Jumaat, 13 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


White House Sokong Bebaskan Anwar

Posted: 13 Mar 2015 10:30 PM PDT

 
KUALA LUMPUR - White House semalam mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung petisyen 'Bebaskan Anwar' yang diwujudkan dalam web We The People milik negara Uncle Sam itu.

"Amerika Syarikat sangat kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan Anwar yang pada mulanya didapati tidak bersalah namun keputusan bertukar sebaliknya selepas kerajaan Malaysia mengemukakan rayuan.

"Kami telah menjelaskan berkenaan perkara ini melalui kenyataan kepada kerajaan Malaysia dan kami akan terus berbuat demikian," kata kenyataan itu.

Setakat semalam, petisyen itu telah mengumpul 113,830 tandatangan, melebihi 100,000 tandatangan pada awal dimuat naik ke laman web We The People selepas Anwar dihukum lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Washington berkata, keputusan akhir Anwar yang berbeza dengan keputusan awal telah membangkitkan kebimbangan yang serius tentang kedaulatan undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia.

Menurutnya, kebimbangan itu ditambah lagi dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan dan memperluaskan lagi penguatkuasaan Akta Hasutan.

"Amerika Syarikat dan Malaysia telah membina satu hubungan yang baik dan kami akan kekal komited untuk memperluaskan kerjasama kami melibatkan cabaran ekonomi dan keselamatan negara berdasarkan kepentingan di Asia dan di seluruh dunia.

"Pada masa sama, kita akan terus mendesak kerajaan Malaysia untuk melaksanakan undang-undang secara adil dan telus bagi meyakinkan Malaysia mengamalkan demokrasi, keadilan dan juga ekonomi," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu berkata, sejarah telah membuktikan mana-mana negara yang menekankan hak asasi manusia terhadap rakyatnya, tanpa memikirkan kecenderungan politik, etnik, bangsa, agama ataupun orientasi seks, adalah lebih harmoni dan juga stabil.

Petisyen 'Bebaskan Anwar' dimulakan oleh bekas Duta AS di Kuala Lumpur, John Mallot pada 10 Februari lalu, iaitu hari sama keputusan kes liwat Anwar diumumkan Mahkamah Persekutuan.

Pada Isnin lalu, kerajaan Amerika Syarikat mengakui membuat kesilapan apabila membuang petisyen menuntut pembebasan ketua pembangkang itu daripada laman web White House.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur, petisyen yang mahu dibuang sebenarnya adalah petisyen yang menuntut AS menghormati kedaulatan Malaysia, selepas pemeriksaan mengesan penipuan dilakukan White House mendapati tandatangan yang menyokong petisyen kedua itu mempunyai 'kejanggalan'.


Bloglist Malaysia.

Pengundi Melayu mahu bakal PM ada kelayakan Islamik, menurut kajian OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 13 Mar 2015 09:45 PM PDT


Kebanyakan pengundi Melayu merasakan kriteria paling utama bakal Perdana Menteri Malaysia ialah perlu adanya "kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman", dengan majoriti lebih mengutamakannya daripada kriteria lain seperti 'kerajinan' dan "mempunyai kemahiran ekonomi dan pengurusan", menurut satu kajian baru-baru ini.

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center itu menunjukkan pengundi Melayu berasa "mengambil pendirian tegas terhadap rasuah" antara sifat yang paling penting diperlukan pada seorang perdana menteri, walaupun Pakatan Rakyat (PR) terus menggunakan dakwaan aktiviti rasuah Barisan Nasional (BN) sebagai senjata utamanya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan parti pemerintahnya.

Apabila diminta memilih dua kualiti tertinggi pada seseorang perdana menteri, 35.8% Melayu memilih kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman manakala hanya 24.3% memilih pendirian yang tegas dalam memerangi rasuah.

Kriteria lain yang disenaraikan sebagai pilihan ialah "kemahiran ekonomi dan pengurusan" yang mendapat 8.6%, "ketegasan" (7.8%), "jujur" (6%), "rajin" (4.8 %), "adil/saksama kepada semua kaum" (4.6%), "mempunyai pasukan penasihat yang cekap dan bagus" (1.5%), "pandai berucap di khalayak" (1.2%), dan "cekap" (1%).

Orang Melayu membentuk bilangan pengundi terbesar di Malaysia, dengan kira-kira 60% daripada keseluruhan undi, berbanding Cina (30%) dan India (10%).

"Kajian ini menunjukkan, pemimpin yang mahu tampil dan mempromosikan dirinya sebagai individu paling berkuasa perlu membuktikan mereka mempunyai kelayakan Islam dan kesedaran dan kepekaan tentang Islam," kata Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center.

"Mereka tidak semestinya seorang ulama atau ustaz, cuma Islam ialah sesuatu yang sangat penting kepada identiti Melayu hari ini," katanya mengulas tinjauan yang ditaja The Malaysian Insider itu.

Beliau berkata, orang Melayu kini semakin sedar dengan identiti mereka sebagai orang Islam, susulan pendidikan dan penerapan nilai-nilai Islam di Malaysia, dan mereka mahukan pemimpin yang menerapkan nilai yang sama seperti mereka.

"Mereka mahu tahu apa pendirian pemimpin mengenai hal berkaitan Islam seperti konflik Palestin, undang-undang Islam ... mereka mahu pemimpin yang sekurang-kurangnya boleh bercakap tentang al-Quran, yang boleh merujuk kepada isi kandungan kitab agama itu," kata Ibrahim.

Tetapi Ibrahim menafikan ini bermakna PAS, satu-satunya parti Islam di Malaysia, mempunyai lebih kelebihan, kerana orang Melayu juga mahukan seorang perdana menteri yang boleh membendung rasuah dan melayan setiap orang dengan adil.

Sementara itu, sebahagian besar kaum Cina (28.5%) yang ditemu ramah memilih "kemahiran ekonomi dan pengurusan" sebagai satu daripada dua kriteria utama dalam memilih seorang perdana menteri, diikuti dengan "pendirian tegas terhadap rasuah" (27.2%) dan "adil kepada semua kaum" (18.5%).

Orang India lebih mengutamakan seorang perdana menteri yang "adil kepada semua kaum" (38.2%) dan "rajin" (17.6%), menurut kajian tersebut.

Tanpa mengambil kira faktor kaum, responden yang tidak membuat keputusan sama ada untuk menyokong BN atau PR kebanyakannya memilih 'pendirian tegas dalam membendung rasuah sebagai satu daripada dua kriteria tertinggi mereka (21.5%), diikuti kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman (17.8%), kemahiran ekonomi dan pengurusan (17.3%) dan adil/saksama kepada semua kaum (17.3%).

Penyokong BN paling menekankan kepada kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman  (30.5%) dan pendirian tegas terhadap rasuah (22.3%), manakala penyokong PR memilih pendirian tegas terhadap rasuah (21.4%) dan kemahiran ekonomi dan pengurusan ( 22.6%).

Secara keseluruhannya, adil/saksama kepada semua kaum adalah kriteria yang paling popular bagi seorang perdana menteri di kalangan rakyat Malaysia, dengan 12% daripada responden memilihnya sebagai kriteria pertama mereka, dan 29% mengatakan ia adalah kriteria kedua mereka.

Kebolehupayaan dalam hal-hal keislaman merupakan pilihan kedua, dengan 22% memilihnya sebagai kriteria utama mereka dan 9% memilihnya sebagai kriteria kedua. Ketiga ialah berpendirian tegas terhadap rasuah, dengan kebanyakan rakyat Malaysia (23%) memilihnya sebagai kriteria yang pertama, dan 3% meletakkannya sebagai kedua paling penting.

Dalam Umno, pemimpin tertinggi seperti Najib, Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sering menggambarkan diri mereka sebagai pembela Islam dan umat Islam, dalam satu keadaan yang semakin meminggirkan masyarakat bukan Melayu, yang kebanyakannya mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 2013.

Najib menonjolkan dirinya sebagai perdana menteri Islam sederhana di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa, dan berucap menentang keganasan yang diteruskan militan seperti Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

PR memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kerana beliau turut membawa imej Islam yang sederhana, dan sering menyelitkan ucapan beliau dengan ayat al-Quran dan kata-kata ulama Islam seperti Yusuf Al Qaradawi. Ketua pembangkang itu juga pernah  berkhidmat sebagai presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dari 1974-1982.

Tinjauan ini melibatkan 1,008 responden yang layak mengundi, ditemu bual melalui telefon dari 21-30 Januari dan dipilih secara rawak berstrata mengikut etnik, jantina, umur dan kawasan Parlimen.

Semua kawasan Parlimen mengambil bahagian dan pemilihan responden bersesuaian dengan bilangan penduduk. – 14 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.


Zack Ahmad's photo.Pada saya, bila membaca kriteria yang layak dan mempunyai latar belakang agama, tidak lain tidak bukan DS ANWAR IBRAHIM lah orangnya yang layak dilantik menjadi PM.

'Jangan main kaset Al-Quran dalam masjid'

Posted: 13 Mar 2015 09:00 PM PDT

 
 
Umat Islam dinasihatkan agar tidak memainkan kaset bacaan ayat suci al-Quran di dalam masjid atau surau seperti sebelum waktu solat.
  
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata ini kerana Nabi Muhammad SAW sendiri melarang jemaah yang berada di dalam masjid membaca al-Quran dengan suara nyaring, inikan pula jika menggunakan kaset yang bunyinya boleh kedengaran hingga ke luar masjid atau surau.
  
Beliau menyatakan demikian pada sesi soal-jawab program Semarak Dakwah Ehya' Masjid di Masjid Behor Empiang di Kangar malam tadi.
  
Beliau berkata Nabi Muhammad melarang membaca al-Quran dengan suara nyaring dalam masjid kerana ia boleh mengganggu tumpuan jemaah lain yang datang ke masjid untuk beribadah.
  
"Jika memasang kaset bacaan al-Quran sebelum masuk waktu solat seperti solat Subuh, tentu akan menggangu orang lain di persekitaran masjid atau surau, yang mungkin sedang tidur, dan ini dilarang oleh Islam," ujarnya.
  
Kepada soalan lain, Asri berkata umat Islam tidak dilarang untuk berqasidah kerana ia merupakan syair, namun liriknya perlu tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
  
Mengenai penggunaan alat-alat muzik, beliau berkata terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam perkara tersebut kerana terdapat ulamak yang membolehkan dan ada yang tidak membenarkannnya.
  
Namun bagi beliau secara peribadi, beliau berkata ia boleh digunakan jika tidak membawa kepada keruntuhan akhlak.
 
Bernama
 

Dialog Isu Semasa PAS dibatalkan - Ikuti apa kata penaja......

Posted: 13 Mar 2015 08:30 PM PDT

 

Siri 1 : Dialog Isu-Isu Semasa PAS 1. Dukacita dimaklumkan bahawa program yang dijadualkan berlangsung pada malam ini, Jumaat 13 Mac 2015 tidak dapat diteruskan sebagaimana dirancang oleh sebab campurtangan pimpinan atasan.

2. Penganjuran program sebegini seharusnya diraikan dalam dunia langit terbuka hari ini bagi membuktikan kemampuan PAS menguruskan konflik dalaman secara tertib dan rasional. Ia seharusnya dilihat sebagai satu pembuktian bahawa walaupun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan PAS, namun ia berlangsung dalam penuh harmoni.

3. Penganjuran program ini bukanlah bagi memberi ruang kempen kepada mana-mana pihak. Pihak kami sedaya upaya cuba bagi mewujudkan barisan panelis yang seimbang dan mewakili jalur pemikiran yang dominan di dalam PAS.

Namun begitu, sikap sesetengah pimpinan yang lebih selesa berpencak silat dengan bayang-bayang sendiri di media sosial berbanding hadir ke forum terbuka cukup mengecewakan.

Pertukaran tempat dan tarikh program ini sedikit sebanyak berpunca dari kesukaran mendapatkan panelis yang mampu dilihat sebagai mewakili jalur pemikiran dominan di dalam PAS.

4. Penganjuran program sebegini wajar dilihat sebagai wadah terbaik dan bukan sekadar alternatif dalam menyatukan kepelbagaian jalur pemikiran di dalam PAS. 


Memberikan platform kepada pimpinan untuk bertukar pandangan jelas lebih baik berbanding kewujudan pelbagai akaun palsu seperti El-Haraki dan Tok Usin Ceroi di laman sosial yang bukan sahaja gagal menonjolkan akhlak siyasah Islam, malahan sanggup mengamalkan gaya politik Machiavelli dalam mencapai matlamat mereka untuk menjatuhkan pimpinan yang berbeza pandangan.

Dakwaaan tentang keterlibatan pimpinan PAS kawasan tertentu dalam merancang kewujudan akaun sebegini seharusnya diambil serius oleh pimpinan tertinggi PAS.

5. Walau bagaimanapun, kami tetap komited dalam meneruskan agenda pencerahan sebegini pada masa akan datang. Kami percaya apa yang berlaku tidak akan berterusan jika ada pihak yang sedia memberikan lebih banyak telinga daripada mulut. 6.

Kita jumpa di Siri 2 : Dialog Isu-Isu Semasa PAS pada masa akan datang! Junaidi bin Mohamad Jurucakap AJK Penganjuran Dialog Isu-Isu Semasa PAS


al-Husseyn.

1MDB & Pendidikan: Dua-dua PM, timbalan harus undur...!!!

Posted: 13 Mar 2015 08:00 PM PDT


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa supaya perdana menteri dan timbalannya meletakkan jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kedudukan pendidikan negara semakin corot dalam ujian piawaian antarabangsa.

Dalam kenyataan medianya hari ini, Kit Siang berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletakkan jawatan mereka memandangkan isu 1MDB yang dilihat semakin serius serta prestasi pendidikan di negara ini yang tidak memuaskan.

"Negara bukan sahaja memerlukan seorang menteri kewangan yang baru, tetapi juga menteri pendidikan yang baru. "Ini menjadi keperluan yang ditekankan selepas Muhyiddin hari ini menyatakan rasa terkejut dengan prestasi hambar pelajar Malaysia dalam penilaian antarabangsa," katanya.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata, selepas 15 bulan Muhyiddin menjadi menteri pendidikan, timbalan presiden Umno itu dilihat masih gagal untuk mengetahui punca kepada masalah yang dihadapi pelajar di negara ini.

"Muhyiddin nampaknya tidak menyedari bahawa beliau sebenarnya telah mempengerusikan penyusutan standard pendidikan yang berpanjangan di kalangan pelajar Malaysia sepanjang enam tahun lalu.

"Berdasarkan rekod menyedihkan sepanjang sepuluh tahun Muhyiddin menjadi menteri pendidikan ini sahaja, beliau seharusnya meletakkan jawatan.

"Malaysia tidak memiliki pendidikan bertaraf dunia, tidak kira pendidikan rendah, menengah mahupun peringkat tinggi," kata Kit Siang lagi.

Muhyiddin hari ini mengatakan rasa terkejut apabila mengetahui Malaysia berada di kedudukan tercorot ujian piawaian antarabangsa walaupun kerajaan memperuntukkan dana besar dalam sistem pendidikan negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, laporan ujian di peringkat antarabangsa seperti Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (Pisa) dan Pengajian Antarabangsa Matematik dan Sains (TIMSS) membuktikan prestasi pelajar Malaysia masih belum cukup cemerlang.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Pekerja terpaksa solat bersembunyi

Posted: 13 Mar 2015 07:30 PM PDT

Hangpa tengok sat apanama kilang kat Kulim yang tak bagi kakitangan solat nie..!!

 

Pekerja terpaksa solat bersembunyi
Haiza sedang ditemu ramah wartawan.

KULIM - Hampir setahun seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar ini yang hanya mahu dikenali Haiza, 28, terpaksa menunaikan solat secara bersembunyi di tempat kerjanya.

Haiza yang juga terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa setelah kematian kedua orang tuanya berkata, sejak dari mula dia memperoleh pekerjaan tersebut pihak syarikat telah memberi peringatan mengenai perkara itu.

Menurutnya, akibat terdesak dan memerlukan wang untuk menanggung perbelanjaan adik-beradiknya dia terpaksa menerima pekerjaan tersebut dan akur akan syarat itu.

"Pada awal saya ditemu duga lagi pihak syarikat telah memberitahu tidak boleh solat di tempat kerja, namun saya terpaksa terima pekerjaan itu kerana keadaan mendesak.

"Saya terpaksa mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga dan lokasi yang dekat dengan tempat tinggal supaya mudah untuk memantau adik-beradik saya.

"Saya memang terkejut dengan syarat tersebut namun seorang staf di bahagian sumber manusia syarikat tersebut sempat berpesan supaya melakukan solat secara sembunyi," katanya kepada Sinar Harian.

PAS akan dengar sendiri kenyataan Hanipa berkenaan menegur presiden - Mustafa Ali

Posted: 13 Mar 2015 07:00 PM PDT

 

KOTA BHARU: PAS akan memanggil Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang dikatakan lantang menyuarakan pandangannya termasuk kenyataannya yang menasihati semua ahli PAS agar lebih berani dalam memberi teguran kepada Presiden Datuk Seri Hadi Awang, demi kebaikan parti.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, beliau akan mendengar sendiri kenyataan dari Hanipa dan tidak melalui kenyataan yang dikeluarkan media.

"Saya akan panggil dia (Hanipa) untuk mendapatkan penjelasan sebenar apa-apa yang awak dilaporkan dan mendapatkan penjelasan sebenar apa yang dia cakap," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS Pusat yang turut dihadiri oleh Presiden dan Timbalan Presiden Mohamed Sabu yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di sini petang tadi.

Hanipa sebelum ini berkata ahli PAS diminta lebih berani menegur presiden.

Malah, beliau berkata, mereka yang tidak mahu menyuarakan kelemahan pemimpin, adalah kalangan yang merosakkan parti itu sendiri.

Beliau berpegang kepada prinsip jangan menyokong presiden kepada membawa rebah.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mustafa menjelaskan ahli PAS di seluruh negara kini berjumlah lebih 1 juta 3 ribu orang


Jumlah ini melebihi sasaran yang ditetapkan PAS.


KedahLanie

PRU14 - PAS dijangka tanding semua kerusi DUN dan Parlimen

Posted: 13 Mar 2015 06:30 PM PDT

Demi semangat melayu yang berkobar-kobar dalam jiwa kopiah putih, besar kemungkinan PAS akan meletakkan calon dalam di semua peringkat dalam PRU14. Agenda melayu sesetengah pemimpin PAS akan menjadi punca mereka berbuat demikian.

Apabila berlaku pertandingan tiga penjuru, umno/bn hampir pasti akan memenangi mana-mana kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU14 kelak. 
 
Dengan itu maka tercapailah hajat pejuang-pejuang melayu dalam PAS yang ingin melihat melayu terus bertahta di singgahsana pentadbiran negara dan dalam masa yang sama terus membiarkan melayu berstatus pengundi jadi hamba kepada sebuah kerajaan yang boros dan korup.

Apa yang belaku di Kota Damansara dan Penang dalam PRU 13 adalah pemangkin kepada lebih banyak pencabulan perjanjian PAS/DAP/PKR.


JOM TENGOK KOPIAH PUTIH PUNYA WAYANG
Sudah sampai masanya menukar pucuk pimpinan - Salahuddin Ayub PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.
Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka. "Perubahan pucuk pimpinan (menukar presiden) tidak harus menggambarkan ketidakpercayaan kepada parti dan kepimpinan, ia perlu dilihat secara positif.

"Itu suara yang dikemukakan oleh akar umbi yang semakin berani menyuarakan pandangan mereka. Parti ini perlu melalui proses perubahan kerana ia akan mematangkan PAS," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin PAS yang meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang melepaskan jawatan presiden bagi memberi laluan kepada pemimpin muda menerajui parti Islam itu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, perubahan pucuk pimpinan akan menjadi perkara biasa dan biarpun ia harus bermula dengan salah tanggap dan tafsiran daripada sesetengah pihak. Pada Khamis, Abdul Hadi dilaporkan berkata, beliau sedia dicabar pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Beliau dipetik sebagai berkata, perkara itu selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan PAS yang menyatakan jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden hendaklah dipilih dan dilantik pada Muktamar Tahunan PAS setiap dua tahun.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.

Persoalan tentang jawatan presiden PAS menjadi tumpuan ramai selepas PAS Kota Bharu menyatakan hasrat untuk mencalonkan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar Hadi. Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak pencalonan itu.
Kedudukan Abdul Hadi turut dipersoalkan selepas beliau dilihat tidak mengambil pendirian sama dengan sekutu mereka, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam beberapa isu di peringkat nasional.

Pencalonan peringkat kawasan PAS bagi jawatan peringkat pusat akan ditutup pada 30 April, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun nanti
Penganut Agama melayu(hidden) Semenanjung

wakakaka

Mahathir Pertikai Sumber Kekayaan Anak Tiri Najib

Posted: 13 Mar 2015 06:00 PM PDT

 



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.

"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

" Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London. 


Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza.

Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion.

- tranungkite

YB Nurul Izzah sifatkan kehadiran polis tidak wajar

Posted: 13 Mar 2015 05:30 PM PDT

 

Susulan Laporan Zul Noordin, Polis Ke Rumah Nurul Izzah

 
KOTA BHARU: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memaklumkan empat anggota polis datang ke rumahnya petang tadi, berhubung laporan polis yang dibuat bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Katanya, tindakan polis terbabit hadir ke rumahnya tidak wajar sama sekali kerana dia sudah membuat temujanji akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi Isnin ini.

"Sebaik tiba di rumah dari melawat bapa di penjara, empat anggota polis datang ke rumah saya jam 3.30 petang memaklumkan saya disiasat mengikut Akta Hasutan susulan laporan polis yang dibuat Zulkifli.

"Saya memaklumkan kepada polis saya perlu pergi ke Kelantan untuk menghadiri ceramah dan akan pergi ke IPD Dang Wangi seperti dijadualkan.


"Saya tidak tahu apa nasib saya. Mungkin saya akan ditangkap polis pada bila-bila masa sahaja. Tolong doakan saya," katanya ketika ditemui di Forum Solidariti Untuk Anwar, di sini.

Semalam, Zulkifli membuat laporan polis berhubung kenyataan Nurul Izzah yang mempertikai penghakiman dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes liwat bapanya pada 10 Februari lalu.


Bloglist Malaysia

RUKUN IMAN 6 PERKARA DAN RUKUN ISLAM 5 PERKARA.

Posted: 13 Mar 2015 05:00 PM PDT

'Kenyataan ini memang bodoh rasanya.. Setuju@ tidak anda dgan beliau..'Politik umno tak ikut ugama, tak tahu 'mana satu ugamanya', sebarang kerja buat hal politiknya TIDAK DAPAT PAHALA DISISI ALLAH....UMNO (BARU) TOGHUT.....!!! dari macai hingga pemimpinnya dan muftinya sama saja kenyataan tidak menjurus kepada Islam...!!! Boleh di kongsi bagi memelihara AQIDAH IMAN:
 
 

Peguam Umno cuba henti usaha debat tindakannya dalam AGM Majlis Peguam esok OLEH JENNIFER GOMEZ

Posted: 13 Mar 2015 09:00 AM PDT



Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan cuba memohon injunksi ex-parte bagi menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikatakan cuba memohon injunksi ex-parte bagi menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah beralih kepada mahkamah dalam usaha untuk menghentikan gerakan terhadap tindakannya selepas sabitan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibahaskan di Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Peguam Malaysia esok.

Jadual berkenaan pendengaran kes yang melibatkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dipaparkan menerusi sistem e-filling kehakiman. efilling.kehakiman,gov.my, 13 Mac, 2015.Jadual berkenaan pendengaran kes yang melibatkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dipaparkan menerusi sistem e-filling kehakiman. – Gambar efilling.kehakiman,gov.my, 13 Mac, 2015.Sumber berkata Shafee berkemungkinan akan memohon injunksi ex-parte.

Dalam permohonannya, Shafee menamakan peguam Perlembagaan Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George, yang mencadangkan serta menyokong usul masing-masing, Majlis Peguam Malaysia dan presidennya Christopher Leong sebagai responden.

Kes itu disenaraikan didengar hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad.

The Malaysian Insider cuba menghubungi Shafee untuk mendapatkan pengesahan. – 13 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Dr Mahathir persoal sumber kekayaan anak tiri Najib

Posted: 13 Mar 2015 08:30 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengisytiharan harta kekayaan keluarganya yang kini menjadi persoalan ramai menerusi tulisan di dalam blog peribadi beliau.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengisytiharan harta kekayaan keluarganya yang kini menjadi persoalan ramai menerusi tulisan di dalam blog peribadi beliau.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa.

Bekas perdana menteri itu berkata ia adalah apa yang rakyat ingin tahu selepas Riza muncul sebagai produser bersama di Hollywood bagi filem calon anugerah Oscar "Wolf Wall Street" filem, yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.

"Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika,"," kata Dr Mahathir dalam catatan blognya chedet.cc.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil daripada perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?"

Riza menimbulkan persoalan dengan siri pembelian hartanah walaupun hanya bertugas sebagai seorang jurubank junior di London.

Ini didedahkan dalam artikel oleh New York Times baru-baru ini, yang menampilkan ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan harta serta peranannya sebagai pelabur hartanah, transaksi yang melibatkan pelbagai pihak, termasuk Riza.

Low juga dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion. – 13 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

1MDB punca BN akan kalah pilihan raya?

Posted: 13 Mar 2015 08:00 AM PDT

 
Walaupun penerangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diterima oleh akar umbi Umno, besar kemungkinan BN kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang

"Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat.

"Ingatlah undi orang Umno  sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya," kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 8 Mac lalu, kira-kira 160 ketua-ketua Umno bahagian dikatakan berpuas hati dengan penjelasan Najib sebagai presiden parti berhubung isu 1MDB.

Menulis di blog hari ini, Mahathir (kiri) berkata jika tiada siasatan forensik oleh polis dibuat susulan tuduhan beberapa pihak yang terlibat dengan pengurusan 1MDB, sokongan rakyat pada BN akan terus merosot.

"Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi," katanya.

Mahathir juga berkata menyatakan dakwaan dibuat sebagai fitnah semata-mata tidak cukup untuk rakyat menolak tuduhan tuduhan berkaitan 1MDB.

Katanya, rakyat masih tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membincangkannya di mana-mana sahaja.

"Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong BN dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah.

"Dan jika BN ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno tidak lagi bermakna," katanya.
 

Akaun Tunku Azizah tutup lepas sindir Rosmah

Posted: 13 Mar 2015 07:15 AM PDT

 
 
Akaun Instagram yang dikatakan milik Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah ditutup selepas beliau memuat naik status yang kelihatan menyindir isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Akaun itu, yang menggunakan nama 'Tengku Puan Pahang', tidak lagi ditemui di laman sosial berasaskan gambar itu.

Tunku Azizah sebelum ini memuat naik gambar sebungkus nasi dengan tulisan:

"There goes my diet (Ini diet saya)… Oleh kerana nak bayar hairdresser (pendandan rambut) mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!"

Status itu kemudian dikongsi meluas di Internet yang rata-rata penggunanya berpandangan ia ditujukan kepada Rosmah, yang pernah membangkitkan soal bayaran upah mewarna rambut dalam perkhidmatan rumah ke rumah.

Rosmah dalam taklimat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di pejabat Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) mengeluh soal bayaran mahal perkhidmatan rumah ke rumah.

Beliau, antaranya, membangkitkan caj mewarnakan rambut yang mencecah angka RM1,200.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang berada dalam majlis itu tampil membela Rosmah dengan berkata beliau tidak menggunakan khidmat mahal itu tetapi hanya bertanya harga.

Status Tunku Azizah itu ditandai butang "like" lebih 1,000 kali oleh pengguna Instagram.

Walaupun tidak menyebut nama secara khusus, pembaca dilihat memahami maksudnya.

Ini antaranya tergambar melalui komen seperti: "Siapa makan cili dia rasa pedas."

Tulisan itu kemudian disunting dengan dipendekkan kepada "There goes my diet" sahaja.

Bagaimanapun akaun itu hari ini tidak dapat dikesan.


Malaysiakini

Pencuri pecah masuk pejabat 2 wakil rakyat DAP

Posted: 13 Mar 2015 06:30 AM PDT

 
 
Pencuri memecah masuk pejabat dua wakil rakyat DAP, anggota Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dan Anggota Dewan Undangan
Negeri Dudong Yap Hoi Leong, di Jalan Aman di Sibu malam tadi.
  
Kejadian itu disedari seorang petugas yang tiba di pejabat berkenaan pada pukul 8 pagi ini.
  
Penjenayah dipercayai mengumpil jeriji logam dan pintu untuk masuk ke pejabat itu dan melarikan sebuah komputer meja lama dan sebuah komputer riba.
  
Ketua polis Sibu ACP Mohd Kamal Kordi yang dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu dan mengarahkan anggotanya menjalankan penyiasatan.
 
Bernama
 

Bos dituduh pegang punggung pekerja dalam lif..??

Posted: 13 Mar 2015 05:45 AM PDT

  Seorang ketua pegawai operasi sebuah syarikat percetakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, bulan lepas.

K.S. Vasan, 52, didakwa mencabul dengan memegang dada wanita yang berumur 32 tahun di sebuah pejabat di Mont Kiara, Sentul di sini, pukul 10.30 pagi, 23 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Vasan didakwa telah memegang punggung mangsa di dalam lif bangunan pejabat itu antara pukul 9 hingga 6 petang, antara Disember 2014 hingga Januari lepas.

Tertuduh turut didakwa memegang pinggang mangsa di tangga kecemasan di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan tersebut dan menetapkan 26 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Ravindran.


Malaysiakini (BM Version).

Tuntutan saman keluarga Altantuya mungkin dipinda

Posted: 13 Mar 2015 05:00 AM PDT

 
Tuntutan saman sivil RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu berhubung kematian wanita Mongolia itu
berkemungkinan besar dipinda berdasarkan keterangan terbaharu yang terkandung dalam rekod rayuan Mahkamah Persekutuan.
  
Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan tiga anggota keluarganya berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Asyida Abd Rahim@Ibrahim hari ini menetapkan tarikh pengurusan kes tuntutan saman sivil berkenaan pada 23 April depan.
  
Beliau berkata pihaknya menerima dokumen dan rekod rayuan relevan bersabit kes jenayah pembunuhan kejam wanita itu oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada Mahkamah Persekutuan, minggu lepas.
  
"Banyak rekod yang kita terima berhubung kes berkenaan dan memerlukan masa untuk penelitian sebelum berkemungkinan besar meminda saman sivil itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini.
  
Pada 4 Jun 2007, Setev dan ibu Altantuya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelakinya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia.

Dalam saman itu, keluarga Altantuya menuntut pampasan RM100 juta.
  
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.
  
Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.
  
Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.
  
Bagaimanapun, pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Dalam kenyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.
  
Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar manakala cebisan mayatnya ditemui di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.
  
Keluarga itu mendakwa Abdul Razak bersubahat dengan kedua-dua anggota polis terbabit untuk membunuh Altantuya.
  
Keluarga Altantuya mendakwa akibat daripada perbuatan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak, mereka mengalami kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu serta satu-satunya pencari nafkah untuk mereka.
  
Saman sivil yang difailkan lebih enam tahun lepas itu tertangguh kerana pihak Mahkamah Tinggi mahu prosiding jenayah berhubung kes berkenaan diselesaikan terlebih dahulu.
  
-Bernama
 

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib

Posted: 13 Mar 2015 04:15 AM PDT

 
 

Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu..."





Malaysiakini

Berita Ini Menghantui Pengamal Undang-Undang - ADDIN

Posted: 13 Mar 2015 03:30 AM PDT

 
Berita Ini Menghantui Pengamal Undang-Undang. Pada pertengahan Disember 2012, sekumpulan peguam terkemuka Malaysia berkumpul untuk minum-minum di sebuah bar lewat di hotel mewah di Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis perkahwinan.

Apa sebenarnya yang terjadi di kalangan sekumpulan kawan berkenaan pada malam itu ialah fokus kini kepada siasatan hampir 2 tahun membabitkan dakwaan salah laku terhadap salah seorang daripada mereka, yang dituduh salah laku profesional dalam kes pembunuhan berprofil tinggi, seorang wanita Mongolia, 9 tahun lalu.

Selepas 6 bulan menyoal berdozen saksi, termasuk mereka yang hadir pada parti itu, 3 ahli panel tatatertib Majlis Peguam Malaysia dijangka membuat keputusan pada minggu-minggu akan datang sama ada Cecil Wilbert Mohanraj Abraham bertindak tidak mengikut profesionalisme atau tidak.

Abraham dituduh bertindak tidak sewajarnya dengan mendraf akuan berkanun kedua seorang penyiasat persendirian yang bertentangan dengan pengakuan bersumpah pertamanya.

Pengkritik mendakwa itu adalah sebahagian daripada konspirasi untuk mengehadkan kegagalan daripada pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu oleh dua orang bekas anggota polis Unit Tindakan Khas.

Berita Ini Menghantui Pengamal Undang-Undang

Dua anggota polis itu, pada waktu pembunuhan wanita berkenaan, adalah sebahagian daripada pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak yang juga timbalan perdana menteri masa itu.

Abraham, yang enggan mengulas kepada soalan untuk artikel ini, tidak pernah membuat sebarang komen umum terhadap tuduhan yang kali pertama muncul pada hujung 2012 di mana beliau terbabit dalam menyediakan kenyataan oleh penyiasat terbabit.

Peguam yang mahir dengan prosiding tribunal berkata Abraham memberi keterangan baru-baru ini, beliau tidak terbabit dalam apa juga cara menyediakan kenyataan itu.

Tetapi tribunal berkenaan juga mendengar keterangan daripada peguam lain yang bertegas menyatakan Abraham secara sembunyi mengakui peranannya mendraf akuan berkanun itu, yang juga menjadi subjek perbincangan dalam sesi minum-minum pada pertengahan Disember itu.

Kes tatatertib adalah biasa dalam Majlis Peguam Malaysia, yang mempunyai hampir 15,000 peguam sebagai ahli.

Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara – badan berkecuali di bawah Majlis Peguam diberi kuasa menyiasat salah laku profesional – menerima sebanyak 600 aduan terhadap peguam setiap tahun.

Aduan berkenaan kebanyakannya membabitkan ketidakjujuran di kalangan peguam yang menyalah guna dana milik anak guam mereka.

Ada beberapa yang menarik perhatian masyarakat awam dan contohnya ialah aduan terhadap Abraham. Inilah sebabnya.

VIDEO - Penjelasan Governor Bank Negara Mengenai Kejatuhan Ringgit ??

Posted: 13 Mar 2015 02:45 AM PDT


Shahidan setuju BN hilang sokongan jika GST bebankan rakyat

Posted: 13 Mar 2015 02:00 AM PDT

 
'Friday, 13 March 2015.  Shahidan setuju BN hilang sokongan jika GST bebankan rakyat  Datuk Seri Shahidan Kassim bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Barisan Nasional (BN) akan kehilangan sokongan jika cukai yang diperkenalkan membebankan rakyat.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata jika penerangan yang kurang tepat diberikan kepada rakyat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia mampu mengurangkan sokongan undi rakyat kepada BN.  "Kalau GST mendatangkan masalah kepada rakyat, memang rakyat tidak mengundi kita dan kita terang tidak berapa tepat kepada rakyat, rakyat tidak sokong kita, memang undi kuranglah.  "Tetapi kalau GST mendatangkan keuntungan, rakyat akan sokong. Kita kena ingat GST dibuat bukan untuk kerajaan, ia untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian.  Shahidan mengulas pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir pada Rabu yang mendakwa rakyat berhak memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan.  Merujuk kepada pelaksanaan GST bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.  "Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya.  "Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.  Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.  Datuk Seri Shahidan Kassim bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Barisan Nasional (BN) akan kehilangan sokongan jika cukai yang diperkenalkan membebankan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata jika penerangan yang kurang tepat diberikan kepada rakyat mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), ia mampu mengurangkan sokongan undi rakyat kepada BN.

"Kalau GST mendatangkan masalah kepada rakyat, memang rakyat tidak mengundi kita dan kita terang tidak berapa tepat kepada rakyat, rakyat tidak sokong kita, memang undi kuranglah.
"Tetapi kalau GST mendatangkan keuntungan, rakyat akan sokong. Kita kena ingat GST dibuat bukan untuk kerajaan, ia untuk rakyat," katanya kepada Sinar Harian.

Shahidan mengulas pandangan yang dilontarkan Dr Mahathir pada Rabu yang mendakwa rakyat berhak memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan.

Merujuk kepada pelaksanaan GST bulan depan, Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

"Ia adalah hak rakyat untuk bertindak balas. Jika ini beban kepada mereka, mereka boleh memberitahu kerajaan... 'jangan tambah apa-apa cukai lagi'," katanya.

"Jika anda mengenakan cukai, kita tidak akan undi anda lagi", katanya.

Bekas perdana menteri yang lantang itu berkata demikian mengulas kenyataan tidak semua ubat-ubatan, termasuk yang penting, akan dikecualikan daripada GST.

"Hanya ubat-ubatan di bawah National Essential Drug List tidak dikenakan cukai," katanya.

Beliau berkata, tidak dapat dielakkan di mana kos penjagaan kesihatan akan meningkat dengan GST yang akan dikenakan ke atas "semua perkara". – tmi
 


Bloglist Malaysia.

VIDEO - 'Haron Din sebagai mursyidul am PAS mengecewakan'

Posted: 13 Mar 2015 01:15 AM PDT