Khamis, 5 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


1MDB Bakal Dibubar Bagi Menanggani Krisis Hutang Melampau Lapor Reuters.

Posted: 05 Mar 2015 11:00 PM PST


Tak perlu kata apa-apa. Semua yang patut diperkatakan dah pun kita sebut satu persatu berdasarkan bukti dan fakta yang sahih. Kita dah selesai bercakap. 

Jika 1MDB terbubar itu je secara automatik dah membenarkan kenyataan, teguran, persoalan dan kritikan kita terhadap syarikat berkenaan.

Penyokong2 UMNO yang ada otak. Sila fikir sendiri. Sila fikir dengan teliti. Jangan asyik gunakan otak untuk cover penipuan dengan penipuan. Tak perlu beria2 karang alasan untuk cover pemimpin. Jadi jujur sudah.

Baca ;

1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini dilanda kontroversi dan hutang RM42 bilion, mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran baik hutang-hutangnya, lapor Reuters.

Syarikat pelaburan nasional, cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan jumlah aset AS$14 bilion (RM51 bilion), mengalami kerugian tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya.

Kegagalan itu melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia, sementara pemimpin pembangkang mendesak akaun syarikat itu lebih telus.

Hutang 1MDB termasuk jualan bon RM11 bilion pada 2013, antara terbitan bon global terbesar dari Asia Tenggara.

Dalam rancangan penstrukturan semula, yang dirangka oleh ketua barunya Arul Kanda dan disokong oleh kerajaan, syarikat itu akan menjual 80 peratus kepentingan Edra Energy, syarikat tenaga miliknya, melalui penyenaraian saham, lapor agensi berita itu lagi.

Lebih RM18 bilion hutang 1MDB berkaitan aset tenaga akan diserahkan oleh Edra Energy sebelum penyenaraian, kata sumber-sumber yang dekat dengan syarikat tersebut.

Dana itu, lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib, akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Langkah itu diambil selepas aset tanah dan kepentingannya dipecah-pecahkan kepada entiti lebih kecil seperti dibayangkan dalam semakan strategi yang diumumkan bulan lepas.

Kementerian Kewangan, yang diketuai Najib dan pemilik penuh 1MDB, tidak memberikan sebarang reaksi kepada Reuters.

1MDB berkata bahawa Edra Energy akan menjanakan wang pada 2015, manakala dan projek-projek TRX dan Bandar Malaysia akhirnya akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Proses ini akan menjadikan 1MDB sebagai syarikat kecil yang akan akhirnya dibubarkan sepenuhnya, kata satu sumber kepada agensi berita itu. -Mkini.



Ameno World

1MDB tidak boleh dikritik: Jawapan kepada Zahid – Sir Wenger

Posted: 05 Mar 2015 10:00 PM PST



Kami terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya berhenti mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana beliau menyamakan kritikan terhadap 1MDB sama seperti kritikan terhadap tanah air.

Kenyataan beliau menaikkan status 1MDB daripada menjadi di antara penghutang terbesar tanah air kepada institusi-institusi seperti badan kehakiman dan pihak polis yang tidak boleh dikritik disebabkan oleh peruntukan undang-undang.

Inilah di antara pengiktirafan tertinggi yang pernah diberikan kepada mana-mana syarikat swasta.

Dikhuatiri jikalau 1MDB berjaya mengapungkan anak syarikat Edra Energy, mungkin juga penganalisa saham terpaksa memberi penilaian yang tinggi kerana takut terpaksa berdepan dengan tindakan oleh pihak berkuasa jika penilaian yang diberi tidak mencapai sasaran.

Ramai pengurus syarikat Fortune 500 yang sering kali dikritik jika tidak mencapai sasaran keuntungan akan merasa cemburu dan iri hati dengan layanan istimewa yang diberi kepada syarikat 1MDB.

Jikalau Zahid bertekad menyamakan syarikat peribadi 1MDB dengan kepentingan negara secara amnya, beliau sepatutnya mencadangkan kepada Kabinet supaya ahli perniagaan kontroversim Taek Jho Low dianugerahkan pingat Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran "Tun".

Ini kerana beliau begitu terlibat dengan penubuhan syarikat 1MDB dan juga beberapa pelaburan yang kini dipersoalkan oleh pelbagai pihak. Goldman Sachs yang telah dibayar servis caj berbilion ringgit oleh 1MDB pula boleh dicadangkan diberi gelaran "Tan Sri". 


Lobo Lee, warganegara Hong Kong yang mengurus dana 1MDB yang diletakkan di kepulauan Cayman, pula boleh dicadangkan diberi gelaran "Datuk" supaya sama taraf dengan Jackie Chan.

Kami berpendapat kenyataan Zahid sama seperti menidakkan jasa para anggota polis yang bertungkus lumus menjaga kenteraman awam, perajurit yang mempertahankan sempadan negara dan pekerja di Petronas yang bertungkus lumus menjayakan syarikat tersebut sehingga berjaya memberi dividen berbilion ringgit kepada kerajaan.

Meskipun kesemua kumpulan tersebut menyumbang jasa kepada negara, namun kenyataan Zahid seolah-olah memberi gambaran beliau lebih prihatin menutup kelemahan syarikat 1MDB daripada menyiasat kesahihan terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap syarikat tersebut.

Akhir kata, kami menyatakan bahawa sebahagian besar kritikan terhadap 1MDB disebabkan pengurusan media dan perhubungan awam yang tidak mantap. 


Kerap kali rakyat terbelenggu dengan kenyataan berlapik-lapik dan penafiaan demi penafian walhal ramai kini sedar bahawa firma tersebut dalam bahaya.

Ini menyebabkan rakyat menjadi "frust" dan tidak yakin terhadap syarikat tersebut. Persoalaan asas seperti ke mana perginya wang yang ditebus daripada dana di kepulauan Cayman, masih tidak dapat dijawab oleh mana-mana pihak.

Rakyat hanya sekadar nak tahu sama ada caruman KWSP, kutipan GST, cukai peribadi ataupun khazanah negara akan dipinjam kepada 1MDB ataupun tidak.

Kalau ya, cakaplah ya, kalau tidak, cakaplah tidak. – 5 Mac, 2015.

* Sir Wenger merupakan pembaca The Malaysian Insider

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.





Makhluk asing? Teori MH370 terus meliar

Posted: 05 Mar 2015 09:00 PM PST


 

Setahun selepas hilangnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, masih terlalu banyak data utama kekal tidak diketahui.

Ia melarat kepada kemunculan teori konspirasi dan perdebatan hangat atas talian berhubung misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia itu.

Semua itu didorong akibat ketiadaan maklumat untuk merungkai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Akibat munculnya teori-teori pelik termasuk penculikan makhluk asing, selain hujah-hujah bahawa pesawat itu terhempas di Lautan Hindi, tetapi tidak semestinya di kawasan semasa carian.

Antara semua teori itu, kesemuanya berkongsi pandangan bahawa maklumat paling asas dalam isu itu sendiri tidak ada.

"Menghairankan tentang jumlah maklumat yang kita ada selepas melihat kes itu sepanjang masa ini," kata Jeff Wise, seorang pakar penerbangan, lapor Reuters.

Wise sendiri mengambil langkah bijak dengan menerbitkan buku elektronik The Plane That Wasn't There (Pesawat yang Tak Ada di Situ).

Buku itu menduduki tangga teratas dalam senarai terlaris di Amazon.

Pesawat jenis Boeing 777 itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara tidak lama selepas terbang daripada Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu.

Hampir semua perkara berkaitan apa yang berlaku selepas itu hangat dibahas.



Malaysiakini

Siasat surat Syed Ahmad Aidid

Posted: 05 Mar 2015 08:08 PM PST


Gerakan Rakyat Anti-Korupsi (GERAK) kesal dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menolak sebarang siasatan lanjut terhadap dakwaan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Syed Ahmad Aidid tentang berlakunya rasuah dan salahguna kuasa dalam institusi kehakiman negara.

Lihat sini Saya kemukakan semula disini artikel yang telah keluar pada Rabu, 05 July 2006, dulu.

Elok juga kita imbas semula cerita rasuah dalam kehakiman negara sejak dulu lagi dan lihatlah betapa peranan peguam negara dalam menutup kes tersebut.
 

Pesara Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Anuar B Dato Zainal Abidin berkata siasatan terhadap dakwaan rasuah dan salahlaku dalam sistem kehakiman, yang tersebar dalam surat layang yang ditulis oleh bekas Hakim, Datuk Syed Ahmad Idid, patut dibuka semula.

Menurutnya, ia adalah satu dakwaan serius yang membabitkan 12 orang hakim dan kerana itu tidak sepatutnya siasatan disiapkan dalam masa yang singkat dan ditutup begitu cepat.

Beliau berpendapat, siasatan yang dijalankan oleh Peguam Negara, AllahyarhamTan Sri Mokhtar Abdullah pada 1996 terhadap surat layang Syed Ahmad itu, dibuat dengan 'tergesa-gesa dan tidak lengkap.'

Beliau mempersoal bagaimana pihak berkuasa boleh menyiasat surat layang setebal 33 mukasurat dan mempunyai 112 dakwaan terhadap 12 orang hakim, dalam masa sebulan.

Dakwaan dalam surat layang itu membabitkan 39 kesalahan rasuah, 21 penyalahgunaan kuasa, 52 salahlaku, perbuatan tidak bermoral dan kecuaian.

"Cuba anda fikir, bolehkah pihak berkuasa menyiapkan siasatan terhadap semua dakwaan yang melibatkan ramai individu dan pelbagai kesalahan dalam masa sebulan atau lebih. Akal waras saya merasakan siasatan itu tidak dibuat selengkapnya," kata beliau dalam satu wawancara dengan malaysiakini baru-baru ini.

Surat layang Penyebaran surat layang mengenai salahlaku dalam sistem kehakiman itu menggemparkan negara pada tahun 1996 hingga menimbulkan krisis keyakinan orang ramai terhadap para hakim. 




Berikutan desakan orang ramai, terutamanya dari Majlis Peguam dan parti pembangkang, maka pihak polis terpaksa menjalankan siasatan terhadap penulis dan dakwaan yang terkandung di dalam surat layang tersebut.

Setelah siasatan dibuat, Peguam Negara telah mengumumkan surat layang berkenaan ditulis oleh seorang hakim tetapi pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana semua dakwaan didapati tidak berasas. Hakim yang menulis surat layang itu juga tidak didakwa dan dikatakan telah meletakkan jawatan secara sukarela.

Bagaimanapun baru-baru ini Syed Ahmad memberitahu akhbar New Straits Times bahawa beliau diarah meletakkan jawatannya dan mendakwa semua dakwaannya di dalam surat layang itu tidak disiasat dengan baik.

Annuar menambah, Peguam Negara sepatutnya menggambil kesempatan dari suasana sekarang untuk membuka balik siasatan kes surat layang itu kerana Syed Ahmad telah tampil sekali lagi membangkitkan dakwaan-dakwaannya. Buka semula siasatan

"Tambahan lagi Perdana Menteri sendiri telah berazam untuk membasmi rasuah," ujarnya. Anuar melahirkan kehairanannnya mengapa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mendiamkan diri dalam perdebatan sama ada siasatan terhadap surat layang Syed Ahmad itu patut dibuka semula atau tidak.

"Nampaknya Peguam Negara tidak membuat apa-apa komen sedangkan beliaulah orang yang boleh memutuskan sama ada sesuatu kes itu hendak dibuka atau ditutup.

Orang lain tidak boleh memutuskannya termasuk menteri atau Ketua Hakim," tegasnya. Sebaliknya menurut beliau, pihak-pihak yang tidak berkenaan, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang menjawab bagi pihak Peguam Negara.

Nazri baru-baru ini memberitahu Parlimen bahawa Peguam Negara telah menyiapkan siasatan terhadap surat layang Syed Ahmad itu pada tahun 1996 dan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Annuar yang telah berkhidmat selama 30 tahun dalam jabatan kehakiman negara berkata, tindakan menyelesaikan siasatan begitu cepat pada ketika itu mungkin kerana pihak berkuasa mahu menutup segera kes berkenaan.

Siasatan dalaman Menurut Annuar lagi, beliau tidak ditanya atau dirundingi berhubung siasatan itu walaupun pada ketika itu beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Semenanjung.

Menyentuh tentang kenyataan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Ahmad Fairuz baru-baru ini bahawa Jabatan Kehakiman akan menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salahlaku dalam jabatan tersebut, Anuar berkata, adalah tidak wajar pihak kehakiman menyelesaikan sendiri dakwaan terhadap mereka kerana ia di luar bidang tugas kehakiman.

Beliau berkata, mereka yang berada dalam jabatan kehakiman sekarang tidak perlu berasa gusar atau membantah sebarang siasatan terhadap mereka kerana ia tidak akan menjejaskan kedudukan dan imej sistem kehakiman negara.

Bekas Ketua Hakim Malaya itu juga ditanya tentang siasatan terhadap hubungan rapat bekas Ketua Hakim, Datuk Eusoff Chin dengan peguam V K Lingam yang menjadi kontroversi satu ketika dulu.

"Saya rasa siasatan itu ditutup terlalu cepat.Sebenarnya apabila kita enggan menjalankan siasatan,orang ramai akan semakin pelik dan ini lebih merbahaya," ujarnya.

Lingam adalah peguam Vincent Tan dalam satu kes rayuan yang dihakimi oleh Eusoff Chin tidak lama dulu.



al-Husseyn

Ucapan Anwar tetap berkumandang di Parlimen

Posted: 05 Mar 2015 08:00 PM PST

  
Ucapan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap berkumandang di Dewan Rakyat walaupun beliau tidak mendapat kebenaran untuk menghadiri sesi Parlimen yang bermula pada 9 Mac.


Anak sulung Anwar, Nurul Izzah mengesahkan ucapan Anwar tetap akan disampaikan di Dewan Rakyat.

Malaysiakini difahamkan PKR akan melantik salah seorang ahli Parlimen untuk membaca ucapan bagi pihak Anwar dan Nurul Izzah, dijangka menyampaikannya.

Setiausaha penganjur kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa parti itu bersetuju dengan perkara itu.

Anwar masih seorang ahli Parlimen dan ketua pembangkang sementara menunggu keputusan permohonan pengampunan diraja.



Malaysiakini

Selesai hutang, 1MDB mungkin dibubar

Posted: 05 Mar 2015 07:30 PM PST


 

1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini dilanda kontroversi dan hutang RM42 bilion, mungkin dibubarkan dalam pelan pembayaran baik hutang-hutangnya, lapor Reuters.

Syarikat pelaburan nasional, cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan jumlah aset AS$14 bilion (RM51 bilion), mengalami kerugian tahun lalu dan hampir-hampir gagal membayar hutangnya.

Kegagalan itu melemahkan ringgit dan pasaran bon Malaysia, sementara pemimpin pembangkang mendesak akaun syarikat itu lebih telus.

Hutang 1MDB termasuk jualan bon RM11 bilion pada 2013, antara terbitan bon global terbesar dari Asia Tenggara.

Dalam rancangan penstrukturan semula, yang dirangka oleh ketua barunya Arul Kanda dan disokong oleh kerajaan, syarikat itu akan menjual 80 peratus kepentingan Edra Energy, syarikat tenaga miliknya, melalui penyenaraian saham, lapor agensi berita itu lagi.

Lebih RM18 bilion hutang 1MDB berkaitan aset tenaga akan diserahkan oleh Edra Energy sebelum penyenaraian, kata sumber-sumber yang dekat dengan syarikat tersebut.

Dana itu, lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib, akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi, Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Langkah itu diambil selepas aset tanah dan kepentingannya dipecah-pecahkan kepada entiti lebih kecil seperti dibayangkan dalam semakan strategi yang diumumkan bulan lepas.

Kementerian Kewangan, yang diketuai Najib dan pemilik penuh 1MDB, tidak memberikan sebarang reaksi kepada Reuters.

1MDB berkata bahawa Edra Energy akan menjanakan wang pada 2015, manakala dan projek-projek TRX dan Bandar Malaysia akhirnya akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Proses ini akan menjadikan 1MDB sebagai syarikat kecil yang akan akhirnya dibubarkan sepenuhnya, kata satu sumber kepada agensi berita itu.


Malaysiakini

Ada usaha terancang serang 1MDB, kata Zahid

Posted: 05 Mar 2015 07:00 PM PST

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan terhadap 1MDB didorong kepentingan politik yang boleh memberi kesan negatif kepada sentimen pelabur asing.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan terhadap 1MDB didorong kepentingan politik yang boleh memberi kesan negatif kepada sentimen pelabur asing.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didorong pihak tertentu yang mempunyai agenda kepentingan politik.

Beliau berkata serangan, spekulasi dan khabar angin yang sedang berlaku itu bukan hanya memberi kesan negatif kepada 1MDB, malah juga kepada sentimen para pelabur asing.

"Sebarang serangan terhadap 1MDB merupakan satu bentuk serangan ke atas negara juga dan mereka seharusnya bertanggungjawab bagi setiap tuduhan palsu dan fitnah terhadap 1MDB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Apresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kota Baru, hari ini.

Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Deloitte, sebuah syarikat perakaunan ternama, telah memaklumkan kepada Kabinet  semalam bahawa disebabkan dakwaan tidak berasas itu, mereka telah menjalankan pengauditan lebih terperinci bagi akaun 1MDB.

"Ini termasuk membawa masuk pakar-pakar forensik untuk memeriksa dokumen yang berkaitan. Deloitte juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan akaun 1MDB itu dan bersetuju memperakuinya," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB dan laporan Ketua Audit Negara itu akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bersifat dwipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen. – Bernama, 5 Mac, 2015.

 http://www.themalaysianinsider.com.

Paras air empangan seluruh Selangor terkawal, kata Azmin

Posted: 05 Mar 2015 06:30 PM PST

Paras air di empangan Semenyih adalah kedua tertinggi iaitu 94.70%, di samping empangan lain di seluruh Selangor.

Paras air di empangan Semenyih adalah kedua tertinggi iaitu 94.70%, di samping empangan lain di seluruh Selangor.

Paras air di tujuh empangan di seluruh Selangor terkawal dan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata setakat hari ini kedudukan paras air di empangan negeri berada di bawah paras kritikal dan keadaan pembekalan air di negeri ini dalam keadaan terkawal.

Paras air di empangan Tasik Subang mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 97.51% diikuti Semenyih (94.70%), katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara lima empangan, iaitu Sungai Langat (94.64%), Batu (89.07%), Klang Gates (86.79%), Sungai Selangor (75.05) dan Sungai Tinggi (69.62%), katanya.



"Paras ini menunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas... contohnya pada 4 Mac 2014, paras empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 44.84% berbanding pada hari ini iaitu sebanyak 75.05%.

"Kita juga mendapati bahawa penggunaan air per kapita bagi rakyat negeri ini tinggi iaitu pada kadar 235 liter sehari dan saya mengingatkan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi menjaga kelangsungan bekalan air ini," katanya. – Bernama, 5 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Blogger pro-Umno mungkin muflis gagal bayar ganti rugi AirAsia OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 05 Mar 2015 06:00 PM PST


Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berkata ia akan meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap seorang blogger kerana gagal membayar RM5 juta selepas memenangi kes saman.

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia berkata ia akan meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap seorang blogger kerana gagal membayar RM5 juta selepas memenangi kes saman

Blogger pro-Umno Salahuddin Hisham mungkin diisytihar muflis jika gagal membayar ganti rugi kepada syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd, yang memperolehi penghakiman terhadapnya dalam satu kes saman fitnah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, ia meneruskan tindakan memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Salahuddin kerana gagal membayar RM5 juta bagi ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur September lalu memberikan jumlah tersebut kepada AirAsia selepas Salahuddin didapati bersalah atas tindakannya.

AirAsia juga memperoleh injunksi terhadap penulis blog itu supaya tidak mengulangi perkataan fitnah tersebut.

Bagaimanapun, butiran saman tersebut masih belum diperolehi.

Pada awal Januari, seorang lagi blogger Amizudin Ahmat, diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana tindakan menghina melalui penerbitan artikel berunsur fitnah terhadap bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Amizudin, 44, dipenjara kerana gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan bagi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu, yang mendapatinya bersalah melakukan penghinaan.

Rais pada 2011 memperoleh perintah injunksi terhadap penerbitan artikel di blog Amizudin tetapi ia tidak dipatuhi.

Mahkamah Tinggi pada 2012 memutuskan Amizudin bersalah menghina mahkamah kerana melanggar perintah tersebut. – 5 Mac, 2015.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Skandal kehakiman Malaysia pula terdedah

Posted: 05 Mar 2015 05:00 PM PST

 
Ekoran pendedahan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk KC Vohrah baru-baru ini berkaitan dakwaan tindakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin yang boleh dipersoalkan, telah memulihkan semangat orang pertama mendedahkan rasuah kehakiman di Malaysia, kerana merasakan tindakannya itu adalah betul.

Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid merupakan hakim Mahkamah Tinggi yang dipaksa meletak jawatan kerana menulis sepucuk surat mendedahkan dakwaan salah laku itu pada tahun 1996, yang dihantar kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan terpilih.

Antara dakwaan itu, ia mendedahkan Eusoff telah pergi bercuti di New Zealand bersama VK Lingam, seorang peguam kanan dalam beberapa kes yang didengar oleh bekas ketua hakim itu di mahkamah.

 

Gambar-gambar mereka berdua bersama keluarga masing-masing memaparkan hubungan rapat mereka.

Ia menyebabkan Syed Ahmad Idid diminta meletakkan jawatan apabila surat yang dihantar secara misteri telah diedarkan sampai ke beberapa jabatan kerajaan dan kemudian disebarkan kepada media.

Reaksi segera Syed Ahmad Idid terhadap artikel Vohrah di Malaysiakini adalah perasaan gembira – bahawa bekas hakim Mahkamah Rayuan itu telah menulis mengenai perkara berkenaan dan beliau pasti bahawa hakim-hakim lain juga boleh menceritakan pengalaman yang sama.

Kes Ayer Molek yang dirujuk oleh Vohrah, difailkan di Bahagian Kuasa-kuasa Khas dan Rayuan sedangkan ia sepatutnya ia di dengar bahagian komersial.

Syed Ahmad Idid juga mengimbau satu insiden yang sama sebagai seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Bahagian Perdagangan dari tahun 1995 hingga 1996.

Menurut beliau, kes yang melibatkan jumlah satu perempat bilion ringgit telah difailkan dengan betul di bahagian komersial untuk didengarnya, tetapi sebelum ia boleh didengar di mahkamah terbuka, fail tersebut telah diambil oleh Eusoff dan diserahkan kepada hakim lain.

"Perkara itu telah diberikan kepada hakim lain yang kini menetap, dan hidup senang di Eropah," katanya berseloroh.

Syed Ahmad Idid ialah bekas penolong pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja sebelum dia mengikuti pengajian undang-undang di Inner Temple London. Beliau berkhidmat sebagai pengarah undang-undang sebuah bank sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1990.

Pada tahun 1996, terkejut dengan rasuah dan amalan yang meragukan dalam koridor keadilan, dia beralih menjadi seorang pemberi maklumat.

Beliau teringat aduan tanpa nama yang dibuatnya terhadap dakwaan salah laku dalam badan kehakiman, terutama berkaitan ketua hakim ketika itu dan CJ, Eusoff Chin (kanan), telah dihantar kepada beberapa pegawai tinggi kerajaan yang tugas mereka, seperti yang diharapkannya, termasuk meningkatkan standard prestasi dalam kerajaan dan melindungi integriti negara.

Malangnya seseorang dalam sebuah jabatan telah menyebarkannya kepada media.



 
"Tujuannya adalah untuk memerangkap saya. Peguam Negara ketika itu (Allahyarham Datuk Mohtar Abdullah) – seorang peminat cerita fiksyen Inggeris – telah menyifatkan ini sebagai 'surat 'layang',".

Entah bagaimana surat itu dikesan kembali kepada beliau dan beliau telah diberi dua pilihan - meletakkan jawatan secara terhormat atau ditahan, mungkin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Seorang pegawai kanan, yang mewakili Peguam Negara, telah bertemu beliau dengan membuat tawaran tersebut, dedah Syed Ahmad Idid.

Beliau berkata Mohtar dilihat begitu bersemangat untuk mensasarkan penulis 'surat layang', daripada menyiasat dakwaan terhadap Eusoff.

"Dia menemui media seolah-olah dia mahu membalas dendam."

Ditanya mengapa dia tidak melawan, Syed Ahmad Idid berkata sebagai seorang hakim beliau tidak dapat terbabit dengan pertelingkahan politik.



Anak Sungai Derhaka

Azmin Ali Buat U Turn?

Posted: 05 Mar 2015 04:13 PM PST

 

Azmin Ali Buat U Turn? Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menafikan pernah mengumumkan pemba­talan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) seperti diumumkan sebelum ini, sebalik­nya hanya membatalkan pemba­ngunannya.

Mohamed Azmin berkata, Kementerian Kerja Raya telah pun dimaklumkan mengenainya dan beliau ada menerima surat daripada kementerian itu untuk berbincang secara lebih lanjut.

"Ada dua beza, bukan batalkan projek tetapi batalkan pembangunan kerana itu adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Soal tanah, soal kelulusan, itu kuasa kerajaan negeri.

"Kita membatalkan pemba­ngunan kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat maka Menteri Kerja Raya menulis surat memaklumkan bahawa kementerian telah dibe­ritahu bahawa pembangunan ini dibatalkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini hari ini.

Azmin Ali Buat U Turn?

Sehubungan itu, beliau bercadang bertemu Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai pembangunan infrastruktur pengangkutan secara menyeluruh khususnya di negeri ini.

Pada 16 Februari lalu, Mohamed Azmin mengumumkan pembatalan projek pembinaan Kidex atas alasan syarikat konsesi gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memberi tempoh secukupnya supaya syarat-syarat tersebut dipenuhi namun syarikat konsesi terbabit gagal berbuat demikian.

Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh syarikat konsesi ialah menyediakan penilaian kesan lalu lintas, sosial dan alam sekitar, menyatakan kadar tol sepanjang tempoh konsesi.
 
 
Addin

Rosmah dan Najib melarikan diri kah kah kah...???

Posted: 05 Mar 2015 03:45 PM PST


  • (Reuters) - Malaysia's indebted and controversy-ridden state investor 1MDB will be left as a skeletal structure and possibly dissolved under a debt repayment plan in which most of its assets will be sold, sources with direct knowledge of the matter said.
    The power and property fund, a pet project of Prime Minister Najib Razak with assets worth $14 billion, was hit by losses last year and nearly defaulted on a loan payment. The near-miss drove down the ringgit currency MYR= and Malaysian government bonds and prompted calls from opposition leaders to make the fund's accounts more transparent.
  • The state fund's 42 billion ringgit ($11.6 billion) debt includes a $3 billion bond sale in 2013 that was one of the largest global issues from Southeast Asia.

  • APA 

    MAKNANYA
    maknanya
    1MDB tutup kedai
    bangkrap
    tak dapat bayar utang
    harta dilelong 

     

    Rafizi gesa skop dan terma audit ke atas 1MDB didedahkan di Parlimen

    Posted: 05 Mar 2015 08:00 AM PST






    KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini menyeru supaya skop dan terma audit yang bakal dijalankan oleh Ketua Audit Negara ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dibentangkan di Parlimen.

    Rafizi berkata, perkara itu penting supaya audit yang akan dibuat itu, benar-benar menyeluruh dan bermatlamatkan ketelusan.

    Rafizi berkata antara skop dan terma audit yang harus dilakukan adalah mengenalpasti ke mana dana telah dilaburkan, berapa yang dibelanjakan dan siapa penerima akhir bagi setiap satu sen dana yang digunakan oleh 1MDB.

    Beliau turut berkata skop dan terma itu harus mengenalpasti sama ada keputusan bagi setiap pelaburan dan perbelanjaan telah menepati tata kelola dan berpatutan dengan harga atau nilai pasaran.

    "Audit tersebut harus memastikan setiap pelaburan dan perbelanjaan membawa pulangan yang berpatutan yang melebihi nilai hutang yang telah diambil oleh 1MDB dan mengenalpasti risiko kewangan yang dibawa 1MDB kepada ekonomi negara khususnya sektor perbankan dan pasaran bon atau ekuiti serta langkah-langkah segera membendungnya.



    "Ia harus juga mengenalpasti individu terbabit dalam setiap perbelanjaan dan pelaburan yang dibuat 1MDB serta saranan tindakan yang perlu diambil terhadap mereka sekiranya terbukti berlaku penyelewengan atau pengurusan yang lemah," katanya di dalam satu kenyataan media.

    Rafizi berkata jika audit itu tidak menyentuh mana-mana objektif itu, beliau yakin ia tidak akan memberi sebarang jawapan kepada pelbagai tanda tanya mengenai 1MDB selama ini.

    Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Audit Negara untuk mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

    Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, laporan Ketua Audit Negara akan diserahkan untuk pemeriksaan telus kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang bersifat bipartisan sepenuhnya dan mencerminkan komposisi Parlimen.

    Dalam satu kenyataan pada Rabu, beliau juga telah menggesa 1MDB dan juruaudit mereka Deloitte menghadap Kabinet.

    "Jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian," kata Najib.

    Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

    VIDEO - Panas!!! komen TG Abdul Hadi Awang berhubung isu PAS Bergabung Dengan UMNO

    Posted: 05 Mar 2015 07:15 AM PST


    Ada Kah PAS kini setaraf MIC, sah lebih teruk berbanding zaman Asri

    Posted: 05 Mar 2015 06:45 AM PST

    Kejadian pukul terhadap Dr Dzulkefly Ahmad pagi ini mengukuhkan lagi dakwaan keadaan PAS kini lebih teruk berbanding 1982 ketika bekas presiden parti Islam itu Tan Sri Asri Muda ditendang daripada PAS, kata pemimpin PAS.

    Bahkan, ia kini setaraf, kalau tidak lebih teruk, dibandingkan dengan apa berlaku dalam MIC atau Umno yang tidak mempunyai ideologi sedangkan PAS mengaku sebagai parti berasaskan Islam, kata penganalisis, pemerhati serta aktivis PAS sendiri.

    PAS yang mengaku mengamalkan konsep kepimpinan ulama kini dilihat turut terlibat dalam kejadian ganas seperti memukul dan membakar harta benda membabitkan pimpinan parti selain menggunakan perkataan kesat dan kasar terhadap satu sama lain.

    "Mereka (pemimpin PAS) selalu membaca surah Al-Hujurat yang bermaksud, 'apabila datang berita dari orang fasik, selidik dulu'. Tetapi ini tidak berlaku dalam amalan mereka," kata Profesor Datuk Dr Redzuan Othman, pakar sejarah dari Universiti Malaya.

    Dzulkefly yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat ketika bercakap dengan The Malaysian Insider sebelum ini berkata, pemimpin PAS selama ini menyerang Umno dengan mendakwa hati pemimpin dan pengikut parti itu tidak bersatu.

    Beliau berkata, bekas presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor selalu membaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".

    "Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.

    Bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar dalam ulasan spontan selepas apa yang berlaku kepada Dzulkefly yang dipukul dalam keretanya berkata: "Sebagaimana saya katakan, PAS sekarang sudah lebih teruk dari zaman Asri lagi."

    Kamarudin yang kini ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata, ia sangat menyedihkan dan melahirkan simpati yang amat sangat dengan apa yang menimpa rakannya itu.

    "Mula-mula kereta Dr Hatta kena bakar, ini sekarang pukul Dr Dzul pula. Macam saya katalah, ini lebih teruk daripada zaman Asri," kata Kamarudin merujuk insiden kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli dibakar pada 14 Februari.

    Dzulkefly hari ini dipukul sekumpulan lelaki yang menyerang beliau dengan kayu di luar rumahnya di Shah Alam ketika beliau baru pulang selepas menunaikan solat subuh di masjid.

    Beliau yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS terpaksa mendapatkan rawatan di klinik berdekatan selepas bibirnya pecah dan dahi kirinya bengkak.

    Beliau membuat laporan polis di Shah Alam dan beberapa anggota polis datang ke rumahnya bagi membuat siasatan lanjut.

    Dalam pesanan melalui Whatsapp selepas kejadian itu, Dzulkefly meminta semua rakannya berhati-hati dengan apa yang berlaku, "Be careful sahabat-sahabat semua".

    Sebelum ini, Kamarudin berkata kepada The Malaysian Insider, beliau bimbang dengan keadaan PAS sekarang di mana budaya menangani perbezaan pandangan kini berubah.

    Katanya, puak yang tidak sehaluan pendapat dalam PAS saling tegur menegur dengan cara yang tidak beradab.

    Kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan "babi" dan "syaitan", katanya.

    Pada 1982, allahyarham Asri yang ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat (nama jawatan presiden PAS ketika itu), meletakkan jawatan dalam parti itu ketika muktamar tahunan berlangsung, selepas ucapan dasar beliau ditolak perwakilan.

    Kejadian itu juga disertai ejekan terhadapnya oleh kumpulan yang membencinya.

    Sebelum kejadian itu, sayap Pemuda PAS bermuktamar di tempat berlainan dan meluluskan usul agar PAS menerima konsep "Kepimpinan ulama".

    Dengan peletakan jawatan Asri, PAS memulakan era kepimpinan ulama dan kepimpinan parti itu diambil alih Yusof Rawa sementara Majlis Syura Ulama dibentuk sebagai badan yang tertinggi dalam PAS.

    Ketika itu, Kamarudin merupakan seorang pengkaji politik yang bertugas sebagai pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Sejak zaman Yusof, jawatan presiden PAS tidak pernah ditandingi dan mereka yang terpilih akan menang tanpa bertanding.

    Sekarang, kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang tercabar di samping konsep kepimpinan ulama dalam PAS.

    Pada muktamar tahun lepas di Batu Pahat, perwakilan Pemuda PAS yang memakai jaket menyokong kepimpinan Hadi bangun meninggalkan dewan ketika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu memulakan ucapan perasmian.

    Ketika perbahasan, pemimpin yang tidak sehaluan dicemuh dengan ejekan 'boo' manakala seorang yang bergelar ulama membaca doa dalam ucapannya, melaknat pimpinan PAS yang lain.

    Dalam ucapan penangguhannya pula, Hadi menyifatkan dalam PAS ada barua dan meminta mereka yang tidak setuju dengan kepimpinannya "mencari tanah baru dan bina masjid baru dan jadi imam sendiri".

    Ungkapannya itu disifatkan sebagai satu ucapan menghalau mereka yang tidak sehaluan agar keluar PAS.

    AJK PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof dalam satu bukunya bertajuk "Menuju PAS baru" menulis, PAS memerlukan tema baru selepas lebih 30 tahun menggunakan tema "Konsep Kepimpinan ulama".

    Ini kerana, katanya, setiap sesuatu perkara berlaku ada lengkok tersendiri dan beliau percaya PAS perlu mencari pendekatan baru kerana lengkok "Kepimpinan ulama" sudah mendatar dan bakal turun.

    PAS merupakan parti serpihan Barisan Nasional satu ketika dulu. Ia meninggalkan Umno pada 1951.

    Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dalam komen spontan melalui akaun Facebooknya menolak apa yang menimpa Dzulkefly angkara orang dalam PAS.

    Sebaliknya beliau berpendapat ada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku dalam parti Islam itu.

    "Saya tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

    "Matlamat jahat mereka ialah memecahbelahkan PAS. Moga Allah membalas kejahatan mereka," kata Suhaizan.

    Sebelum ini, ketika kejadian melibatkan kereta Dr Hatta, Dzulkefly juga berkata beliau yakin kejadian tersebut angkara orang luar yang berniat jahat menimbulkan konflik dalaman PAS.

    "Saya yakin bukan ahli PAS terlibat, dan ia dibuat pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku," kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.

    Kejadian itu susulan tuduhan dalam satu demonstrasi di ibu pejabat PAS pada 8 Februari, mendakwa ahli Parlimen Kuala Krai itu menjadi dalang kepada usaha menjatuhkan Hadi. – tmi


    Skandal Deepak & Bank Rakyat

    Posted: 05 Mar 2015 06:00 AM PST

    Kadir Yasin mendedahkan dalam blognya tentang skendal peniaga karpet, Deepak dengan Bank Rakyat.

    Adakah ini salah satu sumber dana untuk 'Black Rose' berbelanja besar ?

    Baca berikutnya : Dalam satu perkembangan berkaitan, bekas Menteri Pertanian, (Tan Sri) Sanusi Junid, melancarkan buku bertajuk "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat"
    (Mendedahkan Skandal Deepak & Bank Rakyat) di Petaling Jaya.

    Buku ini telah ditulis oleh penulis/blogger Shahbudin Husin berdasarkan temu bual dengan bekas Pengerusi Bank Rakyat, (Tan Sri) Sabbaruddin Chik.

    Dalam ucapannya, Sanusi berkata tidak pernah dalam sejarah Umno bahawa bekas Ketua Setiausaha dihina dan diaibkan seperti dilakukan untuk Sabbaruddin.

    Kedua-dua Sanusi dan Sabbarauddin pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno. Shahbudin mendedahkan peranan yang dimainkan oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Datuk Seri) Hasan Malek dalam skandal tersebut. 




    Bekas yang telah diberikan "pinjaman mudah" sebanyak RM32 juta ditambah oleh bank koperasi, didakwa di perintah Hasan.

    Dia juga mengesahkan bahawa dia telah membayar kepada Black Rose RM8 juta yang dipindahkan kepada pembekal barangan kemas di Hong Kong untuk Black Rose.

    KAPEED menyertakan salinan telegraph transfer, stetmen akaun dan gambar berwarna barangan kemas yang dibeli oleh Black Rose dan dibayar oleh KAPEED.

    Boleh dimuat turun di sini Jangka Sabbaruddin sebagai Pengerusi bank itu tidak dilanjutkan walaupun Bank Negara telah meluluskan pelanjutan selepas beliau membantah campur tangan yang dikatakan oleh Hasan dalam permohonan pinjaman Deepak ini.



    Buku ini juga mendedahkan hubungan di suatu ketika yang sangat rapat antara peniaga permaidani dan isteri Perdana Menteri, (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor. Walau bagaimanapun, selepas berlaku perselisihan, Deepak telah mendedahkan melalui e-book tentang Rosmah yang bertajuk "The Black Rose" dengan janji susulan .

    Namun tidak ada susulan. Sebaliknya masalah perniagaan Deepak yang melibatkan pemimpin Wanita Umno, Raja Ropiaah, telah diselesaikan dan dia dapat menerima pinjaman Bank Rakyat 



    al-Husseyn.
    Skandal Deepak & Bank Rakyat Kadir Yasin mendedahkan dalam blognya tentang skendal peniaga karpet, Deepak dengan Bank Rakyat. Adakah ini salah satu sumber dana untuk 'Black Rose' berbelanja besar ? Baca berikutnya : Dalam satu perkembangan berkaitan, bekas Menteri Pertanian, (Tan Sri) Sanusi Junid, melancarkan buku bertajuk "Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat" (Mendedahkan Skandal Deepak & Bank Rakyat) di Petaling Jaya. Buku ini telah ditulis oleh penulis/blogger Shahbudin Husin berdasarkan temu bual dengan bekas Pengerusi Bank Rakyat, (Tan Sri) Sabbaruddin Chik. Dalam ucapannya, Sanusi berkata tidak pernah dalam sejarah Umno bahawa bekas Ketua Setiausaha dihina dan diaibkan seperti dilakukan untuk Sabbaruddin. Kedua-dua Sanusi dan Sabbarauddin pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Umno. Shahbudin mendedahkan peranan yang dimainkan oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Datuk Seri) Hasan Malek dalam skandal tersebut. Bekas yang telah diberikan "pinjaman mudah" sebanyak RM32 juta ditambah oleh bank koperasi, didakwa di perintah Hasan. Dia juga mengesahkan bahawa dia telah membayar kepada Black Rose RM8 juta yang dipindahkan kepada pembekal barangan kemas di Hong Kong untuk Black Rose. KAPEED menyertakan salinan telegraph transfer, stetmen akaun dan gambar berwarna barangan kemas yang dibeli oleh Black Rose dan dibayar oleh KAPEED. Boleh dimuat turun di sini Jangka Sabbaruddin sebagai Pengerusi bank itu tidak dilanjutkan walaupun Bank Negara telah meluluskan pelanjutan selepas beliau membantah campur tangan yang dikatakan oleh Hasan dalam permohonan pinjaman Deepak ini. Buku ini juga mendedahkan hubungan di suatu ketika yang sangat rapat antara peniaga permaidani dan isteri Perdana Menteri, (Datin Seri Paduka) Rosmah Mansor. Walau bagaimanapun, selepas berlaku perselisihan, Deepak telah mendedahkan melalui e-book tentang Rosmah yang bertajuk "The Black Rose" dengan janji susulan . Namun tidak ada susulan. Sebaliknya masalah perniagaan Deepak yang melibatkan pemimpin Wanita Umno, Raja Ropiaah, telah diselesaikan dan dia dapat menerima pinjaman Bank Rakyat ~ sumber

    Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

    Perkasa label PAS 'lucu, dungu dan jumud'

    Posted: 05 Mar 2015 05:15 AM PST

    PERKASA nie apahal pulak duk kata kat Majlis Syura Ulamak PAS?

    Perkasa mengecam keras tindakan pemimpin PAS yang melarang anggota-anggota parti itu menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

    Presidennya Datuk Ibrahim Ali menyifatkan sikap Majlis Syura PAS itu sebagai "tidak demokratik, bodoh, lucu, dungu dan jumud."

    Beliau mengulas kenyataan setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh, yang menggesa PasMa dibubarkan sebelum anggota-anggotanya dibenar bersama parti Islam.

    Nik Zawawi berkata demikian sebagai menjawab hasrat PasMa mengadakan pertemuan dengan pemimpin PAS bagi membincangkan kemelut dalaman Pakatan Rakyat.

    PasMa digerakkan oleh anggota-anggota PAS dan muncul tahun lalu sewaktu memuncak krisis Selangor. Waktu itu sebilangan pemimpin atasan PAS mengambil sikap berbeza daripada keputusan PKR dan DAP.

    Dalam kenyataannya, Ibrahim berkata PasMa bukan sebuah parti politik dan PAS tidak berhak mengambil tindakan kepada ahli sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

    "Kalau PasMa menjadi parti politik, maka PAS wajib bertindak memecat (mereka) yang masuk PasMa kerana setiap individu tidak boleh menjadi ahli kepada dua parti politik.

    "Tapi PasMa belum jadi parti politik, ahli PAS mahu menjadi ahli PasMa, itu hak individu berkenaan," katanya.



    KedahLanie.info

    Dr. MAZA Dan Kazim Akan Adakan Sidang Media Jelaskan Kekeliruan Hari Ini

    Posted: 05 Mar 2015 04:30 AM PST


     KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Datuk Mohd Kazim Elias akan mengadakan sidang media hari ini bagi menjelaskan salah faham membabitkan mereka.

    Ini berikutan penyebaran surat mufti tersebut yang tidak bersetuju Kazim dijemput sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis yang disebarkan pihak tertentu di luar pengetahuan Asri.

    Dalam surat yang dihantar kepada pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Perlis, Asri memaklumkan ketidaksetujuannya atas alasan Kazim terlibat dengan pembacaan riwayat palsu mengenai Rasulullah SAW.

    Melalui entri terbaharu Facebooknya, Mohd Asri kesal dengan penyebaran surat dalaman urusan kerajaan itu melalui internet.

    "Surat itu tidak menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untuk menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan Raja Perlis," kata Asri.


    Menurutnya, ia adalah surat dalaman pentadbiran dan penyebaran surat itu tidak sepatutnya berlaku.

    Berikutan itu, Asri turut menyertakan satu salinan muka surat buku yang ditulis oleh Kazim, "Tuhan Sedang Menguji Kita' sebagai rujukan.

    Antara lain, kandungan buku itu menyatakan, 'manakala kenduri Rasulullah SAW yang paling mahal pula adalah roti jala dicelup dengan kuah kari' yang dikatakan menjadi punca ketidaksetujuan Asri terhadap cadangan mengundang Kazim sebagai panelis forum.

    Ketika dihubungi Sinar Harian, Asri enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya meminta wartawan memetik kenyataan daripada Facebooknya.

    Dalam pada itu, Kazim pula ketika dihubungi menyatakan pihak berkenaan sepatutnya menghubungi beliau sendiri untuk mendapatkan penjelasan berhubung apa yang dianggap sebagai riwayat palsu itu.

    "Sebelum menganggap saya bawa riwayat palsu, panggillah saya dulu untuk jelaskan. Itu yang sebaiknya," katanya.

    Mengenai cerita roti jala yang dikaitkan, Kazim menjelaskan: "Apa saya kata dalam buku itu hanya secara kiasan, Rasulullah SAW, buat kenduri kahwin dengan menghidangkan roti dengan kuah kambing yang saya kiaskan sebagai roti jala dan kari.


    "Perlu baca sepenuhnya ayat saya itu di mana saya mahu menerangkan, perkahwinan Rasulullah paling mahal adalah perkahwinan baginda dengan Zainab Jahsy apabila menghidangkan roti dengan kambing. Sebagai penceramah, saya mahu guna bahasa kampung, tidak salah kenduri buat roti jala dengan kari kambing."

    Kazim berkata, salah faham timbul apabila ada pihak mengambil sebahagian sahaja petikan ayat daripada buku itu.

    "Saya mahu mudahkan, setiap roti dibuat dengan tepung, campur air dan garam. Roti paling senang dibuat adalah roti jala. Cuma mereka (ketika itu) tidak panggil roti jala. Saya ceramah guna bahasa kampung," katanya.





    Bloglist Malaysia

    Nak buat lawakpun agak-agak laa.. Jangan petik nama Rasullullah..

    Posted: 05 Mar 2015 03:45 AM PST

     

    Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari",
    Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

    Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Asri (kiri) sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.


    "Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

    "Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.

    "Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.

    'Hanya perbandingan'

    Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan "kurma celup tepung" yang disampaikannya hanya perbandingan.

    Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

    "Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," Kazim dipetik sebagai berkata dalam akhbar Utusan Malaysia.

    Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

    Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.

    "Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.

    "Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan," katanya lagi seperti dilapor akhbar itu.




    "KENAPA KURANG AJAR SANGAT?" tanya tukang pukul itu kepada Dr. Dzul.

    Posted: 05 Mar 2015 02:57 AM PST

    Satu Soalan Bodoh Sahaja Sudah Boleh Agak Siapa Yang Pukul Dr. Dzul..

     Dr. Dzul sebelum in cabar ulamak haraki Pas berbahas dan berdebat.. Tetapi semua diam membisu. Hahaha.. Kat situlah boleh ditemui jawabannya...


    Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad "menyambut" tumbukan oleh individu yang tidak dikenali dengan laungan takbir.

    Menceritakan kembali kejadian Dzulkefly dipukul, isterinya Azlin Hezri berkata, pada jam 6.30 pagi, pemimpin PAS itu dihampiri dua lelaki yang menunggang motosikal.

    Ketika meletakkan kereta di kawasan rumah, Azlin berkata, salah seorang lelaki tersebut membuka pintu kereta Dzulkefly dan menumbuk di bahagian kanan muka Dzulkefly.

    Selepas ditumbuk, Dzulkefly kemudian melawan kembali sambil bertakbir sekuat hati beberapa kali, kata Azlin.

    "Sebenarnya semasa dia balik daripada masjid dan meletakkan kereta di perkarangan rumah, belum sempat pintu pagar ditutup, ada dua orang lelaki.

    "Seorang daripadanya memakai topi keledar terus menuju ke kereta Dr (Dzulkefly) dan buka pintu kereta dan terus tumbuk muka Dr sebelah kanan.

    "Kemudian Dr turun (kereta) dan lawan balik, dia takbir kuat-kuat banyak kali sehingga orang tersebut tergamam dan lepas itu dia (individu tersebut) pukul Dr dengan besi.

    "Alhamdulillah, tiada jahitan yang dikenakan terhadap Dr," kata Azlin ketika dihubungi Malaysiakini.

    Bibir bengkak, dahi luka

    Ditanya mengenai kenyataan  "kenapa kurang ajar sangat" yang ditujukan kepada pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu, Azlin berkata, Dzulkefly tidak sempat untuk berkata apa-apa.

    Menurut Azlin lagi, Dzulkefly yang hanya mengalami luka di dahi dan bengkak di bibir dan kini baru selesai memberi kenyataan kepada pihak polis yang datang ke rumah berhubung kejadian itu.

    "Dia OK. Cuma bibir bengkak, luka di dahi. Dr memang jenis yang tidak akan berdiam diri. Dia memang akan melawan balik.

    "Ini baru selesai Dr buat laporan polis. Polis datang ke rumah. Dr sekarang berehat di rumah dan selepas ini tidak pasti sama ada dia akan ke Putrajaya jaya untuk urusannya atau tidak," tambahnya lagi.

    Pagi tadi, Dzulkefly diserang oleh individu tidak dikenali di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam selepas selesai solat subuh.

    Berikutan kejadian serangan itu, PAS Selangor akan mengarahkan kawalan keselamatan ke atas pemimpin PAS negeri itu dipertingkatkan agar cubaan pihak yang ingin mencetuskan provokasi dapat dihalang.



    Bloglist Malaysia