Sabtu, 31 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tidak Sepatutnya Berlaku !!

Posted: 31 Jan 2015 11:00 PM PST

Kontrovesi Banner Besar Anjing Berbaju FAM Di Stadium JDT Malam Tadi

Gambar penyokong JDT rentang banner anjing pakai baju lambang FAM di Piala Sumbangsih 31 Januari 2015 cetus kontroversi. Perlawanan antara JDT vs Pahang dicemari dengan insiden penyokong JDT merentang banner anjing pakai baju lambang FAM sambil pegang anak anjing.

Menerusi foto yang tersebar, mungkin banner itu tidak ditujukan kepada Pahang namun dituju khas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun, rata-rata pengguna laman sosial menganggap tindakan tersebut agak keterlaluan. (IH)


Admin ingat taknak komen apa2 pasal tifo ni semalam, sebab admin menghormati orang2 Johor dan berangapan semua orang2 Johor baik2 belake... Ianya cuma datang dari segelintir penyokong yang melukis 'gambar sendiri' je tu.... 

Tapi apabila Tengku Puan Pahang, yang juga Bonda Saudara kepada TMJ turut mengutuk sifat 'kurang ajar' rakyat negeri kelahirannya....maka kita sama-sama tunggu apa jawapan dari Anakanda Saudara baginda.... atau setidak2nya kita lihat wajah sebenar 'anjing' yang melukis gambar sendiri itu sendiri. Sumber : FB I LOVE PAHANG
Penyokong JDT Rentang Gambar Anjing Piala Sumbangsih 2015

Bloglist Malaysia

INFO KESIHATAN : Bertangas bagi wanita untuk kesihatan zahir batin

Posted: 31 Jan 2015 10:15 PM PST

1. Bertangas Kering
Untuk mengecutkan segala ketumbuhan dalam rahim, menghilangkan keputihan, merapatkan rahim, mengharumkan kewanitaan kita dan memantapkan tiang seri kewanitaan untuk memberi impak sensasi ketika berhubungan kelamin.


> Khas untuk wanita yang belum putus haid dan wanita yang tengah kemuncak waktu berhubungan kelamin . Dalam ertikata lain yang berumur 25-40.

> Juga khas untuk study case : Fibroid, cyst, endometrosis dan segala ketumbuhan di dalam rahim.

> Untuk wanita semasa atau selepas pantang
2. Bertangas Basah

> Tujuannya untuk mengembalikan "kelembapan: kewanitaan, terutama bagi wanita yang mengalami pra-monapous atau yang telah monapous.
Bilakah aktiviti bertangas ini perlu dilakukan?

~ Hari haid ke-6,7 & 8.
~ Seminggu 3 kali kecuali kedatangan haid
~ Untuk study case, setiap hari sehingga ketumbuhan hilang atau kecut sendiri
~ Untuk dalam pantang, terbaik adalah hari ke-30 hingga hari ke-37

Cara penyediaan tangas basah.


Bertangas
 

1. Ambil 1 Uncang Cuci Herbanika dan rendam di dalam air panas.

2. Tutup bekas dan tunggu sehingga uncang cuci kembang dan mengeluarkan warna seperti teh o
3. Tuangkan Minyak Berubat Herba
Cara penyediaan tangas kering.

Bertangas

1. Panaskan batu sungai atau batu tanah liat di atas dapur sehingga betul-betul panas
2. Sediakan 1 sudu besar kunyit hidup yang telah ditumbuk, 1 sudu besar jintan hitam, 1 sudu besar halba, 1 sudu besar garam kasar dan 1/2 cawan perahan air limau nipis. Bahan-bahan ini disyorkan sebab ia senang diperolehi di dapur.

Kepada yang bertangas untuk masalah sakit puan, boleh mencampurkan 3 biji majakani yang telah ditumbuk, inai yang ditumbuk, 9 keping asam gelugor.
3. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati
4. Alaskan daun sirih dalam mangkuk tanah.
5. Masukkan batu tungku ke dalam periuk tanah.
6. Letakkan campuran bahan yang telah dibancuh tadi di atas batu tungku yang panas itu
7. Inilah rupa batu tangas untuk tangas kering yang telah siap.

3 cara bertangas yang boleh dipilih ikut kesesuaian anda:

Bertangas

Cara Bertangas A:

1. Alat yang diperlukan Mangkuk jamban , surat khabar tebal.
2. Masukkan dan ratakan surat khabar di dalam mangkuk jamban
3. Letakkan mangkuk betangas. Ambil uncang cuci herbanika, toskan dan simpan di dalam freezer. Uncang ini boleh digunakan kembali sehingga hilang warna dan bau.
4. Duduk dengan rapi di atas mangkuk jamban. Tapi pastikan ketika duduk, paha kita di bahagian dalam menguak dengan keadaan bahagian faraj terbuka untuk menerima wap panas dari rebusan tangas.

5. Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala besar.
6. Tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan air kencing) selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit..
7. Setelah selesai, bilas faraj dengan air rebusan daun sirih.

Bertangas

Cara Bertangas B

1. Bahan2nya: 1 baldi besar (yang muat-muat punggung kita). 1 bekas untuk tinggikan bekas tangas
2. Letakkan mangkuk tangas ke dalam baldi dengan keadaan yang sedikit tinggi.
3. Duduk di atas baldi
4. Tutup dari pinggang ke bawah dengan tuala yang tebal dan besar
Bertangas

5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan air rebusan daun sirih.


Cara Bertangas C

1. Bahan-bahannya: Kain batik (dipakai),1 bangku plastik yang berlubang di tengahnya, 1 baldi untuk dibuat pangkin
2. Letakkan bekas tangas di atas baldi pangkin dan letakkan kerusi plastik di atas bekas tangas
3. Duduk dengan keadaan kain batik diletak menutupi bangku plastik tadi selama 15-20 minit.
4. Ambil selimut yang tebal serta besar dan balut badan.
5. Buat senaman kemutan seperti disyorkan di atas selama 15-20 minit. Setelah selesai basuh dengan air rebusan daun sirih.

Gani Patail dahului senarai darjah kebesaran Hari Wilayah

Posted: 31 Jan 2015 09:30 PM PST

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail salah satu daripada dua penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail salah satu daripada dua penerima Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Zulhasnan Rafique.

Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Gelaran Datuk Seri juga dikurniakan ke atas Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney;

Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd Datuk Seri Abu Zaki Zakaria.

Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, manakala 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW), 69 dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), dan 60 dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW).

Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan. – Bernama, 1 Februari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Pilihan raya PBT boleh bangkitkan kuasa ketiga, kata pemimpin BN, Pakatan OLEH EILEEN NG

Posted: 31 Jan 2015 09:00 PM PST

Penduduk di sesebuah bandar akan tertarik dengan isu tempatan yang diperjuangkan sekiranya pilihan raya pihak berkuasa tempatan diadakan, seterusnya mewujudkan kuasa ketiga.

Penduduk di sesebuah bandar akan tertarik dengan isu tempatan yang diperjuangkan sekiranya pilihan raya pihak berkuasa tempatan diadakan, seterusnya mewujudkan kuasa ketiga.

Pilihan raya kerajaan tempatan boleh menghasilkan kuasa ketiga yang berperanan sebagai "check and balance" (semak dan imbang) dan menyediakan alternatif kepada membangunkan sistem dua parti, kata pemimpin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun mereka biasanya ditolak pengundi semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kerana menyokong sama ada parti pemerintah atau pakatan pembangkang, pemimpin politik berkata pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memberi peluang kepada parti lebih kecil bertapak.

Sementara sangat sukar bagi calon bebas menjamin kemenangan di peringkat negara, mereka berkata, parti atau individu lebih kecil mempunyai peluang lebih baik di peringkat tempatan di mana mereka boleh memperjuangkan isu setempat seperti pengangkutan awam, alam sekitar atau kebajikan haiwan yang diminati penduduk tempatan.

Mereka melontarkan pandangan ini ketika parti yang bersekutu dalam PR - DAP dan PAS - sedang berbalah berhubung isu pilihan raya PBT, yang ditentang parti Islam itu.

Pilihan raya PBT pernah diadakan di negara ini sehingga ia digantung pada Mac 1965 berikutan Peristiwa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada 1964.

Ia akhirnya dimansuhkan sama sekali 11 tahun kemudian oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggantikan Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960.

Sejak itu, jawatan di majlis kerajaan tempatan dilantik parti politik yang memimpin negeri tertentu.

Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah cuba mengembalikan undi ketiga dengan membawa isu itu ke mahkamah, tetapi tidak berjaya.

Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lepas memutuskan kerajaan negeri tidak mempunyai bidang kuasa menjalankan pilihan raya majlis tempatan.

Pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah (gambar, kiri) berkata, pilihan raya PBT boleh melahirkan kuasa ketiga kerana kawasan yang berbeza akan mempunyai isu berbeza, justeru menarik minat penduduk tempatan.

Sebagai contoh, katanya, jika pilihan raya tempatan diadakan di Cameron Highlands di Pahang, maka parti yang menjuarai isu alam sekitar akan mendapat banyak perhatian.

"Ya, ia isu setempat, tetapi pada masa sama, ia isu sejagat. Mereka hanya perlu menang di beberapa tempat dan boleh membentuk kumpulan dan membina tapak," katanya kepada The Malaysian Insider.

Walau bagaimanapun, bekas timbalan menteri itu tidak yakin parti alternatif tersebut boleh menjadi cukup kuat membentuk kuasa ketiga di peringkat negara.

Sebaliknya, beliau berpendapat mereka besar kemungkinan akan menyertai mana-mana gabungan BN atau PR.

Dalam memperjuangkan agenda parti itu untuk pilihan raya majlis tempatan, Pengarah Strategi DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, struktur politik semasa tidak membenarkan kuasa ketiga bangkit kerana mereka tidak mampu memenangi kerusi di peringkat Parlimen dan negeri.

Ini terbukti dalam pilihan raya umum lalu di mana pertandingan berbilang penjuru antara BN, PR dan calon bebas berakhir dengan kekalahan wakil bebas.

Bagaimanapun, pilihan raya PBT akan mampu mewujudkan "persaingan sihat" di kalangan parti kecil, kata ahli Parlimen Serdang itu, mengatakan ia boleh melahirkan pergerakan hijau atau parti berasaskan isu.

"Sudah tentu, ia juga akan memberi peluang kepada mereka seperti Isma naik, dan mungkin memenangi kerusi," kata Ong, merujuk kepada kumpulan yang memperjuangkan hak Melayu itu.

"Tetapi, itu sebahagian daripada proses demokrasi yang matang di Malaysia. Dan inilah sebabnya DAP berkeras mahukan pilihan raya tempatan. Walaupun PR mungkin akan kehilangan kerusi kepada mereka, itulah sebahagian daripada proses demokrasi."

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang (gambar, kanan) menegaskan, tidak seperti negara lain yang mempunyai sistem yang lebih matang, Malaysia masih muda.

Oleh itu, orang ramai mengambil masa untuk menerima kehadiran parti selain yang sedia ada sekarang.

Pilihan raya di Malaysia lebih banyak berkisar tentang personaliti, bukan tentang isu, kecuali di beberapa kawasan bandar, katanya, menjelaskan mengapa rakyat Malaysia dilihat masih keberatan menyokong parti lain.

Beliau berkata, negara yang mengadakan pilihan raya majlis tempatan menunjukkan ia akan memberi peluang kepada parti yang lebih kecil muncul dan menang kerana perbelanjaan dan kempennya lebih kecil dan terkawal.

"Saya percaya pilihan raya kerajaan tempatan perlu dilaksanakan di sini dan kerana DAP memperjuangkan ini sejak 2008, mereka perlu diberi peluang melaksanakannya di Pulau Pinang," katanya.

Beliau tidak faham mengapa ada pihak yang membantah pilihan raya PBT, kerana pada pendapatnya ia membolehkan lebih ramai pemimpin masyarakat setempat membantu penduduk dan memastikan akauntabiliti dalam perbelanjaan dan perkhidmatan majlis tempatan.

"Saya tak nampak apa masalahnya kalau kita buat pilihan raya tempatan. Walaupun saya tak boleh kata sekarang sama ada ia baik atau buruk, kita sepatutnya boleh mencubanya di Pulau Pinang," kata Tan.

Bagaimanapun, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin (gambar, kanan), ragu yang pilihan raya majlis tempatan akan melahirkan kuasa ketiga yang kuat.

"Pilihan raya PBT mungkin boleh melantik beberapa calon bebas, tetapi tidak satu kuasa ketiga. Saya masih melihatnya satu pertandingan antara BN dan Pakatan.

"Kita menggunakan sistem pilihan raya 'First past the post' yang memihak kepada sistem dua parti, melainkan jika ia ditukar kepada sistem 'Proportional representation', kita tidak mungkin akan mempunyai kuasa ketiga seperti di negara Eropah," katanya.

Beliau menambah, tidak mudah bagi sebuah kuasa ketiga yang berwibawa muncul memandangkan kebanyakan peminat politik lebih tertarik kepada BN atau PR. – 1 Februari, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com.

Haiwan Aneh Macam Gollum Ditemui

Posted: 31 Jan 2015 08:15 PM PST

 
Binatang aneh yang ditemui di ladang kelapa sawit di Sibu kelmarin kemungkinan besar seekor beruang matahari yang sedang sakit


SIBU – Penduduk Sarawak yang terkenal dengan kisah haiwan legenda digemparkan dengan penemuan makhluk aneh oleh sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit di Jalan Bintangor-Sibu di sini kelmarin.

Makhluk berkuku panjang dan tajam itu ditemui pekerja warga Indonesia ketika mereka sedang membersihkan kawasan ladang tersebut pada kira-kira pukul 10 pagi.

Seorang pekerja yang ingin dikenali sebagai Ardie, 30, berkata, dia dan rakan-rakan pada mulanya terdengar bunyi pelik binatang sebelum ternampak seekor makhluk aneh kira-kira 10 meter di hadapan mereka.

Ceritanya lagi, haiwan yang tidak dapat dikenal pasti spesiesnya itu kemudian berlari meluru ke arah mereka seakan-akan mahu menerkam.

"Terkejut melihat binatang itu bertindak agresif, rakan saya terus mencapai sebatang kayu dan memukulnya hingga pengsan.

"Sebaik haiwan tersebut sedar semula, kami menghalaunya masuk ke dalam hutan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit itu," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Ardie memberitahu, itulah kali pertama dia menemui makhluk aneh tersebut sejak hampir dua tahun bekerja di ladang berkenaan.

Katanya, ada antara rakannya mendakwa haiwan aneh itu seakan-akan se­ekor beruang tua yang sudah gugur bulunya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Hutan negeri, mengesahkan menerima rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat yang memaparkan penemuan haiwan pelik terbabit.

Klip video tersebut dikatakan dirakam oleh pekerja ladang berkenaan sebelum dimuat naik ke dalam YouTube oleh sebuah akhbar tempatan dengan tajuk Strange creature freaks out plantation workers in Sarawak. 


Video itu telah ditonton sebanyak lebih 50,000 kali setakat pukul 11 malam tadi.


Bloglist Malaysia

Pelakon Hollywood promosi amalan bertangas MALAYSIAKINI

Posted: 31 Jan 2015 07:30 PM PST





Buah hati kepada jutawan ranggi Tony Stark dalam filem Iron Man, kini seorang pakar dalam hal alat sulit wanita.

Bekas isteri kepada penyanyi Chris Martin dari kugiran Coldplay ini mencadangkan agar wanita bertangas menggunakan sejenis ulam dikenali sebagai ulam baru cina (mugwort).

Majalah Independent menyebut, Paltrow mendakwa amalan itu mampu memberikan lonjakan tenaga dan membantu pembersihan dalaman dengan berkesan.

Beliau menamakan sebuah spa di Santa Monica - Tikkun Spa - sebagai tempat untuk personaliti di Hollywood mendapatkan perkhidmatan itu.

"Tiket keemasan di sini adalah Mugwort V-Wap.

"Anda akan duduk di atas satu tempat seperti takhta mini, dan satu kombinasi inframerah dan wap ulam Baru Cina akan membersihkan uterus anda," kata Paltrow.

Majalah itu memetik kenyataannya yang disiarkan laman web gaya hidup beliau, www.goop.com.

Dicatat oleh ELBI RISALAH.

LPT2 dibuka sepenuhnya semalam

Posted: 31 Jan 2015 07:00 PM PST


Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) menghubungkan Jabor-Gemuroh, membabitkan kos RM4.1 bilion, dibuka sepenuhnya kepada orang ramai hari ini, demikian diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar, kanan).

Beliau berkata dengan siapnya lebuh raya sepanjang 184 kilometer dari Jabor, Kemaman ke Gemuroh, Kuala Nerus itu, maka perjalanan antara Kuala Terengganu dan Kemaman akan hanya mengambil masa 90 minit sahaja.

"LPT2 ini mempunyai 10 persimpangan bertingkat, 10 buah plaza tol, tiga kawasan Rehat dan Rawat (R&R), dua hentian sebelah dan 90 jambatan," katanya kepada pemberita di R&R Perasing selepas melakukan lawatan di LPT2, di Kemaman, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Datuk Shafii Mohamad.

Projek LPT2 adalah susulan projek LPT Fasa I dari Karak ke Kuantan di Pahang, sepanjang 169 kilometer. Ia merupakan sambungan dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang sedia ada.

Razif berkata pembukaan LPT2 itu akan dapat membantu merancakkan pembangunan ekonomi negeri dengan sasaran pendapatan per kapita RM8,000 menjelang 2020.

Beliau berkata kawasan R&R Perasing itu menggunakan konsep 'Kawasan Rehat Sehenti' membabitkan pengguna dari arah utara (Kuala Terengganu), dari arah selatan (Kuala Lumpur/Kuantan) dan penduduk tempatan.

"Kawasan R&R Perasing ini juga menjadi pemangkin kepada nadi pembangunan kawasan Felda Neram," katanya.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Presiden MIC jelajah ke seluruh negara temui akar umbi.

Posted: 31 Jan 2015 06:30 PM PST

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel membuat keputusan menemui semua pengerusi cawangan untuk memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam parti.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel membuat keputusan menemui semua pengerusi cawangan untuk memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku dalam parti.

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel bercadang untuk menemui pengerusi cawangan parti di seluruh negara untuk memberi penerangan tentang masalah parti yang dibangkitkan sejak Disember.

Menurut Naib Presiden parti Datuk S. Balakrishnan, jelajah itu dijadual bermula esok di Johor dengan Palanivel menemui pengerusi cawangan dan anggota-anggota bahagian negeri.

"Presiden membuat keputusan untuk menemui semua pengerusi cawangan untuk memberi taklimat mengenai apa yang sebenarnya berlaku. Palanivel tidak akan turun padang untuk menyerang sesiapa. Tiada Pemuda, Wanita (sayap) dan samseng. Kami hanya akan menemui pengerusi cawangan.

"Beliau (Palanivel) akan mendapat maklum balas daripada peringkat bawahan dan akar umbi," kata beliau pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Balakrishnan berkata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, dan tiga Naib Presiden Datuk S. Sothinathan, Datuk M. Saravanan dan beliau sendiri akan menyertai lawatan itu.

Sementara itu, Balakrishnan menegaskan jelajah itu tidak bertentangan dengan moratorium yang diarahkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.

"Presiden hanya akan menemui pengerusi dan memberi penerangan yang jelas tentang apa yang berlaku. Sebagai presiden yang dipilih, beliau mempunyai hak untuk menemui anggota parti pada bila-bila masa (yang beliau mahu)," kata Balakrishnan yang juga pengerusi MIC Johor.

Pada 5 Disember, Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula jawatan tiga naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari, berikutan aduan tentang salah guna kuasa dan salah laku semasa pemilihan, yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.

RoS juga menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung parti sehingga isu itu diselesaikan.

Semalam, Najib berkata beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut yang melanda MIC, satu daripada parti komponen BN.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


Krisis MIC tidak jejas BN Perak kata Zambry Kadir

Posted: 31 Jan 2015 06:00 PM PST

Pengerusi Barisan Nasional negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga presiden MIC adalah keputusan parti itu.

Pengerusi Barisan Nasional negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga presiden MIC adalah keputusan parti itu.

Kemelut dalaman parti MIC serta pelantikan Tan Sri M. Ramasamy sebagai pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MIC Negeri tidak menjejaskan Barisan Nasional (BN) negeri Perak, kata Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pelantikan Ramasamy sebagai ketua MIC Perak bagi menggantikan Datuk Seri G. Palanivel, yang juga presiden MIC, merupakan keputusan parti itu.

Menteri besar Perak itu berkata setiap parti politik mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan setiap permasalahan yang wujud ada jalan penyelesaiannya.

"Setiap kelemahan itu perlu diperincikan dan dicari jalan penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi pembentangan gerak kerja BN bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di Bangunan Umno Perak di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata sesi pembentangan itu membincangkan perancangan BN negeri dalam usaha memperkukuh kedudukan serta memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam setiap parti komponen peringkat negeri sebelum menghadapi PRU14.

Katanya setiap parti komponen perlu memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat bagi mencapai kejayaan BN yang lebih baik dalam PRU14 akan datang.

Kemelut MIC bermula pada 5 Disember lepas apabila Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota CWC dalam tempoh 90 hari.

Ia berikutan aduan mengenai penyalahgunaan kuasa dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan pada pemilihan Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

RoS turut menasihatkan MIC supaya tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu diselesaikan.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Kesudian PM lawat ayah beri makna besar buat kami sekeluarga, kata Nik Abduh.

Posted: 31 Jan 2015 05:30 PM PST

 Kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Khamis lepas, memberi makna yang cukup besar buat keluarganya.

Anak bekas menteri besar Kelantan, Nik Mohamad Abduh (gambar, kiri) berkata walaupun lawatan pemimpin tertinggi negara itu hanya sekejap namun ia amat berharga buat mereka sekeluarga.

"Terima kasih perdana menteri kerana menziarah ayah (Nik Abdul Aziz, 84,). Walaupun sekejap dan ayahanda keletihan, ia bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih rakyat Malaysia," katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebooknya hari ini.

Pada Khamis lalu, perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan Nik Abdul Aziz dengan diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Nik Mohamad Abduh berkata tahap kesihatan ayahnya itu kini semakin bertambah baik dan menunjukkan perkembangan positif.

"Alhamdulillah, walaupun masih keletihan ayahanda  mampu menjalani proses rehabilitasi dengan baik, meningkat dari hari ke hari.



"Semalam ketika menjalani rawatan fisioterapi, ayahanda sudah mampu berdiri sendiri sekitar 30 minit," katanya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka, merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013. – Bernama, 31 Januari, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com



Rafizi: RON95 sepatutnya RM1.62 seliter pada Feb Dicatat oleh ELBI RISALAH

Posted: 31 Jan 2015 04:56 PM PST


MALAYSIAKINI

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Putrajaya sepatutnya menetapkan harga seliter petrol RON95 pada kadar RM1.62 bagi bulan Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Rafizi berkata, angka ini akan mencerminkan harga pasaran purata petrol RON95 di Malaysia, seperti yang ditentukan oleh MOPS (Mean of Platts Singapore)

Katanya, jika subsidi dipulihkan, seperti yang digesa oleh PKR, maka harga akan hanya menjadi RM1.32 seliter.

Terdapat spekulasi bahawa harga minyak akan diturunkan pada 1 Februari, selaras dengan kejatuhan harga minyak mentah.

Sumber dalaman industri memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menjangka Putrajaya akan menambat RON95 pada harga RM1.63 seliter dan diesel RM1.62 seliter.

Putrajaya telah memansuhkan subsidi petrol dan diesel bulan lalu selepas harga minyak mentah mencecah paras paling rendah dalam rekod. Satu mekanisma harga "apungan terurus" kemudiannya diperkenalkan.

Pada masa ini, harga seliter RON95 ialah RM1.91 manakala diesel dijual pada harga RM1.93 seliter.

Jika RON95 dijual bawah harga RM1.75 seliter, ia akan menjadi jumlah yang paling rendah sejak 2009.

Sementara itu, Rafizi turut mendakwa, Putrajaya telah mengumpul kekayaan sebanyak RM1.15 bilion bagi "cukai bahan api" berikutan  petrol yang telah dijual melebihi harga pasaran antara bulan Disember dan Januari.

Hujah beliau berdasarkan harga oleh MOPS, kadar pertukaran matawang harian dan data harga penggunaan yang disediakan  kerajaan.

Pengiraan yang dibuat naib presiden PKR itu juga mengandaikan, harga pasaran yang betul untuk satu liter bahan api RON95 telah berubah-ubah antara RM1.75 dan RM1.49 antara 1 Januari dan 28 Januari.

Manakala, harga pasaran untuk satu liter diesel adalah antara RM1.80 dan RM1.55 semasa tempoh sama.

Bagaimanapun, menurut Rafizi, Putrajaya telah menetapkan harga RM1.91 seliter bagi RON95 dan RM1.93 seliter bagi diesel pada bulan Januari.

Oleh yang demikian, Rafizi yang turut menyediakan pengiraan dari hari ke hari dalam kenyataan akhbarnya itu menegaskan, pengguna juga secara berkesan telah membayar "cukai bahan api" kepada kerajaan.

"Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), BN mendapat durian runtuh dengan mengutip cukai petrol tanpa diumumkan kepada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pandan itu mencabar kerajaan Persekutuan untuk menyangkal dakwaannya dan mendedahkan formula yang digunakan untuk menentukan harga bahan api.

Malah, beliau turut mengulangi permintaaannya supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghentikan kutipan "cukai bahan api" dan menubuhkan Tabung Penstabilan Harga Minyak dengan menggunakan cukai tersembunyi yang telah dikutip untuk digunakan semasa harga petrol dan diesel dinaikkan.

Beliau turut mencadangkan supaya harga terkini bahan api disemak setiap minggu bagi mengelakkan rakyat terus membayar jauh lebih tinggi daripada harga pasaran dan menghentikan cukai tersembunyi akibat perbezaan harga itu.

"Tindakan mencukai rakyat melalui pembelian petrol dan diesel pada ketika ekonomi negara semakin teruk melambangkan keterdesakan kewangan pentadbiran Najib," katanya lagi.

RON95, diesel kini RM1.70 seliter

Posted: 31 Jan 2015 04:15 PM PST

 
Harga baru bermula Februari: RON95 RM1.70 seliter, RON97 RM2, Diesel RM1.70

Harga baru itu ekoran penurunan 21 sen daripada harga asal untuk RON95, 23 sen untuk diesel dan 11 sen untuk RON97.

Perkara itu disahkan oleh timbalan menteri kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam tulisan di Twitter.

Katanya, penjimatan daripada penurunan harga bahan api itu akan dapat digunakan untuk perbelanjaan pengguna.

"Wang lebih untuk belanja lain atau tambah pelaburan," katanya.

Harga bahan api itu ditetapkan mengikut sistem pengapungan terkawal sejak Disember tahun lalu.

Sistem apungan itu diperkenal selepas kerajaan memansuhkan sistem subsidi bagi menghadapi trend kejatuhan harga minyak mentah.

Sementara itu, laporan Bernama menyebut, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata harga itu akan diselaras lagi mengikut perkembangan semasa.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang," katanya

Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," katanya.
 

Pakatan Rakyat dilihat dari luar dan dalam OLEH ELIZABETH ZACHARIAH DAN MELATI A. JALIL

Posted: 31 Jan 2015 03:45 PM PST

 
Pemimpin gabungan Pakatan Rakyat (dari kiri) Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu menghadapi kemelut paling sengit antara parti sejak kejayaan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Pemimpin gabungan Pakatan Rakyat (dari kiri) Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Sabu menghadapi kemelut paling sengit antara parti sejak kejayaan gabungan itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun terdapat perbalahan umum mengenai isu teras ideologi, seperti hudud, dan hak asasi demokrasi, seperti pilihan raya kerajaan tempatan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin gabungan pembangkang itu akan berjaya menempuh kemelut paling hebat yang melanda mereka sejak ia memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Perbezaan antara anggota gabungan itu – PAS, PKR dan DAP, dengan parti Islam itu dilihat paling bercanggah – kini paling ketara sejak keretakan mula kelihatan tahun lepas, bermula dengan isu Langkah Kajang yang memaksa pilihan raya kecil dengan harapan melantik menteri besar Selangor yang baru.

Ketika Muktamar Tahunan PAS 2014, perwakilan lebih konservatif secara terbuka menunjukkan permusuhan mereka terhadap PR kerana kedudukan PAS yang tidak dominan dalam gabungan itu.

Yang menarik perhatian, majlis pimpinan atau majlis presiden PR didapati tidak bermesyuarat selama lebih 6 bulan. Manakala, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan tidak hadir ke mesyuarat itu sebelum itu selama lebih setahun.

Adakah PR satu gabungan yang masih berfungsi?

Pemimpin politik dari 3 parti komponennya menyedari cabaran yang dihadapi tetapi tetap menaruh keyakinan kepada gabungan itu, sambil mengingatkan pemimpin tertinggi mereka untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara tertutup dan bukannya menghebahkan pertelingkahan mereka secara terbuka.

Aktivis masyarakat sivil bagaimanapun, lebih kritikal, dengan Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan yang kredibiliti PR terancam akibat semua pergaduhan dalaman mereka dan PAS perlu "melakukan perkara yang terhormat" dengan meninggalkan gabungan itu jika ia merasakan kerjasama itu tidak berkesan untuk mereka.

The Malaysian Insider menemu bual pemimpin PR berikut, 2 aktivis dan 2 rakyat biasa:

* Datuk Mujahid Yusof Rawa, 51, ahli Parlimen Parit Buntar dan pengerusi biro perpaduan nasional PAS

* Sim Tze Tzin, 39, ahli Parlimen Bayan Baru dan pengarah strategi PKR

* Maria Chin Abdullah, 59, pengerusi Bersih 2.0

* N Surendran, ahli Parlimen Padang Serai (PKR)

* Nurul Izzah Anwar, 34, ahli Parlimen Lembah Pantai dan naib presiden PKR

* Dr Dzulkefly Ahmad, 59, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS

* Anthony Loke Siew Fook, 38, ahli Parlimen Seremban MP dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

* Zairil Khir Johari, 32, ahli Parlimen Bukit Bendera, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan ketua pegawai eksekutif Institut Pulau Pinang

* Datuk Ambiga Sreenevasan, 59, peguam dan penaung Negara-ku

* Hanipa Maidin, 46, ahli Parlimen Sepang (PAS)

* M. Kulasegaran, 58, ahli Parlimen Ipoh Barat dan naib pengerusi DAP

* Mohd Azmin Haziq, 45, pengarah urusan syarikat swasta

* Ropinah Abdul Hamid, 51, konsultan.

TMI: Adakah anda masih percaya dalam Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan?

Surendran: Ia mencapai kejayaan besar mencipta sejarah memecahkan majoriti dua pertiga BN dalam dua pilihan raya umum berturut-turut dan memenangi beberapa negeri. Ia melakukannya dengan menempuh pelbagai rintangan. PR berjaya membuatkan Malaysia semakin hampir dengan sistem 2 parti.

Ambiga: PR buat pertama kali menyediakan rakyat dengan satu parti alternatif yang jelas. Ini bermakna, untuk kali pertama, kita ada peluang menjadi demokrasi pelbagai parti, sesuatu yang kita cita-citakan. Sejak 2008, pembangkang mula menampakkan kehadiran sebenar mereka di Parlimen dan mereka sudah tentu bertanya soalan yang penting di Parlimen dan mengingatkan kerajaan akan tanggungjawab mereka dalam banyak isu.

Zairil: Ya, satu-satunya cara membawa perubahan dan reform di Malaysia ialah melalui pilihan raya, dan kita tidak boleh berharap untuk menang tanpa adanya parti alternatif yang berwibawa dan kuat mewakili semua rakyat Malaysia.

Mujahid: Saya yakin dengan komitmen PR dalam memecahkan politik perkauman dan ia mempunyai rekod yang baik dalam hal ini. PR juga berjaya melaksanakan sebahagian manifestonya di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Buat masa ini, tiada apa masalah, kecuali pemimpin atasan yang saling serang-menyerang, terutamanya dari PAS dan DAP. Lapisan kedua pemimpin perlu meneruskan harapan PR untuk membangunkan Malaysia yang lebih baik.

Maria: Bagi Bersih 2.0, kami hanya berminat dengan siapa yang akan membawa pembaharuan pilihan raya dan demokrasi di Malaysia. Kami akan bekerjasama dengan mana-mana individu, parti dan organisasi yang menyokong pilihan raya bersih dan adil dan agenda reformasi. Dalam kebanyakan aktiviti awam dan perhimpunan kami, kami sentiasa menjemput semua parti-parti politik, tidak kira siapa.

Dzulkefly: PR mungkin mempunyai masalahnya sendiri yang, perlu diingat, bukan sesuatu yang remeh dan bukan mudah menyelesaikannya. Tetapi, memang itulah keadaannya dalam sesebuah pakatan politik sepertimana tingkah laku organisasi dalam disiplin pembangunan organisasi. Anda lihat ia terjadi dalam sesebuah parti atau organisasi, sudah tentu lebih dari itu yang anda akan lihat dalam sebuah gabungan parti politik.

Azmin: Ya, kerana Barisan Nasional (BN) sangat dominan, kita perlu seimbangkan politik kita.

Ropinah: Ya, sekiranya mereka boleh kekal bersama di sebalik semua perbezaan. Kalaupun mereka tidak boleh menangani perbezaan antara mereka, mereka perlu terus bersama, kerana semua orang tidak sama antara satu sama lain.

TMI: Apakah penyelesaian terbaik untuk hubungan yang tegang antara parti itu kini?

Mujahid: Gencatan senjata, setuju untuk tidak bersetuju, duduk, beri tumpuan kepada isu yang lebih besar dan berlaku jujur.

Kulasegaran: Isu yang mencabar dan sukar paling baik dibincangkan dan diselesaikan secara dalaman.

Nurul Izzah: Ini situasi yang mencabar bagi majlis pimpinan PR – dan saya berharap pemimpin di semua peringkat memahami betapa pentingnya mengukuhkan majlis ini walau apa pun cabaran dihadapi. Semua orang akan diuji dalam mengetepikan perbezaan yang secara semula jadi memang wujud dan memberi tumpuan kepada prinsip bersama kita untuk Malaysia yang lebih baik.

Loke: Semua 3 parti harus mengesahkan semula komitmen terhadap rangka kerja dasar bersama kita dan berpegang padanya. Kita boleh mengetepikan semua perbezaan jika PAS bersetuju untuk tidak melanjutkan agenda hududnya tanpa persetujuan PR.

Sim: Pada ketika ini, Pakatan menggunakan pendekatan dari atas ke bawah. Akar umbi dan pemimpin muda tidak mempunyai institusi untuk bekerja bersama. (Kita mesti membina] Institusi PR dari peringkat persekutuan ke negeri, ke cawangan, ke ranting dan ke jawatankuasa kampung. Mereka mesti berjumpa setiap bulan. Bina kepercayaan dan setiakawan dan jayakan projek politik bersama. Ini akan mengukuhkan PR menjadi sebuah gabungan politik yang benar-benar moden.

Zairil: Pimpinan ketiga-tiga parti mesti bertemu untuk menyelesaikannya secara tertutup. Tiada gunanya menghebahkan kepada umum perbezaan antara kita.

Hanipa: Pemimpin tertinggi Pakatan perlu sering bertemu dan berbincang.

Ambiga: Masalah yang dihadapi gabungan itu sekarang memang dijangka tetapi kita mengharapkan mereka boleh menyelesaikan perbezaan mereka. Ini yang menjadi kebimbangan saya kerana beberapa perbezaan antara PAS dan parti lain merupakan perkara yang asas.

Pada pandangan saya, gabungan itu tertubuh di atas landasan bagi meraih undi rakyat dan saya dan ramai lain merasakan PAS menyimpang dari platform ini. Jika itu yang sebenar berlaku, saya berpendapat mereka harus berpisah secara baik kerana pertengkaran sekarang ini menjejaskan kredibiliti gabungan itu.

PAS perlu melakukan perkara yang terhormat walaupun saya tidak pasti sama ada kepimpinan mereka bercakap bagi pihak semua ahlinya. Dan tidak ada apa yang perlu dimalukan, kerana perbezaan pendapat ialah perkara biasa. Tetapi ia juga bermakna, mereka harus hentikan kerjasama ini sekiranya ia tidak berkesan.

Dzulkefly: Selesaikan perbalahan sengit itu secara tertutup dan umumkannya kemudian kepada seluruh rakyat. Rakyat tidak mahu tahu yang anda ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Mereka hanya berminat dengan apa yang anda tawarkan kepada mereka sebagai penyelesaian.

Azmin: Saya rasa ini perkara biasa, kadang-kadang memang wujud isu atau rasa tidak puas hati.

Ropinah: Mereka perlu sentiasa bertemu dan berbincang dan bukan bercakap kepada media.

TMI: Siapa yang anda rasa boleh menjadi perdana menteri jika PR menang pilihan raya seterusnya?

Mujahid: Tentunya soalan yang lebih penting ialah bagaimana PR akan memenangi pilihan raya dan tamatkan hegemoni Barisan Nasional (BN) dan memimpin negara. "Bagaimana" lebih relevan daripada "siapa" sekarang.

Sim: Satu-satunya calon jawatan perdana menteri bagi kami ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maria: Sesiapa pun yang menjadi perdana menteri, kami masih akan mendesak supaya membawa perubahan dalam pilihan raya dan demokrasi supaya adanya dasar pertandingan yang adil dan prinsip hak kemanusiaan dan kebebasan, terutamanya (supaya prinsip) satu-individu-satu-calon dapat ditegakkan.

Nurul Izzah: Datuk Seri Anwar Ibrahim calon yang dipersetujui kuat majlis PR. Pendirian ini berulang kali dibuat PR.

Dzulkefly: Paling penting ialah, apabila kita memutuskan siapa calonnya, beliau mesti dalam kedudukan yang sedia berkhidmat dan boleh menyandang jawatan perdana menteri itu, dan tidak berada di dalam penjara.

Loke: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih pilihan yang terbaik.

Hanipa: Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kulasegaran: Anwar yang menjadi pilihan. Di dalam kepimpinan PR juga terdapat calon lain yang setanding kelayakannya.

Azmin: Buat masa sekarang, saya lihat Mohamed Azmin Ali (Menteri Besar Selangor ), saya rasa beliau seperti suara generasi baru.

Ropinah: Seseorang dari PAS, Dr Dzulkefly (Ahmad) atau (Timbalan Presiden Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man).

TMI: Apakah yang anda rasakan Malaysia mahu? Demokrasi liberal atau teokrasi konservatif?

Kulasegaran: Dalam situasi pelbagai kaum, agama dan bahasa, demokrasi liberal merupakan polisi jangka panjang menang-menang bagi semua pihak.

Hanipa: Demokrasi tanpa mengabaikan nilai agama.

Ambiga: Saya percaya rakyat Malaysia (di seluruh dunia) inginkan keamanan, keharmonian dan kebahagiaan serta kebebasan, termasuklah bebas daripada perasaan takut. Mereka juga mahukan tempat di mana anak-anak mereka ada peluang pada masa depan. Pandangan saya, satu-satunya jalan mencapai ini ialah dengan menyokong demokrasi dan menghormati kebebasan asas kita. Begitulah cara Perlembagaan Persekutuan digubal dan itulah yang kita perlukan untuk membina masa depan kita.

Zairil: Tidak diragui lagi yang rakyat Malaysia percaya kepada demokrasi. Malah, 52% daripada mereka menyokong perubahan ketika PRU sebelum ini. Kerajaan yang sebenarnya tidak menyokong aspirasi demokratik ini dengan menafikan rakyat kerajaan pilihan mereka, melalui 'gerrymandering' dan bentuk manipulasi pilihan raya lain untuk memastikan mereka kekal berkuasa.

Loke: Rakyat Malaysia mahukan kerajaan yang bersih dan adil yang menegakkan prinsip demokrasi. Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan tidak akan dipersoalkan dan kebebasan agama lain perlu dijamin. Yang pasti, kita bukan ke arah teokrasi konservatif.

Nurul Izzah: Saya tidak melihatnya sebagai pilihan antara ideologi. Tujuan sebenar kita ialah mencapai objektif demokrasi, objektif Shariah, dengan membentuk kerajaan yang memberikan keadilan sosial kepada rakyat dalam semua aspek kehidupan. Kerajaan yang boleh memberikan ini akan diundi. Buat masa ini, semua akan terus tertumpu kepada keputusan yang akan diambil PAS.

Surendran: Rakyat Malaysia tidak kira kaum mahukan perkara yang sama – demokrasi yang berfungsi dengan baik di mana kebebasan asas yang dijamin di dalam perlembagaan ditegakkan dan undang-undang dilaksanakan dengan adil dan saksama.

Maria: Saya mahukan Malaysia yang adil, tidak mendiskriminasikan dan demokratik – dan demokrasi bukan hanya tentang menetapkan satu negeri itu teokratik atau autoritarian. 
 
Demokrasi yang saya maksudkan bukan sahaja tentang hak individu dan kebebasan, tetapi juga akan termasuk keinginan keseluruhan rakyat dan masyarakat yang akan mengubah sistem, proses dan institusi sedia ada bagi menolak dan menghapuskan ketidakadilan, ketidaksamaan dan peminggiran.

Mujahid: Rakyat Malaysia mahukan negara sivil yang kuat dengan demokrasi sebagai asasnya. Liberal atau konservatif ialah label yang tidak mutlak. Adakah berpegang kepada nilai dan agama itu konservatif? Adalah kebebasan mutlak yang melanggar sensitiviti pihak lain dianggap liberal? Liberal dari segi ekonomi atau sosial? Negara sivil dalam konteks nasional kita, merupakan pilihan saya.

Azmin: Satu demokrasi liberal.

Ropinah: Malaysia akan bermanfaat sekiranya diperintah di bawah teokrasi konservatif, tahap moral akan meningkat daripada menurun. Rasuah boleh dihapuskan. – 31 Januari, 2015.

 

The Malaysian Insider

1MDB mungkin gagal bayar satu lagi hutang jangka pendek RM3.6 bilion, kata Rafizi

Posted: 31 Jan 2015 08:00 AM PST

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.

1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka berdepan satu lagi masalah kewangan selepas dilaporkan mengambil hutang AS$1 bilion (bersamaan RM3.6 bilion) dari konsortium 6 bank pada Oktober tahun lalu, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini.

Selepas 1MDB dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, Rafizi mendedahkan laporan terbaru majalah kewangan antarabangsa International Financing Review (IFR) mengenai syarikat itu.

"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.

"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan.

Katanya, masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan negara itu akan menjadi lebih parah tahun ini kerana 1MDB mengambil beberapa hutang jangka pendek bagi memenuhi komitmen bayaran hutang-hutang lain.

"Lebih membimbangkan, hutang AS$1 bilion (yang nilai dalam ringgit akan terus meningkat akibat kejatuhan matawang ringgit) ini diambil dengan syarat ia akan dibayar dalam bulan September 2015 menggunakan dana yang dikumpul dari penyenaraian aset penjana bebas (IPP) 1MDB yang sehingga sekarang terus bermasalah," kata Rafizi.




Naib Presiden PKR itu berkata, proses penyenaraian tersebut kini terus tertangguh dan dijangka akan menghadapi masalah berterusan kerana kelewatan projek IPP Jimah Timur dan kredibiliti kewangan 1MDB yang terus merudum.

"Tanpa projek IPP Jimah Timur dan dengan masalah keberhutangan 1MDB, dijangka sebarang penyenaraian melibatkan 1MDB tidak akan menarik minat pelabur," katanya.

Jika hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB menyebabkan 1MDB terpaksa menjual aset dan kepentingan kepada Ananda, Rafizi bertanya aset mana pula yang akan dijual 1MDB bagi membayar hutang AS$1 bilion itu kelak.

Beliau mengatakan pendedahan itu juga menimbulkan persoalan, jika benar dana dari Pulau Cayman sudah dibawa pulang ke Malaysia, kenapa 1MDB tidak mempunyai dana untuk membayar hutang-hutang itu.

Dalam satu kenyataan pada 13 Januari, 1MDB mengatakan ia sudah menebus kembali sepenuhnya sejumlah AS$2.318 bilion (RM8.42 bilion) yang dilaburkan di sebuah dana berdaftar di Kepulauan Cayman.

Ananda semalam dilaporkan bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat itu kepada Maybank dan RHB yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.

Ia merupakan pinjaman yang dikatakan bersifat sementara, iaitu lebih kepada membantu 1MDB meleraikan masalah yang dihadapi bagi tempoh jangka pendek sambil kedua-dua Ananda dan 1MDB masih mencari penyelesaian terbaik.

Kedua-dua mereka sebelum ini dalam keadaan buntu hendak menyelesaikan hutang yang dijamin usahawan jutawan itu dan perlu dibayar balik pada November tahun lepas, ketika syarikat pelaburan strategik itu mengambil alih aset tenaga beliau pada Mac 2012.

1MDB sudah 2 kali diberi tempoh lanjutan selama sebulan bagi menyelesaikan hutang itu yang merupakan sebahagian usaha mengemaskini hutangnya berjumlah RM6.17 bilion yang perlu dilangsaikan tahun lalu.

Mengulas isu itu, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata terdahulu hari ini, Putrajaya patut berasa malu kerana 1MDB terpaksa mengambil langkah 'terdesak' dengan meminjam dari Ananda.

"Berita itu sangat memalukan bagi 1MDB dan kerajaan Malaysia, kerana 'dana kekayaan negara' terpaksa jatuh begitu rendah dan bergantung kepada jasa baik jutawan tempatan bagi menyelesaikan pinjamannya untuk sementara waktu," katanya. – 31 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Isteri PM India terima layanan 'kelas kedua'

Posted: 31 Jan 2015 07:00 AM PST

 
  Kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke India minggu menimbulkan tumpuan ke atas kehidupan misteri isteri perdana menteri tuan rumah.

Tanda tanya mengenai kehidupan Jashodaben itu timbul kerana Jashodaben Chimanlal Modi tidak kelihatan di perarakan Hari Republik India.

Siasatan oleh agensi berita Reuters kemudiannya mendapati, Jashodaben Chimanlal Modi semakin kecewa dengan layanan "kelas kedua" yang diterimanya.

Jashodaben dan anggota keluarganya malah terpaksa menyediakan keperluan untuk pengawal keselamatan yang disediakan untuknya.

"Saya dikelilingi lima orang pengawal keselamatan pada setiap masa.

Sudah banyak kali keluarga saya atau saya sendiri terpakasa memasak untuk mereka, kakak ipar saya terpaksa kemas tempat tidur mereka.

"Ini sangat menjengkelkan," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Perarakan besar sempena Hari Republik India itu dihadiri Obama bersama isteri, Michelle Obama.

Status perkahwinan Perdana Menteri India, Narenda Modi tidak diketahui umum sehinggalah beliau mengakuinya pada April lalu.

Modi bagaimanapun meneruskan kehidupan seperti seorang bujang, lapor agensi itu.

Menurut laporan itu, kedua-duanya mendirikan rumah tangga ketika baru belasan tahun. Jashodabe berusia 17 tahun dan Modi, 18 tahun pada masa itu.

Tiga tahun kemudian, Modi menjauhkan diri dari isterinya dan menumpukan perhatian pada sebagai pekerja kempen parti Rashtriya Swayamsevak Sangh, sebuah parti nasionalis Hindu, dan menyertai politik.

Jashodaben menjadi guru sekolah dan kedua-duanya tidak menuntut penceraian dan tidak berkahwin semula.

Beliau kali terakhir bercakap dengan Modi pada tahun 1987.
 
Malaysiakini

Lanun cuba larikan diesel RM900,000 ??

Posted: 31 Jan 2015 06:15 AM PST


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan mematahkan cubaan sekumpulan sembilan lanun bersenjata merompak dan melarikan sebuah kapal muatan minyak diesel bernilai RM900,000 di perairan Timur Tanjung Siang berdekatan Tanjung Penawar malam semalam.

Pengarah Operasinya Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamed berkata kesemua lanun itu yang berumur 28 hingga 46 tahun menggunakan bot pancung untuk menawan kapal berkenaan yang melabuhkan sauh di Tanjung Ayam, perairan Pengerang.

"APMM menerima laporan kehilangan kapal itu 11 pagi semalam setelah gagal dikesan dan dihubungi sejak Rabu kira-kira 10 malam.

"Bertindak atas maklumat itu, APMM telah mengatur gerak dua buah kapal, dua buah bot pemintas dan satu unit pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi mencarinya sebelum mengesan kapal itu di kedudukan 15 batu nautika Timur Tanjung Siang," katanya kepada pemberita.

Ibrahim berkata tujuh lanun yang berada di atas kapal itu ditahan. Dua lagi rakan mereka sempat terjun ke laut apabila ternampak kelibat anggota APMM.

"Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui semula oleh sebuah kapal dagang di kedudukan 10 batu nautika Timur Tanjung Punggai, sejauh 13 batu nautika dari kapal itu ditawan," katanya.

Sementara itu, kesemua anak kapal iaitu tiga warga Indonesia dan tujuh warga Myanmar berumur antara 20 hingga 50 tahun yang ditawan disahkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami juga menemukan empat bilah parang, tiga pucuk pistol mainan, sebilah kerambit dan seunit tukul yang dipercayai digunakan lanun berkenaan untuk mengugut mangsa," katanya.

Ibrahim berkata ini adalah kes tangkapan pertama yang melibatkan rompakan kapal bagi tahun ini dan APMM akan mempergiatkan usaha termasuk meningkatkan jaringan komunikasi bersama komuniti maritim di sekitar perairan Johor Timur untuk membendung kegiatan berkenaan.

- Bernama

Mitos tentang saiz alat sulit lelaki...???

Posted: 31 Jan 2015 05:30 AM PST


Dua orang pengkaji seks dari laman The Daily Dot, EJ Dickson dan Nico Lang merampaikan tujuh fakta dan mitos tentang saiz alat sulit lelaki.

Saiz besar? Tak sanggup

Lang berpendapat, alat sulit lelaki yang sebesar sembilan inci adalah ibarat kereta berperisai.
Namun beliau sendiri tidak sanggup membuat hubungan seks dengan individu seperti itu, katanya.

"Ia cantik untuk dilihat, tetapi jika ada lelaki memikirkan yang mereka boleh memarkirnya di garaj saya, dia gila," katanya dengan berkias.

Katanya, lelaki yang memiliki "kereta perisai besar" tidak semestinya mampu mengendalikan alat tersebut dengan baik.

Wanita suka saiz sesuai

Menurut Lang, kajian Australian National University menunjukkan wanita lebih menyukai saiz alat sulit lelaki yang sesuai mengikut ketinggian badan.

Lelaki rendah dengan alat sulit yang besar dan panjang dianggap tidak menarik oleh sekumpulan wanita yang menjadi subjek kajian itu, katanya.

Tidak perlu saiz besar

Pengkaji itu menyebut, fantasi ke atas saiz yang besar berpunca daripada pengaruh pornografi.
Menurut mereka, fantasi tidak perlu menjadi realiti kerana ia ibarat mengharapkan semua wanita adalah seksi.

Harapan terlalu tinggi

Wanita akan kecewa jika berharap agar lelaki yang mempunyai alat sulit besar mempunyai prestasi luar biasa di ranjang.

Seks bukan hanya untuk penetrasi

Menurut mereka, hanya 25 peratus wanita mampu mencapai orgasme menerusi rangsangan faraj.
Justeru, wanita kebiasaannya memerlukan rangsangan lain untuk memperolehi rangsangan di luar faraj.

Saiz besar akan menyakitkan

Bukan semua perempuan mahu mengadakan hubungan badan dengan lelaki yang beralat sulit besar.
Mereka memberi amaran, ia akan menyebabkan golongan wanita akan berasa sakit.
Pilihan berkurangan

Kajian menunjukkan saiz purata alat sulit apabila tegang adalah di antara 5.1 dan 5.9 inci.

Golongan wanita akan hilang peluang untuk bertemu lebih ramai lelaki jika mengkhususkan untuk mengadakan hubungan badan dengan pasangan yang mempunyai alat sulit bersaiz sembilan inci ke atas sahaja.

Malaysiakini.

Apa jadi bila selfie 'difatwakan' haram?

Posted: 31 Jan 2015 04:45 AM PST

 
 
Seorang penulis, jurumotivasi dan personaliti Indonesia mencetuskan kontroversi apabila mengisytiharkan selfie sebagai haram.

Natijahnya, beliau diejek dengan kebanjiran selfie dari wanita-wanita berhijab Indonesia di Twitter dan Instagram susulan pengumuman itu menggunakan tanda pagar #Selfie4Siauw.

Felix Siauw, 30 tahun membuat perisytiharan itu dalam satu manifesto 17 perkara dan melabelkan mereka yang mengambil selfie sebagai tunduk kepada sikap "ujub, riak dan takbur".

"Apabila kita selfie lalu dimuat naik di media sosial, dan berharap dikomen, di-like, di-view atau lain-lain, kita sudah masuk perangkap riak," tulis beliau di akaunnya pada 19 Januari lalu.

Siauw mempunyai lebih 1.1 juta pengikut di akaun Twitter dan menyifatkan dirinya sebagai "pengembang dakwah, bersama mereka yang menegakkan syariah khalifah, dan hamba yang sangat berharap diampuni Allah di hari pembalasan."


Malaysiakini

Guan Eng tak mahu jawab isu debat

Posted: 31 Jan 2015 04:00 AM PST


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang.

Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'

Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.

Sebelum itu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Pada khamis, setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.

Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.

- Bernama
KOMEN:  Kita hanya berdebat dengan Parti Lawan -  Contoh : UMNO/BN - Kalau datang dari komponen parti Pakatan Rakyat -  Kita hanya digalakkan untuk berbincang/mesyuarat. -  ZAR ALI

PKR Johor minta Zahid perjelas projek IPK

Posted: 31 Jan 2015 03:15 AM PST

 
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberi masa sehingga Rabu depan untuk menjelaskan mengenai projek pembinaan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor bernilai RM103 juta yang terbengkalai sejak 2010.

ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir berkata mereka akan mengemukakan pendedahan baru jika Zahid tidak membuat penjelasan dalam tempoh itu.

"Berdasarkan lawatan kami ke tapak projek, projek pembinaan tambahan ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Johor yang terletak di bandar Johor Bahru yang bermula sejak tahun 2010 masih terbangkalai," kata mereka dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, perkara itu dibangkitkan di dewan undangan negeri Johor dan pengumuman dibuat yang projek itu sepatutnya siap  pada Julai 2013.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof pada Jun lalu dilaporkan berkata kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan kerana masalah kewangan dan kualiti kerja.

Menurut Puah dan Akmal lagi, perkara tersebut menarik perhatian Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

"Malangnya PAC dan SPRM juga masih gagal untuk membentangkan sebarang maklumat berkenaan hasil siasatan mereka atau sekurang-kurangnya memberikan penjelasan mengapa projek pembinaan IPK Johor lewat dan sehingga kini masih terbengkalai," kenyataan mereka dipetik.

Puah dan Akmal menggesa Zahid sebagai menteri berkenaan menjawab soalan-soalan berikut:

1. Siapakah kontraktor yang bertanggungjawab yang menyebabkan projek ini gagal dan apakah kriteria pemilihan kontraktor?

2. Apakah status terkini pembinaan? Bilakah projek ini dijangka akan siap?

3. Apakah tindakan yang dikenakan dan akan dikenakan kepada kontraktor tersebut yang gagal memenuhi syarat kontrak iaitu menyiapkan projek menjelang Julai 2013?

4. Adakah terdapat projek-projek pembinaan untuk kontinjen polis di tempat lain yang turut mengalami kelewatan atau terbengkalai?

5. Apakah kesan kelewatan projek ini terhadap tugasan dan kelancaran kontinjen polis Johor?

"Jika gagal memberi respon atau jawapan yang memuaskan sebelum Rabu ini, kami tiada pilihan melainkan untuk tampil dengan pendedahan yang berikutnya," kata mereka lagi.


Malaysiakini
 

MASALAH DALAMAN PAS PUNCA HARAKAH JATUH..!!

Posted: 31 Jan 2015 02:30 AM PST

  
 
 
Bekas Pengarang Harakah, Datuk Tarmizi Md Jam mendakwa punca sebenar kejatuhan jualan akhbar Harakah adalah disebabkan masalah dalaman parti yang terlalu banyak.

 "Masalah merudum penjualan akhbar Harakah bukan disebabkan akhbar tersebut tidak laku tetapi puncanya adalah disebabkan segelintir pemimpin PAS yang terlalu banyak krisis sehingga gagal menyelesaikanya," katanya pada program 'Harakah dalam bahaya' dan pendedahan mengapa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mesti berundur.

 Menurut beliau, dakwaan penjualan Harakah yang merupakan lidah rasmi parti merudum berpunca daripada kegagalan Ketua Pengaranganya, Ahmad Lutfi Othman seperti yang didakwa Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pihak majikan "adalah tidak benar sama sekali malah kami dijadikan kambing hitam."

 Sebaliknya Tarnizi mendakwa, punca sebenar masalah ialah ramai anak muda yang menolak PAS serta sikap permusuhan parti dengan PKR dan DAP.

 "Kalau menguruskan Harakah berdasarkan pada Islam tidak ada masalah, kita selamat, tetapi apa yang berlaku sekarang walaupaun berada dalam organisasi Islam kami rasa tidak selamat.

 "Malah ada pemimpin PAS yang ingin berbaik dengan UMNO cuba memburukkan Harakah, ini bukti bahawa mereka busuk hati dan menjadi penyebab jatuhnya jualan Harakah ," katanya.

 Pada masa sama Tarmizi menjelaskan, apabila berlakukan krisis antara PAS dengan rakan komponan dalam Pakatan Rakyat (PR) yang lain menyebab wartawan Harakah berada dalam tekanan dan dilanda dilemma untuk membuat laporan.

 "Kami dalam editorial berada dalam dilemma untuk menyiarkan berita apa. Sebagai contoh kalau nak siarkan berita Presiden PAS bantah pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan kita tidak berpisah dengan PR dan bersama dalam misi memperkukuhkan PR.

 "Apa kita nak lapor dalam Harakah, kalau salah lapor akan bertentangan dengan dasar PR," ujarnya. Sehubungan itu, beliau menggesa supaya pihak pengurusan Harakah lebih profesional dan membuat setiap keputusan berdasarkan perjuangan Islam seperti yang diperjuangkan parti dengan menjaga kebajikan pekerja, bukannya bertindak sesuka hati.


 Tarmizi juga mendesak Mustafa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Harakah agar akhbar tersebut terus maju ke hadapan demi memperkukuhkan PAS serta menguatkan lagi perjuangan PR. ~ sumber
 
 
 

Bantuan Kepada Mangsa Banjir Dirompak ??

Posted: 31 Jan 2015 01:45 AM PST



Setan celaka! Sebenarnya setan macam ni ada di mana-mana Kat kampung saya tu khabarnya siap pergi jual kat kedai runcit lagi.

Ada juga sampai diusung sehingga lima buah dapur bantuan siap dengan tong gas satu keluarga!

Sedihnya yang malang macam ni pun ada Bantuan mangsa banjir orang asli di Kelantan didakwa 'dirompak' OLEH MOHD FARHAN DARWIS.

Published: 31 January 2015

Sukarelawan Dr Betty Teh menjelaskan penggunaan ubat kepada wakil Orang Asli Temiar di Kampung Depak, Awir Awie semasa konvoi bantuan mangsa banjir semalam.

Ketika Putrajaya membelanjakan hampir RM800 juta untuk membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara, terdapat beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kesulitan mangsa banjir.

Timbul dakwaan barangan keperluan makanan yang sepatutnya diagihkan kepada mangsa banjir tidak diterima mereka seperti yang sepatutnya apabila sebahagian daripada sumbangan berkenaan "dilarikan" mereka yang tidak bertanggungjawab.

Antara insiden berkenaan termasuklah misi bantuan pasca banjir pertubuhan sivil ke perkampungan Orang Asli suku Temiar di kawasan Gua Musang, Kelantan semalam yang dicemari insiden "rompakan" apabila bantuan beras didakwa dilarikan pihak berkenaan.

Menurut jurucakap kumpulan sukarelawan tersebut, Siti Zabedah Kassim, seorang peguam hak asasi manusia daripada Majlis Peguam, lori dengan muatan 3 tan yang digunakan mengangkat barangan keperluan harian bagi diagihkan di sekitar 20 perkampungan orang asli di pedalaman negeri itu lesap bersama muatan mereka. Insiden berkenaan dipercayai berlaku ketika salah sebuah daripada 8 lori yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan harian seperti beras, gula, sardin, biskut, dan banyak lagi, bernilai lebih RM50,000, sumbangan daripada syarikat Allianz Malaysia dan individu persendirian, dari Kuala Lumpur ke Gua Musang tidak tiba seperti yang dijadualkan.

Beliau difahamkan oleh penduduk orang asli di Kampung Parek, 7 lori tiba di Gua Musang sekitar jam 12 tengah malam, dan ketika di kawasan perkampungan yang dijadikan pusat pengumpulan sebelum bekalan diagihkan ke kampung berdekatan kira-kira sejam kemudian, sebuah lori bersama muatan beras tiada di lokasi.

"Mereka memaklumkan saya sebuah lori tiada di Kampung Parek, sedangkan kesemua lori itu tiba di Gua Musang," kata Siti kepada The Malaysian Insider, di Kelantan.

Malah, beliau turut mendakwa, pemandu lori yang menghantar barangan makanan kepada penduduk orang asli tersebut turut mengambil sumbangan yang diberikan orang ramai atas alasan masyarakat orang asli berkenaan "sudah mempunyai banyak stok makanan".

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, penderma semua perlu pastikan barangan yang didermakan mereka sepatutnya tiba ke kawasan mangsa banjir," kata Siti, kepada The Malaysian Insider.

Malah, turut timbul dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menyimpan stok bantuan kepada mangsa banjir dan tidak mengagihkan bantuan makanan berkenaan kepada penduduk orang asli yang terjejas banjir. Banjir yang melanda negara pada penghujung Disember 2014 adalah antara yang terburuk apabila hampir 200,000 orang dilaporkan menjadi mangsa banjir.

Negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang antara kawasan terburuk terjejas akibat banjir apabila terdapat penduduk yang kehilangan kediaman mereka apabila rumah mereka dihanyutkan air deras.

Tinjauan The Malaysian Insider di lokasi perkampungan orang asli di pedalaman Gua Musang semalam juga mendapati kediaman mereka masih lagi terbiar dengan sebahagian daripada mereka kini mula membina pondok di kawasan bukit apabila kediaman mereka tidak lagi boleh digunakan.

Selain menggunakan khemah dan kanvas, mereka yang terjejas juga turut menggunakan buluh untuk membina pondok kediaman sementara menunggu kediaman mereka boleh diduduki semula.

Sukarelawan misi bantuan banjir juga terpaksa menggunakan kenderaan pacuan roda (4WD) dan helikopter untuk memasuki kawasan kampung terpencil kerana kemudahan jalan perhubungan terjejas akibat banjir.

Terdapat sebahagian kawasan perkampungan penduduk orang asli juga tidak mempunyai pilihan lain selain menantikan bantuan dan sumbangan makanan daripada pihak luar apabila sumber makanan dan tanaman mereka musnah dilanda banjir. –

31 Januari, 2015 Posted by mountdweller

Membujur lalu, Melintang Patah! - 10.2.2015 di Istana Kehakiman Putrajaya.

Posted: 31 Jan 2015 12:55 AM PST

AKHIRNYA NANTI KITA SEMUA AKAN TAHU KEBENARAN - SIAPA YANG MENGARAHKAN KEDUA POLIS MEMBUNUH ALTANTUYA !!

Posted: 30 Jan 2015 11:15 PM PST


Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar?

Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar? Peguam Americk Sidhu mempersoalkan mengapa penganalisis politik Abdul Razak Baginda melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.

Americk Sidhu yang menyediakan akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 berkata, Razak terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Americk berkata, Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.
"Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya," kata Americk dalam satu kenyataan eksklusif kepada The Malaysian Insider.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.

Americk berkata apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.

(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)

Americk berkata Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.

"Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 beliau merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?" soal Americk.

Petunjuk Baru Kes Pembunuhan Altantuya Terbongkar?

Katanya, Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.

"Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik," kata Americk.

Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.



Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.

Americk juga berkata Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.

Beliau berkata, apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.

Americk berkata Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.

"Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda?" soal Americk, merujuk kepada wawancara Razak dengan The Malaysian Insider apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut.

Americk juga menyebut tentang satu makan malam di sebuah restoran di Brickfields pada 13 Oktober 2006, yang diatur Bala supaya Razak boleh berjumpa seorang yang bernama ASP Suresh yang sepatutnya menguruskan penangkapan Altantuya.

Tetapi Suresh tidak hadir kerana beliau sendiri ditangkap Badan Pencegah Rasuah (namanya ketika itu) pada malam itu juga.

Ketika makan malam itu, Razak secara khusus memberitahu Bala dia mesti pastikan Altantuya tidak disakiti walau apa cara sekali pun, kata Americk.

"Tetapi Razak tidak sedar apa akan terjadi apabila beliau terlibat dengan Musa Safri dan Azilah. Adakah semua ini mengarut?" soalnya lagi, merujuk kepada bekas pegawai khas Najib Timbalan Superintenden Musa Safri dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.

Razak ketika wawancara itu tidak membesarkan kes jenayah itu, mengatakan dia tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya, tetapi menyatakan ramai yang mati dalam tahanan polis tanpa sebarang penjelasan.

Beliau dibebaskan daripada bersubahat dalam pembunuhan tahun 2006 itu tetapi dua bekas komando polis, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan pusingan terakhir bulan ini.

"Hanya 2 anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," penganalisis politik itu memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya mengenai motif pembunuhan itu.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia sedang memohon agar dia diekstradisikan.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Musa kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu. ~malaysian insider