Khamis, 19 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG MUDAH DI PERMATANG PAUH ??

Posted: 19 Feb 2015 10:00 PM PST


Undi simpati sukarkan laluan BN di Permatang Pauh, kata Gerakan

OLEH YASMIN RAMLAN

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berharap pengundi pada Pilihan Raya kecil Permatang Pauh memberi peluang kepada Barisan Nasional walaupun menyedari ia sukar kerana akan ada undi simpati terhadap Pakatan Rakyat. –

Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong berharap pengundi pada Pilihan Raya kecil Permatang Pauh memberi peluang kepada Barisan Nasional walaupun menyedari ia sukar kerana akan ada undi simpati terhadap Pakatan Rakyat. –

Barisan Nasional (BN) akan melalui kesukaran dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan datang kerana unsur simpati di kalangan pengundi akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Gerakan.

Menyedari kenyataan itu, presidennya Datuk Mah Siew Keong berkata, parti komponen BN tersebut akan memberi sokongan padu kepada parti pemerintah bagi memenangi kawasan Parlimen di Pulau Pinang itu.

"Saya berharap pengundi memberi BN peluang. Seperti yang saya katakan, ia akan menjadi sukar kerana akan ada undi simpati.

"Sekiranya (BN) menang, ia dapat memberi kami peluang menjelaskan pelbagai isu semasa negara," katanya kepada media pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Gerakan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Mah berkata, secara peribadi beliau berpendapat BN tidak perlu bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka di Kelantan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS.

Tetapi, keadaan berbeza di Permatang Pauh kerana kemenangan BN di kawasan Parlimen milik PKR di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan memberi peluang kepada BN menjelaskan situasi politik kepada pengundi.

"Saya rasa di Permatang Pauh ia tetap akan menjadi kerusi BN, dan kami menghormatinya. Dan kami di Gerakan akan sentiasa memberi sokongan," kata Mah.

Mengambil contoh PRK Teluk Intan pada 31 Mei 2014, beliau yakin BN akan menunjukkan prestasi lebih baik dalam PRK di Pulau Pinang itu nanti.

"Kita tidak akan berputus asa begitu sahaja. Sebab, di Teluk Intan kita ada contoh di mana dahulu kita kalah 7,000 undi, tetapi kerana parti komponen dapat bekerjasama, kita menang.

"Yang penting, antara parti komponen dan dalam parti. Kita cuma tidak mahu ada masalah dalam parti," katanya.

PRK itu menyaksikan Mah menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, daripada DAP.

Mah memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana 19,919 undi. Penyandang di Teluk Intan ialah Seah Leong Peng daripada DAP yang meninggal dunia awal Mei 2014.

Isnin lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli menyarankan BN konsisten dalam keputusannya tidak mahu bertanding di kerusi DUN Chempaka, dengan turut tidak bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, BN pada tahun lepas menyifatkan PRK Kajang sebagai pembaziran dan membebankan rakyat, dan hujah tersebut seharusnya masih diterima pakai.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, BN tidak perlu bertanding di Chempaka, atas alasan memelihara kerjasama yang baik antara BN dengan PAS di Kelantan dalam usaha pemulihan pasca banjir.

Khairy bagaimana pun berkata, BN perlu bertanding di Permatang Pauh, ekoran sabitan kesalahan kes liwat terhadap Anwar pada 10 Februari.

Suruhanjaya Pilihan Raya hanya akan mengumumkan status kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas 14 hari Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas penyandangnya.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tempoh tersebut bagi menanti keputusan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong dan semakan kehakiman yang akan dilakukan ketua pembangkang itu.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai krisis dalaman MIC, Mah berkata MIC juga salah satu komponen BN yang penting dan sekiranya ahlinya bersatu, BN juga akan menjadi kuat.

"Saya pasti ia diselesaikan secepat mungkin dan mereka akan bersatu semula," katanya. – 19 Februari, 2015.

 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/.

Setiausaha agung PSM dibawa ke Dang Wangi, didakwa menghasut OLEH MD IZWAN dan Elizabeth Zachariah

Posted: 19 Feb 2015 08:45 PM PST

Polis menahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan susulan kritikan dibuatnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis menahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia S Arutchelvan susulan kritikan dibuatnya terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan petang tadi ditahan polis dan dibawa ke Balai Dang Wangi atas dakwaan menghasut kerana mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes liwat dan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut disahkan Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim selepas terdahulu Arutchelvan sendiri mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang polis sedang menunggunya di luar rumah.

"Arul dibawa ke Dang Wangi, disiasat atas dakwaan menghasut," kata Nasir ringkas kepada The Malaysian Insider.

Cubaan untuk menghubungi Arutchelvan sekali lagi, selepas mendapat berita tangkapan itu, gagal.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kepada Bernama malam ini, Arutchelvan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Awal tadi, Arutchelvan berkata polis sedang menunggu di luar rumahnya di Kuala Lumpur untuk menangkapnya.

"Saya akan ditangkap sekejap lagi," katanya ketika dihubungi.

Orang kuat PSM itu mendakwa keputusan mahkamah tertinggi itu terhadap kes Anwar bermotifkan politik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran minggu lalu yang Arutchelvan bersama beberapa tokoh pembangkang lain akan disiasat susulan kritikan mereka terhadap keputusan mahkamah itu.

Selain Arutchelvan, Khalid berkata pemimpin itu termasuk Fariz Musa, ketua pergerakan Jingga 13 PKR dan Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin, kedua-duanya didakwa menggesa penyokong Anwar melancarkan demonstrasi jalanan menentang keputusan itu. – 19 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

MP ugut adukan IGP pada SPRM

Posted: 19 Feb 2015 08:00 PM PST

   

Seorang ahli parlimen DAP mengugut untuk membuat laporan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya beliau enggan menyiasat dakwaan yang dibuat oleh Sirul Azhar Umar.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, laporan terhadap Khalid juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) jika ketua polis negara itu tetap kekal dengan pendirian yang sama dalam masa seminggu.

"Saya akan memberinya masa selama seminggu.

"Dengan kenyataan (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) hari ini, kini Khalid bertanggungjawab untuk menyiasat (dakwaan Sirul)," katanya kepada Malaysiakini.

Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang Ahli Parlimen DAP, Lim Lip Eng pagi ini yang menggesa supaya pihak polis menyiasat dakwaan Sirul bahawa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu hanya mengikut arahan dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.



Malaysiakini

VIDEO - Dituduh Hantar Sihir: Jaafar Onn Minta Azwan Ali Bertaubat Kita Bantai

Posted: 19 Feb 2015 07:15 PM PST

 
Jaafar Onn
SEBELUM ini, selebriti yang sering kali mencetuskan kontroversi, Azwan Ali membuat pendedahan menerusi program Melodi bahawa dirinya disihir oleh seorang artis veteran berperwatakan lembut dengan pangkal nama bermula dengan huruf J.
Memberikan klu artis itu pernah memuatnaik sekeping gambar bermain buih, ramai pihak terus tertancap dakwaan itu ditujukan kepada Jaafar Onn.
Tanpa menyebut nama Azwan Ali dalam temubual dengan sebuah portal berita, Jaafar Onn, 64, menyampaikan pesan kepada individu yang menuduhnya itu supaya insaf dan bertaubat dengan perbuatannya kerana ia hanya mencerminkan kelemahan diri sendiri.
"Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu.

"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu," kata Jaafar sekaligus menafikan dakwaan ada menyihir sesiapa.
Hai, macam-macam hal. Kita harapkan mereka berdua ini akan berbaik, maklumlah usia masing-masing pun bukan sikit dah angkanya.
Daripada saling tuduh menuduh begini lebih baik duduk bersemuka berbincang bukan?



Read more:
http://www.kitabantai.info/2015/02/dituduh-hantar-sihir-jaafar-onn-minta.html#ixzz3SF3YJVOu

Berita Bakal Meletup Seluruh Dunia..!!!!

Posted: 19 Feb 2015 06:30 PM PST



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap bekas komando polis Sirul Azhar Omar membuat kenyataan mengarut apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini, Najib yang sebelum ini turut dikaitkan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut."Mengarut semua tu, mengarut," katanya sambil menggelengkan kepala.

Najib diminta mengulas dakwaan Sirul Azhar, yang kini ditahan di Australia, yang dilaporkan Malaysiakini pada Selasa mendakwa, beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh "sebenar" masih bebas.

"Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.Semalam, Sirul dilaporkan berkata pegawai kanannya ketika itu, Timbalan Penguasa Musa Safri, sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

Ketika kejadian, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri."Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pihak pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

Sirul, 43, juga memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengenali Altantuya atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan kawan rapat Najib – yang dibebaskan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu sebelum ini mendakwa anaknya datang ke Malaysia khusus untuk berjumpa dengan Najib.Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, mengatakan Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin membuat kesilapan yang serius dalam perbicaraan termasuk dengan tidak memanggil Musa.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan itu berkata kegagalan meletakkan Musa di kandang saksi penting bagi pihak pendakwaan untuk merungkaikan jalan cerita kes itu.Pada 13 Januari, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka ke tali gantung, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan.


Addin

Contoh lidah biawak Raja Petra Kamaruddin

Posted: 19 Feb 2015 05:45 PM PST

 

FRIDAY, FEBRUARY 20, 2015 Penjelasan Rundingan Uniti Government di London Saya merujuk kepada sebuah artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang berkaitan dengan mesyuarat diatur antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kononnya berlaku di London.

Nama saya dikaitkan juga sebagai salah satu peserta dalam mesyuarat ini.

Saya boleh mengesahkan bahawa pertemuan itu dijadual diadakan di Landmark London Hotel. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa mesyuarat itu telah disusun dengan pengetahuan terlebih dahulu oleh semua pihak yang berkaitan. 


Tidak ada unsur-unsur "perangkap" atau "kejutan" untuk mesyuarat yang dipanggil di antara mereka. Biarlah saya ceritakan beberapa kesilapan fakta yang ditulis oleh RPK dan beberapa pihak lain;

1. Pertemuan London itu telah diatur tanpa sebarang niat jahat dan berniat buruk. Sebelum mesyuarat London ini saya dihubungi Zahid yang berkaitan dengan isu Palestin mendesak atas kapasitinya sebagai Penasihat kepada The Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di mana diri saya dan Datuk Saifuddin Nasution dari PKR adalah ahli dalam lembaga pengarah PCOM.

Zahid memberitahu saya bahawa dia kini di UK menghadiri kursus pendek. Kerana ia adalah satu perkara yang mendesak, saya dengan sewajarnya memaklumkan kepada beliau bahawa saya akan ke London dengan Hadi dan setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri, untuk menghadiri mesyuarat dan pertemuan pelajar-pelajar yang telah dijadualkan beberapa bulan lebih awal.

2. Saya dihubungi Dr Samsuri mengenai kemungkinan menemui Zahid sementara kita berada di London untuk menyelesaikan satu perkara yang sangat penting yang berkaitan dengan perjuangan rakyat Palestin.

Jawapan pantas diberikan kepada saya oleh Dr Samsuri ialah Hadi, yang juga adalah ahli Lembaga Pengarah Al-Quds Foundation Bab Malaysia, telah bersetuju untuk menemui Zahid di London untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan isu Palestin yang mendesak. 


Jadi, ia adalah sama sekali tidak benar untuk menganggap bahawa "Tujuan mesyuarat ini tidak dinyatakan".

3. Tiada apa-apa yang pelik mengenai kerajaan perpaduan Selangor 'telah dibincangkan antara kami. Satu set tarikh, masa dan tempat di The Landmark London Hotel telah diatur tanpa sebarang masalah. 


Pada tarikh itu, saya telah menunggu Hadi dan Dr Samsuri di lobi hotel. Apabila mereka tiba, saya dimaklumkan oleh Dr Samsuri bahawa Hadi tidak sihat dan tidak dapat hadir mesyuarat itu.

Oleh itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali telah ditugaskan untuk mewakili Hadi. Tidak ada "unsur kejutan" seperti yang didakwa oleh RPK kerana mereka mendapat maklumat bahawa saya akan menunggu mereka di lobi hotel dan Zahid akan berada di situ.

4. Saya akan menjadi lebih gembira jika saya mempunyai perkara rahsia untuk dimaklumkan kepada orang ramai mengenai butiran mesyuarat yang berlaku antara saya, Mustafa, Dr Samsuri, Zahid, dan Saifuddin PKR. 


Zahid kecewa apabila Dr Samsuri memberitahunya bahawa Hadi tidak dapat hadir mesyuarat itu, lantaran Zahid telah datang dari luar London dan tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai ketiadaan Hadi.

5. Walau bagaimanapun, setakat yang saya dapat katakan, tidak ada apa-apa rundingan mengenai " Unity" yang berlaku semasa pertemuan di antara kami. Ia adalah pendek, kasual, dan tiada apa yang jahat. Tidak ada perancangan sebelum makan tengahari di hotel seperti yang didakwa oleh RPK.

6. Untuk mengulangi, tidak ada apa-apa rundingan "kerajaan perpaduan Selangor" diletakkan dalam agenda dari awal-awal lagi oleh semua pihak. Jika mesyuarat yang dicadangkan itu semuanya mengenai apa yang dipanggil "kerajaan perpaduan", ia adalah lebih sesuai untuk Hadi sebagai Presiden PAS, berurusan secara langsung dengan Perdana Menteri Najib dan bukan melalui individu pihak ketiga seperti Hamidi atau Saifuddin.

Hadi tidak perlu berlepas ke London hanya untuk menemui Zahid untuk merundingkan "Kerajaan Perpaduan" sebagai yang disalah lapor. Malah, saya percaya bahawa Hadi sendiri mempunyai akses mudah untuk bertemu Najib pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat.

7. Mesyuarat London tidak ada siapa yang diskrukan! Ia tiada kaitan dengan perbincangan "kerajaan perpaduan" negeri Selangor. Agenda utama ialah mengenai ummah, dan isu Palestin, teras yang PAS, Umno, PKR atau mana-mana pihak lain boleh duduk, berbincang bersama-sama, dan mencapai persetujuan.

8. Biar saya tegaskan yang saya bersama-sama dengan Hadi telah bertemu Najib atas sifatnya sebagai Perdana Menteri Malaysia beberapa kali untuk beberapa tahun kebelakangan ini. 


Ia tiada kaitan dengan apa yang dipanggil rundingan "kerajaan perpaduan" yang saya anggap sebagai isu remeh yang telah banyak dipolitikkan oleh banyak pihak, berbanding dengan isu-isu ummah, masa depan Palestin dan Masjid Al Aqsa di Jerusalem.

9 Saya berharap dengan mengeluarkan kenyataan ini, kita boleh menjawab segala tulisan amatur oleh RPK atau mana-mana pihak lain yang di buat tanpa asas dan bahasa tidak karuan berkaitan dengan apa yang dipanggil rundingan "kerajaan perpaduan" di London. - 19 Februari 2015. * 


Dr Syed Azman Syed Ahmad adalah ketua hal ehwal luar negeri PAS.-


SUMBER via al-Husseyn Posted by mountdweller

VIDEO - Anwar Ibrahim: Pilihanraya dah Dekat, Sambutan Yang Cukup Baik

Posted: 19 Feb 2015 05:15 PM PST





Kritikan Madey kerana sayangkan Najib

Posted: 19 Feb 2015 04:45 PM PST


SHAH ALAM - Teguran dan kritikan yang dibuat ke atas pentadbiran  Najib Razak oleh bekas Mahathir Mohamad bukan untuk menjatuhkan beliau sebaliknya tanda sayang kepada pemimpin itu.
 
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman melihat teguran yang dibuat bukan semberono sebaliknya melibatkan isu-isu yang tidak selesai atau tidak wajar dilaksanakan seperti perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP), 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


KAH KAH KAH

woit
ini betul kang kong
madey bukan sayang najib
madey mahu najib berambus
sebelum akhir bulan ini
sayang kepala bana apa?
cuba selidik apa madey
buat sekarang?
di mana madey sekarang?

cuba tanya
macam mana sirul
boleh sampai australia

APA PUNYA  KONG





-----------

Khamis, 19 Februari 2015

INI SEDANG BERLAKU




INI SEDANG BERLAKU

sirul mula becakap
madey sedang merancang
daim sedang merancang
ananda sedang kira wang
hutang 1MDB akan meledak
reformasi mula bergerak

najib makin diasak
najib makin sesak

persoalan kurun ini
sempatkah najib  
bertahan hingga selesai 
kenduri kawin anak rosmah

SABTU JAM 

4:00 PETANG

SOGO




ALLAH MAHA BERKUASA !!

Posted: 19 Feb 2015 03:43 PM PST

 

 

Tak mahu bertanding taktik halus UMNO pecahkan PR - OLEH RADZUAN HASSAN

Posted: 19 Feb 2015 08:00 AM PST

Taktik halus UMNO pecahkan PR?

 

DI KUALA LUMPUR Pas menganggap niat UMNO untuk tidak bertanding di DUN Cempaka sebagai satu taktik halus merosakkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya sudah fasih dengan taktik UMNO.

"Mengisytiharkan tidak akan menghantar calon di DUN Chempaka tetapi terus mengisytiharkan semacam "perang" di Parlimen Permatang Pauh ternyata satu usaha berhelah UMNO dan BN dalam meneruskan serangan persepsi ke atas rakyat khususnya jentera PR bahawa kononnya PR sedang berpecah dan umno dengan PAS sedang menjalinkan kerjasama.

"Inilah yang cuba dilakukan UMNO dan juak-juaknya sebagai membendung kemaraan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam PRU14 yang akan datang, insyaAllah," ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Aiman Athirah yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat itu percaya hanya mereka yang mudah lupa akan terpedaya dan terpukau dengan madah berhelah berkenaan. Menurutnya, di DUN Cempaka, pihaknya bersedia dengan segala persiapan walaupun UMNO tidak bertanding sekali pun.

"Apatah lagi dalam misi mempertahankan kerusi DUN yang merupakan legasi Almarhum Mursyidul Am yang kita kasihi, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang baru beberapa hari meninggalkan kita.

"Demikian juga bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, memandangkan kerusi tersebut adalah amanah kita bersama dalam Pakatan Rakyat maka Pas juga tentunya akan sama-sama mempertahankan kerusi tersebut untuk kekal menjadi milik PR tidak kira siapa pun calon yang akan dihantar.



"Secara peribadi saya mahu bersangka baik tetapi apa yang telah mereka lakukan ke atas almarhum Mursyidul Am kita sehingga ke akhir hayatnya tidak diberi keadilan, tidak pernah ditunaikan haknya bahkan terus dipandang sinis adalah suatu yang amat melukakan.

"Kita jangan lupa semua ingatan dan pesanan al marhum bila ianya berkaitan dengan UMNO. Jujur saya menunggu mana-mana pemimpin UMNO untuk membuka mulut setuju memberikan royalti minyak untuk Kelantan sebelum almarhum menutup mata untuk selama-lamanya namun ia ternyata sia-sia.

Beliau percaya ramai ahli dan masyarakat sedang memerhatikan perkembangan ini dengan penuh tertib dan berhati hati.

"Paling utama kita tahu, usaha ini adalah ibarat seorang pengail di laut dalam yg melontarkan umpan yg kecil ke laut bagi mendapatkan "ikan yang lebih besar"," katanya.

Justeru, menurutnya, apa pun yang UMNO mahu katakan dan tawarkan kita ucap terima kasih tetapi jentera keseluruhannya tetap akan kita siap siagakan.--MalaysiaGazette

Posted by mountdweller at 9:30 PM

Rara Masuk Islam, Menyambut Tradisi Tahun Baru Cina. - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 19 Feb 2015 07:15 AM PST

 
Walaupun teruja, Rara meletakkan garis syarak sebagai keutamaan ketika menyambut perayaan tahun baru sulungnya sebagai seorang Muslim.
 
MEMILIH kehidupan semula sebagai seorang wanita Muslimah, pada 3 Julai tahun lalu menjadi detik sejarah dalam kembara hidup bekas model majalah Playboy yang kini selesa dipanggil Rara atau nama Islamnya, Raisyyah Rania Yeap, 28.

Majalah Playboy yang dinaungi oleh Hugh Hefner terkenal dengan gambar-gambar wanita beraksi sensual tatkala ditembak lensa kamera. Diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1953 di Amerika Syarikat (AS), edisi tersebut menampilkan figura Marilyn Monroe tanpa pakaian dengan latar belakang baldu merah.

Bergolak dengan kisah lampau, gadis anggun kelahiran Ipoh, Perak itu mengakui, kehidupan sosialnya kini berubah secara total selepas memeluk Islam. Malah, Rara lebih selesa dengan penampilan sopan dan menutup aurat.

Berbicara mengenai perayaan Tahun Baru Cina yang turut sinonim dengan agama anutan keluarganya iaitu Buddha, Rara memberitahu, dia menyambut perayaan tersebut hari ini buat pertama kalinya selepas memeluk agama Islam tetapi meletakkan batas-batas syariat tertentu.

"Perayaan tahun baru lebih kepada adat dan budaya, bukannya bersifat keagamaan. Justeru, tidak menjadi satu kesalahan untuk menyambut perayaan tersebut selagi perbuatan itu tidak bertentangan dengan Islam." Demikan seperti dilaporkan Kosmo! Online hari ini.

Cuma yang sedikit berbeza pada sambutan kali ini, Rara meraikan tahun baru buat pertama kalinya sebagai seorang Islam. Namun, dia menegaskan, ia sekadar mengukuhkan ukhuwah bersama keluarga dan sahabat handai.

"Saya akan menyambut perayaan ini seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami sekeluarga akan menziarahi rumah nenek dan datuk di Perak serta berkumpul bersama sanak saudara yang lain di sana.


"Bagaimanapun, pada perayaan kali ini saya mengambil inisiatif untuk menyediakan baju raya yang masih mengekalkan unsur kaum Cina kepada mereka. 


Namun, dengan potongan labuh dan menutup aurat. Pasti ia menjadi amat bermakna kerana keluarga begitu penting kepada saya," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Rara masih mengamalkan budaya 'makan besar' bersama keluarga yang menjadi adat ketika Tahun Baru Cina. Hal ini kerana dia ingin menghormati keluarganya dan tidak mahu menghadirkan jurang selepas memeluk agama Islam.

"Saya kini lebih menghargai nilai kekeluargaan dan persahabatan kerana dalam Islam juga amat menitikberatkan silaturahim sesama manusia. 


Sambutan tahun baru ini juga akan digunakan sebaik mungkin dengan meluangkan masa sepenuhnya bersama mereka.

"Perkara itu mampu membuang 'racun' dalam fikiran yang sebenarnya Islam tidak membuang keluarga malah memandang perkara ini penting sebagai pemangkin hubungan kekeluargaan," jelasnya.

Rara tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah tanda bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang begitu memahami apabila dia telah disediakan peralatan dapur untuk digunakan bagi memasak menu halal sepanjang berada di kampung. (IH)

Presiden Barack Obama sebagai suspek kes rogol...??

Posted: 19 Feb 2015 06:30 AM PST



 Sebuah stesen televisyen di San Diego secara tidak sengaja menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS), Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.


Kejadian itu berlaku sewaktu personaliti televisyen, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita berkaitan seorang suspek rogol yang didapati tidak bersalah.

Gambar Obama telah disiarkan selama lima saat bersama teks 'NO CHARGES' (tidak bersalah) dan pada masa yang sama, Bade melaporkan Pendakwa Daerah San Diego, Bonnie Dumanis menarik balik dakwaan terhadap suspek.

Tindakan itu telah mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Obama yang beranggapan bahawa stesen televisyen tersebut sengaja melakukan perkara berkenaan.

"Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan," ujar seorang penyokong Obama.

Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.

"Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik," jelasnya. – Agensi


p a a pa a a d a

Bahas dengan Majlis Peguam, tak perlu jelajah negara, kata menteri

Posted: 19 Feb 2015 05:45 AM PST



Jika sebelum ini pemimpin pembangkang yang membantah rancangan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menjelajah seluruh negara bercakap mengenai kes mahkamah Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbaru seorang pemimpin kerajaan persekutuan juga menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri hari ini mencadangkan peguam yang dilantik mengetuai pendakwaan kes Liwat II Anwar itu mengadakan perdebatan terbuka dengan salah satu pengkritik utamanya iaitu Majlis Peguam.

Nancy yang bertanggungjawab di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM itu berkata, beliau secara peribadi tidak setuju cadangan Shafee untuk menyertai jelajah itu yang diumumkan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada satu forum Selasa lalu.

"Biar orang ramai dengar mereka (berdebat). Lakukan sekali dan cukuplah. Kemudian Shafee tidak perlu pergi ke sana sini lagi," katanya kepada media pada sambutan Tahun Baharu Cina Sarawak United People's Party (SUPP) di Kuching, Sarawak hari ini.

"Saya lebih setuju kita (kerajaan persekutuan) tidak perlu lakukannya lebih-lebih sangat. Nampak tak elok (untuk kerajaan dan Shafee)."

Nancy berkata, tindakan Shafee menyertai program memberi penerangan mengenai kes Anwar yang sudah diputuskan Mahkamah Persekutuan itu mungkin akan mendatangkan kesan yang sebaliknya di mana "orang ramai mungkin akan bersimpati pula dengan Anwar."

Bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tidak pernah terjadi seorang pendakwa raya menyerang tertuduh selepas mahkamah selesai menjatuhkan hukuman.

Katanya, ia tidak berniat baik dan tidak wajar dilakukan kerana Anwar yang kini berada di penjara tidak dapat mempertahankan dirinya.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata, tindakan Shafee yang terus-terusan menyerang Anwar itu hanya menunjukkan beliau seolah-olah "tukang pukul" bagi pihak Umno yang berdendam.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengatakan program jelajah itu membahayakan masa depan negara sementara Pemuda PKR mengatakan ia cubaan terdesak Umno memenangi kepercayaan rakyat.

Menerangkan keputusan Shafee itu, Nancy berkata: "Shafee tidak mahu lakukan. Kerajaan tidak minta beliau melakukannya. Dia melakukannya kerana terdapat permintaan daripada badan bukan kerajaan (NGO).

"Rakyat mahu dengar fakta kes daripadanya. Mereka tidak boleh membaca penghakiman itu sebab ia terlalu panjang."

Katanya, mereka juga tidak dapat mengetahui fakta sebenar dengan membaca apa yang tertulis di media sosial, terutama yang ditulis golongan pro pembangkang.

Nancy juga berkata, kerajaan berada di kedudukan yang sukar kerana ia sesuatu yang di luar kawalan sekiranya NGO mahu Shafee berucap.

"Kita (kerajaan) tak boleh halang dia. Dia bertanggungjawab memberitahu rakyat apa sebenarnya terjadi. Selama ini, orang meraguinya kerana apa yang dilakukannya.

"Dia pun dalam keadaan yang sukar – nak buat atau tidak." – tmi

 

Musa Hassan - Polis Perlu Siasat Semua Pendedahan Sirul

Posted: 19 Feb 2015 05:06 AM PST


 KUALA LUMPUR: Polis seharusnya menyiasat apa sahaja dakwaan bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) Polis, Sirul Azhar yang mengatakan bertindak mengikut arahan di dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis juga seharusnya mengambil kira semua pendedahan Sirul dan mengesahkan kebenaran setiap maklumat yang didakwa.

"Polis kena siasat untuk mengesahkan ia betul atau tidak, setiap perkara baru yang didedahkan perlu disiasat semula.

"Polis juga perlu mengesahkan dakwaan Sirul sama ada ia benar atau tohmahan semata-mata," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Musa mengulas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan Sirul mengarut ketika di tanya wartawan mengenai dakwaan 'orang penting yang mempunyai motif' dalam kes itu yang masih bebas.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan berkata, Sirul berhak membuat pendedahan mengenai pembunuhan Altantuya.

Kata Musa lagi, kerajaan harus meminta Sirul untuk pulang ke negara ini untuk memberi peluang polis menyiasat segala dakwaannya.

Sirul sebelum ini dilaporkan kesal kerana dijatuhkan hukuman mati selepas melakukan apa yang diarahkan.

Dia berkata seandainya ditakdirkan mati, rohnya tidak akan aman kerana hanya melakukan apa yang diarah dan mendapat balasan demikian.

Musa merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelapan dan berkhidmat sejak 12 November 2006 sehingga 12 September 2010.

- astroawani


MOTIF BUNUH tidak penting ???

Posted: 19 Feb 2015 04:00 AM PST

Kat M'sia ni.. MACA-MACAM ADA.. 'TAK SENGAJA' nak bunuh.. 'TAK SENGAJA' bunuh diri jatuh dari bangunan.. 

'TAK SENGAJA' rompak duit rakyat.. 'TAK SENGAJA' buat cukai GST.. 

'TAK SENGAJA' perbodoh & menipu rakyat.. Beginilah nasib rakyat M'sia... FAKTA.. pemimpin jadi bodoh. SEBENARNYA penyokong & pengundi2 BN yg bodoh sbb

RAKYAT MARHAEIN. -

Sambut Tahun Baru Cina Satu Kemestian Bagi Cina Muslim (MACMA) Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 19 Feb 2015 03:15 AM PST




IPOH: Saban tahun sambutan Tahun Baharu Cina sudah menjadi satu kemestian bagi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Ipoh.

Persatuan yang dianggotai lebih 330 orang itu menganggap sambutan sesama saudara Islam yang dilaksanakan sejak dua tahun lepas menjadi rutin setiap kali ketibaan perayaan berkenaan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim selain menikmati makan besar bersama-sama.
Mereka yang memakai pakaian berwarna merah dan emas bersama isteri dan anak-anak berkumpul di sebuah kediaman di Taman Sri Ampang di sini bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Kebiasaannya, orang Cina akan makan besar pada pukul 7 petang namun bagi anggota persatuan MACMA yang ditemui di sini, mereka tidak lupa untuk menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum acara tersebut.

Timbalan Pengerusi MACMA Mohd Hafiz Ng Abdullah, 49, ketika ditemui Bernama berkata istimewanya tahun ini, selain acara makan besar, sambutan Tahun Baharu turut diisi dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
"Antaranya turun padang bagi membantu orang Cina yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik supaya mereka tidak merasa terpinggir daripada menyambut perayaan ini. Kita mahu menyatakan kepada mereka bahawa Islam itu bersaudara," katanya.

Imbas Mohd Hafiz lagi, budaya menyediakan segala kelengkapan baharu yang dilakukan sejak kecil berterusan walaupun mereka sudah memeluk Islam. 
 
Begitu juga dengan adat lain seperti makan besar bersama keluarga pada malam Tahun Baharu, membakar mercun dan memberi angpau, jelas beliau yang juga Pegawai Mubaligh Jabatan Agama Islam Perak.
Hafiz yang memeluk Islam pada usia 20 tahun, berkata beliau sekalipun tidak pernah terlepas daripada menyambut Tahun Baharu bersama keluarganya, terutama ketika majlis perjumpaan makan malam.

"Ya, memang dahulu mendapat tentangan sedikit daripada keluarga malah saya terpaksa menyembunyikan status agama saya daripada keluarga lebih lima tahun.

"Tetapi apa yang penting sekarang ialah kami dapat berkumpul bersama kerana mengikut kepercayaan orang Cina, mereka yang makan bersama akan kekal bersama selamanya," ujarnya yang amat mementingkan semangat kekeluargaan.

Sementara itu, bagi Mohd Fuad Lew Abdullah, 42, tahun ini lebih meriah sambutannya kerana beliau menjadi tuan rumah pada malam makan besar sehari sebelum perayaan.

Menurut Rosmina Muhamad, 41, Mohd Fuad turut memasang empat tanglung di halaman rumah mereka sedangkan sudah 20 tahun suaminya itu tidak berbuat demikian.

"Dia gembira sangat, dia balik kerja sahaja terus cakap tahun ini mahu pasang tanglung. Iyalah, kata suami selalu buat pendawaian di rumah orang, pasang tanglunglah, lampulah, jadi tahun ini dia pula nak buat bagi meriahkan suasana rumah," katanya yang dianugerah empat cahaya mata.

Dalam pada itu, Mazni Koh Abdullah, 46, berkata walaupun sudah memeluk Islam, aktiviti bersama keluarga tetap utuh dan terjalin rapat sehingga hari ini.

"Masa dulu-dulu memang saya akan bawa mak berjalan-jalan pergi jumpa saudara mara. Jadi walaupun status agama saya sudah lain, saya sentiasa menjaga hati mak saya.

"Jadi jika dia mahu pergi jumpa saudara yang lain, saya akan cuba untuk bawa dia," katanya yang memeluk Islam pada 1995 selepas mendengar kebaikan agama itu melalui rakannya.

Persatuan MACMA Cawangan Ipoh ditubuhkan pada Julai 2007 bagi membantu dan memberi pendidikan agama Islam kepada saudara baharu dan juga sesiapa yang ingin mendalami agama itu. (mStar)

Petunjuk baru, MP gesa IGP siasat dalang bunuh Altantuya

Posted: 19 Feb 2015 02:30 AM PST

  
 
 
 
 Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk meneruskan siasatan terhadap kes pembunuhan Altantuya.

Tindakan itu berikutan daripada petunjuk baru yang diperolehi daripada kenyataan Sirul seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar di Australia. Sumber : http://www.kinitv.com | 



POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

UG: Salehuddin Mahu Bawa Isu Kenyataan Nasharuddin Ke Mesyuarat AJK PAS Pusat

Posted: 19 Feb 2015 01:45 AM PST

 
Tindakan atas bekas timbalan presiden PAS jika timbulkan kekeliruan, kata Salahudin

Kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang membayangkan masih wujud usaha mengadakan kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat awal bulan depan.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, beliau sendiri akan membawa perkara ini dalam mesyuarat itu untuk diambil keputusan bersama.

"Jika dipersetujui mesyuarat, kita boleh mengambil tindakan ke atas beliau jika didapati ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan ahli," kata Salahudin kepada The Malaysian Insider.

Salahudin mengulas kenyataan Nasharudin melalui sebuah stesen TV swasta tentang wujudnya cadangan kerjasama antara PAS dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharudin membuat ulasan tersebut susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.


Salahudin juga menafikan dakwaan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kononnya kerajaan perpaduan Umno-PAS lebih mudah direalisasikan dengan ketiadaan Nik Aziz.

"Kami pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan ada kerjasama antara PAS dan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan sebagaimana yang didakwa itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, ketiadaan Nik Aziz akan memudahkan laluan penyokong kerajaan perpaduan dalam PAS bergabung dengan Umno.

Katanya, perkara itu semakin mula menunjukkan tanda dapat direalisasikan sejak Nik Aziz dalam keadaan uzur apabila perkembangan politik PAS dilihat sedikit beralih angin.

"Segala kemungkinan boleh berlaku dan Umno saya lihat sedang atur strategi untuk pecah-belahkan PR dengan peristiwa banjir (di pantai timur).

"Hubungan mesra itu nampaknya cuba diambil kesempatan oleh Umno dan sebilangan pemimpin PAS yang agak mesra dengan Umno.

"Setakat ini kita lihat kemungkinan ini boleh berlaku," kata Phahrolrazi pada satu sidang media di Shah Alam, Isnin lalu.

Salahudin menolak sama sekali pandangan Phahrolrazi itu.

"Saya ingin mempertegaskan yang keputusan muktamar dan pendirian parti masih utuh untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) dan tidak sekali-kali bercadang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno," kata Salahudin.

Katanya, tidak mungkin sama sekali PAS akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

"Saya minta semua pihak, termasuk PasMa, jangan terpengaruh dengan dakyah Nasharudin yang cuba mewujudkan suasana tidak baik dalam PAS.

"Kami akan bersama mempertegaskan komitmen muktamar untuk kekal bersama dengan PR," kata Salahudin.

Nasharudin merupakan bekas timbalan presiden PAS yang gagal mempertahankan jawatannya dalam muktamar PAS tahun 2011.

Beliau kalah di tangan Mohamad Sabu dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam pertandingan tiga penjuru.

Jawatan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS dilucutkan ekoran beberapa tindakan dan kenyataan beliau yang dianggap merugikan PAS.

Namun begitu, beliau kekal sebagai ahli PAS walaupun membuat beberapa kenyataan negatif terhadap parti itu termasuk dilihat mengekori Presiden Umno ke beberapa tempat termasuk ke negara Arab. -TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas isu ini di dalam entri: [VIDEO] Terbongkar: Projek UG Itu Memang Wujud Tanpa Pengetahuan & Restu TGNA

Petikan:


Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan dan hal yang benar itu tersingkap juga..

Isu UG yang dinafikan oleh sesetengah kelompok di dalam PAS akhirnya kini diakui tentang kewujudannya oleh bekas Timbalan presiden PAS dan bekas ahli MSU sendiri, Nasharuddin Mat Isa.

Kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Nasharuddin yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU dan ia berlaku di luar pengetahuan TG Nik Aziz Nik Mat.

Lihatlah betapa jahatnya MSU yang bertindak membelakangi Mursyidul Am PAS sendiri, malah membelakangi resolusi-resolusi muktamar PAS yang berkali-kali memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

Itu sebab GB dah cadangkan sebelum ini, MSU perlu dirombak dan keanggotaannya disemak semula supaya ia benar-benar berintegriti dan dihormati sebagai badan tertinggi di dalam parti.

Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Anggota-anggota MSU yang berdosa itu bakal dihukum.

PAS perlu jujur dan ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat. Tanpa kejujuran dan keikhlasan, PAS jugalah yang akan ditimpa nasib malang dan tercicir di dalam perjalanan menuju ke Putrajaya. Jangan salahkan orang lain


Kelab Greenboc

Kes Ini UMNO Tak Nak Buat "ROADSHOW" Ke ????

Posted: 19 Feb 2015 01:00 AM PST



Kesanggupan bersumpah hatta ke Mekah oleh peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah seperti yang dilaporkan media tertentu dan sekiranya benar laporan tersebut adalah amat memalukan.

Kenyataan sedemikian seperti yang dilaporkan media adalah satu penghinaan terhadap mahkamah. Ia membawa maksud keputusan hakim itu amat lemah dan tidak mempunyai kredibiliti moral sehingga perlu disokong dengan perbuatan sumpah hingga ke Mekah.

Kesanggupan seperti ini satu perbuatan yang tidak wajar dari seorang peguam kanan seperti beliau. Seluruh rakyat mengetahui beliau mewakili institusi peguam negara dan ulasan seperti ini melampaui batasan fungsi tersebut.

Keadaan ini jauh berbeza daripada sikap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes pembunuhan warga Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu. 
Mengapa tiada sebarang komen ataupun kenyataan dikeluarkan peguam negara apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman bunuh kepada kedua-dua bekas anggota polis yang terbabit dalam kes pembunuhan mendiang Altantunya? 
Walhal kes ini berprofil tinggi serta melibatkan imej dan maruah negara di peringkat antarabangsa. Inilah sikap yang sewajarnya diambil seorang peguam negara atau sesiapa sahaja yang mewakili beliau.

Selain itu perlakuan ini bertentangan dengan peraturan dengan peraturan 13 Etika Guaman yang jelas melarang seorang peguam mendapatkan laporan atau publisiti daripada apa-apa perkara di mana seorang peguam terdapat secara profesional.

Perlakuan mengulas, satu perbuatan 'over kill' yang biasanya menjurus kepada gerak kerja politik. Kini timbul persoalan sama ada Shafee mahu menjadi ahli politik atau sebahagian daripada pemain dalam strategi politik pihak tertentu?

Langkah memanggil beliau untuk mengulas keputusan mahkamah menunjukkan terdapat masalah keyakinan rakyat terhadap keputusan tersebut. 
Tidak cukupkah dengan laporan media maka satu program ala 'road show' dianjurkan. Benarkah demikian?

Langkah mengaitkan institusi masjid dan Mekah (mungkin Masjidil Haram yang merupakan masjid utama dalam Islam) adalah satu perbuatan yang tidak dapat diterima oleh umat Islam. Mekah adalah kota suci dalam Islam. Perbuatan ini hanya memperlihatkan kejahilan beliau dalam perihal agama Islam.

Sayidatina Aisyah ketika berhadapan dengan peristiwa 'hadith al-ifk' (fitnah zina terhadap beliau oleh kaum munafiqin) tidak mengambil langkah sedemikian dan juga tiada arahan Nabi Muhammad. 
Jelas perbuatan sumpah bukan daripada ajaran Islam dalam hal sebegini. Beliau harus memahami dengan jelas konsep, kaedah dan peranan sumpah dalam Islam. 
Sayidatina Aisyah individu yang terlibat secara langsung sebagai individu yang difitnah tidak mengambil langkah sedemikian, apatah lagi pihak ketiga yang hanya mendengar dan membaca laporan dan keterangan bukti.

Oleh yang demikian Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyarankan beliau belajar dengan lebih mendalam berkaitan perundangan Islam sebelum cuba mengaitkan satu-satu perlakuan dengan agama yang suci ini. Inilah bentuk kejahilan yang boleh mencemarkan imej Islam. 
Adakah Shafee mengetahui kenyataan sedemikian boleh menyebabkan beliau terjerumus dalam kesalahan qazf? Jika terjadi hal yang sedemikian beliau boleh dihukum sebat sebanyak 80 kali sebatan, kesaksian beliau tidak boleh diterima selama-lamanya dan tergolong dalam kelompok orang yang fasiq.

Abim menyeru seluruh umat agar berhati-hati apabila berdepan dengan kes yang sebegini dan mengambil sikap seperti yang dianjurkan Islam dalam menjaga maruah dan kehormatan sesama umat Islam.

(Kredit: Amidi Abd Manan)

Sirul Tak Sebut Nama Tapi Najib Kata Sirul Merepek - Kenapa Najib YG Terasa Pula?

Posted: 19 Feb 2015 12:30 AM PST


Shafee’s ‘homosexual’ comment proves Anwar’s conviction political, Pakatan MPs say By YAP TZU GING

Posted: 18 Feb 2015 11:57 PM PST

Published: February 18, 2015 

Tan Sri Muhd Shafee Abdullah speaking at a dialogue at Kelana Centre Point in Kelana Jaya, February 17, 2015. 


— Picture by Yusof Mat Isa Tan Sri Muhd Shafee Abdullah speaking at a dialogue at Kelana Centre Point in Kelana Jaya, February 17, 2015. —

 Picture by Yusof Mat Isa KUALA LUMPUR, Feb 18 — By labelling Datuk Seri Anwar Ibrahim a "closet homosexual", Sodomy II lead prosecutor Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah has only proven the existence of a political ploy behind the Opposition Leader's conviction for sodomy, Pakatan Rakyat lawmakers alleged.

The lawmakers said it was unbecoming of a legal practitioner to embark on such a tirade against an accused in any case, especially when the court has already delivered its verdict.

PAS' Parit Buntar MP Dr Mujahid Yusof Rawa labelled Shafee's behaviour "unprecedented", pointing out that even though Anwar is already behind bars and unable to defend himself, the lawyer still wants to keep prosecuting the Opposition Leader.

"This issue has been politically motivated from the day Anwar was charged. He (Shafee) is exploiting this issue to attack Anwar," he told Malay Mail Online when contacted.

Last night at a forum organised by Umno Youth, Shafee said Anwar had claimed political conspiracy in his sodomy conviction to deflect attention on his alleged sexual orientation.

The private lawyer, who was appointed as public prosecutor under fiat in Anwar's trial, added that Anwar's purported homosexuality made him a "dangerous" man and a threat to national security.

DAP's Kluang MP, Liew Chin Tong today dismissed Shafee's claim as propaganda brandished by Umno since 1998 - when Anwar was slapped with an earlier charge of allegedly sodomising his wife's driver.

Liew claimed that Shafee's outburst proved that the latter is finding it hard to convince the public that Anwar deserves to sit behind bars for what the opposition maintain is a trumped-up charge.

"Effectively, Shafee had given up on legal grounds and resorted to political arguments. It is just another proof that the case is political in nature," he said.

Shafee's behaviour last night also mimicked that of Umno politicians, claimed PKR's Batu MP Chua Tian Chang, who added that the lawyer was being homophobic.

"He was basically speaking like an Umno politician. He doesn't speak like a lawyer, like a public prosecutor. It exposes his own prejudice and it's unbecoming.

"The way he acts... no respect to rule of law, no respect to judiciary system. That's why he doesn't deserve to be the chairman of the Asean Intergovernmental Commission on Human Rights," said Chua, who is also PKR vice-president.

Last week, the Federal Court upheld the Court of Appeal's 2014 ruling that had reversed Anwar's acquittal of sodomising former aide Mohd Saiful Bukhari Azlan, and sentenced the Permatang Pauh lawmaker to five years' jail.

Anwar will be disqualified as MP and federal opposition leader within 14 days of his conviction unless he files a petition seeking a royal pardon.



- See more at: http://www.themalaymailonline

Mengarutlah Sangat!!

Posted: 18 Feb 2015 11:53 PM PST

'Mengarutlah Sangat!!  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar bahawa dia bertindak atas arahan sebagai

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan dakwaan bekas anggota polis elit Sirul Azhar Umar bahawa dia bertindak atas arahan sebagai "mengarut".

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur bersama isterinya Rosmah Mansor.