Sabtu, 14 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Ulama Muda UMNO Dari Hospital Melaka Bermulut Sial Hina Kematian Tok Guru Nik Aziz

Posted: 14 Feb 2015 11:30 PM PST

 " Mufti Perlis Dr Maza Bidas Seorang Pembela Ulama Muda UMNO Yang Juga Seorang Doktor Perubatan Kerana Hina TGNA "










Orang macam nih dalam hati dah pekat hitam, nak dapat hidayah macam mana kalau tindakannya sendiri tidak pernah menjurus kepada perbuatan untuk memohon hidayah dari Allah, sehingga Tuan Guru Nik Aziz meninggal pun manusia berhati binatang ini masih nak menghina kematian TGNA.

Kabarnya beliau adalah seorang pembela tegar ulama muda UMNO yang diketuai oleh Fathul Bari. Kurang ajar, dahlah kau tolak ilmu yang dicurahkan oleh TGNA, kau hina pula kematiannya.

Dipetik dari - tikaqbuluh


RAHSIA YANG DIBONGKAR YB NURUL IZZAH ANWAR !

Posted: 14 Feb 2015 10:45 PM PST

 
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah ditawarkan kerusi timbalan perdana menteri dalam kerajaan BN selepas pembangkang meraih sokongan 52 peratus undi popular dalam pilihan raya umum 2013, dakwa anaknya Nurul Izzah mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menawarkan kedudukan itu dengan syarat ketua umum PKR itu tidak mempedulikan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, kata Izzah, Anwar menolak tawaran itu bulat-bulat kerana Pakatan dibentuk atas dasar prinsip dan "tidak boleh dibeli atau dijual".



Anwar pernah menjadi TPM semasa berada dalam BN, sebelum dipecat daripada jawatan itu oleh Tun Mahathir Mohamad, sebelum menghadapi pertuduhan rasuah dan liwat buat kali pertama. 

Nurul Izzah, yang juga naib presiden PKR dan anggota parlimen Lembah Pantai membuat dakwaan itu dalam ceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam tadi. Kira-kira 1,000 orang hadir dalam ceramah itu.

 

Mountdweller

KOMEN:  Diharap puak2 UG/KERAJAAN PERPADUAN ambil iktibar dengan peristiwa ini -  UMNO hanya mempelawa apabila mereka rasa tersepit dan takut hilang kuasa....  ZAR ALI

Rahsia Terbaru Najib Terbongkar Lagi..

Posted: 14 Feb 2015 10:00 PM PST

 

Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan kekayaan keluarganya  yang tidak dijelaskan selepas pendedahan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times berhubung pembelian hartanah bernilai tinggi dikaitkan dengan anak tirinya yang juga seorang penerbit filem, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, perdana menteri perlu menjelaskan kekayaan keluarganya dan juga mendedahkan aset serta perbelanjaan mewah keluarga beliau, memandangkan pendapatan tahunan Najib adalah di bawah RM500,000.

"Presiden negara yang paling kaya dan berkuasa di dunia, Amerika Syarikat, mengisytiharkan aset dan perbelanjaan keluarganya setiap tahun di bawah Akta Etika 1978.

"Sudah tiba masanya bagi Najib melakukan perkara yang sama, dalam usaha beliau menjelaskan kekayaan keluarganya  yang tidak dapat dijelaskan, walaupun selepas mengambil kira sebarang kemungkinan harta daripada bapanya, bekas perdana menteri, Tun Abdul Razak Hussein, yang terkenal dengan kesederhanaan," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pad 8 Februari sebuah artikel "Well connected at home, young Malaysian has appetite for New York" mendedahkan kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur bagi pelbagai pihak, dan juga hubungannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB ), yang mengumpul RM42 bilion hutang.

Artikel itu juga mendedahkan "kekayaan luar biasa" daripada keluarga terdekat Najib dan menimbulkan persoalan bagaimana kekayaan itu terkumpul.




Laporan The New York Times menekankan Najib, " memperoleh gaji tahunan kira-kira $100,000 (RM350,000) setahun sebagai perdana menteri, diserang oleh laporan media berkenaan perbelanjaan mewah isterinya".

Laporan itu juga juga menunjukkan contoh satu siri gambar yang memperlihatkan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor memegang sekurang-kurangnya sembilan beg tangan Birkin yang berbeza, yang biasanya berharga di antara AS$9,000(RM32,000) sehingga AS$150,000 (RM530,000) setiap satu.

Akhbar Amerika Syarikat itu juga melaporkan ia memperoleh invois dan dokumen lain yang menunjukkan berjuta-juta dolar barang kemas – cincin berlian dan zamrud, gelang zamrud dan delima – yang ditempah Rosmah di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times juga mendedahkan transaksi anak tiri Najib, Riza Aziz, 38, yang membeli sebuah apartmen di Park Laurel, New York bernilai AS$33.5 juta (RM117.5 juta) dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya AS$ 17.5 juta (RM61. 5 juta) secara tunai.

Kedua-dua hartanah dibeli Low yang juga mempunyai kekayaan tidak dapat dijelaskan, lapor The New York TImes.

Riza mengesahkan urus niaga ini dan juga dilaporkan rumah di Beverly Hills dirobohkan untuk dibina semula –satu projek yang menelan belanja jutaan dolar.

"Semua dana ini kepunyaan Riza walaupun hakikat dia sebelum ini hanya menjadi pekerja bank muda di HSBC(Hong Kong dan Shanghai Bank Corporation)," kata Pua.

Anak tiri perdana menteri juga dilaporkan bersama memiliki syarikat Red Granite, yang diasaskan pada 2010 dan sejak itu membiayai filem 'The Wolf di Wall Street' dan 'Dumb and Dumber To'.

Tahun lepas, Red Granite diseret tindakan undang-undang doleh bekas pengeluar 'Dumb and Dumber',yang menuduh Red Granite "dibiayai dengan wang yang hasil kesalahan terhadap sebuah negara asing yang melibatkan sogokan kepada pegawai awam, atau penyelewengan , kecurian, atau penyelewengan dana awam oleh seorang pegawai awam. "

Kes ini diselesaikan secara sulit di luar mahkamah pada tahun lepas.

Pua juga merujuk cerita di laman sesawang Sarawak Report yang diterbitkan tiga hari lalu, mendedahkan Riza gagal mendaftar pembelian harta di Beverly Hills dengan pihak berkuasa cukai California dan mengelak membayar cukai pemindahan harta berkenaan.

"Tidak kira drama di sebalik hubungan antara Low, Riza, Najib dan Rosmah, yang mungkin sesuai dengan skrip Hollywood, hakikatnya terdapat beberapa laporan keluarga perdana menteri menghabiskan dan memperoleh aset global bernilai ratusan juta ringgit.

"Kekayaan dan pola perbelanjaan keluarga sudah pasti kelihatan lebih 'luar biasa' walaupun selepas mengambil kira kenyataan Pejabat Perdana Menteri ia sepadan 'bagi kedudukan seorang perdana menteri, tanggungjawab dan aset warisan keluarga', "katanya.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mempertahankan kekayaan Najib dengan mendakwa "tiada sebarang wang yang dibelanjakan untuk perjalanan, dan tiada pembelian barang kemas, tiada luar biasa bagi seseorang berjawatan sebagai perdana menteri, tanggungjawab dan harta warisan keluarga."

Sila Hadirkan Diri Anda Untuk Memberi Sokongan

Posted: 14 Feb 2015 09:30 PM PST

 
'SOLIDARITI BERSAMA ANWAR'   Tarikh: 15 Feb 2015 (Ahad) Masa: 9 mlm Tempat: Dewan Orang Ramai Cheras Jaya, Balakong   Peta lokasi:  http://bit.ly/1MhIY8z http://waze.to/lr/hw2835tkcm  Semua dijemput. Sebarkan!

'SOLIDARITI BERSAMA ANWAR'
Tarikh: 15 Feb 2015 (Ahad)
Masa: 9 mlm
 

Tempat: Dewan Orang Ramai Cheras Jaya, Balakong

Peta lokasi:
 

Semua dijemput. Sebarkan!

Manusia Laknat Begini Pun Ada Dimuka Bumi Ini ??

Posted: 14 Feb 2015 09:00 PM PST

 
semoga dilanggar lori bawa buah epal,satu hari nnti,amin..
 

Jawatan Musyidul Am PAS

Posted: 14 Feb 2015 08:30 PM PST

Bersama ini dilampirkan Surat Cadangan dari Seorang Ahli PAS yang dikirim kepada saya :

Sudah lebih sedekad Al Fathil Tuan Guru memberikan perkhidmatan yang sangat cemerlang selaku Presiden.

Selaku seorang Pemimpin Spiritual juga Tuan Guru telah berkhidmat dengan cemerlang semenjak 1976.

Malah jasabakti Tuan Guru telah melahirkan para pejuang yang kental dan senantiasa mengabadikan diri untuk perjuangan suci ini.

Jumlahnya bukan sedikit malah berani dikatakan jutaan telah Tuan Guru lahirkan berdasarkan curahan dan tadahan ilmu diantara sang murabbi ummah dan para talabun.

Kami anak didik Tuan Guru amat mengasihi dan menyayangi Tuan Guru dari semua aspek.

Selaku seorang Presiden,  Tuang Guru, Pendakwah,  Pendidik, Ahli Politik tempatan dan antarabangsa.

Dunia politik tempatan semakin hari semakin panas dan ganas.

Ianya memerlukan kudrat dan ketangkasan fikrah dan jasadiah tahap tertinggi.

Kami semua sayangkan Tuan Guru.   Berdasarkan cabaran cabaran yang semakin sengit ini,  maka kami mengharapkan inilah masanya yang paling sesuai untuk Tuan Guru memberikan laluan kepada mukabaru bagi menggalas tanggungjawab selaku Presiden Parti Islam Semalaysia.

Alangkah indahnya jika Tuan Guru berada dikerusi selaku Al Mursyidul Am untuk menjaga polisi polisi parti agar tidak terkeluar dari orbit Islam.

Biarlah cabang Exsekutif Parti diterajui oleh muka baru yang lebih bertenaga bagi melojnjakkan pencapaian parti ketahap yang lebih tinggi.

Tuan Guru akan lebih dihormati dan dengar cakap.

Ini lah masa yang sangat sesuai.....

Sekian,  Terima kasih.


ANAK JOHOR

Soalan2 bodoh drp Sudin Pak Ngah.

Posted: 14 Feb 2015 07:45 PM PST

Tak faham kita bertanya...kan? 

Siapa berminat boleh jawab. Jawablah dgn ikhlas dgn memberikan hujah2 yg bernas.
Soalannya:

Apa itu kerajaan? Siapa kakitangan kerajaan/awam? 

Apa keistimewaan kakitangan awam? 

Mengapa gaji kakitangan awam berbeza2? 

Mengapa guna sistem gred gaji? 

Kenapa ada tahun satu (T1), tahun dua (T2), T3..., T20 dsbnya. 

Adakah sistem gred gaji itu berlandaskan syariat Islam? 

Apa kata para ulamak? Apa dalil2 yg membenarkannya

 Apa hukum makan hasil gaji yang menggunakan sistem gred gaji itu? 

Adakah sistem gred gaji yg ada skrg ini disenangi oleh semua rakyat? 

Berapa ramai kakitangan awam menipu dan ditipu dgn sistem kenaikan gaji? 

Berapa ramai yg kecewa dgn pelaksanaan sistem gred gaji? Berapa ramai yg makan wang haram? 

Adakah semakin lama berkhidmat dlm kerajaan maka semakin tinggi kemahiran, kualiti dan produktiviti seseorang yg bergelar kakitangan awam itu sehingga boleh dianggap semakin lama berkhidmat maka semakin tinggi gajinya? 

Apakah tidak ada sistem penggajian yg lebih baik berbanding skrg ini di negara kita? 

Apa itu pencen? Patutkah kakitangan awam yg telah bersara diberikan pencen? Apa hukum makan hasil wang pencen? Apa beza wang pencen dgn wang bantuan kebajikan msykt atau zakat? 

Adilkah wang pencen dibayar kepada kakitangan awam yg telah bersara?


Sekian. Terima kasih. Assalamu'alaikum. Jom solat Subuh.

UMNO Hendak Bantu Laksana Hudud Hanya Dongeng Semata-Mata

Posted: 14 Feb 2015 07:00 PM PST



Fikirlah sikit.

UMNO terang menerang perlekeh hukum Qazaf demi menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Agak2 UMNO yang sama nak laksana hukum hudud ke?

Kalau hudud terlaksna berjuta ahli2 UMNO kena sebat belakang atas kes Qazaf.

Dari Presiden sampailah ahli biasa.

Ada pulak orang PAS yang percaya cerita karut konon UMNO hendak laksana hukum syariah

Islam tak ajar umatnya jadi bodoh.

Lebih2 lagi Islam tak suruh gunakan Islam untuk melindungi kebodohan.

Selagi UMNO itu UMNO mereka tidak akan laksana hukum Allah.

Dalam mereka memperjuangkan kalimah Allah, boleh pula mereka tambah bilangan lesen judi di Malaysia.

TULANG BESI

Cuepacs mohon pencen dibayar sebaik pesara tamat perkhidmatan..??

Posted: 14 Feb 2015 06:30 PM PST

 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon supaya pembayaran wang pencen dibayar sebaik sahaja pesara menamatkan perkhidmatan berikutan peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata pesara memerlukan wang pencen kerana mempunyai pelbagai komitmen termasuk membayar pinjaman perumahan.

"Sebaiknya seminggu selepas bersara terus dapat wang itu (pencen) kerana pesara memerlukan wang berkenaan untuk membayar pinjaman rumah dan lain-lain.

"Kami minta tindakan proaktif diambil oleh pihak berwajib dan kita harap proses ini dapat disegerakan dan diambil perhatian serius," katanya di Kota Baru hari ini.

Azih berkata pesara pada masa ini hanya menerima wang pencen selepas tiga bulan menamatkan perkhidmatan dalam sektor awam.

Justeru, beliau memohon kerajaan supaya melihat semula kaedah pembayaran wang pencen berkenaan bagi mengurangkan beban dihadapi penjawat awam yang kehilangan pendapatan selepas bersara.

Dalam perkembangan lain, Azih berkata pihaknya juga mencadangkan supaya kerajaan dapat memanjangkan lagi tempoh penurunan tarif elektrik kepada setahun.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini mengumumkan, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang sebanyak 2.25 sen setiap kWj.

Sementara purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015. – Bernama, 14 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.


Guan Eng seru rakan Pakatan hormati semangat kesepakatan !!!

Posted: 14 Feb 2015 06:00 PM PST


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru parti dalam Pakatan Rakyat untuk memelihara kesepakatan antara mereka selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan hukuman penjara atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru parti dalam Pakatan Rakyat untuk memelihara kesepakatan antara mereka selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan hukuman penjara atas Ketua Pembangkang Datuk

Susulan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan hukuman penjara atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP menggesa ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) memelihara permuafakatan di antara mereka dan menghormati prinsip kesepakatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sumbangan kedua-dua pemimpin ke arah pembentukan PR mesti dikenang oleh pemimpin dan anggota ketiga-tiga PAS, PKR dan DAP.

"Kita mesti meneruskan usaha mereka mengekalkan PR berasaskan prinsip konsensus terhadap nilai yang disepakati bersama dan mengorbankan sebarang tindakan yang gagal mendapatkan kesepakatan ketiga-tiga parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menegaskan PAS akan meneruskan cadangan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 bagi melaksanakan hudud di Kelantan, sebagai menyambung warisan Nik Aziz.

Presiden PAS itu menulis di laman Facebook beliau mengatakan melaksanakan Enakmen Syariah itu dalam perundangan negeri merupakan amanah yang ditinggalkan bekas menteri besar Kelantan itu.

Dengan ketiadaan kedua pemimpin itu, terdapat kebimbangan bagaimana gabungan pembangkang itu akan kekal bertahan dengan PAS dan DAP yang sering berbalah khususnya mengenai pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan isu hudud.

Kenyataan Hadi dilihat menolak cadangan DAP supaya pelaksanaan pilihan raya PBT dan hukum hudud ditangguhkan sehingga 2023.

Veteran DAP Lim Kit Siang membuat usul itu di Alor Setar pada Khamis, bertujuan menyelamatkan PR menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bagi mengelak perpecahan dalam PR.

"Saya cadangkan apa-apa isu yang kita tidak boleh persetujui bersama, diketepikan untuk tempoh 8 tahun.

"Sama ada ia dibangkitkan oleh PAS, DAP mahupun PKR, kalau masing-masing tidak setuju maka ia perlu ditangguhkan," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan hari ini, Guan Eng berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan terus menyokong Anwar.

"DAP menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar dalam mendepani hukuman lima tahun penjara, yang merupakan angkara konspirasi politik untuk mengakhiri kerjaya politiknya dan menghalang perubahan aman ke arah demokrasi yang berfungsi melalui jalan yang diperuntukkan Perlembagaan daripada pemerintahan kuku besi Barisan Nasional.

"DAP menggesa rakyat Malaysia untuk mengubah rasa hiba dan titis air mata mereka akibat pemenjaraan Anwar, menjadi kekuatan untuk menambah lagi usaha ke arah kebebasan, keadilan, kebenaran dan demokrasi.

"Marilah kita menjadikan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai serangan sulung kempen yang bukan sahaja demi membebaskan Anwar tetapi juga membebaskan Malaysia," kata Guan Eng.

Beliau juga menyampaikan salam takziah DAP kepada keluarga Nik Aziz, PAS dan ahlinya kerana kehilangan pemimpin yang disegani ramai itu.

"Almarhum Tok Guru tokoh yang disegani semua rakyat Malaysia, disayangi umat Islam dan amat dihormati warga bukan-Islam atas integriti peribadinya, keberanian dan gaya hidup rendah diri serta sifat manusiawi yang begitu mendalam dan menghormati keharmonian pelbagai agama.

"Tok Guru pastinya akan dirindui atas iman dan taqwa terhadap Islam, keazaman yang utuh ketika berhadapan dengan kekuatan BN dan Umno; kepercayaannya terhadap masa depan PR dan iltizamnya memperkukuhkan PR demi berjuang melawan salahguna kuasa dan korupsi oleh BN yang berleluasa."

Nik Aziz meninggal dunia pada Khamis malam di Kota Baru pada usia 84 tahun akibat kanser prostat.

Guan Eng berkata, DAP juga dengan tegas mengecam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketua pasukan pendakwa dalam perbicaraan kes liwat Anwar dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, di atas serangan tercela dan keji terhadap Anwar dan Nik Aziz, di saat kedua-dua tidak lagi boleh menjawab dan mempertahankan diri.

Demikian merupakan resolusi yang diluluskan sebulat suara oleh CEC DAP dalam mesyuarat malam Jumaat. – 14 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com

"NAK TANYA FAEKAH HUSIN: DUIT PAMPASAN 900 RIBU SUDAH DIKEMBALIKAN?"

Posted: 14 Feb 2015 05:30 PM PST

Faekah mahu PKR minta maaf celupar dengan Khalid

Published: 14 February 2015.

Faekah Husin menyifatkan tindakan tuduhan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jauh daripada keadilan dan kematangan yang sering dilaungkan PKR.

Faekah Husin menyifatkan tindakan tuduhan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jauh daripada keadilan dan kematangan yang sering dilaungkan PKR.

PKR digesa memohon maaf kepada bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengaitkannya dengan dalang demonstrasi yang mahu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik ketua umum PKR yang baru.

Pegawai khasnya Faekah Husin berkata tindakan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang menuduh Khalid sebagai dalang itu bersifat kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.

Katanya, tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Khalid, kini permasalahan dalaman PKR pula mahu dilibatkan kepadanya.

"Selaku seorang negarawan, Khalid terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawab. Justeru menuduh beliau sebagai dalang yang bersembunyi penghinaan melampau yang dilakukan pimpinan PKR. 

"Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faekah ialah bekas ketua pegawai eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan sekarang bertindak sebagai pegawai khas Khalid yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada Khamis, sekumpulan mereka yang mendakwa anggota PKR berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu memegang kain rentang yang mendesak pucuk pimpinan parti itu melantik Dr Mahathir sebagai ketua umum PKR menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara.

Kumpulan itu berkata, pelantikan Mahathir sebagai Ketua Umum PKR dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum akan datang.

PKR dalam reaksinya bagaimanapun menafikan bertanggungjawab terhadap demonstrasi itu.
Fahmi kemudiannya dilaporkan sebuah portal semalam menganggap kumpulan itu serpihan penyokong Khalid.

Mengulas lanjut, Faekah berkata reaksi pantas PKR terhadap demontrasi itu membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.

Katanya, pemimpin PKR perlu berhenti menuding jari kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.

"Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli dengan jujur, bijak dan matang," katanya. -14 Februari, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/
 

Jokowi mahu wanita Indonesia berhenti jadi pembantu rumah di luar negara

Posted: 14 Feb 2015 05:00 PM PST

 
Hatinya sakit apabila menerima laporan bahawa daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di Malaysia, 1.2 juta orang adalah bertaraf pendatang haram. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Jumaat menegaskan bahawa pentadbirannya mahu menghentikan kemasukan tenaga kerja republik itu sebagai pembantu rumah di luar negara.

"Dalam tempoh yang sesegera mungkin, kita hentikan penghantaran tenaga kerja Indonesia sebagai pembantu rumah.

"Kelaziman wanita Indonesia ke luar negara untuk bekerja sebagai pembantu rumah harus secepat-cepatnya dihentikan. Kita perlu ada keyakinan dan harga diri," ujarnya seperti yang dilaporkan media republik berkenaan.

Joko yang senang disapa sebagai Jokowi berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama Musyawarah Nasional II Parti Hanura (Hati Nurani Rakyat) di Solo.

Dalam majlis itu, Jokowi mengatakan beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Brunei dan Filipina.

Pengalaman paling pahit, menurut Jokowi, adalah ketika membuat kunjungan perdana ke Malaysia.

Hatinya 'sakit' apabila menerima laporan bahawa daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di seluruh dunia, 1.2 juta darinya adalah tanpa dokumen yang sah.

Kebanyakan daripada tenaga kerja Indonesia di Malaysia berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Sewaktu Jokowi bercakap tentang hasrat menghentikan penghantaran warganya sebagai pembantu rumah di luar negara, beliau disambut tepukan gemuruh namun Jokowi telah mengingatkan hadirin dalam majlis tersebut supaya 'jangan bertepuk tangan'.

Peringatan itu dipercayai diminta Jokowi kerana beliau mahu menunjukkan bahawa isu tersebut sangat serius dan sesuatu perlu dibuat bagi mengelakkan lebih ramai warganya bertaraf pendatang tanpa izin di negara asing.

"Ini soal martabat bangsa, apatah lagi kalau tenaga kerja kita bermasalah dengan negara jiran," ujar beliau yang mengakui hatinya terguris ketika menerima laporan tenaga kerja Indonesia yang banyak memasuki Malaysia secara haram.

Jokowi telah meminta Menteri Tenaga Kerja Indonesia untuk segera menyelesaikan perkara tersebut termasuk secara berperingkat membawa pulang kesemua warganya yang berstatus pekerja tanpa izin di negara asing. - Astro Awani

PM Najib Harus Letak Jawatan Sekarang Kata Mahathir

Posted: 14 Feb 2015 04:30 PM PST

Sindiran Mahathir berita gembira kepada rakyat

 Sindiran Dr Mahathir berita gembira kepada rakyat
PETALING JAYA  - Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa "akan meletakkan jawatan jika masih sebagai Perdana Menteri" merupakan satu berita gembira kepada rakyat yang mengimpikan perubahan.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin berkata, pendirian bekas Perdana Menteri itu memberikan harapan sama ada Najib akan diturunkan dari jawatannya melalui UMNO.
Katanya, Pakatan Rakyat (PR) harus mengambil peluang keemasan itu dengan segera melupakan persengketaan sesama sendiri, merapatkan barisan dan mengukuhkan lagi kesepakatan.
"Penolakan berterusan Mahathir ini seharusnya disambut dengan sewajarnya dan jangan sesekali disia-siakan," katanya menerusi entri terbaru blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Tambahnya, teguran dan penarikan balik sokongan oleh Dr Mahathir kepada Najib sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung turut memberikan kelebihan kepada gabungan ketiga-tiga parti itu kerana pengaruh bekas Perdana Menteri masih lagi kukuh jika bersuara.
"Lihat saja pada pilihan raya 2004 di mana Barisan Nasional (BN) ketika itu menang paling bergaya dengan 198 kerusi Parlimen.
"Tetapi apabila Dr Mahathir kemudiannya mula mengkritik kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, kemenangan BN pada pilihan raya 2008 merosot kepada 140 kerusi dan pertama kali hilang majoriti dua pertiga," jelasnya.
Shahbudin berkata, BN kini hanya berbekalkan 133 kerusi pada pilihan raya 2013 dan hanya meraih undi popular sebanyak 47 peratus serta ditambah ketiadaan sokongan Mahathir pasti meletakkan ia dalam keadaan tertekan. - FMT

Polis rampas buku Zunar mengenai Rosmah

Posted: 14 Feb 2015 04:00 PM PST

 
 
Polis telah merampas buku karya terkini kartunis politik Zunar, yang mengandungi karikatur isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih seratus nashkah buku 'Ros in Kangkung Land' telah dirampas selepas polis menahan van yang mengangkut buku-buku itu.

Buku-buku itu sepatutnya dihantar ke Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya di mana Zunar akan melancarkannya petang ini.

Ketika dihubungi, Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque – berkata beliau sedang berjaga-jaga kemungkinan polis akan menangkapnya lagi.

Namun demikian, Zunar berkata beliau tidak akan berhenti menghasil buku-buku baru dan kartun yang lebih keras lagi.

Menurutnya, pihak polis masih belum memberitahunya mengenai tindakan mereka yang seterusnya.

Zunar telah ditahan reman selama tiga hari di lokap Dang Wangi selepas ditangkap kerana didakwa menghasut pada hari Selasa.


Malaysiakini

ANAK MUDA BANGKIT TUNTUT "KEBEBASAN ANWAR IBRAHIM"

Posted: 14 Feb 2015 12:27 PM PST

1 Goat Year, 1 Great Family reunion dinner - Keluang Lee

Posted: 14 Feb 2015 08:00 AM PST


 

Last night, the cast of "1 Goat year, 1 Great Family" shared their spirit of making the movie with a family of guests.

The script and idea for the "1 Goat year, 1 Great Family" Chinese New Year video was based on that concept of family amongst friends of multicultural multiethnic Malaysia, Seputeh MP Teresa Kok said during the reunion dinner in conjunction with the new video.

The Chinese New Year video comes a year after the Onederfull Malaysia Chinese New Year video, which had resulted in Kok being investigated under the Sedition Act.

This did not stop her from creating another new video this year, featuring an all new "star studded cast". These big names included Khalid Samad (Shah Alam MP), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai MP), Cynthia Gabriel (Director of NGO C4 – Centre To Combat Corruption And Cronyism), Hew Kuan Yew (better known as Superman from DAP) , A Samad Said (national laureate), and Kok herself.

Compared to last year video which was a mostly Chinese affair, the new clip had a multiracial cast dealing with various national issues using satire.

"Like Anwar used to say in all his speeches, wo men tou shi yi jia ren (we are all one family)," she told the guests.

Most of the guests present were chosen from a Facebook competition on the "1Goat Year, 1 Great Family" Facebook page.

Over 3,000 of the page's followers had commented saying why they wanted to be selected for the reunion dinner with the cast of the video, and two percent were picked to attend the Lou Sang and dinner session in The Club, Bukit Utama.

She thanked the guests who were made up of different races, saying that they represented the true Malaysian family.

The cast have their say

WIRA2815Khalid Samad when addressing the crowd said "he did not know what he was getting himself into" when he was asked by Teresa Kok to perform in the video.

"We occupied her house for the whole day, we had to live in her kitchen… even her poodle had to stay in the kitchen and I had to move upstairs," he said.

Calling it a "very enjoyable experience", he hopes that this unity amongst different races would been seen in the society at large.

He also jokingly apologised for his "poor acting" in the video.

WIRA2366-002Another cast member, Cythia Gabriel joked she was "imprisoned" in Teresa Kok's home because the director had forced them to do many takes for simple scenes.

"We really had no skills to act," she said.

In a non-stop 14- hour shoot, the cast stayed at the house from nine in the morning until eleven at night, she said.

"The best part about the whole thing was how we laughed at each other's performance."

She recalled that during shooting, Khalid Samad could not hold in his laughter even after he had rehearsed his script.

Although some were critical of their acting calling the video this year "kurang standard" (substandard) compared to last year, she said, the content represented a wider range of issues facing Malaysians discussed by a multiracial cast.

"We are talking about the fact that we, young, old women and men of different races can find commonality amidst these difficult times."

Cynthia added that this was the message that they were trying to put forward in the video.

"Although actually I am embarrassed to be viewed in that video, I'm very proud to be amongst the cast."

All belong under the Malaysian sun

Nurul Izzah who arrived late at the dinner from the Sungai Buloh prison where a nightly vigil was held in solidarity with her father, opposition leader Anwar Ibrahim, said that she was happy to be part of the video.

She said though the cast found difficulties at first, to actually mention 1Malaysia, it represented the aspirations of all Malaysians who deserve to feel like they belong.

"And they do belong, under the Malaysian sun," she said of the message of the video.

She added that Khalid and herself would consider taking part in future sequels, if the script "stayed away from seditious issues" such as Dubai, golf and shopping. -
 
 
The Rocket.

Kumpulan aktivis muda sertai PKR berhimpun tuntut pembebasan Anwar

Posted: 14 Feb 2015 07:15 AM PST

 
KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 200 penunjuk perasaan hari ini berkumpul di sekitar pusat membeli belah Sogo di ibu negara bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka mula berkumpul pada jam 4.00 petang Sabtu, sebelum bergerak ke bangunan bersebelahan 15 minit kemudian.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut berada di situ berkata, perhimpunan tersebut rata-ratanya terdiri dari golongan anak muda dan mahasiswa yang mahu Anwar dibebaskan dari penjara.

"Tiap-tiap malam kita telah saksikan orang ramai berkumpul di hadapan penjara Sg Buloh dan menyertai program Cabang-cabang PKR seluruh negara yang mengadakan solat hajat.

"Ini membuktikan rakyat masih mahukan Anwar bebas, dan menolak keputusan hakim Mahkamah Persekutuan," kata beliau pada perhimpunan tersebut.

Katanya minggu ini merupakan yang cukup mencabar kerana selepas Anwar dipenjarakan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meninggal dunia.

Menurutnya, kini giliran anak-anak muda pula membawa 'obor' bagi meneruskan perjuangan Anwar, Nik Aziz dan juga mendiang Karpal Singh.

Selain itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang turut berucap pada perhimpunan tersebut berkata pihaknya tidak akan mengaku kalah dalam menuntut keadilan terhadap ayahnya itu.

Beliau juga meluahkan rasa sedih atas pemergian Nik Aziz pada Khamis lalu.

"Pada hari ini kami memang sedih, tetapi kesedihan itu bukan sahaja meratapi pemenjaraan ayah tetapi juga kehilangan mutiara yang disebut oleh Datuk Seri Anwar iaitu Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang kita semua kasihi," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah juga berkata akan meneruskan tuntutan pembebasan Anwar menerusi 'March 2 Freedom'.

Beliau juga mengutarakan kemungkinan untuk menyerahkan petisyen pembebasan Anwar kepada Yang Di-Pertuan Agong, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya 'mencetuskan konspirasi' terhadap kes Anwar.

Kesemua mereka melaungkan slogan 'reformasi', 'bebas Anwar' dan 'hidup rakyat', sambil mendendangkan lagu serta bermain gendang dan mengenakan pakaian hitam.

Selain Nik Nazmi dan Nurul Izzah, antara yang turut hadir pada perhimpunan yang dipanggil #KitaLawan tersebut ialah aktivis-aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim, Fahmi Zainol, K.S Bawani, serta beberapa pemimpin dari Gamis dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari,menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, selepas membacakan keputusan selama hampir 2 jam.





 

Lahirnya seorang lagi pejuang PAS !

Posted: 14 Feb 2015 06:30 AM PST

Saya gembira bila baca berita penyertaan bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad ke dalam PAS. 

PAS memerlukan orang macam Zaidi yang berani dan tegas menyatakan keadilan.Beliau jenis yang berani menyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit! 

Beliau berani tampil ke depan untuk menentang salah laku pihak berkuasa tanpa berasa takut periuk nasi keluarga sendiri terjejas. 

Tentunya sikap dan pendirian beliau itu akan tetap utuh dan diteruskan dalam perjungannya bersama PAS nanti. 

Saya berharap Zaidi akan teguh berpegang dengan apa yang pernah Tuan Guru Presiden pesan kepada seluruh ahli PAS: 

"Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat.Dimana rakyat diminta bercakap benar. Pemimpin itu tak betul, katakan tak betul. Pemimpin itu salah, beritahu salah! 

Keberanian dan ketegasan Zaidi terbukti apabila sanggup dipecat dari perkhidmatannya sebagai pegawai berpangkat Mejar di TUDM. "Saya akan menjadi ahli PAS. 

Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang "Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 


Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya di sini
Lahirnya seorang lagi pejuang PAS ! Saya gembira bila baca berita penyertaan bekas mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Zaidi Ahmad ke dalam PAS. PAS memerlukan orang macam Zaidi yang berani dan tegas menyatakan keadilan.Beliau jenis yang berani menyatakan kebenaran walaupun kebenaran itu pahit! Beliau berani tampil ke depan untuk menentang salah laku pihak berkuasa tanpa berasa takut periuk nasi keluarga sendiri terjejas. Tentunya sikap dan pendirian beliau itu akan tetap utuh dan diteruskan dalam perjungannya bersama PAS nanti. Saya berharap Zaidi akan teguh berpegang dengan apa yang pernah Tuan Guru Presiden pesan kepada seluruh ahli PAS: "Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat.Dimana rakyat diminta bercakap benar. Pemimpin itu tak betul, katakan tak betul. Pemimpin itu salah, beritahu salah! Keberanian dan ketegasan Zaidi terbukti apabila sanggup dipecat dari perkhidmatannya sebagai pegawai berpangkat Mejar di TUDM. "Saya akan menjadi ahli PAS. Saya sedang menunggu MyKad saya sebagai rakyat biasa," katanya yang "Saya lebih (cenderung) kepada Islam, sebab itu saya pilih Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya mahu menyumbang dengan cara ini," katanya di sini

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

TERUSKAN LAGI

Posted: 14 Feb 2015 05:45 AM PST


308

Sambutan Hebat Kempen 

"BERARAK UNTUK KEADILAN"

 Machang Bubuk
Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon telah melancarkan Kempen "BUK" di Taman Sri Kijang, Bukit Mertajam pagi tadi sempena Program Kaligrafi Tahun Baru Cina. Kempen tandatangan poskad tersebut telah mendapat sambutan yang amat hebat daripada penduduk tempatan. Hampir 500 keping poskad telah ditandatangani oleh penyokong dalam tempoh masa dua jam sahaja.

Apabila ditemudugai, ramai yang bersimpati dengan keadaan  Anwar Ibrahim yang diaib dan dizalimi oleh konspirasi politik kotor UMNO/BN.

Lee Khai Loon berkata, "saya berasa terharu kerana dalam masa yang singkat, kami telah berjaya mengutip hampir 500 tandatangan daripada penduduk sekitar yang tidak kira bangsa, umur dan gender. Kami sangat berterima kasih kepada mereka yang telah menunjuk tanda solidariti bersama Anwar Ibrahim dengan menyokong kempen ini."

Seterusnya, kami akan menjalankan kempen ini di setiap kawasan Machang Bubuk sehingga kami mencapai matlamat kami untuk mengutip lima ribu keping poskad yang ditandatangani oleh penyokong. Ceramah Jelajah Rakyat Hakim Negara di Tapak Ekspo Seberang Jaya dan Pasar Permatang Tinggi telah dijadualkan pada malam ini dan pagi 15hb Feb.

Semua poskad tersebut akan dihantar kepada saudari Nurul Nuha, anak kedua Anwar Ibrahim yang telah melancarkan Kempen "Berarak Untuk Keadilan" untuk disampai kepada Pejuang Rakyat yang dihormati iaitu Anwar Ibrahim dalam masa yang terdekat.


  Tukar Tiub

Mana Lebih Wajar, Anwar Kemuka Petisyen Rayuan Atau Tidak?

Posted: 14 Feb 2015 05:00 AM PST







Perhimpunan Depan Sogo 14-2-2015

Di sebalik kedudukan Anwar Ibrahim yang kini sudah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan untuk menghuni Penjara Sungai Buloh untuk tempoh lima tahun akan datang, ruang untuk beliau bebas lebih awal sebenarnya tidaklah tertutup sama-sekali.

Satu-satunya jalan terakhir yang boleh dilakukan olehnya untuk memendekkan tempoh hukuman itu ialah dengan mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

Setelah dihukum pada 10 Februari lalu, Anwar sebenarnya mempunyai ruang selama 14 hari iaitu sehingga 24 Februari depan untuk memikir sama ada mahu mengemukakan petisen rayuan atau sebaliknya.

Jika petisyen rayuan tidak dikemukakan sehingga 24 Februari itu, bermakna kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diisytiharkan kosong dan suatu pilihanraya kecil wajib diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.

Bagaimanapun jika Anwar memutuskan untuk mengemukakan rayuan, kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan terus kekal sehingga ada keputusan berhubung rayuan itu.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia, baru-baru in tampil dengan kenyataan bahawa kerusi Parlimen itu belum boleh diisytiharkan kosong lagi buat waktu ini.

Katanya, pengumuman rasmi sama ada kerusi itu kosong atau sebaliknya hanya boleh dibuat selepas 14 hari daripada tarikh hukuman dijatuhkan, tetapi tempohnya akan menjadi lebih panjang jika Anwar mengemukakan petisyen rayuan kepada Yang Dipertuan Agong.

Menurut beliau, petisyen rayuan mesti dikemukakan dalam tempoh 14 hari selepas hukuman dijatuhkan dan jika ia dikemukakan oleh Anwar, kekosongannya hanya dapat disahkan selepas rayuan diputuskan sama ada diterima atau ditolak oleh Yang Dipertuan Agong. Dalam hal ini, apa yang perlu dilakukan oleh Anwar, mengemukakan rayuan atau tidak?

Bagi kalangan yang kental dengan perjuangan PR, lebih ramai yang mahukan beliau tidak mengemukakan petisyen rayuan kerana jika merayu bermakna Anwar mengakui kesalahan liwat yang dihadapkan kepadanya.

Mereka berhujah bahawa menolak rayuan lebih mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap PR serta memperteguh lagi pengakuan tidak bersalah yang sering dilaungkan oleh Anwar sebelum ini.

Kata mereka lagi, dengan simpati, kemarahan rakyat serta tekanan antarabangsa yang diterima Najib ketika ini, beradanya Anwar terus berada dalam penjara dan memainkan peranannya daripada Sungai Buloh adalah lebih baik bagi PR.

Sebaliknya, jika bersetuju mengemukakan rayuan, imej dan kredebilitinya akan hancur dan musnah di mata rakyat.

Sebaliknya, ada pula yang berpendapat, jika yakin rayuan itu boleh mendapat pertimbangan, terutama kerana Anwar pernah berjasa kepada negara semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu, di tambah dengan usianya sudah menjangkau 67 tahun, ini adalah peluang terbaik untuk meneruskan karier politiknya di samping menikmati kehidupan sebagai manusia yang bebas.

Soal ia bermakna mengakui bersalah atas perlakuan liwat jika mengemukakan rayuan, dianggap hanyalah tafsiran teknikal semata-mata.

Selain itu, dalam berhadapan dengan pendirian Mahathir yang terus menyerang dan mengasak Najib bahkan mula menyindirnya tentang perletakan jawatan walaupun setelah Anwar dipenjarakan, Perdana Menteri dinilai banyak pihak sudah tentu lebih suka jika ada rayuan dan berkemungkinan memberi lebih pertimbangan terhadapnya.

Alwi setuju Umno tak tanding di PRK Chempaka

Posted: 14 Feb 2015 04:15 AM PST

Bayangan Umno Kelantan tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan di DUN Chempaka berikutan kematian Adun kawasan berkenaan Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam sesuatu petanda postif ke arah persefahaman politik antara Umno dengan Pas Kelantan.

Alwi: Utamakan rakyat.
 
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed telah mengeluarkan pandangan peribadinya yang Umno mungkin tidak meletakkan calon dalam pilihan raya itu nanti atas alasan bagi memberi tumpuan kepada masalah banjir yang masih banyak belum selesai.
Bagaimana pun menurut Mustapa yang dipetik daripada satu laporan mengatakan beliau akan berbincang dengan Umno Pengkalan Chepa sebelum memuktamadkan perkara itu.



Pandangan Mustapa itu dipersetujui oleh Ketua Penerangan Umno Kelantan Md Alwi Che Amat yang berpandangan seharusnya kerja-kerja untuk membantu rakyat tidak perlu diganggui dengan pilihan raya kecil berkenaan nanti yang dilihat tidak memberi signifiken besar kepada mana-mana pihak.

Apa yang penting sekarang ini tegasnya, ialah semua rakyat Kelantan, baik dalam Umno dan PAS memberi tumpuan untuk memulihkan keadaan Kelantan yang diterpa banjir baru-baru ini. "Rakyat sangat mengharapkan ada gemblengan tenaga dan usaha (mental dan spritual) antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat untuk masa depana mereka yang lebih terjamin," katanya yang juga Adun Kok Lanas.

Menurut Alwi ekoran banjir yang melanda Kelantan sebulan lalu menyebabkan 87,300 rakyat Kelantan berhadapan dengan pelbagai masalah dan kesulitan manakala sebanyak 2,740 buah rumah baru perlu dibina semula.

Jumlah kerosakan itu katanya bukan termasuk yang boleh diperbaiki tetapi yang perlu dibangunkan semula kerana rumah mereka musnah sama sekali.

"Adalah baik dalam kedaan mangsa banjir belum terbela, kita tumpukan memulih dan membantu mereka, dan jangan difikirkan sangat pilihan raya kecil itu," kata Alwi ketika dihubung sekejap tadi bagi mengulas cadangan Mustapa.

Alwi sebaliknya mengakui cadangan Umno tidak menyertai pilihan raya kecil itu sudah dibincang secara lisan bersama Mustapa dan pada asasnya ia akan dilaksanakan. Kemenangan percuma kepada Pas kelak ujarnya boleh dijadikan sumbangsih Umno kepada Pas yang turut bersedih atas kehilangan Tokguru Nik Azziz.

Simpulanya, menang atau kalah kerusi itu nanti ia tidak memberi apa-apa kesan dan mengubah keadaan yang sedia ada. Pas tetap juga akan memimpin kerajaan Kelantan dan Umno menjadi pembangkang.

Dalam pada itu untuk mencari titik temu antara Pas dengan Umno di Kelantan, Alwi menganjurkan agar seluruh rakyat Kelantan mengambil iktibar apa yang berlaku di Aceh. Di Aceh tegasnya selepas negeri itu dilanda tsunami (2004) yang meragut ratusan ribu nyawa, mereka kembali insaf dan sedar untuk hidup secara bermaufakat dan hasil maufakat itu Aceh kini membangun jauh lebih baik daripada sebelum ini.

"Saya juga yakin kalau orang Kelantan sedia mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku di Kelantan, banjir dan juga dengan kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz, Kelantan akan mendapat rahmat dan perubahan yang lebih baik daripada yang sedia ada," tekan Alwi penuh yakin.

Manakala apabila ditanya apakah sekiranya Umno tidak meletakkan calon ia menunjukkan parti itu penakut, cepat-cepat Alwi menjelaskan soal takut atau berani tidak timbul. Apa yang penting katanya dalam apa juga keadaan atau suasan kita harus berfikir positif untuk membantu rakyat. Rakyat kena diutamakan daripada segala kepentingan lain dan beliau yakin rakyat memahami isunya.

"Kalau dengan tidak menyertai pilihan raya itu Pas akan menang percuma ia boleh menyelamatkan masa, tenaga dan wang, itu lebih baik kerana wang, tenaga dan masa itu lebih penting untuk bantu mangsa banjir. Janganlah kita jadi kedekut untuk membela rakyat," katanya.

"Bagi saya tidak timbul soal penakut atau berani, disini kita perlu rasional dan tidak terikut dengan sentimen-sentimen politik fanatisme yang merugikan semua orang. Kita berpolitik untuk memerdekakan rakyat bukannya meletakkan rakyat dalam keadaan menjadi alat kepentingan segolongan pihak," sambung Alwi lagi penuh harapan agar cadangan Mustapa itu menjadi realiti.

Alwi yakin dengan perkembangan di Kelantan kini, musibah banjir serta kehilangan Tokguru Nik Abdul Aziz yang ditangis oleh semua lapisan rakyat tanpa mengira idelogi politik memancarkan sinar baru untuk rakyat Kelantan hidup secara lebih hormanis dan bermahabbah.

Beliau juga memberi tahu semalam ikut sama ke Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bekas MB Kelantan 22 tahun itu. Sebelum ini beberapa kali Alwi mengadakan kunjungan hormat kepada bekas MB Kelantan itu dan dalam setiap kunjungan itu mereka membincangkan soal Kelantan penuh ketaakulan. [wm.kl.2:55 pm 14/02/15]


NURUL NUHA BANGKIT MEMBELA PAPANYA !!

Posted: 14 Feb 2015 03:30 AM PST


Kes pertama pertuduhan keatasnya ayahandanya beliau masih kecil lagi kes kedua beliau bkn budak lagi....

Aku yakin nuha menang prk permatang pauh...
atas tiga fakor utama..
 

1...simpati kepada keluarga beliau
 

2..kerusi parlimen permatang pauh legasi ds anwar Ibrahim
 

3..faktor penting ialah,rakyat penang melayunya jenis awal bangun dari
tidur...

DATUK PADUKA HUSAM MUSA sebak pemergian Tok Guru Nik Aziz

Posted: 14 Feb 2015 03:00 AM PST

 
KOTA BHARU, 13 FEB: Pemergian Allahyarham Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Exco Kelantan, Datuk Paduka Husam Musa.

Sejurus pengebumian selesai, air mata berjujuran mengalir di pipi Husam sambil bersandar di sebatang pokok kerana tidak mampu menahan sebak atas pemergian Nik Aziz yang selama ini dianggap sebagai seorang bapa, guru dan kawan.

Dengan nada hiba dan sayu, Husam mengakui tenang apabila insan yang digelar 'Tok Guru Nik Aziz' pergi dalam keadaan yang sangat indah dan mengharapkan pengakhiran hayat beliau juga seperti idolanya itu.

"Malam tadi saya ada di rumah beliau saat Tok Guru Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir. Walaupun kami sudah tidak berbual sejak sebulan dua lalu tetapi daripada kerdipan mata dan cara memandang, saya faham kasih dia kepada saya juga kasih saya kepada dia.

"Saya lebih hiba bila Allah SWT mengambil beliau pada malam Jumaat, bagi orang Islam ia adalah malam yang sangat berkat dan mulia.

"Ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Kasih sayang rakyat jelata juga tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

"Allah mengambil Tok Guru Nik Aziz dalam keadaan rakyat menumpahkan kasih. Kita boleh lihat bagaimana orang berpusu-pusu, bacaan Al-Quran berkumandang sejak malam tadi sehingga hari ini.

"Ia adalah satu anugerah Allah, malaikat, penghuni bumi dan langit kepada seorang pemimpin. Saya berbahagia mempunyai seorang pemimpin yang diterima Allah SWT dengan penghormatan seperti ini," katanya yang menahan sebak ketika ditemui wartawan.

Ketika ditanya berkenaan pengalaman manis sepanjang berkhidmat di sisi Nik Abdul Aziz, beliau berkata, pengalaman pahit lebih banyak daripada pengalaman manis.

Husam berkata, beliau adalah 'budak suruhan' yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit.

Katanya, falsafah politik yang diamalkan Mursyidul Am PAS itu lebih terarah kepada politik kepelbagaian kaum berlandaskan Islam.

"Saya lebih banyak bertugas sebagai budak suruhan beliau untuk menyelesaikan masalah berbangkit dengan pihak istana, mahkamah dan parti lain.

"Tanggungjawab itu membimbing saya supaya lebih matang memahami falsafah politik dan dakwah beliau. Apa yang ditekankan adalah politik kepelbagaian kaum iaitu Malaysia mesti didekati dengan Islam dalam konteks majmuk.

"Ini adalah satu perkara penting yang perlu diwarisi PAS dan generasi muda," katanya.

Husam antara Exco senior yang berkhidmat bersama Nik Abdul Aziz sepanjang beliau bergelar Menteri Besar Kelantan.

-NFN-

Cukuplah menyerang Anwar, kata peguam kepada Shafee !!!!!!!!!!!!!

Posted: 14 Feb 2015 02:45 AM PST




Tindakan peguam yang mengetuai barisan pendakwaan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus menyerang pemimpin pembangkang itu walau beliau kini di penjara, mengundang kritikan para peguam.

Peguam menyifatkan perbuatan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah@Ramasamy itu tidak boleh diterima dan sangat tidak profesional memandangkan beliau dianggap sedang menganiaya seorang yang tidak dapat mempertahankan dirinya.

Mereka berkata, Shafee tidak perlu terlalu banyak bercakap mengenai kes itu sekarang kerana beliau sudah memenangi kes mahkamah itu dan tidak seharusnya membincangkan kes itu memandangkan beliau juga di pihak yang berkepentingan.
 
 
Peguam Syahredzan Johan berkata, sebagai seorang pendakwa raya, Shafee hanya boleh bercakap bagi pihak kerajaan, bukan berhujah atas dasar peribadi.

"Shafee tidak sepatutnya membuat temu bual dengan media dan menggunakannya untuk menyerang seorang yang disabit bersalah," katanya sambil menambah tindakan itu sangat tidak profesional.

Syahredzan meluahkan kekecewaan kerana seorang anggota kanan Majlis Peguam seperti Shafee sanggup membuat kenyataan yang memperkecilkan orang lain, sedangkan katanya, beliau boleh membatasi kenyataannya dengan memuji pihak pendakwaan kerana memenangi kes itu.

"Bukan begitu tahap profesionalisme yang kita jangkakan dari seorang peguam kanan dan terkemuka seperti Shafee," katanya merujuk kenyataan dibuat Shafee melalui media milik Umno, akhbar Berita Harian dan New Straits Times semalam.

Shafee memberitahu Berita Harian, mereka yang mengkritik keputusan kes Liwat II silap kerana tidak berhujah berdasarkan fakta melalui merit kemenangan pihak pendakwaan.

"Mereka tidak berani berdepan dengan situasi sebenar dengan menilai fakta yang ada. Kami melihat terus kepada perkara yang kritikal ketika berhujah. Malah, turut mengambil langkah berani dengan memanggil Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi pendakwaan pada hari pertama perbicaraan," katanya.

Sementara itu, bercakap kepada akhbar The New Straits Times, Shafee mendakwa Anwar "bersembunyi di sebalik kain" apabila beliau memilih untuk tidak disoal balas.

Shafee juga "puas hati" Anwar didapati bersalah dan kalau boleh, beliau sendiri mahu memberitahu Anwar "hentikan tabiat ini dan bertaubatlah".

Peguam Ramesh Sivakumar berkata mengikut kefahamannya, pendakwa raya tertakluk kepada protokol perkhidmatan dan ia termasuk tidak memberi pendapat undang-undang berdasarkan pandangan peribadi.

"Shafee boleh memberi pendapat profesionalnya sekiranya beliau tidak terlibat dalam kes ini tetapi beliau sama sekali tidak sepatutnya memberi pendapat atas kapasiti sebagai timbalan pendakwa raya," katanya.

Ramesh berkata, selepas mendakwa Anwar di kamar mahkamah, kenyataan Shafee itu sama seperti menganiayai ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau bertanya sama ada pendakwa lain selepas ini boleh melakukan perkara sama setelah menang di mahkamah tertinggi.

Bekas pengerusi Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, berkata Shafee patut berhenti membuat ulasan mengenai kes itu memandangkan prosiding perbicaraannya kini berakhir.

Ragunath berkata, Shafee tidak sepatutnya membuat spekulasi dan menimbulkan hipotesis dengan berkata "kalau" dan "tetapi" kerana mahkamah sudah memutuskan penghakimannya.

"Tingkah lakunya tidak wajar kerana beliau bertindak keterlaluan dalam kes ini," kata Ragunath.

"Beliau orang terakhir yang sepatutnya membincangkan kes ini sebaik tugas sebagai timbalan pendakwa raya selesai, lainlah kalau beliau bertindak sebagai pemerhati bebas," katanya.

Peguam jenayah, RSN Rayer berkata keputusan Anwar memilih memberi kenyataan tidak bersumpah ialah salah satu daripada tiga pilihan yang diberi kepada seseorang tertuduh apabila diminta membela diri.

"Saya rasa tidak patut Shafee bertindak seperti hakim dan menyerang Anwar hanya kerana Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah pihak pembela," katanya.

Rayer berkata tindakan Shafee sejak 10 Februari lalu apabila keputusan mahkamah diumumkan membuatkan beliau dilihat seperti dahagakan nama dan kemahsyuran.

Katanya terdapat kelemahan ketara dalam kes pihak pendakwa, seperti kredibiliti Saiful sebagai saksi utama dan hakikat yang Anwar sepatutnya dibebaskan apabila selesai kes pendakwaan sebelum ini.

Katanya, atas dasar hormatkan mahkamah, beliau menerima penghakiman itu tetapi alasan mensabitkan Anwar akan terbuka kepada penilaian warga undang-undang dan ahli akademik.

VIDEO - Wan Azizah, Tuan Sabariah kongsi duka kehilangan suami

Posted: 14 Feb 2015 01:30 AM PST


Sabtu, 14 Februari 2015 Wan Azizah, Tuan Sabariah kongsi duka kehilangan suami

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win