Khamis, 12 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Dedah kelemahan Hadi elak PAS terus rosak, kata pemimpin OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 12 Mar 2015 10:15 PM PDT


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin bercakap di forum 'Ke Mana PAS Tanpa Tok Guru Nik Aziz', semalam. Beliau berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin bercakap di forum 'Ke Mana PAS Tanpa Tok Guru Nik Aziz', semalam. Beliau berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

Sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti, kata Mohamed Hanipa Maidin.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu berkata, pimpinan perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

"Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah," kata ahli Parlimen Sepang itu pada sebuah forum bertajuk "Ke mana PAS tanpa Tuan Guru Nik Aziz", anjuran portal Malaysiakini di Petaling Jaya, malam tadi.

"Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya."

Hanipa berkata apa yang berlaku kepada Hadi kini mirip sebagaimana yang digambarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menerajui kerajaan.

Katanya, Dr Mahathir pernah menceritakan segala apa yang dilakukannya dianggap betul kerana tiada siapa yang berani menegur.

"Beliau juga menceritakan bagaimana dalam sebuah kerajaan, apabila raja terlampau takut ditegur, suatu hari raja berbogel, orang boleh kata cantik, padahal raja berbogel," katanya.

Hanipa yang juga seorang peguam itu turut mengulas kenyataan mursyidul am PAS yang baru Datuk Haron Din yang menggesa Hadi dikekalkan sebagai presiden.

Katanya, kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian yang dipegang selama ini oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Ini bagi saya tidak sepatutnya keluar daripada mulut mursyidul am yang menggantikan Nik Aziz. Saya bukan tak hormat Haron tetapi kita perlu hormat mereka yang mendraf perlembagaan PAS.

"Jangan kita menganggap perwakilan seolah-olah tiada nilai dalam PAS sehingga terus dihimpit mesti pilih (calon tertentu). Maknanya kita tak hormat perlembagaan PAS sedangkan kewujudan mursyidul am pun daripada perlembagaan PAS," katanya.

Semalam, Haron menyifatkan belum tiba masanya untuk menukar presiden PAS dan ahli parti itu perlu taat kepada Hadi.

"Riak dan maklum balas daripada masyarakat, sejauh yang saya dapat rasakan adalah kebanyakan ahli PAS rasa belum perlu tukar presiden.

"PAS Kota Baru sahaja yang suarakan (tentang penukaran itu)," katanya kepada Sinar Harian.

Hanipa berkata ulama PAS pada hari ini walaupun arif dalam soal hukum-hakam agama tetapi mereka gagal memahami landskap politik semasa.

Katanya, golongan berkenaan hidup dalam dunia yang mereka bina sendiri dan terkepung dalam ketakutan serta kegelisahan.

"Mereka yang balik dari Timur Tengah, kalau daripada segi menghafaz, tafsir hadis dan al-Quran ini sempurna tetapi gagal memahami realiti. Kalau tanya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dia pun tak tahu 1MDB. Ini realiti dalam PAS.

"Sekarang ini kepelbagaian dianggap satu ancaman dan menyusahkan maka lahirlah istilah 'walla' dan sebagainya," katanya.

Forum yang turut dibarisi panelis seperti Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kayat, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib, Pengerusi Islamic Renaissance Front Dr Ahmad Farouk Musa dan Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar itu turut dihadiri kira-kira 50 orang semalam.

Forum itu dipengerusikan oleh Pengarang Malaysiakini Jimadie Shah Othman. – 13 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

80% pencarum KWSP tahun ini cecah usia 55 dengan simpanan bawah garis kemiskinan OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Posted: 12 Mar 2015 09:15 PM PDT

 '80% pencarum KWSP tahun ini cecah usia 55 dengan simpanan bawah garis kemiskinan  OLEH SHERIDAN MAHAVERA  Published: 13 March 2015.  Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.  Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.  Hampir 80% daripada pekerja yang akan mencecah umur 55 tahun pada tahun ini tidak akan mempunyai duit simpanan mencukupi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hidup atas garis kemiskinan, menurut perangkaan yang dikeluarkan ketua pegawai eksekutifnya.  Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar, kiri) berkata, para pekerja ini tidak akan mempunyai jumlah simpanan KWSP mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan RM800 sebulan, yang hampir dengan pendapatan purata bagi garis kemiskinan Malaysia iaitu RM830, untuk 20 tahun akan datang.  Ini kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh gaji yang rendah apabila mereka mula menyumbang kepada dana dalam tahun 1980-an, dan terus mendapat gaji rendah sehingga umur 55, kata Shahril yang tidak memberikan jumlah sebenar bagi kelompok yang akan bersara ini.  Ini mendedahkan masalah pendapatan yang rendah di kalangan majoriti pekerja Malaysia walaupun Putrajaya berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun.  Menurut Shahril, lebih 75% daripada 14 juta pencarum KWSP berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Kira-kira 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan, manakala mereka yang berpendapatan lebih daripada RM5,000 adalah dalam 10%.  KWSP menetapkan RM196,800 sebagai nilai ambang simpanan yang akan membolehkan pencarum menghabiskan sekurang-kurangnya RM800 sebulan untuk tempoh 20 tahun akan datang.  Nilai ambang ini disemak semula setiap tiga tahun dengan mengambil kira inflasi.  Hanya kira-kira 20% daripada pencarum yang akan mencecah usia 55 tahun ini dijangka mempunyai RM196,800 dalam jumlah simpanan. Peratusan yang tinggal mungkin lebih kurang sama pada tahun-tahun akan datang, kata Shahril.  "Daripada segi sejarah, kita mempunyai persekitaran gaji yang rendah, maka peratusan yang naik sedikit sahaja.  "Sebab itu kita memberitahu pencarum agar tidak mengeluarkan simpanan mereka sehingga usia 60 tahun, apabila mereka benar-benar bersara.  "Dalam tempoh lima tahun itu, mereka boleh mendapat tambahan 40% melalui faedah kompaun," kata Shahril ketika ditemui selepas ceramah anjuran Persatuan Alumni Chevening di Kuala Lumpur malam tadi.  Angka-angka ini, kata beliau mencerminkan realiti baru kehidupan bekerja di Malaysia, di mana mereka terpaksa bekerja selepas usia 55 bagi memastikan mempunyai simpanan mencukupi sepanjang hayat mereka.  "Ini merupakan trend di negara-negara maju dan kita juga menuju ke arah yang sama. Realitinya anda tidak boleh bersara dan menikmati kehidupan bersara pada usia 55 tahun lagi. "  Umur yang ditetapkan itu adalah pada 1950 dan tidak pernah berubah dengan mengambil kira jangkaan hayat yang lebih panjang, katanya. Hari ini, manusia dijangka hidup sehingga berusia 70-an.  Trend ini diburukkan lagi dengan hakikat Malaysia adalah sebuah negara yang pesat usia tua; pada 2030, 17% daripada penduduk akan berusia di atas 65 tahun, katanya.  Pada 2040, mereka yang berumur 65 tahun akan melebihi bilangan individu lebih muda.  "Oleh itu, kita memerlukan dasar untuk menanganinya, seperti latihan celik kewangan supaya anak-anak muda sedar akan keperluan menyimpan untuk persaraan dan bagaimana mengintegrasikan pekerja lama dalam pasaran.  "Ini merupakan isu-isu ekonomi maju yang perlu diuruskan dan kita sedang mengalami keadaan yang sama," kata Shahril. – 13 Mac, 2015.  - See more at: http://www.themalaysianinsider.com.' Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.

Lebih 75% daripada 14 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan yang menyebabkan simpanan tidak mencukupi untuk menjalani kehidupan persaraan dengan selesa.

Hampir 80% daripada pekerja yang akan mencecah umur 55 tahun pada tahun ini tidak akan mempunyai duit simpanan mencukupi dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk hidup atas garis kemiskinan, menurut perangkaan yang dikeluarkan ketua pegawai eksekutifnya.

Datuk Shahril Ridza Ridzuan (gambar, kiri) berkata, para pekerja ini tidak akan mempunyai jumlah simpanan KWSP mencukupi bagi membolehkan mereka hidup dengan RM800 sebulan, yang hampir dengan pendapatan purata bagi garis kemiskinan Malaysia iaitu RM830, untuk 20 tahun akan datang.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka memperoleh gaji yang rendah apabila mereka mula 
menyumbang kepada dana dalam tahun 1980-an, dan terus mendapat gaji rendah sehingga umur 55, kata Shahril yang tidak memberikan jumlah sebenar bagi kelompok yang akan bersara ini.

Ini mendedahkan masalah pendapatan yang rendah di kalangan majoriti pekerja Malaysia walaupun Putrajaya berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun.

Menurut Shahril, lebih 75% daripada 14 juta pencarum KWSP berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Kira-kira 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan, manakala mereka yang berpendapatan lebih daripada RM5,000 adalah dalam 10%.

KWSP menetapkan RM196,800 sebagai nilai ambang simpanan yang akan membolehkan pencarum menghabiskan sekurang-kurangnya RM800 sebulan untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Nilai ambang ini disemak semula setiap tiga tahun dengan mengambil kira inflasi.

Hanya kira-kira 20% daripada pencarum yang akan mencecah usia 55 tahun ini dijangka mempunyai RM196,800 dalam jumlah simpanan. Peratusan yang tinggal mungkin lebih kurang sama pada tahun-tahun akan datang, kata Shahril.

"Daripada segi sejarah, kita mempunyai persekitaran gaji yang rendah, maka peratusan yang naik sedikit sahaja.

"Sebab itu kita memberitahu pencarum agar tidak mengeluarkan simpanan mereka sehingga usia 60 tahun, apabila mereka benar-benar bersara.

"Dalam tempoh lima tahun itu, mereka boleh mendapat tambahan 40% melalui faedah kompaun," kata Shahril ketika ditemui selepas ceramah anjuran Persatuan Alumni Chevening di Kuala Lumpur malam tadi.

Angka-angka ini, kata beliau mencerminkan realiti baru kehidupan bekerja di Malaysia, di mana mereka terpaksa bekerja selepas usia 55 bagi memastikan mempunyai simpanan mencukupi sepanjang hayat mereka.

"Ini merupakan trend di negara-negara maju dan kita juga menuju ke arah yang sama. Realitinya anda tidak boleh bersara dan menikmati kehidupan bersara pada usia 55 tahun lagi. "

Umur yang ditetapkan itu adalah pada 1950 dan tidak pernah berubah dengan mengambil kira jangkaan hayat yang lebih panjang, katanya. Hari ini, manusia dijangka hidup sehingga berusia 70-an.

Trend ini diburukkan lagi dengan hakikat Malaysia adalah sebuah negara yang pesat usia tua; pada 2030, 17% daripada penduduk akan berusia di atas 65 tahun, katanya.

Pada 2040, mereka yang berumur 65 tahun akan melebihi bilangan individu lebih muda.

"Oleh itu, kita memerlukan dasar untuk menanganinya, seperti latihan celik kewangan supaya anak-anak muda sedar akan keperluan menyimpan untuk persaraan dan bagaimana mengintegrasikan pekerja lama dalam pasaran.

"Ini merupakan isu-isu ekonomi maju yang perlu diuruskan dan kita sedang mengalami keadaan yang sama," kata Shahril. – 13 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.
 

Cukai, GST, Amanah & Hukum Islam Oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman

Posted: 12 Mar 2015 08:30 PM PDT

gst
gst Sewaktu saya menulis artikel ini, GST telah pun diluluskan oleh kerajaan dan parlimen Malaysia dengan undi majoriti ahli dewan rakyat.

Namun apa pula sebenarnya pandangan ahli fiqh dan ulama berkenaannya?. Banyak perbincangan timbul berkenaan cukai lantaran pengumuman kerajaan untuk memperkenalkan Goods and Service Tax (GST) bermula April 2015 nanti.

Tidak kurang juga yang mengulas berkaitan hukum GST terbabit, ada yang mendakwanya haram secara mutlaq (total), ada juga yang menganggapnya haram kerana sebab-sebab lain dan sebagainya.

Ada pula yang menyebutnya sebagai harus lagi halal. Menteri Agama pula menyatakan tiada keperluan untuk membincangkan hukum GST di peringkat Majlis Fatwa.

HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-


GST_SAMA_HARGA

1. Haramnya cukai secara mutlaq. Mereka berhujjah berdasarkan dalil : a. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil. Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak. b. Sabdaan Nabi sallaallahu 'alaihi wasallam yang menyebut أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه

Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya.

( Riwayat Ahmad : hadis sohih) Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal. c. Sabda Nabi sallaallahu 'alaihi wasallam فوالذي نفسي بيدِه ! لقد تابت توبةً ، لو تابها صاحبُ مُكْسٍ لغُفِرَ لهُ

Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, "Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya.

( Riwayat Muslim : Sohih) Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut 'bertaubat' menunjukkan ianya berdosa. d. Nabi bersabda : إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ

Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan 'Maks' (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti) 2. Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.


GST_TURUN_HARGA

a. Dalil mereka : Sabda Nabi ; إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )

b. Berlandaskan Siyasah Syari'iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :

Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya "Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat).

( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I'tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:-

Ertinya "Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera.

( Al-Mustasfa, 1/426) Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut. 3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.

Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga Sheikh Abu a'la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam.


GST_NAIK_HARGA

(Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan 'Maks' di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu membawa maksud khusus iaitu التي يفرضها بعض الحكام توسعة على أنفسهم وأتباعهم وتضييقا على شعوبهم Ertinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka.

( Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987) Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.

TARJIH PANDANGAN Penulisan ringkas ini tidak mampu untuk membuat tarjihan pendapat yang terkuat secara komprehensif, namun secara umumnya perbincangan hukum cukai dalam Islam tidak dapat lari dari menimbang di antara maslahat kebaikan dan kemudaratan darinya.

Walaupun sewaktu wujudnya dalil-dalil berkaitan cukai, namun menurut majoriti ulama', nas yang berkait dengan urusan siyasah dan pentadbiran mesti dilihat kepada 'illah atau sebab utamanya ianya disebutkan oleh Nabi s.a.w.

Melhat kepada objektifnya iaitu membawa lebih kebaikan berbanding kemudaratan. Beberapa jenis hukum dalam urusan muamalat boleh berubah dengan berubahnya masa dan zaman serta keperluan. Namun apapun, kaedah fiqh ada menyatakan "Menolak Keburukan didahulukan dari Membawa Kebaikan (tambahan)".

Justeru, jika benar tanpa GST atau cukai jualan dan servis, maka ini ekonomi negara bakal terancam, kelangsungan Negara menjadi longgar, tatkala itu cukai boleh berubah menjadi harus dan hal ini boleh dinilai dari masa ke semasa.

Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.

Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.

Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya.

Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

Negara Malaysia yang telah sedia ada cukai jualan dan servis sejak beberapa puluh tahun lepas, namun untuk meniadakannya secara drastik bakal menyaksikan kekalutan pengurusan kewangan, pentadbir awam dan negara berada dalam kesukaran yang dibimbangi membawa lebih mudarat berbanding manfaat.

Jika hukum haram yang ingin dipegang sebagai terkuat, maka sejak berpuluh tahun sebelum ini cukai ini sudah haram dan patut ditegaskan agar tidak perlu dibayar serta jangan dibayar.

Bukanlah sekarang masanya untuk terus menolak cukai secara sepenuhnya.

Berkenaan GST pula, jika mampu dibuktikan sebagai penyusunan semula metode cukai dan seterusnya mampu diurus dengan lebih baik, telus dan lebih kurang menekan berbanding sistem percukaian cukai jualan dan khidmat sebelum ini, maka saya rasakan GST boleh disokong pelaksanaannya atas dasar, mengambil kaedah Fiqh iaitu mengambil yang kurang mudarat di antara dua kemudaratan.

Secara teorinya, namun bergantung kepada pengawasan terhadap para peniaga, GST boleh sama ada menaikkan harga, menurunkan harga atau kekal pada harga biasa. Illustrasi dari pihak savemoney ini mungkin boleh memudahkan gambarannya.

1. GST Tidak Memberi Kesan Kepada Harga GST_SAMA_HARGA 2. GST Boleh Menyebabkan Turun Harga ( Jika peniaga bersifat jujur) GST_TURUN_HARGA 3. GST menyebabkan Naik Harga GST_NAIK_HARGA ANTARA SYARAT

Namun tentunya, keharusan berdasarkan pertimbangan kaedah "yang kurang mudarat dari dua mudarat" ini mestilah diikat dengan beberapa perkara antaranya seperti :- Kadar 6 % patut dimulakan dengan lebih rendah agar tidak berlaku sebarang perubahan drastik terhadap peniaga dan rakyat.

Mungkin kadar 3 % lebih sesuai sebagai permulaan.

Sebarang ketirisan dan kelemahan pengurusan hasil kewangan oleh kementerian yang dibuktikan oleh Jabatan Audit Negara mestilah dikenakan tindakan keras dan segera bagi memastikan setiap hasil cukai yang diterima tidak disalahgunakan oleh pentadbir awam dan ahli politik yang berkuasa.

Kita tidak mahu laporan kelemahan dan salah urus tadbir kewangan yang didedahkan Jabatan Audit Negara pada setiap tahun menjadi hanya bebelan awam secara berkala tanpa sebarang tindakan jitu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia patut diberi kuasa dan kemampuan pendakwaan dengan lebih berkesan agar tiada peniaga yang mampu lari dari GST atau tiada pegawai awam boleh memanipulasi pelaksanaan GST untuk kepentingan mereka.

Pihak KPDNKK mestilah mempunyai mekanisme terbaik dan jitu dengan jumlah pegawai yang mencukupi bagi menangani kenaikan harga yang disengajakan oleh peniaga sejurus GST dikuatkuasakan.

Peruntukan bajet kepada semua kementerian yang BELUM digunakan sewajarnya dilaporkan semula dalam bajet tahun berikutnya.

Jangan dipaksa sesebuah jabatan atau kementerian menghabiskan wang peruntukan sehingga sebahagian mereka 'terpaksa' menghabiskannya kepada perkara yang sia-sia dan merugikan rakyat serta pecah amanah.

Pada waktu beberapa perkara utama ini gagal dipastikan dan jika kemudaratan pula bertambah ke atas peniaga dan rakyat, tatkala itu, pihak yang mengharuskan GST dikira telah membuat keputusan yang memudaratkan ahli negara dan rakyatnya, itu tidak lain membawa kepada dosa dan pengabaian amanah. Wallahu'alam.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman Presiden MURSHID

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Khasiat Jantung Pisang yang Patut Anda Tahu By canang

Posted: 12 Mar 2015 08:00 PM PDT


 ORANG – orang di zaman ini banyak sekali orang yang lebih suka makanan cepat saji dan disaat semakin populernya makanan instan dan makanan kebarat-baratan, ternyata banyak juga yang tidak mengetahui makanan tradisional yang kaya akan sejuta manfaat bagi kesehatan. Makanan tradisional yang kaya akan sejuta manfaat yaitu Jantung Pisang.

Khasiat Jantung Pisang

Semua bagian dari pohon pisang bisa kita manfaarkan mulai dari akar, batang bahkan hingga daunnya. Akan tetapi tak bisa dianggap sepele yaitu pada bagian Jantung Pisang. Banyak sekali kalangan yang menganggap bahwa Jantung Pisang adalah makanan kelas bawah yang dikonsumsi oleh masyarakat kekurangan.

Salah besar apabila Jantung Pisang dikatakan sebagai makanan kelas bawah, berbagai penelitian yang dilakukan oleh para ahli kesehatan berhasil mengungkap Khasiat Jantung Pisang Bagi Kesehatan.

Keberadaan Jantung Pisang saat ini dianggap sampah, akan tetapi jika kita menelusuri keberadaan Jantung Pisang yang semakin terlupakan, ternyata dari sisi lain Jantung Pisang memiliki manfaat yang luar biasa bagi kesehatan.

Jantung Pisang mengandung berbagai zat yang baik bagi kesehatan seperti flavonoid, protein, fosfor, mineral, kalsium vitamin B1, C dan kandungan serat yang cukup tinggi.

Atau dengan kata lain jantung pisang merupakan salah satu bahan pangan yang memiliki kandungan nutrisi paling komplit. Selain itu jantung pisang sangat aman dikonsumsi bagi anda yang sedang menjalani program diet karena kandungan lemaknya sangat sedikit dan memberi rasa kenyang lebih lama.

Kebanyakan orang yang menganggap remeh Jantung Pisang ini karena harganya yang sangat murah dan hanya dikonsumsi oleh kalangan pinggiran.

Sebagian orang lebih memilih untuk membeli dan mengolah sayuran lain seperti sawi, kol dan banyak jenis sayuran lainnya dibandingkan dengan Jantung Pisang yang sering tersisihkan.

Dan pastinya bagi anda yang ingin mengatahui Khasiat Jantung Pisang tersebut, dimana anda bisa mendapatkan informasi mengenai Manfaat Jantung Pisang

Mencegah Terjadinya Stroke

Khasiat jantung pisang lainnya jika dikonsumsi adalah untuk menghalau serangan penyakit jantung juga stroke yang mematikan. Jantung pisang bisa memperlancar sirkulasi darah sebab ia bersifat anti-koagulan yang mencegah terjadinya penggumpalan di dalam darah.

Mengingat penyembuhan penyakit jantung juga stroke terbilang mahal, agaknya jauh lebih baik mencegah dengan konsumsi jantung pisang teratur setiap harinya.

Sangat Baik Untuk Diet

Jantung pisang sangat baik dikonsumsi mereka yang sedang menjalankan program diat rendah lemak sebab salah satu khasiat jantung pisang adalah memberi efek kenyang yang lebih lama dibandingkan nasi dan makanan lainnya. Selain itu, jantung pisang juga mengandung fiber yang tinggi sehingga berkhasiat melancarkan pencernaan dan menyehatkan perut Anda.

Mengobati Diabetes

Diketahui bahwa Jantung Pisang sangat baik bagi penderita diabetes karena kandungan indeks glemik (GI) yang ada pada jantung pisang tergolong rendah sehingga aman untuk dikonsumsi oleh penderita DM.

Khasiat Jantung Pisang seperti diatas hanya baru sebagian karena memang banyak sekali Manfaat Dan Khasiat Jantung Pisang Untuk Kesehatan, salah satunya yaitu sebagai anti inflamasi, meningkatkan sistem imunitas dan masih banyak Khasiat Jantung Pisang Bagi Kesehatan.[]

SUMBER : www.SisKes.com

Beli rumah milik janda bergetah ini dan anda berpeluang mengahwininya, ada yang berminat?

Posted: 12 Mar 2015 07:15 PM PDT

Kuala Lumpur: "Kalau sudah ditakdirkan jodoh saya dengan lelaki bujang dari Malaysia yang nak beli rumah dan sudi memperisterikan saya, 'why not' (mengapa tidak) . 

"Apa yang penting , saya dan lelaki itu perlu ada keserasian," kata Wina, 40. 

Laman web Harian Metro semalam melaporkan, Wina dari Randu Gunting, Tamanmartani, Kalasan, Sleman, Jogjakarta menjadi terkenal apabila mahu menjual rumahnya, sekali gus sudi mengahwini pembeli rumahnya. 

Dia mengiklankannya di Internet baru-baru ini dengan menggunakan ayat 'Penawaran Langka Abad Ini !!! 

Beli rumahnya bisa mengajak pemiliknya menikah (syarat dan ketentuan berlaku) hanya untuk pembeli serius dan tanpa nego'. 

Rumah berkeluasan 523 meter persegi itu mahu dijual dengan harga Rp 999,000,000.00 (RM282,601). 

Janda dua anak berusia 21 dan 14 tahun itu mengakui kini dalam dilema berikutan dianggarkan 600 orang berminat membeli rumahnya dan ada antaranya mahu berkahwin dengannya selepas dimaklumkan ejen yang membantu menjualkan rumahnya, Dian. 

Katanya, rata-rata mereka bukan hanya bertanyakan mengenai rumah tetapi turut bertanya hal peribadi dirinya termasuk beberapa lelaki dari Arab Saudi dan Hong Kong. 

"Dian ada beritahu saya, pembeli yang berminat bertanya betul ke kalau beli rumah boleh berkahwin dengan pemiliknya. Saya beritahunya lelaki itu perlu memenuhi kriteria yang saya mahukan. 

"Ini kerana segala urusan mengenai iklan penjualan rumah diserahkan sepenuhnya kepada Dian dan mereka hanya perlu menghubunginya. 

"Lebih 20 orang lelaki bujang dan sudah berkeluarga juga ada datang melihat rumah yang hendak dijual sejak iklan di Internet menjadi 'viral' di media sosial sejak tiga hari lalu, " katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Katanya, walaupun mendapat respon positif daripada iklan yang dipaparkan namun tidak semudah itu untuk berkahwin. 

"Saya tidak akan terima begitu saja kerana perlu melihat latar belakangnya, kriteria dan sebagainya terlebih dulu. 

"Pada awalnya, idea untuk mengiklankan rumah dan boleh berkahwin dengan pemiliknya timbul selepas bergurau bersama Dian. 

"Dia (Dian) mencadangkan supaya selain menjual rumah pembeli itu juga boleh berkahwin dengan saya memandangkan saya juga seorang janda.

Jadi, saya pun bersetuju," katanya. -hmetro-


Kerangga

MARUAH KETUANAN MELAYU

Posted: 12 Mar 2015 06:30 PM PDT


KOMENTAR
sungguh aib
sungguh malu
bekas setiausaha agong
united malays national organisation
di saman oleh keeling carpet

mana nak sorok muka
mana nak sorok malu

cukup hina
cukup mengaibkan


Henti edar buku, usahawan karpet Deepak 
saman Sabaruddin Chik RM1.1 bilion

Usahawan permaidani Deepak Jaikishan kini muncul kembali untuk menyaman  Sabaruddin Chik sebanyak RM1.1 bilion susulan buku bekas pengerusi Bank Rakyat itu yang menyentuh mengenai pinjaman bank Deepak yang pernah didakwa bertindak bagi pihak isteri perdana menteri.
Deepak juga memfailkan injunksi untuk menghentikan pengedaran buku Sabaruddin, Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat, yang dilancarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu.
"Saya memfailkan tuntutan saman RM1.1 bilion terhadap mereka dan penyata tuntutan difailkan hari ini," kata ahli perniagaan itu dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi emel kepada The Malaysian Insider, malam ini.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/henti-edar-buku-usahawan-karpet-deepak-saman-sabaruddin-chik-rm1.1-bilion#sthash.AkNVPH4i.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
mana maruah
ketuanan melayu
keeling jual karpet
berani saman
1.1 bilion  ringgit
bukan juta - bilion

woit
bekas setiausaha agong
parti ketuanan melayu
disaman keeeling
mana nak sorok muka
kah kah kah

SAPA PUNYA 
ANGKARA



 

Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Posted: 12 Mar 2015 06:00 PM PDT

Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.
Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap "cabaran besar" buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.



Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB


Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat. 
 
 
Kelab Greenboc

Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno? Mohd Sayuti Omar

Posted: 12 Mar 2015 05:30 PM PDT

 

Mursyudul Am Pas yang baru.
Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.
Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dari rakan saya itu, perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am yang diumum semalam boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk meyegerakan agenda mempersatukan Pas dengan Umno yang sudah lama dirancagkan itu. 
 
Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Hasan Ali yang masih dalam Pas pada masa itu.
Walaupun perlantikan Dr Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. 
 
Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.
Apabila perlantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Perlantikan itu yang diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno, Najib Razak tampak senang dan suka dengan perlantikan Haron Din itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.

Dengan mengingati pesanan arwah Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan Pas tentulah ianya ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. 
 
Apakah pujian Najib itu membawa petaka itu?
Bagaimana pun sekiranya benar Dr Haron Din beriya mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas.   [wm.kl.7:50 pm 12/03/15]
 
 
KedahLanie

Seorang Lagi MP Umno Melalak Dalam Parlimen Pertahan Shafee Abdullah

Posted: 12 Mar 2015 05:00 PM PDT


Pembangkang dicabar mengambil tindakan perundangan dengan menyaman peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung penyertaannya dalam jelajah menjelaskan keputusan sabitan kes liwat terhadap ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cabaran itu dibuat oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) kepada Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) yang mempertikaikan tindakan Muhammad Shafee, selaku ketua pendakwa raya, membuat pendedahan maklumat kepada umum berhubung kes liwat Anwar.

Mohamed Hanipa (kanan) dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, berkata sebagai pengamal undang-undang, Shafee tidak seharusnya membuat perkara itu selepas selesai tugasannya di mahkamah.

"Apa motifnya dia menyertai roadshow (jelajah) itu... sedangkan bayarannya RM1,000 sahaja. Sepatutnya tugas dia dah berakhir bila kes itu selesai," katanya.

Beliau turut mengkritik tindakan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Harakah berhubung laporan akhbar itu mengenai dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mohamed Hanipa mempersoalkan mengapa Najib memilih pihak tertentu untuk disaman sedangkan ada pihak lain yang turut menyiarkan laporan mengenai 1MDB.

Kritikan itu menyebabkan Abdul Azeez bangkit mencelah dengan menempelak Mohamed Hanipa supaya jangan terlalu angkuh dalam membuat kenyataan.

"Jangan angkuh sangat sehingga mencabar... sebenarnya Sepang (Mohamed Hanipa) mahu saman itu ditarik balik terhadap Harakah, tetapi janganlah sampai mengaibkan perdana menteri.

"Dalam konteks Shafee, samanlah beliau tentang roadshow yang dikatakan ada konspirasi politik itu," kata Abdul Azeez (kiri) sambil menegur Mohamed Hanipa agar tidak bersikap biadap.

Tindakan Abdul Azeez mencetuskan kekecohan apabila kedua-dua wakil rakyat itu saling bertikam lidah mempertahankan pendapat masing-masing.

Situasi itu ditenangkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said dan meminta Mohamed Hanipa menghabiskan perbahasannya sebelum beliau mengumumkan penangguhan sidang Dewan Rakyat sehingga Isnin depan.

- Bernama

BN minta laman web petisyen AS disenaraihitam

Posted: 12 Mar 2015 04:30 PM PDT

 
KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disarankan menyenaraihitamkan laman web petisyen 'We The People' daripada dilayari oleh rakyat negara ini.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa, laman web yang menyediakan platform untuk rakyat Amerika Syarikat (AS) 'berbicara' dengan Presidennya, Barack Obama itu membuka ruang untuk pihak luar menghuru-harakan negara ini.

"Saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Komunikasi dan SKMM supaya menyenaraihitamkan laman web ini. Kerana memberi peluang kepada pihak luar negara untuk menghuru-harakan negara kita," katanya pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum ini, satu petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara, diwujudkan dalam laman sesawang White House namun, ia dikeluarkan pentadbirnya kerana dikatakan melanggar peraturan ditetapkan, Isnin lalu.

Beberapa ketika kemudian, kerajaan Amerika AS mengakui membuat kesilapan apabila membuang petisyen tersebut.

Menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur, petisyen yang mahu dibuang sebenarnya adalah petisyen yang menuntut AS menghormati kedaulatan Malaysia, selepas pemeriksaan mengesan penipuan dilakukan,White House mendapati tandatangan yang menyokong petisyen kedua itu mempunyai 'kejanggalan'.

Dalam sesi perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong itu, Teck Meng mendakwa petisyen tersebut merupakan 'kerja' PR dan suasana menjadi kecoh apabila beberapa pemimpin PR bangkit membantah dakwaan tersebut.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (Pandan-PKR) meminta Teck Meng menarik balik kenyataan tersebut kerana melanggar Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (6) yang menyebut bahawa seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain.

"Simpang Renggam menyebut bahawa pembangkang yang memulakan petisyen itu. Itu tidak tepat dan ia adalah sangkaan yang jahat kerana ia dimulakan oleh rakyat AS dan ia tidak ada kena mengena dengan PR," katanya.

Teck Meng kemudiannya membetulkan kembali kenyataan tersebut dengan berkata "satu petisyen diwujudkan untuk mengutip tandatangan digital oleh pihak-pihak tertentu dan disokong oleh pembangkang. OK?"

Dalam sesi itu juga, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) meminta agar Teck Meng dihalau dari dewan serta merta.



'Tinjauan cuba jejas hubungan dengan PM'

Posted: 12 Mar 2015 09:00 AM PDT

 
 
Datuk Seri Hishammuddin Hussein percaya tinjauan Merdeka Centre mengenainya menjadi pilihan untuk jawatan perdana menteri adalah satu percubaan untuk menjejaskan hubungannya dengan sepupunya Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kadang-kadang, usaha tersebut hanyalah untuk memprovokasi, jadi saya tidak akan melayannya," kata menteri pertahanan itu dalam satu pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini

"Ia (isu menjadi PM) tidak timbul pun sekarang," katanya sambil menambah, beliau tidak akan melayan soalan, terutama yang berdasarkan kepada tinjauan itu.

Majoriti atau 19.8 peratus responden tinjauan itu memilih Hishammuddin untuk mengganti Najib.

Memetik tinjauan "yang tidak tepat" pada masa lalu, Hishammuddin berkata beliau tidak meletakkan banyak kepercayaan terhadap tinjauan.

Malah, katanya, kajian yang sama dilakukan beberapa bulan lepas ketika perhimpunan Umno menunjukkan beliau tidak berwibawa pun untuk menjadi naib presiden.

Dan, katanya, dalam tinjauan beberapa bulan lalu kemudiannya, ada kajian lain yang dilakukan dan hasilnya beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri.

"Jangan bergantung sangat kepada tinjauan,"  katanya.

Dalam pemilihan Umno yang lepas, Hishammuddin mempertahankan jawatan naib presiden tetapi mendapat undi paling rendah di kalangan tiga calon yang dipilih untuk jawatan itu, dengan mengenepikan Datuk Mukhriz Mahathir, dengan kurang daripada 10 undi.

Menjawab soalan yang sama, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, yang menduduki tempat kedua selepas Hishammudin dalam tinjauan itu, berkata beliau juga berkongsi pandangan yang sama.

Menurut kaji selidik itu, 8.6 peratus responden memilih menteri belia dan sukan itu sebagai calon terbaik untuk mengambil alih tampuk pentadbiran.

Di tempat ketiga pula ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan 8.4 peratus responden memilihnya.


Malaysiakini

Exco gagal jumpa Anwar sebab keselamatan

Posted: 12 Mar 2015 08:15 AM PDT

 
 
Seorang anggota exco Pulau Pinang, yang juga pemimpin kanan Pemuda PKR, tidak dibenarkan menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara atas alasan keselamatan.

Permohonan Dr Afif Bahardin, exco kesihatan negeri dan timbalan Angkatan Muda Keadilan, ditolak oleh Jabatan Penjara Malaysia.

"Mereka memaklumkan permohonan saya ditolak kerana isu keselamatan. Macamlah saya boleh larikan banduan," katanya, dengan menambah alasan ini tidak boleh diterima.

"Saya bukan penjenayah, tetapi seorang anggota exco negeri, seorang wakil rakyat. Apa lagi, saya yang memberi khidmat kepada rakyat Permatang Pauh.

"Saya bersedia untuk dikenakan pemeriksaan badan secara menyeluruh, ditemubual sebelum masuk dan pihak berkuasa boleh meneliti semua dokumen saya sebelum mereka membenarkan saya untuk melawat Anwar.

"Sebagai wakil rakyat Seberang Jaya yang berada dalam (kawasan) Permatang Pauh, saya perlu berjumpa Anwar, kerana kami perlu membincangkan perkara-perkara yang telah memberi kesan kepada pengundi di kawasannya," jelas Dr Afif lagi.

Anwar, ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR, kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.

Beliau masih ahli parlimen sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan petisyen pengampunan diraja yang dihantar keluarganya 24 Februari lalu.
 
 
Malaysiakini

Laporan polis isu 'hakim jual diri pada syaitan'

Posted: 12 Mar 2015 07:30 AM PDT

 
 
Lama berdiam diri, bekas calon BN Zulkifli Noordin tampil membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen.

Zulkifli bangkitkan ucapan Nurul kelmarin yang mengulas keputusan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkifli, Nurul antaranya berkata  hakim akur pada kehendak tuan politik, menjual diri kepada syaitan dan memilih kekal dalam kegelapan.

"Saya dengan ini memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap Nurul Izzah binti Anwar dan memohon pihak pendakwa raya mengambil tindakan pendakwaan sekiranya didapati ucapan Nurul Izzah binti Anwar ini sememangnya melanggar mana-mana peruntukan bawah Akta Hasutan 1948," katanya.

Zulkifli berkata Nurul tidak dilindungi kekebalan sebagai seorang anggota Parlimen kerana ia melibatkan kes hasutan seperti dinyatakan dalam perkara 63, fasal 2 dan 4 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Zulkifli membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara hari ini. 
 
 
Malaysiakini

12 Mar 2015 MP: Sekat akses laman petisyen Rumah Putih

Posted: 12 Mar 2015 06:45 AM PDT

 
 
Laman web petisyen Rumah Putih perlu disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia didakwa menjadi ruang untuk "kuasa asing mencetuskan huru-hara" di Malaysia.

Dakwaan mengejutkan itu dibuat di Parlimen hari ini oleh MP BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng apabila meminta laman web itu disenaraihitamkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

Beliau merujuk kepada petisyen White House baru-baru ini yang mengutip 100,000 tandatangan yang diperlukan untuk meminta Amerika Syarikat menjadikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai keutamaan dalam dasar luarnya.

Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat, Liang berkata Rumah Putih hilang "kewibawaannya" dengan membenarkan petisyen pro-Anwar itu, dan berkata beliau tidak percaya ianya satu "kesilapan" apabila petisyen itu dikeluarkan dan kemudian dinaikkan semula.

Petisyen itu mengumpul lebih 30,000 tandatangan dalam 48 jam terakhir sebelum tarikh akhir, untuk melepasi sasaran 100,000 tandatangan yang diperlukan. Ia dikeluarkan sementara semasa semakan penipuan dibuat tetapi kemudian dinaikkan semula dengan semua tandatangan utuh.
 
 
Malaysiakini

Hadi: Kerusi presiden PAS boleh dicabar

Posted: 12 Mar 2015 06:00 AM PDT

 
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia menerima pesaing untuk jawatan presiden PAS yang disandangnya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya wartawan jika jawatan itu boleh dicabar dalam pemilihan PAS, Jun ini.

"Boleh dicabar? Boleh..." kata Hadi sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu.

Hadi bagaimanapun sebelum itu tidak memberikan sebarang pengesahan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya itu.

"Itu kena tanya ahli masa perhimpunan agung nanti," kata Hadi merujuk kepada muktamar PAS pada 4 hingga 6 Jun nanti.

Persoalan tentang jawatan presiden PAS menjadi tumpuan ramai selepas PAS Kota Bharu menyatakan hasrat untuk mencalonkan ketua penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar Hadi.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menolak pencalonan itu.

Kedudukan Hadi turut dipersoalkan selepas beliau dilihat tidak mengambil pendirian sama dengan DAP dan PKR dalam beberapa isu di peringkat nasional.

Pencalonan peringkat pusat bagi pemilihan PAS akan ditutup pada 30 April, manakala pemilihan PAS dijadualkan berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun tahun ini.

Malaysiakini (BM Version)
 

Azmin dapatkan bantuan PM pulih perjanjian air

Posted: 12 Mar 2015 05:15 AM PDT

  

Menteri Besar Selangor Azmin Ali meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyelesaikan kebuntuan antara kerajaan negeri itu dengan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau berhubung perjanjian air yang telah luput.
 
"Saya berjumpa dengan perdana menteri di luar persidangan Majlis Raja-Raja pagi ini, dan secara ringkas saya sampaikan kepadanya kebimbangan saya dalam mencari satu penyelesaian secepat mungkin," kata Azmin kepada pemberita di Parlimen hari ini.
 
Pentadbiran Azmin memilih untuk tidak melanjutkan perjanjian air dengan kerajaan persekutuan awal minggu ini, selepas mendakwa tuntutan kerajaan persekutuan untuk mendapat tanah, bertentangan dengan semangat perjanjian induk yang ditandatangani pada September lalu.
 
Azmin dan Datuk Maximus Ongkili  (kanan) menyalahkan satu sama lain tetapi kedua-duanya telah menyatakan hasrat mereka untuk membuka pintu bagi pusingan baru rundingan.
 
"PM telah memberi jaminan kepada saya bahawa dia akan bercakap dengan menteri berkenaan mengenai perkara itu. Saya memberitahunya bahawa apa-apa yang kita lakukan mestilah selaras dengan semangat perjanjian induk," kata Azmin.
 
Azmin kemudian berkata bahawa beliau berharap untuk bertemu menteri itu sekali lagi minggu depan untuk membincangkan langkah ke hadapan untuk mencari penyelesaian terhadap perkara itu.
 
Malaysiakini

Tuan Ibrahim sedia tanding timbalan presiden

Posted: 12 Mar 2015 04:30 AM PDT

 
 
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada Muktamar PAS tahun ini sekiranya mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan untuk jawatan
itu.

Beliau berkata dua elemen utama yang menjadi tumpuannya sebelum bersetuju untuk bertanding mana-mana jawatan ialah keperluan dan kemampuannya menggalas amanah tersebut.

"Dulu (dalam muktamar) sebelum ini pun, memang ada cadangan untuk saya bertanding jawatan seperti timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.

"Namun ketika itu, dengan kemampuan saya, cukup jadi naib presiden, namun kali ini jika ada pencalonan (untuk jawatan timbalan presiden), saya akan tengok...saya akan istikharah," katanya dalam sidang media sempena pengumuman
program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ketiga dekat Rusila di Marang.

Pemilihan Jawatankuasa PAS Pusat akan diadakan setiap dua tahun dan bagi pemilihan jawatan peringkat pusat kali ini akan diadakan pada muktamar tahunan PAS ke-61 yang dijangka pada 1 Jun ini.

Ditanya berhubung tindakannya menolak pencalonan dari PAS Kota Bharu untuk bertanding jawatan presiden, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan tiada keperluan untuk menukar presiden ketika ini, iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Ketika dunia mengangkat beliau, kita anggota PAS sepatutnya lebih memberi sokongan kepada beliau dengan begitu banyak kejayaan yang dicapai sepanjang kepimpinannya.

"Namun saya hormati pencalonan dari kawasan (Kota Bharu) itu, saya melihat keikhlasannya dan pandangan dari mana-mana kawasan (untuk muktamar) itu adalah demokrasi dalam parti," katanya.

Ini berikutan sebelum ini Yang Dipertua PAS Kota Baharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pernah mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS dan yakin Abdul Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah menyatakan keyakinan tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Abdul Hadi buat masa ini.

Ketika ini, jawatan timbalan presiden PAS disandang oleh Mohamad Sabu manakala Abdul Hadi tidak pernah dicabar sejak beliau mengambil alih kerusi presiden daripada Datuk Fadzil Noor pada 2002.

- Bernama
 

VIDEO - YB Nurul Izzah Anwar Dibelasah Oleh Pangerang Di Parlimen ?

Posted: 12 Mar 2015 03:45 AM PDT


VIDEO - Zahid Pertahan Tindakan Pertahan Taja Judi

Posted: 12 Mar 2015 02:54 AM PDT


Putrajaya tetap teruskan GST tidak kira siapa kritik, kata Ahmad Maslan OLEH DIYANA IBRAHIM

Posted: 12 Mar 2015 01:30 AM PDT

 
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata GST akan tetap dilaksanakan pada April ini memandangkan cukai sedia ada tidak berkesan dan tidak sistematik.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata GST akan tetap dilaksanakan pada April ini memandangkan cukai sedia ada tidak berkesan dan tidak sistematik.

Putrajaya akan tetap meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perrkhidmatan (GST) tanpa mengira siapakah yang mengkritik sistem tersebut, kata Datuk Ahmad Maslan.

Timbalan menteri kewangan‎ itu berkata, GST akan tetap dilaksanakan pada April memandangkan cukai sedia ada, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak berkesan dan tidak  sistematik.

"Saya sensitif nak komen orang yang saya amat hormati," katanya kepada pemberita merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan Putrajaya mungkin akan hilang undi kerana GST. – 12 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Putrajaya tetap teruskan GST tidak kira siapa kritik, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata GST akan tetap dilaksanakan pada April ini memandangkan cukai sedia ada tidak berkesan dan tidak sistematik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2015.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata GST akan tetap dilaksanakan pada April ini memandangkan cukai sedia ada tidak berkesan dan tidak sistematik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2015.Putrajaya akan tetap meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perrkhidmatan (GST) tanpa mengira siapakah yang mengkritik sistem tersebut, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan‎ itu berkata, GST akan tetap dilaksanakan pada April memandangkan cukai sedia ada, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak berkesan dan tidak  sistematik.
"Saya sensitif nak komen orang yang saya amat hormati," katanya kepada pemberita merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan Putrajaya mungkin akan hilang undi kerana GST. – 12 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tetap-teruskan-gst-tidak-kira-siapa-kritik-kata-ahmad-maslan#sthash.z9wIr2nz.dpuf

Putrajaya tetap teruskan GST tidak kira siapa kritik, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata GST akan tetap dilaksanakan pada April ini memandangkan cukai sedia ada tidak berkesan dan tidak sistematik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2015.Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata GST akan tetap dilaksanakan pada April ini memandangkan cukai sedia ada tidak berkesan dan tidak sistematik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Mac, 2015.Putrajaya akan tetap meneruskan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perrkhidmatan (GST) tanpa mengira siapakah yang mengkritik sistem tersebut, kata Datuk Ahmad Maslan.
Timbalan menteri kewangan‎ itu berkata, GST akan tetap dilaksanakan pada April memandangkan cukai sedia ada, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) tidak berkesan dan tidak  sistematik.
"Saya sensitif nak komen orang yang saya amat hormati," katanya kepada pemberita merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan Putrajaya mungkin akan hilang undi kerana GST. – 12 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-tetap-teruskan-gst-tidak-kira-siapa-kritik-kata-ahmad-maslan#sthash.z9wIr2nz.dpuf

'Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Posted: 12 Mar 2015 12:30 AM PDT

  

 Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap "cabaran besar" buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar.  Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara. 


Malaysiakini