Rabu, 18 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Selepas hudud Kelantan, gesaan menyokong ‘I am #26’ diperhebat

Posted: 18 Mar 2015 10:30 PM PDT


Kempen petisyen Kempen petisyen Terdapat gesaan agar lebih ramai orang Islam menyokong petisyen untuk menyemak semula undang-undang agama di negara ini selepas Kelantan membentangkan pindaan Enakmen Jenayah Syariah.

Lyana Khairuddin yang memulakan petisyen "I am #26" mengemaskinikan kempennya semalam, tidak berapa lama selepas Kelantan membentangkan pindaan enakmen di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melaksanakan hudud.

"Saya tidak dapat luahkan bagaimana perkembangan ini membimbangkan saya sebagai rakyat Malaysia," kata Lyana melalui posting petisyen Prime Minister Malaysia I am #26 di laman sesawang Change.org.

Penganjur petisyen ini berharap mendapatkan sokongan kepada gesaan 25 tokoh Melayu yang kini mencecah 44, yang pada Oktober lalu memulakan kempen agar kerajaan menyemak semula undang-undang syariah di negara ini. – 19 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

KJ: Menteri BN isytihar harta pada PM, SPRM

Posted: 18 Mar 2015 10:00 PM PDT

 
 
Semua menteri kabinet daripada Barisan Nasional (BN) telah mengisytiharkan harta masing-masing kepada perdana menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Selain menteri, katanya setiap anggota Parlimen juga perlu berbuat demikian.

"Sebelum mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri, saya juga telah mengisytiharkan harta saya. Jadi isu (untuk mengisytiharkan) harta tidak timbul.

"Kami mungkin tidak mengisytiharkannya kepada umum tetapi kami telah melakukannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri program "Projek Angkat Dan Upaya' (PADU), di Putrajaya semalam.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas cadangan anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa semua menteri kabinet dahulu dan sekarang perlu mengisytiharkan harta dan liabiliti mereka untuk mengelakkan pertelingkahan kepentingan.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata semua anggota Parlimen BN telah mengisytiharkan harta mereka dan ini telah menjadi amalan biasa untuk beberapa waktu.

Gesaan Tengku Razaleigh itu adalah susulan langkah anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya minggu lepas.

- Bernama
 

Syed Ali: MCA mahu berpisah? Silakan

Posted: 18 Mar 2015 09:30 PM PDT

 
 
Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengalu-alukan hasrat MCA untuk keluar dari BN ekoran sokongan parti majoriti Melayu itu terhadap pelaksanaan hudud.

"Jika MCA berasakan sudah cukup kuat, tiada halangan untuk mereka berpisah dengan Umno, parti yang mewakili sebahagian besar orang Melayu," tegasnya.

"Kalau dah besar kepala, silakan, tetapi jangan nak hasut rakan-rakan lain dalam komponen Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu tulisan blog.

Beliau mengulas ancaman oleh bekas naib presiden MCA, Gan Ping Sieu yang menyeru parti tersebut, dan juga anggota komponen BN lain untuk memutuskan hubungan dengan Umno jika parti tersebut menyokong hudud di Parlimen.

Kenyataan Gan itu timbul ekoran tindakan Umno menyokong pindaan Rang Undang-Undang Syariah II 1993, yang memberi asas kepada pelaksanaan hudud di negeri itu.

Ia dijangka akan diluluskan dengan sokongan kedua-dua blok.

Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya dilaksanakan.

Syed Ali berkata, Umno tidak akan tunduk kepada ancaman MCA dan parti komponen itu juga tidak harus masuk campur kerana hudud hanya melibatkan orang Islam.

"Hari ini MCA ugut Umno, rentak mereka seperti DAP, parti perkauman," katanya.

Syed Ali juga memuji Umno Kelantan kerana menyokong seteru mereka, PAS dalam melaksanakan hudud di negeri itu.
Katanya lagi, hudud bukan satu agenda politik tetapi satu tanggungjawab bagi orang Islam.
 
 
Malaysiakini

Datuk Nicol David, Atlet Terbaik Negara Umat Islam M'sia.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 18 Mar 2015 09:00 PM PDT

 
 
NICOL memenangi dua pingat emas Sukan Asia Incheon dan satu pingat emas pada Sukan Komanwel Glasgow selain muncul juara Kejohanan Dunia, Terbuka Britain serta Terbuka Hong Kong.
SUKAN

RATU skuasy negara umat Islam Malaysia, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Majlis Anugerah Sukan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2014 buat kali ketiga di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.
Pemain No. 1 dunia itu pernah merangkul anugerah tersebut pada tahun 2005 dan 2007 serta turut dipilih sebagai pe­nerima Anugerah Khas SAM-100Plus 2014.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengetepikan saingan hebat empat calon lain iaitu Sazali Abdul Samad (bina badan), Mohd. Hafifi Mansor (angkat berat), Mohd Zaqhwan Zaidi (pelumba motosikal) dan Lim Chee Wei (karate) yang turut tersenarai sebagai calon akhir Anugerah tersebut.

Nicol yang tidak mengha­diri majlis itu kerana berada di luar negara dan diwakili bekas rakan sepasukannya, Sharon Wee untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mampukah kerajaan Malaysia, memajukan lagi pakaian atlet perempuannya, supaya sesuai dengan negara umat Islam yang bermaruah? (IH)

Dana 1MDB Bukan Dari Duit Rakyat, Kata Macai

Posted: 18 Mar 2015 08:30 PM PDT


SHAH ALAM - Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan tidak menggunakan duit rakyat untuk pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan berkata, kerajaan mempunyai pelaburan luar negara yang boleh menampung organisasi tersebut.

"Kebiasaannya dana yang diguna adalah dana rakyat, tetapi kalau kita baca berita balik, 1MDB hanya dapat RM1 juta dana sahaja, itu sahaja.

"Tetapi kalau diikutkan, dana pelaburan strategik memang menggunakan 100 peratus dana kerajaan, tetapi dana itu adalah yang terdapat di dalam luar negara, bukan dalam negara," jelasnya ketika menjadi panel Wacana Sinar Siri ke-35: Apa di Sebalik 1MDB? di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sin, hari ini.

1MDB bermula sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), yang ditubuhkan pada tahun 2008, dan dinamakan sebagai 1Malaysia Development Berhad pada Januari 2009.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 mengumumkan 1MDB akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga mendakwa pada September lepas mengatakan hutang 1MDB kini dilaporkan melebihi RM30 bilion dan ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Audit Negara telah pun memulakan proses pengauditan terhadap 1MDB sebaik menerima arahan daripada Najib, awal Mac lalu.

Menurut Dr Azmi lagi, tidak semua urus tadbir dalam 1MDB perlu didedahkan kepada rakyat kerana setiap pendedahan 1MDB boleh menjejaskan kepentingan organisasi tersebut.

"Kebanyakan negara ada 1MDB, AS pun ada 1MDB, China ada 1MDB, Singapura ada dua 1MDB, kita pun ada dua 1MDB, Khazanah dan 1MDB, ini bukan perkara yang pelik sebenarnya.

"Kita perlu beritahu secara telus mengenai proses 1MDB. Jika rakyat mahu tahu mengenai 1MDB, kerajaan perlu buka (dedah) mengenai 1MDB ini. Namun tidak semua urus tadbir 1MDB harus didedahkan kepada rakyat," katanya lagi.

- sharian

Semua Keburukan Kerajaan BN ??

Posted: 18 Mar 2015 08:00 PM PDT

 
    'Kita tidak pernah meminta PM Najib naik tongkang utk travel keluar negara. Cuma  kita pinta Najib dan Rosmah menggunakan sahaja 6 buah jet peribadi yg sedia ada, ataupun menggunakan sahaja kemudahan syarikat penerbangan negara.   Disaat-saat negara 1Malaysia dibebani timbunan hutang yg luar biasa ciptaan beliau sendiri serta kesusahan rakyat dlm menghadapi bahana GST, wajarkah Najib dan kerajaan 1Malaysia membeli jet peribadi baru??  Janganlah menggunakan wang negara demi utk memenuhi nafsu besar ahli keluarga anda. Jadilah seorang PM yg jujur serta amanah dan seorang suami yg bermaruah.'

    Kita tidak pernah meminta PM Najib naik tongkang utk travel keluar negara. Cuma kita pinta Najib dan Rosmah menggunakan sahaja 6 buah jet peribadi yg sedia ada, ataupun menggunakan sahaja kemudahan syarikat penerbangan negara. 

    Disaat-saat negara 1Malaysia dibebani timbunan hutang yg luar biasa ciptaan beliau sendiri serta kesusahan rakyat dlm menghadapi bahana GST, wajarkah Najib dan kerajaan 1Malaysia membeli jet peribadi baru??

    Janganlah menggunakan wang negara demi utk memenuhi nafsu besar ahli keluarga anda. Jadilah seorang PM yg jujur serta amanah dan seorang suami yg bermaruah. 

MP: PM patut saman Jho Low untuk nafi hubungan

Posted: 18 Mar 2015 07:30 PM PDT

 
 
Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya menyaman ahli perniagaan Low Taek Jho bagi menyangkal dakwaan Low yang dia mempunyai hubungan rapat dengan keluarga perdana menteri itu.
 
"Inilah yang Low (kanan) mengaku kepada media antarabangsa, beliau mengakui rapat dengan keluarga Najib," katanya dalam satu forum awam di Shah Alam hari ini.
 
Jika ianya tidak benar, tegas Rafizi, maka Najib mesti menyaman Low segera.
 
Rafizi berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan timbalan ketua Pemuda Umno Johor, Khairul Anwar Rahmat bahawa tidak adil untuk mengaitkan Low dengan perdana menteri.
 
Jutawan itu, dalam satu temu bual dengan CNBC berkata beliau menjadi sasaran mudah dalam skandal 1MDB kerana persahabatannya dengan anak tiri Najib, Riza Aziz.

Forum anjuran akhbar Sinar Harian di ibu pejabatnya di Shah Alam itu bertajuk 'Apa di sebalik 1MDB'.
 
Bagaimanapun, Khairul dan Rafizi menghabiskan banyak masa membidas satu sama lain, dan bukannya membincang topik forum tersebut.
 
 
Malaysiakini

Adnan sahkan rundingan royalti minyak gagal

Posted: 18 Mar 2015 07:00 PM PDT

 
 

Ketua Menteri Sarawak Datul Adenan Satem mengesahkan hari ini bahawa rundingan antara kerajaan negeri dan Petronas berhubung permintaan Sarawak untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, telah gagal.

"Rundingan kami dengan Petronas berhubung permintaan kita bagi kenaikan royalti minyak dan gas daripada 5 peratus kepada 20 peratus, tidak berjaya," katanya.

Bagaimanapun, tegas Adnan (kiri), Petronas memberi jaminan ia akan memberi kontrak bernilai RM2.1 bilon kepada syarikat-syarikat berpangkalan di Sarawak.

Adenan memberitahu demikian semasa persidangan pekebun kecil dan usahawan komoditi nasional di Kuching hari ini.

"Kami akan meneruskan tuntutan kita untuk kenaikan royalti itu sehinggalah kita mendapat apa yang kita mahu," katanya.

Kerajaan persekutuan mengambil alih operasi minyak dan gas dari Sarawak dan Sabah pada tahun 1976, dan sebagai balasannya memberi royalti 5 peratus ke atas semua minyak dan gas yang dikeluarkan.



Malaysiakini

Najib nak letak jawatan?.. Jangan harap kata A Kadir Jasin

Posted: 18 Mar 2015 06:30 PM PDT

 Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata, pihak yang berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berubah sikap atau meletak jawatan pasti akan kecewa.

Katanya, Najib tidak mudah berubah kerana dikawal dan terhutang budi dengan banyak pihak. Kadir, yang rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Najib hanya boleh dipaksa untuk berundur dengan isu tertentu.

"Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu-isu seperti 1MDB, Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya.

Katanya, Najib berbeza dengan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang hanya dikelilingi oleh kelompok kecil penasihat.

"(Najib) dikerumuni dan dikuasai oleh begitu ramai kaki ampu dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri," kata Kadir.

Satu-satunya cara untuk menyingkir perdana menteri adalah melalui majlis tertinggi Umno, yang dikuasai Najib, katanya.

Mahathir, dalam satu tulisan minggu lalu mempersoalkan harta kekayaan Najib dan pentadbirannya dalam syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Walau berdepan dengan kontroversi itu, keduduan Najib dilihat masih utuh dan berjaya meraih sokongan akar umbi Umno melalui satu perhimpunan pada 8 Mac lalu lapor Malaysiakini


Anak Sungai Derhaka.


HUDUD - UMNO KINI TERCABAR...

Posted: 18 Mar 2015 06:00 PM PDT

 
'Wednesday, March 18, 2015.  HUDUD - UMNO KINI TERCABAR...  Hari ini bukan hanya hari paling bersejarah buat negeri Kelantan tetapi sesungguhnya ia suatu hari yang bersejarah buat Malaysia dan buat mereka yang menyokong dan mendukung perjuangan Islam.  Pagi tadi Ustaz Dato MB Kelantan ( gambar bawah ) telah membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.   Pindaan enakmen berkenaan kiranya diluluskan akan membuka jalan bagi perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Hari ini bukan hanya hari paling bersejarah buat negeri Kelantan tetapi sesungguhnya ia suatu hari yang bersejarah buat Malaysia dan buat mereka yang menyokong dan mendukung perjuangan Islam.

Pagi tadi Ustaz Dato MB Kelantan ( gambar bawah ) telah membentangkan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. 

Pindaan enakmen berkenaan kiranya diluluskan akan membuka jalan bagi perlaksanaan Hukum Hudud di negeri "Serambi Mekah" itu. Proses seterusnya selepas memperolehi kelulusan adalah membawa satu Private Bill ke Parlimen untuk mendapat kelulusan dan akhirnya akan menyaksikan Kelantan sebagai negeri pertama dalam Malaysia yang melaksanakan hukum jenayah Islam berlandakan al Quran. 

Persidangan dewan telah ditangguhkan tengahari tadi dan akan disambung pagi esok.

Ustaz Dato Ahmad Yakob semasa pembentangannya pagi tadi dilaporkan oleh media sebagai berkata:
"….. pihak yang masih mengkritik enakmen hudud yang dibentangkan hari ini adalah "golongan yang tidak beriman".

Jelas golongan yang dimaksudkan oleh MB itu adalah dikalangan orang-orang Islam, kerana yang bukan Islam memang telah tidak beriman.

Satu fakta ketara dalam pindaan ini adalah bahawa ianya menidakkan sama sekali perlaksanannya ke atas rakyat Kelantan yang tidak beragama Islam. Malah tiada opsyen atau pilihan pun buat mereka untuk memilih diadili di bawah undang-undang ini.

(Oleh itu tidak ada sebab samada Gerakan, MCA, DAP atau sesiapa sahaja yang kononnya menjuarai kepentingan bukan Islam mahu meneruskan penentangan mereka, ini hal dan urusan orang Islam)
Maka layaklah apabila MB berkata, yang terus mengkritik undang-undang ini sesungguhnya golongan yang tidak beriman.

PAS Kelantan memikul tanggungjawab meluluskan undang-undang ini kerana itulah janjinya sejak memperoleh kuasa pada tahun 1990. Malahan itulah janji PAS setiap kali menyertai pilihanraya umum, iaitu bergerak untuk melaksanakan hukum dan peraturan yang diredhai Allah swt.

Ia diluluskan di Kelantan dan telah pun diluluskan di Terengganu semasa penggal PAS memerintah negeri berkenaan selepas PRU 1999.

Oleh itu saya merasakan amat tidak adil apabila ada pihak-pihak menggunakan bencana banjir sebagai alasan untuk Kelantan tidak mengambil inisiatif ini.

Sesungguhnya Kelantan memang sedang pesat memulihkan negeri berkenaan setelah menghadapi bencana banjir paling buruk akhir tahun lalu. Namun usaha untuk meluluskan undang-undang dan peraturan yang merupakan perintah Allah swt ini, tidak seharusnya dilontar ke belakang semata-mata atas alasan pemulihan banjir.

Kerja-kerja pemulihan banjir perlu diteruskan dan dalam waktu yang sama, kerja-kerja memungkinkan negeri berkenaan memperoleh redha Allah swt juga perlu diteruskan.

Hari ini kita bukan mahu menguatkuasakan hukum berkenaan, ianya perlu diluluskan dibanyak peringkat lagi.Hari ini kita sedang bertarung mahu memungkinkan undang-undang ini mendapat kelulusan dan akhirnya nanti dapat dikuatkuasa dan dilaksanakan. 

Prosesnya belum selesai, lantas pemulihan banjir boleh sahaja berjalan beriringan, tidak perlulah menjadi juara mengajar orang Kelantan mana satu keutamaan.

Diperingkat ini tidak ada orang Islam yang istiqamah dan komited pada agama mereka yang tidak berbangga dan bersyukur dengan insiatif saudara seagama kita di Kelantan.

Marilah kita berdoa agar usaha murni PAS Kelantan dan rakyat Kelantan ini nantinya berjaya, dan Kelantan bakal menjadi "Serambi Mekah" sebenar lengkap sebagai sebuah Negeri Madrasah Ilmu dan negeri yang mendukung dan melaksanakan hukum dan peraturan Allah swt untuk dicontohi yang lain.http://n32.blogspot.com/


DIRECTER Gajah Menta
 

KITA TERUS BERMAIN DENGAN API.... KENAPA?

Posted: 18 Mar 2015 05:30 PM PDT

 
Sejak akhir-akhir ini peranan pelapor Askar upahan UMNO terus memainkan peranan dalam isu " bangsa " -  rasis - mereka seperti kebal dari undang-undang. 
 
Mereka hebat tapi jika ianya dilakukkan oleh pihak pembangkang sudah tentu di saman oleh hampir kesemua cawangan UMNO. dan pihak Peguam negera terus mengambil tindakan undang-undang dan membawa mereka ke pengadilan, Lim Kit Siang defator DAP telah mencabar IPG atau KPN dalam isu ini.

YB Lim Kit Siang ( gambar ) melaporkan 4 pembohongan yang di laporkan oleh " askar upahan " ini. 

PEMBOHONGAN PERTAMA: 

Dakwaan mereka yang DAP cuba mendapatkan kawalan penuh ke atas negara melalui pengembalian undi ketiga, dengan mendakwa adalah rampasan kuasa oleh kaum Cina pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang merugikan orang Melayu – malah mendakwa DAP sudah pun mempunyai kelebihan untuk melakukannya kerana 60% kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam negara sudah dikuasai DAP. 
 
Penipuan ini boleh didedahkan sebagai sangat mengarut dan merepek sekiranya menggunakan pertimbangan akal, kerana ia mempunyai tiga kesalahan besar - (i) DAP tidak menguasai 60% kerusi DUN, kerana ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) DAP, PKR dan PAS tidak menang 50% pun daripada jumlah kerusi DUN dalam PRU ke-13. 
 
Jumlah bilangan dan peratus kerusi DUN yang dimenangi parti-parti PR dalam PRU ke-13 adalah 229 kerusi atau 45% daripada jumlah besar 505 kerusi DUN di dalam negara. (ii) DAP tidak pernah menjadi parti untuk orang Cina atau sesebuah kaum atau agama, kerana sejak penubuhannya 49 tahun lalu, DAP terus komited kepada tujuan menjadi parti untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. 
 
Malah, DAP adalah parti politik pan-Malaysia yang pertama di Malaysia, dengan cawangan di setiap negeri. (iii) Pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan menjadi objektif DAP sejak ia ditubuhkan pada 1966. 
 
Saya membuat sekurang-kurangnya dua ucaptama di Parlimen mengenai pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan sepanjang tiga tahun pembukaan semula Parlimen pada 1971 hingga 1974, penggal pertama saya dilantik menjadi Ahli Parlimen.

PENIPUAN KEDUA: 

Pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan akan menguntungkan orang Cina dan merugikan orang Melayu, sambil mengabaikan penstrukturan semula dan proses urbanisasi Melayu dalam masa lima dekad yang lampau, menyebabkan Malaysia mempunyai 148 pihak berkuasa tempatan (PBT) yang 90% daripadanya mempunyai majoriti Melayu lebih 50% daripada populasi, manakala hanya 2 atau 3% daripada 148 PBT itu mempunyai majoriti Cina, dan baki 13 lagi dengan populasi bercampur-campur – tujuh daripadanya dominan Cina dan enam lagi dominan Melayu.

PENIPUAN KETIGA: 

Kononnya DAP "komunis" dan "cauvinis" kerana mahukan pilihan raya kerajaan tempatan. Pilihan raya kerajaan tempatan turut dianjurkan di Indonesia, Turki dan Iran. Adakah proksi-proksi dan tentera siber Umno ini mahu mengatakan presiden-presiden Jokowi dan Erdogan, serta bekas presiden Iran Ahmadinejad atau Indonesia, Turki dan Iran sebagai "komunis" dan "cauvinis"?

PENIPUAN KEEMPAT: 

DAP bertindak melulu dan secara bersendirian dalam menuntut supaya undi ketiga dikembalikan, melanggar Dasar Bersama PR, padahal sebenarnya pengembalian undi ketiga wujud di kedua-dua Manifesto Kebangsaan PR dan manifesto PR Selangor sewaktu PRU ke-13. 
 
Pada bulan Mac 2010, menteri besar Selangor dan ketua menteri Pulau Pinang menulis surat secara berasingan atas nama kerajaan negeri PR masing-masing kepada Suruhanjaya Pilihan Raya meminta supaya ia mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan di negeri masing-masing, yang kemudian dibantah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
 
Kesemua rakyat Malaysia yang percaya politik baru yang jujur dan benar mesti membantah politik penipuan, pembohongan dan kebencian, serta mesti membantu untuk mendedahkan dan mematahkan keempat-empat pembohongan mengenai pengembalian pilihan raya kerajaan tempatan ini yang sedang cuba disebarkan dengan sedaya upaya oleh proksi dan tentera siber Umno sepanjang satu minggu lalu. 

YB Lim, yang juga menyarankan agar pihak  PDRM juga turut menyiasat kaitan  seorang pengguna laman Twitter kerana mendakwa kehilangan pesawat MH370 adalah satu konspirasi dan bukannya kemalangan.Dalam SMS kepada Malaysiakini, Khalid menyifatkan mesej pengguna Twitter itu sebagai berniat jahat dan meresahkan. 

Kaitan dengan isu 13 Mei, LKS juga mohon PDRM menyiasat satu tweet yang diterimanya Pada jam 11.12 pagi hari ini, seorang pengguna Twitter menghantar tweet kepada saya, mendakwa sayalah punca rusuhan kaum 13 Mei, dan pada 12 Mei 1969 kononnya saya berkata, "Melayu Balik Kampong. Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control." 

Kesimpulannya

Apa yang dimuskilkan ialah kenapa PDRM tidak memainkan peranan sebagai agen untuk penambah baikan dalam " kekeluargaan " masyarakat masa kini? PDRM seolah-seolah membiarkan saja tindakan mereka untuk mecetuskan " huru hara " 
 
Kemudahan dan kecanggihan sebaran " alam maya, media sosial " masa kini memang susah untuk di kawal, dengan tweet, face book, blog dan sebagainya telah di salah gunakankan. 
 
Untuk itu PDRM tidak perlu " menyusahkan " diri dengan membiarkan kalangan yang tidak bertanggongjawab ini. Gunakan kuasa yang ada dengan tidak " memilih kasih " untuk bertugas.

Juga agak pelik oleh PDRM jika pihak lain dari UMNO yang menulis cukup cepat pihak mereka mengambil tindakan tidak sebaliknya... atau apakah memang PDRM sudah diarahkan " tangkapan " hanya untuk sebelah pembangkang? 
 
Atau mungkinkah PDRM beranggapan, rakyat masa kini berfikiran seperti " katak di bawah tempurong " Pengurusan dan pentadbiran negara perlu ingat rakyat sudah boleh berfikir, berfikir cara matang.

Kemakmoran negara terletak kepada kesepakatan rakyatnya, rakyat pula memerlukan khidmat dari semua mereka yang berkuasa.

Hanya isu 1MDB, Sirul boleh jatuhkan Najib, kata wartawan veteran

Posted: 18 Mar 2015 05:00 PM PDT

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menamakan isu 1MDB serta Sirul Azhar Umar yang berjaya melarikan diri ke Australi sebagai perkara-perkara yang boleh menekan perdana menteri untuk mengundurkan diri.

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menamakan isu 1MDB serta Sirul Azhar Umar yang berjaya melarikan diri ke Australi sebagai perkara-perkara yang boleh menekan perdana menteri untuk mengundurkan diri.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times (NSTP) itu berkata, isu terbabit adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar meloloskan diri ke Australia yang akan memaksa perdana menteri mengundurkan diri.

"Maaf cakaplah kalau saya kata, Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta orang ramai yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan tidak akan mengundurkan diri," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin.

"Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu seperti 1MDB, pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Kadir berkata sedemikian sebagai responsnya terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat semalam yang menegur pentadbiran Najib supaya memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, gesaan pemimpin veteran Umno itu tidak akan mengubah tindak-tanduk Najib kerana ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.

Katanya, salah satu sebab adalah ahli Parlimen Pekan itu merupakan watak terkawal dan terhutang budi kepada terlalu banyak pihak.

Malah katanya, Najib dikerumuni dan dikuasai ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

"Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan 'jemuan'," katanya.

Kadir turut menyifatkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai "budak hanyir" apabila memperkecilkan dakwaan Tengku Razaleigh dan menyatakan GST adalah untuk kebaikan rakyat jelata dan bukan untuk membayar semula hutang negara.

"Ahmad Maslan adalah budak hanyir (kanyiaq dalam loghat Utara) dibandingkan dengan Ku Li.

"Oleh sebab dia budak hanyir mungkin dia tidak pun kenal siapa Ku Li sebenarnya. Mungkin dia tidak tahu Ku Li lah yang pegang tangan Najib di Petronas pada pertengahan tahun 1970-an.

"Ku Li lah antara orang terakhir berjumpa Allahyarham Tun Abdul Razak di katil sakitnya di London pada tahun 1976.

"Mungkin orang belajar tinggi di luar negara seperti Ahmad Maslan (di New Zealand) dan berijazah MBA berasa orang lama seperti Ku Li, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin tidak relevan lagi.

"Mungkin orang macam Ahmad Maslan tidak peduli untuk ambil tahu orang seperti Ku Li, Dr Mahathir dan Daimlah yang menjadi penyambung hayat politik Mohd Najib sehingga beliau naik menjadi perdana menteri dan presiden Umno. Mungkin Dr Mahathir dan Daim melakukan kesilapan besar menaikkan Najib," katanya.

Katanya, hanya Majlis Tertinggi (MT) Umno boleh mengubah atau menyingkirkan Najib tetapi terlalu banyak hipokrasi dan penyelamatan diri di kalangan ahli MT sehingga masing-masing takut dilondehkan.

"Pengkritik dan penentang Najib wajib menerima hakikat Najib bukan seperti (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang boleh dinyahkan dengan mudah.

"Pak Lah tidak mempunyai struktur mega seperti Najib. Pak Lah dikelilingi oleh anggota inner circle yang kecil bilangannya. Mohd Najib mempunyai ratusan anggota inner circle dengan pembiayaan yang lumayan," katanya

Katanya, harapan pengkritik dan penentang Najib berjaya boleh diperbaiki hanya jika mereka lebih terbuka dan tidak terlalu bergantung kepada orang lama seperti Dr Mahathir, Daim dan Tengku Razaleigh atau menaruh harapan semata-mata kepada (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin untuk menggerakkan agenda.

"Mereka harus berani berfikir mungkin Ku Li adalah alternatif yang lebih baik menggantikan Mohd Najib sebagai pengganti interim. Mungkin Muhyiddin tidak 100% berminat untuk menggantikan Mohd Najib atau tangan beliau terikat kerana beliau terlalu hampir dengan tampuk kuasa dalam Umno dan kerajaan.

"Mungkin juga ini bukan masanya bagi Dr Mahathir atau Ku Li serta pengikut mereka terperangkap dalam penjara masa ketika mana mereka bermusuhan dan berbeza pendapat," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Najib dikerumuni dan dikuasai ramai kaki ampu

Posted: 18 Mar 2015 04:30 PM PDT

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak mampu dijatuhkan melainkan ditekan dengan isu kontroversi yang melibatkannya dengan pengurusan wang negara dan isu peribadi, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times (NSTP) itu berkata, isu terbabit adalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar meloloskan diri ke Australia yang akan memaksa perdana menteri mengundurkan diri.

"Maaf cakaplah kalau saya kata, Dr Mahathir, Ku Li dan Daim serta orang ramai yang sependapat dengan mereka akan kecewa kerana Najib tidak akan berubah dan tidak akan mengundurkan diri," katanya merujuk kepada Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Daim Zainuddin.

"Hanya paksaan atau keterpaksaan berkaitan isu seperti 1MDB, pembangunan PFI Sdn Bhd, SRC International Sdn Bhd dan kejayaan Sirul Azhar Umar memboloskan diri ke Australia akan memaksa Mohd Najib mengundurkan diri," katanya dalam tulisan di blog The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Kadir berkata sedemikian sebagai responsnya terhadap ucapan Ahli Parlimen Gua Musang di Dewan Rakyat semalam yang menegur pentadbiran Najib supaya memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya, gesaan pemimpin veteran Umno itu tidak akan mengubah tindak-tanduk Najib kerana ia umpama mencurah air ke atas daun keladi.

Katanya, salah satu sebab adalah ahli Parlimen Pekan itu merupakan watak terkawal dan terhutang budi kepada terlalu banyak pihak.

Malah katanya, Najib dikerumuni dan dikuasai ramai penggilap epal (kaki ampu) dan "jemuan" yang tidak akan membenarkan beliau berubah apatah lagi mengundurkan diri.

"Bagi meringkaskan pengistilahan, saya singkatkan golongan ini sebagai PEJ – penggilap epal dan 'jemuan'," katanya.

al-Husseyn

'Tabung Kebebasan' dirancang bantu keluarga 13 dipenjara

Posted: 18 Mar 2015 04:00 PM PDT

   

Para aktivis sedang berusaha bagi mengumpul RM26,000 sebulan untuk membantu keluarga 13 orang yang dijatuhi hukuman 10 bulan penjara kerana menyertai demonstrasi pada Februari 2009 membantah BN mengambil alih pentadbiran di Perak.

Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 60 dihantar ke penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mendapati mereka bersalah dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5,000 tiap seorang.

Tabung Kebebasan yang dirancang itu berharap untuk mendapatkan sokongan dari 520 orang untuk mengikrarkan menyumbang RM50 sebulan selama 10 bulan, supaya keluarga mereka masing-masing akan menerima RM2,000 ketika mereka menjalani hukuman penjara.

"Sebelum kita berbuat demikian, kita mahu memastikan bahawa terdapat sokongan yang mencukupi. Kami akan mula menyediakan struktur untuk melihat sama ada kita boleh mendapatkan sekurang-kurangnya 130 orang berikrar memberi sumbangan, dalam masa 72 jam, yang akan berakhir pada jam 1.30 petang 21 Mac.

Aktivis sosial Wong Chin Huat yang pada tahun 2009 turut ditangkap kerana memprotes rampasan kuasa di Perak. dalam postinnya di Facebook berkata, naib presiden BERSIH 2.0, Thomas Fann akan menyelia tabung tersebut.

"(Kita akan) pasatikan struktur yang betul, termasuk akaun bank, pemegang amanah dan hubungan dengan keluarga, untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti."

Kesemua 13 penyokong PAS yang dihantar ke penjara hari ini ialah:

  • Mohd Faiz Mohd Arshad, 27;
  • Zulhaizam Zulkifli, 30;
  • Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40;
  • Adi Hilmee Mohd Nasir, 45;
  • Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 48;
  • Bad Latif Mansor, 48;
  • Mohamad Nazeer Hameed, 49;
  • Khairul Azmi Hassan Basr, 49;
  • Mohd Hasri Ismail, 49;
  • Yusuf Jaafar, 49;
  • Idris Mohd Thaib 49;
  • Suhana Abdullah, 50; dan
  • Isha Riduan Ishak, 60.
Para penyokong merancang untuk berkumpul di penjara Kajang sebagai tanda solidariti pada jam 8.30 malam ini.

Anak Perempuan Najib Kahwin Esok

Posted: 18 Mar 2015 02:04 PM PDT

 

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa akan melangsungkan perkahwinan beliau dengan Daniyar Kessikbayev dari Kazakhstan esok di Seri Perdana.

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa, akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Daniyar Kessikbayev, minggu ini.

Jurucakap dan wakil keluarga perdana menteri bagi majlis pertunangan dan pernikahan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata majlis akad nikah akan berlangsung esok (19 Mac) di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menerusi satu kenyataan hari ini berkata upacara akad nikah akan disempurnakan sendiri oleh Najib.

Beliau berkata perdana menteri dan isteri bersama-sama keluarga Daniyar akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur dan juga di Pekan, Pahang.

Antara tetamu kenamaan yang dijangka hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah; Raja-Raja Melayu; Yang Dipertua Negeri; menteri-menteri besar; ketua-ketua menteri; menteri-menteri Kabinet; timbalan-timbalan menteri; pegawai kanan kerajaan; ahli-ahli politik; ahli-ahli korporat dan pemimpin masyarakat.

Selain itu beberapa pembesar dan pemimpin dari luar negara juga dijangka hadir.

Nooryana Najwa, 27, menamatkan pengajian di Georgetown University, Washington pada 2011 dan kini berkhidmat dengan sebuah syarikat "Venture Capital".

Beliau mengenali Daniyar, 27, yang berasal dari Kazakhstan ketika masing-masing menuntut di Amerika Syarikat. – Bernama, tmi

Anwar dan kehakiman Malaysia – Prof Dr Taha al-Elwaniy

Posted: 18 Mar 2015 05:45 AM PDT

Saya mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir 40 tahun, sejak beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), gerakan belia terpenting di Asia Tenggara.

Anwar yang saya kenal ketika itu ialah seorang anak muda yang cerdas, lulusan bidang sosiologi, datang dari keluarga Melayu berdarah India.

Beliau dan organisasi pimpinannya itu banyak mendirikan sekolah rendah dan menengah.

Beliau memang dibesarkan dan didewasakan dalam dunia pendidikan seterusnya menyertai arus gerakan Islam di rantau Melayu.

Kerana aktivismenya yang cukup menyerlah beliau menjadi tokoh harapan masa depan arus Islam di dalam dan luar negara.

Reputasinya sebagai pemimpin muda meluas hingga ke luar daerah persekitarannya. Ketika itulah beliau ditangkap dan seterusnya disumbatkan ke khemah tahanan politik oleh pemerintah Malaysia.

Selepas pembebasannya, Ismail al-Faruqi Rahimahullah tampil memainkan peranannya sebagai orang tengah antara Anwar dan Tun Dr Mahathir Muhamad yang juga Perdana Menteri ketika itu. Ismail al-Faruqiy menyarankan agar Dr Mahathir memanfaatkan pemikiran dan aktivisme Anwar sebagai seorang yang memiliki segala potensi kepimpinan dan sebagai tokoh berkarisma terutama dalam kalangan anak muda.

Masa itu ialah era menyemarakkannya fenomena keislaman yang disebut "Islamic resurgence" atau kebangkitan Islam.

Dengan kepekaan politiknya, Dr Mahathir melihat dengan membawa masuk tokoh muda seperti Anwar Ibrahim – simbol golongan Islam di dunia Melayu dan Asia Tenggara – mungkin akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada konflik yang tajam antara golongan nasionalis Melayu (yang berorientasi sekular) dengan golongan Islam.

Di Malaysia ketika itu sudah wujud parti Islam yang memperjuangkan pelaksanaan syariat dan menjadikan seluruh wilayah Malaysia sebagai wilayah Islam di samping juga wujud simbol Islam dalam negara yang memungkinkan Malaysia terdedah kepada konflik seperti yang berlaku di dunia Arab, iaitu konflik antara golongan Islam dengan golongan nasionalis.

Di Malaysia pada asasnya tidak wujud perpecahan dalam kalangan kaum Bumiputera yang rata-ratanya adalah ahli Sunah yang menganut mazhab Syafii. Itulah yang menjadi asas perpaduan mereka selain asas kesatuan kebangsaan.

Dr Mahathir membuat keputusan untuk meyakinkan Anwar agar menyertai parti pemerintah dan seterusnya berkhidmat dalam kerajaan dengan jaminan ruang yang seluas-luasnya akan sentiasa terbuka untuk beliau memanfaatkan kemampuan politiknya.

Sementara itu, pihak parti Islam (parti yang didominasi ulama) pula menawarkan agar Anwar memimpin parti tersebut.

Bagaimanapun, Ismail al-Faruqiy berpandangan lebih baik Anwar memainkan peranan kepimpinan dalam parti pemerintah daripada menjadi pemimpin parti pembangkang Islam. Kedua-dua tokoh tersebut akhirnya mencapai kesepakatan.

Berikutan dengan keputusan tersebut ramai ulama yang mengecam tokoh muda Islam tersebut yang lebih mengutamakan kerjasama dengan golongan sekularis dan menyertai parti mereka daripada menjadi pemimpin parti Islam.

Tentu sahaja Anwar perlu mempertahankan dirinya. Ketika itulah Ismail al-Faruqi dan teman dari Himpunan Belia Islam Sedunia (Wamy) di Riyadh meminta saya pergi ke Malaysia untuk mencari penyelesaian antara Anwar dan rakan-rakannya dengan penentangnya dari kalangan Islam, yang sebahagiannya bertindak terlalu jauh dan melampau dengan menuduhnya cenderung dan memihak kepada orang zalim, seterusnya mengubah kesetiaannya kepada mereka serta pelbagai tuduhan lainnya lagi.

Saya pergi ke Malaysia menemui semua pihak pimpinan ulama dan parti Islam mereka, juga belia Islam Malaysia dan pimpinannya. Selama kira-kira 2 minggu saya berada di sana untuk menenangkan keadaan, cuba memelihara perpaduan kaum Muslimin Malaysia dan berusaha mencegah konflik dalam kalangan mereka. Sementara itu, Anwar segera memulakan gerakan politiknya dalam kerangka parti pemerintah dan dalam konteks peranannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Oleh itu, daerah ini melintasi era kebangkitan Islam tanpa terjerumus ke dalam konflik antara pendukung kebangkitan dan arus yang bersamanya dengan arus nasionalis-sekularis.

Anwar tampaknya sangat menghargai usaha yang saya lakukan ketika itu, beliau menyambut kunjungan saya di rumahnya dan di pejabatnya beberapa kali. Selain itu, saya juga menyampaikan siri ceramah di pelbagai tempat hingga keadaan kembali tenang dan selepas itu saya kembali ke Riyadh meneruskan tugas saya sebagai profesor di Universiti al-Imam. Hubungan akrab saya dengan Anwar berterusan hingga sekarang.

Beliau menghubungi saya setiap kali menghadapi persoalan besar atau ketika menghadapi sebarang pertembungan. Dari masa ke masa Anwar terus mara dan jaya dalam kerjaya politiknya.

Tidak lama kemudian beliau menjadi menteri penuh (menteri pertanian), selepas itu menjadi menteri pendidikan dan seterusnya menjadi menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. Sejak itu, semua orang tahu beliaulah yang akan menggantikan Dr Mahathir nanti.

Anwar meraih pelbagai penghargaan dan pengiktirafan, termasuk gelaran kebesaran "Datuk Seri" daripada beberapa Sultan yang merupakan gelaran tertinggi bagi mereka yang di luar keluarga diraja.

Bintangnya terus menyinar dan tampak di mata umum beliau ialah tokoh di belakang pelbagai kejayaan kerajaan Umno waktu itu. Namun, rupa-rupanya prestasi cemerlang Anwar itu pula yang mendorong orang di keliling Dr Mahathir berusaha mempengaruhinya dan menimbulkan rasa tidak senang di hatinya terhadap orang yang selama ini dianggap anak didiknya.

Mereka berjaya meyakinkan Dr Mahathir kononnya Anwar tidak lagi menganggapnya sebagai bapa yang berjasa memberikannya segala kesempatan mendapatkan kekuasaan.

Usaha jahat itu mula membuahkan hasilnya. Dalam konteks sedemikian, terbitnya buku "50 dalil" mengapa Anwar tidak wajar dan tidak layak menggantikan Dr Mahathir. Mereka memberitahu Anwar yang buku tersebut tidak mungkin terbit tanpa dukungan Dr Mahathir sendiri.

Akibatnya hubungan antara kedua-dua tokoh tersebut menjadi tegang dan dari hari ke hari semakin memburuk dan terbuka hingga diketahui umum, pemimpin dan ahli parti. Anwar sendiri tidak menduga krisis tersebut akan sampai ke tahap penyingkirannya.

Maksudnya, beliau tidak menyangka Dr Mahathir akan bertindak sejauh itu. Tetapi suasana politik dunia ketika itu berubah. Pada 90-an adalah era timbulnya keinginan untuk menekan pemimpin Islam dan menghalang kebangkitan Islam.

Demikianlah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan peristiwa September 1998 apabila Dr Mahathir membuat keputusan bagaikan kudeta ketenteraan, iaitu dengan memecat Anwar daripada semua jawatannya dalam parti dan kerajaan.

Ketika itulah juga polis masuk ke rumah yang didiami Anwar, iaitu rumah rasmi kerajaan untuk kediaman timbalan perdana menteri. Mereka memintanya dan keluarganya meninggalkan rumah tersebut serta-merta kerana beliau tidak lagi menyandang sebarang jawatan rasmi. Ini adalah kejadian yang mendadak dan keterlaluan.

Anwar terpaksa membawa keluarganya keluar dari rumah tersebut dan berpindah ke rumah miliknya sendiri. Selepas itu, kerajaan melakukan pelbagai tindakan provokatif dan kejam secara bertubi-tubi sehingga membangkitkan protes rakyat Malaysia, termasuk ramai di kalangan ahli parti pemerintah sendiri.

Mereka keluar berdemonstrasi di jalan raya dan sering kali berakhir di rumah kediaman Anwar. Di sanalah Anwar, isterinya dan penyokongnya menyambut demonstran dan berpidato kepada mereka.

Untuk menghadapi protes rakyat tersebut, kerajaan mengambil pelbagai langkah dan tindakan. Yang paling menyedihkan adalah tindakan mahkamah yang tanpa henti berusaha mengkriminalisasikan Anwar dengan bukti rekaan.

Dari masa ke masa ada sahaja kes mahkamah yang bermotif politik untuk menjerat Anwar yang semuanya direkayasa dengan satu tujuan, iaitu mensabitkan Anwar ialah seorang pelaku seks luar tabii, dan kerananya tidak layak menggantikan Dr Mahathir dan tidak layak memimpin sebarang parti parti politik. Itulah yang terjadi sejak 1998.

Sekarang kita sudah berada pada 2015, namun kita masih lagi tidak habis dengan proses mahkamah yang ada ketikanya menghukum dan pada ketika yang lain menyokong.

Sayang sekali, tahun yang memberikan kesempatan kepada rakyat Malaysia memanfaatkan kebolehan dan pengalaman Anwar, khususnya untuk menangani pelbagai masalah di rantau Asia Tenggara, disia-siakan dengan menyibukkan Anwar dan menyibukkan diri mereka sendiri dengan kes dan dakwaan karut dengan segala pembuktian dan kesaksian yang aneh, lucu dan berubah-ubah.

Yang harus membayar harga segala karut-marut itu ialah Anwar dan rakyat Malaysia serta pemimpin politik daripada pelbagai parti.

Sesungguhnya saya – sebagai seorang yang sangat mencintai Malaysia dan rakyat Malaysia – terpegun dengan isu ini, lalu saya bertanya kepada beberapa orang Malaysia:

"Tidakkah anda malu dengan tindakan dan perilaku buruk yang dilakukan ke atas seorang tokoh yang seharusnya ketika ini sudah menjadi pemimpin paling berjaya di Asia Tenggara dan pemimpin Melayu paling cemerlang?".

Ada seseorang yang menjawab: "Semua pemimpin kami pernah masuk penjara. Anwar juga tidak terkecuali. Beliau harus melalui masa di penjara". Anwar dipenjara selama 6 tahun atas tuduhan dan tohmahan yang karut.

Kita menyangka segala-galanya berakhir dengan pembebasannya. Tetapi rupa-rupanya penguasa hari ini membuka kembali isu lapuk tersebut dan menyebarkan semula fitnah kotor dan jahat itu kerana sebab yang Allah sahaja tahu.

Sesungguhnya Malaysia pernah dianggap sebagai negara contoh dan model kejayaan, iaitu ketika negara ini di bawah kepimpinan Dr Mahathir-Anwar.

Kedua-duanya memiliki kekuatan dan keistimewaan tersendiri, yang seorang dengan pengalamannya sementara yang seorang lagi dengan dinamika kemudaannya.

Tetapi kini, gandingan itu dipecahkan syaitan manusia dan jin. Orang Malaysia yang banyak berbicara tentang sihir, ramai yang apabila berbicara tentang konflik Dr Mahathir-Anwar mengatakan mereka berdua terkena sihir hitam hingga mereka saling membenci.

Sebenarnya mereka (rakyat Malaysia) tidak mempunyai jawapan atau tafsiran yang meyakinkan tentang apa yang terjadi, selain kekarutan khurafat tersebut. Tidak malukah Malaysia dengan keadaan terus-menerus dalam dongeng sihir hitam dan putih dengan cerita tuduhan palsu, bukti rekaan dan segala kekarutan lainnya itu?

Andainya saya seorang hakim di Malaysia, pasti saya sudah berhenti daripada perkhidmatan kehakiman, dan pasti saya merasa terhina dan malu besar apabila disebut saya seorang hakim atau pernah menjadi hakim.

Memang demikianlah, kerana saya menyaksikan keadaan aib dan memalukan itu berlanjutan selama 17 tahun, orang politik dan hakim mahkamah sewenang-wenang memperlakukan isu ini sedemikian rupa.

Saya ingin berpesan kepada Anwar, mohonlah pertolongan Tuhan dengan memperbanyakkan sabar dan sembahyang, sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar.

Dan saya ingin berkata kepada Dr Mahathir, takutlah kepada Allah, sesungguhnya jarak antara kamu dengan liang kubur sudah tidak jauh. Umur kamu sudah melewati 80-an.

Ketahuilah perbuatan mencemarkan maruah dan tuduhan yang berkaitan dengannya, atas alasan apa pun, tidak akan dibiarkan Allah menyentuh orang yang bersih. Bahkan akibat dan balasannya adalah sengsara kehinaan di dunia dan derita penyeksaan di akhirat.

Marilah kita bertakwa kepada Allah, dan bersama mengangkat perjuangan kita ke aras yang lebih tinggi dan lebih mulia daripada tahap sekarang yang serba cemar, rendah dan murah.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Husam: Ku Li perlu berani realisasi kritikannya

Posted: 18 Mar 2015 05:00 AM PDT

Husam: Ku Li perlu berani realisasi kritikannya PAS mencabar MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah merealisasikan kritikannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membawa usul menolak kepimpinan perdana menteri di Dewan Rakyat. 

Ia ekoran ucapan bekas menteri kewangan itu yang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam, yang menyentuh prestasi ekonomi dan politik negara bawah pentadbiran Najib. 

Cabaran tersebut dikemukakan oleh Naib presiden PAS Datuk Husam Musa supaya pemimpin yang mesra dipanggil Ku Li itu, tidak hanya mengkritiknya dalam ucapan semata-mata tanpa melaksanakannya.

9 "Bukankah beban kewajipan membetulkan keadaan negara turut terletak di bahu YBM (Yang Berhormat Mulia) Ku Li? Apakah tindakan yang beliau boleh ambil? 

Adakah kata-katanya hari ini di Dewan Rakyat, hanya untuk diucapkan atau untuk dilaksanakan, bermula dari diri beliau sendiri? "

Jika sekalipun puncak tindakan patriotik seperti itu tidak mampu dilakukan, saya percaya banyak lagi tindakan bersama ahli Parlimen dari kelompok meletakkan negara sebagai pertimbangan utama mengatasi parti, boleh lakukan untuk kepentingan negara. "Jika tidak, YBM Ku Li juga akan tersenarai sebagai mengkhianati rakyat dan negara pada satu masa akan datang," kata Husam dalam kenyataan semalam. 

Dalam ucapannya semalam, Ku Li antara lain menggesa MP supaya berani membuat keputusan untuk berkhidmat dan tunduk kehendak rakyat dengan memenuhi ikrar sebagai anggota Dewan Rakyat. 

Selain itu, Ku Li turut menggesa MP membuat keputusan berdasarkan suara hati dengan menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat walaupun bertentangan dengan kehendak parti demi menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi. 

Menyambut baik ucapan Ku Li, Husam turut mencadangkan kepada pemimpin BN itu supaya menubuhkan dan mempengerusikan kaukus Parlimen untuk memantau hutang negara, dengan menjemput anggota parlimen dari parti politik yang berbezauntuk menganggotainya. 

Malah bagi mengotakan ucapannya, Husam turut menggesa Ku Li menyokong usul tergempar untuk mengutuk tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.sumber
  

al-Husseyn

Sultan Johor: Elaun RM27,000 tak memadai

Posted: 18 Mar 2015 04:15 AM PDT

Sultan Johor Berniaga Sebab Elaun Tak Cukup



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berkata, baginda tidak boleh bergantung dengan elaun sebanyak RM27,000 semata-mata dan perlu menyertai bidang perniagaan.

"Biar saya berterus terang, kita (amalkan) raja berperlembagaan. Saya perlu menyara hidup, sama seperti orang lain.

"Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan sahaja. Saya mesti menyara hidup, seperti rakyat Malaysia biasa," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar The Star.

Sultan Ibrahim berkata, penglibatan keluarga diraja Johor bukan perkara baru kerana ini menjadi amalan sejak zaman moyangnya.

"Saya tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan saya dengan menggunakan proksi, seperti dilakukan sesetengah orang. Saya terbuka dan telus," katanya.

Katanya, penglibatan kerabat diraja dalam perniagaan yang halal merupakan perkembangan yang sihat.

Tambahnya, penglibatan dalam urusan yang diragui akan mencemarkan nama institusi beraja.

"Saya pasti rakyat Johor tidak mahu melihat saya sebagai seseorang yang menjual darjah kebesaran untuk menyara hidup," katanya.

Mengulas mengenai projek hartanah besar di Johor yang melibatkan pelabur China, beliau menafikan bahawa ia akan menyebabkan berlaku kebanjiran dalam pasaran hartanah.

Katanya, selain warga tempatan, hartanah berkenaan juga akan dibeli oleh warga Singapura.

"Apabila rangkaiannya siap, ia akan menjadi satu kebiasaaan bagi orang Singapura untuk tinggal di Johor dan bekerja di Singapura," katanya.

Sultan Ibrahim berkata, perkara ini dapat dilihat di Shenzen yang menjadi kediaman bagi golongan yang berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Hong Kong.

Beliau turut mempertahankan projek tambakan mega Forest City. Menurutnya, pelabur China akan memberi keuntungan kepada negeri.

Usaha penambakan tanah laut itu juga merupakan keputusan strategik, katanya.

"Sekiranya Johor tidak menjalankan penambakan, Singapura akan buat dan perkara ini sudahpun berjalan," katanya.

- mkini

VIDEO - Video: Jangan Biar Pindaan Hudud Pecahkan Pakatan

Posted: 18 Mar 2015 03:30 AM PDT




'Mahu guna kalimah 'Allah', tapi tolak hukum Allah'

Posted: 18 Mar 2015 02:43 AM PDT

 
Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang dilihat mahu menggunakan kalimah Allah tetapi tidak mahu hukum-Nya dilaksanakan.

Tanpa menamakan pihak tersebut, Md Alwi yang ADUN Kok Lanas itu turut mempersoalkan tindakan pihak tersebut yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.



"Baru-baru ini, sibuk sangat nak guna nama Allah sampai bawa ke mahkamah sebab nak guna nama Allah.

"Hari ini, Kelantan nak melaksanakan hukum Allah kenapa pula tak mahu? Kenapa kamu mahu (kalimah) Allah tetapi undang-undang-Nya kamu tidak mahu?

"Jawab soalan itu dulu," tegasnya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas pembentangan dan membahas pindaan Rang Undang-undang Syariah 1993 di DUN Kelantan di Kota Darulnaim hari ini.

Sebelum itu, Md Alwi menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke yang ingin mengambil tindakan terhadap PAS berhubung pelaksanaan undang-undang itu.

Sidang DUN Kelantan hari ini menyaksikan pembentangan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang menyentuh tentang kesalahan jenayah syariah hudud, qisas dan ta'zir yang terpakai kepada orang Islam yang mukalaf.

Jenis-jenis kesalahan hudud yang termaktub dalam pindaan itu ialah, Sariqah (mencuri), hirabah (orang yang merampas harta orang lain dengan kekerasan), zina termasuk liwat, qazaf (membuat tuduhan zina atau liwat), syurb (minum arak atau memabukkan), irtidad (murtad).