Jumaat, 6 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis rekod keterangan wakil rakyat DAP di bawah akta hasutan

Posted: 06 Mar 2015 10:45 PM PST

 Polis hari ini merekod keterangan anggota parlimen Tanjong DAP, Ng Wei Aik, di bawah akta hasutan.

Polis hari ini merekod keterangan anggota parlimen Tanjong DAP, Ng Wei Aik, di bawah akta hasutan.

Polis hari ini merekod keterangan anggota parlimen Tanjong dari DAP, Ng Wei Aik berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa berunsur hasutan.

Ketua polis daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(6) Akta Hasutan 1948.       

"Kami rekod keterangan beliau untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Ng dilihat memberi keterangan selama hampir dua jam bermula pukul 4.05 petang kepada pegawai penyiasat ditemani peguam Ramkarpal Singh Deo di pusat khidmatnya di Jalan Anson.

Pada 16 Februari lepas, timbalan ketua pemuda MCA negeri Ang Chor Keong membuat laporan polis berhubung artikel Ng yang disiar dalam akhbar Kwong Wah Yit Poh mengenai keputusan kes Liwat II terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menghukum Anwar lima tahun penjara.

Mengulas mengenai artikel bertajuk 'Kebangkitan Reformasi' itu, Ng pada sidang media selepas memberi keterangan kepada polis, berkata ia adalah pendapat peribadinya dan mempunyai keyakinan kepada demokrasi berparlimen dan percaya perubahan boleh dibuat menerusi peti undi.

"Saya bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dan turut ditanya adakah saya terlibat dalam gerakan reformasi ketika menjadi pelajar di Universiti Malaya pada 1998. Saya bukan terlibat secara langsung tetapi menyaksikannya," katanya.

Sementara itu, ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan berasingan, berkata kerajaan negeri akan membela nasib Ng kerana itu merupakan satu penganiayaan politik terhadap seorang wakil rakyat.

"Kerajaan negeri akan membela Ng dan sekiranya perlu kami akan sediakan bantuan guaman," katanya. – Bernama, 6 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com


Tak berhak salahkan adik saya, kata kakak juruterbang MH370

Posted: 06 Mar 2015 10:00 PM PST

Kakak kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, berkata tiada siapa yang berhak mempersalahkan abangnya.  

Kakak kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, berkata tiada siapa yang berhak mempersalahkan abangnya. –

Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, setia kepada syarikat penerbangan itu, mempunyai segalanya yang dikehendaki dalam hidup dan disayangi keluarga dan rakan, kata kakaknya Sakinab Shah hari ini.

Beliau buat pertama kali memecah kebisuan ahli keluarganya yang selama ini dihadapkan dengan segala teori dan spekulasi negatif mengenai peranan yang dimainkan adiknya dalam misteri terhebat sejarah penerbangan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini menjelang ulang tahun pertama kehilangan pesawat itu Ahad ini, Sakinab berkata tidak sesiapa pun harus menyalahkan Zaharie atas sebarang kesalahan.

"Sepertimana keadaannya sekarang, dengan tiadanya bukti ketara yang boleh dilihat, TIADA SEORANG PUN, sama ada ahli politik, ahli sains, pakar penerbangan, penyiasat kapalterbang terhempas, juruterbang, juruterbang bersara, media atau sesiapa sahaja... 


TIADA SEORANG PUN DARI KAMU berhak menyalahkan Zaharie atas sebarang salahlaku," katanya.

Ahli keluarga Zaharie selama ini lebih banyak berdiam diri dan mengelak bertemu media sejak kehilangan MH370 pada 8 Mac tahun lalu, tidak sampai sejam selepas pesawat itu berlepas meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke Beijing.

Anaknya, Ahmad Seth, dipetik akhbar New Straits Times tahun lepas berkata, "Saya baca semua yang ditulis di Internet. Tapi saya tak pedulikan semua spekulasi. Saya lebih kenal bapa saya."

Hanya sekali isteri Zaharie, Faizah Khan, dilaporkan bercakap kepada media, iaitu ketika mengesahkan suara yang kedengaran dalam rakaman suara juruterbang MH370 ketika di kokpit itu milik suaminya.

Sakinab hari ini mengeluarkan kenyataan bagi mengenang adiknya sempena ulangtahun pertama kehilangan pesawat itu melalui laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie'.

Dalam kenyataan itu, beliau mengenang kembali bagaimana keluarganya terpaksa menempuhi segala "salah tafsir yang diputarbelit dan menipu" tentang adiknya, dan pada satu ketika, mereka menghantar surat peguam kepada satu media tempatan, memberi amaran agar ia berhenti menyebarkan khabar angin.

"Manusia boleh jadi berhati batu dan tidak ada perasaan. Sengaja hendak memburuk-burukkan keadaan, cerita tentang Zaharie dan Faizah timbul di media mengatakan perkahwinan mereka goyah, dan ada kes perceraian yang sedang tergantung di Mahkamah Syariah... 


Blah, blah, blah... semuanya merepek, mengarut. Maaf, pihak media memang sangat mengecewakan kami," katanya.

Ari, panggilan manja untuk adiknya, disayangi ahli keluarga dan amat disenangi khususnya oleh mereka yang lebih muda daripadanya.

Sakinab juga menceritakan bagaimana beliau boleh memperbaiki apa sahaja dan menjadi orang harapan untuk membantu menyiapkan segala kerja-kerja penambahbaikan rumah.

"Dia selalu dicari adik-beradik dan anak-anak saudara.. seorang yang berintegriti," katanya.

Zaharie juga setia kepada MAS, yang membiayai latihan penerbangannya.

"Dia mempunyai rekod penerbangan selama 18,000 jam lebih tanpa cacat cela, saya bangga menyebutnya. Hanya semata-mata dedikasinya terhadap profesion ini yang mendorong beliau memasang simulator penerbangan di rumahnya bagi melengkapkan dirinya supaya boleh memberi pengalaman mengajar yang lebih baik kepada anak muridnya, semuanya atas perbelanjaannya sendiri," katanya.

Simulator itu, serta penemuan mengenai perjalanan yang diambilnya semasa berlatih menggunakan simulator itu, yang menyebabkan tumpuan beralih kepadanya hingga beliau dianggap dalang di sebalik kehilangan MH370.

Data di simulator rumahnya menunjukkan dia berlatih membuat penerbangan di atas selatan Lautan Hindi - dapatan yang kemudiannya selari teori sekarang iaitu MH370 berakhir di Lautan Hindi, berdasarkan data satelit Inmarsat.

Terdapat juga spekulasi mengatakan beliau cuba membunuh diri, tetapi kemungkinan ini ditolak pengarah komersial MAS Hugh Dunleavy, yang mengatakan rekod Zaharie cemerlang dan tidak pernah menunjukkan sebarang sikap atau kelakuan buruk. – 6 Mac, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com


Putrajaya tidak wajar ‘bail out’ 1MDB, tegas Muhyiddin

Posted: 06 Mar 2015 09:30 PM PST

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah pengauditan ke atas 1MDB dibuat dengan telus.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah pengauditan ke atas 1MDB dibuat dengan telus.

Sebarang usaha menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.

Beliau juga berkata, Lembaga Pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

"Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan sambil menyambut baik arahan perdana menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Beliau juga mengatakan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu tanpa perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara siap.

Dalam mesyuarat Rabu lalu, jemaah menteri diberikan taklimat oleh 1MDB dan Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengarahkan Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB itu dan menyerahkan laporannya kepada PAC untuk penelitian lanjut.

Katanya, urusniaga yang diaudit Deloitte hanya bagi tahun kewangan 2013 dan ia tidak termasuk usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International yang dituduh berlaku penyelewengan seperti dilaporkan beberapa portal berita.

"Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku," katanya.

Muhyiddin juga mahu Ketua Audit Negara diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama menyiapkan laporan yang lengkap dan komprehensif memandangkan dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks, menyentuh kepentingan negara dan kerajaan.

"Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur," katanya mengenai 1MDB yang diilhamkan Najib yang juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

"Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB," katanya.

Muhyiddin berkata, 1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial.

Bagi membersihkan namanya, katanya, 1MDB perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

Pada masa sama, katanya, Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Mengenai urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang, Muhyiddin berkata: "Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."

Semalam, Reuters melaporkan, menurut sumber, 1MDB mungkin dibubarkan di bawah pelan pembayaran balik hutangnya, di mana sebahagian besar asetnya akan dijual.

Di bawah penstrukturan semula yang dirancang ketua barunya Arul Kanda Kandasamy, 1MDB akan menjual 80% daripada unit tenaganya Edra Energy melalui penyenaraian pasaran saham, tiga sumber memberitahu Reuters.

1MDB juga dilaporkan akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi itu - TRX dan Bandar Malaysia - selepas memecahkannya kepada beberapa entiti berasingan. – 6 Mac, 2015.

://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

MH370: Isteri yakin suami masih hidup

Posted: 06 Mar 2015 09:00 PM PST

 
Sudah hampir setahun sejak kehilangan pesawat malang MH370, namun Kelly Wen percaya suaminya masih hidup.
 
Berada di Kuala Lumpur bersama 17 yang lain untuk menuntut jawapan dari para pegawai Malaysia, Wen mahu suaminya tahu bahawa dia tidak pernah berputus asa.
 
"Saya mahu dia tahu, saya tidak berputus asa. Saya masih berjuang untuknya," kata Wen (kanan).
 
Bagi keluarga 152 penumpang China, mereka tidak dapat menerima pengumuman Malaysia bahawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang pada 8 Mac 2014 dianggap sudah meninggal dunia.
 
Jabatan Penerbangan Awam Malaysia menggunakan dua klausa dalam Konvensyen Chicago untuk membuat pengumuman tersebut.
 
Tetapi Wen (kanan) berkata DCA dengan mudah mengabaikan bahawa konvensyen itu berkata pengumuman seumpama itu hanya boleh dibuat selepas siasatan berakhir
 
Katanya, pasukan pencari Australia berkata hanya 30 peratus daripada kawasan terbabit telah diliputi.
 
Dengan air membasahi pipinya, wanita muda itu berkata ahli keluarga hanya akan menerima berita buruk itu apabila selesai keseluruhan carian dan penyiasatan.
 
 
Malaysiakini
 

KJ: Hutang 1MDB boleh bawa risiko ekonomi

Posted: 06 Mar 2015 08:30 PM PST

 
 

Firma pelaburan milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti mula menjana wang untuk membayar hutang atau  bebanannya boleh mendatangkan "risiko sistemik" kepada ekonomi, kata menteri belia dan sukan.

Bagaimanapun, Khairy Jamaluddin, yang bercakap dalam satu sesi dialog di New York pada hari Rabu, berkata ini tidak bermakna asas-asas fundamental 1MDB tidak "cukup baik".

"Anda bercakap tentang sebuah syarikat dengan hutang atau pinjaman dari bank-bank Malaysia. Ini menjadi risiko sistemik kepada sistem perbankan Malaysia jika sesuatu berlaku kepada 1MDB," katanya.

Khairy berkata, beliau tidak begitu bimbang liabiliti itu akan menjadi lohong hitam yang bukan sahaja 1MDB tetapi sudah tentu bank-bank Malaysia akan turut terjerumus ke dalamnya.

"Tetapi kita perlukan pengurusan 1MDB untuk memastikan ada keputusan perniagaan yang segera diambil untuk mendapat aliran wang bagi memenuhi obligasi hutang mereka," katanya.

Khairy (berkata demikian pada hari yang sama kabinet membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku selepas diberi taklimat oleh 1MDB dan juruauditnya Deloitte dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Menyenaraikan pelbagai aset 1MDB, beliau berkata, Khairy berkata: "Anda boleh ada aset tetapi jika anda tidak mempunyai aliran tunai untuk membayar hutang anda, anda ada masalah...

"Mereka (1MDB) memerlukan aliran tunai yang kukuh untuk membayar faedah pinjaman dan pinjaman itu sendiri [...] jadi mereka perlu mula melaksanakan projek-projek mereka dengan segera," katanya.



Malaysiakini

1MDB: PAC boleh mula siasatan sendiri, kata TPM

Posted: 06 Mar 2015 08:00 PM PST

KESEMPATAN TS MUHYUDDIN UNTUK NAIK JADI PM

 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh memulakan siasatan sendiri terhadap firma pelaburan negara 1MDB, tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara.

Sebelum ini, Perdana Menteri meminta ketua audit negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporannya akan diserahkan kepada PAC untuk penelitian lanjut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin juga menggesa 1MDB memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan kepada mereka khususnya yang dilaporkan di media sosial.

Sehubungan itu, beliau turut menyokong syarikat itu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit jika tuduhan tidak berasas dilemparkan terhadapnya.

"Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB," katanya.

Muhyiddin berkata lembaga pengarah 1MDB perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang dianggapnya "kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan".

"Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam," katanya.

Berikut adalah kenyatan penuh timbalan perdana menteri berhubung isu 1MDB:

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.

Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita.

Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB  melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif.

Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB.

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.

1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat.

Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.
 
Malaysiakini

Formula mantapkan Pas jadi kapal yang kuat

Posted: 06 Mar 2015 07:30 PM PST

Hendaklah saya bercakap secubit saja di hari Jumaat nan mulia ini fasal parti agama Pas yang keadaanya kini agak panas sedikit kini. 
 
Wap yang bergelora dalam parti itu bukan sahaja kerana parti itu akan mengadakan pemilihan dalam muktamar pada Jun nanti, tetapi ekoran perkembangan sekitarnya menghangatkan keadaan, dan ada persoalan yang menyimpulkan tebal dalam kepala.

Abdul Hadi menanti sendukan nasi daripada Husam.
Pertembungan penyokong dua pihak dalam parti itu masih berterusan. Ibarat kumpulan kertuk dan rebana, para pemain kedua-dua kumpulan sedang giat memperkemaskan rebana dan kertuk masing-masing. 
 
Belira atau lidah kertuk perlu dirisik halus dan licin untuk menghasilkan suara yang mersik dan nyaring memanah kalahkan suara kertuk lawan.

Begitu juga ikatan dan tali taut rebana perlu diterikkan agar belulang tegang dan bila dipalu ia mengeluarkan bunyi gemuruh bergema jauh mengambusi bunyi rebana lawan.

Masing-masing puak sedang berlatih, mengiramakan rebana atau kertuk masing-masing biar ia unik dan pelik untuk menarik hati orang ramai dan pengadil. Acara lobi atau pun perang sarang juga diadakan oleh penyokong kedua-dua puak itu.  
 
Dalam permainan tradisional itu aksi atau pun aktiviti inilah menyegarkan budaya itu yang ada kalanya juga membawa kepada perbalahan sampai bengkak bengkik dan menitiskan darah ke bumi pertiwi.

Demikian suasana dan kegiatan ini tampaknya terbawa-bawa di sekitar Pas, hangat dan satu segi meriah menandakan Pas parti yang besar dan matang.

Ia ditambah hangat dengan beberapa insiden yang berlaku membabitkan ahli dan pemimpin parti agama itu. Kejadian cubaan hendak membakar kereta Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli dan juga serangan dan tumbukan ke atas Ahli Jawatankuasa Pas Dr Dzulkifli Ahmad, adalah dua kejadian yang memanaskan keadaan dan dikesali.

Walaupun kejadian itu dinafikan melibatkan ahli Pas, tetapi penafian itu tidak boleh ditolak begitu saja. Dakwaan awal itu hanya sebagai kenyataan politik untuk menjaga maruah parti saja. Siasatan secara terperinci termasuk juga sembahyang hajat mungkin perlu dilakukan untuk mencari pelaku sebenarnya.

Jika diukur kepada sikap agresif ahli-ahli Pas mutakhir ini, kejadian yang menimpa dua ahli Pas itu ia tidak mustahil kalau melibatkan ahli Pas. 
 
Kalau ada ahli parti yang sanggup ke Syria untuk menyertai IS, kemudian bangga dengan mati syahid, apa lagi dengan ahli Pas di tanah air dengan aksi-aksi seperti apa yang berlaku itu, ia hanya perkara kecil dan simple sahaja di mana boleh berlaku bila-bila masa saja dan ke atas sesiapa saja.

Namun kita berdoa dan berharap dua insiden menimpa ahli Pas itu bukan angkara ahli Pas. Bagaimana pun dua kejadian lain yang kurang enak didengar dan menyerlahkan sikap tidak bermoral dan profesional jelas membabitkan ahli Pas.

Dua kejadian itu ialah pertengkaran dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas bulan lalu sehingga menyebabkan Hanifa Maidin keluar daripada dewan mesyuarat kerana tidak tahan dengan "serangan" ke atasnya yang cuba hendak memperkatakan sesuatu mengikut haknya sebagai ahli jawatankuasa, tetapi dimarahi. 
 
Hanifa dilaporkan ditumbuk belakangnya oleh ahli mesyuarat yang lain.

Satu kejadian lagi ialah penyebaran rakaman suara dikatakan suara Mohamad Sabu yang merancang hendak menjatuhkan presiden parti. Pendedahan tidak bermoral itu telah meletakkan Pas berada dalam satu peperangan media baru yang cukup hebat. 
 
Apakah Pas akan berhadapan dengan suasana skandal seperti mana skandal "Water Gate" di Amerika Syarikat dimana puncanya kerana tersebarnya rakaman strategi kempen dilakukan salah seorang calon presiden yang mendedahkan menggunakan wang negara untuk belanja kempennya.

Kedua kejadian itu tidak boleh dinafikan ia melibatkan ahli Pas. Sebab mustahil orang yang menumbuk belakang Hanifa Maidin dalam mesyuarat Jawatankuasa kerja itu mereka adalah ahli IS yang menyusuk masuk ke dalam Pas. 
 
Tidak mungkin? Begitu juga yang mengedarkan rakaman dikatakan suara Mohamad Sabu itu, mereka juga ahli Pas, kerana majlis atau ucapan dikatakan suara Mohamad Sabu itu bersama dengan ahli-ahli Pas. 
 
Ertinya yang bertindak mengakses dan menyebar dan menumbuk itu adalah ahli Pas.

Keadaan dan situasi itulah menyebabkan Pas menjadi sedikit panas waktu ini. Bagi sesetengah pemerhati menyifatkan Pas sudah dirasuki "gengsterisme". Apa yang berlaku diluar kebiasaan ini dan amalan tradisi parti itu menyebabkan orang terheran dan bertanya-tanya apa yang akan terjadi kepada Pas.

Tetapi sebenarnya ia tidak menghairankan kerana keadaan membentuk mereka jadi demikian. Pendirian, pegangan dan sikap pemimpin Pas juga seperti menghalalkan hal-hal sebegitu berlaku dalam parti mereka. 
 
Pas sangat berlembut dengan mereka yang ketara ingin merusakkan parti berkenaan atas nama mempertahankan sesuatu gagasan dan sosok bersifat peribadi. Keadaan ini jelas apabila tidak ada tindakan tegas daripada Pas kepada pelakunya.

Saya percaya keadaan-keadaan sedemikian berlaku kerana timbul rasa kesal dan bimbang daripada setengah ahli Pas yang sayangkan kepada Abdul Hadi Awang sebagai presiden Pas. Mereka takut Abdul Hadi hilang dari kedudukannya sekarang ini. 
 
Rasa sayang dan hormat yang tinggi kepada Abdul Hadi menjadikan setengah mereka kurang siuman. Bagi mereka Abdul Hadi adalah naungan mereka dalam Pas, bukannya perjuangan dan perlembagaan parti.

Cakap-cakap dan gesaan oleh sesetengah pihak dan individu agar Abdul Hadi berundur menimbulkan kemarahan dan menghangatkan keadaan . Mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa Abdul Hadi bukan presiden Pas seumur hidup.

Jadi untuk mempertahankan Abdul Hadi maka mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk aksi tidak syarie dan melakukan aksi-aksi "babarian" diluar kebiasaan Pas. Semua itu adalah terjemahan yang mereka begitu menyayangi kepada Abdul Hadi. 
 
Abdul Hadi tentu merasa bangga dan simpati dengan pendokongnya dimana sekiranya beliau ada keinginan untuk berundur, tetapi dibatalkan kerana asakan dan sokongan itu.

Keadaan yang berlaku dalam Pas tidak baik kepada parti berkenaan. Ia merosakan reputasi Pas sebagai sebuah parti agama yang mempunyai potensi untuk menjadi pengganti kepada Umno. 
 
Dengan apa yang berlaku muasir ini orang sudah mempertikaikan akan integriti Pas sebagai parti yang mulia. Jika dibuat sukatan kepercayaan dan harapan daripada kalangan bukan Islam kepada Pas mungkin sokongannya menyusup berbanding sebelum ini, khususnya menjelang pilihan raya 1999 dan 2013.

Justeru Pas harus melakukan sesuatu. Gerak tindakan segera perlu dilakukan. Kesilapan yang berlaku harus diperbetulkan. Semua pihak perlu berkompromi atas maslahat menjaga integriti dan masa depan parti. 
 
Dalam hal ini saya ada formula kecil untuk ini, dan saya jamin kalau formula ini berlaku keadaan Pas akan kembali aman dan ia boleh mengembalikan Pas ke tapak sebagai parti yang dihormati oleh semua pihak.

Dalam penelitian dan kajian saya dari segi sosiopolitik Pas berkaitan orang nombor satunya, Abdul Hadi saya tidak kira beliau respons kepada keadaan dan suasana di luar atau dalam Pas kini yang sudah kurang senang dengannya. 
 
Lantaran itu beliau sama sekali tidak akan akur, apa lagi ikhlas untuk mengambil sikap gentlemen berundur dari memimpin parti. Abdul Hadi tidak redha dengan keadaan dan berundur baginya sebagai mengakui kalah.

Sekiranya ada mana-mana pihak sedang mengatur rancangan menekan Abdul Hadi dengan harapan dia merasa tertekan kemudian berundur secara suka rela, rancangan itu adalah tidak membawa kejayaan. 
 
Spekulasi atau analisis mengatakan Abdul Hadi akan berundur bila ada tekanan salah. Dengan mengenali sifat yang dimilikinya, tekanan menjadikan beliau lebih ghairah untuk melawan. Abdul Hadi adalah besi.

Makanya, jalan lain yang lebih harmoni dan apolegetik perlu diambil. Pihak lain yang tidak senang dengan keberadaan Abdul Hadi disitu harus berkorban dengan tidak meneruskan niat mereka. 
 
Tidak ada guna kalau Abdul Hadi diserang, sedangkan dengan serangan itu ia merosakkan parti. Biarlah mereka mengambil jalan "profesional" mengaku kalah daripada menentang Abdul Hadi. 
 
Abdul Hadi perlu dikekalkan sebagai presiden Pas. Diulang beliau perlu dikekal sebagai presiden Pas sekiranya semua pihak dalam Pas ingin berkompromi.

Sekiranya kepercayaan masih ada untuk Abdul Hadi terus memimpin Pas, maka Pas perlu menguatkan struktur Pas di peringkat bawahan. 
 
Maksudnya Pas kena perkuatkan atau menyediakan seorang timbalan presiden yang boleh dipercayai dan disukai oleh Abdul Hadi dan diterima orang-orangnya yang sebenarnya juga adalah ahli Pas yang bersaudara. 
 
Dengan memiliki seorang timbalan boleh bekerja dengannya ia akan menenangkan Abdul Hadi kemudian memperkasakan Pas sebagai sebuah parti tunggak dalam Pakatan seementara Anwar Ibrahim berihat dalam penjara.

Cadangan ini bukan bermakna timbalan sekarang, Mohamad Sabu tidak boleh bekerja dengan Abdul Hadi atau Mohamad Sabu tidak mencapai piawaian yang sepatutnya, tetapi persepsi yang dilontar dan ditepek ke atas timbalan presiden itu sudah merosakan reputasi beliau sebagai timbalan presiden.  
 
Perubahan penjawat itu juga bagi meletakkan semula Pas atas landasan dan parti yang utuh. Antara sosok yang dilihat dapat mengganti tempat Mohamad sebagai gandingan Abdul Hadi ialah Husam Musa.

Sekiranya Pas hendak dibahagikan dua kumpulan, konsevertif dan liberal-profesional (prolib) atau apa sahaja nama pun, dengan meletakkan orang seperti Husam Musa di tempat orang nombor dua dilihat ada kepaduan golongan dalam Pas. 
 
Abdul Hadi boleh terus menjadi tunggak golongan konsevertif ulama, manakala Husam mewakili golongan prolib.

Mungkin saya tersalah membuat jangkaan ini. Sebenarnya Abdul Hadi bukan seorang presiden yang babil dan tolol sangat. 
 
Beliau masih waras. Tetapi disebabkan beliau melepaskan persekitaran dirinya kepada golongan yang menguasainya dengan matlamat tertentu menjadikan beliau tepu kepada pandangan-pandangan ikhlas selain daripada golongan itu. 
 
Abdul Hadi masih diterima sebagai seorang pemimpin berilmu dan fakeh dalam agama. 
 
Tunggu lagi bagi melengkapkan dirinya sebagai pemimpin sebuah gerakan sosial seperti Pas beliau memerlukan asoib yang memiliki ilmu profesional.

Hakikat ini semacam difahami oleh Abdul Hadi dan beliau sendiri ingin mengekalkan paksi Pas seperti mana yang telah dibangunkan Allahyarham Fadzil Mohd Noor dan diterima pakai oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
 
Dua kali beliau telah mewakili kepada Husam Musa untuk menggantinya dalam kuliah, satu di Kedah dan satu di Perak. Apakah langkah Abdul Hadi itu sebagai satu latihan buat Husam atau pun satu suaikenal agar Husam dipilih sebagai timbalannya dalam muktamar Jun depan? 
 
Bagi hemat saya ada sesuatu yang hendak dihantarkan Abdul Hadi dengan memberi laluan kepada Husam itu.

Ada logiknya kalau beliau membuat keputusan itu. Terima atau tidak, dan telah menjadi catatan sejarah hanya Husam sahaja yang meletakkan kepercayaan dan keyakinan Abdul Hadi boleh menjadi perdana menteri daripada Pas. 
 
Penegasan Husam pada penggulungan di muktamar di Shah Alam empat atau lima tahun lepas yang beliau mahu melihat Abdul Hadi akan menjadi PM walaupun sehari bukan satu omongan kosong ataupun ejekkan tetapi ia satu cita-cita yang rasional.

Mengapa tidak, seandainya dalam pilihan raya umum akan datang Pakatan Rakyat ditakdir mendapat kuasa untuk memerintah, sementara Anwar masih dalam penjara, maka Abdul Hadi lah pemimpin paling senior dalam Pakatan Rakyat. 
 
Bukankah ketika itu Abdul Hadi boleh ditunjuki oleh Pakatan Rakyat untuk menjadi PM. Dan kalau formula ini boleh membawa Pas ke situ kenapa ahli Pas harus meragui dan menolaknya?

Atas landasan itu saya rasa molek kalau Abdul Hadi mengajak seluruh ahli Pas bertaut kembali, memperkukuh ikatan sauh kapal bagi meneruskan pelayaran yang kini sudah hampir separuh perjalanan. 
 
Dengan adanya orang berkebolehan seperti Husam yang menjadi simbol penyatuan dua golongan dalam Pas, tidak mustahil kapal Pas akan sampai ke destinasi yang ditujuinya kandati pun pernah tertebuk di tengah jalan. [wm.kl.5:20 pm 06/03/15]


Satu lagi laporan JAIS yang dibuat terhadap Shafee - James Sivalingam |

Posted: 06 Mar 2015 07:00 PM PST


Aktivis pelajar Fahmi Zainol menambah kepada aduan yang mendakwa peguam Umno itu telah melakukan jenayah syariah penyaksian palsu.

PETALING JAYA: Pelajar aktivis Fahmi Zainol hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor terhadap Shafee Abdullah, peguam yang mendakwa kes liwat kerajaan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Fahmi mendakwa bahawa Shafee melakukan jenayah syariah "qazaf" (penyaksian palsu) apabila dia bercakap dalam siri jelajah yang dianjurkan oleh Umno, di mana beliau didakwa memberikan butir-butir bagaimana Anwar dicabul mangsanya.

Dalam satu kenyataan media ringkas mengumumkan laporannya, Fahmi, yang mewakili Anak Muda Harapan Malaysia (Hope Belia Malaysia), berkata :

"Mengapa Shafee Abdullah terlindung tanpa didakwa? Adakah Malaysia mengamalkan pendakwaan terpilih? "Saya ingin untuk Malaysia iaitu sivil, tanpa aktiviti yang merosakkan keharmonian negara seperti ini, yang sedang berjalan berleluasa."

Tuduhan qazaf terhadap Shafee yang pertama kali dibawa oleh pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang membuat aduan yang sama kepada JAIS. Dorongan untuk mendakwa peguam Umno itu telah mendapat sokongan apabila Belia Islam (Abim) juga menyokong tuntutan bahawa Shafee adalah bersalah melakukan qazaf.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom telah menolak dakwaan itu dengan berkata qazaf terpakai hanya kepada orang menuduh satu lagi "zina" (zina) tanpa mengeluarkan empat orang saksi.



al-Husseyn

Heboh Batu Akik Termahal Dibandrol 18 Miliar

Posted: 06 Mar 2015 06:30 PM PST

Batu akik termahal

Batu akik akhir akhir ini memang sedang menjadi trend di masyarakat Indonesia, banyak orang yang rela mengelurakan uang yang cukup banyak untuk memiliki batu akik. Harga batu akik berfarasi tergantung dari jenis batu akik tersebut, harganya mulai ratusan ribu hingga miliran rupiah.

Di kabupaten langkat, sumtra utara, ada kolektor batu akik yang membandrol salah satu koleksi batu mulianya dengan harga yang fantastis yakni Muhammad Imam Hanafi yang membandrol baru akiknya sebesar 18 miliar.

Jika batu akik milik Muhammad Imam Hanafi  laku terjual dengan harga 18 miliar maka dapat di pastikan menjadi batu akik termahal dan memecahkan rekor dari batu sebelumnya yang laku terjual kisaran 900 juta rubiah batu jenis Blue safir seperti informasi yang sudah beredar

Menurut sang pemilik menyebut barang yang akan dijualnya itu istimewa, yakni corak dasar moccha, yang di tengah-tengahnya ada gambar naga.

Sangat terlihat jelas motif guratan berbentuk naga, warga kuning. Juga terlihat guratan berbentuk kaki naga.

"Bukannya muluk-muluk, siapa saja boleh mengecek batu ini. Mohon maaf, kalau pecinta akik biasanya memiliki kemampuan sendiri melihat keunggulannya apa, makanya silahkan saja lihat," ungkapnya
.

Gaji Pemandu Teksi Di Singapura Cecah RM15,000 Sebulan

Posted: 06 Mar 2015 06:00 PM PST

 

SINGAPURA – Biarpun ramai peniaga mengeluh mereka kerugian besar ekoran pelanggan Malaysia enggan membeli barangan akibat matawang dollar Singapura terlalu 'kuat' di pasaran global, lain pula cerita pemandu teksi di republik itu.

Di sebalik kelesuan ekonomi dengan KDNK 3 peratus tahun lalu iaitu terendah dalam sejarah atau separuh daripada KDNK 6 peratus dicatatkan jirannya, Malaysia; pemandu teksi Singapura sebaliknya masih lagi boleh 'tersenyum' lebar.

Kajian terbaharu pihak pemerintah republik itu mendapati, pendapatan bulanan bersih secara purata setiap pemandu teksi di Singapura sepanjang tahun lalu direkodkan sekitar S$3,170 (RM8,460) bagi operasi standard selama satu syif.



Malah, pendapatan bersih mereka sebenarnya boleh mencecah sehingga S$5,900 (RM15,745) sebulan jika pemandu teksi berkenaan sanggup bekerja lebih masa iaitu dua syif terutama pada musim perayaan atau cuti umum.

Perkara yang amat mengejutkan itu didedahkan oleh Menteri Tenaga Manusia Singapura, Tan Chuan Jin dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Khamis, terhadap soalan daripada wakil rakyat GRC Tampines, Irene Ng.

Ahli parlimen wanita tersebut bertanya mengenai purata pendapatan tahunan setiap pemandu teksi di Singapura selain jumlah sebenar pemandu terbabit dan tahap kelayakan mereka yang bekerja dalam perkhidmatan itu.

Chuan Jin berkata, sehingga akhir Disember tahun lalu, seramai 98,477 rakyat Singapura memiliki lesen vokasional teksi, namun kira-kira 56,000 daripada jumlah itu berdaftar sebagai pemandu bergaji dengan syarikat teksi tempatan.



Meskipun pendapatan lumayan, agak menyedihkan apabila rekod menunjukkan 4 daripada setiap 5 pemandu teksi berusia 50 tahun ke atas; dan 9 daripada setiap 10 pemandu pula tidak memiliki taraf kelayakan pengajian yang tinggi.

Terdapat enam syarikat teksi di Singapura yang mempunyai keseluruhan 28,558 buah kereta dengan paling besar, popular dan tertua di republik itu, Comfort ditubuhkan sejak 1970 serta memiliki 12,608 buah teksi berwarna badan biru.

Kadar tambang teksi juga ditetapkan berdasarkan faktor penawaran pasaran semasa sejak 1998 bagi mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan rakyat lebih selesa memilih pengangkutan awam berbanding memandu kereta persendirian.

Perkhidmatan teksi di Singapura adalah antara paling cekap di dunia dan dipantau ketat Lembaga Pengangkutan Darat dengan pemandu yang gagal guna meter atau enggan ambil penumpang boleh didenda sehingga S$500 (RM1,334). – Agensi

#KitaLawan: Guan Eng minta ADUN jangan tinggal Kawasan..

Posted: 06 Mar 2015 05:30 PM PST

Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua wakil rakyatnya berada di kawasan masing-masing esok, sekali gus tidak menyertai perhimpunan kemuncak #KitaLawan dijadual di depan kompleks beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata semua Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat perlu berada di kawasan masing-masing untuk majlis Program Penghargaan Warga Emas.

Katanya, perhimpunan #KitaLawan hanya dianjurkan sayap Pemuda, dan oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau harus memberi keutamaan kepada projek rakyat.

"Kami kerajaan yang bertanggungjawab dan esok merupakan pelancaran Program Penghargaan Warga Emas di semua kawasan. 


Semua wakil rakyat diarah berada di kawasan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah skim perumahan awam dan mampu milik di Jalan SP Chelliah di George Town, hari ini.

Lim berkata beliau sendiri mempunyai program di kawasannya di Air Putih pagi esok dan tidak akan menghadiri perhimpunan di Kuala Lumpur anjuran PKR bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Pada 27 Februari lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengikut lunas undang-undang untuk menganjurkan perhimpunan itu lapor The Malaysian Insider 



Anak Sungai Derhaka

'Orang gila' main isu 1MDB jadi kotor

Posted: 06 Mar 2015 05:00 PM PST

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan, membidas siri serangan berterusan Pakatan Rakyat terhadap urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"1MDB kini bukan lagi berkisar sekitar ketelusan dan kebertanggungjawaban.

"Ia sekarang menjadi politik kotor dengan sabotaj perniagaan yang disengajakan untuk memperkecilkan 1MDB," kata Rahman akaunnya di Twitter.

Menteri perumahan itu mendakwa pengkritik 1MDB sebagai "mentally deranged people" atau orang tidak siuman.

"Wow! AmBank, Cayman Island, PetroSaudi, Ananda (Krishnan) dan kini Bank Negara. Nanti, dia akan kata matahari berputar di sekelilingnya!"

Walaupun tidak merujuk secara langsung kepada Pakatan Rakyat, Rahman dipercayai merujuk kenyataan pemimpin PKR Rafizi Ramli dan pemimpin DAP Tony Pua.

Setiausaha agung PKR sebelumnya mendakwa wujud campur tangan dalam Bank Negara berhubung pinjaman bank kepada syarikat pelaburan nasional itu, yang kini dilanda kontroversi susulan hutangnya sejumlah RM42 bilion.

Tanpa penjelasan lanjut, Rahman mendakwa "tuduhan-tuduhan liar" terhadap 1MDB bertujuan menghalang organisasi itu mendapatkan dana melalui penyenaraian di bursa saham.

"Bertanyakan soalan-soalan sukar boleh diterima dan dialu-alukan. Namun semua tuduhan liar ini menuju kepada satu arah, untuk menghalang penyenaraian 1MDB," kata menteri perumahan dan kerajaan tempatan.



Malaysiakini

MH370 : Penerbangan Yang Tidak Pernah Sampai Ke Destinasi.

Posted: 06 Mar 2015 04:30 PM PST

 Bhai/DeeDee semua...


Lagi dua puluh enam jam.... Pesawat malang MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 akan menyambut ulangtahun pertama kehilangannya... 
 
Dan sepertimana semua orang tahu, pesawat ini tidak pernah melintasi ruang udara Negara China... 
 
Dan seperti mana semua orang tahu, tiada serpihan atau bukti bahawa pesawat ini telah terhempas....  
 
Aper yang kita semua tahu, kata-kata terakhir juruterbang MH370 aderlah seperti yang diceritakan dalam media oleh pihak DCA dan MAS...

Persoalan yang masih tidak terjawab aderlah...

1. Kargo manggis yang dikatakan dibawak seberat 4 tan sedangkan musim manggis belum bermula..
 
2. Kargo bateri lithium seberat 200kg yang katernyer diekspot ke China sedangkan China aderlah pengeluar utama bateri lithium
 
3. Akses akaun Kapten Zahari di MAS yang telah digodam 10 hari sebelum pesawat MH370 terbang dan hilang.

Mengikut maklumat sedia ader yang gua tahu... Pesawat MH370 sebenarnya tidak pernah melintas Banjaran Titiwangsa sama sekali untuk pergi ke arah barat selepas pesawat tersebut melintas ruang udara Negeri Terengganu kearah Vietnam dan berjarak 120km dari Pelabuhan Tok Bali... 
 
Selain dari pesawat tersebut cuma baru sahaja masuk ke ruang udara antarabangsa yang bersempadan dengan ruang udara Vietnam...

Dan... Yang paling menarik... Pesawat itu kalu pon ingin mengelakkan radar active dan passive milik TUDM, maka MH370 perlulah terbang dibawah 10 kaki dari paras laut... 
 
Sebab kalu nak elak dari radar awam milik DCA, MH370 cuma perlu terbang pada paras bawah 500 kaki dari paras laut... 
 
Dan ini aderlah mustahil... Kerana ianya akan membakar lebih banyak bahan bakar penerbangan (Jet A1) dan akan menyebabkan bunyi bising terlalu kuat dan enjin akan kelihatan terbakar dengan marak kerana pembakaran engin yang agak maksima.... 
 
Walaupun transponder dipadamkan... Radar active dan passive milik TUDM (groud based) masih tetap dapat melihat sesebuah pesawat dan halatuju walaupun tanpa pengenalan diri...

Menarik sekali ialah pesawat 777-200 tersebut mempunyai kemudahan ILS/MLS  bersekali dengan sistem Fly-By-Wire yang membolehkan pesawat itu dikawal secara remote atau mendarat secara otomatik tanpa kawalan juruterbang pada mana-mana landasan yang mempunyai kemudahan ILS/MLS yang panjang landasan yang sejauh 1000 meter keatas.... 
 
Dan satu-satunyer kemudahan landasan yang paling berhampiran berkemudahan ILS/MLS dan mempunyai landasan yang cukup panjang aderlah Pangkalan Udara Gong Kedak milik TUDM... So... Banyak persoalan yang tidak terjawab oleh banyak pihak... 

Aper pon.. Yang pasti blog ini hanya satu-satunya yang memaparkan fakta dan sisi lain yang tiada mana-mana pihak lain pernah atau berani mendedahkannya... Sila baca keseluruhan artikel yang pernah dipaparkan disini berkaitan MH370... 
 
Dan gua berani mempertahankan fakta yang blog ini publishkan selama ini atas dasar pesawat ini tidak pernah meninggalkan ruang udara Malaysia sama sekali dalam tempoh 4 jam selepas ianya dikenalpasti hilang pengesanan transponder ADS-B.

Jadi... Sempena ulang tahun pertama kehilangan MH370, kita mahukan penjelasan tuntas dari TUDM kenapa tiada pesawat TUDM yang membuat SnR serta pemintasan dalam tempoh sejam selepas MH370 dikenalpasti hilang dari pengesanan transponder dan kenapa MAS dan DCA tidak memaklumkan kepada TUDM dalam tempoh 15 minit selepas MH370 hilang... 
 
Walhalnyer radar TUDM (radar active dan passive) boleh mengesan mana-mana peswat yang terbang 10 kaki keatas dari paras laut...

Dan kenapa kononnya pengesanan MH370 hanya dapat dikesan oleh Butterworth sedangkan tiada berita dari TUDM yang mengatakan Gong Kedak dan Kuantan dapat mengesan pesawat itu walaupun jarak Gong Kedak dan Kuantan aderlah lebih dekat dengan lokasi kehilangan MH370... 
 
Itupon cerita pengesana tersebut tue hanya muncul beberapa hari selepas isu ini dibangkitkan..... Hehehe...

Aper pon... Kiter doakan yang terbaek untuk penumpang MH370 serta kakitangan pesawat tersebut serta ahli keluarga mangsa... 

Innalillahiwainnailaihiraajiuun.... Dari Allah kita datang dan kepadaNYA lah kita akan kembali....

Asri: Tidak malukan Kazim, hak penganjur tolak

Posted: 06 Mar 2015 04:00 PM PST

 
 

Jabatan Mufti Perlis tidak berniat memalukan Datuk Kazim Elias dengan mendedahkan penceramah popular itu pernah menyebarkan hadis 'roti jala', isu yang menyebabkan ia dihalang berforum di negeri itu.

Mutfi Perlis berkata keputusan menolak Kazim itu "hak penganjur" forum perdana ehwal Islam bersempena sambutan ulang tahun ke-72 keputeraan raja Perlis.

"Tiada siapa ingin memalukan sesiapa tapi ia adalah hak penganjur menentukan pemilihan panel.

"Ia kes khusus untuk satu program yang membabitkan keberangkatan pihak istana dan kehadiran mufti negeri," kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) hari ini.

Semalam, Kazim menyifatkan tindakan mufti itu sebagai tidak adil dan memalukan dirinya.

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini.

"Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

"Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu," pendakwah itu dipetik sebagai berkata.

Keratan halaman buku

Selain surat bagi membatalkan Kazim sebagai ahli panel forum, Dr Mohd Asri juga menunjukkan keratan halaman buku Kazim bertajuk 'Tuhan Sedang Menguji Kita' di laman Facebook.

"Nabi Muhammad SAW pernah membuat kenduri yang paling murah. Jamuan yang disediakan hanyalah buah kurma yang dicelup dengan tepung. Tepung itu pula digoreng.

"Itulah kenduri Rasulullah SAW yang paling murah sekali.

"Manakala kenduri Rasulullah SAW yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari," imej keratan buku itu dipetik.

Dalam kenyataannya di Facebook, Dr Mohd Asri berkata isi-isi ceramah Kazim sering diteliti oleh mereka yang mahir dalam bidang hadis. Lagipun, tambahnya, penolakan terhadap Kazim untuk acara ini sahaja dan bukan larangan menyeluruh.

"Maka, dalam pemilihan panel forum pihak jabatan, setelah berbincang, melihat tidak sesuai untuk program itu, bukan mengeluarkan fatwa khas menghukum dan melarang sepenuhnya pihak terbabit," katanya.

Elokkah cabar-mencabar?

Dr Mohd Asri juga berkata beliau sudah cuba menyampaikan mesejnya kepada pihak Kazim melalui seorang wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan penolakan itu bukan isu peribadi antaranya dengan Kazim.

"Pihak saya juga semalam mengelakkan sidang media dan enggan menjawab soalan wartawan tentang isu ini supaya tidak mengeruhkan keadaan.

"Pihak saya dukacita apabila pihak berkenaan membuat sidang media dan mencabar bukti. Bukan tiada bukti, tapi elokkah cabar-mencabar di media sedangkan laluan perbincangan terbuka?

"Jika surat itu ditujukan kepada awam, mungkin boleh diterima rasional cabaran itu, tapi hal ini hanya urusan pentadbiran dan bukan larangan mutlak," kata Dr Mohd Asri lagi.

Kenyataan asal beliau Rabu lalu dikeluarkan sebagai menjawab pengedaran surat Jabatan Mufti Perlis bertarikh 27 Februari yang tersebar tanpa kebenarannya.

Dr Mohd Asri juga menasihati Kazim agar membetulkan isu riwayat 'roti jala' kerana beliau bimbang ia membawa tanggapan salah.

"Dalam contoh 'roti jala', alangkah baiknya jika pihak berkenaan membetulkan hal itu. Ini kerana, jika tidak dibetulkan, ia boleh membawa anggapan 'sunnah nabi SAW makan roti jala'," katanya.

Mengulas perkara itu semalam, Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

"Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat," katanya di sidang media di Ipoh.



Malaysiakini

Rupanya Usaha Singkir Najib Lebih Awal Dari Jangkaan.. Ini Buktinya

Posted: 06 Mar 2015 03:30 PM PST

 
Rupanya Usaha Singkir Najib Lebih Awal Dari Jangkaan. 

Datuk Seri Najib Razak yang sedang dirundung masalah mungkin menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi, lapor akhbar The Economist hari ini.

Penentang beliau dalam Umno mungkin akan berdiri teguh menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan masalah besar dihadapi dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang merupakan idea perdana menteri 6 tahun lalu.

Mengambil maklum yang Najib ketika ini berada dalam keadaan tidak stabil sejak pilihan raya umum (PRU) lepas, akhbar Britain itu berkata, hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion menjadikan Najib sasaran mudah.

Tetapi walaupun pembangkang bertali arus menyerangnya berhubung isu 1MDB, akhbar itu berkata, Najib mungkin lebih bimbang tentang kritikan yang diterima dari dalam Umno, terutamanya puak yang memihak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rupanya Usaha Singkir Najib Lebih Awal Dari Jangkaan

The Economist menggambarkan Dr Mahathir sebagai "bekas perdana menteri yang campur tangan dan gatal mahu Najib berundur" dan beliau selama ini merupakan salah seorang paling lantang mengkritik 1MDB.

Memburukkan lagi masalah itu, pada Januari, sokongan terhadap Najib jatuh ke paras rendah yang baharu pada 44%.
 
 
Addin

Pegawai DBKL Teranjang Dan Campak Barang Peniaga Pisang Goreng - Mesti Baca.

Posted: 06 Mar 2015 10:57 AM PST

 


Baca ;

Pagi tadi saya rasa sebak sewaktu melawat peniaga goreng pisang di tahanan lokap Ipd Dang Wangi KL,inikah Hak Istimewa Orang Melayu.Turut hadir isteri beliau membuat laporan polis

" Pada 4/2/15 jam lebih kurang 1900 petang saya dan suami sedang menjalankan perniagaan di tapak menjual keropok lekor dan goreng pisang yg dilesenkan oleh DBKL di Jalan Bulan 1 berhadapan Bangunan Amoda, Bukit Bintang K.Lumpur. 


Seramai 30 orang pegawai DBKL telah datang di tapak perniagaan saya dan bertindak menyita barangan perniagaan saya dan mencampakkan makanan sehingga bertaburan serta menyepak meja besi sy tanpa memberikan apa-apa penjelasan. 

Suami saya sudah memberitahu dengan baik kepada pegawai tersebut untuk mengemas barangan perniagaan kami tapi tidak dihiraukan. 

Semasa suami saya cuba memasukkan generator ke dalam lori bagi mengelakkan kerosakan atau kehilangan namun tiba-tiba dua orang pegawai DBKL(gambar akan disertakan) bertindak agresif mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk muka suami saya yang telah mengakibatkan pendarahan di dahi dan lebam di pipi. 

Seorang lagi anggota DBKL bernama Othman menyepak suami saya di bahagian kaki.

Saya cuba untuk berbincang dengan pegawai DBKL namun tidak dihiraukan sama sekali. Terdapat beberapa pegawai polis disitu namun tidak diambil apa-apa tindakan untuk meleraikan perselisihan faham tersebut. 


Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya meleraikan perselisihan faham tersebut. 

Lori saya juga telah disita berserta dengan kunci lori dan semasa saya sedang mengemas barangan saya di dalam lori untuk dibawa pulang seorang anggota DBKL wanita cuba menarik saya."




Bloglist Malaysia