Ahad, 1 Mac 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Isteri Curang Melekat Ketika Berasmara..?? SUBHANALLAH !

Posted: 01 Mar 2015 07:30 PM PST

 JOHANNESBURG – Polis terpaksa menyembur serbuk lada untuk menyuraikan orang ramai yang berkumpul untuk melihat seorang wanita curang 'melekat' pada kekasihnya selepas mengadakan seks.

Orang ramai berkumpul selepas khabar angin tersebar mendakwa suami wanita itu meminta seorang dukun 'mengunci' kemaluan isterinya ketika dia keluar.

Walaupun pakar berkata kejadian memalukan itu berlaku kerana fenomena perubatan yang menyebabkan otot kemaluan wanita mengecut terlampau, ia tidak dihiraukan oleh orang ramai yang berkumpul di tempat kejadian.

Media tempatan mendakwa, Sasha Ngema, 34, melakukan seks dengan kekasihnya, Sol Qoboza, 22, di sebuah apartmen di Johannesburg, Afrika Selatan, ketika suaminya tidak ada di rumah.

Pasangan itu terus melekat dengan masing-masing tidak boleh melepaskan diri. – Agensi




Siapa peguam negara baharu ganti Gani, soal Utusan ? - SAEKOR KEELING

Posted: 01 Mar 2015 07:00 PM PST



Adakah kontrak perkhidmatan  Abdul Gani Patail akan disambung atau Malaysia akan mendapat seorang peguam negara baharu, soal akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini. 

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/siapa-peguam-negara-baharu-ganti-gani-soal-utusan#sthash.qIrAYQ8g.dpuf

KAH KAH KAH

jawabnya

saekor keeling

GANESAN

TANGA

VELLOO
KEELING LAGI

 
 

Kereta Tok Guru Nik Aziz Diiklan Untuk Dijual?

Posted: 01 Mar 2015 06:15 PM PST

 


Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.


KUALA LUMPUR, 2 Mac:

Seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Raja Kamil memuat naik beberapa keping gambar kereta milik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan ingin dijual.

Raja Kamil menerangkan kereta tersebut untuk dijual setelah dia berhubung dengan anaknya, Nik Mohamad Abduh.

Katanya lagi, kereta tersebut akan dijual kepada mereka yang menawarkan harga tertinggi.

"Kereta Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz untuk dijual. Dijual kepada yang menawarkan harga tertinggi.

"ps: yang ini, saya contact terus dengan anak arwah TGNA. Share kepada yang berminat," katanya di status Facebooknya.

Sementara itu, ketika dihubungi The Rakyat Post, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan ianya adalah silap faham dan kenderaan tersebut bukan untuk dijual.

"Saya fikir itu silap faham kot. Tidak untuk dijual," katanya kepada The Rakyat Post.

- therakyatpost



 

Bloglist Malaysia

Dr. Dzul Cabar 'Ostad Haraki' Untuk Berdebat Dan Berbahas..

Posted: 01 Mar 2015 05:30 PM PST

 
Dr Dzulkefly Ahmad

Salam.. Sementara kami menumpu membuat serangan ke atas seteru politik dengan mendedahkan pelbagai kebejatan dan kebobrokan tadbir-urus kewangan dan ekonomi negara, seumapama isu 1-MDB, FGV, Hutang negara dan kejatuhan nilai RM, ada pulak 'ustaz2 haraki' yg giat 'menyerang' kami dan nak perjatuh kami.

Telah kami katakan cukuplah...tapinampaknya jadi macam budak..lagi ditegah lagi menjadi2..kerja2 ini hanya memberi peluru kepada seteru-lawan politik kita.

Berpada2 sahabat2ku...kami bukanlah jahil sangat tentang Islam dan disiplin ilmunya....kerana PAS sejak berzaman khasnya era Al-Marhum Ust Fadzil Noor telah 'mengustazkan' kami..ada diantara kami yang telah mendapat 'Tarbiyah Haraki' sejak zaman student lagi.....

Saya juga telah mendapat izin TG Presiden dan Mesyuarat PAS Pusat untuk mengadakan 'wacana-bahas-debat'... pilih 'setting' yang 'tuan2 lebih selesa...untuk semua tuduhan tuan2 yang kami ini 'sesat, songsang, 'liberal' atau pengamal liberalsime agama' dapat kita wacana, bahas atau debatkan secara mendalam dan tuntas..mungkin secara tertutup....kalau cara itu lebih wajar.

Harap jangan dihampakan.....dengan segala rendah hati saya memohon.

AlLahu Musta'an!


 

Motif pertama yg dilakukan setelah pemenjaraan DSAI.. Kenapa minyak naik? Sebab Rakus dan boros!!!

Posted: 01 Mar 2015 05:00 PM PST

Ilyas Yahya

Kata ulama tentang qazaf kes liwat

Posted: 01 Mar 2015 04:15 PM PST

 
 
Laporan berkaitan enakmen jenayah syariah berkaitan qazaf yang tidak meliputi kesalahan liwat seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir dan tindakan pendedahan terbuka Tan Sri Muhammad Safee adalah dirujuk.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpandangan bahawa kenyataan ini amat mengelirukan masyarakat dan memerlukan penjelasan lanjut tetapi ia juga berlawanan dengan pandangan fuqaha' khususnya ulama muktabar bermazhab Shafie.

Pandangan syarak:

Dalam menakrifkan qazaf, Imam Nawawi daripada Mazhab Shafie menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya.

Manakala Ibn Humam seorang ulama mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang).

Ibn Arafah pula berpandangan bahwa qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.

Dari pandangan-pandangan ini dapat kita simpulkan qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah.

Para ulama menyamakan liwat dengan zina, antaranya dalam Mazhab Shafie yang menyatakan liwat dikenakan hukuman had (hudud).

Ibn Quddamah daripada Mazhab Hambali pula berpendapat bahawa pesetubuhan dubur adalah sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina.

Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa liwat jenayah zina mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.

Hanya Abu Hanifah yang berpandangan bahwa liwat tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram.

Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.

Berdasarkan penjelasan tersebut, majoriti fuqaha' daripada empat mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.

Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafie dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (qazaf).

Mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima perlakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan.

Jika sabit penuduh berniat dalam tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan Kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had.

Manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman takzir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina, justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.

Untuk penerangan lanjut, ABIM telah pun menerbitkan buku bertajuk Bahaya Qazaf sebagai panduan untuk masyarakat memahami isu ini.

Selain itu Resolusi Klinik Hukum Syarak dan Guaman Syarie, Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada 18 Ogos 2008 boleh juga dirujuk.

Oleh itu sebarang pernyataan di luar mahkamah yang bermaksud bukan untuk perbicaraan maka ia adalah qazaf, jika tidak disertakan dengan empat orang saksi.

Tambahan pula ia dilakukan oleh sebelah pihak sahaja maka ia dengan jelas bermatlamatkan mengaibkan seseorang dan ini merupakan perbuatan yang dicela oleh agama Islam.

Pindaan enakmen jenayah syariah

ABIM berpandangan enakmen jenayah syariah yang hanya menyatakan perbuatan zina boleh diintepretasikan bahawa ia termasuk jenayah liwat berdasarkan pandangan fuqaha di atas walaupun tidak secara jelas dimasukkan dalam peruntukan undang-undang berkenaan.

Hal ini perlu ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya pertikaian pelbagai pihak di media.

Justeru sebagai tindakan proaktif mengukuhkan peruntukan tersebut, ABIM menyarankan agar definisi zina di bawah enakmen jenayah syariah dan akta Jenayah Syariah mesti dipinda bagi memenuhi dan menepati maksud hukum syarak. Oleh yang demikian ABIM mencadangkan:

Bahagian "tafsiran" untuk maksud "zina" dimasukkan peruntukan termasuk liwat.

Peruntukan undang-undang jenayah tersebut harus dipinda agar ia benar-benar menepati pandangan para fuqaha' bagi mendaulatkan hukum Islam ke martabat yang selayaknya dengan memasukkan tuduhan liwat sebagai sebahagian daripada qazaf.

Tambahan pula dengan semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap pelaksanaan hukum hudud maka sudah tiba masanya untuk pindaan bagi setiap peruntukan dalam perundangan syariah di Malaysia bagi menepati hakikat kewujudannya.

Penceritaan perilaku seks terbuka

Berdasarkan kepada rujukan dalam Al-Quran dan pandangan ulama muktabar Islam bahkan termasuk semua agama lain, perbuatan mededahkan perilaku seks, sumbang di khalayak terbuka adalah perbuatan tidak bermoral dam bercanggah dengan nilai Islam serta moral masyarakat.

ABIM berpandangan wujud falsafah besar dalam definisi ayat Qazaf dan ayat-ayat lain dalam al-Quran yang mencegah kita berbuat demikian kerana mengaibkan individu dan keluarga.

Justeru ABIM berpandangan majlis penerangan Muhammad Safee yang menceritakan perilaku seks kes DSAI secara terperinci adalah amat tidak beretika dari sudut profesional guaman dan wujud elemen qazaf atas tindakannya itu.

Oleh itu laporan qazaf yang telah dibuat ke atasnya harus disiasat dengan teliti dan diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Malah bagi menjaga kesucian Islam pihak berkuasa agama di negeri-negeri sewajarnya tidak membenarkan perbuatan jenayah qazaf sedemikian berleluasa.

Seruan ABIM ini tidak terhad kepada sekitar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja malah untuk mana-mana pihak sekalipun merentas parti politik.

Perbuatan mendedahan seksual mana-mana tokoh-tokoh politik atau individu lain yang berlaku sebelum ini juga adalah tidak bermoral dan boleh membawa kepada jenayah qazaf.


AMIDI ABDUL MANAN presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

'Tak perlu ulang, saya tak akan minta maaf'

Posted: 01 Mar 2015 03:45 PM PST

 
 
Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata beliau tidak akan memohon maaf atau melayan gesaan kumpulan dalam badan itu, dikenali G100, yang tidak berpuas hati dengannya.

Kumpulan itu mendakwa mewakili sekurang-kurangnya 100 peguam yang menuntut Leong memohon maaf kerana menyifatkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan satu "penganiayaan".

"Hanya kerana mereka ulang (gesaan) tidak bermakna saya pun kena ulang.

"Saya sudah ulas semasa Tahun Baru Cina minggu lalu," kata Leong kepada Malaysiakini.

G100 semalam mengeluarkan kenyataan meminta Leong menarik balik kenyataan itu dan meletakkan jawatan jika gagal memohon maaf kerana didakwa mengelirukan orang awam.


Malaysiakini

VIDEO - "JAGA MULUT ANDA" - Ustaz Muhammad Fawwaz ( Isu Hukuman Liwat )

Posted: 01 Mar 2015 08:00 AM PST


Masa depan negara gelap di bawah pentadbiran Najib

Posted: 01 Mar 2015 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 1 MAC: DAP mencabar kerajaan agar menjelaskan dakwaan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang mengkritik kepimpinan lemah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai punca utama berlakunya krisis ekonomi negara sekarang ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, serangan Daim itu jelas membuktikan kegagalan nyata Najib dan BN menguruskan ekonomi negara.

"Kegagalan BN kini jelas terpampang apabila Daim secara terbuka mengkritik serta menyerang Najib.

"Najib perlu jawab tuduhan Daim yang mempersoalkan mengapa nilai ringgit menyusut begitu mendadak dan Bursa Malaysia dalam keadaan paling teruk di kalangan semua pasaran saham serantau," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Guan Eng, bukan sahaja Daim yang menyerang kepimpinan lemah Najib , malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut menyalahkan beliau sebagai penyebab krisis ekonomi negara termasuk kegagalan mengekang skandal kewangan RM42 bilion 1MDB. Minyak naik harga salah peniaga Cina?

Dalam pada itu Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan, kenaikan harga petrol sebanyak 25 sen hari ini juga mendedahkan lagi kepincangan UMNO yang kemudiannya menggunakan modal perkauman untuk menutup kelemahan sendiri.

"Adakah Ismail Sabri akan menyalahkan peniaga Cina sekali lagi berhubung kenaikan harga petrol atau tidak mengurangkan harga?

"Sekali lagi, kegagalan BN, MCA atau Gerakan mendesak Ismail memohon maaf adalah amat memalukan dan menunjukkan bahawa BN telah ketandusan idea serta prinsip tentang bagaimana untuk menguruskan ekonomi," tegasnya

Tambahnya, terbukti kini dasar dan prinsip merupakan perkata paling penting dalam menentukan ekonomi negara bukannya propaganda. "PR dan DAP bersedia untuk bersaing dengan BN namun bukan pada perkauman mahupun ekstremis tapi pada dasar-dasar serta prinsip mengenai ekonomi, kecekapan, integriti, kedaulatan undang-undang dan demokrasi," ujar Guan Eng.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tubuhkan suruhanjaya diraja 1MDB, kata DAP

Posted: 01 Mar 2015 06:30 AM PST

 Mesyuarat kabinet minggu ini mesti menjadikan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agenda mutlaknya dan memutuskan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dibentuk mengenai firma yang bermasalah itu, susulan pendedahan yang syarikat milik ahli perniagaan Low Taek Jho didakwa melarikan AS$700 juta darinya, kata DAP.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan skandal sekitar dana pelaburan strategik negara yang dibebani hutang itu boleh membawa kepada penyingkirannya.

"Najib tidak boleh terus mengelak isu itu dan saya menyeru beliau menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi skandal RM42 bilion 1MDB ini, khususnya berhubung pendedahan Sarawak Report yang ia memperoleh akses kepada beribu-ribu dokumen dan e-mel yang berkaitan dengan transaksi 1MDB.

"Sekiranya skandal RM42 bilion 1MDB itu tidak ditangani dengan cara yang bertanggungjawab dan memuaskan, kita mungkin menyaksikan buat pertama kalinya di Malaysia seorang perdana menteri meletak jawatan atau disingkirkan akibat satu skandal kewangan," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

- tmi


Ibu Sirul Ke Australia Malam Ini

Posted: 01 Mar 2015 04:57 AM PST

 

Piah Samad, ibu kepada Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu, dijadual berlepas ke Australia untuk menemui anaknya malam ini.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang menguruskan penerbangan itu, mereka akan bertolak pada jam 11 malam ini di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang.

Sidang media dijadual diadakan dua jam sebelum itu di balai berlepas.

Mahfuz sebelum ini berkata beliau, peguam dan seorang adik Sirul akan menemani Piah, 74, ke Sydney, antaranya untuk melepaskan rindu ibu-anak.

Kali terakhir Piah bertemu Sirul dikatakan ketika Mahkamah Rayuan membebaskan anak keempatnya itu daripada tuduhan.

Sirul, bekas anggota polis elit itu, kini ditahan oleh pihak imigresen negara itu di Sydney.

Beliau pada 13 Januari lalu diputuskan bersalah membunuh Altantuya bersama Azilah Hadri. Mereka dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Sirul tidak dapat dibawa pulang oleh kerajaan Malaysia kerana undang-undang Australia tidak membenarkan seseorang yang berdepan hukuman mati diekstradisi ke negara hukuman disabitkan.

Beliau kini menjadi perhatian dunia selepas mengugut untuk membongkar "segala-galanya" berhubung kematian warganegara Mongolia itu.

Ini kerana, walaupun hukuman dijatuhkan, motif pembunuhan itu sehingga ini masih tidak terungkai.

- mkini

PASMA Difitnah Terima RM500,000 Dari DAP ???

Posted: 01 Mar 2015 03:45 AM PST

 ALOR SETAR – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) belum bercadang membuat laporan polis terhadap dakwaan menerima imbuhan RM500,000 daripada DAP sebagai ganjaran untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, walaupun dakwaan itu tidak benar, namun beliau sekadar mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Buat masa ini kita belum bercadang untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan imej Pasma.

"Kita serahkan perkara ini kepada penasihat undang-undang Pasma untuk pertimbangan sewajarnya," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang dakwaan selain kenyataan rasmi Pasma.


Sebelum ini, Phahrolrazi menafikan dakwaan menerima RM500,000 setiap tiga bulan sebagai imbuhan untuk menjatuhkan Abdul Hadi pada pemilihan Pas akan datang.

Dakwaan itu mula tersebar meluas di beberapa laman blog dan turut dipetik oleh sebuah portal berita sejak beberapa hari lalu.

Isu itu didakwa dibincangkan dalam satu pertemuan 15 wakil Pasma dan 10 wakil DAP pada 12 Januari lalu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu di PETALING JAYA, Phahrolrazi berkata, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlulah dirujuk dan mencapai keputusan bersama tiga parti dalam PR.

Beliau berkata, hudud bukanlah menjadi agenda utama kepada Pasma tetapi jika ia mahu diteruskan, Pas perlu mencapai kata sepakat dengan PKR dan  DAP.

"Jika mahu dilaksanakan juga hudud, ia haruslah mencapai konsensus di antara ketiga-tiga parti ini," katanya," katanya kepada pemberita selepas majlis makan anjuran Pasma Selangor, malam kelmarin.

Beliau berkata, pendirian Pasma jelas iaitu melihat semua keputusan dapat dicapai secara bersama bukan hanya hudud malah, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Pasma tidak terlibat untuk buat keputusan terhadap isu yang spesifik sebaliknya keputusan diputuskan menerusi satu konsensus.

"Inilah pendirian Pasma demi melihat tidak berlaku perpecahan dalam PR," katanya.

# PERKARA INI HARUS DISIASAT DENGAN TELITI - CELAKA LAH HIDUP ORANG YANG MENABUR FITNAH INI,  AMIN.



Qazaf: Kenyataan Jamil Khir mengelirukan, kata Abim

Posted: 01 Mar 2015 03:00 AM PST

 KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berhubung tindakan pendedahan terbuka Tan Sri Muhammad Shafee mengenai kes liwat amat mengelirukan.

"Abim berpandangan bahawa kenyataan ini amat mengelirukan masyarakat dan memerlukan penjelasan lanjut tetapi ia juga berlawanan dengan pandangan fuqaha khususnya ulama muktabar bermazhab Shafie," ujar Presiden Abim, Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Laporan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Qazaf) yang tidak meliputi kesalahan liwat seperti yang dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Jamil Khir dan tindakan pendedahan terbuka Tan Sri Muhammad Shafee adalah dirujuk.

ABIM berpandangan bahawa kenyataan ini amat mengelirukan masyarakat dan memerlukan penjelasan lanjut tetapi ia juga berlawanan dengan pandangan fuqaha' khususnya ulama muktabar bermazhab Shafi'i.

Pandangan Syarak: Dalam menakrifkan qazaf Imam Nawawi daripada Mazhab Shafi'i menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan zina (ke atas seseorang) untuk menghinanya. 


Manakala Ibn Humam seorang ulama' dari mazhab Hanafi pula menyatakan bahawa qazaf ialah tuduhan melakukan zina (ke atas seseorang). Ibn Arafah pula berpandangan bahwa qazaf ialah seseorang mukallaf menuduh orang merdeka, berakhlak baik, Muslim yang baligh atau kanak-kanak melakukan zina atau menafikan keturunannya yang sah.

Dari pandangan-pandangan ini dapat kita simpulkan qazaf ialah tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan berzina, atau menafikan keturunannya yang sah.

Para ulama' menyamakan liwat dengan zinaantaranya dalam Mazhab Shafi'i. yang menyatakan liwat dikenakan hukuman had (hudud). Ibn Quddamahdaripada Mazhab Hambali pula berpendapat bahawa pesetubuhan dubur adalah sama dengan persetubuhan di faraj iaitu zina. 


Mazhab Maliki mengikut pendapat al-Dasuqi menyatakan bahawa liwat jenayah zina mengikut syarak dan dikenakan hukuman had ke atasnya.

Hanya Abu Hanifah yang berpandangan bahwa liwat tidak diwajibkan hukuman had ke atas kedua-dua pelaku liwat dan penerimanya, lelaki atau perempuan, sekali pun hukumnya adalah haram. Ini disandarkan kepada hujah bahawa zina haram hukumnya kerana persetubuhan di faraj, tetapi bagi peliwat, yang berlaku bukan zina, ia adalah liwat.

Berdasarkan penjelasan tersebut, majoriti fuqaha' daripada 4 mazhab berpendapat bahawa liwat adalah sama sahaja dengan zina, kerana perbuatan liwat berlakunya kemasukan kemaluan dan berlakunya kepuasan seperti zina, maka ia sama dengan hukum zina.

Tuduhan liwat ke atas seseorang mengikut Imam Malik, Imam Shafi'I dan Imam Ahmad sama dengan tuduhan zina (Qazaf) kerana mereka berpendapat bahawa liwat adalah zina dan peliwat adalah penzina sama ada ia sebagai pelaku atau penerima perlakuan itu, sama ada ia lelaki atau perempuan jika sabit penuduh berniat dalam tuduhannya itu bermaksud yang dituduh melakukan perbuatan Kaum Lut, maka penuduh wajib dikenakan hukuman had, manakala Abu Hanifah berpendapat bahawa tuduhan liwat termasuk dalam hukuman ta'zir kerana beliau berpendapat bahawa liwat bukannya zina, justeru tuduhan liwat tidak dikira sebagai tuduhan zina.

Untuk penerangan lanjut, ABIM telah pun menerbitkan buku bertajuk: "Bahaya Qazaf" sebagai panduan untuk masyarakat memahami isu ini. Selain itu 'Resolusi Klinik Hukum Syarak Dan Guaman Syarie, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM yang dikeluarkan pada 18 Ogos 2008' boleh juga di rujuk yang membawa maksud sama seperti dinyatakan di atas.



Oleh itu sebarang pernyataan di luar mahkamah yang bermaksud bukan untuk perbicaraan maka ia adalah qazaf, jika tidak disertakan dengan 4 orang saksi. Tambahan pula ia dilakukan oleh sebelah pihak sahaja maka ia dengan jelas bermatlamatkan mengaibkan seseorang dan ini merupakan perbuatan yang dicela oleh agama Islam.

Pindaan Enakmen Jenayah Syariah

Oleh itu, ABIM berpandangan Enakmen Jenayah Syariah yang hanya menyatakan perbuatan zina boleh diintepretasikan bahawa ianya termasuk jenayah liwat berdasarkan pandangan fuqaha di atas walaupun tidak secara jelas dimasukkan dalam peruntukan undang-undang berkenaan. Hal ini perlu ditentukan oleh Mahkamah Syariah dan bukannya pertikaian pelbagai pihak di media.

Justeru sebagai tindakan proaktif mengukuhkan peruntukan tersebut, ABIM menyarankan agar definisi zina di bawah Enakmen Jenayah Syariah dan Akta Jenayah Syariah mesti dipinda bagi memenuhi dan menepati maksud hukum syarak. Oleh yang demikian ABIM mencacadangkan:

"Bahagian TAFSIRAN untuk maksud "ZINA" dimasukkan peruntukan termasuk liwat."

Peruntukan undang-undang jenayah tersebut harus dipinda agar ia benar-benar menepati pandangan para fuqaha' bagi mendaulatkan hukum Islam ke martabat yang selayaknya dengan memasukkan tuduhan liwat sebagai sebahagian daripada qazaf.

Tambahan pula dengan semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap pelaksanaan Hukum Hudud maka sudah tiba masanya untuk pindaan bagi setiap peruntukan dalam perundangan syariah di Malaysia bagi menepati hakikat kewujudannya.

Perbuatan Mengaibkan Moral dan Penceritaan Perilaku Seks Secara Terbuka

Berdasarkan kepada rujukan dalam Al-Quran dan pandangan ulama muktabar Islam bahkan termasuksemua agama lain, perbuatan mededahkan perilaku seks, sumbang di khalayak terbuka adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral bercanggah dengan nilai Islam dan moral masyarakat.

ABIM berpandangan wujud falsafah besar dalam definasi ayat Qazaf dan ayat-ayat lain dalam al-Quran yang mencegah kita berbuat demikian kerana mengaibkan individu dan keluarga.

Justeru ABIM berpandangan majlis penerangan Tan Sri Muhammad Shafee yang menceritakan perilaku seks kes DSAI secara terperinci adalah amat tidak beretika dari sudut profesional guaman dan wujud elemen qazaf atas tindakannya itu.

Oleh itu laporan qazaf yang telah dibuat ke atasnya harus disiasat dengan teliti dan diambil tindakanoleh pihak berwajib. Malah bagi menjaga kesucian Islam pihak berkuasa agama di negeri-negeri sewajarnya tidak membenarkan perbuatan jenayah qazaf sedemikian berleluasa.

Seruan ABIM ini tidak terhad kepada sekitar kes DSAI sahaja malah untuk mana-mana pihak sekalipun merentas parti politik; perbuatan mendedahan seksual mana-mana tokoh-tokoh politik atau individu lain yang berlaku sebelum ini juga adalah tidak bermoral dan boleh membawa kepada jenayah qazaf. -

HARAKAHDAILY

Ada golongan ‘barua’ dalam PAS, kata Nik Abduh

Posted: 01 Mar 2015 02:15 AM PST

 
Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS, lapor Sinar Harian hari ini.

Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.

Kenyataan itu dibuat berikutan kelompok yang bukan sahaja berusaha memecahbelahkan PAS, malah cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah.

"Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.

"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya dalam Sinar Harian.

Tambah Nik Abduh, dakwaan kewujudan golongan pemisah seperti yang didedahkan beliau akhirnya menjadi nyata dan beliau gembira kerana ayahnya sempat melihat perkara tersebut sebelum meninggal dunia.

Beliau berkata, semua ahli PAS perlu kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti.

"Kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan PAS, iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini.

"Paling penting, yang menang dalam perjuangan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah dan kesemua ahli PAS perlu mentaati pemimpin utama memandangkan PAS merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi," katanya. – 1 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Ada golongan 'barua' dalam PAS, kata Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata dakwaan wujud golongan pemisah dalam PAS akhirnya menjadi kenyataan baru-baru ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Mac, 2015.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Aziz mendakwa wujud kelompok yang dilabelkan "barua" di kalangan ahli PAS, lapor Sinar Harian hari ini.
Katanya, ketaatan kelompok "barua" itu lebih wala' (taat setia) kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding kepada parti Islam itu sendiri.
Kenyataan itu dibuat berikutan kelompok yang bukan sahaja berusaha memecahbelahkan PAS, malah cuba memisahkan pemikiran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan arwah ayahnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Lebih kurang 5 tahun dahulu saya pernah menulis satu artikel kontroversi yang bertajuk 'Kerja-kerja bodoh dalam PAS' sewaktu arwah ayah saya berada di Makkah. "Ia menjadi kecoh di seluruh negara sehinggakan ada pihak menelefon arwah ayah supaya mengarahkan artikel saya ditarik balik.
"Sebenarnya tujuan artikel itu ditulis ialah bagi memberi gambaran kepada kesemua ahli PAS terhadap kewujudan usaha memisahkan golongan ulama dan golongan profesional dengan pelbagai cara, termasuk lemparan fitnah 'Kerajaan Perpaduan' terhadap presiden PAS," katanya dalam Sinar Harian.
Tambah Nik Abduh, dakwaan kewujudan golongan pemisah seperti yang didedahkan beliau akhirnya menjadi nyata dan beliau gembira kerana ayahnya sempat melihat perkara tersebut sebelum meninggal dunia.
Beliau berkata, semua ahli PAS perlu kembali kepada Allah dan Rasulullah dalam mengatasi krisis kepimpinan tertinggi parti.
"Kesemua ahli parti perlu kembali taat kepada pemimpin dan beristiqamah terhadap asas sebenar perjuangan PAS, iaitu menyebarkan syiar dan dakwah Islamiah di negara ini.
"Paling penting, yang menang dalam perjuangan ialah mereka yang istiqamah dalam perjuangan kerana Allah dan kesemua ahli PAS perlu mentaati pemimpin utama memandangkan PAS merupakan parti jamaah Islamiah dan bukan berlandaskan demokrasi," katanya. – 1 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ada-golongan-barua-dalam-pas-kata-nik-abduh#sthash.2WwbUGsQ.dpuf

DIHARAP YAB MB SELANGOR TEGAS DAN PENDIRIAN TEGUH DALAM KEPUTUSANNYA !!

Posted: 01 Mar 2015 01:45 AM PST

 Menteri kerja raya jumpa Azmin bincang pembatalan Kidex

Published: 1 March 2015 11:25 AM

Lebuhraya Kidex, yang menerima bantahan penduduk Petaling Jaya, akhirnya diumum batal oleh Selangor pada 16 Februari

Lebuhraya Kidex, yang menerima bantahan penduduk Petaling Jaya, akhirnya diumum batal oleh Selangor pada 16 Februari.

Kementerian Kerja Raya akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan hala tuju perancangan dan pembangunan kemudahan awam di Selangor termasuk Projek Lebuh Raya Kinrara Damansara (Kidex).





Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, memandangkan projek itu kini dibatalkan, pihaknya mahu tahu alternatif yang akan ditawarkan kerajaan negeri kepada rakyat, lapor Berita Harian.

Menurut Fadillah, antara perkara yang bakal dibincang termasuk usaha menangani kesesakan jalan raya di negeri itu, selain pelbagai projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Kita akan berbincang mengenai projek berkaitan lebuh raya, selain projek pembangunan lain yang dirancangkan Kerajaan Persekutuan untuk Selangor dan rakyatnya.

"Bagi Kerajaan Persekutuan, kita sentiasa berusaha memberikan apa yang baik untuk rakyat. Jika rakyat merasakan Kidex tidak sesuai, kita mahu tahu apa alternatifnya," katanya.

Pada 16 Februari, Azmin mengumumkan pembatalan projek kontroversi Kidex bernilai RM2.42 bilion, yang mendapat bantahan penduduk Petaling Jaya sejak dua tahun lalu.

Katanya, pembatalan dilakukan kerana syarikat konsesi Kidex Sdn Bhd - yang dimiliki isteri kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan peguam Umno Datuk Hafarizam Harun – tidak mematuhi syarat kerajaan negeri sebelum tempoh masanya tamat pada 14 Februari.

Antara syarat yang gagal dipatuhi Kidex ialah menyediakan penilaian impak lalu lintas yang bebas, penilaian impak sosial dan penilaian impak alam sekitar.

Kidex juga gagal mendedahkan sepenuhnya perjanjian konsesi untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Azmin berkata, pendekatan yang sama bakal diguna pakai dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan bagi lebuh raya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.

Kidex Sdn Bhd pada mulanya diberi tempoh 12 bulan daripada tarikh perjanjian asal konsesi ditandatangani untuk memenuhi beberapa syarat, kemudian dilanjutkan sehingga 15 Februari, 2015.

Lebuh raya sepanjang 14.9km itu mendapat bantahan penduduk sekitar Petaling Jaya dan gerakan "Katakan Tidak Kepada Kidex" kerana pembinaannya menjejaskan kawasan penempatan. – 1 Mac, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Kerajaan Buruk Siku ?

Posted: 01 Mar 2015 01:15 AM PST

'Sebagai pembayar cukai yg setia beginilah perasaan aku dan aku percaya ramai rakyat msia begitu.Yang x setuju mesti saki baki macai2 ...'

Sebagai pembayar cukai yg setia beginilah perasaan aku dan aku percaya ramai rakyat msia begitu.Yang x setuju mesti saki baki macai2 ...
 

Kenaikan Harga Minya - Rakyat Menderita Oleh Kerakusan & Kezaliman BN !!

Posted: 01 Mar 2015 12:45 AM PST

'Terbaru di TV3 suku, ekoran kenaikan harga minyak kerajaan telah menerima pelbagai kritikan dari seluruh rakyat Malaysia. Satu mesyuarat tergempar telah di adakan di Sri Perdana. Dato Sri Najib meminta maaf kerana terlepas pandang masalah rakyat akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan mengumumkan harga minyak turun dengan serta merta sebanyak 40 sen mulai besok bagi minyak angin cap kapak demi untuk mengurangkan sakit kepala setiap rakyat.'

Terbaru di TV3 suku, ekoran kenaikan
harga minyak kerajaan telah
menerima pelbagai kritikan dari
seluruh rakyat Malaysia. Satu
mesyuarat tergempar telah di
adakan di Sri Perdana. Dato Sri
Najib meminta maaf kerana
terlepas pandang masalah rakyat
akhirnya akur dengan kehendak rakyat
dan mengumumkan harga
minyak turun dengan serta merta
sebanyak 40 sen mulai besok bagi
minyak angin cap kapak demi untuk
mengurangkan sakit kepala
setiap rakyat.
 

Siapa peguam negara baharu ganti Gani, soal Utusan

Posted: 01 Mar 2015 12:00 AM PST

YANG PASTINYA BUKAN TAN SRI SHAFEE ABDULLAH @GANESAN.



Akhbar Umno Mingguan Malaysia hari ini berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disebut-sebut akan digantikan tempatnya.

Akhbar Umno Mingguan Malaysia hari ini berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disebut-sebut akan digantikan tempatnya.

Adakah kontrak perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail akan disambung atau Malaysia akan mendapat seorang peguam negara baharu, soal akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam ruangan pojok Awang Selamat yang mewakili suara kumpulan editorial akhbar itu, dilaporkan yang antara bahan perbualan menarik di kalangan dunia kehakiman dan guaman sekarang ialah sama ada Gani akan digantikan dengan seorang tokoh lain.

Katanya, berbagai spekulasi timbul termasuk beberapa calon dikatakan dikenal pasti mengisi jawatan itu.

"Awang percaya Gani sendiri sudah mahu memberi laluan kepada orang lain memandangkan beliau sudah begitu lama menyandang jawatan tersebut - 12 tahun.

"Jika benar, Awang teruja untuk mengetahui siapa muka baharu itu. Semua tahu, kerusi peguam negara memang diketahui sentiasa panas apatah lagi dalam landskap politik yang makin mencabar," tulisnya.

Awang berkata, sesiapa sahaja yang dilantik sebagai peguam negara yang baharu mestilah seorang yang berani, berkeyakinan, berkebolehan dan mempunyai jati diri tinggi.

"Kita tunggu siapa orangnya," tambahnya.

Beberapa tahun lepas, ramai terutama pembangkang membangkitkan persoalan sama ada Gani layak terus kekal memegang jawatan itu susulan beberapa keputusan kontroversi dan diragui.

Ia termasuk keputusan Jabatan Peguam Negara tidak bertindak ke atas ugutan presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali membakar Bible versi Melayu, tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura dan keputusan melantik peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya bagi kes rayuan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gani memegang jawatan itu sejak 2002 dan dijangka bersara Oktober tahun ini. – 1 Mac, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Agenda Melayu Diutama Selagi Ada Bulan Dan Bintang...Aduhhh, Burung Terbang Pun Boleh Jatuh Mendengarnya

Posted: 01 Mar 2015 09:33 PM PST


Tiadalah kata-kata atau ungkapan yang lebih indah dan mengasyikkan yang diucapkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak di majlis Himpunan Kebangkitan Melayu semalam selain janjinya bahawa agenda Melayu akan terus diutamakan selagi ada bulan dan bintang.

Janji ini pastinya akan membuatkan sesetengah pihak terlentok syahdu dengan keasyikan yang menggairahkan itu,  lantas merasakan inilah pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Jika ada ombak sedang memukul pantai ketika ucapan itu dilafazkan, ia akan berhenti seketika kerana ucapan itu jauh lebih menggairahkan. Burung yang sedang terbang pun akan jatuh kerana kata-kata itu akan membuatkan haiwan itu terpana lalu terlupa mengembangkan sayapnya.

Jika seorang lelaki pula mengucapkan kata-kata itu kepada kekasih hatinya, pastilah ia dianggap janji paling menggiurkan sehingga apa juga rintangan dan lautan api pun sanggup dihadapi.

Begitulah asyik dan indahnya kata-kata dan ungkapan "selagi ada bulan dah bintang" ini. Ia boleh membuatkan ramai orang terlena dan terbuai-buai dengannya.

Tetapi apabila Najib tiba-tiba malafazkan janji demikian, benarkah ucapan itu, bolehkah ia diyakini dan kenapa hanya sekarang ianya diucapkan?

Semua orang tahu, sejak Najib mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, banyak liberalisasi dan tolerasi telah diterapkan dalam gaya kepimpinannya. Gagasan 1Malaysia yang mula-mula diperkenalkannya adalah lambang hasrat membawa lebih kesamarataan dalam pentadbirannya.

Jika di zaman Mahathir atau Pak Lah, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO, teriakan Hidup Melayu selalu saja bergema tetapi di awal pemerintahan Najib, teriakan itu tidak lagi kedengaran. Hanya setahun dua ini saja teriakan itu dikembalikan semula.

Ia diikuti dengan tindakan Najib membuka akaun FB dengan nama Ah Jib Gor, bersikap lebih toleran kepada kaum Cina dan India sehingga ke majlis perayaan kedua-dua kaum itu pun beliau memakai pakaian tradisi mereka.

Ini sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin sebelum ini, malah Mahathir selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri juga tidak pernah berbuat demikian. Kalau ada pun Mahathir hanya berbaju kemeja merah saja ketika menghadiri perayaan Tahun Baru Cina.

Dalam satu sambutan Tahun Baru Cina, Najib juga sanggup berlakun dalam sebuah iklan televiseyen dengan memukul gong yang menjadi tradisi kaum Cina.

Lebih dari itu, tuntutan daripada komponen BN sendiri terutamanya MCA mengenai kesamarataan ekonomi dan UMNO tidak harus selama-lamanya menjadi "abang besar" dalam BN langsung tidak mendapat bantahan daripada Najib. Beliau hanya berdiam diri saja walaupun ia amat menyinggung perasaan orang Melayu.

Najib juga memansuhkan ISA dan Ordinan Darurat untuk menunjukkan sikap liberal dan toleransinya. Akta Hasutan juga pernah dijanji untuk dimansuhkannya, tetapi ditarik balik kemudiannya kerana mendapat bantahan yang meluas daripada golongan kanan dalam parti dan kerajaan.

Semua tindakan liberal Najib pada umumnya menimbulkan kebimbangan dalam kelompok Melayu sendiri. Dari sinilah lahir dan mendapat tempatnya pelbagai NGO seperti Perkasa, Isma, Jati dan lain-lainnya atas nama menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Diakui bahawa dalam sesetengah keadaan apa yang dilakukan Najib seolah-olah cuba melanggar kontrak sosial dan pembahagian hak yang sudah pun termaktub dalam Perlembagaan. Ramai yang berpendapat bahawa Najib tidak perlu menunjukkan dirinya terlalu liberal, mirip kecinaan atau keindiaan kerana dengan mematuhi kontrak sosial dan Perlembagaan saja sudah merangkumi pembelaan yang menyeluruh kepada semua kaum.

Namun, harapan Najib agar semua yang dilakukannya itu membuahkan hasil yang positif dalam PRU 13 ternyata gagal. Beliau kalah lebih teruk daripada Pak Lah yang ditanggapi sesetengah pihak lebih banyak tidur dari jaga dalam mentadbir negara. Malah Najib meluahkan kekecewannya dengan mengatakan keputusan pilihanraya itu sebagai tsunami Cina.

Mujurlah pengundi Melayu luar bandar yang terdiri daripada pakcik kedai kopi dan makcik Felda terus menyokong dan meyakini perjuangan UMNO. Najib akhirnya sedar Melayu yang cuba ditinggalkan itulah yang terus menyokongnya manakala kaum lain yang ditunjukkan sikap dan kesamarataan tetap juga menolaknya.

Sejak selepas PRU 13, Najib tidak pernah lagi menyebut ungkapan 1Malaysia. Ia seolah-olah sudah ditongsampahkan sedangkan itulah yang dibanggakan sebelum ini.

Sejak itu juga Najib mula perlahan-lahan mencantumkan semula carik-carik jiwa dan perjuangan Melayu yang sudah diselerakkannya sebelum ini.

Ditambah dengan pelbagai tekanan, termasuk dalam UMNO sendiri, terutama sejak Mahathir, Daim dan sebahagian yang lain merasakan kepimpinannya yang terus lemah dan banyak masalah lebih mungkin membawa kekalahan kepada BN dalam pilihanraya akan datang, kedudukan Najib jadi kian terumbang-ambing.

Najib seolah-olah tiada pilihan untuk menyelamatkan dirinya selain menunjukkan dirinya tetap kuat berjiwa Melayu.  Jika hari ini janji "selagi ada bulan dan bintang" dilafazkannya, dalam perhimpunan ketua-ketua UMNO bahagian pada 8 Mac depan, mungkin lebih banyak  lagi janji dan kata-kata indah bakal kita dengari. 

Juga, jika ada perhimpunan lain yang bertujuan menyatakan sokongan kepada Najib selepas ini, terpacul lagilah janji-janji indah yang mengkhayal dan mengasyikkan itu.

Tetapi bolehkah semua janji itu diyakini dan dipercayai?

Sebagaimana janji kekasih yang melafazkan "selagi ada bulan dan bintang" selalunya lebih kerap tersekat di tengah jalan atau pemungkiran juga banyak berlaku selepas berkahwin, begitulah juga janji Najib ini.

Kata budak-budak rock, ia hanyalah "janji sebelum dapat" saja. (SH 01/03/2015)

Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain..

Posted: 01 Mar 2015 04:53 AM PST

Ust Ahmad Awang: Multaqa, Kempen Menjatuhkan Pihak Lain..tak dak kerja ka? asal bukan ulamak kena hentam.....


Ulama bukan tiket dapat pujian, jawatan'

ULASAN Bhgn 2 Agenda apa sebenarnya yang diutamakan oleh multaqa ini? Mengusahakan perpecahan PR atau pengukuhannya? Mengusahakan kesatuan saf dalaman PAS atau merenggangkannya?

Yang dilihat, ianya dianjurkan hanya pada tahun pemilihan. Yang dilihat ia menghasilkan usul pecah-belah dan persengketaan.

Adakah benar persepsi sebahagian bahawa program liqa', neqad, ijtima' dan multaqa itu sendiri adalah tidak lain melainkan usaha kempen untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan yang lain?

Amat malanglah sekiranya ia benar sehingga tumpuan usaha ulama yang dibawa dari seluruh negara adalah untuk memburuk-burukkan pimpinan tertentu dan menjatuhkan mereka dan menaikkan golongan sendiri.

Politiking sempit sebegini tidak layak bagi ulama, apatah lagi dengan menggunakan nas-nas al-Quran dan hadis yang tidak kena pada tempatnya.


Harapan ahli supaya Multaqa Ulama II bebas dari politiking yang sebegini dan persidangan ini akan mengeluarkan usul mengutuk tadbir urus kerajaan Umno-BN yang rosak dan tempang, dasar ekonominya yang membebankan rakyat, politiknya yang rakus dan zalim serta salah guna kuasa yang terang dan nyata.

Harapan ahli supaya multaqa ini menjadi pendorong untuk meningkatkan usaha menjatuhkan Umno-BN supaya Islam boleh bebas membangun. Dengan itu juga saf yang telah sengaja direnggangkan oleh golongan tak bertanggungjawab dapat dirapatkan kembali.

Tetapi tidak demikian. Agenda perubahan bagaikan hilang dengan tiupan bayu dan alunan lagu "perpaduan Melayu" yang di mainkan Umno dan konco-konconya terutama selepoas musibah "tsunami kecil" di Kelantan pada akhir tahun lalu.

Maka yang tinggal hanya perbalahan dalaman PAS dan Pakatan Rakyat. Adakah golongan Ulama PAS sudah hilang fokusnya dan tidak mampu memimpin perubahan ke arah keadilan dan negara berkebajikan?

Ingatan buat golongan ulama

Saya sebagai mantan ahli Majlis Syura Ulama (MSU) berbelas tahun merasa dukacita dan kesal ia tidak menzahirkan kehebatan dan kepimpinan ulama sepertimana yang saya harapkan.

Saya tertanya-tanya apakah tokoh multaqa yang lebih sepuluh orang pembentang dan pembahas itu terlupa pada perintah Allah seperti yang terkandung dalam firmannya yang bermaksud:

"Maka berkat rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkan lah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertawakkal." ( Surah Ali Imran ayat 159)

Hadis Rasulullah SAW: "Al-Ulama' warasatul anbiayaa" atau ulama adalah pewaris para Nabi bukan merupakan tiket untuk mendapat pujian dan dokongan serta kedudukan dan jawatan.

Ia sebaliknya merupakan amanah dan wawasan yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh mereka yang digelar ulama. Supaya mereka akan ke depan memimpin masyarakat dengan ilmu dan ketaqwaan.

Kepimpinan ini pula bukan untuk dituntut atau ditagih atas alasan "saya ulama", tetapi sebaliknya diperolehi dan dimenangi melalui proses perjuangan bersama rakyat sehingga kelebihan seseorang ulama terserlah.

Itu jugalah proses yang dilalui Rasulullah SAW yang akan mampu menyerlahkan diri manakala ulama dunia, walau panjang mana senarai ijazahnya, akan terpinggir dan ditinggalkan. Ini kerana ilmunya tidak dihayati mencorakkan diri dan kehidupannya.

Pada masa yang sama, hendaklah sentiasa diingati bahawa ilmu dan kefahaman berhubung agama Allah ini ianya adalah milik Allah. Allah boleh memberi kefahaman mengenai agama kepada sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya.

Ilmu bukan pada sijil, ijazah

Ketahuilah oleh itu bahawa ramai yang telah bersama PAS, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi dari institusi pendidikan agama, sememangnya berilmu dan bukan dari golongan juhala' (orang yang jahil).

Ilmu itu bukan semata-mata terletak pada sijil atau ijazah universiti, tetapi terletak pada hujah keilmuan dan intelektual. Oleh itu segala yang ingin diusahakan perlu dikemukakan dan dihujahkan dengan jelas dan tersusun.

Jangan dituntut ketaatan atau wala' dengan secara membuta tuli atau taqlid tetapi perjelaskan dan pertingkatkan ilmu dan kefahaman masyarakat.

Jangan perlekehkan mereka yang tidak berpendidikan agama secara rasmi, sedangkan mereka mungkin memahami banyak persoalan dengan lebih mantap. Didikan yang telah mereka perolehi adalah didikan amali haraki bersama perjuangan Islam yang dipimpin ulama' muktabar.

Adalah diharapkan bahawa golongan ulama akan membebaskan diri mereka dari amalan 'politiking' sempit dan sebaliknya membina imej mereka sebagai badan yang bebas dari kepentingan jawatan dan pangkat atau kepentingan duniawi.

Mereka perlu memperlihatkan ulama' sebagai kumpulan ilmuan yang memimpin arus perubahan dengan menentang kezaliman dan penyelewengan.

Dengan itu mereka akan diterima sebagai pemimpin ummah dan melayakkan diri ke status 'warasatul anbiyaa'. Zahirkan ketajaman keilmuan dengan membedah permasalahan kontemporari dan mengemukakan penyelesaiannya sambil menjadi pihak yang berdiri teguh di pihak keadilan dan kebenaran.

Itulah proses yang dimulakan pada 1982 apabila konsep kepimpinan ulama mula-mula diutarakan dengan tertubuhnya Majlis Syura Ulama. Proses ini masih lagi dalam perlaksanaannya dan MSU itu sendiri perlu terus diperkasakan. Jangan golongan ulama' hilang fokus.

Ustaz Muhammad Fawwaz ( Isu Hukuman Liwat )

Posted: 01 Mar 2015 04:45 AM PST


Perpaduan Umno-PAS: Mampukah ulama bersihkan penyelewengan Umno?

Posted: 01 Mar 2015 12:14 AM PST

Oleh: Barua

Komen pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi melalui akaun Facebooknya mencadangkan PAS dan Umno bergabung melaksanakan hudud mencerminkan kehendak politik terkini puak ulama Unity Government (UG) dalam parti itu.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Sebahagian ulama UG yang selama ini didakwa berunding di belakang tabir dengan Umno demi mewujudkan kerajaan perpaduan kini telah semakin berani melontarkan idea secara terbuka. Sekali gus menyerlahkan betapa pentingnya kewujudkan PasMa yang mahu mengekalkan hubungan ahli PAS dan Pakatan Rakyat.

Penyatuan Melayu

Kebelakangan ini ulama PAS semakin terbuka dengan idea-idea Umno. Termasuk penyatuan Melayu, isu-isu berkaitan raja, ekonomi Melayu dan Ketuanan Melayu. Isu-isu ini menjadi kemarahan umum dalam PAS jika ditimbulkan sewaktu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat masih berkuasa dalam PAS suatu ketika dahulu.

Kini, jarum Umno sudah mula mengait ulama PAS untuk bersama perjuangan nasionalisme. Hujah-hujah yakin PAS mampu memperbaiki Umno kian kuat kedengaran. Kononnya kronisme, nipotisme, kezaliman dan penyelewengan Umno boleh didakwah dan diubah oleh ulama PAS.

Belum pernah dilihat di mana-mana bahagian dunia malaikat dan syaitan bergabung mewujudkan persekutuan yang baik. Sering terjadi gabungan itu akan hancur berantakan. Ulama-ulama muda dalam PAS tidak mempunyai pengalaman pahit bergabung bersama Umno.

PAS pernah melakukannya pada 1971 ketika mana penyelewengan dalam Umno masih lagi bertaraf kecil-kecilan. Ketika itu belum ada projek lebuh raya berbilion ringgit, KLIA, KLCC, MRT, 1Malaysia Development tidak wujud. Itu pun PAS akhirnya ditendang keluar pada 1978 apabila Umno melihat parti itu sering tidak sehaluan dengan mereka.

Memohon ihsan

Tentulah dengan skala penyelewengan berbilion-bilion ringgit seperti sekarang ini lebih sukar untuk PAS mendakwah Umno. Fenomena yang nyata, MB Kelantan Ahmad Yaakob yang garang menyerang puak profesional dalam PAS seperti 'melukut di tepi gantang' memohon belas ihsan PM Najib untuk membangunkan Kelantan.

Adakah dengan keadaan meminta-minta itu Ahmad akan mampu mendakwah Umno? Kalau terlebih dakwah tentunya Umno menarik balik pemberian. Adakah Ahmad sanggup? Sebab itulah Tok Guru Nik Aziz rela Kelantan susah sementara asalkan tidak menggadai maruah kepada Umno.

Selepas bergabung, bagaimanakah kerusi-kerusi PAS dalam pilihan raya? Adakah PAS akan bertanding satu lawan satu menentang Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen? Sudah tentu senarionya amat menarik. Parti yang memperjuangkan kesucian Islam kini menggunakan lambang dacing.

PAS akan kalah. Kalau PAS bertanding menggunakan lambang sendiri pun ahli Umno masih alergi untuk  mengundi parti agama itu. Penyokong PAS pula alergi mengundi parti mereka. Senario yang berlaku ialah pengundi BN tidak keluar mengundi, pengundi atas pagar pangkah PR dan pengundi PAS akan undi PR. Hasilnya PAS akan kalah teruk di kawasan-kawasan campuran.

Di kawasan kubu kuat PAS di Kelantan dan Terengganu parti itu berisiko dipulaukan oleh ahli. Mereka enggan keluar mengundi dan berkemungkinan PR akan menang. Satu lagi senario ialah PAS meletakkan calon di mana PR dan BN bertanding untuk memenangkan BN sebagaimana yang berlaku di DUN Kota Damansara pada PRU 13 lalu.

Namun adakah ahli PAS akan walak mengundi demi Allah dan Rasul? Jawabnya, pengundi Malaysia bukan bodoh. Ketika PAS lawan PKR di Kota Damansara ahli PAS memilih pemimpin yang lebih baik tetapi jika PAS bekerjasama dengan Umno, tiada lagi kebaikan pada PAS.
Tong najis

Selepas tiga dekad berlalu, tiada siapa menyangka sindiran PAS ke atas Anwar Ibrahim kembali menimpa PAS semula. Pada 1982, apabila Anwar masuk Umno, ulama PAS mentertawakan rancangan Islamisasi bekas Presiden Abim itu.

Anwar beriltizam menyucikan Umno dari dalam. Ulama PAS menyifatkan Anwar masuk 'tong tahi' dan mencuci dari dalam. Akhirnya seluruh badan Anwar akan diselaputi najis.

Pada 2015, Anwar telah 17 tahun berjuang dari luar tong tahi tetapi PAS pula bersungguh-sungguh ingin masuk tong tahi yang sama dan membersihkannya dari dalam.

Sedangkan PAS merasai perit pengalaman 1971 – 1978 dikhianati Umno dan melihat pengalaman pahit Anwar 1982 – 1998.

Nabi saw mengingatkan umat agar jangan jatuh ke dalam lubang sama untuk kali kedua. Namun puak UG PAS ketagih menghulurkan kaki ke dalam lubang yang sama berkali-kali.

PAS parti berlainan dari semua parti?

Posted: 01 Mar 2015 12:12 AM PST

Oleh: Jebon a.k.a Barua


Sejak krisis perlantikan Menteri Besar Selangor pada 2014, ulama PAS sering menggunakan ungkapan parti agama itu adalah berlainan daripada mana-mana parti di Malaysia.

Dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia II di Serdang, Selangor, semalam, ulama-ulama PAS sekali lagi menegaskan parti itu 'lain' daripada PKR, DAP, Umno dan sebagainya. Ungkapan lain merupakan pantang besar dalam mana-mana gerangan dakwah di dunia ini.

Jelas apabila PAS menganggap diri mereka lain daripada organisasi yang lain maka berkemungkinan parti itu tidak mahu lagi dikenali sebagai gerakan dakwah. Sejak zaman Nabi Muhammad saw ungkapan yang sering digunakan untuk menunjukkan perbezaan adalah 'lebih baik' daripada yang lain.

Ungkapan lebih baik juga sering digunakan oleh dua tokoh besar PAS sebelum ini iaitu Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat.

Disisihkan masyarakat

PAS bukan tidak pernah mengalami zaman yang aneh dan disisihkan. PAS era 1980an misalnya, dianggap lain daripada gerakan dakwah kontemporari. Kaedah perjuangan agama yang keras dan sering menyalahkan orang lain membuat masyarakat ketika itu menjauhi PAS.

Malah masyarakat lebih reda menerima kunjungan jemaah Tabligh yang berdakwah dari rumah ke rumah daripada ulama PAS yang menganggap orang lain sesat. Salah seorang ulama yang paling kontroversi ketika itu ialah Hadi Awang. Hadi dikaitkan dengan Amanat Hadi yang didakwa mengkafirkan orang Umno.

Namun semua itu beransur-ansur dilupakan apabila presiden PAS Fadzil Noor memulakan tahaluf siyasi bersama parti-parti sekular dan bukan Islam pada hujung 1980an. Dakwah berhikmah Fadzil berjaya menongkah arus dan memberi gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat umum mengenai jalur perjuangan PAS. Fadzil menggunakan kaedah PAS tidak 'lain' daripada anggota masyarakat tetapi 'lebih baik' kerana mengamalkan al Quran dan sunnah.

Tahaluf pertama PAS pada 1989 adalah bersama Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46 yang tersingkir daripada Umno. Melalui tahaluf itu PAS menang di Kelantan pada PRU 1990. Tok Guru Nik Aziz dilantik MB. Kaedah tok guru memerintah Kelantan juga melalui dakwah berhikmah dan menolak pendekatan keras.

Menjelang hujung 1990an pemimpin PAS aliran keras sedar cara 'lain' yang digunakan mereka tidak berjaya meyakinkan masyarakat. Sedangkan mereka juga adalah manusia biasa dan bukan malaikat apabila mengambil golongan  sekular bekas Umno sebagai sekutu.

Pada 1998, PAS lebih berani sewaktu menggabungkan diri bersama perjuangan reformasi Anwar Ibrahim dan menghimpunkan ahlinya menyertai demonstrasi-demonstrasi besar. Akhirnya, cara tidak mengasingkan diri daripada perjuangan arus perdana ini terbukti lebih berkesan kepada PAS dan muktamar meluluskan tahaluf siyasi dengan PKR dan DAP.

Hal remeh temeh

Dalam tempoh pentadbiran Fadzil, tidak timbul konsep walak kepada presiden lebih utama daripada nilai bersama dengan komponen pembangkang lain. Pembangkang masih lemah, bila-bila masa boleh dirempuh BN dan tidak perlu hal-hal kecil dijadikan tajuk debat atau menghukum ahli yang tidak walak sebagai pengkhianat.

Namun keadaan sekarang telah terbalik. Ulama PAS tidak sedar yang mereka masih pembangkang dan bila-bila masa boleh dimusnahkan oleh BN secara kekerasan atau penipuan PRU. Mereka mula menyalahkan parti komponen PR. DAP mangsa utama dan PKR dianggap tidak penting sama sekali.

Sikap pelampau kepimpinan ulama ini amat dikesali. Jika mereka merasakan diri mereka hebat, maka wajib diperingatkan sikap yang sama ini pernah ditunjukkan oleh ulama PAS pada era 1980an dahulu. Memang benar ketika itu Hadi berpengaruh di Marang, Terengganu. Tetapi ceramahnya di Selangor hanya dihadiri beberapa puluh ahli PAS.

Tidak pernah ceramah Hadi menghimpunkan lebih 100 orang. Di Johor kedatangan Hadi tidak diterima di banyak kampung Melayu Islam. Apatah lagi untuk PAS mendapat undi.

Benci Anwar

PAS terhutang budi kepada Anwar dan pengaruhnya yang mampu menghimpunkan bepuluh-puluh ribu rakyat mendengar penerangan pimpinan PAS dan menang banyak kerusi dalam siri pilihan raya 1999, 2008 dan 2013.

Selepas jasa besar Anwar yang meletakkan PAS parti 'dagang' menjadi pemerintah di Selangor, Kedah dan Perak maka PAS tiba-tiba melakukan pengasingan. Termasuk tidak senang dengan keluarga Anwar dan memperlekeh peribadi Anwar.

Apabila PAS mahu terasing dan 'lain daripada lain' maka mereka perlulah bersedia untuk hanya mendapat beberapa kerusi parlimen dan DUN dalam PRU akan datang. Apatah lagi pengundi India dan Cina tidak melihat PAS parti yang boleh dipercayai.

Namun percayalah, sekiranya PAS kalah teruk dalam PRU 14, maka mereka akan berharap agar Umno bergolak. Ada pemimpin seperti Ku Li atau Anwar yang akan tersingkir untuk mereka kutip dan nobatkan sebagai hero bagi memenangi semula undi rakyat.

Tidak bosankah PAS melakukan tindakan berulang-ulang; membina dan kemudian merobohkan kepercayaan, kemudian membinanya semula. Meski pun PAS boleh berhujah perkara itu mendapat pahala, bukankah Nabi saw bersabda agar umat bijaksana dan tidak terjatuh ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua?