Jumaat, 20 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Khairy patut fokus masalah golongan belia, kata ahli Umno ??

Posted: 20 Feb 2015 10:00 PM PST

 Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti.

Seorang ahli Umno hari ini menegur Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, menasihatkan beliau menumpukan kepada masalah yang dihadapi golongan belia daripada menganjurkan jelajah mengenai kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata tindakan tersebut hanya akan "back fire" (makan diri) parti Melayu  itu sendiri memandangkan kini ramai yang simpati kepada nasib ketua pembangkang tersebut.

Lebih daripada itu, beliau yang merangkap penolong setiausaha Pemuda Cawangan berkata, penganjuran program jelajah itu satu tindakan mengaibkan bagi Anwar dan keluarganya, tambahan pula ketua umum PKR tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara.

"Road show ini juga akan 'back fire' kepada Umno kerana ramai juga antara mereka yang rasa simpati terhadap keluarga Anwar, dan jalan terbaik bagi Umno melalui Pemuda ialah meredakan suasana.

"Khairy sepatutnya lebih fokus kepada masalah yang sedang dihadapi golongan belia seperti masalah perumahan mampu milik, kos sara hidup, pendidikan yang murah, masalah mat rempit, sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Rosli berkata, prestasi sukan negara juga dilihat hambar dan tidak mencapai prestasi membanggakan tanpa sebarang pingat emat dalam temasya sukan antarabangsa semenjak Khairy memegang portfolio menteri belia dan sukan.


Khairy berkata pada satu forum di Kelana Jaya pada Selasa malam, program jelajah seluruh negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes itu kini selesai.

Katanya lagi, selama ini Umno sering kali dituduh mempunyai konspirasi politik terhadap Anwar sejak pendakwaan 2008, bagaimanapun parti itu hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu dianggap menghina mahkamah.

Antara lain, Syed Rosli (gambar, kiri) berkata, secara peribadinya beliau mencurigai niat sebenar Khairy sambil mendakwa terdapat khabar angin ahli Parlimen Rembau itu pernah menjadikan Anwar sebagai idolanya ketika era reformasi 1998.

"Saya banyak mendengar cerita yang Khairylah orang yang memberi pasport kepada Anwar selepas beliau dibebaskan awal pada tahun 2006 dan Khairy juga menanggap Anwar sebagai idolanya semasa reformasi tahun 1998, ketika itu Khairy masih belajar di England.

"Saya tidak mengiakan semua tuduhan tersebut, namun jikalau Khairy berani membuat kenyataan berserta sumpah mubahalah membersihkan namanya daripada tuduhan ini, saya yakin ramai akan lebih menghormati beliau.

"Kerana, ramai beranggapan yang ini semua (jelajah) hanyalah wayang kulit sahaja untuk buktikan Khairy tidak pernah menyokong Anwar," katanya.

Akhir tahun lepas, Syed Rosli dalam surat terbuka menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan bagi memenuhi kehendak akar umbi.

Katanya, Najib perlu berundur demi kelangsungan Umno sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Syed Rosli sebelum ini pernah mencabar Khairy bagi jawatan ketua Pemuda Umno. Ketika berkempen, beliau memanggil Khairy warga Bangladesh kerana lahir di luar negara. – 20 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.


Hadi ingatkan ahli PAS jangan khianat dan rugikan parti

Posted: 20 Feb 2015 09:00 PM PST

Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti PAS supaya terus berpegang kepada bai'ah dan wala' dan tidak mengkhianati perjuangan mereka.

Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti PAS supaya terus berpegang kepada bai'ah dan wala' dan tidak mengkhianati perjuangan mereka.

Ketika konflik dalaman PAS kelihatan meruncing dengan wujudnya puak di kalangan ahli, dan menjelang Multaqa Ulama Se-Malaysia II yang akan berlangsung esok, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti supaya terus berpegang kepada bai'ah dan wala' dan tidak mengkhianati perjuangan mereka.

Dalam satu rakaman video berjudul 'Hukum bai'ah dalam perjuangan' yang dimuatnaik di laman Facebooknya awal pagi semalam, Hadi menjelaskan tentang perkara itu dan menyarankan agar ahli parti itu tidak melakukan perkara-perkara yang bakal merugikan PAS.

"Apabila kita menyebut tentang bai'ah, ia berkaitan dengan janji kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasul bagi mengukuhkan seseorang ahli jemaah dengan jemaahnya dan kesetiaannya.

Ads by Deal FoxAd Options
"Apa yang terpenting di dalam bai'ah itu ialah memelihara yang tersirat dalam hati kita, keimanan dan keikhlasan kita kepada Allah dan perjuangan untuk menegakkan Islam," katanya dalam video yang berdurasi 3.04 minit itu.

Mengenai wala', ahli Parlimen Marang itu yang dilihat tegas berpegang kepada prinsipnya dan kadangkala mengambil pendirian yang membelakangi keputusan bersama pemimpin Pakatan Rakyat berkata, ia tentang kesetiaan kepada perjuangan Islam dan jemaah dengan cara yang tidak berbelah bahagi.

"Kesetiaan tidak memesongkan kita daripada menjalankan kerja-kerja jemaah yang menguntungkan jemaah.

"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.

"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah kepada kumpulan Islam," katanya sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS.

Hadi berkata, salah satu rukun bai'ah ialah menzahirkan ketaatan yang dikategorikannya terbahagi kepada dua jenis iaitu yang mutlak dan yang bersyarat.

Katanya, ketaatan yang mutlak ialah kepada perintah Allah dan Rasul, manakala yang bersyarat ialah terhadap kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat atau bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

Esok, Dewan Ulama PAS Pusat akan mengadakan multaqa di Serdang, Selangor, satu medan pertemuan para ulama dalam PAS bagi mengukuhkan gerak kerja kepartian dan memaksimakan tugasan ahli ilmu dalam PAS.

Menurut kenyataan pengarah multaqa Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, multaqa kali ini membawa tema 'Istiqamah dengan Kepimpinan Ulama' menerusi ucaptama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dan ulasan oleh timbalan menteri besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ia akan disusuli ucapan perbahasan oleh wakil daripada Dewan Ulama Negeri, Ulama Pelapis dan Alimat dan ditutup penggulungannya oleh Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Harun Din.

"Akhiran ini, dasar Kepimpinan Ulama yang menjadi teras kekuatan PAS dan dilembagakan dalam perlembagaan PAS cuba disabotaj, dirungkai dan dipertikaikan.

"Ahli PAS pasca reformasi 98 mempunyai pelbagai rencam aliran pemikiran dan kecenderungan yang membawa kepada bibit perpecahan.

"Serangan terhadap Majlis Syura Ulama dan juga terhadap Presiden PAS sendiri jika tidak dibendung bakal membawa kepada kehancuran PAS," kata Khairuddin.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama Hadi dalam senarai pemimpin yang akan berucap dan membentangkan kertas kerja. – 20 Februari, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com

Najib usahlah gelisah, kata Mahfuz

Posted: 20 Feb 2015 08:15 PM PST

 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai 'mengarut' kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.

Mahfuz (kiri) berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.

"Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.

"Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia "hanya menjalankan arahan" dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tak perlu bawa Sirul pulang

Menurut Mahfuz lagi, siasatan berhubung kes itu tidak perlu membawa Sirul pulang ke Malaysia kerana sebelum ini bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat disoal siasat oleh badan perisikan FBI kerana didakwa menganggotai Al-Qaeda.

"Siasatan boleh dibuat di Australia sepertimana Malaysia pernah beri peluang kepada FBI untuk buat siasatan di Malaysia, Yazid Sufaat sewaktu ditahan ISA," katanya.

MP Pokok Sena itu berkata tidak adil jika Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk siasatan sedangkan beliau telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan sekiranya dibawa pulang kes ini akan ditutup.

Sebaliknya, kata Mahfuz, sewajarnya pihak polis dihantar ke Australia untuk membuat siasatan.

Sementara itu, Mahfuz berkata dokumen dan pasport ibu dan adik perempuan Sirul telah disiapkan cuma masih menunggu kelulusan visa daripada kedutaan Australia.

Beliau berkata pihaknya akan pergi ke negara itu seramai lima orang selama seminggu dan tarikh perjalanan akan dimaklumkan kelak.






 
Malaysiakini

Menyanggah PJ Perak Razman Zakaria

Posted: 20 Feb 2015 07:30 PM PST

Jawapan : KENAPA SAYA NAMPAK TAKUT KEPADA PASMA? Apabila ditanya kenapa takut sangat dengan PASMA, saya senyum dan terus memberi jawapan spontan.

Akhi, adakah akhi tahu bahawa orang Melayu Malaysia ini antara kumpulan bangsa dunia yang paling sukar menerima perkara baru atau peralihan ideologi. Sebab itu Kristian memerintah tanah Melayu/Malaysia sejak tahun 1511 Portugis di Melaka sehingga merdeka 1957.

Berbagai pendekatan dibuat antaranya dengan membina Sekolah Missionaris seperti Methodist, Clifford, St Michael, St John, Convent dan lain-lain, tetapi masih tak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Benarkah gerakan misionari tidak berjaya ?

Apakah kawan kita ni tak baca sejarah ke? Lupakah Razman, bahawa penjajah Inggeris yang datang adalah dengan misi kristianisasi mereka 3G -Gold, Glory, Gospel.

Bahawa, Kesultanan Melayu Melaka dulu telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450).

Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu'amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan.

Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta'zir. Itulah kejayaan paling besar penjajah Inggeris - mereka berjaya mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu).

Razman janganlah begitu naif dengan mengatakan penjajah tidak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Kelangsungan proses kristianisasi masih berterusan sehingga kini : #Pada 19 Nov 1997, Aisyah menalipon bapanya, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."

Aishah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. di sini #Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad.

Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. #Pada 1997, Menurut kenyataan bekas padri berbangsa Melayu, Joseph Saleh Omar beliau menyatakan ditangan beliau sahaja, beliau berjaya memurtadkan seramai 3 ribu orang Melayu terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia .

En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982 di sini #Gamis Perak ketika menemuramah Mufti Perak, Harusani: Dato' Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato' Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu?

Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi.

Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah?

Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260 ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400 ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan.

Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).

Sila rujuk di sini # Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan di sini PJ Razman berkata Begitulah juga pertubuhan atau parti politik yang berideologi baru.

Beberapa contoh boleh diambil, seperti Parti Negara pimpinan Dato Onn, HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah di antara ideologi baru yang memberi impak tetapi tidak boleh bertahan lama dan mati tanpa kubur.

Pasma pula pimpinan Dato Ir Pahrolrazi YDP Pas Kuala Kedah, Mantan Timbalan Pesuruhjaya dan mantan Exco Kerajaan Negeri semasa PAS Kedah dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Razak dan juga Adun Sungai Limau PAS wajib menjaga keharmonian dalam parti dan mencegah virus atau unsur-unsur yang mengundang keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan.

Pasma yang didaftar sebagai NGO, matlamat dan tujuan yang tertulis dalam dalam peraturannya masih dikaburi, tetapi didakwa adalah bertujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat PR.

Pemerhatian bentuk program dan kegiatan nya adalah seperti Parti Politik. Sepertimana yang dinyatakan, parti yg berpengaruh boleh berkubur, inikan pula Pasma, yang bukan ancaman atau pencorak lanskap politik negara yang tidak merasa tergugat dengan kemunculannya. Cuma ianya perlu dicegah dari awal, bimbang ia merupakan barah dan perosak.

Saya datangkan satu analogi, suami isteri bergaduh sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Apa akan terjadi kepada rumahtangga tersebut sekiranya isteri membuat pakatan belakang dengan jiran atas tujuan mengukuhkan kekeluargaannya. Apakah rumah tangga itu akan selamat? Ini bukan mengukuh, tapi meroboh.

Jangan letakan kesalahan kepada PasMa Kemunculnya Parti Negara pimpinan Dato Onn, adalah berkemungkinan besar gara-gara ideologi baru yg cuba diserapkan oleh Dato Onn.

Tetapi HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah bukanlah kerana membawa ideologi baru sebagaimana dakwaan Razman.

Kemunculan parti-parti tersebut adalah kerana pertembungan merebut kuasa dalam parti. PasMa bukan pertubuhan parti politik dan tidak membawa mana-mana ideologi baru. Matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat.

Maka sekiranya PAS benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat, kenapa perlu memusuhi PasMa yang mempunyai matlamat yg sama? PasMa sebagaimana yg selalu dijelaskan oleh Presidennya, ialah satu badan NGO.

Dia tidak ada apa-apa kuasa untuk mencorakan kepimpinan dalam PAS. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas.Itu semua ditentukan oleh ahli PAS sendiri.

Kemelut dalaman PAS telah berlalu begitu lama sejak 2008 lagi, adalah rentetan kepada idea UG hingga menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008.

Razman jangan cuba meletakan keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan ini ke atas PasMa.

Setelah 2 kali PAS bermuktamar , kemelut dalaman ini tidak pernah diusulkan untuk dibincangkan secara tuntas. Ini adalah kelemahan pucuk pimpinan. Analogi suami isteri bergaduh yang Razman katakan itu agak menyimpang jauh.

Sebagai badan NGO, PasMa adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan setiap parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini akan membantu pelaksanaan dasar-dasar dan prinsip yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.

PasMa bukan sahaja dianggotai oleh orang PAS, malah dari PKR dan juga DAP. PJ Razman berkata PAS mempunyai struktur pembuat dasar dan keputusan yang tersusun sehingga terbina institusi kekuatan seperti yang ada pada hari ini. MSU adalah pembimbing dan pemandu arah supaya tindakan dan keputusan PAS tidak tersasar dari matlamat penubuhan dengan panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias.

MSU dilantik daripada mereka yang makruf dan faqeh ilmu agamanya. MSU telah mengeluarkan nasihat supaya ahli parti tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjur oleh Pasma.

Arahan ini dilihat seperti dibangku sampahkan. Bahkan autoriti MSU dipandang enteng, kekuatan PAS cuba dirobek. Inilah percubaannya. PASMA bukan ancaman yang perlu digentar.

Kehadiran Pasma dapat dilihat siapa yang kurang faham dan kurang patuh akan asas perjuangan PAS. Atas faktor ini dapat dijadikan indeks pengukur wala' pada Pimpinan.

Saya yakin Pasma akan berkubur sedikit masa lagi bersama dengan mereka yang sealiran dengannya. setiap kita mesti wala' kepada perlembagaan organisasi Kalau benar tindakan dan keputusan PAS yang melarang ahli terlibat dengan PasMa menepati panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias, sila buktikan di mana terdapatnya tindakan PasMa selama ini bertentangan sumber hokum tersebut.

Apakah dalam perlembagaan PAS ada peruntukan larangan kepada ahli untuk menyertai NGO?

Saya ingin mengingatkan Razman bahawa setiap kita, tidak kira diperingkat mana kedudukan di dalam parti, setiap kita mesti wala' kepada perlembagaan organisasi, yang telah digubal begitu rupa tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pasma akan berkubur sedikit masa lagi atau tidak, itu bukan urusan Razman. Itu kerja Allah dan berada dalam ilmu Allah.

Tak payahlah nak meramal macam Raja Bomoh Malaysia! PJ Razman berkata Ataupun untuk mencapai hasrat Pasma, iaitu mengukuhkan Pakatan dengan mengumpul rakyat yang berjuang tanpa batasan syarak perlu menjadi perbandingan masyarakat terhadap perjuangan PAS yang tulen.

Setiap tindak tanduk mereka menjadi sarang peluru untuk menguburkan mereka sendiri.

Saya bersetuju dengan pandangan Dr Zuhdi Marzuki yang dinyatakan baru baru ini, "Pasma eloklah keluar PAS buat parti baru. Mesti ada keberanian politik seperti AK Party di Turki. Bila dah tak sehaluan dengan Ebarkan dan Mehmet Kutan, tubuh parti lain dan akhirnya mereka menguasai Turki.

Jadi Pasma dan penyokongnya keluar buat parti baru tak perlu kacau PAS" Sama berjuang mengukuhkan PR dalam bahtera berbeza dan tujuan berbeza, dengan matlamat yang sama, iaitu ke Putrajaya. Inilah jawapan spontan apabila soalan itu diajukan. *

Catatan perjalanan balik dari program di Titi Gantung, Parit. Terus beristiqamah, Hj. Razman Hj. Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak Rabu 18 Februari 20159 29 Rabiul Akhir 14369 Ini pula jawapan spontan saya PAS bukan parti emak bapak Zuhdi atau Razman yang punya.

Selagi kita sebagai ahli, selagi itulah kita mempunyai hak sama untuk dilantik ke sebarang jawatan dalam parti dan mempunyai hak untuk memilih. Kalau ada peruntukan dalam perlembagaan membolehkan pemecatan mana-mana ahli yang menyertai atau bersimpati dengan PasMa , sila ambil tindakan.

Kalau tidak ada, sila tutup mulut cirit birit kamu itu! Salam PasMa kepada semua!

al-Husseyn
Menyanggah PJ Perak Razman Zakaria Jawapan : KENAPA SAYA NAMPAK TAKUT KEPADA PASMA? Apabila ditanya kenapa takut sangat dengan PASMA, saya senyum dan terus memberi jawapan spontan. Akhi, adakah akhi tahu bahawa orang Melayu Malaysia ini antara kumpulan bangsa dunia yang paling sukar menerima perkara baru atau peralihan ideologi. Sebab itu Kristian memerintah tanah Melayu/Malaysia sejak tahun 1511 Portugis di Melaka sehingga merdeka 1957. Berbagai pendekatan dibuat antaranya dengan membina Sekolah Missionaris seperti Methodist, Clifford, St Michael, St John, Convent dan lain-lain, tetapi masih tak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Benarkah gerakan misionari tidak berjaya ? Apakah kawan kita ni tak baca sejarah ke? Lupakah Razman, bahawa penjajah Inggeris yang datang adalah dengan misi kristianisasi mereka 3G -Gold, Glory, Gospel. Bahawa, Kesultanan Melayu Melaka dulu telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu'amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta'zir. Itulah kejayaan paling besar penjajah Inggeris - mereka berjaya mengenepikan undang-undang Islam dan adat Melayu dan menggantikannya dengan undang-undang Inggeris di Tanah Melayu (yang telah dijajah itu). Razman janganlah begitu naif dengan mengatakan penjajah tidak berjaya menukar pegangan agama orang Melayu keluar daripada Islam. Kelangsungan proses kristianisasi masih berterusan sehingga kini : #Pada 19 Nov 1997, Aisyah menalipon bapanya, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian." Aishah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu. di sini #Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. #Pada 1997, Menurut kenyataan bekas padri berbangsa Melayu, Joseph Saleh Omar beliau menyatakan ditangan beliau sahaja, beliau berjaya memurtadkan seramai 3 ribu orang Melayu terutama penduduk negeri Perak dan Johor , di Perak di Manjoi dan Rapat Setia . En Salleh Omar lah yang telah menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Nor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar pada tahun 1982 di sini #Gamis Perak ketika menemuramah Mufti Perak, Harusani: Dato' Seri bercerita lebih lanjut berkenaan isu gejala murtad yang pernah dato' Seri dedahkan pada tahun 2006 dahulu? Mufti Perak : Ya, benar.. Saya pernah mendedahkan seramai 260 ribu bangsa Melayu Islam telah murtad masuk Kristian, itu baru yang masuk Kristian dan saya tak sebut yang masuk hindu, mungkin ratus ribu lagi. Apabila saya bawa ketengah isu serius ini, orang tidak ambil berat bahkan menuduh saya tiada fakta dan mencari publisiti, sedangkan sumber yang saya peroleh adalah daripada Persatuan Peguam-peguam Islam yang berjumpa saya, yang mana sampai ke pengetahuan mereka melalui laporan kemajuan paderi-paderi. Jadi, kenapa bila saya bangkitkan perkara ini ramai orang marah? Dan sebenarnya, selepas daripada pendedahan yang saya buat itu, kerajaan juga telah membuat satu kajian pada tahun 2007 berkenaan isu ini, hasilnya mereka dapati bukan sahaja 260 ribu melayu Islam yang telah murtad, tetapi lebih daripada 400 ribu yang telah bertukar agama kepada Kristian, tapi malangnya hasil kajian ini didiamkan dan tidak diwar-warkan ke dada-dada akhbar apatah lagi untuk diselesaikan. Jadi, tidak selesai (masalah ini). Untuk pengetahuan saudara, dua minggu sudah, 90 orang Melayu Islam telah masuk Kristian di Ipoh sahaja,dan minggu lepas lagi 15 orang(murtad).Sila rujuk di sini # Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan di sini PJ Razman berkata Begitulah juga pertubuhan atau parti politik yang berideologi baru. Beberapa contoh boleh diambil, seperti Parti Negara pimpinan Dato Onn, HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah di antara ideologi baru yang memberi impak tetapi tidak boleh bertahan lama dan mati tanpa kubur. Pasma pula pimpinan Dato Ir Pahrolrazi YDP Pas Kuala Kedah, Mantan Timbalan Pesuruhjaya dan mantan Exco Kerajaan Negeri semasa PAS Kedah dibawah pimpinan Almarhum Ustaz Azizan Razak dan juga Adun Sungai Limau PAS wajib menjaga keharmonian dalam parti dan mencegah virus atau unsur-unsur yang mengundang keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan. Pasma yang didaftar sebagai NGO, matlamat dan tujuan yang tertulis dalam dalam peraturannya masih dikaburi, tetapi didakwa adalah bertujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat PR. Pemerhatian bentuk program dan kegiatan nya adalah seperti Parti Politik. Sepertimana yang dinyatakan, parti yg berpengaruh boleh berkubur, inikan pula Pasma, yang bukan ancaman atau pencorak lanskap politik negara yang tidak merasa tergugat dengan kemunculannya. Cuma ianya perlu dicegah dari awal, bimbang ia merupakan barah dan perosak. Saya datangkan satu analogi, suami isteri bergaduh sepatutnya diselesaikan secara dalaman. Apa akan terjadi kepada rumahtangga tersebut sekiranya isteri membuat pakatan belakang dengan jiran atas tujuan mengukuhkan kekeluargaannya. Apakah rumah tangga itu akan selamat? Ini bukan mengukuh, tapi meroboh. Jangan letakan kesalahan kepada PasMa Kemunculnya Parti Negara pimpinan Dato Onn, adalah berkemungkinan besar gara-gara ideologi baru yg cuba diserapkan oleh Dato Onn. Tetapi HAMIM pimpinan Dato Asri Muda, BERJASA pimpinan Dato Mohammad Nasir dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Ghazali Hamzah bukanlah kerana membawa ideologi baru sebagaimana dakwaan Razman. Kemunculan parti-parti tersebut adalah kerana pertembungan merebut kuasa dalam parti. PasMa bukan pertubuhan parti politik dan tidak membawa mana-mana ideologi baru. Matlamat PasMa adalah untuk menjadi benteng kepada Pas agar tidak keluar dari Pakatan Rakyat. Maka sekiranya PAS benar-benar ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat, kenapa perlu memusuhi PasMa yang mempunyai matlamat yg sama? PasMa sebagaimana yg selalu dijelaskan oleh Presidennya, ialah satu badan NGO. Dia tidak ada apa-apa kuasa untuk mencorakan kepimpinan dalam PAS. Adapun pendapat mengatakan PasMa hendak menjatuhkan Abdul Hadi, itu tidak benar. Jatuh atau tidak Abdul Hadi akan dibuat dalam muktamar Pas.Itu semua ditentukan oleh ahli PAS sendiri. Kemelut dalaman PAS telah berlalu begitu lama sejak 2008 lagi, adalah rentetan kepada idea UG hingga menyebabkan berlakunya Mesyuarat Tergempar Majlis Syura dan Pas Pusat yang dipanggil oleh Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Ia berlaku pada 31 Julai 2008. Razman jangan cuba meletakan keadaan yang tidak selesa, atau merosakkan ini ke atas PasMa. Setelah 2 kali PAS bermuktamar , kemelut dalaman ini tidak pernah diusulkan untuk dibincangkan secara tuntas. Ini adalah kelemahan pucuk pimpinan. Analogi suami isteri bergaduh yang Razman katakan itu agak menyimpang jauh. Sebagai badan NGO, PasMa adalah satu medium bagi penyertaan sosial dan politik rakyat demi menciptakan hubungan yang lebih berkesan dengan setiap parti gabungan Pakatan Rakyat. Ini akan membantu pelaksanaan dasar-dasar dan prinsip yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.PasMa bukan sahaja dianggotai oleh orang PAS, malah dari PKR dan juga DAP. PJ Razman berkata PAS mempunyai struktur pembuat dasar dan keputusan yang tersusun sehingga terbina institusi kekuatan seperti yang ada pada hari ini. MSU adalah pembimbing dan pemandu arah supaya tindakan dan keputusan PAS tidak tersasar dari matlamat penubuhan dengan panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias. MSU dilantik daripada mereka yang makruf dan faqeh ilmu agamanya. MSU telah mengeluarkan nasihat supaya ahli parti tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjur oleh Pasma. Arahan ini dilihat seperti dibangku sampahkan. Bahkan autoriti MSU dipandang enteng, kekuatan PAS cuba dirobek. Inilah percubaannya. PASMA bukan ancaman yang perlu digentar. Kehadiran Pasma dapat dilihat siapa yang kurang faham dan kurang patuh akan asas perjuangan PAS. Atas faktor ini dapat dijadikan indeks pengukur wala' pada Pimpinan. Saya yakin Pasma akan berkubur sedikit masa lagi bersama dengan mereka yang sealiran dengannya. setiap kita mesti wala' kepada perlembagaan organisasi Kalau benar tindakan dan keputusan PAS yang melarang ahli terlibat dengan PasMa menepati panduan Al-Quran, Al-Hadith, Ijmak dan Qias, sila buktikan di mana terdapatnya tindakan PasMa selama ini bertentangan sumber hokum tersebut. Apakah dalam perlembagaan PAS ada peruntukan larangan kepada ahli untuk menyertai NGO? Saya ingin mengingatkan Razman bahawa setiap kita, tidak kira diperingkat mana kedudukan di dalam parti, setiap kita mesti wala' kepada perlembagaan organisasi, yang telah digubal begitu rupa tidak bertentangan dengan syariat Islam. Pasma akan berkubur sedikit masa lagi atau tidak, itu bukan urusan Razman. Itu kerja Allah dan berada dalam ilmu Allah.Tak payahlah nak meramal macam Raja Bomoh Malaysia! PJ Razman berkata Ataupun untuk mencapai hasrat Pasma, iaitu mengukuhkan Pakatan dengan mengumpul rakyat yang berjuang tanpa batasan syarak perlu menjadi perbandingan masyarakat terhadap perjuangan PAS yang tulen. Setiap tindak tanduk mereka menjadi sarang peluru untuk menguburkan mereka sendiri. Saya bersetuju dengan pandangan Dr Zuhdi Marzuki yang dinyatakan baru baru ini, "Pasma eloklah keluar PAS buat parti baru. Mesti ada keberanian politik seperti AK Party di Turki. Bila dah tak sehaluan dengan Ebarkan dan Mehmet Kutan, tubuh parti lain dan akhirnya mereka menguasai Turki. Jadi Pasma dan penyokongnya keluar buat parti baru tak perlu kacau PAS" Sama berjuang mengukuhkan PR dalam bahtera berbeza dan tujuan berbeza, dengan matlamat yang sama, iaitu ke Putrajaya. Inilah jawapan spontan apabila soalan itu diajukan. * Catatan perjalanan balik dari program di Titi Gantung, Parit. Terus beristiqamah, Hj. Razman Hj. Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak Rabu 18 Februari 20159 29 Rabiul Akhir 14369 Ini pula jawapan spontan saya PAS bukan parti emak bapak Zuhdi atau Razman yang punya. Selagi kita sebagai ahli, selagi itulah kita mempunyai hak sama untuk dilantik ke sebarang jawatan dalam parti dan mempunyai hak untuk memilih. Kalau ada peruntukan dalam perlembagaan membolehkan pemecatan mana-mana ahli yang menyertai atau bersimpati dengan PasMa , sila ambil tindakan. Kalau tidak ada, sila tutup mulut cirit birit kamu itu! Salam PasMa kepada semua!

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

VIDEO - Amanat Terakhir Anwar

Posted: 20 Feb 2015 07:00 PM PST


VIDEO - Anwar jelaskan mengapa dia sanggup masuk penjara

Posted: 20 Feb 2015 06:30 PM PST


VIDEO - Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat I DS Anwar Ibrahim

Posted: 20 Feb 2015 06:00 PM PST



Ketua Puteri Umno Suka Dedah Fakta Jubur Saiful

Posted: 20 Feb 2015 05:30 PM PST

 Kenapa tidak pertikai 'roadshow' pembangkang enam tahun dahulu? - Mas Ermieyati


MAS ERMIEYATI: Apa masalah kepada pembangkang jika Pemuda tawarkan pentas mereka sehingga menghentam sesi penerangan ini?

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO dilihat hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat dengan merungkai misteri yang perlu diketahui rakyat ini selepas enam tahun berdiam diri mengenai isu liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, tidak timbul isu 'senjata makan tuan' di dalam sesi penerangan ini kerana kes sudah selesai dan Anwar sendiri sudah masuk penjara.

"Pemuda UMNO mengambil tanggungjawab memberitahu rakyat mengenai perkara sebenar yang berlaku. Dengan kerelaan pendakwaraya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apa masalah kepada pembangkang jika Pemuda tawarkan pentas mereka sehingga menghentam sesi penerangan ini?

"Apakah salah memberitahu kepada rakyat tentang duduk perkara sebenar selepas semuanya selesai? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan enam tahun pembangkang tidak menghormati sistem kehakiman dan mencanang di seluruh negara mengenai kes yang masih dibicarakan?" katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Mas Ermieyati mengulas laporan penganalisis di sebuah portal yang menyifatkan jelajah Pemuda UMNO mengenai keputusan mahkamah kes Liwat II tidak akan mengubah pendapat rakyat, sebaliknya berisiko menyebabkan orang awam berpaling daripada parti itu pada saat rakyat Malaysia mahu melupakan keseluruhan kisah panjang itu.

Portal itu bagaimanapun berkata, beberapa penganalisis turut mengakui faham mengapa UMNO berasa perlu melakukannya, namun sesetengah yang lain berkata, langkah itu boleh mengakibatkan kesan sebaliknya.

Dalam pada itu kata Mas Ermieyati, dakwaan sesetengah pihak mengenai Shafee menggunakan pentas UMNO disifatkan terlalu dangkal malah tidak masuk akal sama sekali.



"Apabila Pemuda tawarkan pentas mereka kepada Shafee, ia merupakan satu peluang kepada rakyat untuk mendengar sendiri fakta yang berlaku sepanjang kes itu berlangsung.

"Tidak ada apa-apa masalah kerana Shafee bercerita kembali dan kes itu sudah sampai ke noktahnya. Jika pembangkang berani, mengapa tidak jemput juga Shafee di atas pentas mereka biar hadirin mereka  mendengar kisah sebenar semasa di mahkamah...pasti mereka tidak berani.

"Tidak timbul isu mengubah atau tidak pendapat orang ramai mengenai Anwar, jelajah itu menjelaskan fakta kepada rakyat dan bukan cakap-cakap kosong," jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin terdesak apabila menggunakan khidmat Shafee untuk mendapatkan kepercayaan rakyat di dalam siri jelajah isu itu ke seluruh negara.

Kata Nik Nazmi,kesediaan Shafee untuk bersama program tersebut bukan sahaja merupakan satu tindakan yang tidak wajar, malah merendahkan martabat sistem kehakiman dan Jabatan Peguam Negara.

- astroawani








Razali selar pembangkang mahu bebas Anwar

Posted: 20 Feb 2015 04:45 PM PST

JANGAN PURA PURA TAK TAHU - TANPA CAMPUR TANGAN PEMIMPIN UMNO - MANA MUNGKIN SIALFOOL DAPAT LAYANAN ISTIMEWA.....

Datuk Razali Ibrahim (gambar) menyelar kenyataan Lim Kit Siang yang berkata Anwar Ibrahim boleh dibebaskan jika pembangkang memerintah.

Datuk Razali Ibrahim (gambar) menyelar kenyataan Lim Kit Siang yang berkata Anwar Ibrahim boleh dibebaskan jika pembangkang memerintah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menyelar kenyataan penasihat DAP Lim Kit Siang yang berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan jika pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 nanti.

Razali berkata kenyataan itu menunjukkan tanda-tanda parti pembangkang mahu campur tangan dalam bidang perundangan.

"Kenyataan itu hanya untuk memberi semangat kepada penyokongnya seolah-olah perjuangan mereka betul walaupun sebenarnya tidak.

Hanya dengan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Anwar boleh dibebaskan tetapi kata-kata Kit Siang itu seolah-olah undang-undang dalam tangan dia," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi rumah ketua MCA bahagian Muar, Tay Puay Chuan di Pekan Sri Menanti, Parit Jawa, di sini hari ini.

Razali berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang dilaporkan di dalam beberapa portal berita bahawa Anwar boleh dibebaskan dengan menewaskan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

"Membebaskan orang yang didapati bersalah oleh mahkamah, sebenarnya mencampuri urusan sistem kehakiman negara," kata Razali.

Beliau yang juga anggotai majlis tertinggi Umno dan anggota parlimen Muar itu mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan demikian kerana mahu dilihat kononnya Anwar teraniaya.

Razali berkata pembangkang nampaknya bimbang akan terus hilang momentum sokongan rakyat terhadap mereka berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lepas yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Sehubungan itu beliau meminta supaya semua pihak berhenti menggunakan kes liwat Anwar untuk meraih simpati rakyat termasuk tidak lagi menghina dan menuduh institusi kehakiman negara yang digambarkan dipengaruhi serta tidak bebas.

"Apa pun saya percaya kenyataan Kit Siang itu juga ada kaitan dengan dua  pilihan raya kecil yang dijangka diadakan di Permatang Pauh dan Chempaka supaya rakyat terpengaruh dan terus keliru," katanya. – Bernama, 20 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com -

Hentikan penganiayaan politik atau tinggalkan PBB, kata Nurul Izzah

Posted: 20 Feb 2015 04:00 PM PST

 
Nurul Izzah berkata kerajaan seharusnya mempamerkan kuasa yang bermoral dan keberanian yang berprinsip.

urul Izzah berkata kerajaan seharusnya mempamerkan kuasa yang bermoral dan keberanian yang berprinsip.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menamatkan siri penganiayaan terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi, atau melepaskan jawatan Malaysia di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagai pengerusi Asean, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib Presiden PKR itu berkata, kerajaan seharusnya mempamerkan kuasa yang bermoral dan keberanian yang berprinsip apabila ia mengambil alih jawatan pengerusi Asean tahun ini, tetapi sebaliknya, ia mensasarkan individu yang berkaitan pembangkang menggunakan Akta Hasutan yang kuno, sementara menteri yang bersifat perkauman terlepas daripada hukuman.

"Sebagai anggota PBB dan kini duduk dalam Majlis Keselamatan, kita rasa malu kerana Malaysia dengan sengaja mencemar kedaulatan undang-undang melalui pendakwaan terpilih dan penyiasatan yang seolah-olah memihak kepada kerajaan," kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

"Kelihatannya seperti tiada penghujungnya kepada minat pihak berkuasa mewujudkan budaya takut dan penindasan dengan melakukan 'sedition witch hunt' (memburu mangsa tuduhan hasutan) memantau rapi perdebatan umum, termasuk di media sosial!"

Nurul Izzah merujuk kepada penangkapan politik kartunis satira Zulkifli Anwar Ulhaque, atau Zunar pada 11 Februari dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan semalam.

Kedua-dua mereka disiasat kerana menghasut susulan komen mereka terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, walaupun polis pantas bertindak terhadap Zunar dan Arutchelvan, mereka dengan selamba mengabaikan tweet yang berbau perkauman dibuat para menteri dan dakwaan terdapatnya penglibatan golongan pemerintah dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Khususnya, yang masih segar di ingatan kita ialah seruan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya memboikot peniaga Cina. Malangnya, tiada tindakan diambil pihak berkuasa sehingga hari ini."

Nurul Izzah berkata, kepimpinan di Malaysia hilang ketika Perdana Menteri memungkiri janjinya hendak memansuhkan Akta Hasutan tahun lepas, walaupun terdapat kritikan daripada pakar undang-undang tempatan dan antarabangsa .

"Rakyat sepatutnya bebas menjalankan hak mereka mengkritik kerajaan tanpa rasa takut atau dihukum pihak berkuasa . Tiada kerajaan yang maksum, tambahan pula kerajaan yang menjadikan penganiayaan politik 'raison d'etre (justifikasi tindakan) mereka.

"Najib mesti menghentikan siri penganiayaan ini atau melakukan apa yang perlu dengan melepaskan jawatan Malaysia dalam kedua-dua Majlis Keselamatan PBB dan sebagai pengerusi Asean."– 20 Februari, 2015.


/www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hentikan

TERKINI - Pemuda Pas Kelantan Sokong Jelajah Liwat II Pemuda Umno

Posted: 20 Feb 2015 03:15 PM PST

 

Ahmad Fadhli Shaari berkata, siri jelajah itu sangat dialu-alukan namun pihaknya yakin akan timbul lebih banyak persoalan daripada isu berbangkit kerana akan ada fakta yang tidak munasabah.


KUALA LUMPUR, 20 Februari:


Pemuda PAS Kelantan mengalu-alukan hasrat Pemuda UMNO untuk mengadakan siri jelajah isu Liwat II namun dalam masa sama melahirkan kerisauan sekiranya ia menimbulkan persoalan daripada jawapan terhadap isu berbangkit.


Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari menerusi Facebooknya berkata, siri jelajah itu sangat dialu-alukan namun pihaknya yakin akan timbul lebih banyak persoalan daripada isu berbangkit kerana akan ada fakta yang tidak munasabah.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun bahawa pergerakan itu sedang mempertimbangkan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan isu Liwat II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Dalam siri jelajah itu akan timbul terlalu banyak fakta yang tidak munasabah dan ia boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap institut kehakiman negara.


"Hakikatnya, terlalu banyak persoalan yang ingin dibangkitkan oleh rakyat. Jika Pemuda UMNO memula siri jelajah kelak, saya mencabar agar dibenarkan komunikasi dua hala dalam kerangka debat," ujarnya.


Katanya, Pemuda PAS mempunyai ramai individu berwibawa untuk berdepan dengan Pemuda UMNO secara terbuka di atas pentas berhubung isu ini.


"Saya pohon, jika dipersetujui, benarkan debat dalam kerangka pandangan Islam terhadap jenayah liwat. Adakah hukuman terhadap Anwar Ibrahim menepati kehendak syarak atau merupakan satu penghakiman yang tidak selari dengan Islam?


"Inilah yang perlu diperjelaskan oleh Pemuda UMNO kepada masyarakat. Saya yakin jika perdebatan ini dapat dilaksanakan, ia akan membawa kepada satu natijah baru iaitu penerimaan lebih positif masyarakat terhadap undang-undang Islam," katanya.


Ahmad Fadhli berkata, jika benar Pemuda UMNO ingin menjelajah, jangan bertumbuk seorang diri, panggil lawan yang sesuai untuk sama-sama berpencak di atas pentas.


"Peninju yang hanya berani meninju beg pasir tentu sahaja akan menang.


"Seperkara lagi, jika Pemuda UMNO ingin menjelajah dalam isu liwat, bolehlah juga dipertimbangkan jelajah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan kerana membunuh model sambilan Altantuya Shaariibuu yang kelihatan mempunyai fakta baru di dalam kes ini," katanya.


Menurutnya, rakyat sedang menanti perkembangan terbaru berhubung dakwaan Sirul yang mengatakan dirinya diarah untuk melakukan pembunuhan itu.


- therakyatpos

15 minit telesidang dengan media bersama Sirul pada Isnin - Oleh YASMIN RAMLAN

Posted: 20 Feb 2015 08:00 AM PST



Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ketika di luar kedutaan besar Australia pada 9 February lalu. Beliau berkata hari ini bahawa PAS akan memberi peluang bagi media tempatan bertemubual dengan Corporal Sirul Azhar Umar yang kini di tahan pihak imigresen Australia, pada hari Isnin. – 

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ketika di luar kedutaan besar Australia pada 9 February lalu. Beliau berkata hari ini bahawa PAS akan memberi peluang bagi media tempatan bertemubual dengan Corporal Sirul Azhar Umar yang kini di tahan pihak imigresen Australia, pada hari Isnin. – 

PAS akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang berada di Australia pada Isnin ini, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.


Melalui sesi tersebut, yang menghubungkan komunikasi antara peserta di tempat yang berasingan, Mahfuz berkata, Sirul akan berkomunikasi secara terus dengan media tempatan.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenainya masih belum diketahui, katanya pada satu sidang media di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya, Ketua Inspektor Azilah Hadri, kerana bersalah membunuh Altantuya pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam.

Pada masa sama, Mahfuz turut mengumumkan yang ibu kepada Sirul akan ke Australia melawat anaknya di pusat tahanan tidak lama lagi.

Katanya, persiapan seperti tiket penerbangan sudah dibeli dan hanya menunggu kelepasan visa.

"Tiket sudah siap tetapi saya tidak boleh umumkan bila tarikhnya. Buat masa sekarang kami sedang menunggu visa."

Mahfuz juga berkata, selain telesidang bersama media tempatan yang dijadualkan pagi Isnin ini, Sirul juga turut menunggu masa yang sesuai menjemput semua media Malaysia dan antarabangsa ke pusat tahanannya di Australia itu.

"Beliau akan memberikan komitmen. Hanya menunggu waktu yang sesuai. Beliau akan memaklumkan pada saya untuk diumumkan kepada media.

"Ia bertujuan supaya adil untuk semua media, dan agar beliau dapat berdepan secara terus dengan mereka," katanya.

Mahfuz juga menyatakan Sirul buat masa ini sedang mengikuti kelas Bahasa Inggeris di pusat tahanannya. – 20 Februari, 2015.

Imej Pontianak Yang Berjaya Dirakam Di UiTM

Posted: 20 Feb 2015 07:15 AM PST

 SELANGOR – Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikatakan telah merakam gambar pontianak sedang berdiri di balkoni asrama mereka baru-baru ini berikutan laporan Mynewshub pada hari ini.

Peristiwa itu telah diambil gambar oleh penuntut UITM pada hari Ahad lalu yang mendakwa ianya berlaku di sebuah cawangan IPTA mereka di Negeri Sembilan.

Mereka juga dikatakan merahsiakan lokasi tepat asrama berkenaan kerana gusar boleh mencetuskan ketakutan dalam kalangan penuntut.

Dalam pada itu, rakaman pontianak tersebut yang makin gempar di laman sosial sekarang ini, telah menimbulkan persoalan bahawa ianya asli ataupun tidak.

Walaupun ada pihak yang menganggap kisah makhluk halus adalah kepercayaan karut, namun masih ada ramai orang lagi yang juga berpendapat bahawa kewujudannya tidak boleh diketepikan.

TANDA KEMATIAN YANG DIMULIAKAN ALLAH SWT

Posted: 20 Feb 2015 06:30 AM PST

Terdapat pelbagai tanda kematian yang dimuliakan di sisi ALLAH.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunjukkan si mati mempunyai kemuliaan tinggi di sisi ALLAH.

"Orang yang datang menziarahi itu adalah rezeki daripada ALLAH SWT kerana mereka datang dengan membawa doa kepada si mati.

"Kenikmatan yang diberikan ALLAH itu hanya diberikan kepada mereka yang terpilih. Bagi meraih kemuliaan di sisi ALLAH, seseorang perlu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa, sentiasa perlu mencari keredaan Ilahi dan sentiasa merendah diri sesama insan," katanya.

Beliau berkata, perkara (kemuliaan) itu boleh dilihat terhadap Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang yang warak.

"Allahyarham juga turut memberi sedekah dengan duit gajinya dari dulu hingga kini.

"Kredibiliti diri yang tinggi serta disenangi rakyat antara kelebihan seseorang itu boleh dianggap mendapat kemuliaan di sisi ALLAH," katanya.

Pendakwah Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim berkata, antara tanda kemuliaan seseorang ialah kematian pada hari Jumaat selain dihadiri ramai kenalan dan sahabat.

"Dalam hadis riwayat Tirmidzi ada mengatakan orang yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, ALLAH akan selamatkannya daripada azab kubur.

"Maknanya, nak kata fadilat orang meninggal dunia pada hari Jumaat adalah orang terpilih. ALLAH muliakan sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat, iaitu hari terbaik daripada hari lain. ALLAH nak tunjukkan dan berikan kelebihan pada orang-orang sebegini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, tidak ramai yang terpilih dan diberikan kelebihan untuk meninggal dunia pada hari Jumaat.

"Orang-orang terpilih ini biasanya mereka yang memiliki kewarakan yang tinggi, kuat ibadahnya dan terkenal dengan kebaikannya dengan manusia.

"Sebab itu kita kena baik dengan manusia dan ALLAH. Bila kita baik dengan manusia, ALLAH akan jadikan manusia baik dengan kita. Bila kita baik dengan ALLAH, ALLAH akan tolong kita di akhirat," katanya.

Katanya, kehadiran ramai kenalan dan sahabat menunaikan solat jenazah juga antara tanda kemuliaan daripada ALLAH kepada si mati.

"Untuk solat jenazah, makmum disunatkan membentuk tiga saf untuk muliakan si mati. Tetapi jika jumlahnya lebih daripada tiga saf ia adalah kemuliaan yang ALLAH gambarkan terhadap si mati," katanya.

DD

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz3SHlur1D7

" ISNIN INI 23 FEB 2015. PENDEDAHAN YANG DITUNGGU-TUNGGU OLEH KEBANYAKAN RAKYAT MALAYSIA "

Posted: 20 Feb 2015 06:00 AM PST


Dedah sampai terburai. Sama-samalah kita nantikan sidang media khas ini, harapnya jangan pula  pihak Sirul saat-saat akhir berubah fikiran, yang dapat malunya nanti Mahfuz juga dikatakan menipu dan cakap besar.

TERKINI - Sirul Akan Bersemuka Dengan Media Malaysia

Posted: 20 Feb 2015 05:30 AM PST

 

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dijangka akan mengadakan satu sidang video kepada media di Malaysia yang dijadualkan pada Isnin.

Sidang video selama 15 minit itu, menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar akan dianjurkan oleh PAS, memetik laporan The Malaysian Insider.

Malah kata Mahfuz, ibu kepada Sirul Azhar juga dikatakan akan meninggalkan negara untuk ke Australia dengan persediaan visa sudah dibuat untuk melawat anaknya yang kini ditahan oleh imigresen negara itu.

Selain sidang video itu Mahfuz dilaporkan berkata, media Malaysia juga dibenarkan untuk melawat Sirul di pusat tanahan itu.

"Dia akan memberikan sepenuh komitmen, dia hanya menunggu masa yang sesuai. Dia akan beritahu saya untuk saya umumkan kepada media.

"Ia juga untuk berlaku adil kepada semua media dan semua media boleh bersemuka dengannya," katanya memetik laporan portal berita itu.

Sementara itu, mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil di Pengkalan Chepa, satu mesyuarat akan diadakan bagi memilih calon yang sesuai.

"Setakat ini saya tidak mendapat sebarang makluman berhubung perkara itu. Pertama sekali, PAS Pengkalan Chepa perlu cadangkan beberapa nama kepada PAS Kelantan untuk dipertimbangkan dan hanya parti sahaja akan membuat keputusan," katanya memetik laporan The Star.

Dalam pada itu, Astro Awani melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abdul Nih Abdul Aziz yang merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi bapanya itu.

Mahfuz juga turut menafikan laporan bahawa parti itu sedang merancang untuk meletakkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding di pilihan raya kecil Permatang Pauh.

"Saya boleh jamin bahawa PAS tidak akan bertanding di Permatang Pauh, namun kita akan memperhebatkan bantuan kepada PKR dari segi jentera pilihan raya," katanya memetik laporan The Star Online.

Kita semua tahu ...Najib juga tahu.....

Posted: 20 Feb 2015 04:45 AM PST


Masihkah kalian ingat gambar disebelah ini? Itulah gambar isteri Razak Baginda , Mazlinda Makhzan, seorang bekas Majisterat yang mendakwa bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.

Mazlinda ketika itu, menjerit-jerit dimahkamah seperti orang hilang akal dengan katanya :

"Dia tidak mahu menjadi Perdana Menteri.Dia orang baik.

Dia bukan perdana menteri negara ini.



Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua,"

Ya benar, Razak Baginda tidak pernah mahu jadi Perdana Menteri.

Begitu juga Azilah dan Sirul Azhar. Dan kita semua tahu siapa yang kini telah menjadi Perdana Menteri! Najib, boleh tak kamu tolong ceritakan sedikit apakah yang tersirat di sebalik SMS kamu kepada Razak yang berbunyi : "Saya akan menemui IGP pada 11am hari ini…. perkara akan diselesaikan….sila bertenang".

Walaupun pihak pendakwa ada bukti penglibatan Razak, namun dia terlepas dari pertuduhan bersubahat.

Adakah kerana hubungan rapatnya dengan Najib,??

al-Husseyn.
 

KAH KAH KAH KAH - Kenapa Tiba Tiba Jadi "CACING KEPANASAN ??"

Posted: 20 Feb 2015 04:00 AM PST

Memang Sirul mengarut, kes Altantuya sudah selesai - Syed Ali


KUALA LUMPUR: "Memang Sirul mengarut, dia kini cuba menyubur persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan dan kes Altantuya sudah selesai."

Itu kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar itu.

Sirul dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata yang dia bertindak atas arahan dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tegas Syed Ali, kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah menjatuhkan hukuman ke atas dua bekas polis terbabit.

"Semua pihak diminta menghentikan sebarang dakwaan atau dengan sengaja mewujudkan persepsi bahawa kes ini ada kaitan dengan pihak tertentu adalah karut dan tidak berasas.

"Bagi saya kes Altantuya sudah selesai tak perlu lagi perkara ini dibincangkan secara terbuka di depan khalayak umum seolah-olah kita tidak menghormati institusi perundangan negara ini.

"Saya hanya nampak isu Altantuya sengaja dimainkan oleh pihak yang berniat jahat dengan lain tujuan untuk menimbulkan persepsi atau sangkaan buruk rakyat kepada kerajaan.

"Isu ini dah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

Kata Syed Ali lagi, semua pihak termasuk portal berita pro-pembangkang diminta menghentikan segala dakwaan yang mengaitkan kes ini.

"Tindakan pihak berkenaan yang bertanya soalan Altantuya kepada Perdana Menteri tidak sewajarnya dilakukan.

"Pihak berkenaan juga tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Motif soalan ini ditanyakan dengan tujuan memanipulasikan jawapan yang diberi Perdana Menteri untuk faedah pihak mempunyai kepentingan memburukkan imej kerajaan di mata rakyat," jelasnya.

Katanya, wartawan berkenaan juga dilihat tidak sepatutnya mengasak Najib dengan soalan mengenai isu Sirul pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti itu.

"Bagi saya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan kepada Perdana Menteri yang tiada kaitan langsung dalam kes ini.

"Bagaimana Perdana Menteri menjawab satu soalan yang dia sendiri tidak tahu menahu.

"Kes ini dianggap sudah selesai bila mahkamah sudah menjatuhkan hukuman mati kepada dua bekas polis terbabit," katanya.

Katanya lagi, kerajaan kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada melayan isu Altantuya dalam memastikan program transformasi negara berjaya mencapai matlamatnya.

"Bukan tugas Najib untuk menjawab soalan-soalan tidak berhemah seperti itu yang sengaja diada-adakan untuk menyuburkan 'persepsi buruk' rakyat kepada kerajaan.

"Rakyat diminta tidak terpengaruh dengan berita-berita yang sengaja direka untuk menburuk-burukkan kerajaan yang sentiasa memastikan negara berada dalam keadaan harmoni dan stabil," ujarnya.

Pada Khamis, Najib menyifatkan Sirul "mengarut" ketika ditanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu kini masih bebas.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan yang akan didedahkan dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang akan diberikan Sirul.

- Astroawani
 .
Posted by Jeebond BLM

1MDB beroperasi seiring matlamatnya, kata menteri

Posted: 20 Feb 2015 03:15 AM PST

1Malaysia Development Bhd (1MDB) beroperasi seiring dengan matlamatnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar, kanan).

Beliau berkata 1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi, dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan.

"Selepas berjaya menggabungkan sektor tenaga dan menjadi pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia serta meletakkan asas untuk pembangunan Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia, dua projek yang akan mengubah rakyat dan ekonomi negara, syarikat ini adalah seiring dengan objektifnya," kata Husni dalam kenyataan.

Pada 18 Februari, 1MDB mengumumkan hasil semakan semula strategik yang dilaksana pada Januari perniagaannya membolehkan syarikat memaksimumkan nilai untuk Kementerian Kewangan dan pada akhirnya rakyat Malaysia.

Husni berkata setiap projek mempunyai strategi jelas dari segi penjanaan kewangan dan struktur tadbir urus yang akan memastikan kejayaan pada masa depan.

Selain itu katanya, adalah amat penting bagi 1MDB menumpukan kepada usaha mempertingkat kewangannya bagi memastikan  penghasilan nilai maksimum kepada ekonomi.

Dalam pelaksanaan semakan semula strategik itu, 1MDB berkata ia menyedari matlamat dan misinya untuk menjadi pelaksana strategik idea dan sumber baharu pertumbuhan serta memacu ke arah pembangunan ekonomi yang mampan di Malaysia. – Bernama, 20 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

Majistret tolak permohonan reman polis, pemimpin PSM bebas petang ini OLEH MUZLIZA MUSTAFA

Posted: 20 Feb 2015 02:30 AM PST

Magistrate Tegas Tidak Mahu Mengikut Telunjuk !!

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman ke atasnya.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S. Arutchelvan akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman ke atasnya.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman ke atasnya untuk disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Peguamnya Latheefa Koya berkata, majistret Muslina Mohd Jamil menolak permohonan itu selepas mendengar hujahnya dan empat peguam lain berhubung tangkapannya.

"Polis meminta reman empat hari tetapi kita berpendapat mereka boleh merekodkan kenyataannya tanpa perlu menahannya .

"Kami juga berhujah yang jika permohonan reman itu diberikan, ia akan nampak seperti polis menyalahgunakan kuasa mereka.

"Tambahan pula, sebagai seorang yang dikenali umum, Arutchelvan akan memberi kerjasama sepenuhnya. Selepas mendengar hujah kami, majistret menolak permohonan reman itu, " kata Latheefa.

Beliau berkata polis mempunyai sehingga pukul 7 petang untuk membebaskan Arutchelvan kerana mereka hanya dibenarkan menahan seseorang selama 24 jam tanpa reman.

Katanya, lima peguam berada di sana hari ini bagi mewakili Arutchelvan. Selain Latheefa, turut hadir ialah bekas presiden Majlis Peguam Datuk S Ambiga dan aktivis Syahredzan Johan.

Arutchelvan ditahan di rumahnya di Kajang petang semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan terhadap kenyataan yang didakwa dibuatnya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis turut merampas peralatan elektronik yang dipercayai digunakan Arutchelvan ketika membuat kenyataan di Facebook yang didakwa "menghasut" berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Arutchelvan ialah pemimpin pembangkang terkini yang akan dikenakan tindakan undang-undang kerana dituduh mengkritik keputusan itu yang mengekalkan sabitan liwat dan hukuman penjara ke atas Anwar.

Orang kuat PSM itu dikatakan mendakwa keputusan mahkamah tertinggi itu bermotifkan politik. – 20 Februari 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article

Sabitan Anwar kerana kebijaksanaan Shafee?

Posted: 20 Feb 2015 01:45 AM PST

 
 

 Ekoran kejayaannya baru-baru ini dalam mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim – dan mensabitkan ketua umum PKR itu – Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah mendapat perhatian yang lebih daripada biasa.

Dengan mengendalikan kes berprofil tinggi seperti itu, kehebatan pendakwaan peguam kanan itu telah banyak menjadi subjek perdebatan.

Selepas mengambil alih tugas sebagai pendakwa utama, Shafee berjaya di Mahkamah Rayuan untuk menebalikkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, dan berhujah kes itu di mahkamah tertinggi, yang mengekalkan sabitan tuduhan liwat terhadap Anwar dan hukuman lima tahun penjara.

Adakah peguam yang menjadi perhatian ini, juga seorang pendakwa yang cemerlang?

Ditanya sama ada terdapat apa-apa yang baru atau tambahan dalam hujah Shafee ini – yang berjaya mensabitkan Anwar – sumber-sumber yang biasa dengan kes itu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan memberitahu Malaysiakini bahawa tiada apa yang luar biasa.

Shafee, kata satu sumber, mengemukakan hujah-hujahnya atas kekuatan penghujahan oleh bekas Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan dari Pejabat Peguam Negara (AGC), sebelum beliau bersara.

"Ini ekoran semua kerja keras yang telah dilakukan oleh pasukan pendakwaan yang diketuai Yusof dalam mengutarakan bukti di mahkamah dan juga penghujahan yang dibuat.

"Satu-satunya tambahan ialah satu kes perundangan di Australia, di mana sampel DNA yang berusia 13 tahun telah digunakan untuk mensabitkan seorang pembunuh.

"Selain daripada itu, tiada apa yang baru dalam penghujahan," kata sumber itu yang tidak mahu namanya disebut.

Shafee, dalam hujahnya, memberi contoh kes di Australia itu, di mana polis menemui tuala milik mangsa pembunuhan dan apabila pemeriksaan dilakukan, telah menemui kesan air mani, yang dihantar untuk analisis bagi mengetahui pelakunya.

"DNA ditemui pada tuala di mana kesan air mani dijumpai. Bacaannya dianggap hampir sama dan tertuduh disabitkan dengan pembunuhan itu, selepas 13 tahun," Shafee telah dikemukakan.

Shafee, dalam hujahnya menegaskan bahawa dalam hal ini, sampel DNA telah berjaya diambil dari Saiful 56 jam selepas kejadian itu.

"Dalam kes saya, bacaan itu adalah sempurna," kata peguam kanan itu dalam membandingkan sampel DNA yang diambil dari dubur Saiful dan sampel yang diperolehi dari botol air mineral, berus gigi dan tuala yang diambil dari lokap Anwar selepas beliau ditangkap pada 16 Julai 2008.

Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari dengan keputusan sebulat suara oleh panel lima hakim.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria juga menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara.

Najib usahlah gelisah, kata Mahfuz

Posted: 20 Feb 2015 01:00 AM PST

 
 
Datuk Seri Najib Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai 'mengarut' kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.

Mahfuz (kiri) berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.

"Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.

"Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia "hanya menjalankan arahan" dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Malaysiakini

Peguam UMNO Dalam Ketakutan - Rasa Bersalah Memfitnah DS Anwar Ibrahim......

Posted: 20 Feb 2015 12:15 AM PST

"CERITA SEX LIWAT DI POLITEKNIK PULA DAH. MEMANG CELAKALAH SAPA YANG BAGI KELULUSAN "

tikaq buloh     1:00 PM     4
Tempat yang sepatutnya menjadi tempat penyebaran ilmu hangpa jadikan tempat penyebaran aib, memang celakalah sapa-sapa yang dok terlibat dalam program ni.

Hangpa suka-suka ja guna facility yang dibina atas duit rakyat untuk cerita pasal sex liwat. Bodoh punya manusia, kerajaan boleh dok sokong benda-benda yang tak berfaedah seperti ini.

DSAI dan disumbat dalam penjara dah pun, apa lagi yang korang tak puas hati tak tahulah. Sampai dalam penjara dah pun hangpa dok takut lagi pengaruh DSAI.

DSAI satu hal. Ini ulama yang duduk dalam UMNO, Mufti entah semua lepas ke mana. Benda yang terang-terang bercanggah dengan Islam macam ini pun boleh dibiarkan.

Ada Pemimpin Umno Bakal Cabut Lari Isnin Ini?

Posted: 19 Feb 2015 11:30 PM PST


PAS akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas komando polis Sirul Azhar Umar yang berada di Australia pada Isnin ini, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Melalui sesi tersebut, yang menghubungkan komunikasi antara peserta di tempat yang berasingan, Mahfuz berkata, Sirul akan berkomunikasi secara terus dengan media tempatan.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenainya masih belum diketahui, katanya pada satu sidang media di ibu pejabat parti PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Pada masa sama, Mahfuz turut mengumumkan yang ibu kepada Sirul akan ke Australia melawat anaknya di pusat tahanan tidak lama lagi.Katanya, persiapan seperti tiket penerbangan sudah dibeli dan hanya menunggu kelepasan visa.

"Tiket sudah siap tetapi saya tidak boleh umumkan bila tarikhnya. Buat masa sekarang kami sedang menunggu visa."Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu, yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu, dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.

Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan rakan setugasnya, Ketua Inspektor Azilah Hadri, kerana bersalah membunuh Altantuya pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam.

Mahfuz juga berkata, selain telesidang bersama media tempatan yang dijadualkan pagi Isnin ini, Sirul juga turut menunggu masa yang sesuai menjemput semua media Malaysia dan antarabangsa ke pusat tahanannya di Australia itu.

"Beliau akan memberikan komitmen. Hanya menunggu waktu yang sesuai. Beliau akan memaklumkan pada saya untuk diumumkan kepada media."Ia bertujuan supaya adil untuk semua media, dan agar beliau dapat berdepan secara terus dengan mereka," katanya.

Addin