Isnin, 16 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


'Pendatang haram akan pisahkan Sabah dari M'sia'

Posted: 16 Mar 2015 10:30 PM PDT

 
 
Bekas seorang senator dari Sabah percaya bahawa pendatang yang memperolehi kerakyataan secara haramlah yang akan menyebabkan Sabah menarik diri dari Malaysia.

Dr Chong Eng Leong berkata walaupun ada segelintir penduduk tempatan menggesa pemisahan tersebut, tetapi sebenarnya, tegas beliau, mereka yang mendapat faedah dari Projek IC yang akan memisahkan negeri itu daripada Malaysia.

"Saya bimbang satu hari nanti, Sabah akan keluar dari Malaysia, bukan kerana kita (rakyat Sabah), tetapi kerana mereka (pendatang)," kata Chong dalam satu forum mengenai pendatang tanpa izin di Sabah di Kuala Lumpur malam tadi.

Empat rakyat Sabah didakwa semalam atas tuduhan menghasut, memilik bahan yang dikaitkan dengan lamanweb Sabah Sarawak Keluar Malaysia.

Bagaimanapun, Chong (kiri) percaya sebahagian besar rakyat Sabah tidak mahu meninggalkan Persekutuan Malaysia.

Penduduk tempatan sebenar Sabah tidak akan menarik diri daripada Malaysia, kata Chong kepada pemberita selepas forum tersebut.

Katanya, ada segelintir yang mencuba, tetapi pihaknya bimbang mereka ini bukan penduduk sebenar.

Telah didakwa bahawa agensi-agensi persekutuan dan pemimpin Umno memberi kerakyatan kepada pendatang sebagai pertukaran untuk undi bagi mengalahkan lawan politik di negeri itu di bawah Projek IC.

Di bawah projek itu, kata Chong, penduduk Melayu Sabah meningkat sebanyak 2,061 peratus daripada hampir 18,000 pada tahun 1970, kepada 398,000 pada tahun 2010.

Chong, yang merupakan seorang saksi dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Projek IC, percaya kini terdapat hanya 1.8 juta penduduk Sabah yang sebenar, dengan 800,000 pendatang tanpa izin yang tinggal di negeri ini, di mana 500,000 daripadanya mempunyai MyKad.

Untuk membetulkan keadaan tersebut, Chong berkata, pentadbiran negeri itu mesti menunjukkan keazaman politik dan menangani masalah pendatang haram, walaupun ia mungkin dilihat tidak berperi kemanusiaan untuk berbuat demikian.

"Jika anda mempunyai satu pil yang boleh menyelamatkan nyawa orang, adakah anda akan beri pada rakyat asing atau rakyat anda sendiri?" tanya Chong kepada hadirin di forum yang anjuran DAP itu.


Malaysiakini

Setelah Tekanan Diseluruh Dunia - Akhirnya YB Nurul Dibebaskan ??

Posted: 16 Mar 2015 09:30 PM PDT

 YB Izzah dibawa pulang sebelum reman didengar
 
Polis mengiringi MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ke rumahnya di mana beliau dibenarkan secara ringkas untuk mengemaskan dirinya

Nurrul dilihat meninggalkan pusat tahanan polis di Jinjang pagi ini dengan memakai baju kurung yang sama sewaktu beliau ditahan semalam.

"Alhamdulillah... Nurul Izzah berada di rumah sekarang untuk menguruskan dirinya sebelum dibawa ke balai polis Dang Wangi untuk merakamkan kenyataan.

"Harap tidak direman. Beliau masih ditahan. (Beliau) dibenarkan untuk mengemaskan dirinya. Akan pergi ke Dang Wangi sekejap lagi," kata ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam Facebooknya.

Bagaimanapun, menurut peguam Nurul Izzah, R Sivarasa, pihak polis turut berada di rumah naib presiden PKR itu untuk mengambil salinan ucapan beliau yang disampaikan di Parlimen pada 11 Mac lalu.

Pada 11.15 pagi, Nurul Izzah dikesan berada di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Menurut Sivarasa, kenyataan Nurul Izzah akan dirakamkan dan tidak ada perintah reman yang akan didengar.

Nurul Izzah ditangkap di Balai Polis Dang Wangi petang semalam, apabila beliau tiba untuk memberikan kenyataan mengenai penglibatannya dalam perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Nurul ditahan bawah Akta Hasutan bagi membantu siasatan polis terhadap perhimpunan tersebut dan ucapannya di Parlimen yang menyentuh sistem kehakiman negara.

KPN tipu mengenai penahanan Nurul Izzah, patut letak jawatan, kata peguam

Posted: 16 Mar 2015 09:00 PM PDT

 'KPN tipu mengenai penahanan Nurul Izzah, patut letak jawatan, kata peguam  Published: 17 March 2015.  Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam.   Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam.   Peguam kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menuduh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menipu berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan mendesaknya meletakkan jawatan.  R Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kenyataan Khalid malam tadi, yang cuba memberi penjelasan berhubung penahanan Nurul Izzah dan terpaksa bermalam di lokap di balai polis Jinjang, semalam adalah berniat jahat dan tidak sah.  Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam. 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama peguamnya R Sivarasa (kanan) bercakap kepada media sebelum ditahan polis, petang semalam. 

Peguam kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menuduh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menipu berhubung penahanan reman ahli Parlimen Lembah Pantai itu dan mendesaknya meletakkan jawatan.

R Sivarasa yang juga ahli Parlimen Subang berkata, kenyataan Khalid malam tadi, yang cuba memberi penjelasan berhubung penahanan Nurul Izzah dan terpaksa bermalam di lokap di balai polis Jinjang, semalam adalah berniat jahat dan tidak sah.



"KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan reman Nurul Izzah di lokap Jinjang dengan menyatakan beliau akan dibebaskan sebagai saja keterangan direkodkan.

"Beliau cuba untuk beri tanggapan polis tidak dapat merekodkan keterangannya semalam, maka perlunya reman itu dilakukan.

"Tanggapan yang beliau cuba beri itu palsu dan tindakan itu tidak wajar bagi seorang ketua pasukan polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pakar undang-undang antarabangsa desak pembebasan Nurul Izzah, mansuh Akta Hasutan

Posted: 16 Mar 2015 08:30 PM PDT

 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar melambai ke arah penyokong dan keluarganya ketika ditahan polis, semalam.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar melambai ke arah penyokong dan keluarganya ketika ditahan polis, semalam.

Kumpulan pakar undang-undang antarabangsa mengutuk Putrajaya kerana terus menggunakan Akta Hasutan 1948, dan berkata hari ini Malaysia perlu membebaskan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, sehari selepas beliau ditahan mengikut undang-undang warisan penjajah itu.

Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ), yang terdiri daripada 60 hakim dan peguam dari semua rantau dunia berkata, peruntukan yang rawak dan luas dalam Akta Hasutan tidak selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa.

"Pihak berkuasa Malaysia perlu berhenti menggunakan kesalahan menghasut dengan menahan orang sewenang-wenangnya dan menyekat kebebasan bersuara," kata Pengarah ICJ Asia Pasifik Sam Zarifi dalam satu kenyataan, malam tadi.

"ICJ juga menggesa kerajaan Malaysia membebaskan serta-merta Nurul Izzah dan mengulang amarannya supaya Akta Hasutan dimansuhkan," katanya.

ICJ berkata Nurul Izzah akan direman pagi ini selepas bermalam di lokap dan berkata akan terus memantau kes Nurul Izzah.

Suruhanjaya itu berkata Akta Hasutan adalah "sekatan pelaksanaan kebebasan bersuara yang melampau dan tidak konsisten dengan asas kedaulatan undang-undang dan prinsip hak asasi manusia".

Ia berkata terma "kecenderungan menghasut" yang disebut dalam akta itu "tidak ditafsirkan dengan jelas" bermaksud sebarang ucapan atau penerbitan yang menyebabkan kebencian atau menghina, atau mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintah atau kerajaan atau menganjurkan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau pangkat.

Kenyataan itu berkata undang-undang perlu mempertimbangkan "hasutan" dalam mana-mana ucapan atau penerbitan yang mempersoalkan keistimewaan orang Melayu, seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan.

"Tambahan pula, menghasut adalah kesalahan liabiliti ketat di Malaysia, yang bermakna niat seseorang dituduh membuat kenyataan menghasut tidak relevan.

"Sebagai contoh, seseorang membuat kenyataan mungkin tidak ada niat menyebabkan 'kebencian atau menghina' terhadap kerajaan, tetapi mungkin tetap dituduh menghasut jika pihak berkuasa percaya individu itu mengapi-apikan perasaan seumpama itu," kata ICJ.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Nurul Izzah juga ditahan dan disiasat mengikut Akta Hasutan berhubung himpunan #KitaLawan dan kenyataan beliau pada persidangan Dewan Rakyat minggu lepas yang turut menyentuh sistem kehakiman negara.

Himpunan #KitaLawan yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 7 Mac bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan supaya membebaskan Anwar dan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Ucapan Nurul Izzah di Parlimen minggu lalu juga mengkritik sistem kehakiman kerana tunduk kepada "tuan politik" berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan bersalah terhadap tuduhan liwat dikenakan kepada Anwar dan hukuman penjara 5 tahun.

Bekas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah susulan ucapannya itu. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

500 sertai nyalaan lilin sokong Nurul Izzah

Posted: 16 Mar 2015 07:30 PM PDT

 
 
500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu.

Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".

Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi".

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir

"Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.

"Kezaliman tidak akan berkekalan,  kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat.

"Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.

Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam".

Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.

"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong.

Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan.

Himpunan turut dihiburkan dengan lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat", "asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri perasaan apabila dimasuk dalam lokap.

"Kita mahu Nurul dibebaskan segera," katanya.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan.

Beliau kesal kerana mendakwa hak ahli Parlimen untuk bersuara dalam Dewan Rakyat telah dicabul dengan penahanan Nurul Izzah.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack turut muncul dalam himpunan dan melaungkan "kita mesti lawan balik".

"Kita telah bersama-sama dalam isu Lynas, sekarang kita bersama sekali lagi untuk menentang kezaliman," katanya.
 


Malaysiakini

PAS Bersama UMNO Restui Tindakan PDRM Tangkap Nurul Izzah?

Posted: 16 Mar 2015 07:00 PM PDT

 
lAPURAN POLIS ZULKIFLI NOORDIN LAH 

MEMBUAT YB NURUL DITANGKAP


penahanan Nurul Izzah cetus kemarahan penyokong

Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mencetuskan kemarahan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengadakan protes di hadapan Pusat Tahanan Reman Jinjang malam ini bagi membantah tindakan pihak berkuasa itu.

Protes tersebut yang bermula kira-kira jam 9 malam bukan sahaja dihadiri penyokong, bahkan pemimpin tertinggi PR, termasuk Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan ibu kepada Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata tindakan pihak berkuasa yang menahan anaknya tidak sesekali akan melemahkan semangatnya.

Malah beliau juga percaya dengan penindasan berterusan pihak berkuasa, akan menyemarakkan semangat juang bukan sahaja pada dirinya, tetapi juga rakyat Malaysia yang akan turut bangkit melawan ketidakadilan tersebut.

"Malam ini panas, tetapi panas bukan kerana cuaca, panas kerana Nurul Izzah," katanya berucap di hadapan Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur.

Meneruskan ucapannya, ibu kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempersoalkan apa salah anaknya yang hanya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen melontarkan pendapat.

"Sebagai seorang ahli Parlimen, apa salah untuk kita menyuarakan suara? Namun inilah kekuatan kita bersama rakyat, ia lebih kuat.

"Kita akan bangun membela rakyat semua dizalimi, bukan kerana kita Cina, India, Melayu atau sebagainya, tetapi kerana kita anak Malaysia.

"Hari ini yang ditahan mungkin ialah suami, anak saya, namun kita tidak akan sesekali lemah semangat, kita akan terus lawan sehingga menang," katanya sambil disambut laungan "reformasi" oleh penyokong.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi merakamkan keterangan mengenai perhimpunan #KitaLawan namun ditahan mengikut Akta Hasutan kerana ucapannya di Parlimen yang dikatakan menghina institusi kehakiman.

Protes yang diadakan malam ini bertujuan mengutuk tindakan pihak polis, termasuk menuntut pelepasan N?urul Izzah serta aktivis Mandeep Sigh dan Adam Adli.

Penyokong yang hadir bukan sahaja bertindak membakar lilin di hadapan balai polis Jinjang, mereka turut menjelang sepanduk "Bebas Izzah", "Saya Nurul Izzah tangkap saya" dan "Undur Najib".

Antara yang turut memberi ucapan dalam perhimpunan ini ialah adik kepada Nurul Izzah, Nurul Ilham, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, ayah kepada aktivis Adam Adli, Abdul Halim dan beberapa pemimpin PR seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Nurul Ilham dalam ucapannya menceritakan detik-detik yang sukar untuk menerangkan kepada anak Nurul Izzah tentang keadaan ibunya.

"Semasa penahanan Nurul Izzah, makciknya (Nurul Nuha) menjaga dan membawa mereka ke balai polis, Nur Safiyah bertanya kenapa dengan mama?

"Dalam keadaan sukar, Nurul Nuha menjelaskan dengan cara Safiyah boleh faham, bahawa ibunya seorang wanita tabah," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Samad yang pernah menjadi pengerusi bersama Bersih 2.0 berkongsi kesedihan atas nasib Anwar yang melalui penderitaan berdekad lamanya.

Bagaimanapun katanya, kerana penindasan dan ketidakadilan maka bangkit suara anak muda yang menyambung perjuangan.

"Jadi benarlah, kalau satu Nurul ditahan, maka ada empat lagi Nurul yang muncul," kata Samad.

Sementara Nurul Nuha dilihat tidak menyembunyikan emosi marahnya dengan lantang menegaskan penahanan Nurul Izzah tidak akan melemahkan semangatnya.

"Benar saya marah, bukan sahaja bapa saya ditangkap, kakak saya juga ditangkap tetapi ia tidak akan mendiamkan saya, kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan," katanya. – TMI


Tahan Nurul Izzah memalukan, kata pemerhati hak asasi antarabangsa

Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia turut mengutuk tindakan pihak berkuasa Malaysia itu.

Timbalan Pengarah ‎Human Rights Watch Asia Phil Robertson yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan apabila kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta Hasutan bagi menjatuhkan pemimpin pembangkang.

"Penahanan Nurul Izzah menunjukkan kerajaan Malaysia seperti tidak mengenali batas dalam usaha me‎nyekat kebebasan bersuara dan jenayah dialog yang menjadi sebab kemunduran dunia.

"Perdana menteri dan kerajaannya patut berasa malu menggunakan Akta Hasutan seperti kapak untuk menjatuhkan ahli pembangkang, aktivis dan sesiapa sahaja yang lantang menyuarakan kritikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robertson berkata, Najib harus sedar setiap tindakan menahan pembangkang‎ menggunakan Akta Hasutan umpama satu langkah ke arah penghapusan hak demokrasi di negara ini sekali gus dianggap sebagai satu kempen penderaan sehingga bila-bila.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Nurul Izzah serta tahanan aktivis lain termasuk Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang pukul 9 malam ini.

"Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti beliau selaku ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali.

"Penahanan yang boleh dilanjutkan sehingga tempoh 7 hari ini hanyalah suatu bentuk intimidasi pihak kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, penahanan Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR turut dikutuk DAP yang mempersoalkan kewajaran ‎tindakan pihak berkuasa itu.

Setiausaha DAP Lim Guan Eng berkata tindakan itu jelas merupakan salah satu lagi perbuatan salah guna kuasa pihak polis.

‎Lim turut menuntut polis melepaskan anak sulung kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri An‎war Ibrahim itu dan membandingkan layanan berbeza pihak berkuasa ketika isu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ketika Ismail Sabri mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh mereka. Malah pihak polis pula menyatakan Ismail seorang yang 'sibuk' dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.

"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam dewan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah sepatutnya hadir ke balai polis hari ini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan #KitaLawan‎, bagaimanapun menurut peguamnya, beliau ditahan kerana ucapannya di Parlimen pada minggu lalu.

Minggu lalu, bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana dikatakan menghina institusi kehakiman dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Lim menegaskan DAP akan bersolidariti dan menyokong Nurul Izzah sambil mendesak Putrajaya untuk berhenti menggunakan pihak polis sebagai budak suruhan yang menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR). -TMI



Nasib ikan bilis? Reman 11 individu, enam anggota TLDM disambung SH -

Posted: 16 Mar 2015 06:30 PM PDT

16 Mac 2015 IPOH - Tahanan reman 11 daripada 15 individu, termasuk enam pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, disambung tiga hari mulai esok.

Penolong Pegawai Undang-Undang Mahkamah Khas Rasuah, Wong Lok Hai membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Enam penjawat awam itu, termasuk seorang wanita dan seorang pegawai TLDM berpangkat Leftenan Komander, disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana disyaki menerima suapan sebagai upah atau dorongan untuk mengambil tindakan atau tidak mengambil tindakan, yang berkaitan dengan tugas rasmi mereka.

Lima orang awam yang terbabit pula disiasat mengikut Seksyen 17(b) akta sama kerana disyaki memberi suapan manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sebelum ini, menurut jurucakap SPRM, antara sebab pihaknya menahan kesemua suspek yang dipercayai saling mengenali itu ialah selepas menerima aduan berhubung gaya hidup mewah mereka. -

Bernama Posted by mountdweller.

Ku Li akan serang Putrajaya dalam ucapan Parlimen hari ini OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Posted: 16 Mar 2015 06:04 PM PDT

 'Ku Li akan serang Putrajaya dalam ucapan Parlimen hari ini  OLEH THE MALAYSIAN INSIDER  Published: 17 March 2015.  Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini.   Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini.  Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan mengkritik Putrajaya apabila membahaskan titah diraja di Parlimen hari ini, satu langkah tidak dijangka kerana akan menyerang partinya, gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).  Ahli Parlimen Gua Musang dan penyokong BN itu akan menimbulkan 10 isu dalam membentangkan rasa tidak puas hatinya dengan kandungan titah diraja dan cara Datuk Seri Najib Razak memimpin negara.  "Ku Li merasakan titah diraja tidak mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi negara," kata satu sumber yang rapat dengan kerabat Diraja Kelantan itu, menggunakan nama timangan popularnya.  "Antara isu yang akan ditimbulkan termasuk skandal 1MDB dan konflik kepentingan apabila Najib memegang kedua-dua jawatan perdana menteri dan portfolio menteri kewangan," katanya merujuk kepada dana pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad yang berhutang sebanyak RM42 bilion.  Sumber berkata, ucapan Ku Li sepanjang 30 minit itu akan menyentuh tentang bagaimana Umno - parti tunjang BN sudah "mengambil alih kedaulatan dan kuasa Parlimen".  Ucapan bekas naib presiden Umno itu merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia di mana seorang penyokong kerajaan akan berucap menentang titah diraja.  "Ini akan mencetuskan banyak kontroversi tetapi beliau juga akan menawarkan penyelesaian bagi masalah negara," kata sumber itu di Kuala Lumpur semalam.  Difahamkan teks ucapan Ku Li akan mula diedarkan pada jam 9.00 pagi hari ini.  Ucapan Ku Li juga akan menjadi cubaan terhebat pada ketika ini untuk mengkritik Najib di dalam Parlimen daripada seorang ahli Parlimen Umno.  Perdana menteri yang berkhidmat selama hampir 6 tahun kini menghadapi kritikan keras terhadap cara beliau mengendalikan isu ekonomi dan politik negara.  Bagaimanapun, berdasarkan bagaimana prosiding harian Parlimen berjalan, mana-mana cubaan untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri oleh ahli parti, ataupun daripada pembangkang, selalunya akan terhenti setakat di pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.  Sebelum ini, beberapa usul menentang kerajaan pemerintah oleh pembangkang ditolak Yang Dipertua Dewan rakyat.  Ku Li memenangi kerusi Parlimen Gua Musang yang dulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan pada 1974.  Beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering dikatakan seorang yang layak bagi jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.  Beliau mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno pada 1987  tetapi gagal dan sebelum itu mencabar Tun Musa Hitam bagi jawatan timbalan presiden pada 1984, tetapi juga gagal.  Umno diumumkan haram selepas pemilihan parti pada 1987 dan Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) selepas gagal mendaftar Umno Malaysia sebagai Umno baharu.  Beliau menyertai Umno Baru Dr Mahathir pada 1996 tetapi disebabkan undang-undang baharu parti, Ku Li sukar untuk mencabar jawatan presiden.  Ahli Parlimen berusia 77 tahun itu juga merupakan pengasas, bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat minyak negara Petronas. – 17 Mac, 2015.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.' Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini. 

Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dijangka membahaskan titah diraja di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat di Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah akan mengkritik Putrajaya apabila membahaskan titah diraja di Parlimen hari ini, satu langkah tidak dijangka kerana akan menyerang partinya, gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Gua Musang dan penyokong BN itu akan menimbulkan 10 isu dalam membentangkan rasa tidak puas hatinya dengan kandungan titah diraja dan cara Datuk Seri Najib Razak memimpin negara.

"Ku Li merasakan titah diraja tidak mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi negara," kata satu sumber yang rapat dengan kerabat Diraja Kelantan itu, menggunakan nama timangan popularnya.

"Antara isu yang akan ditimbulkan termasuk skandal 1MDB dan konflik kepentingan apabila Najib memegang kedua-dua jawatan perdana menteri dan portfolio menteri kewangan," katanya merujuk kepada dana pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad yang berhutang sebanyak RM42 bilion.

Sumber berkata, ucapan Ku Li sepanjang 30 minit itu akan menyentuh tentang bagaimana Umno - parti tunjang BN sudah "mengambil alih kedaulatan dan kuasa Parlimen".

Ucapan bekas naib presiden Umno itu merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia di mana seorang penyokong kerajaan akan berucap menentang titah diraja.

"Ini akan mencetuskan banyak kontroversi tetapi beliau juga akan menawarkan penyelesaian bagi masalah negara," kata sumber itu di Kuala Lumpur semalam.

Difahamkan teks ucapan Ku Li akan mula diedarkan pada jam 9.00 pagi hari ini.

Ucapan Ku Li juga akan menjadi cubaan terhebat pada ketika ini untuk mengkritik Najib di dalam Parlimen daripada seorang ahli Parlimen Umno.

Perdana menteri yang berkhidmat selama hampir 6 tahun kini menghadapi kritikan keras terhadap cara beliau mengendalikan isu ekonomi dan politik negara.

Bagaimanapun, berdasarkan bagaimana prosiding harian Parlimen berjalan, mana-mana cubaan untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri oleh ahli parti, ataupun daripada pembangkang, selalunya akan terhenti setakat di pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sebelum ini, beberapa usul menentang kerajaan pemerintah oleh pembangkang ditolak Yang Dipertua Dewan rakyat.

Ku Li memenangi kerusi Parlimen Gua Musang yang dulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan pada 1974.

Beliau berkhidmat sebagai menteri kewangan dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering dikatakan seorang yang layak bagi jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.

Beliau mencabar Dr Mahathir bagi jawatan presiden Umno pada 1987 tetapi gagal dan sebelum itu mencabar Tun Musa Hitam bagi jawatan timbalan presiden pada 1984, tetapi juga gagal.

Umno diumumkan haram selepas pemilihan parti pada 1987 dan Ku Li menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (Semangat 46) selepas gagal mendaftar Umno Malaysia sebagai Umno baharu.

Beliau menyertai Umno Baru Dr Mahathir pada 1996 tetapi disebabkan undang-undang baharu parti, Ku Li sukar untuk mencabar jawatan presiden.

Ahli Parlimen berusia 77 tahun itu juga merupakan pengasas, bekas pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat minyak negara Petronas. – 17 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Isu Jet: JPM Jawab Dakwaan Rafizi

Posted: 16 Mar 2015 06:00 PM PDT



KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.

JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.

Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.



 
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.

"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

Nurul Izzah bermalam di lokap kerana menghasut Oleh YASMIN RAMLAN

Posted: 16 Mar 2015 05:15 PM PDT

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bercakap kepada media ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi untuk beri keterangan, sebelum ditahan polis.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bercakap kepada media ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur petang tadi untuk beri keterangan, sebelum ditahan polis.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur dan akan ditahan reman satu malam di lokap Jinjang.

PKR dalam satu kenyataannya berkata, "Nurul Izzah ditahan reman satu malam, akan dibawa ke lokap Jinjang. Pendengaran reman akan diadakan esok jam 10 pagi. Maklumat lanjut menyusul."

Menerusi akaun Twitternya @n_izzah, Nurul Izzah berkata: "ASP Muniandy memaklumkan saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bkt Aman".

Terdahulu, ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diarahkan memberi keterangan di balai polis berkenaan.

Nurul Izzah pada jam 2.30 petang tadi memberitahu pemberita polis memberikan notis kepadanya untuk memberi keterangan berkaitan Seksyen 4(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Apa yang mengejutkan ialah kehadiran ASP Muniandy serta 2 kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediaman ayahanda saya di Segambut.

"Saya akan masuk tidak tahu berapa lama," katanya.

Ahli Parlimen Subang R Sivarasa yang turut menemaninya ketika itu juga mempertikaikan tindakan polis terhadap Nurul Izzah.

Katanya, tindakan 4 anggota polis yang menunggu di luar rumah itu merupakan satu ugutan.

"Soalan yang kita akan tanya kepada polis ialah kenapa mereka terlalu ghairah untuk pergi ke rumah Nurul Izzah? Sebab dia bukan peragut beg, perompak atau penjenayah yang akan melarikan diri.

"Ia merupakan ugutan, 4 anggota polis tunggu di rumah. Tingkah laku ini tidak boleh diterima.

"Izzah ialah ahli Parlimen Lembah Pantai dan ini merupakan layanan yang tidak profesional dan berbaur politik," katanya.

Izzah turut mempersoalkan mengapa tindakan sedemikian rupa hanya diambil terhadap ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya terhadap pemimpin Umno seperti Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Menteri pertanian dan industri asas tani Datuk Seri Ismail Sabri.

"Gesaan saya cuma satu, mengapa tindakan diambil terhadap ahli Parlimen PR dan bukannya Dr Mashitah, Ismail Sabri yang sehingga hari ini mengeluarkan kenyataan benar-benar membangkitkan kemarahan.

"Kita mahu polis bertindak dan berkhidmat untuk rakyat dan bukannya Umno, Najib dan konconya," katanya.

Himpunan #KitaLawan diadakan pihak pembangkang setiap Sabtu di depan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur sejak Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sabitan bersalah Anwar dan dihukum penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. – 16 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Tahan Nurul Izzah memalukan, kata pemerhati hak asasi antarabangsa

Posted: 16 Mar 2015 04:45 PM PDT


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melambai kepada media di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar melambai kepada media di Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia turut mengutuk tindakan pihak berkuasa Malaysia itu.

Timbalan Pengarah ‎Human Rights Watch Asia Phil Robertson yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan apabila kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta Hasutan bagi menjatuhkan pemimpin pembangkang.

"Penahanan Nurul Izzah menunjukkan kerajaan Malaysia seperti tidak mengenali batas dalam usaha me‎nyekat kebebasan bersuara dan jenayah dialog yang menjadi sebab kemunduran dunia.

"Perdana menteri dan kerajaannya patut berasa malu menggunakan Akta Hasutan seperti kapak untuk menjatuhkan ahli pembangkang, aktivis dan sesiapa sahaja yang lantang menyuarakan kritikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robertson berkata, Najib harus sedar setiap tindakan menahan pembangkang‎ menggunakan Akta Hasutan umpama satu langkah ke arah penghapusan hak demokrasi di negara ini sekali gus dianggap sebagai satu kempen penderaan sehingga bila-bila.

Sementara itu, penahanan Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR turut dikutuk DAP yang mempersoalkan kewajaran ‎tindakan pihak berkuasa itu.

Setiausaha DAP Lim Guan Eng berkata tindakan itu jelas merupakan salah satu lagi perbuatan salah guna kuasa pihak polis.

‎Lim turut menuntut polis melepaskan anak sulung kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri An‎war Ibrahim itu dan membandingkan layanan berbeza pihak berkuasa ketika isu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ketika Ismail Sabri mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh mereka. Malah pihak polis pula menyatakan Ismail seorang yang 'sibuk' dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.

"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam dewan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah sepatutnya hadir ke balai polis hari ini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan #KitaLawan‎, bagaimanapun menurut peguamnya, beliau ditahan kerana ucapannya di Parlimen pada minggu lalu.

Minggu lalu, bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana dikatakan menghina institusi kehakiman dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Lim menegaskan DAP akan bersolidariti dan menyokong Nurul Izzah sambil mendesak Putrajaya untuk berhenti menggunakan pihak polis sebagai budak suruhan yang menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR). – 16 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

YB Nurul Izzah ditahan bawah Akta Hasutan Oleh Kerajaan UMNO Laknatullah

Posted: 16 Mar 2015 09:00 AM PDT

 
MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan.


Anak sulung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengesahkan perkara itu dalam tulisan di Twitter.

Peguamnya, R Sivarasa ketika keluar dari balai memberitahu pemberita bahawa Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan atas ucapannya di Parlimen hari Selasa lalu.

"Mereka (polis) masih lagi dalam proses mendokumentasi. Mereka enggan beritahu jika (Nurul Izzah) akan ditahan atau tidak.

Dengan sinis, beliau juga berkata kerajaan sepatutnya terus memansuhkan parlimen sekiranya MP tiada kekebalan.

"Mungkin mereka patut mansuhkan parlimen dan guna rejim autoritarian dan bukannya demokrasi," katanya.

Tambahnya, polis turut merakam kenyataan Nurul Izzah berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Sementara itu, seorang lagi MP PKR, N Surendran berkata, polis tidak sepatutnya menyiasat Nurul Izzah.

"Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kekebalan daripada apa-apa persidangan mahkamah atas apa sahaja yang dituturkan oleh seseorang MP di Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Nurul Izzah tidak sepatutnya disiasat, melainkan jika beliau menyentuh isu sensitif, katanya.

"Tindakan hanya boleh diambil ke atas MP atas kata-kata yang meliputi Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948, termasuk soal kerakyatan, kedudukan Raja-Raja, bahasa kebangsaan atau kedudukan istimewa orang Melayu," kata peguam itu dalam kenyataannya.

Siasatan ke atas Nurul Izzah itu dijalankan susulan laporan polis oleh bekas MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa kritikan ke atas badan kehakiman merupakan kenyataan yang menghina dan menghasut.

Ia berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu bahawa Nurul Izzah telah dibawa ke Balai Polis Jinjang petang ini.

Katanya, permohonan tahanan reman ke atas Nurul Izzah akan dibuat esok.
 

Malaysiakini

Isu jet: Takkan hendak suruh Najib naik tongkang? - Lokman Adam

Posted: 16 Mar 2015 08:15 AM PDT

 
'Monday, 16 March 2015.  Isu jet: Takkan hendak suruh Najib naik tongkang? - Lokman Adam  LOKMAN ADAM: Isu jet: Takkan hendak suruh Najib naik tongkang? - Gambar fail  KUALA LUMPUR: Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia merupakan pembelian jet Kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.  Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam berkata, jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan.  "Jet lama sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan negara.  "BBJ itu biasanya digunakan oleh Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan kenamaan lain yang layak.  "Najib hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu digunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.  Lokman mengulas pendedahan Rafizi Ramli tentang pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib.  Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.  Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet.  Dalam pada itu kata Lokman, hanya dua daripada lima jet milik Kerajaan yang kini masih berfungsi dengan baik.  "Semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia bergerak pun naik jet juga.  "Takkan Rafizi sekarang hendak suruh Agong, Najib dan semua kenamaan negara bergerak naik tongkang pula?" jelasnya.  Tegas Lokman, Rafizi juga dinasihatkan untuk menumpukan kepada rakyat terhadap demonstrasi 'Kita Lawan' yang masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan pelbagai fakta sudah didedahkan sekali gus tidak memihak kepada mereka.  "Kedua-dua Ketua Peguam bela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara 'Suka Sama Suka'.  "Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah juga mengakui bahawa sperma yang dijumpai empat sentimeter dalam rektum Saiful adalah milik Anwar. Jadi bagaimana ia boleh ada di sana?, cukuplah mempermainkan rakyat," katanya.  Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Najib.  Katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.  Posted by Jeebond BLM' LOKMAN ADAM: Isu jet: Takkan hendak suruh Najib naik tongkang? - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia merupakan pembelian jet Kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Lokman Noor Adam berkata, jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan.

"Jet lama sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan negara.

"BBJ itu biasanya digunakan oleh Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan kenamaan lain yang layak.

"Najib hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu digunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lokman mengulas pendedahan Rafizi Ramli tentang pembelian sebuah jet peribadi baru bagi kegunaan Najib.

Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd. itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.
BARISAN KATAK KATAK PKR YANG MELOMPAT


Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet.
Dalam pada itu kata Lokman, hanya dua daripada lima jet milik Kerajaan yang kini masih berfungsi dengan baik.

"Semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, dia bergerak pun naik jet juga.

"Takkan Rafizi sekarang hendak suruh Agong, Najib dan semua kenamaan negara bergerak naik tongkang pula?" jelasnya.

Tegas Lokman, Rafizi juga dinasihatkan untuk menumpukan kepada rakyat terhadap demonstrasi 'Kita Lawan' yang masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan pelbagai fakta sudah didedahkan sekali gus tidak memihak kepada mereka.

"Kedua-dua Ketua Peguam bela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara 'Suka Sama Suka'.

"Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam prosiding mahkamah juga mengakui bahawa sperma yang dijumpai empat sentimeter dalam rektum Saiful adalah milik Anwar. Jadi bagaimana ia boleh ada di sana?, cukuplah mempermainkan rakyat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan segera menafikan dakwaan pembelian jet peribadi untuk kegunaan Najib.

Katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitter, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu khabar angin itu dinafikan segera sebelum ia menjadi fakta dan diperkatakan masyarakat.



Posted by Jeebond BLM

Sultan K'tan Mahu Hudud. Berita Baik, Sila Sujud Syukur! Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 16 Mar 2015 07:30 AM PDT

 Sultan Kelantan hudud
Kota Bharu – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini menyuarakan sokongan terhadap perlaksanaan hudud di Kelantan. Baginda menzahirkan hasrat tersebut ketika bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan ke 13 sebentar tadi.

"Beta difahamkan bahawa kerajaan negeri Kelantan berhasrat untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian ahli Parlimen bagi meminda Akta 355 di bawah Peruntukan 76A1 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
"Semoga beroleh kejayaan dengan sokongan semua pihak. Insya-ALLAH," titah Baginda sebentar tadi.

Selain menyentuh mengenai hudud Baginda juga mengharapkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi membina rumah kekal untuk mangsa banjir perlu diteruskan dan dipertingkatkan.

"Beta harap rumah-rumah itu dapat disiapkan dalam kadar yang sesuai supaya kehidupan mereka kembali normal," titah Baginda lagi.

Sementara itu, ketika ditemui di luar dewan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Amar menganggap titah Sultan Kelantan sebagai pembakar semangat untuk merealisasikan hukum hudud di negeri ini.

Menurutnya, sebagaimana yang dijadualkan kerajaan negeri tetap akan membentangkan rang undang-undang bagi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan Dun Kelantan 18 Mac ini.

"Dengan titah Tuanku tadi kita lagi bersemangat, harap mendapat sokongan 100 peratus daripada semua yang hadir nanti," katanya kepada media. (Suara TV)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu berita baik,  Sultan Kelantan mahu dan sokong perlaksanaan Hudud di negerinya, Al-hamdulillah, sila sujud syukur tuan-tuan semua!

Rombongan Ke LIMA Langkawi Bersama "Bakal Perdana Menteri"

Posted: 16 Mar 2015 06:45 AM PDT

'Monday, March 16, 2015.  Rombongan Ke LIMA Langkawi Bersama "Bakal Perdana Menteri"  Kajian oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider baru-baru ini yang mendapati Hishammuddin Hussein sebagai "Perdana Menteri masa depan" yang paling dikehendaki benar-benar membuatkan Naib Presiden UMNO nombor tiga itu berbunga-bunga hatinya.  Walaupun beliau cuba menafikan kajian itu dapat merangsang keghairahannya, malah menganggapnya sebagai percubaan melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri, hakikat yang ditunjukkannya adalah sebaliknya.  Beliau kini nampaknya bersungguh-sungguh mahu memastikan kerusi Perdana Menteri dan kediaman di Seri Perdana itu tidak terlepas ke tangan orang lain.  Langkah awal yang diambilnya ialah mengembalikan semula Akbar Khan atau AK kembali berkhidmat dengannya bagi mengetuai jentera politiknya.   AK sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Libaran, Sabah dan kemudian sebagai Setiausaha Politik Hishammuddin ketika di Kementerian Pendidikan. Semua gerakan politik Hishammudin ketika itu diatur dan digerakkan oleh AK.  Selepas AK meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik, tempatnya digantikan oleh Markiman Kobiran selama beberapa tahun dan kini jawatan itu diisi anak saudara Hishammuddin, Onn Hafiz yang juga Exco Pemuda UMNO serta Ketua Pemuda Sembrong.  Sebaik berhenti berkhidmat dengan Hishammuddin, AK kembali menumpukan kepada perniagaan dan urusan peribadinya. Kini AK diambil semula bukan saja untuk mengembalikan prestasi Hishammuddin yang merudum dalam pemilihan 2013 lalu, tetapi juga untuk memastikan gapaian  kerusi Perdana Menteri yang diidamkan tidak terlepas begitu saja.  Dengan AK berkhidmat semula mengetuai jentera politiknya, tidak diragui lagi ia adalah langkah untuk Hishammuddin terus melonjak ke hadapan kerana AK memang dikenali mempunyai ciri-ciri terbaik bagi tujuan itu.  Hishammuddin juga,  melalui AK,  dalam masa yang sama mulai mengumpulkan rakan-rakan lamanya yang pernah menjadi Exco dan Ketua Pemuda bahagian-bahagian untuk terus berdampingan dengannya.  Dalam satu program UMNO Melaka baru-baru ini, sebahagian mereka dijemput hadir bersama mengiringi Hishammuddin ke negeri itu. Ini adalah sebagai persediaan awal "menjaga" mereka, selain untuk menunjukkan kekuatan sokongan yang dimilikinya.  Sementara itu, dalam Pameran Maritim dan Udara Langkawi atau LIMA 2015 yang bermula pada 17 hingga 22 Mac ini, dipercayai lebih ramai pemimpin UMNO dari seluruh negara akan diterbangkan ke pulau tersebut. Pameran LIMA adalah anjuran Kementerian Pertahanan di mana Hishammuddin adalah menterinya ketika ini.  Mereka dibawa menyaksikan pameran dua tahun sekali itu  untuk berjalan-jalan dan makan angin serta dengan harapan dapat memastikan sokongan yang diperlukan oleh Hishammuddin bagi perjalanan politik masa depannya terus bertambah.  Majoriti yang dibawa ke Langkawi ini adalah bekas ketua-ketua Pemuda bahagian yang mana mereka itu kini memegang pelbagai jawatan penting di peringkat bahagian dan juga negeri.  Berbanding ketika Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan yang turut membawa ramai pemimpin UMNO seluruh negara ke Pameran LIMA, persiapan yang dilakukan oleh Hishammudin dalam melayan pemimpin-pemimpin bahagian ini jauh lebih teratur dan "first class" sifatnya.  Tidak seperti Zahid yang hanya menyediakan penerbangan dari Subang ke Langkawi untuk tujuan itu, Hishammuddin sebaliknya dikatakan menyediakan penerbangan daripada beberapa negeri terus ke Langkawi untuk pemimpin-pemimpin peringkat bahagian tersebut.  Untuk itu, adalah dipercayai juga kehadiran pemimpin UMNO dari seluruh negara di Langkawi untuk menyaksikan pameran LIMA kali ini turut lebih besar jumlahnya berikutan kemudahan penerbangan lebih menyeluruh yang disediakan oleh jentera politik Hishammuddin yang diketuai oleh AK.  Sebagaimana Hishammuddin yang sedang berbunga-bunga hatinya kerana dianggap lebih menjadi pilihan untuk menjadi Perdana Menteri berbanding pesaingnya yang lain dan sedang berusaha ke arah itu, pemimpin-pemimpin peringkat bahagian yang dibawa bak "rombongan cik kiah"  ini tentulah juga hadir dengan hati yang mekar untuk melihat anak Hussein Onn itu dapat menurut jejak sepupunya, Najib Razak sebagai anak bekas Perdana Menteri yang turut berjaya mendaki sehingga ke puncak Seri Perdana. (SH 16/03/2015)  Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 16, 2015' Kajian oleh Merdeka Center dengan kerjasama Malaysian Insider baru-baru ini yang mendapati Hishammuddin Hussein sebagai "Perdana Menteri masa depan" yang paling dikehendaki benar-benar membuatkan Naib Presiden UMNO nombor tiga itu berbunga-bunga hatinya.

Walaupun beliau cuba menafikan kajian itu dapat merangsang keghairahannya, malah menganggapnya sebagai percubaan melaga-lagakannya dengan Perdana Menteri, hakikat yang ditunjukkannya adalah sebaliknya.

Beliau kini nampaknya bersungguh-sungguh mahu memastikan kerusi Perdana Menteri dan kediaman di Seri Perdana itu tidak terlepas ke tangan orang lain.

Langkah awal yang diambilnya ialah mengembalikan semula Akbar Khan atau AK kembali berkhidmat dengannya bagi mengetuai jentera politiknya. 

AK sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Libaran, Sabah dan kemudian sebagai Setiausaha Politik Hishammuddin ketika di Kementerian Pendidikan. Semua gerakan politik Hishammudin ketika itu diatur dan digerakkan oleh AK.

Selepas AK meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik, tempatnya digantikan oleh Markiman Kobiran selama beberapa tahun dan kini jawatan itu diisi anak saudara Hishammuddin, Onn Hafiz yang juga Exco Pemuda UMNO serta Ketua Pemuda Sembrong.

Sebaik berhenti berkhidmat dengan Hishammuddin, AK kembali menumpukan kepada perniagaan dan urusan peribadinya. Kini AK diambil semula bukan saja untuk mengembalikan prestasi Hishammuddin yang merudum dalam pemilihan 2013 lalu, tetapi juga untuk memastikan gapaian kerusi Perdana Menteri yang diidamkan tidak terlepas begitu saja.

Dengan AK berkhidmat semula mengetuai jentera politiknya, tidak diragui lagi ia adalah langkah untuk Hishammuddin terus melonjak ke hadapan kerana AK memang dikenali mempunyai ciri-ciri terbaik bagi tujuan itu.

Hishammuddin juga, melalui AK, dalam masa yang sama mulai mengumpulkan rakan-rakan lamanya yang pernah menjadi Exco dan Ketua Pemuda bahagian-bahagian untuk terus berdampingan dengannya.

Dalam satu program UMNO Melaka baru-baru ini, sebahagian mereka dijemput hadir bersama mengiringi Hishammuddin ke negeri itu. Ini adalah sebagai persediaan awal "menjaga" mereka, selain untuk menunjukkan kekuatan sokongan yang dimilikinya.

Sementara itu, dalam Pameran Maritim dan Udara Langkawi atau LIMA 2015 yang bermula pada 17 hingga 22 Mac ini, dipercayai lebih ramai pemimpin UMNO dari seluruh negara akan diterbangkan ke pulau tersebut. Pameran LIMA adalah anjuran Kementerian Pertahanan di mana Hishammuddin adalah menterinya ketika ini.

Mereka dibawa menyaksikan pameran dua tahun sekali itu untuk berjalan-jalan dan makan angin serta dengan harapan dapat memastikan sokongan yang diperlukan oleh Hishammuddin bagi perjalanan politik masa depannya terus bertambah.

Majoriti yang dibawa ke Langkawi ini adalah bekas ketua-ketua Pemuda bahagian yang mana mereka itu kini memegang pelbagai jawatan penting di peringkat bahagian dan juga negeri.

Berbanding ketika Ahmad Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan yang turut membawa ramai pemimpin UMNO seluruh negara ke Pameran LIMA, persiapan yang dilakukan oleh Hishammudin dalam melayan pemimpin-pemimpin bahagian ini jauh lebih teratur dan "first class" sifatnya.

Tidak seperti Zahid yang hanya menyediakan penerbangan dari Subang ke Langkawi untuk tujuan itu, Hishammuddin sebaliknya dikatakan menyediakan penerbangan daripada beberapa negeri terus ke Langkawi untuk pemimpin-pemimpin peringkat bahagian tersebut.

Untuk itu, adalah dipercayai juga kehadiran pemimpin UMNO dari seluruh negara di Langkawi untuk menyaksikan pameran LIMA kali ini turut lebih besar jumlahnya berikutan kemudahan penerbangan lebih menyeluruh yang disediakan oleh jentera politik Hishammuddin yang diketuai oleh AK.

Sebagaimana Hishammuddin yang sedang berbunga-bunga hatinya kerana dianggap lebih menjadi pilihan untuk menjadi Perdana Menteri berbanding pesaingnya yang lain dan sedang berusaha ke arah itu, pemimpin-pemimpin peringkat bahagian yang dibawa bak "rombongan cik kiah" ini tentulah juga hadir dengan hati yang mekar untuk melihat anak Hussein Onn itu dapat menurut jejak sepupunya, Najib Razak sebagai anak bekas Perdana Menteri yang turut berjaya mendaki sehingga ke puncak Seri Perdana. (SH 16/03/2015)


Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, March 16, 2015.

Kezaliman UMNO Sudah Sampai Kemucak - Tanda Tanda UMNO/BN Akan Rebah Ke Bumi - Amin

Posted: 16 Mar 2015 06:00 AM PDT

Umno@Bn Tertekan: Nurul Izzah Jadi Tahanan Politik

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Umno@Bn Tertekan: Nurul Izzah Jadi Tahanan Politik Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/16/2015 06:09:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook POLITIK/SEMASA Tiada ulasan: Catat Ulasan PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA Catatan Lama Laman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom) BACAAN PANTAS : FEED BACAAN PANTAS PAYPAL : SUMBANGAN DANA - INFAQ / DONATION GERAK KERJA TEAM RAKYAT MARHAEN promosi-jus-sarang-walit-al-hijrah RAKAN FACEBOOK [NetworkedBlogs] Follow this blog Followers Banner Ad widgets Alexa Certified Traffic Ranking for http://wargamarhaen.blogspot.com/ Blackberry Application - Rakyat MarhaenPakatan News Blackberry Application - Rakyat MarhaenPakatan News KLIK IMAGE - FREE DOWNLOAD Blackberry World Application - RAKYAT MARHAEN (v1) Scan the QR code above to download the app. Download at http://appworld.blackberry.com/webstore/content/25538885/?lang=en&countrycode=MY Laman utama I WILL NEVER SURRENDER I WILL NEVER SURRENDER RUANG IKLAN UNTUK DISEWA - SILA EMAIL UTK MAKLUMAT LANJUT SILA EMAIL KE wargamarhaen@gmail.com Follow by Email

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Umno@Bn Tertekan: Nurul Izzah Jadi Tahanan Politik Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 3/16/2015 06:09:00 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook POLITIK/SEMASA Tiada ulasan: Catat Ulasan PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA Catatan Lama Laman utama Langgan: Catat Ulasan (Atom) BACAAN PANTAS : FEED BACAAN PANTAS PAYPAL : SUMBANGAN DANA - INFAQ / DONATION GERAK KERJA TEAM RAKYAT MARHAEN promosi-jus-sarang-walit-al-hijrah RAKAN FACEBOOK [NetworkedBlogs] Follow this blog Followers Banner Ad widgets Alexa Certified Traffic Ranking for http://wargamarhaen.blogspot.com/ Blackberry Application - Rakyat MarhaenPakatan News Blackberry Application - Rakyat MarhaenPakatan News KLIK IMAGE - FREE DOWNLOAD Blackberry World Application - RAKYAT MARHAEN (v1) Scan the QR code above to download the app. Download at http://appworld.blackberry.com/webstore/content/25538885/?lang=en&countrycode=MY Laman utama I WILL NEVER SURRENDER I WILL NEVER SURRENDER RUANG IKLAN UNTUK DISEWA - SILA EMAIL UTK MAKLUMAT LANJUT SILA EMAIL KE wargamarhaen@gmail.com Follow by Email

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Kezaliman Kerajaan UMNO Laknatullah Masuk Hari Ke 35 Hari Ini

Posted: 16 Mar 2015 05:15 AM PDT

Pemimpin Pakatan ke Istana Negara setiap hari desak Anwar bebas Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen akan bergilir-gilir ke Istana Negara setiap hari dalam usaha menyerahkan petisyen rakyat yang dilancarkan hari ini di Parlimen bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, desakan itu akan dibuat pemimpin PR dan menyerahkan petisyen berkenaan mewakili rakyat yang mereka wakili.

"Setiap ahli Parlimen dan Adun akan ke Istana bawa petisyen ini mewakili kawasan yang diwakili mereka," kata Samsul pada sidang media di Parlimen hari ini.

PR bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan Petisyen Rakyat dan menyasarkan 1 juta sokongan menjelang 1 Mei depan.

"Ini hari ke-35 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kita akan menubuhkan inisiatif untuk membuat petisyen rakyat mengumpul tandatangan dan akan kita majukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta dan merayu baginda dapat menggunakan kuasanya untuk memberi pembebasan kepada Anwar," kata Shamsul.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengerusi NGO Himpunan Hijau Wong Tack, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta beberapa ahli Parlimen PR.

"Ini adalah usaha yang membabitkan semua rakyat," katanya. Wong pada sidang media itu turut berkata, beliau percaya Anwar dipenjarakan atas tuduhan bersifat politik dan kempen itu akan digerakkan ke seluruh negara. "Sebagai rakyat bertanggungjawab, ini tanggungjawab kita bersama-sama memperjuangkan keadilan.

"Kita percaya Anwar dihukum secara politik. Jadi kami di sini dan bersama-sama melaksanakan kempen di seluruh negara, orang ramai berkempen bersama kami untuk bebaskan Anwar. "Saya percaya ramai yang merasakan seperti kami. Kami secara rasmi lancarkan hari ini," katanya.

Katanya, petisyen berkenaan turut menerima sokongan pemimpin NGO seperti Maria Chin Abdullah dan Datuk Ambiga Sreenevasan. Sementara itu, Samad berkata, langkah menyerahkan petisyen berkenaan adalah usaha mereka memurnikan demokrasi dalam negara ini.

"Saya yakin Anwar sebenarnya dipenjarakan kerana politik, saya kira ini tidak harus dibiarkan, saya merasakan apa yang sedang berlaku ini mencemarkan demokrasi kita.

"Demokrasi di negara kita perlu dimurnikan dengan pembebasan Anwar," katanya. Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau kini masih menantikan keputusan Lembaga Pengampunan sekali gus menyaksikan taraf ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya dan ketua pembangkang di Parlimen masih kekal.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

UMNO MEMANG CELAKA !

Posted: 16 Mar 2015 04:30 AM PDT

Nurul Izzah ditahan kerana ucapan di Parlimen?


Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Tapi beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Sivarasa kata Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen dan bukannya perhimpunan #KitaLawan.

Menurut ahli Parlimen Subang itu, pihak polis tidak akan menahan reman anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Kalau ikutkan siasatan dijalankan atas Akta Hasutan berdasarkan ucapan di Parlimen.

"Bila saya tanya ASP Muniandy siapa yang buat keputusan, dia (ASP Muniandy) kata bukan saya, ini bos saya di Bukit Aman," katanya...

Ni laporan dari KeadilanDaily..

KUALA LUMPUR 16 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar baharu sahaja ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada mulanya hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu.

"ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman," tulis Nurul Izzah di twitter memaklumkan penahanannya itu.

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di Parlimen pun kena tahan Polis?.. nampaknya kekebalan bersuara dalam Parlimen hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen UMNO/BN sajalah... 


Anak Sungai Derhaka

Pemimpin Pakatan ke Istana Negara setiap hari desak Anwar bebas OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 16 Mar 2015 03:45 AM PDT

'Pemimpin Pakatan ke Istana Negara setiap hari desak Anwar bebas  OLEH MOHD FARHAN DARWIS  Published: 16 March 2015.  Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa pemimpin pembangkang dan NGO bercakap kepada media mengenai pelancaran petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.  Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa pemimpin pembangkang dan NGO bercakap kepada media mengenai pelancaran petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.   Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen akan bergilir-gilir ke Istana Negara setiap hari dalam usaha menyerahkan petisyen rakyat yang dilancarkan hari ini di Parlimen bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, desakan itu akan dibuat pemimpin PR dan menyerahkan petisyen berkenaan mewakili rakyat yang mereka wakili.  "Setiap ahli Parlimen dan Adun akan ke Istana bawa petisyen ini mewakili kawasan yang diwakili mereka," kata Samsul pada sidang media di Parlimen hari ini.  PR bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan Petisyen Rakyat dan menyasarkan 1 juta sokongan menjelang 1 Mei depan.  "Ini hari ke-35 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kita akan menubuhkan inisiatif untuk membuat petisyen rakyat mengumpul tandatangan dan akan kita majukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta dan merayu baginda dapat menggunakan kuasanya untuk memberi pembebasan kepada Anwar," kata Shamsul.  Turut hadir pada pelancaran itu ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengerusi NGO Himpunan Hijau Wong Tack, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta beberapa ahli Parlimen PR.  "Ini adalah usaha yang membabitkan semua rakyat," katanya.  Wong pada sidang media itu turut berkata, beliau percaya Anwar dipenjarakan atas tuduhan bersifat politik dan kempen itu akan digerakkan ke seluruh negara.  "Sebagai rakyat bertanggungjawab, ini tanggungjawab kita bersama-sama memperjuangkan keadilan.  "Kita percaya Anwar dihukum secara politik. Jadi kami di sini dan bersama-sama melaksanakan kempen di seluruh negara, orang ramai berkempen bersama kami untuk bebaskan Anwar.  "Saya percaya ramai yang merasakan seperti kami. Kami secara rasmi lancarkan hari ini," katanya.  Katanya, petisyen berkenaan turut menerima sokongan pemimpin NGO seperti Maria Chin Abdullah dan Datuk Ambiga Sreenevasan.  Sementara itu, Samad berkata, langkah menyerahkan petisyen berkenaan adalah usaha mereka memurnikan demokrasi dalam negara ini.  "Saya yakin Anwar sebenarnya dipenjarakan kerana politik, saya kira ini tidak harus dibiarkan, saya merasakan apa yang sedang berlaku ini mencemarkan demokrasi kita.  "Demokrasi di negara kita perlu dimurnikan dengan pembebasan Anwar," katanya.  Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan.  Beliau kini masih menantikan keputusan Lembaga Pengampunan sekali gus menyaksikan taraf ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya dan ketua pembangkang di Parlimen masih kekal. – 16 Mac, 2015.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin' Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa pemimpin pembangkang dan NGO bercakap kepada media mengenai pelancaran petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama beberapa pemimpin pembangkang dan NGO bercakap kepada media mengenai pelancaran petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen, hari ini.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) daripada peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen akan bergilir-gilir ke Istana Negara setiap hari dalam usaha menyerahkan petisyen rakyat yang dilancarkan hari ini di Parlimen bagi mendesak Yang di-Pertuan Agong mengampunkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, desakan itu akan dibuat pemimpin PR dan menyerahkan petisyen berkenaan mewakili rakyat yang mereka wakili.

"Setiap ahli Parlimen dan Adun akan ke Istana bawa petisyen ini mewakili kawasan yang diwakili mereka," kata Samsul pada sidang media di Parlimen hari ini.

PR bersama-sama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini melancarkan Petisyen Rakyat dan menyasarkan 1 juta sokongan menjelang 1 Mei depan.

"Ini hari ke-35 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kita akan menubuhkan inisiatif untuk membuat petisyen rakyat mengumpul tandatangan dan akan kita majukan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta dan merayu baginda dapat menggunakan kuasanya untuk memberi pembebasan kepada Anwar," kata Shamsul.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Pengerusi NGO Himpunan Hijau Wong Tack, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said serta beberapa ahli Parlimen PR.

"Ini adalah usaha yang membabitkan semua rakyat," katanya.

Wong pada sidang media itu turut berkata, beliau percaya Anwar dipenjarakan atas tuduhan bersifat politik dan kempen itu akan digerakkan ke seluruh negara.

"Sebagai rakyat bertanggungjawab, ini tanggungjawab kita bersama-sama memperjuangkan keadilan.
"Kita percaya Anwar dihukum secara politik. Jadi kami di sini dan bersama-sama melaksanakan kempen di seluruh negara, orang ramai berkempen bersama kami untuk bebaskan Anwar.

"Saya percaya ramai yang merasakan seperti kami. Kami secara rasmi lancarkan hari ini," katanya.
Katanya, petisyen berkenaan turut menerima sokongan pemimpin NGO seperti Maria Chin Abdullah dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Sementara itu, Samad berkata, langkah menyerahkan petisyen berkenaan adalah usaha mereka memurnikan demokrasi dalam negara ini.

"Saya yakin Anwar sebenarnya dipenjarakan kerana politik, saya kira ini tidak harus dibiarkan, saya merasakan apa yang sedang berlaku ini mencemarkan demokrasi kita.

"Demokrasi di negara kita perlu dimurnikan dengan pembebasan Anwar," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau kini masih menantikan keputusan Lembaga Pengampunan sekali gus menyaksikan taraf ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya dan ketua pembangkang di Parlimen masih kekal. – 16 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin 

YB Nurul Izzah Ditahan Di Bawah Akta Hasutan ??

Posted: 16 Mar 2015 02:57 AM PDT



KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa Nurul Izzah Anwar telah ditahan reman berhubung ucapan 'Ketua Pembangkang' yang dibuat pada Selasa lalu.

"Dia telah ditahan dan akan dibawa ke Balai Polis Jalan Travers," katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Nurul Izzah hari ini hadir bersama aktivis, Safwan Anang ke IPD tersebut untuk memberi keterangan berkenaan penglibatannya dalam himpunan #KitaLawan baru-baru in.

Sebelum itu, beliau memaklumkan, telah diberikan notis oleh pihak polis berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan juga Akta Hasutan 1948.

"Yang mengejutkan adalah kehadiran ASP Muniandy berserta dua kereta pihak polis pada Jumaat lepas di kediamaan ayahanda di Bukit Segambut.

"Siasatan untuk kes hasutan juga untuk hari hari ini," katanya.

 
Nurul Izzah dalam sesi bahas di Parlimen yang yang memetik ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dikatakan mempertikai sistem kehakiman negara.

Setakat ini, enam orang telah ditahan berhubung kes berkenaan iaitu aktivis Adam Adli, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.





Bloglist Malaysia

Shahidan hanya ‘posmen’ kepada Jabatan Perdana Menteri, kata DAP OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 16 Mar 2015 02:45 AM PDT

'Shahidan hanya 'posmen' kepada Jabatan Perdana Menteri, kata DAP  OLEH MOHD FARHAN DARWIS  Published: 16 March 2015.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim hanya Ahli Parlimen DAP Anthony Loke Siew Foke mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ibarat hanya menjadi "posmen" kepada kementerian berkenaan menyalurkan jawapan ke Parlimen apabila kebanyakan pertanyaan khusus tidak dijawab dengan lengkap.  Loke berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini susulan isu kos penggunaan jet peribadi kerajaan yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pada penghujung tahun lalu.  Katanya, tindakan Shahidan yang enggan mendedahkan kos sebenar penggunaan jet berkenaan berbeza ketika Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawat jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana Nazri akan menjawab segala pertanyaan dengan telus dan lengkap.  "Masa zaman Nazri soalan ini akan dijawab secara terperinci, tapi sekarang tidak dijawab," kata Loke kepada pemberita.  Loke berkata, beliau turut terkilan dengan tindakan Shahidan berkenaan apabila tidak melakukan semakan terhadap jawapan yang disediakan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan hanya terus membawa jawapan itu ke Parlimen.  "Saya terkilan dengan Shahidan, beliau sekarang seolah-olah posmen kepada jabatan perdana menteri.  "Posmen ambil jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan hantar terus kepada Parlimen, tiada sebarang pindaan.  "Kalau dulu kita boleh tahu berapa kosnya, tapi sekarang langsung tiada. Bukan setakat Najib saja, tapi keluarga dia pun boleh pakai, isteri dia pun pakai," kata Loke, merujuk kepada isu penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh keluarga Najib.  "Ini pesawat kerajaan untuk urusan rasmi kerajaan, bukan untuk kegunaan semasa bercuti. Ini dana pembayar cukai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim hanya Ahli Parlimen DAP Anthony Loke Siew Foke mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ibarat hanya menjadi "posmen" kepada kementerian berkenaan menyalurkan jawapan ke Parlimen apabila kebanyakan pertanyaan khusus tidak dijawab dengan lengkap.

Loke berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini susulan isu kos penggunaan jet peribadi kerajaan yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pada penghujung tahun lalu.

Katanya, tindakan Shahidan yang enggan mendedahkan kos sebenar penggunaan jet berkenaan berbeza ketika Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawat jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana Nazri akan menjawab segala pertanyaan dengan telus dan lengkap.

"Masa zaman Nazri soalan ini akan dijawab secara terperinci, tapi sekarang tidak dijawab," kata Loke kepada pemberita.

Loke berkata, beliau turut terkilan dengan tindakan Shahidan berkenaan apabila tidak melakukan semakan terhadap jawapan yang disediakan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan hanya terus membawa jawapan itu ke Parlimen.

"Saya terkilan dengan Shahidan, beliau sekarang seolah-olah posmen kepada jabatan perdana menteri.

"Posmen ambil jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan hantar terus kepada Parlimen, tiada sebarang pindaan.

"Kalau dulu kita boleh tahu berapa kosnya, tapi sekarang langsung tiada. Bukan setakat Najib saja, tapi keluarga dia pun boleh pakai, isteri dia pun pakai," kata Loke, merujuk kepada isu penggunaan jet peribadi milik kerajaan oleh keluarga Najib.

"Ini pesawat kerajaan untuk urusan rasmi kerajaan, bukan untuk kegunaan semasa bercuti. Ini dana pembayar cukai," katanya.

 

Isu pesawat itu tercetus ketika negara sedang dilanda banjir besar, terutama di pantai timur Semenanjung apabila pembangkang mendakwa pesawat itu terus berada di luar negara sedangkan Najib ketika itu sudah berada di dalam negara.

Berdasarkan aplikasi FlightRadar24, selepas kepulangan Najib, pesawat 9M-NAA terbang ke Hawaii dan mendarat di beberapa destinasi seperti Indianapolis, Los Angeles, New York, London, Dubai, dan Bangkok, sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Loke berkata, jawapan Shahidan ketika pertanyaan berkenaan kos jet berkenaan dibangkitkan di Parlimen amat mengecewakan.

"Sudah terlalu banyak kes penyalahgunaan pesawat ole
h keluarga Najib.

"Ini pesawat khas untuk kerajaan, bukan hanya Najib, tetapi pesawat ini pesawat kegemaran Najib," kata Loke.

Loke berkata, beliau menganggarkan kos penerbangan pesawat berkenaan ke Amerika Syarikat pada penghujung Disember lalu melebihi RM1 juta.

"Pembaziran wang rakyat ini mesti dihentikan dan rakyat mesti bangkit menuntut akauntabiliti Najib," katanya. – 16 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

4 lelaki ditahan hasut rakyat Sabah, Sarawak keluar Malaysia

Posted: 16 Mar 2015 02:00 AM PDT



Akaun Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia menggalakkan rakyat Sabah dan Sarawak keluar meninggalkan persekutuan Malaysia.

Akaun Facebook Sabah Sarawak Keluar Malaysia menggalakkan rakyat Sabah dan Sarawak keluar meninggalkan persekutuan Malaysia

Empat lelaki didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 di Kota Kinabalu hari ini kerana membuat pungutan suara mengajak penduduk Sabah dan Sarawak meninggalkan Malaysia, lapor The Star Online.

Pungutan suara itu dikatakan mempunyai kaitan dengan laman web Sabah Sarawak Keluar Malaysia yang menggalakkan kedua-dua negeri Borneo itu meninggalkan persekutuan Malaysia, menurut portal berita berkenaan.

Empat tertuduh itu ialah Azrie Situ, 25, Suleiman Liku Markus Situ, 32, Erick Jack William, 29, dan Joseph Kolis, 29, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Dean Wayne Dally.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Hasutan 1948. – 16 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/4-lelaki.

JK PAS Batu letak jawatan, kecewa dengan Hadi

Posted: 16 Mar 2015 03:13 AM PDT


Barisan pemimpin PAS Batu mengumumkan peletakan jawatan mereka serta merta kerana kecewa dengan kepimpinan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Yang Dipertua PAS Batu, Ishak Surin berkata, mereka hanya akan kembali ke jawatan itu selepas Hadi berjaya menyelesaikan krisis dalam PAS dan juga isu dengan parti dalam Pakatan.

"Dengan pengistiharan ini, sekali gus gugurlah dengan serta–merta segala jawatan yang diamanahkan kepada kami dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Batu kali ke-29 (2013) yang lalu.

"Kami berharap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu kali ke-30 yang akan berlangsung pada 19 April 2014 depan, tiada sebarang cawangan dan dewan-dewan yang mencalonkan kami untuk sebarang jawatan di peringkat PAS kawasan Batu," kata Ishak.



Dalam sidang media itu, Ishak berkata, 17 orang daripada 25 orang pemimpin PAS Batu menandatangani persetujuan untuk tindakan bermufarakah ini.

Ia melibatkan Ishak sendiri di jawatan yang dipertua selain timbalan, baib yang dipertua, setiausaha, ketua penerangan, pengarah pilihanraya, bendahari dan 9 orang ahli jawatankuasa.



 
Ishak Surin menjelaskan, tindakan "bermufarakah" bererti tidak lagi bersetuju atau mengikut presiden tetapi mereka tidak keluar parti.

"Kami kecewa, sedih dan kesal terhadap sikap Hadi Awang yang gagal menyelesaikan isu-isu dalaman sehingga mencetuskan krisis yang berlarutan dalam PAS.

"Ini merupakan krisis paling teruk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada tahun 1982 selepas presiden PAS ketika itu Dato Mohd Asri Muda dijatuhkan, kira-kira 30 tahun yang lalu.

"Malah, krisis PAS semakin meruncing parah ekoran kempen menghadapi pemilihan kawasan untuk Muktamar Tahunan PAS kali ke-61 Jun ini.

"Namun, tiada usaha jelas daripada presiden untuk mereda atau menghentikan krisis dalam PAS," jelas Ishak Surin.


Malaysiakini

Cara hendak bezakan produk Milo asli dan tiruan?

Posted: 16 Mar 2015 12:30 AM PDT


 KUALA LUMPUR: Milo Malaysia mengeluarkan satu gambar untuk membantu pengguna membezakan pek produk Milo yang asli dengan yang tiruan.

Gambar yang dikongsi melalui akaun rasmi Milo Malaysia dan turut dikongsi di akaun Facebook Nestle menampilkan dua bungkusan Milo.

"Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna," kata syarikat itu.

Memetik laporan Sinar Harian, pada Jumaat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi Milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran," katanya.

Siapakah Dalang Sebenar ‘Rompakan’ Dana Awam 1MDB?

Posted: 15 Mar 2015 11:45 PM PDT

 
'Siapakah Dalang Sebenar 'Rompakan' Dana Awam 1MDB?  Perdana Menteri Najib Razak, yang mengilhamkan 1MDB, sekarang tidak punya pilihan lain selain menggesa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara supaya melakukan siasatan forensik segera ke mana wang 1MDB mengalir keluar.  Mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa akaun audit 1MDB tidak mencukupi kerana jejak kemusnahan kelihatan lebih dalam berbanding yang dijangka sebelum ini.  Seperti yang diperkata oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ini adalah masa untuk menyiasat secara terperinci dan menghukum siapa yang bersalah, tanpa mengira siapa pun mereka.  Di dalam temuramah dengan media asing minggu lalu, Jho Low bersetuju untuk disiasat, sementara mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya menasihatkan 1MDB apabila diminta memberi pendapat.  Jika ini terjadi, siapa sebenarnya dalang di sebalik 'rompakan' dana awam 1MDB? Atau adakah ini kes ketidakkecekapan?  Najib sedang berjalan di atas lapisan ais nipis sekarang. Gagal untuk menangani sebaiknya kebimbangan ini akan mengakibatkan kemarahan orang awam dan siapa tahu apa yang akan didedahkan oleh Sarawak Report selepas ini?  Sebanyak mana Najib berdoa dan berharap, kemelut 1MDB ini tidak akan pergi begitu saja. Perdana menteri dilihat tidak menjawab sebarang soalan sekarang tentang apa yang tidak kena dengan 1MDB tetapi menggambarkan yang semuanya baik saja adalah dilihat bodoh dan mungkin mengakibatkan karier politiknya.  Yang bersalah mestilah didedahkan dan untuk itu kerajaan tidak boleh dilihat tidak berbuat apa-apa, melainkan mereka juga telah memainkan peranan di dalam penipuan ini. Ianya semudah itu.'

Perdana Menteri Najib Razak, yang mengilhamkan 1MDB, sekarang tidak punya pilihan lain selain menggesa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara supaya melakukan siasatan forensik segera ke mana wang 1MDB mengalir keluar.

Mengarahkan Ketua Audit Negara untuk memeriksa akaun audit 1MDB tidak mencukupi kerana jejak kemusnahan kelihatan lebih dalam berbanding yang dijangka sebelum ini.

Seperti yang diperkata oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ini adalah masa untuk menyiasat secara terperinci dan menghukum siapa yang bersalah, tanpa mengira siapa pun mereka.



Di dalam temuramah dengan media asing minggu lalu, Jho Low bersetuju untuk disiasat, sementara mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau hanya menasihatkan 1MDB apabila diminta memberi pendapat.

Jika ini terjadi, siapa sebenarnya dalang di sebalik 'rompakan' dana awam 1MDB? Atau adakah ini kes ketidakkecekapan?

Najib sedang berjalan di atas lapisan ais nipis sekarang. Gagal untuk menangani sebaiknya kebimbangan ini akan mengakibatkan kemarahan orang awam dan siapa tahu apa yang akan didedahkan oleh Sarawak Report selepas ini?

Sebanyak mana Najib berdoa dan berharap, kemelut 1MDB ini tidak akan pergi begitu saja. Perdana menteri dilihat tidak menjawab sebarang soalan sekarang tentang apa yang tidak kena dengan 1MDB tetapi menggambarkan yang semuanya baik saja adalah dilihat bodoh dan mungkin mengakibatkan karier politiknya.

Yang bersalah mestilah didedahkan dan untuk itu kerajaan tidak boleh dilihat tidak berbuat apa-apa, melainkan mereka juga telah memainkan peranan di dalam penipuan ini. Ianya semudah itu.