Selasa, 17 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ucapan Ku Li terlalu ‘lewat’, kata penganalisis OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 17 Mar 2015 09:30 PM PDT

Ucapan mengkritik Putrajaya disampaikan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan Rakyat semalam dianggap sudah terlalu lewat, kata penganalisis politik.

Ucapan mengkritik Putrajaya disampaikan Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan Rakyat semalam dianggap sudah terlalu lewat, kata penganalisis politik.

Ucapan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang mengkritik Putrajaya hanya beri sedikit kesan atau tiada langsung terhadap Barisan Nasional (BN) kerana tiada perkara baru dalam kenyataannya dan kerajaan memerintah sudah terlalu biasa dengan cara mereka, kata penganalisis beberapa jam selepas putera Kelantan itu menggesa rakan sekerjanya meletakkan kepentingan rakyat berbanding parti.

Dinamik dalaman Umno akan memastikan ahli Parlimen mereka berterusan menjaga penyokong sendiri terlebih dulu supaya dapat kekal berkuasa, kata Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

"Ahli politik Umno bimbangkan bukan saja rakyat, tetapi juga politik dalaman parti yang melibatkan mengekalkan atau kenaikan pangkat. Ini menyebabkan perlunya mengekalkan atau menjaga hubungan dalam parti.

"Jadi memandangkan pilihan raya umum masih jauh lagi, kepentingan utama mereka kini mengekalkan rasa puas hati ahli parti, kerana kemungkinan pemilihan parti akan berlaku sebelum pilihan raya umum," katanya.

Ibrahim berkata, ramai pemimpin dalam Umno terikat dengan pengundi bagi kedudukan sedia ada, jadi mereka tidak terburu-buru membuat apa-apa perubahan besar yang mengganggu status quo.

Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee berkata ucapan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, hanyalah "ucapan Parlimen" dan akan dilayan sebegitu oleh BN dan kerajaan.

"Perubahan (dalam BN) tidak akan berlaku daripada ucapan, tetapi tekanan rakyat. Jadi saya tidak fikir BN atau perdana menteri akan terlalu bimbang," kata penganalisis itu.

"Malah saya yakin perdana menteri dan BN tidak terganggu dengan ucapannya. Saya akan terkejut sekiranya ada ahli Parlimen lain yang akan menyokongnya dan bercakap secara umum," katanya.

Dr Wong Chin Huat, seorang penganalisis politik dari institut pemikir Penang Institute juga bersetuju dan menambah tiada ahli Parlimen yang akan berani bersetuju dengan Ku Li kerana mereka dilihat seperti bersedia untuk menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

"Ahli Umno akan melihatnya sebagai serangan yang dirancang terhadap Najib dan akan mengendahkannya. Jadi saya tidak rasa akan ada perubahan di dalam kerajaan atau tingkah laku ahli Parlimen, tetapi ini mungkin akan menguatkan lagi kritikan rakyat terhadap pentadbiran Najib," katanya.

Membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong semalam, ahli Parlimen Gua Musang itu menggesa rakan sejawatnya dalam Dewan Rakyat membuat keputusan sama ada mereka akan ingat kepada sumpah untuk berkhidmat kepada rakyat atau menyerah diri kepada kuasa luar daripada Parlimen dengan meletakkan kepentingan parti terlebih dulu.

Beliau juga menggesa menteri dan ahli Parlimen mengisytiharkan aset mereka untuk mengelak percanggahan konflik kepentingan dan menambah baik pentadbiran, dan mengkritik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bulan depan.

Namun penganalisis yang ditemu ramah The Malaysian Insider menganggap kata-kata beliau sebagai "terlalu lambat" dan mengatakan Ku Li hanya mengulang kata-kata ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang sudah pun menimbulkan isu tersebut tetapi masih gagal.

"Isu yang ditimbulkan tentang GST ialah sesuatu yang orang ramai banyak bincangkan, jadi agak lambat baginya untuk mempersoalkannya," kata Ibrahim.

Lim berkata kerajaan sudah pun membuat keputusan tentang GST dan untuk membatalkannya sekarang hanya kerana ucapan Ku Li, mungkin akan menyebabkan lebih buruk padahnya kepada negara.

"Semuanya terlalu lambat tentang isu yang ditimbulkannya, termasuk kegunaan hasil kutipan GST dan pengisytiharan aset. Pihak pembangkang menimbulkan perkara sama dengan lebih kerap dan kritikal berbanding apa yang dilakukannya di Parlimen," katanya.

Lim berkata, jika perdana menteri berjaya tidak mengendahkan kritikan kedua-dua PR dan Tun Dr Mahathir Mohamad tentang GST, kemungkinan baginya untuk memberi perhatian kepada Ku Li adalah terlalu kecil. – 18 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

VIDEO - BNBBC sokong saranan Ku Li isytihar harta ahli Parlimen OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 17 Mar 2015 08:45 PM PDT

 
 
 
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyarankan ahli Parlimen supaya mengisytiharkan harta mereka untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyarankan ahli Parlimen supaya mengisytiharkan harta mereka untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.

Saranan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar ahli Parlimen melakukan pengisytiharan harta disambut baik oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.

Ahli Parlimen Johor Baru itu bukan sahaja menyokong cadangan tersebut, namun turut mencadangkan adanya "aku janji" untuk kesemua ahli Parlimen mengisytiharkan bukan sahaja harta, aset dan elaun yang diterima.

"Itu saya setuju sepenuhnya, kita pertimbangkan kenaikan elaun, tetapi apabila ia dinaikkan maka tanggungjawab sebagai ahli Parlimen juga bertambah.

"Untuk itu saya cadangkan adanya 'aku janji' pengisytiharan harta supaya ia berterusan, kita sebagai ahli Parlimen patut melakukan perkara demikian," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dalam ucapan membahaskan titah Agong hari ini menyarankan pengisytiharan harta, bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen.

Beliau turut berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan tidak seharusnya mempunyai masalah pertelingkahan kepentingan.

"Perdana menteri dan menteri kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan.

"Barang diingat pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius, perkara ini mungkin diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya," kata Ku Li.

Selain, itu kata Shahrir pengisytiharan elaun turut membabitkan elaun perjalanan luar negara bagi memastikan ketelusan ahli Parlimen untuk tidak di salah anggap apabila perbelanjaan ke luar negara ditaja oleh kerajaan luar dan syarikat korporat.

"Selain daripada elaun kerajaan, seperti ahli Parlimen dihantar untuk melawat ke Parlimen lain, itu (elaun) memang kita perlu isytihar dan ini termasuk kemudahan elaun perjalanan luar negeri .

"Sekiranya anda ke luar negara mewakili negara, kemudian diberi layanan bagus, jadi apa perbezaan untuk mengenal pasti anda tidak dilihat mempunyai kepentingan seperti mewakili syarikat tersebut, pendekatan ini juga banyak diamalkan di negara maju luar," katanya.

Tambahnya lagi, pengisytiharan harta dan aset ahli Parlimen juga tidak perlu dilakukan secara terbuka kerana sudah memandai ia dilaksanakan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya tidak rasa Ku Li meminta ahli Parlimen untuk membuat pengisytiharan harta secara terbuka cukuplah pergi SPRM, mereka satu badan unik kerana ada juga unit Parlimen, kita tidak perlu tubuh satu badan bebas untuk mengendalikan hal pengisytiharan harta," katanya. – 17 Mac, 2015.

  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

BNBBC sokong saranan Ku Li isytihar harta ahli Parlimen

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyarankan ahli Parlimen supaya mengisytiharkan harta mereka untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 17 Mac, 2015. Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyarankan ahli Parlimen supaya mengisytiharkan harta mereka untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 17 Mac, 2015. Saranan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar ahli Parlimen melakukan pengisytiharan harta disambut baik oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad.
Ahli Parlimen Johor Baru itu bukan sahaja menyokong cadangan tersebut, namun turut mencadangkan adanya "aku janji" untuk kesemua ahli Parlimen mengisytiharkan bukan sahaja harta, aset dan elaun yang diterima.
"Itu saya setuju sepenuhnya, kita pertimbangkan kenaikan elaun, ‎tetapi apabila ia dinaikkan maka tanggungjawab sebagai ahli Parlimen juga bertambah.

"Untuk itu saya cadangkan adanya 'aku janji' pengisytiharan harta supaya ia berterusan, kita sebagai ahli Parlimen patut melakukan perkara demikian," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dalam ucapan membahaskan titah Agong hari ini menyarankan pengisytiharan harta, bertujuan mengelakkan berlakunya pertelingkahan kepentingan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pengisytiharan harta itu perlu dibuat secara berkala dengan penubuhan sebuah badan bebas yang dibentuk melalui Akta Parlimen.
Beliau turut berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga menteri kewangan tidak seharusnya mempunyai masalah pertelingkahan kepentingan.
"Perdana menteri dan menteri kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan.
"Barang diingat pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius, perkara ini mungkin diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya," kata Ku Li.
Selain, itu kata Shahrir pengisytiharan elaun turut membabitkan elaun perjalanan luar negara bagi memastikan ketelusan ahli Parlimen untuk tidak di salah anggap apabila perbelanjaan ke luar negara ditaja oleh kerajaan luar dan syarikat korporat.
"Selain daripada elaun kerajaan, seperti ahli Parlimen dihantar untuk melawat ke Parlimen lain, itu (elaun) memang kita perlu isytihar dan ini termasuk kemudahan elaun perjalanan luar negeri .
"Sekiranya anda ke luar negara mewakili negara, kemudian diberi layanan bagus, jadi apa perbezaan untuk mengenal pasti anda tidak dilihat mempunyai kepentingan seperti mewakili syarikat tersebut, pendekatan ini juga banyak diamalkan di negara maju luar," katanya.
Tambahnya lagi, pengisytiharan harta dan aset ahli Parlimen juga tidak perlu dilakukan secara terbuka kerana sudah memandai ia dilaksanakan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya tidak rasa Ku Li meminta ahli Parlimen untuk membuat pengisytiharan harta secara terbuka cukuplah pergi SPRM, mereka satu badan unik kerana ada juga unit Parlimen, kita tidak perlu tubuh satu badan bebas untuk mengendalikan hal pengisytiharan harta," katanya.  – 17 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bnbbc-sokong-saranan-ku-li-isytihar-harta-ahli-parlimen#sthash.TUW3BO7d.dpuf

Selepas Nurul Izzah, polis akan siasat Nurul Nuha OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

Posted: 17 Mar 2015 08:00 PM PDT

 
Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha mendukung anak saudaranya iaitu anak kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah ketika ditahan di balai polis mengikut Akta Hasutan, petang semalam.

Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha mendukung anak saudaranya iaitu anak kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah ketika ditahan di balai polis mengikut Akta Hasutan, petang semalam.

Selepas Nurul Izzah Anwar bermalam di lokap, polis akan memanggil adiknya Nurul Nuha untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan #Kitalawan pada 7 Mac lepas.

Nurul Nuha berkata, polis memberitahunya, selepas Nurul Izzah, beliau akan turut disiasat berhubung perhimpunan yang dihadiri lebih 5,000 penyokong di depan kompleks beli-belah Sogo, minggu lalu.

"Seorang superintenden polis memberitahu mereka mahu mengambil kenyataan saya," kata Nurul Nuha kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

"Masih belum ada tarikh. Polis cuma beritahu akan hubungi saya apabila sampai masanya untuk ke balai polis memberikan keterangan," katanya.

Nurul Nuha, anak kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kempen March2Freedom untuk menuntut pembebasan ayahnya yang dihukum penjara 5 tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.



Semalam Nurul Izzah ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang, Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana ucapannya yang didakwa berunsur hasutan di Dewan Rakyat.

Malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan pada 7 Mac itu.

Selepas dibebaskan hari ini, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata beliau mendapat maklumat, adiknya juga bakal disiasat polis.

"KPN sepatutnya menumpukan dalam menangkap penjenayah berat dan melindungi Malaysia serta membuatkan Sirul didakwa atas pembunuhan dalam menebus kesalahannya," katanya kepada pemberita merujuk kepada Khalid dan pembunuh warga Mongolia Altantuya Shariibuu, Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.

Nurul Izzah berkata KPN menyalahgunakan kuasa apabila menahannya.

"Saya rasa ia jelas penahanan saya adalah penyalahgunaan kuasa daripada KPN dan saya menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab.

"Saya ada imuniti (di Parlimen) menurut Artikel 63 (2) Perlembagaan Persekutuan. Dan saya ada imuniti untuk menyuarakan isu di Parlimen," katanya kepada pemberita selepas dibebaskan. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-nurul-izzah-polis-akan-siasat-nurul-nuha#sthash.ydiNEcJe.dpuf

Pakatan akan kemuka usul kutuk ketua polis negara di Parlimen OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 17 Mar 2015 07:30 PM PDT

 

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika dilepaskan dari Pusat Tahanan Jinjang pagi ini. Beliau mengatakan tindakan ketua polis menahannya tidak menghormati kuasa imuniti ahli Parlimen yang membawa suara rakyat. –

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ketika dilepaskan dari Pusat Tahanan Jinjang pagi ini. Beliau mengatakan tindakan ketua polis menahannya tidak menghormati kuasa imuniti ahli Parlimen yang membawa suara rakyat. –

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan usul tergempar bagi mengutuk tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar susulan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, penahan beliau itu akan memberikan kesan besar kepada semua ahli Parlimen.

"Penahanan saya semalam akan memberi kesan yang amat besar kepada semua ahli Parlimen.

"Kita melihat ketua polis negara tidak mengambil kira impak dan kesan serta kuasa termasuk imuniti ahli Parlimen dalam membawa suara rakyat," katanya kepada pemberita.

Naib presiden PKR itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga sedang menghina mahkamah dengan menggunakan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman.

Susulan perkara itu, Nurul Izzah berkata, pemimpin PR akan mengemukakan usul di Dewan Rakyat atas prinsip pemisahan kuasa.

"Kami akan mengusulkan sebuah usul tergempar di Dewan Rakyat menerusi prinsip Perlembagaan Persekutuan dan prinsip pemisahan kuasa dengan mengutuk tindakan polis yang menghina mahkamah, bukan sahaja dalam hal akta perhimpunan awam serta penggunaan Akta Hasutan," katanya.

Usul itu katanya akan dibawa melalui Seksyen 7 Akta Majlis Parlimen/Akta 347 (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Seksyen 7 akta itu menyatakan tidak ada ahli Parlimen perlu bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding sivil atau jenayah berhubung ucapan di Dewan Rakyat," katanya.

Nurul Izzah ditahan semalaman di Lokap Berpusat Jinjang semalam susulan kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan ketika persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau dibebaskan hari ini.

Sebelum Nurul Izzah, turut menerima nasib sama pernah ditahan semalam di lokap ialah Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad susulan penganjuran himpunan #KitaLawan di ibu negara bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gelang Patang Lim Kit Siang, melihat tindakan pihak polis itu menyalahi bidang kuasa mereka.

"Sangat jelas Ketua Polis Negara berhasrat untuk berperang dengan pemimpin pembangkang dan kita minta supaya Khalid berhenti kerana pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis tidak akan takut," katanya. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pindaan dibentang hari ini, PAS belum sepakat

Posted: 17 Mar 2015 07:00 PM PDT

 
 

Kalangan pemimpin utama PAS masih belum mencapai sepakat walau cadangan pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 akan dibentangkan esok.

Ini boleh dilihat melalui kenyataan ketua penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata, yang mempertahankan tindakan PAS Kelantan untuk membentangkan pindaan itu.

Beliau menegaskan bahawa rakan kongsi PAS, DAP perlu menghormati proses demokrasi di negeri itu.

Katanya, walaupun cadangan pindaan itu mendapat sokongan Umno, ia tidak bermaksud bahawa PAS dan Umno akan membentuk satu pakatan baru.

"Aspirasi dan hasrat rakyat yang memberi mandat untuk mentadbir Kelantan sejak 1990 hingga 2015 perlu dihormati," katanya dalam satu kenyataan.

Pandangan itu berbeza dengan pendirian anggota jawatankuasa pusatnya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang berkata, ia bukanlah hasrat yang ditunjukkan oleh rakyat.

Beliau memetik hasil tinjauan Merdeka Centre yang menunjukkan 84 peratus warga Kelantan mahu kerajaan negeri lebih mengutamakan usaha menyalurkan bantuan ekoran bencana banjir besar yang melanda.

Mujahid berkata, menurut perundangan Islam, isu berkepentingan awam perlu diutamakan oleh kerajaan.

"Suara pengundi mesti diberi perhatian kerana bila DUN memfokuskan pada isu lain, ia akan memberi kesan pada nasib mereka.

"Mereka boleh jadi penyokong kerajaan PAS Kelantan," kata Mujahid dalam satu kenyataan.

Pindaan yang akan dibentangkan esok merupakan langkah pertama dalam melaksanakan undang-undang hudud.

DAP sebelum ini memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah belah sekiranya PAS tetap membentangkan rang undang-undang pindaan itu.



Malaysiakini

Jangan kritik speaker, kata Pandikar Amin

Posted: 17 Mar 2015 06:30 PM PDT

 
 
 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak 'menghentam' atau mengkritiknya di dalam, mahupun di luar Parlimen.

Beliau berkata tindakan itu boleh merendahkan pandangan dan kepercayaan rakyat terhadap kedudukan jawatan berkenaan.

Pandikar Amin berkata sebagai seorang Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau tidak mempunyai sebarang agenda politik, sebaliknya bertanggungjawab untuk menjaga integriti Parlimen sebagai dewan yang mulia.

"(Anggota) pembangkang dan kerajaan masing-masing mempunyai agenda politik tetapi saya tidak ada agenda politik kerana kedudukan saya adalah jelas sebagai seorang Speaker. Kalau saya juga diheret sama dengan semua agenda politik ini, apa akan jadi kepada Parlimen?

"Kalau wakil rakyat faham dengan tugas masing-masing, mereka tidak bangkitkan isu yang semata-mata agenda politik, mereka akan bertugas sebagai ahli Parlimen dan soal politik mereka tinggal di pintu masuk dewan sahaja," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat delegasi Parlimen Iran di kediaman rasminya di ibunegara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa ahli Parlimen yang mengkritik dan mempertikai keputusan Speaker menolak sesuatu usul di Dewan Rakyat.

Sementara itu, ditanya mengenai kunjungan hormat delegasi Parlimen Iran yang diketuai anggota Parlimennya Mohammad Mehdi Zahedi, beliau berkata ia dalam usaha meningkatkan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
- Bernama

Aktivis: Polis mahu tahu siapa biaya Kita Lawan

Posted: 17 Mar 2015 06:00 PM PDT

   

Dua aktivis yang ditahan selama empat hari berhubung perhimpunan Kita Lawan ditanya mengenai identiti penganjur perhimpunan itu dan sumber pembiayaannya.

Mandeep Singh memberitahu Malaysiakini ia menjadi tumpuan siasatan apabila dia dan rakan aktivis Adam Adli disoalsiasat.

"Mereka tanya siapa penganjurnya, dan siapa membiayai (Kita Lawan)," katanya.

Mandeep dan Adam ditahan pada hari Sabtu lalu selepas perhimpunan kecil di Kuala Lumpur untuk membantah pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dibebaskan dengan jaminan pada kira-kira jam 4 petang.

Walaupun ditangkap pada hari Sabtu, polis hanya mengambil keterangan mereka semalam.

Adam berkata sebelum disoalsiasat, dia dan Mandeep tidak ada apa yang dibuat kecuali makan dan tidur.

"Kami bosan jadi kami berlatih tembak gelang getah," katanya.



Malaysiakini

Muslihat Terbaru Umno BN Di Selangor?

Posted: 17 Mar 2015 05:15 PM PDT



Muslihat Terbaru Umno BN Di Selangor? Selepas Selangor membatalkan projek Lebuhraya Bertingkat Kinrara-Damansara (Kidex), Putrajaya kini mengalihkan fokusnya apabila mahu mengadakan pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan isu pembangunan infrastruktur pengangkutan awam.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pertemuan akan diadakan dengan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pengangkutan awam dan bukannya projek lebuh raya.

Muslihat Terbaru Umno BN Di Selangor? 

"Saya sudah terima surat daripada menteri kerja raya minggu lalu sebaik saja kerajaan negeri batalkan pembangunan Kidex. Dia tulis surat menyatakan keinginan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya membincangkan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam secara menyeluruh, bukan bincang lebuh raya.

"Saya sudah bersetuju dan perjumpaan itu akan diadakan dalam minggu ini. Tarikh dan masa ditetapkan dalam minggu ini, kita akan umumkan," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.
Addin 

Komen: 

Zack Ahmad Rakyat Selangor yakin dan percaya terhadap kepimpinan YAB MB supaya tidak terperdaya dengan mainan politik kotor yang akan dibawa oleh pemimpin2 Kerajaan Pusat BN. 

Semuga Allah SWT merestui dan melindungi YAB MB dalam semua urusan dan diberi taufik dan hidayah untuk menepiskan segala tipu helah yang akan mereka cuba lakukan terhadap YAB MB. 

Amin Ya Rabbal Alamin.

Allah Maha Mengetahui........

Posted: 17 Mar 2015 04:45 PM PDT

 

Kita semua harus berterima kasih kepada Zulkifli Noordin yang telah MEMALUKAN Ketua Polis Negara dan seluruh pemimpin2 Kerajaan UMNO/BN dengan membuat Laporan Polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar.

Satu dunia tahu bahawa segala kenyataan yang dibuat oleh mana mana Ahli Parlimen didalam Parlimen ada lah tertakluk kepada Imuniti yang tidak boleh dicabar dimana mana makhamah.

Kita juga tahu bahawa Zulkifli Noordin adalah seorang Peguam yang sepatutnya tahu akan perkara tersebut. Ada kah beliau terlepas pandang atau pun sengaja berbuat demikian untuk memalukan kerajaan BN??

Ini lah yang selalu kita katakan : 


"WAMMAKARU WAMMAKARALLAH, WALLAHU KHAIRUL MAAKIRIN"

Kita Merancang, Allah Juga Ada PerancanganNya, Perancangan Allah Mengatasi Perancangan Mereka.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR !!

ZAR ALI

Kita mempunyai pemimpin yang lebih ganas dari Marcos dan Imelda nya

Posted: 17 Mar 2015 12:13 PM PDT

 
Ucapan YBM Tengku Razaleigh di Parlimen semalam, semuanya adalah manifestasi sebenarnya yang diluahkan oleh seorang Penggubal Undang-Undang dan teknokrat yang suatu ketika dahulu telah merencanakan banyak polisi kerajaan dan perlaksanaannya yang begitu baik sehingga beliau diketepikan dari politik arus perdana. Ucapan beliau semalam pastinya satu manifestasi yang luhur yang bukan sahaja dirasakan keluhan oleh Tengku Razaleigh sendiri tetapi dirasakan oleh ramai rakyat biasa seperti kita dibawah ini. Apa yang disentuh beliau itu semuanya kena mengena dengan kepentingan rakyat dan negara.

TR bukannyanya senang untuk membuat ucapan yang mengkritik partinya sendiri tetapi jika beliau telah membuka mulut dan membuat ucapan yang begitu 'inward looking' ia merupakan satu tindakan yang beliau rasakan amat perlu dilakukan semata-mata untuk keselamatan dan kemajuan bangsa dan negara ini di hari muka.

Satu perkara yang sangat penting disebut oleh TR ialah tentang peranan Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya dahulu. Semua yang dihadapi sepatutnya difahami oleh semua Ahli-Ahli Legislatif dan terpulang kepada Ahli-Ahli Parlimen ini untuk melakukan-pembetulan terhadap 'serious difficulties' yang dihadapi oleh negara kita. Jika tidak dilakukan pembetulan sekarang, rakyat akan membetulkannya semasa pilihanraya nanti.


Jika itu berlaku, segala yang hendak mereka pertahankan untuk diri mereka yang ada pada hari ini akan hilang juga dan Negara akan menjadi huru hara kerana dipihak pembangkang pun bukannya mempunyai kemahiran untuk membetulkan keadaan selain dari hanya mengkritik dan berdemonstrasi sahaja.

Kalau diteliti dari seorang keseorang wajah dalam Parlimen itu, hanya TR sahaja yang masih bertenaga dan masih wujud dalam era pentadbiran sekarang. Itu sebabnya beliau seorang sahaja yang masih memahami apa yang beliau perkatakan. Mereka mewarisi budaya politik baru yang amat mengerikan jika diteliti secara halus. Pemimpin sekarang hanya memikirkan apa yang mereka dapat dan tidak melakukan sesuatu untuk kehendak rakyat.
Rakyat telah memilih mereka untuk melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat dan jika Ahli-Ahli Parlimen ,membiarkan sahaja apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini maka mereka telah mengingkari kehendak pemilih mereka dan itulah sebabnya dikatakan tadi, jika tidak bertindak sekarang maka rakyat akan bertindak.

Parti pemerintah boleh melakukan persefahaman dengan PAS misalnya, tetapi jika yang melakukan persefahaman dari pihak kerajaan ini terlalu serius kesalahannya maka persefahaman itu juga tidak akan kemana kerana keutamaan rakyat sekarang ialah untuk menghukum mereka yang bermain-main dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Rakyat bukannya memilih mereka kerana memberikan mereka untuk melakukan apa-apa yang mereka suka.

Sekarang ini bukan setakat menyelesaikan masalah 1MDB atau masalah yang dihadapi oleh Felda atau masalah kelembapan ekonomi sahaja. Masalah yang sedang dihadapi Negara sekarang ialah masalah yang lebih meluas dan besar lagi dari isu hutang Negara yang terlalu besar dan masalah kebangkrapan yang begitu 'imminent' bagi Negara.

Masalah penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dahulu belum disempurnakan dengan sepenuhnya. Tentulah Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang lebih besar di Dewan Legislatif Persekutuan itu. Kita mendengar laungan yang Sabah dan Sarawak sebagai 'equal partners' dalam Persekutuan tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai kudrat untuk memperjuangkan nasib negeri-negeri mereka itu. Kenapa selama ini mereka tidak mahu bertindak? Mungkin banyak sebabnya. Tetapi jika ditanya orang kebanyakan persepsi mereka ialah mereka lebih mengutamakan perut mereka dan mendahului kemahuan nafsu dan kepentingan peribadi mereka jangka pendek.

Mereka dari Sabah dan Sarawak mempunyai suara yang besar tetapi setakat ini suara besar mereka tidak membawa apa-apa faedah untuk mereka. Tetapi mereka masih menuduh kerajaan persekutuan menganak-tirikan mereka. Jika benar mereka di anak-tirikan oleh persekutuan bukankah itu kehendak mereka sendiri kerana terlalu ketakutan untuk melakukan perubahan semata-mata kerana takut kehilangan apa yang mereka ada?

Kita juga sedang menghadapi masalah pendatang asing yang besar. Dari jumlah 6 juta pendatang asing hanya 2 juta sahaja yang datang secara halal. Jika Negara seperti Singapura dibanjiri dengan pendatang professional, kita di datangi oleh jutaan pendatang haram dan 'unskilled labors' yang membawa sekali masalah sosial kepada negara kita. Puluhan tahun kita tidak mendengar penyakit batuk kering (TB) tetapi penyakit itu sudah kembali bersama pendatang-pendatang haram yang belum tentu lagi tahap kebersihan dan kesihatan mereka itu baik sebelum memasuki negara kita.

Jadi apa yang disebutkan oleh TR dalam Dewan Parlimen semalam bukannya isu yang boleh dipandang enteng kerana isu-isu yang beliau bawa itu adalah isu-isu penting yang menentukan hidup matinya Negara kita dimasa depan.

Hanya yang kita harapkan keadaan akan berubah dan sikap Ahli-Ahli Parlimen akan berubah dan membawa perubahan sebelum diubah oleh rakyat dalam pilihanraya yang akan datang. Rakyat sudah terlalu jemu mempunyai Perdana Menteri yang berimejkan seorang Perdana Menteri yang terboros sekali dalam dunia ini. Sekarang ini yang paling penting dilakukan oleh semua pemimpin di Parlimen itu, mereka wajar mengisytiharkan harta kepunyaan mereka seperti yang disarankan oleh YBM Tengku Razaleigh itu.

Sekarang ini kita sudah mempunyai pemimpin yang lebih ganas dan hebat dari Marcos dan Imelda nya berbelanja wang rakyat. Apa pula akan menimpa kita selepas ini. Wallahualam. Kata seorang rakan saya 'it's endless possibilities'.



Ekonomi sedang tenat, GST perlu ditangguhkan - Ku Li

Posted: 17 Mar 2015 05:30 AM PDT

 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mencadangkan supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

Berucap ketika sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan gelaran Ku Li berkata, GST akan menjadi tambahan beban untuk rakyat yang kini sudah terlalu banyak dibebani hutang susulan kemerosotan ekonomi negara.

"Di atas perkiraan inilah saya cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat.

"Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada si pemiutang dan pemegang bon, tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Bekas presiden parti Semangat 46 itu berkata, kerajaan bertindak tidak adil jika menyalurkan bebanan hutang kepada rakyat tanpa sebarang sebab munasabah.

"Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil.

"Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini," katanya lagi.

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu juga melahirkan kebimbangannya yerhadap penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu.

"Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman," katanya.

"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan," jelas beliau.



Bloglist Malaysia




Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Diraja Malaysia seorang PENIPU, PENDUSTA !

Posted: 17 Mar 2015 04:30 AM PDT

 Tan Sri Dato'Sri Khalid bin Abu Bakar

Ketua Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) seorang PENIPU... PENDUSTA !
Hal ini perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Sebarkan!
PRESS STATEMENT
 
IGP IS LYING TO THE PUBLIC ABOUT YB NURUL IZZAH'S REMAND
I make this press statement in my capacity as counsel for YB Nurul Izzah assisting her in her attendance at IPD Dang Wangi this afternoon commencing from about 2.15 pm yesterday Monday 16th March 2015
I have just read a press statement issued by the Inspector-General of Police, Tan Sri Dato'Sri Khalid bin Abu Bakar at 10.30 pm yesterday attempting to explain what I consider to be his malicious and illegal arrest and detention of Nurul Izzah yesterday.
 
The IGP attempts to justify her remand in the Jinjang Lockup by saying "She will be released once her statement has been recorded". He attempts to give the impression therefore that the police were unable to record her statement yesterday hence necessitating the remand. That impression he attempts to give is false and totally unbecoming of the head of the police force.

Nurul Izzah voluntarily attended at IPD Dang Wangi today at 2 pm to have 2 statements recorded - the first by one Insp Ridzuan in relation to a Kita Lawan gathering on 14th Feb and a second one in relation to the sedition investigation on her speech in Parliament last week which was being handled by one ASP Muniandy from Bukit Aman.
 
I had been in sms communication with Mr Muniandy on her behalf yesterday morning and confirmed the arrangement. Upon arrival at IPD Dang Wangi, we met and spoke to Muniandy and confirmed that once Nurul Izzah had completed the statement to Insp Ridzuan, she would then have her statement recorded for the sedition act investigation handled by him.
 
Nurul Izzah completed her statement to Insp Ridzuan for the Kita Lawan gathering by 3 pm and we were ready to start the sedition investigation statement. Instead of recording her statement, ASP Muniandy then informed us that his instructions were to arrest her first, do her arrest documentation and then record her statement. 
 
When I asked if she would be released after that, he refused to commit himself, saying he would have to get instructions from his superiors in Bukit Aman.
 
However when the arrest documentation was completed ( arrest report, with Nurul Izzah being fingerprinted and photographed etc ) about 5 pm, when we asked about starting recording her statement, Muniandy now said that his instructions were to remand Nurul Izzah in Jinjang Lockup and that the police would seek a further remand the next morning. Muniandy informed us that he had advised his superiors that he should complete recording Nurul Izzah's statement and release her on police bail but that his superiors' instructions were to proceed to remand. When we pressed him who were these superiors, although he did not name them, we were left with a clear impression these instructions were coming from the very top of the police force in Bukit Aman.
 
Tan Sri Khalid is lying to the public about his instructions to his officers regarding the arrest of Nurul Izzah.
 
All of us who were present at IPD Dang Wangi today know full well that Nurul Izzah's statement could have easily have been recorded by yesterday afternoon. We were ready to commence it at 3 pm yesterday.
 
Khalid Abu Bakar should resign for his shameless lies to the public to attempt to justify his instructions to his officers to remand Nurul Izzah overnight in Jinjang Lockup, a remand which was totally unnecessary.
 
Khalid should know that it is obvious to all and sundry that his detention of Nurul Izzah has UMNO's political fingerprints all over it. Unintelligent lies will not make that impression go away.
 
Sivarasa Rasiah
Member of Parliament for Subang.
Counsel for YB Nurul Izzah
17th March 2015
 



Delivered to you by:



http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Kenapa tidak mengaku pernah minta tanah Selangor, soal Azmin pada Putrajaya OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 17 Mar 2015 03:30 AM PDT



Selangor sedia pertimbang tawaran Putrajaya jadikan tanah sebagai pajakan, tetapi bukan pemilikan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Selangor sedia pertimbang tawaran Putrajaya jadikan tanah sebagai pajakan, tetapi bukan pemilikan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan Negeri Selangor sedia mempertimbangkan tawaran Putrajaya untuk menjadikan tanah jajaran sepanjang 26,000km sebagai pajakan tetapi menegaskan sama sekali tidak akan bersetuju dengan syarat baru hak pemilikan tanah, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, masalah yang dihadapi adalah Putrajaya datang dengan cadangan baru, iaitu mahu aset negeri yang terlibat dalam projek perindustrian air.

"Pajakan kita boleh bincang, tetapi jangan letak syarat baru mahu hak milik tanah, itu kita tidak benarkan,"katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, pihaknya mempunyai bukti surat daripada Putrajaya dan mempersoalkan motif mereka berubah selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

"Sekarang dia tidak mengaku pernah minta tanah. Kalau benar dia kata tak minta kenapa dalam surat terbaru dia sebut secara jelas 'kerajaan persekutuan sedia untuk kembali kepada terma asal perjanjian pertama'," katanya.

Azmin minggu lalu mengumumkan pembatalan perjanjian penstrukturan air atas alasan Putrajaya melanggar terma Perjanjian Utama (MoA) yang ditandatangani pada 12 September tahun lepas dan bimbang kedaulatan negeri terjejas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Maximus Ongkili dalam responsnya di Dewan Rakyat berkata, Selangor enggan menyelesaikan tiga daripada lapan syarat MoA dengan kerajaan pusat termasuk isu tanah.

Azmin berkata, pertemuan dengan Maximus akan diadakan dalam pada masa terdekat bagi membincangkan isu itu selepas berjumpa dengan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Khamis ini. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.



Zack Ahmad Syukur lah MB Selangor tegas dan tidak akan bertolak ansur dengan kehendak Putrajaya. Alhamdulillah.... Semuga Allah SWT memberkati dan merahmati beliau dalam memperjuangkan hak rakyat Selangor. Amin Ya Rabbal Alamin.

Polis tak patut tahan Nurul Izzah, Najib harus bertanggungjawab, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 17 Mar 2015 02:30 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberikan kerjasama selepas diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberikan kerjasama selepas diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini.

Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kerana ucapannya dalam Dewan Rakyat adalah tidak bertanggungjawab, zalim, dan tidak demokratik, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, tindakan itu memalukan kerana Nurul Izzah tampil secara baik dan memberikan kerjasama selepas diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataan.

"Tidak ada keperluan untuk menangkap, menahan dan menyimpan seorang ahli Parlimen dalam lokap.

"Ini satu tindakan yang curang, zalim dan tidak demokratik apatah lagi saya difahamkan tujuannya untuk menekan Nurul Izzah di atas ucapan beliau dalam Parlimen," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memberikan kerjasama selepas diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk dirakamkan kenyataan, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Mac, 2015.

Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab memberikan penjelasan mengenai dasar transformasi yang dilaungkan sebelum ini yang melibatkan pemansuhan Akta Hasutan.

"Di mana kebebasan seorang ahli Parlimen untuk menegaskan beberapa usul sekiranya kerajaan yang sekarang ini terus menggunakan polis sebagai agen untuk menekan rakyat dan ahli Parlimen," katanya. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

DULU KHALID MB DIPECAT ,KINI KHALID KPN PULA?

Posted: 17 Mar 2015 01:30 AM PDT

Nurul Izzah Anwar says she has parliamentary immunity after she was arrested yesterday on matters purportedly raised in Parliament. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, March 17, 2015.
KPN tipu mengenai penahanan Nurul Izzah, patut letak jawatan, kata peguam

Peguam kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menuduh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menipu berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan mendesaknya meletakkan jawatan.

R Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kenyataan Khalid malam tadi, yang cuba memberi penjelasan berhubung penahanan Nurul Izzah dan terpaksa bermalam di lokap di balai polis Jinjang, semalam adalah berniat jahat dan tidak sah.

"KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan reman Nurul Izzah di lokap Jinjang dengan menyatakan beliau akan dibebaskan sebagai saja keterangan direkodkan. "Beliau cuba untuk beri tanggapan polis tidak dapat merekodkan keterangannya semalam, maka perlunya reman itu dilakukan.

"Tanggapan yang beliau cuba beri itu palsu dan tindakan itu tidak wajar bagi seorang ketua pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Malam tadi, Khalid berkata Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan kerana kenyataan yang dibuatnya di himpunan berkenaan dan bukan ucapan di Parlimen.

"Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan untuk membantu siasatan polis berhubung himpunan #KitaLawan dan membuat kenyataan menghina sistem kehakiman.

"Beliau akan dibebaskan sebaik saja keterangan direkodkan," katanya dalam kenyataan 2 perenggan yang dipaparkan di laman Facebook polis.

Sivarasa mengiringi Nurul Izzah ketika beliau ke balai polis Dang Wangi, jam 2 petang semalam untuk merekodkan keterangannya berhubung pembabitan dalam himpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur, bulan lalu dan ucapannya di Parlimen minggu lalu yang didakwa berunsur hasutan. Beliau berkata rancangannya ialah untuk merekodkan keterangannya berhubung himpunan itu oleh Inspektor Ridzuan dan kedua berkenaan ucapannya oleh ASP Muniandy dari Bukti Aman.

Susunan itu dipersetujui sebaik saja beliau tiba di Dang Wangi, semalam oleh Muniandy, katanya. Sivarasa berkata, pada jam 3 petang, Nurul Izzah selesai memberikan keterangan pertamanya tetapi Muniandy kemudian memaklumkan kepada mereka beliau terima arahan untuk menahannya dulu sebelum meneruskan dengan prosiding rekod keterangan kedua.




"Bila saya tanya sama ada beliau akan dilepaskan selepas itu, Muniandy hanya berkata dia akan mendapatkan arahan pegawai atasan di Bukit Aman. "Kami tanya sekali lagi jika polis akan mula merekodkan keterangan bila dokumen tahanan disiapkan kira-kira jam 5 petang, tetapi Muniandy berkata arahannya ialah mereman Nurul Izzah di Jinjang dan polis akan mendapatkan perintah sambung reman esok pagi," katanya.

Sivarasa berkata, Muniandy memaklumkan kepada mereka beliau sudah memberitahu pegawai atasannya keterangan Nurul Izzah patut direkodkan dan boleh dibebaskan atas jaminan polis tetapi mereka mengarahkan beliau direman untuk keterangan diambil. "Kami tekan beliau supaya beritahu siapa pegawai atasan itu.

Walaupun beliau tidak beritahu nama mereka, kami ada tanggapan jelas, arahan ini datang daripada yang paling atas dalam pasukan polis di Bukit Aman. "Khalid menipu orang ramai mengenai arahannya kepada pegawai berhubung penahanan Nurul Izzah," katanya.

Sivarasa berkata Khalid patut meletak jawatan atas "penipuan yang tidak tahu malu" kepada orang awam untuk cuba menjustifikasikan arahan kepada pegawainya untuk mereman Nurul Izzah semalaman di lokap Jinjang, tahanan reman yang tidak perlu langsung. Wakil rakyat PKR itu berkata, Khalid patut tahu semua orang tahu dan amat jelas ada pembabitan politik dalam penahanan Nurul Izzah. "Penipuan tidak bijak tidak akan menghalau tanggapan itu," katanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN



Dicatat oleh PAS Cawangan Bukit Sentosa 2

'Dibuang asrama UM jika hadiri perhimpunan'

Posted: 17 Mar 2015 12:30 AM PDT

 
'17 Mar 2015.  'Dibuang asrama UM jika hadiri perhimpunan'   Pelajar yang menginap di asrama kampus Universiti Malaya dikatakan telah diugut akan dibuang asrama jika mereka ditangkap menghadiri perhimpunan Kita Lawan.  Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Teh Wei Loon berkata ugutan itu telah dibuat pada 12 Mac, semasa sesi dialog antara pelajar dan pihak pengurusan kolej kediaman berkenaan.  Katanya, orang berkenaan yang juga seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UM, memaparkan satu poster perhimpunan Kita Lawan semasa dialog tersebut.  "Beliau memberi amaran kepada semua pelajar, dengan mengatakan jika diamdapati ada yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, atau dalam perhimpunan akan datang, mereka tiada berpeluang tinggal di kolej kediaman pada semester akan datang," kata Teh semalam.  Ketika dihubungi Malaysiakini lewat semalam, Tan berkata, pensyarah tersebut telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengganggu hak pelajar untuk berhimpun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Sehubungan itu, Tan menggesa pihak universiti supaya menyiasat perkara itu dan meminta pensyarah berkenaan memohon maaf kepada para pelajar.  Beliau juga mempersoalkan dasar kemasukan ke kolej kediaman, berkata kenyataan pensyarah itu seolah-olah orang yang menjaga asrama mempunyai kata putus sama ada pelajar boleh diberi tempat tinggal atau sebaliknya di asrama UM.  Ini bercanggah dengan syarat bahawa mereka perlu memenuhi kriteria tertentu, seperti mengisi borang permohonan, menghadiri aktiviti asrama dan memprolehi markah merit sepertimana dimaklumkan oleh pihak universiti kapda mereka, kata Teh.  Dipanggil beri keterangan pada HEP  "Selain itu, pelajar perlu membayar yuran penginapan sebanyak RM1,000 bagi setiap semester, dengan tiga pelajar berkongsi satu bilik," kata Teh.  Seorang jurucakap UM, ketika dihubungi lewat semalam, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak universiti akan menyiasat perkara itu.  Setakat ini, katanya, tidak ada apa yang hendak dilaporkan dan naib canselor mahu mendengar dari kedua belah pihak.  Beliau mengesahkan bahawa siasatan terhadap sesi dialog itu masih berjalan.  Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Teh memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah dipanggil untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu oleh seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar.  "Saya memberitahu pegawai itu apa yang berlaku dan juga tuntutan pelajar dan persatuan pelajar supaya tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan," katanya  Perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac - yang diadakan sebagai protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan terhadap tuduhan liwat, - telah menarik kira-kira 10,000 orang turun ke jalanan.  Berikutan perhimpunan tersebut, polis bertindak terhadap penganjur protes itu, dengan sembilan daripada mereka ditangkap setakat ini.  Yang terbaru adalah anak perempuan sulung Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang ditangkap semalam.  @[31373189944:274:Malaysiakini (BM Version)].' Pelajar yang menginap di asrama kampus Universiti Malaya dikatakan telah diugut akan dibuang asrama jika mereka ditangkap menghadiri perhimpunan Kita Lawan.

Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM), Teh Wei Loon berkata ugutan itu telah dibuat pada 12 Mac, semasa sesi dialog antara pelajar dan pihak pengurusan kolej kediaman berkenaan.

Katanya, orang berkenaan yang juga seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UM, memaparkan satu poster perhimpunan Kita Lawan semasa dialog tersebut.

"Beliau memberi amaran kepada semua pelajar, dengan mengatakan jika diamdapati ada yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, atau dalam perhimpunan akan datang, mereka tiada berpeluang tinggal di kolej kediaman pada semester akan datang," kata Teh semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat semalam, Tan berkata, pensyarah tersebut telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengganggu hak pelajar untuk berhimpun, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, Tan menggesa pihak universiti supaya menyiasat perkara itu dan meminta pensyarah berkenaan memohon maaf kepada para pelajar.

Beliau juga mempersoalkan dasar kemasukan ke kolej kediaman, berkata kenyataan pensyarah itu seolah-olah orang yang menjaga asrama mempunyai kata putus sama ada pelajar boleh diberi tempat tinggal atau sebaliknya di asrama UM.

Ini bercanggah dengan syarat bahawa mereka perlu memenuhi kriteria tertentu, seperti mengisi borang permohonan, menghadiri aktiviti asrama dan memprolehi markah merit sepertimana dimaklumkan oleh pihak universiti kapda mereka, kata Teh.

Dipanggil beri keterangan pada HEP

"Selain itu, pelajar perlu membayar yuran penginapan sebanyak RM1,000 bagi setiap semester, dengan tiga pelajar berkongsi satu bilik," kata Teh.

Seorang jurucakap UM, ketika dihubungi lewat semalam, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak universiti akan menyiasat perkara itu.

Setakat ini, katanya, tidak ada apa yang hendak dilaporkan dan naib canselor mahu mendengar dari kedua belah pihak.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan terhadap sesi dialog itu masih berjalan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Teh memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah dipanggil untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu oleh seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

"Saya memberitahu pegawai itu apa yang berlaku dan juga tuntutan pelajar dan persatuan pelajar supaya tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan," katanya

Perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur pada 7 Mac - yang diadakan sebagai protes terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan terhadap tuduhan liwat, - telah menarik kira-kira 10,000 orang turun ke jalanan.

Berikutan perhimpunan tersebut, polis bertindak terhadap penganjur protes itu, dengan sembilan daripada mereka ditangkap setakat ini.

Yang terbaru adalah anak perempuan sulung Anwar yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang ditangkap semalam.



Malaysiakini (BM Version).

Penangkapan Nurul Izzah jadi tajuk utama global...!!

Posted: 16 Mar 2015 11:30 PM PDT

 
'17 Mar 2015.  Penangkapan Nurul Izzah jadi tajuk utama global...!!   Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.  Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.  Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.  "Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.  Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.  Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.  Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.  Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.  Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.  Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.  Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.  Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah satu konspirasi politik.  Ekoran perhimpunan tersebut, polis telah menahan ramai pemimpin yang terlibat. Nurul Izzah adalah orang yang kesembilan ditahan berkaitan dengannya.  Awal hari ini, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan media di Malaysia, mengkritik penangkapan ahli Parlimen Lembah Pantai.  @[31373189944:274:Malaysiakini (BM Version)].'

Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

"Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.

Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan di bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut, dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

Katanya, Nurul Izzah akan dibebaskan sebaik sahaja kenyataannya direkodkan, tanpa menyatakan bila.

Perhimpunan Kita Lawan yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mac, telah menarik kira-kira 10,000 penyokong turun ke jalanan untuk menunjukkan solidariti dengan Anwar, yang telah dihukum penjara selepas disabitkan atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya itu adalah satu konspirasi politik.

Ekoran perhimpunan tersebut, polis telah menahan ramai pemimpin yang terlibat. Nurul Izzah adalah orang yang kesembilan ditahan berkaitan dengannya.

Awal hari ini, Human Rights Watch mengeluarkan kenyataan media di Malaysia, mengkritik penangkapan ahli Parlimen Lembah Pantai.

Malaysiakini (BM Version).