Jumaat, 27 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jawatan Guru Gara-Gara Lawan Umno?

Posted: 27 Feb 2015 10:45 PM PST

 
Datuk Khairuddin Abu Hassan, yang mendapat perhatian baru selepas membuat aduan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), digugurkan jawatannya dalam Umno.

Berita itu disampaikan oleh rakannya yang menonton rancangan berita di televisyen semalam, katanya kepadaMalaysiakini.

"(Saya) tidak dimaklumkan langsung. Kawan (saya) kata (berita itu) keluar TV3," katanya.

Difahamkan, tindakan itu diambil selepas beliau didapati telah diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Surat kepada Khairuddin bulan lalu dilaporkan ditandatangani oleh setiausaha agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya sama ada pengguguran jawatannya itu berkaitan isu 1MDB, Khairuddin berkata: "Tidak berani hendak buat spekulasi.

"Tetapi kenapa (saya) tidak pernah diberikan surat tunjuk sebab dan tidak dipanggil ke ibu pejabat Umno untuk memberi pencerahan?"

Tindakan terhadap Khairuddun, yang sering menjadi sorotan media sewaktu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2000, dipercayai susulan masalah kewangan yang dihadapinya.

Sebelum dipecat, beliau memegang jawatan naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang.

Bagaimanapun beliau masih seorang ahli Umno dan layak menyertai mesyuarat parti tetapi tidak boleh dilantik walau boleh mengundi.

Dalam kenyataan bertulisnya, beliau juga menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana masalah hutangnya dalam proses penyelesaian

"Saya tidak terkejut langsung dengan berita jawatan saya telah dilucutkan oleh Umno disebabkan oleh kes jaminan korporat saya. Hakikatnya, (ia) sedang dalam fasa penyelesaian oleh pihak peguam," katanya.

"Namun saya amat hairan dengan sikap ibu pejabat Umno Malaysia yang tidak pernah memanggil saya untuk memberikan penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes tersebut yang hakikatnya sedang selesai."

Khairuddin, yang beristerikan pelakon terkenal Umie Aida di Mekah, menegaskan beliau akan terus berkempen untuk "menegakkan kebenaran dan melawan rasuah secara habis-habisan."

"Saya seorang yang amat kental dalam perjuangan... Untuk kepentingan rakyat, saya tidak akan berganjak daripada landasan ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai tekanan politik," tambahnya.

Beliau, yang merancang ke Mekah esok, akan menjelaskan kedudukannya dalam parti selepas pulang dari tanah suci.

Disember lalu, Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB, syarikat pelaburan nasional yang berdepan dengan pembayaran hutang berjumlah berbilion-bilion ringgit.



Zuhdi - Gerakan Jatuhkan Hadi Sudah Bermula Sejak Tahun 1998

Posted: 27 Feb 2015 09:52 PM PST



Gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh kumpulan tertentu dalam parti itu dikesan bermula sejak 1998, kata Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Beliau berkata pada 1998, PAS menjadi begitu terbuka menyebabkan kemasukan banyak kumpulan dari luar dan kumpulan berkenaan membentuk pasukan dalam PAS.

"Sebelum itu (1998) budaya 'team' tidak ada dalam PAS tetapi ia muncul selepas itu (1998) dan sekarang ini ia menjadi semakin membarah," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Wacana Ilmiah: PAS: Semalam, Hari Ini dan Esok di Pengkalan Chepa, malam tadi.

Ditanya tindakan PAS bagi menyelesaikan isu tersebut, Zuhdi berpendapat kumpulan berkenaan (tidak menyebut nama kumpulan atau mereka yang terlibat) akhirnya akan keluar daripada PAS untuk membentuk parti baharu.
 

"Saya yakin selepas Muktamar PAS 2015 ini akan berlaku dalam PAS iaitu ada dua kumpulan dengan satu daripadanya berpecah daripada PAS dan tubuh parti baharu, itulah penyelesaian yang akan menyebabkan PAS kembali kepada suasana harmoni," katanya.

Mengenai cabaran lain yang sedang dihadapi PAS, beliau berkata PAS sekarang sedang berdepan dengan wajah sebenar DAP, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, terutama menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Kita (PAS) perlu hadapi cabaran itu dengan jiwa besar iaitu kita masih melihat ada ruang untuk perkukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR tetapi dengan harapan DAP dan PKR faham susur galur pembentukan masyarakat dan negara Malaysia," katanya.

– Bernama,

VIDEO - Liwat : Anwar Ibrahim bersumpah??

Posted: 27 Feb 2015 08:15 PM PST


Pulak Dah.....!!

Posted: 27 Feb 2015 07:45 PM PST

'KALAU KENYATAAN NI BETUL  AKU BERSANGKA BAIK JE LA DGAN MEREKA NI.... LEPAS NI X PAYAH LA NAK BANGGA DIRI SANGAT ...KONONNYA AKU LAH PRESIDEN PASMA MALAYSIA..GELI SANGAT AKU DENGARNYA KALAU RASA DAH BANGGA DIRI  ..JUMPA ROS DAFTAR SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK....KALAU NAK BERMEGAH DGAN TITLE PRESIDEN PASMA PUN AKU X LA RASA MELOYA SANGAT.............'

KALAU KENYATAAN NI BETUL
 

AKU BERSANGKA BAIK JE LA DGAN MEREKA NI....
 

LEPAS NI X PAYAH LA NAK BANGGA DIRI SANGAT ...KONONNYA AKU LAH PRESIDEN PASMA MALAYSIA..GELI SANGAT AKU DENGARNYA

KALAU RASA DAH BANGGA DIRI ..JUMPA ROS DAFTAR SEBAGAI SEBUAH PARTI 


POLITIK....KALAU NAK BERMEGAH DGAN TITLE PRESIDEN PASMA PUN AKU X LA 

RASA MELOYA SANGAT.............

VIDEO - INI BUKTI pas SELINGKUH dengan umno

Posted: 27 Feb 2015 07:00 PM PST

 
 
 
Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan
Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!! " di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video kerana sangat maklu akan kualiti internet di malaysia,  admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang melayu......................................

" Tuan puan yang dihormati sekelian, sya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada pas. Kononnya pas tidak mahu bersatu.

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ........................... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.

"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.

Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu

Percayalah kata-kata gua ni, YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan memang hebat berhujah. Anda juga akan dapat lihat wajah-wajah panel lain yang 'terbelehek' akibat kena TAJI... wakaka

"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila umno merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.

"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka buat?... mereka tendang PAS keluar.

"Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluh tahun kemudian.....sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh umno.

"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan melayu dan Islam.

"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang melayu tapi memecah-belahkan lagi.

"Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata 'boleh', tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....

"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." 
Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Gerombolan Jumpa TGNA (19 okt) Merayu Ajak Bersatu

NAMPAK TAK BETAPA BODOHNYA UG DALAM PAS

wakaka

*Pemilik blog ini adalah seorang ahli biasa PAS yang bukan seorang yang pro penyatuan PAS/UMNO kerana bukan sekali umno khianati perjuangan melayu dan islam. Tapi bukan gua... gua belum ada parti lagi..... wakaka


Curang Bukan Lagi Jenayah. Diimport Ke M'sia Dari Korea Selatan? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 27 Feb 2015 06:30 PM PST

 
Curang bukan lagi jenayah rumahtangga di Korea Selatan
Hakim Han-Chul berkata, walaupun perlakuan seks selain dengan pasangan yang dikahwini harus dikecam sebagai tidak bermoral, kuasa Persekutuan tidak perlu campur tangan dalam urusan peribadi individu. - Gambar hiasan AFP 
 
SEOUL: Mahkamah Persekutuan Korea hari ini memansuhkan undang-undang kecurangan atau perlakuan seks selain dengan pasangan yang dikahwini setelah 60 tahun ia diguna pakai untuk memelihara nilai-nilai tradisi murni dalam institusi kekeluargaan di Korea Selatan.

Undang-undang tersebut selama ini menganggap perbuatan melakukan hubungan seks selain daripada pasangan yang dikahwini sebagai satu kesalahan jenayah dan pelakunya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Panel sembilan hakim telah mencapai keputusan itu selepas tujuh daripada mereka merasakan bahawa undang-undang tersebut tidak mengikut perlembagaan.

"Walaupun perlakuan curang itu harus dikecam sebagai perbuatan tidak bermoral, kuasa peringkat persekutuan tidak harus campur tangan dalam kehidupan peribadi seseorang individu," kata Hakim Park Han-Chul.

Keputusan mahkamah itu telah menyaksikan saham firma Unidus Corp., iaitu salah sebuah syarikat pengeluar kondom, melonjak 15 peratus dalam sehari di bursa saham tempatan.

Keputusan mahkamah itu merupakan pertimbangan kali kelima mengenai kesahihan undang-undang  tersebut. Sepanjang ia dilaksanakan, Korea Selatan merupakan salah satu daripada sedikit negara-negara bukan Islam yang menyifatkan kecurangan perkahwinan sebagai perbuatan jenayah.

Dalam tempoh enam tahun lalu, hampir 5,500 orang telah didakwa atas kesalahan berlaku curang kepada pasangan mereka. Pada tahun 2014 sahaja, 900 orang telah didakwa.

"Penerimaan umum mengenai hak-hak individu dalam hal berkaitan seks telah berubah," kata Han-Chul.
 
Sementara itu, ketika membaca pendapat yang berlawanan, Hakim Ahn Chang-Ho bertegas agar undang-undang yang dikuatkuasa pada tahun 1953 itu sebagai pelindung utama moral keluarga. 
 
Dia juga memberi amaran bahawa pemansuhannya akan mencetuskan gelombang songsang dalam tatacara hidup masyarakat. (AFP)

 
Ulat bulu naik daun.
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Curang, selingkuh atau main kayu tiga, bukan lagi jenayah dan suatu kesalahan di Korea Selatan. Apakah budaya ini yang cuba diimport masuk oleh pemerintah Malaysia bersama-sama K-pop?

Ada yang berdalih, kita pilih yang baik saja. Adakah K-pop itu baik dari sudut agama dan moral? Mereka mengimport budaya Korea untuk menghancurkan remaja negara ini.. Ini realiti.

Tanda-tanda jelas sebuah kerajaan goyah

Posted: 27 Feb 2015 06:00 PM PST



 




SUARA LANTANG: Empat dekad lalu, Tun Abdul Razak Hussein melawan komunis. Hari ini, anaknya Datuk Seri Najib Razak melawan kartunis.

Di bawah pemerintahan Najib, peguam hak asasi manusia, ahli akademik, kartunis, media alternatif dan rakyat yang berfikir telah menggantikan peranan komunis di era bapanya. Mereka ini dianggap sebagai ancaman baru kepada keselamatan negara. 


Punca ketakutan kerajaan mudah sahaja. Ketakutan yang mengelilingi kerajaaan Najib. Perdana Menteri dan kabinetnya tidak yakin dengan diri mereka sendiri. Mereka takut kehilangan kuasa.
Seorang kawan Umno Baru, yang mendakwa merasa kecewa dengan kepimpinan partinya. Katanya, "Zunar ditahan kerana twit-nya, yang amat kritis terhadap kehakiman dalam Liwat 2. Beliau katakan apa yang ada dalam fikiran kebanyakan rakyat, dan orang dalam parti saya tahu ia betul."

Pengakuannya itu mendedahkan sesuatu, dan malah amat jujur.

Sepuluh hari selepas penahanan Zunar, giliran Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan pula untuk ditahan. Sepuluh polis menyerbu rumahnya, merampas computer, telefon dan modem internet. 


Arutchelvan telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan sabitan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam Liwat 2 adalah keputusan politik.

Kedua-duanya telah dibebaskan namun tiada siapa dapat menidakkan kemungkinan mereka akan ditahan semula.

Parti Najib kini dalam masalah. Pendekatan fiskalnya gagal. Beliau mungkin telah memenjarakan musuhnya Anwar, namun rancangannya memakan diri dan beliau telah melahirkan seorang korban perjuangan politik. 


Malah, Najib perlu berhadapan dengan perebutan kuasa dalam Umno Baru yang diketuai bekas PM Tun Mahathir Mohamad.

Kembali kepada Bukit Aman, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, yang bertindak seiringan dengan Najib, dipaksa untuk menghukum pengkritik kerajaan. Beliau perlu tunjukkan kepada rakyat apa yang akan berlaku kepada mereka jika tidak bersetuju dengan kerajaan. Penggunaan kuasa menunjukkan kerajaan yang lemah.

Ada tanda jelas lain yang membuktikan ketakutan kerajaan, namun Umno Baru perlu menunjukkan mereka "melindungi" orang Melayu dan "mempertahankan" Islam. Adakah Allah memerlukan sebuah parti politik untuk melindungi Islam?

Eric Paulsen daripada Lawyers for Liberty menulis di Twitter bahawa khutbah Jumaat mempromosikan ekstremisme. Maka untuk "mempertahankan" Islam, pihak berkuasa mengarahkan 20 polis untuk menahannya ketika makan malam. Adakah polis fikir polis akan melawan penahanannya dan melawan 20 polis dengan chopstick-nya?

Pertunjukkan kuasa yang sama juga berlaku pada 1998, apabila Mahathir mengarahkan Unit Tindakan Khas yang berpakaian hitam dan dilengkapi mesingan menyerbu rumah Anwar untuk menangkapnya, melalui tingkap. Barangkali mereka tidak tahu pintu hadapan terbuka.

Beberapa hari selepas keputusan Liwat 2, Ketua Hakim Tun Ariffin Zakaria bertegas bahawa badan kehakiman tidak tercemar. Beliau memberikan amaran bahawa sesiapa yang mencemarkan kehakiman akan dihukum. Katanya, beliau "perlu melindungi maruah dan integriti mahkamah."

Mengapa memberi penjelasan berjela-jela? Jika Ketua Hakim di pihak benar, tiada sebab untuk beliau menjustifikasikan tindakan. Adakah beliau dirundung rasa bersalah atau sesal?

Ketua Pendakwa Tan Sri Mohamad Shafee tahu apa yang digemari orang Umno Baru; seks dan seks. Beliau menganjurkan jelajah, agar dapat menghairahkan pendengarnya dengan butiran seks yang terperinci dan jelek daripada bayangan kejadian antara Saiful dan Anwar. 


Mengapa beliau mencemarkan imej Anwar, terutama ketika Anwar tidak dapat mempertahankan dirinya daripada tuduhan-tuduhan itu? 
 
 
Adakah Shafee merasa teruja dengan mengulang aksi-aksi seksual yang beliau dakwa berlaku? Bagaimana kita tahu sama ada beliau berkata benar atau tidak?

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bercakap besar, bahawa ini adalah waktu Umno Baru pula menyerang penyokong Anwar. Tindakannya mengesahkan bahawa Umno Baru kini lebih takut kepada Anwar, berbanding ketika beliau bebas.

Bukan itu sahaja. Umno Baru juga takut kepada ancaman daripada rakyat, seperti Zunar yang bukannya politikus atau NGO. Zunar melambangkan kebebasan bersuara di negara kita, dan seorang pejuang berani untuk kebebasan yang telah dirampas daripada kita semua.

Lakaran Zunar memberi kesan, ringkas, amat benar dan kelakar. Tangkapannya menjadi tajuk berita antarabangsa dan itu adalah sesuatu yang signifikan. 


Beliau mampu menyampaikan mesej secara terus, mudah difahami, dan merentasi kaum, agama dan negara. Beliau memberi kesan hebat kepada rakyat Malaysia, serta masyarakat luar yang memahami politik negara kita.

Kerajaan takut. Dalam percubannya menutup mulut pengkritik, Malaysia membuktikan kepada dunia bahawa ia adalah negara polis. 


Anda, rakyat Malaysia berkuasa melawannya. Solidariti dan tekad adalah senjata terbaik kita untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik.

Mariam Mokhtar adalah "rakyat Malaysia yang berani berkata benar"

1MDB diniagakan seperti sampah ??

Posted: 27 Feb 2015 05:30 PM PST

'Agensi berita Bloomberg melaporkan bon syarikat 1MDB diniagakan seperti sampah ketika pelabur tiada maklumat jelas berhubung rancangan syarikat itu menutup perniagaannya dan menjual asetnya.  1MDB yang mempunyai jumlah hutang melebihi RM42 bilion, khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan juga aliran tunai negatif RM2.25 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014.  Menurut The Edge Financial Daily awal minggu ini, Kementerian Kewangan menyedari masalah aliran tunai dihadapi 1MDB dan tahu ia mungkin tiada pilihan selain untuk campur tangan dengan memberi suntikan berjumlah RM3 bilion.  Tetapi untuk itu terjadi, kelulusan perlu diberikan oleh Kabinet kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan semua kontroversi yang melanda 1MDB.'

Agensi berita Bloomberg melaporkan bon syarikat 1MDB diniagakan seperti sampah ketika pelabur tiada maklumat jelas berhubung rancangan syarikat itu menutup perniagaannya dan menjual asetnya.

1MDB yang mempunyai jumlah hutang melebihi RM42 bilion, khidmat hutang tahunan sebanyak RM2.31 bilion dan juga aliran tunai negatif RM2.25 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014.

Menurut The Edge Financial Daily awal minggu ini, Kementerian Kewangan menyedari masalah aliran tunai dihadapi 1MDB dan tahu ia mungkin tiada pilihan selain untuk campur tangan dengan memberi suntikan berjumlah RM3 bilion.

Tetapi untuk itu terjadi, kelulusan perlu diberikan oleh Kabinet kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan semua kontroversi yang melanda 1MDB.
 

“Dr Hatta seperti Abang, saya perlu bantu dia” – Anthony Loke

Posted: 27 Feb 2015 05:00 PM PST

 
AL5
AL6 

Setiausaha Organisasi, Anthony Loke Siew Fook adalah individu paling sibuk sepanjang bulan lalu. Diamanahkan sebagai Pengarah Misi Bantuan Bencana Banjir DAP, beliau bertanggungjawab merancang, menyelaras dan mengagihkan bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia dari seluruh negara kepada mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Walaupun nampak sedikit keletihan, namun dilihat bersemangat untuk berkhidmat membantu saudara se-Malaysia yang menghadapi masa sukar. Malah usaha dan bantuan tidak hanya ketika bencana, malah rencana bantuan dilanjutkan ke fasa pemulihan pasca-banjir.

Justeru itu, sebagai antara individu terawal tiba, malah mungkin yang terakhir meninggalkan kawasan bencana, barangkali ada nukilan yang mahu dititipkan buat pembaca Roketkini.

Bagaimana suasana selepas banjir di Kelantan?

banjir-kuala-krai 

Saya rasa kemusnahan yang berlaku di Kuala Krai dan Manek Urai sangat dahsyat. Ada kampung yang dihanyutkan kesemuanya, memerlukan moblisasi kerajaan. Banyak kawasan yang mana mangsa mengalami keadaan dimana semua harta bendanya musnah. Keadaan ini memerlukan tindakan pantas dan mobilisasi termasuk dari tentera.

Pertamanya untuk mengelak wabak penyakit dan memastikan keselamatan penduduk. Walaupun banjir surut, tetapi keadaan di lapangan sangat teruk. Banyak sampah tak dikutip. Rumah musnah dan ada penduduk masih belum dapat penempatan semula. Ini sebabnya perhatian lebih besar perlu diberikan pihak kerajaan.

Tidakkah darurat menyebabkan parti politik dan NGO dilarang akses dan memberi pandangan, kerana keadaan itu dimonopoli pihak berkuasa?

AL 

Saya rasa boleh ada koordinasi dengan pihak kerajaan. Ini bukannya darurat perang atau darurat keselamatan. Ini darurat bencana. Saya rasa itu dimaksudkan saudara Lim Kit Siang. Kita memerlukan koordinasi dari pihak kerajaan dan agensinya untuk bekerjasama bersama NGO, parti politik dan orang ramai.

Orang ramai ingin menghulurkan bantuan dan bersimpati dengan mangsa banjir. Ini menunjukkan semangat rakyat Malaysia. Saya rasa kerajaan tidak ambil peluang ini untuk menyatukan rakyat. 

Kalau ada usaha bersepadu dijalankan, sudah tentu dapat menyemarakkan perpaduan. Keadaan ini disia-siakan oleh kerajaan. Mereka tidak ambil endah dengan cadangan yang kita lontarkan.
DAP kelihatan fokus kepada tempat seperti Temerloh, Kuala Krai dan Gua Musang. 

sedangkan kawasan ini bukan lokasi kebiasaan gerak kerja DAP.

Secara umumnya di negeri Kelantan, kehadiran DAP amat minimum, lebih-lebih lagi di Kuala Krai dan Gua Musang. Tetapi kita melihat kepada keperluan. Mengapa kita banyak beri tumpuan di Kuala Krai dan Gua Musang?

Manek_Urai 

Semua pihak bersetuju bahawa kerosakan dan kemusnahan paling teruk dialami di Kuala Krai, diikuti di Gua Musang. Di Mentakab dan Temerloh memang diberi perhatian kerana kawasan ini memiliki ADUN daripada DAP. ADUN kita terlibat dengan operasi bantuan. Memang ada sebab mengapa perhatian secara khusus.

Yang pertama melihatkan kemusnahan. Semua yang datang bersetuju keadaan di Manek Urai dan Kuala Krai menimbulkan perasaan yang amat pilu. Kemusnahan luar biasa dirasai. Itu sebabnya ada keperluan untuk kita berikan kepada mangsa di Kuala Krai. Ramai di kalangan mereka menghadapi kemusnahan segala-galanya. Difahamkan lebih 1,000 rumah musnah.

Kuala_Krai 

Sebab yang kedua adalah sebab peribadi. Saya membantu di Kuala Krai kerana saya amat bersimpati dengan Ahli Parlimen Kuala Krai, sahabat baik saya di Parlimen, iaitu Dr Hatta Ramli. Memang diketahui ramai bahawa beliau pemimpin dikenali ramai, disukai dan popular bukan sahaja di kalangan ahli PAS, tetapi di kalangan rakan Pakatan Rakyat.

Saya sendiri ada hubungan rapat kerana saya mengenali beliau dan YAB Azmin Ali semasa berkhidmat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) penambahbaikan pilihan raya pada 2012.

Selama enam bulan, kita bersama-sama bermesyuarat, membuat lawatan ke luar negara dan sebagainya. Semasa berkhidmat dalam PSC, kami amat rapat sekali. Semenjak itu saya anggap beliau sebagai seorang abang, dan sahabat yang baik di Parlimen.

Kalau saya meletakkan diri saya dalam keadaan beliau, tak tahu bagaimana hendak menghadapinya melihatkan kepada kemusnahan yang teruk. Saya amat bersimpati. Apa yang baik tentang Dr Hatta adalah – beliau seorang yang amat positif. Walaupun menghadapi keadaan yang begitu mencabar, masih boleh memberikan senyuman. Beliau seorang yang amat kuat semangat, peramah dan positif.

Jpeg 

Dari sudut parti rakan dalam Pakatan Rakyat, saya secara peribadi berusaha sedaya-upaya membantu dan memastikan segala sumber sama ada dari segi bekalan makanan dan bahan-bahan keperluan mencukupi dihantar kepada pusat khidmat beliau di Kuala Krai. Itu sekurang-kurangnya yang mampu kita lakukan. Dana yang dikutip sebahagiannya disumbangkan kepada Pusat Khidmat Parlimen Kuala Krai.

Ini antara sedikit sebanyak yang cuba saya usahakan dalam kemampuan untuk membantu, bukan sahaja seorang kawan yang menghadapi kesusahan, tetapi kepada rakyat Malaysia di Kuala Krai yang kini menghadapi kedudukan yang amat mencabar.

AL4 

Terdapat rungutan daripada mangsa banjir bahawa barangan bantuan tidak diagihkan agensi Pusat, hanya diletakkan di pusat pengumpulan. Apa pandangan saudara?

Dalam keadaan malapetaka dan bencana, adalah sesuatu yang amat malang kalau ada sikap memilih-milih. Kita memberikan arahan kepada semua sukarelawan dan petugas supaya mengagihkan bantuan kepada semua mangsa secara adil. Hampir semua penduduk di Kuala Krai adalah mangsa. Tak ada unsur pilih kasih. Kita beri kepada sesiapa yang memerlukan.

AL8 

Dalam bencana kita tidak mahu ada keadaan dimana mangsa hanya melihat bantuan, namun tidak sampai ke tangan mereka. Kita memastikan barangan tu diagihkan kepada mangsa sebaik mungkin.

Walaupun ada kelemahan dari segi agihan, tetapi sebaik mungkin tambahan barangan kita agihkan.

Kita ada tanggungjawab besar memastikan sumbangan orang ramai sampai. Rakyat di negeri lain memberi kepercayaan kepada kita membawa barangan dan wang ringgit, dan tanggungjawab kita adalah sampaikan kepada mangsa.

Melihatkan keadaan mangsa banjir masih belum pulih dan memerlukan dokongan berterusan, apakah DAP ada perancangan tertentu membantu mereka?

impian_kelantan-01 

Memang ada usaha berterusan. Takkan berakhir dari segi sumbangan sahaja. Kita akan teruskan kerjasama dengan rakan-rakan, khususnya dalam PAS yang ada inisiatif. Pemimpin seperti Datuk Husam Musa, bekas speaker DUN Kelantan Cikgu Rahim, Dr Hatta dan Dr Dzulkefly Ahmad mempunyai perancangan membina semula kampung dan penempatan sementara untuk mangsa banjir yang kehilangan rumah dan mereka yang tinggal sehelai sepinggang.

Ada rancangan lebih menyeluruh untuk membina semula dan membaiki rumah. Pihak DAP akan beri sokongan. Kalau perlu kerjasama dari segi tenaga manusia. kita akan berikan sumbangan tenaga manusia. Kita akan mengerahkan ahli kita untuk turun bergotong-royong membina rumah dan penempatan sementara. Kita akan teruskan bukan sahaja sokongan kewangan, tetapi sumber tenaga manusia.

kedai-rosak 

Bagaimana dengan masyarakat perniagaan yang terjejas?

Komuniti perniagaan terjejas teruk. Mereka memerlukan bantuan. Seperti yang dicadangkan saudara Lim Kit Siang, kerajaan Pusat perlu menubuhkan dana pinjaman tanpa faedah kepada peniaga kecil menghidupkan semula perniagaan mereka.

Semua peniaga terjejas akibat banjir dan menghadapi masalah modal pusingan. Sekiranya mereka ingin membuat pinjaman daripada bank, sudah tentu sukar kerana kebanyakan mereka tentu tidak dapat membuat pinjaman. Bank akan mengambil masa selain pelbagai syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi.

AL3 

Masalahnya, isu ini serius dan perlu dibahas dan diputuskan melalui undang-undang. Bagaimana DAP mahu melakukannya?

Parlimen akan bersidang pada 9 Mac. Sudah tentu isu banjir menjadi tumpuan. Kita akan persoalkan dan pastikan perbelanjaan itu secara telus. Perlu ada bantuan daripada kerajaan berbentuk dana tanpa faedah.

Cadangan ini perlu dilaksanakan segera oleh Pusat kerana kerajaan negeri tidak berkemampuan melakukannya. Kerajaan Pusat dengan kerjasama bank-bank swasta boleh bekerjasama melalui jaminan untuk membenarkan pinjaman.

AL9 

Walaupun bencana berlaku di Kelantan dan negeri-negeri di Pantai Timur dimana tradisinya tidak ada penampilan dan bukannya kawasan tradisi DAP, seluruh pimpinan turun padang termasuk saudara Lim Kit Siang dan Lim saudara Guan Eng.

Ini adalah manifestasi kemanusiaan menjangkau fahaman politik. Walaupun sebelum ini ada masalah dengan PAS, khususnya PAS Kelantan berhubung isu Hudud, namun kita ketepikan politik terlebih dahulu. Ini melibatkan isu hidup-mati rakyat. Bagi kita, isu kemanusiaan mengatasi segala-galanya.

Kita akan membantu terutamanya PAS yang menjadi pemerintah di Kelantan. Dan PAS adalah rakan dalam Pakatan Rakyat. Adalah tanggungjawab kita untuk turun membantu, bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di negeri-negeri Pantai Timur secara amnya. – 


Roketkini.com

UMNO mahu PR berpecah demi majoriti dua pertiga di Parlimen

Posted: 27 Feb 2015 04:15 PM PST

 
Liew-Chin-TongKLUANG, 27 FEB: UMNO sedang berusaha untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat supaya ia dapat terus memerintah apabila berjaya mendapatkan lebih banyak kerusi di Parlimen dengan melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Menurut Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, Malaysia kini mempunyai pertandingan '50-50' antara dua gabungan pembangkang dan kerajaan setelah pilihanraya 2008 dan 2009.

Ini menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional berusaha berhempas-pulas untuk kembali mendapatkan kuasa penuh seperti ketika sebelum kedua-dua pilihanraya itu.

"Antara cara mereka nak dapatkan kuasa seperti dulu ialah dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

"Ini agenda utama pimpinan UMNO dan Suruhanjaya Pilihan Raya," ujar Ahli Parlimen Kluang itu.

Namun, menurut Chin Tong usaha persempadanan semula ini memerlukan pindaan perlembagaan dengan majoriti dua pertiga justeru menyebabkan Barisan Nasional memulakan langkah memecah-belahkan Pakatan supaya mereka mendapat dua pertiga majoriti.

Kata beliau ini boleh dilakukan dengan mudah kerana mereka hanya memerlukan empat belas kerusi sahaja untuk tujuan itu.

"(UMNO akan) pecah-belahkan PR dengan berusaha agar PAS bergabung dengan UMNO atau pecahkan PAS dengan melobi golongan Kerajaan Perpaduan dalam PAS untuk dapatkan lebih undian di Parlimen.

"Dengan mendapatkan undian (dari perpecahan ini), persempadanan semula dan pertambahan kerusi (di Parlimen dan DUN) akan memberi kelebihan sewaktu pilihanraya akan datang."

Dalam pada itu, Chin Tong berkata UMNO kini telah membuat beberapa usaha terang-terangan dan secara rahsia untuk melemahkan dan menghancurkan Pakatan Rakyat. 

Ini termasuklah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rundingan hudud oleh Kerajaan Persekutuan UMNO dengan kelompok Kerajaan Perpaduan (UG), dan mengapi-apikan isu perkauman.

"Pemenjaraan Anwar Ibrahim bertujuan menghalang calon alternatif Perdana Menteri Malaysia.
"Penonjolan isu hudud pula bertujuan untuk pecahkan Pakatan Rakyat atau PAS dari dalam. 

Jelas sekali, UMNO tak pernah berniat pun untuk laksana hudud, kenapa tiba-tiba sekarang ini UMNO ghairah benar menekan PAS untuk laksana hudud pula?

"Perpecahan dalam Pakatan hanya membuatkan UMNO mendapatkan pengaruh lebih banyak dari mereka yang ingin dekat dengan UMNO melalui projek UG ini, lebih-lebih lagi dalam usaha mereka untuk adakan persempadanan semula.

"Memahami semua ini, akan membantu kita membaca senario sekarang dengan labih baik," jelas Chin Tong. – 


Roketkini.com

Formula terbaik selesai kemelut politik Sarawak, kata Najib

Posted: 27 Feb 2015 03:45 PM PST


Formula terbaik yang memuaskan hati semua pihak akan digunakan dalam menangani isu penerimaan parti baharu dalam Barisan Nasional di Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Formula terbaik yang memuaskan hati semua pihak akan digunakan dalam menangani isu penerimaan parti baharu dalam Barisan Nasional di Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata formula terbaik dan memuaskan hati semua pihak akan digunakan untuk menangani isu penerimaan dua parti baharu - Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) dan Parti Bersatu Sarawak (UPP) sebagai anggota Barisan Nasional (BN).

"Saya berpandukan kepada BN Sarawak kerana ia lebih kepada masalah dalam komponen BN Sarawak, namun kita akan berhubung dengan parti-parti komponen BN bagaimana untuk menanganinya.

"Apa yang penting adalah untuk memastikan kekuatan BN untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya negeri akan datang.

"Saya tahu memang ada percanggahan di kalangan parti komponen BN tetapi kita akan menanganinya dengan cara baik untuk memuaskan hati semua pihak," katanya.

Perdana menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman yang membabitkan kos RM200 juta, di Sri Aman, hari ini.




Mengenai tuntutan beliau kepada portal Harakahdaily berhubung kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu, Najib berkata, beliau berhak untuk meminta portal berkenaan membuat kenyataan permohonan maaf dan menarik balik segala fitnah yang disiarkan.

Najib berkata, portal berkenaan telah menyalahgunakan kuasa dengan membuat fitnah tidak berasas dan beliau berhak menyaman serta membela diri.

Mengenai lawatan beliau ke Sarawak kali ini, Najib menyifatkan ia lebih menyeluruh kerana sempat melawat lebih banyak tempat serta berpeluang bertemu dengan lebih ramai rakyat Sarawak daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Di samping itu, lawatan ini dapat memastikan keputusan dan janji yang telah dibuat kerajaan dapat dilaksanakan seperti pelaksanaan hospital baharu Sri Aman yang berharga RM200 juta, katanya.

"Saya juga menerima permohonan baharu untuk dipertimbangkan yang boleh membantu pembangunan dan kesejahteraan rakyat," katanya. – Bernama, 27 Februari, 2015.

See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/.

Putrajaya pandang serius ugutan bunuh KPN, kata Muhyiddin

Posted: 27 Feb 2015 08:00 AM PST

 Kerajaan pandang serius tindakan anak muda mengugut untuk bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman sosial kerana ia boleh cetus ancaman lebih besar.

Kerajaan pandang serius tindakan anak muda mengugut untuk bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman sosial kerana ia boleh cetus ancaman lebih besar.

Kerajaan memandang serius tindakan sekumpulan anak muda yang mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman sosial kerana ia boleh mencetuskan ancaman lebih besar kepada negara pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata 3 langkah perlu diambil bagi menangani ancaman ekstremisme sedemikian termasuk melalui pendidikan untuk memberi pemahaman mengenai keselamatan kepada generasi muda.

"Kedua, undang-undang yang sudah diguna pakai selama ini perlu dikuatkuasakan secara berkesan dan ketiga, kerjasama antara orang ramai untuk membantu pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya.

"Kita tidak boleh anggap mainan kerana hari ini isu ekstremisme sudah menjadi isu global ... ada rakyat kita yang terlibat dengan IS (kumpulan militan), bermakna bukti jelas ia sudah berlaku di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas ugutan sekumpulan anak muda melalui laman sosial selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pelan Tindakan Pasca Banjir di Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini.

Dua hari lepas, satu lagi video provokasi berdurasi 1:27 minit memaparkan 3 lelaki bertopeng yang menggelar diri sebagai Anak Muda Anti Demokrasi menjadi viral di media sosial.

Mereka yang sebelum ini merancang untuk meletupkan mercun di semua mahkamah seluruh negara pada 11.30 malam 18 Februari lepas, kali ini mengugut ingin meletupkan kereta dan membunuh Khalid.

Ditanya mengenai cadangan beberapa pihak supaya satu mata pelajaran baharu diwujudkan untuk memberi pemahaman kepada pelajar mengenai isu keselamatan, Muhyiddin yang juga menteri pendidikan berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dulu berikutan tempoh waktu persekolahan yang terhad.

"Terdapat tempoh terhad daripada segi waktu pembelajaran di sekolah, jadi sebarang cadangan untuk menambah (mata pelajaran) tidak praktikal dan tidak mudah untuk kementerian.

"Tetapi, saya fikir mata pelajaran spesifik yang berkaitan dengan isu keselamatan boleh diperkenalkan dalam ko-kurikulum, untuk pelajar memahami bahaya dan peranan media sosial yang mungkin memberi impak terhadap kehidupan mereka ... kami akan kaji perkara itu," katanya. – Bernama, 27 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/


Penyebar spekulasi MH370 jahil, kata Jailani

Posted: 27 Feb 2015 07:30 AM PST

Penyebar spekulasi liar mengenai pesawat MH370 adalah orang yang jahil, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Penyebar spekulasi liar mengenai pesawat MH370 adalah orang yang jahil, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Penyebar spekulasi liar dan berita palsu berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac tahun lepas adalah jahil dan kurang pengetahuan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Selaku pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Komunikasi dan Media Insiden MH370, beliau menegaskan kerajaan tidak menyembunyikan mana-mana fakta dalam usaha pencarian pesawat itu.

Berhubung dakwaan kononnya Rusia terlibat dan pesawat itu dibawa ke Antartika, Jailani berkata dakwaan itu dibuat pihak tertentu yang mahu popular dengan berita sensasi.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang berterusan membuat spekulasi atau menyebar maklumat salah mengenai insiden berkenaan supaya berhenti berbuat demikian.



"Hentikan spekulasi dan perlu percaya kepada kerajaan yang mempunyai tanggungjawab lagi besar dalam misi pencarian pesawat ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya, hari ini.

Pesawat MH370, yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 12.41 tengah malam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 24 Mac tahun lepas mengumumkan pesawat MH370 berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Pada 29 Januari tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengumumkan kehilangan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 24 Februari dilaporkan berkata pencarian akan diteruskan dan data yang dibekalkan Inmarsat dan Pusat Kawalan Trafik Udara menunjukkan MH370 menuju ke arah selatan Lautan Hindi.

Jailani berkata kemudahan Internet yang disediakan harus dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang sahih.

"Apabila sesuatu maklumat itu disebarkan, jangan terus percaya. Kita perlu periksa semula sebelum berita berkenaan menjadi viral," katanya.

Sementara itu, Jailani berkata SKMM sedang menjalankan kajian komprehensif berhubung beberapa aspek penambahbaikan terhadap pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terutamanya berhubung kesalahan siber yang sering berlaku ketika ini. – Bernama, 27 Februari, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Mahfuz bawa ibu jumpa Sirul di Australia Ahad ini Oleh YASMIN RAMLAN

Posted: 27 Feb 2015 06:45 AM PST


Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan ke Sydney, Australia pada Ahad ini, bersama ibu kepada Sirul Azhar Umar.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan ke Sydney, Australia pada Ahad ini, bersama ibu kepada Sirul Azhar Umar.

Datuk Mahfuz Omar bersama ibu dan adik perempuan Sirul Azhar Umar akan berangkat ke Australia untuk bertemu bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu pada Ahad ini jam 11 malam.

Turut menyertai misi khas ke Australia itu ialah seorang pegawai Mahfuz dan peguam, kata ketua penerangan PAS itu mengesahkan satu kenyataan media yang diedarkan hari ini memaklumkan mengenai perkara itu.

PAS sebelum ini dilaporkan berhasrat membawa ibu Sirul, Piah Samad, 74, ke Sydney di mana Sirul ditahan Jabatan Imigresen negara itu.

Difahamkan, mereka bertemu kali terakhir pada tahun lepas sebelum Sirul berlepas ke Australia pada Oktober.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu sebelum ini dilaporkan berharap Piah dapat bertemu Sirul dan seterusnya membuktikan selama ini beliau sememangnya berkomunikasi dengan bekas polis yang disabitkan dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu itu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, beliau turut ditanya mengenai hebahan palsu yang tersebar melalui pesanan Whatsapp mengatakan beliau memanggil satu sidang media yang akan turut dihadiri ibu Sirul di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini.

"Siapa yang sebarkan mesej tu? Saya pun tidak tahu apa-apa," katanya.

Isnin lalu, Sirul dijadualkan mengadakan telesidang secara langsung bersama media Malaysia anjuran PAS pada jam 11.30 pagi, tetapi beliau gagal dihubungi Mahfuz selepas beberapa kali cubaan.

Bagaimanapun, hampir 2 jam kemudian kira-kira jam 1.10 petang, beliau berjaya dihubungi Mahfuz yang mengatakan Sirul terlebih dulu membuat 'missed call' padanya.

Mahfuz berkata, apabila beliau menelefonnya semula, Sirul memberitahu yang beliau sudah bersiap sedia menunggu panggilan untuk telesidang itu sejak pagi.

Sirul kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Interpol.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri selepas sabitan bersalah membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.

Sirul tidak hadir ke mahkamah ketika hukuman tersebut dijatuhkan dan dipercayai berada di Australia sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mohmad Salleh dilaporkan berkata, menurut rekod imigresen, Sirul ke Australia pada Oktober. – 27 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

PERHATIAN :  Kami rakyat Malaysia Hanya Berdoa  Dato Mahfuz dan pesana kami   lebih berhati hati dan SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI....Wassalam.


Tiada guna himpunan untuk selamatkan Najib

Posted: 27 Feb 2015 06:00 AM PST


ULASAN BERITA
   
Rancangan untuk mengumpulkan ketua-ketua bahagian Umno dalam satu perjumpaan pada 8 Mac ini bagi menyatakan solidariti kepada Najib Razak menunjukkan kedudukan Perdana Menteri itu semakin tercabar dan kritikal.

Sekiranya Najib berada dalam keadaan stabil, kukuh dan "sihat" sudah pasti himpunan berkenaan tidak perlu diadakan. Himpunan itu boleh diibaratkan himpunan untuk membaca Yassin kepada seseorang yang sedang bertarung dengan Malikimaut.

Menurut seorang ketua Umno bahagian sehingga kini 170 ketua bahagian di seluruh negara telah menyatakan kesediaan untuk hadir.

Jumlah itu tidak menggambarkan semua ketua-ketua bahagian Umno sedia hadir dan memberi sokongan padu kepada Najib. 
Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara. Ini bermakna 21 bahagian lagi masih belum menyatakan sikap sokongan mereka kepada Najib.

Tanpa seratus peratus ketua bahagian Umno yang menyokong Najib, menjelaskan bahawa Ketua Umno Bahagian Pekan itu sudah tidak mendapat sokongan solid dalam Umno. 
Apakah kesemua 170 ketua bahagian yang hadir itu boleh diyakini mereka menumpahkan taat setia kepada Najib seratus peratus? 
Atau dalam konotasi lain mereka ikhlas membaca Yassin untuk kesejahtraan Najib?

Tentu ada yang datang kerana terpaksa, malu alah ataupun sengaja untuk menjadi pengintip dalaman atau alang-alang tikti dan wang saku sudah dihulurkan.

Mereka akan hadir atas kedudukan sebagai ketua bahagian dan himpunan itu sebahagian daripada aktiviti parti. Tetapi tidak semestinya mereka hadir untuk menyatakan sokongan. 
Ketua-ketua bahagian sendiri dapat melihat dan menilai kelemahan dan masalah yang berdepan dengan Najib sebagai seorang perdana menteri. 
Rasanya tidak semua ketua bahagian Umno berketurunan Pandir, Lebai Malang atau pun Mat Jenin.

Lambakan isu-isu di sekitar diri Najib yang menunjukkan kelemahannya telah menekan diri Najib. Antara isu-isu yang berlonggok di sekeliling Najib dan meletakkan dia sebagai seorang perdana menteri lemah, seperti isu pembunuhan Altantuya, 1MDB, kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim, kehilangan pesawat MH370 dan juga penembakan hancur pesawat MH17.

Sehingga kini tidak diketahui apa jadi dengan nasib MH370 manakala kedudukan kotak hitam pesawat MH17 yang sudah lama ditemui tetapi belum ada apa-apa maklumat daripadanya. 
Kelewatan ini menunjukkan kelemahana Najib sebagai perdana menteri yang tidak dihormati langsung oleh negara asing yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Tidak cukup dengan isu di luar diri Najib, ia ditambah dengan isu dalaman, mengenai keborosan isterinya Rosmah Mansor yang menjadi sebutan mulut kepada segenap orang, pertelingkahan dalam keluarganya mengenai harta peninggalan Tun Razak. 
Laporan mengatakan keluarga Najib bergeser kerana harta telah merosakan maruah dan imej Najib sebagai seorang perdana menteri.

Macam mana kamu hendak menguruskan sebuah negara sedangkan untuk menguruskan keluarga sendiri pun tidak mampu. 
Apa yang berlaku dalam keluarga Najib itu memberi gambaran kelemahan daya kepimpinannya dan merosakkan integriti beliau sebagai seorang pemimpin.

Selain itu masalah ekonomi dan masa depan negara juga turut mencengkam Najib. Kejatuhan nilai ringgit yang semakin hari semakin merisaukan akan menambahkan lagi "kelengguhan" Najib sebagai perdana menteri untuk berfikir.

Paling menekam dan menganggui tidur Najib kini ialah tentang "bebasnya" orang yang telah dijatuhi hukum bunuh kerana membunuh Altantuya. 
Suara pembunuh, Sirul Azhar Ummar dari Australia benar-benar menyebabkan Najib hilang selera makan. Kata dua yang diberikan Mahathir kepadanya; sama ada berhenti akhir Februari, atau tunggu letupan bom, juga menganggu minda Najib.

Mungkin tarikhnya sudah berlalu, tetapi apabila bom itu sudah dipasang ia boleh meletup bila-bila masa sahaja. Bom yang dimaksudkan itu mungkin pendedahan terus terang Sirul Azhar berhubung kejadian pembunuhan model Mongolia itu.

Isu-isu dan situasi itulah menyebabkan reputasi Najib sebagai seorang perdana menteri terjejas. Serangan yang dilakukan oleh bekas PM, Dr Mahathir Mohamad yang beregu dengan Daim Zainuddin juga menunjukkan Najib tidak mendapat restu dan sokongan padu bekas pimpinan Umno dan ia merupakan satu malapetaka buatnya.

Serangan Mahathir bersama Daim itu menyerlahkan bahawa Najib tidak berkeupayaan untuk menguruskan parti dan kerajaan.  
Walaupun dalam masa sama Mahathir ada agenda politiknya tersendiri, tetapi apa dilakukan Mahathir itu berasas dan logi. Dia juga mungkin tidak dapat melunasi tuntutan Mahathir dan Daim yang tidak terpikul olehnya.
Justeru dengan apa yang berlaku tidak ada guna himpunan ketua-ketua bahagian Umno seperti dirancangkan itu kerana kecacatan yang ada kepada Najib sebagai perdana menteri, kelemahan dan kegagalannya tidak dapat diperbaiki dengan pernyataan solidariti itu. 
Ia boleh jadi hanya menjadi ruang untuk Najib mengaku bahawa dia masih mendapat sokongan walaupun semua orang sudah tahu dia semakin lemah dan lemah.
Yang pastinya dan kita semua kenal siapa Mahathir dan apa tindakannya, dia tidak akan berhenti dari menggerudi Najib. Maka adalah munasabah dan baik kalau Najib akur dengan kehendak Dr Mahathir yang seperti mana disarankan Rafizi Ramli agar meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Yang juga perlu ditinjau oleh Najib apakah dalam persidangan parlimen bermula pertengahan Mac ini akan membawa satu natijah buruk kepadanya. 
 
Atau kerana sudah terhidu apa yang bakal berlaku maka beliau mengarahkan ibupejabat Umno memanggil ketua-ketua bahagian cepat-cepat membaca Yassin untuknya. [wm.kl.10:47 am 27/02/15]


APA SEBENARNYA YANG MENANTU HAJI HADI INI MAHU?

Posted: 27 Feb 2015 05:15 AM PST

 Masih ada yang hatinya tak pernah puas rupanya.

ISU INTEGRITI?


Punca dia meracau ialah kerana Asmuni Awi dilantik semula sebagai Pengarah Pemilihan bagi Muktamar 2015

TIADA INTEGRITI?

Kalau Asmuni tiada integriti, buat apa lantik dia jadi peguam untuk membela Haji Hadi dalam kes saman RM2 juta dulu? Peguam ini takde integriti kan?

Terus terang sajalah.
Sebelun ini tiada siapa dalam PAS yang secara terbuka mengkritik Presiden Pas, Haji Hadi Awang. Tetapi kenapa kini ada suara-suara yang mahu kerusi Presiden PAS itu diganti? Menantunya, Zaharudin Muhamad yang juga Ahli Majlis Syura Pas pula sering mengeluarkan komen-komen yang tidak cerdik. Antaranya ialah komen "very stupid" terhadap Nizar, AJK PAS Pusat. Dia juga bertelibgkah dengan Khalid Samad mengenai isu Kota Damansara yang sepatutnya diberi kepada PKR untuk bertanding.

Masih tak puas hati walaupun Timbalan Presiden dan Dr Hatta terpaksa menghadapi siasatan?





YONG SUKA KUNING

Exco Pulau Pinang disiasat di Bukit Aman

Posted: 27 Feb 2015 04:30 AM PST

 
Anggota exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin disiasat bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai penghakiman kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan ketua Pemuda PKR dipanggil memberikan keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Dr Afif berkata siasatan itu berdasarkan laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataannya di luar mahkamah pada 10 Februari.

"Siasatan ini mengenai ucapan saya di luar bilik mahkamah selepas keputusan kes liwat," katanya selepas memberikan keterangan.

"Namun, saya tidak boleh menyatakan nama portal berita itu kerana ia masih lagi dalam siasata."


Malaysiakini

'Izinkan Anwar minum teh bersama Agong'

Posted: 27 Feb 2015 03:45 AM PST

 
 
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat bulan depan, termasuk menghadiri majlis minum petang diraja bersama Yang di-Pertuan Agong selepas acara pembukaan, kata anaknya.

"Beliau perlu dibenarkan memenuhi jemputan Seri Paduka Baginda untuk minum petang bersama. Ada tempat khas untuk ketua pembangkang dalam majlis itu," kata Nurul Izzah, juga ahli parlimen Lembah Pantai.

Dalam sidang medi di pejabat PKR hari ini, beliau menunjukkan kad jemputan ke sidang Parlimen pada 9 Mac sehingga 9 April ini daripada yang dipertua dewan.

Surat rasmi itu dihantar menggunakan sampul surat bertulis 'Urusan Seri Paduka Baginda', tambah Nurul Izzah.

Menurutnya, surat undangan kepada Anwar dihantar selepas beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara pada 10 Februari.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam berkata kuasa untuk membenarkan Anwar keluar untuk menghadiri sidang mulai 9 Mac terletak pada peguam negara.

Menurutnya lagi, pandangannya itu berbeza dengan timbalannya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi sebelum ini berkata Anwar boleh membuat permohonan kepada Kementerian Dalam Negeri jika mahu menghadiri sidang Parlimen.

Walaupun bersalah dan layak dilucutkan jawatan, Anwar masih lagi sah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Lembaga Pengampunan.

Keluarganya menfail petisyen pengampunan diraja awal minggu ini.


Malaysiakini

Malam Esok RON95 Naik Harga

Posted: 27 Feb 2015 03:45 AM PST

 Bhai/DeeDee semua...

Berapa agaknyer harga petrol pada 1 Mac 2015 aaa..... Sebab tengah malam esok RON95 akan naik harga.... Gua dapat maklumat akan naik dalam duaposen ... RM0.20 seliter..... Hahaha... malam esok boleh la kiter tengok pesta beratur kat stesen minyak.... Hahahaha

So... skarang nih gua nak tanya lu orang.... berapa patutnya harga minyak perlu naik kalo ikut Ahmad Maslan dan KPDNKK punya MOPS ....

Naik 5 sen?
Naik 7 sen?
Naik 10 sen?
Naik 20 sen?
Naik 30 sen?
Naik 40 sen?


Atau ..... Naik Antu ?..... hahahaha...
Anda mungkin juga meminati:
Terima Kasih Kepada Semua
12 Tengah Malam

CIPAN, TAPIR & TENUK.


Nak Pilih TG Haji Hadi Sebagai Mursyidul AM? - Kena Tahu Dulu Perlembagaan PAS !

Posted: 27 Feb 2015 03:00 AM PST

 


Ahmad Amzad Hashim

Berhubung cadangan taktikal bermulut manis mereka yg mahu jatuhkan DS TGHH dari terus memimpin PAS supaya DS TGHH dilantik menjadi Mursyidul Am maka saya cadang beginilah.

Pertama Mursyidul Am bukan dilantik oleh perwakilan. Tetapi oleh AJK Pusat yg akan dipilih oleh perwakilan yg diketuai oleh Presiden pilihan perwakilan di muktamar. Ini dengan penglibatan Dewan Ulama.

Presiden sentiasa merujuk kpd Mursyidul Am seperti yg diamalkan oleh DS TGHH sejak dulu dan jika bercanggah maka keputusan Mursyidul Am yg diutamakan seperti maksud Perlembagaan PAS.

Begitu jugalah contoh ditunjuk ketika DS TGHH menjadi Timbalan Presiden kepada Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Beliau setia, taat dan bersungguh2 menjayakan keputusan2 Presiden. Seperti yg dimahukan Perlembagaan.

Beliau profesional dalam amalan berorganisasi.

Jika lihat pada peel perangai mereka yg gelojoh mahu jatuhkan Presiden ini dan tak sabar mahu jadi Presiden, adakah mereka akan ikut teladan yg ditunjuk oleh DS TGHH yg menghormati Mursyidul Am dan Majlis Syura Ulama?

Contoh yg ditunjuk oleh manusia seperti Phahrolrazi hanya akan jadikan konflik berterusan jika dibuat ikutan.

Kalau mahu sangat DS TGHH menjadi Mursyidul Am, perwakilan perlu pastikan DS TGHH dilantik sbg Presiden dan mereka ini jika ada yg dilantik sebagai AJK Pusat sila lah cadangkan supaya DS TGHH juga mengepalai Majlis Syura. Itu pun jika dibenarkan perlembagaan.

Yang saya tengok, jika mereka yg PASMA atau mirip PASMA menjadi Presiden, mereka akan buat "ikut suka hati aku laa" sama ada nak terima atau tidak pandangan Mursyidul Am, Majlis Syura Ulama atau Dewan Ulama.

Kita mahu PAS jadi macam UMNO agaknya.

Berita Gempar Dari Putrajaya

Posted: 27 Feb 2015 02:15 AM PST

 

Berita gempar hari ini. Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online.

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"

Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib.

"Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman," katanya.

"Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan."

Berita gempar hari ini

Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times.

Bagaimanapun Rosli enggan mengesahkan sudah menerima surat saman yang dikatakan daripada Najib itu.

Pejabat Harakah ketika dihubungi The Malaysian Insider juga berkata tidak menerima sebarang surat saman itu.

"Saya belum terima apa-apa surat hari ini," kata Pengurus Pentadbiran Harakah Sharini Mat Sutris.

Dalam artikel yang ditulis Rosli pada 12 Februari lalu, beliau mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB.

1MDB merupakan entiti yang dimiliki Kementerian Kewangan dan Riza merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.

Harta Najib: Adakah benar ia warisan keluarga, atau bukan? oleh Ng Kee Seng

Posted: 27 Feb 2015 01:30 AM PST


 Sebuah kenyataan yang didakwa ditandatangani empat adik lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi meletakkan Najib dalam kedudukan sukar.

Apakah seterusnya yang menimpa Najib apabila empat adiknya sendiri pun menafikan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mendakwa kekayaan Najib datang daripada warisan keluarga.

Empat adik Najib iaitu Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir berkata: "Kami memandang serius apabila ada artikel dan berita baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi berhubung warisan harta yang ditinggalkan bapa kami Tun Abdul Razak.

"Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara.

"Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka. Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini."

The Malaysian Insider mendakwa kenyataan itu dihantar kepada mereka pada malam 24 Februari. Siapakah yang rakyat Malaysia akan percaya?

Najib atau empat adiknya? Berikutan laporan New York Times (NYT) bahawa anak tiri Najib telah membeli hartanah mewah di kota New York, NYT memetik kenyataan JPM yang kekayaan Najib hasil daripada warisan keluarga. Artikel itu berhubung anak tirinya, Riza Aziz yang membeli hartanah di New York dan juga Beverly Hills.

Jika kenyataan bertandatangan oleh empat anak Tun Razak itu adalah tulen, JPM nampaknya telah membuat kesilapan yang paling memalukan. Ia juga menunjukkan JPM dan Najib sudah kering idea untuk melawan pelbagai laporan tentang kekayaan dan perbelanjaan yang dikaitkan dengannya dan keluarga.

Apa yang paling tidak masuk akal dan mengelirukan adalah JPM membelanjakan jutaan ringgit dalam khidmat rundingan imejnya. Macam mana JPM boleh mengeluarkan kenyataan yang salah seumpama itu?

Adakah ia sudah mencapai tahap di mana sebanyak mana 'spin' perhubungan awam sekalipun tidak lagi dapat membantu JPM dan Najib? oleh Ng Kee Seng SEKILAS PANDANG:

Sebuah kenyataan yang didakwa ditandatangani empat adik lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi meletakkan Najib dalam kedudukan sukar.

Apakah seterusnya yang menimpa Najib apabila empat adiknya sendiri pun menafikan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mendakwa kekayaan Najib datang daripada warisan keluarga.

Empat adik Najib iaitu Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir berkata: "Kami memandang serius apabila ada artikel dan berita baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi berhubung warisan harta yang ditinggalkan bapa kami Tun Abdul Razak.

"Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara.

"Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka.

Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini."

The Malaysian Insider mendakwa kenyataan itu dihantar kepada mereka pada malam 24 Februari.

Siapakah yang rakyat Malaysia akan percaya? Najib atau empat adiknya?

Berikutan laporan New York Times (NYT) bahawa anak tiri Najib telah membeli hartanah mewah di kota New York, NYT memetik kenyataan JPM yang kekayaan Najib hasil daripada warisan keluarga. Artikel itu berhubung anak tirinya, Riza Aziz yang membeli hartanah di New York dan juga Beverly Hills.

Jika kenyataan bertandatangan oleh empat anak Tun Razak itu adalah tulen, JPM nampaknya telah membuat kesilapan yang paling memalukan. Ia juga menunjukkan JPM dan Najib sudah kering idea untuk melawan pelbagai laporan tentang kekayaan dan perbelanjaan yang dikaitkan dengannya dan keluarga.

Apa yang paling tidak masuk akal dan mengelirukan adalah JPM membelanjakan jutaan ringgit dalam khidmat rundingan imejnya. Macam mana JPM boleh mengeluarkan kenyataan yang salah seumpama itu?

Adakah ia sudah mencapai tahap di mana sebanyak mana 'spin' perhubungan awam sekalipun tidak lagi dapat membantu JPM dan Najib?

Kongsikan: oleh Ng Kee Seng SEKILAS PANDANG:

Sebuah kenyataan yang didakwa ditandatangani empat adik lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi meletakkan Najib dalam kedudukan sukar.

Apakah seterusnya yang menimpa Najib apabila empat adiknya sendiri pun menafikan kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mendakwa kekayaan Najib datang daripada warisan keluarga.

Empat adik Najib iaitu Datuk Johari, Datuk Nizam, Datuk Nazim dan Datuk Seri Nazir berkata:

"Kami memandang serius apabila ada artikel dan berita baru-baru ini telah menimbulkan spekulasi berhubung warisan harta yang ditinggalkan bapa kami Tun Abdul Razak.

"Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara.

"Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka. Kami juga ingin menambah bahawa seluruh keluarga kami bersatu dalam isu ini."

The Malaysian Insider mendakwa kenyataan itu dihantar kepada mereka pada malam 24 Februari. Siapakah yang rakyat Malaysia akan percaya? Najib atau empat adiknya?

Berikutan laporan New York Times (NYT) bahawa anak tiri Najib telah membeli hartanah mewah di kota New York, NYT memetik kenyataan JPM yang kekayaan Najib hasil daripada warisan keluarga. Artikel itu berhubung anak tirinya, Riza Aziz yang membeli hartanah di New York dan juga Beverly Hills.

Jika kenyataan bertandatangan oleh empat anak Tun Razak itu adalah tulen, JPM nampaknya telah membuat kesilapan yang paling memalukan. Ia juga menunjukkan JPM dan Najib sudah kering idea untuk melawan pelbagai laporan tentang kekayaan dan perbelanjaan yang dikaitkan dengannya dan keluarga.

Apa yang paling tidak masuk akal dan mengelirukan adalah JPM membelanjakan jutaan ringgit dalam khidmat rundingan imejnya. Macam mana JPM boleh mengeluarkan kenyataan yang salah seumpama itu? Adakah ia sudah mencapai tahap di mana sebanyak mana 'spin' perhubungan awam sekalipun tidak lagi dapat membantu JPM dan Najib? -


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Alasan tangguh kes Mat Sabu tak munasabah - Hanipa

Posted: 27 Feb 2015 12:45 AM PST


BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Mac depan untuk menyambung perbicaraan kes ceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes berkenaan kerana saksi terakhir, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim tidak dapat hadir untuk memberi keterangan.

Katanya mahkamah mempunyai kuasa penuh untuk memerintahkan mana-mana saksi yang tidak hadir ditangkap. Bagaimanapun, mahkamah akur kuasa yang ada hendaklah digunakan secara berhemah.

"Berdasarkan kepada pertimbangan yang diambil kira dan faktor kes kepentingan awam di mana kes ini mendapat liputan meluas media, saya membenarkan penangguhan yang dimohon.

"Saya sendiri berpendapat keterangan daripada seorang pakar sejarah dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang mantap dalam kes ini," katanya pada perbicaraan kes itu di sini hari ini.

Mohamad, yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, 60, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.

Tertuduh juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani memohon mahkamah menangguhkan perbicaraan kes berkenaan berikutan Khoo tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

Beliau juga memberitahu pihaknya turut mengemukakan sapina kepada Khoo untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi menerusi e-mel.

Bagaimanapun, peguam bela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin memohon mahkamah menolak permohonan itu atas alasan ia adalah kali kedua saksi gagal hadir di mahkamah.

"Seperti mana diakui pihak pendakwaan, perbicaraan telah ditangguh beberapa kali. Pertama kali pada 16 Jan dan pada hari ini. Saya berpendapat alasan yang diberikan tidak munasabah dan ambil mudah. Persoalan saya adakah alasan penangguhan itu adalah suatu yang mahkamah boleh pertimbangkan," katanya.

Razali kemudiannya bangun menjelaskan bahawa tarikh 16 Jan itu diberikan oleh pembantu peribadi Khoo dan bukan daripada saksi sendiri, manakala pada hari ini Khoo mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. - Bernama

KedahLanie.

BUKA KELAS GYM UNTUK KURUS BADAN

Posted: 27 Feb 2015 12:00 AM PST

 

PROJEK BIK MAMA



MAT MONGOL PENCEN
Mat monggol pencen bik mama bole masuk masjid dengar kuliah agama.kah...kah...kah... on BIK MAMA NAK BUAT APA?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/27/15