Sabtu, 7 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


10,000 berarak ke KLCC tuntut pembebasan Anwar

Posted: 07 Mar 2015 08:00 PM PST

 
Malaysiakini membawa kepada anda laporan secara langsung mengenai perhimpunan Kita Lawan di ibunegara.
  
6.59pm: Kira-kira 500 peserta masih berada di sini, lepak-lepak di pintu masuk KLCC.
6.40pm: Sementara itu, salah seorang ahli jawatankuasa Kita Lawan Mandeep beritahu Malaysiakini bahawa Kita Lawan memang tidak bercadang untuk bermalam di KLCC.

"kita memang tidak bercadang bermalam di KLCC dari awal.

"Tapi terpulang kepada peserta, kalau mereka nak, mereka boleh bermalam di sini," kata mandeep

ADUN Semambu, Lee Chean Chung juga bersetuju dengan Mandeep bahawa Kita Lawan memang tidak ada rancangan itu.

"Mungkin kita akan buat kempen bermalam pada himpunan lain," kata Lee.

6.10pm: KLCC - MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin adalah yang terakhir memberikan ucapan, dan pihak penganjur berkata perhimpunan hari ini berjaya.
Turut berucap ialah MP PKR Subang, R Sivarasa Tian Chua dan Hatta Ramli.

Sementara itu, orang ramai masih berlegar di situ, tetapi ada yang telah mula bersurai.
 
Terdapat pelbagai reaksi berhubung cadangan protes itu diteruskan hingga semalaman di KLCC.
 
Sesetengahnya memberitahu Malaysiakini mereka tidak akan tinggal di situ kerana ada urusan lain.
 
Yang lainnya yang lebih positif, berkata mereka akan berada di situ selagi larat untuk berbuat demikian.
 
Pengarah Komunikasi Pemuda PKR, Johan Ariff berkata ia bergantung kepada momentum perhimpunan tersebut.
 
"Jika momentum yang baik seperti sekarang, maka mungkin kita akan teruskan semalaman, tetapi di mana saya tidak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.
6.07pm: Ketua Jingga 13 Fariz Musa mengumumkan perhimpunan tamat dan mana-mana yang mahu tinggal di KLCC supaya membawa membawa lilin untuk mengadakan nyalaan lilin di KLCC.

6pm: Aktivis mahasiswa Adam Adli Membaca sumpah pemuda. 
 
5.50pm: Seorang anggota DAP (Hew Kuan Yew - Superman) mencadangkan kepada penganjur supaya perserta berkampung di KLCC selama sehari.
 
"Boleh tak?" Sambil diiringi laung "boleh"
 
"Tapi terpulang kepada kamu semua," katanya lagi.
 
Sementara itu, Dr Hatta berseloroh dengan mengatakan bahawa beliau difahamkan Najib akan menghantar tilam ke KLCC.
 
"Siapa nak tinggal, silakan. Saya ada kenduri pada akhir bulan ini," katanya yang mengundang ketawa peserta.

5.36pm: Pintu KLCC. Kumpulan penghibur demonstrasi, D'BangsART kini menghiburkan pengunjung dengan nyanyian lagu-lagu politik.
 
Dengan paluan gendang, sebahagian peserta himpunan mengangkat-angkat tangan ke udara mengikut rentak lagu.
Walaupun hujan renyai-renyai, peserta dihiburkan dengan menyanyikan beberapa lagu termasuk lagu mendesak Najib berundur dengan rentaknya mengikut lagu "luaskan kuasamu", lagu rasmi pasukan bola sepak JDT.
 
"Oh Najib, oh penipu, kami mahu kamu undur, Kami datang, kami lawan, bersama rakyat malaysia. 
 
"Lawan, lawan, kita lawan sampai menang, kami lawan bersama rakyat Malaysia," nyanyi peserta beramai-ramai.

5.35pm: KLCC - Nik Nazmi mengumumkan jumlah peserta hari ini dianggar seramai 10.000 dengan memetik Malaysiakini.
 
"Bagi saya jumlah itu dianggap konservatif. Ada ramai lagi yang turut serta," katanya.
 
Katanya lagi, himpunan ini berjaya dan yakin gambar-gambar perhimpunan ini akan ditayangkan dalam perhimpunan hari ini.
 
"Perjuangan ini tidak mudah, kita perlu berusaha lebih dan kita tidak akan mengalah," katanya sambil mengucapakan terima kasih kepada pihak polis.
5.30pm: KLCC - Ada lagi letupan kedengaran, tetapi orang ramai kelihata tenang
 
Seorang peserta, Nicholas Law, 27, memberitahu Malaysiakini yang dia percaya ia mungkin satu cubaan untuk menakut-nakutkan orang ramai.
 
"Mereka mungkin cuba hendak menakut-nakutkan kami, tetapi setakat ini tidak ada yang panik," katanya.
 
Beliau juga menyangkal dakwaan ada percubaan untuk melaga-lagakan antara rakan Pakatan menjelang perhimpunan tersebut.
 
"Semua orang ada di sini, jadi ia bukan satu isu," katanya.
 
Unit pasukan petugas khas DAP telah membantu memudahkan pergerakan orang ramai, supaya mreka tidak menyekat laluan lalulintas.
 
Sementara PAS Unit Amal pula ditugaskan untuk memastikan keselamatan keseluruhan perhimpunan ini.
 
5.25pm: KLCC-  Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong berkata perhimpunan hari ini dianggap berjaya kerana berlangsung dengan jayanya dan berlangsung dengan aman.
 
"Kita tunjuk solidariti hantar mesej rakyat bahawa kita muak dengan Najib dan mahu Najib undur.
 
"Himpunan ini berjaya, himpunan aman, untuk rakyat Malaysia dan bukan seseorang (tertentu) atau parti politik," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepda semua peserta.

5.20pm: KLCC - Kumpulan anak muda dari UBU menghibur peserta dengan menyanyikan lagi "Ole-ole, Malaysiaku" sambil diringi paluan drum. Sebahagaian mereka turut menari mengikut aluan paluan drum.
5.10pm: Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar - Nurul Izzah - berkata beliau begitu terharu dengan sokongan mereka yang hadir hari ini.
 
Katanya, beliau amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bila melihat begitu ramai yang menyertai perhimpunan hari ini.
 
Perhimpunan ini, tegasnya,  bukan hanya mengenai Anwar tetapi rasa tidak puas hati rakyat dengan rejim Najib dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka. 
 
Banyak isu seperti GST dan 1MDB yang telah mendorong rakyat turun ke jalanan, katanya kepada Malaysiakini.
5.09pm: Jalan Ampang - Bunyi letupan mengejut orang ramai, yang kemudiannya menyedari bahawa ia adalah bunyi mercun.

5,02pm: Jalan Ampang. Kira-kira 2km berjalan dari Sogo ke Jalan Ampang, peserta tidak menujukkan tanda penat dan terus bergerak ke KLCC.
 
Mereka dengan bersemangat dan berulang kali melaung rakyat bangkit, tolak BN, jatuh Rosmah, bebas Anwar.

5pm: Ribuan bermandikan hujan sambil menyanyi dan memukul gendang ketika berarak ke KLCC.

Teriakan "Reformasi" dan "undur Najib" berkumandang ke udara.

Seorang peserta kelihatan membawa sebuah patung yang seolah-olah menyerupai Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Orang ramai diketuai oleh sekumpulan yang membawa poster besar sepanjang dua lorong jalan.

4.53pm: Peserta sampai ke persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang dekat hotel Renaissance. Sekarang mereka membelok ke Jalan Ampang menuju ke KLCC kira-kira 1 km dari persimpangan itu.

Jalan Ampang dari arah bertentangan masih dibuka kepada lalulintas dan pemimpin mengarahkan perserta tidak menggangu lalulintas.

Polis trafik terpaksa melencongkan kenderaan dari Jalan Ampang menghala ke Bukit Bintang.

4.43pm:  Jalan Sultan Ismail. Walau hujan perserta tidak berganjak sebaliknya melaungkan 'kita lawan', 'kita tak berganjak'. Kenderaan yang melalui arah bertentangan bergerak perlahan apabila ada peserta turut melalui jalan itu menuju ke KLCC.

4.33pm: Peserta mula melalui Jalan Sultan Ismail menuju ke KLCC. Pengguna lalulintas yang melalui Jalan yang bertentangan membunyikan hon. Laungan bebas Anwar dan undur Umno.

4.30pm: Sogo: "Hidup Mahathir, Hidup Anwar"

Sekelompok peserta yang mengelar diri datang dari "kelab akar umbi PKR" muncul di Sogo dengan kain rentang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu meluang "Hidup Mahathir, Hidup Anwar".

Apabila ditanya, salah seorang ahli PKR bernama Jaz berkata, mereka mahu PKR bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya Mahathir boleh membebaskan Anwar.

"Kamu rasa Mahathir tu anak kecil ke? Dia boleh buat perkara besar.

"Sekarang PKR tiada lagi orang yang berani selepas Anwar masuk penjara. Azmin pun senyap saja.

"Maka, Mahathir ialah harapan kita!" kata Jaz.

Pada masa yang sama, terdapat ahli PKR yang tidak senang dengan tindakan kumpulan ini dan mereka melaungkan "undur Mahathir".

Pihak yang tidak senang itu minta kelompok itu menunjukkan kad PKR untuk mengesahkan identiti mereka.

Jaz pun tunjukkan kad ahli PKRnya dan kedua-dua pihak hampir bertelagah.

Kelompok yang menyokong Mahathir itu meninggal tempat himpunan selepas 30 minit.

423pm: Sogo - Peserta bergerak ke KLCC mengikut lawan arus melalui jalan TAR diiringi paluan gendang, laungan bebas Anwar dan bebas kehakiman.

Dianggar 10,000 peserta bergerak ke KLCC.

4.16pm: Ahli MPP PKR, Fariz Musa umum peserta bergerak ke KLCC sekarang.
4.13pm: Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas trak Hilux untuk menyampaikan ucapan.
 
Ribuan peserta berada di hadapan Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin. 
 
Cuaca mendung, dan hujan mula rintik-rintik tapi peserta tidak berganjak. 
 
Sementara itu Wan Azizah mengucapkan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar.
 
4pm: Sogo "Kita lawan, we will never surrender" bergema di Sogo apabila Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan.
 
"Saya hadir ke sini untuk menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita bersolidariti tuntut hak demokrasi. Marilah kita bersama -sma juang, kita fight untuk anwar ibrahim. 
 
"I will never surrender, we will never surrender. Kita lawan," kata Ambiga sambil diiirngi peserta.
 
Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.
3.55pm: - Sogo - Dr Hatta dan para pimpinan dari PAS HQ sampai di persimpang empat berdepan Sogo. Mereka bersama dengan peserta lain yang sedia menunggu sebelum ini. Laungan "Undur Rosmah" berulang-ulang kali bergema di Sogo. 
 
Jalan di antara Sogo dan Kompleks Pertama tersekat oleh peserta. Manakala kenderaan lain perlu melencong ke Jalan Dang Wangi atau melalaui jalan TAR yang masih boleh dilalui kenderaan.

3.50pm: Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di Masjid Jamek ialah Anthony Loke, Liew Chin Tong, Tan Kok Seong dan William Leong
 
ADUN PAS dari Hulu Kelang Saari Sungib juga kelihatann.
 
Semasa berucap, Anthony Loke berkata Pakatan akan memastikan Anwar terus menjadi ketua pembangkang.
 
"Jiwa dan semangat Anwar tidak akan dipenjarakan.
 
"Kita akan menyampaikan suara Anwar di sidang di Parlimen.
 
"kita akan memastikam Anwar terus menjadi ketua Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN," kata Loke yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat hadir ke perhimpunan hari ini.
 
Saari Sungib semasa berucap berkata ini bukan himpunan PKR tetapi himpunan rakyat negara.
 
"Lawan tetap lawan, kita akan terus berjuang dan melangkah ke Putrajaya," laung Saari.

345pm: PAS - Peserta dari KQ PAS kini memasuki Jalan TAR selepas melepasi Jalan Sultan Ismail. Mereka melaung Hidup Rakyat dan Undur Rosmah. Lalulintas berjalan seperti biasa dengan dikawal oleh polis trafik.

340pm: PAS HQ - kira-kira 300 peserta diketuai Dr Hatta Rami memimpin peserta mula bergerak ke Sogo.

Mereka melaungkan bebas Anwar dan undur Najib, undur Rosmah berulang kali.

Peserta turut membawa kain rentang "Kita Lawan" dan melaungkan reformasi dan bertakbir serta sempat juga melambai kepada peancong yang merakamkan perarakan mereka.

Mereka bergerak di Jalan Raja Laut dengan melawan arus sambil dikawal oleh Unit Amal.

3.30pm PAS HQ- Hujan rintik-rintik mulai turun dan guruh berdentum di langit.

3.25pm - PAS HQ - Sementara itu AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata peserta hari ini secara aman pergi Sogo menyatakan sokongan kepada Anwar yang dianggap tahanan politik.

"Apa yang dilakukan adalah fitnah untuk pecahkan dan lemahkan pakatan.

"Kita tak terima, kita kena menentang kezaliman dibuat oleh pemerintah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdaulat dan tak sokong kezaliman.

"Kita hadir untuk menunjukkan bantahan kita, yang dilakukan oleh Umno/BN.

"Kita kena berani, apa yang kita lakukan untuk menjadi negara adil dan makmur," katanya dan diiringi takbir.

3.18pm: PAS HQ - Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan hari ini adalah acara kemuncak untuk mendesak Anwar dibebaskan.

3.17pm: Sogo - Jumlah hadirin terus bertambah. Manakala lima 
anggota polis kelihatan menyeberangi dari pusat membeli-belah itu, sambil bercakap melalui alat radio komunikasi mereka.

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng juga klihatan, dan memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan orang ramai akan datang dari Masjid Jamek.

3.15pm: MP Batu Tian Chua memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 100 peserta #Kita Lawan di HQ PAS.

Dalam ucapannya, Tian berkata perhimpunan hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia, kerana sempena menyambut ulangtahun Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga BN, esok (8 Mac).

Katanya lagi, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan untuk membangkit semula kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada 2008.

"Rakyat mula sedar hak yang diperuntukkan untuk berhimpun secara damai.

"Kita juga bangga memegang rekod tak merosak harta awam, tak pernah buat kacau bilau dan berhimpun dengan tujuan murni, tunjuk keberanian rakyat tak sanggup kezaliman berterusan," katanya.

"Kita tak sanggp beban anak cucu kelak dengan sistem politik yang korup dan kita tak ada cara lain, perlukerja kuat untuk jatuh BN," katanya.

Beliau turut memberi penjelasan supaya peserta mengikut arahan daripada Unit Amal yang bertugas dan jangan terpengaruh dengan agen provokasi.

Beliau turut mengumumkan perhimpunan ini dipantau oleh Suhakam dan Bar Council.

Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh juga hadir.

3.12pm: Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR 
Nurul Izzah menerima notis untuk hadir disoal siasat oleh polis Dang Wangi berhubung perhimpunan Kita Lawan di Sogo pada 14 Februari.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, polis telah mengesahkan kepada pihak peguam bahawa siasatan dibuat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Walaupun, katanya, seksyen tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.


3.10pm: Sogo - Jumlah mereka yang berhimpun meningkat kepada 400 orang, dan turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Hadirin kelihatan mengibarkan bendera PKR. Tidak kelihatan bendera PAS atau DAP.

"(Bilangan penyokong) DAP nampak ok, penyokong penyokong PAS akan datang dari ibu pejabat mereka," kata Wong kepada Malaysiakini.

Sementara itu seorang penjual air, dengan penuh semangat meniru slogan 'Lawan Tetap Lawan' dengan menjerit, "Minum tetap Minum tabungan," untuk menarik pelanggan.

3.01pm: Pasar Seni: Kira-kira 300 orang yang rata-rata berbaju T hitam sudah mula berhimpun di hadapan kompleks Pasar Seni.

Di antara personaliti yang kelihatan adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, peguam hak asasi Eric Paulsen dan Ketua AMK Perak, Zafril Eusoff.

Sementara di dalam Pasar Seni pula, urusniaga berjalan seperti biasa kerana tiada kedai yang ditutup dan pengunjung kelihatan tenang melakukan tinjauan ke atas barangan dan kedai-kedai.

3pm: Masjid Jamek - ADUN PKR Semambu Lee Chean Chung berucap di hadapan lebih 300 orang  di stesen LRT Masjid Jamek dari bahagian atas sebuah trak.

Beliau menyeru orang ramai untuk mula perarakan ke Sogo pada pukul 3.30 petang.

2:45pm: Sogo - Kini lterdapat sekitar 300 orang berkumpul di luar Sogo. Sukar untuk membezakan berapa ramai peserta dengan pengunjung di situ.
 
Hanya kira-kira 50 orang yang dilihat memakai kemeja-T Kita Lawan atau Reformasi.

Berkemundang laungan "Reformasi" dan "Hancur Najib".

2:30: Masjid Jamek - Lebih 10 orang ahli jawatankuasa anti-cyanide Rabu berada di Masjid Jamek untuk menunjukkan sokongan mereka.

Orang ramai berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.

Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut.


PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya.

Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.

Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad. 

Malaysiakini

Kenapa Mokhzani letak jawatan?

Posted: 07 Mar 2015 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR - Tindakan Tan Sri Mokhzani Tun Dr. Mahathir, 54, meletakkan jawatan selaku Naib Pengerusi SapuraKencana Petroleum Bhd.

(SapuraKencana) pada 4 Mac lalu mencetuskan pelbagai spekulasi memandangkan tiada alasan kukuh dinyatakan.

Berdasarkan makluman SapuraKencana kepada Bursa Malaysia pada 4 Mac lalu, alasan Mokhzani meletakkan jawatan adalah atas sebab-sebab peribadi dan turut dinyatakan bahawa Mohkzani tidak mempunyai sebarang pertikaian dengan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain.

Tindakan mengejut Mokhzani meletakkan jawatan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pihak industri serta masyarakat umum mengenai punca utama beliau mengundurkan diri.

Selain Mokhzani, turut mele­takkan jawatan adalah Yeow Kheng Chew yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif SapuraKencana dan kedua-dua mereka masih mempunyai pegangan di dalam Sapura­Kencana sebanyak 9.12 peratus menerusi Khasera Baru.

Pengunduran Mokhzani dan Kheng Chew itu menjadikan SapuraKencana diterajui oleh Pre­siden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Shahril Shamsuddin yang mempu­nyai pegangan seba­nyak 16.71 peratus.

Sehingga kini, masih belum ada sidang akhbar dibuat oleh pengurusan SapuraKencana mengenai peletakan jawatan Mokhzani, dan Shahril juga masih mendiamkan diri berhubung perkara tersebut.

Ada beberapa pihak membuat spekulasi bahawa hubungan dingin antara Shahril dengan Mokhzani dan hala tuju yang berbeza menjadi antara sebab Mokhzani meletakkan jawatan.

Mokhzani yang merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, mula me­nyertai lembaga pengarah Sapura­Kencana pada Disember 2011.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Bhd. sebelum syarikat itu bergabung de­ngan SapuraCrest Petroleum Group yang diterajui oleh Shahril bagi membentuk SapuraKencana pada 2012.

Penggabungan SapuraCrest de­ngan Kencana Petroleum disifatkan sebagai pembentukan sebuah entiti besar dalam kalangan pemain industri tempatan untuk bersaing dalam se­nario global industri minyak dan gas.

Mokhzani menjadi tumpuan umum apabila disenaraikan antara 20 orang paling kaya di Malaysia oleh majalah antarabangsa Forbes tahun lalu pada kedudukan ke-15 dengan nilai AS$1.2 bilion (RM4.42 bilion).

Bagaimanapun, dengan kejatuhan harga minyak dunia, majalah berkenaan pada tahun ini meletakkan kedudukannya pada tempat ke-26 dengan nilainya menyusut kepada AS$700 juta (RM2.5 bilion).

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Mampukah demonstrasi jalan raya gulingkan perdana menteri? Amin Iskandar.

Posted: 07 Mar 2015 06:00 PM PST



Di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, demonstrasi jalan raya pernah menggulingkan presiden dan perdana menteri, termasuk juga kediktatoran.

Di Malaysia kita masih belum ada sejarah seperti ini walaupun mempunyai sejarah demonstrasi jalan raya termasuk sebelum negara merdeka.

Semalam ribuan manusia membanjiri jalan raya di Kuala Lumpur berdemonstrasi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan lima tahun di atas dakwaan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Walaupun pihak polis mengumumkan perhimpunan semalam sebagai haram, pihak penganjur tetap meneruskannya dan jumlah kehadiran agak besar.

Slogan "bebas Anwar" dilaungkan dan "undur Najib", merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut bergema. Hadirin berbilang kaum dan disedari kali ini kurangnya kehadiran daripada parti Islam PAS.

Mungkin kerana tiadanya arahan rasmi dan keretakan hubungan di antara parti Pakatan Rakyat (PR). Berbanding 17 tahun lalu, pihak keselamatan kini tidak lagi bertindak keras.

Polis malahan membantu untuk melancarkan lagi perhimpunan dan membantu aliran lalu lintas. Polis mungkin sudah banyak belajar daripada kesilapan lalu kerana demonstrasi aman sering kali bertukar ganas apabila tindakan terlalu tegas.

Berbanding ketika pertama kali Anwar dipenjarakan selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, perhimpunan kali ini tiada lagi gas pemedih mata, tiada lagi yang dipukul. Jika dibandingkan dengan era reformasi, demonstrasi yang dianjurkan kini lebih tersusun.

Selain pasukan pemantau daripada Majlis Peguam, terdapat juga pasukan perubatan turut disediakan. Perhimpunan semalam berakhir dengan aman selepas perarakan dari kompleks membeli-belah Sogo dan berakhir di kompleks membeli-belah Suria KLCC.

Jika lebih banyak demonstrasi seperti semalam dan kumpulan anti kerajaan lebih bersatu, lebih ramai yang akan turun ke jalan raya pada masa akan datang.

Di zaman media sosial seperti sekarang ini, dengan sekelip mata berita mengenai demonstrasi semalam tersebar ke seluruh negara dan sedikit sebanyak akan memberikan keberanian kepada yang tidak hadir untuk bersama pada masa akan datang.

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April ini jika benar-benar memberikan kesan besar terhadap kehidupan majoriti rakyat bawahan, lebih ramai yang akan turun berdemonstrasi pada masa akan datang. Ini lebih merbahaya kerana ianya bersangkutan dengan kehidupan seharian berbanding isu-isu politik dan demokrasi.

Kesusahan hidup akhirnya boleh mengubah seseorang manusia itu. Seseorang yang penakut akhirnya boleh jadi berani.

Bergantung kepada bagaimana kerajaan menguruskan keadaan ekonomi negara. Jika masalah peningkatan kos kehidupan terus dipandang ringan dan pengangguran dibiarkan, bahaya besar akan melanda.

Mungkin juga pada ketika itu demonstrasi di Malaysia mampu menjatuhkan pemimpin. Kerana jika dilihat mengapa pemimpin-pemimpin berjaya digulingkan di negara-negara jiran melalui demonstrasi, kesusahan hidup merupakan kunci utamanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Himpunan berjaya walaupun tanpa mobilisasi dan kerahan Parti - Ipoh Mali ~

Posted: 07 Mar 2015 05:00 PM PST

 

Alhamdulillah baru sampai Ipoh..

Aku seronok melihat Himpunan hari ni.. Bukan Sebab jumlah ramai atau tidak.. Tetapi Anak Muda..
Dan Rakyat mampu bergerak Sendiri tanpa bantuan dan kekuatan mana2 Parti... Ini yg aku mahu lihat.. 

Biar lah Bantahan Berterusan.. Bilangan ramai atau tidak.. itu bukan persoalan.. tetapi mereka ini berani menuntut perubahan.. 

Gerakan Rakyat harus bergerak kepada Isu2 Rakyat seperti GST dan Rompakan Harga Minyak... 

Hari ini adalah himpunan Spontan tanpa Mobilasi dan kerahan Parti di Seluruh Negara.. Itu petanda yg baik.. 

Gelombang bisa jadi lebih besar.. waktu akan menentukannya.. tidak Bulan ini..bulan depan..tidak tahun ini tahun Depan... jadi benarlah gerak hati aku semalam..

 

 

 
 

al-Husseyn.

Serentak Diseluruh Dunia.- "UNDUR NAJIB UNDUR"

Posted: 07 Mar 2015 04:30 PM PST

 

 

 



Pemimpin2 PR Yang Hebat !! - Kerjasama Yang Baik Dari PAS DAN DAP

Posted: 07 Mar 2015 04:00 PM PST


#KitaLawan: “Kita kembali himpunkan rakyat lebih besar” - Tian Chua

Posted: 07 Mar 2015 03:37 PM PST


Naib Presiden PKR, Tian Chua melaungkan semangat mereka akan mengadakan himpunan rakyat lebih besar lagi selepas ini.

"Hari ini kita ada 10,000 sahaja tidak cukup ramai tetapi kita akan kembali lagi dengan lebih ramai lagi," kata Tian Chua di hadapan 10,000 peserta demontrasi 'Kita Lawan'.

Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli pula menyeru anak-anak muda supaya lebih berani menuntut keadilan.

"Dalam rundingan polis, mereka benarkan kita berkumpul hingga jam 6.00 petang tetapi sekarang dah jam 6.05 petang.

Adakah kita akan berundur? "Abang-abang polis, sila balik, berehat. Jangan bimbang tentang kami. Kami tahu menjaga diri," kata Adam ketika meminta supaya golongan muda kekal berada di KLCC.

Terdahulu, kira-kira 10,000 orang berarak dari Sogo ke KLCC bagi melahirkan bantahan terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Penganjur perhimpunan mengumumkan perhimpunan itu berakhir kira-kira jam 6.10 petang tanpa sebarang insiden.

Bagaimanapun perhimpunan itu diteruskan dengan beberapa kumpulan anak muda yang ingin terus berada di situ.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Si tua, Shafee lebih teruk berbanding ‘pembantunya’, Khairy!

Posted: 07 Mar 2015 08:00 AM PST



Adakah Shafee dan Khairy mempunyai terlebih banyak perkara 'baik'? 06:30PM Mac 07 oleh Mariam Mokhtar.

SEKILAS PANDANG: Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan santun mereka, tetapi 'pasangan jahat' Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Khairy Jamaluddin telah menjejaskan sifat itu.

Mereka menganjurkan beberapa acara, yang digelar siri jelajah porno, hanya untuk meyakinkan rakyat bahawa keputusan mahkamah ke atas rayuan kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah wajar.

Shafee lebih gemar untuk menggunakan butiran yang grafik, mengerikan dan kasar, berbanding hujah-hujah bijak untuk menyampaikan penghujahan beliau.

Beliau sebenarnya lebih sesuai menjadi sang algojo, berbanding seorang peguam. Beliau disebut-sebut bakal menjadi Pegua Negara seterusnya. Tindakan ini haruslah ditentang sekeras-kerasnya.

Bagaimanapun, rancangan Shafee dan Khairy memakan diri. Mereka telah mencemarkan reputasi mereka sendiri, dan pada masa yang sama, menaikkan Anwar. Dalam minggu ini, Jamawi Jaafar, dari Pemuda Umno Baru memperkecilkan jelajah seluruh negara ini, dan menghentam bintang mereka, Shafee, kerana tindak balas dari rakyat.

Pasangan ini tidak ubah seperti dua budak remaja lelaki, yang baru saja menonton filem lucah buat kali pertama dan tidak sabar mahu mengagumkan rakan mereka, dengan menerangkan satu-persatu filem tersebut.

Dipenuhi keterujaan dan dibasahi peluh, mereka menggunakan bahasa kasar dan imaginasi yang terang, untuk cuba membuatkan parti dan diri mereka popular. Mereka langsung tidak menjangkakan reaksi jijik awam. Terdapat dua masalah di dalam skrip mereka ini. Pertama, mereka terlupa bahawa rakyat Malaysia mempunyai nilai-nilai kehidupan.

Kedua, mereka bertindak sebagai wakil "normal" Umno Baru; dalam kata lain, mereka tidak bertanggung jawab, tidak senonoh dan ultra-kiasa. Shafee, yang lebih tua itu, adalah ketua pendakwa raya di dalam kes rayuan Liwat II Anwar.

Khairy pula adalah Menteri Belia dan Sukan. Shafee dijangka bakal menjadi Peguam Negara Malaysia. Manakalah, Khairy pula telah didakwa pernah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri ketika beliau berumur 40 tahun. (Beliau sekarang sudah berusia 39 tahun)

Jawatan PM mungkin akan kosong tidak lama lagi dan Khairy fikir beliau boleh menekan untuk beliau mengisi jawatan itu. Seseorang gemar untuk berfikir bahawa, semakin tua seseorang itu, maka semakin matanglah dia dan boleh mengawal tingkah lakunya; tetapi tidak bagi si tua, Shafee. Beliau lebih teruk berbanding 'pembantunya', Khairy.

Kedua mereka berganding bahu, dengan Khairy melihat Shafee sebagai idola, berharap akan belajar beberapa muslihat untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain. Umno Baru seringkali menghasilkan video kotor, tetapi siri jelajah ini adalah luar dari kebiasaan.

Ini adalah siaran langsung sesuatu yang luar tabii. Rakyat Malaysia yang hadir pada siri pertama persembahan ini, hanya kerana perasaan ingin tahu. Kehadiran pada siri yang seterusnya sama sekali ghaib.

Rancangan ini membuktikan bahawa Umno Baru adalah parti yang obses pada seks. Secara metaforanya, rakyat juga percaya bahawa mereka hanya ingin membuktikan kejantanan mereka. 


Sedang rancangan Shafee hampir berkecai, penyokong Umno Baru mulai meragui sabitan kesalahan Anwar.

Akibat dari kegagalan ini, Shafee telah menunjukkan dirinya yang sebenar, dan dilihat tidak sesuai untuk menjadi Peguam Negara, sementara Khairy telah menunjukkan kekurangan kualiti sebagai seorang pemimpin. Kedua-duanya menampakkan yang mereka lemah dalam membuat pertimbangan.

Beberapa hari yang lalu, Datuk Seri Najib Razak mahu memperkasa golongan Melayu (sekali lagi), dengan tujuh perintahnya. Kedua-dua inisiatif dan siri jelajah porno ini, menunjukkan bahawa Umno Baru adalah pincang dan keliru.

Najib langsung tidak berkuasa untuk bertindak kerana beliau begitu sibuk untuk menyelamatkan reputasi beliau, dengan skandal yang menyelubungi dirinya.

Mengapa sebuah parti politik perlu memberi ceramah, meyakinkan rakyat Malaysia tentang sabitan kesalahan jenayah seseorang? Melainkan, keputusan yang dijatuhkan itu penuh kontroversi. 


Jika Shafee benar-benar cerdik seperti mana yang beliau ingin kita percaya, beliau sepatutnya menganjurkan siri jelajah untuk justifikasi keputusan kes pembunuhan Altantuya.

Posted by mountdweller

ANAK MUDA TURUN TIBAI NAJIB

Posted: 07 Mar 2015 06:28 AM PST

 

Saman Najib pemangkin bongkar lebih banyak skandal 1MDB, kata Tony Pua


Najib Razak silap besar jika saman fitnah yang difailkan merupakan langkah menghentikan kritikan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Tony Pua.
Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata, saman itu sebenarnya lebih menguatkan semangatnya untuk menyiasat dan mendedahkan lebih banyak rasuah, salah guna kuasa dan tidak kompeten 1MDB kerana mengetahui dirinya berada di pihak benar.
"Saya tidak terbelenggu dengan saman itu kerana mengetahui saya disokong jutaan rakyat Malaysia yang terkejut dengan pembohongan 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saman-najib-pemangkin-bongkar-lebih-banyak-skandal-1mdb-kata-tony-pua#sthash.d91ukxRT.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
saman jangan tak saman
lawan jangan tak lawan
kasi panas lagi
kasi curah minyak
bontot najib terbakar
rambut rosmah terbakar
kah kah kah

APA PUNYA TUUR
 

VIDEO - 'Umno lakukan kezaliman ke atas Anwar'

Posted: 07 Mar 2015 06:00 AM PST


VIDEO - PROVOKASI 'Hidup Mahathir' hampir cetuskan pergaduhan ??

Posted: 07 Mar 2015 05:00 AM PST


VIDEO - #KITA LAWAN PART 2 - BEBAS ANWAR - NAJIB UNDUR !!

Posted: 07 Mar 2015 04:02 AM PST


































































#KITA LAWAN - NAJIB UNDUR - BEBASKAN ANWAR !!

Posted: 07 Mar 2015 03:54 AM PST









































PAS tidak arah ahli sertai himpunan #KitaLawan nanti Petang

Posted: 06 Mar 2015 11:30 PM PST



Tiada arahan yang dikeluarkan PAS kepada ahli parti dan penyokongnya supaya menyertai Himpunan #KitaLawan.

Tiada arahan yang dikeluarkan PAS kepada ahli parti dan penyokongnya supaya menyertai Himpunan #KitaLawan.

Tiada arahan yang dikeluarkan PAS kepada ahli parti dan penyokongnya supaya menyertai Himpunan #KitaLawan anjuran Gabungan Anak Muda Malaysia yang dijadualkan berlangsung esok di hadapan pusat membeli belah Sogo di ibu kota, menurut laporan portal Suara TV.

Ia disahkan setiausaha akhbar kepada presiden PAS, Ahmad Shamsuri Muhktar yang berkata, setakat ini tidak ada kenyataan akhbar dikeluarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan himpunan tersebut.

"Sehingga kini tiada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Presiden.

"Presiden akan mengeluarkan kenyataan mengenainya sebentar lagi," beliau dipetik berkata portal tersebut.

Penafian itu susulan tersebarnya kenyataan media dikatakan dibuat presiden PAS menyatakan sokongan terhadap himpunan yang bertujuan membantah sistem kehakiman negara petang esok.

Dalam kenyataan media yang disahkan palsu itu, ia menyeru kepimpinan dan ahli PAS turun menyertai himpunan solidariti Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersama PKR dan DAP.

Petikan kenyataan media itu juga menyatakan, PAS sebagai pertubuhan politik bermatlamat menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan mendukung kezaliman dan kemungkaran.

Pada 15 Februari lalu, pada satu sidang media himpunan #KitaLawan, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, gerakan itu mengemukakan empat tuntutan termasuk agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dengan segera kerana didakwa terlibat dalam konspirasi politik perbicaraan kes Anwar.

Selain itu, mereka juga sedia menggembleng semangat dan anak muda Malaysia terus berjuang sehingga kerajaan Umno-BN tumbang, serta menuntut reformasi sistem kehakiman negara bagi menjamin kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.

Manakala resolusi keempat mereka ialah menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjawatan dan yang mendapat mandat pada pilihan raya umum ke-13 lalu agar turut menyertai Himpunan Rakyat yang dijadualkan bulan depan.


http://www.themalaysianinsider.com