Isnin, 16 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - RAKYAT MALAYSIA WAJIB TONTON - YB Nurul Izzah: Kenapa Anwar Ibrahim Jadi Sasaran?

Posted: 16 Feb 2015 11:07 PM PST


UNDEK UNDEK UNDEK

Posted: 16 Feb 2015 08:30 PM PST

 
UNDEK UNDEK UNDEK
bukan
KOREK KOREK KOREK

Ketua hakim beri amaran tindakan tegas 

pada pengkritik institusi kehakiman

Ketua Hakim Negara  Arifin Zakaria hari ini memberi amaran keras dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka yang cuba menjatuh dan mencemarkan imej badan kehakiman. -

 See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-hakim-beri-amaran-tindakan-tegas-pada-pengkritik-institusi-kehakiman#sthash.bteSLct0.dpuf

KAH KAH KAH

woit
ini untuk
korek korek korek
atau untuk
eeee nandek
kah kah kah

gwa tak faham

APA PUNYA UNDEK
 

Kes saman: Anwar beri keterangan dimahkamah pagi ni

Posted: 16 Feb 2015 08:00 PM PST

Selasa, 17 Februari 2015   Kes saman: Anwar beri keterangan dimahkamah pagi ni   Anwar disambut ahli keluarga dan pimpinan parti pagi ini.   KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.   Pada 20 Januari lalu, Anifah berjaya dalam permohonannya di mahkamah Tinggi untuk meminda pernyataan pembelaan beliau dalam kes saman itu.   Pindaan yang dibuat adalah berhubung penambahan isu penawaran wang berjumlah RM100 juta oleh Anwar melalui seorang individu yang dikatakan rapat dengannya sebagai dorongan kepada menteri terbabit untuk lompat parti dan membawa masuk beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi menyertai pembangkang.   Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Kimanis itu dan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar.   Berikutan keputusan tersebut, Anwar sekali lagi perlu datang ke mahkamah dan memberi keterangannya berhubung dakwaan tawaran wang ringgit tersebut.   Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. -  Abd Ghani B.Hashib  Mafiaboss Melayu  Megat Farish  Sam Seniman Corner  Rosdy Hj Abdullah  Yazid Yunus Sbc  Salida Binti Hamzah  Raynol Nol  Durian Desa  Hasnor Abu  Anas Mustapha  Dayang Zai  Uzair Yunus  Yusoff Ibrahim  Kiyai Reformis  Intan Mazura  Ismaily Bungsu C  Johari Abu Bakar  Jane JR Jerome  Jones Jangkat  Li Daging Idah Puteri Panda  Liza Dingle  Watashi No Sakura  Kamaruzaman Zainal Abidin  Faisal Chal Saad  Faisal Juhari  Ani Ismail Norarich Norarich  Nora Aini Mohd Zain  Md Ali Safudin Mustapha  Amk Kampar  Keluang Lee  Musaffir Samudera  Atha Khan  Zaki Zahari  Zubir Abdullah  Zul Chepor  Adnan Ley  Dwan Amirullah  Dima Ahmy  Nur Aleeya Anwar  Nur Mayasari  Nur Dahlia  Nur Alam  Grace NG Lai Meng  Peter Chua Prince David  David Chee Anwar disambut ahli keluarga dan pimpinan parti pagi ini. 

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memberi keterangan berhubung kes saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Pada 20 Januari lalu, Anifah berjaya dalam permohonannya di mahkamah Tinggi untuk meminda pernyataan pembelaan beliau dalam kes saman itu. 

Pindaan yang dibuat adalah berhubung penambahan isu penawaran wang berjumlah RM100 juta oleh Anwar melalui seorang individu yang dikatakan rapat dengannya sebagai dorongan kepada menteri terbabit untuk lompat parti dan membawa masuk beberapa Ahli Parlimen dari Sabah bagi menyertai pembangkang. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Siti Khadijah S. Hassan Badjenid memutuskan demikian selepas mendengar hujahan daripada peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Ahli Parlimen Kimanis itu dan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Anwar. 

Berikutan keputusan tersebut, Anwar sekali lagi perlu datang ke mahkamah dan memberi keterangannya berhubung dakwaan tawaran wang ringgit tersebut. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN. 

Akaun bank sultanah Pahang bocor

Posted: 16 Feb 2015 07:30 PM PST


Akaun bank sultanah Pahang bocor
Sultanah Kalsom Abdullah, permaisuri Sultan Ahmad Shah, muncul dalam senarai rakyat Malaysia yang mempunyai akaun di bank HSBC Switzerland, lapor Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ).

Laporan itu, beRdasarkan maklumat bocor yang digelar sebagai "Swiss Leaks", meletakkan Malaysia di tempat ke-87 antara negara yang mempunyai jumlah dolar terbesar dalam fail berhubung pelanggan-pelanggan HSBC.

Jumlah maksimum pelanggan yang berkaitan dengan Malaysia sebanyak AS$67.7 juta (RM242 juta).

Swiss Leaks menimbulkan kegemparan apabila HSBC didakwa bersubahat dalam pengelakan cukai.

Ia menyenaraikan 77 pelanggan dari Malaysia antara 1982 dan 2006 melibatkan 201 akaun bank bernilai kira-kira AS$174 juta (RM623 juta).

Sepuluh negara teratas (berdasarkan jumlah) adalah:

- Switzerland (AS$31.2 bilion),
- United Kingdom (AS$21.7 bilion),
- Venezuela (AS$14.8 bilion),
- Amerika Syarikat (AS$13.4 bilion),
- Perancis (AS$12.5 billion),
- Israel (AS$10 bilion),
- Itali (AS$7.5 bilion),
- Bahamas (AS$7 bilion),
- Brazil (AS$7 bilion), dan
- Belgium (AS$6.3 bilion).

Sultanah Pahang, 63, disenaraikan oleh HSBC sebagai "suri rumah", dihubungkan dengan akaun "3678TE", daripada September 1994 hingga 1997.

Fail-fail yang bocor itu tidak mendedahkan butiran lain berhubung akaun Sultanah Kalsom, termasuk jumlah wang miliknya.

Warga Malaysia lain dalam Swiss Leaks itu tidak dinamakan.

Sultanah Kalsom tidak memberikan sebarang reaksi apabila diminta mengulas berkali-kali oleh ICIJ, sebuah jaringan pengamal media di 65 negara yang menumpukan isu-isu rasuah dan ketelusan.



Kerajaan Rakyat

Sah!! Ini Calon Pakatan Di PRK Permatang Pauh?

Posted: 16 Feb 2015 07:00 PM PST


Tuesday, 17 February 2015.  Sah!! Ini Calon Pakatan Di PRK Permatang Pauh?  Nurul Nuha Anwar menerima tepukan gemuruh dan sorakan berdiri orang ramai apabila anak kedua ketua pembangkang itu tiba di ceramah pertamanya di Pulau Pinang malam tadi.  Hadirin lebih 500 orang berdiri dan bertepuk tangan apabila mereka melihat dia berjalan ke dalam Dewan Sekolah Han Chiang, tempat diadakan majlis penghormatan untuk bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sedang berucap, menghentikan ucapannya apabila Nurul Nuha melangkah masuk.  Mereka bersorak dengan kuat, menenggelamkan suara Mohamad.  Dengan suaranya lembut, Nurul Nuha, 31, gugup sedikit pada awal ucapan sulungnya di Pulau Pinang itu, kampung halaman bapanya tetapi orang ramai terus bersorak memberi semangat.  Membuka kata, beliau membacakan pesanan daripada bapanya.  "Saya menyampaikan salam papa kepada kalian semua di Pulau Pinang. Beliau meminta kalian tidak berputus asa, dan tidak menyerah kalah dalam memerangi rasuah, kezaliman dan penindasan.  "Semangatnya masih tinggi dan kami harap anda akan berdoa untuknya dan membantunya menghidupkan perjuangan ini.  "Papa ditahan kerana beliau bercakap benar dan menentang rejim ini... mesejnya jelas. Kita akan berjuang sehingga kita dapat membina negara yang lebih baik," katanya, sambil menambah keluarganya merindui Anwar, suara, gurauan dan pelukannya.  Addin -  Abd Ghani B.Hashib  Mafiaboss Melayu  Megat Farish  Rosdy Hj Abdullah  Yazid Yunus Sbc  Faisal Chal Saad  Asri Hamid  Dayang Zai  Zaki Zahari  Anas Mustapha  Salida Binti Hamzah  Durian Desa  Raynol Nol  Uzair Yunus  Yusoff Ibrahim  Kiyai Reformis  Ismaily Bungsu C  Intan Mazura  Jane JR Jerome  Jones Jangkat  Li Daging  Johari Abu Bakar  Mat Bond Idah Puteri Panda  Liza Dingle  Rock LeeTwo  Keluang Lee  Watashi No Sakura  Ani Ismail Norarich Norarich   Nora Aini Mohd Zain  Amk Kampar  Md Ali Safudin Mustapha  Jay Na  Atha Khan  Zubir Abdullah  Zul Chepor  Adnan Ley  Dwan Amirullah  Adeq Ezan  Dima Ahmy  Peter Chua Prince David  David Chee  Anthony Joseph Gunasahkeren Suppiah  Nur Aleeya Anwar   Nur Mayasari   Nur Dahlia   Nur Alam  Grace NG Lai Meng Nurul Nuha Anwar menerima tepukan gemuruh dan sorakan berdiri orang ramai apabila anak kedua ketua pembangkang itu tiba di ceramah pertamanya di Pulau Pinang malam tadi.

Hadirin lebih 500 orang berdiri dan bertepuk tangan apabila mereka melihat dia berjalan ke dalam Dewan Sekolah Han Chiang, tempat diadakan majlis penghormatan untuk bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang sedang berucap, menghentikan ucapannya apabila Nurul Nuha melangkah masuk.

Mereka bersorak dengan kuat, menenggelamkan suara Mohamad.

Dengan suaranya lembut, Nurul Nuha, 31, gugup sedikit pada awal ucapan sulungnya di Pulau Pinang itu, kampung halaman bapanya tetapi orang ramai terus bersorak memberi semangat.

Membuka kata, beliau membacakan pesanan daripada bapanya.

"Saya menyampaikan salam papa kepada kalian semua di Pulau Pinang. Beliau meminta kalian tidak berputus asa, dan tidak menyerah kalah dalam memerangi rasuah, kezaliman dan penindasan.

"Semangatnya masih tinggi dan kami harap anda akan berdoa untuknya dan membantunya menghidupkan perjuangan ini.

"Papa ditahan kerana beliau bercakap benar dan menentang rejim ini... mesejnya jelas. Kita akan berjuang sehingga kita dapat membina negara yang lebih baik," katanya, sambil menambah keluarganya merindui Anwar, suara, gurauan dan pelukannya.



Addin - 

BOT LAJU BAWA MB KEDAH DIBOCORKAN OLEH YB SELFIAQ?

Posted: 16 Feb 2015 06:30 PM PST

 
SEBELUM NIE RAKYAT LANGKAWI TERTANYA-TANYA  BAGAIMANA PERJALANAN MB KEDAH KE LANGKAWI DARI TANAH BESAR DAN TAK PERNAH NAIK FERI PENUMPANG AWAM?




Hantar yab mb kedah ds mukriz balik Langkawi ke kuala perlis jam 7:30 pagi ini dengan speed boat 600hp.




"Terima kasih kepada Naam kerana telah menyediakan 'sea hawk' untuk melancarkan perjalanan MB ke Kuala Perlis bg menghadiri upacara istiadat d Istana Anak Bukit pada pagi ni... TERIMA KASIH."

Semakan Kehakiman Jalan Terakhir Selamatkan Anwar

Posted: 16 Feb 2015 05:45 PM PST

 


PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan dan hukuman lima tahun penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantunya. Hukuman itu secara langsung mematikan kerjaya politik dan cita-cita beliau.
Tetapi adakah keputusan itu turut menandakan berakhirnya jalan perundangan yang ada untuk menghalangnya daripada dipenjara dan seterusnya menyelamatkan masa depan politiknya?


Peguam, pensyarah dan penulis Datuk Baljit Singh Sidhu berkata, satu-satunya jalan undang-undang yang ada bagi Anwar adalah untuk memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.

Namun, beliau mengingatkan bahawa kadar kejayaan bagi langkah itu adalah amat tipis.

"Jika permohonan semakan difailkan, mahkamah akan menetapkan tarikh dan mengadakan pendegaran. Satu panel yang terdiri daripada beberapa hakim akan bersidang untuk melihat sama ada korum sebelumnya telah membuat kesalahan, yang membawa kepada kesilapan prosedur dan undang-undang," kata ahli Jawatankuasa Majlis Undang-undang Jenayah Majlis Peguam itu kepada Semut Harian.

Berhubung kemungkinan pengampunan diraja, Baljit menyatakan ia lazimnya digunakan kepada mereka yang dijatuhkan hukuman mati, dan bukannya untuk kesalahan jenis ini.

"Ia sudah menjadi hak kepada mereka yang menerima hukuman mati. Untuk kesalahan jenis ini pula, permohonan boleh dibuat namun saya tidak fikir akan membawa hasil yang positif. Tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya lagi.

Pada 10 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan selepas didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Menurut laporan, Ketua Umum PKR itu memiliki dua pilihan, iaitu sama ada memfailkan semakan kehakiman di mahkamah tertinggi itu untuk menilai semula sabitan. Pilihan kedua adalah untuk memohon pengampunan daripada pemimpin negeri atau wilayah tempat di mana kesalahan dibuat.

Dalam kes ini, kesalahan itu terjadi di Kuala Lumpur maka permohonan perlu dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Malaysiakini pada 12 Februari lalu memetik peguambela Anwar, Ramkarpal Singh sebagai berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat semakan kehakiman atau tidak.

"Kami belum meneliti sepenuhnya asas kehakiman itu. Selepas itu baru kami boleh membuat keputusan," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

Seorang lagi peguam Anwar, N Surendran pula dilaporkan berkata, pengumuman berhubung jalan perundangan yang akan diambil pasukan pembelaan Anwar akan dibuat tidak lama lagi.

Pengampunan daripada Agong adalah pilihan terakhir yang dimiliki individu yang disabitkan bersalah. Antara contoh kejayaan yang paling diingati adalah Ketua Pemuda Umno dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Harun Idris yang menerima pengampunan penuh selepas didapati bersalah dalam tuduhan rasuah pada tahun 1970-an.

Satu lagi contoh adalah pengampunan terhadap Menteri Budaya, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim yang dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang seteru politiknya.

Hukuman itu diringankan menjadi penjara seumur hidup. Selepas beberapa tahun di penjara, Mokhtar dilepaskan selepas mendapat pengampunan diraja.

Rayuan untuk pengampunan diraja perlu dibuat dalam masa 14 hari selepas keputusan mahkamah. Ini bermakna Anwar memiliki masa sehingga 24 Februari ini untuk memfailkan rayuan itu, demi mengenepikan hukuman penjara dan kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Belum diketahui sama ada Anwar akan mengambil langkah itu, memandangkan beliau menolak untuk berbuat demikian ketika dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa pada tahun 1999.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dilaporkan berkata, Anwar mungkin tidak akan memohon pengampunan diraja kerana ia sama seperti mengaku bersalah atas kesalahan itu.

Dekan fakulti Undang-undang Universiti Utara Malaysia Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed pula dilaporkan berkata, Agong perlu bertindak berdasarkan nasihat Lembaga Pengampunan dalam memberikan pengampunan.

Untuk memohon pengampunan diraja, peguam pesalah perlu menulis surat kepada Lembaga Pengampunan yang ahlinya terdiri daripada Peguam Negara, Menteri Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga lagi ahli.

Ketika keputusan kehakiman, pasukan pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meminta hukuman penjara yang lebih lama – yang boleh sehingga 20 tahun, berbanding lima tahun yang dijatuhkan.

Dengan pasukan pendakwaan yang membuat permintaan itu, mungkinkah peguam negara akan mengesyorkan pengampunan?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor – daripada kem politik bertentangan, juga akan mengesyorkan pengampunan?

Faktor ini pasti akan ditimbang secukupnya oleh Anwar dan pasukan peguamnya dalam menetapkan langkah seterusnya.

Bagi keluarga dan penyokongnya pula, setiap jalan akan dan pasti digunakan sebelum akhirnya menerima dan mengaku kalah.





Bloglist Malaysia

PDRM Akan Sertai Maharaja Lawak Mega 2015 Kah Kah Kah.

Posted: 16 Feb 2015 05:15 PM PST



Tanyalah siapa sahaja waima budak sekolah rendah sekali pun tentang adakah mereka berani melakukan conteng kepada kenderaan PDRM? Pastinya semua akan mengelengkan kepala. Untuk berada dekat dengan kenderaan PDRM pun sudah menimbulkan rasa cuak kepada sesiapa sahaja. Tambah lagi jika ada demonstrasi jalanan.

Kah Kah Kah.

Orang gila pun tidak akan menghampiri kenderaan PDRM. Tambah lagi dalam keadaan demo jalanan dimana LSF dan FRU ada dimana-mana berkawal. Malah anggota Cawangan Khas dan Polis berpakaian preman juga cukup ramai berada sama ada dekat dengan kenderaan PDRM ataupun berada bersama menyelinap didalam kumpulan orang ramai yang melakukan demo jalanan.

Kah Kah Kah.

Jadi, tentulah cukup pelik lagi ajaib sekiranya kenderaan PDRM mampu diconteng dengan menggunakan "spray paint. Sungguh pelik. Mungkinkah contengan ini dilakukan oleh pelaku yang halimunan? Adakah ianya dilakukan oleh Jin?

Kah Kah Kah.

Pastinya tuduhan yang mengatakan ada pihak awam (peserta demo jalanan) yang terlibat melakukan "vandalisma" terhadap kenderaan PDRM ini cukup melucukan. Orang gila pun tidak akan mampu melakukan perkara ini tanpa dikenalpasti, ditangkap mahupun dibelasah dengan cota Polis.

Kah Kah Kah.

Tahniah kepada PDRM, Anda mampu untuk menjuarai Maharaja Lawak Mega 2015 yang akan datang. Sila hantar satu kumpulan pelawak anda untuk sesi ujibakat Maharaja Lawak Mega 2015.


Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz3RuS77aDk

VIDEO - Persempadanan Semula boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS ??

Posted: 16 Feb 2015 04:37 PM PST



 
Sila baca dan ambil sedikit perhatian untuk memahami persoalan mengenai isu persempadanan semula ini. 

Saya percaya, rencana yg saya paparkan ini boleh mencambahkan pemikiran kita semua. Siapa untung dari persempadanan semula?

Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah satu proses dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan jalankan setiap 8 -10 tahun.

Ini adalah satu proses biasa dijalankan di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kali terakhir persempadanan semula dijalankan adalah pada tahun 2003 dan 2005. Proses ini biasanya dilakukan untuk mengimbangkan bilangan pengundi di sesuatu kawasan parlimen atau DUN agar wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugasnya dengan bilangan pengundi yang sewajarnya. Namun, di Malaysia, proses ini dijalankan oleh SPR untuk memastikan parti pemerintah kekal berkuasa.

Perkara ini bukan satu fitnah tetapi diakui sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam majlis PERKASA suatu ketika dahulu.

Biasanya, persempadanan semula di Malaysia dijalankan dengan menambahkan kerusi Parlimen dan juga DUN.

Dan biasanya, parti pemerintah iaitu BN dapat melaksanakan perkara tersebut dengan mudah kerana sebelum 2008, BN menguasai 2/3 kerusi parlimen. Untuk meningkatkan kerusi parlimen, biasanya Artikel 46 dalam perlembagaan harus dipinda.

Dengan adanya kuasa 2/3, pemindaan perlembagaan tidak menjadi satu isu. Tetapi kini, BN dan sekutunya SPR berada dalam satu suasana yang amat berbeza.

BN tidak lagi punyai mandat 2/3 di parlimen. Maka, apa-apa pemindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dari Pakatan Rakyat.

Beberapa bulan yang lalu, pengerusi SPR ada mengatakan bahawa akan ada penambahan kerusi parlimen sebanyak 15 hingga 20 peratus.

Bermakna, penambahan lebih kurang 40 kerusi. Dan pada masa yang sama, terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa ada parti dalam Pakatan bersetuju untuk menambah kerusi parlimen.

Perkara ini amat pelik kerana apakah parti kompenan PR itu lupa bagaimana mereka ditipu dalam PRU13 yang lalu. Perkara penipuan ini dikatakan sendiri oleh mereka dan bukannya datang dari saya dan anda. Kita perlu lebih ramai MP?

Ya, kita sering mendengar keluhan ahli parlimen dari Pakatan yang mengatakan bahawa terdapat jurang yang amat besar antara bilangan pengundi dalam kawasan mereka berbanding dengan kerusi yang dimenangi oleh BN. Benar, saya tidak menafikan perkara ini. Namun, adakah Pakatan harus menggunakan alasan ini saja untuk menghalalkan penambahan kerusi di Parlimen.

Tidakkah mereka boleh memikirkan jalan penyelesaian yang lain. Bagi saya, penambahan kerusi parlimen yang bakal disyorkan oleh SPR adalah sebenarnya untuk memudahkan kerja SPR dalam proses persempadanan semula ini bahkan saya boleh katakan bahawa rancangan penipuan yang lebih mudah. Lupakan isu penipuan.

Persoalan yang ingin saya lontarkan adalah perlukah kita menambahkan bilangan ahli parlimen. Lihat saja parlimen hari ini. Apakah yang sedang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen yang dilantik ini. Lihat pada kualiti perdebatan mereka.

Adakah mereka benar-benar berdebat dan membincangankan isu-isu nasional atau sekadar berdebat agar nama mereka dapat memasuki berita?

Tidak perlu saya sentuh mengenai insiden mengoyak kertas usul. Isu 'skirt'. Satu pengiraan pernah dilakukan untuk mengira masa perdebatan seorang ahli parlimen di dalam dewan mengikut hari persidangan pada 2012.

Dianggarkan, seorang ahli Parlimen yang dapat berdebat selama 2.31.37 jam sahaja. Bayangkan, dalam setahun, seorang ahli parlimen hanya punyai masa sebanyak itu.

Dan, jika berlaku penambahan ahli parlimen, dengan pengiraan mudah saja kita dapat tahu bahawa masa akan berkurang.

Bukan sekadar itu, duit pembayar cukai juga akan dibazirkan untuk membayar gaji ahli parlimen. Perlukah kita membayar lebih ramai orang untuk melakukan kerja yang lebih sedikit di Parlimen?

Jika ada yang mengatakan ya, saya pohon penjelasan dari anda. Hari ini, Malaysia punyai 222 ahli parlimen. Tetapi, lihat saja kehadiran di Parlimen. Walaupun hari hari pengumuman bajet, ada saja ahli Parlimen yang ponteng persidangan.

Tetapi, gaji yang diperoleh adalah sama. Adakah parti-parti politik hanya berfikiran untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka dalam parlimen dan ahli parti mereka akan perolehi pendapatan dan keistimewaan tertentu sebagai ahli parlimen atau mereka benar-benar mahu membawa Malaysia ke arah Parlimen Kelas Pertama. Usah bazirkan duit rakyat untuk memenuhi agenda politik sendiri dan mulanya bekerja akan amanat yang diberikan oleh pengundi kawasan.

Akhirnya, jikalau berlakunya penambahan kerusi parlimen pada proses persempadanan semula yang akan datang, marilah sama-sama kita ucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat yang bakal kecundang dalam pilhan raya umum ke-14 kelak.

~*MANDEEP KARPALL Ada parti dalam Pakatan bersetuju untuk menambah kerusi parlimen?

Amat pelik bukan? Bahawa pengalaman yang lalu PR telah ditipu dalam PRU13.

Perkara penipuan ini didedahkan sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam majlis PERKASA suatu ketika dahulu. Bukan dari mana-mana pihak PR atau penulis rencana diatas tadi.

Berikut adalah pengakuan Hj Hadi, Presiden PAS yang telah mengakui bersetuju untuk bekerjasama - ya'ni ta'awun, persafahaman untuk tolong menolong dengan Umno yang kononnya akan menambahkan kerusi-kerusi PAS!

Wa ta'awanu bil Umno? .....tak apalah….Tetapi kerjasama boleh berlaku. Boleh berlaku kerjasama. Kerjasama contohnya, untuk pecahan kawasan pilihanraya.Yang boleh menambahkan kerusi-kerusi PAS.

Ini boleh kita buat. Dinamakan ta'awun – ta'awun, sefahaman untuk tolong menolong menambahkan kerusi-kerusi PAS!Ini boleh kita kerjasama. Ada pula rakan kita tak mahu dapat 50 ; PAS dapat 10 kerusi cukuplah!

Ada orang PAS yang macam tu!9Kalau ada orang PAS macam tu, keluar PASlah! [Allahu akbar] Kalau ada orang PAS macam itu! Ini, dgn sebab ada perbincangan.Dan di mana tahalluf ini fleksibel.

Ada keanjalan dia. Kita tidak jumud. Kita tidak boleh dipaksa dalam tahalluf ini. Orang nak paksa kita…untuk. Berikut ucapan melalui rakaman.

(kredit kepada sahabat saya, Tulang Besi)

VIDEO - Teresa Kok: "1Goat Year 1Great Family" Reunion Dinner on 12th February 2015

Posted: 16 Feb 2015 04:00 PM PST


Ini bukti : Pakatan Unity Government ada tetapi korang cuba nafikan ??

Posted: 16 Feb 2015 08:00 AM PST






Meh korang semua aku nak cerita. Bukan cerita penglipur lara macam Sang Kancil menipu buaya atau Sang Kancil menipu Harimau ....

Yang aku nak ceritakan dalam entri aku kali ini adalah hal mengenai bagaimana pemimpin menipu ahli jemaahnya sendiri.Kalau korang tak mahu percaya pun tak apalah, aku tak paksa pun suruh percaya. Aku tulis pun sekadar siar semula kerana terasa terpanggil bila Nasa telah membuat kenyataan : 




3:30~ Isu bekerjasama dengan Umno ni sebenarnya, pada tahun 2008 dahulu adalah sesuatu yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, bukan keputusan yang dibuat oleh individu, samada oleh Tok Guru Presiden. Ini diputuskan oleh Majlis Syura.

Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, tidak menjadi. Allahu a'lam, saya tidak tahu; saya tidak duduk dalam Majlis Syura, saya juga tidak duduk dalam kepimpinan parti, jadi saya merasakan mungkin dengan perkembangan-perkembangan baru yg sudah tentulah, apa sahaja keputusan yang sebesar ini, sudah tentulah Muktamar yang akan menentukan. 4:11~

Jadi muktamar PAS ini akan berlangsung tidak lama lagi. Alalhu a'lam, mungkin dalam muktamar yang akan datang ini , akan bangkit isu ini semula atau disebabkan akan disebabkan oleh perwakilan dalam muktamar ini untuk menilai semula dari segi maslahah politik dan peranan PAS yang mungkin lebih luas dan lebih besar yg boleh dimainkan dalam konteks kesinambungan politik Melayu Islam dan juga untuk negara, Allahu a'lam.Sila klik di sini Harap korang ulang baca transkrip yang boldkan itu.



Bahawa jelas kerja-kerja khianat ini adalah kerja khianat mereka yang berada dalam MSU. Almarhum TGNA tidak menyedari komplot mereka ini.

Lantaran itu almarhum begitu marah apabila mengetahuinya lalu puak-puak ini bergegas berkunjung ke Kota Bharu untuk memujuk almarhum. Misi MSU memujuk almarhum TGNA di Kota Baru.

Di ketika inilah adegan peluk cium dahi dan tangan dilakonkan.... Ada kalangan ahli Majlis Syura telah dibeli oleh Umno melalui pemberian kontrek jutaan RM.

Cuba tanya Dato' Haron Din, apa kepentingan dia dengan Amona Group dan siapa pemiliknya? Dan tolong tanyakan lagi : Siapakah Ahli Majlis Syura yang telah mendapat kontrek lumayan menanam pokok Jati di sepanjang Highway persekutuan?

Tetapi apasal Nasharudin yang dikambing hitamkan? Ini buat Nasharudin sendiri turut tertanya-tanya.....

Bahawa gagasan tersebut masih berjalan walaupun Hj Hadi pada Muktamar ke-55 lalu telah menarik semula cadangan Unity Governmentnya itu.

Ok itu muqaddimah aku kali ni; seterusnya korang tolong amati penjelasan 'Kambing Hitam' MSu ini, melalui satu wawancara dengan Media TV3 .

Ust Nasha mendedahkan bahawa Majlis Syura ulama lah yang bertanggung jawab mengarahkan beliau dan dua lagi pemimpin PAS supaya mengadakan perbincangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ini dijalankan. Ikuti transkrip rakaman audio tersebut.

Wawancara Ust Nasha dengan Media TV3 [Saya nak tanya YB Ustaz, saya bercakap dgn kawan-kawan lain dalam PAS, kalau tak silap saya, beberapa pemimpin kanan PAS, diberi tugas khas untuk mencari titik-titik pertemuan antara PAS dgn Umno, kalau saya, sebagai orang Melayu Islam, saya melihat PAS dgn Umno ni, orang kata macam sepupu ajerr!

Jadi betul kerr ada pada masa itu, arahan meminta pemimpin tertinggi PAS cuba mencari titik-titik pertemuan dalam ..err dengan Umno; dan apakah Ustaz masa itu dipertanggungjawabkan?] 0.44 ~ Err…

Memang ada kata Datuk, keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama' errr Pusat yang bersidang pada 24 April 2008, yang telah memutuskan err… saya ingat lagi minitnya itu, yang telah memutuskan supaya PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, yang ketika itu adalah saya dan SETIAUSAHA AGONG, untuk err….

Mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik err… bagi membincangkan maslahah dan masa depan err… Islam dan , dan, dandan Orang Melayu! [Jadi bukan hanya dengan Umno lah?]

1:17 ~ Errr… Ya lah, topik atau minitnya menulis , dengan mana-mana parti politik untuk membincangkan maslahah orang Melayu dan Islam. Sudah tentulah kalau nak bincang tentang maslahah orang Melayu Islam ni,, takkan kita nak bincang dengan MCA. Takkan kita nak bincang dengan, dengan MIC! Sudah tentulah dengan Umno!

1:36~ Jadi, err… akur kepada arahan itu dan keputusan Majlis Syura Ulama itulah yang saya errr… menggerakan err… keputusan dan mengadakan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan err… Umno ketika itu, err… dengan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menterinya, dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menterinya…dan sebagainya…

[Jadi ia berlaku diperingkat yang paling tinggi, maknanya, harapan pada ketika itu, kalau boleh di peringkat atasan itu mencari titik-titik pertemuan, dengan harapan ia boleh turun dan boleh menjadi satu perkara yang boleh dilaksanakan.]

2:12 ~ Ya, yang dibincangkan di..diperingkat Majlis Syura Ulama pada ketika itu, melihat err… senario yang…yang jauh lebih jauh lebih luas daripada hanya bacaan politik jangka pendek. Tapi melihat kepada maslahah dan masa depan kepentingan Islam, kepentingan orang Melayu yang secara perlembagaannya adalah merupakan err…

Muslim, jadi melihat kepada kepentingan ini dengan perkembangan politik yang ketika itu memerlukan supaya suatu tindakan yang lebih errr….. agresif, kalau boleh saya gunakan perkataan itu, dan lebih komprehensif, demi menjamin masa depan errr… err.. tadi saya sebut tadi , masa depan Islam dan masa depan orang Melayu ~ tanpa menafikan err..kita realistik, bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk, kita tidak menafikan itu, tetapi sudah tentulah prioritinya adalah Islam dan orang Melayu. [Jadi dalam perbincangan itu, YB Ustaz nampak tak, tanda-tanda ataupun yang jelas menghala kepada perpaduan pada masa itu… nampak tak?]

3:16 ~ Tugas saya adalah untuk…untuk berbincang dan sudah tentulah keputusan itu bukan ditangan saya atau pun ditangan err … 3 orang yang telah diamanahkan untuk membuat sebarang keputusan. 3:25 ~

Tapi dalam siri-siri perbincangan itu, sudah adalah tanda-tanda kearah itu, tapi macam yang saya sebut tadilah, bila sampai ke satu perempat perjalanan…errr… timbul isu yang mengatakan bahawa agenda ini adalah agenda peribadi, yang tidak diketahui oleh umum, err… yang mengakibatkan err… berlaku u-turn errr… hasil daripada err… keputusan yang telah, telah telah dibuat itu! [Keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura?]

3:56 ~ Majlis Syura! [Majlis Syura yang menyuruh pemimpin kanan PAS, bertemu pemimpin kanan Umno!]

4: 01 ~ Yes! [Jadi….di mana timbulnya pada masa itu, kata-kata ada agenda perbadi ataupun, lari daripada tujuan asal?] 4: 12 ~ Soalan Datuk ni err… adalah soalan yang saya sendiri tidak fahami sehingga ke hari ini.

Saya…saya di … di buat tuduhan sedemikian, hinggalah ke hari ini, kerasa saya hanya melaksanakan tugas sebagai ahli Majlis Syura, ketika itu dan sebagai Timbalan Presiden , akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama, untk melaksanakan ianya.

4:31 ~ Tapi …ialah, kata arab, Qadarallahu ma sya' – takdir Allah Subhanahu wa ta'ala itu mesti dikehendaki sebagaimana yang … yang telah berlaku, berlakulah rentetannya yang bermula pada hari itu, sampai ke hari ini, bagi menjawab soalan , soalan Datuk yang awal tadi itu…

[Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu, usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?]

5:01 ~ Errr… saya err… [Sebagai orang yang ….] ~ Ya… […. dilihat, ataupun disebut orang yang tidak mengikut ajaran parti lah… Macamana Ustaz melihat perkara itu?]

5:11 ~ Err… Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, tapi, sebagai seorang Muslim, Datuk, sebagai seorang errr…orang Melayu, errr…rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang yang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan! Demi masa depan agama, demi masa depan bangsa!

5:37 ~ Tiada salahnya , saya berbangga dengan bangsa Melayu saya. Saya lahir sebagai seorang Melayu, apa salahnya saya berbangga dengan bangsa saya?

5: 46 ~ Rasulillah Salallahu 'alaihi wasallam juga berbangga dengan bangsa Quraisynya… sampai disebut dalam suatu hadis, pemimpin itu adalah daripada orang Quraisy ~ berbangga Rasulillah Salallahu 'alaihi wasallam dengan bangsa Quraisynya itu! 5:57 ~

Jadi saya sebagai seorang orang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, err… kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya' Allah, akan cuba kita gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …dan apa seperti yang Allah sebut , "Inna hadi ummatikum, ummatun wahidah" itu, Ini sesungguhnya adalah ummat kamu, ummat kamu yang satu, harus dijadikan satu agenda nasional, dan harus didukung oleh setiap mereka yang mengucap kalimah Laa ilaha illallah, Muhammadarrasu lullah…

[Mungkin Ustaz, saya bercakap dengan orang-oarang akademik dan orang biasa, tak kira samada di pejabat atau kami minum teh, mereka mengatakan, mungkin kejayaan pada masa itu sudah menunjukan tanda-tanda kejayaan, mungkin ada puak atau ada pihak yang tak mahu melihat benda itu berlaku…]

 6:51 ~ Mungkin! Errrr… saya tidak menolak kemungkinan tersebut yang mungkin… errr mereka juga ada agenda-agenda yang tersendiri… Tetapi saya rasa errr…payah juga untuk kita nak.. nak menerima err… penolakan daripada orang yang mengaku dirinya Muslim apatah lagi kalau ..kalau dia mengaku dirinya sebagai Melayu, untuk menolak kepada agenda perpaduan ummah in?

7:14 ~ Tidakkah errr… perpaduan itu, kesatuan itu dan err…wehdah itu merupakan kekuatan err.. untuk kita , kekuatan yang boleh kita jadikan teras untuk kita maju ke depan , majukan negara, majukan agama majukan bangsa ……

Tetapi kalau kita bercerai berai….saya sebut baru-baru ini di dalam satu temubual di sebuah rancangan teevee lain, errr… saya nyatakan, kita lihat perkembangan di Syria sekarang, atau di negeri Arab-Arab sekali…yang paling errr… dekat untuk lihat perkembangannya adalah di Syria.

7:48~ Sekarang ini sudah ada suara penyatuan selepas negaranya porak peranda, sudah dirobek sedemikian rupa , baru mengajak kepada perpaduan. 8:01 ~

Saya lontarkan soalan, adakah dalam konteks Malaysia juga kita nak tunggu sampai sudah berkecai, sudah porak peranda, baru nak diajak kepada perpaduan?

Sedangkan kita sebagai sebuah model sebuah negara Islam, kita sebagai sebuah negara yang cukup moderate, sebuah negara menjadi model kepada dunia di luar sana, khasnya dunia Islam, saya rasa tak perlu tunggu sampai..sampai dah .. dah pecah err sampai dah bertaburan baru nak mengajak kepada perpaduan.Kita ada kekuatan yang boleh mengajak kePER …

PERADUAN pada hari ini. Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO Selama ini, geng UG menafikan adanya agenda ini. Mereka kata kitaorang tak faham idea UG yang Haji Hadi lontarkan.

Haji Hadi sendiri bilang korang ahli-ahli PAS dan kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun tak faham sebab malas baca buku dan tak faham istilah-istilah politik….konon!

Jelas apa yang Nasharudin cakapkan itu tiada kaitannya dengan versi Unity Government yang Haji Hadi cakap bahawa orang PAS dan pemimpin PAS yang lain tidak tahu dan hanya buat tuduhan melulu dan bersangka buruk dan jahat! Nah!

Sekarang siapa yang buruk dan jahat? Nasharudin tidak menyentuh langsung pasal kerajaan perpaduan dengan Pakatan Rakyat , tetapi dia hanya sebut penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, Melayu Islam, Melayu Islam…

 http://alhusseyn51.blogspot.com/

 

Apa Muslihat BN Tidak Mahu Bertanding Di DUN Chempaka ??

Posted: 16 Feb 2015 07:15 AM PST

Cubaan BN tabur budi di Chempaka, raih simpati di Permatang Pauh dah gagal ke nih?

Kata Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli "Saya tak mahu kata mereka (pemimpin BN) takut, tapi saya tak pasti apa motifnya (tak mahu tanding),"..

Motifnya UMNO disarankan beberapa pemimpin UMNO supaya tidak bertanding di DUN Chempaka, orang kata ialah cubaan menabur budi..

Tabur budi di DUN Chempaka, raih simpati di Permatang Pauh..

Kononnya dengan tidak bertanding di DUN Chempaka, UMNO membuktikan kepada penyokong PAS mereka amat menghormati dan menyayangi TG Nik Aziz..

Sedangkan semasa hayat TG Nik Aziz, apa sumpah seranah dan fitnah yang tak dilontarkan kepada Allahyarham, baik oleh pemimpin mahupun macai?

Jadi tindakan tidak bertanding di DUN tersebut kemudiannya akan dimanipulasi oleh perayu-perayu undi BN di Permatang Pauh..

Ianya akan digunakan sebaik mungkin bagi meraih simpati dari ahli-ahli atau penyokong-penyokong PAS yang menjadi antara 72,900 pengundi di Permatang Pauh.

Sikit sebanyak pasti akan ada yang terpengaruh dengan taktik mereka itu..

BN dipercayai yakin strategi ini akan membantu mereka kerana pada PRU13 yang lalu dengan meletakkan bekas ahli PAS yang pernah menerajui Jentera Pilihanraya PAS Negeri selama dua penggal, mereka berjaya mengurangkan majoriti di Permatang Pauh.

Sebabnya ada saluran pengundi yang selama ini memberikan kemenangan kepada PR, tiba-tiba dimenangi oleh BN..

"Score sheet menjadi bukti... "


Laporan berkaitan..

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli menyindir pemimpin parti lawan yang mahu BN tidak bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dikosongkan Datuk Nik Aziz Nik Mat atas alasan menghormati allahyarham. 
Katanya, jika benar pertimbangan itu, sudah tentu BN tidak cuba merebut DUN Chempaka dalam pilihan raya umum sebelum ini. 
"Kalau hormati Tok Guru (Nik Aziz), pilihan raya umum yang lepas mereka tak patut bertanding. 
"Saya tak mahu kata mereka (pemimpin BN) takut, tapi saya tak pasti apa motifnya (tak mahu tanding)," katanya sambil mengingatkan Nik Aziz bertanding di kawasan itu sejak 1967 lagi. 
Bercakap dalam sidang media hari ini beliau juga menyampai mesej 'khas' kepada BN:
"Kita jumpa di DUN Chempaka dan Permatang Pauh". 
Hatta berkata BN perlu memberi alasan konsisten dengan sebelum ini. 
"Kalau mereka rasa tak perlu tanding di Chempaka, saya raya mereka harus memikirkan (berbuat begitu) untuk Permatang Pauh. Buat keputusan yang konsisten," katanya. 
Pulihkan negeri 
Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamad dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan supaya BN tidak menyertai pilihan raya DUN Chempaka. 
Ia antaranya bagi menjaga hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri demi memulihkan negeri itu akibat banjir besar Disember lalu. 
Pada pilihan raya umum lalu, Nik Aziz menang di kerusi Chempaka dengan majoriti 6,500 undi. Mursyidul am PAS itu mendapat 12,310 undi, manakala calon BN Wan Razman Wan Abd Razak memperolehi 5,810 undi. 
Mengulas lanjut, Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS berkata Pakatan Rakyat akan memutuskan calon yang terbaik bagi kedua-dua kerusi bagi kawasan yang terlibat dan enggan membuat spekulasi Nurul Nuha Anwar akan mempertahankan kubu kuat di Permatang Pauh. 
"Saya tidak mahu membuat spekulasi siapa calonnya (di Permatang Pauh)," kata Dr Hatta yang juga MP Kuala Krai. 
"Bila sampai pilihan raya nanti, kita akan bantu. Kita akan pastikan pengundi memberi sokongan penuh kepada calon PKR bagi memastkn kerusi itu kekal milik Pakatan Rakyat," katanya lapor Malaysiakini

Anwar Akan Dibawa Keluar Penjara Esok...???

Posted: 16 Feb 2015 06:30 AM PST

 
Monday, 16 February 2015.  Anwar Akan Dibawa Keluar Penjara Esok...???  PKR menggesa orang ramai berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur esok bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibawa keluar sebentar daripada penjara ke tempat itu.  Anwar dijadual akan dibawa untuk prosiding kes saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada jam 8.30 pagi.  Dipetik dari - mkini  Abd Ghani B.Hashib  Mafiaboss Melayu  Megat Farish  Salida Binti Hamzah  Durian Desa  Rosdy Hj Abdullah  Yazid Yunus Sbc  Zaki Zahari  Zahar Jaa  Anas Mustapha  Raynol Nol Dayang Zai  Uzair Yunus  Yusoff Ibrahim  Kiyai Reformis  Intan Mazura  Ismaily Bungsu C  Jane JR Jerome  Johari Abu Bakar  Jones Jangkat  Li Daging Idah Puteri Panda  Liza Dingle  Miz Suarez  Ad Fadhil Hj Daud Azman Daud Azmandaud  Azman KP  Faisal Chal Saad  Md Ali Safudin Mustapha  Watashi No Sakura  Ani Ismail Norarich Norarich  Nora Pasadenia   Nora Aini Mohd Zain  Musaffir Samudera  Dima Ahmy  Zubir Abdullah  Zul Chepor  Faisal Juhari  Rock LeeTwo  Keluang Lee Gunasahkeren Suppiah  Anthony Joseph PKR menggesa orang ramai berkumpul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur esok bagi menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan dibawa keluar sebentar daripada penjara ke tempat itu.

Anwar dijadual akan dibawa untuk prosiding kes saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada jam 8.30 pagi.


Dipetik dari - mkini 

CJ mahu tindakan pada komen buruk

Posted: 16 Feb 2015 05:45 AM PST

 
 
Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria menggesa masyarakat umum agar tidak mengkritik badan kehakiman melalui media sosial kerana tindakan itu akan menghakis keyakinan ke atas badan itu.

Katanya, beliau mengesan banyak komen buruk ke atas badan kehakiman di media tersebut.

Hakim Ariffin juga menegaskan bahawa badan kehakiman yang bebas merupakan perkara paling penting dalam pentadbiran negara.

Katanya lagi, perdana menteri telahpun diminta untuk menjamin perkara itu melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

"Kritikan yang tidak berasas ini mencemarkan institusi kehakiman.

"Mahkamah memandang serius tindakan ini – yang akan menjejaskan maruah dan integriti mahkamah – dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," kata Hakim Ariffin.

Beliau berucap dalam satu majlis pelantikan empat orang hakim di Istana Kehakiman hari ini.
 
 
Malaysiakini

'Saya tidak cabut sewaktu Anwar kecam hakim'

Posted: 16 Feb 2015 05:00 AM PST

 
 
Barisan hakim kes liwat "tidak cabut" sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam mereka tetapi hanya menangguhkan prosiding rayuan, jelas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini.

Ketua hakim menambah, beliau tidak mendengar kecaman Anwar sewaktu berkata mereka "menyembah tuan politik" selepas mendapati  tokoh pembangkang itu bersalah.

"Saya tidak cabut (melarikan diri)," katanya di Putrajaya. Tambahnya, beliau menangguhkan prosiding untuk menenangkan keadaan.

Hakim Arifin juga berkata beliau tidak tersinggung dengan kecaman tokoh PKR itu.
 
 
Malaysiakini

PROJEK YANG BIKIN LIM GUAN ENG HANGIN SATU BADAN AKHIRNYA BATAL

Posted: 16 Feb 2015 04:15 AM PST

Setelah berhari-hari dirundung kesedihan kerana pemergian Tuan Guru Nik Aziz yang dihormati, hari ini keluar berita yang buat Yong senyum.

BERITA GEMBIRA (THE STAR)

Akhirnya projek yang buat DAP marah sangat kepada Khalid Ibrahim dibatalkan.

Ingat lagi tak? Ustaz Nasarudin Hassan pernah membandingkan projek ini dengan projek laluan bawah laut Lim Guan Eng di Pulau Pinang dalam usahanya membela Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Kata Ustaz Nasaruddin, projek KIDEX itu bukan di bawah kuasa Khalid Ibrahim. Baca kenyataan (b) dan kenyataan (4) dalam petikan di bawah:

APA BEZA DENGAN PENANG TUNNEL? (SINAR HARIAN)

Lim Guan Eng kemudiannya naik angin dengan tulisan Ustaz Nasaruddin Hassan.
Semua itu dah jadi sejarah.

Tapi sekarang Azmin Ali batalkan projek itu.

Err...adakah ini maknanya projek itu sebenarnya di bawah kuasa Azmin Ali walaupun yang jadi Menteri Besar ketika itu ialah Khalid Ibrahim? 

Kahkahkah...!

KIDEX ni sebeanrnya projek siapa? Baca di sini kalau masih belum tahu.

Hari ini juga, gerombolan yang terlibat memberi projek kata Selangor tiada hak batalkan projek. Alasannya bidang kuasa Kerajaan Selangor hanyalah meluluskan tanah untuk projek pembangunan. 

TIADA HAK? (THE STAR)

Tuan tanah tiada hak batalkan projek? Tuan tanah tiada hak buat keputusan itu walaupuan pihak yang diberi projek gagal dalam melaksanakan syarat-syarat yang ditetapkan? Ini undang-undang rimba mana?

Wey, kalau tuan tanah tak bagi tanah, projek KIDEX nak lalu ikut mana?
I rest my case, my lord.


Tangkaplah saya kalau boleh ??? Posted by Admin

Posted: 16 Feb 2015 03:30 AM PST

 
 
KUALA LUMPUR: Seorang aktivis Sabah yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia, tidak berhasrat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut yang dikenakan ke atasnya.

Memetik laporanThe Star, Doris Jones berkata tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh pihak polis Malaysia pada Rabu.

Waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menamakan Doris Yapp Kim Youn sebagai suspek, namun dia memperkenalkan dirinya sebagai "Doris Jones" apabila menghubungi akhbar itu.

"Saya Doris Jones," katanya apabila ditanya jika dia ialah Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, suspek yang dinamakan dalam waran tangkap itu.

Beliau juga memberitahu akhbar harian itu bahawa terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya, namun enggan mendedahkan lokasi di mana dia berada.

"Mereka boleh cuba untuk tangkap saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah atau mungkin lebih Australia. Mereka boleh cuba.

"Saya tidak fikir Malaysia ada perjanjian ekstradisi dengan EU," kata aktivis berusia 46 tahun itu.



Warta Kerajaan

Agaknya apa percakapan Najib - Tengku Razaleigh 45 minit di udara?

Posted: 16 Feb 2015 04:12 AM PST

Ramai yang tidak tahu Jumaat lepas Perdana Menteri Mohd Najib Razak terbang untuk menghadiri pengembumian Tokguru Nik Aziz bersama Tengku Razaleigh Hamzah. 

Jarang atau boleh dikatakan tidak ada kesempatan itu sama sekali untuk mereka berdua berada dalam satu pesawat. 

Walaupun atas kapal terbang itu ada beberapa menteri lain, tetapi ia bolehlah disifatkan penerbangan eksklusif mereka berdua.


Mungkin kejadian ini tidak mendapat perhatian dan sorotan meluas media massa kerana semua orang menumpukan kepada apa yang ada atau berlaku di Pulau Melaka. 
Media massa mungkin juga tidak sempat menghidu kerana peristiwa pengembumian Tokguru Nik Aziz itu lebih penting dan bermakna daripada apa-apa peristiwa lain pada hari itu.

Justeru tidak ada media massa memberi sorotan dan liputan penerbangan bersama mereka itu. Najib dan Tengku Razaleigh boleh disifatkan sebagai anak dengan bapa, atau pun murid dengan guru. 

Kerana Tengku Razaleigh lah orang diamanahkan Tun Razak Hussein mendidik dan mengajar Najib bermain politik dan juga berniaga.

Semasa Tengku Razaleigh menjadi pengerusi Petronas, beliau telah mengambil Najib dan meletakkan Najib menjadi salah seorang pegawai muda di syarikat nasional itu dalam masa sama juga diharap menjadi ahli politik.


Jadi apabila mereka tiba-tiba terbang bersama untuk menziarahi jenazah Allahyarham Nik Aziz ia sesuatu mengejutkan. Apakah Tengku Razaleigh tidak mampu untuk menyewa pesawat sendiri untuk ke Kota Bharu? 


Dan bukankah pesawat dinaiki Najib itu adalah pesawat rasmi perdana menteri?

Bagi saya ada maksud lain kenapa mereka berdua terbang bersama. Apa lagi ikut serta ialah Setiausaha Agung Umno Malaysia Teuku Adnan Mansor dan Mustapa Mohamed Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.


Apakah penerbangan itu bersekali dengan satu mesyuarat rengkas di antara mereka berempat? 


Khabarnya pada hari mereka ke Kota Bharu itu mereka berdua akan mengadakan satu pertemuan di Kuala Lumpur. 

Pertemuan itu katanya penting untuk masa depan negara dan juga ada kena mengena dengan perkembangan dalam Umno.

Tidak berani untuk dikatakan pertemuan itu atas kehendak Najib yang kini sedang diancam oleh Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin. Apakah pertemuan itu bagi membincangkan hal itu dan Tengku Razaleigh diminta membantunya?


Atau penerbangan itu kebetulan sahaja tanpa dirancang sedemikian rupa dan ia peristiwa biasa?


Dalam pada itu khabarnya yang beriya untuk mengajak (menanti) Tengku Razaleigh terbang bersamanya ialah Najib. 


Penerbangan itu katanya lewat selama hampir setengah jam dan menyebabkan Najib terpaksa menanti Tengku Razaleigh.

Situasi ini memperlihatkan penerbangan ke Kota Bharu itu penting sehinggakan Najib sanggup lewat kerana menunggu Tengku Razaleigh.


Agak-agaknya apakah perbincangan dan perbualan antara Najib dengan Tengku Razaleigh selama 45 minit dalam penerbangan ke Kota Bharu itu. 


Juga apakah merekan juga terbang pulang bersama dan memberi 45 minit lagi masa untuk mereka berbincang.

Kalau pun mereka memperihalkan atau mengenangkan Allahyarham Nik Aziz masakan ia memakan masa panjang. Ataupun mereka membincangkan soal Anwar Ibrahim yang kini diringkukkan dalam penjara. 

Pun kalau ia, takkan sampai 45 minit. Atau pun mereka sendiri merumuskan satu formula untuk mengatasi masalah ekonomi negara yang mengecut sekarang ini?

Moleklah kalau Najib mulai nampak kebolehan dan peranan Tengku Razaleigh untuk membantunya dalam menghadapi masalah ekonomi yang dipikul negara kini. 

Sudah lama ahli Umno bawahan mahu melihat Najib menjalinkan kerjasama atau meminta tunjuk ajar dan khidmat nasihat daripada orang seperti Tengku Razaleigh Hamzah itu.

Kalau Najib mempunyai nawaitu lebih jauh daripada itu mencari penggantinya, Tengku Razaleigh adalah sosoknya. 

 
Pemilihan Tengku Razaleigh boleh menyelesaikan perebutan antara dua kem dalam Umno kini yang cuba mencuri tempat untuk mengganti dan menengkis Najib. [wm.kl.2:08 pm 16/02/15]

SYABAS & TAHNIAH YAB AZMIN ALI - BN Terkedu Dengan Tindakan Azmin Ali?

Posted: 16 Feb 2015 02:00 AM PST

 
Kerajaan Selangor membatalkan Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang mencetuskan kontroversi sebelum ini.Menteri Besar Azmin Ali berkata ia dibatalkan kerana syarikat konsesi gagal memenuhi syarat ditetapkan dalam tempohnya.


Kidex adalah projek lebuh raya termahal yang pernah dicadangkan, kira-kira RM148 juta bagi setiap kilometer.


Projek sepanjang 14.9 kilometer, yang sepenuhnya dibina secara jejambat (fully elevated), menghubungkan Damansara di utara dengan Bandar Kinrara di selatan. Ia memakan kos sebanyak RM2.2 bilion.

Projek ini sejak dari awal mendapat bantahan penduduk di laluannya dan bantahan ini turut disokong oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.


Kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh menteri besar seperti berikut:

Kerajaan Selangor mengamalkan pendekatan mengambil kira pandangan orang ramai dalam menentukan kelulusan sesebuah projek agar ia membawa manfaat menyeluruh.

Selain daripada pembangunan ekonomi, pentadbiran Selangor turut menitikberatkan sumbangan sosial dan manusiawi dalam setiap projek yang diluluskan. Dasar pembangunan berkualiti, rakyat dipeduli akan menjadi teras dalam setiap pembangunan di Selangor.

Pertikaian mengenai kelulusan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebelum ini banyak berkisar kepada persoalan-persoalan ini.

Kerajaan negeri telah menggunapakai maklum balas orang ramai yang terbabit untuk menetapkan syarat-syarat khusus yang perlu dipatuhi.

Kerajaan negeri juga berpendirian bahawa pembinaan lebuhraya dalam negeri Selangor perlulah bermanfaat bukan sahaja kepada pengguna lebuhraya tetapi juga dinikmati oleh penduduk di mana lebuhraya itu dibina.

Pendirian ini telah diluluskan dalam pembentangan belanjawan Selangor 2015 di persidangan Dewan Negeri Selangor pada 24 November 2014.

Justeru, pihak konsesi Kidex perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Menyediakan Penilaian Impak Lalulintas (Traffic Impact Assessment) yang bebas, Penilaian Impak Sosial (Social Impact Assessment) dan Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment).

Kajian-kajian ini perlu membuktikan manfaat yang ternyata kepada pihak pengguna dan penduduk kawasan yang terlibat setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuhraya tersebut.

2. Mendedahkan kadar tol sepanjang tempoh konsesi termasuk segala kenaikan tol yang ditetapkan dalam konsesi. Pihak konsesi perlu memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan (rate of return to investment).

3. Mendedahkan perjanjian konsesi sepenuhnya untuk mematuhi dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menegaskan ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Kerajaan negeri telah memaklumkan kepada Kidex untuk mematuhi syarat-syarat ini sebelum 14 Februari 2015.

Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh Kidex setelah tempoh masanya tamat, maka kerajaan Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

Pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya-lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa kerajaan Selangor.



Sumber

[Video] Berbeza Agama Rinto-Lily Kekal Hingga Akhir Hayat

Posted: 16 Feb 2015 01:15 AM PST




JAKARTA: Perbezaan agama antara seniman Rinto Harahap dan isterinya, Lily Kuslolita tidak menghalang pasangan itu untuk kekal bersama sejak berumah tangga hingga ke akhir hayat.

Justeru, ketika jenazah Rinto terbaring di dalam keranda, isterinya tanpa teragak-agak melakukan solat di sisi.

Rinto lahir di Sibolga, Sumatera Utara pada Mac 1949 dan pernah popular sebagai pemuzik, penyanyi dan pencipta lagu.

Mendiang adalah seorang daripada anggota kumpulan pop The Mercy's yang terkenal di Indonesia dan Malaysia pada 1970-an.

Dia meninggal dunia di Singapura akibat barah tulang pada 9 Februari lalu. Rinto berusia 65 tahun.

Sepanjang hidupnya, dia kekal beragama Kristian Protestan, manakala Lily beragama Islam.

Hasil perkahwinan beza agama itu, mereka dikurniai tiga orang anak, iaitu Cindy Claudia Harahap, Ratna Harahap dan Astri Maria Harahap.

Media Indonesia melaporkan, Lily lengkap bertelekung melakukan solat di sebelah jenazah Rinto sebelum dikebumikan menurut kepercayaan Kristian di Tanah Perkuburan Kampung Kandang.

Menurut media, anak pasangan itu, Cindy memeluk Islam ketika menuntut di Australia pada 1991.

Jenazah pencipta lagu Gelas-Gelas Kaca itu tiba di Indonesia pada malam Selasa. -Mstar/12/2/15

Nurul Izzah tolak kemungkinan adiknya bertanding pilihan raya

Posted: 16 Feb 2015 12:37 AM PST


 
CHERAS: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menolak kemungkinan ada daripada kalangan adiknya akan bertanding pada pilihan raya.

Beliau mengulas khabar angin yang mengatakan adiknya Nurul Nuha Anwar akan bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh yang telah kosong berikutan pemenjaraan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Media bertanya, 'adik mana yang akan bertanding kali ini? Saya tanya, jika anda berada di tempat kami, anda tidak akan bertanding di pilihan raya yang diadakan di Malaysia.

"Padang tak sama rata, media tidak bebas. Mungkin mediaonlineberikan liputan, tetapi bagaimana dengan media arus perdana?" katanya di hadapan kira-kira 250 pengunjung ceramah 'Solidariti Bersama Anwar' pada Ahad.

Dalam pada itu, katanya kesemua parti dalam Pakatan Rakyat harus bersatu jika mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita harus bersama…. Keadilan, DAP, PAS. Kita bodoh jika tidak faham bahawa satu-satunya cara untuk kita berjaya pada pilihan raya umum akan datang hanyalah jika kita kekal kuat dan bersatu sebagai sebuah pakatan," tegas ahli parlimen Lembah Pantai itu pada ucapan tersebut.

Selain itu, Nurul Izzah turut memaklumkan bahawa pihak peguamnya akan menghantar laporan perubatan Anwar hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut di mana dan kepada siapa laporan berkenaan akan diserahkan.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang memaklumkan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan masa depan pakatan tersebut pada mesyuarat akan datang.

"Kita akan bincang berdasarkan rangka dasar bersama dan prinsip konsensus bahawa kesemua perkara harus mendapat persetujuan ketiga-tiga parti," katanya.

Tambah beliau, perancangan itu akan menjangkau sehingga lapan tahun dengan mengambil kira program untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang berkemungkinan akan diadakan tiga tahun lagi, berserta perancangan lima tahun selepas pilihan raya tersebut.

Selepas pemenjaraan Anwar pada 10 Februari lalu, ramai pemerhati politik melihat anak kedua Anwar, Nurul Nuha mula diketengahkan bagi meneruskan perjuangan politik keluarganya di Permatang Pauh.

Bagaimanapun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menafikan desas-desus tersebut.

Beliau sebaliknya mendakwa Nurul Nuha hanya berkempen untuk pembebasan bapanya dan menafikan ia adalah langkah pertama Nurul Nuha untuk menceburi politik dalam pilihan raya kecil itu nanti.


Kerajaan Rakyat

Pelan 8 tahun satukan Pakatan, bebaskan Anwar

Posted: 15 Feb 2015 11:30 PM PST


Zack Ahmad's photo. OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 16 February 2015.

Lim Kit Siang, berucap di program 'Solidariti Anwar' di Balakong semalam, berkata Pakatan Rakyat perlu kembali kepada dasar asas sebagai faktor penyatuan diamalkan gabungan itu sejak penubuhannya pada 2008.

Lim Kit Siang, berucap di program 'Solidariti Anwar' di Balakong semalam, berkata Pakatan Rakyat perlu kembali kepada dasar asas sebagai faktor penyatuan diamalkan gabungan itu sejak penubuhannya pada 2008

Mengakui krisis Pakatan Rakyat (PR) antara terburuk pernah berlaku sejak penubuhannya, Lim Kit Siang berkata bakal melaksanakan "pelan lapan tahun " sebagai usaha menangani kemelut yang berlaku di antara parti komponen gabungan itu.

Lim berkata pelaksanaan "pelan lapan tahun PR" dilihat sebagai langkah mengukuhkan kembali hubungan PKR, DAP dan PAS seterusnya memenangi pilihan raya umum akan datang dan mentadbir Putrajaya.

"Memang kita akui PR mengalami krisis, mungkin yang terburuk dalam enam tujuh tahun penubuhannya," kata Lim ketika berucap pada ceramah "Soladariti Anwar" di Balakong, Selangor malam tadi.

Lim berkata, PR perlu kembali kepada dua dasar asas dilihat sebagai faktor penyatuan yang diamalkan gabungan parti itu sejak penubuhannya pada 2008.

"Cadangan pelan lapan tahun melibatkan dua perkara: pertama, persetujuan ketiga-tiga parti gabungan terhadap kerangka polisi yang dibentuk supaya sokongan itu berterusan meskipun berlainan idealogi," katanya ketika ditemui pemberita.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, dasar kedua adalah mengadakan konsensus berdasarkan pembuat keputusan dan sebarang polisi baharu perlu dipersetujui ketiga-tiga parti gabungan.

PR berdepan kemelut politik dalaman dan ia bertambah meruncing selepas keputusan mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kemelut politik dalaman PR mula meruncing sejak krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Lim, melalui dasar itu, ketidaksefahaman di antara PR dalam beberapa isu akan selesai, meskipun tidak menyatakan secara langsung bagaimana pelaksananaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di antara isu yang seringkali didebatkan PAS dan DAP.

"Pelan ini bagi memastikan kelangsungan PR dan mengalahkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum dan untuk menyelamatkan Anwar."

Katanya, cadangan tersebut bakal dibentang pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang meskipun tidak ditetapkan tarikhnya lagi.

Program Soladariti Anwar dianjurkan DAP yang turut menampilkan beberapa pimpinan PR lain seperti Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming dan Ahli Jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Anak Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan Nurul Nuha juga dijemput berucap.
Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said membacakan puisi pada program solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Balakong, semalam.

Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said membacakan puisi pada program solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Balakong, semalam.

Zack Ahmad's photo.

Program dihadiri kira-kira 300 hadirin turut menampilkan Sasterwan Negara Datuk A. Samad Said yang membacakan puisinya.

Lim juga mempersoalkan saranan pemimpin Umno supaya tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau mereka kata betul kerana ingin tidak menjejaskan usaha pasca banjir mereka sepatutnya tidak bertanding bukan sahaja di DUN Chempaka, malah kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Zack Ahmad's photo.

Sementara itu, Nurul Izzah membayangkan PKR tidak meletakkan adiknya Nurul Nuha sebagai calon kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Media bertanya, 'adik mana yang akan bertanding kali ini?' Saya tanya, jika anda berada di tempat kami anda tidak akan bertanding di pilihan raya yang diadakan di Malaysia.

"Padang tak sama rata, media tidak bebas. Mungkin media online berikan liputan tetapi bagaimana media arus perdana?" soalnya.

Nurul Izzah yang ditemui pemberita selepas program tersebut turut berkata keluarganya akan menghantar laporan perubatan Anwar kepada peguam hari ini. – 16 Februari, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.