Rabu, 4 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO : Ceramah Datuk Kazim Yang Penuh Kontroversi !!

Posted: 04 Feb 2015 11:00 PM PST


 
 

Syarikat M'sia kurang ajar, kata gabenor Jakarta

Posted: 04 Feb 2015 10:15 PM PST

 
 

Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama mengecam tindakan syarikat alat pembersih rumah Malaysia yang menggunakan perkataan "fire your Indonesian maid" (pecat pembantu rumah Indonesia) di iklan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ahok itu berkata, iklan itu menghina pembantu rumah Indonesia dan "kurang ajar".

"Tidak boleh berkata 'pecat' begitu sahaja.

"(Guna perkataan) 'Fire your Indonesian maid' (pecat pembantu rumah kamu) itu sangat kurang ajar!" beliau dilapor sebagai berkata oleh Metrotvnews.

Basuki berkata, beliau menyarankan supaya perkara tersebut diselesaikan oleh pemimpin negara Indonesia dan Malaysia.


Ini kerana, katanya, perkataan di iklan tersebut dikhuatiri dapat merenggangkan hubungan dua negara.

Menteri M'sia dihubungi

Sementara itu, Menteri Tenaga Kerja Indonesia Hanif Dhakir pula dilapor menghantar pesanan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berhubung isu tersebut.

Hanif berkata, beliau menghantar pesanan kepada  Richard (bawah) untuk memberitahu  bahawa rakyat Indonesia tidak suka dengan iklan tersebut.


Katanya, beliau juga telah meminta Richard supaya mengambil tindakan tegas ke atas syarikat terbabit, lapor Tempo.

Bagaimanapun, ketika diminta untuk meminta maaf berkaitan iklan itu, Hanif berkata, Richard memberitahu bahawa ia tidak boleh terus dilakukan dan perlu diselidiki dahulu.

"Kalau (berdasar) jawapan dari menteri Malaysia, mereka akan membantu kita.

"Kerana pemimpinnya juga tidak tahu (isu itu), mereka akan selidik dulu. Mereka tidak boleh terus meminta maaf," katanya lagi.

NGO: Pekerja bukan barang

Selain pemimpin Indonesia, NGO hak pekerja juga membangkitkan perkara sama dan mahu Presiden Indonesia Joko Widodo menegur Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

"Iklan tersebut memberi tanggapan bahawa tenaga kerja Indonesia kita seperti barang atau lebih rendah lagi (daripada barang)," kata Migrant Care.

Malaysiakini sudah menghubungi syarikat yang mengeluarkan alat pembersih rumah tersebut bagi mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun masih tiada respon berkaitan setakat ini. 



Malaysiakini

Jelajah Anwar buat Ibrahim Ali jengkel

Posted: 04 Feb 2015 09:30 PM PST

 
 
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyatakan kejengkelannya ke atas kempen ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai sabitan kes Liwat II.

Ibrahim berkata, kempen itu seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh didakwa di mahkamah.

Apa yang istimewanya Anwar ini? Pada dia, dia tidak boleh disentuh atau didakwa. Jika sentuh dan dakwa dia, ianya konspirasi dan pendakwaan terpilih.

"Dari dulu dia canang propaganda ini. Orang (lain) semua zalim tapi dia saja yang baik," kata Ibrahim.

Katanya, masyarakat negara ini tidak harus terpengaruh dengan kempen Anwar yang digerakkan dengan slogan "Rakyat Hakim Negara".

Beliau turut meminta masyarakat berwaspada dengan tindakan pihak yang "mencabar kehakiman dan pihak keselamatan".

Katanya tindakan tersebut menunjukkan sikap adalah golongan ekstremis dan ganas, katanya lagi yang menyifatkan perkembangan itu sebagai penghinaan kepada mahkamah.

"Ini soal perundangan dan bukan politik. Anwar dan sekutunya yang ambil bahagian dalam menyampai ucapan boleh disifatkan menghina mahkamah," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa depan akan memutuskan sekiranya Anwar akan dipenjarakan bagi kes tersebut.
 
 
Malaysiakini

Gara-Gara Sebuah Lori Tanah, 15 Kenderaan Kemalangan

Posted: 04 Feb 2015 08:45 PM PST

 

Kuala Lumpur: Tujuh kenderaan remuk dan rosak teruk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim menghala ke pusat bandar raya sebelum susur masuk ke Istana Negara, di sini, petang tadi.

Kejadian pada 3.30 petang itu, dikatakan berpunca daripada lori membawa muatan tanah yang hilang kawalan sebaik menuruni jalan berbukit akibat kerosakan pada gandar.

Jurucakap polis trafik Kuala Lumpur, berkata, pemandu hilang kawalan dan merempuh kereta Kia Forte yang dinaiki pasangan remaja sebelum kereta itu berpusing dan merempuh beberapa kereta lain.

"€Å“Sebuah lagi kereta Kia Forte yang dinaiki pasangan ibu dan anak tidak sempat membrek kemudiannya merempuh kereta itu sebelum kedua-duanya terhenti di tengah-tengah jalan.

"Kejadian itu juga menyebabkan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Harrier gagal mengelak lalu merempuh dan terbalik di lorong paling kanan," katanya.

Menurutnya, siasatan awal tidak menolak sekurang-kurangnya 15 kenderaan terbabit dalam kejadian itu namun hanya tujuh disahkan mengalami kerosakan teruk.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  
 

Menjelang keputusan mahkamah, Anwar tawakal sebarang kemungkinan

Posted: 04 Feb 2015 08:00 PM PST

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam jelajah menjelang keputusan perbicaraan akhir Liwat II memberitahu penyokongnya beliau bertawakal dan berserah dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Anwar yang kini berdepan kemungkinan dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara.

"Yang bakal saya hadapi 10 Februari nanti ini, kita bertawakal sajalah dan berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan," kata Anwar di hadapan kira-kira 100 orang ramai yang hadir mendengar tazkirah Maghrib disampaikannya di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, di Bukit Beruntung, Selangor malam tadi.

Anwar dalam tazkirahnya selepas solat Maghrib menceritakan mengenai kisah tauladan para nabi dan peranan yang perlu dimainkan pemerintah dalam menjaga serta memelihara kebajikan rakyat.

Beliau memberikan contoh dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor yang mengambil peduli tentang masalah dan hal ehwal rakyat.

"Di Selangor, saya selaku penasihat ekonomi sentiasa menasihatkan menteri besar baharu (Mohamed Azmin Ali) supaya mengambil peduli tentang perihal rakyat," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 26 Januari lalu mengumumkan, keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat pada 10 Februari ini.

Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Arifin yang mengetuai panel 5 hakim mula mendengar kes itu pada 28 Oktober dan berakhir pada 7 November lalu.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan di Mahkamah Rayuan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa yang diketuai Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga penjara 20 tahun dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000.

Jokowi Presiden Indonesia, Lawat Malaysia Hari Ini. - Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 04 Feb 2015 07:15 PM PST


NAJIB (kiri) menyampaikan ucapan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas majlis mengangkat sumpah pelantikannya sebagai Presiden Indonesia yang ke-7 di Istana Merdeka, Jakarta pada tahun lepas.  

PUTRAJAYA – Presiden Indonesia Joko Widodo melakukan lawatan negara tiga hari ke Malaysia, bermula hari ini atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kementerian Luar dalam kenyataan di sini semalam berkata, ia merupakan lawatan sulung pemimpin yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu ke Malaysia selepas dilantik sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Jokowi akan diiringi isteri, Iriana serta beberapa menteri Kabinet dan pegawai kanan Indonesia. 


Jadual lawatan beliau termasuk upacara sambutan negara, menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta jamuan negara esok.

Pada Jumaat (6 Februari), Jokowi dijadual mengadakan mesyuarat tertutup dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diikuti mesyuarat delegasi, kata kenyataan itu.


jokowi
Ini Dia Alasan Mengapa Jokowi Bisa Jadi Presiden Terlemah Dalam Sejarah Indonesia

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan presiden Indonesia Jokowi adalah presiden terlemah sepanjang sejarah Indonesia. Ada tiga alasan diberikan..
Pertama, posisi parlemen yang dikuasai oleh kekuatan oposisi. Total kursi Koalisi Merah Putih (KMP) 353 kursi, atau 63 persen. Sementara itu, Koalisi Indonesia Hebat (KIH) hanya 207, atau 37 persen,
Kedua, tidak ada satu pun partai politik yang dikontrol langsung oleh Jokowi. Padahal, sebelumnya setiap Presiden Indonesia memiliki kekuatan mengendalikan partai politik di DPR. Dengan kata lain Jokowi bukan pengontrol partai. Dia hanya 'kacung partai'.

Ketiga, adalah fakta bahwa kemenangan Jokowi dalam Pilihanraya presiden 2014 tidak mutlak. Selisih dengan kompetitornya yakni Prabowo Subianto tipis yakni 53.15 persen berbanding 46.85 persen.

PAS: Gunakan empat akta turunkan harga barang

Posted: 04 Feb 2015 06:30 PM PST


TRP_resize_watermark_240514_PASAR2_l

TRP_resize_watermark_240514_PASAR2_l Kerajaan mempunyai empat Akta yang boleh diguna pakai untuk menurunkan harga barangan.

KUALA LUMPUR, 4 Februari Kerajaan mempunyai kuasa ke atas empat perkara untuk menentukan sama ada harga barangan dan juga perkhidmatan di negara ini dapat diturunkan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail berkata, kerajaan merupakan pihak yang mempunyai kuasa mengawal dan menguatkuasakan undang-undang dan pada 2010, Parlimen telah meluluskan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang dikuatkuasakan pada 1 April 2011.

Menurutnya, Akta tersebut memberi kuasa kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) untuk mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga yang mengambil keuntungan berlebihan atau tidak munasabah.

Beliau berkata, berdasarkan akta berkenaan, hukuman denda boleh dikenakan antara RM100,000 hingga RM1 juta dan penjara tiga hingga lima tahun mengikut kesalahan dilakukan individu atau syarikat.

"Kedua, kerajaan juga mempunyai kuasa terhadap barangan kawalan yang mana sebanyak 22 barangan telah diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

"Ketiga, wujudnya Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memberi perlindungan kepada pengguna, memberi kuasa kepada KPDNKK menubuhkan Majlis Penasihat Pengguna Negara dan Tribunal Pengguna.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Mahathir Tetap Tolak Najib Walaupun Mereka Bersalam Di Masjid Negara

Posted: 04 Feb 2015 05:45 PM PST

 
Gambar Najib bersalam dengan Mahathir inilah yang dijadikan bukti kononnya hubungan mereka sudah pulih...

Apabila tersebar dengan meluas gambar Perdana Menteri, Najib Razak bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad di Masjid Negara pada Jumaat lalu, ramai yang mengatakan ianya sebagai bukti hubungan kedua-dua mereka sudah pulih.


Beberapa blog dan akaun media sosial turut menyebarkan gambar tersebut dengan peringatan agar jangan lagi diadu-domba hubungan antara kedua-dua pemimpin itu kerana segala-galanya dikatakan sudah kembali seperti sediakala.

Ada juga yang menghebahkan khabar bahawa atas usaha pemimpin tertentu yang menjadi orang tengah, Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan selepas ini tidak lagi melakukan apa-apa kritikan, terutamanya berkaitan ekonomi, pengurusan kerajaan dan  hutang 1MDB.

Dikatakan juga, atas kepentingan UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang yang agak kritikal, Najib dan Mahathir akan saling bekerjasama erat selepas ini untuk memastikan kuasa yang selama ini digenggam tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Bagaimanapun, hanya sekeping gambar bersalam itu saja yang dijadikan bukti mengenai hubungan yang dikatakan sudah pulih itu.  Baik Najib atau Mahathir, kedua-duanya tidak ada bercakap apa-apa mengenainya.

Sejak mengumumkan penarikan balik sokongannya kepada Najib, Mahathir mula menjadi pengkritik paling lantang dengan antaranya menjadikan hutang 1MDB, kelemahan kepimpinan dan pemberian BR1M sebagai sasarannya.

Soalnya, benarkah hubungan mereka sudah pulih dan ok? Benarkan Mahathir sudah kembali menyokong Najib dan ingin beliau terus menerajui negara ini?

Walaupun tersenyum ketika bersalam dengan Najib di tangga Masjid Negara selepas menunaikan solat Jumaat dan bertahlil untuk mangsa MH370, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pada hari tersebut juga Mahathir turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan bekas pemimpin UMNO dan pegawai tinggi kerajaan di pejabatnya di Muzium Kesenian Islam.

Dalam pertemuan tersebut selama hampir dua jam itu, Mahathir dikatakan terus melontarkan kritikannya terhadap Najib dan kerajaan, terutama berkaitan hutang 1MDB. Isu lain yang turut disentuh ialah masa depan UMNO, kedudukan Anwar Ibrahim dan keputusan mahkamah berkaitan pembunuhan Altantuya yang menyabitkan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dengan hukuman mati.

Mahathir tetap  lantang meluahkan kebimbangannya dengan pengurusan ekonomi negara ketika ini, hutang yang kian meningkat serta apa yang berlaku dalam 1MDB yang sudah boleh dianggap sebagai suatu skandal kepada negara.

Secara keseluruhannya, dalam pertemuan itu, Mahathir bukan saja dilihat kekal dengan sifat mengkritik dan menegur terhadap kepimpinan Najib, malah nadanya yang keras juga boleh dikatakan sebagai bukti penolakannya yang tetap sama seperti sebelum ini.

Mahathir tidak berubah sama-sekali pendiriannya sejak beliau mengumumkan tidak lagi menyokong Najib, kata sumber yang mengetahui tentang pertemuan dan perbincangan yang diadakan di Muzium Kesenian Islam itu.

Kata sumber itu lagi, berjumpa,  bersalam dan sama-sama tersenyum tidak boleh dijadikan logik bahawa Mahathir sudah berbaik dan menerima semula kepimpinan Najib kerana yang  dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu ialah berkaitan masa depan negara.

Tidak mungkin dengan isu besar yang dibangkitkan Mahathir selama ini boleh selesai hanya dengan bersalam di tangga masjid saja, tambah sumber itu lagi. (SH 04/02/2015)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/


 

Pemimpin PR bersemuka Ahad ini Mohamad Fadli

Posted: 04 Feb 2015 05:00 PM PST

 
pas_dap_pkr_300

Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat dilihat sebagai medan untuk menyelesaikan perbalahan di antara pemimpin parti-parti komponennya.

PETALING JAYA: Ketika perbalahan antara PAS dan DAP berada di kemuncaknya, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akhirnya akan mengadakan mesyuarat pada Ahad ini.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Eksekutif Sekretariat Pakatan Rakyat, Shabrimi Sidek berkata, mesyuarat itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS pada pukul 2.30 petang.

Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini, lapor mStar Online.

Ia juga dilihat sebagai medan penyelesaian perbalahan yang wujud antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung kontroversi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Mesyuarat tersebut dijangka dihadiri semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang akan membincangkan perkara berbangkit mengenai Pakatan Rakyat.

"Sekretariat percaya ini akan seterusnya mengukuhkan persepakatan semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa malam.

Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut hadir di dalam mesyuarat tersebut.

"Perkara itu ada di dalam perancangan PAS, dan InsyaAllah Hadi akan datang. Namun kita juga tidak menolak sekiranya Hadi tidak datang atas faktor keuzuran. Itu hanya perancangan.

"Saya juga akan hadir dan ketua pemuda PR yang lain seperti Nik Nazmi Nik Ahmad dan Teo Kok Seong juga akan hadir bagi membawa dan menyuarakan pandangan," katanya ketika brucap di dalam forum 'Pakatan Rakyat, Masihkah ada harapan?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) yang diadakan di Dewan Gerak Budaya itu.


Free Malaysia Today

Apa istimewanya Anwar tidak boleh disentuh Dan didakwa? - Mohamad Fadli

Posted: 04 Feb 2015 04:15 PM PST

ibrahim ali1Ibrahim menyelar tindakan kempen 'Rakyat Hakim Negara' kerana ia menghina undang-undang dan mahkamah negara.

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) menyelar tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan jelajah 'Rakyat Hakim Negara' sedangkan keputusan mahkamah akan diputuskan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan Anwar ini tidak sihat dan menghina mqahkamah dengan kempen tidak bersalah dan rakyat menjadi hakimnya.

"Ini soal perundangan dan bukannya politik Anwar dan sekutunya yang didakwa mengambil bahagian dalam menyampaikan ucapan yang bersifat menghina mahkamah," katanya kepada Free Malaysia Today.

 

Kempen Anwar itu dijalankan selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan pada 10 Februari ini bagi keputusan rayuan Anwar dalam kes liwatnya.

Ibrahim dengan nada tegasnya mempersoalkan apakah keistimewaan Anwar sehingga tidak boleh disentuh dan didakwa.

"Jika menyentuh dan mendakwa dia (Anwar), pihak yan mendakwa akan dituduh melakukan konspirasi dan pendakwaan terpulih. Anwar juga seorang manusia biasa," jelasnya.

Ibrahim juga mendakwa undang-undang di negara ini tidak boleh diperkasakan selagi wujudnya orang seperti Anwar.

Beliau berkata, puak-puak yang mencabar kehakiman dan keselamatan negara adalah golongan yang pelampau dan pengganas.

"Saya ingin mengingatkan penyokong Anwar supaya menghormati undang-undang negara. Sekiranya ingin bersimpati terhadap Anwar biarlah bertempat.

"Ini kerana kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Ini kerana prinsip yang dibawa oleh Anwar tidak betul," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan kempen tersebut demi menjaga kedaulatan undang-undang dan keamanan negara.

"Ini kerana jika berlakunya perkara-perkara yang tidak baik, rakyat akan menjadi mangsa. Semua orang pastinya ingin rakyat dan negara ini selamat," akhirnya.


Free Malaysia Today

Jawapanya senang sahaja:  Lu Siapa Brahim??  YB DS Anwar adalah bekas Timbalan Perdana Menteri.... Lu Pasir Mas pun Lu kalah -  mau cerita apa lagi....

NFC dikenakan diperintah bayar RM10 ribu..?? Adam Abu Bakar

Posted: 04 Feb 2015 03:30 PM PST

 

Mahkamah juga telah membenarkan Izzah dan Saifuddin sebagai defendan untuk memanggil semula saksi jika perlu

National Feedlot Corporation NFCKUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Hue Siew Kheng telah membenarkan Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail meminda jawapan kepada pihak defenden pertama dan kedua iaitu ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihanraya PKR, Datuk Saifuddin Nasution.

Mohamad Salleh yang juga bertindak sebagai plaintif telah dikenakan kos sebanyak RM10 ribu yang dibayar kepada Izzah dan Saifuddin atas tindakannya meminda jawapan pembelaan.

Mahkamah turut menetapkan bayaran sebanyak RM10 ribu tersebut mengambil kira faktor prejudis dan juga ketidakselesaan defendan.



Peguambela bagi kedua-dua pemimpin PKR itu, Syed Ismat Syed Muhamad memberitahu media, mahkamah juga telah membenarkan Izzah dan Saifuddin sebagai defendan untuk memanggil semula saksi jika perlu.

Bukan itu sahaja, Syed Ismat turut menyatakan 3 March 2015 merupakan tarikh untuk pengurusan semula kes kerana sebelum ini, pada 7 Januari 2015 hakim mahkamah telah menetapkan 4 Februari (hari ini) bagi penghujahan.

Pada 24 Dis 2013, Mohamad Salleh dan syarikatnya memfailkan saman fitnah terhadap Nurul Izzah dan Saifuddin.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh berkata, Nurul Izzah telah membuat kenyataan berhubung pendedahan oleh Setiausaha Agung PKR Mohd Rafizi Ramli yang mendakwa beliau (Mohamad Salleh) telah membeli lapan unit kondominium di KL Eco City dengan menggunakan dana awam diperuntukkan kepada NFCorp.

Mohamad Salleh juga mendakwa kenyataan anggota Parlimen itu membayangkan beliau dan keluarganya telah menyalahgunakan dana NFCorp untuk membeli kondominium itu bagi kegunaan peribadi dan bukan untuk syarikat.



Beliau mendakwa berikutan kenyataan itu, maruah dan kredibilitinya sebagai seorang berpendidikan tinggi, ahli perniagaan dan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tercemar dan dikritik orang ramai.

Beliau memohon ganti rugi am, teladan dan teruk dan juga injunksi untuk menghalang para defendan daripada menerbitkan semula kenyataan itu.

FREE MALAYSIA TODAY

Musa Hassan - Motif Apa Lagi Jika Saksi Utama Dibebaskan

Posted: 04 Feb 2015 08:15 AM PST

 
Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan berkata motif dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak perlu ditentukan, memandangkan "suspek utama" dalam kes itu sudahpun dibebaskan.

"Apabila suspek utama sudah dibebaskan, motif apa lagi yang hendak ditentukan?

"Suspek utama itulah orang yang tahu sebenar-benarnya mengenai apa yang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Musa berkata demikian ketika merujuk kepada penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Penaung NGO antirasuah MyWatch itu ditanya motif pembunuhan yang tidak ditentukan oleh pendakwaan dan juga mahkamah sepanjang perbicaraan tersebut.

Jawapannya itu membayangkan bahawa motif berkenaan tidak perlu ditentukan dalam kes Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar – dua orang bekas komando polis yang didapati bersalah atas pembunuhan itu.

Kenyataannya itu juga membayangkan bahawa Azilah dan Sirul bertindak atas arahan, namun beliau enggan mengulas mengenai perkara ini.

Beliau turut mengesahkan bahawa siasatan polis berjaya menentukan motif pembunuhan tersebut, ketika beliau mengetuai PRDRM pada 2006.

"Tapi motif apa yang perlu ditentukan untuk Azilah dan Sirul (membunuh Altantuya), apabila suspek utama sudah dibebaskan?," soalnya kembali.

Ditanya mengenai motif yang dipastikan oleh polis semasa siasatan itu, Musa enggan mendedahkannya dengan alasan, kes tersebut sudahpun diputuskan oleh mahkamah paling tinggi.

Razak Baginda, yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada mulanya dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut, namun kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Dalam satu wawancara terbaru, beliau menyalahkan "polis jahat" atas kes pembunuhan berkenaan dan turut mengaitkan bahawa motif pembunuhan juga tidak ditentukan dalam kes tahanan lain yang mati dalam tahanan polis.

Pengganti Musa, Datuk Seri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan bahawa siasatan pasukannya turut meliputi motif pembunuhan berkenaan.

Katanya, polis tidak boleh dipertanggungjawabkan jika pendakwaan atau mahkamah memutuskan untuk tidak menentukan motif dan menyabitkan kedua-duanya berdasarkan bukti yang diperolehi.

- mkini

MIC ini selalu ada masalah, kata Dr M

Posted: 04 Feb 2015 07:30 AM PST

 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata krisis MIC perlu ditangani dengan bantuan pihak ketiga.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan orang yang sesuai menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah parti berkenaan memandangkan kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu tidak akan menemui persetujuan jika ia diselesaikan di antara mereka.



"MIC ini selalu ada masalah. Saya ingat masalah ini patut dibetulkan oleh orang di luar MIC, kalau sama-sama dia, mereka tidak akan mencapai persetujuan.. masa saya dulu pun berlaku juga," katanya kepada pemberita selepas meletakkan plak warisan kebangsaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dekat Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung masalah yang melanda MIC ketika ini.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika diminta menjadi orang tengah, Dr Mahathir berkata: "Saya bukan lagi seorang ahli politik. Saya hanya pengkritik".

Krisis dalaman MIC tercetus selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam perhimpunan agung MIC di Melaka pada Nov 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan tersebut dalam tempoh 90 hari.

- Bernama

'Kami tak pernah rancang untuk monopoli'

Posted: 04 Feb 2015 06:45 AM PST

Bestinet Sdn Bhd yang mengendalikan pemprosesan visa dan pemeriksaan kesihatan biometrik pekerja asing menjelaskan mereka tidak pernah bercadang untuk memonopoli perkhidmatan itu.

Pengerusi Eksekutif Bestinet Tan Sri Azmi Khalid (kiri)berkata mereka hanya menyediakan perhidmatan itu untuk Jabatan Imigresen.

"Kita tidak memonopoli.

"Kita cuma sediakan cara untuk membolehkan perkara ini dilakukan," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau juga berkata masih menunggu keputusan sama ada kerajaan akan menganugerahkan kontrak itu kepada mereka atau sama ada syarikat lain turut mendapat peluang sama.

"Itu kita pulangkan kepada kerajaan," katanya.

Asri mula tugas dengan jejak orang miskin

Posted: 04 Feb 2015 06:00 AM PST

 
Sebelum ini, beliau antara tokoh agamawan yang lantang mengkritik isu pengagihan zakat dan tegar membela hak golongan (asnaf) yang layak menerimanya.

Namun, itulah tugas yang cuba ditunaikan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas dilantik semula memegang jawatan yang pernah disandangnya itu pada 2006.

Gambar yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya semalam, menunjukkan beliau bersama dengan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Syed Sirajuddin mengadakan 'kayuhan asnaf' mencari golongan yang layak menerima zakat di negeri itu pada Isnin.

Berpakaian sukan gelap, bertopi dan tanpa sebarang protokol rasmi, beliau turut bersama sekumpulan penunggang basikal yang lain, mengayuh ke ceruk kampung dan melalui denai, sawah, parit dan lorong bagi menyampaikan sendiri bantuan zakat kepada yang memerlukannya.

Pemegang zamalah Universiti Oxford itu bersama kumpulan berbasikal itu turut sempat beramah mesra dan bergambar bersama-sama penerima zakat dan penduduk kampung.

Dalam coretan ringkas dalam laman sosialnya itu juga, pensyarah Univerisiti Sains Malaysia (USM) itu menyifatkan acara mingguan tu "berbaloi apabila dapat sampai dan melihat sendiri tempat tinggal golongan asnaf dan kehidupan mereka."

"(Saya berharap) agar pihak pengurusan (zakat) mencari asnaf, bukan asnaf tercari cari di mana hak zakat mereka," katanya kepada Malaysiakini bagi mengulas mengenai harapan dan pengajaran yang diperolehi daripada acara itu.

Program itu adalah aktiviti mingguan Syed Faizuddin, selaku yang dipertua Majlis Agama Islam Perlis dan ia kadang kala dibuat dua kali seminggu, kata Dr Mohd Asri.

Sambil menyokong usaha itu, Dr Mohd Asri menegaskan pengagihan zakat di negeri utara Semenanjung itu dibuat dengan semampunya dan mengakui beberapa kali sebelum ini bersama Raja Muda mengadakan aktiviti turun padang itu setiap minggu.

"Saya menyokong usaha ini sejak dahulu dan beberapa kali telah bersama," katanya lagi dalam SMSnya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Dr Mohd Asri, sempat mengakhiri tulisannya dengan mengakui "lama tidak berbasikal dan terasa sakit badan" apabila basikal yang ditungganginya "kurang sesuai".

"Apapun, sesiapa yang berminat elok sertai aktiviti amal seperti ini di Perlis," tulisnya.
 
Malaysiakini

Hadi, Lim setuju hadir mesyuarat Ahad ini

Posted: 04 Feb 2015 05:15 AM PST


 
Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Mesyuarat Tertinggi Majlis Permuafakatan pada Ahad ini, kata Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat itu.

Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai di Kemaman malam tadi, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

"Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan)," katanya.

Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan berbangkit yang berlaku antara parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP.

- Bernama

Najib: Ismail tuju pada semua peniaga

Posted: 04 Feb 2015 04:30 AM PST

 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenyataan seorang anggota kabinetnya, Datuk Seri Ismail Sabri yang mencadangkan agar pengguna memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.

Najib melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menyebut, kenyataan Ismail itu tidak hanya ditujukan kepada peniaga Cina.

"Teguran yang dibuat oleh beliau ditujukan kepada semua peniaga dan bukan kepada peniaga daripada kaum tertentu.

"Selain itu beliau juga mencadangkan agar pengguna menggunakan kuasa beli mereka untuk memaksa peniaga menurunkan harga barang," kenyataan itu dipetik.


Malaysiakini

" GENG-GENG AYAHANDA DAN WIRA PERKASA BELA DATUK KAZIM ELIAS. EEE TAKUTNYA " - tikaq buloh

Posted: 04 Feb 2015 03:45 AM PST


Nak sembang pasal perlembagaan konon. Agama Islam agama apa di Malaysia ni pun masih tak tahu. Najib habaq dah agama Islam hanya agama persekutuan saja bukannya agama rasmi.

Ustaz Kazim tergolong dalam golongan ulama kah ???.. Nak tergelak aku baca, yang ulama sebenar macam Tuan Guru Haron Din, Tuan Guru Nik Aziz dihina senyap pula korang.

Geng-geng perkasam dan ayahanda ni pertikai pasal apa hanya 2 minit lebih dari 10 minit lebih durasi video yang diviralkan. Memanglah pakcik oi, dah part itu yang menunjukkan ulama korang Ustaz Kazim bercakap tentang isu perkauman.

Memang padanlah pun cina tu repot polis kepada ulama korang, dah memang sah ada bukti video dia bercakap tentang isu perkauman, tang mana yang cina ni menghina Islam dan nak merendah-rendahkan Islam. Kecik takmo belajo dan beso jadi bengap pula.




IPOH - "Apa tujuan sebenar dia buat laporan polis? Itu reaksi Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris berhubung laporan polis dibuat Pui Tiong Lam terhadap penceramah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias.

Irwan Fahmi berkata, tindakan Tiong Lam membuat laporan polis berhubung satu klip video ceramah yang didakwa menghina masyarakat bukan Islam di negara ini menggambarkan seolah-olah ceramah agama disampaikan Ustaz Kazim dipenuhi cemuhan dan penghinaan terhadap kaum lain.

"Kita nak tanya dia (Tiong Lam), apa tujuan sebenar dia buat laporan polis? Apakah untuk memecah-belah umat Islam atau nak tunjukkan penceramah (Islam).

"Ini tindakan tak wajar, kita tak tahu apa tujuan dia (Tiong Lam) buat laporan polis itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat laporan berhubung isu itu di Balai Polis Manjoi semalam.

Beliau berkata, jelas terkandung dalam Perlembagaan Negara Fasal 11 yang menyatakan setiap warganegara bebas menganut agama masing-masing tetapi tertakluk kepada Fasal 4.

Sementara itu, Exco Wira Perkasa, Mohd Hafez Mubin berkata, tindakan Tiong Lam itu jelas mempunyai agenda jahat dan mahu merendah-rendahkan martabat umat Islam serta golongan ulama.

Katanya, justeru, Tiong Lam dan sekutunya yang lain diingatkan supaya tidak terus memprovokasi umat Islam di negara ini menerusi apa juga kelakuan dan perbuatan.

"Agama rasmi kita adalah agama Islam. Oleh itu, kita mohon Tiong Lam dan rakan-rakan sekutunya jangan terus provokasi umat Islam. Jangan cabar kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap), Datuk Halim Ramli berkata, satu lagi himpunan melibatkan lebih 30 NGO bakal dianjurkan lagi hari ini untuk menyatakan sokongan berterusan terhadap Ustaz Kazim dalam isu berkenaan.

Menurutnya, semua barisan Ayahanda dari sekitar negeri akan terus memberikan sokongan penuh kepada penceramah itu berikutan kenyataan Tiong Lam yang jelas bercanggah dengan perkara sebenar.

"Kenapa video ini baru sekarang dieksploitasi, sedangkan ia berlaku enam tahun lalu? Lagi satu, kenapa hanya slot yang menyentuh mengenai isu perkauman diviralkan.


"Sedangkan kandungan keseluruhan video adalah berhubung peranan pasukan keselamatan seperti tentera, polis dan bomba, tetapi Tiong Lam telah putar belitkan cerita sebenar," katanya. SH

Berita Ini Mengejutkan Keluarga Mahathir

Posted: 04 Feb 2015 03:00 AM PST

 
Blogger tidak dikenali yang mengendalikan malaysianexpose.wordpress.com dan membuat serangan tidak berasas terhadap Datuk Tong Kooi Ong dan The Edge Media Group merupakan pihak yang sama di sebalik serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazir Razak.

Pada masa sama, siasatan menunjukkan, ia juga menulis blog lain yang mengandungi artikel memuji ahli perniagaan Jho Low.

Seperkara yang sama di sebalik serangan tersebut ialah The Edge banyak menulis pendedahan tentang syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sementara bekas perdana menteri itu juga terang-terangan mengkritik dana pelaburan negara tersebut, mengatakan ia tidak diperlukan dan patut ditutup.

Nazir, pengerusi CIMB Group, pernah dalam perbualan peribadinya melahirkan kebimbangan tentang hutang RM48 bilion 1MDB yang akan memberi risiko kepada sistem ekonomi dan perbankan sekiranya ia gagal.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada Disember 2013, Nazir juga berkata beliau bimbang bagaimana 1MDB boleh membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) memandangkan sudah terdapat lebihan bekalan ruang pejabat sedia ada.

Blogger tersebut bukan sahaja menyerang Dr Mahathir, tetapi juga anaknya, ahli perniagaan Tan Sri Mokhzani dan Datuk Mirzan serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz.

Blogger tersebut juga menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang turut menyuarakan kebimbangannya mengenai 1MDB.


Dalam kes Nazir, isteri dan anak-anaknya juga terpalit dengan fitnah.

Snapshot cache Google blog kronismemahathir.wordpress.com seperti yang dilihat pada 16 Januari, 2015 yang menerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.Snapshot cache Google blog kronismemahathir.wordpress.com seperti yang dilihat pada 16 Januari, 2015 yang menerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. – Gambar dari Google, 3 Februari, 2015.Sementara itu, Low Taek Jho, 30-an, yang berasal dari Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Jho Low, terlibat dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (nama 1MDB sebelum ini).

Beliau masih lagi berpengaruh luas di 1MDB kerana hubungan rapatnya dengan pihak Abu Dhabi yang mempunyai urusan bernilai berbilion ringgit dengan syarikat kontroversi yang sarat menanggung hutang itu, yang dimiliki Kementerian Kewangan.

Low yang sering dilihat di parti mewah dengan selebriti Hollywood seperti Paris Hilton dan Leonardo Di Caprio, mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB, termasuk tawaran £1 billion (RM5.6 bilion) untuk kumpulan hotel UK Coroin Ltd yang gagal pada 2011.

1MDB memberi surat sokongan kepada Kumpulan Wynton milik Low untuk membeli Coroin yang memiliki beberapa hotel, termasuk Claridge's.

Low membuat bidaan tersebut bersama rakannya Sheikh Mansour Zayed of Abu Dhabi, yang juga pemilik kelab English Premier League Manchester City.

Namun mereka gagal kerana sesetengah pemegang saham Coroin merasakan, perjanjian yang dicadangkan dengan hutang yang tinggi (seperti kebiasaan perjanjian dibuat 1MDB) tidak dapat berfungsi.

Namun Low dan Sheikh Mansour, yang membeli saham kecil dari Coroin sebelum cuba membeli semua sahamnya, dipercayai mengaut keuntungan besar selepas menjual saham mereka kepada pembeli berikutnya.

1MDB tidak pernah menjelaskan mengapa ia mengeluarkan surat sokongan tersebut, yang timbul semasa kes mahkamah di London melibatkan pemegang saham Coroin yang bertelagah, bagi membantu Low.

Tahun lepas, The Edge Media Group menyiarkan beberapa pendedahan tentang hal ehwal 1MDB, termasuk sokongan 1MDB bagi Low untuk membeli Coroin serta pembelian tanah RM1.38 bilion di Pulau Pinang seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Low dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng.

The Edge melaporkan yang 1MDB terlebih bayar bagi bidang-bidang tanah yang bermasalah, dan ia akan kehilangan banyak wang untuk membina 9,999 perumahan mampu-milik, disebabkan kos tanah yang tinggi serta kos mengosongkan beberapa ribu rumah yang berada di sana sejak 1950-an.

Blogger yang tidak dikenali itu menggunakan nama 'ahrily90' dan menulis di blog berikut sejak pertengahan tahun 2014:


Tebusan Jordan Muath al-Kasaesbeh dilihat berdiri di dalam kurungan. Foto: REUTERS

Posted: 04 Feb 2015 02:15 AM PST

Foto Tebusan IS Dari Jordan Dibakar Hidup-Hidup


Kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengeluarkan video pada Selasa kononnya menunjukkan juruterbang pejuang Jordan dibakar hidup, dalam pelaksanaan hukuman militan itu yang paling kejam, lapor AFP.

Durasi video selama 22 minit itu yang dikeluarkan dalam talian menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan seperti Maaz al-Kassasbeh diselubungi api di dalam kurungan di mana dia dikurung.

Amman mengesahkan kematian juruterbang yang berusia 26 tahun itu, manakala kesahihan video ini masih belum ketahui.


 
Militan bertopeng menggunakan obor menyalakan api ke arah kurungan tebusan Jordan Maaz al-Kassasbeh. – Foto SCREENGRAB / YOUTUBE

Raja Abdullah II memendekkan lawatan ke Washington untuk pulang, kata televisyen negara.

Tentera memberi amaran bahawa "darah syahid yang tidak akan sia-sia dan pasti akan dendam atas kejadian kejam ini yang menyentuh semua warga Jordan".





Bloglist Malaysia

Kenapa kejam terhadap anak saya - Ibu

Posted: 04 Feb 2015 01:30 AM PST


KUBANG PASU 3 Feb. – Ibu kepada pelajar perempuan yang maut dikelar seorang lelaki di Perak semalam percaya suspek menaruh dendam terhadap anak gadis kesayangannya itu setelah cintanya ditolak.

Wanita terbabit, Nor Azlina Dawari, 44, berkata, dia dan suami, Johari Hashim, 55, pernah beberapa kali menasihatkan suspek supaya tidak mengganggu mangsa, Nursyuhada, 20, namun tidak dihiraukan.

Nor Azlina juga memberitahu, mereka menghalang suspek yang merupakan rakan sekampung daripada menjalinkan hubungan dengan Nursyuhada itu kerana dia disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

"Namun saya tidak menyangka dia sanggup bertindak sedemikian terhadap anak saya. Insiden semalam tidak dapat dilupakan apabila saya menerima panggilan daripada rakan Nursyuhada mengatakan dia diculik dengan diacukan pisau oleh lelaki itu.

"Saya cuba menelefon untuk merayu agar anak saya tidak diapa-apakan namun tidak dijawab sehingga suami terpaksa menelefon keluarganya sebelum diberitahu dia telah menikam anak saya.


"Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Kenapa sanggup dia bertindak kejam terhadap anak saya yang baik hati," katanya ketika ditemui di Kampung Cherok Mokkan, Napoh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, Nursyuhada yang merupakan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang maut selepas dipercayai dikelar seorang lelaki di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, Perak.

Menurut Nor Azlina, walaupun terkejut dan bersedih dengan tragedi tersebut, keluarganya reda dengan pemergian anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

"Arwah seorang anak yang periang dalam keluarga dan beberapa hari sebelum kejadian sikap manjanya menjadi-jadi kepada kami sehingga saya tertanya-tanya namun saya tidak sangka perkara seperti ini akan menimpanya," katanya.


 

DUIT, DUIT TERMAHAL

Posted: 04 Feb 2015 12:45 AM PST

5 Duit Syiling Paling Mahal Di Malaysia

Siapa sangka rupa-rupanya duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Selalu kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya mencecah ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa  sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.


Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600


Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253


Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942


Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769


Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846


Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.- Siakapkeli.com.my

 

Benarkah Cuaca Yang Bersalah??

Posted: 04 Feb 2015 12:11 AM PST


Pada 15.1.2015, saya mengeluarkan kenyataan mengenai masalah lambakan beras serius yang dihadapi oleh pengilang padi di Kedah dan Perlis kerana rasuah, penyalahgunaan dan salah urus tadbir program subsidi beras ST15% negara.

Saya telah memberi amaran bahawa masalah lambakan beras di kilang beras akan mambawa akibat buruk kepada seluruh rantaian pembekalan dalam industri beras negara, dan khususnya, kebimbangan mendesak bahawa petani tidak akan dapat menjual hasil tuaian mereka musim ini atau menghadapi pemotongan kadar tinggi untuk padi yang dijual mereka kepada pengilang beras.

Kebimbangan saya kini telah disahkan dengan berita meluas dilapokan dalam 3 hari lepas mengenai aduan petani bahawa pekilang beras enggan membeli padi mereka, sehingga menyebabkan 800 hingga 1000 m / t padi setiap hari berlambak di pusat pembelian padi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sejak (22/1/2015) seminggu yang lalu. Petani Perlis juga mengadu kadar pemotongan curam sehingga 32% yang dikenakan oleh pengilang beras atas padi yang dijual oleh petani.

Adalah memeranjatkan bahawa Menteri Pertanian kelmarin menyalahkan "cuaca" sebagai punca krisis lambakan padi, dengan memetik bahawa "cuaca yang tidak menentu" telah menyebabkan para petani untuk menanam lewat musim ini, dan oleh itu, beliau telah mengarahkan BERNAS untuk membeli semua lambakan padi.

Penjelasan Menteri dalam menyalahkan cuaca untuk masalah lambakan padi adalah sama sekali tidak logik dan paling tidak masuk akal.

Cuaca atau lewat penanaman dan penuaian padi tidak akan menyebabkan lambakan padi yang dihadapi di Perlis. Malah semasa musim penuaian terbaik pun di Kedah dan Perlis, kedua-dua negeri bersama-sama boleh menuai sehingga 650 m / t padi setiap musim, sedangkan pengilang-pengilang Kedah dan Perlis mempunyai kapasiti untuk memproses dan kilang 950k m / t padi setiap musim.

Menteri sama sekali mengelakkan punca sebenar mengapa pengilang beras tidak membeli padi. Seperti yang saya telah menekankan sebelum ini, ia adalah kerana pengilang beras sendiri menghadapi kesukaran menjual beras dalam simpanan di kilang mereka kerana penyalahgunaan yang secara terang-terangan dan rasuah dalam salah urus tadbir kerajaan dalam skim subsidi beras negara ST15%.

Setiap tahun, kerajaan bajet sekitar RM2.2 bilion untuk subsidi dan insentif dalam sektor padi dan beras, daripada petani diberikan subsidi harga padi (RM480 juta), kepada subsidi baja (RM465million), insentif untuk menghasilkan padi (RM563million), subsidi harga beras (RM528million), subsidi benih padi (RM85million), dan lain-lain

Jika krisis lambakan beras dan padi berterusan dan padi dituai menjadi rosak kerana ia tidak atau lambat dijual, dikeringkan dan diproses, beratus-ratus juta dibelanjakan untuk subsidi dan insentif oleh kerajaan akan dibazirkan secara sia-sia dengan petani menjadi mangsa terbesar.

Tanpa apa-apa kelewatan lagi dan memberi alasan remeh menyalahkan alam semula jadi, saya menyeru Menteri Pertanian untuk segera membuat lawatan ke Perlis dan Kedah untuk berjumpa sendiri dengan petani dan pengilang beras mendengar rintihan mereka dan menawarkan penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah lambakan padi dan beras sebelum ia meletup menjadi krisis keselamatan makanan negara penuh.

Gooi Hsiao Leung

Ahli Parlimen, Alor Setar

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR.