakal dilaksana dan penggunaan Akta Hasutan secara berleluasa untuk menekan pemimpin pembangkang dan NGO.

"Tiada jalan lain untuk selamatkan negara melainkankan BN dijatuhkan," kata Mohamad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di Subang, Selangor.

"Saya merayu kepada pimpinan PKR, DAP dan rakan-rakan saya dalam PAS untuk toleransi tahap tertinggi bagi menyelamatkan PR." Mohamad (gambar, kanan) memberi amaran kepada pemimpin PR, rakyat berharap gabungan itu mampu menjadi pengganti kepada BN selepas pilihan raya umum akan datang, tetapi pergeseran mereka menyebabkan kepercayaan rakyat semakin terhakis.

"Harapan rakyat begitu tinggi kepada PR kerana kekecewaan rakyat kepada BN begitu tinggi sekarang.

"Kekecewaan termasuk di kalangan ahli politik BN sendiri, Umno, Gerakan dan ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak. "Semua ini termasuk ahli-ahli perniagaan memang amat kecewa dengan cara negara diuruskan BN," kata Mohamad yang pernah menjadi ahli Parlimen tiga penggal itu.

PR ditubuhkan pada 2008 oleh PKR, PAS dan DAP selepas BN buat pertama kali hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan tewas di beberapa negeri dalam pilihan raya umum. Mohamad berkata, jika PR berpecah, Umno adalah parti pertama akan mengadakan kenduri kesyukuran dan pesta meraikannya.

"Oleh itu, saya, atas nama peribadi dan timbalan presiden PAS, sekali lagi merayu kepada semua pimpinan PKR, DAP dan PAS, carilah 'maximum tolerance' untuk menjaga Pakatan Rakyat terutamanya untuk membuat perubahan pada pilihan raya yang akan datang.

"Apa sekalipun sebab, keputusan dan cabaran, Pakatan Rakyat mesti bersatu. Ini harapan saya dan juga harapan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengundi dalam pilihan raya lepas, diharap jangan dikecewakan," katanya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, walaupun gagal merampas Putrajaya, PR berjaya mendapat undi majoriti sebanyak 51% berbanding BN 49%. Selain itu, PR sekali lagi menggagalkan BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen yang mereka hilang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pergeseran secara terbuka PR bermula tahun lalu semasa kemelut menteri besar Selangor. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun parti itu dan DAP menyokongnya.

Selepas PAS Kelantan berjaya membentangkan pindaan hudud, Hadi sekali lagi mengetepikan PR apabila memohon kepada Dewan Rakyat minggu lalu membentang rang undang-undang persendirian pada sesi Parlimen kali ini, bagi memberi laluan negeri pantai timur itu melaksanakan undang-undang jenayah Islam.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan PKR dan DAP yang menganggap ia satu lagi pengkhianatan Hadi. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Hadi sebenarnya berkhayal jika beliau menyangka orang bukan Islam masih menyokong PAS selepas "satu lagi tindakan khianat" olehnya.

Beliau turut membidas parti Islam itu kerana melanggar konsensus PR yang dipersetujui Hadi sendiri ketika mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari. –

23 Mac, 2015. ~ sumber

SUBHANALLAH !! RINDU BETUL DS ANWAR KEPADA CUCU CUCUNYA !!

Posted: 23 Mar 2015 08:00 PM PDT


'DS Anwar Ibrahim melepaskan kerinduan bersama cucu-cucu dan keluarga'
 
TERKINI ! DS ANWAR IBRAHIM PAGI INI DIMAKHAMAH SYARIAH K.L.
 
 

PM Najib Hampir Rebah ??

Posted: 23 Mar 2015 08:00 PM PDT

Reformis Saribas


Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini dihimpit pelbagai kontroversi, dijangka berundur daripada kerusi perdana menteri lebih awal daripada tempoh setahun yang diramalkan, laporThe Economist.

Laporan itu muncul susulan kontroversi demi kontroversi yang semakin berlarutan melanda kepemimpinan beliau, khususnya hutang syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Beberapa pihak merasakan bahawa musuh beliau dalam Umno – sekarang dikatakan menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin – perlu menunggu setahun lagi untuk mendapat sokongan penuh untuk mencabar kepimpinan.

"Tetapi mereka boleh memilih bergerak lebih awal daripada itu," lapor mingguan niaga berpengaruh itu lagi.

Anjang: Allahlah yang Maha Mengetahui siapa yang akan naik, siapa yang akan turun. Yang pastinya beberapa tokoh terkenal telah pergi menghadap Allah. 

Muslim dan bukan muslim. Karpal Singh dan TG Nik Aziz. Ketua pembangkang pula didapati bersalah dan masuk penjara. Hj Hadi pula sedang menjadi sasaran mereka yang tidak bersetuju dengannya di dalam PAS juga selalu di'hentam' oleh DAP. PR tampak lemah, BN pun tiada bezanya. 

Ditambah dengan isu kempen Sabah Sarawak keluar dari Malaysia. Lebih menggerunkan bila terdapat ramai rakyat Malaysia menyertai gerakan militan IS dan aktif mendoktrin pengikut melalui media sosial. Siapakah yang mampu menjadikan Malaysia "Baldatun Toiyibatun wa Robbun Ghafur?"

Tegurlah Hadi, Jangan Sokong Presiden hingga Bawa Rebah - Hanipa Maidin

Posted: 23 Mar 2015 07:15 PM PDT

 
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin menasihati semua ahli Pas agar lebih berani dalam memberi teguran kepadapresidenDatuk Seri HadI Awang, demi kebaikan parti.

Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri.

"Saya berpegang kepada jangan sokong bawa rebah. Saya sering tegur apabila dalam atau luar mesyuarat. Mereka yang merosakkan Pas adalah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.

"Yang tak mahu tegur presiden ada kelemahan, yang merasakan presiden sempurna, ini adalah golongan yangmerosakkanPas.

"Dia tahu presiden lemah, tapi tidak mahu tegur, ini masalah. Mengampu ini mana-mana pertubuhan akan hancur," tambah beliau dalam satu forum anjuran MalaysiaKini bertajuk "Ke mana Pas tanpa Tuan Guru Nik Aziz" di sini malam semalam.

Beliau juga berkata apa yang berlaku kepada Datuk Seri Hadi Awang ketika ini adalah seperti yang pernah berlaku sewaktu pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Walaupun saya tidak setuju dengan Tun Mahathir, namun saya selalu membaca artikel-artikelnya dan saya nampak ada rasionalnya.

"Antaranya, beliau berkata, ketika menjadi Perdana Menteri, dia kadang-kadang melakukan apa yang dia lakukan itu kerana tiada siapa yang tegur!Tiadaorang yangberanimahu menegur!"

"Tun Mahathir juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, di mana terdapat seorang raja yang terlampau takut ditegur, dan apabila suatu hari raja itu berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja itu berbogel," tambahnya.

Hanipa menyifatkan mereka yang tidak berani menegur presiden adalah mereka yang berbohong kepada presiden.

"Maknanya kita tidak mahu bercakap benda benar, ini adalah masalah kerosakan dalam PAS. Selagi kita tidak mengakui benda ini, selagi itu kita tidak boleh maju ke hadapan. Pas,kenaakui perkara ini.

Forum tersebut turut dibarisi panelis Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar.

Forum yang dipengerusikan pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othmantu itu dihadiri kira-kira 50 orang.

Hanipa, dalam ucapan penggulungannya, menasihati agar pimpinan PAS supaya lebih matang daripada segi kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat.

"Masalahyang palingbesaradalah apabila merekamahumenyesuaikan diri. Kita dah selesa dengan zon selesa kita, jadi bila kita bercampur dengan parti-parti yang berlainan ideologi dan falsafah, untuk menyesuaikan diri itu memang memakan masa.

"Apa lagi kalau kita pula tak mahu menyesuaikan diri. Kita akan jadi musuh kepada itu. Kita punya tahap toleransi itu mesti lagi lebih daripada biasa. Kalau kita ada toleransi itu, saya rasa kita boleh capai banyak kejayaan," katanya. - Mariah Ahmad/13/3/15

Sandiwara UMNO Akan Tamat Tidak Lama Lagi......

Posted: 23 Mar 2015 06:30 PM PDT

 

Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat?


Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat? PKR hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) bakal berpecah belah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal diusulkan PAS di Parlimen, berkenaan hudud Kelantan.

Setiausaha agungnya Rafizi Ramli berkata, situasi itu juga akan menyebabkan parti politik yang kecil di Sabah dan Sarawak terpaksa bersatu dengan parti di peringkat nasional, menjadikan apa yang dibayangkan veteran DAP Lim Kit Siang satu kenyataan.

Lim pernah membayangkan sebelum ini penyatuan parti antara Pakatan Rakyat (PR) dan BN.

"Kalau Najib bermain-main dalam isu ini untuk pecahkan Pakatan Rakyat (PR), BN sudah pasti akan berpecah," kata ahli Parlimen Pandan itu mengulangi pandangannya sebelum ini yang Umno hanya bersandiwara menyokong PAS dalam isu hudud.

"Saya masih menunggu kenyataan perdana menteri dan timbalan perdana menteri mengenai rang undang-undang persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ini," katanya.

Berita Menggembirakan Buat Penyokong Pakatan Rakyat?

Bagaimanapun, mengulas spekulasi yang rang undang-undang itu hanya dapat dibentangkan dengan kebenaran perdana menteri, Rafizi berkata beliau yakin Najib tidak akan bersetuju dengannya.

"Saya yakin rang undang-undang itu tidak akan dibawa ke Parlimen kerana ia tidak mendapat kelulusan Najib," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dijangka membentangkan usul rang undang-undang persendirian itu sebelum ini berkata, keputusan sama ada ia dapat dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang atau tidak bergantung kepada budi bicara Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya, mengikut Peraturan Mesyuarat, rang undang-undang persendirian hendaklah diusulkan dan perlu mendapat keizinan daripada seorang menteri terlebih dahulu sebelum boleh dibentangkan.

Rafizi semalam mencabar komponen BN membubarkan parti mereka sekiranya masih gagal mendapatkan satu pendirian rasmi daripada Najib sebagai pengerusi BN atau timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung hudud.

Katanya, sandiwara Umno berterusan melalui media di bawah kawalannya yang menyokong penuh pelaksanaan hudud tetapi ia adalah sandiwara Umno untuk memecahkan PR.


Addin

Keputusan DAP akan kecewakan BN, kata Loke

Posted: 23 Mar 2015 05:45 PM PDT

Mesyuarat tergempar DAP yang berlangsung hampir empat jam malam ini, membincangkan masa depan parti itu di dalam Pakatan Rakyat (PR), akan mengecewakan Barisan Nasional (BN) kerana hasilnya "positif", kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.

Parti itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi esok pagi berhubung hasil mesyuarat mereka malam ini, diadakan susulan keputusan PAS bertegas meneruskan agenda hudud mereka dengan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen.


"Bagi saya, ia positif untuk rakyat dan mengecewakan untuk BN. Itu saja saya boleh katakan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Loke berkata, semua ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti itu menghadiri mesyuarat malam ini dan bersetuju sebulat suara dengan keputusan yang dibuat.
Ketua Publisiti DAP Tony Pua memberitahu pemberita, "semua pilihan dipertimbangkan" semasa perbincangan di dalam mesyuarat itu.

"Saya rasa mereka sangat terbuka. Saya rasa semua orang tahu isu yang terbabit.

"Adakah kita berpecah, adakah kita teruskan, adakah kita tunggu, apa isunya, bagaimana ia menjejaskan DAP, bagaimana ia menjejaskan PR, apa yang rakyat mahu – ada orang mahu kita berpecah serta merta, ada yang mahu kita terus bersama walau apa pun terjadi.

"Jadi, semua isu ini dibincangkan sebelum keputusan dibuat," kata Pua.

Jawatankuasa eksekutif pusat DAP bermesyuarat malam ini bagi membincangkan sama ada untuk kekal dalam PR atau tidak berikutan tindakan PAS itu yang dianggap satu "pengkhianatan" terhadap PR kerana membelakangi keputusan yang dipersetujui bersama sebelumnya.

DAP berkata hudud tidak pernah menjadi sebahagian daripada rangka kerja dasar bersama PR, dan PAS mengkhianati sekutunya dengan membentangkan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Dewan Undangan Negeri Kelantan minggu lepas.

DAP juga menyifatkan sebagai "pengkhianatan" tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon kepada Parlimen untuk membentangkan rang undang-undang itu yang perlu diluluskan bagi membolehkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan. – tmi



 

Saya tak berniat permainkan agama, kata juruhebah BFM

Posted: 23 Mar 2015 05:00 PM PDT

Video YouTube berdurasi 2 minit dihoskan Aisyah Tajuddin mempersoalkan hudud mencetuskan kontroversi selepas beliau menerima ugutan bunuh dan rogol. – 

23 Mac, 2015.Video YouTube berdurasi 2 minit dihoskan Aisyah Tajuddin mempersoalkan hudud mencetuskan kontroversi selepas beliau menerima ugutan bunuh dan rogol. – 23 Mac, 2015.Juruhebah stesen radio perniagaan BFM 89.9 Aisyah Tajuddin hari ini meminta maaf atas kata-katanya dalam video mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Aisyah berkata tidak berniat menghina mana-mana agama dalam video BFM Projek Dialog BFMKupas‎, sebaliknya hanya mempersoalkan keutamaan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan.

"Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya dalam video. Saya tidak ada niat hendak mempersenda. Saya tak pernah berniat nak menghina.

"Saya sedar ramai yang terasa. Disebabkan itu saya betul-betul minta maaf. Saya tidak akan, dalam apa jua keadaan, menghina atau merendahkan mana-mana agama, apatah lagi agama sendiri," kata Aisyah dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, ugutan bunuh dan rogol yang ditujukan kepadanya, keluarga dan rakan sekerjanya sejak video itu disiarkan Khamis minggu lalu "amat mengecewakan".

"Rasa lemah dan terdedah kepada bahaya bukan satu pengalaman yang selesa dan bukan seperti berada di Malaysia yang saya kenali," kata Aisyah.

"Pada masa sama, ramai juga yang mencurahkan kasih sayang dan sokongan, baik rakan-rakan begitu juga daripada orang yang tidak dikenali. Untuk itu, saya amat bersyukur."

Beliau juga melahirkan kekesalan liputan mengenai kejadian itu mengalihkan perhatian ramai dari niat sebenar video itu, yang sebenarnya bertujuan merangsang perbincangan mengenai keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan.

Polis hari ini merekodkan kenyataan Aisyah dan beberapa pekerja BFM berhubung video dua minit itu.

Semalam, New Straits Times Online melaporkan mereka yang di sebalik video itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan agama atau kekufuran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima sekurang-kurangnya 5 laporan selepas video itu diterbitkan, dari mereka yang merasakan ia mempermainkan kepercayaan agama.

"Kami membuat keputusan memanggil penerbit rancangan itu dan penyampainya kerana, selepas membuat permohonan maaf berhubung video itu, stesen itu menjelaskan Aisyah hanya membaca daripada skrip yang disediakan.

"Video itu juga menyinggung perasaan pengikut (di kalangan orang Islam) yang merasakan agama mereka dihina," katanya dalam laporan NST itu.

Laporan itu berkata, Khalid turut memberi jaminan polis juga sedang mengesan mereka yang membuat ugutan rogol dan bunuh terhadap Aisyah.

BFM kini sudah menarik balik klip video itu, yang mendapat sekurang-kurangnya 6,000 tontonan serta beratus-ratus komen menghina tentang Aisyah.

Komen itu termasuk yang mempersoalkan kepercayaan agamanya juga seruan supaya beliau dibakar hidup-hidup, dirogol, malah ditembak mati.

Ramai juga yang menggesa polis menyiasat Aisyah dan BFM atas dakwaan menghasut.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, BFM berkata Aisyah tidak menulis skrip yang dibacanya dan pandangan yang dilontarkannya dalam video itu bukan menggambarkan pendiriannya terhadap undang-undang itu.

Katanya, video di YouTube itu, yang dihasilkan BFM Media dengan kerjasama Projek Dialog, bertujuan mengadakan "satu komentar menyindir" mengenai sama ada pelaksanaan hudud harus menjadi keutamaan kerajaan Kelantan.

"Bagaimanapun, berdasarkan komen yang kami terima di pelbagai laman web, jelas sekali ada penonton menganggap kami mempersoalkan keperluan hudud. Hakikatnya, kami tidak ada niat sebegitu," kata BFM.

"Kami hanya minta penonton mempertimbangkan soalan yang sah berhubung pelaksanaannya. Kami memohon maaf jika timbul sebarang kesalahan. Kami mengambil keputusan menarik balik video itu kerana ia mungkin menyinggung mana-mana pihak."

Semalam, bapa Aisyah, Profesor Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, menafikan anaknya melakukan apa-apa jenayah kerana dia semata-mata mempersoalkan pelaksanaan hudud PAS di Kelantan.

Katanya, Aisyah bukan mempersoalkan undang-undang Tuhan, tetapi undang-undang yang ditulis PAS dan akan dikuatkuasakan parti Islam itu. – 23 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kesatuan gesa MAS tarik balik cadangan hentikan pekerja, selesaikan isu dalaman

Posted: 23 Mar 2015 04:15 PM PDT

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin menggesa MAS mempertimbang semula keputusan memberhentikan 6,000 kakitangannya.

Presiden Nufam Ismail Nasaruddin menggesa MAS mempertimbang semula keputusan memberhentikan 6,000 kakitangannya.

Malaysia Airlines (MAS) digesa menyelesaikan isu dalaman sebelum meneruskan cadangan untuk memberhentikan 6,000 kakitangannya.

Presiden Kesatuan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan (Nufam) Ismail Nasaruddin berkata MAS perlu mengambil kira kepentingan kakitangan mereka terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Kami membantah tindakan MAS mahu memecat 6,000 kakitangan dan kami akan mengadakan piket jika isu penstrukturan semula ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata MAS harus mengikut prosedur yang betul dalam menamatkan khidmat kakitangan mereka seperti melalui mekanisme skim pemberhentian sukarela (VSS) atau masuk kemudian keluar dahulu (Lifo).

"Kita jangan tolak tepi pekerja yang lama bekerja dengan MAS kerana mereka sudah berkhidmat berpuluh-puluh tahun. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, perkara (pemecatan) itu tidak sesuai dilakukan," katanya.

Pada Ogos 2014, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan 12 langkah bagi menjayakan pelan penstrukturan semula MAS bernilai RM6 bilion yang antara lain menubuhkan entiti baharu dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAS NewCo) dan menyaksikan 6,000 pekerja daripada pelbagai peringkat diberhentikan.

Pada November 2014, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2014 bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan syarikat penerbangan nasional itu.

Khazanah juga dilaporkan akan menubuhkan pusat khas bagi memberi sokongan penempatan kepada kira-kira 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan berikutan proses penstrukturan semula itu.

Tumpuan pusat itu adalah menghulurkan sokongan termasuk sokongan profesional, emosi dan kewangan bagi membantu mereka untuk beralih ke peringkat kerjaya seterusnya.

Dalam sidang media berasingan di sini, enam kesatuan pekerja yang diketuai Pengerusi Persekutuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa Malaysia Tan Sri Zainal Rampak meminta kerajaan campur tangan dalam menyelesaikan isu pemberhentian kakitangan MAS.

Beliau berkata jika sesebuah syarikat mengalami masalah, mereka sepatutnya menilai semula kedudukan di bahagian pengurusan atasan dan bukannya kakitangan bawahan.

Menurutnya pihak kesatuan sekerja memberi peluang kepada MAS dan Khazanah sejak akhir November tahun lepas untuk menilai semula cadangan pemberhentian kakitangan MAS namun, sehingga kini tiada penyelesaian.

Pada awal Mac lepas, Khazanah memaklumkan proses penilaian bakat yang meliputi kira-kira 20,000 pekerja MAS selesai pada 2 Februari lepas dengan proses mengenal pasti kumpulan pekerja yang memenuhi keperluan MAS NewCo sedang dijalankan.

Bagaimanapun nasib pekerja terbabit hanya akan diketahui pada 1 Jun ini apabila MAS NewCo mengeluarkan surat tawaran pekerjaan kepada mereka yang terpilih. – Bernama, 23 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Selepas Paulsen, tumpuan Khalid pada peguam Michelle Yesudas - OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 23 Mar 2015 09:00 AM PDT

Kiriman Twitter oleh Michelle Yesudas dari Lawyers for Liberty mengundang respon ketua polis negara.

Kiriman Twitter oleh Michelle Yesudas dari Lawyers for Liberty mengundang respon ketua polis negara.

Selepas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen ditahan polis ekoran pandangannya di Twitter mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menggesa peguam Michelle Yesudas menjelaskan tweet yang dikirimnya pada Jumaat.

Khalid menggesa Yesudas menjelaskan tweet berkenaan dan tidak menimbulkan keresahan rakyat ekoran tweet yang dipercayai berkaitan dengan pelaksanaan hukuman hudud.

"Mohon @chelle_yesudas jelaskan kpd @PDRMsia, apa yg dimaksudkan dgn tweet di bawah, jgn timbulkan keresahan rakyat," kata Khalid melalui akaun Twitter @KBAB51.

Yesudas pada Jumaat mengirim tweet berbunyi: "Because I am positively terrified that these crazy, rape-frenzied people are actually the majority in my country." (Kerana saya betul-betul takut orang-orang yang tidak siuman dan gila rogol merupakan majoriti negara ini).

Yesudas apabila dihubungi The Malaysian Insider mempersoalkan mengapa Khalid masih menggunakan Twitter untuk menimbulkan ketakutan.

"Sebab itu kita lancarkan kempen terhadap penyalahgunaan Twitter ketua polis negara‎ dan kami harap rakyat Malaysia akan bersama untuk memperjuangkan hak demokrasi kita," katanya merujuk kepada kempen Gerakan Hapus Akta Hasutan yang dilancarkan hari ini.

Menurut Yesudas, polis sudah menghubunginya mengatakan bakal disiasat tidak lama lagi.

Yesudas sebelum ini mengirimkan tweet berkenaan selepas penyampai radio BFM Aisyah Tajuddin menerima ugutan bunuh dan ekoran video yang dimuat naik mengkritik pelaksanaan hudud di Kelantan.

Tweet Khalid itu turut menerima kritikan pengguna media sosial antaranya peguam Syahredzan Johan yang berkata: "Come on la, jelas apa yang dikatakan – dia tidak merujuk kepada mana-mana kaum dan agama. Ia berkait konteks orang ramai menyerang Aisyah."

Dalam pada itu, Yesudas pada petang ini mengirim tweet berbunyi: "Katakan apa yang anda mahu, mainkan sentimen politik dan kaum yang kamu mahu tetapi saya mengutuk ancaman keganasan dan rogol yang dibuat terhadap sesiapa saja dari mana-mana kaum.

"Jika saya perlu menjawab kepada pihak polis kerana ketakutan saya terhadap peningkatan jenayah, rogol dan ancaman dan ia diguna kepada saya maka sistem itu gagal," katanya di laman sosial itu.

Yesudas hari ini berkata pihak polis akan menyiasat penerbit stesen radio BFM89.9 dan Aisyah, atas dakwaan melakukan kesalahan dengan alasan agama, selepas stesen itu menyiarkan video yang didakwa mempersoalkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Katanya, mereka yang di belakang video itu akan dipanggil untuk disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan selepas polis menerima sekurang-kurangnya 5 laporan mengenai video itu diterbitkan daripada pengadu yang merasakan ia mempermainkan kepercayaan agama.

"Kami membuat keputusan memanggil penerbit rancangan itu dan penyampainya kerana selepas membuat permohonan maaf kerana menerbitkan video itu, stesen itu menjelaskan yang Aisyah hanya membaca skrip yang disediakan.

"Video ini juga menyinggung perasaan penganut (Islam) yang merasakan agama mereka dihina," katanya seperti dilapor NST.

Khalid memberi jaminan yang polis juga sedang mengesan mereka yang mengancam Aisyah dengan rogol dan bunuh.

Stesen radio itu sejak Jumaat menarik balik klip video itu, yang merupakan kerjasama antara BFM Media dan Projek Dialog di laman YouTube BFM Kupas, yang dimuat naik pada Khamis dan menerima sekurang-kurangnya 6,000 pandangan dan beratus-ratus komen menghina Aisyah.

Komen yang dibuat termasuk mempertikaikan akidah beliau dan gesaan supaya beliau dibakar hidup-hidup, dirogol, malah ditembak mati.

Ramai juga yang menggesa pihak polis menyiasat Aisyah dan BFM kerana didakwa menghasut. – 23 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

Selangor, Putrajaya bincang semula terma Perjanjian Utama air OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 23 Mar 2015 08:15 AM PDT

Perbincangan perjanjian penstrukturan air Selangor akan diadakan, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Perbincangan perjanjian penstrukturan air Selangor akan diadakan, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Putrajaya dan Selangor hari ini memulakan langkah baru dengan mengadakan perbincangan semula terma Perjanjian Utama (MoA) penstrukturan air Selangor, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, perbincangan awal diadakan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee.

"Hari ini bukan antara menteri dan menteri besar, ia antara pegawai tertinggi.

"Kerajaan negeri diwakili Datuk Khusrin dan saya diberitahu pihak sebelah sana diwakili KSU.‎

"Saya difahamkan perbincangan pagi tadi satu permulaan yang baik dan akan buat susulan mesyuarat dengan menteri.

"Saya harap kita mampu memuktamadkan semua semangat dan prinsip di bawah Perjanjian Utama secepat mungkin," katanya pada sidang media selepas melancarkan program sambutan Hari Air Sedunia 2015 peringkat negeri Selangor di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, hari ini.

Ditanya mengenai isu kedaulatan tanah yang menjadi punca pembatalan MoA sebelum ini, Azmin berkata perkara itu tidak lagi berbangkit kerana Putrajaya bersetuju mahu meneliti semula perjanjian asal.

"Sekiranya mereka nak kembali kepada perjanjian asal maka isu ini tidak timbul," katanya. – 23 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Kit Siang mohon rujuk KPN ke jawatankuasa Parlimen atas penahanan Nurul Izzah OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 23 Mar 2015 07:30 AM PDT

DAP meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dirujuk kepada Parlimen atas penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang dianggap mencabuli hak Dewan Rakyat.

DAP meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dirujuk kepada Parlimen atas penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang dianggap mencabuli hak Dewan Rakyat.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menghantar surat bagi merujuk ketua polis negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru-baru ini.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah memberitahu media di lobi Parlimen, surat itu diserahkan beliau kepada kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya, tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu bertentangan dengan peruntukan Fasal 63(2) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kekebalan bagi sesuatu yang diucap seseorang wakil rakyat semasa perbahasan dalam Dewan.

"Oleh itu, ia merupakan suatu pencabulan yang amat serius terhadap hak dan keistimewaan Dewan.

"Pengecualian di bawah Fasal 63(4) juga tidak membenarkan tindakan polis terhadap Nurul Izzah kerana ucapan yang dibaca beliau tidak menyentuh mana-mana perkara di bawah Seksyen 3(1)f Akta Hasutan 1948," kata Lim dalam surat tersebut.

"Kekebalan seseorang ahli Parlimen juga disebut dengan nyata di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tanpa apa-apa pengecualian."

Lim berkata, sehubungan penahanan Nurul Izzah pada 16 Mac lalu, Khalid bertanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai pengetahuan peribadi pada setiap masa berkenaan penangkapan dan penahanannya.

"Oleh yang demikian saya memohon supaya Yang di-Pertua merujuk ketua polis negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana penghinaan dan gangguan terhadap perjalanan Dewan yang mulia ini," katanya. – 23 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Kit Siang mohon rujuk KPN ke jawatankuasa Parlimen atas penahanan Nurul Izzah

DAP meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dirujuk kepada Parlimen atas penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang dianggap mencabuli hak Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mac, 2015.DAP meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dirujuk kepada Parlimen atas penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang dianggap mencabuli hak Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Mac, 2015.Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menghantar surat bagi merujuk ketua polis negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar baru-baru ini.
Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah memberitahu media di lobi Parlimen, surat itu diserahkan beliau kepada kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Katanya, tindakan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu bertentangan dengan peruntukan Fasal 63(2) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kekebalan bagi sesuatu yang diucap seseorang wakil rakyat semasa perbahasan dalam Dewan.

"Oleh itu, ia merupakan suatu pencabulan yang amat serius terhadap hak dan keistimewaan Dewan. "Pengecualian di bawah Fasal 63(4) juga tidak membenarkan tindakan polis terhadap Nurul Izzah kerana ucapan yang dibaca beliau tidak menyentuh mana-mana perkara di bawah Seksyen 3(1)f Akta Hasutan 1948," kata Lim dalam surat tersebut.
"Kekebalan seseorang ahli Parlimen juga disebut dengan nyata di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 tanpa apa-apa pengecualian."
Lim berkata, sehubungan penahanan Nurul Izzah pada 16 Mac lalu, Khalid bertanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai pengetahuan peribadi pada setiap masa berkenaan penangkapan dan penahanannya.
"Oleh yang demikian saya memohon supaya Yang di-Pertua merujuk ketua polis negara ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana penghinaan dan gangguan terhadap perjalanan Dewan yang mulia ini," katanya. – 23 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kit-siang-mohon-rujuk-kpn-ke-jawatankuasa-parlimen-atas-penahanan-nurul-izz#sthash.YhQnwfTK.dpuf

Anti-GST mahu bermalam di pejabat kastam

Posted: 23 Mar 2015 06:45 AM PDT

 
 
Lebih 100 aktivis berkira-kira untuk bermalam di kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kelana Jaya hari ini sebagai membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan minggu depan.

Mereka merancang begitu, jika perlu, dalam usaha mendapatkan jawapan daripada Jabatan Kastam berhubung lebih 100 soalan mereka tentang pelaksanaan GST.

Setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin, yang memimpin bantahan ini, mengesahkan perkara tersebut kepada Malaysiakini tetapi enggan memberikan butiran lanjut.

"Kami bersedia untuk bermalam di sini sehingga kami mendapat jawapan-jawapannya. Kami ada rancangannya, anda perlu tunggu," kata Arutchelvan.

Kumpulan itu buat masa ini sedang duduk di kaki lima berdekatan pusat maklumat GST di kompleks tersebut dengan diawasi sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan. Mereka berbual di situ, selain menyanyi dan mendengar ucapan-ucapan.


Malaysiakini

Mat Yaakub, sila sahkan benar atau bohong berita ini....

Posted: 23 Mar 2015 06:00 AM PDT

Aku mendapat maklumat gred A1 bahawa Majlis Raja-Raja baru-baru ini tlh bersidang yang dipengerusikan oleh Tuanku Sultan Perak Dr Raja Nazrin.

Dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja tersebut, Kerajaan Persekutuan telah membentangkan suatu kertas kerja berkaitan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah atau ramai dok sebut "hudud".

Maka dlm perbincangan tersebut ada diutarakan berkaitan pemindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965.

Apa hasil mesyuarat?

Dikhabarkan bahawa mesyuarat memutuskan menolak kertas cadangan tersebut atas sebab2 tertentu yg tak perlu dihebahkan kpd awam.

Justeru aku menyimpulkan bahawa Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 tidak akan dipinda oleh Kerajaan Persekutuan atau jika Presiden PAS membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Private Member's Bill) ke Parlimen untuk memohon pindaan Akta 355 tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong dan meluluskan.

MAKA aku nak bagitau Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang supaya mendapatkan pengesahan daripada Dato' Menteri Besar Kelantan berkaitan keputusan Majlis Raja-Raja tersebut dan kemudian lupakanlah hasrat meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian tersebut.

Jangan buat benda yang sia-sia kerana sedari awal kita dah tau Kerajaan Persekutuan tidak akan meluluskan.

Tak perlu buang masa buat benda yang tak ada hasil. Lebih baik fokuskan kepada penyatuan ummah dlm PAS dan penyatuan Ummah dlm dunia. Tuan Guru Hj Hadi juga perlu ingat bahawa kuasa mengenai agama terletak di tangan Raja-Raja Melayu.

Kalau dalam isu Menteri Besar Selangor dulu Tuan Guru kata jangan jadikan Sultan Selangor seperti tunggul kerana tidak ikut cakap Sultan yang mahukan calon Menteri Besar lebih dari seorang, maka sewajarnya juga Tuan Guru Hj Hadi mendapatkan persetujuan Raja-Raja untuk membawa Private Member's Bill di Parlimen kerana ianya juga menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu.

Jangan masa nak lantik MB Selangor ikut Sultan, taat Sultan tapi bila nak bawa Private Bill tak peduli Sultan. Jangan flip flop sangat nanti orang tak percaya langsung.9 Dalam masa ada lg sikit sebanyak kepercayaan org pd kita, jagalah elok2 jangan bagi hilang langsung.


ZULHAZMI SHARIFF - 23/03/2015

KTM rugi RM200 juta setahun..

Posted: 23 Mar 2015 05:15 AM PDT

 


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mahu tambang perkhidmatannya dinaikkan kerana selama beberapa tahun telah menanggung kerugian mencecah RM200 juta setahun berikutan peningkatan kos operasi.

Pengerusinya, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, walaupun kerugian itu mendapat suntikan duit daripada kerajaan, tetapi KTMB mahu mengambil langkah untuk berdiri sendiri tanpa terus mengharapkan bantuan kerajaan.

"Kos kami tinggi seperti elektrik, minyak, gaji pekerja dan penyelenggaraan naik setiap tahun. Oleh itu, setiap tahun nak minta sedekah daripada kerajaan RM200 juta. Sampai bila kita nak minta, kita kena ada satu daya usaha untuk jadikan syarikat ini boleh berdiri di atas kaki sendiri.

"Sebab itu saya kata banyak sebab berlaku kerugian dan sebab utama adalah kerana kos. Kos operasi kita lebih tinggi daripada pendapatan kita kerana sejak 2003, tambang kepada penumpang tidak dinaikkan," katanya, semalam.

Mengulas lanjut, kata Nawawi, pihak KTMB bukan bertujuan menaikkan harga tiket kerana mahukan keuntungan semata-mata.

Katanya, KTMB telah mendesak kenaikan tersebut dari beberapa tahun lalu, tetapi sering kali ditangguh kerana faktor lain lapor Sinar Harian


Errr.. Nawawi Ahmad tu Ahli Parlimen BN kan?. maka tak hairanlah..

VIDEO - KOS NAIKTARAF KABIN JET PERIBADI ACJ320 RM28 JUTA

Posted: 23 Mar 2015 04:30 AM PDT


Dirogol bergilir-gilir 4 Lelaki 3 Hari Berturut-Turut....?? - Kita Bantai

Posted: 23 Mar 2015 03:45 AM PDT


'Dirogol bergilir-gilir 4 Lelaki 3 Hari Berturut-Turut....??  Kita Bantai   Seorang gadis yang berusia 15 tahu yang terlalu berani keluar bersama dengan seorang lelaki yang baru dikenali telah memakan dirnya sendiri apabila dirogol bergilir-gilir oleh 4 orang lelaki.  Mangsa yang mengikuti lelaki tersebut telah dibawa ke rumah sewa lelaki tersebut di Manir, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu dan menjadi hamba seks lelaki berkenaan dan rakan-rakannya selama tiga hari.  Menurut sumber, gadis itu pada mulanya keluar bertemu janji dengan rakan lelaki berusia 18 tahun itu sebelum dirogol di rumah sewa terbabit.  Seorang gadis yang berusia 15 tahu yang terlalu berani keluar bersama dengan seorang lelaki yang baru dikenali telah memakan dirnya sendiri apabila dirogol bergilir-gilir oleh 4 orang lelaki.

Mangsa yang mengikuti lelaki tersebut telah dibawa ke rumah sewa lelaki tersebut di Manir, Kuala Terengganu pada 18 Mac lalu dan menjadi hamba seks lelaki berkenaan dan rakan-rakannya selama tiga hari.

Menurut sumber, gadis itu pada mulanya keluar bertemu janji dengan rakan lelaki berusia 18 tahun itu sebelum dirogol di rumah sewa terbabit.

"Mangsa dikatakan mengenali suspek menerusi telefon dan pada hari kejadian, suspek membawa mangsa ke rumah salah seorang lagi suspek, sebelum mendakwa dirogol rakan lelakinya bersama pemilik rumah sewa terbabit, kira-kira jam 12.30 malam, Rabu lalu.

"Kejadian sama berulang sekali lagi pada malam keesokan harinya apabila mangsa dirogol rakan lelakinya dan seorang suspek lain yang juga berusia 18 tahun.

"Mangsa mendakwa ketika dirogol ada suspek lain telah merakamkan perbuatan itu dan selepas memuaskan nafsu mereka, mangsa dihantar pulang ke rumah," kata sumber itu lagi.

Segala perbuatan rogol tersebut telah dirakam oleh suspek untuk dijadikan modal untuk mengungut mangsa berjumpa dengannya lagi.

Takut dengan ugutan itu, mangsa sekali berjumpa suspek sebelum sekali lagi dirogol oleh suspek dan rakan suspek yang berusia 16 tahun di lokasi sama, pagi Jumaat lalu.

Setelah tidak tahan lagi mangsa telah emnceritakan hal berkenaan kepada rakannya dan membuat laporan Polis.

Kesemua empat suspek telah berjaya ditahan pada Jumaat lalu di sekitar Manir untuk diambil tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan kejadian dan suspek kini direman tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/…/dirogol-bergilir-gilir-4-lelak…
 

TURUN JALAN RAYA SABTU INI

Posted: 23 Mar 2015 03:00 AM PDT

 

JAWAB KITA

TURUN

 JALAN RAYA

Mengapa Putrajaya belanja RM28 juta naik taraf jet peribadi, soal Rafizi 

Jet peribadi baharu bernilai RM465 juta dibeli Putrajaya melalui perjanjian sewa beli, ACJ320, turut melalui proses penaiktarafan kabin bernilai RM28 juta, sekaligus menjadikannya asas kepada harga sewa beli berkenaan, kata Rafizi Ramli dalam satu pendedahan hari ini.
Naib presiden PKR itu berkata, berdasarkan laman web Comlux Aviation Group, pemilik ACJ320 sebelum dibeli Putrajaya, keadaan dalaman kabin itu sudah cukup mewah seperti "hotel lima bintang", sekaligus mempersoalkan keperluan ia dinaik taraf semula.
"Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaik taraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung rakyat Malaysia?" kata ahli Parlimen Pandan itu pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-belanja-rm28-juta-naik-taraf-jet-peribadi-kata-rafizi#sthash.0Pi4YLwH.dpuf


KOS NAIKTARAF KABIN JET PERIBADI ACJ320 RM28 JUTA

Jet peribadi untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baru dibeli iaitu ACJ320 mula beroperasi sejak 3 Mei 2011 setelah disiapkan pada 29 Mac 2010. Sebelum ini, ia disewakan oleh pemiliknya Comlux Aviation Group dan Kerajaan Malaysia pernah menyewanya bagi kegunaan Perdana Menteri.

Jet peribadi ini merupakan antara yang terbaik dimiliki Comlux dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi kapasiti 19 penumpang, termasuk satu bilik khusus untuk VVIP. Ia mempunyai ruang-ruang seperti berikut:

Saya mempunyai salinan perjanjian pembelian di antara Jet Premiere One (Malaysia) Sdn Bhd (JPO) dan Air Luther AG iaitu syarikat bersekutu dalam Comlux Aviation Group yang memiliki ACJ320 sebelum ini. 
 
JPO membeli jet ACJ320 ini dari Air Luther AG kemudian dijual pula kepada Kerajaan Malaysia dalam satu perjanjian sewa beli yang telah saya dedahkan sebelum ini.

Di dalam perjanjian pembelian di antara JPO dan Air Luther AG, salah satu syarat pembelian ialah kerja-kerja menaiktaraf kabin dari keadaan sedia ada pada harga USD8 juta (bersamaan RM28 juta pada kadar tukaran RM3.5 bagi USD1). 
 
Harga USD8 juta ini dimasukkan di dalam harga pembelian yang kemudiannya menjadi asas kepada harga sewa beli bernilai RM465 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Saya memaparkan gambar-gambar ruang dalam sedia ada ACJ320 untuk menunjukkan bagaimana kabin yang belum dinaiktaraf sudah pun cukup mewah di luar imaginasi rakyat Malaysia. Apa keperluan membayar tambahan RM28 juta khusus untuk menaiktaraf kabin apabila jumlah itu akhirnya akan ditanggung oleh rakyat Malaysia?

Jika sebelum ini pimpinan Umno memberi alasan pembelian jet peribadi baru ini adalah perlu demi keselamatan Perdana Menteri dan keluarga, apa pula alasan membelanjakan RM28 juta dana rakyat untuk menaiktaraf kabin menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang? 
 
Sekiranya wang RM28 juta ini digunakan untuk membina rumah bagi mangsa banjir di Kelantan, pada harga RM35,000 setiap rumah dana RM28 juta ini sepatutnya telah dapat membina rumah untuk 800 keluarga yang menjadi mangsa banjir.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

RAMAI TAK FAHAM ( baca fahami ceritanya!)

Posted: 23 Mar 2015 02:15 AM PDT


AYAT pertama diucapkan itu benar kalau merujuk hukum sebenar-benar hukum ALLAH turunkan atau melalui kitab Fiqah/Qazaf tetapi itu tidak dilaksanakan dan tidak dibicarakan ikut syariah.

Ayat yang terakhir juga benar dan itu HUDUD dibentang oleh PAS dan ini kena faham kenapa menolak.

PKR, DAP dan PAS dalam PAKATAN dan apa saja usul mahu dibentang ke parlimen atau negeri mesti dibincangkan bersama duluan dan sekurang2 PKR DAN DAP tahu apa intipati dalam rang undang2 itu.

Undang2 hudud di Kelantan itu tidak pernah dikasih draft undang2 ke PKR dan DAP malah jauh dibincang di meja bulat.

Suara PAS itu ialah secara automatik suara PAKATAN dan maknanya baik DAP atau PKR mesti dikasih tahu dan diberikan draft rang undang2 itu untuk diteliti dan dibincang bersama sebelum di angkat ke DUN/Parlimen sebab ini cara berkumpulan.

Oleh sebab PAS tidak mematuhi peraturan kesepakatan, maka wakil PR dinasihati jangan menyokong sebab JK melihat itu strategi BN memecahkan PR dan terbukti dua hari lalu setiausaha BN/Tengku Adnan kata itu HUDUD POLITIK dan bukan hudud Allah.

Jadi, kalau mahu ulas jangan terus percaya dan kena kaji kenapa dan apa sebabnya Rafizi berkata demikian.


ISMAILY BUNGSU
23/3/2015
2:40pm

Haramjadah!! Ada juga lagi pompuan melayu yang peluk dan cium artis lelaki dari luar negara?

Posted: 23 Mar 2015 01:30 AM PDT

 

 
utaranews.com-
Haramjadah!! Ada juga lagi pompuan melayu yang peluk dan cium artis lelaki dari luar negara? (Gambar) Zayn Malik ni salah seorang ahli kumpulan One Direction Sumber: -utaranews.com-

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Haramjadah!! Ada juga lagi pompuan melayu yang peluk dan cium artis lelaki dari luar negara? (Gambar) Zayn Malik ni salah seorang ahli kumpulan One Direction Sumber: -utaranews.com-

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Sultan Johor ampun banduan kes bunuh

Posted: 23 Mar 2015 12:00 AM PDT

 
Sultan Johor turut Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan serta meringankan hukuman 10 banduan bersempena Istiadat Kemahkotaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim berkata banduan yang dibebaskan itu merupakan juvana ketika melakukan kesalahan bunuh pada 2004, yang dilepaskan pada 19 Mac baru-baru ini selepas mengadap Sultan Johor.

"Sultan Ibrahim berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor pada 5 Mac lepas.

"Mesyuarat terbabit telah menimbangkan 10 kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000," katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.

Beliau berkata mesyuarat tersebut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersama-sama tiga orang Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor yang dilantik Sultan Johor.

Ismail berkata atas nasihat Ahli Lembaga Pengampunan Negeri Johor, Sultan Ibrahim menitahkan banduan tersebut yang kini berumur 28 tahun diberi pengampunan dan dibebaskan dengan syarat dikehendaki mengadap Sultan Johor bagi memastikan benar-benar telah insaf.

Sehubungan itu, katanya banduan yang dibebaskan di bawah kes KHETS itu, dibawa mengadap Sultan Johor pada 12 tengah hari, 19 Mac lepas, di Istana Bukit Serene, bersama-sama ibu dan bapanya serta diiringi Pegawai Penjara.

Dengan perintah pengampunan dan pembebasan berkenaan, diharapkan banduan itu menggunakan peluang kedua untuk manfaat dirinya, keluarga, masyarakat serta negara, katanya.

Bagi peringanan hukuman terhadap 10 banduan pula, Ismail berkata Sultan Ibrahim berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara seumur hidup terhadap tiga banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup ialah tiga banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, katanya.

"Seorang banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta tiga lagi banduan yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kes bunuh) pula diringankan daripada hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara sepanjang hayat," katanya.

- Bernama