Jumaat, 30 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anak Sulung Awie Dakwa Rozana Misbun Menipu, Dedah Perkara Sebenar

Posted: 30 Jan 2015 10:30 PM PST

 
Anak sulung penyanyi rock terkenal Awie, Puteri Aleeya Antasha baru-baru ini telah mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu kepada media.

Aleeya telah memuat naik status di akaun peribadi Facebooknya baru-baru ini dan telah meluahkan rasa kesalnya terhadap 'penipuan' dilakukan Rozana.

Status tersebut turut dikongsi Aleeya di akaun Istagramnya dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikutnya.

Menurut Aleeya, kenyataan Rozana (seperti yang dipetik dari sebuah portal hiburan), boleh dianggap mengarut kerana ia adalah pembohongan semata-mata.

Antara yang didakwa Aleeya ialah, selama ini ayah dan ibu saudaranya yang akan memastikan dia dan adik-adiknya tidur mengikut waktu, termasuk memastikan alat-alat atau barang barang persekolahan semuanya lengkap.

Aleeya berkata, dia sanggup menjadi saksi di mahkamah sekiranya perlu kerana ayahnya tidak bersalah seperti yang 'dicanang' Rozana.

Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie, hasil perkongsian hidup bersama penyanyi dan pelakon Arni Nazira.

Di bawah Astro Gempak kongsikan status yang ditulis Aleeya di FBnya beberapa hari lalu:




 

AZIZ DESA TERLANTAR DIHOSPITAL

Posted: 30 Jan 2015 09:45 PM PST

Bekas wartawan Berita Harian (BH) dan bekas pengacara TV3, Aziz Desa kini terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.



Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, dimasukkan ke hospital berkenaan kali kedua sejak dua hari lalu selepas pengsan di rumah adiknya di Kampung Bayas, di sini.

Ketika ditemui, Aziz berkata, doktor mengesahkan masalah buah pinggangnya pada tahap serius dan sedang menunggu ujian darah sebelum menjalani proses heamodialisis dalam tempoh terdekat.

[VIDEO] Kerajaan Kalah Dalam Saman Terhadap BERS✓H

Posted: 30 Jan 2015 09:00 PM PST

 


 

Mahkamah tolak saman Putrajaya atas himpunan Bersih 2012

Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman ganti rugi kerajaan persekutuan terhadap kumpulan reformasi pilihan raya Bersih bagi kerosakan harta benda semasa perhimpunan pada April 2012 di Kuala Lumpur, mengatakan Putrajaya tidak dapat membuktikan "balance of probability" (kebarangkalian yang munasabah).
Hakim John Louis O' Hara mengumumkan keputusan itu dalam satu penghakiman lisan hari ini.

Pada Mei 2012, Putrajaya mengambil langkah yang tidak pernah dibuat sebelum ini dengan menyaman pengerusi bersama Bersih ketika itu, Datuk Ambiga Sreenivasan, dan ahli jawatankuasa pemandu kumpulan itu, sebagai penganjur perhimpunan, menuntut ganti rugi sebanyak RM122,000.

"Plaintif (kerajaan) mengatakan, defendan gagal menjalankan tanggungjawab berkanun mereka apabila perhimpunan itu menjadi hilang kawalan dan bertukar menjadi rusuhan, menyebabkan kerosakan kepada kenderaan, kebanyakannya milik polis dan membabitkan kos pembaikan berjumlah RM122,000," menurut tuntutan itu.

Kerajaan memfailkan saman terhadap Ambiga di bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang menyatakan penganjur perlu "memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar".

Tetapi pada Jun 2012, Ambiga memfailkan saman balas terhadap Putrajaya, mendakwa kerajaan melanggar hak perlembagaan beliau.

Antara lain, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, PAA bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Seksyen 6 yang katanya membataskan haknya terhadap kebebasan berhimpun.

O'Hara juga membenarkan tuntutan tangkapan tidak sah, penahanan dan serangan oleh polis terhadap Wong Chin Huat, salah seorang ahli jawatankuasa pemandu, dan mengarahkan beliau dibayar RM21,000 sebagai ganti rugi.

Hakim juga mengarahkan beliau Wong dibayar RM30,000 sebagai kos.


Beliau juga menolak tuntutan Putrajaya untuk satu deklarasi yang sebagai penganjur perhimpunan, Bersih mesti bertanggungjawab terhadap kerosakan harta benda awam, termasuk kenderaan polis.

"Adalah jelas pada pandangan mahkamah ini yang kerosakan berlaku hanya selepas Ambiga membatalkan perhimpunan tersebut.

"Tambahan pula, tiada bukti yang membolehkan mahkamah berpuas hati yang kerosakan yang berlaku adalah disebabkan peserta perhimpunan yang sah atau dilakukan ejen bebas," katanya.

Ambiga kemudian memberitahu pemberita, hakim membuat beberapa komen yang signifikan mengenai tingkahlaku polis.

"Ini keadilan bagi Bersih dan hak rakyat untuk berhimpun, dan ini hari yang sangat positif bagi Malaysia. Saya harap kerajaan tidak memfailkan rayuan," katanya.

"Saya rasa hakim itu sudah menyatakan dengan jelas, apa saja keadaan, kerajaan perlu membuktikan kesnya terhadap individu-individu tertentu itu."

Beliau juga mengulangi kenyataan yang Bersih tidak pernah menyokong keganasan.

Wong berkata pampasan yang diterimanya sangat bermakna kepada semua peserta perhimpunan aman kerana anggota polis menjadikan modus operandi mereka untuk tidak memakai tag nama dan nombor mereka.

"Tetapi saman ini menunjukkan apabila saya dibelasah polis, mereka tidak terlepas daripada bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata keputusan itu juga bermakna polis sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

"Mereka mempunyai tanggungjawab, dan dalam kes saya, pegawai polis itu tidak memberitahu saya mengikut undang-undang mengapa saya ditangkap dan ditahan," katanya.

Katanya wang RM21,000 itu akan diberi kepada satu dana kebebasan yang ditubuhkan Naib Pengerusi Bersih Thomas Fann bagi menyokong mana-mana rakyat Malaysia yang menghadapi masalah menjalankan hak perlembagaan mereka.




Akan terus berdemonstasi di jalan – Maria Chin

KUALA LUMPUR: Ekoran penolakan tuntutan saman pihak kerajaan Malaysia terhadap Pengerusi BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan 14 jawatankuasa penganjur, Aktivis Maria Chin Abdullah menyatakan akan terus berhimpun di jalanan.

Baginya, keputusan Mahkmah ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berdemonstrasi di jalanan. "Kami akan teruskan untuk berhimpun di jalanan kerana itu adalah hak kami, dan kami akan terus berjuang bagi memastikan Pilihanraya Umum berjalan dengan bersih," katanya sewaktu ditemui pemberita di luar mahkamah.

Pada masa sama, Maria turut mengharapkan agar kerajaan tidak mengemukakan rayuan kerana ia akan lebih membazirkan wang, masa dan tenaga rakyat.

"Sudah terjamin di dalam Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan adalah tidak perlu untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas perkara ini.

"Jika kerajaan membenarkan perhimpunan ini dilakukan, pastinya tidak ada kemusnahan harta awam dan pastinya juga kami tidak ada di sini," katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga turut menyatakan bahawa Bersih sendiri tidak pernah menyokong keganasan.

"Mereka yang melakukan keganasan harus bertanggungjawab di atas keganasan yang dilakukan," ujarnya. Selain itu, defenden ketujuh, Dr Wong Chin Huat yang menerim wang ganti rugi bersyukur dengan jumlah ganti rugi sebanyak RM51,000 yang diterimanya.

Beliau sebelum ini telah dipukul oleh pihak polis pada perhimpunan itu, menyatakan wang tersebut akan didermakan.

"Duit ganti rugi itu saya akan dermakan kepada tabung kebebasan," ujarnya. -FMT


Kelab Greenboc

Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat -

Posted: 30 Jan 2015 08:00 PM PST

 

Waris MH370 Tarik balik deklarasi kematian penumpang pesawat - Waris MH370
SUBANG JAYA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat malang MH370 mahu deklarasi kesemua 239 penumpang yang diisytiharkan terkorban oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Khamis ditarik balik. 

Ia jelas dinyatakan Grace Subathirai, anak salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy yang melihat pengumuman itu tidak sah selagi tidak ada sebarang kesimpulan daripada misi pencarian pesawat malang berkenaan. 

"Seharusnya ditarik balik, mengapa DCA boleh mengumumkan perkara sedemikian pada saat pencarian masih belum selesai? 

"Saya kecewa dengan apa yang berlaku semalam, kami juga tidak dimaklumkan malah tidak diberitahu apa-apa sebelum keputusan mengadakan sidang media itu," katanya semasa sidang media khas waris MH370 di sini hari ini. 

Pada Khamis, DCA dengan rasminya mengisytiharkan bahawa kehilangan MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemua 239 penumpangnya dianggap terkorban. 

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. 

Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 rakyat Malaysia. Sementara itu, situasi sama berlaku di Beijing apabila ahli keluarga penumpang MH370 turut menolak deklarasi yang diumum DCA. 

Jurucakap Voice370 juga mendesak kerajaan Malaysia menarik semula kenyataan berkenaan yang disifatkan tidak boleh diumum tanpa sebarang bukti kukuh.

"Kami sudah memberitahu sebelum ini dan hari ini kami mengulanginya kembali, kami bersedia untuk semua kemungkinan termasuk kehilangan anggota keluarga di dalam MH370. 

"Namun kami tidak mahu pengumuman kematian ahli keluarga yang berada di dalam pesawat MH370 tanpa sebarang bukti yang kukuh," katanya. 

Jurucakap itu turut memberitahu, kuasa mereka dilihat terlalu terbatas berbanding kerajaan, namun berharap suara mereka didengari dan dipertimbang pihak berkuasa. 

"Kami merayu kerajaan Malaysia, China dan Australia agar misi mencari diteruskan. "Kami meminta agensi lain seperti Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) turut membantu dan meyakinkan misi mencari harus diteruskan sehingga pesawat itu ditemui semula," jelasnya.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

NAJIB - KINI SEBAGAI LIABILITIES KEPADA NEGARA

Posted: 30 Jan 2015 07:30 PM PST


 Keadaan dan kemampuan seseorang penulis sama ada di akhbar, atau masa ini di media sosial sentiasa ada orang perhubungan antara seseorang personal dengan rakyat tak kira lah sama ada pemimpin itu dari sesebuah parti mau pun dari badan-badan kesukarelaan NGOs. 

Apa yang terjadi pergesaran masa kini adalah antara laskar upahan. Lahirnya mereka ini apabila PM menyebut ada kalangan penulis blog dari UMNO seperti makan gaji buta atau pun ada kalangan mereka yang betindak seperti makan gaji buta, tikam dari belakang.


Pergesaran dua tentera ( laskar ) ini antara yang mengampu Najib dan ada yang bersedia untuk membetulkan kesilapan yang di lakukan Najib. Bagi A Kadir Jasin ( gambar ), Najib termakan dengan kebodohan laskarnya, mereka tidak lansung memberikan ingatan apa yang di lakukan oleh Najib. 
 
Kadir menggelarkan mereka sebagai " askar hingusan ", askar ini berdepan dengan team Kadir sendiri, Kadir menggelarkan diri mereka sebagai " sekarung garam " 

Selepas Najib sendiri memaklumkan beliau ditipu oleh " kumpulan hingusan ", bagi pengamal media dan pengundi sudah mengetahui kedudukan, mereka juga tahu peranan " laskar Hingusan ini menembak secara melulu dan mereka sedang berdepan dengan c4 yang di lontar sendiri oleh Kadir Jasin.

Bagi Kadir "Kalau mereka kata mereka ada maklumat "juicy" (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka."
 
Kalau dalam bahasa penjajah "You Squeeze My Juice I'll Squeeze Yours".  Oooo....ini suatu kenyataan yang bahaya bagi parti UMNO". 
Pergeseran antara askar Najib dan A. kadir jasin memeperlihat dan mengesahkan Najib kini sedang mengendong " liabilties ", terbaiknya liabilities yang dikendong oleh Najib tidak di ketahui sejauh mana keburukanya jika di bandinkan dengan DSAI, Mustapha Ali atau Abang Mat Sabu.
Apa yang anehnya, tulisan Kadir dapat menyerlahkan " kehitaman " yang kini sedang di kendong oleh Najib. Najib juga tidak " bersih " Hakikatnya beliau semakin hari menyerlahkan " carried forward liabilities " . Kini Najib lebih menakutkan dengan liabilities tambahan masa kini, kerana ianya di bawa dan di dedahkan sendiri oleh orang dalam dan bukan pembangkang.

Selain dari Laskar Siber Hingusan, Najib harus sedar sejak dari mula beliau mengambil alih jawatan PM sehingga hari ini terlalu ramai personaliti yang berpenyakit dikaitkan dengan peribadi beliau dan isteri beliau. 
 
Mereka yang berpenyakit seperti Abdul Razak Baginda (kes pembunuhan Altantuya ) Daniyar Nazarbayev (menantu Najib di Universiti Colombia), Riza Aziz (anak tiri Najib berhubung isu pembelian RM110 juta Penthouse di  New York dan pembiayaan $100juta filem Wolf of Wall Street, ), Deepak Jaikishan (pembekal karpet), Nazifuddin Najib (penguasaan saham Harvest Court Industries Bhd). 
 
Manakala semua ini merupakan isu peribadi beliau dan isteri beliau bukannya isu parti. 
 
Ramai yang berpendapat yang sebenarnya kumpulan siber hingusan Najib ini sedang menjolok sarang tebuan cuma tebuannya saja yang belum keluar.  
 
 

Matinya Mereka Tidak Menyokong UMNO ?

Posted: 30 Jan 2015 07:00 PM PST

Mereka bertiga pemimpin Umno.Tapi diakhir perjuangan menentang UMNO dan mati bukan dalam Umno.Pelik tapi benar.Mengapa ini terjadi.Kini Umno tidak relevan dijadikan pembela ugama dan Bangsa.Parti ini kian terasing dimamah usia.Sayangilah perjuangan sisihkan diri dari umno....

Mereka bertiga pemimpin Umno.Tapi diakhir perjuangan menentang UMNO dan mati bukan dalam Umno.Pelik tapi benar.

Mengapa ini terjadi.Kini Umno tidak relevan dijadikan pembela ugama dan Bangsa.Parti ini kian terasing dimamah usia.

Sayangilah perjuangan sisihkan diri dari umno....

Azmin diingatkan supaya jangan jadi Khalid Kedua.. - MalaysiaGazette

Posted: 30 Jan 2015 06:30 PM PST

Seorang kolumnis Kwongwah Yitpoh yang menggunakan nama pena Huyidao meluahkan rasa terkejutnya apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba-tiba mengingatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya tidak menjadi Khalid kedua (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dalam satu majlis pada 10 Januari.

Menurut kolumnis itu, dalam majlis anjuran DAP Serdang itu, Azmin yang disenaraikan sebagai tetamu tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.

Katanya, Guan Eng dalam ucapannya tiba-tiba mengingatkan supaya sikap Azmin jangan-jangan sekali bertukar seperti Khalid kedua kerana DAP tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kritikan.

"Dalam kata lain, sekiranya Azmin menjadi Khalid kedua, maka DAP tidak akan teragak-agak untuk 'membuka serangan' ke atasnya," tulisnya.

Menurut kolumnis itu, DAP merupakan parti yang mula-mula mengucapkan tahniah apabila Azmin dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi isu pengagihan jawatan dikatakan menyebabkan DAP kini memberi peringatan kepada Azmin.

"Semasa 2013, Abdul Khalid dikhabarkan telah mengubah formula Exco yang dipersetujui kepada DAP (3+1 Speaker) dan Pas (4). DAP amat tidak puas hati pada masa itu.

"Apabila PKR dilanda krisis Menteri Besar, DAP membuka serangan penuh, adakah ini disebabkan kesan pengagihan jawatan sebelum ini?" tanya kolumnis itu.

Ketika era Azmin pula, DAP dikhabarkan pernah meminta supaya parti itu mendapat empat jawatan Exco tetapi malangnya hasrat itu tidak direstui Azmin.

"DAP seterusnya meminta jawatan Timbalan Speaker, tetapi jawatan yang dijanjikan Azmin itu akhirnya diberi kepada Pas."

Kata kolumnis itu lagi, DAP yang gagal mendapat jawatan Exco dan Timbalan Speaker akhirnya memperjuangkan pertambahan jawatan dalam kerajaan tempatan, tetapi sekali lagi tidak kesampaian.

"Ada khabar angin bahawa akar umbi PKR menentang usul DAP, menyebabkan akhirnya Azmin tidak menyerah kuota partinya kepada DAP."

Menurut Huyidao, Azmin sebelum ini merupakan calon Perdana Menteri yang sesuai untuk Pakatan Rakyat kerana beliau menjadi satu-satunya calon yang boleh mendapat sokongan DAP dan pada masa yang sama tidak dibantah Pas.

"Keadaan semasa Azmin bagaimanapun tidak baik. Jika gagal mengagihkan kuasa dengan baik, DAP mungkin akan membuka serangan terhadapnya.

"Jika Pakatan Rakyat berdepan kemelut dalaman, maka Barisan Nasional (BN) akan senyum dalam senyap. Sudah ada orang yang memuji Rafizi Ramli sebagai calon Perdana Menteri yang lebih baik berbanding Azmin." ~ 


MalaysiaGazette

PM arah siasat individu sabotaj ekonomi ??

Posted: 30 Jan 2015 06:00 PM PST




KUALA LUMPUR 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaan tentang kegiatan individu tertentu mensabotaj ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, bukti perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum tindakan sewajarnya diambil terhadap individu terbabit.

"Kita kena peroleh bukti terlebih dahulu seperti apa yang didakwa. Kita berharap badan kerajaan yang relevan akan ambil tindakan sewajarnya," kata­nya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) menyiasat individu-individu yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui urus niaga mata wang negara bagi menaja dan menjalankan operasi beberapa media baharu untuk melancarkan fitnah terhadap kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya perlu, kaedah pengawalan short position melalui mekanisme yang ada di negara ini dan turut diamalkan di Australia dalam mengawal urus niaga mata wang perlu dilaksanakan untuk membendung aktiviti berkenaan.

Katanya, kajian juga perlu dilakukan sama ada perbuatan sabo­taj itu boleh didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010 untuk memastikan pencegahannya lebih berkesan.

- utusan

PM, TPM cari formula terbaik selesai krisis MIC MALAYSIAKINI

Posted: 30 Jan 2015 05:30 PM PST


  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari formula terbaik dalam usaha menyelesaikan kemelut MIC.
  
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menarik perhatian bahawa MIC telah menerima saranannya supaya pihak bertelagah menghormati moratorium untuk sementara.
  
"MIC merupakan rakan kita yang penting dalam Barisan Nasional. Kita memerlukan sebuah MIC yang kukuh dan boleh bantu kita dalam semua aspek," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Najib yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
  
"Kita tengah tengok formula yang baik-baik," tegas Najib.
  
Perbezaan pendapat timbul dalam MIC berikutan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada Disember lalu supaya parti itu mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa pusat (CWC).
     
ROS mengarahkan pemilihan semula dilakukan susulan dakwaan wujud penyelewengan dan perbuatan salah laku yang melanggar perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan dalam pemilihan yang diadakan semasa perhimpunan agung parti itu di Melaka pada November 2013.-Bernama


Kami Semua Mangsa Permainan Politik – Razak Baginda

Posted: 30 Jan 2015 05:00 PM PST


PETALING JAYA: "Kami semua mangsa permainan politik," kata bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda mengenai insiden pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan isu pembelian kapal selam buatan Perancis.

Beliau menjelaskan, Altantuya tidak mempunyai kaitan dengan pembelian kapal selam Scorpene seperti yang didakwa dan dipercayai oleh orang ramai, dan menambah, dakwaan adanya wang komisen AS$500,000 adalah tidak benar.

Menurut beliau, Altantuya hanya meminta wang sebanyak AS$5,000 dan RM8,000 dan menyifatkan dakwaan wang komisen AS$500,000 sebagai "sesuatu yang baru".

Katanya, wanita Mongolia itu bukan penterjemah kerana dia tidak tahu langsung berbahasa Perancis dan "seluruh episod bahawa dia seorang penterjemah adalah lawak."

"Kami semua jatuh ke dalamnya (permainan politik). Ia adalah naratif sejak mula – pembunuhan, Najib (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak), Razak (Abdul Razak Baginda) dan urusan jual beli kapal selam," jelasnya dalam temuramah dengan portal berita The Malaysian Insider.

Beliau menambah, "Naratif ini disuapkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan setiap orang seperti sekawan kerbau, mengikut."

Mengenai dakwaan Altantuya seorang penterjemah, Razak menjelaskan, orang Perancis adalah sofistikated dan boleh berbahasa Inggeris dengan sangat baik.

Sehubungan itu beliau bertanya kenapa tidak ada pihak yang mahu mempersoalkan keperluan untuk mendapat seorang penterjemah bahasa Perancis keturunan Mongolia.

"Fikirkan ini. Jika saya mahukan seorang penterjemah, saya akan dapatkan penterjemah Perancis atau penterjemah British-Perancis. Kenapa perlu saya mahukan seorang Mongolia?

"Adakah dia pernah datang ke Perancis serta tinggal dan belajar bahasa Perancis? Tetapi semua orang percaya dia penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar. Tidak ada orang mempersoalkannya," ujarnya.

Beliau mengakui kedatangan Altantuya menemuinya dengan tujuan memeras ugut atas perkara yang bersifat peribadi dan hubungan mereka.

Katanya, pada peringkat awal beliau membayar wanita Mongolia itu sejumlah wang tetapi bertindak tidak mahu tunduk pada tekanan peras ugut sehingga menyebabkan Altantuya marah terhadapnya. - FMT

Perpaduan negara: Benarkah kerajaan tidak mahu?

Posted: 30 Jan 2015 04:30 PM PST

 Kerajaan pimpinan Umno tidak pernah mahukan perpaduan negara! oleh Ahmad Mustapha Hassan

SEKILAS PANDANG: Insiden jelik yang berlaku di Datuk Keramat pada 25 Januari lepas di tapak pembinaan kondominium Datum Jelatek adalah amat mengejutkan.

Ia menunjukkan tahap sikap tidak bertoleransi beberapa kumpulan orang Melayu. Ini berlaku kerana proses integrasi di kalangan pelbagai kaum tidak pernah dilaksanakan.

Rejim penjajah British sengaja memecahbelahkan rakyat supaya mereka boleh kekal memerintah negara ini. Mereka telah memberitahu pemimpin pelbagai kaum utama bahawa jika perpaduan tidak wujud, kemerdekaan tidak akan diberikan.

Oleh itu satu sebuah sementara telah ditubuhkan dengan Umno sebagai pemimpinnya, bersama-sama Persatuan Kaum Cina Malaya (MCA) dan Kongres Kaum India Malaya (MIC). Selepas kemerdekaan, Umno meneruskan agenda pro-Melayunya yang memecah-belahkan.

Ini adalah kesinambungan daripada dasar penjajahan British. Umno mencontohi apa yang British telah lakukan, kerana ini akan memastikan mereka kekal berkuasa. Tetapi kesan sampingan polisi ini bertukar menjadi bencana kepada negara dan rakyat.

Dua parti anggota perikatan yang dipimpin Umno terdiri terutamanya daripada kumpulan elit dan kapitalis. Mereka gembira dengan penerusan dasar British ini, kerana mereka juga untung.

Rakyat yang menderita dari segi ekonomi, politik dan sosial. Mereka kekal terpisah dari segi sosial dan ekonomi. Dasar-dasar berasaskan kaum adalah musuh utama sebarang usaha memupuk perpaduan. Agenda tindakan afirmatif mewujudkan lebih banyak perpecahan di kalangan rakyat. Ekonomi kekal terpisah.

Oleh itu, rakyat menjadi curiga terhadap satu sama lain sewaktu kekayaan di negara ini kekal di tangan mereka yang terlibat dalam usaha kapitalis. Kapitalisme telah diakui sebagai sebuah struktur ekonomi yang dikenali sebagai sistem yang kuat akan menang. Dalam bahasa yang mudah, tidak ada simpati akan ditunjukkan pencabar.

Oleh itu, dalam masyarakat Melayu, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan bersaing untuk memperoleh lebih banyak kekayaan bagi diri sendiri.

Mereka tidak akan bekerjasama dan mereka tidak akan membantu usahawan-usahawan tunas Melayu. Kerajaan sendiri terlibat dalam usaha kapitalis. Oleh itu perpecahan ini menjadi lebih teruk. Kerajaan hanya mewujudkan birokrat Melayu kelas perniagaan. Mereka menerajui syarikat-syarikat yang diterajui kerajaan.

Orang-orang seperti warga Datuk Keramat telah ketinggalan dari semua aktiviti ekonomi yang menguntungkan di negara ini. Jadi mereka mengundur ke dalam cengkerang kaum mereka dan tidak keluar menghadapi cabaran ekonomi dan menjadi kaya raya.

Dasar kerajaan yang mewujudkan sindrom kebergantungan telah membunuh semua semangat dan usaha oleh kumpulan etnik ini untuk memperbaiki dirinya. Mereka telah menjadi sangat keliru dan menentang bukan sahaja golongan mewah kaum Cina, tetapi juga orang-orang kaya Melayu.

Datuk Keramat telah dijadikan kerajaan yang dipimpin Umno ibarat Bedrock Malaysia, tempat dalam komik klasik Flintstones. Perpaduan tidak pernah menjadi wawasan Perikatan dan kerajaan BN yang diketuai Umno.

Posted by mountdweller


Kenyataan Mustafa terhadap Lim bersifat peribadi, kata Mat Sabu

Posted: 30 Jan 2015 04:30 PM PST

Beliau berkata sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan Mustafa itu tidak menjejaskan hubungan antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Perhubungan kami (PAS-DAP) baik dan PAS masih dalam pakatan. Kenyataan Mustafa itu adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian parti kerana kami tidak mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan dan Ekspo Halal Antarabangsa Pulau Pinang ke-6, di George Town, hari ini yang disempurnakan oleh Lim.

Pada Rabu, Mustafa dalam sidang akhbarnya dilapor membidas Lim, yang disifatkannya bercakap tidak benar sepenuhnya berkaitan isu pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.


Mustafa berkata kenyataan Lim yang juga setiausaha agung DAP yang mengatakan beliau (Mustafa) tidak membantah isu itu baru-baru ini, hanya pembohongan semata-mata.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata tindakan DAP yang memperjuangkan pilihan raya kerajaan tempatan boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.


Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, memutuskan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.


Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata kenyataan Mustafa itu juga tidak menimbulkan masalah yang besar kepada parti dan ia boleh diselesaikan dengan mudah.


Ditanya mengenai cadangan Mustafa yang mencabar Lim bersemuka dan berdebat secara terbuka, Mohamad berkata: "Itu kena tanya mereka yang berkenaan, saya tidak boleh bercakap bagi pihak Mustafa Ali atau Lim Guan Eng".


Sementara itu, usaha pemberita mendapatkan komen Lim sejak semalam berhubung perkara itu gagal apabila ketua menteri itu hari ini sekali lagi menyatakan tidak ada sidang akhbar daripada beliau ~ 



The Malaysian Insider


Balas Tweet Najib Mengenai MH370, Pengguna Twitter Disiasat Polis

Posted: 30 Jan 2015 08:15 AM PST

 

Dek kerana satu tweet yang mendakwa kehilangan pesawat MAS MH370 adalah satu konspirasi, seorang pengguna Twitter kini dalam siasatan pihak polis.

Akaun Twitter yang menggunakan nama Fazel itu dipetik oleh ketua polis negara yang meminta pihak polis menjalankan siasatan apabila Fazel membalas satu tweet yang dimuat naik oleh akaun Twitter Perdana Menteri, Najib Razak.



Difahamkan, Fazel membalas tweet dari Perdana Menteri yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas MH370. Fazel menyatakan kemalangan Mh370 sebagai satu konspirasi, bukannya satu kemalangan.

"@NajibRazak jibjib..it's not an accident, it's a conspiracy", tulis Fazel dalam ruangan komen Tweet Najib Razak.

Menyedari perbuatan pengguna Twitter terbabit, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar kemudian menulis di Tweetnya, meminta agar PCIRC atau polis siber Malaysia menyiasat pengguna akaun Twitter terbabit"

"PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini," kata Khalid.

Bersama tweet itu, Khalid juga turut menyertakan keratan gambar 'screenshot' yang memaparkan pengguna Twitter tersebut membalas tweet Najib Razak.

Semalam, kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan MH370 sebagai kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal dianggapo terkorban.

- Siakapkeli.com.my





Inilah akibatnya apabila budaya ugut dan fitnah menjadi darah daging 'UMNO'...

Posted: 30 Jan 2015 07:45 AM PST

VIDEO - Anwar: Pakatan tak berpecah sekalipun saya dipenjara

Posted: 30 Jan 2015 07:15 AM PST


Jumaat, 30 Januari 2015 Anwar: Pakatan tak berpecah sekalipun saya dipenjara

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Jumaat, 30 Januari 2015 Anwar: Pakatan tak berpecah sekalipun saya dipenjara

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Mahkamah tolak tuntutan k'jaan terhadap BERSIH

Posted: 30 Jan 2015 06:45 AM PST

 
 
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) adalah sah tetapi menolak tuntutan kerajaan terhadap kerosakan yang didakwa dilakukan semasa perhimpunan BERSIH tiga tahun lalu.

Mahkamah yang bersidang di Kuala Lumpur itu membuat keputusan tersebut dalam kes tuntutan kerajaan terhadap bekas pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan dan 14 ahli jawatankuasa pemandu gerakan pembaharuan pilihan raya itu.

Kerajaan telah memfailkan tuntutan untuk mendapatkan kos kerosakan yang didakwa berlaku berjumlah RM122,000 untuk membaik pulih kenderaan polis yang musnah semasa perhimpunan itu, kos-kos lain, faedah dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Setiap ahli jawatankuasa pemandu BERSIH juga tealah memfailkan tuntutan balas untuk mencabar kesahan Seksyen 6 (2) (g) Akta tersebut.

Peruntukan ini adalah mengenai tanggungjawab penganjur dalam memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan harta atau alam sekitar.

Inilah cabaran kedua terhadap kesahan pelbagai peruntukan dalam Akta itu, berikut keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes bekas Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad yang memohon untuk mengisytiharkan Seksyen 9 (5) Akta tersebut tidak sah.

Seksyen 9 (5) adalah hukuman untuk tidak memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan. Seksyen itu telah pun diisytiharkan tidak sah.
 
 
Malaysiakini

'Tiba masanya warga KL tadbir sendiri'

Posted: 30 Jan 2015 06:00 AM PST

 1
Pengerusi NGO BERTINDAK, Ishak Surin berkata sudah tiba masanya warga Bandar Raya Kuala Lumpur mentadbir ibu kota itu sendiri.

Katanya, sudah 65 tahun warga ini dinafikan hak untuk memilih wakil mereka dalam pilihan raya kerajaan tempatan.

"Kita nak tadbir ibu kota kita sendiri, kita tolak pentadbiran buli rakyat," katanya dalam sidang media di majlis perasmian NGO tersebut pagi ini.

Beliau yang turut mengetuai PAS kawasan Batu menjelaskan bahawa BERTINDAK merupakan gabungan NGO yang bekerjasama untuk menuntut agar pilihan raya PBT dilaksanakan semula di Kuala Lumpur.

Gabungan itu antara lainnya menghimpunkan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, Persatuan Anak-anak Melayu Selangor/Wilayah Persekutuan dan Badan Bertindak Kampung Railway Sentul.

Ishak Surin berkata kebanyakan ibu kota utama di negara lain sudahpun ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat setempatnya, seperti di Manila, Ho Chih Min, Jakarta dan Taipei.

"Maka, kita nak rakyat Kuala Lumpur dapat mentadbir dan mengurus bandar raya Kuala Lumpur," katanya.

Katanya juga, pilihan raya tempat tidak bercanggah dengan Perlembagaan kerana hak bersuara, berhimpun mahupun memilih wakil adalah termaktub dalam Perlembagaan.

Sebagai langkah susulan, BERTINDAK berkunjung ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 6 Februari jam 10.30 pagi untuk menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar.

"Kami juga akan mengadakan simulasi pilihan raya tempatan Kuala Lumpur pada tahun 2016," jelasnya.
Malaysiakini

Rafizi: RON95 sepatutnya RM1.62 seliter pada Feb

Posted: 30 Jan 2015 05:15 AM PST


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata Putrajaya sepatutnya menetapkan harga seliter petrol RON95 pada kadar RM1.62 bagi bulan Februari.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Rafizi berkata, angka ini akan mencerminkan harga pasaran purata petrol RON95 di Malaysia, seperti yang ditentukan oleh MOPS (Mean of Platts Singapore)

Katanya, jika subsidi dipulihkan, seperti yang digesa oleh PKR, maka harga akan hanya menjadi RM1.32 seliter.

Terdapat spekulasi bahawa harga minyak akan diturunkan pada 1 Februari, selaras dengan kejatuhan harga minyak mentah.

Sumber dalaman industri memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menjangka Putrajaya akan menambat RON95 pada harga RM1.63 seliter dan diesel RM1.62 seliter.

Putrajaya telah memansuhkan subsidi petrol dan diesel bulan lalu selepas harga minyak mentah mencecah paras paling rendah dalam rekod. Satu mekanisma harga "apungan terurus" kemudiannya diperkenalkan.

Pada masa ini, harga seliter RON95 ialah RM1.91 manakala diesel dijual pada harga RM1.93 seliter.
 
 
Malaysiakini

Rupanya Bukan Kapten Ariyanto Yang Pandu Pesawat Air Asia QZ8501 Sebelum Terhempas

Posted: 30 Jan 2015 04:30 AM PST

 
Pembantu juruterbang didakwa mengambil alih kawalan pesawat QZ8501 sebelum ia terhempas ke dalam Laut Jawa pada bulan lalu, menurut Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC), semalam. 

Laporan NTSC menyebut Remi-Emmanuel Plesel cuba untuk mengelakkan cuaca buruk dan tindakannya itu turut dipantau oleh Kapten Iriyanto.

Ketua penyiasat agensi itu, Mardjono Siswosuwarno berkata, pesawat terbabit mengambil masa selama kira-kira tiga minit sebelum ia terjunam ke dalam laut. 

"Perakam data penerbangan memberi gambaran yang cukup jelas mengenai apa yang berlaku terhadap QZ8501 pada saat-saat akhir sebelum nahas itu berlaku. 

"Pesawat yang membawa 162 penumpang itu disahkan berada dalam keadaan baik sebelum ia berlepas dari Singapura pada 28 Disember lalu," jelasnya. 

Menurutnya lagi, pesawat terbabit juga terbang pada ketinggian yang stabil dan had berat dibenarkan, namun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenai punca nahas tersebut menurut laporan AFP.

French co-pilot flying AirAsia jet before crash: Investigators 
JAKARTA: The French co-pilot was at the controls of an AirAsia plane when it crashed into the sea last month after flying through an area of towering clouds, killing all 162 people on board, investigators said Thursday.  
The announcement came as fishermen found two more bodies from the crash in waters off Sulawesi island in central Indonesia, around 1,000 kilometres (600 miles) from where the plane crashed, a search and rescue official said.  
Flight QZ8501 went down in stormy weather on December 28 in the Java Sea during what was supposed to be a short trip from the Indonesian city of Surabaya to Singapore. Only 72 bodies have so far been recovered.  
On Thursday, Indonesia's National Transportation Safety Committee, which has been analysing the plane's black boxes, said that prior to the crash, the aircraft had climbed fast in an area packed with cumulonimbus — huge clouds that pilots try to avoid.  
They also revealed that the Airbus A320-200′s less experienced French co-pilot, Remi Plesel, was flying the plane when it went down, rather than Captain Iriyanto, a former fighter pilot who had around 20,000 hours of flying time.  
"The second-in-command was the pilot flying," chief investigator Mardjono Siswosuwarno told reporters in Jakarta, disclosing details from a preliminary report into the crash.  
He said the captain sat on the left and acted as "the monitoring pilot".  
Gerry Soejatman, a Jakarta-based independent aviation analyst, said that while there was nothing unusual about the co-pilot being at the controls, the question was whether the captain took the right decision when the plane got into trouble.  
"The captain has a choice whether to let the co-pilot continue flying and he does the trouble-shooting, or he takes control of the aircraft and allows the co-pilot to do the trouble-shooting," he told AFP.  
He said it would not be clear whether the pilot made the right choice until more analysis of the plane's black boxes — the flight data recorder and the cockpit voice recorder — had been conducted and made public.  
Sharp climb Investigators' comments that the plane climbed sharply before crashing echoed those made by Transport Minister Ignasius Jonan last week.  
In 30 seconds, it rose from 32,000 feet to 37,400 feet, then dipped to 32,000 feet, before descending for around three minutes when the black boxes stopped, said investigator Ertata Lananggalih.  
They also said the plane's stall alarms were going off for four minutes before the crash. 
Siswosuwarno said that the plane was in good condition, and that its crew all held the correct, up-to-date licences.  
The committee revealed new details of their investigation after completing the preliminary report. They have handed the report The transport commmitee also said the cumulonimbus clouds in the area reached heights of up to 44,000 feet at the time of the crash, although they declined to say whether the plane had flown directly into them.to the UN's International Civil Aviation Organization, but the whole report was not made public.  
However, investigators said they hope to complete a final report in seven to eight months, which will be released.  
The military, which has provided most personnel and equipment for the hunt, withdrew from the search this week, saying that it could find no more bodies in the jet's main section. The navy had also repeatedly failed to lift the badly damaged fuselage.  
Indonesia's civilian search and rescue agency is continuing the hunt for victims, but on a smaller scale. ~AFP

Addin

PEROGOL BERSIRI HANYA MEMILIH NEREKA YANG BERUSIA

Posted: 30 Jan 2015 03:45 AM PST

Ancaman perogol bersiri yang mengganas di wilayah Nakhon Pathom menyebabkan golongan warga emas - yang kebiasaannya berasa lebih selamat - dibayangi ketakutan sentiasa.
Dalam kalangan wanita berusia 70-an, mereka sentiasa bimbang dan tertanya-tanya siapakah bakal menjadi mangsa perogol itu seterusnya.
Kebimbangan itu tercetus selepas polis - tanpa sebab yang jelas - memaklumkan suspek masih diburu walaupun media kelmarin melaporkan dia sudah ditangkap.



Peniaga buah-buahan di pasar Thana di Nakhon Chaisi, Sunant Thongtabtim berkata perogol terbabit mengganas dua kali di daerah itu baru-baru ini.
"Kejadian pertama berlaku Disember tahun lalu sebelum dia muncul lagi baru-baru ini," katanya.
Polis sebelum ini mendedahkan seorang lelaki diburu kerana merogol sekurang-kurangnya 12 wanita - kebanyakannya berusia 70-an - dan membunuh dua daripada mereka.
Kata polis, perogol itu mula mengganas sejak 2011.
Sebagai langkah pencegahan, polis mengedarkan lakaran wajah suspek di seluruh wilayah Nakhon Pathom.
Seorang sami, Manop Sapsaendee berkata, pihaknya didatangi ramai wanita warga emas yang mengadu ketakutan menjadi mangsa terbaru perogol terbabit.
"Kami meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan berisiko, terutama rumah di tepi terusan dan wanita warga emas yang tinggal bersendirian," katanya.
Penduduk Lan Tak Fa, Mon Sangbonnrue yang tinggal berhampiran rumah mangsa yang diserang Ahad lalu berkata, dia amat bimbang dengan keselamatan ibunya.
"Saya terpaksa membawa ibu ke tempat kerja walaupun dia sudah berusia 82 tahun," katanya.


Lantak HANGPA La......

Gambar Pistol Di Pinggang Timbalan Menteri Tersebar

Posted: 30 Jan 2015 03:00 AM PST

 

Satu gambar menunjukkan seorang timbalan menteri Datuk M Saravanan dengan satu senjata api tersentil di pinggang seluarnya menjadi perhatian meluas di Facebook hari ini.

Gambar berkenaan dirakam di luar ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu, yang menjadi tempat sidang media Saravanan.

Sidang media itu berlangsung dalam suasana yang dilaporkan tegang.

Sebelum sidang media itu, seramai kira-kira 20 orang individu yang didakwa diupah oleh pihak lawan Saravanan cuba menyekat beliau daripada memasuki bangunan berkenaan, yang menimbulkan kekecohan.

Gambar itu juga menunjukkan bahagian pemegang pistol yang diperbesarkan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Saravanan berkata beliau memiliki lesen untuk pistol jenis Glock itu dan tidak pernah mengacukannya kepada sesiapa.

"Saya membawa senjata api berlesen sejak 15 tahun lalu atas sebab keselamatan. Tiada apa masalah. Saya perbaharui lesen setiap tahun.

"Senjata itu biasanya disimpan di dalam kereta saya.

"Tetapi pada hari itu, ia berada dalam sarung dan saya percaya dalam kekecohan itu kot saya bergerak sedikit yang mendedahkan hulu pistol tersebut.

"Saya tidak mengacukannya kepada sesiapa," katanya.

Malaysiakini difahamkan bahawa polis akan berbincang dengan timbalan menteri itu berhubung cara beliau membawa senjata api tersebut.

Menurut polis, senjata api tersebut perlu dibawa dengan amat berhati-hati untuk mengelakkan keadaan berbahaya seperti diragut dalam pergelutan atau sebagainya.

- mkini

YB DS Muhammad Nizar Bekas MB Perak Tidak Mengaku Bersalah ?

Posted: 30 Jan 2015 02:15 AM PST

 
Mohammad Nizar minta dibicarakan Menyatakan sesuatu kepada peguam Hatim
Musa 

IPOH 30 JAN : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dua tahun lalu. 

Bersama Loyar Mohd Fitri Asmuni dan Amran Harun Salah seorang peguam Nizar, Fitri Asmuni ketika ditemui berkata, Mohammad Nizar didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9.00 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012. 

 
Bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, jelasnya lagi. Nizar tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. 

Hakim Norhayati binti Mat telah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan perbicaraan ditetapkan pada 06 Mac ini. 

 

Antara beberapa pimpinan PAS Perak yang bersolidariti dengan Mantan MB PR Perak Kelihatan dari kiri, Adun Sg Rapat Radzi Zainon, Pengarah DACS Perak, Salman Salleh , Adun Selinsing, Husin bin Din , Adun Gunung Semanggol, Ust Zawawi Abu Hasan dan YDP PAS Gopeng, Hj Rahim Mat Ariff. 

 

Sebelum ini, pada 13 Januari lalu, atas pertuduhan yang sama, Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Madihah Harullah telah melepaskannya tanpa membebaskannya apabila pertuduhan terhadap Adun Changkat Jering itu dilakukan tidak mengikut peruntukan Seksyen 131 Kanun Prosedur Jenayah, di mana aduan mestilah dibuat oleh 'orang yang terkilan' atau pendakwa raya. 



aL- Husseyn.
Friday, January 30, 2015 Mohammad Nizar minta dibicarakan Menyatakan sesuatu kepada peguam Hatim Musa IPOH 30 JAN : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini, atas pertuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dua tahun lalu. Bersama Loyar Mohd Fitri Asmuni dan Amran Harun Salah seorang peguam Nizar, Fitri Asmuni ketika ditemui berkata, Mohammad Nizar didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai antara jam 9.00 malam hingga 12 tengah malam di Taman Desa Pakatan pada 23 April 2012. Bersama isteri dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan, jelasnya lagi. Nizar tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Hakim Norhayati binti Mat telah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan perbicaraan ditetapkan pada 06 Mac ini. Antara beberapa pimpinan PAS Perak yang bersolidariti dengan Mantan MB PR Perak Kelihatan dari kiri, Adun Sg Rapat Radzi Zainon, Pengarah DACS Perak, Salman Salleh , Adun Selinsing, Husin bin Din , Adun Gunung Semanggol, Ust Zawawi Abu Hasan dan YDP PAS Gopeng, Hj Rahim Mat Ariff. Sebelum ini, pada 13 Januari lalu, atas pertuduhan yang sama, Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, Madihah Harullah telah melepaskannya tanpa membebaskannya apabila pertuduhan terhadap Adun Changkat Jering itu dilakukan tidak mengikut peruntukan Seksyen 131 Kanun Prosedur Jenayah, di mana aduan mestilah dibuat oleh 'orang yang terkilan' atau pendakwa raya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Haji Hadi Awang: "PAS SEDIA KELUAR PAKATAN"

Posted: 30 Jan 2015 01:30 AM PST


Betapa jauhnya hujah Hadi menyimpang daripada realiti politik semasa. Malah jauh menyimpang daripada dasar PAS sejak kepimpinan ulama mengambil alih parti itu.

Hujah menyeleweng

Sejak 1990an, kepimpinan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat menentang perkauman. Bagi Nik Aziz keimanan diutamakan. Islam didahulukan sebelum Melayu. Kerana itu Nik Aziz membenarkan salah seorang pemimpin PAS Kelantan berbangsa Cina Annuar Tan bertanding di DUN Kota Lama, Kota Bharu.

Bagaimanakah untuk menyesuaikan hujah Hadi bahawa pilihan raya majlis tempatan hanya akan menguntungkan Cina di bandar? Bukankah PAS juga menempatkan calon etnik Cina bertanding di kawasan Cina dan India di kawasan India dalam pilihan raya umum lalu?

Hujah Hadi menyeleweng daripada perjuangan parti itu apabila mahukan Datuk Bandar dilantik. Bukankah hujah yang sama dimainkan Umno untuk mengekalkan sistem lantikan terus majlis tempatan, iaitu bagi membolehkan orang Melayu menduduki kerusi Datuk Bandar di kawasan penduduk Cina.

Bagi PAS, sejak 20 tahun lalu mereka lebih senang menempatkan Cina atau India yang menjadi ahli parti atau ahli kelab penyokong untuk bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu kerana percaya hanya individu dari sesuatu kaum yang tahu adat resam dan buadaya kaum berkenaan.

Dasar sederhana yang diperkenalkan sejak era Presiden PAS Fadzil Noor memimpin parti itu kini mahu dijungkir balik oleh Hadi yang berfahaman ekstrem. Fahaman ini akan membawa PAS ke era 1970an. Iaitu keadaan selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Ketika itu, demi menyelamatkan Melayu, Yang Di Pertua PAS Asri Muda membawa parti itu bersekutu dengan BN. Persekutuan ini hanya bertahan selama kurang 7 tahun sebelum Umno menendang PAS dengan muslihat licik pada 1978.

Persekongkolan Umno-PAS atau percubaan ke arahnya amat ditentang keras oleh Nik Aziz, Yusof Rawa dan Fadzil Noor. Hal itu yang menyebabkan PAS dijenamakan semula pada 1980an sebagai parti yang mendahulukan Islam berbanding kaum. Perjuangan Islam juga dipakejkan dengan amalan pentadbiran telus, akauntabiliti dan efisen di Kelantan.

Namun dalam setahun ini, Hadi menghancurkan semua yang dibina oleh generasi terdahulu. Kepercayaan etnik Cina dan India kepada PAS diperolehi secara sangat sukar dengan penubuhan CCC pada era Fadzil Noor. Sehinggalah saga Anwar Ibrahim membantu PAS pada 1998.

Keadaan kembali merosot apabila Hadi mengisytihar negara Islam pada 2003 dan PAS kalah teruk pada PRU 2004. Cina dan India kembali mempercayai PAS apabila Anwar bangkit semula menjelang PRU 2008. Nik Aziz dijadikan jaminan PAS tidak akan menyeleweng.

Kini, PAS masuk ke zaman pasca Nik Aziz. Masyarakat berbilang kaum mengharapkan kepimpinan Hadi akan lebih baik, atau sekurang-kurangnya meneruskan apa yang telah diasaskan oleh Fadzil dan Nik Aziz. Malangnya PAS kembali ke era belum kenal gabungan politik. PAS mahukan pemerintahan yang hanya berpaksikan parti itu semata-mata. Hadi menggunakan terlalu banyak Majlis Syura Ulama ketika krisis perlantikan MB Selangor.

Lunas demokratik

Sedangkan majlis syura ini tidak digunakan untuk memveto keputusan pada zaman Fadzil. Puak profesional PAS ketika itu menarik komitmen bukan Islam dengan hujah setiap pemimpin PAS telah diasuh dengan budaya demokrasi dan dipilih secara demokratik untuk menjadi pemimpin. Masakan pemimpin itu mengetepikan demokrasi sekiranya mereka memerintah negara.

Terbukti hari ini Hadi bertindak tidak mengikut lunas demokratik. Beliau mahukan Malaysia bergerak seperti Iran, majlis syura menentukan segala-galanya. Terdapat pengawal republikan yang memastikan rakyat membuat apa yang dibenarkan oleh pemerintah sahaja.

Tidak mungkin rakyat Malaysia akan menerima cara pemerintahan seperti ini. Cara Hadi hanya boleh dicapai melalui revolusi, sebagaimana revolusi Iran. Dan tentunya revolusi seperti itu jika dipimpin PAS tidak akan mendapat sambutan bukan Islam.

Jadi, adakah pilihan lain bagi Hadi? Peluang nampaknya boleh diraih dengan kerjasama bersama Umno yang inginkan Hudud di Kelantan. Tetapi adakah Umno mahukan Islam sepenuhnya? Jika mahu menukar Malaysia menjadi Iran tentu sekali Umno yang pertama akan melancarkan muslihat untuk menumpas dan memenjarakan pemimpin PAS.

PAS tidak akan ke mana-mana dengan politik yang tanpa arah ini. Pakatan Rakyat tentunya tidak sebulu dengan parti itu dan Umno BN juga akan mengkhianati mereka jika bergabung sebagaimana era 1970an.

Bagi ahli PAS, mereka harus sedar agenda yang mahu dibawa oleh golongan di sekeliling Hadi ini.

Jika pada dua dekad lalu Melayu menolak PAS dan menjadikan pemimpin parti itu tukang debat kedai kopi, PRU ke 14 akan menyaksikan pemimpin PAS menghuni kedai kopi semula jika kenyataan-kenyataan yang kurang rasional terus dikeluarkan mereka.

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya pandangan rasmi suarapakatandaily

Polis Jahat Bunuh Altantuya - Respon IGP Kepada Razak Baginda - TIDAK SIUMAN !

Posted: 30 Jan 2015 12:45 AM PST

Nampaknya Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut menyertai barisan panjang mereka yang masih tercari-cari motif di sebalik pembunuhan ngeri Altantuya Shaariibuu.

Beliau menyentuh isu itu dalam respon kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang semalam menyifatkan pembunuhan bekas kekasihnya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".

Razak Baginda (kiri), yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa walaupun "elemen jahat" wujud dalam semua organisasi, tetapi tidak semua kes kematian dalam tahanan disebabkan oleh keganasan polis.

"Hanya satu atau dua kes (di mana polis menyebabkan kematian itu). Ini berlaku di mana-mana. Jadi kenyataannya secara menyeluruh itu tidak boleh diterima," katanya kepada Malaysiakini.

Khalid merujuk kepada banyak kes di mana laporan bedah siasat mendedahkan tahanan meninggal dunia akibat penyakit.

Bagi kes pembunuhan Altantuya, Khalid berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.

"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.

"Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.
Dalam keputusan 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa motif pembunuhan itu adalah "tidak penting" dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa kenyataan beliau itu bukan untuk mempertahankan anggotanya yang melanggar undang-undang, kerana kata beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenainya.


- mkini

1MDB Rugi Besar - Tahniah Buat Najib !!

Posted: 30 Jan 2015 12:00 AM PST

Billionaire Tan Sri T Ananda Krishnan dikatakan akan meminjamkan sejumlah RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melunaskan hutang syarikat itu kepada beberapa bank tempatan, kata sumber.  Langkah itu juga dikatakan akan membuka jalan kepada 1MDB untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO) bagi meraih lebih RM10 bilion dengan mengapungkan bahagian penjanaan tenaga milik syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.  Sumber berkenaan berkata, Krishnan yang juga individu kedua terkaya di Malaysia, kini sedang merundingkan butiran pinjaman itu.  Sebelum ini, Reuters sudah melaporkan bahawa Krishnan berunding dengan 1MDB untuk menjadi pelabur utama dalam IPO itu yang dijangka dilaksanakan dalam separuh pertama tahun ini.  "Setakat ini ia sekadar pinjaman biasa. Kita belum pasti bagaimana ia akan diterjemahkan dalam ekuiti dalam bahagian penjanaan 1MDB pada masa depan," kata satu daripada sumber berkenaan.  Pegawai 1MDB enggan mengulas manakala pegawai di Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat yang menjadi jentera pelaburan Krishnan juga tidak dapat mengulas.  1MDB dikatakan sudah dua kali terlepas tarikh akhir melunaskan hutang RM2 bilion daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Capital Bhd.  Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu terpalit kontroversi dengan dakwaan kurang ketelusan dalam urus niaganya sehingga kini menanggung hutang lebih RM43 bilion.

Billionaire Tan Sri T Ananda Krishnan dikatakan akan meminjamkan sejumlah RM2 bilion kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) untuk melunaskan hutang syarikat itu kepada beberapa bank tempatan, kata sumber.

Langkah itu juga dikatakan akan membuka jalan kepada 1MDB untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO) bagi meraih lebih RM10 bilion dengan mengapungkan bahagian penjanaan tenaga milik syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Sumber berkenaan berkata, Krishnan yang juga individu kedua terkaya di Malaysia, kini sedang merundingkan butiran pinjaman itu.

Sebelum ini, Reuters sudah melaporkan bahawa Krishnan berunding dengan 1MDB untuk menjadi pelabur utama dalam IPO itu yang dijangka dilaksanakan dalam separuh pertama tahun ini.

"Setakat ini ia sekadar pinjaman biasa. Kita belum pasti bagaimana ia akan diterjemahkan dalam ekuiti dalam bahagian penjanaan 1MDB pada masa depan," kata satu daripada sumber berkenaan.

Pegawai 1MDB enggan mengulas manakala pegawai di Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat yang menjadi jentera pelaburan Krishnan juga tidak dapat mengulas.

1MDB dikatakan sudah dua kali terlepas tarikh akhir melunaskan hutang RM2 bilion daripada Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Capital Bhd.

Syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan itu terpalit kontroversi dengan dakwaan kurang ketelusan dalam urus niaganya sehingga kini menanggung hutang lebih RM43 bilion.