Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Husam Paling Layak Ganti Hadi

Posted: 15 Mar 2015 11:00 PM PDT



SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilihat layak menggantikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, terdapat beberapa ciri-ciri ada pada Husam yang melayakkannya sebagai Presiden Pas baharu.

"Pas adalah parti yang berbeza daripada parti lain kerana ia menitikberatkan asas keislaman. Ini kerana, ciri utama untuk menjadi Presiden Pas ialah mempunyai sifat Islamik, berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan.

"Jadi, saya nampak ciri-ciri ini ada pada Husam Musa," katanya.

Walaupun beliau bukan dikategorikan sebagai ulama, namun Husam mempunyai latar belakang agama kuat.

Katanya, beliau adalah seorang anak didik Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga orang kepercayaan Tok Guru.

"Dia mempunyai latar belakang yang jelas dan menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin dan ulama.

"Selain itu, Husam juga sudah bergerak dari bawah lagi dalam proses pengkaderan Pas," katanya.

-sharian

Haram Jadah!! Najib Beli Pesawat Peribadi Baru!!

Posted: 15 Mar 2015 10:20 PM PDT


Sikap 'boros' Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.

Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

"Pembelian sebuah lagi jet peribadi baru yang kini di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia membuktikan bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak terus menerus bergelumang di dalam keborosan dan pembaziran, pada kala negara masih dikejutkan dengan skandal kewangan 1MDB," kata Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu turut merujuk kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 yang mana memaklumkan kerajaan telah memilik 5 jet peribadi termasuklah Boeing Businees Jet.

Sikap boros ini dilihat bertentangan dengan situasi yang dihadapi rakyat kini apabila berdepan dengan kenaikan harga barangan ekoran pemotongan subsidi bahan api.

 
'Haram Jadah!! Najib Beli Pesawat Peribadi Baru!!  Sikap 'boros' Datuk Seri Najib Razak makin terserlah dengan pembelian terkini sebuah lagi jet peribadi baru bagi kegunaan perdana menteri.  Dalam satu pendedahan kepada Keadilandaily, Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu pentadbiran Najib pada 1 Disember lalu membeli sebuah lagi jet peribadi yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd.

Kesal dengan tindakan Najib itu, Rafizi turut mendakwa tindakan Najib ini juga mengesahkan lagi bahawa rakyat bakal berhadapan dengan satu bentuk cukai baru untuk membayar jet peribadi Perdana Menteri.

"Tindakan membeli sebuah lagi jet peribadi baru ini sudah tentu menimbulkan kemarahan rakyat pada kala rakyat terpaksa berdepan dengan pelaksanaan GST dalam tempoh 2 minggu dari sekarang.

"Rakyat terpaksa menanggung cukai baru yang sebahagiannya akan digunakan untuk membayar jet peribadi baru Perdana Menteri ini," ujarnya lagi.

Untuk rekod, penggunaan jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 melibatkan kos sebanyak RM28.8 juta setahun dalam bentuk sewaan dan RM5.5 juta setahun dalam bentuk kos penyenggaraan
.
Justeru, Rafizi menuntut pembelian jet peribadi ini dibatalkan kerana tindakan ini hanya akan membelakangkan kepentingan rakyat sekaligus Najib perlu memohon maaf atas tindakannya itu.


Sebelum ini, Najib dan Isterinya, Rosmah Mansor juga dilaporkan gemar berboros dan menghabiskan dana awam untuk tujuan peribadi. Tindakan ini juga turut mengundang kritikan banyak pihak yang memaksa Perdana Menteri itu berundur dan melepaskan jawatannya.


(Kredit Sumber: keadilandaily.com)

Tindakan Mahathir Banyak Menguntungkan PR !!

Posted: 15 Mar 2015 08:15 PM PDT

Monday, March 16, 2015

1MDB, Dr M, hudud, DAP, PAS, Pakatan

TIMMY SAY

1Malaysia Development Berhad (1MDB) – kemelut yang sedang melanda Umno dan Barisan Nasional (BN) menjadi satu isu yang membolehkan rakyat menolak Umno-BN selain Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tuduhan rasuah dan salah guna dana awam yang sering dibangkitkan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR).

PR perlu terus percaya kepada perjuangan mereka Umno-BN akan tumbang kerana isu rasuah, 1MDB, kos sara hidup, GST dan cukai-cukai baru yang akan diketengahkan jika perbendaharaan negara terus bocor.

Jangan ragu isu yang bakal tenggelamkan Umno-BN. Lebih-lebih lagi, perkara ini disahkan Tun Dr Mahathir Mohamad melalui tangan dan mulutnya baru-baru ini.

Najib Razak.

Dr Mahathir mungkin hanya berminat hendak melihat Najib mengalami nasib yang sama dengan Pak Lah.

Tapi jangan pandang kecil pada usaha Dr Mahathir, yang sering kali menguntungkan PR.
Ketika beliau berusaha menghalau Pak Lah, BN kehilangan 2/3 majoriti buat kali pertamanya di PRU12, satu perkara yang tidak pernah berlaku lagi di Malaysia ketika itu.

Pada PRU13, bilamana Dr Mahathir mula merungut mengenai Najib, BN kehilangan 7 kerusi lagi kepada PR.

Bayangkan apa yang akan berlaku pada PRU14 dengan soalan serangan Dr Mahathir terhadap kekayaan ahli keluarga Najib?

PR, terutamanya DAP, perlu terus percaya dan percaya betul-betul tanpa sebarang was-was asakan Dr Mahathir dan isu seperti 1MDB, GST dan lain-lain isu penyelewengan yang duit awam seperti Pembinaan PFI yang mempunyai hutang berpuluh bilion dengan KWSP dan SRC International yang mengambil RM4 bilion hutang daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) akan menumbangkan Umno-BN.

DAP perlu yakin dan percaya tiada isu lain yang akan dapat menghalang rakyat Malaysia untuk terus menolak Umno-BN di PRU14 termasuk perbezaan dan perbalahan sekejap-sekejap di antara parti-parti komponen PR, termasuklah isu pilihan raya pihak berkuasa tempat dan hudud.

Isu hudud di Kelantan sudah berumur 23 tahun. Kalau manusia berumur begitu, dia sudah diberikan hak mengundi di bawah perlembagaan untuk menentukan parti mana yang disokongnya waktu pilihan raya.

Oleh itu, DAP usah jerut leher PR dan PAS dengan isu hudud. Jangan susah hati pasal hudud.

Seluruh rakyat Malaysia tahu DAP menentang hudud. Mereka tahu DAP tak boleh terima hudud atas hujah perlembagaan. Mereka kenal pendirian tegas DAP. Apa yang PAS buat tidak boleh disalahkan pada DAP. Rakyat tahu. Pengundi bukan Islam tahu.

Tapi seperti kata Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, takkanlah sebab Dr Mahathir menyerang isu 1MDB sebagaimana PR menyerang Najib, kita sudah boleh menganggap Dr Mahathir ini sudah tidak mahu Umno dan ingin bersama PR?

Begitu juga dengan PAS dan DAP. Takkan kerana DAP menentang hudud, PAS tidak mahu lagi bersama PR, dan takkan kerana PAS sayangkan hudud, DAP tidak mahu lagi bersama PR? Tentu bukan, kan?

Seperti yang ditegaskan Ustaz Tuan – yang pasti, PAS dan DAP masih bersama menentang Umno-BN. Bukankah itu sudah cukup?

Ataupun perjuangan menentang hudud ini jauh lebih penting daripada perjuangan membebaskan negara daripada Umno-BN bagi DAP? Harapnya bukan. – 16 Mac, 2015.

Kedahlanie.

Rakyat Malaysia rindu gelak ketawa dari DSAI ...DSAI menjadi tahanan politik hari yg ke -32..WE WILL NEVER SURRENDER

Posted: 15 Mar 2015 08:00 PM PDT

'Rakyat Malaysia rindu gelak ketawa dari DSAI ...DSAI menjadi tahanan politik hari yg ke -31..WE WILL NEVER SURRENDER'
 

Ku Li pecahkan tembelanglah pulak!

Posted: 15 Mar 2015 07:30 PM PDT

Umno veteran says money politics is why Mahathir will find it tough trying to bring down Najib. razaleigh-mahathir2

KUALA LUMPUR: Mahathir Mohamad will have a tough time trying to bring down Najib Razak because Umno politics is all about money and is a source of income to divisional leaders and MPs, says veteran Umno politician Tengku Razaleigh Hamzah.

"These days Umno divisional leaders as well as parliamentary members earn up to RM50 000 a month, some even earn hundreds of thousands," he was quoted as saying by political analyst and blogger Mohd Sayuti Omar.

Tengku Razaleigh, once a rival of Mahathir, said the former Umno president could not do it alone if he wanted to topple Najib as prime minister and Umno president.

He did not believe that 1Malaysia Development Bhd, the troubled government-owned investment company about which Mahathir has been a fierce critic, would be the catalyst for Najib's downfall.

"What Mahathir cannot stand and is angry over is the attitude of (Najib's wife) Rosmah Mansor," Sayuti quoted Tengku Razaleigh as saying.

The only way to bring down Najib was through a confidence vote in Parliament, he said, but Umno was filled with people whose allegiance lay with Najib, who could award them projects worth millions.

Tengku Razaleigh, a former associate of Najib's father Tun Abdul Razak, and a former finance minister, said that "When they are in that situation, it is difficult for them to turn their backs to Najib as Umno politics is their source of income."

His remarks were made in an interview on Friday, according to Sayuti.

Tengku Razaleigh, who as MP for Gua Musang is the longest-serving member of Parliament, led a challenge to Mahathir's leadership in the 1980s, causing a split in Umno, leading to the party being deregistered by the High Court, and its subsequent rebirth in its present form as Umno-BARU under Mahathir.

Sayuti wrote that Tengku Razaleigh was not convinced that Mahathir's efforts would succeed "because he himself is powerless to do so".

Tengku Razaleigh had pointed out that more than 160 Umno divisional leaders had attended an Umno meeting on March 8, proof that Najib's position was still strong. "Those who were in attendance were not 100% Najib's 'people' as Mahathir's supporters were there too," he was quoted as saying.

"On that basis, I think it is difficult to topple Najib." Tengku Razaleigh did not believe that the problems of government-owned investment company 1MDB would be the catalyst for Najib's downfall. "The people do not know what 1MDB is.

They do not understand the 1MDB issue and they do not even care once they are given financial aid such as the BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) and so on."

He pointed out that Dr Mahathir himself had spent billions of the country's money on various mega-projects such as Proton, the Bakun dam and hydro-electric projects in Sarawak, Perwaja steel mill in Terengganu and so on.

Posted by mountdweller

 

Ku Li: Umno chiefs get RM50,000 a month plus projects FMT Reporters | March 15, 2015

Peringatan, Amaran dan Nasihat buat Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar

Posted: 15 Mar 2015 07:00 PM PDT

  Sekitar jam 6:15 petang tadi saya titipkan; Peringatan, amaran dan nasihat buat Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Peringatan, Amaran dan Nasihat buat Ketua Polis Negara, YBhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).
Sejak ‪#‎AnwarIbrahim‬ dipenjarakan lantaran ‪#‎Fitnah2‬ oleh ‪#‎UmnoBN‬melalui plot jijik ‪#‎Liwat2‬, rakyat telah melancarkan perang terhadap kezaliman kerajaan UmnoBN yang telah menyalahgunakan sistem perundangan negara demi kelangsungan agenda dan niat jahat mereka untuk terus mengkhianati rakyat dan merakus harta negara.
Untuk pengetahuan YBhg. Tan Sri, perang besar-besaran rakyat melalui program ‪#‎KitaLawan‬ dan ‪#‎March2Freedom‬ adalah perang terhadap pengkhianatan dan kezaliman kerajaan pimpinan Najib Razak dan BUKAN terhadap Polis Diraja Malaysia.
YBhg. Tan Sri,
Saya, Mohd Sofi Yassin aka Kerajaan Rakyat buat kesekian kalinya mengingatkan YBhg. Tan Sri bahawa tugas dan tanggungjawab PDRM adalah bagi memastikan keselamatan negara dan keharmonian hidup rakyat jelata. Walau bagaimanapun apa yang telah dilakukan oleh pihak PDRM dalam menangani kebangkitan rakyat dalam isu ini seolah-olah pihak PDRM mengamalkan budaya "penahanan terpilih".
Rakyat yang menentang kezaliman UmnoBN dilayan seperti penjenayah, sedang penjenayah sebenar dibiar bebas!
Amaran saya kepada YBhg. Tan Sri, jika amalan (selective arrestment) atau penangkapan terpilih ini terus dijadikan budaya pihak polis, tanpa prejudis saya menjangkakan nama Jabatan Polis yang sedia tercemar akan memburuk dimata rakyat!.
Justeru, nasihat saya; Polis perlu bertindak secara profesional, berhemah dan berpaksikan ajaran agama rasmi negara; ‪‎Islam‬. Wallahua'lam
 
Salaam Takzim l Salam Reformasi‬
 
Ikhlas dari:
 

Kekayaan Najib dikatakan diwarisi dari bapanya.. Kekayaan anak-anak Mahathir pula dari mana datangnya?

Posted: 15 Mar 2015 06:30 PM PDT

'Monday, March 16, 2015.  Kekayaan Najib dikatakan diwarisi dari bapanya.. Kekayaan anak-anak Mahathir pula dari mana datangnya?  Dah jadi macam kisah klasik 'Pencuri jerit Pencuri' nampaknya serangan Tun Mahathir terhadap Najib.. hampir sama cara mereka berdua membina harta untuk keluarga.. cuma yang berbeza ialah jumlahnya..  Dr Mahathir Mohamad 13 Mac lalu meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.  Bekas perdana menteri itu mempersoalkan kekayaan keluarga Najib, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.  Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.  "Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.  "Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?  "Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?  "Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.  "Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya..  Pokoknya kalau kekayaan Najib dipersoalkan Mahathir.. dari mana pula datangnya kekayaan anak-anak Mahathir?  Baca petikan dari Facebook - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ni..      BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Najib Razak. Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru beliau.      Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap dirinya sendiri.      Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.      Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya.      Dah jadi macam kisah klasik 'Pencuri jerit Pencuri' nampaknya serangan Tun Mahathir terhadap Najib.. hampir sama cara mereka berdua membina harta untuk keluarga.. cuma yang berbeza ialah jumlahnya..

Dr Mahathir Mohamad 13 Mac lalu meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan kekayaan keluarga Najib, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya..

Pokoknya kalau kekayaan Najib dipersoalkan Mahathir.. dari mana pula datangnya kekayaan anak-anak Mahathir?

Baca petikan dari Facebook - Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ni..

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah mengisytiharkan perseturuannya dengan Kerajaan Malaysia di dalam blog beliau, chedet.cc, dengan pelbagai serangan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri ketika ini Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau telah mengeluarkan 29 hujah dalam posting terbaru beliau.

Walaupun beliau merasakan beliau tidak salah untuk mengemukakan banyak soalan berdasarkan kepada apa yang orag ramai sifatkan sebagai rundingan kabur oleh 1MDB dan Najib, mungkin juga inilah masanya untuk beliau menjawap semua pertuduhan korupsi terhadap dirinya sendiri.

Dr M harus bermula dengan membalas salah satu pengkritik beliau - George Soros - yang telah menggariskan satu senarai yang sangat panjang salah laku bekas PM itu dalam artikel yang disiarkan dalam The Bangkok Post pada tahun 2012.

Soros telah memberikan pandangannya tentang Dr M dengan sejelas-jelasnya.

"3 orang anak kamu bernilai hampir 8 billion Dolar Amerika. Dari mana mereka dapat wang sebanyak ini? Sudah tentu melalui korupsi."

"Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia, hanya memperkayakan diri kamu sendiri dengan berbillion-billion kekayaan."
"Anda mempunyai kebodohan yang lebih daripada kebanyakan orang akan percaya. Berbilion-bilion telah digunakan untuk membina Menara Berkembar Petronas, bangunan yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Mereka kini berdiri sama tinggi, simbol kebodohan dan sikap tidak bertanggungjawab."

"Bagaimana pula dengan tambakan laut di 10 buah pulau di Kedah? Sangat mengarut dan bodoh. Sudah tentu, keuntungan kamu adalah 20%."

"Dan jambatan merentasi Melaka ke Sumatra yang menyeberangi perairan antarabangsa? Mengapa tidak bina jambatan ke bulan? Saya yakin kamu tetap akan dapat 20% milik kamu itu."

"Kamu panggil saya dungu. Bagaimana seorang dungu boleh membuat begitu banyak duit? Dengan membenarkan jualan-singkat dan pinjaman jutaan saham daripada bank-bank kamu, kami pengurus dana membuat jutaan duit hasil daripada ketiadaan pengalaman kamu dan juga peraturan yang lemah."

"Kamu telah kehilangan semua wang milik Malaysia, oleh itu kamulah sebenarnya dungu."
Dan kemudiannya muncul pula Barry Wain, Bekas editor Asian Wall Street Journal dan Penulis Residen di Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura.

Jurnalis Australia, yang telah tinggal di Asia selama 40 tahun itu, menulis di dalam bukunya Malaysian Maverik : Mahathir Mohamad in Turbulent Times pada tahun 2009 menyatakan bahawa Dr M telah membazirkan RM 100 billion semasa tempoh beliau menjadi Perdana Menteri.

Barry Wain menulis sebahagian besar penipuan, melibatkan cubaan Kerajaan untuk memanipulasi harga timah dunia dan perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran matawang global, yang berlaku pada 1980-an.

Barry Wain juga menulis Dr M menggunakan dana rahsia UMNO untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah konglomerat dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.

Semua ini merupakan tuduhan yang serius dan perlu dijawap oleh Dr M, yang sehingga kini hanya sekadar menepis tuduhan ini dengan penafian kosong.

Memandangkan beliau menjangkakan pentadbiran sekarang ini untuk membersihkan semua tuduhan dengan memberikan jawapan terperinci akan apa yang berlaku kepada 1MDB, adakah Dr M juga bersedia untuk melakukan perkara yang sama terhadap semua pertuduhan terhadapnya yang masih belum diperjelaskan.

Apa bezanya kedua-dua pemimpin UMNO ini?.. sama saja..

* Buat yang tertanya-tanya kenapa Blog ASD yang tak seberapa ni jarang update kebelakangan ini


Anak Sungai Derhaka. 

Risiko lari', aktivis direman 3 hari

Posted: 15 Mar 2015 06:00 PM PDT


Anggota Parlimen Rasah Teo Kok Seong akan dibebaskan hari ini manakala dua lagi aktivis muda yang ditahan dalam perhimpunan Kita Lawan pada Sabtu lalu akan dibebas Selasa ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin memutuskan perintah reman sehari kepada Teo memandangkan beliau harus hadir ke sidang Parlimen esok.

Dua lagi aktivis, Adam Adli Abd Halim dan Mandeep Sigh Karpall, mendapat perintah reman tiga hari atas alasan "berisiko untuk lari".

Perkara itu mengejutkan peguamnya Eric Paulsen yang mendakwa tiada bukti terhadap dakwaan dilontar pada anak guamnya itu.

Sedangkan, katanya, kedua-dua aktivis itu memberikan kerjasama dengan polis untuk siasatan sebelum ini.

Selain Paulsen, peguam Melissa Sasidaran. Teo pula diwakili oleh Gobind Singh Deo dan  Ramkarpal Singh.

Adam dan Mandeep ditahan dalam perhimpunan kecil Kita Lawan di Kuala Lumpur semalam.

Teo ditahan ketika hadir untuk memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi berkaitan perhimpunan Kita Lawan minggu lalu.

Malaysiakini

Sultan tegur terlalu bergantung pada hutang

Posted: 15 Mar 2015 05:30 PM PDT

 Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran yang dihadapi amalan sekarang yang menjadi halangan serius untuk mencapai kemapanan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Baginda bertitah perlu untuk mengenal pasti terlebih dahulu dan memahami cabaran seumpama itu dalam merangka strategi untuk mentransformasikan modal sistem kewangan sekarang kepada yang memudahkan pertumbuhan ekonomi di samping memastikan kemapanan.

Sultan Nazrin Shah bertitah demikian dalam ucapan baginda yang bertajuk 'Mencari Kemapanan: Peranan Kewangan Islam dalam Perubahan Transformasi" pada Persidangan Meja Bulat SC-OCIS Ke-6 mengenai Kewangan Islam di Ditchley Park, Oxfordshire, pada Sabtu.

Teks ucapan baginda dikeluarkan kepada Bernama.

Memetik Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD), Sultan Nazrin Shah bertitah "Paras hutang tinggi boleh mewujudkan kelemahan, yang meluaskan dan menyebarkan kejutan harga aset dan makroekonomi."

Ia juga "menghalang keupayaan isi rumah dan perusahaan kepada penggunaan dan pelaburan yang lancar dan kepada kerajaan untuk mengurangkan kejutan yang teruk," titah baginda.

Baginda bertitah kesan hutang memburukkan lagi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan ekonomi semasa tempoh kegawatan.

"Terlalu bergantung kepada hutang mungkin akan menyebabkan gangguan teruk kepada pasaran serta kepada kestabilan sosio-ekonomi dan justeru itu perlu ditangani sekiranya kita mahu mencapai kemapanan yang lebih baik dalam sistem kewangan.

"Kebimbangan berkenaan dengan hutang menyokong pandangan Islam bahawa hutang amat tidak digalakkan dan model atau kontrak berasaskan ekuiti adalah pilihan kerana ia selaras dengan Maqasid al Syariah atau objektif Syariah," titah baginda.

Sultan Nazrin Shah, yang juga Penaung Diraja bagi Insiatif Kewangan Islam Malaysia bertitah, kebencian Islam terhadap hutang adalah berasaskan, antara lainnya, kepada kemungkinan akses kepada hutang mendorong seseorang itu berbelanja melebihi kemampuannya.

"Dan apabila seseorang berbelanja mengikut tahap kekayaan atau pendapatannya, kemungkinan beliau berdepan masalah kewangan adalah tipis dan justeru itu beliau mampu mengekalkan gaya hidupnya.

"Sebagai tambahan, hujahan ini boleh diguna pakai kepada sistem kewangan yang lebih besar. Tambahan pula, elemen perkongsian risiko sesuatu kontrak berasaskan ekuiti menggalakkan hubungan lebih saksama antara pihak-pihak yang berkontrak yang secara kolektifnya menjadi perkiraan yang lebih mapan," titah baginda.

- Bernama

Awas Milo Palsu Dijual Berleluasa Di Pasaran

Posted: 15 Mar 2015 05:00 PM PDT



Awas dan Hati-hati semua. Kepada semua pengguna, sila periksa dengan teliti dan hati - hati ketika membeli MILO kerana sudah wujud produk milo PALSU di pasaran. Satu video telah menjadi Viral di media sosial yang mana video tersebut menunjukkan proses pembungkusan minuman MILO yang agak mengejutkan.

Ramai yang pelik adakah ini proses pembungkusan MILO ramai yang tidak percaya kerana syarikat pembuat MILO adalah syarikat yang besar mustahil cara pembungkusan nya seperti video di atas.

Mungkin kah ini adalah MILO yang palsu atau cetak rompak, ramai yang risau kandungan MILO yang di pack oleh syarikat di atas, di harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini.

Ini bagi mengelakkan kan pengguna tertipu dengan apa yang berlaku dan membeli MILO yang tidak bermutu dan boleh menjejaskan kesihatan.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.

"Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar yang dilakukan di kilang Nestle sahaja.

"Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan Seksyen 8," katanya.



Awang Selamat puji Shafee terima bayaran RM1,000 dalam kes Anwar

Posted: 15 Mar 2015 09:00 AM PDT

'Awang Selamat puji Shafee terima bayaran RM1,000 dalam kes Anwar  Published: 15 March 2015.  Kesanggupan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran rendah RM1,000 dalam kes Liwat II dipuji yang menyebabkan banyak pihak terkejut terutama pembangkang.   Kesanggupan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran rendah RM1,000 dalam kes Liwat II dipuji yang menyebabkan banyak pihak terkejut terutama pembangkang.   esanggupan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran rendah iaitu sebanyak RM1,000 sahaja dalam kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pujian Awang Selamat.  Ruangan pojok itu, dalam akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini, menyifatkan Shafee seorang peguam hebat yang terpaksa menerima kecaman dan kritikan selepas kejayaannya memenangi kes dan mensabitkan Anwar dalam pertuduhan dihadapinya.  "Apabila jawapan diberikan yang Shafee hanya menerima bayaran RM1,000, ramai yang tersentak. Begitu murah sekali.  "Malah di peringkat awal dilaporkan, Shafee tidak mahukan sebarang bayaran. Awang angkat topi kepada beliau," kata Awang dalam tulisannya.  Katanya, hasil kejayaan Shafee, menyebabkan banyak peguam pembangkang khususnya, yang mencemburuinya hanya kerana cuba menegakkan kebenaran.  "Terimalah hakikat yang Shafee lebih bagus daripada mereka. Kebenaran tetap kebenaran.  "Strategi mengalihkan perhatian kepada isu dan hal lain yang bukan pokok tidak akan mencacatkan hakikat dan fakta yang Anwar sememangnya bersalah," katanya.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas memberitahu, bayaran kepada Shafee hanya sebanyak RM1,000, dan ia dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak – Jabatan Peguam Negara dan Shafee. – 15 Mac, 2015.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com' Kesanggupan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran rendah RM1,000 dalam kes Liwat II dipuji yang menyebabkan banyak pihak terkejut terutama pembangkang. 

Kesanggupan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran rendah RM1,000 dalam kes Liwat II dipuji yang menyebabkan banyak pihak terkejut terutama pembangkang. 

esanggupan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menerima bayaran rendah iaitu sebanyak RM1,000 sahaja dalam kes Liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pujian Awang Selamat.

Ruangan pojok itu, dalam akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini, menyifatkan Shafee seorang peguam hebat yang terpaksa menerima kecaman dan kritikan selepas kejayaannya memenangi kes dan mensabitkan Anwar dalam pertuduhan dihadapinya.

"Apabila jawapan diberikan yang Shafee hanya menerima bayaran RM1,000, ramai yang tersentak. Begitu murah sekali.

"Malah di peringkat awal dilaporkan, Shafee tidak mahukan sebarang bayaran. Awang angkat topi kepada beliau," kata Awang dalam tulisannya.

Katanya, hasil kejayaan Shafee, menyebabkan banyak peguam pembangkang khususnya, yang mencemburuinya hanya kerana cuba menegakkan kebenaran.

"Terimalah hakikat yang Shafee lebih bagus daripada mereka. Kebenaran tetap kebenaran.

"Strategi mengalihkan perhatian kepada isu dan hal lain yang bukan pokok tidak akan mencacatkan hakikat dan fakta yang Anwar sememangnya bersalah," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri pada sidang Dewan Rakyat minggu lepas memberitahu, bayaran kepada Shafee hanya sebanyak RM1,000, dan ia dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak – Jabatan Peguam Negara dan Shafee. – 15 Mac, 2015.



- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Rakyat Kelantan mahu ekonomi, bukan hudud OLEH JULIA YEOW, PENGARANG BERITA

Posted: 15 Mar 2015 08:30 AM PDT


Seorang peniaga wanita sabar menunggu kedatangan pelanggan di Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Baru, Kelantan. Walaupun secara luaran kehidupan penduduk di Kota Baru sudah  kembali seperti sedia kala selepas kejadian banjir buruk yang lalu, mereka mengeluh kerana terdapat beberapa harga barangan makanan tertentu naik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Mac, 2015.

Seorang peniaga wanita sabar menunggu kedatangan pelanggan di Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Baru, Kelantan. Walaupun secara luaran kehidupan penduduk di Kota Baru sudah kembali seperti sedia kala selepas kejadian banjir buruk yang lalu, mereka mengeluh kerana terdapat beberapa harga barangan makanan tertentu naik.

Seorang peniaga wanita sabar menunggu kedatangan pelanggan di Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Baru, Kelantan. Walaupun secara luaran kehidupan penduduk di Kota Baru sudah kembali seperti sedia kala selepas kejadian banjir buruk yang lalu, mereka mengeluh kerana terdapat beberapa harga barangan makanan tertentu naik.

Ketika kerajaan negeri Kelantan bersedia membahaskan pindaan kepada undang-undang Syariah pada Rabu ini, bagi membuka jalan kepada pengenalan semula hudud, tumpuan kini kembali tertumpu kepada negeri Melayu yang konservatif ini.

Kelantan hampir secara eksklusifnya diperintah PAS, parti Islam yang beberapa kali cuba – kali terakhir pada 1993 – melaksanakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

Hakikat yang ia merupakan agenda PAS sejak awal bagaimanapun tidak membuatkan menjadikannya topik membosankan bagi negara dan isu hudud masih menarik perdebatan.

Tetapi berlatar belakangkan suasana ekonomi negara yang semakin tidak menentu dan banjir yang paling teruk dalam sejarah moden melanda negeri itu akhir tahun lepas, lebih ramai rakyat Kelantan yang mahukan pemimpin mereka – dan pemimpin lain di negara ini – mengalihkan fokus mereka daripada hudud kepada isu keperluan asas.

"Semua perbincangan dan kekecohan tentang hudud ini hanya orang luar Kelantan yang kisah," kata Gan Jun Qi, 30, yang memiliki kedai kopi yang popular di Kota Baru.

"Ia bukan sesuatu yang orang sini fikir atau bualkan. Kami lebih kisahkan ekonomi, harga barang yang meningkat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan bagaimana hidup kami akan terjejas disebabkan semua ini."

Sementara keadaan pasca banjir di Kota Baru kini semakin pulih, masih dapat dilihat tinggalan banjir Disember lepas di jalanan, seperti kesan air lumpur di dinding rumah dan kedai serta bekalan makanan yang berkurangan termasuk ikan dan sayur.

"Kesan banjir kali ini melibatkan semua orang," kata Rosnita Nordin, pesara kakitangan awam yang sedang membeli belah di pagi minggu di pasar Kota Baru.

"Harga ikan naik sebab nelayan kita ramai yang kehilangan bot dan tempat tinggal. Masih tidak pasti akan datang apa yang akan jadi," katanya.

Pembangunan ekonomi dan infrastruktur, atau ketiadaan pembangunan itu, selama ini menjadi faktor utama yang menjadi perbalahan dalam pemerintahan PAS di negeri itu.

Parti itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM281.61 juta bulan lepas untuk pembangunan 2015, jumlah yang dilihat orang ramai sangat kecil dalam keadaan kemiskinan infrastruktur sedia ada di negeri tersebut.

Kelantan kekal sebagai salah satu negeri paling miskin di negara ini, dan ekonominya yang berasaskan pertanian sebahagian besarnya kekal lembap.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunannya tumbuh 3.6% pada 2013, ketinggalan di belakang pertumbuhan KDNK negara pada 4.7%. Purata pendapatan bulanan keluarganya antara yang paling rendah pada 2012, iaitu RM3,168.

Tetapi, bencana besar hujung tahun lalu menarik perhatian paling jelas tentang kekurangan pembangunan moden yang ketara di Kelantan.

Banjir itu menyebabkan kerugian dan kerosakan infrastruktur bernilai kira-kira RM200 juta, dan ratusan juta lagi akan diperlukan bagi membina semula kehidupan lebih 200,000 orang mangsa di pusat pemindahan.

"Pemimpin kami baik, mereka takut Tuhan," kata Rosnita.

"Tetapi, hidup tak senang macam dulu, dan kami harap mereka boleh lakukan lebih lagi untuk membantu rakyat."

Yang lain bagaimanapun, tidak begitu berlapik dalam menilai kepimpinan negeri.

"Kerajaan negeri hanya pentingkan isu berkaitan agama," rungut Abdul Rashed Abdul Mamat, 62, seorang pemandu teksi yang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Baru.

"Mereka terlalu acuh tak acuh dalam soal pembangunan. Setiap kali banjir datang dan pergi, mereka kata ia kerja Tuhan dan kita kena terima sebagai sebahagian hidup kita," katanya.

"Tetapi kenapa kita perlu terima sahaja tanpa berbuat apa-apa? Banyak negara di bawah paras laut, banyak bandar berdekatan pantai, tetapi mereka tak kena banjir macam kita. Kenapa kita tak boleh belajar dari mereka?"

Bagi Raja Shamri Raja Husin, seorang sukarelawan yang aktif menyalurkan bantuan semasa banjir baru-baru ini, kini masanya untuk politik diketepikan sementara bagi membolehkan isu yang lebih 'praktikal dan mendesak' diberi keutamaan.

Katanya, ribuan penduduk Kelantan masih tidak berumah dua bulan selepas paras air surut, dan isu hudud begitu jauh kaitannya dengan sentimen sebenar rakyat negeri itu.

"Hudud ialah mainan politik dan alat media," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Apa yang lebih penting dan mendesak sekarang bukannya hudud, tetapi ekonomi, pengangguran dan banyak lagi," kata Raja Shamri, yang masih menyalurkan bantuan ke pedalaman Kelantan yang memerlukan makanan dan bantuan membina semula rumah dan kehidupan mereka.

"Ada bayi yang perlukan susu, kanak-kanak tak cukup pakaian kering dan keluarga tinggal di pondok usang.

"Inilah isunya, bukan hudud yang pemimpin mesti lihat sekarang." – 15 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Ku Li tidak yakin Dr Mahathir boleh jatuhkan Najib, kata blogger

Posted: 15 Mar 2015 07:45 AM PDT


Tengku Razaleigh Hamzah berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa mencukupi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak apatah lagi jika bergantung pada undi tidak percaya di Parlimen.

Tengku Razaleigh Hamzah berkata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa mencukupi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak apatah lagi jika bergantung pada undi tidak percaya di Parlimen.

Tengku Razaleigh Hamzah tidak yakin usaha Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan hendak menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat akan berjaya, kata penulis bebas Mohd Sayuti Omar.

Kata bekas menteri kewangan itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu "tidak cukup kuasa" untuk melakukan demikian, tulis Sayuti dalam blognya msomelayu.blogspot.com

"Saya tidak kira Mahathir berjaya menjatuhkan Najib kerana beliau sendiri tidak cukup kuasa berbuat begitu.

"Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya di Parlimen, ia sukar menjadi kenyataan," Tengku Razaleigh dipetik sebagai berkata.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dilaporkan berkata, jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, "semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib."

Katanya, Najib mengikat penyokongnya dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit, tulis Sayuti yang juga seorang penganalisis politik.

"Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli Parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50,000 sebulan, malahan setengahnya ratus juta...

"Jadi dengan kedudukan itu, sukar untuk mereka meninggalkan Najib, sebab politik Umno ialah politik perut," kata Ku Li kepada Sayuti pada satu pertemuan mereka Jumaat lepas.

Sayuti berkata, Tengku Razaleigh menyifatkan pertemuan 8 Mac lepas, antara Najib dan kira-kira 160 ketua bahagian Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, sebagai bukti yang kedudukan Najib masih kuat.

"Mereka yang hadir itu walaupun bukan 100% orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir, juga hadir sama.

"Atas dasar itu, saya tengok sukar untuk Najib dijatuhkan," Ku Li dipetik berkata.

Mengenai dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula, yang dikatakan akan menjadi pemangkin kejatuhan Najib, Ku Li berkata ia tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib.

"Rakyat bawahan tidak tahu apa itu 1MDB. Rakyat tidak tahu apa isu 1MDB, dan mereka tidak peduli pun apabila sesekali mereka diberikan wang seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya," Ku Li dilaporkan berkata.

Bagaimanapun, Ku Li mendakwa, kemarahan Dr Mahathir kepada Najib bukan sangat kerana 1MDB.

Ini kerana, menurut ahli Parlimen Gua Musang itu, Dr Mahathir sendiri menghabiskan wang negara berbilion ringgit menerusi pelbagai projek mega seperti Proton, Hidro Bakun di Sarawak, Perwaja di Terengganu dan sebagainya.

"Apa yang Mahathir tidak tahan dan marah ialah kerana sikap (Datin Seri) Rosmah (Mansor)," kata Ku Li merujuk isteri perdana menteri itu.

Beliau juga percaya Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi pilihan raya, kerana katanya, mustahil individu tertentu atau di kalangan penyokongnya boleh melakukannya. – 15 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Ahli PAS kini lebih satu juta, kata Hadi

Posted: 15 Mar 2015 07:00 AM PDT

 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS kini mencapai keahlian lebih sejuta orang meskipun pelbagai perkara diperkatakan mengenai PAS, termasuk masalah dalaman yang dihadapinya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS kini mencapai keahlian lebih sejuta orang meskipun pelbagai perkara diperkatakan mengenai PAS, termasuk masalah dalaman yang dihadapinya. 

Ketika pelbagai perkara diperkatakan mengenai PAS, termasuk masalah dalaman yang dihadapinya, parti itu kini mencapai keahlian lebih sejuta orang, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menulis di laman Facebook miliknya tengah malam tadi, Presiden PAS itu berkata, keahlian PAS sekarang mencecah 1,000,300 orang termasuk yang terbaru, 8,000 ahli diluluskan.

"Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai PAS," katanya.

Beliau berkata, yang paling ramai menyertai parti itu akhir-akhir ini merupakan golongan muda yang berpendidikan tinggi dan ia juga mendapat sokongan orang bukan Islam.

"Walaupun kita dikepung dan disekat dengan pelbagai cara Umno, namun PAS juga mendapat tempat di hati orang bukan Islam," tulisnya.

Kebelakangan ini, PAS dilihat bergelut dengan masalah dalaman termasuk dakwaan wujudnya usaha di kalangan barisan kepemimpinan sendiri menjatuhkan Hadi dan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Perjuangan PAS Kelantan memperkenalkan hudud dengan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, 1993, pada sidang Dewan Undangan Negerinya minggu depan pula terus mendapat bantahan rakan dalam Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Semalam, bercakap pada satu ceramah di Pengkalan Chepa, Hadi menyeru pengundi yang tinggal di luar kawasan pulang mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka yang akan diadakan 22 Mac ini.

"Tugas ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia amanah. Fadhilatnya sangat besar kepada kerajaan kita yang akan meneruskan perjuangan mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini.

"Rakyat Kelantan seharusnya berbangga kerana diberi rahmat berada di bawah kerajaan negeri yang melaksanakan syariat Islam," katanya.

PRK DUN Chempaka diadakan berikutan kematian penyandangnya, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 12 Februari akibat kanser prostat.

PAS diwakili Ahmad Fathan Mahmood yang ditentang empat calon bebas. – 15 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

Mat Sabu terus kunci mulut isu PAS

Posted: 15 Mar 2015 06:15 AM PDT

 
 
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terus mengunci rapat mulutnya daripada mengulas isu pergolakan dan kehangatan menjelang pemilihan parti itu Jun ini.

"Tak nak komen pasal isu presiden. I reserve. No comment apa-apa lagi.

"Akan ada penyelesaian," katanya ringkas di Shah Alam selepas merasmikan muktamar tahunan PAS kawasan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung gesaan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicabar dalam pemilihan parti.

Sejak beredar isu rakaman suara mirip beliau yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Hadi, Mohamad masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka berhubung perkara itu dan pergolakan dalaman PAS.

Semalam, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, diajukan soalan sama di Kota Bharu sempena kempennya untuk pilihan raya kecil Chempaka tetapi beliau tetap enggan menjawabnya.
 
 
Malaysiakini

PKR sindir Shafee elak diadili Majlis Peguam

Posted: 15 Mar 2015 05:30 AM PDT

 
PKR menyindir tindakan peguam Tan Sri Shafee Abdullah mengelak diadili Majlis Peguam berhubung kelakuannya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendapatkan perintah mahkamah.

Ketua Pemuda PKR (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan itu tidak konsisten dengan tindakannya "mendabik dada", antaranya dengan berkata Anwar akan pengsan di mahkamah jika memilih disoal balas pihak pendakwaan.

"Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya sebagai seorang pendakwa di dalam kes Fitnah II dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang dipenjara – namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya.

"Mungkin Shafee sendiri yang akan 'pengsan' sekiranya dipersoal," kata Nik Nazmi merujuk kepada tindakan peguam itu mendapatkan injunksi interim menghalang usul kelakuannya dibincang dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlsi Peguam semalam.

Mahkamah Tinggi kelmarin membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injuksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Anwar.

Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru bagaimanapun berkata badan itu mempertimbang merujuk Shafee ke lembaga disiplin ekoran perkara berkaitan kelakuannya. 


Malaysiakini 
 

Khalid: Sokongan pada Hadi bawah rebah

Posted: 15 Mar 2015 04:45 AM PDT

 
 
Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan di jawatannya didakwa hanya "memudaratkan" presiden PAS itu sendiri.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata kenyataan Ahmad itu menunjukkan seolah-olah Hadi tidak mendapat sokongan daripada ahli PAS.

"(Ahmad) tak patut keluarkan kenyataan sebegitu, ia akan memudaratkan presiden lebih dari mempercayai beliau (Hadi).

"Niat untuk menunjukkan sokongan tetapi kenyataan seperti itu menunjukkan kesan negatif,"katanya di Shah Alam.

Ahmad semalam dilapor mahu Hadi dikekal sebagai presiden PAS kerana mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik menghadapi pelbagai situasi.

Setakat ini belum ada sesiapa tampil secara terbuka menyatakan hasrat mencabar Hadi pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun ini.

Bagaimanapun PAS kawasan setakat ini telah menamakan dua naib presidennya iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa  sebagai calon pemimpin nombor satu PAS.

Ditemui pemberita, Khalid hari ini menegaskan bahawa anggota PAS sendiri akan membuat keputusan siapa yang mereka mahukan sebagai presiden.

Isu kesihatan

Khalid juga ditanya berhubung masalah kesihatan akan menjadi halangan kepada seseorang calon merebut atau mempertahankan jawatan.

"Bukan prasyarat untuk menjadi pemimpin harus sihat 100 peratus. Ia bukan isu selagi (pemimpin) masih boleh menerajui.

"(Kami) hanya mahu parti ini bersatu," kata Khalid.

Beliau memberi contoh bekas mursyidul am allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden PAS Datuk Fadhil Nor yang turut mengalami masalah pada era kepimpinan mereka.

Hadi November lalu mengakui beliau mengalami masalah kesihatan. Faktor itu juga dijadikan alasan PAS Kota Bharu tampil sebagai pihak pertama mencalonkan pencabar Hadi.
 

Malaysiakini


Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. Ini Buktinya - Addin

Posted: 15 Mar 2015 04:00 AM PDT

 
Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. Majlis Peguam yang dipilih hari ini sedang mengkaji kemungkinan merujuk peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada lembaga disiplin peguambela dan peguamcara kerana salahlaku selepas mendapatkan sabitan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden barunya Steven Thiru berkata, mereka juga akan mencabar injunksi yang diperolehi Shafee bagi menghalang Majlis Peguam daripada membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunannya (AGM) hari ini.

"Kami sudah melantik peguam dan berpandukan penasihat untuk mengetepikan injunksi itu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pertama majlis itu di Kuala Lumpur hari ini.

"Bebas daripada itu, kami sedang melihat kemungkinan merujuk Shafee kepada lembaga tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Akta Profesion Undang-undang."

Steven melahirkan kekecewaan terhadap Shafee kerana memfailkan injunksi itu daripada hadir pada AGM hari ini dan membahaskan perkara itu.

Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. 

"Kami kecewa. Shafee bersedia membahaskan perkara itu di khalayak ramai. Beliau berucap di forum dan dalam televisyen.

"Kami kecewa kerana dia tidak datang hari ini untuk membahaskan perkara itu dengan rakan-rakannya di Majlis Peguam," katanya.

Shafee semalam memperoleh injunksi menghalang AGM tersebut daripada membincangkan kelakuan dan penyertaannya dalam jelajah negara untuk bercakap tentang kesalahan liwat Anwar.

Usul untuk membincangkan kelakuannya itu dicadangkan peguam Tommy Thomas dan disokong bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George .

Steven juga memuji peguam yang membuat cadangan dan menyokong usul mengecam bekas presiden Christopher Leong yang didakwa mengeluarkan kata-kata menghina terhadap badan kehakiman selepas keputusan mahkamah Anwar.

"Peguam-peguam itu memfailkan usul, mereka datang dan membahaskan perkara itu, walaupun mereka akhirnya tewas," katanya ketika ditanya jika Shafee sepatutnya mengambil peluang membahaskan usul mengenai kelakuannya dalam AGM itu.

Leong, yang mempengerusikan prosiding terdahulu hari ini, membenarkan ahli yang menyokong dan menentang usul itu membahaskannya selama 2 jam, walaupun beliau merupakan subjek pertikaiannya.

Dalam perintah injunksinya, Shafee menamakan Thomas dan George, serta Majlis Peguam dan Leong sebagai responden.

Peguam Umno Bakal Dilondehkan.. 


Thomas dan George menggesa Majlis Peguam mengecam Shafee, yang dilantik sebagai timbalan pendakwa raya mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar pada peringkat rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan juga mengekalkan hukuman 5 tahun penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelumnya.

Berikutan keputusan mahkamah itu, Shafee memulakan siri jelajah yang dianjurkan Barisan Nasional bagi menjelaskan keputusan itu kepada orang ramai.

Dalam 2 sesi jelajah yang dihadirinya dan ketika temu bual dengan media arus perdana, Shafee dikatakan terus memburukkan dan mengutuk Anwar dan pasukan pertahanannya, walaupun ketua pembangkang itu kini di penjara dan tidak dapat menjawab sebarang tuduhan.

SIASAT & k CARI

Posted: 15 Mar 2015 03:45 AM PDT

 

CUBA SELIDIK


  siapa
ganesan tanga vellu
bani melayu
wajib sedar
siapa sosok ini

 

Ketua Polis Negara bekerja hanya untuk UMNO-BN? By canang

Posted: 15 Mar 2015 03:00 AM PDT

 
KUALA LUMPUR, 15 MAC: Tindakan polis menahan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Teo Kok Seong termasuk aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat adalah bukti jelas bagaimana badan penguatkuasaan itu telah menyalahguna kuasa mereka demi kepentingan pihak tertentu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, pihak polis yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar kini jelas lebih cenderung menjadi polis kepada UMNO-BN dan bukan lagi rakyat.
"Saya ingin bertanya kepada Khalid, adakah beliau Ketua Polis Negara (KPN) untuk UMNO-BN atau rakyat?


"Jika Khalid adalah KPN hanya untuk UMNO-BN, baik dia minta UMNO-BN saja yang bayar gajinya dan bukan lagi dari Parlimen,"kat Kit Siang dalam satu kenyataan.


Teo Kok Seong yang juga Ahli Parlimen Rasah semalam telah ditahan selepas beliau dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi berikutan penglibatannya dalam Himpunan Kita Lawan baru-baru ini.


Beliau telah ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.


Teo adalah mangsa keenam selepas Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, Ketua Angkatan PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Fariz Musa dan Bendahari Pemuda PAS Fakhulrazi Mokhtar.


Pada hari yang sama semalam, aktivis Adam Adli dan Ahli Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh turut ditahan di luar perkarangan pusat beli belah Sogo kerana meneruskan himpunan mingguan Kita Lawan.


Difahamkan, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pula akan menjadi mangsa seterusnya.


Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menggesa Khalid menjelaskan mengapa pimpinan UMNO-BN seperti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri serta yang lainnya tidak pernah langsung ditahan walaupun terbukti telah melakukan kesalahan.


"Mengapa Ismal Sabri yang membuat hasutan perkauman kepada masyarakat Melayu supaya memboikot perniagaan orang-orang Cina tidak dikenakan tindakan?


"Bagaimana pula dengan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim yang berbohong dengan kenyataan menghasut bahawa orang Cina di Kedah telah membakar helaian Al-Quran?


"Mengapa pemimpin UMNO Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Mohd Said yang menghasut kebencian, ketegangan dan konflik antara kaum apabila mendakwa kejayaan Kerajaan Negeri adalah berpunca dari perniagaan haram serta jenayah orang Cina tidak ditahan?


"Kenapa individu-individu ini tidak pernah ditahan reman walau untuk satu malam di atas kesalahan yang mereka lakukan" soal Kit Siang. – Roketkini.com

Shafee mungkin ‘pengsan’ jika disoal balas

Posted: 15 Mar 2015 02:15 AM PDT

SHAH ALAM – Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mungkin akan 'pengsan' sekiranya disoal balas kerana tindakannya yang tidak profesional menghina pasukan pembelaan dan mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa Muhammad Shafee sanggup berkongsi butiran perlakuan lucah dalam kes Anwar kepada umum namun sesetengah maklumat itu tidak terkandung dalam transkrip mahkamah.

"Amat aneh ketika mana Shafee secara bebas mengutuk pihak lain namun ketika giliran tindakannya diadili, beliau memilih untuk pada saat akhir mendapatkan injunksi interim mahkamah menghalang anggota Majlis Peguam membincangkannya.

"Malang sekali Shafee, yang sebelum ini mendabik dada tentang kehebatannya dan secara berterusan melemparkan kecaman dan fitnah terhadap seorang yang di penjara namun gagal berhadapan dengan tekanan dipersoalkan kerana tindakannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Shafee pada Jumaat berjaya menghalang Majlis Peguam Malaysia daripada mengemukakan usul mengenai kelakuannya berhubung rayuan kes liwat Anwar pada mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu, semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.

Sebelum ini, Muhammad Shafee turut serta dalam siri jelajah penjelasan kes liwat II membabitkan Anwar anjuran Pemuda Umno adalah untuk menangkis persepsi Umno sebagai dalang konspirasi kes itu.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata tindakan Muhammad Shafee bukan sahaja telah menarik kritikan daripada ahli politik bahkan pengamal dan pengkaji undang-undang.

- sharian



Haron Din bawa PAS tinggalkan pakatan? – Awang Selamat

Posted: 15 Mar 2015 01:30 AM PDT


'Haron Din bawa PAS tinggalkan pakatan? – Awang Selamat  PETALING JAYA: PETALING JAYA: "Apakah akan berlaku kejutan termasuk kemungkinan Pas meninggalkan pakatan?" soal Awang Selamat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia.

Beliau membayangkan kemungkinan berlaku kejutan berikutan Mursyidul Am baru itu pernah menyatakan pada muktamar PAS tahun lalu untuk "mengkaji semula semula tahaluf siyasi atau muafakat dengan DAP dan PKR."

"Sejak tahun lalu, Pas makin banyak dihina, diugut dan ditekan oleh sekutu pakatan, yang tidak pernah berlaku dalam sejarah parti itu. Apa pun, Awang yakin dengan ketegasan Haron yang sentiasa berpegang kepada pendirian untuk tidak memudaratkan kepentingan Islam. Beliau bukan seorang boleh diambil mudah. Masa akan membuktikannya," katanya dalam ruangan khasnya di Mingguan Malaysia.

Awang Selamat yang mengucapkan tahniah kepada pelantikan Dr Haron menyatakan, pemilihan tersebut atas dasar ketokohan, keilmuan dan pengaruhnya dan ia diharap dapat membawa perubahan kepada parti itu.

Menurut ruangan Mingguan Malaysia itu, antara cabaran beliau ialah mengembalikan kedudukan ulama khususnya Majlis Syura sebagai badan tertinggi yang sentiasa dipatuhi dan dihormati oleh semua peringkat dalam PAS.

"Apa yang berlaku sekarang, golongan ulama sentiasa diperlekehkan hasil daripada gerakan untuk melemahkan Pas agar sentiasa tunduk kepada aspirasi parti sekutu pakatan pembangkang," jelasnya.

Kata Awang Selamat, "Kedua, mempertahankan perjuangan sebenar PAS terutama dalam isu-isu kritikal seperti menolak penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan, yang mahu dihalang oleh DAP."

Tugas ketiga menurut Awang Selamat ialah membantu memastikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus dipertahankan sebagai Presiden PAS dalam pemilihan Jun ini berikutan terdapat usaha secara sistematik untuk menjatuhkan beliau terutama oleh kelompok pro-Anwar, yang nama beberapa pemimpin utama PAS turut dikaitkan.

"Riak-riak Haron menerima tentangan sudah bermula. Kenyataan beliau agar Hadi tidak dicabar dalam pemilihan kali ini, dipertikaikan oleh AJK Pas Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa dan beberapa lagi," ulasnya.

"Maka banyak persoalan berlegar. Berjayakah Haron mengolah semua cabaran utama itu atau bakal kecundang kerana percaturan pro-Anwar sudah berskala besar melibatkan tangan dan khabarnya pembiayaan luar?" tambah Awang Selamat.


Posted by Jeebond BLM.

Pesawat Terhempas Dan Meletup Di LIMA Langkawi

Posted: 15 Mar 2015 12:50 AM PDT










 

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT