Khamis, 29 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyifatkan pembunuhan Altantuya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".

Posted: 29 Jan 2015 11:26 PM PST

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda menyifatkan pembunuhan Altantuya itu sebagai kerja "anggota polis jahat".                         Razak Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.  Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.   "Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.   "Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.

Razak Baginda yang dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, menyokong hujahnya dengan memetik kes-kes kematian dalam tahanan polis dalam temu bual eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, proses perbicaraan mahkamah yang panjang, berakhir dengan keputusan itu bahawa wanita itu telah dibunuh oleh dua anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri, yang telah pun dipecat dari pasukan itu.

"Tetapi ramai pemerhati berkata, mahkamah tidak menentukan motif dalam kes berkaitan Altantuya itu.

"Oleh itu, saya rasa kita tidak akan tahu mengapa 'polis jahat' itu bertindak seperti itu," katanya.

Adakah Daim, Dr Mahathir di belakang Saiful Bukhari, soal PKR

Posted: 29 Jan 2015 08:30 PM PST


PKR hari ini mempersoalkan adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin berada di belakang Mohamad Saiful Bukhari Azlan, selepas isteri pengadu kes liwat II itu mengambil keputusan berhenti daripada TV3.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang dibimbangkan ialah, kes rayuan liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berdepan campur tangan bagi mengelak tekanan pihak tertentu.

"Tiba-tiba Saiful menyatakan isterinya berhenti (kerja) kerana diarahkan membuat liputan menyerang tokoh yang dihormati iaitu Daim dan Dr Mahathir.


"Adakah Daim dan Dr Mahathir di belakang Saiful? Ini juga satu persoalan yang menarik untuk kita minta penjelasan kerajaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Saiful (gambar) pada minggu lalu mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja dari stesen televisyen swasta TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR yang menyerang Daim.

Dia mempertikaikan ruang yang diberikan TV3 kepada pemimpin PKR itu untuk menyerang bekas menteri kabinet zaman Dr Mahathir tersebut."Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 serang Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi liputan pada PKR?

"TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar pula?" katanya menerusi blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Shamsul Iskandar juga mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pertelingkahannya dengan Daim haruslah tidak meninggalkan sebarang kesan dalam keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat II kelak.

"Saya ingi
n ingatkan perdana menteri agar tidak terbawa-bawa dalam kes ini kerana kita bimbang kes Anwar juga dimanfaatkan untuk tujuan perundingan, mungkin dengan Dr Mahathir, kerana takut dengan tekanan, menyebabkan kes ini dicampur tangan.

"Ini juga perkara yang harus dijelaskan perdana menteri. Perkara ini tidak boleh dilihat berlanjutan," katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, kesediaannya bersama Anwar dalam mendedahkan salah laku Daim tidak boleh dianggap membantu jentera kempen yang digerakkan Najib.

Katanya, pendedahan yang mereka lakukan terhadap Daim bermula lebih awal sejak kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada tahun lalu.

"Ketika kita bangkitkan isu ini, tidak ada perang. Kita bawa isu ini secara konsisten. Mungkin persepsi orang menilai begitu.

"Kalau dilihat fokus dan komitmen kita daripada awal, memang tujuan saya dan Anwar membawa Daim ialah supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berani menyiasat beliau.

"Oleh sebab terdapat pergaduhan dan kes ini ditimbulkan, pada saya, itu bonus kepada PKR dan Pakatan Rakyat, apatah lagi Anwar," katanya.

Shamsul Iskandar berkata, publisiti yang diberikan TV3 dalam kes siasatan rasuah Daim tidak akan ditolak kerana ia akan membantu rakyat mendapat lebih maklumat.

Katanya, pergaduhan pemimpin Umno tiada kaitan dengan PKR dan ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

"Mereka nak bergaduh kita nak buat macam mana? Kita bukan sebahagian daripada pertelingkahan mereka.

"Kebetulan kali ini diberikan sorotan lebih baik. Adakah saya nak tolak? Tentu saya dan Anwar tak menolak kerana itu baik untuk negara ini." – tmi

Kejutan Hari Semalam..

Posted: 29 Jan 2015 07:45 PM PST

 
KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang daripada dua bulan mulai sekarang, tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 akan genap setahun, namun kejadian itu terus menjadi misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemui dan pelbagai persoalan terus diungkapkan.

Persoalan yang terus bermain diminda semua pihak; Apa sebenarnya yang terjadi? Di manakah sebenarnya pesawat itu? Bagaimanakah nasib anak kapal dan penumpang di dalam pesawat itu? Adakah lokasi pencarian itu tepat? Adakah aset pencarian tidak canggih sehingga sukar mendapatkan sebarang petunjuk? Sampai bilakah operasi mencari perlu dilakukan?

Malah ada juga yang bertanya; Apa tindakan seterusnya jika pesawat diisytihar hilang? Adakah solat ghaib boleh dilakukan jika tiada sebarang kelibat ditemukan? Bagaimana dengan pampasan kepada waris keluarga dan siapa yang akan menanggung kos keseluruhan operasi?

Kesemua soalan ini diajukan Bernama kepada pakar penerbangan, bekas kapten kapal terbang, ahli akademik dan pakar agama bagi merungkai misteri kehilangan pesawat ini yang masih lagi belum terjawab sehingga kini.

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi itu, hilang daripada radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 8 Mac lepas. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Mengulas lanjut mengenai operasi mencari dan kawasan pencarian, seorang pakar penerbangan, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata saiz sebuah pesawat Boeing 777 adalah sekitar 4,500 meter persegi, sementara luas kawasan pencarian adalah sekitar 59,600 kilometer persegi.

"Ini bermakna saiz pesawat tersebut hanyalah 0.078 peratus keluasan kawasan pencarian. Sedangkan pesawat AirAsia QZ8501 jatuh pada kedalaman hanya 30m iaitu 0.5 peratus kedalaman pesawat MH370.

"Itu pun telah mengambil masa dua minggu untuk menjumpai bahagian ekor pesawat QZ8501 dengan banyak petunjuk seperti serpihan dan mayat yang terapung," katanya yang membandingkan operasi mencari MH370 dengan pesawat AirAsia QZ8501.

Pesawat Airbus yang membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 28 Dis semasa dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya, Indonesia. Pesawat malang itu terhempas di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Abdul Rahmat, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia menjelaskan, pencarian untuk MH370 bukanlah satu pencarian yang mudah dan mencadangkan agar kapal dan peralatan ditambah bagi memperkuat operasi pencarian pesawat Boeing yang ke-404 dibina itu.

Memetik laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menerajui operasi itu, beliau berkata, kawasan pencarian MH370 bertumpu di kawasan lebih jauh ke selatan iaitu kawasan terpencil dikenali sebagai'lengkungan ketujuh' di lautan tersebut.

Ia ditetapkan selepas memperhalusi data komunikasi satelit dan maklumat panggilan telefon selama 17 minit dari darat ke udara yang tidak dijawab selepas maklumat terakhir diterima daripada radar.

Senada dengan Abdul Rahmat adalah Kapten Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang berpendapat lokasi pencarian adalah tepat kerana ia berdasarkan analisis terperinci akan isyarat 'ping' yang berasal dari pesawat itu yang mana setiap ping mempunyai "pengenalan" nya yang tersendiri dan pengenalan ping ini menunjukkan yang ia memang berasal dari MH370.

"Lokasi di selatan Lautan Hindi yang di "tunjukkan" oleh Inmarsat dikukuhkan lagi oleh radar yang mengatakan pesawat MH370 telah bergerak ke laut Andaman.

Pencarian telah dilakukan dengan menggunakan aset yang mencukupi dan canggih.

"Cuma lokasi pencarian telah dikenal pasti lebih kurang seminggu selepas pesawat itu dilaporkan hilang. Dalam tempoh seminggu ini, serpihan atau pesawat tersebut mungkin telah dibawa arus ke lokasi-lokasi lain mengikut pola arah ombak dan angin. Inilah yang menyukarkan pencarian serpihan dan pesawat tersebut," katanya.

Mohd Harridon yang juga ketua Penyelidikan dan Inovasi Pesawat Universti Kuala Lumpur (UniKL) itu menjelaskan satu lagi perkara yang perlu diambil perhatian ialah kebanyakan serpihan ini diperbuat daripada bahan metalik yang mudah tenggelam, jadi pencarian adalah lebih kepada pencarian dasar laut dan ini mengambil masa yang agak lama.

Menurutnya ini kerana dasar laut di selatan Lautan Hindi mempunyai lurah dan bukit bukau yang menyukarkan lagi operasi pencarian dan disebabkan kawasan dasar laut ini belum lagi dipetakan, ia menyukarkan lagi pencarian.

Sehubungan itu, Mohd Harridon mencadangkan kaedah matematik digunakan untuk menambahkan lagi keberkesanan pencarian.

"Kaedah yang saya cadangkan ialah kaedah kebarangkalian iaitu "Bayesian Inference" di mana kaedah ini akan mengambil kira beberapa kebarangkalian dan kaedah ini akan mengambil kira pola angin, ombak, beberapa orientasi pesawat ini mungkin menjunam ke laut, berat pesawat berdasarkan minyak yang digunakan, dan lain-lain lagi.

"Dengan kaedah ini segala maklumat dan data akan diguna pakai dan kemungkinan ini akan mengecilkan lagi radius pencarian," kata Mohd Harridon.

Mengenai persoalan apabila kerajaan dan pasukan pencari telah mengisytiharkan pesawat itu hilang, beliau berkata mengikut undang-undang antarabangsa, satu penyiasatan menyeluruh akan diadakan.

"Jika pesawat diisytiharkan hilang, tindakan seterusnya, mengikut undang-undang ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) Lampiran 13, adalah untuk membuat satu penyiasatan rasmi melibatkan pihak-pihak yang berkenaan.

"Antaranya ialah pemilik pesawat, negara di mana pesawat didaftarkan, pendaftaran, jabatan penerbangan di negara di mana pesawat didaftarkan, negara-negara asal penumpang, dan pengeluar pesawat akan bekerjasama di dalam penyiasatan tersebut.

"Daripada hasil penyiasatan tersebut, satu laporan komprehensif akan dijana mengikut standard dan format yang ditetapkan dalam Lampiran 13," tambahnya.

Mengulas mengenai pampasan, Mohd Harridon berkata secara lazimnya, syarikat yang memiliki pesawat itu akan memberi pampasan kepada ahli keluarga.

Mohd Harridon menarik perhatian, jikalau penumpang ada mengambil insurans penerbangan, maka syarikat insurans itu akan memberi pampasan juga.

Kos operasi pencarian pula adalah berdasarkan persetujuan bersama di mana pihak Malaysia, Australia dan China telah bersetuju untuk menyumbangkan aset dan kakitangan untuk proses pencarian, katanya.

Dilaporkan, kerja mencari di dasar laut itu kini meliputi kira-kira 30 peratus daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian dan kira-kira 208,000 kilometer persegi lautan telah dipetakan.

Jika tiada halangan dan kelewatan, keseluruhan operasi pencarian dijangka selesai pada Mei ini.

Empat kapal kini terlibat dalam misi mencari pesawat malang tersebut iaitu Go Phoenix, Fugro Discovery, Fugro Equator dan terbaru Fugro Supporter yang dilengkapi kenderaan dasar laut (AUV).

"AUV akan digunakan bagi mengimbas bahagian kawasan pencarian yang tidak boleh diusahakan dengan berkesan menggunakan peralatan dalam kapal-kapal pencarian yang lain," kata ATSB.

Kapal Fugro Equator, Discovery dan Supporter telah disediakan syarikat Belanda, Fugro dan dibiayai bersama-sama kerajaan Australia dan Malaysia, manakala GO Phoenix menerima kontrak daripada kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kemajuan Islam Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Mohd Ajib Ismail berkata solat ghaib boleh dilakukan jikatiada jenazah sampai kepada ahli dan waris keluarga.

"Mereka perlu tunggu pengisytiharan dahulu. Kemudian bolehlah solat ghaib dilakukan sama ada di kalangan mereka atau seluruh negara secara besar-besaran. Terpulang kepada kehendak masing-masing," katanya.

Katanya, dari sudut pandangan agama, tidak berbangkit soal upacara pengebumian atau mengadakan kubur untuk anak kapal dan penumpang pesawat itu memandangkan tiada jenazah atau mayat ditemukan.

Selain solat ghaib, ahli dan waris keluarga dinasihatkan supaya sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan pelbagai ibadah dan pada masa yang sama berlapang dada serta reda menerima ketentuan ini. 
 

Jangan bingungkan fikiran dengan politik

Posted: 29 Jan 2015 07:22 PM PST

Empat hari saya meninggalkan laman blog tanpa mengisinya dengan sebarang catatan kerana berada di luar negara, ada beberapa penjengok setia menghantar pesan bertanya kenapa dan apa jadi dengan saya. Ada yang bersinikal apakah saya juga sudah jadi persis Zainuddin Maidin?

Yang pertama ada dalam fikiran mereka, apakah saya sakit. Tidak, saya masih sihat dan sengaja tidak mahu mengisinya atau cuba mengisinya dari luar sana walaupun boleh berbuat demikian. Sesekali biarlah saya merihat dan menggamit idea yang lebih baik daripada menulis bahan-bahan terisi sebelumnya.


Dalam beberapa pertanyaan yang ditimbulkan, banyaknya pastilah mengenai politik. Mengenai hubungan dam masa depan parti-parti dalam Pakatan Rakyat, khasnya bagaimana kesudahan hubungan Pas dengan DAP. 


Pergaduhan mulut antara beberapa pemimpin Pas dengan DAP menjadikan ada orang bingung dan menjadi gila. 

Selebihnya ada yang mahu saya memberi ulasan tentang nasib untung Anwar Ibrahim dengan keputusan rayuan pendakwa di Mahkamah Persekutuan. Apakah Anwar akan "bernasyib" sekali lagi dalam penjara atau dibebaskan untuk beliau menjadi seperti seorang bayi untuk kali kedua? 

Sekiranya Anwar dibebaskan di atas pertuduhan sama kali kedua, beliau bolehlah dianggap sebagai manusia keramat. Dan dengan kekeramatan itu melayak dan mewajarkan untuk beliau menjadi perdana menteri.

Mengenai Anwar saya sudah membuat ulasan dan ramalan sebelum ini. Berdasar kepada keperluan politik tidak ada sebab untuk regim Najib Razak memenjarakannya. 


Perkembangan terakhir ini, serangan oleh regim Mahathir Mohamad kepada Najib bagi saya ia mengukuhkan untuk mengatakan ramalan saya mengenai Anwar kuat dan menjadi kenyataannya. Anwar akan bebas?

Dan bagaimana kalau Anwar tetap juga dipenjara. Siapakah yang akan menjadi pemegang panji Pakatan Rakyat atau peta Pakatan Rakyat yang membingkai membentuk empayat akan runtuh begitu sahaja? 


Pakatan Rakyat selepas ini tidak ada. Tentunya persoalan dan ramalan ini diandaikan memandangkan Anwar adalah mediator licit dan bijak mendempetkan Pas dan DAP yang memegang unsur bagaikan api dengan minyak.

Ada juga yang bertanya bagaimana nasib Pakatan Rakyat sekiranya Anwar ke penjara. Mereka yang meletakkan kompas dan mata angin perjuangan mereka kepada Anwar, merasakan Pakatan Rakyat akan luyur sekiranya Anwar berada dalam penjara. Bagi mereka yang menjadikan Anwar sebagai teras perjuangan atau pengobor semangat akan lemah bila Anwar dikurung.

 
Sebaliknya bagi mereka yang menjadikan Anwar sebagai pembuka semangat (appetizer) dalam perjuangan, tidak kisah Anwar ada atau tidak perjuangan mereka yang bertolak dari reformasi menuntut keadilan, kebenaran dan ketelusan akan diteruskan. 


Perjuangan mengeakkan keadilan tidak berasas dan bersendiri kepada peribadi seseorang tetapi keyakinan dan iltizam seseorang. Kalau umat Islam berjuang menegakkan agama (ad-den) kerana berteraskan kepada Muhammad, sudah lama Islam itu lenyak kerana Muhammad sudah lama mati.

Rentetan dari itu semua ada yang bertanya apakah perkembangan politik hari ini dimana ia seolah dirancang, merealisasikan pertemuan dan kerjasama politik antara Pas dengan Umno? 


Mengenai saya boleh mengatakan cita-cita dan harapan boleh digarap bersama, tetapi politik (strategi) tidak boleh digabung. Politik adalah peperangan, ia adalah api, lautan dan gunung ganang yang rohok untuk disatu dan dipadukan.

Pas dengan Umno hanya boleh disatukan diatas kertas dan wujud daripada pemikiran yang idealis, tetapi sukar untuk menjelma menjadi realiti yang praktis. 


Ketam boleh dimasukan dalam satu bakul dijunjung dan dipikul tetapi makhluk dalam bakul itu tetap akan bercakaran dalam bekas itu akhirnya menganggui si pemikul bakul. Kita semua adalah si pemikul bakul itu akan melakukan kerja yang sia-sia untuk melihat kerja kita sampai.

Melainkan ketam-ketam itu, Pas dan Umno dimatikan kemudian dihidupkan semula dalam alam baru. Sekian. [wm.kl.9:52 am 30/01

Nenek Tidak Tahu Apa Lagi Nak Beritahu Cucu

Posted: 29 Jan 2015 06:06 PM PST



GEORGETOWN: Seorang warga emas yang dikenali sebagai Moey, 60-an berkata beliau tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberikan kepada dua orang cucunya berhubung kematian ibu mereka dalam kemalangan pesawat MH370.

"Selama hampir setahun saya terpaksa menipu cucu-cucu saya bahawa ibu mereka bekerja di tempat yang jauh bila mereka bertanya mengenai ibu mereka," katanya.

Cucunya yang berusia tiga dan lima tahun kini tinggal bersama menantunya di Kuala Lumpur selepas kematian anaknya Guan Hua Jin dalam kemalangan pesawat itu.

"Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini, saya tidak tahu nak cakap apa lagi kepada mereka," katanya kepada pemberita rumahnya di Bayan Baru di sini.

Hua Jin, seorang jurutera komputer berlepas ke Beijing dengan pesawat tersebut pada 8 Mac tahun lepas bagi menyertai kursus yang diatur syarikatnya.

Kerajaan hari ini mengisytihar kehilangan pesawat tersebut merupakan kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah terkorban.

Namun usaha mencari akan tetap diteruskan.

Moey berkata, beliau sangat merindui anak bongsunya itu dan berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan keluarga. - BERNAMA
 

Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas

Posted: 29 Jan 2015 08:00 AM PST

 
DCA Batal Sidang Media MH370

Kemaskini : Khamis, 29 Januari 2015 4:38 PM




Sidang media maklumat terbaharu mengenai kehilangan pesawat MAS MH370 dibatalkan pada saat akhir.
PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengenai maklumat terbaharu berkaitan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang dijadualkan diadakan petang Khamis, dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat setelah lebih sejam pengamal media menunggu di Dewan Serbaguna DCA di sini.

"Sidang media mengenai MH370 terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengumuman baharu mengenai tarikh lain bagi sidang media akan dimaklumkan kemudian," kata seorang jurucakap kepada pengamal media.

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu ketika dalam penerbangan ke Beijing.


Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi.

Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata, tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara.

Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan.
BERNAMA ‏@bernamadotcom   kemaskini....

Persidangan akhbar yang dijadualkan oleh Jabatan Penerbangan Awam bagi mengumumkan perkembangan kehilangan pesawat MAS #MH370 telah dibatal



 Sidang Media MH370 Gempar Dengan Kehadiran Isteri Mangsa Nahas



Kehadiran warga China yang mendakwa isteri mangsa nahas MH370 menggemparkan pihak media yang menunggu untuk sidang media di pejabat DCA, Khamis.

PUTRAJAYA: Sidang media Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) untuk memaklumkan maklumat terbaharu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 gempar dengan kehadiran salah seorang waris mangsa nahas itu.

Kehadiran wanita warga China itu menarik perhatian wakil media yang hadir dan kebetulan ketika itu sidang media di pejabat DCA itu belum bermula.

Wanita berusia 29 itu mendakwa dia adalah isteri kepada salah seorang mangsa yang menaiki pesawat MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Dia yang memegang sekeping gambar yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempat berkata: "Tolong kembalikan suami saya...."

Wanita itu mengeluarkan kenyataan media mewakili Voice370, iaitu kumpulan yang mewakili keluarga dan waris mangsa tragedi itu.

Menurut kenyataan itu, keluarga mangsa MH370 tidak akan menerima sebarang pengumuman atau pengisytiharan berhubung kehilangan pesawat itu sekiranya tiada sebarang bukti kukuh.

Selain wanita berkenaan, turut kelihatan isteri kepada pramugara MH370, Mohad Hazrin Mohamed Hasnan, iaitu Intan Maizura Othman yang hadir bersama anak bongsunya, Muhammad yang berusia lapan bulan.~Mstar


Pautan kekal imej terbenam

Lukisan Belakang Agong Di Singapura

Posted: 29 Jan 2015 07:30 AM PST

 

Pelukis Malaysia, Vincent Leong mencetuskan kontroversi apabila mempamerkan lukisan belakang badan yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam pakaian rasmi diraja.

Lukisan itu dipamer dalam pameran mengetengahkan siri lukisan berjudul "Kenapamu Malaysia" di Singapura, lapor Sinar Harian.

Ia turut menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sisi belakang.

Beberapa pihak tampil menyatakan bantahan mereka, termasuk Pemuda PAS dan beberapa NGO lantang seperti PERKASA dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Langkah itu dikaitkan mereka dengan "penghinaan".

"Saya tidak tahu apa maksud sebenar pelukis dan penganjur.

"Sekiranya lukisan ini bertujuan untuk menghina, maka ia bakal melukakan hati rakyat Malaysia," ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kanan) dilapor sebagai berkata.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad dilapor mengesahkan isu itu berada dalam perhatian pihaknya.

Pameran tiga hari itu dilapor berlangsung pada 22 Januari hingga 25 Januari 2015 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands, Singapura.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas dari Leong dan galeri tersebut.

- mkini

"Harakah dalam bahaya", Mustafa Ali harus berundur segera

Posted: 29 Jan 2015 06:45 AM PST

Wacana 'Harakah dalam bahaya, mendesak Mustafa Ali berundur' yang dianjur oleh NGO Seniman Paksi Rakyat dan PAS Kawasan Batu di Madrasah Tarbiyah Kampung Banda Dalam , Gombak, 28 Januari lalu agak  menarik dan mengupas secara lebih mendalam perancangan kumpulan Unity Government (UG) menjelang Muktamar pemilihan PAS, Jun depan.

Forum tersebut dihadiri oleh beberapa panel yang mengetahui selok-belok Harakah dan perancangan puak UG untuk menguasai lidah rasmi PAS itu bagi melancarklan agenda mereka menguasai pimpinan bawahan.

Kehadiran bekas Editor Berita Harakah, Datuk Tarmizi Mohd Jam menguatkan hujah tentang wujudnya perancangan puak UG menguasai akhbar parti. Puak UG sebelum ini didakwa menamatkan kontrak Tarmizi, Editor Rencana Roslan Hamid dan sedang berusaha untuk menamatkan jawatan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman.

Forum itu diberitahu, perancangan puak UG untuk menguasai Harakah, sama ada dilakukan secara bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali atau pun dengan pengetahuan beliau. Oleh itu, ahli panel menuntut agar Mustafa Ali agar berundur dari kerusi Lembaga Pengarah Harakah secepat mungkin.

Mustafa - Umno

Mustafa merupakan satu-satunya ahli politik yang mempunyai sejarah panjang bersama lidah rasmi PAS itu. Beliau didakwa memonopoli Harakah sebagai lembaga pengarah selama 27 tahun. Ketika ini, beliau didakwa pula menggunakan medium tersebut untuk untuk merealisasikan hasrat puak UG menguasai PAS secara keseluruhan.

Mustafa menekan Lufti agar bersara awal, konon kerana kemerosotan jualan. Namun jumlah sebenar jualan Harakah tidak pernah didedahkan. Harakah juga tidak pernah diaudit oleh audit bebas yang berautoriti agar perjalanan kewangannya tidak disalah gunakan.  Hari ini, perjalanan kewangan Harakah, dilaporkan, amat meragukan.

Forum juga diberitahu mengenai kecuriaan sebahagian pemimpin PAS akan agenda sebenar Mustafa bersama Umno. Hal ini kerana, hanya Mustafa pemimpin yang masih tinggal dalam ranking kepimpinan PAS yang pernah duduk dalam Kerajaan Perpaduan PAS-Umno pada tahun 1971-1978. Beliau pernah menjawat jawatan Setia Usaha Parlimen dan Timbalan Menteri ketika kerajaan perpaduan itu berlangsung. Tak hairanlah sekali lagi Mustafa akan memainkan peranan sebagai "broker" UG bersama Umno.

Menurut sumber PAS, sebelum ini, tumpuan terarah kepada Majlis Syura Ulama yang dilihat cuba menerapkan agenda Umno ke dalam PAS, tetapi maklumat terbaharu yang diterima mendakwa Setiausaha Agung PAS juga terlibat.

Mustafa didakwa melakukan serangan ke atas DAP untuk menghidupkan isu Islam – Melayu dalam kalangan ulama PAS. Sidang media Mustafa mendapat tempat dalam berita TV3 dan juga muka depan Sinar Harian - akhbar yang pemiliknya adalah totok Umno.

Pilih kasih

Polemik pilihan raya PBT yang ditimbulkan antaranya oleh Mustafa memburukkan lagi imej PAS apabila isu rusuhan kaum 13 Mei dimainkan tidak kena pada tempatnya. Hujah Mustafa juga menyebabkan Naib Presiden PAS yang selalunya menyokong Hadi, mengeluarkan kenyataan menjengkelkan. Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar Pakatan Rakyat bersatu membela rakyat yang semakin ditindas BN dan bukannya bersengketa sesama sendiri.

Selain itu, ahli panel juga menyelar sikap Mustafa sebagai setiausaha agung yang tidak mewakili semua ahli dan pemimpin PAS dalam membincangkan masalah peringkat bawahan. Hanya masalah-masalah yang difikirkan sesuai dengan agenda tertentu sahaja diperbincangkan manakala isu-isu lain diketepikan begitu sahaja.

Di akhir forum, pengerusi mengumumkan jumlah pendengar yang mengikuti sesi "Harakah dalam bahaya" yang disiarkan oleh Radioa PedasFM  adalah seramai 755,000 orang.


Razak Baginda Sebenarnya Tidak Keruan Kah Kah Kah.

Posted: 29 Jan 2015 06:00 AM PST

 
Ada pula pembunuhan biasa guna bahan letupan plastik C4. Itu baru perbunuhan biasa. Agak-agak kalau pembunuhan luar biasa guna cara apa? 

Bom Fosforus kah? 


Plutonium kah? menggunakan Bom Hidrogen kah? Atau menggunakan Bom Neutron? 

Hebat Malaysia. Pembunuhan biasa guna C4. Kalau ada pembunuhan menggunakan pisau atau parang, itu mungkin akan diklasifikasikan sebagai pembunuhan main-main sahaja kalau ikut pandangan Razak Baginda. Bagaimana pula kes pembunuhan Sosilawati? Apa kategorinya?

Kah Kah Kah.

Bagaimana pula kes Mona Fandey yang melakukan pembunuhan dengan cara kerat 18 bahagian. Adakah ini hanya pembunuhan skala anak-anak? Huh. Nampaknya Razak Baginda sudah semakin sewel. 

Terserlah sisi sebenar Razak Baginda yang tertekan hidupnya selama lebih 10 tahun ini. Tidak perlulah Razak Baginda berlakon. Lenggok badan pun orang boleh kenal.

Kah Kah Kah.

Kalau Razak Baginda dulu disabitkan bersalah, adakah dia akan mengatakan bahawa pembunuhan ini adalah pembunuhan biasa? 

Kah Kah Kah.

Kepada Razak Baginda. Jangan risau berkenaan kes ini. Ianya pasti akan menghantui anda sampai anda meninggal dunia. 

Orang ramai akan tetap ingatkan anda tentang kes ini. Dan pastinya tidur anda tidak akan lena sampai anda meninggal dunia.


Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu.

VIDEO - PAS gesa rakyat tolak akta baru benarkan tahanan tanpa bicara

Posted: 29 Jan 2015 05:15 AM PST


KENAPA SIDANG MEDIA MH370 DIBATALKAN ??

Posted: 29 Jan 2015 04:30 AM PST



Sidang media MH370 oleh DCA dibatalkan, jejas pengurusan persepsi

KUALA LUMPUR: Wartawan dan orang ramai yang menanti sidang media daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang tadi menerima khabar mengejutkan apabila ia dibatalkan.

Sidang media yang amat dinanti-nanti tersebut sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan antara perkara yang dijangka akan disampaikan adalah mengenai situasi terkini misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370.

Pengumuman itu dibuat sekitar jam 4.05 petang di Dewan Serbaguna DCA di Putrajaya di hadapan ratusan media dan juga beberapa waris keluarga penumpang.

Sementara itu, di studio Astro AWANI, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff yang sedang menjadi panel undangan dalam program Buletin AWANI Khas memberitahu, pembatalan sidang media itu mengejutkan.

"Sidang media ini dikendalikan oleh sebuah jabatan kerajaan. Jika tidak bersedia, jangan diumumkan atau memanggil wartawan. Ini menjejaskan pengurusan persepsi memandangkan berita ini dinanti-nanti oleh seluruh rakyat Malaysia malah komuniti di seluruh dunia," ujar beliau.

Abdul Rahmat Omar khuatir ia akan membawa lebih banyak cemuhan terhadap negara ini khususnya dari komuniti antarabangsa.


awani

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/

Pemandu JPJ Hisap Rokok Tak Apa?(Gambar) Tranungkite

Posted: 29 Jan 2015 03:45 AM PST


 

Ha Ha Ha JPJ buat lawak:

Hisap Rokok Semasa Memandu Dikenakan Saman,

Semalam, netizen digemparkan dengan sekeping gambar yang menunjukkan seorang pemandu kenderaan pengangkuatan awam, Nazri bin Dollah, dikenakan saman oleh polis trafik di atas kesalahan menghisap rokok sambil memandu.

Bagaimanapun, muncul pula gambar seorang pemandu kenderaan rasmi (Hak Milik Kerajaan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) lengkap berpakaian uniform sedang merokok semasa memandu berjaya dirakam oleh orang awam.

Kehadiran gambar itu sedikit sebanyak menimbulkan persoalan netizen, apakah penguatkuasa undang-undang dan peraturan jalan raya bersikap umpama ketam sedang mengajar anak-anaknya berjalan?



Menurut sebuah sumber dari JPJ mengatakan, bagi pemegang PSV dan GDL memandu kenderaan perdagangan, teksi dan bas sekolah tidak dibenarkan menghisap rokok.

Saman yang dikeluarkan adalah terkandung dalam Tata Kelakuan. Namun, bagi kenderaan persendirian pula ianya tidak menjadi kesalahan.

Walau bagaimanapun, haruslah diingatkan adalah lebih selamat memandu dengan kedua-dua tangan memegang stering kenderaan.-thehypemedia

"SAMA LAH SEPERTI POLIS PERONDA" -  TAKDA SEORANG PUN POLIS PERONDA YANG MENGENAKAN TALI PINGGANG KELEDAR - KALAU ORANG AWAN DAH TENTU KENA SAMAN - LEPAS INI PASTIKAN KITA RAKAMKAN GAMBAR POLIS PERONDA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR DAN KITA HANTAR KEPADA KETUA POLIS NEGARA."

Apa Untung Stopa Berdebat Dengan Guan Eng?

Posted: 29 Jan 2015 03:00 AM PST

 

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad cuba meredakan pertikaian di antara setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan menganggapnya sebagai "masalah peribadi" semata-mata.

Beliau juga melibat cabaran Mustafa untuk berdebat dengan Lim sebagai usaha yang "tidak menguntungkan", namun meminta agar kedua-duanya bertemu untuk mencari penyelesaian.

"Saya nampak ia seolah-olah perkara peribadi. Tak nampak untungnya. (Kalau boleh) biarlah jumpa untuk berbincang dan cari penyelesaian," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam. - Malaysiakini

Apa Ertinya "Pembunuhan Biasa" Wahai Razak Baginda, Kenapa Kamu Lari ke Luarnegara?

Posted: 29 Jan 2015 02:15 AM PST



Kematian Altantuya 'hanya kes pembunuhan biasa', kata Razak Baginda

Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.

Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK). Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.

"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.

Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.

Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.

Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.

Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.

"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?

"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.

Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".

"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pembelaan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."

Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.

Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.

Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.

Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.

Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan.

Sirul juga merayu hakim agar tidak dikenakan hukuman mati itu.

"Saya kambing hitam yang harus dikorbankan untuk melindungi orang-orang yang tidak dinamakan," katanya.

Azilah memberi notis alibi kepada pihak pendakwa mengatakan beliau tidak berada di lokasi kejadian jenayah, dan mengemukakan salinan diari stesen menunjukkan beliau berada di Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman pada masa kejadian.

Penghakiman menegaskan Azilah dan Sirul dikesan di hotel di mana Altantuya tinggal dan kedua-dua berada di luar rumah Razak pada malam dia hilang.

Mahkamah juga menerima keterangan maklumat yang membawa kepada penemuan apabila mereka secara sukarela membawa polis ke tempat kejadian yang terpencil itu.

Tambahan pula, Sirul tidak dapat memberi penjelasan berkenaan selipar berlumuran darah yang ditemui di dalam keretanya dan penemuan barang kemas di rumahnya.

Berikut sebahagian petikan wawancara Razak dengan TMI :

TMI: Kenapa anda bersuara sekarang?

Razak: Masalahnya ialah, keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal. Ya Tuhan, orang pusing dan putar belit cerita. Sekarang tiba-tiba anaknya muncul (anak Sirul Azhar) dan terbaharu yang saya dengar, ibunya kata dia diperangkap. Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya? Lebih kurang spekulasi yang sama, tetapi sekarang lebih berbelit kerana kita sudah hampir sampai ke penghujung proses. Semua spekulasi yang dibuat sudah tentu membuatkan saya lebih marah. Dari sudut undang-undang, kes jenayah kini sudah berakhir dan itulah sebabnya saya bercakap sekarang.

Boleh anda kongsikan pengalaman anda di penjara?

Tiada siapa nak masuk penjara. Saya dengar orang cakap, "Saya tak peduli, saya nak masuk penjara". Jangan cakap macam tu sebab anda tak pernah cuba. Saya sangat kecewa, kerana saya tidak bersalah. Saya terus-terusan menyoal diri, apa saya buat di sini? Satu lagi kekecewaan ialah, kes mahkamah yang berlarutan. Saya benci cuti umum kerana cuti umum bermakna kes itu akan ditangguhkan lagi. Ia satu pengalaman yang dahsyat.

Semasa anda di sana, adakah Azilah dan Sirul dalam kompleks penjara yang sama? Anda nampak mereka?

Sudah tentu mereka (pihak berkuasa penjara) pisahkan kami. Saya tidak pernah melihat mereka. Hanya nampak mereka apabila kami berada di mahkamah. Sebenarnya, saya tidak pernah bertemu mereka sehingga tiga atau empat bulan selepas saya berada di penjara. Hanya bertemu mereka pada hari pertama perbicaraan.

Ini bukan kes pembunuhan biasa.

Ya, kerana ada banyak putar belit. Kalau anda hanya anggap ini sebagai satu pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, ia hanya satu kes bunuh biasa. Akibat keakraban saya dengan Najib, orang-orang yang mahu membunuh Najib (dari segi politik) pada masa itu, melihatnya sebagai peluang keemasan menggunakan keadaan itu terhadapnya. Jika saya tiada sebarang kaitan dengan Najib, walaupun saya seorang penganalisis politik, perkara ini akan reda.

Ada "herd mentality" (sikap menurut) di kalangan rakyat Malaysia. Dari awal lagi, satu gambaran dicipta. Ini sudut pandang yang perlu diambil, dan semua orang turut serta mengambil pandangan yang sama. Saya cabar anda jadi lebih kreatif sedikit dan lihat gambaran yang lebih luas.

Jika anda bercakap mengenai konspirasi polis, tidak mustahil ada konspirasi lain juga berlaku. Kebenaran dalam kes ini ialah satu perkara yang terlalu amat membosankan. Ia hanya kes jenayah bunuh biasa, tetapi masih terdapat mereka yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan. Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan kali terakhir ialah 156 pada 2008, dan angka semakin bertambah. Jadi, siapa yang arahkan semua ini?

Maksud anda, kedua-dua mereka bertindak atas kemahuan mereka sendiri?


Ya, seperti yang diputuskan mahkamah. Kerana, akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan. Anda boleh kata apa saja tentang sistem kita, tapi ia sangat telus.

Saya sangat kecewa kerana ada begitu banyak penangguhan ketika kes itu. Apa masalahnya jika mereka (Azilah dan Sirul) bertindak sendiri? Lihatlah kes MH370, ada konspirasi? Buktikan. Tiada siapa dapat berikan bukti. Perkara itu boleh terjadi. (Seperti) Segitiga Bermuda.

Ada sesetengah perkara yang tidak dapat dijelaskan. Kenapa tidak dengan kes ini? Mereka bertindak sendiri. Mengapa tak boleh? Mengapa? Kerana rakyat Malaysia disogokkan dengan idea sejak hari pertama yang inilah ceritanya. Inilah cerita yang diputarkan. Semua orang, tanpa berfikir, terus mengambil dan menerima pandangan yang sama dan terus-terusan begitu.

Ada sekali anda menimbulkan kekecohan apabila sesuatu diperkatakan dan isteri anda jua menjerit, "Lihat sini, dia tak mahu jadi PM." Apa cerita di sebalik kejadian itu?

Sangat kelakar. Betul. Kalau anda di penjara, dan anda kata, saya nak selesaikan kes ini, dan kemudian ada orang beritahu anda, kes ini ditangguhkan hingga dua minggu akan datang. Saya marah sangat kerana pada pandangan saya keseluruhan sistem ini sengaja dipanjangkan.

Perbicaraan ini merupakan yang paling disensasikan dalam sejarah Malaysia. Botak Chin pun tak dapat liputan sebegini. Saya masih simpan semua keratan akhbar. Memang menakjubkan melihat liputan media yang saya terima.

Anda pun tahu... pengarang berita juga terlibat. Kalau saya punya surat khabar sendiri, saya hanya perlu kata, "jangan mainkan cerita ini". Tapi, ada orang cuba siram minyak kat api. Sudah tentu saya kecewa. Saya dalam penjara, fikirlah... Dan semua orang sibuk spekulasi itu dan ini.

Jadi, kekecohan itu hanya kerana perbicaraan kes ditangguhkan?

Ya, sebab, kalau anda tengok tarikhnya, ada dua minggu penangguhan. Anda pun tahu bagaimana keadaannya apabila kes ditangguhkan, anda balik ke penjara, anda tak boleh jumpa keluarga. Ayah saya bisik kepada saya yang kes itu akan ditangguhkan, saya marah sangat.

Ceritakan hubungan anda dengan Bala (penyiasat persendirian P Balasubramaniam).

Hubungan yang menarik. Dua kali saya berhubung dengannya. Pertama, ketika Altantuya datang ke Malaysia buat kali pertama, selepas peras ugut, dia nak jumpa saya. Saya sedar saya perlukan satu bentuk perlindungan. Saya bertanya sekeliling dan ada seseorang mencadangkan Bala.

Arahan dia senang saja - ikut saya, tunggu di bawah, kalau dia (Altantuya) datang, beritahu saya. Dan ketika itu saya hanya mahu mengelak dari berjumpa dengannya. Saya tak mahu berdepan dengannya. Saya tahu apa isunya, dia hendak duit dari saya.

Saya sebenarnya jumpa dia sekali, sebelum saya jumpa Bala.

Ceritanya begini, dia datang. Saya beritahu dia, "Buatlah apa awak nak." Harap anda tak akan kena peras ugut. Kalau anda tengok semua kes peras ugut, sekali anda menyerah diri bila diperas ugut, susahlah. Peras ugut tidak akan berakhir apabila anda kata, "Anda hendak peras ugut saya? Saya tak peduli." Kemudian, habislah.

Apa dia nak buat? Dalam kes saya, saya serah diri pada awalnya, tapi kemudian saya kata, tidak lagi. Masa itulah dia (Altantuya) mula datang. Saya kata saya tak mahu beri duit lagi. Dia jadi sangat marah.

Apa yang dia peras ugut anda?


Ia sesuatu yang peribadi, hubungan itu... Ia sesuatu yang sangat peribadi.

Bagaimana dengan tuduhan komisyen AS$500,000 (dari perjanjian kapal selam)?

Mana datangnya cerita itu? Inilah masalahnya. Orang sekarang ini semuanya malas, wartawan dan semua orang malas. Mereka tak periksa sumber. Tengok dari mana datangnya AS$500,000 itu.

Ia disebut dalam akuan bersumpah pertama Bala.

Ok, sesiapa pun boleh kata begitu. Dari mana datangnya perkara itu? Jujur cakap, AS$500,000 itu perkara baharu bagi saya. Saya tak tahu tentang itu. Dia (Altantuya) peras ugut saya minta AS$5,000, AS$8,000. Sebab itu saya ikutkan.

Tiada yuran untuk khidmatnya sebagai penterjemah?

Yuran penterjemahan apa? Cerita dia sebagai penterjemah itu hanya jenaka. Dia tak boleh pun bertutur bahasa Perancis. Kita semua mangsa satu percaturan politik. Dan kita semua pun peraya. Sejak awal, semuanya satu naratif – pembunuhan, Najib, Razak dan perjanjian kapal selam.

Naratif ini disogokkan kepada rakyat Malaysia sejak hari pertama dan semua orang seperti sekawan kerbau, ikut saja.

Cuba periksa, bolehkah dia bercakap dalam bahasa Perancis? Tiada seorang pun warga Perancis yang terlibat dalam urusan jual beli kapal selam jumpa dia atau kenal dia. Orang Perancis semuanya canggih. Mereka bertutur bahasa Inggeris dengan baik. Tiada siapa persoalkan. Kenapa perlu ada penterjemah bahasa Perancis yang berbangsa Mongolia?

Cuba fikir. Kalau saya hendak seorang penterjemah, sudah tentu saya ambil seorang berbangsa Perancis, atau warga Britain. Kenapa saya nak ambil seorang warga Mongolia?

Pernahkah dia pergi ke Perancis, tinggal di sana dan belajar bahasa itu? Dan semua orang percaya sahaja yang dia seorang penterjemah bahasa Perancis dan dia dibayar untuk itu. Tiada siapa yang persoalkan perkara itu.

Dalam akuan bersumpah pertama Bala, ada satu lagi tuduhan, iaitu Najib yang memperkenalkan Altantuya kepada anda.

Itu sebahagian dari naratif itu. Saya sudah katakan beratus kali, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi. Najib tak pernah kenal perempuan itu. Najib tidak bersalah. Kalau anda semua rasa ada kaitan antara mereka, mana buktinya? Jangan lupa yang dalam keadaan macam ini, ramai orang ambil kesempatan. Kita dah selalu sangat tengok perkara ini.

Bagaimana anda mengenali Altantuya?


Kalau saya kenal Najib, tak bermakna dia tahu semua tentang saya. Tetapi, kesimpulan dibuat, dia (Najib) tahu semua yang saya buat. Itu satu kesimpulan yang salah.

Saya katakan dalam afidavit saya, dan itulah kebenarannya. Kebenaran itu menyakitkan keluarga saya, dan ada perdebatan di kalangan pasukan guaman saya sama ada saya patut masukkan perkara itu atau tidak. Saya sudah beritahu bagaimana saya jumpa dia. Semuanya ada di sana (dalam afidavit).

Jadi, anda mengatakan isi kandungan akuan bersumpah Bala yang pertama itu mengarut?

Semuanya mengarut. Termasuk juga tuduhan seks luar tabii. Semua mengarut. Semua orang anggap akuan bersumpah itu betul. Tambahan pula, dalam akuan bersumpah itu, Bala kata: "ada orang beritahu saya" atau "saya beritahu dia". Semua itu cakap-cakap orang sahaja.

Siapa di belakang semua ini?

Drakula, pontianak, serigala jadian, siapa saja lah. Watak kesukaan saya selalunya Drakula.

Tujuan utamanya ialah hendak mengenakan Najib?

Ya, sudah tentu.

Dan anda juga menjadi mangsa?

Tidak, saya tak boleh kata saya mangsa. Ada pembunuhan berlaku, dan disebabkan saya mempunyai kaitan dengan keseluruhan perkara itu, dan ceritanya sangat menarik untuk dilepaskan begitu saja.

Di luar sana ada ramai orang yang mengambil kesempatan. Dan jangan lupa. Najib ketika itu timbalan perdana menteri (TPM), dan di negara kita ini, TPM cuma selangkah sebelum menjadi PM. Semua orang tahu beliau berpotensi menjadi PM.

Adakah anda masih rapat dengan Najib sekarang?

Tidak. Tapi pentingkah perkara itu? Keadaan sudah menjadi sangat tidak masuk akal, kalau saya minum teh dengan Najib, semua orang akan kata "Ya Tuhan..." Jadi, kita kena mara ke hadapan teruskan kehidupan.

Adakah anda rasa rakyat Malaysia akan mara ke hadapan? Hantu Altantuya akan berakhir di sini?


Tidak. Kerana ada ramai pihak berkepentingan di luar sana. Kerana, ini satu percaturan politik. Kita semua mangsa permainan politik ini. Anda tahu ada berapa ramai hantu di luar sana? Orang tidak peduli sebab semua mereka tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Tetapi yang ini, orang peduli, kerana ia bermotifkan politik. Itu saja.

Anda dibebaskan pada 31 Oktober, 2008. Sejak itu, isu Altantuya ini digunakan untuk menentang Najib. Kenapa anda tidak bersuara lebih awal, katakan contohnya, okay, cukup-cukuplah?

Yang menjadi kebimbangan peguam saya, sangat jelas. Selagi saya terlibat dalam perbicaraan, dan kes ini belum selesai, anda tidak akan mahu berkata apa-apa sehingga keseluruhan proses selesai.

Tetapi Najib tidak dibicarakan. Dan anda dibebaskan. Jadi, apa masalahnya?

Saya adakan sidang media (selepas dibebaskan). Kenyataan dikeluarkan. Yang mengecewakan, pihak akhbar tidak bertanya semua soalan itu. Mereka hanya tanya tentang naratif itu. Mereka tak tanya soalan penting yang lain.

Anda tidak rasa selepas itu anda perlu lakukan sesuatu yang wajar dan katakan, cukup semua ini?

Terdapat perdebatan hangat selepas saya dibebaskan, dan keputusannya ialah, biar saya keluarkan satu kenyataan. Dan bukan hanya kenyataan, diikuti sesi soal jawab.

Tetapi, enam tujuh tahun kemudian, perkara yang sama ditimbulkan. Setiap kali saya bercakap dengan peguam saya, mereka kata elok saya tidak kata apa-apa. "Anda sudah cakap apa yang anda hendak cakap… tiada apa lagi yang baru. Tunggu dulu… hingga keseluruhan proses selesai."

Dan itu sebabnya kenapa saya rasa saya perlu bercakap sekarang, memandangkan kes ini akhirnya sudah selesai.

Tetapi saya masih lihat banyak benda yang mengarut. Jadi, saya kata kepada diri sendiri, biar saya cuba (terangkan) sekali lagi.

Mereka kata Najib tidak pernah menafikan (mengenali Altantuya). Tak betul. Beliau banyak kali menafikan. Orang macam Najib pun, sampai satu masa dia akan kata, "apa saya nak buat lagi."

Najib sekarang diserang. Dan anda tampil mengatakan Najib tidak bersalah. Beliau tidak terlibat sejak dari mula. Kenapa sekarang?

Saya harap fokusnya ialah ke atas saya, bukan Najib. Ini kisah saya. Kasihan dia (Najib). Jujur saya katakan, saya tidak dapat luahkan dengan kata-kata perasaan saya tentang bagaimana beliau yang jadi mangsa.

Tetapi anda tidak jelaskan bagaimana anda menjadi mangsa?

Terus terang, saya seorang yang "private" (mempunyai kehidupan peribadi sendiri). Saya tiada cita-cita politik. Saya tak peduli semua itu sebenarnya.

Tetapi anda terpaksa meringkuk di dalam penjara selama 22 bulan.

Ya, tetapi begitulah sistemnya. Apa boleh saya buat. Kami cuba apa saja yang boleh untuk mendapatkan ikat jamin tetapi tidak berjaya.

Kalau dikenang semula apa yang terjadi, apa yang berbeza yang mungkin anda lakukan?

Jujur saya katakan kepada anda, saya sepatutnya dapatkan pasukan guaman yang terbaik dan saman semua orang yang sesuka hati bercakap sesuatu yang mereka tiada bukti. Itu yang saya sepatutnya lakukan, itu yang saya kesalkan. -TMI

ULASAN GB

Pandailah cakap bila Mahkamah Persekutuan sudah buat keputusan memutuskan dua orang anggota polis itu yang membunuh Altantuya.

Razak Baginda menyatakan pembunuhan Altantuya adalah pembunuhan biasa. Apa ertinya itu? Ada pembunuhan luarbiasa? pem bunuhan tetap pembunuhan. Yang berbeza ialah membunuh dengan sengaja atau membunuh dengan tidak snegaja. Tidak ada kategori pembun uhan biasa dna pembunuhan luarbiasa. Bunuh guna bom C4 anda kategorikan pembunuhan biasa?

Kedua, mengapa anda cabut lari dan tinggal diluarnegara? Mengapa takut? Bukankah berani kerana benar takut kerana salah?

Kini anda menyatakan kedua polis itu sebagai penyangak yang membunuh Altantuya. Apa faedahnya mereka mengambil tindakan nekad sedemikian jika tiada sebarang arahan pihak tertentu?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kita berdoa agar Allah s.w.t. mendedahkan hal yang sebenarnya.

Kit6a dengar komen-komen orangramai menegenai perkara di atas:




Kelab Greenboc

Sebahagian Enjin Kapal Terbang Yang Kemek Ditutup Dengan Kotak. Air Asia Kena Jawab Isu Ini "

Posted: 29 Jan 2015 01:30 AM PST


" TEKNOLOGI BARU KE NIH ???.


Sumber gambar daripada blogger Omak Kau mendapati sebahagian enjin kapal terbang Air Asia dibalut atau ditutupi oleh kotak.

Adakah ini tindakan khianat yang dilakukan oleh seseorang yang ingin menjatuhkan lagi reputasi Air Asia ataupun memang pihak Air Asia sendiri yang melakukan perkara seperti ini.

Diharap wakil Air Asia dapat memberi penjelasan tentang penyebaran gambar ini kerana ianya melibatkan isu keselematan penumpang, walaupun kelihatan sebahagian enjin ini hanya kemek, tapi secara tidak langsung telah menunjukkan Air Asia memandang ringan dalam isu keselamatan.


Tikaq Buluh

VIDEO - MIC Semakin Hancur !!

Posted: 29 Jan 2015 01:21 AM PST







Neelofa Jawab Isu Qari Sentuh Kepala Kita Bantai

Posted: 29 Jan 2015 12:00 AM PST

 

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa menyifatkan isu gambar kepalanya disentuh seorang lelaki yang dipercayai Qari terlalu diperbesar-besarkan tanpa mengetahui kisah sebenar.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudaranya yang berasal dari Pakistan dan mereka bertemu ketika hadir ke majlis perkahwinan sepupunya baru-baru ini.

Jelas Neelofa lagi, tindakan lelaki itu memegang kepalanya bukan dengan niat tertentu sebaliknya ia merupakan budaya masyarakat Pakistan menyapa sanak-saudara.

"Sebenarnya gambar itu tidak ada apa-apa yang pelik pun namun masyarakat terlalu cepat membuat andaian yang tidak menggambarkan keseluruhan apa sebeanrnya terjadi.

"Lelaki berkenaan adalah saudara kepada bapa saudara saya yang datang dari Pakistan dan dia memegang kepala saya secara spontan yang juga budaya masyarakat mereka untuk menyapa dan bertanya khabar," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui pada majlis sidang media pengumuman calon lima terbaik Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) yang berlansung di Hotel Double Tree by Hilton di sini pada Rabu.




Pengacara program MeleTOP itu turut bertindak sebagai hos acara berkenaan bersama Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan kumpulan Jozan (Zizan Razak dan Johan).

Malah Neelofa turut dicalonkan dalam kategori Hos TV MeleTOP.

Anugerah berkenaan bakal berlangsung pada 22 Febuari depan di Stadium Putra Bukit Jalil di sini.

Dalam pada itu, Neelofa tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengulas mengenai gosip yang mengaitkannya dengan seorang kerabat diraja pada tahun lalu.

Katanya, isu berkenaan sangat sensitif dan langkah mendiamkan diri adalah yang terbaik kerana bimbang keadaan bertukar keruh dan timbul salah faham.

"Tiada apa yang boleh saya katakan dan saya pilih untuk tidak mengulas mengenai perkara itu," jelasnya.

Sementara itu, Neelofa berkata, tahun ini dia mengakui lebih berhati-hati dalam memilih fesyen untuk digayakan pada malam AME 2015.

Jelas Neelofa, kritikan pedas yang diterima pada acara sama tahun lalu telah mengajarnya untuk lebih peka terhadap fesyen yang ingin digayakan.

"Tahun lalu saya kekurangan masa untuk memberi perhatian terhadap perkara itu dan Insya-Allah tahun ini saya ada masa yang agak banyak untuk memberi pandangan kepada pereka fesyen apakah pakaian sesuai untuk malam itu nanti," katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa  bakal kembali aktif sebagai pelakon selepas hampir dua tahun tidak tampil dengan sebarang projek terbaharu.

Kata Neelofa, selepas tidak lagi terikat sebagai pengacara Nona dia mempunyai lebih banyak waktu terluang untuk berbuat demikian.

"Sebelum ini saya tolak kerana terikat dengab jadual Nona dan tidak mahu menyusahkan rakan artis lain yang turut terlibat untuk ikut jadual saya.

"Insya-Allah saya akan masuk set penggambaran untuk lima buah telefilem pada tahun ini," ujarnya -mStar Online

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/neelofa-jawab-isu-qari-sentuh-kepala.html#ixzz3QBYUGfDk