Rabu, 11 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


"Guling" Hadi: Mustafa Ali Tempelak Zuhdi Marzuki & Geng Mokhtar Senik

Posted: 11 Feb 2015 06:30 PM PST



PAS akan siasat demo, Mustafa minta Zuhdi tidak 'cirit birit' mulut

PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".

"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS,"
kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.

Zuhdi dalam kenyataannya semalam mempertikaikan tindakan Mustafa dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang menafikan adanya komplot menggulingkan presiden PAS itu.

Menurut Zuhdi, beliau sudah bersemuka dengan Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim dan melihat dakwaan dalam bentuk akuan berkanun dan bukti daripada aplikasi Whatsapp berhubung perkara itu.

Beliau menggesa supaya PAS membuka siasatan terhadap kes itu.

"Penafian simplistik Salahuddin dan Mustafa yang tiada komplot untuk menggulingkan presiden PAS, sedikit pun tidak menjejaskan kredibiliti dakwaan ini.

"Lebih daripada itu, penafian kedua tokoh pimpinan kanan PAS ini hanya dilihat seperti 'menutup bangkai gajah dengan nyiru', disebabkan dakwaan itu dalam bentuk akuan berkanun dan setiap helaian bukti-bukti print screen ini ditandatangani di depan Pesuruhjaya Sumpah," kata Zuhdi dalam kenyataan medianya semalam.

Mustafa dalam kenyataannya hari ini mengaku beliau memberi jawapan "tiada konspirasi" ketika diajukan persoalan itu.

"Memang saya jawab tiada konspirasi. Apakah Zuhdi nak cadang saya kata ada konspirasi? Kalau saya jawab ada, ia jawapan paling bodoh dari segi akademik dan politiknya sebab ia memang tiada konspirasi,"katanya.

Mustafa berkata, apa yang beliau sebut dan dilaporkan itu tepat, iaitu tindakan demonstrasi tidak bagus untuk PAS.


"Belum berlaku lagi orang guna cara ini sejak kepimpinan ulama hingga kini, untuk tegur pemimpin. Takkan ini kita nak ikut.

"Tindakan ini tidak ikut semangat kepimpinan ulama yang bertindak secara profesional dan bukan emosi. Memang saya tak setuju cara ini," kata Mustafa.

Walaupun begitu, katanya, beliau mengarahkan Penolong Setiausaha Agung Khairul Faizi Ahmad Kamil menerima memo itu "dan apabila memo diterima, ia menjadi kewajiban saya menelitinya dan membuat penyiasatan".

"Ini adalah proses yang perlu diambil. Memo sudah ada pada saya sekarang," kata Mustafa.

Mustafa berharap tegurannya diterima baik Zuhdi dan berharap beliau menumpukan kepada amanah yang ditugaskan kepadanya iaitu sebagai pengarah operasi PPP.

Bagi beliau, setiap pemimpin PAS ada bidang tugas yang diberikan parti dan tidak perlu mengambil kerja yang bukan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Ahad lalu, ketika pemimpin PAS tiba di ibu pejabat parti di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur itu untuk bermesyuarat, sekumpulan pemuda dan ulama PAS dipimpin Noorzazilafadli dan disertai Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik berdemonstrasi di pintu masuk.

Mereka menaikkan kertas pemidang menuduh ketua pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli sebagai dalang konspirasi menggulingkan Hadi.

Turut dituduh ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat Aiman Athirah al-Jundi.

Dalam memorandum yang disampaikan, mereka mendakwa lebih separuh dari AJK PAS tidak menyokong presiden PAS. – 11 Februari, 2015.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan lagi...

Sebelum ini GB telah mengulas:


Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.

Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

Sekarang Setiausaha Agong sendiri dapat melihat dan dapat merasakan keceluparan dan kesamsengan mereka ini.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Pemenjaraan Anwar: Hindraf nampak ke depan

Posted: 11 Feb 2015 05:45 PM PST

  Hindraf rayu Yang Dipertuan Agong beri pengampunan kepada Anwar Ibrahim OLEH KUMARA SABAPATTY 

DI KUALA LUMPUR - 11 FEB 2015 Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy menyeru Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijalani sejak semalam. 

Anwar yang juga Ketua Umum PKR dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008. 

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyeru ahli-ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira ideologi bersatu menuntut pengampunan baginda. 

Katanya, pengampunan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara terhadap Anwar akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap undang-undang dan kehakiman negara. 

"Harap para aktivis masyarakat tanpa mengira ideologi termasuk ahli politik bersatu menuntut pengampunan Tuanku yang disanjungi. 

"Ramai percaya Anwar menjadi mangsa keadaan dan sebahagian konspirasi politik. 

"Saya berharap faktor usia semasa serta sumbangan Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dapat dipertimbangkan dan diberi pengampunan segera," katanya kepada MalaysiaGazette. - 


MalaysiaGazette. Posted by mountdweller.
hursday, February 12, 2015 Pemenjaraan Anwar: Hindraf nampak ke depan Hindraf rayu Yang Dipertuan Agong beri pengampunan kepada Anwar Ibrahim OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 11 FEB 2015 Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy menyeru Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijalani sejak semalam. Anwar yang juga Ketua Umum PKR dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyeru ahli-ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira ideologi bersatu menuntut pengampunan baginda. Katanya, pengampunan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara terhadap Anwar akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap undang-undang dan kehakiman negara. "Harap para aktivis masyarakat tanpa mengira ideologi termasuk ahli politik bersatu menuntut pengampunan Tuanku yang disanjungi. "Ramai percaya Anwar menjadi mangsa keadaan dan sebahagian konspirasi politik. "Saya berharap faktor usia semasa serta sumbangan Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dapat dipertimbangkan dan diberi pengampunan segera," katanya kepada MalaysiaGazette. - MalaysiaGazette. Posted by mountdweller at 12:45 A

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Polis ada tugas yang lebih mustahak daripada jaga perhimpunan di luar penjara - Khalid

Posted: 11 Feb 2015 05:00 PM PST




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini meminta agar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya agar tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh, Selangor yang dicadang diadakan malam ini.

Khalid juga berkata beliau akan meminta pegawainya untuk berunding dengan pihak Wan Azizah supaya perhimpunan itu tidak diteruskan.

"Bila mereka berhimpun, polis terpaksa memperuntukkan sumber untuk kawalan. Jika perhimpunan ini berterusan, kita terpaksa menggunakan banyak sumber kita untuk memastikan keadaan aman.

"Jadi polis ada tugas yang lebih mustahak untuk kita laksanakan daripada menjaga Wan Azizah dan kumpulannya di luar penjara. Saya harap Wan Azizah berfikiran rasional dalam isu ini," tambah Khalid. Khalid juga berkata pihak Wan Azizah tidak memohon sebarang permit untuk berhimpun.

"Perhimpunan mesti di tempat yang sesuai. Ini, dia (perhimpunan) akan mengganggu lalu lintas dan juga mengganggu penugasan Jabatan Penjara. Untuk permit diluluskan, tuan punya tempat mesti beri kebenaran berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012," kata beliau ketika dihubungi Astro AWANI.

Dalam satu sidang media ibu pejabat parti itu malam tadi, Wan Azizah mengajak orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan Penjara Sungai Buloh setiap hari bermula hari ini (Rabu) sebagai menunjukkan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata mereka akan mengadakan Solat Hajat pada Khamis malam.

Dalam sidang media itu juga Wan Azizah juga berkata PKR akan menfailkan usul di parlimen bagi mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang mengendalikan kes terbabit.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

MENGAPA 3 KES MAHKAMAH MERUGIKAN NAJIB

Posted: 11 Feb 2015 04:15 PM PST

Mereka yang tidak berfikiran secara waras sahaja mengakui serta memuji kesederhanaan dan keadilan di bawah pentadbiran Najib.

PETALING JAYA: Walaupun ada yang terlalu gembira dengan terhumbannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke penjara, hakikat sebenar hukuman tersebut merugikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dakwa Shahbudin Husin.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO itu berkata, Najib sebenarnya sedang tersungkur dalam persepsi buruk di mata rakyat.

Jelas beliau, Mana tidaknya, Najib sebelum ini turut dikaitkan dengan kes penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dalam pembunuhan Altantuya manakala anggota polis Unit Tindakan Khas, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar pula dituduh membunuh model warga Mongolia itu.

"Razak Baginda didapati bebas dan kesnya langsung tidak dirayu. Azilah dan Sirul, walaupun tiada motif, tetap didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

"Anwar pula, di sebalik semua rentetan keraguan yang ditimbulkan dalam mahkamah dan didedahkan secara meluas di media-media, akhirnya didapati bersalah dan dihukum lima tahun penjara," katanya.

Menulis dalam entri terbaru blog 
 
shahbudindotcom.blogspot.com hari ini, tambah beliau, ketiga-ketiga kes ini memberi impak yang besar kepada pentadbiran Najib dari segi keyakinan rakyat mengenai keadilan dan kesederhanaan yang dilaungkan beliau sebelum ini.

Katanya, hanya mereka yang tidak berfikiran secara waras sahaja mengakui serta memuji kesederhanaan dan keadilan di bawah pentadbiran Najib.

"Semua ini, secara diam dan perlahan-lahan, sebenarnya sedang marak umpama api dalam sekam di hati rakyat dan hanya menunggu masa untuk meruntuhkan segala-galanya," ujarnya.


Shahbudin mendakwa, kesedihan dan simpati rakyat walaupun tidak diluahkan secara terbuka sebagaimana kali pertama Anwar dihantar ke penjara dulu, namun mereka seolah-olah sedang memendamnya dalam perasaan dan hanya menunggu tarikh pilihan raya akan datang untuk meluahkan segala-galanya.

"Janganlah terlalu bergembira dengan hukuman yang diterima Anwar dan boleh jadi pisang yang mahu disedekahkan itu adalah juga untuk meraikan sebuah kejatuhan yang lain di masa akan datang," akhirnya.~fmt

BACA INI PULAK.....

Putrajaya Bakal Ditawan Jika Anwar Dipenjara - A Kadir Jasin


Jika beliau (Anwar) dipenjara, PR akan menang pilihan raya umum dan mengambil alih Putrajaya/Foto:File

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin meramalkan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan terjejas meskipun Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sekiranya keputusan liwat II membabitkan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang akan diketahui esok tidak berpihak kepadanya.

Sebaliknya menurut A Kadir, tindakan 'menyumbat' Anwar dalam penjara berkemungkinan menyebabkan Putrajaya ditawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Jika beliau (Anwar) dipenjara, PR akan menang pilihan raya umum dan mengambil alih Putrajaya. Saya ingin berkongsi kecenderungan beliau. PR tidak akan mengalami pertembungan apabila beliau dipenjarakan," katanya dalam entri terbaru blognya, kadirjasin.blogspot.com, semalam.

Bekas Ketua pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu menambah, sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesalahan dengan tindakan memenjarakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, ia juga menyebabkan ahli-ahli parti terus bersatu meskipun terdapat perbezaan ideologi.

Malah kata A Kadir, beliau menjangkakan sokongan kepada Anwar akan dizahirkan oleh golongan muda.

"Remaja yang berusia 10 atau 15 tahun pada tahun 1999 – dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar – kini berusia 25 atau 35 tahun, dan mereka adalah orang-orang muda yang pemarah.

"Mereka tidak begitu tahu tentang apa yang berlaku pada abad yang lalu. Tetapi mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Malah kebanyakan penyokong setia UMNO mengakui Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan pengundi muda dengan hanya menjatuhkan Anwar dan PR," katanya.

Anwar sebelum ini menyatakan bahawa PR masih mempunyai sokongan padu daripada rakyat dan sokongan tersebut mampu mencecah sehingga 60 peratus jka beliau dipenjarakan sekali lagi.

Pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Mohd Saiful.

Bagaimanapun Anwar, 67, meminta Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Rayuan selepas ia membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi untuk membebaskannya.

Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Anwar diadakan pada 28 Oktober sehingga 7 November, pada tahun lalu.


Kedahkini

Sudah Lebih 30 Ribu Orang Sain Petisyen untuk Anwar Sejak Dilancarkan Semalam.

Posted: 11 Feb 2015 03:30 PM PST

Anwar Ibrahim, Drama Liwat II, Petisyen Bebaskan Anwar




[Malaysia Kini] Sebuah petisyen terhadap Barrack Obama sedang diusahakan supaya presiden Amerika Syarikat (AS) itu memainkan peranan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Petisyen orang ramai itu mensasarkan kutipan 100,000 tandatangan supaya gesaan mereka layak disemak Rumah Putih sebelum dimajukan kepada pakar berkaitan dasar berkaitan.

Kenyataan rasmi harus dikeluarkan selepas itu.


Petisyen itu dirancang diserahkan kepada Obama pada 12 Mac depan.

Baru 24 jam, petisyen di laman khas disediakan Rumah Putih itu kini sudah berjaya mengumpulkan hampir 20,000 (ketika berita ini ditulis) sokongan pelbagai pihak.

Petisyen itu antaranya menyebut, Anwar seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan sahabat lama AS yang dipenjarakan atas "tuduhan yang direka-reka".

"Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan.

"Pembebaskan Anwar Ibrahim dari penjara harus menjadi keutamaan dalam dasar AS terhadap Malaysia, untuk menjadikan maju dalam pelbagai bidang," menurut petisyen itu.

Antara paling banyak sokongan

Menurut undang-undang AS, hak mempetisyen presiden termaktub dalam perlembagaannya supaya orang ramai dapat mengetengahkan pelbagai isu untuk perhatian negara itu.


Bagi memudahkan orang ramai, Rumah Putih menyediakan sebuah laman khas atas talian.

Antara pelbagai petisyen dikemukakan terhadap Obama (kiri), petisyen berkaitan Anwar menjadi antara yang paling banyak mendapat sokongan setakat ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengundang kebimbangan antarabangsa terhadap ketelusan sistem kehakiman Malaysia.

AS turut menyatakan perkara itu melalui kenyataan jurucakap Rumah Putih Bernadette Meehan. -11/2/15

YB Nurul Izzah Anwar Tidak Berkecil Hati Dengan TG Hadi Awang !

Posted: 11 Feb 2015 09:00 AM PST

Nurul Izzah Anwar tidak tersinggung dengan ucapan takziah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut menyatakan hanya undang-undang Syariah dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya melabelkan presiden PAS itu seorang yang prihatin. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, Hadi sebenarnya prihatin terhadap hukuman penjara ke atas bapanya, seperti diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, dan sedar negara sedang berdepan dengan krisis kehakiman.  

"Alhamdulillah, beliau prihatin dengan kes Anwar. Pertama, beliau sedar kita ada masalah dengan kebebasan sistem kehakiman.

"Kedua, ia kesinambungan perbincangan dalam majlis mesyuarat Pakatan Rakyat (PR), yang mana hudud merupakan isu panas yang didebatkan antara kami. 

"Saya fikir begitu. Saya bersyukur beliau ambil berat," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di kediaman Anwar di Bukit Segambut hari ini.

Hadi dalam satu kenyataan semalam, mengucapkan takziah dan melahirkan simpati kepada Anwar, menyifatkan keputusan mahkamah itu "satu lagi sejarah hitam negara."

"Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya undang-undang Syariah dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'Ad-din' yakni cara hidup Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nurul Izzah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu membuktikan bapanya selamat berada di Penjara Sungai Buloh.

Katanya, kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam perlu dibuktikan dan menggesa pihak penjara membenarkan mereka melawat Anwar.

"Talk is cheap. Kita menantikan pembuktian kata-kata.

"Selagi kita tak berjumpa dengan Anwar dan bercakap dengan ayah kami, selagi itu kita akan meneruskan tekanan dan desakan agar KDN membuktikan beliau dalam keadaan selamat dan terjaga," katanya.

Semalam, Wan Junaidi berkata Jabatan Penjara tidak akan dibenarkan memberi sebarang layanan istimewa kepada Anwar sepanjang tempoh lima tahun beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Katanya, sekiranya Jabatan Penjara memberikan layanan istimewa terhadap ketua pembangkang itu, maka jabatan terbabit tidak berlaku adil kepada semua banduan.

"Kita tidak boleh beri layanan 'lima bintang' kepada bekas orang kenamaan atau jutawan yang dipenjara selepas disabitkan kesalahan, manakala pengemis pula dalam keadaan teruk.

"Semua pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah, mendapat layanan yang sama daripada Jabatan Penjara (sesuai dengan status banduan).

"Bagaimanapun, Jabatan Penjara boleh memberi kemudahan (berlainan) kepada penghuni penjara atas sebab tertentu, seperti isu perubatan," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Nurul Izzah juga diminta mengulas mengenai desas desus, adiknya Nurul Nuha, 31, akan dipilih bertanding di Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Katanya, perkara itu tidak pernah diumumkan dan agenda perjuangannya sebelum ini akan diteruskan.

"Media sosial banyak yang berlegar. Saya tak boleh tumpu pada semua. Saya akan tumpu kepada objektif dan agenda saya," katanya.

Raja Bomoh Kecewa Anwar Di Penjara ??

Posted: 11 Feb 2015 07:43 AM PST


Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Md Zin melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain darpada itu menurut Portal Suara.tv tersebut mengatan raja bomoh melahirkan rasa terkilannya kerana merasakan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.

"Saya merasa sungguh kecewa dengan keputusan Mahkamah kerana Anwar Ibrahim adalah orang yang baik dan amanah.

"Sungguhpun sebelum ini saya ada sedikit salah faham namun ia merupakan isu politik" katanya ketika ditemui sebentar tadi.

"Saya harap ahli keluarga beliau bersabar, mudah-mudahan Allah swt akan berikan fadilat kepadanya.

"Saya tidak yakin dengan keputusan yang agak mendadak itu (Anwar meliwat pembantunya) kerana beliau merupakan seorang yang alim dan warak" ujarnya lagi.

Walaubagaimnapun Ibrahim turut meminta ahli keluarga Anwar agar bersabar dengan ujian yang diberikan ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.

Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan Saiful adalah berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.

Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak.

Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan.

DR. HATTA RMALI PALING LAYAK !!

Posted: 11 Feb 2015 04:15 AM PST

[BERGAMBAR] Keluarga Anwar Lantik Dr.Hatta Ketuai "March To Freedom"


Beri Dr Wan Azizah ruang, kami teruskan perjuangan, kata Nurul Izzah

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberikan ruang yang selesa selepas mengharungi perjuangan reformasi sejak 17 tahun lalu, kata anaknya, Nurul Izzah Anwar.

Naib presiden PKR itu berkata, kini anak-anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia meneruskan perjuangan ibu bapanya kerana masing-masing sudah meningkat dewasa.

"Sudah 17 tahun Dr Wan Azizah terpaksa mengharungi mendepankan diri. Pada saya anak-anak sudah besar dan dewasa. Kalau Nurul Hana pada 1998 hanya 6 tahun, tetapi sekarang dapat membantu dengan lebih aktif.

"Berilah beliau (Dr Wan Azizah) ruang untuk bersendiri sekurang-kurangnya ruang yang selesa mungkin. Berdepan media bukan benda yang mudah untuk dilakukan walaupun semua baik sehingga kini.

"Saya fikir ini apa yang dimahukan keluarga. Dan sudah tentu ia perjuangan yang panjang, dan banyak sidang media lain yang kita boleh lihat beliau," katanya di kediaman Anwar di Bukit Segambut hari ini.

Sementara itu, seorang lagi anak Anwar mengumumkan pelancaran satu inisiatif kebangkitan bagi menuntut keadilan terhadap bapanya yang dipanggil "March to Freedom".

Nurul Nuha berkata, kempen itu ialah kesinambungan perjuangan untuk membebaskan Anwar dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman di Malaysia.

"Marilah bersama kami dalam perjuangan ini. Sama-sama kita hentikan kezaliman," katanya pada sidang media itu.

Nurul Nuha berkata, tujuan utama kempen ialah bagi menyatakan yang Anwar menjadi mangsa keadaan sistem di negara ini.

Katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli akan menjadi ketua sekretariat kempen "March to Freedom" itu. Perincian tentangnya akan diumumkan kemudian setelah sekretariat itu dibentuk.


"Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Ilahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan serta penyokong di dalam dan luar negara.

"Semalam merupakan sebuah hari yang penuh dengan ujian. Harapan kami untuk tertegaknya keadilan musnah sama sekali," kata Nurul Nuha, 31.

Katanya, selepas 17 tahun mereka bergelumang dengan tekanan, fitnah, gangguan dan penganiayaan, semuanya kini berakhir dengan Anwar dihukum penjara.

Sepanjang tempoh itu, kata Nurul Nuha, Anwar menunjukkan kesungguhan, erti keberanian, perjuangan, sifat belas kasihan dan yang paling utama, erti kasih sayang.

"Dialah contoh terbaik seorang yang berjuang menongkah arus melawan kezaliman. Nilai-nilai ini akan kekal bersama kami sehingga ke akhir hayat.

"Sebagai anak-anak, kami perlu mengambil alih, dan meneruskan perjuangan, harapan serta cita-cita ayahanda kami. 17 tahun yang lepas merupakan sebuah tempoh yang lama.

"Kita tidak tahu berapa lama lagikah perjuangan ini akan berterusan, tetapi kami akan bersama-sama dengan ayahanda kami sehingga nyawa berada di hujung badan," katanya. – 11 Februari, 2015.

ULASAN GB

Tahniah Dr Mohd Hatta. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Meskipun dihentam oleh ahli PAS sendiri yang terdiri dari golongan pro-ulama minggu lepas malah disuruh letak jawatan dan dipijak gambarnya, namun ada orang yang di luar PAS yang mengakui dan menghargai jasa dan pengorbanan Dr.Mohd Hatta selama ini di dalam mengukuhkan Pakatan Rakyat, sesuai dengan resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun.

 
Kelab Greenboc

Bila Brahim Ali Nak Adakan Kenduri ??

Posted: 11 Feb 2015 03:45 AM PST

Ramai terkejut...tanda didahi hilang.Dulu kononnya kuat solat.Jelas pemfitnah punya isteri yang tk sayang aurat...

Posted: 11 Feb 2015 03:15 AM PST

Seorang lelaki muda dan perkasa rela dirinya diliwat oleh warga emas. hakim2 tu poyo?

Posted: 11 Feb 2015 03:00 AM PST

Kemana Perginya Puak2 Yang Menyalak Mahukan Hukum Hudud Dilaksanakan ??

Posted: 11 Feb 2015 02:30 AM PST

Terhibur sungguh penulis akhbar ini mencoretkan nasib DSAI semalam...mana pegi hati nurani manusia² yg bertepuk tangan apabila pemfitnah dibela dan yg difitnah pula dihukum...mana pembela² yg mahu enakmaen hudud dilaksana ...mengapa tidak bangkit menyuarakan ini adalah kes syariah...tunjukkanlah keteguhan prinsip hudud lebih utama dari kemenangan yg di laung²kan selama kini...kes ini sepatutnya boleh menjadi contoh dan tauladan terbaik bagi menunjukkan keadilan sistem syariah Islam itu mengatasi segala hukum buatan manusia ini.....bukan asyik terpekik terlolong mengenai hudud...tapi tidak pernah hendak menunjukkan bagaimana sistem ini berjalan...tunjukkan contoh...cakap berdegar² tp penakut...Terhibur sungguh penulis akhbar ini mencoretkan nasib DSAI semalam...mana pegi hati nurani manusia² yg bertepuk tangan apabila pemfitnah dibela dan yg difitnah pula dihukum..

Mana pembela² yg mahu enakmaen hudud dilaksana ...mengapa tidak bangkit menyuarakan ini adalah kes syariah...

Tunjukkanlah keteguhan prinsip hudud lebih utama dari kemenangan yg di laung²kan selama kini...

Kes ini sepatutnya boleh menjadi contoh dan tauladan terbaik bagi menunjukkan keadilan sistem syariah Islam itu mengatasi segala hukum buatan manusia ini.....

Bukan asyik terpekik terlolong mengenai hudud...tapi tidak pernah hendak menunjukkan bagaimana sistem ini berjalan...tunjukkan contoh...cakap berdegar² tp penakut...

Pernah tidur sekali, tak jadi apa-apa pun' Suram. muram. gelap.

Posted: 11 Feb 2015 01:45 AM PST

GAMBAR HIASAN

Itulah perkataan yang terlintas dalam pemikiran penulis sewaktu tiba di kediaman rasmi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Segambut malam tadi.


Meskipun dimaklumkan bahawa keluarga Anwar dan penyokongnya berada di ibu pejabat PKR atau di Dewan Sivik MBPJ, gelap gelita dan kesunyian di kawasan sekeliling rumahnya membuatkan hati saya tidak selesa.


Lantas saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan kakitangan rumahnya di pondok pengawal.

Ditanya mengenai perasaan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, lelaki itu menjawab ia tidak menjejaskan kerjanya.

"Mestilah saya sedih, saya sudah 32 tahun kerja dengan dia (Anwar)," kata Abdullah Sani, 55, kepada Malaysiakini.

"Pernah tidur sama-sama, tak ada apa-apa yang jadi.

"Dan saya lebih kacak dari Saiful," kata bapa kepada tujuh anak itu dengan berseloroh.

Beliau juga berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes itu, bukan pembantu Anwar tetapi hanya rakan kepada seorang lagi bekas pegawai Anwar.

"Dia hanya rakan kepada bekas pegawai Anwar, Rahimi Osman. Dia ikut Rahimi ke mana-mana dan sentiasa ambil kesempatan untuk dilihat "merapati" dengan Anwar," katanya.
 

"Saya lebih kacak dari Saiful.. tak pernah jadi apa-apapun..!" 


- mkini

Ucapan akhir Anwar dalam mahkamah menikam kelima-lima Hakim

Posted: 11 Feb 2015 01:00 AM PST

 

 
Di sini saya postkan ucapan Anwar Ibrahim dalam mahkamah yang ditujukan khas kepada lima hakim yang mendengar rayuannya semalam yang berakhir dengan kekalahan berpihak kepadanya.

Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi peluang untuk berkata sesuatu sebagai kesimpulan peribadi daripadanya.

Saya tidak mahu membuat tafsiran berlebihan terhadap apa yang beliau simpulkan, tetapi ia merupakan satu ucapan tajam yang kata-kata dilumuri dengan rasa kecewa dan dukacita yang amat sangat kepada proses perbicaraan kali ini yang dianggap sebagai satu perbicaraan yang sama yang dihadapi sebelum ini dan ia adalah satu frabikasi lengkap dari konspirasi bagi menamatkan karya politiknya.

Ketajaman dan kepedihan tikaman ucapan itu sehingga kelima-lima Hakim itu bangun meninggalkan mahkamah tanpa mendengar sehingga habis Anwar berucap setelah mereka memberi peringatan kepada Anwar agar berhenti berucap.



Pengucapan akhir Anwar ini saya kira penting dan menjadi satu rangkaian kata-kata bersejarah daripada seorang pesalah kepada Hakim yang menjatuhkan hukuman ke atasnya. Kita tidak dapat mengesahkan siapa yang benar dan siapa yang bersalah, kecuali Allah sang hakim yang maha adil saja mengetahuinya.

Tetapi pengucapan yang disepuhi racun yang terbit dari jiwa seorang yang menganggap dianiya ini sangat menikam hati dan pedihnya sampai ke hulu hati kesannya bukan saja kepada Anwar dan seluruh rakyat tetapi kelima-lima hakim itu akan mengambil sebagai sejarah dalam kehidupan mereka sebagai hakim pertama kali ditikam sedemikian rupa oleh orang yang mereka hukum.

Dan salah satu rangkaian kata daripada ucapan ini bisa dijadikan hikmah ialah tentang katajanji Anwar yang beliau kekal dengan pendirian tidak bersalah dan menganggap pertuduhan liwat itu jelek dan insiden yang tidak pernah berlaku

Beriktu adalah ucapan berkenaan:

Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015



PKR akan bawa usul kritik hakim di Parlimen

Posted: 11 Feb 2015 12:15 AM PST



PETALING JAYA : Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan pihaknya akan memfailkan usul di Parlimen bagi mengkritik hakim perbicaraan kes liwat II membabitan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa, tindakan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria mengatakan Mohd Saiful Bukhairi Azlan seorang saksi yang berwibawa jelas bertentangan dan tidak konsisten dengan kesemua bukti yang dibentang dan dihujah pihak pembelaan.

"Keadilan mengecam sekeras-kerasnya penghakiman kes ini. Kes ini jelas adalah satu konspirasi politik yang bertujuan untuk melemahkan kebangkitan rakyat yang semakin hari semakin mengancam kedudukan UMNO Barisan Nasional.

"Keputusan hari ini memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kebebasan institusi kehakiman. Keadilan akan memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Fitnah 2 yang memenjarakan saudara Anwar Ibrahim," dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, malam tadi.

Sementara itu berhubung pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang, Wan Azizah berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama-sama dua lagi parti gabungan dalam Pakatan Rakyat (PR) bagi mencari calon pengganti.

"Kita akan adakan perbincangan di Pakatan Rakyat dan dapatkan konsensus secara bersama," katanya.




Bloglist Malaysia

TUGAS-TUGAS LAIN YANG DI-PERTUAN AGONG Posted by Najmi's Blog |

Posted: 10 Feb 2015 11:30 PM PST


· Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:

"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.
 
Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."

· Kuasa Pengampunan

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.
 
(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."

(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.

(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.

(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini: 

(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3); 

(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).

(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya.

(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.

(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.

(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.

(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.

(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai "Raja atau Yang di-Pertua Negeri" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai "Ketua Menteri negeri itu" hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini: 

(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; 

(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; 

(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;

(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.

(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.

· Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak

Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.

(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."

· Sumber Penghormatan dan Kebesaran

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda.

· Fungsi diplomatik
Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka. 


Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.