Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Misteri Hajarul Aswad.. By canang

Posted: 02 Mar 2015 10:45 PM PST


 
 
Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. 
 
Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : "Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?." 
 
Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada asalan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.  
 
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. 
 
Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'bah di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat. 
 
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama 'Zero Magnetism Area', bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. 
 
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. 
 
Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka'bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. 
 
Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. 
 
Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka'bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita. 
 
Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". 
 
 
(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) ) Oleh: SAYA CINTA ISLAM.

Penjelasan Najib: Timbulkan lebih banyak soalan.

Posted: 02 Mar 2015 10:00 PM PST

Zack Ahmad's photo.
 Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan 09:30PM Mac 02 oleh V Shuman SEKILAS PANDANG: 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. 

Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan sikap cermat, integriti dan besederhana. 

Namun seperti selalu, "jawapan" Najib itu membangkitkan lebih banyak soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya. 

"Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. 

"Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi ketika berkuasa," kata Najib. 

"Penjelasan" Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan bapa mereka. Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung warisan dan jumlah kekayaan Razak. 

"Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara. 

"Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka," kata mereka. 

Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah mewah di New York. 

Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan, menyebut Najib "menerima harta warisan" dan tidak mengetahui jumlah pendapatan dan pelaburan Riza. 

Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan berhubung imejnya. Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut. 

Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan tahunan kebanyakan rakyat Malaysia. 

Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu "menerima harta warisan" itu boleh timbul? 

Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya sendiri? Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya?

Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu memulihkannya? 

Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT. 

Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu.


Posted by mountdweller
Penjelasan Najib: Timbulkan lebih banyak soalan Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan 09:30PM Mac 02 oleh V Shuman SEKILAS PANDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan sikap cermat, integriti dan besederhana. Namun seperti selalu, "jawapan" Najib itu membangkitkan lebih banyak soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya. "Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. "Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi ketika berkuasa," kata Najib. "Penjelasan" Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan bapa mereka. Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung warisan dan jumlah kekayaan Razak. "Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara. "Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka," kata mereka. Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah mewah di New York. Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan, menyebut Najib "menerima harta warisan" dan tidak mengetahui jumlah pendapatan dan pelaburan Riza. Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan berhubung imejnya. Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut. Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan tahunan kebanyakan rakyat Malaysia. Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu "menerima harta warisan" itu boleh timbul? Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya sendiri? Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya? Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu memulihkannya? Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT. Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Kenyataan Nik Abduh Memecahkan Lagi PAS

Posted: 02 Mar 2015 09:15 PM PST

 
SHAH ALAM –  Dakwaan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mengenai kewujudan kelompok 'barua' dalam Pas tidak membantu dalam penyatuan ummah, sebaliknya ia dilihat membantutkan langkah Pas dalam arena politik tanah air.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, kenyataan tersebut seperti yang dilaporkan Sinar Harian kelmarin dilihat seolah-olah melebarkan lagi jurang antara ahli dalam parti tersebut.

"Adalah lebih baik untuk membawa Pas ini ke hadapan. Benda ini (isu yang dinyatakan) terlalu kecil untuk dibangkitkan," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Nik Abduh dalam kenyataannya mendakwa terdapat golongan yang dilabelkan sebagai 'barua' dalam Pas yang lebih wala' (ketaatan kepada pimpinan) PR lebih tinggi daripada wala' terhadap perjuangan sebenar Pas.

Beliau berkata, terdapat kelompok yang cuba dikesan cuba memisahkan pemikiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bapanya, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, Nik Abduh turut mendakwa berlaku juga usaha memecah-belahkan parti agar menyimpang daripada perjuangan sebenar.

Dalam pada itu, Suhaizan turut menyifatkan tindakan melabel yang dilakukan Nik Abduh sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh seorang yang berjawatan dalam parti tersebut.

"Tidak ada konsep melabel (memberi gelaran) terhadap mana-mana golongan atau ahli dalam Pas. Kita mahu satukan semua orang dibawah parti ini.

 

Lawatan YAB Dato MB Selangor Ke Sarawak

Posted: 02 Mar 2015 08:30 PM PST



Biar gambar berbicara menunjukkan semangat membara rakyat Sarawak bersama YAB Haji Mohd Azmin, Menteri Besar Selangor selaku Timbalan Presiden PKR Malaysia.

Semangat rakyat yang bakal membawa perjuangan menumbangkan BN/PBB dalam PRN 11 akan datang.

‪ 

PEJABAT PENDAFTARAN HARUS SIASAT - LELAKI KE WANITA?

Posted: 02 Mar 2015 08:00 PM PST

'PEJABAT PENDAFTARAN HARUS SIASAT -  LELAKI KE WANITA?'

SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Posted: 02 Mar 2015 07:30 PM PST

  
SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 
DI PERINGKAT ANTARABANGSA
SOLIDARITI HIMPUNAN #KITALAWAN 7 MAC 2015 
DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Sekretariat #KitaLawan mengalu-alukan keprihatinan rakyat Malaysia yang berada di luar negara terutamanya anak muda yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan perhimpunan di negara masing-masing sebagai solidariti bersama Himpunan #KitaLawan yang akan diadakan pada 7 Mac 2015.
Mereka bersolidariti demi menyatakan bantahan terhadap pemenjaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik (prisoner of conscience) serta menarik perhatian masyarakat antarabangsa mengenai ketidakadilan, kezaliman, rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah di Malaysia.

Sehingga kini, himpunan solidariti peringkat antarabangsa pada 7 Mac 2015 akan diadakan di lokasi-lokasi seperti berikut:-



i.                    Old Palace Yard, London (berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom) bermula jam 11 pagi waktu tempatan

ii.                  Hadapan Bangunan Parlimen Australia, Canberra bermula jam 4 petang waktu tempatan

iii.                Hadapan Bangunan Parlimen South Australia, Adelaide bermula jam 4 petang waktu tempatan

iv.                Liberty Square (Freedom Square) di Taipei, Taiwan bermula jam 7 malam waktu tempatan

Himpunan solidariti 7 Mac 2015 juga akan diadakan di bandar New York serta beberapa bandar di Amerika Syarikat, Jepun, New Zealand dan negara-negara Eropah dimana lokasi himpunan akan dimaklumkan kelak.

Ikuti perkembangan terkini melalui Facebook Rasmi #KitaLawan di https://www.facebook.com/KitaLawanOfficial. Bagi mereka yang menetap di luar negara dan ingin sama-sama menganjurkan himpunan solidariti sila emel kitalawanofficial@gmail.com. Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Akmal Nasir +60 12 742 8738.

2 MAC 2015
 

SEKRETARIAT #KITALAWAN

89 GRO Siam, Laos Dicekup. Pemimpin M'sia Masih Dayus? - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 02 Mar 2015 07:00 PM PST

 
 
SEBAHAGIAN daripada GRO warga asing yang ditahan ketika serbuan Ops Noda di Kuala Lumpur semalam.
KL: Wujudnya berita '89 GRO Siam, Laos kena cekup' hari ini, menggambarkan kelemahan kerajaan Malaysia dipimpin oleh UMNO/BN yang tidak mempu menyelasaiakan masalah kes GRO di negara ini. Apakah di Malaysia tidak ada pemimpin yang cekap sehingga mampu mengendalikan masalah ini hingga selesai?

Seramai 89 wanita yang menjadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di empat buah pusat hiburan berasingan sekitar ibu kota awal pagi semalam. Operasi selama tiga jam bermula pukul 1 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Anti Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Kesemua GRO yang ditahan itu adalah warga Thailand dan Laos berumur dalam lingkungan 22 hingga 40 tahun. Ketua operasi tersebut, Superintendan Razali Abu Samah berkata, terdapat beberapa orang GRO cuba melarikan diri semasa serbuan tetapi gagal kerana kawasan premis telah dikepung polis.


Menurutnya, dua lelaki tempatan berumur 40-an yang merupakan pengurus premis turut ditahan dalam operasi tersebut.

Komen weblog Ibnu Hasyim,

"Nampaknya, setelah lebih setengah abad Malaysia merdeka, rupanya pemimpin-pemimpinnya tidak mampu menyelesai masalah pelacuran dari dulu sehingga sekarang. Apalagi Malaysia sudah dinobadkan 'Islam sebagai agama bagi Persekutun' ini. 

"Contohnya, dayus sangatkah pemimpin Malaysia, berbanding dengan seorang pemimpin wanita Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Indonesia Risma Triharin?

"Risma terkenal kerana berjaya dalam membanteras maksiat dengan sekelip mata.. Berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya Indonesia. 


"Walaupun Indonesia sama-sama negara sekular seperti Malaysia juga." tulis editornya.

Sila lihat puluhan artikel mengenainya dalam weblog ini (klik . 'Gang Dolly' di kolum 'Taipkan Perkataan Yang Anda Cari' atas sebelah kanan. Contohnya..
AirAsia jatuh, Wali Kota Risma gelar doa bersama saat Tahun BaruDan banyak lagi.) 
  

Siapa orang Indonesia yang tidak kenal Datuk Bandar atau Wali Kota Surabaya, Risma Triharini ini?  

Beliau terkenal dalam membanteras maksiat pelacuran dengan sekelip mata, berjaya menukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat di Gang Dolly Surabaya.

(IH)

BUDAK-BUDAK PULA SEKOLAHKAN HAJI RAZMAN DAN DR ZUHDI.

Posted: 02 Mar 2015 06:30 PM PST

Sambungan dari N3 kelmarin...(Yang belum baca boleh akses di sini).

KENYATAAN YANG DIPERTIKAI

Berikut kenyataan dari anak muda PAS yang sudah tersebar luas di dunia siber. Anak muda itu ialah Pengarah Pendidikan Politik, Dewan Pemuda PAS Pusat. Isinya amat bagus. Haji Razman dan Dr Zuhdi patut baca. Yong perturunkan di sini buat pengunjung yang tiada Facebook.

KENYATAAN MEDIA

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia berbeza pandangan dengan Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, dan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Razman Zakaria, di dalam isu seruan kepada ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti supaya keluar parti untuk menyelesaikan konflik dalaman parti.

Seruan meminta ahli-ahli PAS keluar parti adalah suatu tindakan yang tidak bijak, apatah lagi jika ia dibuat oleh pemimpin tinggi parti. 
 
Seruan ini tidak selari dengan prinsip demokrasi di dalam parti di samping bercanggah dengan perlembagaan parti dan sangat bertentangan dengan usaha para pemimpin terdahulu yang bekerja dengan penuh jerih mengajak rakyat Malaysia menyertai PAS.

Selaku sebuah parti yang memperjuangkan hak asasi rakyat, di dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat, kita di dalam PAS sepatutnya menghormati hak asasi ahli PAS untuk kekal menjadi ahli PAS, apa lagi hak untuk memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti, di samping hak untuk memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

Fasal 15(1) Perlembagaan PAS menyebut "keberhentian ahli ialah disebabkan (a) permintaan sendiri (b) dipecat (c) mengisytihar diri keluar PAS atau menyertai parti politik lain." Peruntukan di bawah Fasal 15(1)(a) dan (c) jelas menyentuh hak asasi ahli yang tidak boleh diusik oleh sesiapa, waima oleh pemimpin tertinggi parti sekalipun, kerana ia membabitkan kerelaan ahli.

Sebaliknya, jika mana-mana pihak merasakan bahawa kewujudan ahli-ahli tertentu parti menimbulkan kemudaratan, apa yang boleh mereka lakukan ialah bukan membuat seruan terbuka tetapi mengemukakan cadangan bertulis kepada Setiausaha Agung bagi dipertimbangkan dan diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS supaya ahli-ahli tersebut dipecat dari parti.

Asal saja bukti ada; selaras Fasal 15(3)(a) Perlembagaan PAS yang menyebut "pemecatan seseorang ahli itu bolehlah dilakukan apabila terbukti ianya telah melanggar Perlembagaan PAS, Aturan dan Peraturan serta arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti, atau telah melakukan sebarang perbuatan yang berlawanan dengan kepentingan parti atau menyalahi tatatertib parti".

Sedarkah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman apakah yang akan berlaku jika seruan mereka supaya ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pemimpin tertinggi parti keluar parti disahut oleh ahli-ahli tersebut? 
 
Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman berapakah bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif pada masa ini?

Jika Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman melihat semula Laporan Tahunan PAS Sesi 2013/2014 yang dibentangkan di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-60 di Batu Pahat, pada September lalu, mereka patut tahu bahawa bilangan ahli dan cawangan PAS yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan berstatus aktif hanyalah sebanyak 763,849 dan 6,894 sahaja.

Tahukah Dr Mohd Zuhdi dan Haji Razman betapa susahnya para pemimpin terdahulu bekerja untuk mengumpul ahli hingga menjadi seramai ini? 
 
Di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-37 di Taman Melewar pada Jun 1991, Almarhum Datuk Fadzil Noor telah mensasarkan untuk mendapatkan 180,000 ahli baru bagi mencukupkan ahli PAS menjadi 500,000 pada tahun 1995.

Tetapi berapa orang sahajakah ahli yang mampu ditambah oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh Dr Daeng Sanusi Mariok di dalam tempoh empat tahun ini? Hanya 48.5% dari jumlah yang disasarkan sahaja, iaitu 87,328 orang, dengan 21,123 orang pada sesi 1991/1992, 17,550 orang pada sesi 1992/1993, 21,547 orang pada sesi 1993/1994 dan 27,108 orang pada sesi 1994/1995.

Bayangkanlah betapa gembiranya Almarhum Datuk Fadzil di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-45 di Taman Melewar pada Mei 1999 apabila mengumumkan di dalam ucapan dasar beliau bahawa, hasil dari gelombang perubahan yang berlaku di dalam negara beberapa bulan sebelum itu, "Alhamdulillah rancangan kita telah pun berjaya. Hari ini bilangan ahli PAS telah melebihi setengah juta." 
 
Jelas Almarhum Datuk Fadzil, "Saya cukup terharu dengan penyertaan ahli baru yang mencecah lebih 100,000 orang dalam masa beberapa bulan terakhir ini".

Dengan bangganya Almarhum Datuk Fadzil menyebut, "Kita seringkali mendengar rungutan dan kritikan bahawa PAS begitu sekali ketandusan sumber tenaga manusia terutama dari golongan profesional. 
 
Bagaimana mungkin untuk PAS mentadbir negara sedangkan mereka tidak mempunyai tenaga profesional? Sekarang kita mempunyai ribuan ahli di kalangan profesional. Apakah kita masih tidak mampu mentadbir negara dan menjadi kerajaan alternatif?"

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia menyeru semua pemimpin PAS supaya berlapang dada memikirkan di manakah silapnya apabila ahli-ahli yang sebelum ini pernah menjadi lambang kebanggaan kita kini cuba dihambat keluar dari parti pula. 
 
Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti perlulah dihentikan serta-merta kerana gesaan ini sangat memalukan. Ia seolah-olah membuat pengakuan terbuka bahawa Lajnah Dakwah dan Lajnah Tarbiyyah kita gagal dalam melaksanakan tugas mendakwah dan mentarbiyyah ahli-ahli parti.

Jabatan Pendidikan Politik, Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan semua pemimpin PAS bahawa sebagai sebuah parti politik, kita memerlukan kedua-dua kualiti dan kuantiti pada ahli-ahli kita. 
 
Gesaan menghambat ahli-ahli keluar dari parti adalah berlawanan dengan matlamat kita berpolitik, iaitu untuk mencapai kemenangan di dalam pilihan raya demi mencapai redha Ilahi. 
 
Meruntuhkan apa yang telah dibina dengan bersusah-payah oleh para pemimpin terdahulu bukanlah kerja yang susah, tetapi membinanya semula sudah tentu akan memakan masa.

Dengan penuh hormat, saya berharap agar gesaan sedemikian tidak berulang lagi.

MOHD HASBIE MUDA
Pengarah Pendidikan PolitikFacebook Hasbie Muda

Di bawah ini pula petikan kenyataan Pemuda PAS Kota Bharu. Isinya berbeza. Yang ini, selain Haji Razman dan Dr Zuhdi, Nik Abduh pun patut baca supaya lain kali berfikir sebelum bercakap.

Apa dikecoh gesa presiden PAS undur?

Pemuda PAS Kota Bharu ingin melahirkan rasa dukacita ke atas kemelut yang berlaku di dalam PAS menjelang pemilihan kepimpinan parti Jun ini.

Cara kita menangani kritikan memperlihatkan seolah-olah PAS adalah sebuah parti yang tertutup, mana-mana ahli yang menegur pimpinan dianggap telah melakukan kesalahan.

Jika ada ahli yang menyarankan mana-mana pimpinan parti mengundurkan diri maka ahli ini dikatakan telah melakukan dosa besar, tidak wala' kepada pimpinan.

Dalam soal ini, Pemuda PAS Kota Bharu ingin mengimbau kembali tindakan yang telah dibuat oleh almarhum Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz (kiri), ketika PAS berkemelut pada tahun 1982 dahulu.

Dalam laporan bertajuk "Nik Aziz akui krisis dengan Asri: Masalah dalam pilihan raya umum lalu", Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tindakan Datuk Asri melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Calon PAS Kelantan dan cara pemilihan calon PAS dalam pilihan raya umum 1982.

Tuan Guru Nik Aziz secara terbuka mengkritik presiden PAS pada waktu itu, Datuk Asri, dalam akhbar Berita Harian pada 6 Julai 1982.

Kata Tuan Guru Nik Aziz, sepatutnya beliau yang menjadi pesuruhjaya PAS Kelantan dilantik mengetuai jawatankuasa tersebut, bukan Datuk Asri.

Beliau malah menyebut dalam laporan tersebut betapa beliau telah diperalatkan oleh Datuk Asri. Apa tindakan Datuk Asri terhadap Tuan Guru Datuk Nik Aziz pada waktu itu?

Tiada apa tindakan pun. Begitulah terbukanya PAS pada waktu itu.


Dalam tahun 90an, agaknya Haji Razman dan Dr Zuhdi masing-masing sibuk membina kerjaya.  Dalam tahun 80an mungkin masih belajar. Mohd Hasbie Muda dan Pemuda PAS Kota Bharu pula tentu masih sangat budak dan tak tahu apa-apa. 

Tetapi hari ini budak-budak itu mampu buat kajian dan analisis.

Haji Razman dan Dr Zuhdi tak tahu buat apa, sebab sepertinya mereka jahil tentang sejarah PAS. 

Tak mengapalah. Budak-budak tu dah sekolahkan keduanya dan sesiapa saja yang bersama mereka berdua dalam isu berbangkit mengenai pemilihan dalam Muktamar 2015 ini.

Ini pula kenyataan Nik Abduh berkaitan dengan isu yang sama:

SIAPAKAH PARASIT YANG FASIK ITU?

Beranikah Nik Abduh mempertikai ayahandanya sendiri yang pernah menentang Dr Asri?
Nak sekolah dengan budak-budak tentu segan. Oleh itu, amat sesuai kalau Hj Razman, Dr Zuhdi dan Nik Abduh sekolah dengan Dr Dzulkifly Ahmad.


Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat Parah Ditembak

Posted: 02 Mar 2015 06:00 PM PST

 
TIMBALAN Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang


KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.

Ab Rashid berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.

Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik. - Bernama



Timbalan Ketua Pemuda MIC Hulu Langat Parah Ditembak

Posted: 02 Mar 2015 05:30 PM PST

 
 
TIMBALAN Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang
KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pemuda MIC Bahagian Hulu Langat cedera parah selepas terkena enam das tembakan di persimpangan lampu isyarat Jalan Reko, Kajang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata ketika kejadian 12.46 tengah hari itu, mangsa M. Thanabalan, 38, yang menaiki kereta Honda Accord sedang berhenti di lampu isyarat sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

"Salah seorang daripada mereka kemudian melepaskan tembakan yang mengenai bahu kanan, pipi kanan dan dada kanan mangsa," katanya kepada Bernama.

Ab Rashid berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum dipindah ke Hospital Serdang.

Dia kini berada di Unit Rawatan Rapi dalam keadaan tidak sedar namun stabil.

Beliau berkata polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut termasuk berkaitan politik. - Bernama



VIDEO - PAS sedia kutip derma untuk Najib

Posted: 02 Mar 2015 05:00 PM PST


NAMPAKNYA KITA SEMUA KENA KENCING ? Aset bernilai AS$1.5 bilion PetroSaudi tidak wujud, dakwa DAP OLEH ANISAH SHUKRY

Posted: 02 Mar 2015 04:30 PM PST





Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua membuat kenyataan media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua membuat kenyataan media mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, hari ini.

Aset PetroSaudi International (PetroSaudi) bernilai AS$1.5 bilion yang disuntik dalam kerjasama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009 tidak wujud, dakwa DAP hari ini, malah syarikat pengurusan dana milik kerajaan tersebut mengetahui tentang perkara tersebut.

Ahli Parlimen DAP Tony Pua berkata, walaupun 1MDB melabur sebanyak AS$1 bilion dalam kerjasama tersebut, yang dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi sebaliknya sekadar menggunakan lapangan minyak kepunyaan kerajaan Turkmenistan sebagai aset mereka.

Kerajaan Turkmenistan menandatangani Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA) dengan Buried Hill Energy (Cyprus) Public Company Limited untuk mendapatkan lesen pencarian bagi membolehkan mereka membangunkan pesisir luar Blok 3, yang merangkumi Serdar Field di Laut Kaspian.

Buried Hill kemudiannya menandatangani perjanjian masuk dengan PetroSaudi pada 4 Julai, 2009 untuk membangunkan telaga minyak.

"Oleh itu, telaga tersebut tidak pernah menjadi hak milik PetroSaudi. Tambah lagi, 1MDB PetroSaudi, melalui anak syarikat PetroSaudi Turkmenistan 1 Limited menamatkan perjanjian masuk pada November 2009," kata Pua pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

"Ini bermakna 1MDB sedar selama ini bahawa ini semua adalah palsu," katanya.

Hasilnya, PetroSaudi memiliki 60% saham dalam usaha sama itu, walaupun tidak mempunyai aset dan tidak perlu melabur satu sen pun di dalamnya, kata Pua.

Salinan surat 8 Julai, 2009 yang kononnya dihantar daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Buried Hill Roger Haines, kepada para pemegang saham firma itu diedarkan kepada media hari ini.

"Di bawah perjanjian yang kita tandatangani, Buried Hill akan kekal pengendali Blok III dan PetroSaudi akan menerima 50% faedah bekerja dalam PSA sebagai pulangan ke atas pembiayaan semua penilaian dan kos pra-pembangunan di Blok III," menurut surat itu.

Dalam surat berasingan, turut dikatakan dihantar daripada Buried Hill kepada PetroSaudi dan syarikat-syarikat subsidiarinya bertarikh 5 Mac, 2010 Buried Hill bersetuju membayar PetroSaudi Turkmenistan 1 Limited AS$7.099 bilion sebaik saja notis penamatan perjanjian masuk pada 24 November, 2009.

Sementara itu, Pua hari ini mendakwa laporan penilaian berjumlah AS$1.5 bilion tersebut bukannya disediakan Buried Hill ataupun kerajaan Turkmenistan, sebaliknya ia disiapkan sebuah syarikat swasta yang hanya memakan masa seminggu.

"Pada hari laporan penilaian itu dikeluarkan iaitu 29 September, ia juga hari yang sama perjanjian itu ditandatangani antara PetroSaudi dan 1MDB," katanya.

Apabila ditanya mengenai dakwaan Presiden 1MDB Arul Kanda, 1MDB sudah membuat keuntungan sebanyak AS$488 juta daripada perjanjian perniagaan dengan PetroSaudi, Pua menuntut beliau menunjukkan bukti keuntungan tersebut.

"Tunjuk kepada kami wang tersebut. Wang itu dipindahkan ke Kepulauan Cayman, kemudiaan diambil semula, tapi tiada siapa tahu di mana wang sebenar itu berada.

"Mereka enggan membawa pulang wang sehingga terdesak untuk mendapatkan wang hinggakan perlu meminjam wang daripada Ananda Krishnan dan meminta bailout sebanyak RM3 bilion daripada Kabinet," kata Pua.

Katanya, walaupun 1MDB berjaya membuat keuntungan daripada usaha sama itu, ia tidak membenarkan penipuan yang didakwa berlaku dalam keseluruhan perjanjian itu.

"Saya berharap untuk mendengar penjelasan Ketua Audit Negara tentang perkara ini, yang perlukan perhatian segera. Dokumen berada di luar sana dan saya pasti mereka yang terlibat akan cuba dengan pantas memadamkan bukti," kata Pua.

Sementara itu, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, yang turut serta dalam sidang akhbar hari ini menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tuduhan melibatkan 1MDB.

Beliau berkata, jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa dalam tempoh 24 jam, mereka akan membuat laporan polis esok.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming turut hadir pada sidang media DAP berhubung isu 1Malaysia Development Berhad di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming turut hadir pada sidang media DAP berhubung isu 1Malaysia Development Berhad di ibu pejabat DAP, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mempersoalkan mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak melantik wakil daripada Kementerian Kewangan ntuk menjawat jawatan pengarah dalam 1MDB.

Katanya, itu adalah amalan lazim bagi mana-mana syarikat di bawah kementerian tersebut untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi.

"Tetapi masih tidak ada wakil daripada 1MDB. Adakah ini sesuatu yang perdana menteri sengaja tidak mahu, atau adakah ia bukti ketidakcekapan dalam menjalankan peranannya sebagai menteri kewangan itu," kata Ong. – 2 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/

Saya sedia jumpa PM di mahkamah, kata pengarah urusan Harakah OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

Posted: 02 Mar 2015 04:00 PM PST



Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah.

Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob, yang berhadapan dengan saman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau bersedia berjumpanya di mahkamah.


Pengarah urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob sedia berjumpa Datuk Seri Najib Razak di mahkamah berhubung tulisannya yang disiarkan Harakahdaily bulan lepas.

Jumaat lepas, akhbar milik Umno Utusan Malaysia melaporkan perdana menteri menyaman portal tersebut kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita setuju untuk jumpa perdana menteri di mahkamah," kata Rosli kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi petang ini selepas beliau menerima surat saman Najib.

Keputusan itu dicapai selepas berbincang dengan peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin, yang juga ahli Parlimen Sepang, Sabtu lepas.

"Biarlah mahkamah yang membuat keputusan sama ada tulisan itu memfitnah beliau atau tidak," kata Rosli yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berhubung artikel bertajuk "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" yang dikeluarkan lidah rasmi PAS itu pada 19 Februari.



Najib menyifatkan artikel Rosli itu, yang mempersoalkan sama ada Riza – anak kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor – mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

Hanipa pada satu sidang media hari ini mempertikaikan kenapa Najib tidak turut sama menyaman akhbar The New York Times yang menyiarkan tulisan asal dan dipetik oleh Rosli.

"Dalam surat peguam PM, ada tiga permintaan iaitu meminta tulisan itu ditarik balik, memohon maaf dan kalau setuju minta maaf, membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi.

"Peguam saya menasihatkan, kita tidak bersetuju dengan semua tuntutan itu dan akan menunggu surat saman sebenar dari perdana menteri," kata Rosli yang merupakan bekas penolong gabenor Bank Negara sebelum menyertai politik.

"Apabila menerima surat saman sebenar itu, kita akan putuskan apakah tindakan sebenarnya termasuk bertemu dengan perdana menteri di mahkamah," kata Rosli.

"Buat masa sekarang, kami tidak bercadang menarik balik tulisan itu atau memohon maaf," katanya.

Najib dalam surat melalui peguamnya menamakan Harakahdaily dan Rosli sebagai pihak yang dituntut.

Surat tuntutan saman itu dihantar kepada Harakahdaily oleh peguam Najib pada 26 Februari lalu.

"Selepas ini, terserahlah kepada mahkamah untuk tentukan sama ada tulisan itu memfitnah atau sebaliknya dan saya ada mempunyai hujah-hujah saya ketika menulisnya," katanya. – 2 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Berapa Banyak Wang Rakyat Digunakan Tanggung Dua Musibat Ini?

Posted: 02 Mar 2015 03:15 PM PST

 

Ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenali Jho Low, didakwa merancang usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International pada 2009 bagi melarikan AS$700 juta dari syarikat pembangunan strategik itu, dakwa portal Sarawak Report.

Laman berpusat di Britain itu mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 hanyalah bagi mengaburi mata, sedangkan wang itu disalurkan kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang didakwa dimiliki Low.

Peruntukan pinjaman AS$700 juta itu merupakan sebahagian perjanjian usaha sama di antara Petro Saudi International dan 1MDB, kata Sarawak Report, yang turut menyebut dokumen yang diperolehinya dan menerbitkannya bersama pendedahan tersebut.

"Apa yang ditunjukkan melalui bukti ini ialah muslihat penting bagi menyalurkan 'pinjaman' dan 'premium' AS$700 juta kepada Jho Low berlaku sejurus selepas perjanjian (antara PetroSaudi dan 1MDB) dimeterai pada 29 September – dan Jho Low juga terlibat dan dimaklumkan setiap langkah," kata Sarawak Report.

Menurut salinan perjanjian pinjaman PetroSaudi seperti diperolehi Sarawak Report, AS$700 juta dipinjamkan daripada PetroSaudi Cayman Holdings kepada syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi pada 25 September, 2009.

"Bagaimanapun, tiada bukti menyokong 'pinjaman' itu melainkan ia sekadar sesuatu transaksi yang dirancang antara dua sayap PetroSaudi, sebuah syarikat dengan modal kerja yang amat kecil.

"Tiga hari kemudian, 1MDB terpaksa membayarnya balik secara tunai," kata laman tersebut.

Pada 29 September, 2009, ketua pegawai eksekutif (CEO) PetroSaudi Tarek Obaid mengeluarkan surat kepada 1MDB PetroSaudi Limited menuntut AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun bernombor 11116073, RBS Coutts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.

Sarawak Report mendakwa akaun tersebut berdaftar di bawah nama syarikat Good Star Limited.

"Ini bermakna, wang yang dinyatakan dibayar balik kepada PetroSaudi sebagai memenuhi syarat perjanjian usaha sama, sebenarnya dipindahkan Tarek Obaid kepada pihak ketiga yang berasingan, Good Star Limited."

Tambahnya, dana AS$700 juta itu dibayar balik oleh 1MDB secara bersendirian memandangkan PetroSaudi tidak menyalurkan sesen pun ke dalam usaha sama berkenaan dan hanya bersetuju dengan penilaian asetnya.

Good Star kemudiannya membayar Tarek Obraid "yuran broker AS$85 juta" pada hari sama surat tuntutan itu ditulis, menurut laporan itu lagi.

Sarawak Report mendakwa keseluruhan perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi itu didalangi Low dan pasukannya pada 8 September, 2009, tidak sampai sebulan sebelum ia dimeterai.

Selain Low, ia menamakan ahli perniagaan Britain, Patrick Mahony; rakan Low, Seet Li Lin; dan peguam Tiffany Heah, sebagai mereka yang terlibat dalam perbincangan awal.

Mahony bekerja dengan kumpulan pelaburan Ashmore yang membiayai operasi utama PetroSaudi, sementara Seet merupakan ketua pegawai pelaburan Good Star Limited dan naib presiden syarikat Low, Jynwel Capital, menurut Sarawak Report.

Laman itu berkata, ketika dihubungi bagi meminta beliau mengulas mengenai peranannya di Good Star, Seet menafikan mengetahui perkara itu sebelum "mematian telefonnya".

Melalui emel, Mahony memberitahu Low beliau memahami Low mahu menggunakan PetroSaudi International untuk "berdepan perjanjian tertentu" dan "kami sukacita untuk melakukannya".

Sarawak Report berkata CEO 1MDB, Shahrol Halmi dan rakannya dari Malaysia hanya terlibat dalam perbincangan pada 15 September atas initiatif Low yang memulakan panggilan telesidang di antara pihak terlibat.

Laman tersebut juga menerbitkan semula sebuah emel yang didakwa dari Shahrol, yang menunjukkan betapa 1MDB tidak tahu perniagaan sebenar PetroSaudi International, kerana Shahrol masih belum menerima profil syarikat itu beberapa hari sebelum perjanjian usaha sama dimeterai.

Pada 21 Februari lepas, 1MDB mendakwa menerima keuntungan AS$488 juta hasil usaha samanya bersama PetroSaudi.

Dalam kenyataan di laman web syarikat itu, presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berkata wang pelaburannya dalam usaha sama itu ditukar balik dalam bentuk nota Murabaha selepas rancangan itu tidak diteruskan.

"Pada 2009, 1MDB mengadakan perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi, yang ditubuhkan bagi menjalankan pelaburan dalam projek tertentu.

"Kedua-dua pihak kemudian memutuskan tidak meneruskan usaha sama berkenaan dan wang pelaburan kami ditukar kepada nota Murabaha.

"Nota Murabaha ini dibayar balik sepenuhnya, dengan 1MDB mencatat keuntungan AS$488 juta, pada 2013," kata Arul dalam kenyataan itu. -TMI

Berapa bekas bos APCO Malaysia dibayar untuk nasihat JPM?

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Najib Razak menjawab di Parlimen mengenai status sebenar, skop kerja dan bayaran kepada bekas bos APCO Malaysia Paul Stradlen.

Kit Siang merujuk pendedahan Sarawak Report bahawa bos APCO itu dibayar sekurang-kurangnya RM 3 juta bagi setiap dasar komunikasi.

Manakala yang terbaru adalah berhubung kenyataan kontroversi mengenai hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib diinta memberi penjelasan mengenai laporan Sarawak Report itu.

"Adakah Paul Stadlen bertanggungjawab terhadap kenyataan 10 Februari lepas memuji keputusan Mahkamah tidak menerima rayuan Anwar Ibrahim, hanya beberapa minit selepas hukuman dijatuhkan?

"Ini menimbulkan banyak persoalan," ujar Kit Siang.

Menurut Sarawak Report, gaya hidup mewah Paul Stadlen yang gemar berparti menimbulkan persoalan, sama ada dia dibiaya duit pembayar cukai melalui jawatannya sebagai pegawai di Pejabat Perdana Menteri.


"Adakah tidak ada pakar perhubungan awam dan komunikasi yang boleh menjadi orang di belakang Najib sehingga harus mengambil firma Paul Stadlen sehingga dibayar RM 3 juta?

"Firma itu juga diberi tanggungjawab dalam projek berhubung 1Malaysia Development Berhad(1MDB),"ujar Kit Siang.

"Adakah kita sudah sampai ke peringkat di mana PM sudah tidak percaya lagi kepada pakar-pakar tempatan sehingga terpaksa mengambil 'Guru PR'(perhubungan awam) dari luar?"Soal Kit Siang lagi.

Dalam masa sama Kit Siang turut mempersoalkan sikap berdiam diri Pejabat Perdana Menteri yang tidak menjawab mengenai peranan, skop tugas dan bayaran kepada Paul Stadlen.

"Kenapa teragak-agak pula (menjelaskan isu ini)? soal Kit Siang.

Pada 10 Februari lalu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan dipercayai disiapkan pegawai perhubungan Paul Stadlen, yang dilihat pencerobohan kuasa eksekutif ke atas mahkamah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebelum selesainya semua "proses menyeluruh dan komprehensif'.

Kenyataan itu diumumkan selang beberapa minit sahaja selepas hukuman keatas Wnar dijatuhkan.

"Ini adalah enjata eksekutif (diwakili Najib dan Paul) untuk melanggar doktrin pemisahan kuasa dan cuba untuk masuk campur dalam urusan mahkamah.

"Kumpulan komunikasi Najib nampaknya jadi tersangat laju demi mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan, walaupun sebelum proses mahkamah belum lagi selesai," kata Kit Siang. –


Roketkini

VIDEO - Hanipa cabar Nik Abduh, namakan 'barua' PAS itu

Posted: 02 Mar 2015 08:00 AM PST

 

Anak saya lebih selamat di Australia, kata ibu Sirul

Posted: 02 Mar 2015 07:30 AM PST



Piah Samad (kanan), ibu kepada Sirul Azhar Umar, kini berada di Australia bersama pemimpin PAS bagi menemui anaknya yang ditahan pihak imigresen di Sydney. –

Piah Samad (kanan), ibu kepada Sirul Azhar Umar, kini berada di Australia bersama pemimpin PAS bagi menemui anaknya yang ditahan pihak imigresen di Sydney. –

Ibu kepada Sirul Azhar Umar hari ini merayu kepada pihak berkuasa Australia melindungi anaknya, beberapa jam selepas tiba di Sydney bersama ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan ketua biro antarabangsa parti itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Media Australia melaporkan Piah Samad sebagai berkata kerajaan negara itu perlu memberi "perlindungan penuh" kepada anaknya, yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Adalah lebih (selamat) di Australia daripada pulang ke Malaysia," kata Piah, 72, yang turut ditemani anak perempuannya, Noriatin Umar.

Sirul, yang kini ditahan pihak imigresen Australia di Sydney, sebelum ini memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau cuma menjalankan arahan "orang atasan" dalam pembunuhan Altantuya pada 2006.

Sirul dan Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari.

Sebelum berlepas ke Australia semalam, Mahfuz berkata rombongannya merupakan misi kemanusiaan.

"Ibunya teringin sangat nak bertemu dengan Sirul dan kami mengharapkan pemergian kami ini tidak dilihat sebagai sesuatu  yang boleh memberikan ancaman pada mana-mana pihak.

"Tetapi, apa yang dirancang ini ialah sebagai satu misi kemanusiaan, untuk seorang ibu yang melindungi anaknya," kata Mahfuz. – 2 Mac, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider

Laporan polis gambar hina PM, Rosmah

Posted: 02 Mar 2015 07:00 AM PST

 
Tujuh badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengesan 'dalang' di sebalik tindakan sekumpulan individu menghina pemimpin kerajaan dan isterinya serta polis dalam Facebook dan You Tube, baru-baru ini.

NGO berkenaan ialah Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (GEGAS), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Majlis Bendahara dan Akhlak Rahsia Cekal (ARC), yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden MJMM Datuk Abdul Rani Kulup Abdullah berkata pihaknya telah membuat tiga laporan polis terhadap individu dan kumpulan terbabit kerana menjatuhkan nama baik, imej dan maruah pemimpin negara dan institusi penguat kuasa.

"Laporan pertama iaitu terhadap individu yang menggunakan nama akaun Facebook Chee Kong Lee, memuat naik gambar yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Laporan kedua pula mengenai tindakan individu dalam akaun Facebook Peter Lee yang memuat naik gambar isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang diedit," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Abdul Rani turut mengemukakan laporan polis mengenai klip video memaparkan tiga lelaki bertopeng menggelar diri mereka sebagai Anak Malaysia Anti Demokrasi (AMAD) yang mengancam untuk membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Baru-baru ini, sebuah video berdurasi satu minit 27 saat menjadi viral dalam media sosial YouTube, yang antara lain mengugut untuk membunuh Khalid dengan meletupkan keretanya.

Berikutan itu, Khalid dalam satu kenyataan Rabu lepas berkata beliau tidak gentar terhadap ugutan bunuh yang diterimanya dan langsung tidak bimbang kerana sebagai ketua polis, menerima ugutan bunuh adalah lumrah ketika menjalankan tugas.

Dua hari lepas, polis mengumumkan penubuhan sebuah pasukan khas bagi menyiasat kes ugutan bunuh oleh kumpulan AMAD terhadap ketua polis negara. Polis juga sedang bekerjasama dengan SKMM untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam ugutan itu.

"Kami menggesa PDRM dan SKMM menyiasat dan menangkap individu dan kumpulan berkenaan yang cuba mencetuskan kontroversi dan bawa mereka ke muka pengadilan dengan memberikan hukuman berat terhadap pesalah itu supaya dapat menjadi pengajaran dan contoh kepada penjenayah lain," kata Abdul Rani.

- Bernama

Mustafa: Hadi menang, Mat Sabu dicabar ??

Posted: 02 Mar 2015 06:15 AM PST


Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal sebagai Presiden PAS tanpa bertanding, pada pemilihan parti itu Jun ini.

Mustafa berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pemimpin dalam parti itu yang akan mencabar Abdul Hadi.

"Setakat yang saya tahu tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden," katanya kepada pemberita selepas majlis kutipan dana pasca banjir di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob merasmikan majis tersebut yang turut dihadiri ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood.

Mengenai jawatan timbalan presiden PAS yang disandang Mohamad Sabu, Mustafa berkata jawatan itu dijangka akan berlaku pertandingan.

Mustafa berkata Mohamad Sabu juga akan dipanggil dalam tempoh terdekat ini oleh jawatankuasa khas siasatan parti berhubung wujudnya komplot untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Sementara itu, mengulas perkara sama, Hassan yakin Abdul Hadi akan kekal sebagai presiden PAS tanpa dicabar oleh mana-mana pihak.

"Sekarang ini tidak ada tokoh untuk menandingi dia (Abdul Hadi). Setakat ini Abdul Hadi adalah yang terbaik di kalangan kita.

"Kekuatan PAS ialah Islam, pemimpin tertinggi (presiden) mesti orang yang menguasai Islam dari segi ilmunya, bahasa Arab, berwibawa dan mampu mentadbir," katanya.

- Bernama

Jamil: Sekolah agama tak lahirkan ekstremis

Posted: 02 Mar 2015 05:30 AM PST

 
Tanggapan kononnya sekolah aliran agama merupakan medan melahirkan golongan ekstremis atau terlibat dengan kumpulan seperti militan IS adalah tidak berasas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Beliau berkata mutakhir ini, persepsi sebegitu kerap kedengaran.
  
"Mereka yang terlibat dalam kegiatan ini bukanlah daripada bidang agama, kalau kita lihat tidak sampai 10 peratus pun... Kegiatan ini hasil fenomena dan kemunculan baru seperti media sosial dan online dalam Youtube, Instagram, Facebook dan sebagainya.
  
"Kita lihat menerusi media online itu ada pendekatan untuk merekrut mereka yang terlibat dalam kegiatan ini sama ada dalam kalangan lelaki atau wanita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Hidayatul Islamiah di Pulau Betong dekat Balik Pulau hari ini.
  
Beliau berkata sebaliknya sekolah aliran agama membolehkan asas pendidikan ditanam dengan lebih tersusun dan berkesan selain memberikan ruang kepada generasi muda mendalami ilmu dengan lebih terperinci.

Sekolah agama merupakan satu tempat yang paling tepat untuk memberikan pendedahan serta mekanisme terbaik kepada generasi kini untuk memahami apakah segala perkara yang dilakukan itu bercanggah dengan Islam atau sebaliknya, katanya.
  
Jamil Khir berkata tanggapan dan isu-isu yang sering dimainkan itu secara tidak langsung menyebabkan kekeliruan anak-anak dalam bidang keagamaan.
  
-Bernama

PKR tunggu penjelasan PAS isu hudud

Posted: 02 Mar 2015 04:45 AM PST

 
PKR belum bersedia menyatakan pendirian tentang hudud selagi PAS tidak memaklumkan kandungan rang undang-undang persendirian.

"Kami mahu lihat (rang undang-undang) dulu. Benarkan kami melihat rang undang-undang itu dan kemudian kita boleh berbahas.

"Malang jika saya diminta berbahas sesuatu yang kami boleh tahu," kata ketua whip PKR Datuk Johari Abdul di pejabat PKR hari ini.



Sejak PAS menyatakan hasratnya untuk membentangkan rang undang-undang pelaksanaan hudud di Parlimen, pelbagai persoalan timbul, termasuk mendapat kecaman daripada parti rakannya DAP.

Johari juga menggesa PAS untuk menjelaskan kandungan rang undang-undang hudud bukan hanya di Dewan Rakyat tetapi kepada seluruh negara.

"Banyak penjelasan yang perlu dibuat. Apabila kami minta 'jelaskan kepada kami', saya tidak maksudkan beberapa orang saja tetapi kepada semua kita, kepada rakyat," kata Johari.



Malaysiakini

PAS tak sabar nak asak PM di mahkamah

Posted: 02 Mar 2015 04:00 AM PST


PAS bersedia terhadap kemungkinan akhbarnya Harakah disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan tulisan berkaitan 1Malaysia Development Fund (1MDB).

"Bagi pihak kita, kita sedia terima saman itu dan berhadapan dengan PM di mahkamah," kata peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin.

Najib Razak mengancam menyaman susulan tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub yang mengaitkan 1MDB dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Khamis lalu, Najib menerusi peguamnya mengemukakan notis tuntutan kepada Rosli (kanan) supaya memohon maaf, menarik balik dan membayar ganti rugi.

Dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara, Hanipa melihat saman itu sebagai "kesempatan" untuk menyoal Najib dalam mahkamah.



Anggota parlimen Sepang itu juga berkata beliau selama ini tidak berpeluang untuk bertanya soalan kepada Najib dalam sidang parlimen.

"Jadi apabila PM bersedia untuk pergi ke mahkamah, kita syukran jazilan, terima kasih banyaklah," katanya.

Hanipa berkata, sepanjang sejarah Malaysia, ini adalah kali pertama seorang ketua negara mengancam untuk menyaman rakyatnya.

Saman juga akbar asing

Menurutnya, perkara itu tidak pernah berlaku di era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sebelum ini.

"Seteruk-seteruk Mahathir pun dia tak saman dan selemah-lemah Pak Lah (Abdullah) dia juga tak saman," katanya.

Hanipa (kanan) berkata menghormati hak Najib  untuk menyaman dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa tindakan sama tidak diambil terhadap akhbar lain, termasuk media luar negara seperti The New York Times, The Sunday Times dan Sarawak Report.

"New York Times tulis artikel (sama) kenapa tak saman?

"Akhbar Perancis tahun 2009 yang menuduh beliau terlibat dengan (kes) Altantuya (Shaariibuu). kenapa tak saman sampai sekarang? Itu lagi melibatkan isu besar.

"Kalau dia buat kenyataan untuk menyaman demi menjaga nama beliau dan keluarga, kalau betul beliau nak jaga nama, beliau harus jaga nama beliau sebagai perdana menteri.

"Beliau mesti bersihkan nama beliau di peringkat antarabangsa," katanya.

Malaysiakini.

PAS tak sabar nak asak PM di mahkamah

Posted: 02 Mar 2015 03:15 AM PST

 
PAS bersedia terhadap kemungkinan akhbarnya Harakah disaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak susulan tulisan berkaitan 1Malaysia Development Fund (1MDB).

"Bagi pihak kita, kita sedia terima saman itu dan berhadapan dengan PM di mahkamah," kata peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin.

Najib Razak mengancam menyaman susulan tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub yang mengaitkan 1MDB dengan anak tirinya, Riza Aziz.

Khamis lalu, Najib menerusi peguamnya mengemukakan notis tuntutan kepada Rosli (kanan) supaya memohon maaf, menarik balik dan membayar ganti rugi.

Dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara, Hanipa melihat saman itu sebagai "kesempatan" untuk menyoal Najib dalam mahkamah.

Anggota parlimen Sepang itu juga berkata beliau selama ini tidak berpeluang untuk bertanya soalan kepada Najib dalam sidang parlimen.

"Jadi apabila PM bersedia untuk pergi ke mahkamah, kita syukran jazilan, terima kasih banyaklah," katanya.

Hanipa berkata, sepanjang sejarah Malaysia, ini adalah kali pertama seorang ketua negara mengancam untuk menyaman rakyatnya.

Saman juga akbar asing

Menurutnya, perkara itu tidak pernah berlaku di era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi sebelum ini.

"Seteruk-seteruk Mahathir pun dia tak saman dan selemah-lemah Pak Lah (Abdullah) dia juga tak saman," katanya.

Hanipa (kanan) berkata menghormati hak Najib  untuk menyaman dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan kenapa tindakan sama tidak diambil terhadap akhbar lain, termasuk media luar negara seperti The New York Times, The Sunday Times dan Sarawak Report.

"New York Times tulis artikel (sama) kenapa tak saman?

"Akhbar Perancis tahun 2009 yang menuduh beliau terlibat dengan (kes) Altantuya (Shaariibuu). kenapa tak saman sampai sekarang? Itu lagi melibatkan isu besar.

"Kalau dia buat kenyataan untuk menyaman demi menjaga nama beliau dan keluarga, kalau betul beliau nak jaga nama, beliau harus jaga nama beliau sebagai perdana menteri.

"Beliau mesti bersihkan nama beliau di peringkat antarabangsa," katanya. 
 
 
Malaysiakini

Kes kematian dalam tahanan kian meningkat...!!!

Posted: 02 Mar 2015 02:30 AM PST

 Pulau Pinang terkejut dengan empat kematian di dalam tahanan polis tahun ini, dengan purata dua kes setiap bulan, kata timbalan ketua menterinya.

Pasukan petugas memantau kematian dalam tahanan negeri ini menyifatkan jumlah itu "sangat tinggi" berbanding tujuh kes sepanjang tahun lalu, kata P Ramasamy.

Menyifatkan keadaan itu "menggemparkan", beliau berkata pertemuan pihaknya dengan ketua polis negeri akan diadakan dalam masa terdekat.

"Kami boleh menulis kepada Jabatan Peguam Negara atau berbincanng dengan polis, tetapi kita tidak melihat penurunan kes-kes tersebut," katanya hari ini.

"Kami juga tidak pasti sebab-sebab kematian itu, kerana setiap kematian harus disertai laporan koroner."

Malaysiakini.


Ibu tiba di Sydney, jumpa Sirul esok

Posted: 02 Mar 2015 01:45 AM PST

 
 
Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu dijadual bertemu ibunya Piah Ahmad, 74, dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar esok.

Bendahari PAS Asmuni Awi, yang turut mengikuti rombongan itu, berkata pertemuan itu akan berlangsung di pusat tahanan imigresen di Villawood, dekat Sydney.

"Kami sudah mendaftar masuk ke hotel dan dijadual bertemu Sirul esok," kata Asmuni, yang bertindak sebagai peguam Mahfuz, kepada Malaysiakini melalui SMS.

Asmuni berkata mereka sampai ke Sydney kira-kira jam 11,30 pagi (8.30 pagi waktu Malaysia) selepas penerbangan panjang.

Sirul pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Beliau kini menjadi perhatian dunia selepas mengugut untuk membongkar "segala-galanya" berhubung kematian wanita Mongolia itu.

Ini kerana, walaupun hukuman dijatuhkan, motif pembunuhan itu sehingga ini masih tidak terungkai.


Malaysiakini

BENARKAH INI SEMUA ???

Posted: 02 Mar 2015 01:00 AM PST



Pendedahan Sarawak Report dan media-media di UK menyenaraikan bukti-bukti bagaimana Jho Low menggunakan 1MDB untuk memindahkan dana rakyat USD700 juta (bersamaan RM2.4 bilion) ke syarikat yang dia ada kepentingan.

Sarawak Report pernah menemubual Tun Mahathir sebelum ini mengenai 1MDB jadi ini mungkin sebahagian dari hasil temuramah itu.


 
 
 

Mana Khairy Jamaluddin Pemuda Umno ISMA PERKASA yang mahu menghunus keris menuntut kembali wang rakyat dari rakan karib Perdana Menteri ini?

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT