Sabtu, 14 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Salahuddin Ayub kempen tukar Presiden PAS?

Posted: 14 Mar 2015 08:00 PM PDT


Kalau berita kempen tukar Hj Hadi ni tak betul aku harap ada penafian segera dari Hj Salahuddin tapi kalau berita ni benar, memang betul Hj Salahuddin ada kata macam tu kat wartawan mStar yang menghubungi dia, ini satu perkembangan yang menarik.


mStar kemarin dulu melaporkan:

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.
Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka. - mStar.
Baca berita ni aku tak berapa nak percaya. Betul ka Naib Presiden PAS Hj Salahuddin Ayub ada kata macam tu. Pasainya setahu aku Naib Presidsen PAS ni jenis 'playsafe' payah nak keluar perkara kontroversi dari mulut dia.

Tapi kalau tak betul takkan mStar seberani tu keluarkan berita macam tu melaporkan terus perbualan dengan Hj Salahuddin Ayub. Ayat bunyi kempen melobi pulak tu

mStar juga melaporkan:

"Perubahan pucuk pimpinan (menukar presiden) tidak harus menggambarkan ketidakpercayaan kepada parti dan kepimpinan, ia perlu dilihat secara positif.
"Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin PAS yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatan presiden bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti Islam itu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perubahan pucuk pimpinan akan menjadi perkara biasa dan biarpun ia harus bermula dengan salah tanggap dan tafsiran daripada sesetengah pihak. - Ibid.
Kalau berita kempen tukar Hj Hadi ni tak betul aku harap ada penafian segera dari Hj Salahuddin tapi kalau berita ni benar, memang betul Hj Salahuddin ada kata macam tu kat wartawan mStar yang menghubungi dia, ini satu perkembangan yang menarik.

Kalau pemimpin macam Salahuddin Ayub pun sokong Presiden ditukar, siap buat kempen secara terbuka dalam media macam tu tentu ada 'sesuatu yang besar'.

Sebelum ni aku dah ulas berkenaan keputusan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Tinggi dan PAS Kawasan Pontian, dua kawasan dari negeri Johor, negeri kelahiran Hj Salahuddin Ayub yang juga tak mencalonkan TG Hj Hadi untuk jawatan Presiden PAS selepas dimulai oleh PAS Kawasan Kota Bharu.

Aku juga dah ulas sebelum tu kenyataan Dr. Haron Din Mursyidul Am PAS yang baru dilantik keluarkan kenyataan minta ahli kekalkan TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS.


Cenagau Daun Kari

BERITA BERGAMBAR

Posted: 14 Mar 2015 07:30 PM PDT


SOGO

PETANG

 SABTU
penangkapan 
mandeep
dan
adam adly


mandeep  dikepong 


adam dibawa
 ke rumah pasong 



mandeep
ke rumah pasong

berdua dalam
 rumah pasong




Sibuk Isu 1MDB, Tun M Selesaikan Dulu Tuduhan Korupsinya

Posted: 14 Mar 2015 07:00 PM PDT

KORUPSI MAHATIR DIDEDAH SELEPAS SERANG NAJIB & 1MDB



Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat lantang menyuarakan hujahnya terhadap isu yang membelenggu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terutamanya berkaitan syarikat 1MDB.

Banyak kritikan tajam dilontarkan Tun M yang turut memaksa Putrajaya menjelaskannya kepada rakyat, namun satu persoalan kemudiannya berlegar di fikiran ramai…
[BERKAITAN: Tun M Ragu-Ragu, Wawasan 2020 Mungkin Gagal Dicapai]

Ketika zaman pemerintahan figura tersebut, beliau turut dihujani banyak kritikan tentang isu korupsi yang didakwa dilakukannya. Adakah semua itu sudah terjawab?

Dalam satu artikel yang dimuat naik The Rakyat Post, seorang individu, Rahman Mohd Irwan menulis tentang kontroversi yang berlegar ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan 'perang' dari segala sudut terhadap kerajaan Malaysia melalui blognya, chedet.cc, dengan serangan bertalu-talu terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Merasakan dia boleh mempersoalkan banyak isu berdasarkan dakwaan ramai pihak tentang 1MDB dan Najib, mungkin telah tiba masanya untuk beliau turut menjawab tuduhan rasuah yang dilemparkan kepadanya satu ketika dahulu.

Sebagai permulaan, Tun M patut menjawab persoalan yang dikemukakan George Soros, pengurus dana pelindung nilai yang telah menyenaraikan kesalahan dilakukan beliau dalam satu artikel terbitan The Bangkok Post pada 2012.


Tulis Soros, "Tiga anak kamu memiliki kekayaan US$8 billion. Di mana mereka mendapat jumlah sebanyak itu? Sudah tentulah, korupsi.

"Kamu dikenali sebagai Marcos Malaysia setelah mengkayakan diri sendiri dengan nilai berbilion-bilion.

"Kamu sebenarnya lebih dangkal dari apa yang dilihat individu lain. Berbilion dihabiskan untuk membina dua menara tinggi Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa. Kini, ia berdiri tinggi sebagai satu simbol kebodohan dan tidak bertanggungjawab.

"Bagaimana pula dengan penambakkan 10 pulau di Kedah? Ia sama sekali tidak masuk akal dan bodoh. Sudah tentulah, kamu untung sebanyak 20 peratus.

"Dan sebuah jambatan merentasi perairan antarabangsa yang menghubungi Melaka dan Sumatera? Kenapa tidak membina jambatan ke bulan? Saya pasti, kamu masih akan mendapat keuntungan 20 peratus.



"Kamu menggelar saya sebagai dungu. Bagaimana seorang dungu mampu membuat sebegitu banyak duit? Dengan membenarkan penjualan singkat dan meminjam berjuta-juta saham daripada bank kamu, kami pengurus dana memberi keuntungan berjuta-juta daripada kekurangan pengalaman dan peraturan lemah kamu.

" Kamu telah menyebabkan rakyat Malaysia kehilangan wang mereka, justeru kamulah si dungu itu."

Barry Wain, seorang bekas editor di Asia Wall Street Journal dan penulis di Institute of Southeast Asian Studies di Singapura turut melakukan perkara sama.

Penulis Australia yang telah menetap di Asia lebih dari 40 tahun, menulis dalam sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2009, bertajuk 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', bahawa Tun M telah membazirkan RM100 bilion sepanjang perkhidmatannya sebagai perdana menteri.


Menurut Wain, sebahagian besar penipuan yang dilakukan Tun M termasuklah percubaan kerajaan memanipulasikan harga timah antarabangsa dan aktiviti perjudian oleh Bank Negara dalam pasaran mata wang global pada 1980-an.

Tulis Wain lagi, Tun M turut menggunakan dana tersembunyi yang dimiliki UMNO untuk mentransformasikan parti itu sebagai sebuah konglomerat besar dengan pelaburan yang menjangkau hampir keseluruhan ekonomi.

Kesemua itu merupakan tuduhan-tuduhan serius yang perlu dijelaskan oleh Tun Mahathir yang hanya menepisnya tanpa jawapan jitu, sebelum ini.

Ketika menjangkakan pentadbiran sekarang untuk menjawab setiap persoalan yang dikemukakannya, adakah Tun M turut bersedia melakukan perkara sama terhadap dakwaan yang dibuat kepadanya?



Kedahkini

Ketua polis negara isytihar perang atas Pakatan, kata DAP

Posted: 14 Mar 2015 06:30 PM PDT




 Berikutan penahanan beberapa ahli pakatan pembangkang dalam perhimpunan ‪#‎KitaLawan‬, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Ketua Polis Negara Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seolah-oleh mengisytihar perang terhadap Pakatan Rakyat. 


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang mengisytiharkan perang atas Pakatan Rakyat (PR), kata DAP hari ini, susulan tangkapan demi tangkapan dibuat terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan 7 Mac lalu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, polis seperti menggunakan satu set undang-undang yang lain terhadap pakatan pembangkang selepas Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong ditahan kerana pembabitan dalam perhimpunan tersebut hari ini.

"Malah, ketua polis perlu menjawab kenapa beliau mengisytiharkan perang atas pemimpin PR dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) yang komited terhadap proses pertukaran politik yang aman dan demokrasi ketika beliau sepatutnya mengisytiharkan perang atas Negara Islam (Isis) yang menggunakan tekanan mempengaruhi rakyat Malaysia supaya menyertai kekejaman yang mereka lakukan.

"Ketua polis silap dalam memberikan keutamaan – dengan menganggap rakyat yang patuh kepada undang-undang dan mahu menjalankan hak kebebasan berhimpun, berpersatuan dan bersuara di bawah perlembagaan dengan cara yang aman dan demokrasi satu ancaman yang lebih besar dari pengganas dan anggota Isis," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengkritik Khalid kerana gagal bertindak dengan kepantasan yang sama apabila laporan polis dibuat terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN), dan ini menimbulkan persoalan sama ada beliau seorang ketua polis untuk semua atau hanya untuk parti pemerintah.

"Sekiranya Khalid ialah ketua polis hanya untuk Umno/BN dan beliau tidak fikir beliau perlu bertindak dengan adil dan saksama kepada semua, beliau perlu minta Umno/BN membayar gajinya dan tidak mengambil imbuhannya dari Parlimen," kata Lim.

Lim menggesa Khalid memastikan siasatan polis ke atas Teo diselesaikan hari ini dan dibebaskan tanpa perlu bermalam di lokap.

"Tidak ada sebarang keperluan untuk menahan reman Teo di balai Jinjang kerana polis ada banyak masa untuk merekodkan keterangannya, lebih-lebih lagi apabila beliau pada pagi ini melaporkan diri di balai Dang Wangi."

Lim juga mendesak Khalid memastikan polis akan melayan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan cara yang terhormat apabila beliau hadir di balai itu Isnin nanti bagi merekodkan keterangannya berhubung Himpunan #KitaLawan itu.

Teo merupakan pemimpin PR ke-6 ditahan polis susulan himpunan pada 7 Mac itu.

Turut ditahan sebelum ini ialah bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar, setiausaha agung PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR Pusat Mohd Fariz Musa, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli.
 

Bloglist Malaysia.

Pesanan Khas Kepada KPN Yang Beragama Islam:

 

Rafizi: Ya Mahathir, BN akan hilang undi

Posted: 14 Mar 2015 06:00 PM PDT

 
Pandangan Tun Dr Mahathir bahawa kontroversi sekitar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan kekalahan BN dalam pilihan raya, dipersetujui pengkritik lantang syarikat itu Rafizi Ramli.

"Saya bersetuju dengan perkara-perkara yang dibawa oleh Tun Mahathir berhubung 1MDB.

"Malah, kami biasanya membicarakan perkara yang sama.
"Saya bersetuju dengan penulisan Tun Mahathir bahawa isu 1MDB ini akan membuatkan BN hilang undi dalam PRU14 (pilihan raya umum ke-14)," kata Rafizi (kiri) merujuk kepada tulisan di blog Mahathir semalam.

Menurut Rafizi lagi, tulisan Mahathir itu juga menunjukkan bahawa penjelasan demi penjelasan yang dibuat kerajaan dan 1MDB diragui oleh orang ramai.

"Ia menunjukkan minat yang mendalam oleh rakyat Malaysia mengenai perkembangan 1MDB ini.

"Maklumat yang sampai setakat ini juga telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat sehingga mereka mencari-cari maklumat mengenai 1MDB.

"Itu bermakna penjelasan yang diberikan oleh perdana menteri sekarang mengenai 1MDB ditolak oleh rakyat," kata Rafizi lagi.

Mahathir dalam tulisannya semalam menggesa agar siasatan forensik dan bukannya audit semata-mata, dilakukan ke atas syarikat pelaburan negara itu.
Malaysiakini


Zack Ahmad's photo.Hairan juga...kebelakangan ini Mamakdey banyak mengeluarkan kenyataan2 berupa hasutan dan ugutan terhadap PM Najib, kenapa pihak Polis terutamanya KPN, kenapa diam membisu, jika ianya dari pemimpin2 pembangkang - terus diambil tindakan..... adakah KPN menganggap Mahathir lebih berkuasa dari PM Najib, atau ianya hanya LAKUNAN MAHATHIR DAN NAJIB untuk mengelirukan rakyat.??

Shafee mungkin dirujuk ke lembaga disiplin

Posted: 14 Mar 2015 05:30 PM PDT

 
 

Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu mempertimbang merujuk peguam veteran Tan Sri Shafee Abdullah ke lembaga disiplin ekoran perkara berkaitan kelakuannya.

"Kami sudah pun melihat ke arah itu," kata Steven (bawah) dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa Majlis Peguam sedang mengkaji kes itu dan belum membuat keputusan.

Katanya, walaupun AGM telah berlalu, keputusan mencabar injunksi itu akan dibuat kerana berkaitan dengan prinsip.

Majlis Peguam hari ini menarik balik usul untuk membincangkan kelakuan Shafee daripada dibincangkan dalam perhimpunan tahunannya hari ini ekoran terdapat injunksi daripada mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad semalam membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya atau ejen mereka membenarkan usul itu dikemuka, dibincang atau diluluskan semasa AGM.

Injunksi juga melibatkan larangan daripada membincangkan perkara berkaitan kelakuan Shafee dalam kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Shafee dilantik sebagai peguam utama dalam kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.





Malaysiakini

Tokoh wartawan harap TPM tak terus jadi 'tunggul'

Posted: 14 Mar 2015 04:59 PM PDT

 
 
Selepas Dr Mahathir Mohamad, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, yang dilihat sebagai orang bekas perdana menteri itu, pula hari ini melancarkan serangan dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu hari ini mencabar anggota kabinet yang celik ekonomi supaya bercakap benar dalam isu sekitar syarikat pelaburan negara itu.

"Saya harap menteri celik ekonomi dan tahu hal perniagaan, termasuklah Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, tidak terus membisu dan menjadi menteri tunggul," katanya.

Menulis di blognya hari ini, Kadir (kiri) berkata Muhyiddinakan hilang kewibawaan dan mengecewakan ramai penyokongnya kalau tidak terus tegas mengenai 1MDB, khasnya berkenaan dakwaan penyelamatan.

Muhyiddin pada 6 Mac berkata, pengauditan telus, bebas dan menyeluruh terhadap akaun 1MDB penting untuk membersihkan nama syarikat dana pelaburan milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Katanya, audit forensik hendaklah dilaksana untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga, seterusnya memulihkan reputasi dan mengembalikan keyakinan pelabur, lapor Bernama.

Audit itu perlu dibuat, katanya, ekoran tuduhan penyelewengan, termasuk usahasama dengan PetroSaudi, dibuat berhubung urusniaga pada 2009, yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit firma Deloitte.
 

Malaysiakini

VIDEO : IKUTI PERLAKSANAAN GST DAN KESAN- RAFIZI JAWAB MACAI BN - Part1 - 4

Posted: 14 Mar 2015 09:00 AM PDT






ADAM & MANDEEP Ditangkap Polis......

Posted: 14 Mar 2015 08:00 AM PDT


ADAM & MANDEEP
DITANGKAP
adam adly
dan
madeep singh
telah ditangkap 
ketika berdemo
#kita lawan
di hadapan SOGO
yang dihadiri  100++
anak muda

mereka
sedang  di bawa
ke rumah pasong
dang wangi
 

Wanita Dalam Pantang Diseret Atas Jalan

Posted: 14 Mar 2015 07:15 AM PDT

 GAMBAR HIASAN.
'Wanita Dalam Pantang Diseret Atas Jalan  BERA - Seorang wanita yang masih berpantang diseret di atas jalan dan dipukul suaminya sendiri selepas pasangan terbabit bertengkar di Felda Tementi, di sini semalam.  Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa bengkak di kepala, calar di muka dan sakit di bahagian badan selain tiga giginya hampir patah.  BERA - Seorang wanita yang masih berpantang diseret di atas jalan dan dipukul suaminya sendiri selepas pasangan terbabit bertengkar di Felda Tementi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa bengkak di kepala, calar di muka dan sakit di bahagian badan selain tiga giginya hampir patah.

"Kejadian bermula selepas pengadu mengejutkan suaminya yang sedang tidur bagi meminta dihantar ke Klinik Bandar 32 kerana anak mereka yang berumur sembilan hari mengidap demam kuning.

"Sebaik sahaja sampai di hadapan klinik, berlaku pertengkaran dalam kereta sehingga suami pengadu memaki hamun dan mendakwa anak kecil itu bukan anaknya.

"Kemudian suami pengadu berpatah balik ke rumah dan apabila sampai di rumah, pengadu dipukul dan diseret atas jalan sehinggalah dileraikan orang ramai," katanya, di sini semalam.

Menurut Zul Haizal, mangsa yang mempunyai lima anak berumur antara sembilan bulan hingga sembilan tahun telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebagai pesakit luar.

Wanita terbabit yang berasal dari Selangor berkahwin dengan suaminya 10 tahun lalu atas dasar cinta.
Sementara itu, Zul Haizal berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan suami mangsa yang berumur 34 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek yang tidak bekerja dan menumpang di rumah keluarga angkatnya di Felda Tementi di sini, turut positif dadah.


Posted by Jeebond BLM

Berita paksa rela yang melegakan mamat ni......

Posted: 14 Mar 2015 06:30 AM PDT

 
'Saturday, March 14, 2015   Berita paksa rela yang melegakan mamat ni......   Rupanya mamat ni jenis berani, berani takut! Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mac 14, 2015   (Diterbitkan pada: Mac 14, 2015 11:19 MYT)   Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar Injunksi yang difailkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.   KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima injunksi menghalang Majlis itu daripada mengemukakan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di dalam Mesyuarat Agung tahunannya yang ke 69.   Beliau berkata pihaknya tidak akan membentangkan usul itu. "Kami telah menerima injunksi itu.   Kami akur dengan terma-terma itu. Kami tidak akan membentangkan usul itu," katanya kepada pemberita apabila ditemui sebelum mesyuarat itu bermula di Hotel Renaissance di sini, hari ini. Injunksi yang difailkan Muhammad Shafee itu adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.   Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.   Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian.   Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee. Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte. Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.   Ketika ditanya mengenai usul itu esok, naib presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu tidak boleh memberi komen secara rasmi mengenai perkara itu untuk didengar oleh mahkamah kerana ia pada dasarnya adalah mesyuarat dalaman.   Posted by mountdweller.' Rupanya mamat ni jenis berani, berani takut! Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Mac 14, 2015
(Diterbitkan pada: Mac 14, 2015 11:19 MYT)
Majlis Peguam tidak akan bentang usul kelakuan Shafee Abdullah dalam kes liwat Anwar Injunksi yang difailkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima injunksi menghalang Majlis itu daripada mengemukakan usul mengenai kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di dalam Mesyuarat Agung tahunannya yang ke 69. 

Beliau berkata pihaknya tidak akan membentangkan usul itu. "Kami telah menerima injunksi itu.
Kami akur dengan terma-terma itu. Kami tidak akan membentangkan usul itu," katanya kepada pemberita apabila ditemui sebelum mesyuarat itu bermula di Hotel Renaissance di sini, hari ini. 

Injunksi yang difailkan Muhammad Shafee itu adalah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Majlis Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu. 

Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Majlis Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian. 

Hakim Asmabi mengeluarkan perintah injunksi itu selepas mendengar hujah daripada peguam Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang mewakili Muhammad Shafee. 

Mahkamah menetapkan 27 Mac untuk mendengar permohonan bagi injunksi inter-parte. Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail secara fiat (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan pendakwaan dalam kes liwat itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. 

Ketika ditanya mengenai usul itu esok, naib presiden Majlis Peguam Steven Thiru berkata badan itu tidak boleh memberi komen secara rasmi mengenai perkara itu untuk didengar oleh mahkamah kerana ia pada dasarnya adalah mesyuarat dalaman.


Posted by mountdweller.

Bom meletup di Pattani cederakan polis, sami

Posted: 14 Mar 2015 05:45 AM PDT

 
 
Dalam siri letupan bom di selatan Thailand, enam orang cedera apabila sebutir bom meletup kira-kira 500 meter dari balai polis Saiburi di Pattani pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Saiburi, Pol. Kol. Panya Karawanan berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu di pekan Taluban, ia mencederakan empat anggota polis dan dua orang sami Buddha.

Beliau berkata bom tersebut merupakan buatan sendiri seberat 5 kilogram yang dipasang dalam kotak besi yang disembunyi dalam tong sampah dan diaktifkan menerusi alat walkie-talkie.

Pihak keselamatan telah memberi amaran supaya orang ramai berhati-hati ekoran semalam merupakan ulang tahun ke-55 penubuhan Barisan Revolusi Nasional, antara kumpulan pemisah di selatan Thailand.

Puak pemisah itu dikatakan mahu bertindak balas di atas penangkapan anggota mereka dan telah merampas beberapa butir bom awal bulan ini.

Dalam kejadian minggu lepas, sembilan orang termasuk tiga anggota renjer dilapor cedera apablia sebutir bom yang dipasang pada motosikal meletup di hadapan stesen keretapi Daerah Rusak, Narathiwat.

- Bernama
 

Najib bidas 'jemuan', tukang kipas Umno

Posted: 14 Mar 2015 05:00 AM PDT

 
Perdana Menteri hari ini meminta anggota Umno mengetepikan 'jemuan' dan 'tukang kipas' dalam parti yang sering mengadudombakan antara satu sama lain sehingga menggugat perpaduan di kalangan anggota.

Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno, berkata Umno berkeupayaan untuk terus kekal berkuasa dan menang dalam pilihan raya sekiranya 'jemuan-jemuan' (berperangai buruk) ini tiada dalam parti.

"Jemuan ini lebih teruk daripada tukang kipas atau batu ronson (penghasut), kerana mereka yang mengadudombakan antara sesama kita, sehinggakan perselisihan kita diperbesar-besarkan, sehingga menggugat perpaduan dalam parti.

"Ketepikan benda-benda ini, jika tidak ada jemuan-jemuan ini sudah pasti Barisan Nasional dan Umno akan menang," katanya pada ucapan perasmian Konvensyen Umno Kedah di Alor Setar, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah.

Konvensyen Umno Kedah yang berlangsung selama dua hari sehingga esok itu dihadiri perwakilan Umno daripada kesemua 15 bahagian parti di seluruh negeri.

Najib berkata usaha mengeluarkan Umno daripada dibelenggu elemen 'jemuan' dan 'tukang kipas' yang menggugat perpaduan parti adalah penting dalam memastikan masa depan Umno.

"Ia lebih penting daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau cadangan convert loan (menukarkan pinjaman kerajaan Kedah) kepada geran, walaupun ia tidak kurang mustahaknya. Kalau bersatu dengan suara sepasukan, insya-Allah, Umno akan terus menang, itulah ramuannya," katanya.

Anggota Umno, kata Najib, perlu meletakkan sasaran untuk memastikan parti terus kuat dan menang dalam pilihan raya, lebih tinggi daripada sebarang kepentingan peribadi.

Katanya permasalahan dalaman parti perlu dikurangkan bagi memastikan sokongan masyarakat kekal terhadap Umno.

"Antara 'pull factor' (faktor penarik sokongan masyarakat kepada Umno) adalah semangat sepasukan, kurangkan permasalahan dalaman dan jangan cantas-mencantas antara satu sama lain. Jangan wujud dua pasukan dalam satu bahagian sehingga kita serba salah nak pilih," katanya.

Beliau meminta anggota Umno tidak mengulangi kesilapan terdahulu pada masa akan datang.
Umno, kata perdana menteri, tidak akan berjaya jika ia terus dibelenggu perpecahan, perbalahan dan persengketaan.

Oleh itu, menurutnya, amat penting bagi anggota dan pemimpin Umno supaya sentiasa fokus dalam usaha untuk memenangi hati rakyat dan memastikan ia kekal utuh.

Najib berkata anggota Umno perlu merasai denyut nadi rakyat kerana untung nasib dalam menentukan kemenangan parti pada pilihan raya terletak di tangan rakyat.

Namun begitu, katanya, beliau dapat merasakan Umno Kedah sudah mempunyai semangat baharu selepas berjaya memenangi semula tampuk pemerintahan negeri pada pilihan raya umum 2013, berikutan kekalahan pada 2008.

Beliau mahu usaha untuk menawan hati pengundi Kedah dipertingkatkan dan tidak bersikap leka, kerana terdapat kerusi yang dimenangi Barisan Nasional pada 2013 adalah dengan majoriti yang kecil sebanyak 200 undi.

Menurut Najib, pada pilihan raya umum 2013, Umno Kedah memenangi 367 daripada keseluruhan 672 Pusat Daerah Mengundi (PDM), berbanding hanya 283 PDM pada pilihan raya umum 2018.

Katanya sebagai ketua bahagian dan pemimpin di peringkat lain, mereka perlu tahu PDM yang mereka kalah serta meletakkan sasaran untuk meningkatkan bilangan PDM yang dimenangi parti pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita mesti fokus dan bersasar, jangan hilang fokus atau mamai (khayal) dari segi politik," kata presiden Umno.

Bekas duta: Obama terpedaya janji PM

Posted: 14 Mar 2015 04:15 AM PDT

 
 
Sebab sebenar di sebalik sikap berlembut Barack Obama terhadap Malaysia adalah kerana presiden Amerika Syarikat itu percaya bulat-bulat dengan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata bekas duta, John Malott.

"Obama percaya dengan perkara yang diberitahu Najib kepadanya. Beliau terpedaya dengan kata-kata Najib.

"Beliau benar-benar percaya yang Najib mahu mereformasikan negaranya tetapi ia dihalang oleh elemen konservatif di dalam partinya," tulis Malott (kiri) dalam ulasan yang disiar Asia Sentinel semalam.

Menurut Malott, mereka yang arif dengan perkara tersebut mendedahkan bahawa Obama enggan menekan Najib dalam isu hak asasi manusia dan demokrasi termasuklah sewaktu kunjungannya ke Malaysia pada April tahun lepas.

Ini kerana, kata Malott lagi, Obama bimbang tekanan itu akan menjadikan pendekatan Najib dalam dua isu tersebut bertambah keras.

Tambahnya, atas sebab yang sama jugalah kecaman Amerika Syarikat ke atas pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya disalurkan melalui pegawai pertengahan.

Kata Malott, pegawai-pegawai Amerika Syarikat memberitahunya yang Obama "menyenangi" Najib dan presiden Amerika itu gembira meluangkan masa bertemu dan berbual dengan Najib.

Jelasnya lagi, akhbar New York Times melakukan pemerhatian tepat apabila menyifatkan perlawanan persahabatan golf Obama dan Najib di Hawaii pada Disember tahun lalu sebagai istimewa.

Jarang-jarang sekali pemimpin dunia lain menikmati tahap hubungan sedemikian rupa dengan presiden US, katanya.


Malaysiakini.

Mahathir Buat Kejutan Lagi..

Posted: 14 Mar 2015 03:30 AM PDT

 
Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya? Blog popular Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses, beberapa jam selepas beliau menulis mengenai perlunya siasatan dan audit forensik dijalankan terhadap syarikat yang sarat menanggung hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Blognya, chedet.cc kini tertera kod 403 yang lazimnya bermakna tidak dibenarkan memasuki pelayan web.

Di laman utama turut tertera 'akaun ini digantung'.

Dr Mahathir menjadi antara yang lantang mengkritik 1MDB dan mendesak siasatan penuh polis dilakukan terhadap syarikat dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan itu.

Putrajaya pada minggu ini mengesahkan memberi RM950 juta dalam bentuk 'standby credit' kepada syarikat pelaburan strategik negara itu untuk menyelesaikan hutangnya yang mencecah RM42 bilion.

Difahamkan akaun itu tidak boleh diakses sejak 4.30 petang tadi.

Tahun lalu, Facebook dilaporkan menghalang blog chedet.cc milik Dr Mahathir, dipercayai berikutan kritikan hebatnya terhadap Yahudi dalam satu daripada postingnya.
Skandal 1MDB Benar.. Ini Buktinya?
Sementara itu Star Online hari ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ia ada kena mengena dengan laman web itu dinafikan akses.

Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM Sheikh Raffie Abd Rahman berkata:"Setahu saya, kami tidak ada kena mengena dengan perkara ini. Saya cadangkan anda periksa dengan pemilik blog mengapa laman sesawang itu tidak boleh dibuka."

Kiriman terakhir Dr Mahathir tulis hari ini ialah mengenai perlunya siasatan forensik polis dijalankan atas tuduhan terhadap 1MDB dan mereka yang terbabit dengannya.

Dr Mahathir berkata "sekadar audit saja" tidak cukup dan jika tiada tindakan diambil, sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional akan merosot. Blog chedet.cc milik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini tidak boleh diakses.



Kiriman itu, teksnya disalin semula, dan kini dikongsi di laman akaun Facebook atas nama "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad". Setakat ini, kiriman itu menerima 800 'likes' dan dikongsi lebih 700 kali.

Akaun Facebook yang sama juga dalam satu kiriman lain tidak lama selepas itu berkata blog Dr Mahathir digantung.

"Tiba-tiba chedet.cc tak boleh buka…ada yang panas ke?"

Post mengenai penggantungan blog berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Facebook lain.

"Mereka boleh gantung ikut suka mereka, tetapi sekarang dunia digital. Pasti ada rekod di mana-mana," kata seorang pengguna.

"1MDB ni kes mahkamah ke?kalu bkn nape suspended blog tu...mana kebebasan bersuara," kata seorang lagi pengguna, sementara ada juga mempersoalkan jika bekas perdana menteri itu kini jadi alat pihak pembangkang untuk mengkritik Putrajaya.

Kira-kira bermula jam 7 malam tadi, blog chedet.cc sudah boleh diakses semula secara sekali-sekala.
 
 
Addin

Bekas Pengurus Tegar Paksa Saya Lakukan Oral Seks

Posted: 14 Mar 2015 02:45 AM PDT

 

Nampaknya isu yang bermula daripada penderaan seksual terhadap Tegar oleh bekas pengurusnya kini menjadi semakin panas apabila ada satu lagi pihak mendakwa dirinya pernah dipaksa melakukan seks oral, juga daripada bekas pengurus tegar.

Penyanyi Singapura Sufie Rashidmengambil keputusan untuk mara ke hadapan selepas melihatkan Tegar turut diperlakukan perkara yang sama walaupun jarak peristiwa yang menimpanya itu telah 11 tahun berlalu.

"Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu. Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif"

"Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya," luahnya ketika ditemui di Istana Budaya pada malam Jumaat oleh Astro Awanisambil menafikan dia melakukan perkara tersebut atas dasar publisiti.

"Bodohlah saya jika melakukan ini (pengakuan) kerana publisiti. Saya tak bodoh untuk mencari publisiti dengan menjual cerita melibatkan maruah diri. Tak mungkin saya akan memalukan diri saya sendiri"

"Arif sudah melampau Saya fikir selepas 11 tahun, dia dah bertaubat. Saya hubungi Tegar selepas mengetahui dia diganggu secara seksual oleh lelaki itu," jelasnya serta memberitahu dia tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Arif.

"Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat. Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual"

"Apa yang cuba dia buktikan? Saya berani mendedahkan segalanya hari ini kerana saya menyimpan perkara ini sudah lama. Ya, saya mendendami Arif. Kerana dia saya mengalami tekanan perasaan dan terpaksa menjalani rawatan bersama pakar jiwa," ujarnya. (rtky/syfq)

Usul kecam presiden Majlis Peguam gagal

Posted: 14 Mar 2015 02:05 AM PDT

 
 
Usul untuk mengecam Presiden Majlis Peguam Christopher Leong dalam perhimpunan agung tahunan (AGM) badan itu oleh sekumpulan peguam 100 peguam, yang digelar G100, gagal.

Usaha itu hanya disokong oleh 161 peguam berbanding jumlah besar 1,194 yang menentangnya.

Usul itu bertujuan menggesa Leong menarik balik kenyataannya dan meminta maaf berhubung ulasannya terhadap sabitan kes Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbahasan usul itu mengambil masa kira-kira 2 jam, termasuk penjelasan Leong sendiri.

Seorang peguam yang enggan namanya disebut berkata Leong tegas enggan memohon maaf.

"Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap salah faham pengkritiknya.

"Kenyataannya tidak pernah menyerang kehakiman seperti apa difikirkan oleh G100," katanya.

AGM Majlis Peguam berlangsung tertutup dan hanya untuk peguam sahaja.

Kira-kira 100 peguam pada 21 Februari mendesak Leong menarik balik kenyataan dan memohon maaf terbuka berhubung sabitan kes Liwat II.

Rungutan ahli-ahli berkenaan berhubung kenyataan Leong bertarikh 11 Februari, sehari selepas Anwar disabitkan.

Leong, dalam kenyataan itu berkata Anwar "dianiaya" dan bukannya "didakwa".

700 penguatkuasa DBKL siap siaga hadapi himpunan #KitaLawan

Posted: 13 Mar 2015 11:30 PM PDT




SATU 

JEMPUTAN

700 penguatkuasa DBKL siap siaga hadapi 

himpunan #KitaLawan 

Kira-kira 700 anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berikutan himpunan #KitaLawan yang akan diadakan setiap minggu di depan kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur.
Datuk Bandar Kuala Lumpur  Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan merosak harta benda awam ekoran daripada himpunan berkenaan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/700-penguatkuasa-dbkl-siap-siaga-hadapi-himpunan-kitalawan#sthash.TcaWJCf5.dpuf

KAH KAH KAH

woit
700 dbkl ini apa?
kah kah kah
ini bukan jemputan 
makan kenduri
kenduri
28 mac 2015
bukan petang ini
kah kah kah
KITA LAGI LAWAN