Nuffnang

Pengikut

ZAKRI ALI

0
sumber :-

ZAKRI ALI


Gani perlu gugurkan Shafee sebagai pendakwa raya, kata bekas peguam negara OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 15 Feb 2015 10:45 PM PST


Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah muktamad dan ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak perlu mengulas lagi.

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah muktamad dan ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak perlu mengulas lagi.

Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mempertimbangkan pengguguran peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya, ekoran sabitan hukuman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman.

Abu Talib yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata keputusan sebulat suara panel hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar pada 10 Februari lalu adalah muktamad dan komen lanjut tidak wajar dibuat.

"Mungkin sudah tiba masanya peguam negara (Gani) batalkan pelantikan Shafee kerana sebarang komen lanjut tidak diperlukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Abu Talib berkata, keadilan sudah diberikan kepada tertuduh, Saiful dan juga masyarakat ekoran keputusan mahkamah tertinggi itu.

"Ulasan lanjut yang dibuat Shafee akan menimbulkan persepsi Anwar didakwa atas sebab politik dan ini tidak benar," katanya.

Katanya, kes ini perlu dilihat seperti kes jenayah lain.

Talib berkata, Anwar diadili mengikut prosedur dan hukum perundangan yang sesuai selain diberikan peluang membela diri.

"Beliau diwakili kira-kira 20 peguam yang cekap," katanya.

Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan media menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sabitan bersalah Liwat II menerima kritikan pelbagai pihak.


Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan media menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sabitan bersalah Liwat II menerima kritikan pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Februari, 2015.Shafee, yang pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik Gani pada 11 Julai mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II.

Anwar bebas daripada dakwaan Mahkamah Tinggi pada awal 2012 dan pasukan pendakwa ketika itu diketuai peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu mengenepikan keputusan itu, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.

Disebabkan tarikh awal persaraan Yusof, Shafee diberi peluang mengetuai pendakwaan.

Anwar pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya.

DAP semalam menggesa Gani menyatakan sama ada Pejabat Peguam Negara membiarkan serangan dan kritikan terhadap pesalah, ekoran kritikan Shafee terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pengerusi Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihati Shafee supaya tidak membuat sebarang komen atau kritikan terhadap Anwar.

Katanya, tindakan Shafee itu mencalar imej Pejabat Peguam Negara.

Shafee dibidas beberapa peguam apabila menyatakan Anwar cuba menyembunyikan sesuatu kerana enggan memberi keterangan di kandang saksi, sebaliknya hanya berbuat demikian dalam kandang tertuduh .




Anwar menyenaraikan 13 saksi termasuk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi peguamnya semasa perbicaraan membuat keputusan tidak menggunakannya sebagai pembelaan atas alasan kemungkinan ada antara mereka diganggu.

"Saya rasa dia boleh pengsan dalam kandang saksi kerana tidak mampu menjelaskan banyak perkara, seperti kenapa dia senaraikan saksinya sebagai alibi dan kemudian tarik balik," kata Shafee dipetik laporan News Straits Times pada Jumaat lalu.

Shafee menyeru orang awam merujuk penghakiman bertulis yang disiarkan dalam laman web kehakiman bagi memahami bagaimana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, mengatakan semuanya berdasarkan fakta dan bukan pendapat yang direka pembangkang dan Majlis Peguam.

Shafee juga mencabar mana-mana pihak yang mahu membahaskan keputusan hakim, sambil berkata beliau sudah melakukan yang terbaik menyabitkan Anwar dengan niat yang jujur dan yakin sepenuhnya ketua umum PKR itu benar-benar bersalah.

Beliau juga dilaporkan sanggup bersumpah di tanah suci Mekah bagi membuktikan Anwar bersalah, katanya dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini.

Khamis lalu, bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga berkata tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan.

Peguam Ramkarpal Singh juga membidas Shafee kerana cuba mengelirukan orang ramai dengan berkata mendiang Karpal Singh pernah menuduh Anwar mengamalkan seks songsang pada tahun 1997. – 16 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Gani perlu gugurkan Shafee sebagai pendakwa raya, kata bekas peguam negara

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah muktamad dan ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak perlu mengulas lagi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2015.Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah muktamad dan ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak perlu mengulas lagi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2015.Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mempertimbangkan pengguguran peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya, ekoran sabitan hukuman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
Abu Talib yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata keputusan sebulat suara panel hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar pada 10 Februari lalu adalah muktamad dan komen lanjut tidak wajar dibuat.
"Mungkin sudah tiba masanya peguam negara (Gani) batalkan pelantikan Shafee kerana sebarang komen lanjut tidak diperlukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Abu Talib berkata, keadilan sudah diberikan kepada tertuduh, Saiful dan juga masyarakat ekoran keputusan mahkamah tertinggi itu. "Ulasan lanjut yang dibuat Shafee akan menimbulkan persepsi Anwar didakwa atas sebab politik dan ini tidak benar," katanya.
Katanya, kes ini perlu dilihat seperti kes jenayah lain.
Talib berkata, Anwar diadili mengikut prosedur dan hukum perundangan yang sesuai selain diberikan peluang membela diri.
"Beliau diwakili kira-kira 20 peguam yang cekap," katanya.
Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan media menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sabitan bersalah Liwat II menerima kritikan pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Februari, 2015.Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan media menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sabitan bersalah Liwat II menerima kritikan pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Februari, 2015.Shafee, yang pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik Gani pada 11 Julai mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II.
Anwar bebas daripada dakwaan Mahkamah Tinggi pada awal 2012 dan pasukan pendakwa ketika itu diketuai peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu mengenepikan keputusan itu, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Disebabkan tarikh awal persaraan Yusof, Shafee diberi peluang mengetuai pendakwaan.
Anwar pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya.
DAP semalam menggesa Gani menyatakan sama ada Pejabat Peguam Negara membiarkan serangan dan kritikan terhadap pesalah, ekoran kritikan Shafee terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pengerusi Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihati Shafee supaya tidak membuat sebarang komen atau kritikan terhadap Anwar.
Katanya, tindakan Shafee itu mencalar imej Pejabat Peguam Negara.
Shafee dibidas beberapa peguam apabila menyatakan Anwar cuba menyembunyikan sesuatu kerana enggan memberi keterangan di kandang saksi, sebaliknya hanya berbuat demikian dalam kandang tertuduh .
Anwar menyenaraikan 13 saksi termasuk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi peguamnya semasa perbicaraan membuat keputusan tidak menggunakannya sebagai pembelaan atas alasan kemungkinan ada antara mereka diganggu.
"Saya rasa dia boleh pengsan dalam kandang saksi kerana tidak mampu menjelaskan banyak perkara, seperti kenapa dia senaraikan saksinya sebagai alibi dan kemudian tarik balik," kata Shafee dipetik laporan News Straits Times pada Jumaat lalu.
Shafee menyeru orang awam merujuk penghakiman bertulis yang disiarkan dalam laman web kehakiman bagi memahami bagaimana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, mengatakan semuanya berdasarkan fakta dan bukan pendapat yang direka pembangkang dan Majlis Peguam.
Shafee juga mencabar mana-mana pihak yang mahu membahaskan keputusan hakim, sambil berkata beliau sudah melakukan yang terbaik menyabitkan Anwar dengan niat yang jujur dan yakin sepenuhnya ketua umum PKR itu benar-benar bersalah.
Beliau juga dilaporkan sanggup bersumpah di tanah suci Mekah bagi membuktikan Anwar bersalah, katanya dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini.
Khamis lalu, bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga berkata tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan.
Peguam Ramkarpal Singh juga membidas Shafee kerana cuba mengelirukan orang ramai dengan berkata mendiang Karpal Singh pernah menuduh Anwar mengamalkan seks songsang pada tahun 1997. – 16 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gani-perlu-gugurkan-shafee-sebagai-pendakwa-raya-kata-bekas-peguam-negara#sthash.O1nN0yha.dpuf

Gani perlu gugurkan Shafee sebagai pendakwa raya, kata bekas peguam negara

Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah muktamad dan ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak perlu mengulas lagi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2015.Bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata keputusan kes Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah muktamad dan ketua pendakwa raya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak perlu mengulas lagi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Februari, 2015.Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mempertimbangkan pengguguran peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwa raya, ekoran sabitan hukuman melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
Abu Talib yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata keputusan sebulat suara panel hakim Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar pada 10 Februari lalu adalah muktamad dan komen lanjut tidak wajar dibuat.
"Mungkin sudah tiba masanya peguam negara (Gani) batalkan pelantikan Shafee kerana sebarang komen lanjut tidak diperlukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Abu Talib berkata, keadilan sudah diberikan kepada tertuduh, Saiful dan juga masyarakat ekoran keputusan mahkamah tertinggi itu. "Ulasan lanjut yang dibuat Shafee akan menimbulkan persepsi Anwar didakwa atas sebab politik dan ini tidak benar," katanya.
Katanya, kes ini perlu dilihat seperti kes jenayah lain.
Talib berkata, Anwar diadili mengikut prosedur dan hukum perundangan yang sesuai selain diberikan peluang membela diri.
"Beliau diwakili kira-kira 20 peguam yang cekap," katanya.
Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan media menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sabitan bersalah Liwat II menerima kritikan pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Februari, 2015.Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan media menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sabitan bersalah Liwat II menerima kritikan pelbagai pihak. – Gambar The Malaysian Insider, 16 Februari, 2015.Shafee, yang pernah menjadi timbalan pendakwa raya sebelum berpindah ke sektor swasta, dilantik Gani pada 11 Julai mengetuai barisan pendakwaan dalam kes Liwat II.
Anwar bebas daripada dakwaan Mahkamah Tinggi pada awal 2012 dan pasukan pendakwa ketika itu diketuai peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu mengenepikan keputusan itu, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara.
Disebabkan tarikh awal persaraan Yusof, Shafee diberi peluang mengetuai pendakwaan.
Anwar pernah tiga kali cuba menggugurkan Shafee daripada barisan pendakwaan atas alasan tidak layak, konflik kepentingan dan melanggar etika, tetapi tidak berjaya.
DAP semalam menggesa Gani menyatakan sama ada Pejabat Peguam Negara membiarkan serangan dan kritikan terhadap pesalah, ekoran kritikan Shafee terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Pengerusi Biro Perundangan DAP, Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihati Shafee supaya tidak membuat sebarang komen atau kritikan terhadap Anwar.
Katanya, tindakan Shafee itu mencalar imej Pejabat Peguam Negara.
Shafee dibidas beberapa peguam apabila menyatakan Anwar cuba menyembunyikan sesuatu kerana enggan memberi keterangan di kandang saksi, sebaliknya hanya berbuat demikian dalam kandang tertuduh .
Anwar menyenaraikan 13 saksi termasuk isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tetapi peguamnya semasa perbicaraan membuat keputusan tidak menggunakannya sebagai pembelaan atas alasan kemungkinan ada antara mereka diganggu.
"Saya rasa dia boleh pengsan dalam kandang saksi kerana tidak mampu menjelaskan banyak perkara, seperti kenapa dia senaraikan saksinya sebagai alibi dan kemudian tarik balik," kata Shafee dipetik laporan News Straits Times pada Jumaat lalu.
Shafee menyeru orang awam merujuk penghakiman bertulis yang disiarkan dalam laman web kehakiman bagi memahami bagaimana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, mengatakan semuanya berdasarkan fakta dan bukan pendapat yang direka pembangkang dan Majlis Peguam.
Shafee juga mencabar mana-mana pihak yang mahu membahaskan keputusan hakim, sambil berkata beliau sudah melakukan yang terbaik menyabitkan Anwar dengan niat yang jujur dan yakin sepenuhnya ketua umum PKR itu benar-benar bersalah.
Beliau juga dilaporkan sanggup bersumpah di tanah suci Mekah bagi membuktikan Anwar bersalah, katanya dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini.
Khamis lalu, bekas presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga berkata tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pendakwa raya menyalahkan tertuduh selepas mahkamah membuat keputusan.
Peguam Ramkarpal Singh juga membidas Shafee kerana cuba mengelirukan orang ramai dengan berkata mendiang Karpal Singh pernah menuduh Anwar mengamalkan seks songsang pada tahun 1997. – 16 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gani-perlu-gugurkan-shafee-sebagai-pendakwa-raya-kata-bekas-peguam-negara#sthash.O1nN0yha.dpuf

UMNO Jangan Main Kotor !!

Posted: 15 Feb 2015 10:00 PM PST

Umno tolak dakwaan pindah pengundi ke Pmtg Pauh

 
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata dakwaan Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abul Kassim bahawa Umno memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan itu, sebagai tidak berasas.

Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini kerana pertambahan pemilih berdaftar adalah seramai 797 orang dan jumlah itu tidak cukup untuk mengimbangi majoriti 11,721 undi yang dimenangi PKR pada PRU lepas.

"Untuk pengetahuan Abdul Malik, jumlah pemilih berdaftar bagi kawasan Permatang Pauh untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah 71,699 orang dan mengikut Daftar Pemilih Suku Kedua 2014 (berakhir 30 Jun 2013) pemilih berdaftar di Permatang Pauh adalah 72,496 orang," katanya dalam satu kenyataan di George Town hari ini.

Abdul Malik yang juga pengarah pilihan raya PKR Pulau Pinang dalam satu laporan portal semalam mendakwa Umno telah memindahkan pengundi ke Parlimen Permatang Pauh bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu.

Selasa lepas (10 Feb), Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.
  
Mahkamah itu mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan.

Dengan keputusan itu, Anwar, 67, hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa seorang anggota Parlimen akan hilang kelayakan jika dia dihukum penjara lebih daripada satu tahun, atau didenda lebih daripada RM2,000.

Reezal Merican yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata pihaknya berpendapat Abdul Malik yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung adalah seorang pembohong sekiranya tidak dapat membuktikan dakwaan yang Umno memindahkan pengundi-pengundi ke Parlimen Permatang Pauh.

"Beliau juga dengan berniat jahat turut mendakwa Umno memindahkan 10,000 pemilih ke kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung (DUN) sebelum PRU ke-13 lepas.

"Semakan dengan statistik pilihan raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pemilih berdaftar di DUN Batu Maung bagi PRU ke-12 adalah 21,785 manakala bagi PRU ke-13 jumlahnya adalah 28,946.       

"Pertambahan pengundi di kawasan berkenaan adalah 7,161 pemilih dan bukannya 10,000 sebagaimana didakwa Abdul Malik," katanya.

Reezal Merican berkata peningkatan pemilih berdaftar di kawasan subbandar seperti Batu Maung bukan sesuatu yang pelik memandangkan pertumbuhan rancak kawasan-kawasan perumahan baharu di situ sejak 2008.

"Sama ada Abdul Malik seorang pembohong atau beliau sememangnya jahil mengenai jumlah pemilih di kawasan yang telah dua kali dimenangi beliau sejak 2008," katanya.

- Bernama

Bila UMNO bertanding DUN CEMPAKA peluang untuk KALAH@TERSUNGKUR 100%

Posted: 15 Feb 2015 09:30 PM PST

Bila UMNO bertanding DUN CEMPAKA peluang untuk KALAH@TERSUNGKUR 100% Tapi harapan untuk MENANG 0%. Alasan yang diberi TAK ADA TERMAKTUB DALAM AKTA SPR PUN..UMNO ni berani@temberang kepada yang LEMAH saja.
Tapi harapan untuk MENANG 0%.

Alasan yang diberi TAK ADA TERMAKTUB DALAM AKTA SPR PUN..


UMNO ni berani@temberang kepada yang LEMAH saja.
 

Anak ke-4 Anwar pula tampil demi papa

Posted: 15 Feb 2015 09:00 PM PST

 
 

Anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim terus tampil seorang demi seorang bagi mendesak pembebasan ketua umum PKR itu.

Selepas Nurul Nuha, anak keempat Anwar, Nurul Ilham, hari ini tampil memberikan ucapan ringkas dalam sebuah majlis pelancaran buku anjuran DAP.

Ilham pada mulanya diperkenal oleh pemimpin popular DAP Lim Kit Siang sebagai Nurul Nuha, kakaknya, yang terlibat dalam kempen "Berarak Demi Kebebasan".

"Sebenarnya nama saya Nurul Ilham.

"Saya anak keempat daripada enam adik beradik," katanya di hari keenam Anwar merengkok di penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ilham mengambil kesempatan mempromosikan poskad acara itu kepada peserta yang hadir.

Dalam acara itu, orang ramai turut digalakkan menandatangani poskad untuk dihantar kepada Anwar sebagai tanda sokongan.

Ilham hadir dalam pelancaran buku berjudul Tragic Orphans (atas) tulisan bekas diplomat Australia di Malaysia Carl Vadivella Belle yang mengisahkan berhubung perit jerih kehidupan masyarakat India negara ini.

"Bila ayah saya dimasukkan ke penjara, cucunya berumur hampir sama dengan kami (anak-anaknya) ketika dia (Anwar) pertama kali dipenjara pada 1999," kata Ilham.



Malaysiakini

Demo besar pro-Anwar bulan depan

Posted: 15 Feb 2015 08:30 PM PST

 
 
 Beberapa kumpulan anak muda hari ini mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan "KITA LAWAN" dan menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara minggu depan.

Gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu sebagai reaksi terhadap pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

"Hasil perbincangan bersama, kami telah merangka rancangan tindakan dan akan mengadakan perhimpunan pada 7 dan 8 Mac," kata pengarah strategi Pemuda PKR (AMK) dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa orang ramai hadir dalam perhimpunan yang pada jam 4 petang di pusat membeli belah Sogo itu.

Katanya, KITA LAWAN juga menggesa kesemua pemimpin Pakatan Rakyat menyertai perhimpunan itu.


Mereka juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan atas dakwaan terlibat dalam konspirasi politik, seperti didakwa Anwar, dan menuntut pembaharuan sistem kehakiman negara.


Malaysiakini

Hujahan Akhir Anwar kepada 5 Hakim Mahkamah Boneka Malaysia mahkamah menikam 5 hakim – Mohd Sayuti Omar

Posted: 15 Feb 2015 08:00 PM PST



Sunday, February 15, 2015

Di sini saya poskan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.

Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun penjara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.

Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap daripada konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.

Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap.

Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa bersalah, kecuali Allah sang hakim Yang Maha Adil saja mengetahuinya.

Tetapi pengucapan yang disepuhi racun yang terbit daripada jiwa seorang yang menganggap dianiaya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.

Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang kata janji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelik dan insiden yang tidak pernah berlaku. Berikut adalah ucapan berkenaan:

Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelik ini – insiden ini tidak pernah berlaku. Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia.

Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman.

Kalian menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat.

Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan profesor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus.

Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta.

Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif?

Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat negara ini Saya berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. Allah SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah! –

msomelayu.blogspot.com, 11 Februari, 2015. *

 Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Posted by zbh2663 Muhajirin

UMNO JANGAN SYOK SANGAT

Posted: 15 Feb 2015 07:30 PM PST

SHAH ALAM- Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hambar.

Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu.

"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari.

"Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka.

"Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN.

"Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.

Semalam satu perhimpunan menyokong Anwar oleh kumpulan yang menamakan diri #KITALAWAN di hadapan kompleks beli belah Sogo, dilihat kurang mendapat sambutan.

Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi membebaskannya daripada hukuman penjara.

SH

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz3RrBzvjM1

Satu Permulaan Yang Baik...!!!

Posted: 15 Feb 2015 07:00 PM PST



Beberapa laporan media mengatakan himpunan melawan kezaliman Sabtu lalu di perkarangan pusat membeli belah Sogo agak hambar. 

Dengan penyertaan yang tidak sampai angka ribu, pastinya ia diluar dugaan pengamal media tempatan mahupun media antarabangsa.

Himpunan yang hanya dimobilisasi selama dua hari oleh sekumpulan anak muda akhirnya mampu juga berpesta di jalanan dengan satu jumlah yang cukup. Jika jumlah tidak cukup, mana mungkin mereka berarak menari zumba di jalanraya. 


Bukan satu kejayaan yang besar, namun ia satu permulaan yang baik dan mampu menarik lebih banyak pihak untuk aksi akan datang, termasuklah pihak polis.

Kehadiran beberapa sosok politik termasuk Nurul Izzah dan Nik Nazmi tidak banyak memberi impak. Hadir untuk menunjuk muka semata-mata kemudian hilang, adalah lebih baik tidak muncul langsung. 


Tidaklah saya halang untuk mana-mana sosok politik hadir ke demonstrasi kecil ataupun besar, tetapi mengapa tidak ikut anak muda turun ke jalanraya dari Sogo hingga ke Puduraya? Apa beza kamu dengan Azmin?

Kehadiran sosok parti ini juga sedikit sebanyak menukar tajuk berita, samada di portal online atau TV3, himpunan anak muda menentang kezaliman dan ketidak-adilan sudah menjadi himpunan pihak pembangkang menuntut pembebasan Anwar. 


Ada bezanya, gerakan anak-anak muda dan aktivis untuk menumbangkan regim tidak boleh disamakan dengan usaha memenangkan Pakatan Rakyat. Hanya secara tidak langsung ia selari.

Begitu juga perbezaan antara himpunan melawan kezaliman dan himpunan bebaskan Anwar, tetap ada perbezaan walaupun sedikit. 


Kita lawan sistem dan keputusan penghakiman yang berat sebelah selain polisi kerajaan yang menindas rakyat, manakala pula Anwar menjadi salah satu subjeknya iaitu dizalimi. 

Harus diingat, bukan Anwar seorang sahaja yang dizalimi. Anda semua turut dizalimi, hanya sedar atau tidak sedar yang membezakan fikrah. Atau mungkin saja sedar dalam kepasrahan.

Berbalik kepada soal kehadiran, ya benar tidak dinafikan jumlah yang hadir itu agak hambar. 


Ia sedikit pun tidak mengecewakan anak muda yang memilih untuk muncul pada hari tersebut, mungkin hanya yang dikecewa ialah himpunan tidak diserikan dengan kehadiran pihak polis berseragam.

Pihak polis juga telah berevolusi. Mereka langsung tidak respon kerana sedar setiap respon akan menggandakan kehadiran. Jika dulu pihak polis akan membuat benteng manusia bagi menghalang anak muda masuk ke Dataran Merdeka contohnya, kini ia tidak berlaku lagi. Mereka sedar setiap halangan akan menyebabkan perlawanan menjadi sensasi.

Keadaan ini bukanlah satu pengakhiran bagi anak muda, ia membuka ruang untuk anak muda mengatur perlawanan baru dengan lebih tersusun. 


Barangkali anak muda akan memberi isyarat kepada orang ramai supaya turunlah ramai-ramai selepas ini kerana polis takkan kacau kita lagi. Tiada lagi gas pemedih mata, hanya yang dijanjikan ialah pesta lebih besar di atas jalanraya.

Saya faham, ramai aktivis dan anak muda membangkitkan hujah-hujah yang membantut hasrat mereka hadir dalam himpunan kali ini dan mungkin juga akan datang. 


Antara hujahnya, hadir demonstrasi tidak akan membuahkan hasil bermakna, datang himpunan hanya beberapa jam dan berakhir di kedai kopi, hanya akan turun ke jalanraya jika ia mampu menumbangkan regim dan lain-lain lagi yang semaksud.

Mari saya jawabkan, jika turun demonstrasi dengan harapan tidak mahu berakhir di kedai kopi, boleh sahaja berakhir di lokap jika kamu mahu. Contenglah dinding bas polis, jika bernasib baik kamu akan diberkas. 


Katakan kepada polis bahawa insiden tersebut adalah satu ekpresi spontan di atas 'jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman' dan ia satu mesej kepada regim bahawa anak muda sedia bangkit dan lawan.

Hadir demonstarsi kecilan juga umpama menghadiri perlawanan bolasepak di stadium. Perlawanan pertama liga super edisi 2015 umpamanya, kita turun ke stadium untuk memberi sokongan. 


Kita tahu jika menang perlawanan pertama ini, belum tentu akan menjadikan pasukan tersebut juara musim tersebut.

Begitu juga dengan demonstrasi, Sabtu lalu adalah perlawanan pertama, kita tahu tanahair ini dizalimi, kita sebagai anak muda turunlah ke jalanraya. 


Ini soal masa depan kamu, janganlah kata hanya ingin menonton perlawanan ini dari kaca smartfon di rumah melalui facebook dan twitter.

Dalam masa sama, adalah tidak adil untuk membandingkan antara dua era 1998 dan 2015. Kejutan budaya berlaku pada 1998, dalam keadaan rakyat ketika itu penuh energetik. 


Namun hari ini anak muda sedang bergelut menyalakan api perlawanan ketika rakyat letih diharuk pelbagai hala oleh regim. Masing-masing memikirkan survival, sedangkan kunci kebahagiaan terletak di tangan regim.

Jika ditanya kepada saya apakah semuanya sudah berakhir, saya katakan ia baru sahaja bermula dan ini adalah satu perlawanan yang panjang. 


Jika era 1998 bermula dengan gelombang pertama yang dasyat, di manakah gelombang tersebut selepas beberapa tahun?

Saya optimis gerakan anak muda era kali ini mempunyai harapan yang tersendiri. Biarlah ia bermula dengan satu cetusan yang kecil, momentum disusun dan dibina mampu bercambah secara organik. 


Masih banyak lagi frontline dan penggerak anak muda belum campur tangan.

Jika mahu diharapkan parti politik, tunggulah mereka hilang negeri maka ketika itu barulah mereka benar-benar muncul dari mula hingga akhir demonstrasi. 


Saya tidaklah kata mereka-mereka ini lupa diri, tidak juga saya kata mereka umpama kacang lupakan kulit walaupun mereka sedar kedudukan mereka ini asalnya dari perjuangan jalanraya.

Sekurang-kurangnya mereka tidak menabur janji untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak merengkok dalam penjara walaupun sehari, kecuali Azmin Ali. 


Janji Azmin itu dilafazkan dengan penuh dramatik pada hari Anwar dijatuhkan bersalah sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Kajang. 

Mungkin ketika itu kerana Azmin belum lagi menjadi Menteri Besar maka berjanjilah dulu, agar akhirnya mendapat restu.

Hari ini, sudah masuk hari ke enam Anwar Ibrahim merengkok dalam penjara. Belum ada isyarat dari Azmin untuk merempuh mana-mana penjara, merempuh yang kena dengan maksudnya. 


Apakah takut terlucut kerusi empuk?

Janji tetaplah sebuah janji, ia dilafazkan dengan saksi dan rakaman. Manusia berpegang kepada janji, Azmin berpegang pada kerusi. 


Jika ditanya mengapa harapkan Azmin semata-mata, di mana yang lain? Jawapannya juga berbentuk persoalan - Apakah Azmin yang menabur janji dan mendapat habuan, che'GuBard pula yang harus ke depan?

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
SAMM

See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/#sthash.CEabQv1K.dpuf

- See more at: http://edyesdotcom.blogspot.com/#sthash.i3Ckls2l.dpuf

EEE PUTAR ALAM

Posted: 15 Feb 2015 06:30 PM PST

 

KOMENTAR
inilah kebaikan internet
inilah bagusnya dunia siber
semua ucapan
semua fakta
boleh dirujuk kembali

terima kaseh ronald reagan

Zainuddin Maidin terkejut tajuk blog tahun lalu jadi viral
February 15, 2015
Hanya tajuknya disiarkan di facebook dan menjadi viral yang memberikan persepsi Zainuddin menulisnya sempena kematian Nik Aziz, hakikatnya ia isu lain tahun lalu
"Kemudian baru saya tahu rupa-rupanya ada satu posting saya lebih setahun lalu bertarikh 5 April 2013 bertajuk 'Patutkah Nik Aziz Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam' telah di sebarkan kembali.
"Hanya tajuknya sahaja disiarkan di facebook dan menjadi viral yang memberikan persepsi saya menulisnya sempena kematian  Nik Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan, pemimpin dan ulama besar PAS," kata Zainuddin melalui blognya
.
KAH KAH KAH
woit
apakah soalan itu
hanya hidup setahun
lepas tu soalan itu mati
ini betul putar 
ini eee putar alam
kah kah kah

APA PUNYA PUTAR
 

Ahad, 15 Februari 2015

Apa Kata Peguam Kanan Australia ??

Posted: 15 Feb 2015 06:00 PM PST


 Queen's Counsel, Mark Trowell says the Federal Court ignored key evidence in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case. – The Malaysian Insider file pic, February 14, 2015.
Peguam2 Kanan Australia Yang Ikut Hadir/Memantau Kes Fitnah Luwat 2 - Mendapati LIMA HAKIM Tidak Menerima Evidence Yang Diberikan Oleh Para Peguambela ??

Senior Aussie lawyer says judges in Anwar trial ignored evidence

Published: 14 February 2015.

Queen's Counsel, Mark Trowell says the Federal Court ignored key evidence in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case.

Queen's Counsel, Mark Trowell says the Federal Court ignored key evidence in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case.

A senior Australian advocate who attended the recent Federal Court proceeding of Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy appeal has criticised the guilty verdict, saying the judges ignored key evidence and credibility issues surrounding the complainant.

"In reaching these conclusions the court rejected or ignored the evidence that raised serious doubts about the reliability of so-called independence evidence and the credibility of the complainant," said Queen's Counsel, Mark Trowell.

Trowell, who wrote a book on the case, observed the trial on behalf of Geneva-based Inter-Parliamentary Union, LAWASIA and the Law Council of Australia.

The Federal Court on February 10 upheld the guilty verdict and five-year prison sentence on Anwar, effectively disqualifying him from active politics.

Trowell described as "superficial" the court's acceptance of Mohd Saiful Bukhari Azlan's testimony, and recalled the affair Saiful had had with a member of the prosecution team.

He said the court also ignored Saiful's meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and senior policemen days before the alleged incident, adding that all this showed "prospect of collusion against Anwar".

Trowell also cited Australian forensic experts David Wells and Brian McDonald who had voiced concern over the DNA evidence used in Anwar's case.

"Each expert was also critical of how the government chemists interpreted the results, given the known history of the samples," he said.

"It is my view that, if the court had proper regard to the facts and the law, Anwar Ibrahim should never have been convicted."

Several countries, including the US, the United Kingdom, European Union (EU), Canada and Australia, have also expressed concerns about the Federal Court's verdict, while Malaysian Bar president Christopher Leong on February 11 said there were "glaring anomalies" in the case.

International observers said that Anwar's case raised questions about the independence and fairness of Malaysia's judiciary, and the country's rule of law. – February 14, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia

Senior Aussie lawyer says judges in Anwar trial ignored evidence

Queen's Counsel, Mark Trowell says the Federal Court ignored key evidence in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case. – The Malaysian Insider file pic, February 14, 2015.Queen's Counsel, Mark Trowell says the Federal Court ignored key evidence in Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy case. – The Malaysian Insider file pic, February 14, 2015.A senior Australian advocate who attended the recent Federal Court proceeding of Datuk Seri Anwar Ibrahim's sodomy appeal has criticised the guilty verdict, saying the judges ignored key evidence and credibility issues surrounding the complainant.
"In reaching these conclusions the court rejected or ignored the evidence that raised serious doubts about the reliability of so-called independence evidence and the credibility of the complainant," said Queen's Counsel, Mark Trowell.
Trowell, who wrote a book on the case, observed the trial on behalf of Geneva-based Inter-Parliamentary Union, LAWASIA and the Law Council of Australia.

The Federal Court on February 10 upheld the guilty verdict and five-year prison sentence on Anwar, effectively disqualifying him from active politics. Trowell described as "superficial" the court's acceptance of Mohd Saiful Bukhari Azlan's testimony, and recalled the affair Saiful had had with a member of the prosecution team.
He said the court also ignored Saiful's meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and senior policemen days before the alleged incident, adding that all this showed "prospect of collusion against Anwar".
Trowell also cited Australian forensic experts David Wells and Brian McDonald who had voiced concern over the DNA evidence used in Anwar's case.
"Each expert was also critical of how the government chemists interpreted the results, given the known history of the samples," he said.
"It is my view that, if the court had proper regard to the facts and the law, Anwar Ibrahim should never have been convicted."
Several countries, including the US, the United Kingdom, European Union (EU), Canada and Australia, have also expressed concerns about the Federal Court's verdict, while Malaysian Bar president Christopher Leong on February 11 said there were "glaring anomalies" in the case.
International observers said that Anwar's case raised questions about the independence and fairness of Malaysia's judiciary, and the country's rule of law. – February 14, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/senior-aussie-lawyer-says-judges-in-anwar-trial-ignored-evidence#sthash.IhIFw8Rc.dpuf

Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG - MSO

Posted: 15 Feb 2015 05:15 PM PST

 
Ahad, 15 Februari 2015
Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin.

Lagi al Fatihah. Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government.

Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali. Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu.

Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan.

Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemaharan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas.

"Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham. Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu.

Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim.

Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini.

Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem.

Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan. Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU).

Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.

Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtra Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan.

Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu.

Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai. Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma.

Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka. Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa.

Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama.

Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.

Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ahad, 15 Februari 2015 Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG MSO Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah. Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini. Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan. Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali. Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu. Kemaharan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham. Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan. Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu. Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan. Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU. Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet. Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku. Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan. Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtra Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai. Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka. Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu. Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno. Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas. Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar. Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

DR HATTA TERUS MENDAPAT SOKONGAN YANG TIDAK DIDUGA

Posted: 15 Feb 2015 04:45 PM PST

 
DEMO MENUNTUT PECAT 5 ORANG PEMIMPIN PAS
Ketua Pemuda PAS Kuantan, Norzalilafadli menjemput media untuk hadir bagi menyerahkan memorandum terbuka mendesak Dr Hatta, Mat Sabu, Husam Musa, Phahlorazi dan Aiman Athirah  meletakkan jawatan. Alasannya pemimpin PAS berkenaan berkonspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Dengan pantas Dr Zuhdi Marzuki, COO Pusat Penyelidikan PAS Pusat menyokong memorandum gerombolan itu walaupun Mustafa Ali sudah menafikan adanya konspirasi menjatuhkan Presiden PAS. Sebaliknya Setiausaha Agong PAS itu berkata PAS akan menyiasat demo tersebut. Baca di sini dan di sini.
SIAPA DALANG DEMO INI?

Namun Dr Hatta Ramli tidak bersendirian. Dia masih mendapat sokongan akar umbi. Terkini, YDP PAS Kuala Krai dan juga Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman tidak sanggup terus berdiam diri dan tampil memberi sokongan:
Pengundi Kuala Krai tetap bersama Dr Hatta – Abdul Latiff Abdul Rahman
Published: 15 February 2015 10:10 AM 

Awalnya saya kurang berminat untuk terlibat dalam isu yang melibatkan Dr Hatta Ramli. Bagi saya, ia adalah lebih kepada salah faham. 

Tetapi di saat kita masih bersedih dengan kehilangan Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kesayangan kita, kita dikejutkan dengan insiden pembakaran kereta Hatta yang berlaku sehari selepas pemergian Tok Guru. Saya berasakan perlu mencatatkan sesuatu. 

Hatta adalah seorang pejuang yang tahan uji yang berkorban untuk parti sehingga akhirnya beliau dianugerahkan kepada kami di Kuala Krai sebagai Ahli Parlimen selama dua penggal berturut-turut 2008 & 2013. 

Pengundi Kuala Krai memberi undi kepada beliau kerana beliau mewakili PAS walaupun warga Kuala Krai tidak mengenali beliau.

Semenjak beliau di Kuala Krai, tidak pernah pun beliau menyatakan dalam majlis terbuka atau majlis tertutup untuk berkempen supaya PAS Kuala Krai dapat mendokong perjuangan beliau untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden. 

Jika dikira perwakilan, Kuala Krai antara yang paling ramai berbanding kawasan-kawasan lain dari Kelantan, sepatutnya Kuala Krai dulu beliau pengaruhi. 

Saya juga tidak tahu apa cerita sebenar berkaitan "group Whatsapp Hawaii Five O" yang disebut-sebut sehingga berlaku tindakan yang kurang enak di Pejabat Agung PAS minggu lepas dari sebahagian anggota jemaah Islam terbesar di Malaysia ini. 

Saya tidak menganggap diri saya sebagai ulama tetapi yang pasti saya adalah pencinta ulama yang juga berlatarbelakangkan agama sejak dari kecil. Terasa cukup malu dengan insiden tersebut yang dipimpin golongan yang mungkin sama latarbelakang mereka dengan saya. 

Acap kali sewaktu berucap khususnya dalam program tarbiah saya menekankan, tarbiah bukan hanya menghabiskan teks usrah, tamrin, mukhayyam dan lain-lain lagi, tetapi yang lebih penting pelaksanaan kepada manhaj tarbawi tersebut dalam diri kita sebagai abna'ul harakah khususnya yang melibatkan akhlak apatah lagi sesama kita. 

Janganlah kita menjadi pemusnah kepada parti kita dengan sebab akhlak yang kita tunjukkan. 

Memetik pujangga Arab yang bermaksud: 

"Sesuatu ummah itu akan kekal selama mereka berakhlak, apabila tiada lagi akhlak di saat itu mereka akan hancur". 

Parti kita ada Jawatankuasa Disiplin yang boleh diajukan sebarang aduan salah laku ahli termasuk juga pimpinan untuk disiasat dan diambil tindakan apabila terbukti bersalah. Adakah ada mana-mana ahli atau PAS Kawasan yang mengemukan aduan mereka kepada Jawatankuasa Disiplin Parti? Gunalah saluran sedia ada dengan bukti-bukti yang cukup untuk sama-sama kita bersihkan jemaah kita daripada unsur yang boleh merosakkan. 

Di saat kami di Kuala Krai berkalut memulihkan keadaan mangsa yang terlibat banjir supaya dapat dipulihkan sesegera mungkin. 

Alangkah manisnya jika sahabat semua turut serta bertungkus lumus membantu mengurangkan bebanan yang kami terima ini. 

Saudara Hatta sendiri, walaupun gelombang pertama beliau berada di Makkah menunaikan umrah tetapi semenjak gelombang kedua berlaku pada 24 Disember 2014 sehinggalah ke saat ini, beliau antara tonggak yang sangat bekerja keras menyalurkan bantuan termasuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada sebahagian besar mangsa yang rumah mereka rosak yang berjumlah lebih 1,600 buah rumah. 

Di saat yang sepatutnya semua ahli PAS bersama beliau bahu-membahu meringankan bebanan yang berat ini, tiba-tiba beliau dibalas dengan ujian yang seberat itu. 

Bagi insiden cubaan membakar kereta beliau pula saya tidak pasti apa motif sebenar? Adakah untuk menakut-nakutkan Hatta? Atau ada yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh? 

Saya penuh yakin Hatta tidak akan berganjak walaupun diugut sehebat mana sekalipun. 

Apa pun motifnya bagi saya tindakan tersebut adalah tindakan yang tidak bertamadun yang boleh merosakkan iklim politik negara kita. 

Saya selaku YDP PAS Kuala Krai mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap insiden yang berlaku itu. 

Buat Hatta, saya yakin beliau tidak mudah mengalah dengan insiden ini, dan saya berharap beliau akan teruskan perjuangan beliau dengan lebih cekal lagi. 

Sesungguhnya Allah akan sentiasa bersama orang yang benar dan sabar. 

Sekian. – 15 Februari, 2015 (SUMBER)

Ingat Dr Hatta akan hilang sokongan setelah difitnah ingin menjatuhkan kepimpinan ulama?
Meleset sekali pencaturan strategi gerombolan budak-budak ini. Sokongan muncul dari negeri yang kuat kuasa ulamanya.

Tapi siapakah di belakang Ketua Pemuda PAS Pahang?

Sudah terang lagi bersuluh:
BEGINIKAH AKHLAK ULAMA? 

Pada hari Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun, keratan di atas itu adalah komen di Facebook ustaz Mokhtar Senik (bekas ulama Almaunah) yang membaca doa semasa demontrasi yang diketuai Norzalilafadli.

Membaca komen ustaz ini, malu kita yang menyokong kepimpinan ulama.

Apabila pemimpin yang dituntut supaya dipecat itu berjawatan sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, kita sudah dapat membaca apa yang implicit (tersirat).

Ketua Pemuda Kuantan mahu jawatan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dipegang oleh orang yang kurang pengalaman, yakni second best, kerana Dr Hatta is the best man yang dilantik oleh Presiden PAS.

Bukan itu saja, lima orang yang namanya disebut adalah pemimpin yang berpengalaman dalam menangani sepak terajang politik UMNO.

Kenapa nak lantik orang yang kurang pengalaman?

Agak-agak cerdik tak Ketua Pemuda PAS Kuantan?

 

VIDEO - ANAK MUDA BERSEDIA

Posted: 15 Feb 2015 04:00 PM PST






KOMENTAR

langkah tepat

langkah baik

langkah betul



kita humbankan najib razak

kita humbankan rosmah mansor

ke dalam tong sampah sejarah

Pada 5 mei 2014
saya telah
ramalkan ini
akan berlaku
tak caya sila lihat!


Demo besar pro-Anwar bulan depan

Beberapa kumpulan anak muda hari ini mengumumkan pembentukan gabungan longgar dinamakan "KITA LAWAN" dan menyatakan hasrat mereka mengadakan perhimpunan di ibu negara minggu depan.

Gabungan parti-parti politik dan NGO itu merancang aktiviti itu sebagai reaksi terhadap pemenjaraan  Anwar Ibrahim minggu lepas.



KAH KAH KAH



woit

yang ditunggu dah tiba

inilah yang dinanti
anak muda turun
ke jalan raya
KITA LAWAN

 

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee, dakwa peguam itu berbohong ??

Posted: 15 Feb 2015 03:15 PM PST



Bekas Pengarah JSJ Kuala Lumpur Akhirnya, Membuat Laporan Polis Terhadap Peguam Umno

Datuk Mat Zain Ibrahim akhirnya membuat laporan polis terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengatakan peguam Umno itu memalsukan afidavit yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak tengah hari ini.

Shafee memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan minggu lalu sebagai respon kepada permohonan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkannya dari mewakili kerajaan sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar dari tuduhan liwat.

Rayuan Anwar akan didengar di Mahkamah Rayuan Khamis ini.

"Dengan segala hormatnya saya memaklumkan yang saya telahpun membuat laporan polis jam 2.11 petang ini, yang dijadikan Putrajaya Presint 7 Rpt:10437/13 bth.15.12.2013.

"Laporan ini adalah terhadap Tan Sri Mohammad Shafee bin Md Abdullah bersangkutan dengan Afidavit Jawapan diikrarkan pada 10.12.2013, yang beliau failkan dalam perkara Mahkamah Rayuan (Bidang Kuasa Jenayah) No: W-05-19-01/2012," tulis Mat Zain dalam satu kenyataan yang disertakan bersama-sama dengan laporan polis yang dibuat beliau.

Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan, sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam Afidavit Jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding Rayuan Jenayah kes Liwat II.

Turut menjadi bahan bukti dalam laporan polis yang dibuat hari ini, Mat Zain telah menyertakan sekali salinan Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat beliau pada Oktober 7, 2013 serta salinan Affidavit Jawapan (2) yang diikrarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff.

Shafee pada 11 Disember lalu mengemukakan afidavit ke Mahkamah Rayuan susulan permohonan Anwar untuk menyingkirkannya dari mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan pertuduhan kes Liwat II.

Mat Zain bagaimanapun menyifatkan afidavit tersebut sebagai "sebakul sampah" dan turut mengalu-alukan kenyataan Shafee untuk mendedahkan hubungannya dengan Anwar. 

Kontroversi tercetus selepas Mat Zain dalam pengakuan "statutory declaration" muka surat 31, mendakwa beliau bersama Ramli telah dibawa Shafee untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu bagi membincangkan tentang salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bagaimanapun, menurut Shafee, ia hanya satu kunjungan ziarah sempena Hari Raya dan tidak ada sebarang agenda yang dibincangkan. Mat Zain juga mendakwa ketika pertemuan tersebutlah Shafee memintanya menyerahkan sebakul dokumen "pemalsuan bukti" kes mata lebam Anwar. 

Shafee juga menafikan terlibat dalam perjumpaan membincangkan salah laku Abdul Gani ataupun dalam isu Pulau Batu Puteh.

Beliau juga menafikan tentang sejumlah dana yang dipindahkan ke dalam sebuah akaun di Hong Kong. -


The Malaysian Insider

Saya Tabik Spring Kpd Hulubalang2 PR..ADA BANTAHAN?

Posted: 15 Feb 2015 08:00 AM PST

Saya Sayang Kpd Penyokong2 Pkr..Saya Kasih Kpd Sahabat2 Pejuang Pas..Saya Hormat Kpd Rakan2 Sepejuangan Dap..Saya Tabik Spring Kpd Hulubalang2 PR..ADA BANTAHAN? -Doa Berterusan Utk Allahyarham Ayahnda Murobbi Ummah,Tok Guru Nik Abdul Aziz.. -Solidariti Utk Pejuang Rakyat,Anwar Ibrahim..

Saya Sayang Kpd Penyokong2 Pkr..Saya Kasih Kpd Sahabat2 Pejuang Pas..

Saya Hormat Kpd Rakan2 Sepejuangan Dap..

-Doa Berterusan Utk Allahyarham Ayahnda Murobbi Ummah,Tok Guru Nik Abdul Aziz..
 
Solidariti Utk Pejuang Rakyat,Anwar Ibrahim..
 

BN Tidak Akan Bertanding Di DUN Chempaka.. Ini Puncanya?

Posted: 15 Feb 2015 07:01 AM PST

 
Selepas beberapa pemimpin Umno menyuarakan pandangan agar Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Kelantan, terbaru Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menyokong cadangan kerusi itu tidak perlu dipertandingkan.

Ketua Wanita Umno itu dilaporkan Sinar Harian berkata, secara peribadinya beliau menyokong pandangan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed supaya parti itu tidak bertanding di DUN Chempaka.

"Saya sokong pandangan itu. Saya rasa untuk DUN Chempaka tidak payahlah, sebab di Kelantan lain daripada Permatang Pauh, di Kelantan kita baharu saja melalui banjir.

"Perhatian perlu diberikan kepada pembangunan semula negeri ini," katanya di Kota Baru hari ini selepas menziarahi keluarga bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sambil menegaskan ia hanya pandangan peribadinya dan perkara tersebut belum dibincangkan di peringkat exco Wanita, Shahrizat berkata sekiranya pilihan raya kecil (PRK) diadakan, dikhuatiri ada antara mereka yang akan terlanjur mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak lawan.

"Bila ada PRK, ada yang terkasar percakapan pula," katanya sambil menyatakan beliau senang melihat kerjasama yang amat baik sekali antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan dalam usaha membangunkan semula Kelantan selepas banjir besar hujung tahun lalu.

Mustapa berkata semalam, sekiranya BN tidak bertanding di DUN Chempaka, ia memudahkan kerajaan persekutuan memberi tumpuan dalam usaha bantuan pasca banjir.

Sementara itu, akhbar itu melaporkan, veteran Umno turut menyarankan kepada pucuk pimpinan BN supaya tidak meletakkan calon di DUN Chempaka bagi memberi laluan percuma kepada PAS menang tanpa bertanding.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, selain membolehkan BN dan PAS menumpukan kepada kerja memulihkan mangsa banjir di negeri itu, ia juga akan menyelamatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

"Ia juga mengelak Umno daripada menghabiskan masa dan duit untuk berkempen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, daripada bertanding di DUN Chempaka, lebih baik BN menumpukan gerak kerja di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

"Lebih baik bagi BN menumpukan seluruh gerak kerja di PRK Permatang Pauh bagi menawan kerusi itu daripada PKR," kata Mustapha.

DUN Chempaka kosong ekoran kematian Nik Aziz Khamis lepas yang menderita kanser prostat. Kerusi itu dipegang bekas menteri besar Kelantan itu sejak 1990.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh bakal dikosongkan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan Selasa lepas mengekalkan hukuman lima tahun penjara ke atas wakil rakyatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua umum PKR itu didapati bersalah atas tuduhan liwat ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Terdahulu hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak melihat kepentingan bagi BN bertanding di DUN Chempaka tetapi wajib bagi BN meletakkan calon di Permatang Pauh.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula dilaporkan berkata menjaga rakyat seharusnya menjadi keutamaan di Kelantan merujuk usaha pemulihan pasca banjir di negeri itu, sambil menambah, mencari wakil rakyat memerlukan perbelanjaan yang besar serta melibatkan tenaga dan masa.
 
Addin

Shafee kini mahu Ambiga didakwa hina mahkamah

Posted: 15 Feb 2015 04:30 AM PST

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah apabila mengatakan Mahkamah Persekutuan salah langkah dalam memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah apabila mengatakan Mahkamah Persekutuan salah langkah dalam memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili kerajaan dalam pendakwaan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa menghina mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.

Bercakap kepada akhbar Mingguan Malaysia, peguam Umno itu berkata, Ambiga salah apabila mengatakan Barisan Nasional (BN) salah langkah dalam memenjarakan Anwar.

Kenyataan itu menghina mahkamah kerana ia seolah-olah menyatakan kehakiman dan mahkamah sebahagian daripada BN, yang merupakan gabungan parti pemerintah kerajaan persekutuan, katanya.

"Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan.

"Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," beliau dipetik berkata oleh akhbar milik Umno itu.

Ambiga pada 13 Februari mengkritik Shafee kerana terus menyerang Anwar walaupun selepas kes itu selesai dengan keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari.

 

Mahkamah tertinggi itu mengekalkan sabitan kesalahan terhadap Anwar dan hukuman 5 tahun penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Ambiga pada Jumaat berkata Shafee melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat apabila beliau menyerang seorang tertuduh selepas mahkamah menyampaikan penghakiman.

Sejak penghakiman dibuat, Shafee dilihat mengeluarkan kenyataan dan mengadakan temu bual dengan media berhubung kes itu.

Dalam satu temu bual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata Peguam Negara harus menghalang Shafee meneruskan komentar dan kritikan terhadap kes itu kerana ia dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya sebagai Pendakwa Raya, baik dari segi undang-undang, mahu pun etika. – 15 Februari, 2015.


: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article. -


Wah !! Shafee naik toncang nampak !! Belum lagi dilantik menjadi Peguam Negara - sudah mula tunjuk kuasa !! Dia lupa bahawa ALLAH MAHA BERKUASA.

Adakah peguam negara setuju Shafee serang Anwar, soal DAP

Posted: 15 Feb 2015 03:30 AM PST

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diselar DAP akibat tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya. 

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diselar DAP akibat tiada tindakan diambil terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya.

DAP mahu Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan sama ada Jabatan Peguam Negara membenarkan tindakan menyerang dan mengkritik seorang yang sudah disabitkan bersalah, susulan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang terus menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman ke atasnya Selasa lepas.

Pengerusi biro undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Gani sepatutnya menasihatkan Shafee, yang mengetuai pendakwaan dalam kes Liwat II ketua pembangkang itu, supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengecam Anwar dan mengulas mengenai kes itu lagi.

Katanya, kenyataan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya itu selepas pensabitan Anwar memalukan dan menghina pejabat Peguam Negara.

"Adakah Gani memberi kebenaran kepada kenyataan yang dikeluarkan yang menyerang dan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitannya?

"Adakah fiat diberikan Peguam Negara kepada individu persendirian dalam perkara jenayah selepas urusan yang ditugaskan kepadanya itu dibereskan di mahkamah?

"Tidakkah ia satu salahguna kuasa Peguam Negara, sama ada secara peribadi atau melalui timbalannya atau orang yang diberi kuasa olehnya, untuk meneruskan serangan terbuka terhadap seseorang yang disabitkan bagi pihaknya selepas pendakwaan berakhir?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Gobind berkata ini satu perkara serius kerana Peguam Negara itu dianggap melampaui apa yang dikehendaki daripadanya dari kedua-dua segi, baik undang-undang mahu pun etika, sebagai Pendakwa Raya.

"Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk mendakwa. Ia berhenti di situ.

"Saya sebagai ahli Parlimen mesti mengutuk sebarang tingkahlaku di pihak Peguam Negara yang menindas dan dianggap satu penyalahgunaan proses dan kuasa.

"Tiada seorang pun harus berbangga apabila menyerang orang lain yang tidak boleh mempertahankan dirinya," kata ahli Parlimen Puchong itu.

Shafee dikritik peguam kerana mengatakan Anwar seolah-olah pengecut kerana memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh ketika diperintah membela diri di peringkat perbicaraan kes liwatnya.

Dalam satu temubual dengan New Straits Times pada Jumaat, peguam Umno itu berkata, sekiranya Anwar memberi keterangan dari kandang saksi, beliau akan pengsan apabila dikemukakan soalan yang bertubi-tubi kerana beliau tidak akan mampu menjelaskan banyak persoalan.

Bercakap kepada Berita Harian pula, Shafee berkata sebagai seorang yang dianiaya, pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhak mendapat keadilan memandangkan mahkamah sejak dari mula konsisten mengatakan beliau seorang saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai.

Di dalam Mingguan Malaysia hari ini, Shafee berkata beliau berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes itu kerana beliau yakin Anwar sememangnya bersalah meliwat Saiful. – 15 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article -

Pasma: Muktamar harapan terakhir PAS

Posted: 15 Feb 2015 02:45 AM PST

 
 
Pulangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke pangkuan ilahi menandakan tamatnya era pemimpin kanan PAS yang memberikan komitmen tinggi untuk kerjasama politik parti-parti pembangkang.

Perubahan itu sudah dirasakan, terutamanya selepas allahyarham tidak aktif selepas pilihan raya umum ke-13 lalu kerana menderita barah, kata Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma).

"Dulu kita nampak tokoh itu kuatkan Pakatan dan tolak hubungan (PAS) dengan Umno. (Presiden PAS ketika itu Datuk) Ustaz Fadzil Noor disokong kuat Tok Guru Nik Aziz.

"Sekarang tokoh kuat Pakatan itu tidak ada," kata ketua NGO itu Phahrolrazi Zawawi kepada Malaysiakini.

Pasma sebuah NGO lantang yang digerakkan oleh sebahagian besar anggota PAS.

Phahrolrazi berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi tulang belakang Pakatan.

Kata Phahrolrazi, prospek masa depan PAS dalam Pakatan tidak menentu dengan gandingan baru Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dan Presiden Datuk Seri Hadi Awang.

"Dengan pendirian yang ada itu, nampak keadaan tak menentu.

"Jadi muktamar sangat penting," kata Phahrolrazi.

Muktamar kali ini akan turut menyaksikan pertandingan merebut jawatan-jawatan dalam parti.
 
Malaysiakini

Bandingkan Kebersihan Muka Anwar Dengan Muka Shafee !!

Posted: 15 Feb 2015 02:00 AM PST




Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....!

Feb 15, 2015

Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.

Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap dari konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.

Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima Hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap. Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, kecuali Allah sang hakim yang maha adil saja mengetahuinya.

Tetapi pengucapan yang dipenuhi racun yang terbit dari jiwa seorang yang menganggap dianiya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.

Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang katajanji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelek dan insiden yang tidak pernah berlaku Berikut adalah ucapan berkenaan: Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya. Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat.

Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk.

Cahaya kekal menyinari saya. Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan.

Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik. Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus.

Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan. Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta.

Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif?

Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya. Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan.

ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah! ANWAR IBRAHIM 10 FEBRUARI 2015 Photobucket

Posted by copy and posted by maemahi

Selepas TG Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan

Posted: 15 Feb 2015 01:15 AM PST

Selepas TG Nik Aziz tiada, laluan mudah Kerajaan Perpaduan  Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.  Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.  Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.  Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai Puluhan ribu rakyat Malaysia menghantar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam perjalanan terakhirnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, Kota Baru, Kelantan.

Nik Aziz dihormati kawan dan lawan serta sebahagian besar rakyat Malaysia kerana ketegasan mempertahankan prinsip perjuangan dan kezuhudannya dalam kehidupan.

Mana hendak cari lagi pada zaman ini seorang menteri besar di Malaysia yang tinggal di rumah papan? Tidak hairanlah mengapa Nik Aziz begitu dihormati dan disayangi.

Media milik negara seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) akhirnya memainkan peranan sebagai "media milik negara" apabila memberikan liputan meluas kematian seorang tokoh politik penting walaupun bukan daripada parti pemerintah.

Pemimpin parti lawan yang sebelum ini pernah mencaci dan memaki Nik Aziz juga berubah nadanya.

Pada ketika rakyat Malaysia masih lagi mengucapkan takziah, membacakan Al-Fatihah dan bersedih dengan permergiaan Mursyidul Am PAS itu, sesetengah pihak bergembira kerana projek yang tertangguh sekian lama dapat dijalankan semula kerana Nik Aziz sudah meninggal dunia.

Projek yang tertangguh sekian lama itu adalah projek kerajaan Perpaduan di antara Umno dan PAS kerana sebelum ini Nik Aziz merupakan batu penghalangnya.

Dalam wawancara bersama Astro Awani, bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengatakan besar kemungkinan parti Islam itu akan menimbang semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR) jika dilihat daripada kemelut dalaman sedia ada.

"Kebarangkalian itu berlaku sebab saya lihat di peringkat bawah di kalangan ahli-ahli PAS dan perbincangan di kalangan masyarakat umum juga banyak menyebut tentang keperluan PAS melihat semula masa depannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kerana banyak sangat isu-isu yang dibangkitkan, khasnya DAP yang bersalahan atau bercanggah dengan asas perjuangan PAS, khasnya untuk mendaulatkan Islam," kata Nasharuddin seperti dilaporkan Astro Awani Online.

Semasa hayatnya, Nik Aziz dianggap ulama yang memayungi kumpulan dalam PAS yang mahu terus kekal dengan PR.

Suara Nik Aziz begitu kuat dan berpengaruh sehingga usaha menyatukan PAS dan Umno terbantut beberapa kali.

Dalam satu wawancara bersama media beberapa tahun lalu ketika ditanya tentang kerajaan perpaduan bersama Umno, Nik Aziz berkata:

"Berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.

"Sejak dari dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967), ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA," kata Nik Aziz merujuk kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan semalam, BN tidak perlu meletakkan calon bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas kematian penyandangnya, Nik Aziz."Jika ada pilihan raya kecil, banyak yang perlu kita fokus, termasuk soal keselamatan dan mungkin akan berlaku pergeseran antara pimpinan parti. 

Jadi kini, kita harus fokus pada perpaduan dan bukannya perbalahan antara satu sama lain," katanya pada sidang media di Hotel Sutera Inn, Kota Baru semalam.

Jika BN benar-benar tidak meletakkan calon untuk melawan calon PAS di kerusi DUN Chempaka, ini bermakna tidak lama lagi, projek kerajaan perpaduan akan menjadi kenyataan.

Apatah lagi jika BN pada masa sama bermati-matian melawan calon PR di kerusi Permatang Pauh yang akan dikosongkan Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa hari lagi kerana hilang kelayakan selepas dihukum penjara 5 tahun.

Jika kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno berjaya dilaksanakan, berakhirlah legasi Nik Aziz yang dikenali sebelum ini sebagai penyatu PR selain daripada Anwar.

Maka puaslah hati sesetengah pihak yang sudah lama menanti waktu ini tiba. – 15 Februari, 2015.


Bloglist Malaysia - 

Shafee percaya Anwar bersalah, berani sumpah di Mekah

Posted: 15 Feb 2015 12:24 AM PST

 
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berani melafazkan sumpah di masjid atau di tanah suci Mekah berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau percaya ketua pembangkang itu sememangnya bersalah.

Bercakap dalam satu temubual eksklusif dengan Mingguan Malaysia, beliau yang mengetuai pendakwaan kes tersebut menafikan menganiayai Anwar semasa mengemukakan petisyen rayuan supaya Ketua Umum PKR itu disabitkan hukuman mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan 3 tahun lalu.

"Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya sudah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya.

"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya dipetik akhbar milik Umno itu hari ini.

Shafee berkata demikian menjawab pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya "orang jahat" seperti yang didakwa beliau sendiri semasa di dalam mahkamah.

Kes Liwat II melibatkan Anwar yang bermula sejak 2008 menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Shafee berkata, beliau langsung tidak ada isu peribadi dengan Anwar dan hanya melaksanakan tugas yang diberikan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, beliau tidak akan mengambil kes itu jika percaya Anwar dianiaya pihak tertentu.

"Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas.

"Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar bersalah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik," katanya.

Beliau juga berkata, Anwar sepatutnya berterima kasih kepada Gani kerana mendakwanya dibawah Seksyen 377B, dan bukannya 377C yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 20 tahun serta rotan.

"Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan, kecuali kes 377C sebab kes itu serius.

"Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat, sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun.

"Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara," katanya.

Shafee juga mencadangkan Gani mengambil tindakan terhadap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga kerana mengaitkan insitusi kehakiman dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Ambiga sepatutnya didakwa menghina mahkamah kerana menyabitkan mahkamah seolah-olah terlibat dalam sebahagian langkah BN mahu memenjarakan Anwar.

"Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya," katanya.

Ambiga pada 13 Februari dilaporkan berkata, Shafee mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Anwar dan beliau terkejut kerana tiada peguam negara atau timbalan pendakwa raya membuat kenyataan seperti itu selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Responsnya dibuat terhadap Shafee yang mengeluarkan kenyataan 20 perenggan kepada media, mengkritik ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana memberi kenyataan dari kandang tertuduh, dan tidak mahu duduk di kandang saksi untuk disoal balas seperti Saiful.

Mengulas lanjut, Shafee berkata, Anwar penakut dan cuba menyembunyikan perkara sebenar apabila hanya beri keterangan dari kandang tertuduh.

"Selalunya keterangan dari 'dock' ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya.

"Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi?

"Walhal subjek, Saiful ini, 7 hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat," katanya. - TMI

BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT