Isnin, 9 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tanda-Tanda Sakit Di Badan = Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu! - By canang

Posted: 09 Feb 2015 09:00 PM PST


Salam semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. 


Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. 

Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG


a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

 
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING


a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR


a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN


a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

 
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . 


Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

 
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:

 
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Bekas pemimpin PKR Gobalakrishnan ditahan selepas dakwaan di Twitter

Posted: 09 Feb 2015 08:00 PM PST

 
N. Gobalakrishnan mendakwa anggota polis berketurunan India di Pulau Pinang terlibat jenayah dadah.

N. Gobalakrishnan mendakwa anggota polis berketurunan India di Pulau Pinang terlibat jenayah dadah.

Bekas ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Abdul Rahman Ahmad berkata bekas anggota parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.

"Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Februari menulis: "Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs".

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.

Abdul Rahman berkata polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

"Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas anggota parlimen itu," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menafikan dakwaan Gobalakrishnan di dalam tweetnya itu.

"Kami telah dapatkan perintah daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan keterangan Gobalakrishnan," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, Butterworth dekat sini telah siap dan dihantar kepada Ketua Unit Perundangan hari ini.

"Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mempunyai masalah mental dan dia juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya.

Lelaki berkenaan ditahan polis Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu. – Bernama, 9 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Bekas pemimpin PKR Gobalakrishnan ditahan selepas dakwaan di Twitter

N. Gobalakrishnan mendakwa anggota polis berketurunan India di Pulau Pinang terlibat jenayah dadah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.N. Gobalakrishnan mendakwa anggota polis berketurunan India di Pulau Pinang terlibat jenayah dadah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.Bekas ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Abdul Rahman Ahmad berkata bekas anggota parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.
"Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Februari menulis: "Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs". Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.
Abdul Rahman berkata polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
"Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas anggota parlimen itu," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menafikan dakwaan Gobalakrishnan di dalam tweetnya itu.
"Kami telah dapatkan perintah daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan keterangan Gobalakrishnan," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, Butterworth dekat sini telah siap dan dihantar kepada Ketua Unit Perundangan hari ini.
"Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mempunyai masalah mental dan dia juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya.
Lelaki berkenaan ditahan polis Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu. – Bernama, 9 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pemimpin-pkr-gobalakrishnan-ditahan-selepas-dakwaan-di-twitter#sthash.EQSdgL4f.dpuf

Bekas pemimpin PKR Gobalakrishnan ditahan selepas dakwaan di Twitter

N. Gobalakrishnan mendakwa anggota polis berketurunan India di Pulau Pinang terlibat jenayah dadah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.N. Gobalakrishnan mendakwa anggota polis berketurunan India di Pulau Pinang terlibat jenayah dadah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015.Bekas ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung tweet yang menuduh terdapat pegawai polis berketurunan India di Pulau Pinang melindungi kumpulan kongsi gelap Geng 04 dalam kegiatan dadah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Abdul Rahman Ahmad berkata bekas anggota parlimen dari PKR berusia 55 tahun itu ditahan di rumahnya di Kulim, Kedah pada 3.30 petang selepas enggan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk diambil keterangan.
"Dia dibawa balik ke IPD Timur Laut dan polis akan memohon perintah reman daripada mahkamah esok bagi membolehkan kami merakam keterangan serta melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Gobalakrishnan melalui twitternya pada 6 Februari menulis: "Some Penang Indian police officers are strongly backing 04 gang which deals with drugs". Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi status akaun twitternya semalam menyifatkan kenyataan itu sebagai tohmahan serius kepada pasukan polis dan pihaknya akan menyiasat perkara itu.
Abdul Rahman berkata polis membuka tiga kertas siasatan iaitu menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
"Polis turut merampas telefon bimbit milik bekas anggota parlimen itu," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menafikan dakwaan Gobalakrishnan di dalam tweetnya itu.
"Kami telah dapatkan perintah daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan keterangan Gobalakrishnan," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata kertas siasatan berhubung kejadian seorang lelaki melempar bungkusan dipercayai mengandungi daging babi ke dalam perkarangan Masjid Telaga Air, Butterworth dekat sini telah siap dan dihantar kepada Ketua Unit Perundangan hari ini.
"Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki berusia 40-an itu dipercayai mempunyai masalah mental dan dia juga terbabit dengan penyalahgunaan dadah," katanya.
Lelaki berkenaan ditahan polis Jumaat lepas bagi membantu siasatan berhubung kejadian pada kira-kira pukul 2 pagi itu. – Bernama, 9 Februari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pemimpin-pkr-gobalakrishnan-ditahan-selepas-dakwaan-di-twitter#sthash.EQSdgL4f.dpuf

FITNAH SODOMI II: Anwar yakin bebas

Posted: 09 Feb 2015 07:00 PM PST

 
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah di Padang Timur di sini malam tadi, berkata beliau yakin akan dibebaskan namun bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal menimpa dirinya apabila keputusan rayuannya diumumkan pada Selasa. 

Ceramah ini merupakan jelajah terakhir `Kempen Rakyat Hakim Negara' sebelum keputusan kes liwat membabitkannya pada Selasa. 

"Kalau ikut fakta. Jangan risau. Saya tak salah, jangan hantar saya ke penjara. "Saya masih harapkan keputusan yang waras berdasarkan fakta," kata Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 2,500 penyokong yang hadir. 

 

Namun Anwar bersedia dengan sebarang kemungkinan, termasuk hukuman penjara buat kali ke-4. 

"Saya sudah pun berusia 67 tahun tapi saya kena terus ke hadapan dan berkata 'Ya saya bersedia.' 

"Saya menerima apa sahaja ujian jika ini harga yang harus saya bayar untuk mencapai cita-cita perjuangan kita iaitu keadilan utk rakyat Malaysia," kata Anwar. 

Beliau turut ucapkan terima kasih kepada isteri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anak-anak. 

 Anwar

"Keluarga saya kuat dan hebat. Mereka tahu apa erti perjuangan dan erti pengorbanan dan pengorbanan itu memerlukan kesabaran. 

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang risau dengan keputusan mahkamah. 


"Saya begitu tersentuh dengan sentimen itu. Saya berterima kasih. Saya tidak boleh minta lebih dari itu," katanya mengakhiri ucapannya.



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

LOJIK NYA DSAI BEBAS !!!!

Posted: 09 Feb 2015 06:30 PM PST

 
Dari segi fakta jelas perjalanan kes tiada sebab Anwar bisa dipenjara dan itu ikut laporan2 peguam2 yang berpengalaman
.
Kenapa begitu lama kes berkenaan diumum dan jelas ada sesuatu di sebaliknya.

Sejak kebelakangan ini Mahathir amat khuatir kesan kepimpinan Najib yang lemah dan khuatir PRU14 UMNO bakal tumbang.

Jika UMNO tumbang maka bala buat Mahathir tentunya.

Lalu Mahathir serang Najib dengan harapan Najib letak jawatan bakal diganti oleh pemimpin lain.

Kesan serangan Mahathir, Daim sama menyerang Najib dan dalam keadaan sama Anwar serang Daim dan ini semacam dirancang kala Najib bersendirian hadapi team lama.

Lihatlah selanjutnya.

Berdasarkan kasus ini diperhati Anwar tidak lagi menyerang Najib dan Najib juga sama dan kesan ini semacam ada cerita dalam cerita yang tersembunyi.

Mungkin saja mahkamah semacam ada permainan minta peguam Anwar berhujah esok dan kita dapat ramal segalanya.

Pandangan saya jelas Anwar bakal bebas esok. Insya Allah.



ISMAILY BUNGSU
kuala lumpur
 

Hanipa Maidin dipukul dalam mesyuarat PAS, kata sumber OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 09 Feb 2015 05:45 PM PST


Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dikatakan 'diserang' beberapa pemimpin PAS selepas beliau mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat parti Islam itu semalam.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti. 

Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu. 

Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. 

Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: 

"Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua." 

Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber. 

Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa. 

Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber. AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu. 

 
Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka. 

Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi. 

Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden. 

Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. – 9 Februari, 2015.


Posted by mountdweller
Nampaknya dah semakin ketara gaya PAS ganti UMNO? Kian nampak perangai samseng di sebelah sana telah diambil alih oleh PAS Dikatakan UMNO dan MIC bersifat samseng tetapi aku tak pernah dengar pun mesyuarat UMNO di peringkat pusat berlaku begitu! Korang bayangkan betapa buruknya manusia yang berserban berperangai samseng dan seolah tidak siuman! Hanipa Maidin dipukul dalam mesyuarat PAS, kata sumber OLEH HASBULLAH AWANG CHIK Published: 9 February 2015 7:33 PM Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dikatakan 'diserang' beberapa pemimpin PAS selepas beliau mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat parti Islam itu semalam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Februari, 2015. Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti. Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu. Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua." Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber. Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa. Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber. AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu. Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka. Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi. Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden. Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam. – 9 Februari, 2015. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Semakin gabra dan menggelabah jadinya.....

Posted: 09 Feb 2015 05:00 PM PST

 
Siapa punya kerja buat surat palsu ini? Korang ingat Saifol Bontut tu kah? Tidak mungkin dia.....

Tetapi ada kalangan yang semakin menggelabah bila melihat PAS menyatakan kesudiannya untuk terus berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat. Hanya ada dua golongan yang tidak suka -

Umno dan gerombolan UG. Dua golongan inilah yang selalu menyerang Pakatan Rakyat. Mereka inilah yang sangat marahkan Anwar dan Lim Guan Eng.

Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, surat berikut adalah palsu:

SURAT PALSU PRESIDEN PAS sebagai sebuah pertubuhan siasah mempunyai hierarki pentadbiran yang jelas dipilih secara adil dan saksama bersandarkan kepada Perlembagaan PAS.

Maka, atas dasar itulah, sebarang ulasan dan komen yang bersifat rasmi mestilah menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh Perlembagaan parti.

Sukalah saya mengingatkan ahli dan pimpinan PAS perihal hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a yang berbunyi:

Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yg adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dgn tanpa hujjah baginya.




Sesiapa yg mati dalam keadaan tiada bai'ah ditengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah". Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a

"Sehubungan dengan itu, sebarang seruan untuk menyertai demo solidariti menyokong Anwar adalah semata-mata bersifat peribadi dari segelintir pemimpin PAS dan bukanlah pendirian atau seruan rasmi PAS.

PAS tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demonstrasi tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara ma'aruf (baik).

PAS penuh yakin dan percaya kepada keadilan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap jenayah tersebut dan perbuatan menyertai demonstrasi itu bukanlah satu pendirian rasmi PAS.


DATO' SERI TUAN ABDUL HADI AWANG


Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)
Semakin gabra dan menggelabah jadinya..... Siapa punya kerja buat surat palsu ini? Korang ingat Saifol Bontut tu kah? Tidak mungkin dia..... Tetapi ada kalangan yang semakin menggelabah bila melihat PAS menyatakan kesudiannya untuk terus berjuang bersama-sama Pakatan Rakyat. Hanya ada dua golongan yang tidak suka - Umno dan gerombolan UG. Dua golongan inilah yang selalu menyerang Pakatan Rakyat. Mereka inilah yang sangat marahkan Anwar dan Lim Guan Eng. Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, surat berikut adalah palsu: SURAT PALSU PRESIDEN PAS sebagai sebuah pertubuhan siasah mempunyai hierarki pentadbiran yang jelas dipilih secara adil dan saksama bersandarkan kepada Perlembagaan PAS. Maka, atas dasar itulah, sebarang ulasan dan komen yang bersifat rasmi mestilah menerusi mesyuarat yang sah dan diperakui oleh Perlembagaan parti. Sukalah saya mengingatkan ahli dan pimpinan PAS perihal hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a yang berbunyi: Sesiapa yang merungkai ketaatannya (dari pemimpin yg adil), ia akan bertemu Allah di hari kiamat dgn tanpa hujjah baginya. Sesiapa yg mati dalam keadaan tiada bai'ah ditengkuknya, ia mati sebagai mati jahiliah". Riwayat Imam Muslim dari Ibnu 'Umar r.a "Sehubungan dengan itu, sebarang seruan untuk menyertai demo solidariti menyokong Anwar adalah semata-mata bersifat peribadi dari segelintir pemimpin PAS dan bukanlah pendirian atau seruan rasmi PAS. PAS tidak pernah menyeru atau mengajak mana-mana ahlinya untuk menyertai demonstrasi tersebut yang pada anggapan kami bukanlah perkara ma'aruf (baik). PAS penuh yakin dan percaya kepada keadilan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman terhadap jenayah tersebut dan perbuatan menyertai demonstrasi itu bukanlah satu pendirian rasmi PAS. DATO' SERI TUAN ABDUL HADI AWANG Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Hanipa Maidin Dipukul Pesuruhjaya Pas Perak

Posted: 09 Feb 2015 04:15 PM PST

 

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.

Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.

Segalanya bermula apabila Hanipa bertanya kepada pengerusi mesyuarat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai tindakan parti terhadap pihak yang berdemonstrasi dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Sumber mengatakan, selepas Hadi menjawab beliau tidak tahu mengenai kejadian yang berlaku di luar ibu pejabat PAS semalam, Hanipa berkata: "Inilah masalahnya apabila presiden lemah dan tidak menjadi presiden kepada semua."
Kenyataan Hanipa menyebabkan para penyokong presiden termasuk Dr Zuhdi Marzuki, Dr Ridzuan Mohd Nor dan Nasrudin Hassan marah lalu menuntutnya menarik balik dan meminta maaf, kata sumber.




Sumber memberitahu, Zuhdi dikatakan menepuk meja dengan kuat kerana marah kepada Hanipa.

Selepas itulah, Razman dikatakan pergi ke arah Hanipa dan memukul belakangnya sebanyak dua kali, kata sumber.

AJK Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga pengerusi Lujnah Antarabangsa PAS Pusat dan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, kemudiannya dikatakan meminta Zuhdi keluar meninggalkan mesyuarat itu.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya dua pengguna media sosial yang rapat dengan PAS yang menggunakan nama Penarik Beca dan Zulhazmi Shariff, calon Ketua Pemuda PAS dalam muktamar lepas, menulis mengenai kejadian tersebut dalam laman Facebook dan blog mereka.

Semalam, sekumpulan ahli PAS berhimpun di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, menuduh Dr Hatta, yang merupakan pengarah pilihan raya, sebagai dalang usaha menggulingkan Hadi.

Kumpulan diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta meletak jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan tulisan "Pecat Hatta dan konco-konco" dan "Kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat semalam.

- themalaysianinsider.com/

Ceramah Terakhir Anwar ??

Posted: 09 Feb 2015 03:30 PM PST



Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetahui nasibnya esok – sama ada beliau kekal bebas atau meringkuk di penjara.

Pada malam ini, beliau mengambil peluang untuk menyampaikan ceramah, yang mungkin buat kali yang penghabisan kepada para pengikutnya.




Ceramah di Padang Timur, Petaling Jaya itu merupakan program kemuncak kepada siri jelajahnya di seluruh negara.

Anwar akan menggunakan peluang ini untuk menyeru kepada para pengikut untuk kekal memberi sokongan kepadanya.

Minggu lepas, Anwar sempat berjenaka dengan wartawan yang membuat liputan acaranya agar tidak sugul dengan sebarang keputusan.

Beliau turut berkongsi kisah dirinya memberitahu cucunya yang "orang jahat mahu sumbat atuk ke penjara".







Esok, pendakwaan dijangka akan merayu agar Anwar dikenakan hukuman berat atas alasan hukuman penjara lima tahun Mahkamah Rayuan tidak mencukupi.

Seperti kes Liwat 1, Anwar tekal mendakwa kes Liwat II kali ini sebagai satu rekaan semata-mata.

Beliau mendakwa menjadi mangsa konspirasi - satu tuduhan yang dinafikan seteru politiknya dalam kerajaan.

Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Anwar akan terus bebas atau meringkuk sekurang-kurangnya selama lima tahun dalam penjara.

Beliau sebelum ini disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.

Malaysiakini membawakan liputan langsung dari majlis makan malam ini.
 
9pm: Anwar memberi ucapan di hadapan kira-kira 2,000 orang hadirin yang memenuhi 200 buah meja majlis makan malam di Padang Timur.

"Anwar di luarkah, Anwar di dalamkah, Pakatan Rakyat padu, maju untuk Malaysia," kata Anwar cuba meyakinkan hadirin yang rata-rata khusyuk menikmati makan malam mereka.

Anwar kemudian menjemput isterinya merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke atas pentas untuk berucap selepas beliau.

"Saya sekarang jemput heroin saya, Wan Azizah untuk ke pentas.

 

"Saya hendak tinggalkan Kit Siang tak susah sangat, tapi nak tinggalkan Azizah ini ...cukup susah," kata Anwar disambut tepukan hadirin.

Majlis makan malam di kawasan bawah khemah itu berakhir sebaik ucapannya tamat.

Pengerusi majlis meminta hadirin bergerak ke kawasan padangan untuk mengikuti Ceramah Perdana.

Dalam ucapan menggunakan bahasa Mandarin, pangacara majlis tersebut mempromosikan ceramah tersebut sebagai "amanat terakhir" Anwar.

9.40pm: MP Subang, Sivara Rasiah membuka pentas ceramah malam ini dengan ucapan di hadapan hadirin yang sebilangannya bersila di atas padang.

"Saiful Bukhari ini kata dia diliwat banyak kali.

"Tapi dia ini banyak lubang. Banyak lubang dalam cerita dia," kata Sivarasa.


 

Kalau Anwar Dipenjarakan, Ratus Ribu Akan Turun... -Rafizi Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 09 Feb 2015 03:00 PM PST



Sambungan siaran langsung Malaysiakini Padang Timur, Petaling Jaya ..
9.50pm: Naib presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mandor tentunya tidak berani memenjarakan Anwar.

"Saya yakin Rosmah ada dengar ceramah kita sebab bulan lepas ceramah saya di Bandar Tun Razak tentang tarikan subsidi oleh kerajaan.


"Lepas itu dia kata nak saman kita, tapi surat saman belum sampai lagi.


"Sebab tu saya kata dia tak berani penjara Anwar.
"Tapi kalau Anwar dipenjarakan, ratus ribu akan turun ke jalan raya!," katanya.

10.35pm: MB Selangor Azmin Ali menggesa penyokong Anwar yang beragama Islam menunaikan solat hajat untuk memohon pembebasan Anwar.

"Yang beragama Islam, malam ini bangun solat hajat mohon Anwar dibebaskan," kata Azmin.

10.40pm: Sasterawan Negara Pak Samad mendeklamasi sebuah puisi berjudul 'Malam Anwar', khas buat ketua pembangkang itu. Beliau menyeru orang ramai kumpul ramai-ramai esok dengan keazaman yang kuat seperti besi.

10.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memuji keberanian Anwar menghadapi perbicaraan esok walaupun beliau bukanlah seorang yang sempurna.

"Saudara Anwar kita boleh kritik dia. Kita boleh puji dia.
"Tapi satu perkara kita tak boleh buat, Datuk Seri Anwar seorang yang berani," kata Mohamad Sabu.

11.00pm: Seorang penyokong Anwar, Kashminder Singh, 34, yakin bahawa Anwar akan kekal bebas esok.
"Saya boleh lihat ramai yang masih menyokong beliay," katanya.

Seorang lagi, jurutera, Alex Wong pula menjangkakan bahawa Anwar akan dipenjarakan untuk tempoh sekurang-kurangya lima tahun.

Sementara itu, seorang warga emas yang hadir ke ceramah malam ini berkata, beliau menjangkakan Anwar akan dibebaskan esok.

"Jika beliau tidak dibebaskan, tiada kebebasan dalam kehakiman," katanya.

11.25pm: Anwar memulakan ceramah. Katanya beliau tidak risau seandainya dipenjarakan kerana pemimpin muda dalam Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk mengemudi perikatan itu. 


Beliau juga yakin pemimpin muda Pakatan tidak mudah termakan dengan tindakan melaga-lagakan sesama mereka seperti yang berlaku ke atas pemimpin kanan antara gabungan parti itu.

"Penting kita bagi ruang kepada anak-anak muda dalam Pakatan Rakyat kerana mereka ini lebih terkehadapan.
"Mereka ini melihat masa depan dengan pemikiran baru dan pemikiran lapuk yang bukan melaga-lagakan kita," kata Anwar.  (IH)

Jika Anwar tak bersalah, terima saja, kata Dr Mahathir.!!!!!!!!

Posted: 09 Feb 2015 08:00 AM PST


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua pihak perlu menerima sebarang keputusan terhadap kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim esok agar sistem kehakiman negara tidak diperlekehkan orang ramai.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua pihak perlu menerima sebarang keputusan terhadap kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim esok agar sistem kehakiman negara tidak diperlekehkan orang ramai.

un Dr Mahathir Mohamad mengatakan orang ramai seharusnya menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan esok berhubung kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas perdana menteri yang memecat Anwar pada 1998 daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang, sebarang keputusan yang dibuat perlu diterima dan dihormati.

"Rakyat mesti terima. Negara ini ditadbir dengan undang-undang," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor hari ini.




"Kalau mahkamah berpendapat dia tak salah, kita terima sahajalah."

Menurut Dr Mahathir, perkara ini penting agar sistem kehakiman negara tidak diperlekehkan orang ramai.




"Jangan ada orang kata nanti, kalau orang besar buat salah, tak apa," katanya.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga 20 tahun penjara dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000. – 9 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Wan Zulkiflee diumum CEO baharu Petronas mulai April

Posted: 09 Feb 2015 07:30 AM PST



Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akan tamat kontrak sebagai CEO Petronas pada 31 Mac 2015..

Tan Sri Shamsul Azhar Abbas akan tamat kontrak sebagai CEO Petronas pada 31 Mac 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Petronas berkuat kuasa 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2018.

Beliau akan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang tamat kontrak perkhidmatannya hari ini tetapi perkhidmatannya disambung dari 10 Februari 2015 sehingga 31 Mac 2015.

Dalam satu kenyataan, Najib berkata kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Shamsul di atas sumbangan beliau kepada Petronas sejak memegang jawatan tersebut pada 2010.

Beliau telah berkhidmat dengan Petronas sejak 1975 dan memegang beberapa jawatan kanan pentadbiran. – Bernama, 9 Februari, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-zulkiflee-diumum.

Akhirnya Pekung Ketua Pemuda PAS Kuantan Terbongkar

Posted: 09 Feb 2015 06:30 AM PST

 

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan wujudnya konspirasi dalaman untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Beliau menegaskan pihaknya enggan melayan sebarang gerakan dalaman yang cuba memecahbelahkan kepimpinan Pas.

"Tak ada (konspirasi), saya tidak pakai semuanya itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Ketua Pemuda Pas Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim yang mendakwa terdapat usaha untuk menguasai Pas Pusat dan menjatuhkan Abdul Hadi

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan terkini mengenai hasil mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini, beliau berkata pihak membincangkan urusan parti termasuk meluluskan keahlian baharu dan pemilihan parti itu pada Jun ini. 


"Mesyuarat Pas hari ini biasa, ada kelulusan ahli baru, bentang laporan kewangan dan dari soal pemilihan itu, tak banyak pembaharuan, pengerusi pemilihan masih Asmuni Awi lagi. 

"Tadi kita bincang dari segi tempat muktamar, dicadangan di Kuala Selangor, tapi akan perhalus kita akan buat beberapa tempat," ujarnya. 

Dalam pada itu, hari ini juga akan berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan PR dan beliau memberi jaminan Abdul Hadi akan hadir nanti. 

"Beliau (Abdul Hadi) ada di sini, bila-bila masa (hadir) tiada masalah," katanya lagi. 

Ditanya tentang kehadiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, beliau berkata tidak dapat memastikannya dan hanya perlu menunggu mesyuarat berjalan petang ini. 

 
Addin:

Harap mereka yang terlibat bertaubat kerana tuduhan tersebut terlalu berat dan tanpa bukti kukuh. Mujurlah Dr. Hatta tidak bertindak untuk saman fitnah.. tidak sia-sia je. Berikutlah adalah printscreen whatsapp yang kononnya dijadikan bukti oleh mereka..



Addin

Peniaga Cina - Kami pilih hudud berbanding Ismail Sabri

Posted: 09 Feb 2015 05:45 AM PST

Seminggu selepas kenyataan "boikot peniaga Cina" oleh Datuk Seri Ismail Sabri, kemarahan masih membekas dalam dada kumpulan itu.

Ketika ditanya, ada antara mereka lebih sanggup menerima hudud yang ingin dibawa PAS berbanding berdepan dengan pihak seperti menteri Umno itu.


Ketika diwawancara Malaysiakini, beberapa peniaga turut menggelar Ismail "tiada otak" kerana menulis kenyataan kontroversi itu di Facebook.

Presiden Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia Low Cheng Ho berkata mereka kecewa dan sedih dengan kejadian itu.

Jika tiada perubahan dalam kerajaan, tambahnya, kenyataan sama akan terus muncul dari masa ke semasa.

"Jika tidak, saya dan kamu akan terus berbual perkara ini sampai 30 tahun lagi," katanya.



Jika pilihan raya umum berlangsung sekarang, Low percaya, "10 daripada 10 orang melawan" kerajaan yang memerintah.

Beliau juga berkata berurusan dengan menteri Umno lebih teruk berbanding hudud.

"Saya lebih sanggup ada hudud daripada Ismail Sabri," kata Low.

"Selain hudud, yang sebenarnya tidak bagus, (dasar PAS) yang lain adil kepada orang Cina," kata Low.


Posted by Jeebond BLM.

Petanda Buruk Anwar Bakal Dipenjarakan...???

Posted: 09 Feb 2015 05:00 AM PST


Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta barisan peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan penghujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Sementara peguamnya menyifatkannya sebagai perkara biasa, pemerhati antarabangsa yang juga peguam diraja Mark Trowell (kiri) menyifatkannya sebagai "petanda buruk".


"Perkara itu mencadangkan rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman akan ditolak.

"Jika begitu, Anwar serta merta akan ditahan," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar mengenai kes liwat dan hukuman lima tahun penjara sebelum ini.

Sementara itu, pihak pendakwa pula merayu supaya hukuman lebih berat diberikan.

- mkini

'Petanda buruk' buat Anwar...

Posted: 09 Feb 2015 04:15 AM PST

 

Pendaftar Mahkamah Persekutuan meminta barisan peguam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan penghujahan berhubung hukuman terhadapnya.

Sementara peguamnya menyifatkannya sebagai perkara biasa, pemerhati antarabangsa yang juga peguam diraja Mark Trowell menyifatkannya sebagai "petanda buruk".

"Perkara itu mencadangkan rayuan pembelaan terhadap sabitan dan hukuman akan ditolak. "Jika begitu, Anwar serta merta akan ditahan," katanya kepada Malaysiakini.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar mengenai kes liwat dan hukuman lima tahun penjara sebelum ini.
Anak
Sementara itu, pihak pendakwa pula merayu supaya hukuman lebih berat diberikan.

Malaysiakini difahamkan peguam Anwar diperintah menyediakan penghujahan selepas penghakiman esok.

Seorang peguamnya Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu hari ini.

"Ia tidak semestinya petanda buruk kerana memang amalan biasa semua pihak dimaklumkan agar bersedia untuk pendengaran sebarang rayuan," katanya kepada Malaysiakini.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun setelah didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu.

Keputusan itu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu pada 9 Januari 2012.





Anak Sungai Derhaka

Ridhuan Sanggup Hina Bangsa Sendiri Untuk Tagih Perhatian Umno Dan Najib

Posted: 09 Feb 2015 03:30 AM PST



Sama ada Anwar Ibrahim bebas atau tidak pada 10 Februari 2015, keputusan penghakiman kes liwatnya, itu sudah tidak penting lagi bagi Malaysia.

Adapun, kadang kala seperti tiada. Tidak banyak menguntungkan Islam. Apa yang lebih penting, agenda masa depan agama, bangsa dan negara mesti diperkasakan.

Heboh diperkatakan, siapakah yang akan menerajui Pakatan Rakyat? Jawapan saya, paling penting, sesiapapun, mereka tidak boleh tunduk kepada ultra kiasu yang semakin hari semakin agresif dan celupar mulutnya. Islam dicerca, Perlembagaan dihina.


Lihat sahaja isu banjir. Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mengatakan rakyat Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir. Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Islam Kelantan diterajui PAS, tetapi kepada raja yang berdaulat.

Jika bandar raya Pulau Pinang diuji sedemikian rupa, kita nak tengok sejauh mana ultra kiasu ini pandai mengurus negerinya ketika banjir. Saya bukanlah mendoakan.

Menurut PAS, Kelantan dihina oleh ultra kiasu dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan lawatan sehari ke Kelantan selepas banjir sudah surut. Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan apabila semua perhubungan terputus walaupun dibantu kerajaan pusat.

Selama lebih 20 tahun PAS mentadbir Kelantan, tanpa bantuan ultra kiasu, apakah PAS begitu hina untuk menerima bantuan mereka kali ini? Saya cadangkan, jika masih perlukan bantuan tambahan, bisiklah pada perdana menteri (PM), saya yakin PM akan beri.

Selepas penghinaan dibuat, tidak semena-mena mereka datang ke Kelantan untuk membantu, bagi mengaburi hati rakyat, menunjukkan mereka itu baik. Pandai sungguh berlakon dan mengaburi mata orang.

Bila ada bencana, mereka pergi dan cepat-cepat ambil gambar. Tunjukkan dalam laman sosial, mereka buat kerja, begitu prihatin. Walhal, datang tunjuk muka sahaja. Misalnya, aksi memberus baju, lantai dan sebagainya.

Sama juga lakonan klip video 5 minit bertajuk "1 goat year, 1 great family", lakonan ultra kiasu dan PAS Shah Alam. Bukan main rapat lagi duduknya dengan "gadis-gadis comel" di situ. Nasib baik ada sebiji bantal yang memisah.

Jika tidak sudah macam orang bersanding pulak. Sejak bila orang PAS ini pandai berlakon dan bersosial? Jika marahkan sangat pada kerajaan hari ini, tidak payah sehingga menggadaikan prinsip.

Ultra kiasu bernasib baik kerana mewarisi negeri yang maju dan banyak duit seperti Pulau Pinang dan Selangor. Jadi, tidaklah sesuatu yang luar biasa jika kita berjaya mentadbirkannya. Pemimpin terdahulu, berjaya meletakkan tanda arasnya.

Jika Pulau Pinang, dahulunya sebelum menang pilihan raya, keadaannya masih hutan belukar, kemudian dimajukan, barulah ultra kiasu nampak hebat. Keadaan tidak berlaku sebegitu. Ultra kiasu masih tidak insaf, kokoknya berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Hanya yang celik sahaja dapat membezakan.

Sebab itu, mereka mahu sangat pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diadakan, terutama di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Sudahlah kawasan Parlimen semua mereka sapu. Hari ini majlis bandaraya pun mereka mahu tawan. Nak cari signage bahasa Melayu pun susah.

Sebelum terlambat, eloklah datuk bandar Kuala Lumpur fikirkan, menggantungkan kalimah Allah dan tulisan jawi di merata tempat di Kuala Lumpur, agar terpancar sedikit identitinya. Apa nak ditakutkan, bukankah puak-puak ultra kiasu mahu gunakan kalimah Allah, tentu mereka setuju.

Ingatan saya kepada PAS, jadikanlah banjir ini sebagai titik tolak perpaduan umat Islam, tolaklah musuh yang sebenar, hulurkan tali silaturahim kepada sebangsa dan seagama.

Datuk Kazim Elias dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menjadi sasaran serangan ultra kiasu disebabkan oleh kenyataan mereka. Saya tidak nampak ada salahnya dari segi fakta akademik, walaupun mungkin ada sedikit berbau perkauman.

Berbanding dengan tuduhan khutbah Jakim ekstrem, pelukis yang menterbalikkan gambar Agong serta simbol negara, penternak ikan keli babi, kes belacan dan bihun kotor, tofu babi dan lain-lain. Sengaja atau tidak dilakukan?

Peliknya, ultra kiasu dan sekutunya MCA dan Gerakan tidak pula lantang mengkritik perlakuan hina ini seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri. Begitu juga segelintir pemimpin Sabah dan Sarawak yang menuduh saya rasis dan ekstremis. Mari kita berdebat secara anak jantan untuk leraikan kekeliruan. Baru ada telor.

Apabila ultra kiasu bercakap atau bersuara, semua akan berkata, itu hak asasi manusia atau kebebasan bersuara. Bila kita atau sesiapa sahaja bercakap atau menulis atas nama hak dan fakta, seperti yang berlaku pada kami semua, maka akan dituduh rasis. Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul. Meloyakan.

– sinarharian

'Harta pusaka sumber kekayaan Najib'

Posted: 09 Feb 2015 02:45 AM PST

 
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "menerima harta pusaka" sebagai sumber kekayaannya, pejabatnya dilaporkan berkata.

Akhbar berpengaruh The New York Times memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh politik itu.

Akhbar itu juga menyebut beberapa keping gambar isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan pelbagai jenis beg tangan mahal yang tersebar meluas di media sosial.

Ia juga mendakwa ia memperolehi salinan invois bernilai berjuta-juta dolar pesanan barangan kemas beliau di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times menyiarkan kenyataan PMO dalam laporannya hari ini berkaitan ahli perniagaan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang dilakukan Riza.

"Low mulai berkawan rapat dengan keluarga Najib semasa Low masih belajar di sebuah sekolah tinggi swasta terkemuka berhampiran kota London.

"Baru-baru ini, Low turut terlibat dalam pembelian sebuah unit kondo mewah bernilai RM117 juta di tengah-tengah bandar New York oleh anak tiri perdana menteri tersebut, di samping membantunya dengan syarikat perfileman yang telah menerbitkan filem The Wolf of Wall Street dan Dumb and Dumber To," akhbar itu dipetik.

Menariknya, akhbar tersebut turut menyiarkan berita yang sama di dalam bahasa Melayu.

Keputusan Kes Fitnah Liwat II DSAI - Pertanda Kurang Baik?

Posted: 09 Feb 2015 02:00 AM PST

Menurut John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia adalah sukar meneka keputusan kes DSAI, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan.  Ini bukan sahaja pendapat saya, malah kerajaan dan organisasi hak asasi manusia turut merasakannya. Ini perbicaraan politik. Fikirkan tentang hakikat yang, dalam sejarah Malaysia, hanya tujuh kes seperti ini dibawa ke mahkamah, dan dua daripadanya melibatkan Anwar. Dan, pastinya kedua-duanya dihadapkan pada ketika yang baik daripada segi politik untuk kerajaan.  Jika hakim membuat keputusan semata-mata berdasarkan fakta, Anwar akan dibebaskan. Mark Trowell, peguam Australia yang memerhatikan perbicaraan asal di Mahkamah Tinggi bagi pihak Inter Parliamentary Union, menulis buku 300 muka surat menjelaskan secara terperinci segala bukti dan keterangan.  Saya percaya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat; sementara Mahkamah Rayuan bertindak seperti mahkamah kangaroo, mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman hampir serta merta, yang mana keseluruhan kes mengambil masa dua hari sahaja.  Saya kagum Mahkamah Tinggi bersetuju dengan perbicaraan yang agak lama dan soalan yang ditanya tidak berat sebelah. Peguam baru Anwar, Gopal Sri Ram, menyerang pendakwa raya kerajaan habis-habisan.  Sudah pasti, saya berharap Anwar akan didapati tidak bersalah. Tetapi, ini Malaysia, siapa tahu? Kita sudah banyak kali dikejutkan sebelum ini.Menurut John Malott, bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia adalah sukar meneka keputusan kes DSAI, kerana kes ini bermotifkan politik sejak awalnya, bermula daripada pertemuan Saiful dengan Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak) sebelum pendakwaan difailkan.

Ini bukan sahaja pendapat saya, malah kerajaan dan organisasi hak asasi manusia turut merasakannya. Ini perbicaraan politik. Fikirkan tentang hakikat yang, dalam sejarah Malaysia, hanya tujuh kes seperti ini dibawa ke mahkamah, dan dua daripadanya melibatkan Anwar. 

Dan, pastinya kedua-duanya dihadapkan pada ketika yang baik daripada segi politik untuk kerajaan.

Jika hakim membuat keputusan semata-mata berdasarkan fakta, Anwar akan dibebaskan. Mark Trowell, peguam Australia yang memerhatikan perbicaraan asal di Mahkamah Tinggi bagi pihak Inter Parliamentary Union, menulis buku 300 muka surat menjelaskan secara terperinci segala bukti dan keterangan.

Saya percaya Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang tepat; sementara Mahkamah Rayuan bertindak seperti mahkamah kangaroo, mengadakan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman hampir serta merta, yang mana keseluruhan kes mengambil masa dua hari sahaja.

Saya kagum Mahkamah Tinggi bersetuju dengan perbicaraan yang agak lama dan soalan yang ditanya tidak berat sebelah. Peguam baru Anwar, Gopal Sri Ram, menyerang pendakwa raya kerajaan habis-habisan.

Sudah pasti, saya berharap Anwar akan didapati tidak bersalah. Tetapi, ini Malaysia, siapa tahu? Kita sudah banyak kali dikejutkan sebelum ini.

Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan - Malaysiakini

Posted: 09 Feb 2015 01:27 AM PST

 
 
Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.

Ini kerana Pakatan adalah entiti gabungan politik yang mampu mencabar Umno/BN.

Kekuatan Pakatan tidak boleh dipertikaikan mana-mana pihak dan ia diakui Umno/BN sendiri.

Dan membawa perubahan pemerintahan adalah bukan sekadar harapan dan kehendak tetapi keperluan rakyat yang amat mendesak.

Cengkaman Umno

Saya menyeru semua pimpinan Pakatan untuk menumpukan kepada usaha mengukuhkan Pakatan dan seterusnya menjadi pembela nasib rakyat.

Rakyat sentiasa dilaga-lagakan oleh Umno/BN melalui fahaman perkauman mereka sehingga rakyat sentiasa dihantui oleh ancaman perbalahan kaum dan ketidakamanan.

Pada tahun 1999 apabila majoriti orang Melayu inginkan perubahan, Umno/BN tanamkan ketakutan di kalangan bukan Melayu dan kekal berkuasa melalui sokongan majoriti bukan Melayu.

Pada 2008 dan 2013, apabila bukan Melayu pula inginkan perubahan, Umno/BN pula menakut-nautkan orang Melayu sehingga melalui perasaan ini, mereka sekali lagi mengekalkan kekuasaan.

Ini merupakan bukti bahawa soal kaum hanya merupakan alat dalam percaturan politik Umno/BN.

Kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan membebaskan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang beragama Islam, dari minda assobiyyah qaumiyyah (perkauman) yang ditolak Rasulullah SAW.

Inilah sebabnya PAS selama ini hendak menjatuhkan Umno/BN supaya politik orang Islam tidak lagi berasaskan politik Melayu yang memperalatkan Islam, tetapi politik Islam yang membela nasib Melayu dan seluruh kaum di negara kita!

Oleh itu, amat pelik sekiranya ada yang menganggap Pakatan tidak menguntungkan PAS dan perjuangan politik Islam.

Sebaliknya saya beranggapan bahawa demi menyemarakkan kefahaman politik Islam di kalangan umat Islam, maka PAS pihak paling beruntung dengan kekalahan Umno/BN.

Pada masa yang sama, kebebasan dari cengkaman Umno/BN akan juga bermakna segala kerosakan yang menimpa negara daripada sudut politik, ekonomi, pendidikan dan sosial akhirnya dapat dibenteras.

Menjelang GST

Ia tidak dapat diatasi selagi Umno/BN memerintah kerana mereka melaksanakan dasar-dasar yang membawa kerosakan ini.

Maka saya menyeru kepada pimpinan Pakatan, dan pimpinan PAS khususnya, untuk utamakan penyelesaian masalah rakyat dengan menggandakan usaha mengukuhkan gabungan itu.

Rakyat bakal ditimpa kos kehidupan yang semakin mencengkam dengan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Mereka akan terus kehilangan berbilion-bilion ringgit melalui dasar kronisme dan rasuah – amalan Umno/BN sehingga ekonomi yang sepatutnya memecut pantas ditimpa bebanan, menyebabkan hanya mampu berjalan terhingguk-hingguk.

Rakyat akan ditimpa sistem perundangan yang semakin mencekik kebebasan dan hak melalui penggunaan sewenang-wenangnya akta hasutan dan akta antikeganasan.

Sambil campur tangan eksekutif dalam urusan kehakiman menjadi semakin ketara hingga Malaysia dijadikan bahan lawak dunia!

Rakyat tidak mahu melihat harapan mereka untuk perubahan ini berkecai dan mereka tidak akan memaafkan kita yang diamanahkan sebagai pemimpin sekiranya tindak tanduk kita menjadi sebab utama Pakatan berpecah atau hilang keyakinan rakyat.

Mereka semakin bosan dengan perbalahan dan percanggahan antara pimpinan parti-parti Pakatan yang seolah-olah tidak lagi mengutamakan penyelesaian masalah rakyat.

Sebaliknya hanya sanggup mengutamakan perbalahan dan percanggahan demi politik jangka masa pendek.

Ini yang paling menyeronokkan Umno/BN dan tidak hairanlah bagaimana Umno/BN masuk campur dan berperanan untuk melaga-lagakan kita satu sama lain.

PAS sepatutnya menjadi parti yang memahami awlawiyyat atau keutamaan politik dan menzahirkannya kepada rakan-rakan Pakatan.

Adab beza pandangan

PAS sepatutnya menjadi rakan yang pertama mengenepikan perbalahan dan sengketa sampingan demi mengutamakan persoalan yang perlu diutamakan.

Zahirkan kebijaksanaan politik Islam supaya terus membina kekuatan pengaruh dalam Pakatan dan di kalangan rakyat sepertimana dilakukan selama ini sejak tahun 90-an!

Melalui kebijaksanaan mengenali keutamaan ini, PAS berjaya berada di arus perdana politik Malaysia dan tidak lagi berperanan hanya di kawasan Pantai Timur semata-mata.

Pada masa yang sama, saya ingin menyeru pimpinan PAS untuk membina kembali kesatuan dan semangat ukhuwah dan persaudaraan dalam parti itu sendiri.

Tidakkah pimpinan menyedari bagaimana perbalahan dalaman PAS semakin meruncing sehingga menghasilkan suasana berpuak-puak dan saling benci membenci sesama ahli?

Perbalahan dalaman PAS ini akan melemahkan dirinya sendiri dan apabila ini berlaku maka Pakatan akan turut terjejas.

Apabila Pakatan terjejas maka rakyat akan merasai bahawa PAS adalah punca mereka gagal diselamatkan daripada penindasan dan penganiayaan Umno/BN.

Pada masa yang sama kelebihan Islam yang mengutamakan ukhuwah sesama Islam tidak mampu dizahirkan oleh PAS.

PAS seolah-olah menjadi parti yang memperjuang 'Islam dan syariatnya' tetapi tanpa adanya akhlak yang mulia di kalangan ahli-ahlinya.

Amalan adabul ikhtilaf (adap berbeza pandangan) serta 'berlemah-lembut dan kasih sayang' antara orang-orang yang beriman akan hanya menjadi ungkapan kosong yang tidak mampu dihayati.

Perancangan Yusuf Rawa, Fadhil Noor

'Islam tanpa akhlak' sebegini tidak akan mampu memikat hati manusia dan sebaliknya akan menjadi sebagai penghalang kepada manusia lain mengenali kebenaran Islam.

Saya harap pimpinan akan bertindak segera membetulkan suasana ini dan mengembalikan akhlak jemaah Islam sepertimana yang pernah wujud dulu.

Keadaan ini hasil kemasukan budaya asing selepas 2008.

Pengaruh perosak ini perlu dibendung oleh pimpinan PAS supaya PAS boleh terus maju mengikut perancangan yang ditetapkan pimpinan terdahulu, khususnya almarhum Yusuf Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor.

Matlamat dan wawasan mereka untuk menjadikan PAS sebuah jemaah Islam yang kukuh, bersatu padu dan berperanan di tengah-tengah masyarakat membela seluruh rakyat perlu sentiasa diusahakan.

Hanya dengan itu akan pengaruh PAS bertambah kukuh dan PAS menjadi parti yang dihormati dan disegani.

Kehormatan dan kedudukan mulia di mata masyarakat perlu diusahakan, diperjuangkan bukan dituntut.

Saya dengan ini menyeru pimpinan PAS untuk memenuhi kewajipan mereka terhadap PAS dan masyarakat jelata dengan penuh keikhlasan dan bertanggungjawab.

Saya juga menyeru semua pimpinan Pakatan, terutamanya pimpinan PAS, berusaha bersungguh-sungguh untuk membina kembali kesatuan dan kekuatan Pakatan demi membela keadilan dan kepentingan rakyat.


AHMAD AWANG mantan naib presiden PAS dan mantan presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM).