Ahad, 1 Februari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Najib Pemimpin Lemah

Posted: 01 Feb 2015 11:00 PM PST

"UMNO bekerja untuk kepentingan oligarchs Cina, Melayu dan India. Ekonomi negeri dikuasai oleh puak feudal yang didanai dan disokong oleh oligarchs Cina. 

Orang UMNO jerit sana sini memperjuangkan kepentingan Melayu tapi kepentingan yang mereka juarai ialah kepentingan oligrachs, yakni segelintir elit politik dan perniagaan.

"Kritikan Dr Mahathir kalau diterjemahkan dalam bahasa yang budak tingkatan 3 pun boleh faham ialah: Najib gagal. Bila Najib gagal, kerajaan gagal. Dasar Najib gagal. Kita hidup dalam negara yang gagal."

"Kita tidak boleh selesai masalah kita dengan berpindah ke negeri lain. Kita boleh selesaikan masalah dengan menukar pemimpin kerajaan,". 


(Kredit: Datuk Ariff Sabri)

Foto Lelaki Lari Bogel Setelah Buat Onar Dengan Isteri Orang.

Posted: 01 Feb 2015 10:32 PM PST


Segamat: Orang ramai yang berurusan di sekitar Jalan Ros, di sini, semalam gempar apabila melihat seorang lelaki berlari dalam keadaan separuh bogel sebelum masuk ke dalam sebuah teksi sedang parkir dan menguncinya.

Saksi kejadian yang juga pemandu teksi dikenali sebagai Tan, 50-an berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, dia bersama beberapa rakan pemandu lain berada di hentian teksi berhampiran sebuah pusat beli-belah sambil menunggu pelanggan.

Menurutnya, kemudiannya dia ternampak seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam tanpa baju berlari sambil dikejar sekumpulan lelaki.

Katanya, apabila tiba di hentian teksi itu lelaki berkenaan bertindak masuk ke tempat duduk belakang kenderaan rakannya dan mengunci pintu.

"Kemudiannya dia didatangi seorang lelaki berusia 30-an yang turut membawa sebatang besi paip dan mendakwa lelaki dikejar itu membuat onar dengan isterinya di sebuah bilik hotel berhampiran.

"Seorang daripada kumpulan lelaki yang mengejarnya bertindak menghubungi polis selepas mendapatinya bersembunyi dalam teksi terbabit," katanya.


Posted by Jeebond BLM

Pasanan Dari Milosuam: 'Kalau tak berani, berhenti sekarang'

Posted: 01 Feb 2015 09:00 PM PST

 
Penulis blog pro-PKR, Yusuf Al-Siddique yang mengendalikan blog Milosuam mengaku bahawa blog politik seperti yang dikendalikanya mampu menjana sumber pendapatan.

Beliau bagaimanapun menolak anggapan umum yang menyangka mereka mempunyai majikan dari kalangan ahli politik sesetengah parti.

Sebaliknya, pendapatan itu dijana dari pengiklan yang mengiklan di blognya kerana trafik pelawat yang tinggi.

"Kalau nak kata saya dibiaya secara khusus (oleh ahli politik) you tulis blog I dibayar, itu tidak benar.

"Adakah blog ini menghasilkan duit? Ada. Saya ada iklan jadi semua penulis-penulis ini ada mendapat bahagianlah.

"Sebelum ini (duit) dari Innity dan Google Adsense - jadi memang ada menghasilkan duitlah," 
katanya yang mengaku mengendalikan blog itu bersama beberapa pengendali yang lain sebelum ini.

Namun selepas kesnya dibicarakan di mahkamah, nama 'Milosuam' lekat sebagai nama penanya dan beliau dikenali dengan nama tersebut apabila pergi ke mana-mana selepas itu.

Yusuf kini sedang merayu hukuman penjara dua tahun ke atasnya selepas diputuskan bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan menerusi rencana yang diterbitkan di blog Milosuam.

Menurut Yusuf, beliau pada mulanya terkejut dengan publisiti yang diterimanya selepas ditahan beberapa hari sebelum pilihan raya umum tahun 2013.

Menurutnya, beliau diberi sambutan seperti seorang selebriti apabila pulang ke Batu Pahat untuk membuang undi.

"Apabila saya balik (Batu Pahat), saya pergi mengundi orang semua macam sudah kenal.

"Datang dekat saya dan mahu ambil gambar kata saya pejuang beranilah dan ada keluarga yang bawa anak-anak, dia turut minta ambil gambar dengan keluarga dia.

"Saya pun masa itu fikir agak-agaknya betul-betul kecoh (di luar lokap) sebab saya ada di dalam (lokap) saya tak tahu," kata Yusuf sewaktu diwawancara Malaysiakini.

Menurutnya lagi, rakan-rakan penulis blog Milosuam yang lain tiada masalah apabila beliau lebih dikenali sebagai wajah kepada blog itu.

 
 
Menurutnya, beliau sedia memikul beban tersebut kerana beliau yakin rakan-rakan penulis blog Milosuam yang lain akan turut berbuat perkara yang sama jika berada di tempatnya.

"(Mereka kata) awak sekarang secara rasminya pemilik Milosuam.

"Kalau orang lain kena, saya undur. Sekarang saya kena, orang lain undur dan buat kerja lain," katanya.

Menurut Yusof, beliau turut pernah didekati ahli politik Umno yang mahukannya menulis tentang musuh ahli politik tersebut.

"Kadang-kadang berlaku pergolakan dalam Umno - ada benda yang hendak disampaikan - jadi mereka minta saya tulis," katanya.

Ditanya tentang perasaannya selepas didakwa dan dikenakan hukuman penjara dua tahun, Yusuf berkata:

"Terus terang sebelum jatuh hukum saya agak takut. Saya rasa macam mungkin saya perlu kendurkan tulisan, jangan terlalu tajam.

"Apabila sudah kena macam ini saya semakin bersemangat. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah kena, jalan terus.

"Apabila dengar hakim kata kena penjara dua tahun saya terpukul tapi saat itu saya kuatkan mental.

"Saya kata inilah sunnah pejuang - saya redha. Kalau masuk (penjara), masuklah".

Kepada penulis-penulis blog pro-Pakatan Rakyat yang lain, Yusuf menyampaikan pesanan berikut:
"Kita duduk dalam bidang ini bukan kita tak tahu risikonya. Dari awal kita melakukan sesuatu yang ada risiko yang tinggi.

"Kalau tak sanggup hadapi risiko, duduk rumah makan kacang. Jalan ini yang kita pilih, risiko itulah yg kita perlu tanggung.

"Kalau tak berani, berhenti sekarang".
- mkini 

ADA FACEBOOKERS, BILA KITA TAG ARTIKEL, DIA TERUS REMOVE - NAK CERITA PASAL PERJUANGAN, POOORRAAAHHHHH......

Kecantikan Artis Wanita Korea Adalah Original....Tanpa Pembedahan Plastik !

Posted: 01 Feb 2015 08:30 PM PST

  Selebriti #Korea Yang Cantik Tanpa Pembedahan Plastik

Tahukah anda bahawa majoriti kecantikan yang anda lihat di dalam rancangan Korea rata-rata telah melalui proses pembedahan wajah demi mendapatkan rupa yang ideal dan komersial. 
 
Sememangnya menjadi kebiasaan di Korea, dinasihatkan anda janga mudah tertumpu pada kecantikan luaran. Nanti jika sudah kahwin, bila keluar anak, muka asal juga yang keluar.

Song Hye Gyo terkenal melalui drama siri Full House. Dikurniakan dengan kecantikan tanpa pembedahan, Song Hye Gyo tersenarai di dalam 16 nama artis tercantik – seluruh dunia.
Jang Nara merupakan penyanyi Korea yang cukup popular dan terserlah lagi dengan kecantikan asli miliknya.
Kim Tae He
Lee Young Ae
Ini memang comel. Moon yang telah membintangi siri televisyen Autumn in My Heart menyaksikan wajah manisnya sama sekali tidak berubah membuktikan dia tidak melakukan pembedahan untuk kelihatan cantik.
Park Shin Hye hadir dengan wajah flawless tanpa pembedahan dan mampu membuatkan rusuk kiri suami anda bergetar, awas!
Bagi peminat Running Man, wajah comel ini merupakan penyeri di dalam rancangan yang mendapat sambutan tersebut. Lebih-lebih lagi, Song Ji Hyo dikatakan turut berpacaran dengan Kang Gary. Siapa peminat selebriti berwajah iras Nora Danish ini, sila angkat tangan.

(vitdaily)

Altantuya dibunuh: Segalanya belum selesai sehingga rakyat berkata ianya selesai! oleh Francis Paul Siah

Posted: 01 Feb 2015 07:45 PM PST



SEKILAS PANDANG: Mungkin Malaysia perlu menggaji detektif Hercule Poirot, Matlock atau Jessica Fletcher di dalam merungkai misteri pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu.

Tetapi di negara ini, di mana yang mustahil boleh berlaku, mungkin pakar siasatan yang disebut di atas akan turut berdepan kesulitan.

Kes Altantuya dibunuh sudah tentu dianggap berprofil tinggi dan telah berlaku hampir sedekad yang lalu.

Ia mencuri tumpuan semua pihak kerana melibatkan personaliti dengan hubungan politik tertentu. Pendek kata, kes wanita Mongolia itu dibunuh amat aneh, tragik dan diselubungi misteri. Adakah wanita itu datang ke Malaysia bagi menuntut sejumlah wang yang banyak? Yang tentu, tubuhnya diletupkan.

Sudah pasti pihak polis juga sukar melakukan penyiasatan kerana dua orang rakan sejawat mereka terlibat sama.

Rakyat Malaysia sangsi dengan PDRM apatah lagi apabila bahan letupan C4 dapat dicuri daripada ibupejabat polis bagi digunakan di dalam jenayah tersebut. Datuk Zaid Ibrahim betul apabila berkata rakyat menggesa jawapan diberi di dalam merungkai misteri Altantuya dibunuh.

Kita mahu tahu mengapa wanita itu diletupkan di kawasan hutan Bukit Cerakah. Saya membaca tulisan Zaid dan amat bersetuju dengan perkara yang ditimbulkan beliau.

Zaid berpendapat hukuman ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar memberi sedikit keadilan kepada Altantuya, tetapi luka yang dirasai keluarganya tidak akan terubat.

Pastinya sukar menerima berita seorang anak perempuan, ibu, dan rakan kita dibunuh kejam walaupun ia berlaku sembilan tahun dahulu. Malah rakyat Malaysia merasa marah, kecewa, sakit hati dan turut menderita.

Pihak berkuasa mungkin tidak sedar bahawa cara kes ini ditangani mencetus kemarahan rakyat. Cuba kunjungi laman-laman berita dan anda tentu faham maksud saya.

Pendapat Zaid perlu dipandang serius kerana beliau berkata "pendakwaraya sudah pasti mahu cerita sebenar, kerana hanya orang gila membunuh tanpa sebarang motif." "Negara kita akan dianggap cuai kerana tidak berjaya menemukan kebenaran di dalam kes pembunuhan Altantuya."

"Buat masa ini kita tahu dua orang didapati bersalah. Mungkinkah sebenarnya lebih ramai terlibat?" Datuk Zaid Ibrahim tidak bersendirian di dalam berkata bahawa rakyat amat kecewa dengan cara kes berprofil tinggi ini ditangani oleh pihak berkuasa Malaysia.

Kepada pihak yang terlibat: Jangan ingat rakyat Malaysia semuanya bodoh! Kes ini belum selesai selagi rakyat tidak mendapat jawapan sebenar! Kongsikan Cerita Ini:


Posted by mountdweller

KEMELUT DALAM UMNO - APAKAH PR SELESA?

Posted: 01 Feb 2015 07:00 PM PST

Pemimpin utama Umno mulai sedar Umno hanya bertahan di kampung dan berusaha membuat perubahan serta cuma bersikap sederhana.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) baru-baru ini menyatakan kebimbangannya apabila melihat perkembangan hari ini di mana Umno hanya bertahan di kampung.

TPM sudah terasa  apa yang sedang berlaku kini, dengan dunia tanpa sempadan, dunia mudah maklumat serta rakyat yang sudah mulai memiliki daya fikir yang terbuka. Dengan perubahan dan kemelut tersebut kesannya di di PRU 13 yang lepas, UMNO cuma dapat menguasai kawassan kampong hatta kawasan bandar yang di monopoli undi oleh Melayu pun UMNO kalah. 


Kawasan bandar seperti Shah Alam, Ampang, Lembah Pantai, Bangi, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Baharu, hatta negeri Selangor, negeri termaju di Malaysia terlepas dari genggaman UMNO.

TPM mengimbas kaitan dengan sikap dan budaya penghidupan harian kepimpinan UMNO itu sendiri.  Kepimpinan UMNO tidak kenal dengan " kesederhanaan " di semua aspek kepimpinan. 


Apakah ada sikap kesederhanaan dalam penghidupan harian kepimpinan UMNO, sama ada dalam politik, sosio ekonomi dan lain-lain lagi. 

Teriakan perkaumannya, kehidupan bermewah-mewah pemimpinnya, keangkuhan ahlinya kerana lama berkuasa, dilihat tidak memungkinkan Umno bersikap sederhana. 

Kalau bebar bertukar sikap menjadi sederhana, maka itu sangat luar biasa.

Namun pelbagai pihak meragukan apabila pemimpin Umno itu bercakap mengenai kesederhanaan dan mahu bersikap sederhana. Ada yang bertanya, sejak bila Umno bersikap sederhana? 


Tendensi yang ada dalam parti itu  menyukarkannya bersikap sederhana, walaupun retorik pemimpinnya mahukan perubahan, namun kita lihatlah perkembangan selanjutnya.

 Fenomena perubahan landskap politik masa kini sepatutnya diambil perhatian secara total oleh kepimpinan PR ( Pakatan Rakyat ), hatta sama ada UMNO atau parti-parti saingan yang gagal untuk mengambil kesempatan diruang ini sudah tentu parti itu akan ketinggalan. 


Nilai perubahan pengundi masa kini boleh memberikan kredit kepada parti yang bergerak pantas.

Dalam PR, khusunya PAS jangan ada pemikiran untuk menumpukan perhatian kepada pengundi Melayu saja berdasarkan pemikiran lama power-base PAS ialah Melayu Islam. 


PAS perlu berdaya global, kawasan majoriti Melayu tapi bercampur dengan bangsa asing amat perlu di berikan perhatian pada PRU14 nanti.

Sikap ini mengkaburkan peluang PAS untuk memenangi banyak kerusi yang akan dipertandingkannya. Lebih-lebih lagi berdasarkan fakta yang ada, menurut kajian pengundi luar bandar hanya tinggal 25%, suatu jumlah yang sangat besar tetapi jumlah pengundi di bandar semakin bertambah besar, iaitu meliputi pengundi pelbagai kaum.

Pengakuan " berani " Mahyuddin ini memberikan satu fenomena baru, kekalahan yang termaklum di kawasan-kawasan bandar dengan elite Melayu dan kekalahan teruk di Selangor juga menjadi igauan kepada BN, cuma kini bagaimana PR memainkan gendang perang untuk mengalahkan terus BN / UMNO, satu persoalan?


Apakah kepimpinan PR berasa selesa dengan pengakuan dari kepimpinan BN ini? dalam gagasan PR, PAS amat sukar untuk pergi jauh jika PAS meninggalkan PR. 


Walau bagaiana pun " Politik " tidak " mati " ianya sangat dinamik, cepat berubah, Justeru, PAS/PR perlu mengatur strategi dan melakar road-map daripada sekarang jika masih bercita-cita untuk menang bagi menguasai Putrajaya dalam PRU akan datang.

Bagi PAS, sokongan undi Melayu amat diperlukan, kerana perjuangan PAS berasaskan Islam tetapi dalam masa yang sama PAS juga perlu mendapat sokongan daripada pengundi bukan Melayu khususunya di bandar. Adalah salah jika berfikir PAS hanya perlu menumpukan perhatian kepada undi Melayu saja.


Perlu diingat, kemenangan calon Melayu di bandar banyak bergantung kepada sokongan undi bukan Melayu seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Perak, Melaka, Kedah dan beberapa negeri lagi.



Amin Ya Rabbal Alamin
DIRECTER Gajah Menta JAM :


Lagi Pendedahan Memeningkan Kepala Dalam Kes Pembunuhan Altantuya

Posted: 01 Feb 2015 06:15 PM PST

 

Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya. Mahkamah menjatuhi hukuman mati kepada dua bekas polis elit Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Bagaimanapun motif pembunuhan itu masih diperdebatkan.

Mengulas kritikan berhubung motif tidak diketahui itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek.

Ini, katanya, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan itu dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.

"Ini akan direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Semasa pendakwaan, pihak pendakwa akan menentukan kembali perkara itu atau keterangan yang mana satu untuk ditambah untuk membuktikan kes itu," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata prosedur operasi piawai (SOP) sama dilaksanakan dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, ketika itu bawah ketua polis masa itu Tan Sri Musa Hassan.

Dia juga menegaskan bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes. ~malaysiakini

Addin:

Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya
 
Mungkin ini pertama kali dalam sejarah penghakiman dalam negara ini, motif pembunuhan tidak diselidiki. Mungkinkah sekiranya motif diselidiki makin ramai VVIP yang akan terlibat? 
 
Kepada yang terlibat, kita tunggu pengadilan di padang masyhar kelak..

Image yg paling ditakuti dan digeruni.oleh amno dan jemaah UG ..

Posted: 01 Feb 2015 06:00 PM PST

Tatkala Harga Minyak Turun Kenapa Harga Barang Tak Turun?

Posted: 01 Feb 2015 05:12 PM PST

 
Penurunan harga petrol dan diesel yang diumumkan kerajaan semalam, sudah tentu menggembirakan pengguna, namun harga itu tidak disusuli kesannya daripada segi harga barangan dan caj perkhidmatan.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia menyatakan kemusykilan tersebut, tatkala harga makanan, minuman, tambang bas, teksi serta lain-lain, yang mudah melonjak biarpun dengan sedikit kenaikan harga minyak, tidak pula turun.

"Tiada siapa menjangka sebelum ini, harga minyak (yang kini ditentukan secara kaedah pengapungan terkawal), akan mengalami penurunan yang banyak.

"Contohnya, RON95 daripada harga RM2.26 sen pada 1 Disember lalu, kini berharga RM1.70 sen. Takkanlah tiada ruang bagi pengusaha, pengeluar, pasar raya mahupun peniaga atau penjaja menurunkan sedikit harga barang," katanya.

Tegasnya, kesemua pengusaha ghairah meraih margin keuntungan besar, tanpa memikirkan kepentingan pengguna.

Malah, persatuan-persatuan pengguna turut diam membisu.

"Teh-teh tarik kegemaran rakyat Malaysia pun tidak turun harga. Persatuan-persatuan pengguna pula berdiam, entah kenapa.

"Inilah realitinya di Malaysia – naik senang, turun tak mungkin," katanya.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga bahan bakar baru yang berkuat kuasa hari ini.

RON95 kini berharga RM1.70 seliter, turun 21 sen daripada RM1.91 sen yang diperkenalkan bulan lalu.

Sementara itu, RON97 pula berharga RM2 seliter, turun 11 sen daripada RM2.11, manakala harga diesel pula RM1.70, turun 23 sen daripada RM1.93.

November lalu, harga RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen, menjadikan harga pasaran waktu itu RM2.55 sen seliter, berbanding RM2.75 sebelumnya.

Bermula awal tahun ini, harga runcit RON95 dan diesel turun di bawah paras RM2 seliter, selepas harga minyak mentah dunia terus mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan perkara itu, dengan melampirkan surat Kementerian Kewangan.

Penurunan itu susulan keputusan kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel, mengikut kaedah pengampunan terkawal, mulai 1 Disember lalu.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu, adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97, sejak Julai 2010.
 
 

Sampai bila Umno, PAS mahu bergaduh, soal Ridhuan Tee...??

Posted: 01 Feb 2015 08:00 AM PST

Pemandangan perwakilan di muktamar PAS pada 2013. Pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata PAS dan Umno sering bertelagah menyebabkan umat Islam Melayu diperkotak-katikan.

Pemandangan perwakilan di muktamar PAS pada 2013. Pensyarah Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata PAS dan Umno sering bertelagah menyebabkan umat Islam Melayu diperkotak-katikan.

Dr Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan sampai bila dua parti politik utama Melayu, Umno dan PAS, perlu bergaduh, dan membuat kesimpulan yang orang Melayu sememangnya kurang semangat kesatuannya.

Dalam satu wawancara khas dengan Sinar Harian, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abdidin (Unisza) itu berkata, penyatuan umat Islam di negara ini amat penting ketika mereka sering diperkotak-katikkan, termasuk dakwanya, wujudnya campur tangan secara terbuka masyarakat agama lain.

"Mulakan langkah pertama dengan bertemu dan berbincang isu berkaitan umat Islam.

"Umno dan PAS misalnya, sampai bila hendak bergaduh dan ingat sejarah lampau?" soalnya.

Pensyarah yang pernah mencetuskan kontroversi ekoran beberapa kenyataannya yang lantang itu, secara sinis berkata, orang Melayu sememangnya terkenal dengan sikap tidak sependapat.

"Orang Melayu ini bidang apa yang tidak berpecah? Sesama ustaz pun bergaduh juga, dalam bidang ekonomi saling dengki-mendengki," katanya.

Ridhuan (gambar, kiri) yang juga kolumnis akhbar itu berkata, perpecahan orang Melayu amat jelas dilihat melalui perbezaan fahaman politik berbanding di kalangan masyarakat bukan Islam di mana  "kesatuan" mereka lebih tergambar.

"Populasi di negara ini lebih kurang 50-50 antara Islam dan bukan Islam. Tetapi untuk yang bukan Islam, kita nampak kesatuan mereka. Sebaliknya, orang Islam berpecah kepada beberapa kumpulan.

"Ada Umno, PAS, PKR, PasMa dan selepas ini tidak tahu apa lagi. Kalau dah berpecah kepada 10 kumpulan, implikasinya ialah kepada negara dan umat Islam sendiri," katanya.

Katanya, pemimpin Melayu sepatutnya berlapang dada membincangkan hal penyatuan dengan mengambil contoh Rasulullah semasa zamannya.

Oleh itu, Ridhuan berkata usaha penyatuan itu perlu dilakukan secara berterusan dan tidak dilihat hanya ketika musibah berlaku seperti banjir di pantai timur baru-baru ini. – 1 Februari, 2015.


://www.themalaysianinsider.com

Tiada pengganti ketua pembangkang, Anwar yakin bebas OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 01 Feb 2015 07:30 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bersama pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan pemimpin belia lain di Himpunan Belia Antarabangsa di Ampang, pagi ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bersama pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan pemimpin belia lain di Himpunan Belia Antarabangsa di Ampang, pagi ini.

Tidak ada calon pengganti bagi jawatan Ketua Pembangkang buat masa ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dibebaskan mahkamah daripada dijatuhkan hukuman dalam kes Liwat II.

"Saya masih ada di sini. Tidak akan jadi apa-apa. Saya optimis berdasarkan fakta, undang-undang dan bukti," katanya pada satu sidang media hari ini, mengulangi keyakinan yang pernah disuarakannya sebelum ini.

Bercakap selepas menyampaikan ucapan pada Himpunan Belia Antarabangsa ke-12 di Ampang, Anwar berkata, tidak ada kemungkinan baginya dijatuhi hukuman bersalah berdasarkan hujah dan bukti yang diberikan kepada Mahkamah Persekutuan.

"(Bagaimanapun), kalau ada perkara di luar jangkaan, itu di luar kawalan saya. Kepada Allah saya berserah," katanya.

Katanya, penyokong dan ahli parti di peringkat akar umbi juga maklum risiko beliau disumbatkan ke penjara, tetapi yakin beliau akan dibebaskan.

"Saya bersyukur Azizah dan keluarga kuat bersama saya menempuhi saat sukar," katanya merujuk kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR.

Mahkamah Persekutuan 26 Januari lalu mengumumkan, keputusan rayuan terakhir Anwar akan dibuat pada 10 Februari.

Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Arifin yang mengetuai panel 5 hakim mula mendengar kes itu pada 28 Oktober dan berakhir pada 7 November lalu.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga 20 tahun penjara dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000. – 1 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Anwar gesa DAP-PAS henti bercakaran, mahu jumpa sebelum 10 Februari OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 01 Feb 2015 06:45 AM PST



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedang berusaha membawa kedua-dua PAS dan DAP duduk semeja sebelum keputusan rayuan liwat pada 10 Februari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sedang berusaha membawa kedua-dua PAS dan DAP duduk semeja sebelum keputusan rayuan liwat pada 10 Februari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merayu DAP dan PAS menghentikan pertelagahan sesama mereka dan duduk berbincang mencari jalan penyelesaian sebagai rakan parti dalam gabungan yang sama.

Ketua pembangkang itu berkata, pihaknya mahu Pakatan Rakyat (PR) duduk semeja dan berbincang sebelum tarikh keputusan kes liwatnya di mahkamah pada 10 Februari nanti.

Bagaimanapun, sehingga kini, katanya dua parti itu masih belum mencapai kata putus untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan mereka, terutama dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud.

"Saya merayu mereka bersabar dan bawa semula ke meja perbincangan dan harap dapat jumpa sebelum tarikh 10 Februari.

"Tetapi malangnya kami masih belum ada persetujuan dengan tarikh (perbincangan)," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Himpunan Belia ke-12 di Ampang, hari ini.

PAS dan DAP kebelakangan ini bertelagah secara terbuka mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang dan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Krisis lebih meruncing apabila dua pemimpin tertinggi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan rakan sejawatnya dari DAP, Lim Guan Eng saling mencabar selepas masing-masing didakwa tidak berlaku jujur.

Diminta mengulas isu hudud, Anwar berkata, sehingga kini PR tidak pernah melihat draf Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang mahu dibentangkan kerajaan negeri itu di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak tahun lalu.

Katanya, walaupun kerajaan Kelantan pimpinan PAS sudah diarahkan menyerahkan draf itu untuk diteliti dan dibincangkan di peringkat PR, kertas laporan itu tidak pernah diterimanya.

"Saya tak terima laporan. Kita dah minta kerajaan negeri menyerahkan draf enakmen supaya kita boleh berkongsi dan berbincang.

"Saya tak lihat (enakmen) itu, jadi saya tak boleh nak komen lanjut.

"Tetapi secara amnya, keutamaan kita ialah keadilan dan keamanan, hentikan api perkauman dan agama, serta (menegakkan) kebebasan kehakiman dan sebagainya," katanya.

Ketua umum PKR itu berkata, prinsip "maqasid syarie" jelas mementingkan keadilan dan tadbir urus kerajaan yang baik.

"Bagaimana kamu mahu laksanakan sesuatu undang-undang jika tiada kebebasan undang-undang atau kebebasan bersuara?

"Jadi, saya fikir keutamaan sekarang adalah keadilan urus tadbir yang baik. Ini perkara asas dan terpakai dalam situasi sekarang," katanya. – 1 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/

Belanja kahwin RM10,000 tidak mustahil, kata pasangan Melayu OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 01 Feb 2015 06:00 AM PST

Pasangan Nur Atiqah Jamaluddin dan Wan Hazme Danial bakal mendirikan rumah tangga bulan depan, dan berhasrat mengadakan kenduri kahwin yang serba sederhana.

Pasangan Nur Atiqah Jamaluddin dan Wan Hazme Danial bakal mendirikan rumah tangga bulan depan, dan berhasrat mengadakan kenduri kahwin yang serba sederhana.

Ramai merasakan mustahil bagi pasangan pengantin dalam masyarakat Melayu hari ini melangsungkan perkahwinan dengan belanja serendah RM10,000.

Namun, tinjauan The Malaysian Insider mendapati, ia tidak mustahil sekiranya majlis itu dirancang dengan rapi dan pengantin baru serta keluarga mengambil pendekatan bersederhana dan tidak berlebih-lebihan serta membazir.

Bagi pasangan Wan Hazme Danial dan Nur Atiqah Jamaluddin yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Mac, keseluruhan perbelanjaan mereka untuk majlis itu tidak sampai RM10,000.

Atiqah, 24, berkata, kenduri dengan bajet rendah tidak mustahil sekiranya kedua-dua pasangan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing tanpa menghiraukan pandangan negatif orang sekeliling.

"Bagi saya, ukur baju biar di badan sendiri. Bukan biar papa asal bergaya. Saya bersyukur buat masa ini belum ada saudara-mara atau jiran tetangga yang mempersoalkan persiapan perkahwinan kami dengan peruntukan yang rendah.

"Malah, mereka saling bantu-membantu untuk persiapan kahwin kami, dari segi makanan. Kami menjemput sekitar 400 orang tetamu, tetapi kami menganggarkan 700 orang yang akan datang," kata Atiqah ketika ditemubual The Malaysian Insider.

Hazme, 26, yang bekerja sebagai penolong jurujual itu berkata, beliau mengumpul wangnya sendiri tanpa pertolongan kedua ibu bapanya dan berhasrat mendirikan rumahtangga secepat mungkin kerana sudah mengenali bakal isterinya itu selama tiga tahun.

Atiqah yang juga seorang penolong jualan mengaku, beliau seorang yang sederhana dan hanya akan menggunakan pelamin mini dengan kos RM500 pada majlis itu nanti, serta melangsungkan akad nikah dan persandingan pada hari yang sama bagi menjimatkan kos.

"Saya memang mahukan majlis nikah dan sanding pada hari yang sama, dan kalau boleh tidak mahu bersanding kerana saya seorang yang pemalu. Dan kalau boleh, kad jemputan pun saya nak buat salinan sahaja sebab ia akan dibuang juga akhirnya," katanya.

Malah, Atiqah juga berkata mereka hanya akan memakai sepasang baju yang berharga kurang RM1,000 untuk majlis itu nanti yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

Beliau juga memastikan pakaian pengantin yang dipilihnya itu boleh dipakai pada hari lain juga, bukan hanya sesuai untuk majlis pada hari istimewa itu sahaja.

Menyentuh mengenai jumlah RM10,000 itu, mereka berkata ia termasuk perbelanjaan makanan, pelamin, baju pengantin, kad jemputan, cenderamata buah tangan untuk tetamu, fotografi, solekan dan pengacara majlis.

"Bagi barang-barang 'door gift', kami hanya mencari di sekitar kawasan Kuala Lumpur seperti di Chow Kit," katanya yang memberitahu mereka memutuskan menyediakan tasbih sebagai cenderamata untuk tetamu.

Atiqah menambah, perbelanjaan mereka paling banyak dihabiskan untuk makanan, iaitu RM5,000, walaupun ia akan disediakan secara gotong-royong atau "rewang" sesama keluarga dan jiran tetangga.

Pasangan ini juga berpendapat simpanan mereka lebih baik digunakan selepas majlis perkahwinan di mana mereka perlu bijak merancang perbelanjaan dan menguruskan kewangan demi kesenangan bersama pada masa depan.

Atiqah berkata, mereka akan menyimpan wang untuk menunaikan umrah dan akan menggunakan simpanan yang ada bagi menjayakan rancangan mereka memulakan perusahaan "homestay" sendiri.

"Saya sudah ada sebuah rumah di Batang Kali yang dibeli pada awal perkenalan kami. Kami bercadang untuk menjadikannya 'homestay.' Bakal suami pula akan membeli rumah di sekitar Kuala Lumpur supaya dekat dengan tempat kerja," katanya.

Bagi pasangan Nordiana Nuzuin Akma Nordin dan suaminya Amir Azfar Aznan, yang juga melangsungkan perkahwinan mereka dengan perbelanjaan kurang RM10,000 pada Januari tahun lalu, sesebuah kenduri kahwin tidak perlu menelan belanja besar sekiranya perancangan dibuat sendiri dan tidak mengupah perancang perkahwinan.

Menurut Nordiana, 26, jika hendak berjimat, yang penting, pasangan pengantin perlu rajin membuat persiapan kahwin sendiri.

"Kami hanya mengambil masa empat bulan menyiapkan majlis tersebut. Kami menggunakan khidmat perancang perkahwinan hanya untuk pelamin mini," kata mereka.

Nordiana yang mesra dipanggil Awin berkata, banyak persiapan yang lain seperti kad jemputan, solekan, cenderamata dan baju pengantin disediakannya sendiri.

"Bagi saya, membuat persiapan sendiri lebih puas hati.

"Contohnya seperti 'door gift', kami menyediakan sejadah mini untuk tetamu beragama Islam dan tuala kecil untuk yang bukan Islam.

"Semuanya kami cari di sekitar Kuala Lumpur, cuma pasangan perlu rajin 'survey'," kata Awin.

Beliau dan pasangannya juga mengadakan majlis jamuan dan akad nikah serentak pada hari sama, supaya majlis itu memakan belanja yang rendah.

Ditanya kenapa mereka mahukan majlis perkahwinan pada bajet yang rendah ketika ramai yang memilih mengadakan majlis gilang gemilang bagi upacara yang dikatakan hanya "sekali seumur hidup" itu, Awin menjelaskan mereka tidak mahu berbelanja di luar kemampuan dan merana di kemudian hari.

"Kami berdua cuba seboleh-bolehnya untuk tidak berhutang dengan meminjam dari bank (untuk belanja majlis perkahwinan) dan sebagainya.

"Ini kerana, antaranya, selepas menamatkan pengajian, saya perlu membayar balik pinjaman yang diperolehi dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). Kami memilih untuk menumpukan kepada apa yang wajib sahaja," kata Awin yang memiliki ijazah sarjana muda kewartawanan.

Bagi mengumpul wang perbelanjaan perkahwinan, beliau melakukan kerja sambilan sebagai pereka grafik.

Pada masa sama, suaminya yang bekerja sebagai pegawai pentadbir juga membantu dari segi kewangan pada ketika itu.

"Memang ramai yang persoalkan bajet kami yang rendah ini, terutamanya sesetengah jiran di kawasan perumahan kami. Ada yang menuduh saya mengandung sebelum kahwin, ada juga yang mengatakan baju kahwin saya tak cantik seperti pengantin," katanya yang memberitahu pakaian pengantinnya dijahit sendiri ibunya.

Amir, 25, memberitahu The Malaysian Insider, selain mengeluarkan RM10,000 sebagai wang hantaran untuk isterinya, perbelanjaan majlis perkahwinan di sebelah pihak lelaki ditanggung keluarganya.

Awin memberitahu walaupun mereka menggunakan khidmat katering bagi majlis perkahwinan itu, sanak saudara dan jiran tetanggu turut membantu menjayakan majlis "raja sehari" mereka yang dihadiri kira-kira 800 tetamu.

"Bagi saya, ketika melakukan persiapan itulah waktu mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, jiran dan rakan-rakan," katanya.

Beliau menasihatkan pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga supaya berbelanja  mengikut kemampuan dan tidak mengendahkan cemuhan atau kutukan tidak berasas dibuat masyarakat sekitar. – 1 Februari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com

Pendidikan seks remaja lelaki tahun depan

Posted: 01 Feb 2015 05:15 AM PST

 
 
Pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas akan dilaksanakan tahun depan, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata modul itu mensasarkan remaja lelaki bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual, lapor New Sunday Times.

"Pelaksanaan modul tersebut kelak dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga," Rohani dilapor sebagai berkata.

Teks ucapan menteri itu dibacakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.

Statistik kehamilan remaja pada tahun 2013 menunjukkan terdapat lebih daripada 18, 000 kes direkodkan, lapor akhbar itu.

Kaji selidik itu dilakukan kepada remaja berusia antara 10 tahun sehingga 19 tahun.

Negeri yang mencatatkan kehamilan tertinggi adalah Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Perak dan Pahang. 
 
 
Malaysiakini 
 

Minuman manis buat perempuan cepat haid

Posted: 01 Feb 2015 04:30 AM PST


Kanak-kanak yang mengambil minuman manis, seperti soda, selalunya didatangi haid lebih awal berbanding yang lain, menurut sebuah kajian terkini.

Menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal Human Reproduction, mereka yang minum lebih 1.5  hidangan minuman manis setiap hari didatangi haid 2.7 bulan lebih awal.

Seramai 5,583 gadis berumur antara 9 hingga14 tahun terlibat dalam kajian yang dijalankan antara tahun 1996 hingga 2001 itu.

Bagaimanapun, kedatangan haid awal juga dikhuatiri menambahkan risiko barah payudara dalam kehidupannya.

Secara puratanya, gadis yang gemar minuman manis mendapat haid pada umur 12.8 tahun. 


Malaysiakini 

'Spekulasi RM', Utusan tuntut penjelasan Tong

Posted: 01 Feb 2015 03:45 AM PST

 
 
Utusan Malaysia menuntut penganalisis kewangan dan pemilik media Tong Kooi Ong menjawab dakwaan bahawa beliau terlibat dengan spekulasi ringgit.

"Memandangkan isu ini besar kerana melibatkan kedaulatan dan ekonomi negara, membabitkan tuduhan yang serius mempunyai nilai kepentingan awam yang tinggi serta menjadi antara bahan paling viral minggu ini, Tong tidak boleh lagi 'bersembunyi'.

"Untuk berlaku adil kepada Tong, beliau wajar tampil untuk menjawab segala tuduhan. Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi didapati tidak bersalah," tulis Awang Selamat dalam kolumnya.

Awang Selamat berkata, berdasarkan banyak reaksi penganalisis, ia dikhuatiri menjatuhkan nilai ringgit sebagaimana krisis kewangan pada 1990-an, malah dilihat sebagai "sabotaj". 


Malaysiakini 

Anwar rayu PAS, DAP henti bergaduh

Posted: 01 Feb 2015 02:00 AM PST

 
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu PAS dan DAP supaya berhenti menyerang antara satu sama lain.

Ini berlaku apabila pemimpin kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat itu secara terbuka bertelagah berhubung isu pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan.

"Saya merayu supaya mereka berhenti (bergaduh) dan kembali ke meja mesyuarat," katanya dalam sidang media di Ampang hari ini.


Malaysiakini

Pelancong diusir ambil gambar bogel di kuil

Posted: 01 Feb 2015 01:15 AM PST

 
 
Tiga pelancong Perancis ditangkap dan dihantar pulang ke negara asal kerana mengambil gambar bogel satu sama lain di kuil dekat tapak bersejarah ratusan tahun Angkor Wat, di Kemboja.

Tiga lelaki awal 20-an itu ditangkap polis Kemboja Khamis lalu, didenda AS$750 (RM2,725) setiap seorang, diusir dari Kemboja dan diharamkan memasuki negara itu selama empat tahun, lapor AFP.

Tiga lelaki itu mendakwa ambil gambar untuk kenangan tetapi pihak pendakwaan negara itu  Koeut Sovannareth percaya ia untuk kegunaan penerbitan, seperti kalendar.

"Mereka mengaku buat salah dan minta rakyat Kemboja maafkan mereka atas tindakan itu," Sovannareth dipetik sebagai berkata. 
 
 
Malaysiakini 

Milosuam: Kes saya pendakwaan terpilih

Posted: 01 Feb 2015 12:30 AM PST

 
Penulis blog pro-PKR, "Milosuam" atau Yusuf Al-Siddique menganggap dakwaan dan hukuman penjara dua tahun ke atasnya berhubung rencana pencerobohan Lahad Datu sebagai pendakwaan terpilih.

Yusuf berkata ini kerana akhbar Utusan Malaysia versi dalam talian turut menyiarkan perkara yang sama, tiga hari sebelum beliau berbuat demikian.

"Cerita sama tentang balai polis akan diserang, polis kena berjaga-jaga malah ia lebih terperinci.

"Kalau Milosuam boleh didakwa menakutkan orang, kenapa portal berita prokerajaan menceritakan perkara yang sama, tidak ada laporan pun.

"Tetapi bila Milosuam buat benda yang sama, polis buat laporan tangkap dan hantar ke Sabah," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Yusuf disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuat naik sebuah artikel berhubung pencerobohan Lahad Datu di Sabah.

Beliau dihukum penjara selama dua tahun selepas diputuskan bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Tangkap 'fitnah', dakwa OSA

Beliau berjaya menangguhkan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dakwanya, perbicaraan itu dilihatnya sebagai usaha menakut-nakutkan beliau dan penulis blog pro-Pakatan Rakyat.

Ini kerana pada awalnya beliau dimaklumkan polis yang penahanannya dibuat kerana rencana berkenaan pengundian awal oleh polis dan isu dakwat kekal.

Namun, beliau akhirnya didakwa atas tuduhan menakutkan orang ramai.

"Masa saya ditangkap, isu yang keluar di akhbar dan TV adalah fitnah terhadap anggota polis, isu mengundi awal, dakwat kekal.

"Maknanya yang digembar-gemburkan (adalah kononnya) penulis blog Milosuam fitnah polis.

"Tetapi bila ditahan, saya disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) - saya tanya kenapa tak siasat bawah yang ini (dakwat kekal, polis mengundi awal)

"Jadi, saya tengok sebenarnya tak ada apa-apa pun. Jadi mereka ini cari-cari sampai jumpa.

"Ini satu tindakan memanipulasi undang-undang untuk menakutkan blogger (penulis blog) Pakatan Rakyat," dakwa Yusuf.

Kekalkan tulisan

Perbicaraan kes itu berlangsung di Kota Kinabalu kerana laporan terhadapnya difailkan oleh seorang anggota polis di sana.

Menurut Yusof, beliau cuba memohon untuk memindahkan perbicaraan itu ke semenanjung Malaysia, memandangkan saksi-saksi pendakwaan sebahagian besarnya adalah juga polis dari semenanjung.

"Majoriti saksi pendakwa semuanya polis, kebanyakannya dari semenanjung Malaysia, yang dari Sabah itu adalah seorang dua.

"Ada seorang pengiklan yang pernah berurusan dengan (blog) Milosuam - pengiklan itu pun polis juga," katanya.

Beliau juga masih mengekalkan rencana yang menjadi tumpuan dalam perbicaraan itu di blog Milosuam.

"Saya harap orang baca artikel itu kerana apabila orang baca orang akan tahu sama ada tindakan memenjarakan saya wajar atau tidak.

"Sekurang-kurangnya biar rakyat sendiri nilai penulis artikel itu wajar kena penjara atau tidak," katanya. 
 
 
Malaysiakini

MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah By canang

Posted: 31 Jan 2015 11:45 PM PST

  Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia
baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid 
 
Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.
 
Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.
 
2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.
 
Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. 
 
Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.

Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.
 
Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. 
 
Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... 
 
Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.
 
Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu diruang udaranya. 
 
Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?



Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara

Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-
 
(1) Percubaan untuk bunuh president Angola
(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur
(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, 
(4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.


Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370
 

Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " . 

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi.. 
 
Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand
 

  Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.

Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine.... 
 
Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.
 
Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....
 
TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.




 Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)

Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine


Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.
 
Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)
 
 
Btmmari.com