Isnin, 23 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pasangan datin dan lelaki 'warak' yang ditangkap khalwat.

Posted: 23 Feb 2015 10:45 PM PST

Datin ditangkap khalwat dalam kereta bersama lelaki 'warak'

KUALA LUMPUR: Akibat taksub dengan fahaman songsang dipelajarinya sehingga sanggup melabelkan suami sebagai najis, seorang wanita bergelar Datin sanggup menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang dianggap lebih 'warak' sebelum ditangkap berkhalwat.

Dalam serbuan jam 11.50 pagi semalam, wanita terbabit bersama pasangannya ditahan ketika sedang 'berasmara' di dalam sebuah kereta di tepi jalan di Bandar Sri Damansara oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas mendapat aduan orang ramai.

Hasil siasatan mendapati wanita terbabit sudah menjalinkan cinta terlarang dengan pasangannya hampir dua tahun kerana mendakwa suaminya bukan tidak mengikuti syariat Islam sebenarnya kerana sering melakukan perbuatan bidaah.

Difahamkan wanita sering mengikuti pengajian agama di sekitar Kayu Ara, Petaling Jaya dan di kawasan Bukit Kiara sebelum menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki yang dianggap sealiran dengannya.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu sudah mempunyai tiga anak berusia 10 hingga 15 tahun, selalu bersikap dingin bersama suaminya dan sanggup menyewa rumah semata-mata untuk melempiaskan nafsu bersama pasangannya yang juga suami orang.

"Beliau anggap suaminya najis kerana mendakwa banyak melakukan perbuatan bidaah seperti tahlil, zikir, solat tidak menepati sunnah Rasulullah SAW, doa Qunut dan sebagainya.

"Wanita berkenaan sanggup menjalinkan hubungan sulit dengan teman lelaki kononnya sealiran fikrah dengannya kerana dilihat berperwatakan warak dan alim, akhirnya dicekup berkhalwat dan cubaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan lelaki itu di dalam sebuah kereta tengah hari semalam," katanya.

Bukan itu saja, wanita terbabit yang terpengaruh dengan fahaman songsang itu turut mempengaruhi anaknya supaya membenci ayahnya dengan pelbagai tuduhan seperti tidak mengamalkan sunnah dan mempunyai perempuan simpanan.

Katanya, akibat cinta sudah menguasai mereka di samping ajaran yang diamalkan, wanita terbabit sengaja mencari alasan untuk memburukkan suaminya dengan menuduh lelaki itu terkeluar daripada Islam selain mengamalkan ajaran bercanggah serta sesat.

"Hampir dua tahun wanita tersebut tidak bersekedudukan dengan suaminya, beliau juga turut memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, namun kerana sayangkan perkahwinan dan anak-anak, si suami tetap mempertahankan rumah tangganya.

"Ketika pasangan itu ditahan di dalam sebuah kereta bercermin gelap mereka sedang berpelukan dengan zip seluar lelaki terbuka sehingga menampakkan kemaluannya, manakala wanita itu dalam keadaan berseluar dalam dengan singlet.

Sementara itu Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim mengesahkan penahanan pasangan itu dan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Bloglist Malaysia

INSAF DAN BERTAUBAT LAH SEXFOOL !!

Posted: 23 Feb 2015 10:00 PM PST

'Celakalah ko jika tak tobat!!!'

Wan Azizah berpeluang jadi ketua pembangkang, kata PAS OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG RENCANA DAN ANALISIS

Posted: 23 Feb 2015 09:30 PM PST

 
'Jgn pulak u-turn nanti..           Hmmmmmm...  Wan Azizah berpeluang jadi ketua pembangkang, kata PAS  OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG RENCANA DAN ANALISIS  Published: 24 February 2015 6:55 AM  PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015. PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Februari, 2015. Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.  Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.  "Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

PAS menerima secara terbuka pemilihan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Islam sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan tempat suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau pernah ditolak semasa isu pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Penolakan PAS terhadap Presiden PAS Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor tidak akan menjejaskan peluangnya dipilih sebagai ketua pembangkang, kata Datuk Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, apa yang penting sekarang Dr Wan Azizah harus bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh terlebih dahulu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan selama lima tahun kerana didapati bersalah atas pertuduhan meliwat.
"Isu pelantikan MB sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

"Jadi kalau PKR mahu mencadangkan Wan Azizah menjadi ketua pembangkang, dia perlu menjadi ahli Parlimen terlebih dahulu," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider merujuk kepada ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.


Mustafa berkata, kriteria untuk memilih ketua pembangkang tidak semestinya daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

"Sebelum ini juga DAP mempunyai kerusi terbanyak namun PR memilih Anwar daripada PKR sebagai ketua pembangkang," katanya.

DAP pada ketika ini mempunyai 37 kerusi di Dewan Rakyat, PKR 28 dan PAS 21.

Menurut Mustafa, keputusan akhir tentang siapa bakal dipilih sebagai ketua pembangkang akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PR yang masih belum ditetapkan tarikhnya.

Mesyuarat PR sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 12 Februari lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gabungan itu sepatutnya memutuskan siapakah yang bakal menggantikan Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk memenjarakan ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Anwar termasuk Dr Wan Azizah, Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali dan anak kedua ketua umum PKR itu Nurul Nuha.

Pada 22 Februari Ulama PAS mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang kerana beliau adalah tokoh berpengalaman dalam PR.

Selain itu, terdapat juga pihak yang mencadangkan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa untuk menjadi ketua pembangkang walaupun Adun Salor itu bukanlah anggota Parlimen. – 24 Februari, 2015.

Pimpinan PAS nafi komplot jatuhkan Presiden PAS

Posted: 23 Feb 2015 08:45 PM PST


Salahuddin ayub Naib Presiden PAS, 
Salahuddin Ayub berkata beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

KUALA LUMPUR, 24 Februari: Pimpinan PAS sekali lagi menolak dakwaan terdapat komplot untuk menjatuhkan kepimpinan presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang tersebar di laman Facebook 'Tuc Tok Usin Ceroi' dan juga 'El-Haraki'.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata beliau menerima beberapa panggilan berkenaan perkara berkenaan namun masih belum melihat isi kandungan yang disiarkan dalam laman berkenaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Sehingga hari ini saya tidak mengetahui mengenai kewujudan laman berkenaan.



Dalam pada itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip pula memberitahu beliau tidak mengetahui perkara berkenaan. Jelasnya, beliau belum mendengar rakaman yang dikatakan telah tersebar luas di internet berkenaan. "Setakat ini saya belum dengar rakaman itu," ujarnya.



Sebelum ini, sebuah rakaman audio berdurasi lebih dua minit sebuah rakaman audio yang didakwa ucapan Mat Sabu bagi menjatuhkan Abdul Hadi tersebar. Rakaman itu memuatkan suara Mat Sabu memberikan taklimat untuk mengadakan serangan balas selepas serangan demi serangan dilakukan ke atasnya.

Rakaman tersebut turut memuatkan transkrip penuh kepada perbualan berkenaan yang mana Mat Sabu turut dikatakan telah bertemu dengan beberapa pimpinan PAS di Tanjong Karang dan Sungai Besar berkenaan krisis Menteri Besar Selangor.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ucapkan tahniah buat KJ.... Sekalung tahniah buat Khairy Jamaluddin... Shahbudin Husin SUARA LANTANG:

Posted: 23 Feb 2015 08:00 PM PST

Kira-kira seminggu sebelum dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memberi amaran bahawa pemenjaraannya akan meningkatkan lagi simpati rakyat dan memberi kemungkinan lebih cerah PR menubuhkan kerajaan selepas PRU 14 akan datang.

Menurut beliau, jika dalam dalam pilihanraya umum lalu undi popular yang diraih oleh PR ialah sebanyak 52 peratus, tetapi selepas pemenjaraannya ia akan meningkat kepada 60 peratus.

Ketika itu mungkin ramai yang menyangka ia hanya sebagai suatu "ancaman" daripada Datuk Seri Anwar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO semata-mata agar tidak memandangkan mudah jika beliau dipenjara.

Apatah lagi, tidak ada sesiapa, baik Pemuda UMNO yang mahu menyanggah apa yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Tetapi sebaik Datuk Seri Anwar dihantar ke penjara Sungai Buloh, Pemuda UMNO Malaysia melalui Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dinaunginya, dengan pantas menjemput Tan Sri Shafee Abdullah, timbalan pendakwaraya dalam kes liwat itu untuk hadir dalam suatu majlis dialog anjurannya dan bercakap mengenai kes yang sudah berakhir itu.

Di dalam majlis dialog yang turut dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin itu, Tan Sri Shafee bukan saja membentangkan beberapa fakta kes tetapi juga bercerita dengan terperinci mengenai perlakuan seks antara Datuk Seri Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan yang didakwnya berlaku.

Sudah tentu cerita sepihak itu didengarinya daripada keterangan yang diberikan oleh Saiful Bukhari kepadanya.

Susulan dari itu, Khairy Jamaluddin atau KJ mengumumkan bahawa Pemuda UMNO akan mengadakan program jelajah ke seluruh negara bersama Tan Sri Shafee dengan destinasi pertama yang dipilih ialah Pulau Pulang. Tindakan KJ ini segera mengundang banyak persoalan.

Ramai yang bertanya, apa perlunya jelajah ke seluruh negara diadakan sedangkan Datuk Seri Anwar sudah kalah dan kini dipenjarakan? Jika pihak Datuk Seri Anwar yang mengadakan jelajah itu, ia mungkin munasabah dan boleh difahami kerana pihak yang kalah memang selalu membantah dan tidak puas hati.



Tetapi apa perlunya lagi Pemuda UMNO mengadakan jelajah sedangkan musuh kepada UMNO dan Perdana Menteri itu sudah berjaya dipenjarakan?

Apakah muslihat KJ dan Pemuda UMNO dalam hal ini? Mengadakan program jelajah dan terus bercerita mengenai hal-hal peribadi, moral dan seks melibatkan Datuk Seri Anwar tidak lain hanyalah meningkatkan lagi simpati rakyat kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Ia juga akan menjadikan nama Datuk Seri Anwar terus segar dalam ingatan dan menjadi sebutan ramai. Isu seks melibatkan Datuk Seri Anwar hakikatnya sudah pun dijaja oleh UMNO sejak tahun 1998 lagi iaitu sebaik beliau dipecat daripada parti dan kerajaan dan ia adalah modal politik yang pernah sama-sekali membawa untung.

Setiap kali pilihanraya, di sebalik pelbagai video, risalah dan ramai bekas pemimpin PKR dan NGO yang bercakap mengenai seks, moral dan keburukan Datuk Seri Anwar, jumlah kerusi yang dimenangi PR nyata makin bertambah. Ini menunjukkan semakin dijaja dan dicerita isu seks itu, ia meningkatkan lagi sokongan rakyat kepada PR.

Ia mungkin disebabkan rakyat tidak percaya dengannya atau mungkin juga rakyat menilai ini bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik dan mencari sokongan.

Dengan KJ dan Pemuda UMNO mahu mengadakan jelajah ini, lebih mungkin yang berlaku ialah simpati akan meninggi lagi. Datuk Seri Anwar yang sudah dipenjara dan tiada ruang untuk menjawab lagi tetapi terus diperkatakan keburukan, dicaci dan dicerca, pasti akan menyebabkan sesiapa pun kasihan kepadanya.

Bersama dengan Datuk Seri Anwar dan PR sendiri yang terus-menerus mengatakan ia sebagai konspirasi politik dan tiada keadilan yang sepenuhnya diberikan, dalam masa yang sama rakyat juga akan terus berbelah bagi dengan hukuman penjara yang diterimanya itu.

Program jelajah ini juga menyebabkan nama Datuk Seri Anwar terus segar dalam ingatan dan sentiasa disebut ramai. Walaupun dipenjara, ia akan terus menghantui UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang ini.

Selain itu, dengan terus menjaja dan memburuk-burukkan nama Datuk Seri Anwar melalui program jelajah itu, lebih mudah untuk rakyat mempercayai bahawa segala-galanya adalah berunsur politik.

Jika bukan kerana politik, bukankah lebih baik diam saja? 


Secara umumnya, program jelajah Pemuda UMNO ini menyumbang kepada tiga perkara - meningkatkan lagi simpati, menyebabkan nama Datuk Seri Anwar terus segar dan menjadikan pemenjaraannya lebih mudah dikaitkan dengan politik sedangkan sebelum ini ia dikatakan hanya jenayah peribadi Ketua Pembangkang dengan bekas pembantunya saja.

Secara tidak langsung melalui program jelajah Pemuda UMNO ini, keyakinan Datuk Seri Anwar bahawa undi popular kepada PR akan meningkat daripada 52 peratus kepada 60 peratus lebih mungkin menjadi kenyataan. Peratusan itu akan meningkat melalui tiga faktor yang disebut diatas tadi.

Kalau dulu, ketika Datuk Seri Anwar dibebaskan dari pertuduhan kes liwat 1, KJ menunjukkan simpati dengan menghantar passport ke rumah bekas Timbalan Perdana Menteri bagi membolehkannya pergi menerima rawatan tulang belakang dengan segera di Munich, Jerman, namun dalam kes liwat 2 ini, simpati itu nampaknya ditunjukkan dalam bentuk berbeza pula.

Lalu, sekalung tahniahlah buat KJ....

Posted by mountdweller

Takiyuddin: DAP boleh keluar Pakatan...!!

Posted: 23 Feb 2015 07:30 PM PST

PAS tidak akan tunduk kepada DAP dalam usaha melaksanakan Enakman Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau hudud di Kelantan sebaliknya DAP disaran keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya tidak bersetuju dengan perjuangan PAS itu.

Penolong Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata DAP tidak boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang itu di Kelantan kerana pakatan pembangkang yang diwujudkan pada 2008 bukan kepunyaan DAP.

"Pakatan pembangkang bukan kepunyaan DAP, pakatan pembangkang tidak ada ketua, kalau dia (DAP) tak setuju dia keluar dari Pakatan Rakyat, kenapa suruh kita keluar dan dia tidak boleh keluarkan kita (PAS)," katanya kepada pemberita.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baharu dan Ketua Sekretariat Tetap Kanun Jenayah Syariah Kelantan, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan.

Akhbar melaporkan Gobind menerusi kenyataannya baru-baru ini, memberi amaran bahawa PAS tidak akan dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang jika parti itu membentangkan rang undang-undang berkaitan hudud bulan depan kerana pelaksanaan hukum terbabit tidak mendapat sokongan sekutu dalam pakatan terbabit.




Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dari 16 hingga 19 Mac ini adalah bagi pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Takiyuddin berkata tidak ada mana-mana parti dalam pakatan pembangkang sama ada DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang boleh menghalang PAS daripada melaksanakan undang-undang berkenaan di Kelantan kerana enakman berkenaan diluluskan  pada 1993 oleh DUN Kelantan iaitu sebelum wujudnya pakatan pembangkang.

Beliau berkata DAP dan PKR sudah maklum mengenai pelaksanaan undang-undang berkenaan kerana ia pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang dan juga pimpinan DAP pada 2011.

- Bernama

VIDEO - Kerajaan Perpaduan:Perangkap Umno pada PAS-Nik Aziz

Posted: 23 Feb 2015 06:45 PM PST





MB Kelantan temui Najib di Putrajaya

Posted: 23 Feb 2015 06:30 PM PST

 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.

Perdana menteri dalam catatan di laman Facebooknya berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.

"Insya Allah, kerajaan persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya.

Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan tersebut yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.

- Bernama
 

Selamat Menerima Menantu Buat Najib Dan Rosmah...?? oleh Shahbudin Husin,

Posted: 23 Feb 2015 05:45 PM PST



Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor secara rasmi akan menerima menantu apabila majlis perkahwinan anak perempuannya, Nooryana Najwa dengan Daniyar Kessikbayev akan diadakan pada 28 Mac depan di Kuala Lumpur Convention Centre atau KLCC.

Para tetamu yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri, pemimpin GLC, tokoh korporat dan sebagainya sudah mula menerima "kotak jemputan" sejak seminggu yang lalu dan kini dalam proses mengesahkan kehadiran masing-masing.

Jemputan dibuat dalam bentuk istimewa iaitu berupa watikah yang ditulis dengan tulisan emas dan digulung serta dimasukkan dalam kotak khas berwarna putih dan kuning keemasan.

Difahamkan selain daripada majlis di KLCC ini, jamuan lain juga akan diadakan di Seri Perdana, PWTC dan juga Pekan, Pahang.

Majlis di Seri Perdana adalah untuk tetamu jemputan istimewa manakala di PWTC pula adalah untuk pemimpin dan ahli UMNO daripada seluruh negara. Di Pekan, Pahang yang merupakan kawasan Parlimen Najib, majlis juga diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pengundi di kawasan itu.

Kemudian, majlis bertandang ke Kazakhstan juga akan berlangsung selepas itu.

Nooryana dan Daniyar bertemu ketika sama-sama menuntut di AS dan sudah mengikat tali pertunangan sejak 2011 yang lalu.

Ini bermakna Mac depan adalah bulan yang menggembirakan bagi Najib kerana dengan menerima menantu yang merupakan suatu kegembiraan bagi mana-mana ibu bapa sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan daripada pelbagai masalah politik yang dihadapi ketika ini.

Diucapkan selamat menerima menantu buat Najib dan Rosmah. Berita dan ulasan lain mengenai majlis perkahwinan yang dijangka gilang-gemilang ini akan menyusul lagi selepas ini, Insya Allah. (SH 24/02/2015).

KedahLanie.

Sah!! Ada Menteri Menggelupur Dengan Pendedahan Terbaru Ini?

Posted: 23 Feb 2015 05:00 PM PST

 
PKR hari ini mengumumkan akan mengemukakan permintaan rasmi pada Australia untuk membolehkan Sirul Azhar Umar ditemu ramah media mengenai peranannya dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata temu bual Sirul ini boleh dijadikan alasan untuk polis Malaysia membuka semula siasatan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

"Saya sudah membincangkan tentang kedudukan Sirul dengan beberapa Ahli Parlimen Australia. Saya faham Sirul tidak boleh memberikan wawancara televisyen atau media tanpa kebenaran kerajaan Australia.

"Kami berharap agar dapat memanfaatkan hubungan baik dengan rakan-rakan kami di Parlimen Australia untuk mendapatkan kebenaran daripada kerajaannya," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Langkah PKR untuk mendapatkan kebenaran formal itu diumumkan selepas telesidang yang dinanti-nantikan bersama Sirul anjuran Penerangan PAS hari ini menemui kegagalan.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu gagal menjawab panggilan daripada Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar walaupun dicuba sebanyak 15 kali.


Mahfuz yang menjanjikan sesi Sirul dengan media hari ini berkata beliau cuba menghubungi Sirul beberapa kali melalui telefon selama kira-kira 45 minit tetapi tidak berjaya.

Beliau kemudian memohon maaf kepada petugas media yang menunggu untuk mewawancara pembunuh warga Mongolia itu.

Rafizi hari ini berkata PKR ada menghubungi senator parti bebas Nick Xenaphone, dan juga Ahli Parlimen dari parti Greens Australia dan Parti Buruh Australia.

Beliau berkata PKR kini juga cuba mendapatkan bantuan daripada ahli Parlimen Australia supaya mereka dapat bertemu dengan Sirul secara peribadi untuk memastikan keselamatannya.

"Saya yakin dengan bantuan semua pihak, kebenaran mengenai kes pembunuhan Altantuya akan diumumkan, terutamanya persoalan siapa yang mengarahkan Sirul untuk menembak dan meletupkan Altantuya," kata Rafizi.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Malaysiakini, Sirul mendakwa beliau bertindak atas arahan orang lain untuk membunuh Altantuya, dan mempertimbangkan untuk mendedahkan butiran kes itu dalam satu temu bual dengan media.

"Saya bertindak atas arahan. Orang penting dengan motif (untuk membunuh Altantuya) masih bebas. Ia bukan bermaksud saya tidak suka kepada polis atau negara, tetapi saya bertindak atas arahan, " memetik kata-kata Sirul.

Lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria bulan lepas menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul dan Azilah, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013 ke atas pembunuhan Altantuya, yang merupakan kekasih Abdul Razak Baginda yang juga orang kepercayaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sirul tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan dan laporan berita berikutnya mengesahkan beliau berlepas ke Australia pada Oktober lalu dan ditahan polis Australia pada 20 Januari selepas Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan notis merah terhadapnya.

Australia menandatangani perjanjian ekstradisi dengan Malaysia pada 2006 tetapi tidak mungkin untuk menghantar Sirul pulang, kerana menurut undang-undang, Australia melarang banduan dijatuhkan hukuman mati yang akan diekstradisi ke negara mereka.

Walaupun beliau didakwa, motif pembunuhan itu tidak pernah didedahkan. Sirul, 43, berkata dia tidak pernah mengenali Altantuya atau penganalisis politik tersebut, Razak.

Razak dibebaskan walaupun sebelum itu dituduh kerana bersubahat dalam pembunuhan Altantuya, tanpa dipanggil membela diri di Mahkamah Tinggi pada 2009.

Keterangan dalam mahkamah menunjukkan Altantuya, seorang penterjemah warga Mongolia,  dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C4 pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam.
 
 
Addin

Asyik-asyik nak tengoyak tak habih- habih dengan terghoyaknya!

Posted: 23 Feb 2015 04:15 PM PST

Ini ghopanya , asyik nak tengoyak tak habih- habih ..... Pilu hati tak terkata.Hancur luluh. Huhuhu Saya rasa pelik sungguh dengan Cikgu Sejarah ni - Ridhuan Mohd Nor.

Hari semasa muktamar lalu, bila kawan dia baca doa laknat khas untuk Mat Sabu dia pun teghoyak juga....alahai...

Depa ingat Mat Sabu tu tak ada perasaan macam depa juga? Tu yang Mat Sabu perli, "Saya bukan manusia pelastik!" Mat Sabu pun ada perasaan rasa dihina dan sedih bila hampa buat kelaku begitu.

Tapi tidaklah pula dia ngada-ngada menangis macam pondan siam! Tuan rumah di Algeria tu tak bagi korang ni makan hingga terpaksa bawa periuk dan sadin dari Malaysia?

Hari ni pula Ridhuan Mohamad Nor naikan status (atas) yang meruntun pilu kalbunya kerana terharu sangat nengok Hj Hadi makan sambal ikan bilis???

Korang nampak tin ikan sadin cop ayam ke tu?

Tidak mungkin tetamu dari Malaysia orang Algeria tak jamu bagai??

Tak payahlah nak tunjuk zuhud sangat makan tak pakai pinggan dengan periuk nasi bawa dari Malaysia tu! Apa dia ingat ikan bilis tu murah ker? Aku gemar makan ikan bilis dan aku tahulah harga ikan bilis tu berapa sekarang nih!

Sedih konon! Nak tergelak sungguh bila baca statusnya itu. Mungkin Ridhuan ni ingat kita orang jakun sangat.

Tak pernah nengok Hj Hadi bersantapan macam dalam gambar nih : Ridhuan , ko terasa nak berderai air mata atau air lio?

Berikut adalah komen Teuku Zacharyah Iskandar : SAMPAI BILA MELAYU HARUS DIPERBODOHKAN?

Apakah ini dinamakan sebagai ZUHUD? *Jawatan sebagai Ahli Parlimen dgn gaji RM 10K.

*Mendapat Elaun tetap sebagai Ahli Parlimen.

*Jawatan sebagai Presiden PAS juga dibayar gajinya.



*Mendapat bayaran setiap kali membuat ceramah agama. * Anak dan menantu memegang jawatan serta memiliki saham dalam GLC di Selangor. Setahun hampir RM 1 JUTA. * Mempunyai berekar2 tanah.

* Mempunyai kediaman yang sempurna. * Memiliki Kenderaan besar dan selesa. * Mendapat rawatan hospital First Class. *Mampu melancong keluar negara berkali2 dalam setahun.

Hakikatnya : Ramai fakir ( geladangan ) tidak mempunyai kediaman dan hidup dicelah2 timbunan sampah. Tidur malam berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah. Anak kecil tidur malam dalam kedinginan dan kelaparan.

Ramai golongan miskin yang hidup tertekan. Makan hanya sekadar mengalas perut, tiada penempatan yang sempurna, kederaan jauh sekali, hidup berpindah randah kerana tiada wang bagi membayar sewa rumah.

Di halau tuan rumah di tengah malam buta merempat di tangga2 masjid mohon perlindungan agar dapat bermalam sehari dua..

Note : Admin Harap janganlah ada lagi si BAHALOL yg post gambar2 lakonan minta simpati macam ini, kerana ianya perbuatan Munafiq..

Buat Ustadz Mohamad Ridhuan Mohd Noor jika benar sekalipun saudara seorang kaki pengampu janganlah meletakkan akhlak saudara serendah ini bagi menipu umat islam dalam negara kita. Hentikanlah sifat2 Munafiq kamu tu..

Teuku Zacharyah Iskandar Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return.

al-Husseyn.

Profesor Agus Tegur Penyokong Tegar PAS Yang Taksub

Posted: 23 Feb 2015 03:30 PM PST

 

PAS bukan agama malah ia hanya sekadar sebuah parti politik yang ada kelebihan dan kekurangannya.

Perkara itu dinyatakan penganalisis politik, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menasihati penyokong tegar parti itu supaya tidak keterlaluan menghukum seseorang yang mengkritik parti itu.

Katanya, penyokong PAS tidak seharusnya menganggap orang yang menegur PAS itu telah terkeluar dari Islamnya.

"Nasihat saya kepada penyokong tegar PAS, jangan menganggap orang yang menegur PAS itu sebagai telah terkeluar dari Islamnya. Insafilah bahawa PAS itu bukan agama.

"Tetapi janganlah sampai kepada kita mencarut atas nama perjuangan Islam untuk mencari keredhaan Allah tersebut," katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Jelasnya, sikap sesetengah penyokong tegar PAS yang suka melabel orang dan mencarut dengan hal-hal yang tidak perlu akan menjejaskan parti itu.

Katanya, PAS perlu mendakwah secara berhemah jika mahukan sokongan tanpa perlu menuduh sesiapa mengkritik parti itu adalah mempermainkan ulama dan menolak Islam.

"Cumanya saya terkilan apabila ada yang mengaitkan tulisan saya itu sebagai saya menolak Islam, mempermainkan ulama sebagai pewaris Nabi.

"Terlalu mengejar kuasa dunia sehingga lupa dosa pahala, bersekongkol dengan orang kafir, telah diupah untuk menulis cerita yang tidak benar tentang ulama PAS, dan tidak istiqamah dengan akidah perjuangan Islam," jelasnya.

Ini susulan kenyataannya semalam yang menulis mengenai perbandingan profil parti itu dahulu dan kini.

"Dahulu meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergik kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama adalah sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS," katanya.



Bloglist Malaysia

ADAKAH JAIS BERANI nak terima & teruskan laporan ‘Qazaf’ terhadap Shafee ???

Posted: 23 Feb 2015 08:00 AM PST


Apakah sebenarnya akan terjadi jika kes pertuduhan liwat Anwar-Saiful jika diadili di Mahkamah Syariah ???..

TETAPI di negara Islam-M'sia MUSTAHIL akan berlaku kerana M'sia ada UMNO !!!

Itulah sebabnya mengapa puok, pendokong UMNO begitu takut Hukum Allah Hudud mahu dilaksanakan di negara tercinta kita...

SUDAH PASTI segala kemungkaran yg dilakukan UMNO tak dpt dilakukan sewenang-wenangnya jika Hukum Allah Hudud & martabat Mahkamah Syariah dipertingkatkan & sama taraf dgn mahkamah2 sivil2 yg lain..

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN - 




MENGIKUT HUKUM HUDUD,  SHAFEE WAJIB DISEBATAN 80 KALI SEBATAN.

Asal usul ‘Anwarinas’ –

Posted: 23 Feb 2015 07:15 AM PST

Khalid Samad Baru baru ini kedengaran desakan supaya golongan 'Anwarinas' diusir keluar daripada pimpinan PAS.

Saya hairan dengan desakan tersebut kerana setahu saya, tiada pimpinan PAS yang 'Anwarinas'.

Sudah pasti seorang 'Anwarinas' akan berada dalam PKR, bukan PAS. Namun tidak dinafikan dakwaan wujudnya golongan 'Anwarinas' dalam pimpinan PAS dibuat agak sudah lama.

Ia dimulakan seorang yang bernama Zul Nordin. Masih ingat siapa dia?

Dia juga dikenali dengan gelaran 'Mr. 101%' apabila menyatakan keyakinan menang kerusi Parlimen Shah Alam pada tahun 2013. Seperti dakwaan dia akan menang terbukti palsu, begitu jugalah bagi saya dakwaannya adanya 'Anwarinas' dalam PAS.

Dia mengaku dirinya salah seorang peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi saya diberitahu dia hanya bantu angkat beg turun naik mahkamah, menyibuk tanpa diundang.

Tidak tahulah samada betul atau tidak. Namun, pada saya dialah adalah orang yang pertama menggunakan istilah 'Anwarinas' ini.

Tetapi yang peliknya ada pula anak muridnya dalam PAS!

Golongan 'pengikut Zul Nordin' dalam PAS ini sedang mengusahakan apa yang Zul Nordin tidak mampu lakukan pada satu ketika dahulu.

Kalau mereka terdiri daripada orang muda yang hanya berpandukan semangat saya tidak hairan sangat. Tetapi amat malanglah kalau ada yang bergelar ulama tetapi menjadi anak murid Zul Nordin dan sanggup pula membawa agendanya.



Bagaimanapun, jika menyokong Anwar dalam keadaan beliau ditindas dianggap 'Anwarinas', maka Almarhum Ustaz Fadhil adalah 'Anwarinas' yang pertama. Diikuti pula dengan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kalau bersama Anwar dalam usaha menjatuhkan Umno/BN dan memenangkan gabungan parti politik baharu bersamanya samada di dalam BA atau PR dianggap 'Anwarinas', maka ketahuilah semua Almarhum Ustaz Fadhil adalah 'Anwarinas yang pertama, diikuti dengan Almarhum Nik Aziz serta Hadi. Mereka menjawab, "Tidak! Tidak!" yang dimaksudkan adalah yang menyokong semua yang dilakukan Anwar walaupun ianya bercanggah dengan keputusan Jemaah.

Maka ditanya kembali "Apa dia yang dilakukan Anwar yang bercanggah dengan keputusan jemaah yang disokong pimpinan PAS ini?" Maka dijawab pula mereka:

1. Menyokong calon PKR di Kota Damansara Kota Damansara adalah kerusi PKR.

Itu keputusan Jemaah. Di peringkat Negeri dan juga Pusat. Pada 2008 PAS Selangor atas permintaan PAS Subang tukarkan Kota Damansara dengan Paya Jaras.

Pertukaran ini dilakukan atas dasar suka sama suka. PKR menang di Kota Damansara dan malangnya PAS kalah di Paya Jaras. Status kerusi ini tidak berubah secara rasminya sehingga sekarang walau pun ada dakwaan seorang 'ulama' muda kerusi Kota Damansara adalah milik PAS.

Pada 2013, PAS menang di Paya Jaras tetapi PKR kalah di Kota Damansara. Umno cukup berterima kasih dengan calon PAS yang diturunkan di Kota Damansara termasuk juga 'ulama' muda tersebut. Maka menyokong PKR di Kota Damansara bukan alasan untuk mendakwa seseorang itu sebagai 'Anwarinas'.

2. Menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor PAS terus menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Saya sendiri berbeza pandangan tetapi terpaksa akur dengan keputusan Jemaah.

Tetapi sokongan ini ditarik balik oleh PAS sebaik sahaja Khalid dipecat dari PKR kerana tidak mematuhi disiplin partinya. Oleh itu PAS tidak lagi menyokong Khalid selepas itu.

Oleh itu menolak Khalid sebagai MB selepas tarikh mesyuarat AJK PAS Pusat yang bersetuju menukarnya tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang sebagai 'Anwarinas'.

3. Menyokong DSWA sebagai MB Selangor. Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail diputuskan sebagai salah seorang yang dicalonkan oleh PAS untuk jawatan MB dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang bertemu pada 17 Ogos 2014.

Ianya keputusan sebulat suara. Cadangan nama Wan Azizah sebagai calon pertama dan Azmin Ali sebagai calon kedua dibawa oleh Hadi sendiri dan ianya diterima tanpa apa-apa perbahasan lanjut. Malangnya Azmin Ali memberi laluan kepada Wan Azizah dan oleh itu Wan Azizah diterima PR sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor.

Ini menimbulkan reaksi melampau dari golongan tertentu dalam PAS tetapi ianya hasil tindakan Azmin Ali bukan mana-mana pimpinan PAS.

Tetapi memang tidak dapat dinafikan, Azmin adalah seorang 'Anwarinas'. Tetapi menyokong Wan Azizah sebagai calon MB tidak boleh dikatakan sebagai membelakangi keputusan jemaah.

Sebaliknya ianya selari dengan keputusan rasmi jemaah. Maka ianya turut tidak boleh digunakan sebagai alasan menuduh seseorang pimpinan sebagai 'Anwarinas'.

4. Menyokong Langkah Kajang Persoalan Pilihan Raya kecil Kajang hasil tindakan Langkah Kajang sememangnya tidak dibincang terlebih dahulu oleh PKR. Mereka menganggap ianya urusan PKR kerana Adun Kajang pada ketika itu adalah dari PKR.

Oleh itu ianya terpulang kepada mereka samada ingin menukarkan Adun mereka atau tidak. Samada PAS bersetuju atau tidak dengan lojik mereka hakikatnya PKR terus bertindak.

Dengan itu PAS Pusat bermesyuarat dan diputuskan secara jamaai PAS kena membantu mereka di Kajang. Namun PAS sebut dengan jelas, pendirian PAS, pertukaran MB tidak timbul pada ketika itu.

Oleh itu menyokong PKR di Kajang adalah keputusan Jemaah. Memulaukan pilihan raya kecil Kajang dengan tidak turun bertugas adalah keputusan hawa nafsu. Menyokong PKR di Kajang juga tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk menuduh seseorang 'Anwarinas'.

5. Konsensus nasional Dikatakan 'golongan Anwarinas' menyokong 'Konsensus Nasional' kerana ianya dibawa Anwar tetapi menolak 'Unity Government' yang dibawa Hadi. Oleh itu mereka lebih sokong Anwar dari menyokong Hadi. Konsensus Nasional dan Unity Government adalah dua perkara yang berbeza.

Konsensus Nasional hanya merupakan persetujuan bersama untuk tidak mengeruhkan lagi suasana politik negara dengan membawa isu-isu bersifat perkauman dan sebagainya.

Ianya bukan cadangan untuk PR bersatu dengan BN. Ianya cadangan untuk menjadikan politik dan demokrasi negara lebih baik dan matang maka apa masalah dengan menyokongnya?

Unity Government merupakan cadangan untuk menyatukan BN dan PR dalam satu kerajaan dan dengan itu tiada lagi pembangkang dan semua berkerjasama untuk kebaikan Negara. Pada dasarnya, ianya cadangan yang baik, seperti saya jelaskan dalam tulisan asal saya pada sekitar Mac 2009.

Tetapi saya tidak yakin BN akan bertindak adil terhadap PR dan sebaliknya akan menggunakannya sebagai peluang membunuh masa depan politik PR. Cadangan UG ini juga menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli.

Ada yang menganggap ianya gabungan PAS dan Umno. Kekeliruan ini terhasil dari usaha pihak tertentu pada tahun 2008 sebaik sahaja kita mencapai prestasi cemerlang melalui PRU12 pada tahun itu.

Sedangkan UG bukan sekadar PAS dan Umno, tetapi PR dan BN. Namun, menolak UG dan menyokong KN tidak merupakan alasan untuk menggelar mana-mana pihak sebagai 'Anwarinas' kerana kedua-duanya adalah konsep yang berbeza.

Pandangan berbeza berhubung kedua-duanya adalah berdasarkan hujah dan analisa masing-masing, bukan atas sikap mengikut secara buta tuli terhadap mana-mana pihak. 6. Tawaran TPM dan jawatan menteri kepada Anwar dan PKR.

Ada juga yang menimbulkan persoalan mengapa 'golongan Anwarinas' tidak bersuara apabila didedahkan Anwar pernah ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan menteri oleh Datuk Seri Najib Razak.

Adanya tawaran bererti adanya tawar-menawar dakwa mereka. Sedangkan 'golongan Anwarinas' ini begitu kecoh bila isu UG ditimbulkan dalam PAS.

Pertama, adanya tawaran tidak bererti semestinya adanya tawar-menawar. Rasulullah (SAW) ditawarkan bermacam-macam oleh pihak Quraisy walaupun Rasulullah tidak terlibat dalam usaha tawar-menawar dengan mereka. Kedua, tawaran itu tidak diterima maka ingin buat bising buat apa?

Anwar pun difitnah lagi dan dipenjarakan maka jelas membuktikan tiada usaha berdamai samada di pihak Umno atau PKR.

Ketiga, itu urusan parti PKR. Pimpinan PAS jaga PAS supaya PAS tidak tertipu dengan tipu-helah Umno. Biar PKR dijaga oleh pimpinan PKR sahajalah. Pimpinan PAS mahu masuk campur buat apa? Kalau PKR bodoh sangat sehingga sanggup terima tawaran Umno, nasib merekalah.

Maka kita lawan mereka pula selepas itu! Namun, Alhamdulillah mereka menolak dan ini adalah bukti kesetiaan kepada PR. Kalau Anwar terima awal-awal, mungkin kesnya pun ditarik-balik.

Tetapi, bukan sekadar tidak lari mencari suaka politik di Amerika, UK atau Australia, tunggu di Malaysia sehingga dipenjarakan sekalipun. Berapa ramai yang menanggung dosa kering atas buruk sangka mereka terhadap Anwar dalam kes ini?

Oleh itu, tidak mengutuk Anwar kerana beliau ditawarkan jawatan TPM dan beberapa jawatan menteri juga bukan alasan untuk menuduh seseorang itu 'Anwarinas'.

Kesimpulan Saya sememangnya kecewa dengan sikap beberapa pimpinan PAS yang sanggup membawa agenda mereka-reka seperti Zul Nordin, Hassan Ali dan sebagainya di dalam PAS.

Begitu juga dengan budaya terpengaruh dengan tulisan di alam maya oleh orang bacul yang bersembunyi di sebalik nama samaran seperti Tok Usin Ceroi (TUC), Elharaki dan sebagainya. Dakwaan orang yang merahsiakan siapa diri mereka sepatutnya terus dibakul sampahkan.

Lainlah kalau yang dituduh itu adalah pihak berkuasa yang boleh mendatangkan musibah ke atas diri mereka. Ini tidak. Yang difitnah pun sedang bergelut menentang kezaliman BN dan menjadi mangsa kezaliman itu, ditambah pula dengan fitnah yang dilemparkan tanpa bukti dan hujjah yang kukuh.

Saya tidak dapat menolak kemungkinan ini semua bertujuan untuk mencapai sesuatu yang lama diinginkan beberapa pimpinan PAS iaitu untuk supaya PAS keluar dari PR.

Untuk berhujah secara berdepan berhubung kehendak mereka ini tidak mampu mereka lakukan maka mereka memilih jalan pintas yang jahat dan tidak berakhlak.

Mereka memilih untuk menuduh tahaluf siyasi ini menghasilkan banyak kerosakan dalam PAS termasuk masalah wala' dan kesetiaan serta kewujudan golongan 'Anwarinas' dan sebagainya. Saya nyatakan dengan terus terang di sini.

Wala' saya pada jemaah menuntut supaya saya berusaha untuk mencapai kebaikan untuk jemaah ini.

Oleh itu sesiapa sahaja yang ingin merosakkan jemaah melalui membawa agenda Zul Nordin, Hassan Ali, TUC dan Elharaki akan saya tentang habis-habisan. Semoga dengan itu akan saya kembali bertemu Allah kelak dalam keadaan redha dan diredhai insyaAllah.

Wallahu alam. – al-Husseyn.

23 Februari, 2015

Apa Yang Sebenarnya Berlaku...?? Sah Najib Tidak Ada Kaitan ?

Posted: 23 Feb 2015 06:35 AM PST



Report No : 7380/06
Station : Travers
Name : Sirul Azhar bin Haji Umar
IC No : RF125591
Race : Malay
Date/Place of Birth : 29-1-1971
Age : 35 years male
Occupation : Police officer
Address of workplace : UTK, Bukit Aman
Name of father : Haji Omar bin Haji Hassan
Address of father : Deceased
Recording Officers : Insp Nom Phot a/l Prack Dit at Office D6, 3rd Floor, Bukit Aman on 9th November 2006 at 1307 afternoon.

Interpreter-from-to-

On 19th (sic) November 2006 I was asked by the investigating officer K/ASP Tony Anak Lunggan to record the statement of a Malay inmate named Sirul Azhar Bin Haji Omar Kp RF 125591. The inmate was then brought to me and I ordered the release of his handcuffs.

I then interviewed the inmate who appeared to be proficient in Malay. I also found the inmate in good health. I then read out the warning under Section 113(1)(a)(2) of the Criminal Procedure Code to the inmate as follows;-

IT IS MY RESPONSIBILITY TO WARN YOU THAT YOU ARE NOT OBLIGED TO SAY ANYTHING OR TO ANSWER ANY QUESTIONS.

BUT WHATEVER YOU SAY WHETHER IN ANSWER TO A QUESTION OR NOT SHALL BE GIVEN AS A STATEMENT.

S. Do you understand the warning that has been read and explained to you?

J. Yes I understand.

S. Do you have any questions about the warning?

J. No.

S. Do you want to give a statement?

J. Yes I want to give a statement.

S. What do you want to tell me?

J. As a member of the Special Action Unit (UTK) on an undetermined date 5 or 6 days before the incident on 19th October 2006 while I was in my office I received a telephone call from Tuan Azilah (Azilah) the officer above me requesting that I meet him in Central market. I could not meet him at the time because I was together with Tuan Khairy as his driver.

At that time, I was driving Tuan Khairy to deliver hampers in Selayanga and Batu Caves. On my way to there roughly after 12 noon I received another call from Azilah who asked me where I was and I told Azilah I may be late coming back as I was assisting an officer and I replied I would call him back after completing my duties.

At around 3.00pm, after dropping off the officer at the office in Bukit Aman, Azilah telephoned me again and told me to meet him in Central Market.

At about 3.15pm I met Azilah at Central Market. He instructed me to observe Malaya Hotel where the woman who was disturbing the businessman [sic] stayed. Azilah also informed me there were three women staying in a room on the 8th floor, the number of which I am unable to recollect.

After that I went together with Azilah in my car, a Satria bearing registration number WEA 4717 to look for Malaya Hotel. On the way there, Azilah talked about a reward of between RM50,000 and RM100,000 if the case was settled. Azilah and I however failed to locate the hotel after circling the area many times.

After failing to locate the hotel, Azilah and I returned to Central Market and while we were there, Azilah asked an artist at Central Market for directions to Malaya Hotel.

The artist, who was Malay, drew a plan of the location of Malaya Hotel.

After that Azilah and I walked towards Malaya Hotel. We reached Malaya Hotel at 4.00pm.

When we arrived at Malaya Hotel, Azilah invited me to go to the 8th floor of the hotel. After we reached the 8th floor Azilah showed me the room that was occupied by the woman who was disturbing Razak.

While on the 8th floor, Azilah asked me to "shoot to kill" all three women in the hotel room and asked that I stay in any one of the rooms on the 8th or 7thfloor or any other floor with all lodging expenses borne by Azilah.

I informed Azilah that I would not be able to do it because of the presence of CCTV (closed circuit television cameras).

After that Azilah and I took the stairs to the 7th floor to find a suitable room to stay. After looking at the room, I found it to be unsuitable and Azilah and I returned to Central Market.

Upon arriving at Central Market, Azilah ordered me to use my car and drive to Razak's residence to observe the residence. At about 4.30pm Azilah and I were driving when Azilah pointed Razak's residence to me.

I then drove my car and reached a petrol station near the Puduraya area. Azilah filled the petrol tank with RM30 worth of petrol. After filling the petrol, Azilah and I drove back to Razak's residence in Damansara Heights.

After observing Razak's residence, Azilah and I returned to Central Market to enable Azilah to get his car.

After dropping Azilah at Central Market I went to the UTK office in Bukit Aman. After that I did not contact Azilah again.

On 19th October 2006 at about 8.30pm while I was at home in Kota Damansara, Azilah contacted me via his mobile phone and asked me to go to Razak's house immediately. Azilah also mentioned there was a Chinese woman who was causing a commotion in front of Razak's house.

I was ready at about 8.40pm and drove my jeep bearing registration number CAC 1883 towards Razak's house in Damansara Heights.

Upon arriving in Damansara Heights, I stopped my jeep a distance away from Razak's house. After parking my jeep, I walked towards the entrance of Razak's house.

When I arrived in front of Razak's house I saw Azilah together with a Malay woman in front of the house. There was a car and Azilah was outside the car and the Malay woman was inside the car.

I saw a Chinese woman talking to an Indian man whom I did not recognize and also a Chinese taxi driver who was seated inside the taxi and security guards inside Razak's house.

I then entered the car which was a red Proton Wira and sat in the passenger's seat. While I was seated in the car, I saw Azilah persuading the Chinese woman with the help of the Malay woman to sit in the same red Proton Wira Aeroback where I was seated.

The Chinese woman entered the car and sat behind me while the Malay woman also entered the car and sat behind Azilah who was in the driver's seat.

While Azilah, the Chinese woman, the Malay woman and I were seated in the car, the Chinese taxi driver came and asked for the taxi fare from the Chinese woman. Azilah gave him RM50 but the Chinese man demanded an additional RM150 because he said he had to make several trips. Azilah then gave the Chinese man RM100.

After that Azilah drove the Wira car towards my jeep. Upon reaching my jeep, I alighted from the car and drove my jeep out of Damansara Heights towards Kuala Lumpur. During the journey, Azilah called and said we would have to transfer the Chinese woman to my jeep and said that we should look for a spot.

When I arrived at Jalan Duta I stopped my jeep by the side of the road and got down from the jeep and I asked Azilah whether the spot was suitable to do the transfer. Azilah replied that it was not suitable and suggested Bukit Aman instead.

I then went ahead to Bukit Aman followed by Azilah closely behind and arrived at Bukit Aman at about 10.00pm.

Upon reaching Bukit Aman, I stopped my car at the back of the Bukit Aman officers' mess and Azilah together with the Malay woman brought the Chinese woman to my jeep. I noticed the woman was refusing to get in while being pushed into the back of my jeep.

After the Chinese woman got into my jeep, Azilah entered my jeep and sat in the passenger seat. I drove out of Bukit Aman followed by the red Proton Aeroback which was driven by the Malay woman.

I could no longer see the red Proton Aeroback driven by the Malay woman once we had passed the entrance to Bukit Aman.

Along the journey, Azilah asked me to find a place to "shoot to kill" the Chinese woman. Before arriving at Jalan Duta I noticed the back left tyre of my jeep was punctured. I drove through the Smart Tag lane at the toll booth and stopped on the left hand side of the road to change the tyre.

While I was changing the tyre, I noticed two Road Transport Department (JPJ) officers on duty but I continued to change the tyre with Azilah's help.

After changing the tyre, I drove to my house in Kota Damansara to take the explosives that I had kept there. After taking the explosives I got into the jeep and drove to Sungai Buloh and Kuala Selangor before arriving at the Punchak Alam forest reserve at about 11.00pm.

At the Punchak Alam forest reserve as I was bringing the jeep to a stop, I felt a pain in my stomach and got out of the jeep and relieved myself (defecated) not far away from the jeep. After I had relieved myself, I went back into the jeep and at the same time I saw Azilah outside the jeep carrying a bag containing an M5 weapon and silencer from the jeep that was located at the foot rest of the passenger seat and gave it to me ordering me to "shoot to kill" the Chinese woman who was inside the jeep.

After asking for the Chinese woman's articles, the Chinese woman surrendered her jewellery. She then asked to be allowed to urinate. Azilah brought her down from the jeep and I saw the Chinese woman urinating by the side of the jeep.

After urinating, she saw the weapon that I was holding. I saw that she was in a state of fear and she pleaded not to kill her and said she was expecting.

At the same time, Azilah wrestled the woman to the ground and I could see that she had fallen and was in an unconscious state. I opened fire towards the left side of the woman's head.

After the Chinese woman was shot, Azilah removed all her clothes and I took a black garbage bag and Azilah put all the Chinese woman's clothes into the bag.

After putting all her clothes into the bag, Azilah noticed movements in the Chinese woman's arm and ordered me to fire another shot but the gun did not fire. I then emptied the weapon and loaded the gun again and fired another shot at the same area which was the left side of the woman's head. I then took a black plastic garbage bag and with Azilah's help put the bag over the Chinese woman's head to prevent blood from spilling.

After that I lifted the hands of the victim while Azilah lifted the legs of the victim and we carried the victim into the woods. Azilah then carried the bag containing the explosives and handed it to me. I took the explosives and attached it to the victim's head while Azilah attached the explosives on the victim's legs up to the abdomen.

Azilah then pulled the long wire towards the jeep and I altered the position of the jeep so that it faced away from the woods and drove the jeep about 15 meters from the victim.

After the detonation of the explosives, I pulled the excess wire into the jeep and left the scene and headed towards Bukit Aman.

Azilah and I arrived at Bukit Aman at approximately 12 midnight. At the UTK office, Azilah handed me approximately RM430. After that I had a bath and changed clothes and put the clothes that I wore during the incident together with the victim's clothes into a plastic bag.

After that, I entered the jeep and drove the jeep to a rubbish container in the Bukit Aman area near a construction site. I threw some of the victim's belongings and the wire that was used to detonate the explosives together with the empty bag that contained the explosives into the container.

After throwing the things, I drove the jeep out of Bukit Aman and head towards my house in Kota Damansara. I threw the victim's clothes and my own clothes along the way to my house.

I arrived at home at about 1.00am and to lay down to rest and slept. After that I did not have any contact with Azilah until I was sent back from Pakistan and was arrested.

S. To whom did the MP5 weapon and silencer belong to?

J. The weapon belonged to the UTK Bukit Aman and was for my use.

S. What do you mean by the word "jimat"?

J. Jimat means "shoot to kill".

S. Are you telling the truth.

J. Yes it is the truth.

The statement was read back to Sirul Azhar Bin Haji Omar KPT/Paspot RF 125591.

S. Do you wish to make any amendments or additions to your statement after the statement has been read to you?

J. No

S. Are you giving this statement voluntarily?

J. Yes
 

RM1,200: Amboi mahalnya dandan rambut kata Rosmah...!!

Posted: 23 Feb 2015 06:06 AM PST

Putrajaya disaran membuat garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati, terutamanya selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenal. 

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor berkata tanpa kawalan harga, pengguna khususnya suri rumah akan terbeban. 

"Kita ini suri rumah tangga sering menjadi mangsa kepada orang yang seperti ini. 

"Dulu kita buat baju kurung RM500 boleh dapat, sekarang itu pun dah mahal," kata Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI). 

Rosmah berkata demikian dalam majlis penerangan GST anjuran BAKTI di pejabat badan itu di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri berdepan kos mahal, seperti perkhidmatan penjagaan diri rumah ke rumah. 

"Sekarang ini bila saya nak cat rambut dekat rumah dia (pendandan) sudah caj RM1,200. Amboi mahalnya! "Kalau di kedai dia kata harganya berbeza. 

Dia (pendandan) kata mahal sebab home service," kata Rosmah. Malah katanya mendandan rambut seakan-akan sesuatu yang mewah bagi suri rumah sepertinya. "Inilah perkara yang merisaukan kita suri rumah tangga yang tidak berduit dan yang tidak berpendapatan," katanya. 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan turut hadir dalam program itu. GST akan dimulakan pada 1 April depan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). 


Rakyat Marhaen

“Dasar Bersama PR patut diberi keutamaan, contohilah Nik Aziz” -Lim Kit Siang

Posted: 23 Feb 2015 05:45 AM PST



Malaysia General Election 2013

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini sekali lagi memohon semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kembali kepada agenda tunggal Dasar Bersama.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, agenda tunggal harus diberikan tumpuan dengan menitikberatkan usaha menyelamatkan ikatan bersama dan menghentikan sebarang usaha menjejaskan kestabilan serta merosakkan PR seperti hudud.

"Tugas utama kini adalah bersama-sama menyelamatkan PR dengan menerima pakai 'Peta' sepanjang lapan tahun yang merupakan resepi kejayaan dalam Pilihanraya Umum (PRU) 2008 dan 2013 iaitu pematuhan terhadap Dasar Bersama yang mengikat ketiga-tiga pihak.

"Kita juga harus kembali kepada prinsip operasi konsensus yang memerlukan persetujuan ketiga-tiga pihak sebelum sebarang dasar atau isu boleh mewakili PR.

"Saya amat berharap pemimpin PR kembali kepada agenda tunggal dengan memikirkan formula untuk menyelamatkan ikatan, pada masa sama menyelamatkan negara termasuk Anwar daripada lima tahun penjara yang bererti juga penafian hak sivil serta hak kewarganegaraannya selama lima tahun lagi sebagai wakil rakyat mahupun untuk mengundi. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

TERKINI - Setelah Tok Guru Tiada Perwakilan Cadang Hadi Bawa PAS Bergabung Dengan Umno/BN

Posted: 23 Feb 2015 05:00 AM PST

 Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.

Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.

"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.

Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno.

Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya.

Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.

Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.

"Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?

"Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan.

Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka.

Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak.

"Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," katanya.

Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.

Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini?

"Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya.

Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya".

"Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya.

Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.

"Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame.

"Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." – tmi -  Bloglist Malaysia.



TAPI.....Orang Yang Mengarahkan Mereka Melakukan Pembunuhan Itu WAJIB DIHUKUM.......

Posted: 23 Feb 2015 04:15 AM PST

Sekumpulan tokoh-tokoh berpengaruh dalam negara ketika ini sedang berusaha mengadap Sultan Selangor untuk memohon pengampunan bagi Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar yang telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya Sharibuu.

Mereka dikatakan berbuat demikian atas dasar tanggungjawab serta perikemanusiaan kerana berasakan Azilah dan Sirul tidak seharusnya dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Selain tiada motif yang jelas dikenalpasti mengapa mereka melakukan tindakan itu, pembunuhan itu juga dipercayai dilakukan kerana mengikut arahan semata-mata.

Sehubungan itu, tokoh-tokoh berpengaruh itu ingin memohon jasa baik Sultan Selangor agar mempertimbangkan pengampunan kedua-dua anggota polis itu daripada hukuman mati kepada penjara seumur hidup saja.

Sekiranya pengampunan kepada hukuman penjara seumur hidup itu diperkenankan oleh Sultan Selangor, bermakna Azilah dan Sirul hanya perlu menjadi hukuman penjara sehingga mereka berusia 55 tahun tahun saja.

Jika ditolak lagi dengan faktor berkelakuan baik dalam penjara, hukuman yang dijalani mungkin lebih singkat daripada itu. Selepas itu mereka menjadi manusia biasa yang bebas sebagaimana orang lain juga.

Ketika Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-dua anggota polis yang bertugas sebagai polis pengiring kepada Najib Razak semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri atas dakwaan membunuh Altantuya, hanya Azilah yang hadir manakala Sirul didapati sudah melarikan diri ke Australia sejak dua bulan sebelumnya.

Sirul kini sedang ditahan di pusat tahanan Imigresen Australia tetapi sedang mempertimbangkan untuk mendedahkan secara terbuka kepada media antarabangsa mengenai pembunuhan itu, terutama siapa yang memberi arahan kepadanya.

Kepada portal Malaysiakini, Sirul sudah pun memberikan temubualnya melalui telefon tetapi belum betul-betul terperinci dan jika tiada aral melintang, pada 11.30 pagi Isnin ini pula, beliau juga akan memberikan temubual melalui telesidang kepada wartawan Malaysia yang diusahakan oleh Pas dan Mahfuz Omar.

Berikutan tindakan Sirul melarikan diri itu, hukuman mati keatas Azilah tidak dapat dilaksanakan buat masa ini kerana mereka disabitkan kesalahan itu secara bersama.

Dalam masa yang sama, Australia juga menolak untuk melakukan ekstradisi terhadap Sirul kerana negara itu tidak menguatkuasakan hukuman mati dan akan menolak untuk menghantar pulang mana-mana pesalah yang dijatuhi hukuman tersebut.

Ini menjadikan selagi Sirul berada di Australia, hukuman terhadap Azilah tidak dapat dilaksanakan.

Selagi Sirul kekal dengan hukuman mati pula, Australia tidak akan menghantarnya pulang ke negara ini. Lantaran itu, sebagai jalan tengah dan atas nama perikemanusiaan, tokoh-tokoh berpengaruh ini difahamkan sedang berusaha mengadap Sultan Selangor untuk memohon pertimbangan pengampunan bagi kedua-dua anggota polis itu.

Setelah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, satu-satunya jalan untuk Azilah dan Sirul mengelak daripada hukuman itu ialah dengan cara memohon pengampunan daripada Sultan Selangor kerana kejadian pembunuhan itu berlaku di negeri tersebut.

Jika pengampunan diberikan, Australia dijangka tidak mempunyai masalah lagi untuk mengektradisi Sirul ke Malaysia bagi menjalani hukuman bersama-sama dengan Azilah yang sudah pun berada dalam penjara ketika ini.

http://shahbudindotcom.blogspot.com/ at 2/23/2015 06:08:00 PTG.

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin

Posted: 23 Feb 2015 03:30 AM PST

 
Tulisan Santai

23 Februari 2015

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin

Di sebuah kampung yang banyak masaalah, telah berlaku satu pertembungan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya satu keputusan diambil, iaitu pengunduran yang sementara.

Muhyiddin berang, persiapan untuk melangsungkan perkahwinan gilang gemilang anaknya yang vogie the vogue itu kini tergendala.

"Anak aku ini bukan orang sembarangan, anak aku tersohor di seluruh kampong, juara karaoke daerah" getus hati Muhyiddin yang masih tidak berpuas hati.

Muhyiddin bagaimanapun terpaksa akur menangguhkan majlis perkahwinan anaknya yang vogie the vogue itu. Ini semua adalah angkara Najib yang sengaja memilih bukan sahaja tarikh yang sama iaitu 28 Mac 2015, malah lokasi yang hampir sama iaitu di sebuah hotel mahsyur sekitar KLCC untuk majlis perkahwinan 'tiba-tiba' anak Najib.

Mentang-mentanglah Najib itu ketua kampong, apakah tidak ada tarikh lain untuk majlis perkahwinan anaknya itu? Sedangkan Muhyiddin telah menempah segala macam onde-onde, tempahan tarian zapin, juga menempah kehadiran artis seperti Akim and the magic street, Stacy mewangi dan Jep sepahtah. Tempahan kad jemputan juga telah siap yang hanya menunggu masa untuk dihantar kepada dif kehormat seluruh negara.

Maka, terpaksalah dibatalkan semua tempahan yang mengakibatkan banyak ringgit deposit telah hangus. Kad jemputan berbentuk 3D itu juga terpaksa dibuang, apa kelas timbalan ketua kampong nak hantar kad yang ada pembetulan. Persiapan berbulan-bulan lamanya, menjadi sia-sia.

Sebagai timbalan ketua kampong, pastinya Muhyiddin terkesan dengan sikap Najib yang seolah-olah ingin berseteru dan cuba mengeruhkan lagi hubungan yang sememangnya retak menanti belah. 

Walaupun tauke besar kampong iaitu mamak bendahara teguh di belakang Muhyiddin, namun dalam soal majlis perkahwinan ini Muhyiddin mengambil jalan berundur setapak dan sedia untuk membalasnya jika berpeluang.

Masih terngiang-ngiang di fikiran Muhyiddin lantas tidak mampu melelapkan matanya apabila memikirkan apakah yang akan diperkata kepadanya kerana sanggup mengalah?

"Muhyiddin nak buat majlis kahwin anaknya hujung Mac… Najib mat monggol sailang tarikh sama hahahahaha…"

Barangkali begitulah ayat-ayat yang mungkin kedengaran di kalangan orang kebanyakkan. 

Muhyiddin tidak dapat membayangkan malu besar bakal dilalui oleh mereka sekeluarga. Orang kampong dah tau, majlis kawin tak jadi. Mereka bukan faham antara maksud tangguh dengan maksud tak jadi.

"Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas" mengetap-ngetap bibir Muhyiddin dengan muka yang sembab itu mengekspressikan kemarahan terhadap mat monggol. 

"Siaplah kau, sampai masa, silap-silap sebelum 28 Mac, aku sailang pulak jawatan yang kau sandang!" Kata Muhyiddin sebelum menyambung tidur petangnya.


EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
SAMM

 

Monday, February 23, 2015

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin


Tulisan Santai
23 Februari 2015

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin

Di sebuah kampung yang banyak masaalah, telah berlaku satu pertembungan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya satu keputusan diambil, iaitu pengunduran yang sementara.

Muhyiddin berang, persiapan untuk melangsungkan perkahwinan gilang gemilang anaknya yang vogie the vogue itu kini tergendala.

"Anak aku ini bukan orang sembarangan, anak aku tersohor di seluruh kampong, juara karaoke daerah" getus hati Muhyiddin yang masih tidak berpuas hati.

Muhyiddin bagaimanapun terpaksa akur menangguhkan majlis perkahwinan anaknya yang vogie the vogue itu. Ini semua adalah angkara Najib yang sengaja memilih bukan sahaja tarikh yang sama iaitu 28 Mac 2015, malah lokasi yang hampir sama iaitu di sebuah hotel mahsyur sekitar KLCC untuk majlis perkahwinan 'tiba-tiba' anak Najib.

Mentang-mentanglah Najib itu ketua kampong, apakah tidak ada tarikh lain untuk majlis perkahwinan anaknya itu? Sedangkan Muhyiddin telah menempah segala macam onde-onde, tempahan tarian zapin, juga menempah kehadiran artis seperti Akim and the magic street, Stacy mewangi dan Jep sepahtah. Tempahan kad jemputan juga telah siap yang hanya menunggu masa untuk dihantar kepada dif kehormat seluruh negara.

Maka, terpaksalah dibatalkan semua tempahan yang mengakibatkan banyak ringgit deposit telah hangus. Kad jemputan berbentuk 3D itu juga terpaksa dibuang, apa kelas timbalan ketua kampong nak hantar kad yang ada pembetulan. Persiapan berbulan-bulan lamanya, menjadi sia-sia.

Sebagai timbalan ketua kampong, pastinya Muhyiddin terkesan dengan sikap Najib yang seolah-olah ingin berseteru dan cuba mengeruhkan lagi hubungan yang sememangnya retak menanti belah. Walaupun tauke besar kampong iaitu mamak bendahara teguh di belakang Muhyiddin, namun dalam soal majlis perkahwinan ini Muhyiddin mengambil jalan berundur setapak dan sedia untuk membalasnya jika berpeluang.

Masih terngiang-ngiang di fikiran Muhyiddin lantas tidak mampu melelapkan matanya apabila memikirkan apakah yang akan diperkata kepadanya kerana sanggup mengalah?

"Muhyiddin nak buat majlis kahwin anaknya hujung Mac… Najib mat monggol sailang tarikh sama hahahahaha…"

Barangkali begitulah ayat-ayat yang mungkin kedengaran di kalangan orang kebanyakkan. Muhyiddin tidak dapat membayangkan malu besar bakal dilalui oleh mereka sekeluarga. Orang kampong dah tau, majlis kawin tak jadi. Mereka bukan faham antara maksud tangguh dengan maksud tak jadi.

"Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas" mengetap-ngetap bibir Muhyiddin dengan muka yang sembab itu mengekspressikan kemarahan terhadap mat monggol. 

"Siaplah kau, sampai masa, silap-silap sebelum 28 Mac, aku sailang pulak jawatan yang kau sandang!" Kata Muhyiddin sebelum menyambung tidur petangnya.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
SAMM
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/#sthash.QMgSjfpZ.dpuf

Monday, February 23, 2015

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin


Tulisan Santai
23 Februari 2015

Kisah Najib Sailang Tarikh Kahwin Anak Muhyiddin

Di sebuah kampung yang banyak masaalah, telah berlaku satu pertembungan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya satu keputusan diambil, iaitu pengunduran yang sementara.

Muhyiddin berang, persiapan untuk melangsungkan perkahwinan gilang gemilang anaknya yang vogie the vogue itu kini tergendala.

"Anak aku ini bukan orang sembarangan, anak aku tersohor di seluruh kampong, juara karaoke daerah" getus hati Muhyiddin yang masih tidak berpuas hati.

Muhyiddin bagaimanapun terpaksa akur menangguhkan majlis perkahwinan anaknya yang vogie the vogue itu. Ini semua adalah angkara Najib yang sengaja memilih bukan sahaja tarikh yang sama iaitu 28 Mac 2015, malah lokasi yang hampir sama iaitu di sebuah hotel mahsyur sekitar KLCC untuk majlis perkahwinan 'tiba-tiba' anak Najib.

Mentang-mentanglah Najib itu ketua kampong, apakah tidak ada tarikh lain untuk majlis perkahwinan anaknya itu? Sedangkan Muhyiddin telah menempah segala macam onde-onde, tempahan tarian zapin, juga menempah kehadiran artis seperti Akim and the magic street, Stacy mewangi dan Jep sepahtah. Tempahan kad jemputan juga telah siap yang hanya menunggu masa untuk dihantar kepada dif kehormat seluruh negara.

Maka, terpaksalah dibatalkan semua tempahan yang mengakibatkan banyak ringgit deposit telah hangus. Kad jemputan berbentuk 3D itu juga terpaksa dibuang, apa kelas timbalan ketua kampong nak hantar kad yang ada pembetulan. Persiapan berbulan-bulan lamanya, menjadi sia-sia.

Sebagai timbalan ketua kampong, pastinya Muhyiddin terkesan dengan sikap Najib yang seolah-olah ingin berseteru dan cuba mengeruhkan lagi hubungan yang sememangnya retak menanti belah. Walaupun tauke besar kampong iaitu mamak bendahara teguh di belakang Muhyiddin, namun dalam soal majlis perkahwinan ini Muhyiddin mengambil jalan berundur setapak dan sedia untuk membalasnya jika berpeluang.

Masih terngiang-ngiang di fikiran Muhyiddin lantas tidak mampu melelapkan matanya apabila memikirkan apakah yang akan diperkata kepadanya kerana sanggup mengalah?

"Muhyiddin nak buat majlis kahwin anaknya hujung Mac… Najib mat monggol sailang tarikh sama hahahahaha…"

Barangkali begitulah ayat-ayat yang mungkin kedengaran di kalangan orang kebanyakkan. Muhyiddin tidak dapat membayangkan malu besar bakal dilalui oleh mereka sekeluarga. Orang kampong dah tau, majlis kawin tak jadi. Mereka bukan faham antara maksud tangguh dengan maksud tak jadi.

"Ada ubi ada batas, ada hari boleh ku balas" mengetap-ngetap bibir Muhyiddin dengan muka yang sembab itu mengekspressikan kemarahan terhadap mat monggol. 

"Siaplah kau, sampai masa, silap-silap sebelum 28 Mac, aku sailang pulak jawatan yang kau sandang!" Kata Muhyiddin sebelum menyambung tidur petangnya.

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
SAMM
- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/#sthash.QMgSjfpZ.dpuf

Razman Zakaria, jangan hanya pandai bertanya, kena juga pandai menjawab!

Posted: 23 Feb 2015 02:45 AM PST

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menggesa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli memberikan penjelasan untuk membersihkan nama mereka daripada tuduhan menjadi dalang menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Razman berkata, tindakan perlu diambil sekiranya benar Mohamad dan Dr Hatta cuba menggulingkan presiden PAS itu.

"Perkara ini baru tuduhan, kita pun tidak tahu (kebenarannya). Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan.

Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan. "Kalau hendak dikira tabayyun (mendalami masalah dengan teliti), ayat Al-Quran pun ada (menyebut), apabila kita menerima sesuatu berita, maka kita kena siasat," kata Razman seperti dilaporkan di muka depan akbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini. -

Baca lagi di sini Tabayyun Man, tabayyun! Jangan lupa hang dah jadi ulama lani.....

Apakah Razman tidak boleh mengambil jalan yang lebih lunak terhadap orang yang jauh lebih senior dari dirinya dalam organisasi ini berbanding dengan dirinya yang baru beberapa hari sahaja didalam PAS, tapi diangkat menjadi PJ Perak sudah buat kelaku sombong tidak menentu!

Apa yang menghalang Razman untuk berjumpa sendiri dan bertanyakan hal tersebut kepada orang yang dituduh, kalau Razman benar-benar mempunyai sifat ikhlas sebagai kawan. Lainlah kalau Razaman berniat yang disebaliknya.

Dan apakata kalau Razman tolong jawap tuduhan Penarik Beca pula. Macam yang kamu kata atas tadi, "Sesiapa saja boleh melemparkan tuduhan. Yang diminta ialah supaya dibuat siasatan. Kalau tidak betul, Alhamdulillah. Kalau betul, kita kena ambil tindakan."

Penarik Beca : Razman, oleh kerana hang la ni pemimpin parti Islam di Perak, boleh ka hang bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa hang tak berbohong bila hang mendakwa hang tak pukul Hanipa dalam mesyuarat AJK Pas Pusat baru2 ni?

Dan; Boleh ka hang bersumpah dengan kalimah qasam waLlahi, wabiLlahi, WataLlahi bahawa hang tak pernah ambik duit rasuah atau apa2 duit haram walau satu sen pun sepanjang hang berkerja sebagai kastam. Dan aku cuma nak tumpang sekaki saja. Kebetulan ada seorang hamba Allah inbox aku sebentar tadi.

Aku tak mahu nak buat apa-apa spekulasi mengenainya kerana aku tidak pernah berurusan dengan pihak kastam.Mungkin ada sesiapa yg tahu atau Razman sendiri boleh beri pencerahan mengenainya ? Baik budi bahasanya pegawai kastam Razman nih! Rupanya , masih ada yang terkenangkan Razman. Bak kata pepatah :

Orang berbudi, kita berbahasa Orang memberi, kita merasa!

Hari Yang Sedih Buat Ahli PAS.. Saksikanlah

Posted: 23 Feb 2015 02:00 AM PST

 
Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS yang berlangsung seharian pada Sabtu, 21 Februari mengundang persoalan sama ada masih ada lagi harapan untuk menyatukan puak yang berlainan pendapat dalam parti Islam itu atau tidak.

Jika selama ini PAS boleh bermegah kerana barisan kepimpinan mereka dikuatkan oleh kedua-dua golongan ulama dan profesional, mendengar perbahasan dan kertas kerja dibentangkan perwakilan semasa multaqa itu, timbul keraguan mungkin keadaan kini berubah.

"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Inilah tanggapan awal salah seorang pemimpin PAS yang menjadi sasaran golongan ulama yang berhimpun di Stadium Tertutup MPSJ di Serdang, Selangor pada Sabtu.

Multaqa itu diadakan menjelang Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 pada Jun yang bakal menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan.

Ini kali kedua multaqa sebegini diadakan bermula dengan yang pertama pada 2013 di Alor Star sebelum Muktamar PAS tahun itu.

Di akhir multaqa yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan, ia menyenaraikan 16 resolusi yang dibuat selaras dengan tema multaqa iaitu 'Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama'.

Semasa perhimpunan itu, peserta multaqa mensasarkan serangan mereka kepada golongan yang dianggap sebagai pengkhianat kerana mengkritik presiden PAS dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama.

Mereka yang bernaung dan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS dan yang menjadi pelobi utama agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga menjadi sasaran utama.

Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob seperti mengisytiharkan perang ke atas PasMa dan memberikan amaran sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.

"Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu," kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.

Dalam suasana beginilah, kata Dzulkefly, beliau teringat dengan ayat Al-Quran yang selalu dibaca bekas presiden PAS allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor iaitu dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".

"Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa perkara ini berlaku dalam era kepimpinan PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang.

"Ia sangat mengganggu gugat jiwa saya," katanya.

Pandangan Dzulkefly turut disokong seorang pengkaji politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.

"Dulu, meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergi kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS," tulis Agus dalam Facebooknya.

Agus juga jelas tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang PAS bukan menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, tetapi keredaan Allah yang dicari.

"Dulu menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, bagi membina Malaysia baru. Sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari, tetapi keredaan Allah," tulisnya.

Beliau seterusnya menulis, PAS dulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, "sekarang menuntut ketaatan (wala') ahli kepada pemimpin".

Pensyarah sains politik itu juga berkata, era kepimpinan PAS dulu sangat bangga dengan gabungan antara ulama dan profesional dalam parti itu tetapi sekarang tidak lagi.

"Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri," tulisnya.

Seorang perwakilan multaqa semalam menyarankan pemimpin kanan Hari Yang Sedih Buat Ahli PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik Hadi.

Ia senada dengan saranan Hadi dalam Muktamar PAS tahun lalu yang meminta mereka yang mahu menjadi 'imam' mencari tanah lain dan buat masjid sendiri dan jadi 'imam'.

Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.

"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya.

Pengarah Operasi Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika membentangkan kertas kerja dalam multaqa itu pula berkata, saranan untuk kembali kepada kepimpinan ulama dibuat kerana khuatir pemimpin yang tidak dilantik daripada kalangan itu hanya akan menyesatkan ahlinya.

"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh sesat dan menyesatkan orang lain," katanya membentangkan kertas kerja mengenai gerakan Islam pasca kebangkitan Arab.

Zuhdi Teruskan Serangan Terhadap DAP Dan PKR Di Muntaqa Ulama PAS

Posted: 23 Feb 2015 01:30 AM PST


SERDANG: PAS diingatkan supaya berhati-hati dalam melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) supaya perjuangan parti itu tidak tersasar dari dasar sebenar mereka iaitu memperjuangkan syariat Islam.

Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, tahaluf siyasi merupakan satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura Ulama yang melibatkan kerjasama antara parti PKR dan DAP.

Mengambil contoh kedua-dua sekutu dalam Pakatan Rakyat itu, Mohd Zuhdi berkata dua parti tersebut mempunyai hubungan proksi dengan NGO-NGO seperti Sisters in Islam dan Comango yang didakwa menyokong Islam liberal dan juga LGBT.

"DAP... mereka yang lahir sebelum 1970an tahu DAP ni apa.

"PKR... dalam PKR semua ada, macam macam ada... dalam PKR ini ada kumpulan Islam dahulunya ada bekas-bekas Umno dalam, ada pejuang hak asasi manusia.

"Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini mempunyai proksi hubungan dengan NGO dan antara NGO-nya seperti Sisters in Islam dan NGO seperti Comango," katanya dalam ucapan pembentangan pasca Arab Spring pada Multaqa Ulama SeMalaysia ke-2 di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya.

Justeru, katanya PAS perlu kembali kepada Islam yang dipimpin oleh ulama untuk menjamin perjuangan mereka dalam menegakkan agama Allah tercapai.

"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh menyesatkan dan menyesatkan orang lain.

"Atas sebab itulah dalam konteks kita berhadapan dengan politik Malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf... kita bertahaluf, perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura," kata Mohd Zuhdi di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan Ulama PAS.

Mengulas lanjut, katanya tahaluf siyasi merupakan jalan yang penuh dengan hutan rimba dan ahli PAS perlu mengikut jalan yang ditunjukkan oleh ulama atau Majlis Syura.

Katanya dalam hutan rimba tersebut ada buah-buahan, manisan, makanan, tetapi ada juga 'haiwan' merbahaya seperti harimau dan babi.

"Maka kita hendaklah ikut orang yang membawa kita ke dalam hutan rimba... yang membawa kita ke dalam hutan rimba ini dibekalkan dengan kompas, yang telah ditunjukkan oleh ulama, Majlis Ulama.

"Dia juga membawa lampu suluh yang telah dibekal oleh ulama... dia ialah presiden kita," tambah Mohd Zuhdi.

Katanya adalah penting untuk mendengar kata ketua ketika dalam hutan rimba tersebut supaya 'tidak ditelan babi'. - AA



Bloglist Malaysia

VIDEO - Akhirnya Mahfuz dapat hubungi Sirul !!

Posted: 23 Feb 2015 12:41 AM PST