Rabu, 18 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Khairy Dan Shafee Kecut Perut Dengar Berita Ini

Posted: 18 Feb 2015 09:30 PM PST

 

Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin juga inginkan debat terbuka tersebut dijalankan di universiti awam dan disiarkan langsung di RTM atau TV3 supaya rakyat mendapat maklumat tentangnya. 

Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka dengan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes itu.

Katanya, beliau merasa terpanggil untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafee atau dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengumumkan akan mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi menerangkan kes mahkamah ketua pembangkang itu.

"Maka saya berharap, jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua, mudah-mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Bagaimanapun, wakil rakyat Sepang itu berkata, beliau mahu perdebatan itu diadakan di mana-mana universiti awam di negara ini dan disiarkan secara langsung oleh RTM atau TV3.

"Kita mahu supaya rakyat di negara ini mendapat maklumat secara langsung tentang apa yang dikatakan oleh ahli panel," katanya.
Hanipa Maidin berkata beliau mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Anwar, khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atasnya pada 10 Februari lalu.

"Saya dapati ada sesuatu yang tidak kena di dalam kes ini, kerana meskipun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, Shafee masih terus mengeluarkan kenyataan, termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar.

"Yang terkini dalam forum yang dianjurkan Umno," kata Hanipa yang juga seorang peguam, merujuk forum yang dihadiri Khairy dan Shafee di Kelana Jaya pada Selasa malam.

Pada forum itu, Khairy berkata, Umno selama bertahun lama hanya berdiam diri, walau ditohmah dengan pelbagai tuduhan konspirasi dan sebagainya, kerana enggan mengganggu proses mahkamah.

Memandangkan kes itu kini selesai, beliau berkata, Umno merancang mengadakan jelajah seluruh negara bersama Shafee kerana beliau merupakan orang paling layak menjelaskan dakwaan konspirasi politik itu.

Gambar Anwar yang diviralkan oleh macai-macai Melayu Tolak UMNO​

Posted: 18 Feb 2015 08:30 PM PST

 
Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang telefon bimbit telah menjadi viral di media sosial.

Gambar itu katanya, diambil ketika beliau menghadiri pendengaran saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi jalan Duta, pada 17 Februari.

Berikutan penyebaran gambar itu, sesetengah pihak telah menimbulkan soalan mengenai kehadiran Anwar di mahkamah tanpa gari, berpakaian awam dan memegang sebuah telefon bimbit.

Timbalan Pengarah Jabatan Penjara (Dasar Penjara) Supri Hashim berkata gambar itu diambil ketika dia menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 10 Februari, dan bukannya pada 17 Februari.

Anwar ketika itu adalah seorang yang bebas dan masih tidak di bawah kawalan pihak berkuasa penjara. Beliau juga berkata bahawa adalah tidak perlu bagi banduan digari apabila mereka dibawa untuk menghadiri perbicaraan mahkamah.

"Prosedur ini dilaksanakan ke atas semua tahanan dan bukan hanya Anwar. Prosedur yang sama digunakan apabila Anwar dibawa ke mahkamah.

 "Gari digunakan ke atas banduan dengan risiko kemungkinan melepaskan diri, yang berpotensi untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain," katanya. -

sumber Anwar memakai kemeja putih dan berseluar hitam diiringi beberapa pegawai penjara serta anggota polis, ketika menghadiri mahkamah pada pada 17 Februari.

Gambar Anwar yang diviralkan oleh macai-macai Umno Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang telefon bimbit telah menjadi viral di media sosial. Gambar itu katanya, diambil ketika beliau menghadiri pendengaran saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi jalan Duta, pada 17 Februari. Berikutan penyebaran gambar itu, sesetengah pihak telah menimbulkan soalan mengenai kehadiran Anwar di mahkamah tanpa gari, berpakaian awam dan memegang sebuah telefon bimbit. Timbalan Pengarah Jabatan Penjara (Dasar Penjara) Supri Hashim berkata gambar itu diambil ketika dia menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 10 Februari, dan bukannya pada 17 Februari. Anwar ketika itu adalah seorang yang bebas dan masih tidak di bawah kawalan pihak berkuasa penjara. Beliau juga berkata bahawa adalah tidak perlu bagi banduan digari apabila mereka dibawa untuk menghadiri perbicaraan mahkamah. "Prosedur ini dilaksanakan ke atas semua tahanan dan bukan hanya Anwar. Prosedur yang sama digunakan apabila Anwar dibawa ke mahkamah. "Gari digunakan ke atas banduan dengan risiko kemungkinan melepaskan diri, yang berpotensi untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain," katanya. - sumber Anwar memakai kemeja putih dan berseluar hitam diiringi beberapa pegawai penjara serta anggota polis, ketika menghadiri mahkamah pada pada 17 Februari.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Gambar Anwar yang diviralkan oleh macai-macai Umno Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang telefon bimbit telah menjadi viral di media sosial. Gambar itu katanya, diambil ketika beliau menghadiri pendengaran saman fitnahnya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Mahkamah Tinggi jalan Duta, pada 17 Februari. Berikutan penyebaran gambar itu, sesetengah pihak telah menimbulkan soalan mengenai kehadiran Anwar di mahkamah tanpa gari, berpakaian awam dan memegang sebuah telefon bimbit. Timbalan Pengarah Jabatan Penjara (Dasar Penjara) Supri Hashim berkata gambar itu diambil ketika dia menghadiri perbicaraan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 10 Februari, dan bukannya pada 17 Februari. Anwar ketika itu adalah seorang yang bebas dan masih tidak di bawah kawalan pihak berkuasa penjara. Beliau juga berkata bahawa adalah tidak perlu bagi banduan digari apabila mereka dibawa untuk menghadiri perbicaraan mahkamah. "Prosedur ini dilaksanakan ke atas semua tahanan dan bukan hanya Anwar. Prosedur yang sama digunakan apabila Anwar dibawa ke mahkamah. "Gari digunakan ke atas banduan dengan risiko kemungkinan melepaskan diri, yang berpotensi untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain," katanya. - sumber Anwar memakai kemeja putih dan berseluar hitam diiringi beberapa pegawai penjara serta anggota polis, ketika menghadiri mahkamah pada pada 17 Februari.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Berdepan Kemarahan Rakyat, Jokowi Gugurkan Calon Ketua Polis Negara Indonesia. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 18 Feb 2015 07:45 PM PST

 
JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo menggugurkan pencalonannya untuk jawatan ketua polis negara semalam selepas berminggu-minggu berdepan kemarahan orang ramai ekoran calon berkenaan disyaki terlibat dengan rasuah.

Kelewatan Presiden Indonesia itu yang lebih dikenali sebagai Jokowi membatalkan pencalonan Budi Gunawan juga menyebabkan ramai penyokongnya sangsi dengan keupayaan beliau menangani rasuah.

Budi sebelum ini dinamakan sebagai suspek oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK)
"Hari ini (semalam), kami menyerahkan satu pencalonan baharu untuk kelulusan Parlimen.

"Beliau ialah pemangku ketua polis Indonesia, Badrodin Haiti," kata Jokowi pada satu sidang akhbar di Istana Presiden di sini.


Pada bulan lalu, KPK menamakan Budi sebagai suspek dalam satu kes rasuah sekali gus memaksa Jokowi menangguhkan pelantikannya.

Sebagai tindak balas, polis Indonesia mengisytiharkan ketua KPK, Abraham Samad dan timbalannya,
Hakim Diharapkan Berani Tolak Penetapan Tersangka Budi Gunawan Calon Kapolri (Ketua Polis) Komjen Pol Budi Gunawan. SINDOphoto


Widjojanto sebagai suspek dalam dua kes jenayah berasingan serta mengancam untuk menyiasat lebih ramai pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu.


Pada sidang akhbar berkenaan, Jokowi turut mengumumkan penggantungan tugas Abraham dan Bambang. Menurutnya, mereka akan diganti supaya kerja-kerja KPK boleh diteruskan.

Sementara itu, kaji selidik terbaharu oleh firma audit tempatan pada bulan ini mendapati cuma 45 peratus rakyat Indonesia yang berpuas hati dengan prestasi Jokowi berbanding 72 peratus pada Ogos, tahun lalu. – Reuters 

 
WALAUPUN PRESIDEN JOKOWI ITU HEBAT - SAYANGNYA....SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA ISLAM TERBESAR DIASIA - ISTERINYA BELUM LAGI MENUTUP KEPALA.

Video Tarian Gelek Di Pasar Karat, Johor Bahru

Posted: 18 Feb 2015 07:00 PM PST




Dengan pakaian menjolok mata, satu pertunjukan tarian gelek telah diadakan di Bazar Karat, Johor Bahru.

Ia mengundang kecaman pelbagai pihak. Pertunjukkan oleh wanita dipercayai warga asing sambil diiringi oleh muzik Arab turut ditonton kanak-kanak.

Exco Agama Negeri Johor Abdul Mutalib Abdul Rahim berkata, perkara seperti tidak sepatutnya berlaku dan ia telah mencemarkan imej Bazar Karat.

"Bazar Karat merupakan tempat mencari rezeki dan ia tidak sepatutnya dicemari dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak," kata di dalam reaksinya menerusi laman sosial Facebook.

Rata-rata peniaga di Bazar Karat berbangsa Melayu Islam dan kejadian tarian gelek itu adalah amat memalukan, katanya lagi.

Abdul Mutalib percaya ada pihak yang membawa masuk penari tarian gelek itu dan mahukan tindakan dikenakan terhadap pihak terbabit.

Beliau berkata telah memaklumkan kepada Datuk Bandar Johor Bahru tetapi belum menerima respon daripadanya.

Bazar Karat amat popular dalam kalangan penduduk Johor Bharu. Ia dikunjungi ribuan pelawat dalam serta luar negara terutamanya dari Singapura selepas dianjur dan diselaras oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru, lapor Malaysia Gazette.


Menteri Buih * The Geng Pernah Berkata: "DEBAT BUKAN BUDAYA KITA."

Posted: 18 Feb 2015 06:30 PM PST

masa ds anwar bebas, menteri buble dengan gerombolan umnobn kata debat bukan budaya Malaysia... bila ds anwar meringuk dlm penjara....menteri buble ajak debat apa punya umno....berani pukul org tak boleh melawan..  nah sekarang yb hanifa maiden dan yb rafizi sahut cabaran kj ,sapee Abdullah di debat terbuka...  kj sapee jgn banyak songgeh..jgn mengelat pula.. cabaran da bersahut tu.......jgn byk alasan yer...
masa ds anwar bebas, menteri buble dengan gerombolan umnobn

kata debat bukan budaya Malaysia...


bila ds anwar meringuk dlm penjara....menteri buble ajak debat


apa punya umno....berani pukul org tak boleh melawan..


nah sekarang yb hanifa maiden dan yb rafizi sahut
cabaran kj ,sapee Abdullah di debat terbuka...


kj sapee jgn banyak songgeh..jgn mengelat pula..

cabaran da bersahut tu.......jgn byk alasan yer...

 

Boleh pakai ker wali sakit kepala di luar negara ni?

Posted: 18 Feb 2015 06:00 PM PST

PADA SAYA,  ORANG BACUL SAJA LARI KELUAR NEGARA !!

Dalam kes Altantuya, dia juga yang menuduh Rosmah dan bini Musa Safri ada di lokasi kejadian Tak berapa lama terus buat u-turn Ini dikatakan Anwar merancang huru hara pula.

Nampaknya dia lebih cekap dari perisik KDN Cekap putar alam atau kepala dia yang berputar? Raja Petra dedah Azmin Diarah Keluar Dana RM100 Juta Biayai Protes Jalanan??

Tranungkite

Pengendali Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan lima tahun telah menahan sokongan terhadap Mohamad Azmin Ali dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu kerana Menteri Besar Selangor itu masih gagal memberi komitmen untuk menyediakan RM100 juta untuk membiayai protes jalanan.

Sumber mengesahkan kepada Malaysia Today bahawa keperluan Anwar terhadap dana RM100 juta untuk menganjurkan protes jalanan itu merupakan sebab utama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor kerana Khalid gagal memenuhi permintaan Anwar.

"Terdapat khabar angin yang baharu bahawa Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, belum lagi mengesahkan untuk membantu membiayai pergerakan Reformasi 2.0, jadi Anwar telah menahan sokongan daripada Azmin dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Jika Azmin enggan mengeluarkan RM100 juta maka jawatan Ketua Pembangkang akan berpindah kepada orang lain.

"Untuk meraih simpati dan memastikan gerakan Reformasi 2.0 mendapat sokongan, Anwar akan mula mengadu tentang masalah tulang belakang beliau.

Mereka juga akan meningkatkan kebimbangan mengenai keselamatan Anwar dan tentang bahaya dia sedang dianiaya atau diracun semasa dalam penjara. Adakah ini akan menjadi Arsenik 2.0?

"Pada dasarnya, Anwar akan mengulangi kembali skrip lama yang digunakan pada 1998-2001,"kata RPK dalam artikel terbaharu bertajuk "Will Anwar's Strategy Work?"

RPK mendedahkan pada mulanya, Anwar bersetuju dengan resolusi daripada ahli strategi politiknya seperti Dr Rahim Ghouse, Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli, dan lain-lain, (orang yang sama yang merancang 'Kajang Move' dan menyingkirkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) untuk meninggalkan negara dan meneruskan 'perjuangan' dari luar Malaysia.

"Pada mulanya, Anwar telah bersetuju untuk melarikan diri. Jika dia dihantar ke penjara selama lima tahun atau 60 bulan, selepas pengampunan satu pertiga dia hanya akan bebas dalam 40 bulan atau sekitar Mei-Jun 2018 atau sekitarnya – yang bermaksud pastinya selepas pilihan raya umum akan datang.

"Kemudian, selepas dibebaskan, dia akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun. Jadi dia akan terlepas pilihan raya umum 2023 dan juga dan hanya akan dapat bertanding pilihan raya umum 2028 (kecuali pilihan raya umum dipanggil lebih awal dan bukan di antara lima tahun).

"Ini akan membuat Anwar berusia sekitar 80 tahun dan agak terlalu tua untuk disukai orang ramai – (Itupun) jika dia masih hidup.

"Tiga buah negara telah bersetuju untuk memberikan perlindungan politik terhadap Anwar jadi ia masuk akal jika dia meninggalkan negara ini sama seperti Khomeini, Trotsky, Lenin, Stalin, dan ramai revolusioner besar pernah lakukan.

Mereka semua meninggalkan negara untuk melawan dari luar dan kembali semula untuk mengambil kuasa selepas revolusi berjaya dan kerajaan telah digulingkan."kata RPK.

Namun, kira-kira dua minggu sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman, Anwar telah mengubah fikiran untuk kekal tinggal di Malaysia.

Menurut RPK, perubahan fikiran Anwar itu dianggap orang ramai sebagai idea bodoh kerana dia gagal mencapai apa-apa apabila dipenjarakan.

"Dengan tiada prospek untuk bertanding dalam pilihan raya umum walaupun dia masih hidup dalam usia warga emas, 88 tahun ?

"Anwar kemudian menjelaskan bahawa strateginya adalah untuk menggerakkan generasi muda menjadi sebuah gerakan Reformasi 2.0 – sama seperti yang dia pernah lakukan lebih daripada 16 tahun yang lalu pada tahun 1998 dengan gerakan Reformasi 1.0 – menggunakan 'huru-hara' untuk memberi tekanan kepada kerajaan supaya melepaskannya."

Namun, dedah RPK, selain Azmin, Anwar masih lagi menghadapi satu lagi masalah besar, iaitu sokongan rakyat terutamanya dari PAS.

"Kejayaan rancangan Anwar, bagaimanapun, bergantung kepada sokongan dari PAS, seperti yang berlaku dalam pergerakan Reformasi 1.0 pada tahun 1998. "Walau bagaimanapun, PAS di bawah Abdul Hadi Awang tidak akan menyokong Anwar.

Oleh itu Anwar mahu Hadi digulingkan pada bulan Jun 2015. Dan itulah sebabnya PasMa telah dicipta. "Pendek kata, tanpa PAS, pergerakan Reformasi 2.0 akan gagal kerana Anwar tidak akan dapat menggerakkan orang ramai sepertimana yang pernah dia lakukan pada tahun 1998 – kebanyakan penyokongnya datang dari PAS.

"Oleh itu, marilah kita lihat apa yang berlaku pada bulan Jun nanti, sama ada Hadi masih menjadi pemimpin parti PAS selepas itu.

Jika mereka mampu menolak Hadi maka gerakan Reformasi 2.0 boleh berjaya.

Sebaliknya, jika usaha itu gagal, Anwar tentu berharap dia mendengar nasihat pakar-pakar strategi politiknya supaya meneruskan gerakannya dari luar negara sejak awal lagi," kata RPK lagi. -via KERENGGA

Posted by mountdweller

TO ALL MY CHINESE FRIENDS : Happy Chinese New Year 2015

Posted: 18 Feb 2015 05:30 PM PST

 SELAMAT

yaammm  seeeeeeng 





Hanipa sedia debat isu Anwar dengan Shafee atau Khairy

Posted: 18 Feb 2015 04:45 PM PST




Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan kesediaannya berdebat secara terbuka dengan peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes itu.

Katanya, beliau merasa terpanggil untuk berdebat atau berwacana sama ada dengan Shafee atau dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mengumumkan akan mengadakan siri jelajah seluruh negara bagi menerangkan kes mahkamah ketua pembangkang itu.

"Maka saya berharap, jika respon saya ini mendapat respon balas daripada mereka berdua, mudah-mudahan satu sesi perdebatan terbuka akan diadakan berkenaan isu tersebut.." katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Hanipa berkata beliau mengikuti dengan penuh minat perkembangan kes Anwar, khususnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan beliau dan mengenakan hukuman 5 tahun penjara ke atasnya pada 10 Februari lalu.

"Saya dapati ada sesuatu yang tidak kena di dalam kes ini, kerana meskipun Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atas Anwar, Shafee masih terus mengeluarkan kenyataan, termasuk menyerang Anwar di dalam akhbar.

"Yang terkini dalam forum yang dianjurkan Umno," kata Hanipa yang juga seorang peguam, merujuk forum yang dihadiri Khairy dan Shafee di Kelana Jaya pada Selasa malam.

Pada forum itu, Khairy berkata, Umno selama bertahun lama hanya berdiam diri, walau ditohmah dengan pelbagai tuduhan konspirasi dan sebagainya, kerana enggan mengganggu proses mahkamah.

Memandangkan kes itu kini selesai, beliau berkata, Umno merancang mengadakan jelajah seluruh negara bersama Shafee kerana beliau merupakan orang paling layak menjelaskan dakwaan konspirasi politik itu. – 18 Februari, 2015.

KedahLanie

Anwar dipaksa nyanyi ‘Negaraku’, ucap ‘Selamat Pagi Cikgu’

Posted: 18 Feb 2015 04:37 PM PST



KUALA LUMPUR 18 FEB: Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.

Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu.


Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan 'Selamat Pagi Cikgu' setiap kali tahanan berkawad.


"Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik," kata Nuha dengan air mata bergenang.

Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.


Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat.

"Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.


"Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.
 

"Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama 'papa tok'nya.

"Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya," cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung.

Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.


Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan. -  

Keadilan Daily

To All My Chinese Friends - HAPPY CHINESE NEW YEAR 2015 - 1 YEAR GOAT - 1 BIG FAMILY

Posted: 18 Feb 2015 03:38 PM PST


Tujuan Mereka Sengaja Mahu Mengaibkan Ker?

Posted: 18 Feb 2015 08:00 AM PST

Menteri: RTM sedia siar debat kes Anwar

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersedia menyediakan platform untuk sesi debat terbuka antara Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan pihak yang mempertikai keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  
Ahmad Shabery berkata amat malang jika ada pihak yang terus mendakwa bahawa keputusan tersebut merupakan konspirasi politik Umno bersama dengan pihak kerajaan yang mahu menganiaya Anwar.
  
"Ia merupakan satu tuduhan yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan cek sumbangan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) bagi membantu mangsa banjir di Putrajaya hari ini.
  
Justeru, katanya, beliau bersedia menganjurkan sebarang forum, dialog atau debat bagi rakyat berpeluang melihat hujah sebenar mengenai kes itu melalui saluran televisyen nasional atau mana-mana platform lain.

"Saya sebenarnya tidak mahu masuk campur dalam hal ini tetapi bila ada pihak yang terus mencemarkan nama negara dan sistem keadilan dan mempersoal hakim kita hingga sanggup ke luar negara untuk mempengaruhi negara lain bagi mencemuh negara kita, ia boleh dianggap sebagai mengkhianati negara," katanya. 

Jelasnya platform debat tersebut juga diadakan bagi memberikan ruang yang lebih seimbang bagi semua pihak memberikan pendapat yang dapat ditonton oleh semua rakyat.  

"Sekurang-kurangnya kita dapat bagi pendapat yang lebih seimbang kerana lebih daripada enam tahun terutamanya daripada parti kerajaan berdiam diri kerana kita kata isu ini adalah antara Anwar dengan pembantu khas yang dia sendiri pilih," kata Ahmad Shabery.
  
Namun, katanya, penganjuran debat itu terserah kepada pihak mahkamah sama ada ia dibenarkan untuk diadakan.
  
Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 10 Februai lalu memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

- Bernama
 

Blogger Umno 'Sang Kelembai' Ditumbuk Ahli Umno Sendiri

Posted: 18 Feb 2015 07:30 AM PST

 



Ahli UMNO vs ahli UMNO. Ada yang boleh berpolitik secara bijak, matang dan berhemah. Namun ada pula yang cenderung kepada berpolitik secara emosi dan gunakan bahasa tubuh untuk melepaskan kemarahan.


Buru mereka, gesa peguam Shaariibuu

Posted: 18 Feb 2015 07:00 AM PST

Polis patut membuka semula siasatan ke atas pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu berikutan pendedahan terkini oleh Sirul Azhar Umar yang disabit membunuh wanita Mongolia itu, kata peguam Ramkarpal Singh.


Ramkarpal, yang juga peguam keluarga Altantuya, berkata adalah menjadi tugas polis untuk membuka semula siasatan ekoran pendedahan Sirul itu.

Siasatan baru perlu memberi fokus kepada siapa yang mengarahkan dua anggota polis itu membunuh Altantuya, katanya, memandangkan pendedahan Sirul bahawa dia diarah dan orang dengan motif untuk membunuh, masih bebas.

"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Sirul dan Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya tetapi motif pembunuhan itu tidak dinyatakan.
 
Malaysiakini

Sirul: Selepas Altantuya, inikah balasannya?

Posted: 18 Feb 2015 06:00 AM PST

 
EKSKLUSIF Bekas anggota pasukan elit polis Sirul Azhar Umar mendakwa beliau hanya mengikut arahan apabila membunuh Altantuya Shaariibuu.

Dia ketika itu percaya semua itu dilakukan demi kepentingan negara. Tetapi atas kepercayaan itu, dia berdepan tali gantung.

"Jika saya mati hari ini, saya tidak akan aman kerana saya cuma buat apa yang diarah.

"Dan ini balasannya yang saya dapat," katanya kepada Malaysiakini ketika diwawancara melalui telefon dari Australia.

Sirul, yang disabitkan bersalah bersama seorang lagi komando polis Azilah Hadri, juga tidak berpuas hati dengan perjalanan kesnnya.

Dia merasakan DSP Musa Safri, orang atasannya dan bekas pembantu (ADC) Datuk Seri Najib Abdul Razak ketika menjadi timbalan perdana menteri, patut dipanggil menjadi saksi pihak pendakwaan.

'Hujah peguam saya kuat'

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Azilah dan Sirul akibat salah arah serius Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Yasin, termasuk tidak memanggil Musa.

Bagaimanapun, kata Sirul, Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan rayuan pendakwaan, mengabaikan perkara itu.

"Mahkamah juga mengabaikan bukti DNA daripada kesan darah pada kasut yang diletakkan di dalam kereta saya dan sampel DNA saya sendiri.

"Mahkamah abaikan perkara ini walaupun terdapat penghujahan kuat oleh peguam saya," katanya.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Peguam Cara Negara I Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah bahawa Musa bukan saksi penting dalam perbicaraan itu dan tiada keperluan memanggilnya.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican, pula berhujah bahawa tindakan itu telah bertukar perbicaraan silap.

Gerak hati kalah kes

Berhubung DNA, ahli kimia memberi keterangan bahawa terdapat kemungkinan DNA daripada kesan darah itu milik Altantuya, walaupun terdapat keraguan padanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Sirul sekali lagi menegaskan bahawa beliau menjadi "kambing hitam" dalam kes itu.

Beliau juga mengaku tertekan dengan dakwaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (kiri) bahawa "polis jahat" bertanggungjawab membunuh Altantuya pada 2006.

Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Sementara itu, menceritakan keadaannya dalam tahanan pihak imigresen Australia di Sydney, Sirul berkata semuanya baik dan dia ditempatkan seorang diri dalam bilik yang mempunyai empat katil.

Ditanya kenapa beliau berlepas ke Australia sebelum keputusan mahkamah, dia berkata berdasarkan gerak hatinya, kes itu tidak akan menyebelahinya.


[Baca berita asal]

 


Malaysiakini

Orang penting yang mempunyai motif masih bebas - Sirul

Posted: 18 Feb 2015 05:15 AM PST



Pembunuh sebenar Altantuya masih bebas, kata Sirul

Mahkamah Persekutuan bulan lalu menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-dua tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar (gambar bawah) berkata beliau hanya bertindak mengikut arahan, malah tidak pernah mengenali Altantuya Shariibuu dan percaya dalang sebenar pembunuhan itu masih bebas.

"Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas," katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini. Sirul berkata, beliau juga tidak pernah mengenali bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Tertuduh yang disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan misteri model Mongolia itu dikatakan lari daripada hukuman gantung dan kini berada di Australia.

Katanya, beliau kini bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar di sebalik pembunuhan wanita itu kepada media Australia, tetapi wawancara dengan stesen televisyen berkenaan belum dilakukan memandangkan dirinya masih berada dalam tahanan imigresen.

"Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius," katanya.

Razak dalam temu bual bersama The Malaysian Insider pada Januari lalu berkata, pembunuhan Altantuya tidak membabitkan sebarang konspirasi dan tidak ada sebab untuk dipolitikkan. Razak berkata, jika ada pihak yang mengatakan pembunuhan itu ada kaitan dengan konspirasi polis, maka banyak konspirasi lain akan muncul.

"Sebenarnya (kisah) pembunuhan ini sangat membosankan. Ia pembunuhan semata-mata, tetapi masih ada orang yang percaya polis tidak boleh melakukan ia tanpa arahan," katanya.

Menyifatkan Sirul dan rakan setugasnya, Ketua Inspektor Azilah Hadri sebagai 'penyangak', Razak berkata 2 bekas anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah". "Hanya 2 anggota polis itu saja yang tahu.

Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," katanya. Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul dan Azilah kerana bersalah membunuh Altantuya, 9 tahun lalu.

Panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos, 2013 selepas mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan Altantuya dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober, 2006 di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya. Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Pada 23 Ogos, 2013 panel 3 hakim Mahkamah Rayuan membebaskan 2 anggota polis itu kerana kekurangan bukti.

Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.

Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan. Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan. Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.

"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang yang tidak dinamakan," katanya.

Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.

Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.

Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.

Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya. – 17 Februari, 2015. 

Posted by mountdweller

Rahsia Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Selama Ini Akhirnya Tersebar..

Posted: 18 Feb 2015 04:30 AM PST

 
Sebelum sebahagian pemimpin dilabelkan sebagai liberal dan mengamalkan pluralisme agama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mursyidul am PAS yang meninggal dunia Khamis lepas, terlebih dahulu menerima label sedemikian, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu berkata, golongan agamawan, sama ada dari luar mahupun dalam parti PAS sendiri, tidak memahami strategi siasah dan pendekatan dakwah Nik Aziz dalam memecahkan tembok perkauman dan agama di negara ini.

"Hanya dengan ilmu yang mengizinkan Tok Guru meneroka dan merentas keluasan siasah dan dakwah serta faham batas-batasnya," kata Dr Dzulkefly dalam satu tulisan sempena mengingati pemergian Nik Aziz, yang juga dikenali dengan panggilan Tok Guru, pada usia 84 tahun minggu lalu.

Label itu katanya, diterima Nik Aziz kerana orang tidak memahami pendekatannya yang luar biasa dalam menangani masyarakat plural dan pelbagai agama dan kaum di negara ini.

"Tok Guru tidak takut dikritik keras ketika hadir menziarahi kematian Sami Buddha yang terkemuka.

"Tok Guru menghadiri tempat ibadat seperti Tok Kong dan keramaian budaya di restoran-restoran besar di kalangan kaum Tionghua meskipun terdapat arak serta hidangan yang kurang 'menyenangkan' di mata masyarakat umat Islam," katanya memberi contoh yang amalan Nik Aziz sama seperti Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin yang melazimi anak muda Mesir di pusat-pusat hiburan di bandar-bandar di Kaherah.

"Bahkan, Tok Guru dikatakan memberi keutamaan meraikan program seumpama ini, seandainya bertembung dengan perihal pentadbiran yang lain," katanya mengimbau kembali kepimpinan Nik Aziz semasa hayatnya.

Dr Dzulkefly berkata, bekas menteri besar Kelantan itu kerap memulakan ucapannya di hadapan kaum Tionghua dengan ayat-ayat al-Quran yang relevan dan sesuai dengan tujuan dakwahnya.

Contohnya, beliau sering mengungkapkan ayat 13 Surah Hujurat yang menekankan hakikat yang manusia datang daripada datuk dan moyang yang sama iaitu Adam dan Hawa.

"Itu biasa. Tetapi apabila Tok Guru tekankan, bukan sahaja kita bersaudara, tetapi acap kali didengari beliau menggunakan kalimat 'kita ini adik beradik'. Itu satu yang ajaib dan istimewa," katanya yang sangat tertarik dengan pendekatan dakwah Nik Aziz sehingga beliau diterima semua pihak.

Sebelum ini, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabelkan sebagai liberal dan mengamalkan pluralisme agama. Menjelang muktamar tahunan PAS Jun ini, sebahagian pemimpin parti Islam itu pula turut dilabelkan sedemikian rupa.

Kesan pendekatan Nik Aziz dengan masyarakat bukan Islam selama ini, beliau diiktiraf DAP sebagai tokoh semua kaum dan agama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ketika memberikan ucapan di majlis pengebumiannya menyifatkan  Nik Aziz sebagai tokoh yang bukan saja disanjung oleh umat Islam dalam dan luar negara tetapi juga disanjung orang bukan Islam.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kehidupan 'sempoi' (serba sederhana) dan bersih Nik Aziz akan diingati semua pihak sampai bila-bila.

"Saya masih ingat, ketika kita tawan lima negeri dalam pilihan raya 2008, kami semua memandang kepada Tok Guru Nik Aziz untuk meminta panduan dan nasihat," katanya sebak, merujuk kepada Nik Aziz yang menjadi menteri besar selama 18 tahun ketika Lim dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dilantik sebagai ketua menteri dan menteri besar.

Bagi Dr Dzulkefly, persoalan yang perlu dihalusi ialah, mengapa Nik Aziz mengambil pendekatan untuk benar-benar mendampingi kaum Tionghua, sehingga negara luar yang pertama dilawati sebaik sahaja menjadi menteri besar Kelantan pada 1990 ialah China.

"Mengapakah Tok Guru mengizinkan 'kalimah Allah' digunakan penganut agama lain sementara wujud golongan agamawan yang bertegas tidak mengizinkan?" soal AJK PAS pusat itu dalam tulisannya.

Terdahulu, katanya,  ramai masih ingat pelbagai reaksi dan kontroversi terhadap usaha Nik Aziz  membina masjid yang reka binanya berbentuk bumbung pagoda, sehingga mendapat jolokan Masjid Cina.

"Mungkin ada masjid seperti ini lebih awal di negara ini, tetapi tatkala Tok Guru membinanya, beliau punya matlamat yang jelas dalam siasah dan dakwahnya bagi menambat hati kaum Tionghua dan meredakan prejudis terhadap Islam.

"Kerap Tok Guru menekankan, kaum Cina lebih dahulu memeluk Islam dan lebih ramai yang Islam daripada orang Melayu!" katanya.

Ini menunjukkan, katanya, betapa Islam itu bukan hanya untuk Melayu, bahkan untuk semua kaum, seluruh alam.

"Ini mesej Tok Guru yang sangat mendalam penghayatan siasah dan dakwahnya. Bukan sahaja untuk kekal berkuasa seperti sang penguasa politik di mana pun di dunia ini," katanya.
 
Addin

Pejabat Perdana Menteri didakwa bayar jutaan ringgit kepada bekas pengarah APCO

Posted: 18 Feb 2015 03:45 AM PST

Pejabat Perdana Menteri (PMO) kini berdiam diri ke atas dakwaan bahawa ia membayar "jutaan" ringgit kepada kontraktor swasta untuk menguruskan perhubungan awamnya.

PMO juga tidak menjawab dakwaan bahawa kontraktor, Paul Stadlen, sebelum ini bertugas dengan firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Kerajaan membayar RM76.8 juta kepada Apco untuk menggilap imej Malaysia untuk tempoh antara 15 Julai 2009 hingga 4 Jun 2010.

Kontrak itu juga dilaporkan disambung semula pada 2010 walau menerima kritikan meluas.

Stadlen dan Pasukan Komunikasi Kebangsaan PMO tidak mengulas mengenai emel, panggilan telefon dan juga kiriman teks daripada Malaysiakini berhubung dakwaan itu.

Laman Sarawak Report sebelum ini mendakwa, firma Stadlen diupah oleh PMO dengan bayaran sekurang-kurangnya RM3 juta setahun dan khidmatnya turut digunakan untuk projek berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang bernilai RM1.5 juta.

Menurut laporan itu, Stadlen bertanggungjawab ke atas kenyataan tangkas PMO berhubung sabitan kes Liwat II pada 10 Februrari.

Stadlen juga dilaporkan bertanggungjawab ke atas kenyataan pada New York Times bahawa keluarga perdana menteri biasa hidup mewah, dan mewarisi kekayaan itu daripada keluarga.

Malaysiakini telahpun meminta PMO dan Stadlen mengesahkan dakwaan ini, dan menjelaskan peranan Stadlen dalam pasukan komunikasi itu.

Laporan The Wall Street Journal menyebut, Stadlen menganggotai pasukan komunikasi tersebut sejak 2013.

Stadlen menandatangani perjanjian dengan Malaysia pada 2009 bagi pihak Apco dan Mind Team Sdn Bhd. Beliau pada waktu itu merupakan pengarah urusan Apco Malaysia lapor Malaysiakini


ANAK SUNGAI DERHAKA

Wan Azizah Bakal Tanding di Permatang Pauh - DINA MURAD Oleh: DINA MURAD

Posted: 18 Feb 2015 03:00 AM PST

Dr Wan Azizah Wan Ismail.
PETALING JAYA: Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah bersetuju agar Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diletakkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, menurut sumber.

Wan Azizah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, akan bertanding di kerusi yang dikosongkan oleh suaminya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau gagal dalam rayuan terakhir kes liwatnya.

Dalam mesyuarat yang diadakan lewat malam Selasa, sumber tersebut menyatakan parti itu akan menemui Anwar untuk mendapatkan kelulusan berhubung keputusan yang telah diputuskan itu.
Ketika dihubungi, pemimpin PKR bagaimanapun enggan mengesahkan bahawa parti itu telah bersetuju Wan Azizah akan diletakkan sebagai calon. 
"Kami masih belum memutuskannya (siapa calon yang akan diturunkan di Permatang Pauh) .
"R. Sivarasa akan bertemu dengan Datuk Seri Anwar dipenjara sama ada hari ini atau selepas sambutan Tahun Baru Cina. Beliau memaklumkan kepada Anwar mengenai calon bagi kerusi tersebut, " kata Naib Presiden PKR, Tian Chua. 
Anwar dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada 10 Februari lalu. Keputusan tersebut menyebabkan beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan satu pilihan raya kecil perlu diadakan bagi memenuhi kekosongan kerusi berkenaan. 
Pada 2013, Anwar menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan memperoleh majoriti 15,671 undi.

KPN Tempelak Sirul Kenapa Sekarang Baru Nak Cakap

Posted: 18 Feb 2015 02:25 AM PST

Polis belum merancang membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu sehingga Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah, mendedahkan maklumat baru.

"Kita tidak ada sebab mahu buka kertas siasatan baru kerana terpengaruh dengan desakan pihak-pihak tertentu.

"Kita lihat dulu apa yang dia mahu dedahkan," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kanan).

Beliau mengulas kesediaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, untuk membongkar rahsia di sebalik tabir kematian wanita Mongolia itu kepada media negara tersebut.

Dalam perbualan telefon denganMalaysiakini baru-baru ini, Sirul bagaimanapun belum memutuskanuntuk ditemubual tetapi sedang mempertimbangkannya dengan serius.

Beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul, yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney.

Khalid juga menempelak sikap bekas anggota komando polis itu yang tidak mendedahkan perkara tersebut dalam siasatan awal kes itu.

"Kenapa sekarang baru hendak cakap semua pasal ini? Kalau dulu dia tidak mahu bercakap, kenapa sekarang baru hendak bercakap, hendak cakap pula perkara baru pula. Ini tidak logik," katanya.

Beliau juga bimbang Sirul (kiri dalam foto), yang kini berdepan hukuman gantung bersama seorang lagi bekas komando polis Azilah Hadri, diperalatkan oleh mereka yang berkepentingan.

"Saya bimbang ada pihak berkepentingan yang cuba pengaruhi dia perkara yang tidak betul kerana pihak yang berkepentingan ini tahu dia berada di Australia, (mereka tahu) kerajaan Australia tidak akan hantar dia balik.

"Saya bimbang (pendedahan) ini untuk kepentingan pihak-pihak tertentu."


Bloglist Malaysia

PRK DUN Chempaka: 10 Mac Hari Penamaan, Pengundian Pada 22 Mac

Posted: 18 Feb 2015 01:30 AM PST


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya kecil DUN Chempaka, diadakan pada 22 Mac ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac.

Tarikh itu diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya yang juga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pada minggu lalu akibat kanser prostat.

Pada pilihan raya umum ke-13 lalu Nik Abdul Aziz (PAS) menewaskan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Serangan Shafee buatkan Anwar terus relevan !!

Posted: 18 Feb 2015 12:45 AM PST

Dalam Wag the Dog yang dibintangi oleh Dustin Hoffman and Robert De Niro, seorang pakar putar belit dan penerbit Hollywood bekerjasama mencipta perang olok-olok untuk menutup skandal seks presiden sebelum pilihan raya.

Produser itu, yang kemudian mahukan penghargaan atas kerja-kerjanya itu dibunuh pagi memastikan mulutnya terus terkunci rapat.

Alasan rasmi untuk kematian itu – serangan jantung. Memang terdapat orang yang mengalami masalah sebegitu, yang disebut pepatah Melayu sebagai rumah siap pahat berbunyi.

Selepas menyelesaikan tugas, golongan seperti ini tidak dapat keluar daripada perhatian ramai, hidup di luar perhatian.

Perasaan mereka meluap-luap untuk terus diperhatikan. Kelihatannya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghadapi masalah itu, selepas berjaya memastikan kekalahan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.

Seorang peguam terkemuka berkata, "Kes Anwar ini seperti seorang bayi, dia tidak boleh berhenti bercakap tentang perkara itu. Mungkin ini simptom penarikan." Bagaimanapun, telatah Shafee membuatkan banyak pihak tidak senang.

Pengamal undang-undang lain turut terkejut. Wawancaranya dengan media memberikan gambaran negatif sehingga mengundang luahan pendapat bekas Peguam Negara Abu Talib Othman. 


Shafee mewujudkan tanggapan bahawa benar-benar terdapat rancangan politik untuk menyumbat Anwar ke penjara.

Dalam forum malam tadi, Shafee membuatkan orang ramai berasa malu mendengar kisah-kisah sensasi perhubungan Anwar dan pengadu kes Liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Menceritakan tentang keterangan dalam mahkamah tertutup, peguam Umno itu tidak membenarkan langsung ruang untuk imaginasi.

Semuanya diceritakan kembali dengan terus-terang. Dalam kes liwat pertamanya, konspirasi atau tidak, hakikatnya Anwar, banyak mengecewakan lawan. Beliau sekali gus memastikan kelangsungan masa depan politiknya.

Kini beliau kembali merengkok di penjara Sungai Buloh, musuhnya berharap beliau akan dilupakan – jauh dari mata, jauh dari ingatan.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Rafizi: Pakatan akan pastikan agenda musuh politik Anwar gagal

Posted: 18 Feb 2015 12:00 AM PST

Pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim merupakan agenda politik Umno bagi menyekat karier politik Ketua Umum KEADILAN itu sekaligus menghentikan kemaraan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli merungkai empat matlamat sebenar di sebalik pemenjaraan Anwar oleh musuh politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Jelasnya, musuh politik Anwar berharap gabungan Pakatan Rakyat yang menafikan majoriti Umno Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu bakal berpecah dengan ketiadaan Anwar.

Malah kata Ahli Parlimen Pandan itu, mereka juga berharap KEADILAN yang diterajui Anwar bakal bergolak dan melalui tempoh masalah dalaman yang sukar sehingga melemahkan parti itu.

Bebas"Media Umno boleh main isu, tetapi majoriti rakyat percaya ia merupakan agenda politik bertujuan untuk membunuh karier politik Anwar," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat parti, selepas berkesempatan bertemu Anwar, yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.




Sambungnya, hukuman penjara ke atas Anwar itu dilakukan ketika negara sedang berhadapan krisis ekonomi yang meruncing serta dalam situasi Umno bergolak.

"Mereka juga berharap serangan Pakatan Rakyat kepada BN dalam isu-isu berhubung salah guna kuasa, rasuah dan isu-isu rakyat akan berkurangan kerana fokus akan beralih kepada menuntut pembebasan Anwar.

 "Dan matlamat utama mereka adalah supaya Anwar dilupakan dengan desakan demi desakan agar beliau berundur dari politik bagi memberi ruang kepada pemimpin muda," jelas Rafizi lagi.

Justeru, beliau mengingatkan jika keempat-empat matlamat tersebut tercapai, bermakna agenda sebenar di sebalik pemenjaraan Anwar oleh lawan politiknya itu berjaya dan mereka terus akan berkuasa.

"Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua pihak yang cintakan kebebasan dan keadilan di negara ini untuk terus menggembleng tenaga bagi memastikan keempat-empat matlamat tersebut tidak tercapai.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

SEMUGA ALLAH MELAKNATI KEHIDUPAN SIALFOOL DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT, AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Posted: 17 Feb 2015 11:30 PM PST

SEMUGA ALLAH MELAKNATI KEHIDUPAN SIALFOOL DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT,   AMIN YA RABBAL ALAMIN...