Ahad, 8 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Siapa Kata Ceramah Anwar Tiada Sambutan?? - Lihat Ini !!!

Posted: 08 Feb 2015 10:00 PM PST



 

Yang sakit sgt hati dgn DSAI psl terlepas jwtn dlm parti. Tgk ni.. kata ceramah dsai xde org?. Ni bkn org ke bro?. 

*Sepatutnya bijak pandai kena tau apabila kita Berdendam membuatkan objektif kita menjadi tidak jelas. Kena ingat. Musuh kita umno. Matlamat kita nk jatuhkan rejim bukan nk kejar jwtn. 

Klu nk kejar jwtn dlm perjuangan, objektif pun menjadi kelabu asap. DEMI RAKYAT SEGALANYA

Membongkar siapa yang menaja Sirul Azhar di Australia ...

Posted: 08 Feb 2015 09:30 PM PST

Membongkar siapa yang menaja Sirul Azhar di Australia ...   Pada satu ketika, pesalah yang dijatuhi hukuman mati Sirul Azhar Umar berkata dia tiada wang untuk pulang ke Malaysia. Kini dia menggaji peguam-peguam Australia bagi menghalang usaha ekstradisi. Jadi dia ada wanglah! Soalnya: Di mana dia mendapat wang bagi membiayai pasukan guaman yang mungkin mencecah ribuan dolar Australia? Ada seseorang membayar untuk pihaknya? Atau mungkin Sirul dibiayai kumpulan hak asasi di sana yang membantah keras hukuman mati ke atasnya? Portal The Malaysian Insider melaporkan Sirul akan menentang perintah ekstradisi yang dihadapinya oleh pihak kerajaan Malaysia.

Pada satu ketika, pesalah yang dijatuhi hukuman mati Sirul Azhar Umar berkata dia tiada wang untuk pulang ke Malaysia. 

Kini dia menggaji peguam-peguam Australia bagi menghalang usaha ekstradisi. Jadi dia ada wanglah! Soalnya: 

Di mana dia mendapat wang bagi membiayai pasukan guaman yang mungkin mencecah ribuan dolar Australia? Ada seseorang membayar untuk pihaknya? 

Atau mungkin Sirul dibiayai kumpulan hak asasi di sana yang membantah keras hukuman mati ke atasnya? 

Portal The Malaysian Insider melaporkan Sirul akan menentang perintah ekstradisi yang dihadapinya oleh pihak kerajaan Malaysia. 

"Pasti akan ada perkembangan menarik tetapi saya tidak akan mendedahkannya sehingga segalanya selesai," ujar peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin. Beliau menafikan Sirul ditahan kerana melanggar undang-undang imigresen Australia. 

Kata Kamarul anak guamnya hanya ditahan di pusat tahanan kerana Interpol meletakkan kod merah ke atasnya. 

Nampaknya misteri pembunuhan wanita Mongolia akan kekal menghantui Malaysia. Kes tersebut sampai ke kemuncak apabila Sirul dan Azilah Hadri dijatuhi hukuman mati, tetapi ia tidak akan tamat begitu saja. 

Sirul kini nampak punyai wang untuk mempertahankan diri agar dapat kekal di Australia.

Jom main golf...kata Najib

Posted: 08 Feb 2015 09:15 PM PST

Jom main golf...  Sapa xde pemukul iaitu woods, irons, hybrids dan putters...boleh guna batang cangkul atau penyabit...kehkehkehkehhhhh  Skang ni golf nak jadi sukan rakyat...kita kena berjinak2 dengan permainan ni.  Skang nak tonton kat Astro pun...nak kena tonton sukan golf.  Kita kena ikut saranan Aljibby...mana tau bole naik jet ke Hawaii.  Sekian... Sapa xde pemukul iaitu woods, irons, hybrids dan putters...boleh guna batang cangkul atau penyabit...kehkehkehkehhhhh

Skang ni golf nak jadi sukan rakyat...kita kena berjinak2 dengan permainan ni.

Skang nak tonton kat Astro pun...nak kena tonton sukan golf.

Kita kena ikut saranan Aljibby...mana tau bole naik jet ke Hawaii.


Sekian...

Pesawat AirAsia KL- Jeddah patah balik

Posted: 08 Feb 2015 08:30 PM PST

 
 
Pesawat AirAsia X Penerbangan D7172/XAX172 yang dalam perjalanan menuju ke Jeddah dari Kuala Lumpur selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas kira-kira lima jam berlegar-legar di ruang udara Selat Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes semasa dihubungi mengesahkan perkara itu dan menganggapnya sebagai rutin biasa bagi pesawat Airbus 330-343 untuk kembali ke pangkalan.

"Ia boleh meneruskan perjalanan ke Jeddah, tetapi kami berpendapat lebih baik ia berpatah balik, tiada yang luar biasa," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada BERNAMA hari ini.

Berita mengenai insiden itu tersebar luas dalam media sosial, dan pemantauan menerusi laman web radarflight 24 menunjukkan pesawat itu yang berlepas dari klia2 pada 12.20 tengah hari telah berpatah balik dan berlegar-legar di ruang udara Selat Melaka.

Ia sepatutnya mendarat di Jeddah pada 11.15 malam.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai di dalam akaun Twitter beliau berkata beliau dimaklumkan bahawa pesawat AirAsia Penerbangan D7172/XAX172 menghadapi masalah teknikal dan terpaksa berlegar-legar di ruang udara Selat Melaka.

"(Bagaimanapun) pesawat itu selamat mendarat di klia2," katanya dalam catatan pada 5.51 petang.

- Bernama
 

“parti kerajaan” lebih prihatin dampak politik kes itu berbanding “ keadilan buat saya sebagai mangsa.”

Posted: 08 Feb 2015 08:00 PM PST

Dua hari sebelum keputusan diumumkan Selasa ini, pengadu kes Liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil meluahkan perasaan sedihnya.

Menulis di blog, beliau berkata berasa amat dukacita dan terkilan mutakhir ini kerana suaranya jarang diambil kira.

"Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting.

"Walhal saya ini mangsa, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim orang yang dituduh," tulisnya.

Saiful (kiri) membangkitkan keadaan di mana ramai pihak, termasuk "parti kerajaan" lebih prihatin dampak politik kes itu berbanding " keadilan buat saya sebagai mangsa."

"Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya... Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan... Anwar pula seorang VVIP (orang kenamaan), tokoh politik yang banyak 'kepentingannya'.

"Lumrah dunia," katanya.

Munajat di Gua Hirak

Mengulas kes yang hampir sampai ke hujungitu, Saiful berkata setelah tujuh tahun beliau mengalami perbagai pengalaman pahit dan manis.

Justeru, beliau kini menyerahkan segalanya kepada kuasa Allah.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran.

"Pasti ada hikmahnya," kata bekas pembantu Anwar (atas) itu.

Saiful juga memuatkan gambar beliau bermunajat di Gua Hirak, Mekah pada November 2010 dengan kapsyen " Cahaya dihujung, Masjidil Haram". 



Malaysiakini

Hanya Doa Dan Munajat Kepada Allah – Wan Azizah

Posted: 08 Feb 2015 07:30 PM PST

Hanya Doa Dan Munajat Kepada Allah – Wan Azizah  Selepas 17 tahun keluarganya difitnah,  Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetap tabah berdepan keputusan kes perbicaraan Fitnah II terhadap suaminya, Saudara Anwar Ibrahim. Redha dengan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini, Wan Azizah mengakui ia merupakan satu ujian yang berat untuk beliau seisi keluarga. Selepas 17 tahun keluarganya difitnah, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tetap tabah berdepan keputusan kes perbicaraan Fitnah II terhadap suaminya, Saudara Anwar Ibrahim.

Redha dengan keputusan yang akan diputuskan Mahkamah Persekutuan 10 Februari ini, Wan Azizah mengakui ia merupakan satu ujian yang berat untuk beliau seisi keluarga.


"Ini satu ujian yang berat kepada kehidupan kami sekeluarga. Dasar politik ini sepatutnya digunakan dengan perkara-perkara bermanfaat, bukannya menggunakan isu-isu (tuduhan liwat) seperti ini untuk menjatuhkan musuh politik.


"Jelas ini satu tragedi dalam hidup saya, namun saya anggap ini ujian Allah dan biarlah ia menjadi pengajaran supaya tidak terjadi kepada orang lain," katanya ketika ditemubual bersama Suara Keadilan baru-baru ini.


Menurutnya, Umno tidak mempunyai modal politik selain mengulang semula skrip sama dilakukan pada 1998 untuk menjatuhkan Anwar dan menganiaya beliau sekeluarga.


Bagaimanapun beliau percaya kebenaran akan terbukti dan Anwar akan dibebaskan daripada kezaliman.


"InsyaAllah, keyakinan Saudara Anwar dibebaskan itu ada. Kalau sebaliknya, itu satu ujian yang saya terima dan redha. Tetapi tidak menunjukkan kita kalah sebab Anwar memang tidak bersalah,"
 

"Kalau mengikut penghakiman, sepatutnya kes ini tidak ada langsung dan kebenaran Anwar dibebaskan itu memang terlalu kukuh.

Sidang DUN hudud Kelantan bulan depan

Posted: 08 Feb 2015 07:00 PM PST

 

Pakatan Rakyat belum memutuskan berhubung pelaksanaan hudud di Kelantan dan akan membincangkan lanjut isu itu dalam sebuah mesyuarat khas.

Bagaimanapun, selang beberapa jam selepas mesyuarat di Kuala Lumpur, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan bahawa sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri bagi membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) akan diadakan bulan depan.

Sidang khas itu sepatutnya diadakan pada 29 Disember lalu namun ditangguhkan ekoran banjir besar melanda Kelantan.

"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri mengadakan berkali-kali mesyuarat, perbincangan melalui Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan bagi menyiapkan beberapa pindaan dalam enakmen itu...

"Alhamdulillah, kita menyiapkan satu tatacara lengkap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah," beliau dipetik sebagai berkata di Kota Baharu dalam kenyataan hari ini.

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata hudud arahan Allah dan menjadi kewajipan setiap umat Islam menegakkannya dalam masyarakat Islam.

"Kewajipan ini seumpama kewajipan solat lima waktu yang tidak boleh dipertikai pensyariatannya. 


Solat wajib didirikan walaupun musibah melanda dan tidak boleh melengah-lengahkan solat apatah lagi mengesampingkannya dengan alasan untuk memberi laluan kepada semua mangsa musibah memperolehi hak kebajikan mereka secara sempurna.

"Begitulah juga hukum syariah termasuk kanun jenayah syariah yang bakal dilaksanakan di Kelantan.

"Usaha menegakkannya di muka bumi ini mesti berjalan seiring dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang lain," beliau dipetik sebagai berkata.

Gabungan pembangkang belum membuat kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan.

Dalam sidang media Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas akan datang. 



Malaysiakini

TANPA IDEA BERNAS Najib rakyat tak dapat merasai main golf kelak.

Posted: 08 Feb 2015 06:45 PM PST

Sapa2 nak main golf, undilah BN pd PRU14 nanti.. Mudah2an dgn main golf kualiti & taraf hidup ANDA bertambah baik serta menikmati NIKMAT cukai GST 6% nanti... Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Sapa2 nak main golf, undilah BN pd PRU14 nanti.. Mudah2an dgn main golf kualiti & taraf hidup ANDA bertambah baik serta menikmati NIKMAT cukai GST 6% nanti... Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Bukan pembangkang kata, TETAPI orang UMNO kata !!!

Posted: 08 Feb 2015 06:30 PM PST



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Satu Anwar tiada, Sepuluh Anwar akan ganti !!! - dollah yankee -

Posted: 08 Feb 2015 06:00 PM PST

Hadir sebab tak boleh lari?


Kah..Kah..Kah.. Hj.Hadi tak boleh lari sebab meeting Majlis Pemimpin tinggi PR itu dijadual selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS. 

Pemimpin PR yang lain-lain telah hadir di banggunan itu sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS selesai...
 
Kah..Kah..Kah..(memang Anwar ni cukup champion! ).

Memandangkan semua pemimpin tinggi PR ada, jadi Hj.Hadi mahu tidak mahu terpaksalah tunggu juga walaupun hati tak rela.

Tetapi yang menjadi tandatanya pula ialah Hj.Hadi dengan pantas lari sebaik saja mesyuarat Majlis pemimpin tinggi PR itu selesai dan dia juga tidak menyertai yang lain-lain dalam sidang media. Selalunya semua pemimpin akan duduk sekali untuk sidang media bersama.

Persoalan besar ialah, apa kah Hj.Hadi akan bersetuju dengan apa-apa juga keputusan-keputusan yang dicapai SELEPAS mesyuarat tadi? Kah..Kah..Kah..


Isu PAS-DAP Selesai - Anwar

Posted: 08 Feb 2015 05:30 PM PST

 
Anwar dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Ahad.
KUALA LUMPUR: Perbalahan antara PAS dan DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dianggap selesai dengan semua pihak bersetuju untuk menghormati dasar bersama pakatan pembangkang itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu cabaran debat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga sudah tidak berbangkit.
"Semua dah selesai dalam mesyuarat," kata Anwar ringkas pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung selasa dua jam di Pejabat Agung PAS di sini, Ahad.
Bagaimanapun menurut Anwar, dua isu berkenaan yang menjadi punca percakaran antara PAS dan DAP akan dibincangkan secara terpeinci dalam mesyuarat berasingan.
"Pakatan Rakyat akan terus meraikan perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti.
"Sehubungan itu mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian yang menyentuh isu enakmen jenayah syariah dan pilihan raya PBT," katanya.
Sementara itu, Guan Eng yang turut sama dalam sidang media itu mengambil pendirian untuk 'mengunci mulut' ketika diajukan soalan mengenai cabaran debat oleh Mustafa.
Malah Mustafa ketika ditemui selepas sidang media itu juga enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.
"Dah habislah, dah selesai. Semua selesai," katanya ringkas.
Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan mencabar Ahli Parlimen Bagan itu untuk berdebat secara terbuka berhubung kontroversi pilihan raya PBT.
Cabaran itu timbul selepas Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.


KEPUTUSAN MESYUARAT YANG BIJAK SEKALIGUS MENAFIKAN UG TIADA TEMPAT.

Posted: 08 Feb 2015 04:45 PM PST

 
SELESAI satu tugas Ketua Pembangkang yang mencabar juga tapi berjaya dilakukannya.

Tugas terakhir sebelum beliau ditentukan nasibnya samada merengkok dalam penjara atau terus berada di hadapan memimpin bala tentera PR menentang rejim Umno/Bn.

Tugas terakhirnya petang semalam adalah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang akhirnya dihadiri juga oleh Presiden Pas, Tok Guru Hj Hadi dan pemimpin DAP, Guan Eng dan Kit Siang.

Presiden PKR, DS Wan Azizah juga turut hadir. Tidak panas pun mesyuarat petang semalam. Cuma yang panas sebelah pagi sebelum Mesyuarat AJK PAS Pusat berlangsung di mana Ketua Pemuda PAS Kuantan buat sidang media dan bersama para penyokongnya berdemo menuntut Dr Hatta dan kuncu-kuncunya meletakkan jawatan kononnya menyerang Presiden.

Namun panasnya seketika, dan tahyol pun terserlah bila SUA PAS sendiri nyatakan 'tiada konspirasi' untuk jatuhkan Presiden. Mesyuarat di sebelah petang berjalan baik sehingga selesai.

Sekali lagi sepakat untuk bersama PR. Kecewa tentunya puak Umno dan sekutunya UG untuk melihat Hj Hadi bertegang urat dengan Anwar mahupun Guan Eng.

Jika ini berlaku, ada harapan boleh keluar dari PR dan melompat masuk tong najis umporno. Keyakinan aku tetap tak berubah, PAS bukan parti hingusan.

PAS bukan boleh diperbodohkan oleh UG kerana PAS majoriti pemimpinnya lebih kenal Umno dari apa yang UG kenal.



Aku tidak pernah menyabitkan UG dengan PAS kerana aku percaya dengan keputusan Muktamar PAS yang lalu bahawa PAS tiada kaitan dengan UG. Ertinya, aku serang UG bukan serang PAS. Ramai yang salah faham tentang ini.

Buktinya, PAS masih komited dengan PR. Jika PAS ada UG, tentulah ini tidak berlaku. UG yang berada di luar sana biarlah mereka berkokok sehingga bermandi minyak sekalipun, kami tetap lawan UG. Sayangi PAS, sayangi PR, wajib lawan UG.

UG tidak ada di dalam PAS sama juga PAS tidak iktiraf PasMa. Bezanya aku sokong PasMa walaupun NGO itu tiada kaitan dengan PAS kerana bagi aku PasMa menjadikan Umno sebagai musuh utama, berbeza dengan UG yang ingin bercinta dengan Umno. Itu beza.

Tugas Anwar selesai. Anwar berjaya di dalam mesyuarat 'terakhir'nya dan paling berkesan berjaya membawa Tok Guru Hj Hadi hadir. Tahniah buat Hj Hadi.

Selepas ini, biarlah kita semua menjadi saksi apakah keputusan mesyuarat itu direalisasikan atau tidak. Waktu itu baru kita tahu keikhlasan masing-masing. Kesimpulannya, masing-masing sedang memperbetulkan salah dan silap masing-masing kerana tidak semua kita ini sempurna.

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Golf harus jadi sukan rakyat - Najib

Posted: 08 Feb 2015 04:00 PM PST


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan sahaja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf, kata beliau sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf terkemuka pada masa akan datang.

"(Dalam hal ini) saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf di peringkat sekolah dengan 11 buah sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini.

"Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Anirban Lahiri dari India menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang trofi dan AS$500,000 yang disampaikan Najib di lubang ke-18 lapangan golf KLGCC.

Mengenai kejohanan itu yang bermula Khamis lepas, Najib berkata ia menarik minat kira-kira 450 juta penonton di seluruh dunia untuk menyaksikan permainan yang amat menarik itu.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada pemain golf negara Danny Chia yang muncul sebagai pemain terbaik Malaysia pada kejohanan itu dan Gavin Kyle Green yang dinobatkan sebagai pemain amatur terbaik kejohanan itu.

"Kita melihat semakin ramai pemain profesional Malaysia bersaing pada peringkat tertinggi pada masa akan datang," katanya.

Najib juga memuji Maybank kerana menjadi penaja utama yang sangat baik sejak 10 tahun acara itu diadakan.

"Tahun ini, hadiah wang tunainya lebih banyak dan saya berharap ganjarannya menjadi lebih besar pada tahun-tahun mendatang," kata beliau.

- Bernama.


Posted by Jeebond BLM

Amanat terakhir Tunku Abdul Rahman sebelum letak jawatan - Teks dan Video

Posted: 08 Feb 2015 08:30 AM PST

 
 Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Ini sebahagian amanat dan pesanan terakhir Perdana Menteri pertama negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebelum peletakan jawatannya sebagai Yang Di Pertua UMNO dalam Persidangan Perhimpunan UMNO yang ke 22 yang berlangsung di Dewan Dragon, Hotel Merlin Kuala Lumpur pada 23 Januari 1971.

"Tuan Pengerusi,
Ahli-Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ahli-ahli yang berhormat, Dhaif-dhaif dari Sabah dan Sarawak, Tuan-tuan dan Puan-Puan sidang perwakilan sekalian.

Pada hari ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan dalam perhimpunan Agung UMNO yang ke 22 ini, adalah sebagai pendirian yang terakhir sebagai Yang Di Pertua UMNO, kerana dalam persidangan perhimpunan Agung ini, yang telah kita taja bersama semenjak 24 tahun yang lalu.

Perhubungan saya dengan UMNO telah bermula semenjak saya mengambil alih pucuk pimpinannya pada 26 Ogos 1951 iaitu kira-kira 20 tahun lamanya. Pendek kata anak-anak yang lahir waktu saya terima jawatan Yang Di Pertua ini, sekarang berumur 20 tahun, dan ada pula rakan –rakan seperjuangan yang telah meninggal dunia dan tidak berada bersama-sama kita lagi. Kita ingat mereka dengan kenang-kenangan selama-lamanya.

Ahli-ahli UMNO pada hari ini terdiri daripada orang-orang dan ahli-ahli yang asal yang telah berjuang dan mendukung UMNO ini semenjak ditubuhkan dan juga daripada orang-orang muda yang baharu masuk dan baharu merangkak-rangkak dalam perjuangan UMNO.

Jika kita kenangkan bahawa negeri ini, negeri yang mempunyai rakyat yang  berbilang bangsa keturunan dan berbilang agama dan bilangan kita orang-orang melayu hanya separuh sahaja daripada jumlah penduduknya, maka kita merasa bangga dan megah kerana kita telah berjaya menjadikan agama Islam agama rasmi negara dan Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan dan rasmi yang tunggal dalam negara ini.

 
Wawancara bersama Tunku pada tahun 1988





Di manakah dalam dunia ini sebuah negara yang bercorak demokrasi dapat menikmati taraf kedudukan yang begitu tinggi dan mencapai segala maksud dan cita-cita kebangsaan yang kita idam-idamkan itu.

Saya sedar dalam UMNO pada hari ini ada banyak orang-orang baharu, di antara mereka ialah orang-orang yang bukan asal UMNO dan berhati perut UMNO. Setengah-setengah daripada mereka datang daripada parti lain yang sudah lenyap kerana dasar parti-parti itu tidak dapat sambutan dari orang-orang melayu.

Mereka menyeludup masuk dalam UMNO untuk menumpang kekuatan UMNO. Antara mereka ada yang memuji-muji menteri yang telah kita pecat kerana belot dan durhaka kepada parti. Orang-orang seperti ini saya sifatkan sebagai musuh dalam selimut. Jaga-jagalah mereka, kerana mereka cuba menjaja lampu baharu untuk mendapatkan lampu lama yang ajaib itu dan dengan mencuri lampu lama yang ajaib ini mereka dapat menguasai parti kita dan seterusnya memegang kuasa dalam negara kita ini.

Sebagai pesanan saya yang terakhir kepada saudara-saudara seperjuangan, janganlah terpedaya atau makan dengan dakyah-dakyah orang yang hendak memecah belahkan parti kita dan menghancurkannya dari luar. Jagalah baik-baik kepada lampu ajaib yang lama itu yang telah memberi hikmat besar selama ini bagi kita dan negara kita.

Ahli-ahli UMNO yang jujur, jika ada apa-apa cadangan yang berfaedah dan baik untuk muslihat rakyat dan negara, maka sampaikanlah cadangan-cadangan itu kepada ketua-ketua UMNO dan janganlah pecahkan UMNO kepada tua dan muda atau baharu dan lama."


Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.

Beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".



Kerajaan Rakyat

GAMBAR YANG MELUKAKAN HATI MACAI MACAI UMNO !!

Posted: 08 Feb 2015 07:30 AM PST

 

Alhamdulillah - Ini lah dia Pemimpin2 Yang Matang dan Pintar Berpolitik.

"BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH"  - 

Muafakat Membawa Berkat !!



YA ALLAH YA TUHAN KAMI - BERKATI LAH PERJUANGAN KAMI DEMI MASA DEPAN AGAMA - BANGSAN DAN NEGARA TERCINTA - AMIN YA RABBAL ALAMIN

Isu hudud, PBT ke mesyuarat khas pula

Posted: 08 Feb 2015 06:45 AM PST

Pakatan Rakyat hari ini belum membuat sebarang kata sepakat dalam perkara berkaitan pelaksanaan hudud dan pilihan raya tempatan.

Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas akan datang, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mesyuarat Pakatan hari ini.


Anwar berkata demikian dalam sidang media yang disertai lebih 20 pemimpin Pakatan membincangkan mengenai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Mesyuarat hari ini setuju semua keputusan oleh pimpinan Pakatan berteraskan muafakat bersama atas saling menghormati, keputusan dimuktamadkan sebegini menjadi asas keutuhan Pakatan selama ini.

"Pakatan juga akan meraikan perbezaan pendapat. Mesyuarat bersetuju (mengadakan) mesyuarat khas, bagi membincangkan dan merancang penyelesaian untuk sentuh Enakmen Syariah, pilihan raya PBT," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS Kuala Lumpur.

Sementara itu, Penasihat DAP , Lim Guan Eng berkata, mesyuarat khas itu akan dilakukan selepas keputusan rayuan akhir kes Liwat II Anwar pada Selasa ini disampaikan.



 
"Kami menegaskan, perbicaraan (Liwat II) ini bermotifkan politik. Majlis pimpinan juga setuju untuk bermesyuarat sejurus keputusan mahkamah (pada) 10 Februari," kata Guan Eng.

Hadi sampaikan salam


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir dalam sidang media itu walaupun turut serta dalam mesyuarat sebelum itu.

Anwar ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu menjawab: "Dia (Hadi) sampaikan salam".

"Sebenarnya Hadi tangguhkan program lain dan dia sepatutnya meninggalkan mesyuarat awal tetapi dia kekal sampai akhir mesyuarat," kata Anwar.



Bloglist malaysia

Ini lah Dia Puak Puak Yang Mahu Pecah Belahkan Pakatan Rakyat ?

Posted: 08 Feb 2015 06:00 AM PST

HanTwo Disini's photo.
Org yg mempunyai otak takkan membuang pejuang2 begini dalam gerakan jemaahnya tp yg ade ‪#‎kupiah‬ taktau laa ada ke takde..anwar penah kene LGE penah kene mat sabu penah kene tian chua penah kene..‪#‎presiden‬ kau penah kene seret??..‪#‎herdik‬ pun belom pernah taw jgn sembang tentang perjuangan..bila badan dtg KL otak tinggal kat kampung begitu lah gayanya..lain kali bawak skali..baru tak mcm berok masuk bandar....!!
HanTwo Disini's photo.
 

Kepimpinan Najib lemah berbanding Dr Mahathir, kata mufti Perlis

Posted: 08 Feb 2015 05:15 AM PST

 

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Datuk Seri Najib Razak perlu mengembalikan identitinya sebagai perdana menteri yang mewakili semua kaum di Malaysia.

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Datuk Seri Najib Razak perlu mengembalikan identitinya sebagai perdana menteri yang mewakili semua kaum di Malaysia.

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lambat bertindak, tidak seperti yang ditunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, jika Najib tidak membaiki corak kepimpinannya, maka tidak mustahil Malaysia akan terus dilanda dengan masalah.

"Ini soal masalah kepimpinan. Najib lambat. Saya suka cara (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad).

"(Sekarang) dekat bertumbuk, baru hendak buat keputusan. Itu pun tidak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas. Saya rasa Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik.

"Jika cara kepimpinan begini berterusan, negara tidak akan henti dengan masalah. Jadi Najib (perlu) kemas kini kepimpinannya. Apa yang berlaku dalam negara kini tidak baik," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Asri berkata, Najib perlu mengembalikan identitinya sebagai seorang perdana menteri yang mewakili semua kaum.

Katanya, apa yang dilihat kini dalam pentadbiran Najib adalah wujud kebocoran dalam aspek pentadbiran kerajaan.

"Najib perlu kembalikan identiti beliau, perlu jadi PM untuk semua.

"Ada majoriti, ada minoriti, ada hak orang Melayu. Lama juga Umno memerintah Tanah Melayu, okey saja, tiada kelemahan dan (tidak) timbul isu-isu begini," katanya.

Sementara itu, beliau berkata semua "dinosaur" dalam politik perlu disingkirkan dengan memberikan contoh yang berlaku dalam kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, apa yang berlaku pada Anwar sejak dahulu skrip yang sama, oleh sebab itu arena politik memerlukan muka-muka baru.

"Pemimpin yang baru datang, kalangan orang lama akan bangkitkan lagi isu sama. Kita mahu muka-muka baru, kita tak nak lagi isu-isu lama, isu peribadi ni.

"Pelbagai lagi isu, soal ketamadunan, soal hala tuju negara yang  pada saya belum jelas. Kita bukan hendak dengar (cara) selesai isu, (iaitu) dengan pergi berhimpun di mahkamah untuk dengar masalah peribadi.

"Tetapi biarlah ia mengenai hak tuntutan rakyat, macam tuntutan royalti minyak Kelantan. (Itu) Lebih baik daripada pergi dengar isu peribadi manusia. Perpecahan ini puncanya politik, bagi muka barulah," katanya.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – 8 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Polis Miri ingatkan pembangkang jangan api-apikan ketegangan kaum

Posted: 08 Feb 2015 04:30 AM PST

Penduduk Iban mendakwa polis tidak menghormati adat mereka dengan membuka sekatan di Sungai Bekelit, Sibuti, Disember lalu.

Penduduk Iban mendakwa polis tidak menghormati adat mereka dengan membuka sekatan di Sungai Bekel

Gambar Facebook Abun Sui Anyit, 8 Februari, 2015.Polis Miri mengingatkan ahli politik pembangkang tidak mengapi-apikan ketegangan kaum berhubung insiden sekatan pada 24 Disember 2014 dengan menuduh polis tidak menghormati adat penduduk setempat atau berdepan risiko ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Gan Tian Kee berkata polis tidak akan berkompromi dengan pesalah undang-undang yang menggunakan adat sebagai alasan melakukan perbuatan salah, kerana menyokong perbuatan itu umpama menggalakkan atau menyokong perbuatan jenayah dengan mengambil tindakan undang-undang sendiri.

"Saya faham sepenuhnya tentang adat 'miring' tetapi itu tidak boleh disalahgunakan untuk mewajarkan perbuatan jenayah, 'miring' diadakan dari 17 hingga 21 Disember 2014, kami telah menempatkan satu platun Pasukan Gerakan Am (PGA) di tapak itu untuk mengelakkan konflik fizikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pesta "Miring" adalah sebahagian adat kaum Iban untuk memohon restu daripada roh atau nenek moyang untuk kejayaan di masa depan bagi usaha mereka atau membuat hajat.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk menggunakan Akta Hasutan terhadap sesiapa yang terus mengekploitasi isu itu untuk menjejaskan keharmonian kaum yang dinikmati di negeri ini," kata Gan.

Beliau menjelaskan polis telah banyak bersabar dan selama dua hari memujuk para pesalah agar membuka sekatan yang dibina secara haram itu, namun tidak dipedulikan. Sebaliknya pihak yang membina sekatan itu menuntut RM10,000 sebagai pampasan membuka sekatan itu.

"Tuntutan sebanyak RM10,000 itu seperti meminta wang tebusan dan tidak boleh diterima, jika ini dibenarkan seolah-olah tiada undang-undang," katanya dan menambah sebarang pertikaian melibatkan Tanah Adat Pribumi (NCR) patut diselesaikan di mahkamah.

Gan berkata bagi kes itu, mahkamah telah membuat keputusan dan mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu boleh merayu ke mahkamah lebih tinggi untuk menyelesaikannya dan ahli politik sepatutnya mengelak daripada mengeksploitasi isu itu untuk kepentingan politik dan mewujudkan jurang antara penduduk setempat dengan polis.

Pada Selasa, penduduk rumah panjang daripada kawasan terlibat iaitu Rumah Jeli, Rumah Rajit, Rumah Jambai, Rumah Edward Ekau dan Rumah Duat di Bekenu 6 dilaporkan marah dengan tindakan polis Miri, walaupun insiden itu berlaku kira-kira sebulan lepas.

Jurucakap rumah panjang berkenaan, Jambai Jali telah mengadakan sidang media, mendakwa Gan tidak menghormati adat Iban apabila membuka sekatan di Sungai Bekelit, Sibuti dan beberapa hari kemudian pemimpin PKR di Miri dilaporkan turut menyokong dengan mempersoalkan tindakan polis itu.

Sekatan itu dibina bagi membantah tindakan sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang didakwa menceroboh tanah NCR mereka yang terletak kira-kira 60 kilometer dari Miri. – 8 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Kabinet patut pecat Ismail Sabri dalam mesyuarat akan datang, kata DAP

Posted: 08 Feb 2015 03:45 AM PST

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya mendesak Kabinet supaya memecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menyeru boikot perniagaan Cina.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya mendesak Kabinet supaya memecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana menyeru boikot perniagaan Cina.

DAP mendesak Kabinet supaya memecat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerana tidak menunjukkan tanda-tanda ingin menarik balik atau memohon maaf atas kenyataannya perkaumannya tentang peniaga Cina.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menyeru Kabinet supaya menilai semula kes Ismail di mesyuarat mingguan mereka pada 11 Februari dan menambah Ismail perlu meminta maaf untuk kenyataannya.

"(Ismail) perlu menarik balik tanpa syarat dan meminta maaf atas kenyataan rasis yang tidak sepatutnya diungkapkan.

"Atau beliau patut dipecat daripada Kabinet, jika bukan sebagai arahan daripada perdana menteri, jadi sebagai keputusan Kabinet melalui resolusi Kabinet," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail mencetuskan kontroversi selepas menyeru pengguna Melayu memboikot perniagaan Cina kerana tidak mahu menurunkan harga barang selepas harga minyak turun.

Ismail yang merupakan menteri pertanian dan industri asas tani berkata begitu di dalam satu posting Facebook miliknya yang kini sudah dipadamkan.

Bagaimanapun beliau tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataan tersebut.

Namun selepas mesyuarat Kabinet pada 4 Februari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kenyataan Ismail, mengatakan ia tidak ditujukan kepada mana-mana kaum secara spesifik.

Bagaimanapun Ismail daripada Umno dikritik pemimpin MCA, iaitu rakan parti Umno di dalam Barisan Nasional (BN).



Dalam kenyataan hari ini, Lim mengkritik Kabinet kerana mempertahankan Ismail.

"Kesemua 34 menteri bersalah terhadap jawatan mereka sebagai menteri serta kredibiliti dan reputasi mereka kerana menolong Ismail menafikan sesuatu yang jelasnya tidak patut dipertahankan," kata Lim.

"Ismail memang pun sudah mengkhianati sumpahnya di pejabat menteri, untuk berkhidmat untuk rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau negeri.

"Dalam membenarkan, menyokong dan mempertahankan kenyataan rasis Ismail, kesemua 34 menteri ini, tidak kira latar belakang parti politik mereka, sudah pun mengkhianati sumpah mereka di pejabat menteri."

Lim juga mengulang sekali lagi kenyataannya yang kenyataan rasis Ismail tidak akan ditolak ansur di bawah pentadbiran 5 perdana menteri lepas.

"Jika bekas menteri kita melakukan apa yang dilakukan Ismail di bawah pentadbiran 3 perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn, beliau pasti dipecat serta-merta."

Lim berkata malah bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik Ismail dengan mengatakan isu harga barang tidak turun tiada kena-mengena dengan kaum.

"Saya rasa di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi tidak akan ada tempat bagi rasis sebegini di dalam Kabinet.

"Jadi mengapa hanya Najib seorang daripada 6 perdana menteri yang membenarkan, menyokong serta mempertahankan kenyataan rasis Ismail sedangkan 5 perdana menteri sebelumnya tidak akan melakukan sebegitu?

"Adakah ini kerana beliau perdana menteri yang paling lemah dalam sejarah 58 tahun negara kita?"

Ismail berkata pengguna Melayu mempunyai peranan dalam membantu kerajaan menentang pencatut dengan menggunakan kuasa kolektif mereka untuk menurunkan harga barangan. – 8 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Wartawan veteran ramal Pakatan teguh walau Anwar dipenjara

Posted: 08 Feb 2015 03:00 AM PST


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes Liwat II mungkin akan meningkatkan simpati anak muda yang anti kerajaan

Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kes Liwat II mungkin akan meningkatkan simpati anak muda yang anti kerajaan.

Datuk A Kadir Jasin, bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berpecah jika Ketua Pembangkang itu dipenjarakan atas kesalahan liwatnya, dan sebenarnya masih mampu untuk memenangi pilihan raya yang akan datang dan mengambil alih Putrajaya.

"Saya cenderung untuk berkongsi keyakinan beliau. PR ini tidak mungkin menderita serta-merta atas penahanan liwat keduanya," tulis Kadir dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times itu berkata pemenjaraan Anwar, sekiranya Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesalahan dan hukuman penjara ke atas beliau Selasa ini, ia boleh "meningkatkan keazaman gabungan alternatif  itu dan menggalakkan anggotanya untuk bersatu bersama-sama".

Ini berlaku walaupun terdapat "perbezaan ideologi yang dalam" antara mereka, kata Kadir, daripada pertengkaran yang sedang berlaku antara Islam PAS dan sekular DAP berikutan isu-isu seperti melaksanakan hudud, dan mengembalikan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Ia juga boleh mewujudkan pusingan simpati yang baru terhadap beliau, terutama dalam kalangan golongan muda anti kerajaan," kata Kadir.

Baru-baru ini Anwar berkata bahawa PR masih mempunyai sokongan yang padu daripada rakyat dan sokongan itu mampu meningkat sehingga 60% jika beliau dipenjarakan sekali lagi.

Pada pilihan raya umum pada Mei 2013 lepas, PR memenangi 52% undi popular, walaupun Barisan Nasional mendapat lebih banyak kerusi di Parlimen untuk membentuk kerajaan yang memerintah.

"Anwar mengisytiharkan 'Lawan Tetap Lawan' tidak kira sama ada beliau dipenjarakan atau tidak," kata Kadir.

Wartawan veteran itu meramalkan sokongan kepada Anwar akan datang daripada golongan muda. Katanya remaja yang berusia 10 atau 15 tahun pada tahun 1999 – dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar – kini berusia 25 atau 35 tahun, dan mereka adalah "orang-orang muda yang pemarah".

"Mereka tidak begitu tahu tentang apa yang berlaku pada abad yang lalu. Tetapi mereka tahu apa yang berlaku sekarang. Malah kebanyakan penyokong setia  Umno mengakui Barisan Nasional (BN) tidak mendapat sokongan pengundi muda dengan hanya menjatuhkan Anwar dan PR, "katanya.

Memetik daripada kata-kata seorang Ahli Parlimen PKR yang Kadir tidak namakan, Kadir berkata idea PR tidak akan mati walaupun Anwar dipenjarakan sekali lagi.

"Pada mulanya ia didorong idealisme. Sekarang ia didorong kuasa yang mana haya terletak kepada rakyat," katanya.

Anwar mengemukakan rayuan liwat keduanya, kali ini terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Ketua Umum PKR itu meliwatnya pada tahun 2008.

Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar selama 7 hari pada bulan Oktober dan November tahun lepas akan mengeluarkan keputusan pada Selasa ini. – 8 Februari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Ku Nan enggan campur isu MCA-Ismail

Posted: 08 Feb 2015 02:15 AM PST

 
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor enggan mengulas berhubung gesaan MCA supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon maaf.

Menjawab soalan pemberita, Tengku Adnan (kanan) berkata biarlah perkara itu diselesaikan oleh kedua-dua pihak itu sendiri.

"Itu biar dia (MCA) dan Ismail sahajalah" katanya ketika diminta mengulas mengenai kemelut itu selepas merasmikan pelancaran Program Komuniti Ceria di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, MCA bertegas agar Ismail memohon maaf atas kenyataan "salah, ekstrem dan rasis"supaya pengguna Melayu memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
 
Malaysiakini

Jutawan nafi dalangi serangan pada Dr M

Posted: 08 Feb 2015 01:30 AM PST

 
 
Jutawan Jho Low menafikan dakwaan bahawa beliau mendalangi serangan terhadap pemilik media Datuk Tong Kooi Ong dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Internet.

Jurucakap Low berkata dakwaan itu "pelik" dan "palsu" kerana mangsa serangan itu dihormati beliau.

"Encik Low sudah menyatakan secara terbuka, Low hormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Nazir Razak dan Datuk Tong Kooi Ong serta mengiktiraf pencapaian profesional mereka," kata jurucakapnya.

Jurucakap itu juga berkata peguam Low sedang meneliti perkara itu dan akan membuktikan bahawa dakwaan Tong salah.

"Berhubung laporan dan tuntutan guaman, peguam Low akan membangkitkan perkara itu langsung dengan peguam Tong bagi mengesahkan bahawa kenyataan itu palsu dan tidak masuk akal," katanya.

Tong, pemilik The Edge Media Group, Jumaat lalu mendakwa Low mendalangi serangan ke atasnya dan Mahathir melalui blog tertentu.

Tong berkata beliau mengemukakan notis tuntutan rasmi ke atas Low agar menghentikan "penipuan jahat" terhadap beliau dan medianya The Edge dan The Malaysian Insider.

Kandungan dalam blog berkenaan turut menyerang Nazir, tokoh korporat dan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib, kata Tong.
 
 
Malaysiakini
Jom kenali Gerombolan buat havok di kaki lima Pejabat Agong PAS Perhimpunan UG depan bangunan ibu pejabat PAS jalan Raja Laut. Baju Hijau tu hanyalah barua kepada Mahaguru mandi minyak di kanannya , di belakangnya pula itulah Tuk Usin Pondan.... Berikut merupakan isi kandungan Memo yang dihantar oleh Ketua Pemuda PAS Kuantan pagi tadi.Transkrip yg saya paparkan di sini adalah secara ringkas tetapi tidak lari dari maksul asalnya, Korang boleh rujuk kepada salinan asal diakhir catatan saya ini nanti. Gerombolan ini kata buat nak sidang akhbar; tapi nampaknya lebih kepada buat demonstrasi di depan Pejabat Agong PAS. Rupa-rupanya gerombolan ini sudah hilang kepercayaan kepada Badan Disiplin PAS, parti sendiri ....alahai... tu yang buat demo di kaki lima pejabat! Gerombolan ni telan bulat-bulat apa yang Raja Petra tu kata....korang sendiri ada bukti apa? Sebab DAP tak layan dan tak ambik tindakan mahkamah? Aku nak tanya gerombolan ni : Apahalnya Mustafa Ali dgn kisah 'Spenda Londehnya' itu yg sampai la ni tidak berani ambil tindakan, apa cerita? Cakap biarlah berlapik, kan dah kena batang hidung sendiri! Dah tu pi tuduh JKPP tubuh PasMa bagai....PasMa tiada kaitan dengan PAS.Dia tak ada kuasa nak menentukan 'game' dalam PAS. PasMa adalah NGO yg berdaftar sebagai NGO yg sah. Bukan macam Geng Ustaz yg berdaftar sebagai 'Geng Ustaz Enterpris' tapi istihar diri sebagai NGO. Kemudian suruh pula ambil tindakan kepada ahli-ahli PAS yg terlibat dengan PasMa atas alasan Majlis Syura melarang ahli-ahli PAS daripada menyertai PasMa.Pundeklah kao! PasMa badan NGO yg berdaftar, aku ulang. Tiada mana-mana klaus dalam perlembagaan PAS yg melarang ahlinya terlibat dengan NGO. MSU ikut perlembagaan setan mana? Komplot ini mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama. Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini....bagai-bagailah gerombolan ni tuduh JKPP. Hoi mangkuk! Keputusan parti bukan diputuskan oleh Presiden seorang tetapi secara jemaah - wa amruhum syura bainahum dan wa syawirhum fil amr. Siapa yang sering buat U-turn? Semua orang tahuperkara itu. Jangan nak putar belit fakta. Apa yang Tulang Besi ramalkan memang tepat sekali. Korang dipersilakan baca entri saya bertarikh 24 Ogos di sini Desakan Terhadap Dr Hatta Ramli dan Kumpulan Konspirasi supaya meletakan kesemua jawatan dalam parti PAS Kebelakangan ini satu komplot jahat dilihat secara konsisten menyusun dan merancang strategi untuk menguasai PAS Pusat serta untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama melalui kerja-kerja khianat dan di luar batasan Islam, antaranya : 1. Menanamkan kebencian di kalangan ahli PAS dan masyarakat umum terhadap Tuan Guru Presiden dan kepimpinan ulama. 2. Memfitnah pemimpin-pemimpin yg dilihat bersama Tuan Guru seperti Setiausaha Agong PAS serta ahli keluarga presiden PAS. 3. Menubuhkan PasMa serta menyusun strategi untuk memecah belahkan kesatuan di kalangan ahli dan melakukan 'grand design' untuk menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama. 4. Mensabotaj setiap keputusan yg dibuat oleh Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama yg dilihat tidak selari dengan kehendak pihak-pihak tertentu didalam pakatan Rakyat. - Kewujudan komplot untuk menjatuhkan Presiden dan kepimpinan Ulama. - Dewan Pemuda PAS Kuantan endesak mereka yg terlibat meletakan jawatan. -Komplot ini sangat bahaya , bukan sahaja boleh meruntuhkan parti malah pernah meruntuhkan kerajaan besar , Khalifah Othmaniyah 1924. - Keputusan-keputusan Parti Islam didalangi anasir-anasir luar digerakan oleh Dr Hatta Ramli dan kumpulannya. -Berdasarkan bukti yg kami dapati : Komplot ini menguasai lebih separuh daripada jumlah JKPP sehingga berupaya mensabotaj keputusan parti; menjadikan presiden seperti boneka dan segala keputusan parti adalah dicaturkan oleh komplot ini. - Dewan Pemuda PAS Kuantan percaya dakwaan Raja Petra, bahawa komplot ini melalui PasMa telah mendapat RM1.5 juta daripada DAP untuk menjatuhkan Presiden PAS; semata-mata kerana tiada sebarang penafian dan tindakan mahkamah daripada DAP. - Dewan Pemuda PAS Kuantan hilang kepercayaan terhadap badan disiplin kerana komplot ini telah menguasai lebih separuh daripada JKPP. Kes-kes ini menambahkan keyakinan kami terhadap komplot dari kalangan pimpinan kanan PAS yang secara jelas mengkhianati parti. Buktinya kes-kes kritikal yang tidak diambil tindakan : 1) Laporan terhada 5 kawasan haram Dewan Pemuda PAS di Johor yg sehingga kini tiada tindakan. 2) Tuan Hj Asmuni Awi yg dilantik semula sebagai Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Muktamar sekalipun pemilihan penggal lepas dilihat berlaku penipuan sehingga pengundian ditangguhkan ke hari berikutnya. 3) Tiada tindakan diambil terhadap penggerak-penggerak PasMa yg terdiri daripada ahli-ahli PAS , sekalipun telah diputuskan oleh Majlis Syura agar ahli-ahli PAS tidak menyertai PasMa. Oleh itu Dewan Pemuda PAS Kuantan sekali lagi mendesak mereka yg terlibat meletakan kesemua jawatan dalam parti. Dewan Pemuda PAS Kuantan menamakan Dr Hatta Ramli antara pimpinan kanan PAS yg terlibat dgn komplot ini. Kami beraku janji akan membuat pendedahan demi pendedahan mengikut keperluan semasa. Dilampirkan bukti-bukti akuan berkanun beserta exhibit cetakan paparan skrin berkaitan. Fadhli Ibrahim Ketua Pemuda PAS Kuantan.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Isu Ismail Sabri: Utusan serang MCA melindungi 'penyangak' Cina

Posted: 08 Feb 2015 12:45 AM PST

 

Utusan Malaysia dalam kolumnya hari ini berkata MCA sepatutnya faham yang kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dibuat dalam konteks konsumerisme. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Februari, 2015.

Kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menyifatkan tindakan MCA menyerang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob satu perbuatan melindungi "penyangak" Cina yang mencekik darah pengguna.

Ku Seman Ku Hussain yang juga penolong pengarang akhbar edisi Ahad Mingguan Malaysia berkata, tindakan MCA melancarkan serangan terhadap menteri pertanian dan industri asas tani itu dilihat sebagai cuba menjadi jurucakap DAP dalam menyalakan sentimen perkauman.

"MCA ini musang berbulu ayam atau apa? Adakah dengan menyerang Ismail mampu kembalikan keyakinan orang Cina kepada MCA?

"Saya membuat kesimpulan MCA melindungi 'penyangak' Cina yang mencekik darah pengguna (Melayu, Cina dan India).

"Kalau tidak, sudah tentu MCA tidak menyerang Ismail yang bercakap dalam konteks budaya konsumerisme," katanya seperti disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Ku Seman berkata, kenyataan Ismail yang menggesa pengguna memboikot "peniaga Cina yang menaikkan harga barang" bukanlah suatu yang rasis.

Katanya, sebaliknya parti Cina yang rasis, DAP menggunakan peluang itu untuk menyalakan sentimen perkauman seolah-olah Ismail rasis.

"Itu bukan luar biasa kepada DAP, sebaliknya kalau mereka tidak berbuat demikian pula menjadi pelik. "Parti Cina ini memang terkenal dengan agenda rasis. Walaupun begitu orang Melayu dalam DAP belum sedar hakikat ini.

"Saya tidak pernah terfikir ada kaum yang tetap mempertahankan kaumnya walaupun berperangai buruk mencekik darah pengguna dengan menaikkan harga barang," katanya. Ku Seman berkata, Ismail mendidik pengguna supaya menggunakan kuasa mereka dengan memboikot peniaga dan pemborong yang cekik darah.

Katanya, semua kaum wajar berbangga kerana Ismail tidak tunduk kepada tekanan mendesak supaya meminta maaf.

"Tidak buat salah kenapa mesti minta maaf? Saya harap pendirian beliau tidak berubah walaupun berdepan dengan tekanan politik.

Malah Ismail sudah menjelaskan kenyataan di laman sosial itu bukan bermaksud rasis, sebaliknya peringatan kepada pengguna. "Kita memerlukan orang yang tegas seperti Ismail, bukan seperti sesetengah pemimpin sekali kena gertak terus berpeluh, ketar lutut dan mengalah," katanya.

Ku Seman berkata antara iktibar yang dapat diambil daripada kenyataan Ismail ialah, sesuatu yang menyentuh orang Cina, DAP dan MCA boleh duduk semeja dan bercakap dengan nada yang sama.

"Kenapa? Sebabnya kepentingan mereka bukanlah politik tetapi kaum. Sesetengah orang Melayu pula lebih memilih politik hingga memecah belah kaum," katanya.

Semalam, Ismail yang berdepan kontroversi berhubung kenyataan boikot peniaga Cina menyalahkan DAP kerana kenaikan harga barang, selain menggesa rakyat Malaysia melupakan kenyataan perkaumannya di Facebook minggu lalu. Ismail berkata semalam, pembangkang sering menggunakan isu kenaikan harga barang untuk menyalahkan kerajaan.

"Bila harga turun, sepatutnya peniaga menurunkan harga dan faedahnya kepada pihak kerajaan, tetapi apabila harga tidak turun, pembangkang juga, DAP, PAS dan sebagainya menggunakan isu tidak menurunkan harga barang ini untuk menuduh kerajaan gagal.

"Kalau DAP hendak cakap soal rasis, janganlah seperti ketam mengajar anak berjalan, yang paling besar bapa kepada rasis di Malaysia ini DAP," kata Ismail menggunakan peribahasa Melayu.

Berhubung dengan pertemuan dengan polis, Ismail mengatakan beliau mungkin berbuat demikian minggu depan. "Saya sudah beritahu kepada polis yang selepas saya dengan lawatan ke Indonesia, saya ada waktu, mungkin minggu depan lah

"Polis pun kena free juga, saya pun kena free juga." Ismail berkata, kontroversi berhubung kenyataannya di Facebook perlu dihentikan kerana tidak menguntungkan Malaysia.

"Kalau kita masih lagi bercakap pasal perkara yang boleh menimbulkan perasaan sakit hati di antara semua, kita tidak membawa keuntungan kepada masyarakat Malaysia," katanya. – 8 Februari, 2015. - TMI


Posted by mountdweller

MPPR: Semua Pimpinan Tertinggi Parti Hadir, Berita Sedih Buat Macai Umno@Bn....

Posted: 08 Feb 2015 12:00 AM PST


 
 
 
 
 
 
 
 
 


Rakyat Marhaen.