Khamis, 26 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Jabatan Audit perlu segera audit 1MDB - PAC

Posted: 26 Feb 2015 11:00 PM PST

KANTOI : PAC BUAT U-TURN KES AUDIT AKAUN 1MDB, BULAN LEPAS KATA TIADA ASAS.....

 
Nur Jazlan Mohamed

26 febuari 2015


Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil pegawai-pegawai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) tidak lama lagi untuk menerangkan mengenai urusniaga dan hutang firma tersebut yang telah mencetuskan kontoversi sehingga menarik perhatian rakyat tempatan dan antarabangsa.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jawatankuasa tersebut turut meminta Jabatan Audit untuk melihat kepada akaun-akaun 1MDB yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

"Rakyat perlu tahu kebenarannya manakala kerajaan pula perlu telus di dalam isu 1MDB. Sekiranya pelaburan dan operasi yang dijalankan oleh 1MDB adalah sah, biarlah ia dibuktikan oleh Jabatan Audit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara perkara yang perlu dilakukan audit adalah sumber yang digunakan oleh 1MDB untuk menyelesaikan hutangnya kepada tiga bank tempatan dengan jumlah RM2 bilion, suntikan dana kerajaan sebanyak RM3 biion serta perjanjian firma pelaburan negara itu dengan PetroSaudi International (PSI).

Selain itu, Jabatan Audit perlu mengesahkan sama ada wang yang dilaburkan di Cayman Islands oleh firma berkenaan telah dibawa pulang atau pun tidak. - MalaysiaGazette



Tiada Sebab Nak Audit Semula 1MDB, Kata PAC



KUALA LUMPUR 24 Jan 2015 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak bercadang untuk memanggil syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana ia sudah diaudit oleh firma audit antarabangsa.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed malam tadi berkata PAC memerlukan asas untuk melihat operasi perniagaan 1MDB.

Katanya, bagi membolehkan ia berbuat demikian, ia akan merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara berhubung dana pembangunan strategik itu.

"Ketua audit negara boleh hantar pasukan ke mana-mana jabatan kerajaan untuk menyiasat dan membangkitkan isu dalam jabatan itu.

"Dalam kes 1MDB, firma audit antarabangsa yang terkemuka sudah melakukannya dan mengesahkan tiada keganjilan dalam akaunnya. Jadi apa yang boleh kami jadikan asas untuk memanggil 1MDB dan buat siasatan kami?" katanya di forum bertajuk Laporan Ketua Audit Negara: Formaliti Audit Kerajaan atau Kebertanggungjawaban di Universiti Wawasan di Pulau Pinang, malam tadi.





Wakil rakyat Barisan Nasional itu berkata firma antarabangsa mempunyai juruaudit yang lebih berkemahiran dan cekap berbanding kakitangan Jabatan Audit Negara untuk melihat akaun 1MDB, yang membabitkan wang disimpan di luar negara.

Katanya, ketua audit negara pernah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu baru-baru ini, bertanya nilai tambah yang boleh ditawarkan jabatannya apabila firma antarabangsa sudah mengaudit dan mengesahkan akaun 1MDB.

"Lupakan mengenai perubahan juruaudit dan CEO (ketua pegawai eksekutif), dan angka yang diberi (ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) Tony Pua dan (ahli Parlimen Pandan) Rafizi Ramli kerana nombor itu juga tidak tepat dalam banyak kes.

"Tetapi mereka dapat buat sehingga rakyat ada tanggapan sesuatu sangat tidak kena dengan 1MDB.

"Nama Mr Jho Low (ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho) dibincangkan tetapi adakah dia pengarah atau pemegang saham syarikat itu? Adakah dia terbabit dalam mana-mana bahagian syarikat? Dia tidak. Jadi bagaimana kita mahu memanggilnya, hanya kerana rakyat dakwa dia terbabit?

"Apa asas yang kita ada? Itu satu lagi masalah, iaitu mengapa kita perlu jabatan audit menjalankan siasatan," katanya, tetapi menambah beliau tidak ada banyak maklumat butiran berkaitan syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu kerana masih belum membaca Laporan Ketua Audit Negara.



Nur Jazlan, yang juga ahli Parlimen Pulai, berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam forum yang dianjurkan badan pemikir kerajaan negeri Penang Institute, iaitu sama ada PAC akan memanggil 1MDB, yang didakwa pengkritik boleh menjejaskan keyakinan pelabur di Malaysia.

Dilaporkan 1MDB dikritik teruk oleh ahli politik pembangkang, dan juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hutang besar ditanggung syarikat itu, penggunaan wang dalam syarikat berkenaan dan operasinya yang rahsia.

Ramai bimbang dengan hutang syarikat itu yang dianggarkan RM40 bilion, walau baru hanya beroperasi 5 tahun, di tengah-tengah nilai ringgit rendah berbanding dolar AS.

Nur Jazlan berkata struktur kerajaan dan undang-undang sedia ada, dan bagi membolehkan PAC menjalankan tugasnya, ia perlu mengikut proses tertentu untuk memastikan dapatannya cukup bernilai bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dan seterusnya Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan lanjut.

Kedahkini

Ada Kelab Jantan Kaya

Posted: 26 Feb 2015 10:00 PM PST

 

Kuala Lumpur: Terkenal dengan jolokan 'kelab jantan kaya' berikutan beratus pelanggan lelaki berkerumun memenuhi premis hiburan di Solaris, Mont Kiara di sini, saban malam.

Kebanyakan pelanggan lelaki yang muncul menaiki kereta mewah dikesan berhajat mendapatkan khidmat seks puluhan pelacur warga asing ditawarkan di premis itu.

Semua 85 wanita jelita terbabit didatangkan khas dari Thailand, Kemboja dan Laos dan tampil dengan hanya memakai pakaian dalam.

Kegiatan maksiat itu bagaimanapun dibongkar selepas lima pegawai polis bersama 23 anggota dari Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Superintendan Razali Abu Samah melakukan serbuan mengejut jam 1.45 pagi semalam.

Razali berkata, 150 pelanggan lelaki berhibur dan memilih pasangan di pusat hiburan itu.

Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat

Posted: 26 Feb 2015 08:30 PM PST

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.


"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.

Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.

"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.

Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.

Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pihak paling teruk diserang ialah pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dibentuk untuk melobi agar PAS kekal dengan Pakatan Rakyat. -TMI

Ulama fitnah dan bersifat munafik bersama penyokong mereka yang elok dilancaukan itu ibarat yahudi pakai serban... wakakaka

yahudi mabuk minum todi pun tak malukan islam macam ulama fitnah
penyokong pro ulama munafik bermulut longkang MBSA elok diam daripada bercakap.

kalau nak mencarut juga elo jadi macma gua. Tak pakai serban. Tak pakai kopiah putih. Tak pakai jubah.



Gua pun nak mencarut la ini macam. 
Ostad pun mencarut......


Cibai, kan ni na, ham ka chan, 
inge amma pundek, pundek walekek
sutik adi

wakaka

lagi mau ka?????

Tolong ajar gua mencarut dalam bahasa arab 
sapa boleh????



Terbaik Dari Ketua Pemuda PAS Bertemu Dengan YB GOBIND DEO..!!

Posted: 26 Feb 2015 08:00 PM PST

 BismillahirRahmanirRahim

Akhirnya satu Langkah yang baik telah dilakukan oleh KP PAS.......

Tahniah Dewan Pemuda PAS Malaysia, sedia duduk berbincang dengan kepala sejuk dan hati tenang dengan WR. Gobind Deo.

Bukannya tunjuk jaguh dengan halau orang tu berambus....bila asyik dok halau sampai bila orang nak faham... lanie pie bagi salam dan tanya di APA KHABAR..!!

Nama aja USTAZ sekoq-sekoq tapi kelaku macam JEBON... manusia yg hangpa panggil JEBON pulak dok buat politik budiman...

 
 

KedahLanie Info.

DOA ISTERI JUGA ANAK2 BUAT SUAMI DAN JUGA AYAH YANG MENITI HARI HARI DI PENJARA.

Posted: 26 Feb 2015 07:30 PM PST

Abe Is  Abe Is's photo. Hanya Mereka Saja Yang Mmpu Di Luahkan Oleh Anwar Setiap Kali Keluarganya Datang Melawat. Walau Pelbagai Tohmahan Dan Sindiran Mengatakan Pada Beliau, Walau Nyamuk Yg Di Katakan Tidak Mampu Utk Melelapkan Tidur, Malah Sakit Tulang Belakang Mula Di Rasai, Namun Beliau Tetap Tabah Di Dalam Penjara Dengan Berpuasa. 

Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui Segala2nya. 

Siapa Kita Nak Pertikai Insan Yang Banyak Berjuang Untuk Rakyat??? 

"Dialah Wira Rakyat, Pejuang Rakyat" - Page FB IKHWANUL MUSLIMIN Dari Mekah. 

Yang Di Katakan Sama Seperti Dr.Morsi
Moga Allah SWT Permudahkan Keluarga Ini Dari Segala Kekeliruan Fitnah Ini.. Amenn.


Foto Malam Tadi - 26 FEB 2015
Fb Admin (DSWA).
 

MENGAPA PEMENJARAAN ANWAR PERLU DIRAYU?

Posted: 26 Feb 2015 07:00 PM PST



MUNGKIN terlalu awal untuk memikirkan siapa calon PR yang akan mengisi kekosongan Kerusi Permatang Pauh.

Keluarga Anwar telah memohon kepada Ke Bawah Duli YMM YDP Agong bagi pembebasan Anwar dari penjara.

Maka ertinya belum muktamad kekosongan Kerusi tersebut sehinggalah Seri Paduka membuat keputusan.

Poll yang saya buat di dalam blog ini masih lagi Saifuddin Nasution mendapat undian tertinggi kemudiannya Chegu Bard.

Kedua-dua mereka tokoh hebat dan pastinya bakal memanaskan Parlimen sekiranya salah seorang yang terpilih.

Namun, kita masih menaruh harapan bahawa Anwar akan dibebaskan kerana tiada sebab untuk Anwar berada dalam kurungan. Mengapa Anwar tidak mahu membuat permohonan pengampunan?



Mudah jawapan yang diberikan oleh Anwar. Perlu apa beliau mohon pengampunan kerana beliau memang tidak bersalah.

Majoriti rakyat di negara ini awal-awal lagi menolak fitnah ke atas Anwar. Buktinya 52% rakyat menyokong PR yang diterajui oleh Anwar di dalam PRU 13 yang lalu. Mengapa keluarga Anwar perlu merayu?

Jawapannya juga mudah. Bukan sahaja keluarga beliau, bahkan sebenarnya kita yang setuju bahawa Anwar telah dizalimi wajib berusaha membebaskan beliau dengan apa cara sekalipun, apatah lagi terdapat ruang dan saluran yang masih ada untuk kita berusaha. Kita patut merayu kerana kita tidak boleh hanya melihat kezaliman berlaku.

Atas prinsip mahu membebaskan Anwar dari kezaliman itulah, wajar kita sokong keluarga Anwar membuat rayuan ke Istana. Biarlah mereka yang jahil itu menuduh permohonan itu dibuat sebagai bukti Anwar memang bersalah.




Kita orang yang beriman dengan Allah mestilah sedar bahawa amat zalim kita jika kita biarkan kezaliman berleluasa. Sehubungan itu, Anwar masih punyai harapan untuk kembali bersama rakyat. Ini yang menakutkan amno dan sekutunya.

Jika gagal juga, kita mesti bersedia untuk meletakkan calon di Permatang Pauh seorang tokoh yang jika tidak sehebat Anwar pun mestilah seorang yang boleh menggerunkan rejim di Parlimen nanti. Orang itu samada Saif mahu pun Chegu Bard.

Dicatat oleh WFAUZDIN NS.

Tahniah kepada mereka YANG KAYA BERTAMBAH KAYA.. Rakyat bagaimana ???

Posted: 26 Feb 2015 06:30 PM PST



Rakyat, sendiri mau ingat... JANGAN RISAU, slps GST dilaksanakan pendapatan rakyat akan meningkat.

Siapa kata camtu.. Ayahanda PM Najib Razak...

InsyaAllah slps 100 tahun GST dilaksanakan di M'sia rakyat M'sia akan jadi 'billionaire' spt mereka...

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.
Tahniah kepada mereka YANG KAYA BERTAMBAH KAYA.. Rakyat bagaimana ??? Rakyat, sendiri mau ingat... JANGAN RISAU, slps GST dilaksanakan pendapatan rakyat akan meningkat. Siapa kata camtu.. Ayahanda PM Najib Razak... InsyaAllah slps 100 tahun GST dilaksanakan di M'sia rakyat M'sia akan jadi 'billionaire' spt mereka... Posted & copy by RAKYAT MARHAEN Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Umno Berputih Mata Dengan Kenyataan Ini..

Posted: 26 Feb 2015 06:00 PM PST

 
Datuk Husam Musa mengatakan sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, Barisan Nasional (BN) juga pernah tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor tahun lalu.

Naib presiden PAS itu berkata, perpaduan ummah melalui kerjasama antara dua parti Melayu-Islam terbesar negara, Umno dan PAS, tidak boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar termasuk dalam isu seperti syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Bahkan, sebelum ini, Barisan Nasional (BN) juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa-apa makna kepada perpaduan ummah atau negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak malam tadi BN tidak akan bertanding PRK DUN Chempaka yang terpaksa dilakukan selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari.

"Perpaduan ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek bagi menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata."

Husam berkata, pengumuman Najib itu membuktikan kekuatan gabungan pemerintah di era kepimpinannya sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

"Sekali gus membuktikan kata-kata keramat Tok Guru Nik Aziz: 'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' (tiada sebab awak hendak menandingi saya) menjadi kenyataan hari ini.

"Selepas pemergian Tok Guru, Umno-BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau – Islam dan bukan kebangsaan – adalah benar. Alhamdulillah," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor  itu berkata, sekalipun tanpa penyertaan BN dalam PRK DUN Chempaka, isu negara yang melibatkan Najib secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan.

Husam menegaskan, kedua-dua isu itu tetap memerlukan tindak balas meyakinkan daripada perdana menteri Malaysia itu.

Najib merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya kerana penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan, merupakan kawan rapatnya.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, Najib berkata Umno membuat keputusan tidak bertanding di PRK DUN Chempaka.

Pengumuman Najib dilakukan sehari selepas bertemu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Selain menghormati kerjasama baik dalam menguruskan isu pasca banjir di negeri itu, Najib juga menekankan perpaduan ummah sebagai faktor yang menyebabkan Umno tidak meletakkan calon di Chempaka.

"Kita fikir kita perlu lihat kepada usaha membawa perpaduan ummah walaupun kita ada perbezaan politik dan sebagainya, tetapi kita perlu berikan keutamaan kepada perpaduan ummah," katanya sambil menegaskan keputusan itu mendapat persetujuan di peringkat akar umbi.
 
 
Addin

PANAS! NAJIB BAKAL LETAK JAWATAN MENTERI KEWANGAN, APAKAH PUNCANYA?

Posted: 26 Feb 2015 05:30 PM PST

 
Hasil carian imej untuk bon 1mdb

Gagal bayar hutang, Lembaga Pengarah 1MDB perlu letak jawatan

Pengurusan 1MDB akhirnya mengakui bahawa syarikat milik penuh kerajaan itu tidak akan mampu melunaskan tanggungjawab khidmat hutangnya ("debt servicing") kerana pendapatan dari pelaburan yang dibuat setakat ini tidak mencukupi berbanding dengan bayaran faedah dan kupon bon yang perlu dibayar setiap tahun.

Dalam kenyataan minggu lepas, 1MDB mengakui bahawa ia terpaksa bergantung kepada suntikan dana baru dari kerajaan yang dianggarkan berjumlah RM3 bilion untuk melunaskan tanggungjawab khidmat hutang itu. 1MDB juga terpaksa menjual aset-asetnya melalui satu proses rasionalisasi operasi seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya minggu lalu.



Awal tahun ini, 1MDB berhadapan dengan masalah untuk membayar hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB yang akhirnya diselesaikan dalam keadaan misteri. Pendedahan saya sama ada 1MDB menggunakan dana kerajaan melalui penerbitan bil perbendaharaan ("treasury bill") yang terbesar dibuat oleh kerajaan sebanyak RM2.1 bilion sehingga kini tidak dinafikan.

Saya juga telah mendedahkan pada 2 Februari 2015 bahawa 1MDB juga mempunyai satu lagi hutang jangka pendek sebanyak RM3.6 bilion kepada 6 bank yang diketuai oleh Deutsche Bank. Hutang tersebut perlu dibayar menjelang September 2015. Ketika 1MDB mengambil hutang ini di tengah-tengah kontroversinya meletup tahun lalu, ia menyandarkan hutang RM3.6 bilion ini kepada dana baru yang bakal diperolehi dari pasaran saham melalui penyenaraian anak syarikat IPPnya.

Kini dengan pembatalan penyenaraian tersebut, sudah tentu 1MDB akan berhadapan masalah untuk melangsaikan hutang RM3.6 bilion ini menjelang tarikh matang September 2015.

Oleh yang demikian, kegagalan 1MDB sudah ternyata dan tidak boleh disembunyikan lagi. Pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan keputusan 1MDB wajarlah meletakkan jawatan sebelum kerajaan bersetuju untuk menyuntik RM3 bilion tambahan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Hasil carian imej untuk bon 1mdb

Saya akan memfailkan usul di dalam sidang Parlimen akan datang supaya tidak ada sebarang suntikan dana baru ke dalam 1MDB sehinggalah ada pertanggungjawaban ("accountability") di atas kegagalan 1MDB seperti berikut:

1. Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak perlu mengosongkan jawatan Menteri Kewangan serta merta agar seorang Menteri Kewangan sepenuh masa boleh mengambil alih tugasan.

2. Keseluruhan Lembaga Pengarah 1MDB perlu meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta

3. Setiap ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang meletakkan jawatan tidak dilantik ke mana-mana jawatan di dalam mana-mana anak syarikat atau agensi milik kerajaan untuk mengelakkan mereka dikitar semula

Usul itu juga akan mencadangkan supaya suntikan dana RM3 bilion ke dalam 1MDB oleh kerajaan perlu dibahaskan dalam satu sidang khas Parlimen.

Kegagalan 1MDB perlulah terus dibawa ke Parlimen agar ia tidak berulang dan mereka yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung
Ahli Parlimen Pandan

VIDEO ULAMAK BESAR PAS GELAK LAPORAN QAZAF USTAZ WAN JI

Posted: 26 Feb 2015 05:00 PM PST

 
 
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh melabelkan pendakwah bebas Wan Ji Wan Wan Hussin yang membuat laporan qazaf kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Tan Sri Shafee Abdullah berhubung kenyataan peguam itu mengenai kes liwat II sebagai 'budak-budak'.

Ketika dihubungai Kinitv, Nik Zawawi berkata beliau tidak akan memberi komen dan mencadangkan supaya mencari 'budak-budak' tepi jalanan untuk menjawap Wan Ji.


Nik Muhammad Zawawi Salleh sedang menunjukkan isyarat tangan slogan '1 Malaysia'.

Bila dah susah, Jebon juga yang dicari.....

Posted: 26 Feb 2015 04:15 PM PST

 

Dari kiri, Riza Aziz, Joey McFarland dan Jho Low pada tayangan perdana "The Wolf Wall Street" pada bulan Dis 2013.

Kredit Michael Loccisano / Getty Images Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online.

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"


Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib.

"Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman," katanya. "Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan.

"Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER.
Thursday, February 26, 2015 Bila dah susah, Jebon juga yang dicari..... Dari kiri, Riza Aziz, Joey McFarland dan Jho Low pada tayangan perdana "The Wolf Wall Street" pada bulan Dis 2013. Kredit Michael Loccisano / Getty Images Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online. Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang. Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?" Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib. "Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman," katanya. "Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan." Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times. - SUMBER

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Zul Nordin Berniat Jahat, Biadab - YB Yusmadi Yusoff

Posted: 26 Feb 2015 03:30 PM PST

 
PETALING JAYA: Zulkifli Nordin dilihat berniat jahat dan bersikap biadab apabila mempertikaikan intipati dokumen permohonan pengampunan yang difailkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong pada saat akhir, Selasa lalu.

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, pendirian konsisten Zulkifli berhubung isu ini jelas menampakkan beliau ada motif tersembunyi terhadap keluarga Anwar.

"Pada peringkat ini, permohonan tersebut baharu diusulkan dan belum lagi diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya lihat beliau seolah-olah ada niat tidak baik terhadap keluarga Anwar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Malah, Pengerusi Yayasan Rights itu turut menyifatkan tindakan Zulkifli sebagai penghinaan terhadap institusi Diraja.

"Siapa Zulkifli? Sejak bila dia ada daulat? Individu yang buat keputusan mengenai permohonan tersebut adalah Yang di-Pertuan Agong. Jadi dia biadab kerana mencemar kemuliaan Yang di-Pertuan Agong dan integriti badan kehakiman," katanya.

Beliau turut menemplak Zulkifli sebagai tidak tahu undang-undang walaupun beliau seorang peguam.
"Dia tidak tahu undang-undang. Dalam kes ini, keluarga Anwar iaitu warisnya ada hak untuk mewakili beliau dalam mengemukakan petisyen pengampunan itu," katanya.

Yusmadi berkata, pada peringkat ini sesiapa sahaja tidak boleh membuat sebarang andaian berhubung perkara tersebut kerana keputusan terletak pada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

"Pengampunan Diraja adalah peringkat tertinggi sistem keadilan berperlembagaan. Jadi keluarga pesalah ada hak untuk mengemukakan permohonan tersebut seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan negara," katanya.

Menurutnya, pengampunan Diraja ada dua aspek iaitu pesalah mengakui dari segi hukuman atau dari segi perlakuan.

"Dalam kes ini, menerusi pemahaman saya keluarga (Anwar) mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku dalam kes. Bagi saya permohanan itu boleh dibuat tapi dapat atau tidak itu bukan atas budi bicara kita tapi bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Terdahulu, Zulkifli mempertikaikan isi kandungan dokumen pengampunan yang dikemukakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili suaminya, Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu.

 

Zulkifli yang juga bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu berkata, permohonan pengampunan yang dikemukakan Dr Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan Anwar yang konsisten tidak mahu membuat permohonan pengampunan.

Walaupun petisyen pengampunan Diraja telah difailkan, pakar perlembagaan, Tan Dri Dr Rais Yatim berkata Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipaksa untuk memulakan mesyuarat pengampunan atau membuat keputusan kerana ia merupakan budi bicara baginda.

Jelas beliau, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk memanggil orang yang dirasakan berkenaan untuk menghadiri mesyuarat pengampunan itu.


"Jika Yang di-Pertuan Agong tidak berkenan mendengarnya, tidak ada sesuatu yang boleh menggesanya atau memaksa baginda.


Posted by Kedah Lanie.

Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dengan PAS

Posted: 26 Feb 2015 03:00 PM PST

 


"Memang dah ada sesuatu yang sudah tak kena dengan Pas hari ini. Sudah amat jelas ada dua puak yang sedang bertelagah, iaitu puak ulama dan puak profesional. Saya fikir hal ini akan berterusan hingga ke Muktamar pemilihan parti pada bulan Jun ini," kata seorang dispatch rider di Kuala Lumpur yang mempunyai gambarfoto Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada cermin motosikalnya.

Beliau yang berumur 47 tahun dan telah menjadi penyokong tegar Pas sejak tahun 1998 lagi berpendapat bahawa perang terbuka dalam Pas akan menggugat kedudukan Pakatan Rakyat (PR) pada keseluruhannya.

"Selain daripada itu, pertelingkahan dengan DAP juga memberikan imej yang buruk kepada Pakatan," ujar beliau yang bekerja di sebuah firma guaman.

Seorang lagi penyokong Pas di Kuala Lumpur, yang juga bekerja sebagai dispatch rider, telah menyuarakan kebimbangan beliau bahawa perang saudara dalam Pas kini sudah menjadi perang terbuka.

Beliau mengumpamakan situasi dalam Pas sekarang sebagai 'sebuah rumahtangga yang porak-poranda'.

"Sudah kecoh sekarang, bertikam lidah dan serang-menyerang di media sosial. Laporan berita dari 'Urusan Meloya' juga akan menyumbang untuk mengeruhkan lagi keadaan," sambung beliau sambil menggesa supaya semua puak yang bertelagah cepat mengadakan mesyuarat meja bulat untuk berbincang dan berunding.

Seorang inspektor bas yang juga penyokong Pas berkata dengan nada suara yang sedih bahawa masa depan Pas sudah malap.

"Pas kini telah hilang sokongan pengundi bukan-Islam dan undi Melayu pun belum pasti dapat lagi. Tak tahulah bagaimana nasib Pas dalam pilihanraya umum yang akan datang," kata beliau.

Seramai 25 penyokong Pas yang telah diwawancara oleh penulis ini berpendapat ada setengah puak dalam Pas yang sudah berkelakuan terlalu extreme dan ini telah menyebabkan berbagai masalah dalam parti tersebut.

Kata seorang pemandu van, "Pas hari ini bukanlah Pas yang bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam tahun 2008 dulu. Kini Pas dah 'out' nampaknya."

Oleh itu, jika para pemimpin Pas gagal menyelamatkan parti mereka, maka bukan sahaja Pas malah PR juga akan menghadapi kesusahan dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti. Jika PR gagal, ianya akan kerana kelemahan sendiri, dan bukan kerana musuh kuat.

- http://rakyattimes.com/index.php/news/2809-ada-sesuatu-yang-sudah-tak-kena-dengan-pas

Larangan Keluar Masa Maghrib, Mari Lihat Secara Ilmiah. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 26 Feb 2015 08:00 AM PST


 
MAGHRIB merupakan waktu Solat tiga rakaat yang dilakukan ketika bumi berpindah masa dari siang menjadi malam. Masa Maghrib tiba, orang tua biasanya menyuruh anaknya masuk ke dalam rumah dan menghentikan aktiviti di luar rumah.  
Mereka percaya, bila Maghrib tiba banyak syaitan dan jin berkeliaran. Selepas Magrib, mereka kembali membiarkan anak-anaknya untuk bermain di luar rumah. 
 
Bagi umat Islam, larangan ini merupakan mitos yang dipercayai secara turun temurun. Biasanya mereka hanya meneruskan kebiasaan orang tua dan tidak mengetahui bahawa sebenarnya larangan ini ada dalam hadis Nabi SAW. 
Nabi Muhammad SAW bersabda,
  • "Jangan kalian membiarkan anak anak kalian di saat matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam sebab syaitan berpecah jika matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam," (Dari Jabir dalam kitab Sahih Muslim).
Selain itu juga dijelaskan dalam Sahih Muslim Nabi, bersabda: 
  • "Jika sore hari mulai gelap maka tahanlah bayi bayi kalian sebab iblis mula bergentayangan pada saat itu, Jika sesaat dari malam telah berlalu maka lepaskan mereka, kunci pintu pintu rumah dan sebutlah nama Allah sebab syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. 
  •  
  • Dan tutup rapat tempat air kalian dan sebutlah nama Allah. dan tutup tempat makanan kalian dan sebutlah nama Allah. walaupun kalian mendapatkan sesuatu padanya. "
Hadis Nabi SAW ini boleh dijelaskan secara ilmiah. Sebuah buku ilmiah keagamaan karya Prof. DR. Ir. H. Osly Rachman, MS berjudul The Science Of Solat diterbitkan QultumMedia menjelaskan bahawa menjelang Maghrib, alam akan berubah menjadi spektrum cahaya berwarna merah. 

Cahaya merupakan gelombang elektromagnet (EM) yang mempunyai spectrum warna yang berbeza satu sama lain. Setiap warna dalam spektrum mempunyai tenaga, kekerapan dan panjang gelombang yang berbeza. 


Dalam bukunya dijelaskan bahawa ketika waktu Maghrib tiba, berlaku perubahan spectrum warna alam selaras dengan kekerapan jin dan iblis, yakni spektrum warna merah.  

Pada waktu ini, jin dan iblis amat bertenaga kerana mempunyai resonansi bersamaan dengan warna alam. Pada waktu Maghrib, banyak interfernsi atau tumpang tindihnya dua atau lebih gelombang yang berfrekuensi sama sehingga penglihatan kadang kurang tajam oleh adanya fatamorgana.


Dalam Islam, pada waktu magrib dijelaskan bahawa syaitan bersamaan dengan datangnya kegelapan mulai menyebar mencari tempat tinggal. 


Kerana mereka tersebar dengan pemandangan luar biasa biasa dan jumlah yang tidak ada yang tahu selain Allah. Sebahagian syaitan takut dari kejahatan syaitan yang lain, sehigga syaitan perlu mempunyai sesuatu yang dijadikannya sebagai tempat berlindung dan mencari tempat selamat.

Maka ia bergerak dengan cepat melebihi kelajuan manusia dengan kelajuan berlipat ganda, beberapa dari mereka berlindung dalam bekas kosong, berlindung ke rumah kosong, dan beberapa dari mereka berlindung kepada sekumpulan manusia yang sedang duduk duduk.  


Mereka tentu tidak merasa, mereka ikut menumpang supaya menjadi aman dari penindasan saudara sesama syaitan yang juga berkeliaran seperti angin di bumi. 

Hal ini kerana yang boleh hidup hanya yang kuat sahaja. Kadang kala syaitan mengganggu anak kecil manusia untuk dijadikan tempat berlindung.  


Selain itu syaitan juga berlindung ditempat yang kotor seperti pada lampin bayi yang sudah kotor. Mereka lebih memilih lampin bayi kerana najis sebagai tempat persembunyian, sehingga mendorong mereka untuk tinggal terus.

Anda pasti pernah menemui beberapa anak menjerit tiba-tiba dan beberapa yang menggelapar dalam tidurnya kerana gangguan iblis yang merasukinya saat dijadikan tempat berlindung. 


Pada waktu maghrib, kita digalakkan untuk menjauh dari haiwan, seperti kucing, burung, dan mengurangkan kelajuan semasa memandu kereta kerana dikuatirkan melanggar anjing atau haiwan lain yang boleh jadi telah dirasuk syaitan. Dan juga tidak boleh jalan jalan di tempat sepi atau duduk di tempat itu, atau membaling batu ke dalam bilik mandi, kebun dan laut.

Begitulah kira-kira. (IH)

'Kelonggaran imigresen di Wang Kelian perlu dibatal'

Posted: 26 Feb 2015 07:00 AM PST


Kelonggaran diberikan kepada warga Thailand memasuki negara ini menerusi pintu masuk di Wang Kelian tanpa mengemukakan sebarang dokumen sah pada Sabtu dan Ahad, perlu dibatalkan dengan segera atas sebab-sebab keselamatan.
        
Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Datuk Mohd Johari Baharum berkata, keistimewaan Imigresen di Wang Kelian itumenyumbang kepada kelonggaran kawalan keselamatan di kawasan sempadan negara.
        
"Saya tengok penempatan-penempatan kita di kawasan sempadan sangat longgar dari segi keselamatannya. Sebab itu saya tengok (berlaku) penyeludupan barangan subsidi kita ke Thailand, selain penyeludupan senjata api dan mercun (dari negara jiran ke Malaysia.)
        
"Kita mahukan mereka yang keluar masuk sempadan mesti mempunyai dokumen yang sah di sisi undang-undang. Sekarang ini tidak ada, di Wang Kelian hanya angkat tangan sahaja, memudahkan penjenayah keluar masuk Malaysia," katanya kepada Bernama.
        
Rakyat Thailand yang menggunakan pintu masuk Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad dibenarkan memasuki negara ini sehingga sejauh 3km tanpa menggunakan sebarang dokumen Imigresen yang sah.
        
Warga Malaysia turut menikmati keistimewaan yang sama dan dibenarkan memasuki Thailand sehingga 3km jauh pada hari-hari terbabit.

Menurut Johari, cadangan supaya kelonggaran Imigresen di pintu masuk Wang Kelian itu ditarik balik telah pun dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan dan mahukan tindakan sewajarnya dilakukan.
        
Beliau juga akan menyuarakan isu tentang Wang Kelian itu pada siding Parlimen tidak lama lagi.
        
Anggota Parlimen Kubang Pasu itu berkata, setiap hari Sabtu dan Ahad wujud keadaan "free for all" di Wang Kelian dengan warga asing bebas memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan sah dan pasport antarabangsa.
        
"Bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan buruh tanpa permit di Malaysia telah mencecah sehingga 8 juta. Saya cadangkan supaya (keistimewaan Imigresen) di Wang Kelian itu ditarik balik," katanya.

Beliau difahamkan, walaupun warga Thailand hanya dibenarkan memasuki Malaysia sejauh 3km daripada pintu masuk Wang Kelian pada hari terbabit, tetapi ada yang tidak mengendahkan peraturan itu dan pergi jauh daripada jarak itu.

"Dia kata 3km, tetapi adakah kita pasti (mereka) pergi setakat itu sahaja. Yang saya tahu memang lepas la (melebihi daripada jarak 3km)," katanya dan menambah, kelonggaran Imigresen di Wang Kelian itu boleh memudaratkankeselamatan negara.
        
Menurutnya, terdapat kemungkinan kelonggaran pemeriksaan Imigresen di pintu masuk Wang Kelian pada Sabtu dan Ahad itu bukan sahaja digunakan oleh warga Thailand, tetapi juga warga asing daripada negara-negara lain.
        
Katanya, kerajaan perlu mengekalkan kedaulatan wilayah dengan memastikan setiap warga asing yang berhasrat memasuki negara ini mengemukakan pasport atau pas sempadan bagi penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.
        
"Kerajaan mesti ambil tindakan," kata beliau dan menambah, kebebasan rakyat asing untuk keluar masuk Malaysia menerusi Wang Kelian tanpa dokumen pada Sabtu dan Ahad perlu dihentikan.

Kerajaan negeri Perlis dan pentadbiran wilayah Satun (Thailand) bersetuju supaya kemudahan pergerakan bebas itu dilaksanakan semula pada 5 Disember 2008.
        
Dengan kemudahan itu, rakyat Malaysia tidak perlu mengemukakan pasport atau pas sempadan untuk ke Wang Kelian atau Wang Prachan di sebelah Thailand danbegitu juga rakyat negara jiran itu tidak perlu mengemukakan dokumen perjalanan untuk berbelanja di sini.
        
Kemudahan itu pernah diperkenalkan pada 1998 namun ditarik balik pada Februari 2008.

- Bernama

15 restoran nasi kandar kotor di arah tutup

Posted: 26 Feb 2015 06:15 AM PST

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengarahkan 15 restoran dan kedai nasi kandar di negeri ini ditutup berkuat kuasa hari ini kerana beroperasi dalam keadaan kotor.
          
Daripada jumlah itu, enam premis berkenaan terletak di Seberang Perai Utara; Seberang Perai Tengah (dua); Timur Laut (tiga); dan Barat Daya (empat), kata Ketua Unit Penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Ahmad Shukri Bakar.
          
Beliau berkata dalam operasi empat jam bermula jam 9.30 pagi tadi, pihaknya mengesan kesalahan menjijikkan seperti periuk berisi ayam siap diperap diletakkan di atas penutup longkang dalam keadaan terdedah.
          
"Ada juga bekas berisi ayam goreng diletak di sebelah tong sampah yang tidak berpenutup selain  najis tikus bersepah di dalam stor menyimpan bahan mentah," katanya kepada pemberita selepas operasi di Jalan Bertam di Kepala Batas.
          
Beliau berkata daripada 32 premis yang diperiksa di seluruh negeri ini, jabatan itu mendapati kebanyakan pekerja rakyat asing tidak memiliki sijil pengendali makanan selain tidak menerima suntikan tifoid.

Ahmad Shukri berkata kesemua premis yang diarah tutup itu diberi tempoh 14 hari untuk melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi.
          
 

"Bagaimanapun bagi mengelak operasi perniagaan tergendala lebih lama, pengusaha boleh meminta pegawai penguat kuasa memeriksa semula premis mereka, paling minimum tiga hari selepas notis penutupan dikeluarkan," katanya.
          
Jabatan itu turut mengeluarkan tujuh kompaun berjumlah RM6,100 manakala 30 notis saman bernilai RM2,110 pula dikeluarkan pihak berkuasa tempatan atas kesalahan pengurusan sisa tidak sempurna.
Orang ramai boleh menghubungi talian 04-2017277 atau 04-2017278 jika mempunyai aduan berkenaan premis makanan kotor atau produk makanan rosak di negeri ini.

Bernama

Mokhzani terkeluar dari senarai 20 paling kaya

Posted: 26 Feb 2015 05:30 AM PST

 
 
Senarai yang dikeluarkan majalah bisnes Forbes menunjukkan anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tidak lagi termasuk dalam senarai 20 orang paling kaya di Malaysia.

Menurut majalah tersebut, nilai bersih Mokhzani turun 42 peratus atau kira-kira setengah bilion dolar AS tahun lalu.

Ia menyebabkan kedudukannya merosot dari tempat ke-15 (AS$1.2 bilion) ke tempat ke-26 (AS$700 juta) tahun ini, dalam senarai 50 orang paling kaya di Malaysia.

Prestasi usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, satu-satunya jutawan Melayu yang kekal dalam senarai 10 orang terkaya, juga merosot ke tempat kelapan tahun ini apabila nilai bersihnya turun AS$200 juta kepada AS$2.9 bilion tahun ini.

Jutawan Malaysia yang berpengkalan di Hong Kong, Tan Sri Robert Kuok masih di tempat pertama manakala nilai bersih beberapa orang jutawan lain merosot akibat penurunan harga minyak dunia.


Malaysiakini

MP dakwa SPR seperti parti komponen BN - Memang Pun !!

Posted: 26 Feb 2015 04:45 AM PST

 
 
MP Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar mendakwa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak seperti sebuah parti komponen BN kerana berdegil untuk meneruskan pendengaran awam berhubung persempadanan semula di Sarawak.

Menurutnya, SPR sepatutnya menghentikan pendengaran ke atas 64 bantahan tersebut bagi memberi laluan kepada semakan kehakiman yang difailkan ke atas proses persempadanan semula itu.

"Sewajibnya SPR menunggu keputusan semakan kehakiman ke atas cadangan persempadanan semula oleh SPR sebelum ini," katanya dalam kenyataan.

Menurut Izzah, SPR sewajarnya menunggu proses kehakiman ke atas persempadanan semula itu yang akan memaksa mereka mendedahkan  tatacara persempadanan semula.

"Pengerusi SPR harus dengan serta-merta mendedahkan maklumat penting dalam proses persempadanan semula di Sarawak.

"Ia termasuklah SOP (garis panduan operasi) yang diguna pakai dalam proses persempadanan, jika tidak (SPR) terpalit selama-lamanya dengan gelaran parti komponen BN yang ke-14," katanya.

Antara masalah yang dibangkitkan dalam cadangan persempadanan semula sebelum ini adalah kegagalan SPR menyenaraikan lokaliti mengundi seperti dilakukan pada tahun 2015.

Selain itu, bantahan juga timbul ke atas usaha SPR untuk memindahkan daerah mengundi ke satu kawasan parlimen, yang didakwa bertentangan dengan Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.

Nurul Izzah juga mendakwa, SPR cuba menambah kerusi DUN tanpa menambah kerusi parlimen dalam cadangan persempadanan semula.


Malaysiakini

PKR cuba sekat suntikan RM3 bilion pada 1MDB

Posted: 26 Feb 2015 04:00 AM PST


PKR merancang menyekat suntikan dana baru RM3 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sehingga pengendalinya bertanggungjawab atas masalah hutang syarikat pelaburan nasional itu.

Naib presidennya Rafizi Ramli bercadang mengusulkan langkah sedemikian dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan untuk memaksa semua yang terlibat meletakkan jawatan.

"Pihak yang bertanggungjawab dengan pengurusan dan keputusan 1MDB wajarlah meletakkan jawatan sebelum kerajaan bersetuju untuk menyuntik RM3 bilion tambahan," kata ahli parlimen Pandan hari ini.

"Saya akan memfailkan usul dalam sidang Parlimen akan datang supaya tidak ada sebarang suntikan dana baru ke dalam 1MDB sehinggalah ada pertanggungjawaban atas kegagalan 1MDB."



Dalam kenyataannya, Rafizi menggesa mereka ini berundur daripada syarikat itu, milik penuh Kementerian Kewangan:

- Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu mengosongkan jawatan menteri kewangan,

- Semua ahli lembaga pengarah 1MDB

Rafizi juga mencadangkan agar pengarah 1MDB, yang meletakkan jawatan, tidak dilantik semula di lembaga pengarah anak syarikat 
Malaysiakini

Pemimpin2 UMNO Meroyan Kalau Anwar Dibebaskan !!

Posted: 26 Feb 2015 03:15 AM PST

 Ismail Sabri mahu Anwar taubat sebelum diampun

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mesti bertaubat secukupnya sebelum layak diberi pengampunan bagi jenayah liwat oleh lembaga pengampunan, kata seorang menteri Umno.

Ditanya pada sidang media sama ada Anwar perlu bertaubat sebelum beliau boleh diberi pengampunan, Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjawab "ya!"

"Biasanya orang minta ampun selepas menjalani hukuman penjara selepas beberapa tahun.

"Kelakuan baik dalam penjara sepatutnya menjadi alasan untuk kurangkan hukuman atau mohon ampun," katanya.

Tegas Ismail, pengampunan juga biasanya dipohon selepas berkelakukan baik - dan bukan atas alasan mencari keadilan.

Ismail yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata pemimpin pembangkang itu hanya "bermain politik".

Anwar, dakwa Ismail memohon pengampunan diraja semata-mata untuk mengelakkan dirinya dilucutkan kelayakan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

Hakikat bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa anak-anaknya bersama-sama untuk memohon pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong, Ismail berkata, adalah satu strategi untuk mendapat belas kasihan.

"Biasanya peguam yang pergi tetapi ini isteri bawa anak dan cucu - ini strategi untuk tarik simpati," katanya.
 
 
Malaysiakini
 
 
YANG MEMBUNUH,  MEROGOL DAN MEROMPAK WANG RAKYAT TIDAK PULAK SURUH BERTAUBAT ???

 

Satu Lagi Projek Barisan Nasional !

Posted: 26 Feb 2015 03:00 AM PST

MASUK PERCUMA SYARAT BAWA KY JELLY !!
'MASUK PERCUMA SYARAT BAWA KY JELLY !!'

BAHANA PUKULAN GST..

Posted: 26 Feb 2015 02:15 AM PST


 

Beberapa hari lepas, Saya telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mendaftar kerana saya merupakan seorang ahli perniagaan. Di sini saya akan ceritakan bagaimana GST dilaksanakan, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi TIDAK kepada pengguna. 
 
Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga!

Contoh....:

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 April 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? 
 
Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!
 
Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan saya, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. 
 
Kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka. 

Tetapi, mungkin ada yg berkata, "kami tak guna air cond". Tetapi cuba bayangkan sahaja bila harga alat ganti kenderaan dikenakan 6%?? Secara tidak langsung, kita dpt bayangkan apa sahaja yg dibawa oleh kenderaan itu akan turut naik waima serbuk kari sekalipun....

Pertanyaan saya, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?

# Penulis adalah salah seorang peniaga yg akan terlibat dgn GST tetapi beliau amat terkejut dgn realiti yg akan berlaku apabila GST dilaksanakan....
 
KERANA saudara-mara dan rakan2nya bukan peniaga sepertinya....

Teka-teki: Siapa sebenarnya yang patut memohon ampun dari Allah? Siapa Mamat ni nak ajar Agong?

Posted: 26 Feb 2015 01:30 AM PST


 
Pengampunan diraja Anwar patut ditolak FMT Reporters | February 26, 2015 

Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu menilai dan mempersoal kehakiman dalam penghakiman mereka terhadap kes Anwar. zulkifli anwar

PETALING JAYA: Bekas ahli PKR dan juga peguam, Zulkifli Noordin menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon pengampunan dari Allah berbanding memperoleh pengampunan Diraja yang petisyennya difailkan oleh ahli keluarga beliau. 

Katanya, Ketua Pembangkang itu juga perlu memohon maaf kepada bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan secara terbuka dan bersemuka kerana perbuatan liwat "bertentangan dengan hukum Allah." 

Mengulas lanjut permohonan pengampunan Diraja yang difailkan oleh keluarga Anwar, bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, ia perlu ditolak kerana difailkan tanpa kebenaran atau pengetahuan Ketua Umum PKR itu sendiri. 

Jelas Zulkifli, setakat ini Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sendiri belum membuat sebarang kenyataan mengenai sama ada beliau atau peguamnya bersetuju dengan pengampunan itu. 



Sehubungan itu tegas beliau, Yang di-Pertuan Agong perlu menganggap dokumen yang dikemukakan sebagai bukan petisyen kerana Anwar gagal membuat pengesahan selain Ketua Umum PKR itu konsisten dengan pendiriannya menolak pengampunan Diraja. 

Jelasnya, antara elemen dan syarat dalam pengampunan diraja ialah pengakuan bersalah, menyesali kesilapan dan deklarasi bersumpah denganjanji tidak mengulangi kesalahan. 

Bagaimanapun kata beliau, petisyen itu dikemukakan dengan alasan Anwar dizalami dalam pendakwaan politik sekaligus menunjukkan sikap tidak menghormati institusi raja kerana hakim-hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. 

Zulkifli juga menyifatkan permohonan petisyen itu sebagai "luar biasa" kerana kebiasaannya ia dikemukakan untuk kes berkaitan hukuman mati dan penjara seumur hidup. 

"Untuk seseorang yang menjalani hukuman penjara lima tahun dan berterusan melaungkan 'Lawan tetap lawan', petisyen ini suatu yang agak mustahil," ujarnya.


Posted by mountdweller.

Kaitan Menara KLCC dan Freemanson

Posted: 26 Feb 2015 12:45 AM PST

 


1. Ia dibina di kawasan yang digelar sebagai 3 bermuda emas di Kuala Lumpur. 

2. Dibina oleh Cesar Pilli. Cesar Pilli yang lahir pada tahun 1926 ini merupakan bekas seorang bekas Dean di Universiti Yale. 

Merupakan Ahli tertinggi dalam Freemansony dan juga merupakan seorang Architecture yang sagat penuh dengan kontroversi dalam bangunan bangunan yang berkait rapat dengan illumunati dan freemason. 

Number atau Koding @ Code yang digunakan oleh ahli freemason untuk menyampaikan sesuatu pada ahli ahlinya yang lain. 

sebagai contoh, 6 adalah number kegemaran bagi dajjal, termasuk the 999, atau 666. Manakala 11 pula adalah bermaksud peyembah lucifer atau Peyembah Syaitan. 11 juga adalah angka yang paling disukai oleh ahli sihir dan pegikut dajjal. pengunaan number 10 adalah bermaksud tuhan. 

Antara konspirasi terbesar, Runtuhan Dajjal Gate iaitu World Trade Center (WTC) pada 9/11, ia adalah tanda dan satu tindakan yang mencabar Tuhan. 

Kerana tarikh dan number adalah perkara yang amat penting dalam golongan illumunati dan freemason. 

Sebagai satu pelajaran kita bersama, tarikh WTC di robohkan adalah 11 September atau 9/11 atau dengan perkataan ia bermaksud 9 adalah number yang mewakili manusia dan ia akan berbunyi begini Manusia Melangkah Tuhan Dan Meyembah Lucifer/ Syaitan/Iblis. 

Antara Number atau Conggakan lain yang memabawa maksud kepada Illuminati dan freemason adalah 13, 33, 39. 

Diharap anda dapat memahami perkara ini walaupon sedikit. Sekarang, mari kita lihat angka angka masonic @ freemanson yang ada dan terdapat pada KLCC mercu tanda kebangaan negara. 

3. Tarikh Dibina 1992. 1 + 9 = 10 / 9 + 2 = 11. 
Bermaksud "Tuhan Peyembah Lucifer".

4. KLCC Siap Dibina 1998. Dan 8 + 1 = 9. Oleh itu ia akan menjadi 999 / 666 yang kita tahu sebagai "Number of the Dajjal".

5. Ketinggian Klcc adalah 452. Oleh itu 4 + 5 + 2 = 11. "Peyembah lucifer / Iblis".

6. Terdapat 88 tingkat. Number 88 dikenal pasti sebagai "E ( 8 ) x E ( 8 )". Ia diangap sebagai Time Travel Theory @ Gerbang ke dimensi yang ke empat @ pintu ke alam lain. ini adalah kontroversi yang terbesar, setelah ramai yang tahu tentang freemason dan sejarah mereka THE GATE, Malaysia muncul dengan idea untuk membuat 2 Bangunan 88 tingkat yang sama seperti apa yang tertulis di kitab the book of the law, no. 88 adalah wisdom light lodge yang bermaksud Membuat Cahaya Kebijaksaan Dajjal. 

7. Keluasan adalah 4252 sq ft. Oleh itu 4 + 2 +5+2 = 13. Number 13 adalah signature kepada illuminati. Ia juga adalah Number bagi "The Eye Of Horus/ Harus".

8. Abjad KLCC. Adakah Nama KLCC itu di pilih secara kebetulan? Tidak, mereka sudah rancang perkara ini. Jika anda rajin,cuba anda kira nombor serta abjad ABC – XYZ manakala A mewakili 1, B mewakili 2, dan C = 3 sampailah ke z. Tapi saya tahu anda terlalu malas untuk berfikir dan buat perkara itu, jadi saya akan kirakan untuk anda.
Number dan Abjad.

K = 11L = 12C = 3C = 3Jadi, KLCC = 1+1+1+2+3+3 = 11. Peyembah Lucifer. ATAU K L C C11 + 12 + 3 + 3 = 39. 

Nombor bagi Illuminati. Segalanya Mereka (Tentera Dajjal) sudah tetapkan untuk kita. Bagi sesiapa yang faham konsep kiraan ini, cuba kira berapakah angka untuk Perkataan UMNO.

9. Suria KLCC. Suria yang juga bermaksud Matahari. Seperti yang saya katakan di atas, Matahari di anggap tuhan oleh Masyarkat kuno Egypt. Dan kini ia menjadi lambang kepada shopping complex di bawah KLCC ini. jika kita lihat logo Suria KLCC ia juga berbentuk matahari. Jalur jalur yang membentuk matahari ini juga sama seperti logo freemason. [sumber]

Suami Sharizat Gagal Batal Dua Pertuduhan Pecah Amanah RM49.7j

Posted: 26 Feb 2015 12:00 AM PST

NFC, pecah amanah, skandal menteri

 


KUALA LUMPUR – Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan dua pertuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta yang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menolak permohonan Mohamad Salleh selepas mendapati kedua-dua pertuduhan itu adalah teratur dan tidak cacat serta terdapat isu yang perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh.

Mohd Azman berkata mahkamah itu terikat dengan keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan bahawa tiada jalan pintas dalam sesuatu kes.

Oleh itu, katanya, dalam kes ini, ia perlu menjalani perbicaraan penuh.

"Mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf pada peringkat ini. Oleh itu, rayuan ditolak dan kes dihantar ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan penuh," katanya.

Mohd Azman bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Al-Firdaus Shahrul, yang mewakili Mohamad Salleh, untuk menangguhkan prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan terhadap keputusan hari ini di Mahkamah Rayuan.

Pada 22 Nov 2013, Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menolak permohonan Mohamad Salleh untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, selepas mendapati pertuduhan itu tidak cacat dan mempunyai asas untuk didengar melalui perbicaraan.




Mohamad Salleh, 66, selaku pengarah syarikat NFCorp, didakwa melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.

Kesalahan itu dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan seorang daripada anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.



Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan itu, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir bertindak bagi pihak pendakwaan. – 


BERNAMA/26/2/15