Selasa, 10 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - 'Nik Nazmi kelaparan, digari dan tak berkasut dalam lokap'

Posted: 10 Mar 2015 06:30 PM PDT


Ramai rakyat Malaysia mahu Hishammuddin sebagai PM

Posted: 10 Mar 2015 06:00 PM PDT

Menurut kajian Ketika tekanan meningkat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di penjara, satu kaji selidik di kalangan pemimpin politik pelapis mendapati, kebanyakan rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri akan datang.

Kaji selidik Merdeka Center dari 21 hingga 30 Januari mendapati, 19.8% daripada 1,008 responden memilih Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri, melebihi sokongan diterima rakan-rakannya Khairy Jamaluddin (8.6%), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (8.4%), Rafizi Ramli (3.9%), Mohamed Azmin Ali (3.7%) dan Nurul Izzah Anwar (1.7%).

Kajian itu juga menunjukkan majoriti responden (19.4%) mahu Hishammuddin memimpin Barisan Nasional (BN) jika atau selepas Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersara.

"Rakyat Malaysia lebih suka Hishammuddin kerana salasilah keturunan keluarganya.

Beliau menjadi perhatian tahun lalu ketika kehilangan MH370 dan dilihat mengendalikan kes itu dengan baik. Beliau menjadi wajah Malaysia dan mendapat penilaian yang baik," kata Ibrahim Suffian (gambar, kanan), pengarah Merdeka Center, kepada The Malaysian Insider.

"Beliau bukan seorang tokoh kontroversi dalam media, tidak ada sebarang perbincangan terbuka mengenai masalah beliau sebagai menteri, dan semua orang sudah lupakan kejadian beliau melambaikan keris 10 tahun lalu," katanya, merujuk kepada kejadian pada 2005 apabila Hishamuddin menjulang dan mengucup keris di perhimpunan agung tahunan Umno.

Sokongan untuk Hishammuddin sebagai bakal perdana menteri merentasi kaum, jantina dan juga jurang politik, apabila menteri pertahanan itu didapati menjadi calon paling popular di kalangan orang Melayu, Cina, India, lelaki, perempuan, serta kedua-dua penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan BN. Antara penyokong PR, 12% mahu Hishammuddin menjadi perdana menteri, diikuti Setiausaha Agung PKR Rafizi (4.7%),

Timbalan Presiden PKR Azmin (9.8%), Ketua Pemuda Umno Khairy (6.4%), Naib Presiden PKR Nurul Izzah (4.7%) dan Naib Presiden Umno Zahid (2.6%). Bagaimanapun Ibrahim berkata, ini tidak bermakna penyokong pembangkang lebih memilih tokoh BN untuk memimpin negara dibandingkan PR.

"Rakyat Malaysia, termasuk penyokong PR, cuma tidak dapat bayangkan PR memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang. Mereka lebih biasa dengan idea pemimpin BN yang memerintah negara.

"Jadi, PR sendiri pun membayangkan Hishammuddin sebagai perdana menteri masa depan mereka kerana mereka tidak nampak BN akan kalah," katanya.

"Mungkin tiga tahun akan datang, apabila kita lebih dekat dengan PRU14, ia akan berubah."

Kaji selidik itu juga mendedahkan Zahid tewas kepada Khairy kerana menteri dalam negeri itu tidak popular di kalangan bukan Melayu dan penyokong PR.

Walaupun Zahid merupakan pilihan kedua sebagai perdana menteri di kalangan orang Melayu, dengan 13.6% menamakan beliau sebagai calon pilihan, beliau tidak popular di kalangan orang India dan Cina, dengan masing-masing hanya 0.7% dan 1% menyatakan mahu beliau sebagai bakal perdana menteri.

"Penyokong PR kebanyakannya Cina, dan mereka mempunyai pandangan negatif terhadap Zahid," kata Ibrahim.

Zahid, yang dilihat sebagai salah seorang pemimpin Umno berhaluan kanan, sering dilanda kontroversi kerana mengeluarkan kata-kata menghina terhadap orang Cina.

Sementara itu, lebih ramai rakyat Malaysia mahu Rafizi sebagai perdana menteri berbanding Azmin, kerana beliau lebih banyak menjadi tumpuan media, manakala Nurul Izzah hilang sokongan kerana beliau seorang wanita, kata Ibrahim.

Tetapi apabila responden ditanya siapa yang mereka percaya paling sesuai memimpin PR selepas Anwar, sebahagian besar (13.9%) memilih Azmin, diikuti Rafizi (7.1%), Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (6.7%), Nurul Izzah (6.5%), dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (1.8%).

Ibrahim berkata ada responden menamakan calon lain sebagai pilihan utama mereka sebagai perdana menteri selain enam yang disenaraikan, dengan 3.3% memilih Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, diikuti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (1.3%), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (1.0%) dan Anwar (0.7%).

"Tetapi, tumpuan tinjauan kami ialah untuk melihat bakal pemimpin di kalangan generasi akan datang, kerana itu kami mengeluarkan nama Muhyiddin, Anwar dan Lim daripada soalan kami," kata Ibrahim.

Kedudukan Najib sebagai perdana menteri goyah sejak prestasi BN di bawah pimpinannya jatuh teruk semasa PRU13. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka menarik balik sokongannya kepada Najib dan mengkritik dasar-dasar utama parti itu, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Baru-baru ini, laporan salah urus kewangan 1MDB yang dibebani hutang yang semakin meningkat lebih mencemari reputasi Najib, kerana beliau merupakan pengerusi lembaga penasihatnya. Serangan terhadap Najib mendorong 160 ketua bahagian Umno mengadakan mesyuarat menyokong beliau Ahad lepas.

Sementara dalam PR, hukuman penjara lima tahun atas Anwar kerana kesalahan liwat menamatkan kerjaya politiknya, membuka jalan bagi lapisan kedua pemimpin pakatan pembangkang melangkah ke hadapan. \

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Himpunan KitaLawan: Perakuan Terbuka buat Ketua Polis Negara.

Posted: 10 Mar 2015 05:30 PM PDT

Perakuan Terbuka buat Ketua Polis Negara.

 
 
Cabaran kepada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )​

Kalau benar YBhg.Tan Sri, Ketua Polis Negara berkhidmat secara jujur, telus dan ikhlas untuk menjaga ketenteraman negara Malaysia tercinta dan kesejahteraan rakyat terbanyak, saya Mohd Sofi Yassin aka Kerajaan Rakyat​ menuntut agar pihak polis tahan dan siasat Datuk Seri Najib Razak​ yang telah tidak menjadi rahsia umum lagi didakwa terlibat atau bersubahat dalam kes pembunuhan model Monggolia, Shaariibuugiin Altantuyaa.

Nasihat saya kepada YBhg. Tan Sri, jangan hanya kerna rakyat marhaen menentang kezaliman, pengkhianatan serta penindasan oleh kerajaan UmnoBN terhadap rakyat marhaen dan rakyat berhimpun secara aman dalam agenda #KitaLawan pada 07.03.2015, maka beberapa pemimpin rakyat ditahan dan didakwa.

Wahai Tan Sri Ketua Polis Negara, berpeganglah kepada tuntutan agama Islam dalam setiap tindakan saudara.

Ikhlas.- Mohd Sofi Yassin - http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Sultan Johor Tikdak Diamkan Perkara Ini......!!!

Posted: 10 Mar 2015 04:53 PM PDT

 'Pelajar bertudung dipaksa berseluar pendek di Johor'

 Pemuda PAS mendakwa mendapat maklumat terdapat sekolah di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek yang ketat untuk menyertai sukan lumba jalan kaki.

Ketuanya Suhaizan Kaiat memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang pelajar memakai tudung, berbaju lengan panjang tetapi berseluar pendek ketat berwarna hitam.

Kelihatan janggal, sebahagian paha perempuan itu terdedah.

Berdasarkan gambar, acara itu berlangsung di sebuah balapan lumba yang mengelilingi sebuah padang.

Ia dikatakan berlaku dalam kejohanan anjuran sebuah majlis sukan-sukan sebuah daerah di Johor.

Malaysiakini tidak menamakan majlis daerah itu sementara menunggu reaksi daripada mereka.

Ekoran perkara itu, Suhaizan juga mengarahkan Pemuda PAS Johor menyiasatnya dan menyampaikan teguran kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Dalam tulisan lain di Facebook sama, Suhaizan bagaimanapun mengakui faham bahawa peraturan lumba jalan kaki memerlukan pengadil melihat lekukan lutut peserta untuk membezakan antara berjalan atau berlari.

Cara paling mudah, katanya, dengan meminta peserta memakai seluar pendek.

Bagaimanapun, kata pemimpin dewan itu, amalan itu sama sekali bertentangan dengan syariat Islam, khususnya bagi peserta wanita Muslim.

"Antara penyelesaiannya adalah memastikan pelajar wanita memakai set lengkap ketat berwarna gelap seperti dalam gambar (bawah) dan berseluar pendek yang longgar.

"Pihak kementerian pendidikan perlu memberikan perhatian berkenaan isu ini," katanya lagi.

- mkini

BN tidak taja mana-mana calon di Chempaka, kata Ahmad Maslan

Posted: 10 Mar 2015 09:00 AM PDT

Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau Umno tidak akan terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka yang akan dating.

Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau Umno tidak akan terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di pilihanraya kecil DUN Chempaka yang akan dating.

Barisan Nasional (BN) hari ini mengesahkan tidak ada mana-mana calon ditaja oleh BN atau Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau Umno tidak terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di PRK DUN Chempaka.

"Kita nak buat pengesahan bahawa Umno dan BN tidak berada di belakang mana-mana calon yang bertanding dan saya minta jangan ada pihak yang libatkan Umno atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Inovasi dan Pendidikan Keusahawanan Malaysia (MCIEE) hari ini.

PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon Bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42 manakala empat calon Bebas ialah bekas calon Bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Usahawan 1ASEAN (1AES) yang  berlangsung pada 20 hingga 22 Nov depan.

Katanya persidangan dengan tema 'Futurising Asean Entrepeneurs' itu akan memberi fokus menimbulkan kesedaran dan keprihatinan serta penglibatan anak muda dalam bidang keusahawanan.

"Kita harap sidang kemuncak ini akan membantu beri kefahaman dan maklumat kepada usahawan muda berkaitan peluang perniagaan yang ada di rantau ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk 600 juta orang.

"ASEAN mempunyai kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) berjumlah US$2.3 trilion (RM8.5 trillion) dengan penghasilan perdagangan sebanyak US$2.4 trilion, maka berdasarkan jumlah ini, peluang dan sasaran yang luas terbuka kepada usahawan muda dalam negara," katanya.

Beliau berkata kerajaan kini berusaha menggalakkan anak muda supaya menjadikan bidang keusahawanan sebagai karier utama berbanding hanya tertumpu kepada kerjaya makan gaji. – Bernama, 10 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Siasat Jho Low kerana kesalahan penggubahan wang haram, kata DAP OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 10 Mar 2015 08:15 AM PDT


Tony Pua berkata terdapat keraguan munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan penyiasatan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung penggubahan wang haram.

Tony Pua berkata terdapat keraguan munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan penyiasatan ke atas ahli perniagaan Low Taek Jho berhubung penggubahan wang haram.

DAP hari ini menuntut Bank Negara menyiasat ahli perniagaan Low Taek Jho atas kesalahan penggubahan wang haram dalam pemilikan UBG Berhad melalui PetroSaudi International (Seychelles) Ltd menggunakan dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata rantaian dana yang rumit melibatkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu jelas menunjukkan ia satu penyamaran bagi membersihkan pengambil alihan aset menggunakan dana yang diperolehi secara tidak sah.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, pemimpin DAP itu mendakwa, dana itu dialihkan keluar daripada 1MDB sekaligus menjadikannya sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang.

"Jelas terdapat penipuan kerana bukti yang dikeluarkan Sarawak Report menunjukkan terdapat perjanjian antara Jho Low dan PetroSaudi yang mana Jho Low mengawal pembiayaan dalam PetroSaudi Seychelles yang kemudiannya digunakan untuk memiliki Utama Banking Group (UBG).

"Kerjasama PetroSaudi dibentuk untuk Jho Low dan sekutunya memindahkan berbilion ringgit daripada 1MDB dan mereka bersubahat dengan rakan kongsi asing di PetroSaudi melakukan transaksi berperingkat dan menyamarkan rantaian audit," katanya.

Pua berkata, terdapat keraguan munasabah bagi pihak berkuasa Malaysia memulakan penyiasatan terhadap kes penggubahan wang haram mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Anti Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013.

UBG pernah dimiliki bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Sarawak Report mendedahkan PetroSaudi Seychelles, melalui subsidiari milikan penuhnya, Javace Sdn Bhd, membuat tawaran awam mengambil alih semua saham UBG berjumlah RM1.4 bilion pada September 2010.

AmInvestment Bank Bhd membekalkan RM700 juta bagi membiayai pengambilalihan tersebut.

Manakala bakinya, PetroSaudi Seychelles, memindahkan RM850 juta kepada Javace.

Dana berkenaan, bagaimanapun, berasal daripada hutang bernilai AS$500 juta daripada 1MDB PetroSaudi Limited pada September 2010 melalui penyerahan nota Murabahah tambahan.

Katanya, berdasarkan dokumen Sarawak Report, AS$160 juta daripada tambahan AS$500 juta pinjaman itu dipanjangkan kemudiannya dan dipindahkan terus kepada Gold Star Limited, syarikat yang dikawal Low. – 10 Mac, 2015.

Jho Low tu memang patut ditangkap dan disiasat - dia belanja ratusan ribu wang negara ini hanya untuk berhibur dengan selebriti Paris Hilton.

Zack Ahmad's photo.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa dZAFYzwX.dpuf

Perjanjian air tamat kerana Putrajaya mahu tanah Selangor, kata Azmin OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 10 Mar 2015 07:30 AM PDT

 Perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor tahun lalu lupus kerana Putrajaya tidak hormat prinsip, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. –

Perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor tahun lalu lupus kerana Putrajaya tidak hormat prinsip, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali. –

Perjanjian penstrukturan air Selangor ditamatkan kerana Putrajaya mahu menuntut tanah kerajaan negeri itu yang akan dilalui paip saluran air terbabit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata jajaran tanah sepanjang 26,000km itu merupakan sebahagian daripada aset yang disenaraikan dalam perjanjian.

"Kegagalan melaksanakan perjanjian utama tersebut akibat pendirian terkini Putrajaya enggan menghormati prinsip dan semangat perjanjian utama itu yang ditandatangani pada 12 September, 2014 lalu.

"Percanggahan daripada perjanjian utama yang cuba dilaksanakan kerajaan persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas tanah dan aset air milik Selangor," kata Azmin.

Azmin berkata, berdasarkan perjanjian itu, kerajaan negeri Selangor bersetuju menyerahkan aset syarikat konsesi yang dinaik taraf.

"Malah, semangat itu membuatkan kita bersetuju dengan perjanjian. Tetapi dalam tempoh sebulan dua ini, kerajaan pusat datang kembali kepada kita dan mahu mengambil tanah.

"Apakah kerajaan persekutuan ingin merampas kedaulatan negeri Selangor?" soal Azmin ketika bercakap kepada media di lobi Parlimen hari ini. – 10 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com


Tadi aku dengar berita di radio mengatakan tentang 1MDB ni:- PDRM akan jalankan siastan.

Posted: 10 Mar 2015 06:45 AM PDT

 
'Tadi aku dengar berita di radio mengatakan tentang 1MDB ni:- PDRM akan jalankan siastan. SPRM akan jalankan siastan. Dan di Barat Australia penduduk disana menjumpai sebungkus tuala didalam bungkusan yang tertera perkataan MAS, Australia akan jalankan siasatan. Itu belum lagi Sirul memberi kenyataan. Belum lagi dengar kerugian FGV akan disiasat.  Kalau difikir fikirkan tentang banyak perkara yang akan disiasat adakah GST 6% yang akan dilaksanakan April ini mencukupi untuk mengukuhkan ekonomi negara?'
 
SPRM akan jalankan siastan.

Dan di Barat Australia penduduk disana menjumpai sebungkus tuala didalam bungkusan yang tertera perkataan MAS, Australia akan jalankan siasatan.


Itu belum lagi Sirul memberi kenyataan.


Belum lagi dengar kerugian FGV akan disiasat.


Kalau difikir fikirkan tentang banyak perkara yang akan disiasat adakah GST 6% yang akan dilaksanakan April ini mencukupi untuk mengukuhkan ekonomi negara?
 

Fariz Musa ditangkap demonstrasi #KitaLawan, kemungkinan ditahan lokap

Posted: 10 Mar 2015 06:00 AM PDT

Ketua setiausaha pengelola PKR pusat Mohd Fariz Musa ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Ketua setiausaha pengelola PKR pusat Mohd Fariz Musa ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Ketua setiausaha pengelola PKR pusat Mohd Fariz Musa ditangkap dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan Sabtu lalu di Kuala Lumpur.

Fariz, 45, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11.45 pagi tadi selepas mendapat arahan hadir untuk siasatan semalam.

Peguam Melissa Sasidaran ketika dihubungi berkata, sehingga kini anak guamnya masih menunggu untuk diambil gambar dan cap jari.

"Polis masih belum ambil keterangan lagi. Sama ada dibebaskan atau ditahan untuk reman sampai esok, kita tak tahu lagi," katanya kepada The Malaysian Insider.

Melissa berkata, pihaknya juga dimaklumkan Fariz akan ditahan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, satu tindakan yang katanya tidak mengikut perlembagaan.

"Saya tak pasti kenapa mereka masih laksanakan akta itu sedangkan mahkamah sudah putuskan akta itu tidak lagi boleh diguna pakai," katanya.

Mahkamah Rayuan pada 28 April 2014 memutuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mah Weng Kwai, dalam penghakiman berkata, hak untuk menganjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata seksyen itu pada masa ini, pada dasarnya melarang perhimpunan spontan serta segera, dan keperluan memberi notis 10 hari menjadikan kebebasan untuk berhimpun secara spontan dan segera adalah satu ilusi.

Mah berkata, sebarang kesalahan lalu lintas atau tergendalanya aktiviti perniagaan yang mengancam keselamatan awam boleh ditangani sewajarnya oleh polis dan agensi penguatkuasaan di bawah undang-undang sedia ada seperti Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Melissa menerusi akaun Twitternya berkata, polis juga akan menyiasat dan mengambil keterangan Fariz kerana terlibat dengan protes Pensel Merah tahun lalu.

Protes anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) di Kuala Lumpur itu pada asalnya menuntut kebebasan media tempatan dan membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar mingguan "The Heat".

"Baru dimaklumkan polis bahawa mereka akan ambil keterangan @farizmusa berkenaan himpunan 28 Feb. Jadi ada 3 kes sekarang," katanya di akaun Twitter @melissa_ms.

Ahad lalu, Ketua Pemuda PKR yang juga Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad direman sehingga Rabu ini kerana terlibat dalam perhimpunan sama, manakala pemimpin Pemuda PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli ditahan di Masjid Jamek semasa hari kejadian.

Perhimpunan #KitaLawan dianjurkan bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat. – 10 Mac 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Saya juga akan isytihar harta, kata Azmin OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 10 Mar 2015 05:15 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata akan isytihar harta sejajar ketetapan Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata akan isytihar harta sejajar ketetapan Pakatan Rakyat.

YAB Mohamed Azmin Ali akan membuat pengisytiharan harta terkininya selepas beliau dilantik Menteri Besar Selangor September tahun lalu.

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau pernah mengisytihar hartanya, selaras dengan ketetapan dalam Pakatan Rakyat (PR), pada sekitar tahun 2008 sebelum dilantik menjadi menteri besar.

"Saya memang sudah buat, itu memang ketetapan dalam PR. Saya sudah buat pada 2008. Selepas jadi menteri besar, belum lagi," katanya ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

"Ya, saya akan isytihar kepada umum."

Azmin diminta mengulas tindakan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang mengisytiharkan hartanya secara terbuka kepada umum selepas didesak oleh pemimpin Umno.

Rafizi yang mengakui memiliki harta dan simpanan melebihi nilai hutangnya, menyarankan presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan kaedah sama bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan kemewahan tidak berpadanan dengan gaji.

"Jika benar beliau mewarisi harta yang banyak daripada Allahyarham Tun Abdul Razak seperti kenyataan Pejabat Perdana Menteri, maka beliau perlu memperincikan setiap harta warisan itu sepertimana saya memperincikan harta saya.

"Saya yakin langkah mengisytiharkan harta sebegini disokong sepenuhnya rakyat," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu beliau turut mendedahkan akuan berkanun pengisytiharan harta yang dilakukannya hari ini dengan memperincikan segala harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaannya sebagai ahli Parlimen.

Minggu lepas, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mencabar pimpinan PR membuat pengisytiharan harta sebelum mengkritik kekayaan Najib dan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang lain.


Syed Ali dilaporkan memberi contoh gaya hidup Azmin dan isterinya yang sebelum ini didakwanya "memiliki aset yang meragukan". – 9 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Pandikar teliti gesaan benarkan Anwar ke Parlimen, kata Azmin OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 10 Mar 2015 04:30 AM PDT


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen PKR dari Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersama Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen PKR dari Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan meneliti gesaan Pakatan Rakyat (PR) supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenar menghadiri persidangan Parlimen, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin, yang bertemu Pandikar di pejabatnya di Parlimen hari ini, berkata perkara itu dibangkitkannya kepada speaker dan beliau memberi jaminan akan meneliti perkara itu.

"Saya bangkitkan perkara itu oleh kerana speaker keluar kenyatan Anwar masih seorang ahli Parlimen yang sah dan beliau kekal sebagai ketua pembangkang.

"Saya bangkitkan kita harus mengiktiraf peranan ketua pembangkang, dan melahirkan kekecewaan kerana Anwar tidak dibenarkan hadir ke Parlimen," katanya, dan menambah terdapat peruntukan membenarkan kehadiran Anwar ke Parlimen walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara.

"Kes mahkamah membabitkan beliau dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membolehkan beliau dibawa ke mahkamah."

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau kini menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh, dan pemimpin PR menggesa beliau dibenarkan menghadirkan diri ke Parlimen ketika sesi sidang Dewan Rakyat.

Ucapan ketua pembangkang yang seharusnya menjadi pentas Anwar di Parlimen hari ini digantikan anaknya, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah.

Pandikar sebelum ini dalam satu kenyataan berkata, Anwar masih lagi ahli Parlimen yang sah memandangkan keluarganya menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan menuntut pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara menanti keputusan lembaga berkenaan, taraf ahli Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar masih sah. – 9 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

Siasatan 1MDB tertumpu kepada rekod akaun sejak 2009, kata Ambrin OLEH MD IZWAN

Posted: 10 Mar 2015 03:45 AM PDT

 Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata siasatan ke atas 1MDB akan bermula dengan rekod akaun yang terdahulu.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata siasatan ke atas 1MDB akan bermula dengan rekod akaun yang terdahulu.

Siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tertumpu kepada rekod akaun terdahulu sejak 2009 selepas didakwa tidak pernah diaudit, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang hari ini.

Syarikat pelaburan dana negara itu tersebut didakwa terlibat dalam beberapa pelaburan meragukan, malah audit ke atas urusniaga yang dijalankan firma Deloitte bagi tahun kewangan 2013  tidak termasuk sejak awal penubuhannya pada 2009.

"Fokus adalah dalam trek akaun, kita akan teliti rekod akaun yang terdahulu," kata Ambrin pada sidang media di Putrajaya hari ini.

1MDB ditubuhkan pada 2009 diilhamkan sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga penasihat kepada ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun, kebelakangan ini skandal melibatkan 1MDB mendapat perhatian khususnya selepas pendedahan laman web pededah maklumat Sarawak Report baru-baru ini dan beberapa pelaburan seperti di Pulau Cayman serta PetroSaudi International.

Ambrin tidak menolak akan membawa pakar daripada luar sekiranya diperlukan untuk membantu siasatan dalam 1MDB.

"Kami akan lakukan apa saja diperlukan dalam audit ini walaupun terpaksa membawa pihak luar untuk menyiasat, lagipun kami sudah lakukannya sebelum ini jadi ini perkara biasa," katanya.

Apabila ditanya mengapa baru hari ini Jabatan Audit Negara mengumumkan akan menyiasat 1MDB, Ambrin berkata mereka selaku sebuah badan bebas mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat mana-mana agensi kerajaan sekiranya diperlukan.

"Jadi kerajaan anggap kami patut teliti akaun kerana kami sebuah badan bebas supaya semua akaun ini dalam keadaan baik," katanya.

Ambrin juga tidak menolak akan memanggil pihak seperti Sarawak Report atau pihak berkenaan bagi membantu siasatan mereka ke atas 1MDB.

1MDB menerima kritikan hebat berpunca daripada beberapa pelaburan kontroversi yang dijalankan mereka, disamping menanggung hutang sebanyak RM42 bilion.

Minggu lalu, Sarawak Report mendedahkan mereka memiliki akses kepada beribu-ribu dokumen dan e-mel yang berkaitan dengan transaksi kontroversi 1MDB, termasuk perjanjian meragukan dengan sebuah syarikat minyak yang tidak diketahui ramai, PetroSaudi pada 2009.

Turut menjadi persoalan dalam 1MDB, peranan dimainkan oleh usahawan terkenal Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low yang dikatakan mempunyai kepentingan dalam beberapa pelaburan yang dijalankan oleh 1MDB.

Pemimpin Pakatan Rakyat dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di antara yang lantang mengkritik dan meminta ketelusan daripada 1MDB.‎ Susulan daripada tekanan dan kritikan itu, Najib akhirnya mengarahkan Ketua Audit Negara membuat pemeriksaan keatas 1MDB atas alasan bagi menjelaskan kekeliruan melibatkan aktiviti pelaburan mereka.

Malah, perhimpunan dengan ketua bahagian Umno yang  diadakan dengan Najib hujung minggu baru-baru ini juga bertujuan untuk menunjukkan sokongan kepada presiden Umno itu yang kini terdesak untuk menangkis kontroversi melibatkan 1MDB.

Minggu lepas, agensi media antarabangsa Reuters melaporkan, menurut sumber, 1MDB mungkin dibubarkan di bawah pelan pembayaran balik hutangnya, di mana sebahagian asetnya akan dijual. – 10 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


Petisyen Anwar ke Rumah Putih dibuang ??

Posted: 10 Mar 2015 03:00 AM PDT

 Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.















Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. –

Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. –

Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.

Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:"Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami".

Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac.

Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawang yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan.

Ahli Parlimen Batu yang juga naib presiden PKR Tian Chua berkata Putrajaya mungkin dalang di sebalik penyingkiran keluar petisyen itu.

Beliau menulis di akaun Twitternya:"Petisyen FreeAnwar ke Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen itu dan menjejaskan prose situ".

Tidak jelas mengapa petisyen itu ditutup dan The Malaysian Insider sedang cuba mendapatkan alasannya.

Petisyen itu dimulakan oleh bekas Duta AS ke Malaysia John R Malott, yang melancarkannya sejurus selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah Anwar atas tuduhan meliwat pada 10 Februari.

Bagaimanapun, ada satu lagi petisyen balas bertajuk "Menghormati kedaulatan negara Malaysia" dalam laman sesawang Rumah Putih untuk petisyen.

Ia dimulakan tidak lama selepas petisyen Malott untuk membebaskan Anwar, kerana ia akan tamat tempoh pada 13 Mac. Pada masa ini, ia mempunyai 72,884 penandatangan dan juga memerlukan 100,000 tandatangan untuk layak mendapat maklum balas.

Petisyen itu menyatakan "rakyat Malaysia marah" terhadap Rumah Putih kera melahirkan "amat kecewa" berhubung sabitan bersalah Anwar dan mempersoalkan kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.

"DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.

"Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia," kata petisyen balas itu.

Rumah Putih pada 10 Februari mengeluarkan kenyataan selepas keputusan mahkamah diumumkan, dengan berkata ia "sangat kecewa".

Ia berkata, perbicaraan Anwar "membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia". – 10 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Petisyen Anwar ke Rumah Putih dibuang

Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.Petisyen untuk pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dihantar ke Rumah Putih dibuang daripada laman sesawang rasminya, pagi ini. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 10 Mac, 2015.Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih, ketika ia hampir mencapai sasaran memperolehi 100,000 tandatangan seperti disyaratkan.
Laman sesawang yang sebelum ini menyiarkan petisyen itu kini tertulis:"Petisyen yang anda cuba cari dikeluarkan daripada laman ini mengikut Dasar Kesederhanaan kerana ia melanggar terma penyertaan kami".
Awal pagi ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru saja menggesa orang ramai menandatangani petisyen itu, yang memerlukan kira-kira 5,000 lagi untuk mencapai sasaran 100,000, syarat bagi mendapatkan maklum balas pemerintah AS.

Lim melalui akaun Twitternya melahirnya keyakinan jumlah itu mampu mencapai sasaran menjelang jam 5 petang hari ini, lebih awal daripada tarikh tamat pada 12 Mac. Tetapi, tidak lama selepas tweet itu, pemeriksaan dibuat di laman sesawang yang membawa petisyen berkenaan ke Rumah Putih mendedahkan rayuan untuk Anwar itu sudah dikeluarkan.
Ahli Parlimen Batu yang juga naib presiden PKR Tian Chua berkata Putrajaya mungkin dalang di sebalik penyingkiran keluar petisyen itu.
Beliau menulis di akaun Twitternya:"Petisyen FreeAnwar ke Rumah Putih digantung – saya syak kerajaan Malaysia sabotaj petisyen itu dan menjejaskan prose situ".
Tidak jelas mengapa petisyen itu ditutup dan The Malaysian Insider sedang cuba mendapatkan alasannya.
Petisyen itu dimulakan oleh bekas Duta AS ke Malaysia John R Malott, yang melancarkannya sejurus selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah Anwar atas tuduhan meliwat pada 10 Februari.
Bagaimanapun, ada satu lagi petisyen balas bertajuk "Menghormati kedaulatan negara Malaysia" dalam laman sesawang Rumah Putih untuk petisyen.
Ia dimulakan tidak lama selepas petisyen Malott untuk membebaskan Anwar, kerana ia akan tamat tempoh pada 13 Mac. Pada masa ini, ia mempunyai 72,884 penandatangan dan juga memerlukan 100,000 tandatangan untuk layak mendapat maklum balas.
Petisyen itu menyatakan "rakyat Malaysia marah" terhadap Rumah Putih kera melahirkan "amat kecewa" berhubung sabitan bersalah Anwar dan mempersoalkan kehakiman serta kedaulatan undang-undang Malaysia.
"DNA yang menyokong kes ini berpadanan 16 kepada 16. Anwar juga memilih untuk tidak menawarkan sampelnya di mahkamah yang mungkin boleh membersihkannya. Pada asalnya, Anwar menawarkan 14 saksi, tetapi seorang pun tidak tampil ke depan. Dia menolak disoal balas.
"Mengambil kira reputasi Malaysia, AS perlu melihat dulu isu hak asasi manusia mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay. Kami rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian mendesak AS berhenti mencampuri kehakiman dan kedaulatan undang-undang Malaysia," kata petisyen balas itu.
Rumah Putih pada 10 Februari mengeluarkan kenyataan selepas keputusan mahkamah diumumkan, dengan berkata ia "sangat kecewa".
Ia berkata, perbicaraan Anwar "membangkitkan kebimbangan yang serius mengenai kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia". – 10 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/petisyen-anwar-ke-rumah-putih-dibuang#sthash.fTrvqdKt.dpuf

Umno BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali Ini.. SYABAS YAB AZMIN ALI

Posted: 10 Mar 2015 02:15 AM PDT

 
Umno BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali Ini. Putrajaya mahu Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan penjelasan berhubung keputusan tidak melanjutkan perbincangan mengenai perjanjian penstrukturan semula air negeri terkaya Malaysia itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, Putrajaya kini sedang menunggu surat rasmi daripada Azmin sebelum sebarang hujahan balas dapat diberikan.

"Kita tunggu surat rasmi daripada kerajaan Selangor dan penjelasan yang akan diberikan mereka berhubung keengganan melanjutkan tarikh bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Azmin semalam berkata, perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara kerajaan negeri dan pusat yang berakhir, tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.

Umno BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali Ini

Katanya, Putrajaya melanggar terma perjanjian ditandatangani September tahun lepas, semasa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menjadi menteri besar menyebabkan Selangor tiada pilihan lain.

"Apabila saya menjadi menteri besar September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian. Tetapi kerajaan persekutuan gagal memenuhinya, bahkan meminta lanjutan tempoh.

"Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan kerajaan negeri," kata Azmin ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Sementara itu, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya membuat perbincangan awal sebelum apa-apa keputusan diambil.

Presidennya, S Piarapakaran berkata rakyat juga perlu diberikan alasan mengapa kerajaan negeri itu tidak berminat untuk melanjutkan rundingan perjanjian selepas penangguhan kali kedua.

"Dengan menamatkan perjanjian ini, seluruh pengguna air di Lembah Klang akan terjejas teruk kerana simpanan air terawat sangat rendah sekali gus memberi impak tinggi kepada bekalan air sedia ada.

"Jangan bertelagah dan membuat keputusan mendadak tanpa berunding dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia.

Protes: MP, Adun cukur kepala depan Parlimen

Posted: 10 Mar 2015 01:30 AM PDT

 
Protes cukur kepala diadakan di pintu pagar utama Parlimen hari ini sebagai bantahan terhadap keputusan Speaker yang tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sidang Parlimen.

KUALA LUMPUR - Tidak puas hati dengan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, tujuh Adun, termasuk ahli parlimen dan orang awam  mengambil keputusan mencukur kepala masing-masing sehingga botak di hadapan pintu pagar utama Parlimen, pagi ini.

Antara yang turut mencukur kepala termasuk Adun Machang Bubuk, Pinang (DAP) Lee Khai Loon, Ahli Parlimen Kota Kinabalu (DAP), Jimmy Wong, Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing dan Ahli Parlimen Pasir Puteh (Pas), Nik Maizan Nik Mohd.

Menurut Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin, ia sebagai tanda protes terhadap keputusan Speaker yang tidak membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke sidang Parlimen kali ini.

"Ada dua perkara utama yang ditekankan dalam protes aman hari ini. Yang pertama adalah bantahan terhadap keputusan Speaker yang tidak benarkan Anwar hadir ke Parlimen.

"Yang kedua adalah tuntutan kami terhadap pembebasan Anwar dari penjara," katanya ketika ditemui Sinar Online.

Protes mencukur kepala di hadapan Parlimen merupakan bantahan kali pertama seumpamanya berlaku.

Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dalam kenyataannya pada kelmarin menyatakan bahawa Pandikar Amin menjawab surat permohonan kehadiran Anwar ke Parlimen yang dikemukakan pada 27 Februari lalu.

Menerusi surat tersebut, Speaker menolak permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk hadir ke Dewan Rakyat .

Dalam pada itu, Ahli Parlimen PR turut melakukan demonstrasi bantahan secara aman di hadapan pintu pagar utama Parlimen.

"Ini merupakan satu lagi siri bantahan terhadap kerajaan yang mana ia perlu diberi perhatian serius. Rakyat juga turut sama membantah pemenjaraan Anwar.

"Ini mesej yang kita tekankan kepada kerajaan dan juga Speaker, bahawa Anwar perlu diberi peluang hadir ke Parlimen sebagai Ketua Pembangkang dan dibebaskan," tegasnya.

Laporan Interim MH370 Pelik, Tidak Pernah Berlaku - Tun M

Posted: 10 Mar 2015 12:55 AM PDT


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh menerima laporan interim mengenai kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan khuatir terdapat 'permainan teknologi' berhubung kehilangan pesawat tersebut.

Beliau berpendapat adalah sesuatu yang amat pelik pada zaman ini apabila sebuah pesawat yang beratnya 230 tan boleh hilang sehingga tidak boleh dijumpai.

"Saya masih tidak boleh terima segala laporan ini. Dalam zaman komunikasi yang begitu baik, kita tidak tahu apa jadi. Sedangkan kita boleh tengok rupa bentuk kawan kita yang duduk 12,000 batu dari sini.

"Tapi pesawat ini misteri, hilang semua. Tidak pernah jadi dalam sejarah dunia. Saya khuatir ada permainan teknologi," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan interim Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan, pada Ahad.


Dr Mahathir ditemui selepas berakhir 'International Conference On The New World Order: A Recipe For War or Peace' (Persidangan Antarabangsa Mengenai Orde Baharu Dunia: Resipi untuk Peperangan atau Keamanan) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini Isnin.

Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa juruterbang menenggelamkan pesawat berkenaan di Lautan Hindi sebagai tidak logik.

"Saya ingat ini agak pelik. Kalau dia nak bunuh diri, dia bunuh diri tempat dia mulalah (terbang). Apa hendak bawa kapal terbang empat lima jam cari tempat paling dalam (di Lautan Hindi)," jelas Dr Mahathir.

Pada Ahad, laporan interim yang disediakan Pasukan Penyiasat Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia mengenai MH370, diumumkan.

Laporan itu, antara lain menyatakan pasukan berkenaan telah menemubual lebih 120 orang dan mengunjungi pelbagai badan berkaitan.

Antara yang ditemubual ialah petugas DCA, MAS, waris anak kapal, pengisi minyak pesawat, penyaji makanan untuk penerbangan, pencuci pesawat, pengendali dan operator kargo, penghantar barangan, pembekal dan penerima konsain.

Penerbangan MH370 yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang 
 
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lepas. - MStar/10/3/15

dollah yankee

dollah yankee


Penendang dah nak sampai !

Posted: 10 Mar 2015 07:37 AM PDT

Tanda-tanda sudah semakin cerah
Tanda-tanda sudah semakin jelas
Hari-hari akhir Najib dan Rosmah semakin dekat (sudah mula bau!)

Malaysia tanpa Rosmah adalah Malaysia yang indah
Malaysia tanpa Najib adalah Malaysia yang cerah

NOTA:

Mahathir penjarakan Anwar
Mahathir di-terajang rakyat
Najib penjarakan Anwar
Najib sedang dan akan di-terajang rakyat

Peguam Negara tubuh pasukan petugas

 siasat 1MDB, kata ketua polis


He said investigation on 1MDB began the moment reports were lodged with the police.
When asked whether Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is among those being
 investigated, Khalid said, "Yes".

"Every report lodged, we will open investigation. When there is an offence committed, we will proceed with an investigation.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/attorney-general-sets-up-task-force-to-probe-1mdb-top-cop-says#sthash.6SiDls2V.dpuf

KAH..KAH..KAH..

dollah yankee - credit to tukartiub.blogspot.com