Ahad, 8 Mac 2015

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Berikutan Saman Terhadap Tony Pua, Apakah Jeritan "Hidup Najib" Akan Lebih Bergema Pada 8 Mac Nanti?

Posted: 07 Mar 2015 09:33 PM PST

 S.Hussein


Sesiapa pun dapat merasakan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sudah mulai "goyang" ketika ini. Serangan dan penolakan terhadapnya bukan lagi sekadar mainan media atau cakap-cakap di kedai kopi saja, malah sudah menular menjadi denyut nadi dan kehendak majoriti rakyat.

Semua kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu bertahan?

Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.

Isu-isu yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan penyelesaiannya.

Daripada kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib tidak lagi senyenyak dulu.

Meskipun demikian dan walaupun semakin digegak-gempitakan bahawa isu-isu yang semakin sarat kebelakangan ini, disertakan dengan kepimpinannya yang lemah, lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang, Najib masih belum menampakkan tanda-tanda ingin berundur.

Najib tergambar ingin terus bertahan selagi terdaya walaupun kerisauan turut tergambar melalui beberapa perubahan dan tindakannya kebelakangan ini. Di samping mulai menukar gaya kepimpinannya kepada lebih Melayu dengan berjanji mempertahan agenda Melayu selagi ada bulan dan bintang, Najib juga sedia secara terbuka menunjukkan sokongan yang dimilikinya.

Selain menghadiri Himpunan Kebangkitan Melayu di Stadium Bukit Jalil minggu lalu, Najib dijangka sekali lagi mempamerkan sokongan yang dimilikinya dalam Perhimpunan Solidariti Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Ahad, 8 Mac ini di PWTC.

Daripada 191 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, sehingga ini dilaporkan seramai 173 daripadanya sudah menyatakan kesediaan  hadir untuk mengangkat tangan sambil menjerit-jerit menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Himpunan Solidariti 8 Mac ini, selain berujuan untuk menyatakan Najib masih memiliki sokongan daripada UMNO, ia juga secara tidak langsung mengesahkan kerusi yang didudukinya sudah tidak sekukuh dulu lagi.

Adalah dijangka, lebih banyak lagi perhimpunan menyatakan sokongan akan diadakan selepas ini. Najib juga dijangka akan meluangkan lebih banyak masa menghadiri perhimpunan seperti  ini untuk menunjukkan sokongan yang dimilikinya. Seperti biasa, umpama pokok yang hampir tumbang atau kerusi yang mulai bergoyang, Najib akan menerima apa saja bentuk kayu yang sanggup menjadi penahannya.

Dalam masa yang sama, bagi menunjukkan beliau masih pemimpin yang tegas dan kononnya berwibawa, semalam juga Najib mengumumkan untuk meneruskan tindakan saman yang diambilnya terhadap Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP berkaitan 1MDB yang sebenarnya sudah lama diancamnya sebelum ini.

Beberapa bulan lalu, Najib telah mengumumkan mahu mengambil tindakan saman terhadap Tony Pua jika enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataan yang dibuatnya berhubung 1MDB.  Selain itu, Najib juga menghantar ancaman yang sama kepada Rafizi Ramli, Harakahdaily dan Pengarah Urusannya, Dr. Rosli Yaakob.

Meskipun Tony Pua sejak awal mengatakan tidak akan meminta maaf atau menarik balik kenyataannya, persoalannya kenapa baru semalam tindakan saman itu diteruskan? Kenapa tidak sebelum ini?

Apakah tindakan saman ini untuk menunjuk-nunjuk kepada Ketua UMNO Bahagian yang bakal berhimpun pada 8 Mac ini mengenai ketegasan kepimpinannya dan tindakannya yang tidak mengalah dalam isu1MDB yang menjadi perbualan hangat itu?

Adakah tindakan saman ini akan menjadi "point" penting untuk memperolehi lebih sokongan dan menjadikan jeritan "Hidup Najib" akan lebih bergema daripada Ketua-Ketua Bahagian nanti?

Selain urusan ke mahkamah boleh dilewat-lewatkan, perlu diingatkan bahawa UMNO juga mempunyai sejarah pernah menarik balik tindakan saman terhadap Tian Chua dalam isu Lahad Datu dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas berkaitan isu penyebaran video lucah sebelum ini.

Mungkinkah saman Najib terhadap Tony Pua ini juga hanya acah-acah dan untuk menjaga hati Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebelum 8 Mac ini saja?
 
 
 ( SH 07/03/2015 )

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SEMANGAT MERDEKA

Posted: 08 Mar 2015 07:18 PM PDT





KOMENTAR

sentimen merdeka
sentimen anti penjajah
mustahil dapat dipadam
mustahil dapat dibendung
ini hak paling asasi
ini hak paling popular
ini adalah semangat nasionalisma


Selesai tuntutan, hak Sabah melalui rundingan

 | March 8, 2015
Rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh bertindak sebagai 'sleeping partners'.
KOTA KINABALU: Satu forum di sini hari ini diberitahu bahawa rundingan adalah satu-satunya cara yang dapat menyelesaikan segala isu yang menjadi rungutan rakyat Sabah.
Panel 12 anggota pada Forum Mengenai Perjanjian Penubuhan Malaysia sependapat bahawa rundingan merupakan cara terbaik untuk untuk 'menutup mulut' kumpulan yang gemar mempolitikkan atau mensensasikan isu berkaitan negeri ini seperti memorandum 20 perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Mereka juga berkongsi pendapat bahawa tuntutan dan hak rakyat Sabah dapat dicapai sekiranya rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri, ahli politik, ahli akademik dan pengamal undang-undang sering diadakan.


JENG JENG

JENG


woit
sabah nak merdeka
kah kah kah
sarawak nak keluar
kah kah kah
nak larang ke
kah kah kah

-------------

YA AMPOOON

Posted: 08 Mar 2015 06:53 PM PDT






KOMENTAR
pertama wajid diketahui
bahawa ini tengku fraud
bukan tengku asli

kedua dalam parti
united malays national organisation
memang ramai yang bodoh
tetapi munkee  lebih bodoh
dari hasan malek

ketiga apa perniagaan 1MDB
hutang 42 bilion ringgit
bayar duit bunga sahaja 2 bilion ringgit

keempat siapa jho low
apa hubungan  dengan rosmah mansor


1MDB menguntungkan, kenapa perlu 

musnahkannya, soal Tengku Adnan

Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini membalas kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengatakan dana pelaburan strategik yang dibebani hutang itu adalah sebuah syarikat berdaya saing dan menguntungkan.
Setiausaha agung Umno itu juga mengingatkan rakyat Malaysia agar  tidak terpengaruh dengan serangan tanpa henti terhadap 1MDB yang disifatkannya sebagai sebahagian daripada plot pembangkang untuk memastikan kegagalan syarikat tersebut.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/1mdb-menguntungkan-kenapa-perlu-musnahkannya-soal-tengku-adnan#sthash.QVX5RNsI.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini bodoh
tanpa sempadan
bangang tanpa tuan
sewel tanpa dawai

kalau nak bodek
berpada pada
jangan sampai
yang nak dibodek
pun tidak percaya

YA AMPOOON




------------

MUHYIDDIN LAWAN NAJIB

Posted: 08 Mar 2015 06:16 PM PDT





Jangan salah tafsir ketiadaan Muhyiddin, kata Ismail Sabri


Ketiadaan Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersama ketua bahagian parti di seluruh negara hari ini tidak perlu disalah tafsirkan, kata  Ismail Sabri Yaakob.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata Muhyiddin mahu menghadiri perjumpaan pada petang ini namun mempunyai komitmen lain yang tidak dapat dielakkan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-salah-tafsir-ketiadaan-muhyiddin-kata-ismail-sabri#sthash.tq0UO5xQ.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kalau tak sebut
tak sapa tahu
tapi ngapa sebut
kah kah kah

maknanya pekara ini
jadi persoalan besar
dalam perjumpaan
ketua bahagian
tertanya tanya
mana muhyiddin
kah kah kah

yang cekap
yang bijak
membaca malikul
dan mat mongol
sudah mula gaduh
kah kah kah

JELAS DAH PECAH


--------

BANGANG MACAM TELOO

Posted: 08 Mar 2015 05:30 PM PDT





 UNDUR NAJIB UNDUR


Ketua Umno bahagian puas hati penjelasan Najib tentang isu 1MDB



Kesemua 154 ketua Umno bahagian yang menghadiri perjumpaan bersama Najib Razak hari ini berpuas hati dengan penjelasan presiden Umno itu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata  Johari Abdul Ghani.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, perjumpaan yang berlangsung selama lebih satu setengah jam itu bersetuju masa perlu diberikan agar siasatan lanjut dijalankan kepada 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-umno-bahagian-puas-hati-penjelasan-najib-tentang-isu-1mdb#sthash.5bHxQxGN.dpuf


KAH KAH KAH

woit
ada dua pekara
satu najib bijak
kelentong yang datang
dua semua yang datang
bangang macam teloo

MEMANG BANGANG



----------

TAK RAMAI KAH KAH KAH

Posted: 08 Mar 2015 11:30 AM PDT






DUA RIBU
10 ribu? Member aku ada perg fua katai tak adalah ramai dan tak sampai 2 ribu. Yg ramai orang nak tengok. Lepas tu hujan, mencecit lagi. on SETIAP HARI SABTU TERUSKAN LAGI
Anonymous
on 3/8/15
DUA TIGA RIBU
1.setakat dua tiga ribu jee!!!itu jee yang kununnya nak bagi amaran kat rosmah!!! 2.tuuuuuuu!!!rosmah dok tergelak terguling kat ko bhaiii!!! 3.zaman anuar dah berlalu bhaiii!!!tempat dia di penjara kerana salah diri sendiri!!! 4.kah!kah!kah!kih!kih!kih!!!!!tiada puak pas!!tiada penyokong!!!!betultak haji hadi!!!!! on ANAK MUDA TIBAI NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/7/15
DUA TIGA ORANG
Kah..kah...kah...demo kebenda ada 2,3 org...demo mcm budak tadika....mana najib nak takut....tukang demo pun kaki pakcucing ja. on BERITA BARU MASUK
Anonymous
on 3/7/15






--------

ALFATIHAH

Posted: 08 Mar 2015 11:15 AM PDT




AL -FATIHAH

Pelakon Harun Salim Bachik

 meninggal dunia



---------



JENG JENG JENG

Posted: 08 Mar 2015 05:30 AM PDT




Shahrol, jelaskan siapa Good Star, pembayaran 1MDB, mengapa terima arahan Jho Low 


Shahrol Halmi merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bermula 23 Mac 2009 dan orang utama menguruskan syarikat itu hingga pengundurannya pada Mac 2013. Beliau kini bersama Jabatan Perdana Menteri dan kekal sebagai ahli lembaga pengarah 1MDB.
Semasa menjadi CEO, 1MDB melakukan beberapa pelaburan dan transaksi yang kini berdepan tuduhan tidak menyenangkan. The Edge percaya Shahrol perlu diberikan hak untuk menjelaskan tuduhan seperti mana bukti didedahkan Sarawak Report yang turut di e-mel kepada The Edge dan dipercayai tulen.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/shahrol-jelaskan-siapa-good-star-pembayaran-1mdb-mengapa-terima-arahan-jho#sthash.5duDhXQA.dpuf

JENG JENG

JENG

kah kah kah
jeng jeng jeng
jala semakin luas
kah kah kah
mana najib mahu lari

INI PERANGKAP

-----------------

MALAM INI KITA BERMUSAK

Posted: 08 Mar 2015 01:40 AM PST






Salam semua,
Kami mengajak semua untuk bersama-sama berkumpul malam ini di hadapan Balai Polis Daerah Jinjang bermula jam 9.00 malam untuk aktiviti "Vigil #KitaLawan: Malam Akustik" sebagai solidariti bersama Nik Nazmi dan menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. 
Anak muda akan tampil membawa mesej kebebasan, keadilan dan keamaman melalui persembahan santai disamping mengingatkan mereka bahawa anak muda tidak akan sesekali tunduk dengan tindakan zalim.
Rakan-rakan media dijemput bersama.
Lagi anak muda ditekan, lagi kita bangkit dan #KitaLawan!
8 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
#BebasAnwar #UndurNajib
TW @KitaLawan_my





-------------

MALAM INI DI JINJANG

Posted: 08 Mar 2015 12:53 AM PST







PENAHANAN PESERTA HIMPUNAN: HENTIKAN INTIMIDASI TERHADAP ANAK MUDA #KITALAWAN
Sekretariat #KitaLawan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersama-sama dengan anak muda turun ke jalan raya semalam dengan berarak dari Sogo ke KLCC membawa mesej yang jelas kepada kerajaan UMNO untuk membebaskan saudara Anwar Ibrahim dan mendesak Najib Razak meletakkan jawatan dengan segera. Ternyata rakyat berani menyuarakan kebenaran dan tidak takut dengan amaran supaya tidak menyertai Himpunan #KitaLawan kerana perlembagaan menjamin hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Kami juga hargai jasa anggota polis, trafik dan keselamatan yang bertugas semalam dan bekerjsama melancarkan pergerakan himpunan. Malangnya, kami amat kesal dan kecewa dengan pihak polis yang terus membuat intimidasi untuk menahan peserta himpunan iaitu bermula dengan saudara Saifullah Zulkifli telah ditahan malam semalam dibawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Manakala saudara Nik Nazmi dipanggil polis pagi ini dan beliau telah ditahan dibawah Akta yang sama dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman. Beliau dibawa di Balai Polis Jinjang untuk ditahan dalam lokap sehingga esok sebelum polis memohon perintah reman untuk terus menahan beliau.
Pihak polis harus ingat bahawa Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelasa bahawa Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berpelembagaan. Tindakan menahan Nik Nazmi adalah untuk tindakan terdesak untuk menyekat suara anak muda yang merupakan bukti salah guna kuasa dan merupakan 'contempt of court'.
Kami juga difahamkan lebih ramai anak muda #KitaLawan bakal dipanggil pihak polis. Tindakan menahan dan menangkap peserta Himpunan walaupun perhimpunan berjalan dengan aman adalah tindakan mereka yang takut dan terdesak. Adakah anak muda bersalah kerana berani menyatakan kebenaran dan menuntut keadilan? Adakah anak muda bersalah kerana menentang kezaliman? Adakah anak muda bersalah kerana berhimpun secara aman?  #KitaLawan akan terus mengamalkan hak berhimpun secara aman seperti yang dijamin perlembagaan dan akan terus mengadakan himpunan mingguan setiap Sabtu jam 4.00 petang di hadapan Sogo.
Kami mengajak semua untuk bersama-sama berkumpul malam ini di hadapan Balai Polis Daerah Jinjang bermula jam 9.00 malam untuk aktiviti "Vigil #KitaLawan: Malam Akustik" sebagai solidariti bersama Nik Nazmi dan menyatakan hak kita untuk berhimpun secara aman. Anak muda akan tampil membawa mesej kebebasan, keadilan dan keamaman melalui persembahan santai disamping mengingatkan mereka bahawa anak muda tidak akan sesekali tunduk dengan tindakan zalim.
Lagi anak muda ditekan, lagi kita bangkit dan #KitaLawan!
8 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN
#BebasAnwar #UndurNajib
TW @KitaLawan_my


------------

CARA MEMAHAMI BERITA

Posted: 08 Mar 2015 12:12 AM PST






KOMENTAR
ini dari akhbar berita harian
tajuknya berlainan dari
ahkbar utusan yang melapor
berita yang sama

apa maknanya?

maknanya
dalam media telah mula
ada klik dan geng
geng pro muhyiddin
dan geng pro najib

lihat dan tunggu

Tiada usaha menyelamat 1MDB- TPM




MUAR: Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempertahankan pendiriannya serta menegaskan keputusan untuk mengesahkan akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh Ketua Audit Negara (AG) 'adalah keputusan yang adil' dan mengambil kira kepentingan umum.


KAH KAH KAH

woit
ini suara tegas
ini suara bakal PIEM
kah kah kah

APA PUNYA PIEM

A


------------

NAJIB TERBONGGENG

Posted: 07 Mar 2015 11:08 PM PST







KOMENTAR
tim sarawak report ini
telah memiliki semua dokumen
tentang 1MDB dan peranan najib

wahjib diberi tahu sekali lagi
tim ini berpengakalan di london

wajib diberiatahu sekali lagi
tim ini dikepalai oleh CLARE BROWN

wajib diberitahu sekali lagi
clare brown ini ialah seorang wartawan

wajib diberiathu sekali lagi
CLARE BROWN ini ialah kakak ipar
GORDON BROWN bekas PM united kingdom

musthil tak faham faham



Jho Low claims Najib okayed 1MDB's US$500 million loan to PetroSaudi, says Sarawak Report
8 Mar — In his bid to speed up 1MDB's US$500 million loan to PetroSaudi International (PetroSaudi) in 2010, businessman Low Taek Jho had allegedly attempted to bypass Bank Negara Malaysia (BNM) by claiming Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had approved…


KAH KAH KAH

woit
siapa cina tembam ini
siapa kawan cina ini
kah kah kah
i rest my case my lord
kah kah kah
cina tembam pecah lubang
amerika nak tangkap
kes basuh duit kah kah kah

APA PUNYA TEMBAM

---------------

SEMUA SEMAKIN JELAS

Posted: 07 Mar 2015 08:30 PM PST







KOMENTAR
petang ini najib jumpa ketua bahagian
sebelum jumpa najib 
buka cerita PRU14
ini sebenarnya umpan 
untuk pancing ketua bahagian
kerana muhyiidn dan shafie
kini telah mula bagun'
dan melihat ROSMAH & NAJIB
sebagai beban untuk keselamatan
united malays national organisation









Umno perlu perancangan, persediaan teliti 

jika mahu menang PRU14, kata Najib

Umno perlu membuat perancangan dan persediaan yang teliti jika mahu memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Najib Razak malam tadi.
Perdana menteri berkata persediaan rapi itu termasuklah merubah pendekatan kepada politik baharu yang boleh diterima rakyat.
"Tetapi ini tidak bermakna politik lama tidak boleh diamalkan, sedikit sebanyak politik pembangunan iaitu apa yang diperlukan rakyat, yang merupakan teras kepada politik lama, masih perlu lagi kita laksanakan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-perlu-perancangan-persediaan-teliti-jika-mahu-menang-pru14-kata-najib#sthash.Tu058ixH.dpuf

KAH KAH KAH

woit
semua dah terang
semua dah jelas
semua dah nampak
kalau nak menang
mesti terajang rosmah
mesti terajang najib
kah kah kah

MUSTAHIL TAK NAMPAK



--------------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 07 Mar 2015 07:53 PM PST







TER KINI 

TER NOWW


yb nik nazmi
ketua AMK
kini ditahan 
dalam lokap jinjang
esok pagi
 mata mata akan bawa
ke mahkamah 
untuk direman lagi

nik nazmi di siasat
dibawah akta 
9(5) akta perhimpunan aman
dan 
seksyen 143 kanun keseksaan







----------

TIM TAMBAH AHLI

Posted: 07 Mar 2015 07:30 PM PST





KOMENTAR
1MDB kini menjadi beban
1MDB dipengerusikan oleh najib
1MDB dijalankan oleh jho low
JHO LOW kawan anak najib
justeru
najib dilihat sebagai bebab



Akaun 1MDB perlu diaudit untuk jawab dakwaan seleweng, salah laku, kata Shafie Apdal



Ketua Audit Negara perlu segera membuat audit secara bebas dan menyeluruh ke atas akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi menjelaskan tuduhan penyelewengan dan salah laku terhadap dana pelaburan strategik itu, kata Naib Presiden Umno  Mohd Shafie Apdal 

Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata langkah itu perlu bagi menjawab dakwaan pembangkang selain membolehkan laporan itu diperinci oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wan Negara (PAC).
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akaun-1mdb-perlu-diaudit-untuk-jawab-dakwaan-seleweng-salah-laku-kata-shafi#sthash.C741lKQh.dpuf


KAH KAH KAH

woit
apa makna berita ini?
kah kah kah
ini maknanya
shafie afdal pun
dah join muhyiddin
dah jadi satu tim
terajang najib
tak caya?
tunggu dan lihat

tunggu apa kata TUN

APA PUNYA TUN





------------