Rabu, 25 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Mahkamah Arah Zahida Rafik Bayar Ganti Rugi RM150,000 Kepada Bekas Pemandunya...?

Posted: 25 Feb 2015 11:18 PM PST

'Mahkamah Arah Zahida Rafik Bayar Ganti Rugi RM150,000 Kepada Bekas Pemandunya...           Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Zahida Rafik bersalah memfitnah bekas pemandunya, Noor Azman Azemi dan mengarahkan pelakon itu membayar RM150,000 sebagai ganti rugi.   Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya. Beliau turut menolak tuntutan balas Zahida, yang mahu bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.'
  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Zahida Rafik bersalah memfitnah bekas pemandunya, Noor Azman Azemi dan mengarahkan pelakon itu membayar RM150,000 sebagai ganti rugi. 

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya. Beliau turut menolak tuntutan balas Zahida, yang mahu bekas pemandunya memulangkan RM200,000 yang dikatakan diambil daripadanya.


 

PETISYEN PENGAMPUNAN AGUNG PERLU TANDATANGAN ANWAR KATA PEGUAM KANAN.

Posted: 25 Feb 2015 08:15 PM PST

Tanpa persetujuan dan restu tuan punya tubuh maka secara otomatik petisyen pegampunan DiRaja akan ditolak. Maksudnya Anwar Ibrahim sedar dan dalam pengetahuannya akan penyerahan petisyen pengampunan DiRaja oleh Kak Wan dan anak beranak ke istana negara Selasa lalu.

Tidak perlulah kita nak jadikan ianya suatu isu perdana kerana ini didalam ruang lingkup perlembagaan negara. Petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pengampunan Diraja tidak sah sekiranya tidak ditandatanganinya sendiri dengan senarai faktor bagi pengampunan, kata seorang peguam kanan.

Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung.

"Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan mengejut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat.



YB Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan.

 Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja. "Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu.

Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya.

Jagjit, 70, mengendalikan banyak permohonan ke Lembaga Pengampunan, termasuk permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang disabitkan bersalah kerana membunuh Datuk Mohd Taha Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada 1982.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudiannya menukar hukuman mati Mokhtar kepada hukuman penjara lebih ringan yang akhirnya membawa kepada pembebasan awal daripada penjara.

Jagjit juga mengendalikan anak guam dihukum mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan dijatuhkan hukuman mati kerana melanggar undang-undang keselamatan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan.

Peguam itu juga berkata, dalam semua kes, anak guamnya sendiri menandatangani surat untuk permohonan pengampunan dengan menyenaraikan faktor yang boleh meringankan hukuman mereka.

"Dari segi undang-undang, pemohon sudah pun bersalah atas kesalahannya. Lembaga hanya boleh meringankan hukuman yang dijatuhkan mahkamah," tambahnya.

Anwar mula menjalani hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari selepas panel 5 hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jagjit berkata, sekiranya petisyen Anwar diterima, beliau boleh menjangkakan pengampunan penuh ataupun separa pengampunan, merujuk kepada meringankan durasi hukuman penjara.

Beliau berkata, tiada jadual masa bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, tetapi ia mungkin mengambil masa 6 bulan selepas petisyen dibuat. Minggu lepas, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata lembaga tersebut merupakan pilihan terakhir bagi pengampunan walaupun ia tidak dapat menukarkan sabitan kesalahan kepada tidak bersalah.

"Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan," katanya sebagai respons kepada kenyataan bekas komando Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, mengatakan menerima arahan daripada orang atasannya sewaktu melakukan jenayah itu.

Sirul yang berlepas ke Australia pada Oktober lalu kini ditahan di pusat tahanan imigresen selepas notis merah dikeluarkan Interpol. Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993 berkata lembaga itu tidak terikat dengan pendapat peguam negara walaupun perlu mengambil kira nasihatnya.

Talib berkata permohonan Anwar bagi pengampunan Diraja akan diketuai sultan dan ahli lembaga akan terdiri daripada perdana menteri, ketua hakim negara dan dua lagi ahli.


Omak Kau !!!!
PETISYEN PENGAMPUNAN AGUNG PERLU TANDATANGAN ANWAR KATA PEGUAM KANAN Tanpa persetujuan dan restu tuan punya tubuh maka secara otomatik petisyen pegampunan DiRaja akan ditolak. Maksudnya Anwar Ibrahim sedar dan dalam pengetahuannya akan penyerahan petisyen pengampunan DiRaja oleh Kak Wan dan anak beranak ke istana negara Selasa lalu. Tidak perlulah kita nak jadikan ianya suatu isu perdana kerana ini didalam ruang lingkup perlembagaan negara. Petisyen Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi pengampunan Diraja tidak sah sekiranya tidak ditandatanganinya sendiri dengan senarai faktor bagi pengampunan, kata seorang peguam kanan. Datuk Jagjit Singh berkata, tidak sepatutnya bagi peguam atau ahli keluarga Anwar menandatangani surat mewakilinya kerana mereka bukanlah pihak yang terjejas secara langsung. "Ia sepatutnya ditandatangani oleh seseorang yang dibebani keputusan mahkamah," katanya. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada tindakan mengejut isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak sulungnya Nurul Izzah Anwar, yang memohon petisyen bagi pengampunan Diraja kepada Istana Negara pada Selasa, sejurus sebelum tarikh akhir 14-hari untuk berbuat demikian tamat. Nurul Izzah yang merupakan naib presiden PKR dan ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, petisyen untuk pengampunan Diraja itu dibuat berdasarkan sabitan kesalahan yang gagal menepati prinsip keadilan. Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa yang ketua pembangkang itu tidak bercadang memohon pengampunan Diraja. "Kami bertemu dengan Anwar di penjara minggu lepas dan beliau tidak memberi apa-apa arahan untuk memfailkan permohonan itu. Peguamnya juga tidak akan memfailkan permohonan sebegitu," katanya. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan Anwar kekal ahli Parlimen Permatang Pauh sementara menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong mengenai petisyennya. Jagjit, 70, mengendalikan banyak permohonan ke Lembaga Pengampunan, termasuk permohonan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang disabitkan bersalah kerana membunuh Datuk Mohd Taha Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh pada 1982. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kemudiannya menukar hukuman mati Mokhtar kepada hukuman penjara lebih ringan yang akhirnya membawa kepada pembebasan awal daripada penjara. Jagjit juga mengendalikan anak guam dihukum mati bagi kesalahan pengedaran dadah dan dijatuhkan hukuman mati kerana melanggar undang-undang keselamatan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini dimansuhkan. Peguam itu juga berkata, dalam semua kes, anak guamnya sendiri menandatangani surat untuk permohonan pengampunan dengan menyenaraikan faktor yang boleh meringankan hukuman mereka. "Dari segi undang-undang, pemohon sudah pun bersalah atas kesalahannya. Lembaga hanya boleh meringankan hukuman yang dijatuhkan mahkamah," tambahnya. Anwar mula menjalani hukuman 5 tahun penjara pada 10 Februari selepas panel 5 hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Jagjit berkata, sekiranya petisyen Anwar diterima, beliau boleh menjangkakan pengampunan penuh ataupun separa pengampunan, merujuk kepada meringankan durasi hukuman penjara. Beliau berkata, tiada jadual masa bagi Lembaga Pengampunan untuk bermesyuarat, tetapi ia mungkin mengambil masa 6 bulan selepas petisyen dibuat. Minggu lepas, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata lembaga tersebut merupakan pilihan terakhir bagi pengampunan walaupun ia tidak dapat menukarkan sabitan kesalahan kepada tidak bersalah. "Lembaga boleh mempertimbangkan mana-mana perkara yang relevan dalam membuat keputusan," katanya sebagai respons kepada kenyataan bekas komando Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, mengatakan menerima arahan daripada orang atasannya sewaktu melakukan jenayah itu. Sirul yang berlepas ke Australia pada Oktober lalu kini ditahan di pusat tahanan imigresen selepas notis merah dikeluarkan Interpol. Talib yang berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993 berkata lembaga itu tidak terikat dengan pendapat peguam negara walaupun perlu mengambil kira nasihatnya. Talib berkata permohonan Anwar bagi pengampunan Diraja akan diketuai sultan dan ahli lembaga akan terdiri daripada perdana menteri, ketua hakim negara dan dua lagi ahli.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

" PATUTLAH POLIS SELALU DICEMUH MENJADI BALACI KERAJAAN INILAH ANTARA SEBABNYA "

Posted: 25 Feb 2015 07:30 PM PST


Bila melibatkan pembangkang laju ja polis bertindak macam lipas kudung. Ceramah tanpa permit ??. Adakah tindakan KJ dan juga Pemuda UMNO Pulau Pinang menganjurkan siri jelajah liwat II yang telahpun selesai ada permit ??.

Dahlah guna kemudahan awam iaitu dewan Politeknik Seberang Perai sebagai medan untuk menerangkan tentang cerita lucah liwat II.

Pakar perundangan juga menganggap tindakan peguam bontot Saiful adalah menghina mahkamah kerana mendedahkan butir-butir sulit perbicaraan mahkamah. Langsung tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak penguasa.

Pendakwaan terpilih ini yang rakyat Malaysia nampak pada hari ini. 



Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung penganjuran ceramah bebas mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Pagoh, Ahad lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mohktar Mohd Shariff berkata ceramah yang dipercayai anjuran parti pembangkang itu dibuat tanpa permit yang sah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Sehubungan itu, mereka yang berucap dan menghasut semasa ceramah berkenaan jangan fikir polis tidak ambil tindakan.
  
"Kita pun guna kebijaksanaan dan apabila kertas siasatan lengkap, kita akan kemukakan ia kepada timbakan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru semalam.

Ceramah solidariti bertajuk 'Anwar Yang Dizalimi' itu turut dihadiri beberapa wakil pembangkang antaranya Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong
.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis penghargaan perkhidmatan cemerlang kontinjen negeri yang turut dihadiri 600 anggota polis seluruh Johor.

Sementara itu, 19 pegawai kanan dinaikkan pangkat ke Asisten Superintendan Polis (ASP) dan Deputi Superintenden Polis (DSP) pada majlis penghargaan.


Sebanyak 272 pegawai dan anggota pula menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor atas perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan. MK

Ini Bukan Rajinikanth...

Posted: 25 Feb 2015 07:00 PM PST




Bhai/DeeDee semua...


Yang ini sah bukan Rajinikanth dan bukan jugak pelakon ganti Rajinikanth dalam filem terbarunya "Lingaa" .....

Tapi... Yang kat bawah nih memang Rajinikanth ... Hero filem "Lingaa" .... Hahaha

Hahaha.....  Ader paham ka???

CIPAN, TAPIR & TENUK

PENGAMPUNAN DIRAJA : "Pasti Ada Rahsia Yang Tersirat"

Posted: 25 Feb 2015 06:30 PM PST

Kemuka Petisyen Rayuan Di Saat Akhir, Apa Muslihat Anwar?

Tindakan keluarga Anwar Ibrahim memohon pengampunan Diraja kepada Yang Dipertuan Agong pada saat-saat akhir hari ini bagi hukuman penjara lima tahun yang sedang dijalaninya, tidak syak lagi merupakan kejutan yang tidak disangka-sangka kepada semua orang.

Sebelum ini beberapa pemimpin PKR, termasuk Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution juga menyatakan Anwar tidak bercadang untuk memohon pengampunan, sebaliknya kekal dengan pendirian tidak bersalah atas pemenjaraan yang dikenakan terhadapnya.

Sehubungan itu, menjelang berakhirnya tempoh akhir mengemukakan rayuan hari ini, PKR telah menyatakan kesediaan untuk menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal diadakan nanti.

UMNO juga mengharapkan Anwar tidak mengemukakan rayuan dengan menghebohkan bahawa ianya merupakan tindakan yang memalukan kerana ia dikatakan bermaksud beliau mengakui semua kesalahannya.

Lebih dari itu, UMNO yang mungkin tidak meletakkan calon di Dun Chempaka berikutan kematian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, ternampak lebih ghairah untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh  di mana bukan saja ramai pemimpinnya sudah bercakap mengenai pilihanraya itu, bahkan peguam Shafee Abdullah juga sudah pun "turun padang" berceramah ke kawasan itu.

Bagi UMNO, bertanding di Permatang Pauh adalah medan untuk menunjukkan keberanian manakala tidak bertanding di Chempaka adalah tanda berbuat baik dan ingin bercanda-candaan dengan Pas.

Tetapi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha muncul di Istana Negara petang ini bagi mengemukakan rayuan, semuanya jadi tersangkut dan kelam-kabut.

Rayuan ini difahamkan dikemukakan atas nama keluarga dan bukannya atas nama parti berdasarkan tiga alasan iaitu prinsip keadilan diketepikan, Anwar dizalimi dengan fitnah dan ketiga kerana berpegang semua pertuduhan adalah konspirasi politik.

Dengan petisyen rayuan ini dikemukakan, bermakna kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh belum boleh diumumkan sehingga ada jawapan mengenainya. Jika setahun baru ada keputusan, bermakna dalam tempoh itu tiadalah pilihanraya kecil akan diadakan. 

Ia juga bermaksud Anwar akan terus kekal sebagai Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga ada keputusan sebaliknya selepas itu.

Walaupun ramai yang beranggapan dengan mengemukakan petisyen rayuan ini bermakna Anwar mengaku bersalah atas perbuatan liwat yang dihadapkan kepadanya, tetapi ia tidak semestinya bermaksud demikian.

Mengemukakan petisyen kepada Yang Dipertuan Agong adalah sebahagian daripada proses menuntut pembebasan setelah semua proses mahkamah dilalui dan ia tidak bermakna suatu bentuk pengakuan bersalah. Adalah rugi jika peruntukan yang dibenarkan oleh Perlembagaan ini tidak dimanfaatkan.

Lagi pula,  tiga alasan yang dikemukakan sebagai asas mengemukakan rayuan itu bukan saja boleh diterima, bahkan bertepatan dengan pendirian Anwar selama ini.

Setelah petisyen ini dikemuakan, kini terpulanglah kepada Yang Dipertuan Agong sama ada mahu menerima atau menolaknya. Begitu juga berapa lama keputusan mengenainya mahu dibuat.

Namun, semua ini akan terus menghangatkan percakapan politik kedua-dua belah pihak iaitu BN dan PR mengenainya. Berbanding jika tidak mengemukakan petisyen dan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen digantikan dengan orang lain yang mungkin menyebabkan dirinya tidak lagi penting selepas itu, sebaliknya sekarang ini Anwar kekal dianggap sebagai ketua yang boleh memberi pelbagai arahan dari dalam penjara.

Pertikaian mengenai siapa Ketua Pembangkang untuk menggantikan Anwar secara automatik tidak berbangkit lagi.

Sementara itu, dengan tertangguhnya pilihanraya kecil Permatang Pauh ini, apakah pula pendirian UMNO dalam pilihanraya kecil Dun Chempaka tidak lama lagi? Kekal tidak bertanding atau bakal berubah fikiran?

Jika tidak bertanding di Chempaka dan lagak mahu tunjuk berani di Permatang Pauh pula sudah tergendala, UMNO sudah pasti akan dilihat sebagai "parti betina" yang sudah hilang kejantanannya.

Apakah juga dengan adanya rayuan ini dan beserta dengan kemungkinan Anwar dibebaskan atas pertimbangan Yang Dipertuan Agong, ia turut berjaya meredakan banyak ketegangan dalam PR, terutama antara Pas dan DAP sekarang ini?

Di ketika yang sama, oleh kerana Najib terus ditekan daripada dalam UMNO dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus kritikal terhadap pentadbirannya, petisyen rayuan ini juga menimbulkan semula persepsi adanya "ehem ehem" antara Najib dengan Anwar sebagaimana yang banyak diperkatakan sebelum ini.

Apa pun, permohonan petisyen rayuan di saat-saat akhir tetap dilihat sebagai "strategi  luar kotak"  yang difikirkan oleh Anwar dari dalam penjara. Anwar nampaknya tetap berjuang dan tidak pernah mengaku kalah. ( SH 24/02/2015 )


Nyaris Terkena Tembakan

Posted: 25 Feb 2015 05:45 PM PST

 

Sepasang suami isteri nyaris terkena tembakan setelah diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan pistol di sebuah rumah di Kampung Alor Bemban, Tanah Merah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi tadi, pasangan berusia 25 dan 38 tahun itu sedang berehat di rumah mereka sebelum didatangi empat lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Camry.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan awal mendapati suspek berkenaan dipercayai sedang mencari seorang lelaki yang dikenali dengan nama gelaran 'Julie'.

"Keempat-empat lelaki itu turun dari kereta dan terus meluru ke dalam rumah pasangan terbabit untuk mencari Julie setelah melihat motosikal milik Julie berada di kawasan itu.

"Pasangan berkenaan memberitahu tidak mengenali Julie dan suspek mengesyaki pasangan itu menyembunyikan Julie, lalu salah seorang suspek melepaskan tembakan ke arah pasangan tersebut namun tersasar," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu.

Mazlan berkata suspek turut bertindak membakar dua buah motosikal milik mangsa dan milik lelaki bernama Julie itu sebelum melarikan diri.

Beliau berkata pasangan suami isteri itu turut ditahan kerana mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api, Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, gerakan memburu suspek sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan.

- Bernama

Umno Tidak Akan Bertanding Di DUN Chempaka

Posted: 25 Feb 2015 05:00 PM PST

 

Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.

Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.

"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pada 10 Mac.

Pada pilihan raya umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.



Bloglist Malaysia

Mangkuk Hayun Yang Dengki Pada YB DS Anwar ?

Posted: 25 Feb 2015 04:30 PM PST

'Hoi Mangkuk..Blh Tak Kamu Jgn Biadap dan Kurang Ajar Sangat,Seolah2 YDPA Itu Tak Mampu Berfikir Dan Tidak Mampu Buat Keputusan Sdn,Hinggakan Kamu Pula Yg Cuba Menjadi Penasihat Baginda?Tak Perlulah Kamu Cuba Mengajar Baginda Apa Keputusan Yg Baginda Perlu Buat Krana Baginda Bebas Drp Mana2 Pengaruh Politik Kepartian..Tak Perlulah Kamu Nk Menjaja Fahaman Politik Kepartian Sempit Kamu..Tak Perlulah Kamu Nak Menjadi Batu Api Cuba Nak Melaga2kan Dsai Dgn Kesultanan Melayu Dgn Mengatakan Dsai Sbgai Anti Sultan Melayu..Sbb Drp Dulu Lagi Satu Msia Sdh Tahu Siapa Sebenarnya Yg Selalu Mnghina Institusi Raja..Cukup Dgn Satu Contoh Shj Gelaran "Natang(Binatang)" Kpd Sultan Tganu..Geng Mana Yg Mngelarkan Baginda Dgn Gelaran Itu?Dsai?Tghh?Lks?..Tak Perlu Disebut,Semua Sdh Tonton Di Tv3 Satu Ketika Dulu..'
Hoi Mangkuk..Blh Tak Kamu Jgn Biadap dan Kurang Ajar Sangat,Seolah2 

YDPA Itu Tak Mampu Berfikir Dan Tidak Mampu Buat Keputusan Sdn,Hinggakan Kamu Pula Yg Cuba Menjadi Penasihat Baginda?

Tak Perlulah Kamu Cuba Mengajar Baginda 

Apa Keputusan Yg Baginda Perlu Buat Krana Baginda Bebas Drp Mana2 

Pengaruh Politik Kepartian..Tak Perlulah Kamu Nk Menjaja Fahaman Politik Kepartian Sempit Kamu..

Tak Perlulah Kamu Nak Menjadi Batu Api Cuba Nak Melaga2kan Dsai Dgn Kesultanan Melayu Dgn Mengatakan Dsai Sbgai Anti Sultan Melayu..

Sbb Drp Dulu Lagi Satu Msia Sdh Tahu Siapa Sebenarnya Yg Selalu Mnghina Institusi Raja..

Cukup Dgn Satu Contoh Shj Gelaran "Natang(Binatang)" 

Kpd Sultan Tganu..Geng Mana Yg Mngelarkan Baginda Dgn Gelaran Itu?Dsai?Tghh?Lks?..Tak Perlu Disebut,Semua Sdh Tonton Di Tv3 Satu Ketika Dulu..
 

Pelik Tapi Benar !!

Posted: 25 Feb 2015 04:15 PM PST

'ANDA dinasihati agar menjauhkan diri dari 'kaki pukul' Presiden ni. Bkn apa tp sbg langkah kslmtn. Mutakhir ni jelas Geng Taksub semakin ganas. Bakar kereta, pukul org & sbrg kmungkinan boleh trjadi.  Sblum ni (2011) Hadi hnya memerhati saja Aduka Taruna dipukul para pentaksubnya.'

ANDA dinasihati agar menjauhkan diri dari 'kaki pukul' Presiden ni. Bkn apa tp sbg langkah kslmtn. 

Mutakhir ni jelas Geng Taksub semakin ganas. Bakar kereta, pukul org & sbrg kmungkinan boleh trjadi.

Sblum ni (2011) Hadi hnya memerhati saja Aduka Taruna dipukul para pentaksubnya.

VIDEO - USTAZ AHMAD JAILANI B. ABDUL GHANI - Pengampunan daripada Yang Dipertua Agong.

Posted: 25 Feb 2015 03:30 PM PST


Benarkan Anwar hadir sidang Parlimen Mac ini

Posted: 25 Feb 2015 08:00 AM PST


 SHAH ALAM – Sekretariat Parlimen PKR akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan Ketua Pembangkang itu hadir pada sidang Parlimen akan datang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat kerana beliau masih kekal sebagai Ahli Permatang Pauh sehingga diputuskan Yang di-pertuan Agong kelak.

"Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, sebagai Ketua Pembangkang, beliau patut dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

"Oleh yang demikian, persoalan Ketua Pembangkang dan pilihan raya kecil juga tidak timbul," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan isteri dan anak-anak Anwar menghantar permohonan pengampunan DiRaja kepada Yang Di-Pertuan Agung semalam.

"Mesyuarat mingguan Biro Politik PKR semalam telah menyatakan sokongan penuh kepada  ("royal pardon") yang dibuat oleh keluarga beliau di atas ketidakadilan ketara ("gross miscarriage of justice") yang telah berlaku terhadap beliau.

"Pihak kami juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarganya yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami," katanya lagi. - SH


Lagi Berita


RON95 kembali kepada harga Januari?

Posted: 25 Feb 2015 07:30 AM PST

Desas desus bertiup kencang bahawa harga petrol berkemungkinan akan berbalik kepada harga pada Januari tahun ini berikutan harga minyak mentah dunia berada di paras yang sama awal tahun ini.

Keadaan itu berkemungkinan akan menjadikan harga RON95 naik semula RM1.90 seliter sekiranya kerajaan mengumumkan harga pasaran apungan untuk Mac.

Peningkatan harga bahan api itu, berbanding dengan apa yang dinikmati oleh pengguna pada bulan ini adalah disebabkan oleh penanda aras global Brent di mana harga mentah kini berlegar sekitar AS$60 (RM216.50) – berbanding kira-kira AS$48 pada bulan Januari.

RON97 juga dijangka akan meningkat setelah mencatatkan penurunan harga kepada RM2 seliter bulan ini. Perkara sama juga mungkin akan dikuatkuasakan kepada diesel yang mana harga terkini adalah RM1.70 seliter.

Perubahan harga bahan api itu bermula Disember tahun lalu setelah kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi minyak, yang berjumlah RM20 bilion setahun ketika harga minyak mentah dunia tinggi.

Lebihan bekalan minyak global yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh pengeluar minyak Amerika Syarikat menyaksikan harga minyak mentah dunia jatuh mendadak sejak Jun tahun lalu dan kemudiannya pulih bulan ini.

Walaupun pulih bulan ini, ramai penganalisis menjangkakan harga minyak mentah global kekal rendah pada masa akan datang dan mungkin akan terus jatuh pada bulan depan.

Ketika semakan semula Bajet 2015, kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak mentah berkemungkinan akan berada di paras AS$55 sepanjang tahun ini. Sumber : share.getspotnews.com |


POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Kadir Jasin - Kenyataan PMO Aibkan Tun Razak

Posted: 25 Feb 2015 07:00 AM PST

Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin berkata, kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengenai kekayaan yang diwarisi Datuk Seri Najib Razak merupakan tindakan yang mengaibkan almarhum Tun Abdul Razak.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu berkata, PMO tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa, walau untuk menggilap imej perdana menteri.


"Melainkan jika PMO berpatah balik dan menafikan membuat kenyataan kepada (New York Times) mengenai warisan harta itu, ia berdepan dengan tuduhan mencemarkan ingatan pada tokoh besar itu.

"Jentera propaganda PMO boleh lakukan apa saja, malah hingga menggadai etika dan moral untuk melindungi PM dan isteri.

"Bagaimanapun, tindakannya mengaibkan dan menghina ingatan pada Tun Abdul Razak adalah dosa yang tidak boleh ditebus," kata Kadir.

Kadir merujuk kenyataan PMO di akhbar Amerika Syarikat itu bahawa gaya hidup Najib tidak menghairankan "untuk seorang individu dengan kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga warisan harta pusaka (yang diperolehinya)".

New York Times memetik kenyataan PMO itu dalam laporan mengenai perniagaan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang diusahakan Riza.

Akhbar itu juga menyebut mengenai beberapa keping gambar isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan pelbagai jenis beg tangan mahal tersebar meluas di media sosial.

Laporan itu juga mendakwa memperolehi salinan invois bernilai berjuta-juta dolar pesanan barangan kemas Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

Susulan laporan itu, adik beradik Najib mengeluarkan kenyataan yang bimbang dengan spekulasi berhubung warisan kekayaan tinggalan bapa mereka, Tun Razak.

Malaysiakini masih menunggu jawapan daripada PMO berhubung perkembangan ini.

Bloglist Malaysia.

Kebodohan Pemuda UMNO Buta Sejarah !!

Posted: 25 Feb 2015 06:45 AM PST

  
'Anjing Pemuda UMNO Buta Sejarah !!'

SPRM Buat Apa ? Kenapa Tidak Siasat Saiful Punya Wang Ribuan Ringgit ??

Posted: 25 Feb 2015 06:30 AM PST

VIDEO - Jude Pereira tak berwibawa, kata YB Rafizi Ramli

Posted: 25 Feb 2015 05:45 AM PST


Anwar Mohon Pengampuan Diraja: Apa Kata Peguam Kanan Dato Zahid Ibrahim?

Posted: 25 Feb 2015 05:00 AM PST

Fuad Mulut Longkang ??

Posted: 25 Feb 2015 04:15 AM PST


Fuad Mulut Longkang !! Anwar Sebelum Ini Sudah Pernah Di Penjara 2 Tahun ISA + 6 Tahun Kezaliman Mamak Keparat Madey...

 Kita Doakan Agar Fuad Akan Merasa Masuk Penjara,  Baru Dia Tahu Bagaimana Sengsaranya Berpisah Dengan Keluarga

Menteri Agama Ditegur Tak Reti Bab Qazaf Pendakwah: Tuduh liwat tetap kesalahan qazaf

Posted: 25 Feb 2015 03:23 AM PST


Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kesalahan menuduh liwat juga termasuk dalam jenayah qazaf.

Katanya, Jamil Khir perlu istiqamah dan membuat kenyataan yang selari dengan mazhab Shafie, seperti beberapa hukum yang disebut oleh menteri tersebut sebelum ini.

"Dalam nas syariat, hukum qazaf liwat adalah sama dengan hukum qazaf zina, sepertimana yang telah difatwakan oleh majoriti ulama," kata Wan Ji ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan Jamil Khir semalam yang meminta beliau meneliti dahulu peruntukan berhubung jenayah qazaf, sebelum membuat aduan seperti itu.

Jamil bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya kesalahan qazaf turut meliputi perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat.

Mengulas perkara itu, Wan Ji berkata, MP Jerai itu seharusnya istiqamah dalam isu ini kerana beliau pernah mengatakan mazhab konsensus di Malaysia adalah mazhab Shafie.

Beliau membangkitkan semula kenyataan Jamil Khir berhubung hukum orang Islam memegang anjing.

"Jadi, jangan pula dalam isu sentuh anjing yang tidak boleh merobohkan pada penjagaan dasar maqasid syariah.

"Datuk Seri Jamil Khir merujuk kepada mazhab Shafie, sedangkan dalam perkara yang melibatkan kehancuran pada maruah manusia yang merupakan salah satu dasar maqasid syariah dan boleh tersebar budaya fitnah," katanya.

Beliau turut memetik pandangan seorang ulama fekah, Ibn Hazm al-Zahiri yang berkata, qazaf liwat tetap merupakan satu bentuk kesalahan takzir.

Wan Ji mengemukakan aduan ke atas kenyataan ketua pendakwaan dalam kes Liwat II, Tan Sri Shafee Abdullah yang didakwanya melakukan jenayah qazaf kerana membangkitkan pelakukan liwat di antara Anwar dan pengadu, Saiful Bukhari Azlan.



Hukum Qazaf elak tersebarnya fitnah,,,,!! Posted by epondok. Oleh Mohd Fadly Samsudin

Posted: 25 Feb 2015 12:15 AM PST


QAZAF dari sudut bahasa bermaksud 'al-Ramy' iaitu lempar. Menurut istilah hukum syarak, qazaf adalah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik atau menafikan keturunannya.

Bentuk lafaz yang dikira dalam kategori qazaf adalah seperti seseorang berkata: "Wahai penzina! Engkau berzina dengannya! atau mengatakan kepada seseorang, Ini bukan anakmu! (dengan maksud menuduh ibu berzina)."

Pengharaman qazaf dinyatakan melalui hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a yang maksudnya: "Jauhilah tujuh kesalahan yang merosakkan, mereka (sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah dia? jawab Baginda: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali dengan haq, memakan riba, makan harta anak yatim, berpaling dari peperangan dan melempar tuduhan zina kepada wanita beriman yang cuai."

Hukum hudud bagi qazaf pula sabit melalui al-Quran ayat 4 Surah al-Nur yang bermaksud: "Orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawakan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasik."

Bahagian qazaf terbahagi kepada dua iaitu melemparkan tuduhan zina secara sarih (jelas) dan melemparkan tuduhan zina secara sindiran.

Tuduhan zina secara sarih memang tiada sebarang keraguan pada makna yang jika ada empat saksi atau pelaku membuat pengakuan maka ia patut dikenakan hudud.

Secara sindiran pula iaitu menafikan nasab seseorang kepada bapanya, contohnya menuduh dengan berkata, "Kamu bukanlah anaknya" yang seolah-olah menuduh ibunya berzina.

Hukumannya adalah sebatan 80 kali, tidak boleh menjadi saksi, sehinggalah dia bertaubat nasuha dan melakukan amal soleh.

Syarat pelaksanaan hudud bagi jenayah qazaf tidak dilaksanakan melainkan dengan lengkapnya beberapa syarat bagi mengelak berlaku ketidakadilan.

Dalam satu hadis sahih Muslim daripada Abu Hurairah diriwayatkan Saad bin Ubadah bertanya kepada Rasulullah s.a.w jika dia (Saad) terserempak dengan isterinya sedang berzina dengan seorang lelaki, adakah dia masih perlu menunggu sehingga terdapat empat orang saksi? Rasulullah s.a.w menjawab, "Ya."

Namun, dengan gugurnya hukum hudud tidaklah bermakna mereka yang melakukan kesalahan tanpa bukti terlepas daripada sebarang hukuman, sebaliknya ia digantikan dengan hukuman takzir yang ditetapkan pemerintah atau hakim.

Sama ada hukuman itu dalam bentuk penjara atau sebatan yang lebih ringan daripada hukuman hudud. Perkara yang menggugurkan hukum hudud bagi jenayah qazaf apabila diwujudkan 'al-Bayyinah' iaitu empat orang saksi yang boleh diterima kesaksian mereka atau 'al-Maqzuf' (tertuduh) membuat pengakuan, hukuman hudud berpindah daripada al-qazif kepada al-maqzuf.

Hudud qazaf berkaitan hak manusia dan ia gugur apabila manusia menggugurkannya. Li 'an pula jika pelaku qazaf itu adalah suami dan tertuduh adalah isteri.

Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 6-9 yang bermaksud: "Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah empat kali bahwa sesungguhnya dia orang yang benar. Sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia orang yang dusta.

Bagi menghindarkan hukuman kepada isteri (yang kena tuduh) dia hendaklah bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah orang yang berdusta. Sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata) bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya orang yang benar."

Untuk memastikan kesaksian dalam kes tuduhan zina itu adil, ditetapkan syarat iaitu saksi dalam tuduhan zina mestilah empat lelaki dan jika yang menjadi saksi itu empat wanita, maka semuanya dikenakan qazaf.

Kedua, mereka hendaklah merdeka dan jika hamba menjadi saksi, akan dikenakan hudud, tetapi separuh sahaja iaitu 40 sebatan.

Ketiga, saksi hendaklah daripada kalangan Muslim dan jika kafir tidak diterima kesaksiannya.

Terdapat kisah fitnah yang membabitkan Aisyah r.a, isteri Rasulullah. Ada sahabat yang dihukum 80 sebatan kerana kesalahan qazaf kerana bercakap perkara itu sedangkan Abdullah bin Ubai yang memulakannya terlepas daripada tuduhan.

Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fadhlan Mohd Othman berkata, membawa empat saksi sebagai bukti pertuduhan zina menunjukkan Islam agama yang berteraskan kasih sayang dan bukannya agama hukuman atau kekerasan.

"Ini dapat dilihat dari sudut kelemahan manusia apabila sering terjadinya perselisihan, pergaduhan atau pertengkaran dalam kalangan mereka dalam pelbagai urusan.

"Ada kalanya dengan iman yang lemah disulami dengan kejahilan menebal, mungkin ada kalangan manusia ini tergamak mengeluarkan tuduhan palsu terhadap orang yang dibencinya.

"Di sinilah Islam mempertahankan maruah umatnya dengan menuntut si penuduh untuk mendatangkan bukti, bukan seorang, dua atau tiga, tapi empat saksi! Tujuannya untuk memastikan tidak berlakunya komplot untuk menjatuhkan reputasi seseorang yang dibenci dan dimusuhi," katanya.

Beliau berkata, jika manusia kembali kepada ajaran Islam, mereka akan mendapati jenayah dan maksiat zina dapat dicegah dengan penerapan muraqabah.

"Di sini seseorang hamba akan percaya Allah sentiasa memerhatikannya. Nilai mulia ini adalah tahap wajib dalam al-ihsan.

"Jika kita yakin Allah memerhatikan gerak-geri kita pasti zina dapat dihindari. Justeru, semua pihak perlu membantu bagi tujuan itu.

"Contohnya, rancangan televisyen yang mengghairahkan perlu dihapuskan atau dikurangkan.

"Rancangan yang membina kerohanian dan spiritual Islam perlu diperbanyakkan, urusan perkahwinan perlu dipermudahkan dan media cetak perlu kembali kepada tugas pendidikan jiwa bukan hanya mengaut keuntungan," katanya.

Dr Fadhlan berkata, antara kisah qazaf yang berlaku pada zaman Rasulullah adalah kisah 'Uwaimir bin 'Ajlan yang menuduh isterinya berzina lalu Rasulullah mengarahkannya untuk melaksanakan li'an.

"Kisah 'Uwaimir ini dicatatkan al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no 4745.

"Juga, kisah golongan  munafik menuduh ibu umat Islam, Aishah binti Abu Bakr r.a (isteri Rasulullah) dengan perbuatan zina apabila Allah menurunkan ayat pada awal Surah al-Nur menyucikan beliau daripada tuduhan golongan munafik itu.

"Dengan turunnya ayat itu khususnya ayat 4 Surah al-Nur, Rasulullah melaksanakan hukuman sebatan 80 sebatan, antara lain ke atas Hassan dan Mistah yang turut menyebarkan tuduhan golongan munafik walaupun mereka berdua bukan tergolong dalam golongan munafik," katanya.

Beliau berkata, dalam kes zina, empat orang saksi itu mestilah mempunyai sifat tertentu.

"Saksi mestilah baligh, berakal, merdeka, melihat (tidak buta), Muslim, adil (iaitu melaksanakan kewajipan dan menghindari perkara haram), sedar/pasti (tidak lalai), tidak dikenakan hudud qazaf, lelaki dan tiada kesangsian.

"Justeru, saksi yang tidak solat contohnya, kesaksiannya tidak diterima kerana dia fasik. Seterusnya, dalam kes pertuduhan zina, jumlah saksi mestilah empat lelaki. Mereka perlu hadir secara serentak di hadapan hakim; jumhur ulama mensyaratkan perkara ini dalam persaksian kes zina manakala ulama mazhab Shafie tidak menjadikannya syarat," katanya.

Dr Fadhlan berkata, undang-undang syariah di negara ini memperuntukkan hukuman takzir bagi kesalahan qazaf.

"Hukuman bagi qazaf sebatan 80 kali berdasarkan ayat 4 Surah al-Nur. Jika pemimpin ingin menambah hukuman maka tambahan itu dinamakan takzir.

"Wajar diberi perhatian di sini takzir tidak boleh menggantikan hudud. Cara pelaksanaan yang tepat adalah hudud di samping takzir dan bukannya menggantikan hudud dengan takzir.

"Semoga pihak yang berkuasa dapat menilai semula perundangan syariah di negara ini agar menjadi lebih global dan absah," katanya.

Beliau berkata, pada asalnya orang yang mengadu dirogol atau diliwat secara paksa perlulah mendatangkan empat orang saksi atas satu pertuduhan.

"Akan tetapi disebabkan dia berada di bawah paksaan maka pastinya dia tidak dapat mendatangkan empat saksi. Dengan ini, mangsa rogol atau liwat secara paksa bolehlah melaporkan kepada pihak yang berkuasa dengan mendatangkan qarinah iaitu bukti lain seperti kesan luka dan cedera yang menunjukkan dia benar-benar dipaksa.

"Apabila mangsa mendatangkan bukti qarinah ini, dia tergolong dalam kategori shubhah atau kesamaran apabila perkara ini melindunginya daripada dikenakan hukuman hudud qazaf.

"Hakim boleh menjatuhkan hukuman takzir jika bukti yang diketengahkan seperti DNA, kecederaan dan luka itu meyakinkan.

"Orang tidak berzina atau meliwat, tetapi menuduh orang lain berzina atau meliwat pula tetap dijatuhkan hukuman qazaf ke atasnya (penuduh itu) jika tidak mendatangkan empat orang saksi," katanya.