Selasa, 3 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Benarkah biodata Man anak Pak Ya ni??

Posted: 03 Mar 2015 11:03 PM PST

 
Saya berasa sungguh pelik mengenai dakwaan macai-macai Umno yang menuduh PJ PAS Perak dengan berbagai tuduhan yang tidak masuk akal. 

 Tidak mungkin seorang yang macam Razman yang baru-baru ini diangkat sebagai seorang ulamak oleh kalangan ulama PAS tergamak melakukan kerja-kerja keji sebagaimana tuduhan berikut dibawah.

 Namun saya ada dua kemusykilan untuk dikemukakan di sini :

1) Kepada Anak Lenggong, ini adalah tuduhan berat. Kalau apa yang kamu dakwa ini benar, kenapa kamu tidak buat aduan kepada SPRM untuk disiasat? Saya tidak akan percaya dakwaan kami selagi Razman @ Man anak Pak Ya diberi peluang menafikannya didepan mahkamah.

2) Kepada Razman @ Man anak Pak Ya, Saya berasa curiga kenapa enta bersara sebagai Pegawai Kastam begitu awal sekali iaitu ketika umur baru 49 tahun? Nak katakan kerana 'Medical Board' , tentu tidak mungkin sebab enta sehat bugar..Kenapa ya??

Anak Lenggong berkata ... 

Ini semua adalah fitnah untuk menjatuhkan ulama'
Razman bin Zakaria ataupun man anak pak ya 
1. Dilahirkan dikampong Luat, Lenggong Perak pada tahun 1960. 
2. Bersekolah Rendah di Sek Keb. Kg luat sehingga darjah 6 dan melanjutkan pelajarannya di Sek Men Dato Mohd Said Lenggong sehingga SPM. 
3. Pemegang ijazah pertama Matematik dari UKM dan Sarjana Pentadbiran Awam UKM. 
4. Pekerjaan sebagai Pegawai Kanan Kastam bermula 1987 dan dinasihatkan bersara pada tahun 2009.
5. Memiliki rumah agam yang bernilai RM 2 juta dengan 8 bilik tidur dan 2 kolam renang dibina di Jalan Manggis, Sijangkang Pelabuhan Kelang Selangor dan sebuah lagi bernilai RM 700 ribu di Lenggong. 
6. Satelah joint PAS Beliau juga membina Surau dan Gerai di tanah kerajaan secara haram di Lenggong sebagai pusat tarbiah Pas. 
7. Mempunyai beberapa buah kereta mewah. 
8. Beliau merupakan rakan kepada Bekas pegawai kastam seangkatan Sarbini yang mati terjun bangunan SPRM Kuala Lumpur. 
  Cuba bayangkan sebagai bekas kakitangan kerajaan mempunyai harta bernilai jutaan ringgit..secara logiknya sekiranya beliau tidak makan dan minum disepanjang tempoh beliau bekerja pun beliau tidak akan mempunyai harta sebanyak ini...melainkan ada kerja dan cara lain untuk mengumpul harta.
  Man..oooo..man..aku dengar masa balik kampong orang dok kata ko bakal MB Perak..huhh..hebat mainan ko man..masa kerja semua ko rembat dan halal..bila dikenakan tindakan..ko marah pula pada yang mengambil tindakan..sekarang dengan kekayaan yang ko ada ko pergunakan untuk membohongi penduduk disekitar Lenggong dengan cara pemakaian dan berketayap sepanjang masa...hebat mainan ko mannnnn..... 
  Man...cukup2 lah ko menipu penduduk disekitar kg Luat, Chepor, Kota Tampan, kuak, Tasik Raban dan daerah sekitar Lenggong tu..bawak banyak2 lah bertaubat dan insaflah dengan dengan perbuatan lalu..terlalu mudah ko nak menyuci diri dengan menjadikan PAS sebagai kambing hitam..ko tak perlu berselindung disebalik jubah,berketayap dan berjanggut untuk mengabui warga Lenggong yang engkau ni saorang islamik.
   Siang dan malam ko bercakap tentang kerajaan yang korup tetapi ko lupa untuk melihat kepada diri ko sendiri..daripada mana kekayaan yang ko perolehi. Insaf lah diri dan bertaubat lah sebab umur pun dah 53 tahun. 
Harap-harapnya, PJ Perak Razman bolehlah buat penafian atau apa-apa penjelasan nanti.Jangan biarkan fitnah berleluasa....Engkau bakal MB Perak, kena jaga imej kau Man!


Allah Maha Mengetahui...

Posted: 03 Mar 2015 07:00 PM PST

'Mahfuz didakwa harap Sirul tuduh Najib'

 

Tindakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menjadi orang tengah menemukan Sirul Azhar Umar dengan ibunya mencetuskan kecurigaan pihak lain.

Penulis dikenali sebagai "KuntaKinte Malaysia" dalam portal Umno Online mendakwa tidak mustahil Sirul dibayar oleh pembangkang untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

Beliau berkata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar, yang menguruskan pertemuan itu, bergegas ke Australia untuk bertemu Sirul demi menjatuhkan Najib.

"Apakah janji atau deal yang dibuat?" soal KuntaKinte.

"Harapan Mahfuz dan PAS ialah Sirul akan berkata Mohd Najib mengarahkan beliau membunuh Altantuya.

"Apakah PAS akan bersusah payah jika pembunuhan upahan ini tidak boleh dikaitkan dengan Mohd Najib?"

Bantuan di luar negara

Oleh kerana Sirul tidak boleh pulang ke Malaysia atau perlukan suaka politik dan kewangan di luar negara, KuntaKinte percaya terdapat pihak mengambil kesempatan dalam isu itu,

"Penulis percaya sudah ada usaha untuk meyakinkan Sirul untuk membuat tuduhan-tuduhan politik dengan pelbagai janji bantuan untuk terus hidup di luar negara," dakwanya.

Beliau juga berkata PAS bersusah payah dalam perkara itu kerana ia menguntungkan mereka.

"Apa pun fakta yang Sirul akan kemukakan ia tidak boleh menolak hakikat bahawa beliau telah membunuh seseorang tanpa sebab keselamatan, justeru hukuman gantung ke atas beliau tidak boleh dipertikaikan," tulisnya. 



Malaysiakini

Pembocor maklumat: Banyak lagi data 1MDB

Posted: 03 Mar 2015 06:30 PM PST

 
 

Terdapat "ribuan lagi dokumen" berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan penglibatan hartawan Taek Jho Low didakwa dalam milik laman web pembocor maklumat Sarawak Report.

Dalam wawancara e-mel dengan Malaysiakini, editor dan pengasasnya Clare Rewcastle Brown mendakwa terdapat banyak dokumen berkaitan berhubung 1MDB, melebihi apa yang didedahkan.

Sarawak Report mendedahkan komunikasi e-mel berkaitan usahasama 1MDB dengan Petrosaudi Limited yang didakwa mempunyai penyelewengan.

E-mel itu menunjukkan bahawa usahasama itu dengan suntikan AS$1 bilion (RM3.6 bilion) daripada 1MDB digunakan sebagai syarikat "muka depan" untuk menyalurkan wang kepada syarikat Jho Low.

Hartawan itu didakwa rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Walaupun Petrosaudi mendakwa e-mel itu direka-reka, Rewcastle menegaskan ia komunikasi asli.

Rewcastle juga berkata pendedahan berkaitan 1MDB itu berjaya dibuat selepas dua tahun meneliti dokumen-dokumen tersebut, termasuk bekerjasama dengan sekumpulan wartawan.

Beliau bagaimanapun memilih merahsiakan sumber dokumen itu kerana ia diserah padanya berasaskan kerahsiaan.

Menurutnya lagi, penafian oleh 1MDB dan pihak lain berhubung dakwaan itu "gagal membuktikan" sama ada keuntungan benar-benar dibuat.

"Mereka sebaliknya sembunyikan keuntungan dalam akaun bank pesisir pantai berbanding menggunakan untuk menyeimbangkan akaun itu," kata Rewcastle, merujuk kepada akaun di Kepulauan Cayman.

Malaysiakini menghubungi dan masih menunggu maklum balas daripada pihak Jho Low berhubung perkara itu.

1MDB mempertahankan bahawa usahasama itu berakhir pada 2012 dan 1MDB berjaya membuat keuntungan AS$488 juta (RM1.768 bilion) daripadanya.





Malaysiakini

Apabila Pemimpin Lupa Akan Kuasa Allah SWT

Posted: 03 Mar 2015 06:00 PM PST


tikaq buloh 
 
Beginilah keadaan suatu ketika dahulu, pada situasi kemarau panjang Negeri Sembilan dengan angkuhnya ingin menjual air kepada Selangor seakan-akan tidak memahami masalah air Selangor pada tahun yang sudah juga antaranya berpunca daripada kemarau yang panjang.

Negeri Sembilan dan Johor kini diletak dalam keadaan berjaga-jaga selepas paras air di empangan dan sungai di dua negeri berkenaan dilaporkan semakin menyusut berikutan cuaca panas dan kering yang mula melanda negara ketika ini.

Malah situasi ini juga berkemungkinan memaksa catuan air dilaksanakan di kawasan tertentu di Johor, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Ismail Kasim, Selasa.

Antara sungai yang mencatatkan paras merosot dan menghampiri paras kritikal di Johor ialah Sungai Sembrong Kiri di Kluang, yang membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Sembrong Timur seterusnya membekalkan air terawat ke Daerah Kluang.

"Pada masa ini, pengeluaran LRA Sembrong Timur berkurangan daripada 32 juta liter sehari (JLH) kepada 26 JLH," katanya.

Ismail berkata, operator air negeri berkenaan, Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) juga terus memantau rapi keadaan bekalan air dan berusaha mengagihkan semula bekalan daripada sistem agihan lain yang berhampiran.

"Sekiranya keadaan benar-benar mendesak, catuan air akan dipertimbangkan," katanya sambil menambah beberapa empangan di Johor juga turut menyusut, antaranya Empangan Sungai Lebam.

Menurutnya lagi, bagi mengatasi kekurangan sumber air bagi jangka masa panjang di negeri itu, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sedang membina Empangan Sungai Kahang.

Manakala bagi Negeri Sembilan, Ismail berkata, kerajaan negeri itu menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sudah merangka pelan mitigasi jangka panjang yang dijangka mampu menyelesaikan masalah kekurangan sumber air di Empangan Gemencheh.

Antaranya termasuk mendapatkan bekalan air terawat sebanyak 9 juta liter sehari (JLH) dari Melaka untuk Pekan Tampin dan Batang Melaka melalui sistem paip sedia ada.

"Bagi tujuan itu, SAINS akan memasang paip bersaiz 900 milimeter sepanjang 5.25 kilometer (km) untuk menyambung ke sistem agihan sedia ada daripada Loji Rawatan Air (LRA) Gemencheh.

"Kerja-kerja pemasangan paip ini akan dimulakan dan dijangka mengambil masa tiga bulan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, katanya, SAINS akan membekalkan air terawat sebanyak 18 JLH ke kawasan terjejas daripada LRA Sawah Raja sedia ada di Rembau serta membina stesen pam dan paip sepanjang 15 km untuk mengepam air mentah dengan kapasiti 54 JLH daripada Sungai Jelai di Johol ke Empangan Gemencheh.

"Kerja-kerja pembinaan sudah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh masa 10 bulan iaitu sebelum Disember tahun ini," beliau menjelaskan. Rakyat Post

PARLIMEN - ANWAR BERHAK UNTUK HADIR

Posted: 03 Mar 2015 05:30 PM PST

 

Anwar ( DSAI ) masih lagi ahli parlimen Permatang Pauh,  petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong dari Isteri beliau DSWA telah membuatkan ramai terkejut. 
 
Mengikut hal 44(4) c perlembagaan Persekutuan, tindakan DSWA itu telah menyelamatkan DSAI dari dilucutkan sebagai Ahli Perlimen dan masih sah sebagai Anggota parlimen dan masih mejawatan sebagai Ketua Pembangkang. 
 
Hanya Perkara 52 dari perlembangaan Malaysia sahaja yang boleh mengistiharkan kekosongan kerusi tersebut.

Masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Namun, ramai yang berpendapat Anwar wajib dibenarkan hadir.
Dan ada lima sebab mengapa DSAI PERLU hadir ke Parlimen pada 9 Mac ini.

1) Anwar seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.
Dalam pilihan raya umum ke 13 lepas, Anwar menang besar dengan meraih 37,090 undi menewaskan pencabar terdekatnya dari BN dengan majoriti 11,721 undi. Pengundi Permatang Pauh telah membuat pilihan yang jelas bagi mendapatkan khidmat Anwar sebagai wakil mereka di Parlimen.
Dan adalah sangat tidak wajar jika hak pengundi-pengundi ini dinafikan. Sekalipun Anwar mesti dihukum, hukuman itu harus berhenti setakat Anwar dan tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah.
Biarpun beliau kini seorang banduan, Anwar masih seorang Ahli Parlimen.
Justeru, setidak-tidaknya benarkanlah beliau hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawabnya dan selepas beliau boleh dihantar semula kepenjara.
2) Tiada pengumuman kekosongan
Tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.
Secara tidak langsung, ini mengesahkan Anwar masih ahli parlimen dan oleh itu berhak hadir semasa parlimen bersidang.
3) Anwar perlu jalan tugas ketua pembangkang
Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.
Ketua Pembangkang berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat Anwar dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.
4) Tiada peruntukkan yang menidakkan
Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen adalah tidak terjejas.
Justeru, berdasarkan keadaan ini dan tiadanya peruntukkan undang-undang yang melarang, tiada sebab mengapa Anwar harus disekat dari menghadiri sidang Parlimen.
KDN harus menimbang perkara ini dengan adil dan saksama kerana ini satu peluang untuk membuktikan bahawa setidak-tidaknya dalam kes Anwar, kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.
Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada Anwar hadir ke Parlimen.
Jika menteri dalam negeri serius dalam hal ini dan tidak ada halangan untuk Anwar hadir, hal ini sudah tentu dapat diuruskan dengan pantas.
5) Kerana kemahuan rakyat

Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, Anwar masih punya sokongan dan pengikut yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing.

Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mengharapkan Anwar segera dibebaskan.
 
Rakyat masih mahukan Anwar. Jadi berilah peluang baginya untuk menjalankan tanggungjawabnya kerana kita tidak akan rugi apa-apa dengan membenarkannya.

Suasana pilu, akhirnya Sirul dalam dakapan ibu

Posted: 03 Mar 2015 05:00 PM PST

 

 Ibu Dan Sirul Berpelukan Dengan Tangisan
Sirul, ibu berpelukan dalam tangisan Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwinIbu

KUALA LUMPUR: Penantian sejak sekian lama Piah Samad, 74, yang ingin bertemu dengan anaknya Koperal Sirul Azhar Umar akhirnya tercapai.

Piah bersama rombongan misi 'See For (C4) Yourself' tiba di Pusat Tahanan Imigresen (IDC), Villawood, Sydney kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan.

Pegawai yang mengiringi misi tersebut memberitahu Harakahdaily melalui WhatsApp hanya suasana sayu dan hiba itu yang boleh digambarkan ketika melihat pertemuan antara Sirul dan ibunya termasuk adik perempuan beliau, Noriatin Umar, 37.

"Gembira itu yang digambarkan oleh Piah, pertemuan hampir 2 jam itu digunakan sepenuh masa oleh Sirul sekeluarga untuk melepaskan rindu.

"Kami yang melihat turut sebak ketika seorang anak berada dalam dakapan ibu yang terpisah beribu kilometer dari tanah kelahirannya.

"Misi pertemuan lebih kepada misi kemanusiaan, pertemuan seorang anak dengan ahli keluarga dan tiada maksud lain," katanya.

Sementara itu, Piah ketika ditanya berasa gembira dan lega setelah hasrat untuk bertemu dengan anaknya akhirnya tertunai.

"Lega dan gembira dapat bertemu Sirul, kalau sebelum ini makcik tak tahu keadaan dia di sini.

"Tetapi setelah lihat dia dalam keadaan sihat hilang kerisauan makcik, harap beliau dapat jaga diri baik-baik.

"Makcik tetap risaukan masa depan dia, sebagai ibu makcik hanya mampu berdoa agar Sirul dilindungi selalu," katanya.

Piah turut memberitahu, beliau akan menyediakan makanan kegemaran anaknya bagi pertemuan hari esok.

Dalam pada itu, Sirul turut mengucapkan terima kasih kepada rombongan misi kerana menemukan beliau dengan ibunya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dan berusaha membawa ibu saya datang berjumpa dengan saya.

"Syukur saya di sini sihat dan segala kemudahan amat baik termasuk tempat tinggal dan makan, ia dijaga rapi," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata misi kemanusiaan ini telah mencapai matlamat.

"Apa yang kami inginkan telah tercapai, ibu Sirul telah dapat bertemu anaknya dan kami lihat tadi masing-masing melepaskan kerinduan.

"Ibu adik dan Sirul mereka berbual tanpa gangguan dari kami, kerana itu yang kami harapkan.

"Pertemuan ini akan diadakan setiap hari sehingga kami pulang ke Malaysia nanti," jelas beliau.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berharap kerjasama baik diberikan pihak berkuasa di IDC bagi melancarkan pertemuan akan datang.

 

HARAKAHDAILY 3/3/2015

Konspirasi gulingkan Hadi wujud sejak bertahun lalu - Nik Abduh

Posted: 03 Mar 2015 04:15 PM PST

Nik Abduh Semakin Galak Dengan Teori Konspirasi Baruanya..



Konspirasi gulingkan Hadi wujud sejak bertahun lalu - Nik AbduhNik Abduh yakin, antara ketenangan ayahanda sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan Hadi Awang.

KUALA LUMPUR: Tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat usaha menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahkan usaha itu sebenarnya sudah wujud sejak dulu lagi kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyatakan demikian melalui status Facebooknya:

"Jangan dicabar anak-anak di bawah yang hidup terfitnah atas kesalahan kita sendiri. Kita yang di ataslah yang memulakan fitnah dan kemelut yang bermula daripada 'kerja-kerja bodoh dalam PAS' yang berusaha memisahkan Almarhum ayahanda TGNA daripada presiden PAS sejak bertahun dulu.

"Mahu nafikan usaha buruk itu?? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata.

Nik Abduh berkata beliau yakin antara ketenangan ayahanda Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan Hadi Awang.

Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata sesiapa sahaja boleh menyatakan apa yang mereka mahu namun tiada siapa boleh hentikan kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.

"Siapa pun boleh berkata, 'marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah'. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah," ujar beliau.

Nik Mohamad Abduh juga memberikan amaran kepada mereka yang cuba menyebarkan fitnah.

"Fitnah itu tidur dengan kehendak Tuhannya. Bila ia dibangkitkan, tiada siapa boleh tidurkannya lagi. Biarkan ia berlalu pergi dan anda hanya perlu berpaut pada dahan yang kukuh. Keselamatan diri adalah lebih utama.

"Petunjuk Allah adalah jelas pada hari fitnah. Semakin anda memberanikan diri, semakin anda dilitupi debu dan asap. Justeru 'Takutilah fitnah..' dengan kembali mentaati Allah, al Rasul dan 'ulil amri minkum'. Sunnah al khulafa' al Rasyidin adalah petunjuk sepanjang zaman," jelas beliau.

Beliau juga berkata ada pihak yang mencabar untuk berdepat daripada kalangan AJK PAS Pusat.

"Kepada yang mencabar untuk berdebat daripada kalangan AJK PAS Pusat, saya berkata, kamu sudah ada presiden PAS untuk didebat. Bukankah 'barua' itu daripada kalam presiden? Bukankah sebahagian kita telah berkalam biadap di depan presiden?

Beliau berkata kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan PAS yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama.

"Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah," kata Nik Abduh.

- astroawani

Keikhlasan Itu Rahsia Allah SWT...!!

Posted: 03 Mar 2015 03:30 PM PST

Ulamak Besar Pas Ini Kata Tiada Yang Layak Dan Ikhlas Ganti Hadi


SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas Pusat tidak melihat keseriusan dan keikhlasan pihak tertentu dalam Pas untuk mencabar jawatan presiden parti itu pada pemilihan akan datang sebaliknya melihat tujuan mereka hanya untuk mengeruhkan keadaan.

Pemangku Naib Ketuanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa, individu terbabit adalah mereka yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan Islam malah tidak boleh bertahan lama hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan Perlembagaan parti.

"Saya merasakan bahawa kenyataan yang dibuat semata-mata untuk mengeruhkan suasana, bukan dia serius hendak bertanding, saya rasa tidak.

"Setakat ini, saya tidak nampak orang yang hendak bertanding melawan jawatan presiden dan saya sifatkan mereka yang mengeluarkan kenyataan supaya orang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berundur ini sebagai 'tidak senonoh' dalam perjuangan Islam," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian mempertahankan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali semalam yang yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai Presiden Pas tanpa bertanding pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.

Ketika ditanya mengenai penerimaan ulama terhadap bakal presiden Pas yang baharu dari golongan bukan ulama, beliau bagaimanapun menegaskan jawatan itu perlu diisi oleh ulama sahaja dan ia menjadi polisi parti itu sejak 1983.

"Perkara ini (presiden mesti ulama) telah diputuskan dalam muktamar sebelum ini, zaman Datuk Mustafa Ali sebagai ketua pemuda Pas pusat, dia mencadangkan satu gagasan kepimpinan ulama.

"Jadi perkara itu dipersetujui sebulat suara dan kekal sehingga ke hari ini, itu adalah keputusan muktamar yang menjadi keputusan paling penting," ujarnya.

Bagaimanapun katanya lagi, bagi jawatan nombor dua dalam Pas itu pula, ia boleh diisi dan ditandingi oleh sesiapa sahaja dan tidak terhad kepada golongan ulama sahaja.

"Tidak (pindaan syarat ulama tandingi timbalan presiden), pindaan itu kita tidak akan buat, itu bebas, kita kena seimbangkan (antara ulama, profesional dan aktivis).

"Dalam waktu sama kena ingat bahawa akal itu tidak boleh mengatasi nas al-Quran dan Hadis, nas itu menjadi sumber utama dalam Pas manakala akal itu sebagai pembantu sahaja, ia berjalan seiring," katanya lagi.

- sharian

Keluarga Arwah Tuntut Balasan

Posted: 03 Mar 2015 08:00 AM PST



Muhammad Izzuddin (kiri) bersama Muhammad Danish menunggu jenazah Rosniza di Hospital Sultanah Bahiyah, semalam.

Alor Setar: "Kami mahu keadilan dan meminta pihak berkuasa mengheret suspek ke muka pengadilan. Tindakan dia melampau kerana pernah mengugut mahu mengikat sekali gus menjerut leher arwah dua minggu lalu.

"Mujur bapa saya yang tinggal bersebelahan rumah arwah terdengar pergaduhan mangsa dengan bekas suaminya. Kalau tidak, kami tidak tahu nasib arwah ketika itu."

Begitu kata Rosliza Fadzil, 35, kakak sulung kepada Rosnizal, 30, yang disahkan meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, jam 4 petang, semalam.

Sebelum ini, mangsa tidak sedarkan diri selain patah kaki kanan parah di kepala selepas dipercayai dilanggar kenderaan lain sebaik melompat keluar dari kereta dipercayai dipandu bekas suaminya dalam kejadian di Bukit Pinang, Pokok Sena, di sini, Khamis lalu.

Menurut Rosliza, suspek sering mengganggu adiknya yang juga tukang masak sehingga pernah menjerut Rosniza menggunakan tali di leher walaupun mereka sudah bercerai hujung tahun lalu.

"Suspek sangat 'psiko' kerana pernah mengugut mangsa 'kalau aku tak dapat hang, orang lain pun tak boleh dapat hang'. Adik saya tiga kali bercerai dengan bekas suaminya kerana suspek kaki pukul, namun suspek masih menganggap arwah isterinya," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HSB, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah mempunyai dua anak, Muhammad Izzuddin Rosnizam, 11, dan Muhammad Danish Rohdi, 5, yang tinggal bersamanya.

"Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas suspek dengan memberikan hukuman setimpal terhadapnya," katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan mangsa meninggal dunia, semalam, akibat parah selepas dimasukkan ke HSB sejak Khamis lalu.

Beliau berkata, pihaknya kini melakukan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini ditahan reman sehingga Khamis ini.


Posted by Jeebond BLM

YAB MB Selangor melakukan kunjungan hormat keatas YAB KM Sarawak

Posted: 03 Mar 2015 07:30 AM PST

Akhirnya Pemuda UMNO sedar mereka buat kerja tak berfaedah..

Posted: 03 Mar 2015 07:00 AM PST

 
Selepas diserang hebat, Pemuda Umno berkata mereka tidak akan lagi memberi penerangan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka, sebaliknya hanya akan mengadakan secara tertutup dan jika ada permintaan.

Sesi penerangan juga akan dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti yang diadakan di Kelana Jaya dan Permatang Pauh bulan lepas, kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

"Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Kita tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri. Kita tidak mahulah popularkan nama Anwar Ibrahim di luar," kata Jamawi seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Jamawi berkata penerangan secara dalaman ini akan dibuat kepada ahli dan jentera Pemuda Umno.

"Tapi kita buat secara dalaman program penerangan ini untuk memberi kefahaman termasuk kepada ahli dan semua jentera penerangan Pemuda Umno," katanya.

Jamawi berkata, Pemuda Umno tidak akan berhenti menjelaskan kepada orang ramai, tapi ia akan dilakukan dalam skala kecil tanpa publisiti. 

"Kita akan teruskan dari semasa ke semasa. Malah mana-mana pihak yang jemput untuk beri penjelasan kita akan beri. Selagi kita ada permintaan, kita akan teruskan tapi dalam kumpulan skala kecil saja tanpa publisiti," katanya.

Acara Jelajah Liwat Pemuda Umno diadakan sebaik saja Anwar dipenjarakan menampilkan Shafee untuk menjelaskan keputusan bersalah ketua pembangkang itu.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program jelajah seluruh negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes tersebut kini selesai.

Bagaimanapun, langkah tersebut dikritik pengamal dan pakar undang-undang.

Beliau didakwa melanggar Akta Profesion Undang-Undang 1976 apabila dikatakan mencari publisiti bagi kemenangannya dalam kes itu lapor The Malaysian Insider

Ibu Sirul Akur Dengan Penguatkuasa Lapangan Terbang Australia.

Posted: 03 Mar 2015 06:15 AM PST


Hanya sambal ikan bilis ibu dibenarkan untuk Sirul Rendang limpa tidak dibenarkan dibawa keluar dari lapangan terbang

PETALING JAYA: Ibu kepada Sirul Azhar Umar, Piah Samad, 74, terpaksa akur dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Australia iaitu tidak membenarkan rendang limpa dibawa keluar dari lapangan terbang, lapor Harakah daily. sirul mum

Walaubagaimanapun, sambal ikan bilis yang dibawanya pula dibenarkan dibawa masuk ke negara yang terkenal dengan haiwan Kanggaru itu.

"Tak mengapa tak dapat bawa keluarpun, Sirul memang suka rendang limpa. Kita akan masak yang lain, saya gembira dapat bagi sambal bilis pada Sirul," katanya memetik apa yang dikatakan oleh salah seroang ahli 'See For (C4) Yourself' melalui aplikasi Whatsapp kepada Harakah Daily.

Dia yang tiba di Sydney pada jam 11.30 pagi waktu tempatan pada 2 Mac (semalam) terus diserbu oleh media di negara tersebut. Piah turut menyatakan bahawa anaknya yang juga bekas anggota polis dari Unit Tindak Khas (UTK) itu merupakan seorang anak yang baik.

"Sirul ni budak baik, kerja dia jaga menteri. Semua tempat dia pergi, dia tidak ada cerita apa-apa pun dekat makcik sehinggalah dia ditangkap.

Cuma sebelum dia ditangkap, dia ada balik kampung dan ziarah saudara-mara minta maaf," ujarnya.

Pada hari Ahad lalu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar telah mengetuai rombongan 'misi kemanusiaan' ke Australia dengan membawa adik Sirul Azhar, Noriatin Umar dan peguam.

Kumpulan tujuh orang itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH123 untuk melawat Sirul yang ditahan di pusat tahanan imigresen di Brisbane. Rombongan berkenaan dijangka pulang pada 7 Mac.

Sirul Azhar meninggalkan Malaysia ke Australia sebelum Mahkamah Persekutuan mendapatinya dan seorang lagi tertuduh Azilah Hadri, bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia, Altantuyaa Shaarriibuu.

Pada 28 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Sirul Azhar dan Azilah dengan membebaskan mereka daripada tuduhan tersebut.

Namun, pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan kedua-duanya dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka. Hukuman itu membawa kepada waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Sirul

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

Peguam: Ketua Pengarah Penjara ada kuasa benar Anwar ke Parlimen

Posted: 03 Mar 2015 05:30 AM PST

Keputusan akhir bagi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk hadir ke sidang parlimen minggu depan terletak pada kuasa Menteri Dalam Negeri.

Dalam kenyataan bersama, Peguamnya, N Surendran dan Latheefa Koya memaklumkan berdasarkan undang-undang, Seksyen 31 Akta Penjara 1995 memperuntukkan Ketua Pengarah (Jabatan Penjara) mempunyai kuasa mengarahkan individu dipenjara boleh dibawa ke tempat difikirkan munasabah.

Katanya, pihaknya menghantar surat kepada Datuk Seri Zahid Hamidi pada 25 Februari, namun beliau memilih untuk bertindak balas melalui media. "Kenyataan Zahid mengejutkan, tidak boleh difahami dan bercanggah dengan Akta Penjara 1995.

"Ia bukan tanggungjawab atau bidang kuasa Yang di-Pertua, Peguam Negara atau Lembaga Pengampunan untuk membawa Anwar dari penjara ke Parlimen. Katanya, hanya Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa undang-undang untuk melepaskan Anwar untuk menghadiri Parlimen.

"Seksyen 31 Akta Penjara 1995 mengatakan Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengarahkan orang menjalani hukuman penjara diambil ke mana-mana tempat jika terdapat alasan munasabah.

"Ketua Pengarah Penjara adalah di bawah kawalan dan tanggungjawab Menteri Dalam Negeri," katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, Zahid berkata kata putus berhubung perkara itu terletak kepada Lembaga Pengampunan dan perkara berkait tafsiran undang-undang terletak pada speaker Dewan Rakyat dan peguam negara.

Mereka berkata kenyataan Zahid bahawa Lembaga Pengampunan mesti membuat keputusan terlebih dahulu sebelum membawa Anwar ke Parlimen tidak masuk akal.

"Ini kerana jika lembaga Pengampunan yang membuat satu cara keputusan atau yang lain, isu membawa Anwar dari Penjara kepada Parlimen tidak akan timbul sama sekali.

"Kami menyeru kepada Zahid Hamidi dan kerajaan menghormati institusi Parlimen dan sistem demokrasi dengan membenarkan pemimpin pembangkang menghadiri Parlimen bermula 9 Mac ini," katanya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Rupanya Ini Barua Dalam PAS Yang Sebenar?.. Saksikanlah - ADDIN

Posted: 03 Mar 2015 04:45 AM PST


Rupanya Ini Barua Dalam PAS Yang Sebenar?. Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan "barua" yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

"Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

"Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua" di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.
Rupanya Ini Barua Dalam PAS Yang Sebenar?

Nik Abduh  yang juga anggota parlimen Pasir Mas mendakwa, kelompok itu juga cuba memisahkan pemikiran Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hanipa hari ini menjelaskan, apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.

"Bila berlaku pemilihan ia semakin rancak.

"Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,"katanya.

Hanipa ketika ditanya sama ada menjadi antara individu yang mahu menggulingkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjawab "tidak mahu melayan khabar angin".




Addin:

Siapa yang tuduh orang barua tanpa disediakan bukti kukuh.. sebenarnya dialah yang barua.

KLIA Diceroboh Drone Yang Boleh Bahayakan Pesawat

Posted: 03 Mar 2015 04:00 AM PST

 


Seorang pengguna Facebook bernama Edward Chew memuat naik empat gambar milik seorang pengguna Instagram dan menyatakan kebimbangan beliau akan tindakan lelaki itu yang didakwa boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Edward, lelaki yang bernama Yeng Nasir telah menerbangkan Drone yang baru dimilikinya 15 minggu yang lalu di kawasan Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi merakam beberapa pesawat mendarat di landasan berkenaan.



Bagaimanapun, berdasarkan gambar yang dimuat naik itu, kami mendapati Yeng Nasir memberikan penjelasan berikut sebelum menerbangkan drone di kawasan KLIA itu:

"Jauh tu. Kira distance before fly. Use GPS Mode," kata Yeng Nasir menjawab persoalan rakannya di Instagram sama ada tindakannya itu berbahaya ataupun tidak.

Namun, perkara yang ditimbulkan oleh Edward mempunyai asas yang kukuh. Adalah lebih baik para pemilik Drone tidak menyalahgunakan Drone di tempat-tempat larangan khususnya di kawasan KLIA atau mana-mana lapangan terbang.

Tindakan seperti ini sangat membahayakan pesawat-pesawat yang membawa ratusan penumpang yang datang dari luar mahupun dalam negara. Bayangkan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini, sekali lagi Malaysia akan menjadi perhatian dunia di atas tindakan yang tidak bijak dari para penggemar Drone yang menyalahgunakan 'gadget' ini ditempat larangan.

Difahamkan, beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand dan beberapa buah negara yang lain telah mengharamkan penggunaan Drone di negara mereka atas alasan berlakunya 'pencerobohan' yang tidak sepatutnya. 

http://www.thehypemedia.com/2015/03/lelaki-terbangkan-drone-ancam.html


Bloglist Malaysia

Lima sebab Anwar wajib hadir ke Parlimen

Posted: 03 Mar 2015 03:15 AM PST

 
Dua minggu selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sungai Buloh, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu petisyen mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bagi memohon pengampunan diraja dari Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan yang dibuat pada saat-saat akhir itu telah mengejutkan ramai orang dan sekaligus mengundang pelbagai reaksi.

Tindakan Wan Azizah itu dilihat sebagai langkah yang sangat signifikan dan telah menyelamatkan Anwar dari dilucutkan hak sebagai ahli parlimen mengikut Perkara 44(4)c Perlembagaan Persekutuan.

Sekarang, kedudukannya sebagai anggota Dewan Rakyat akan hanya boleh dipertimbangkan semula selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan dan ini juga bermakna Parlimen tidak boleh mengistiharkan kekosongan mengikut Perkara 52 Perlembagaan.

Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Justeru, buat sementara ini  tidak timbul soal pembabitan Suruhanjaya Pilihran Raya untuk mengadakan pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Perkembangan terbaru ini juga membawa maksud bahawa Anwar masih kekal sebagai ahli parlimen Permatang Pauh. Ironinya, Yang Berhormat ini kini dipenjara dan sebagai seorang banduan sudah tentulah beliau tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Masih menjadi tanda tanya sama ada Anwar akan dibenar hadir pada pembukaan penggal Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Mac ini walaupun permintaan untuknya telah di majukan ke Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Apapun keputusannya nanti, ini merupakan satu kes ujian sama ada seseoarang ahli parlimen yang dipenjara tetapi sedang menunggu keputusan rayuan pengampunan, boleh dibenarkan menghadiri sesi Dewan Rakyat.

Namun, ramai yang berpendapat Anwar wajib dibenarkan hadir. Dan ada lima sebab besar untuk itu.

1) Anwar seorang wakil rakyat sah yang dipilih rakyat.

Dalam pilihan raya umum ke 13 lepas, Anwar menang besar dengan meraih 37,090 undi menewaskan pencabar terdekatnya dari BN dengan majoriti 11,721 undi. Pengundi Permatang Pauh telah membuat pilihan yang jelas bagi mendapatkan khidmat Anwar sebagai wakil mereka di Parlimen.

Dan adalah sangat tidak wajar jika hak pengundi-pengundi ini dinafikan. Sekalipun Anwar mesti dihukum, hukuman itu harus berhenti setakat Anwar dan tidak harus membabitkan pengundi yang tidak bersalah.

Biarpun beliau kini seorang banduan, Anwar masih seorang Ahli Parlimen.

Justeru, setidak-tidaknya benarkanlah beliau hadir ke Parlimen untuk menjalankan tanggungjawabnya dan selepas beliau boleh dihantar semula kepenjara.

2) Tiada pengumuman kekosongan


Tiada pengumuman kekosongan dibuat mengenai kerusi Permatang Pauh mengikut Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan kerana Anwar tidak hilang kelayakkan sebagai Ahli Parlimen.

Secara tidak langsung, ini mengesahkan Anwar masih ahli parlimen dan oleh itu berhak hadir semasa parlimen bersidang.

3) Anwar perlu jalan tugas ketua pembangkang

Anwar bukan sahaja seorang ahli parlimen, dia juga adalah Ketua Pembangkang, satu jawatan yang diiktiraf sebagai sebahagian dari struktur parlimen yang berasaskan sistem Westminster yang diamalkan di Malaysia.

Ketua Pembangkang berperanan dalam menentukan semak dan imbang dan sebagai simbol kepada amalan demokrasi berparlimen. Jadi, menyekat Anwar dari hadir samalah seperti mencacatkan struktur parlimen.

4) Tiada peruntukkan yang menidakkan

Sementara menunggu keputusan dari Lembaga Pengampunan, kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen adalah tidak terjejas.

Justeru, berdasarkan keadaan ini dan tiadanya peruntukkan undang-undang yang melarang, tiada sebab mengapa Anwar harus disekat dari menghadiri sidang Parlimen.

KDN harus menimbang perkara ini dengan adil dan saksama kerana ini satu peluang untuk membuktikan bahawa setidak-tidaknya dalam kes Anwar, kerajaan bertindak secara professional dan mengikut prosedur tanpa mengira latarbelakang politik.

Lantaran itu, KDN boleh meminta ketua pengarah penjara untuk menggunapakai Seksyen 31(1)a Akta Penjara 1995, untuk memberi pelepasan kepada Anwar hadir ke Parlimen.

Jika menteri dalam negeri serius dalam hal ini dan tidak ada halangan untuk Anwar hadir, hal ini sudah tentu dapat diuruskan dengan pantas.

5) Kerana kemahuan rakyat

Biarpun telah dikenakan hukuman penjara, Anwar masih punya sokongan dan pengikut yang ramai di merata-rata termasuk dari pemimpin dan kerajaan asing.

Tidak kurang juga yang merasa simpati dengan apa yang dialaminya dan mengharapkan Anwar segera dibebaskan.

Rakyat masih mahukan Anwar. Jadi berilah peluang baginya untuk menjalankan tanggungjawabnya kerana kita tidak akan rugi apa-apa dengan membenarkannya.

ABDULLAH AHMAD, 60, pesara swasta yang gemar mengikuti perkembangan politik semasa negara.
 



Malaysiakini

Keluarga MH370 tumbang ketika tunggu menteri

Posted: 03 Mar 2015 02:30 AM PST


 
 
 "Walaupun begitu, dia enggan ke hospital kerana bimbang hilang peluang bertemu menteri itu," kata Li, 59, yang hilang anak perempuan dalam nahas itu.Seorang anggota keluarga kepada penumpang pesawat MH370 tumbang semalam selepas lama menunggu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Anggota keluarga daripada China itu mahu menemui Liow dan menuntut penjelasan berhubung pesawat yang hilang itu.

Wen Wan Cheng, 65, yang menunggu Liow beberapa jam bermula 9 pagi bersama 17 lagi, mula berasa pening dan tumbang, kata anggota keluarga yang lain Li Hwa.

"Kawan saya ini pesakit kencing manis dan menderita masalah serangan jantung sebelum ini.

"Dia tumbang selepas berlapar dan ekoran cuaca panas," katanya.

Tambahnya, Wen bertambah baik selepas mengambil ubat.



Kumpulan itu berikrar untuk "berkempen siang dan malam" sehingga dapat bertemu Liow.

Mereka tiba di Malaysia pada 12 Februari lalu.


Malaysiakini

Harta Pusaka: DAP minta Najib jelaskan kekayaan luar biasa.???

Posted: 03 Mar 2015 01:45 AM PST

'Selasa, 3 Mac 2015   Harta Pusaka: DAP minta Najib jelaskan kekayaan luar biasa.  Dari mana sebenarnya semua wang itu, tanya DAP kepada Datuk Seri Najib Razak hari ini selepas perdana menteri menafikan kekayaannya datang daripada peninggalan harta keluarga seperti penjelasan awal unit komunikasinya.   Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, soalannya itu - meminta Najib menerangkan sumber kekayaan keluarganya yang berjumlah ratusan juta ringgit - sesuatu yang mendesak susulan pendedahan artikel New York Times (NYT) bulan lalu berhubung 'kekayaan luar biasa' keluarga terdekat perdana menteri.   "Saya yakin perdana menteri setuju dengan saya yang tiadanya ketelusan dan dengan pendedahan dibuat mengenai kekayaan tersembunyi dan tidak begitu tersembunyi milik keluarganya, hanya akan menggalakkan banyak spekulasi tidak sihat tentang asal usul kekayaan luar biasa keluarganya," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.   Kekayaan perdana menteri menjadi tumpuan pada tahun-tahun kebelakangan ini selepas anak tirinya Riza Aziz melibatkan diri dalam dunia perfileman Hollywood dan menjadi penerbit bersama bagi filem Wolf of Wall Street, dibintangi pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dua tahun lalu.   Riza menjadi perhatian apabila membeli beberapa hartanah walaupun sebelum ini hanya seorang pegawai rendah di sebuah bank di London.   Pua berkata, berikutan pendedahan itu, Pejabat Perdana Menteri memberi respons kepada laporan NYT itu mengatakan: 'tidak ada sebarang wang dibelanjakan untuk berjalan, atau barang kemas yang dibeli, atau dakwaan kandungan peti besi, yang pelik bagi seseorang yang berada pada kedudukan, tanggungjawab dan warisan aset keluarga perdana menteri'.   Beberapa hari kemudian, empat adik Najib - Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir - mengeluarkan kenyataan menolak cakap-cakap mengenai banyaknya warisan yang ditinggalkan bapa mereka, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.   Kenyataan mereka itu dibuat beberapa hari selepas NYT memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu yang dibuat susulan laporan yang anak tirinya membeli hartanah mewah di New York City.  Najib kemudiannya, dilaporkan Utusan Malaysia semalam, bersetuju dengan adik-adiknya dalam menolak sebarang cadangan arwah bapanya meninggalkan harta pusaka yang banyak, mengatakan perdana menteri Malaysia kedua itu seorang yang berjimat dan mempunyai integriti.   Pua mendakwa, respons Najib itu sebenarnya tercetus susulan teguran adik-adiknya berhubung harta warisan keluarga itu.   "Memandangkan sekarang perdana menteri menafikan harta itu datang daripada tinggalan aset keluarga, susulan laporan NYT itu, kita tertanya-tanya dari mana sebenarnya punca semua wang itu?" soal Pua.   Pada 8 Februari, NYT membangkitkan mengenai kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur hartanah, yang melakukan transaksi dengan pelbagai pihak termasuk Riza.   Low dilaporkan membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui syarikat cengkerang, dan kemudiannya menjualnya kepada Riza, tetapi ini kemudiannya dinafikan Low.   Akhbar itu juga melaporkan, imej Najib terjejas susulan berita mengenai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja mewah membeli barang kemas dan beg tangan berjenama.   Pua berkata, jika perdana menteri benar-benar percaya kehidupannya yang luar biasa dan gaya hidupnya yang mewah sekarang adalah semata-mata hasil jimat cermatnya, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau memperolehnya memandangkan pekerjaan beliau sebelum ini hanya sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri Kabinet (1986-2004) dan timbalan perdana menteri (2004 -2009) sebelum menjadi perdana menteri pada 2009.   "Tidak kira drama di sebalik hubungan antara Jho Low, Riza, Najib dan isterinya yang mungkin sesuai dibuat skrip filem Hollywood, hakikat yang diperoleh daripada pelbagai laporan ialah keluarga perdana menteri mampu berbelanja dan memperoleh aset serata dunia bernilai ratusan juta ringgit," katanya.   Najib, yang juga menteri kewangan, memotong peruntukan Bajet 2015 sebanyak 1.5% disebabkan hasil negara yang susut susulan harga minyak dan kelapa sawit yang rendah di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram.   Perdana menteri yang berusia 61 tahun itu juga pernah meminta rakyat Malaysia 'mengikat perut' tetapi pada masa sama menghadapi kritikan kerana kekayaan ketara keluarganya dan perjalanan ke luar negara yang sering dibuat selama ini.   Posted & copy by RAKYAT MARHAEN'
Dari mana sebenarnya semua wang itu, tanya DAP kepada Datuk Seri Najib Razak hari ini selepas perdana menteri menafikan kekayaannya datang daripada peninggalan harta keluarga seperti penjelasan awal unit komunikasinya. 

Ketua publisiti kebangsaan DAP Tony Pua berkata, soalannya itu - meminta Najib menerangkan sumber kekayaan keluarganya yang berjumlah ratusan juta ringgit - sesuatu yang mendesak susulan pendedahan artikel New York Times (NYT) bulan lalu berhubung 'kekayaan luar biasa' keluarga terdekat perdana menteri. 

"Saya yakin perdana menteri setuju dengan saya yang tiadanya ketelusan dan dengan pendedahan dibuat mengenai kekayaan tersembunyi dan tidak begitu tersembunyi milik keluarganya, hanya akan menggalakkan banyak spekulasi tidak sihat tentang asal usul kekayaan luar biasa keluarganya," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur. 

Kekayaan perdana menteri menjadi tumpuan pada tahun-tahun kebelakangan ini selepas anak tirinya Riza Aziz melibatkan diri dalam dunia perfileman Hollywood dan menjadi penerbit bersama bagi filem Wolf of Wall Street, dibintangi pelakon terkenal Leonardo DiCaprio dua tahun lalu. 

Riza menjadi perhatian apabila membeli beberapa hartanah walaupun sebelum ini hanya seorang pegawai rendah di sebuah bank di London. 

Pua berkata, berikutan pendedahan itu, Pejabat Perdana Menteri memberi respons kepada laporan NYT itu mengatakan: 'tidak ada sebarang wang dibelanjakan untuk berjalan, atau barang kemas yang dibeli, atau dakwaan kandungan peti besi, yang pelik bagi seseorang yang berada pada kedudukan, tanggungjawab dan warisan aset keluarga perdana menteri'. 

Beberapa hari kemudian, empat adik Najib - Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir - mengeluarkan kenyataan menolak cakap-cakap mengenai banyaknya warisan yang ditinggalkan bapa mereka, allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. 

Kenyataan mereka itu dibuat beberapa hari selepas NYT memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu yang dibuat susulan laporan yang anak tirinya membeli hartanah mewah di New York City.

Najib kemudiannya, dilaporkan Utusan Malaysia semalam, bersetuju dengan adik-adiknya dalam menolak sebarang cadangan arwah bapanya meninggalkan harta pusaka yang banyak, mengatakan perdana menteri Malaysia kedua itu seorang yang berjimat dan mempunyai integriti. 

Pua mendakwa, respons Najib itu sebenarnya tercetus susulan teguran adik-adiknya berhubung harta warisan keluarga itu. 

"Memandangkan sekarang perdana menteri menafikan harta itu datang daripada tinggalan aset keluarga, susulan laporan NYT itu, kita tertanya-tanya dari mana sebenarnya punca semua wang itu?" soal Pua. 

Pada 8 Februari, NYT membangkitkan mengenai kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur hartanah, yang melakukan transaksi dengan pelbagai pihak termasuk Riza. 

Low dilaporkan membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, dan sebuah rumah besar di Beverly Hills melalui syarikat cengkerang, dan kemudiannya menjualnya kepada Riza, tetapi ini kemudiannya dinafikan Low. 

Akhbar itu juga melaporkan, imej Najib terjejas susulan berita mengenai isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang berbelanja mewah membeli barang kemas dan beg tangan berjenama. 

Pua berkata, jika perdana menteri benar-benar percaya kehidupannya yang luar biasa dan gaya hidupnya yang mewah sekarang adalah semata-mata hasil jimat cermatnya, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau memperolehnya memandangkan pekerjaan beliau sebelum ini hanya sebagai menteri besar Pahang (1982-1986), menteri Kabinet (1986-2004) dan timbalan perdana menteri (2004 -2009) sebelum menjadi perdana menteri pada 2009. 

"Tidak kira drama di sebalik hubungan antara Jho Low, Riza, Najib dan isterinya yang mungkin sesuai dibuat skrip filem Hollywood, hakikat yang diperoleh daripada pelbagai laporan ialah keluarga perdana menteri mampu berbelanja dan memperoleh aset serata dunia bernilai ratusan juta ringgit," katanya. 

Najib, yang juga menteri kewangan, memotong peruntukan Bajet 2015 sebanyak 1.5% disebabkan hasil negara yang susut susulan harga minyak dan kelapa sawit yang rendah di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram. 

Perdana menteri yang berusia 61 tahun itu juga pernah meminta rakyat Malaysia 'mengikat perut' tetapi pada masa sama menghadapi kritikan kerana kekayaan ketara keluarganya dan perjalanan ke luar negara yang sering dibuat selama ini. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

13 Anggota UPP Dan PGA Dicekup SPRM

Posted: 03 Mar 2015 01:00 AM PST



Segelintir penguat kuasa yang bertugas di sempadan negara ter­nyata tidak pernah gentar dengan tindakan demi tindakan ke atas mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan minyak ke negara jiran.

Buktinya, 13 penguat kuasa terdiri daripada pegawai dan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam sindiket melindungi aktiviti penjualan dan penyeludupan petrol ke negara jiran.

Turut ditahan, seorang bekas pegawai UPP dan seorang awam yang dipercayai bersubahat dalam kegiatan terbabit.

Kesemua 15 individu terbabit ditahan dalam operasi yang dikenali sebagai Op Licin 2 di Perak dan Kedah, setelah siasatan mendapati sindiket penyeludupan minyak petrol itu dilakukan secara haram melalui pintu masuk di sempadan Malaysia-Thailand.

Difahamkan, penahanan itu adalah yang terbesar selepas operasi membanteras aktiviti mengelak cukai di Zon Perdagangan Bebas Cukai September lalu.

Menurut sumber, dalam penahanan terbaharu ini, kesemua yang terlibat merupakan pegawai penguat kuasa yang pernah bertugas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Ke­selamatan (ICQS).

Katanya, mereka dipercayai menerima suapan sehingga RM4,000 daripada pengusaha stor minyak petrol dan diesel yang tidak berlesen di sekitar Durian Burung, Padang Terap, Kedah.

"Daripada 13 penguat kuasa yang ditahan itu, lima daripadanya anggota UPP manakala selebihnya Pasukan Ge­rakan Am (PGA) dengan masing-masing enam dari Perak dan dua dari Kedah.

"Bekas pegawai UPP berpangkat Asisten Superintenden yang ditahan itu pula berusia 60 tahun," katanya di sini.

Utusan Malaysia pada Sabtu lalu mendedahkan, penyelewengan diesel dan petrol di sempadan negara masih lagi berterusan khususnya di pintu sempadan negara meskipun usaha oleh kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sering dilakukan.

Laporan itu mendedahkan, tindakan segelintir pegawai penguat kuasa yang tidak membuat pemeriksaan ketat terhadap kenderaan-kenderaan yang disyaki membawa bahan bakar menyebabkan beberapa kawasan di pintu sempadan negara mudah dibolosi.

Mengulas lanjut, sumber memberi­tahu, penguat kuasa yang ditahan itu terdiri daripada pegawai berpangkat Asisten Superintenden (seorang), In­spektor (dua), Koperal (lapan) dan Konstabel (dua).

"Seorang orang awam yang ditahan pula berasal dari Ipoh, Perak. Kesemua 15 inidvidu yang ditahan tersebut berusia antara 20-an hingga 60-an.

"Dalam operasi itu, sebahagian anggota UPP ditahan di Kompleks UPP Bukit Kayu Hitam manakala anggota PGA pula ditahan di sekitar pekan Bukit Kayu Hitam.

"Bekas anggota UPP yang merupakan pesara itu ditahan di rumahnya di Alor Setar," katanya.

Kesemua yang ditahan disisasat di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 membabitkan kesalahan me­minta suapan oleh penjawat awam.

 

Selepas Johor, Melaka pula tawar hartanah kepada Singapura

Posted: 03 Mar 2015 12:15 AM PST





Kejatuhan ringgit, projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura dan pengenalan beberapa langkah meredakan industri hartanah Singapura menyebabkan pemaju-pemaju Malaysia di luar Johor Bharu turut mengintai peluang untuk memikat pelabur daripada republik itu.

Terbaharu, pemaju pembangunan bercampur di Melaka cuba memikat pelabur-pelabur daripada Singapura.

Dengan lebihan bekalan hartanah di Malaysia, penganalisis menjangkakan para pemaju akan terus memperolehi pelaburan daripada negara di seberang tambak itu.

Menawarkan projek merangkumi taman tema seluas 500,000 kaki persegi, pusat membeli-belah dan tiga buah hotel, Hatten Group berjaya mencairkan hati rakyat Singapura.

Biarpun hanya mengadakan dua 'roadshow' sahaja, Hatten Group mampu menarik lebih 60 rakyat Singapura untuk membeli kedai dan suite hotel di Harbour City@Pulau Melaka.

Kedai-kedai tersebut berharga di antara RM150,000 sehingga RM3.7 juta sementara suite hotel berharga di antara RM270,000 sehingga RM1.2 juta. Read 

Roadshow kedua yang dijalankan hujung minggu lalu menarik ramai pelabur Singapura terutamanya yang berada di usia pertengahan walaupun pemaju mensasarkan lebih ramai golongan muda Singapura yang berusia sekitar 30-an dan menjadikan Malaysia sebagai hartanah pertama mereka.

Ketua Jualan dan Pemasaran Hatten Group, Cassandra Tio berkata, industri pelancongan kesihatan yang berkembang pesat di Melaka telah menyebabkan ramai rakyat negara itu dan Indonesia terbang ke Malaysia.

Seorang pelabur berpendapat, Melaka adalah destinasi pilihan pelancong dan merupakan alternatif kepada Johor terutamanya wilayah Iskandar yang menjadi bualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Melaka berbeza, tambahan pula ia adalah sebuah bandar raya bersejarah. Sebelum ini kebanyakan pemaju menawarkan hartanah di Kuala Lumpur dan Johor sahaja.

"Lagipun saya masih bimbang mengenai Johor kerana ianya tidak begitu selamat," kata W. Lee, 55 tahun.

Seorang lagi pelabur berpotensi yang hanya mahu dikenali sebagai Lim,40, berpendapat sektor pelancongan di Melaka mempunyai potensi yang sangat tinggi.

"Kelemahan ringgit bermakna kami mampu melabur pada harga yang rendah.

Tambahan pula, pasaran hartanah di Singpura tidak bagus untuk pelaburan," katanya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

GERAMM: Kempen gaji wartawan RTM, BTV malam ini

Posted: 02 Mar 2015 11:30 PM PST

 
Kumpulan aktivis media bebas melancarkan kempen maya setiakwan bersama wartawan RTM dan Bernama TV (BTV) yang menghadapi masalah pembayaran gaji mulai malam ini. 

Kempen Gerakan Media Marah (GERAMM) itu akan dijalankan jam 9 malam ini dan 12 tengah hari esok supaya mendapat perhatian mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

"Justeru, GERAMM ingin menyeru semua penggiat media untuk turut menyokong kempen 'Solidariti Media 

Untuk Media' bagi menunjukkan solidariti dan keprihatinan terhadap nasib dan kebajikan rakan-rakan media terbabit serta memperkasakan organisasi media berkenaan untuk jangka masa panjang. 

"GERAMM turut menegaskan pendirian kami bahawa apa-apa langkah yang diambil atas nama 'memperkasakan organisasi media' haruslah menyokong peranan penggiat media dan berlandaskan prinsip-prinsip asas kebebasan media," menurut kenyataannya. 

Masalah kewangan dikatakan punca pembayaran gaji sempurna tidak dapat dibuat kepada wartawan BTV dan kakitangan kontrak RTM. 

Pekerja BTV dilapor gagal membayar gaji penuh bermula Januari. Manakala lebih 100 kakitangan kontrak RTM mengadu tidak dibayar gaji dan ditamatkan khidmat sejak Disember tahun lalu. 


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN