Rabu, 28 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Anwar masih relevan, kata PKR kepada PAS OLEH MD IZWAN

Posted: 28 Jan 2015 11:00 PM PST


Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata hari ini PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Datuk Mustafa Ali hari ini yang mengatakan hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) kukuh sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Bekas setiausaha agung PKR itu mengingatkan PAS tidak harus berada dalam sindrom penafian kerana enggan mengakui peranan ketua umum PKR itu.

"Isu Anwar bebas atau tidak tetap akan beri impak kepada Pakatan dan rakyat keseluruhannya, impak itu tetap relevan," kata bekas ahli Parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.

"Pada 2004, kita sudah lihat bagaimana hubungan antara parti dengan parti tidak memadai dan buktinya Barisan Alternatif (BA) tidak mampu diselamatkan dan isu negara Islam akhirnya menyebabkan perpecahan," kata Saifuddin yang juga pengarah pilihan raya PKR.

Saifuddin juga membangkitkan prestasi parti pembangkang ketika itu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya menang besar di bawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.



Saifuddin berkata, PAS tidak harus menafikan perkara tersebut dan membuat perbandingan dengan keputusan diperoleh PR pada 2008 dan 2013 selepas Anwar dibebaskan.

"Kita tidak perlu dalam sindrom penafian, kita harus jujur.

"Semasa pilihan raya 2008 dan 2013, pilihan raya ketika itu berlangsung ketika Anwar yang bebas dan hasilnya Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular."

Saifuddin berkata, keputusan mahkamah pada Februari depan penting kepada masa depan PR dan juga harapan rakyat yang mahu melihat sistem 2 parti berjaya.

"Anwar adalah simbol perjuangan reformasi dan harapan untuk alternatif rakyat, maka keputusan mahkamah nanti tetap sangat penting.

"Anwar adalah seorang personaliti yang kuat, beliau (Mustafa) tidak boleh keluarkan kenyataan simplistik sedemikian," katanya.

Selaku pemimpin kanan, Saifuddin juga membidas Mustafa yang dilihat mengeluarkan kenyataan yang tidak bijaksana.

"Sebagai pemimpin senior, beliau (Mustafa) perlu keluar kenyataan yang lebih bijaksana," katanya.

Jika PAS enggan mengiktiraf peranan ketua umum PKR itu, Saifuddin berkata, biarlah rakyat sendiri yang menilai dan mengiktiraf signifikan Anwar dalam arena politik negara.

"Kalau benar PAS tidak iktiraf atau mengakui signifikan Anwar dalam politik dan negara, biarlah rakyat terbanyak dan pendokong reformasi di Malaysia terus berdoa demi pembebasan Anwar."

Mustafa hari ini pada satu sidang media berkata hubungan PR akan tetap menjadi lebih kukuh walaupun tanpa Anwar jika dihukum penjara.

10 Februari depan ialah keputusan rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. – 28 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

VIDEO - Najib Tak Nyenyak Tidur Kerana Berita Ini?

Posted: 28 Jan 2015 10:30 PM PST

 
 
KUALA LUMPUR – "Aku akan tembak kau dengan Subramaniam." Demikian ugutan bunuh yang diterima Naib Presiden MIC, M. Saravanan yang dipercayai dilakukan oleh ahli kumpulan gengster menerusi satu panggilan telefon pada sidang akhbar di ibu pejabat MIC di Menara Manickavasagam di sini semalam.

Ugutan tersebut turut dapat didengar dengan jelas oleh petugas media dan ahli-ahli MIC selepas Saravanan mengaktifkan pembesar suara pada telefon bimbitnya.

Pemanggil tersebut turut menyebut nama Datuk Seri S. Subramaniam kerana Timbalan Presiden MIC berkenaan antara pemimpin yang turut kecewa dengan kepimpinan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel selepas gagal menyelesaikan isu pemilihan semula parti seperti diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Panggilan telefon ugutan bunuh berkenaan dibuat selepas lebih 20 orang gengster yang dipercayai diupah orang tertentu cuba menghalang Saravanan, Ketua Wanita MIC, M. Mohana dan Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh daripada memasuki ibu pejabat MIC sehingga menimbulkan kekecohan dan insiden tolak-menolak.


Saravanan (duduk di tengah), Sivarraajh (duduk di kiri) dan Mohana mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat MIC semalam.

Pergaduhan tersebut menyebabkan krisis parti tunjang masyarakat India itu semakin memuncak apabila perselisihan faham antara pemimpin kanan parti tesebut bukan sahaja gagal diselesaikan selepas hampir dua bulan, bahkan kini didakwa melibatkan kumpulan gengster dan ugutan bunuh.

Selain dihalang memasuki ibu pejabat, kekecohan tersebut juga semakin panas apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan dihambur dengan kata-kata kesat.

Saravanan, Mohana dan Sivarraajh bersama para penyokong ketika itu berhasrat mengadakan sidang akhbar khas mengenai usaha untuk menyelamatkan parti tersebut yang dijadualkan berlangsung pada pukul 1 tengah hari. 
 

Kah Kah Kah Takda Siapa Takut Pun Pada Brahim Ali PERKASA !!

Posted: 28 Jan 2015 10:00 PM PST

Joseph Kurup tidak gentar saman Ibrahim Ali

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup tegas dengan pendiriannya yang tidak akan bertoleransi dengan sentimen perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup tegas dengan pendiriannya yang tidak akan bertoleransi dengan sentimen perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup tidak gentar dengan tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mengemukakan saman fitnah kerana melabelkan kumpulan itu sebagai ekstremis.

Kurup berkata, sebagai menteri yang menyelia portfolio perpaduan negara, menjadi pendiriannya untuk tidak bertoleransi dengan sentimen perkauman dan agama yang boleh menjejaskan keharmonian kaum.

Katanya, menjadi tanggungjawab beliau menghapuskan tindakan ekstremisme yang dibawa kumpulan pembela Melayu berhaluan kanan itu.

"Saya pasti sudah membuat sesuatu yang betul sehingga Ibrahim Ali menyaman saya.

"Saya akan buat apa sahaja yang perlu untuk mempertahankan perpaduan Malaysia dan sedia bersemuka dengan Ibrahim Ali atau sesiapa sahaja di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim pagi tadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, antara lain kerana gesaan Kurup terhadap Peguam Negara supaya membuka semula fail siasatan terhadap kenyataan Ibrahim mengenai isu bakar Bible.

Kurup pada 24 Disember tahun lalu semasa berucap di satu peridangan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) mendakwa pertubuhan pembela Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Perkasa sebagai pengganas dan pelampau.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu dalam kenyataan menambah, perpaduan nasional amat penting bagi memastikan Malaysia terus maju mencapai misi negara maju menjelang 2020.

"Kerajaan akan terus berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan kerana ia khazanah negara yang tidak ternilai.

"Kegagalan melindunginya akan menyebabkan kemusnahan ekonomi dan pembangunan negara," katanya.

Ibrahim pada 26 Disember lalu turut failkan saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai berhubung isu sama, apabila dalam artikel yang diterbitkan Star Publications (M) Bhd menggambarkan beliau seorang pelampau agama dan memperlekehkan agama Kristian dan tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan undang-undang.

Dalam artikel itu, Ibrahim mendakwa kononnya beliau menggesa ibu bapa dan pelajar sekolah Melayu yang menerima Bible mengandungi perkataan Allah dan skrip jawi supaya membakarnya.

Dilaporkan wujud insiden pengedaran Bible kepada golongan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelutong, Pulau Pinang pada 17 Januari 2013, apabila tiga lelaki Cina dikatakan mengedar sejumlah Bible kepada pelajar sekolah itu termasuk pelajar Islam di hadapan sekolah berkenaan.

Jabatan Peguam Negara pada Oktober tahun lalu memutuskan tiada pendakwaan terhadap Ibrahim mengikut Akta Hasutan 1948 selepas mendapati tiada kecenderungan untuk menghasut dalam ucapan bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu pada Januari 2013.

Menurut jabatan itu, Ibrahim tidak berniat menimbulkan kekecohan keagamaan tetapi hanya mempertahankan kesucian agama Islam. – 28 Januari, 2015.


 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Kematian Altantuya ‘hanya kes pembunuhan biasa’, kata Razak Baginda OLEH LIONEL MORAIS DAN AMIN ISKANDAR

Posted: 28 Jan 2015 09:15 PM PST

 

Abdul Razak Baginda berkata spekulasi mengenai kes Altantuya Shaariibuu menjadi bertambah 'berbelit' walaupun sampai ke penghujung proses undang-undang.

Abdul Razak Baginda berkata spekulasi mengenai kes Altantuya Shaariibuu menjadi bertambah 'berbelit' walaupun sampai ke penghujung proses undang-undang.

Sembilan tahun berlalu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda masih tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya Shaariibuu, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

Razak dibebaskan daripada bersubahat dengan pembunuhan itu pada tahun 2006 tetapi dua komando polis didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan terakhir bulan ini.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," Razak memberitahu The Malaysian Insider ketika ditanya pendapatnya terhadap motif pembunuhan itu.

Mereka ialah Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, bekas kakitangan Unit Tindakan Khas (UTK).

Namun, motif pembunuhan itu tidak dapat dipastikan. Mahkamah Persekutuan, bagaimanapun, memutuskan keterangan mengikut keadaan sudah cukup untuk menghukum kedua-duanya ke tali gantung.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia memohon agar dia diekstradisikan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider baru-baru ini, Razak berkata spekulasi mengenai kes itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Keadaan ini sudah menjadi agak tidak masuk akal dari segi spekulasi. Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini tetapi kini, lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang.

"Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul melarikan diri dan pergi ke Australia," kata Razak, sambil menambah beliau bersedia untuk bercakap sekarang kerana dari sudut undang-undang, kes jenayah itu sudah berakhir.

Beliau juga menyentuh laporan mengenai luahan hati ibu Sirul Azhar, mengatakan anaknya diperangkap.

 

"Apa lagi yang kita nak jangkakan keluar dari mulut ibunya?" katanya.

Razak merujuk laporan anak Sirul Azhar tiba-tiba muncul menulis di laman Facebook, mengatakan dia berada di Australia bersama ayahnya.

Pengguna Facebook yang menggelar dirinya Shuk Sz itu mendakwa sebagai anak Sirul Azhar yang berusia 19 tahun.

Dalam postingnya, Shuk Sz berkata Sirul dipanggil memberi kenyataan tetapi tidak menyebut pihak berkuasa mana yang memanggilnya. Beliau berkata jika kenyataan itu boleh mencemar reputasi Malaysia.

"Kita malah tidak tahu kesahihan akaun Facebook itu, tetapi ia mendapat liputan. Tiada siapa yang terfikir untuk memeriksanya?

"Jika anda hanya menganggap ini sebagai pembunuhan dan tidak mempolitikkannya, maka ia hanya satu kes pembunuhan semata-mata," katanya.

Razak bertegas dua anggota polis itu bertindak menurut kemahuan mereka sendiri ketika melakukan pembunuhan itu, sambil menambah, "ini yang diputuskan mahkamah".

"Akhirnya, prosiding mahkamah begitu telus, beberapa peguam pertahanan terbaik turut terlibat, termasuk mendiang Karpal Singh. Hakim sangat liberal, memberi peluang kepada semua orang untuk bertanya soalan."

Beliau mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?"

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Timbalan Superintenden Musa Safri kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul selepas perbicaraan berterusan selama 159 hari.

Pada 23 Ogos, 2013, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membebaskan dua anggota polis itu kerana kekurangan bukti.

Malah, Hakim Tengku Maimun Tengku Mat, yang membacakan keputusan berkata, mereka sepatutnya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Hakim memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu.
Tengku Maimun mengingatkan episod buruk dan dahsyat itu bermula dengan permintaan Razak kepada Musa sebelum Azilah dan Sirul dilibatkan.

Pihak pendakwaan berkata tidak perlu memanggil Musa sebagai saksi kerana beliau hanya seorang sampingan dalam kes itu, dan afidavit Razak yang menyokong permohonan ikat jaminnya mendedahkan peranan pegawai kanan polis itu terhad kepada memperkenalkan beliau (Razak) kepada ketua polis Brickfields.

Malah Sirul, yang memberi kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh, berkata Musa tidak terlibat dan tidak memberi sebarang arahan. – 29 Januari, 2015.


The Malaysian Insier

Altantuya: Terlalu ramai 'siapa', dan terlalu banyak 'kenapa' yang tidak terjawab!

Posted: 28 Jan 2015 08:30 PM PST

zaid altantuya2
Maknanya terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab! Too many 'who's, 'why's not answered in Altantuya case

FMT Reporters | January 28, 2015

Zaid Ibrahim says the only way to get to the bottom of the Mongolian's murder is to have an independent inquiry to address unanswered questions. zaid altantuya2

PETALING JAYA: A former law minister is suggesting an independent inquiry be set up to address the stream of unanswered questions still surrounding the murder of Mongolian Altantuya Shaariibuu nine years ago. In his latest blog entry,

Zaid Ibrahim said that while two men, Chief Inspector Azilah Hadri and Corporal Sirul Azhar Umar had been found guilty and sentenced to death for Altantuya's murder, too many "who"s, "why"s and "what"s still existed. Saying only an independent inquiry could bring closure to the case, Zaid explained, "Justice in this case requires the country to have an independent inquiry to ascertain why the case unfolded as it did and to determine if the roles played by the Police and the AG were aboveboard." He said if the government didn't do this, Malaysia would be seen as a country "callous with human lives, with no regard for the truth".

"I believe there are things we don't know about the murder, and the conduct of the police and the AG regarding the matter has hardly been beyond reproach," he lamented. "So far we have found two men guilty.

There could be more if the truth were allowed to finally surface," he said. He listed six questions playing on the minds of what he termed as "ordinary men and women" that the court had not addressed before coming to their verdict of guilty.

The questions were "who" gave Azilah and Sirul instructions to kill Altantuya; "who made the offer" of RM100,000 to Sirul to carry out the deed; "what" words were actually used when the instruction was given to Azilah and Sirul to "assist Razak"; "why" were there changes in the prosecutors and High Court judge; "why" was private investigator Bala and his family asked to leave the country and did prime minister Najib Razak really know Altantuya despite his claims to the contrary. Zaid also questioned Federal Court judge Suryadi Halim Omar's firm belief that DSP Musa Safri never instructed Azilah on how to assist Razak Baginda, and asked,

"How does the judge know this for sure? Azilah could have said this but Musa was never called as a witness." Saying, "I am anxious to know what was on Musa's mind when he decided to introduce Razak to Azila and Sirul," Zaid added, "When you ask people whose job is to eliminate and destroy to 'assist' you, and they are in possession of C4 explosives, you cannot expect them to engage in peaceful and polite negotiations.

"You expect them to do exactly what they were trained to do: take orders, ask no questions and kill if necessary." Touching on the question of motive, Zaid said, "only a madman kills for no reason. Everyone else has a motive for doing something."

He added, "We need to make sure that we have not left important clues behind, and remove all doubt that the stakeholders in our justice system might have been less than honest in dealing with the case."


Posted by mountdweller

Elyana Kembali Berlakon Kerana Dipaksa Suami? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 28 Jan 2015 08:00 PM PST



Imej terbaru Elyana
 
 
KL: Penyanyi dan pelakon Elyana memberitahu, suaminya Khairul Anuar Husin, 40, sentiasa memaksa agar dia kembali aktif dalam bidang seni selepas hampir empat tahun menyepikan diri. 
 
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 28, berkata, suaminya bimbang dia mungkin bosan menjadi suri rumah sepenuh masa.
"Selepas berkahwin dan hamil keputusan untuk memperlahankan kerjaya datang dari diri sendiri kerana ingin melihat anak membesar depan mata sendiri.

"Kini anak kami sudah pun berusia empat tahun dan dia banyak memberi galakkan supaya saya kembali aktif kerana mahu saya bersemangat dan meneruskan minat dalam bidang seni," katanya kepada mStar Online hari ini.

Elyana ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri lakonannya berjudul Keluarga Karaoke di Red Box Pavillion di sini, Selasa.
 
Sepatutnya, sesebuah bahtera rumahtangga itu hendaklah belayar di lautan cinta dalam keredhaan dan ketentuan peraturan Allah SWT. 
 
Matlamatnya kena betul, barulah akan sampai ke pulau bahagia dari dunia hingga akhirat. Insya Allah. (IH)

TERKINI - Pesawat FlyDubai Ditembak Di Udara

Posted: 28 Jan 2015 07:30 PM PST

TERKINI - Pesawat FlyDubai Ditembak Di Udara  Beberapa syarikat penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu membatalkan penerbangan ke Iraq selepas pesawat FlyDubai ditembak di Lapangan Terbang Baghdad.  Penggantungan itu akan menghadkan pilihan penumpang, ahli perniagaan asing dan diplomat yang bergantung kepada pusat transit antarabangsa di negara Teluk.  Pesawat FlyDubai ditembak pada bahagian tengah pesawat sehingga menyebabkan kebakaran kecil. Namun semua penumpang pesawat 215 itu selamat.  Kejadian itu menyebabkan penumpang yang berlepas ke Dubai terpaksa menggunakan pesawat lain, menurut FlyDubai.  Berikutan kejadian itu, Emirates berkata, syarikat itu turut membatalkan penerbangan dari dan ke ibu negara Iraq berikutan kebimbangan keselamatan sehingga dimaklumkan kelak,  "Kami begitu komited kepada para pelanggan kami di Iraq dan berharap perkhidmatan di Baghdad akan dimulakan semula apabila keadaan mengizinkan," kata Emirates dalam kenyataan.  Bagaimanapun, Emirates masih terus beroperasi di utara Iraq, Irbil dan Basra.  - MalaysiaGazette -  Abd Ghani B.Hashib  Yazid Yunus Sbc  Mafiaboss Melayu  Megat Farish  Jones Jangkat  Ismaily Bungsu C  Jane JR Jerome  Raynol Nol  Salida Binti Hamzah  Durian Desa  Intan Mazura   Kiyai Reformis  Anas Mustapha  Yusoff Ibrahim  Johari Abu Bakar  Suhaidy Abu Hasan   AbuBakar AlMuari  Uzair Yunus Norarich Norarich  Zaki Zahari  Zubir Abdullah Azman Daud Azmandaud  Musaffir Samudera  Rock LeeTwo   Gunasahkeren Suppiah   Adnan Ley  Faisal Chal Saad


Beberapa syarikat penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu membatalkan penerbangan ke Iraq selepas pesawat FlyDubai ditembak di Lapangan Terbang Baghdad.

Penggantungan itu akan menghadkan pilihan penumpang, ahli perniagaan asing dan diplomat yang bergantung kepada pusat transit antarabangsa di negara Teluk.

Pesawat FlyDubai ditembak pada bahagian tengah pesawat sehingga menyebabkan kebakaran kecil. Namun semua penumpang pesawat 215 itu selamat.

Kejadian itu menyebabkan penumpang yang berlepas ke Dubai terpaksa menggunakan pesawat lain, menurut FlyDubai.

Berikutan kejadian itu, Emirates berkata, syarikat itu turut membatalkan penerbangan dari dan ke ibu negara Iraq berikutan kebimbangan keselamatan sehingga dimaklumkan kelak,
"Kami begitu komited kepada para pelanggan kami di Iraq dan berharap perkhidmatan di Baghdad akan dimulakan semula apabila keadaan mengizinkan," kata Emirates dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Emirates masih terus beroperasi di utara Iraq, Irbil dan Basra.


- MalaysiaGazette  

Dalam Bulan Ini, Polis Kantoi 2 Kali..

Posted: 28 Jan 2015 07:00 PM PST

 
Koroner hari ini memutuskan anggota polis dan banduan bertanggungjawab terhadap kematian seorang penganggur semasa dia ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di Negeri Sembilan, dua tahun lalu.

Koroner Datuk Jagjit Singh berkata, punca kematian P Karuna Nithi disebabkan 49 kecederaan berganda objek tumpul termasuk serangan fizikal, penderaan dan tindakan menyalahi undang-undang individu tidak dikenali, termasuk pegawai polis dan tahanan lain di mana Karuna Nithi ditahan.
P Karuna Nithi 
Jagjit, yang merupakan seorang hakim Mahkamah Sesyen di Seremban berkata, dalam keputusan terdapat kegagalan atau kelalaian bagi memberi rawatan perubatan dan perhatian yang diperlukan Karuna Nithi.

"Terdapat juga kegagalan pegawai-pegawai polis untuk menghentikan tahanan lain daripada mendera Karuna Nithi dalam lokap polis."

Ini adalah keputusan kedua dalam bulan ini di mana pihak polis didapati bertanggungjawab ke atas kematian tahanan semasa dalam tahanan.

Pada 16 Januari, koroner Ahmad Bache memutuskan polis bertanggungjawab ke atas kematian pemandu lori P. Chandran melalui kelalaian mereka untuk memberikan bantuan perubatan yang tepat pada masanya.

Chandran ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 6 September 2012 dan berada dalam tahanan selama empat hari sebelum meninggal dunia.

Jagjit berkata setelah meneliti semua bukti, beliau berpuas hati punca kematian Karuna Nithi adalah disebabkan gabungan tindakan menyalahi undang-undang dan kelalaian satu individu atau beberapa individu yang tidak diketahui.

"Mangsa adalah seorang dewasa yang sihat tanpa penyakit yang mengancam nyawa apabila dimasukkan ke dalam lokap tetapi akhirnya mati tiga hari kemudian dengan 49 kecederaan luaran," katanya.

Beliau berkata kematian tahanan dengan jumlah kecederaan itu harus menjadi petanda amaran.

Jagjit berkata beliau menolak keterangan pakar patologi forensik Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee selepas pemeriksaan yang banyak kelemahan dalam keterangannya.

"Beliau tersilap mendapati punca kematian adalah disebabkan 'perubahan lemak di dalam hati. Tetapi ia tidak boleh menjadi begitu apabila si mati mempunyai 49 kecederaan luaran, "katanya.

Jagjit berkata footages televisyen litar tertutup dari balai polis itu dengan jelas mendedahkan Karuna Nithi dipukul tahanan lain dan polis yang bertugas turut menyembunyikan apa yang berlaku.

Beliau berkata beberapa anggota polis juga menyumbang turut memukul, mengganggu dan membuli berdasarkan bukti daripada CCTV.

Jagjit mengakui Karuna Nithi adalah seorang tahanan yang sukar dikawal, sambil menambah "tetapi tiada sebab bertindak kejam kepadanya".

"Dia berulang kali dipindahkan dari satu sel ke sel yang lain kerana dia mengalami halusinasi, meracau dan mengamuk," katanya.

Hakim itu berkata seorang anggota polis juga memberi keterangan yang kebajikan Karuna Nithi diabaikan kerana ia dianggap berpura-pura sakit semasa dalam lokap.

Karuna Nithi, 42, ditemui tidak sedarkan diri di dalam sel oleh seorang anggota polis yang memeriksa pada kira-kira 6 petang pada 1 Jun, 2013.

Dia dikejarkan ke hospital daerah tetapi disahkan mati sebaik sahaja tiba.

Polis menahannya pada pukul 5.30 petang 28 Mei selepas isterinya membuat laporan dia menyerangnya berikutan pertengkaran di rumah mereka di Rumah Rakyat Taman Muhibbah di Gemencheh.

Karuna Nithi juga membuat satu laporan awal pada hari itu mengakui menyerang isterinya kerana tidak dapat menerima leterannya.

Dia dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin pada pagi berikut di mana perintah tahanan reman empat hari dikeluarkan.

Pada 31 Mei, dia didakwa menyebabkan kecederaan dan dibenarkan diikat jamin RM4,000 tetapi dibawa balik ke dalam lokap kerana keluarga tidak dapat menjamin mengikut jumlah yang ditetapkan.

Polis mengekalkan tiada penderaan fizikal terlibat dalam kematiannya walaupun ahli keluarga mendakwa terdapat kecederaan baru pada tubuhnya.

Peguam Eric Paulsen, yang mewakili keluarga Karuna Nithi, berkata ini merupakan satu lagi keputusan yang perlu diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa.

"Hakim mengulangi Mahkamah Rayuan memerintah tahun lalu yang tidak ada seorang pun yang patut mati dalam lokap polis. Ini juga kemenangan kecil untuk hak asasi manusia," kata Eric, yang juga pengarah eksekutif Lawyers for Liberty.

Beliau berkata Dr Sharifah sepatutnya "bercakap bagi pihak orang yang mati" tetapi penemuan beliau tidak adil.

Peguam bersama Dr Dheeraj Bhar, yang merupakan seorang doktor perubatan berkata, penolakan bukti Dr Sharifah mempunyai kaitan dengan kredibiliti beliau sebagai seorang profesional.

"Saya berharap Majlis Perubatan Malaysia akan melihat perkara ini berdasarkan apa yang hakim simpulkan," katanya. ~malaysian insider

Apa Yang Kau Sombongkan ??

Posted: 28 Jan 2015 06:30 PM PST

Semuga kita disuruh ingat mati agar sentiasa takutkan Allah kerana ingat mati dapat mengurangkan ingatan kepada kemewahan dunia yng sementara.Berkata Saidina Abu Bakar hampirnya tali dengan kasut hampir lagi kematian, umpama urat dengan leher....Sesungguhnya maut itu memutuskan segala nikmat dunia...Wallah hualam...Raja Laut

Semuga kita disuruh ingat mati agar sentiasa takutkan Allah kerana ingat mati dapat mengurangkan ingatan kepada kemewahan dunia yng sementara.

Berkata Saidina Abu Bakar hampirnya tali dengan kasut hampir lagi kematian, umpama urat dengan leher....Sesungguhnya maut itu memutuskan segala nikmat dunia...

Wallah hualam...Raja Laut

Mereka Ini Dipaksa Jadi Pelacur.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 28 Jan 2015 06:00 PM PST

  
INILAH lima wanita warga asing yang berjaya diselamatkan daripada dijadikan pelacur oleh sepasukan Unit ATIP di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar kelmarin. 

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan lima wanita warga asing daripada menjadi mangsa satu sindiket pelacuran di bandar raya ini dalam serbuan di sebuah rumah inap desa di Taman Saga Indah, Jalan Alor Mengkudu di sini kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 6.30 petang sempena Ops Noda/Cantas itu dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Bukit Aman dan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Difahamkan, serbuan dilakukan polis setelah salah seorang daripada mangsa yang berasal dari Thailand berjaya menghubungi pejabat kedutaan negara tersebut di Kuala Lumpur memaklumkan dia dan rakan-rakannya ditahan dan dipaksa untuk melacur oleh sindiket pelacuran berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Nor Omar Sappi berkata, mangsa yang diselamatkan itu membabitkan dua warga Thailand dan tiga warga Vietnam berusia lingkungan 20 hingga 30-an. (Kosmo!)

Lelaki bertuala tergamam semasa diserbu...??

Posted: 28 Jan 2015 05:30 PM PST

(Gambar) Sungai Petani:

Seorang lelaki warga Indonesia yang hanya memakai tuala sambil diurut tukang urut wanita warga asing tergamam apabila pihak berkuasa menyerbu pusat urut di Lagenda Heights, di sini, kelmarin.

Serbuan terhadap dua pusat urut itu bermula jam 7 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Kedah berdasarkan maklumat awam selepas melakukan risikan.

Ketua Bahagian Penguat Kuasanya Mohd Shahrir Khalil berkata, pihaknya menahan lima wanita warga China dan Vietnam berusia 20 hingga 30-an dipercayai bekerja sebagai tukang urut, selain dua lelaki warga Indonesia termasuk seorang pelanggan yang sedang diurut.

"Ketika serbuan, 13 warga asing diperiksa, bagaimanapun hanya tujuh ditahan termasuk pelanggan yang diurut dan ada yang menunggu pelanggan.

"Kita tidak menghadapi masalah memasuki premis itu kerana risikan sudah dijalankan sejak lebih sebulan lalu bagi memastikan semua pekerja di kedua-dua pusat urut ini tidak dapat melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas diberikan.

Menurutnya, pihaknya juga merampas kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bahan bukti, selain memanggil pelanggan dan pemilik premis untuk memberi keterangan.

Katanya, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. -


hmetro-

Keputusan Fitnah Liwat II Pada 10 Februari

Posted: 28 Jan 2015 05:00 PM PST

Sirul tak dapat apa pun, kata ibu

Posted: 28 Jan 2015 04:15 PM PST

 
 
Keluarga koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altanyuta Shaariibuu menganggap bekas polis itu "dianiaya".

Ibunya Piah Samat, 74, berkata, ini kerana beliau hanya menjalankan tugas sebagai anggota polis, lapor Harakahdaily.

"Tak tahulah, hanya tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat," beliau dipetik sebagai berkata.

"Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang Satu (Allah), nak minta tolong pada siapa lagi," beliau dipetik sebagai berkata dengan nada sebak.

Akhbar web PAS itu melaporkan Piah sebagai berkata demikian ketika menerima lawatan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Bukit Gantang semalam.

Harakahdaily juga melaporkan Piah sebagai berkata, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, penduduk kampung sekitarnya datang memberi sokongan.

"Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang," katanya sambil menitis air mata, lapor  
 
Harakahdaily.
 

TG YB Dato Nik Aziz dijangka keluar wad tak lama lagi.......

Posted: 28 Jan 2015 03:45 PM PST


ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH SWT 


Tahap kesihatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dilaporkan bertambah baik hari ini dan dijangka pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Anaknya Nik Mohamad Abduh berkata bapanya kini berupaya duduk di kerusi roda.

"Pagi ini doktor dan pihak hospital berkunjung ke rumah untuk melihat dan membantu kami menyempurnakan keperluan dan persiapan untuk ayahanda apabila dibenarkan pulang nanti," katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM pada 19 Jan lepas setelah tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.
Malaysiakini

Menteri gelar 'rasis', PERKASA fail saman

Posted: 28 Jan 2015 08:00 AM PST

NGO pendesak Melayu, PERKASA memfailkan saman ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup kerana menggelarkan kumpulan tersebut "rasis dan cauvinis".

PERKASA yang diketuai presidennya, Datuk Ibrahim Ali, mendakwa Kurup turut mengulangi kenyataan didakwa "memfitnah" tersebut semalam di Petaling Jaya.

PERKASA memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan tuntutannya, PERKASA mendakwa Kurup berniat untuk menyatakan bahawa NGO berkenaan merupakan kumpulan ekstremis dan menggunakan agama untuk cetus kekerasan.

Mereka seterusnya mendakwa, kenyataan Kurup menggambarkan bahawa tindakan PERKASA bertentangan dengan nilai dalam pembentukan negara, dan menyebabkan timbul ketakutan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

PERKASA menuntut injunksi ke atas Kurup bagi menghalang menteri tersebut daripada mengulangi kenyataan terbabit.

Selain itu mereka turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan.

Kurup didakwa menggunakan perkataan memfitnah dalam kenyataan media semasa malam sambutan Krismas tahun lalu.

PERKASA mendakwa, Kurup turut membuat kenyataan sama semasa satu konvensyen di Petaling Jaya semalam.

Kedua-dua kenyataan itu merupakan sebahagian daripada saman yang difailkan hari ini oleh PERKASA.

Dah Tahu Ker Dr. Wan Azizah Tidak Layak ?

Posted: 28 Jan 2015 07:30 AM PST

Drama 'Palanivel mabuk', ancaman bunuh MIC

Posted: 28 Jan 2015 07:00 AM PST

 
 
Sekumpulan kira-kira 20 orang individu cuba menyekat Naib Presiden MIC Datuk M Saravanan daripada memasuki ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Saravanan dijadual mengadakan sidang media berkaitan krisis semasa parti itu.

Kumpulan lelaki itu mendakwa dilantik oleh Presiden Datuk Seri G Palanivel dan Setiausaha Agung G Kumar Aaman sehari sebelumnya untuk menjaga bangunan itu.

Mendengar perkara itu, kira-kira 200 orang yang mengiringi Saravanan tampil menjerit: "Palanivel sudah mabuk".

Ketegangan itu berlanjutan kira-kira sejam sebelum tibanya pihak polis, diikuti orang ramai bersurai.

Bagaimanapun, drama itu tidak tamat di situ.

Sidang media Saravanan berlangsung 30 minit lewat daripada dijadual, di mana beliau menerima dua ancaman bunuh melalui telefon.

Saravanan malah memainkan ancaman itu dengan kuat melalui speaker telefonnya untuk didengari bersama kumpulan wartawan.

Pemanggil itu bercakap dalam bahasa Melayu dan mengancam hendak menembak Saravanan.

Saravanan kemudian mengejeknya supaya benar-benar menembaknya kerana "pemberita mahu melihatnya".

Mahasiswa sebagai intelek dan rausyanfikir 140412-demo mansuhkan ptptn-dataran merdeka (44) oleh SADIQ JEBAT

Posted: 28 Jan 2015 06:15 AM PST


Peristiwa Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak membuka lembaran politik baru kepada mahasiswa. Walaupun begitu, mahasiswa seperti tidak mampu mencerna sesuatu isu dengan tuntas apabila berhadapan dengan kehendak rakyat.

Kesannya, lahir mahasiswa yang hanya menjadi pak turut yang terus keliru antara kehendak rakyat dan ahli politik. Seorang mahasiswa perlu menyokong, melihat, mendengar, memahami rintihan-rintihan rakyat.

Jika ada yang mengatakan, '"bukan semua pemimpin datangnya daripada mahasiswa, ada yang juga orang kebanyakan', itu tidak dinafikan. Kebiasaannya, dapat kita perhatikan bakal pemimpin itu adalah daripada kalangan mahasiswa.

Mahasiswa yang bijak adalah mereka yang bersama rakyat daripada menempelkan diri bersama ahli politik. Mahasiswa perlu menyumbang tenaga untuk melihat perubahan yang baik dalam masyarakat. Malahan mahasiswa juga menjadi pemikir kepada masalah-masalah masyarakat.

Kata Syed Hussein Al-Attas dalam bukunya, 'Intelektual Masyarakat Membangun' intelektual yang dimaksudkan adalah seorang yang memikirkan gagasan dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan keupayaan akal."

D sini tugas intelektual adalah untuk memikirkan gagasan baru. Maka, seorang mahasiswa boleh dikatakan hampir tujuannya seorang intelektual.

"Maha" bererti: Tinggi manakala "Siswa" bererti: penuntut atau pelajar, maka boleh disimpulkan mahasiswa itu adalah selangkah menjadi seorang intelektual.

Jika dijengah pandangan Ali Shariati, rausyanfikr bukan intelektual, tetapi mereka yang terdiri daripada para petani, tukang-tukang, rakyat biasa yang memikirkan tentang masalah masyarakat. Seorang mahasiswa perlu menjadi rausyanfikr dengan menjengah pekerjaan, kelakuan, kesusahan mereka.

Dengan itu mahasiswa mampu menyumbang gagasan baru setelah mereka keluar universiti.

Kesannya, pemimpin rakyat suatu masa nanti adalah mereka yang berjiwa rakyat, bukan sekadar ahli politik tetapi intelektual yang mendepani masalah rakyat. Jika mahasiswa dilahirkan dengan air tangan ahli politik, tidakkah tindak-tanduknya seiring dengan seseorang ahli politik?

Ini kerana manusia itu terbentuk mengikut persekitarannya. Masakan seorang mahasiswa mampu merasakan kesusahan rakyat tanpa berguru dengan rakyat, iaitu bersama-sama kesusahan mereka?

Tugas mahasiswa bukan semata-mata menjadi komoditi pasaran, tetapi menggantikan ahli politik, intelektual, pensyarah dan mereka yang memimpin. Seharusnya seorang mahasiswa menoleh ke belakang melihat masalah rakyat sebelum ke hadapan menjadi orang-orang besar. Seperti disarankan Mao Tse-tung dalam tulisan beliau, Talk on Question of Philosophy:

"Professors, assistant professors, administrative worker, and student should all of them go down, for a limited period of five month.

If they go to the countryside for five month, or to the factories for five month, they will acquire some perceptual knowledge…..that's what I call university." Walaupun begitu, mahasiswa perlu juga mendekati ahli politik bagi melihat cara yang digunakan bagi mendekati masyarakat.

Mahasiswa harus tahu, ahli politik tidak semestinya punya tanda untuk menjadi seorang pemimpin sejak lahir, tetapi mempunyai gagasan untuk mengubah rakyat. Seharusnya mahasiswa ada wahana tersendiri untuk menyampaikan idea yang diperkemas menjadi gagasan baru.

Mahasiswa perlu bergerak atas rasa kesedaran yang tinggi dan membentuk kumpulan bagi membawa gagasan baru bagi mengubah kebobrokan. Tugas ini bukan mudah dan tidak boleh dipandang enteng, tetapi memerlukan kesungguhan. Semua orang mampu menyampaikan idea perubahan, tetapi tidak ramai mampu melakukan perubahan.

Berhadapan masyarakat yang masih memikirkan politik kepartian, adalah wajar mahasiswa menerapkan kefahaman politik sebenar.

Oleh sebab itu, mahasiswa perlu berdialog bersama rakyat dan meluangkan masa, bukan bertujuan mengaut populariti, tetapi memikirkan masalah. dan mengubahnya! Kesimpulannya, mahasiswa harus berhadapan mehnah rakyat kerana memikirkan masalah rakyat bukan semata-mata di meja tulis dalam bilik berhawa dingin. Seorang mahasiswa harus menyokong dialog dan bukanlah anti-dialog atau menolak kebebasan bersuara.

Mahasiswa seharusnya adalah bakal pemimpin yang bergelut bersama rakyat agar gagasannya sebati. Manakala ideologi demokrasi perlu diterapkan dengan harapan kemudiannya suatu hari nanti perubahan politik Malaysia bukan lagi sekadar isu makan dan minum. 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Seorang Lagi Anggota TUDM Dihukum - Kali Ini Kerana Memberitahu KPD Wartawan, "Saya Juruteknik Di Kem Butterworth".

Posted: 28 Jan 2015 05:30 AM PST

Ini betul-betul gila la woi. Bagitau kita kerja apa pun kena denda kat negara neh. Apa ke bahlolnya lahai..


Tadi TMI melaporkan satu lagi anggota TUDM telah dijatuhkan hukuman akibat tindakan dia yang bercakap di media sejurus selepas membuat laporan polis berkenaan isu dakwat kekal yang sebenarnya tak kekal langsung.

Gambar dipetik dari Malaysiakini

Lihat ;


Sebelah kiri isteri mejar Zaidi. Sebelah kanan, anak buah mejar Zaidi yang juga anggota TUDM dan berkhidmat di kem Butterworth.

Apa yang berlaku pada hari kejadian ialah ;

1. Mejar Zaidi bersama isteri dan anak buahnya membuat laporan polis.

2. Tujuan laporan polis dibuat ialah untuk memaklumkan kepada pihak polis bahawa dakwat di jarinya tidak kekal. Sedangkan SPR mendakwa dakwat kekal itu sepatutnya kekal sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

3. Melihatkan keadaan itu maka mejar Zaidi atas nama tanggungjawab membuat laporan polis agar pihak polis menjalankan siasatan mengenai insiden dakwat kekal.

4. Namun apa yang berlaku ialah SPR bukan sahaja TIDAK DISIASAT, tidak perlu BERTANGGUNGJAWAB mengenai INSIDEN BERKENAAN, bahkan mejar Zaidi dipecat serta merta selepas dijatuhkan hukuman bersalah kerana bercakap benar di negara ini.

5. Selepas mahkamah tentera memutuskan mejar Zaidi bersalah sebab bercakap jujur, anak buah mejar Zaidi juga bakal berdepan dengan tindakan yang sama.

6. Jamal, anak buah mejar Zaidi yang turut bersama ketika membuat laporan polis telah berdepan dengan tindakan ;

- Tidak akan mempunyai peluang untuk naik pangkat sampai bila-bila di dalam TUDM

- Diturunkan pangkat

- Diturunkan gaji

7. Jamal bagaimanapun tidak memilih untuk melawan hukuman berkenaan kerana dia mempunyai baki setahun sahaja lagi sebelum menamatkan perkhidmatan di TUDM dan bersara.

8. Jamal dilaporkan telah berkhidmat selama 20 tahun dan mejar Zaidi dilaporkan tahu tentang apa yang berlaku ke atas Jamal kerana dimaklumkan oleh Jamal sendiri kepadanya beberapa hari sebelum ini. 

9. Untuk rekod, Jamal dihukum selepas mejar Zaidi dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah tentera.

10. Dan menurut satu kenyataan yang dipetik dari TMI, wartawan dimaklumkan bahawa hukuman yang ditetapkan oleh TUDM ke atas Jamal Ibrahim dibuat sejajar dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas mejar Zaidi.

Dan mahukan korang tahu kenapa Jamal Ibrahim dihukum bersalah oleh TUDM? 

- Diturunkan pangkat

- Diturunkan gaji

- Hilang kelayakan untuk naik pangkat seumur hidup dalam TUDM

Hanya kerana ini ;



Wartawan tanya dia kerja apa, dia bagitau pada wartawan dia kerja apa dan kerana bagitau kepada wartawan apa pekerjaan dia maka dia dihukum oleh TUDM.

Mejar Zaidi dihukum kerana bercakap benar tentang dakwat kekal.
Jamal Ibrahim dihukum kerana bagitau wartawan apakah pekerjaan sebenar dia.

Ko rasa tak apa yang aku rasa?

Fak. Undang-undang yang bodoh diwujudkan oleh manusia yang bodoh. Dan mematuhi peraturan yang bodoh merupakan satu kebodohan.

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/another-whistle-blower-punished-over-indelible-ink-issue

NURSUHAILA BEKAS ISTERI JIMMY DIPENJARA

Posted: 28 Jan 2015 04:45 AM PST

 
Bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 35, dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi kerana dengan sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, bermula hari ini. 

Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 dan mula tinggal berasingan selepas  20 hari pernikahan mereka atas alasan tiada persefahaman.

Pasangan itu kemudian sah bercerai pada Oktober 2012.


Lantak Hangpa

1MDB minta tangguh bayar hutang lagi, DAP desak Najib arahkan audit khas

Posted: 28 Jan 2015 04:44 AM PST



tony puaRoketkini.com
 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengarahkan audit khas dijalankan terhadap 1MDB bagi membongkar penipuan kewangan mereka, tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

"Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalik retorik bahawa syarikat itu kukuh dari segi kewangan apabila ia buat kali ketiga terpaksa meminta pembayaran balik hutang lebih RM2 bilion dijadualkan semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bloomberg semalam yang melaporkan bahawa '1MDB merancang mendapatkan lanjutan sebulan lagi' ke atas pinjaman RM2 bilion untuk memberikan lebih banyak masa menjual pegangan dalam unit tenaga.

"Laporan tersebut amat mengejutkan kerana 1MDB sebelum ini telah terlepas dua tarikh akhir pembayaran balik RM2 bilion pada November dan Disember tahun lalu.

"RM2 bilion ini sendiri sebenarnya adalah sebahagian daripada hutang yang dijadual dan disusun semula yang tidak mampu mereka bayar pada November 2013," ujarnya.

Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan, permohonan lanjutan terbabit kini menimbulkan persoalan lebih besar terhadap dana berjumlah RM3.9 bilion di Kepulauan Cayman yang didakwa telah 'ditebus' oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kandasamy.

"Kenapa 1MDB tidak boleh membayar balik pinjaman RM2 bilion dengan hasil penebusan untuk meringankan tekanan ke atas mereka?

"Krisis hutang dan ketidakupayaan 1MDB untuk menyelesaikan jumlah yang tidak seberapa berbanding hutang RM42 bilion memperlihatkan bahawa syarikat itu mempunyai masalah kewangan serius.

"Aset mereka kini terlebih leveraj (over-leveraged) dan tidak mudah ditukar kepada tunai (illiquid) dalam semua kebarangkalian, 1MDB juga tidak dapat keluar dari pelaburannya tanpa menghadapi sebarang kerugian besar," ujar Tony.

Menurut Tony, Edge Financial Daily sebelum ini melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memanggil eksekutif 1MDB berhubung pembayaran balik pinjaman dan memberi amaran tentang risiko bakal dihadapi jika gagal memenuhi tarikh akhir pembayaran bulan ini.

"Permohonan lanjutan pembayaran yang hanya sebahagian kecil dari hutang RM42 bilion ini jelas adalah satu penghinaan kepada BNM.

"1MDB juga memegang bank (pembiaya) iaitu Maybank Bhd dan RHB Bank, jadi sudah tentu bank-bank ini tidak mempunyai pilihan tetapi membenarkan lanjutan dibuat.

"Perbuatan membuli pembiaya ini sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggunjawab. Kelakuan jahat 1MDB turut mengancam kepercayaan kredit (credit-worthiness) kerajaan dan kestabilan sistem perbankan negara," tegas beliau. -Roketkini.com


Pertentangan yg paling besar antara PAS dan UMNO adalah dlm agama dan akhidah

Posted: 28 Jan 2015 03:15 AM PST

Cetak, Potong Sendiri Duit Palsu Beli Telefon Pintar Kita Bantai

Posted: 28 Jan 2015 02:30 AM PST

 
Gambar hiasan.

Kuala Lumpur: Cetak dan potong sendiri wang kertas not RM50 dan RM100. Itu dilakukan tiga penjenayah yang dikesan berjoli membeli pelbagai telefon pintar mahal menggunakan wang palsu.

Suspek yang melakukan pembelian melalui laman web dikesan memiliki pelbagai peralatan khas untuk mengimbas dan mencetak wang palsu dalam jumlah besar.

Kegiatan penipuan dilakukan suspek terhadap pihak bank itu bagaimanapun berjaya ditumpaskan polis jam 10 malam, Sabtu lalu.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di dua lokasi berasingan iaitu di Taman Midah Cheras dan Taman Desa, Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, tiga suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun itu dipercayai bergiat aktif sejak Disember lalu.


"Pemeriksaan polis di lokasi pertama menemui 20 keping not kertas RM100 dan dua keping not kertas RM50 disyaki palsu. Turut ditemui sebilah pisau kerambit dan enam telefon pintar pelbagai jenama.

"Dalam serbuan kedua pula, polis merampas 44 keping not kertas RM100 yang disyaki palsu dan sudah siap dipotong," katanya.

Katanya, turut ditemui 50 helai kertas A4 yang mana setiap helai mempunyai cetakan empat keping wang not RM100 yang belum dipotong.

"Polis turut merampas sebuah komputer riba dan pelbagai peralatan disyaki digunakan untuk memproses wang palsu," katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, tangkapan ke atas tiga suspek itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung penggunaan wang kertas palsu dalam urusan jual beli dalam talian.

"Suspek dikatakan akan membuat pembelian melalui laman web sebelum membuat bayaran menggunakan wang palsu.

"Setakat ini polis sudah menerima empat kes membabitkan modus operandi sama dengan jumlah kerugian sebanyak RM4,600," katanya.

Difahamkan suspek akan memasukkan wang palsu itu ke dalam mesin deposit bank. -Harian Metro

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/cetak-potong-sendiri-duit-palsu-beli.html#ixzz3Q6eoVwH4

'Raja Dadah' Hong Kong termasuk warga Malaysia dipaksa bakar 'ice' depan media

Posted: 28 Jan 2015 01:45 AM PST


'Raja Dadah' Hong Kong termasuk warga Malaysia dipaksa bakar 'ice' depan mediaWong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media negara itu, sebelum membuang bungkusan dadah terlarang ke dalam api yang marak di relau insinerator di pinggir Jakarta. - Gambar AFP


JAKARTA: Digari dan dipakaikan topeng muka hitam, seorang lelaki Hong Kong yang dipercayai raja dadah bersama anggota kumpulannya dipaksa untuk membakar stok 'ice' atau dadah crystal methamphetamine bernilai AS$136 juta secara umum hari ini selepas ditangkap pihak berkuasa Indonesia.

Wong Chi-ping dan beberapa suspek lain didedahkan di hadapan media negara itu, sebelum membuang bungkusan dadah terlarang ke dalam api yang marak di relau insinerator di pinggir Jakarta.

"Dadah itu adalah sampah, sebab itu kami membakarnya," kata ketua agensi dadah Anang Iskandar kepada wartawan. Sejumlah 862 kilogram dadah telah dibakar.

Lelaki yang ditahan itu didakwa sebagai ketua kumpulan yang dianggotai tiga lagi warga Hong Kong, seorang warga Malaysia dan empat warga Indonesia. Mereka telah ditangkap pada awal bulan ini selepas tiga tahun siasatan terhadap sindiket global tersebut.

Mereka semua berdepan hukuman mati jika didapati bersalah mengedar dadah. Di Indonesia, balasan bagi kesalahan tersebut adalah hukuman tembak.

Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang antidadah paling tegas di dunia dan semakin menggiatkan kempen itu di bawah pentadbiran Presiden Joko Widodo.

Awal bulan ini, enam pesalah termasuk lima warga asing telahpun berdepan dengan skuad penembak negara tersebut.

"Indonesia telah mengumumkan perang ke atas dadah. Kami mahu menyelamatkan generasi akan datang, anak cucu kami," ujar Menteri Keselamatan Indonesia, Tedjo Edhy Purdijatno.

Dadah-dadah tersebut yang dibungkus rapi dalam paket kopi ditemui dalam keadaan 97 peratus asli. Sindiket tersebut sememangnya dikehendaki di tujuah buah negara termasuk China, Filipina, Malaysia dan Singapura.

Pihak berkuasa Indonesia telah memantau pergerakan Wong sejak tahun 2012. Dia ditangkap selepas bot nelayan membawa masuk dadah itu ke Jakarta untuk dijual.

PasMa - Pas Akan Bertindak Jika Ada Aduan Rasmi

Posted: 28 Jan 2015 01:08 AM PST

 

PAS akan bertindak terhadap anggota parti itu yang terlibat dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) jika terdapat aduan salah laku terhadap mereka.

"Kalau ada laporan barulah kita boleh bertindak.

"Kita harus meneliti bentuk kesalahan yang telah dibuat, barulah keputusan boleh dibuat. Kita mahu memelihara konsep keadilan kepada ahli," kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pengerusi jawatankuasa pengurusan krisis PAS itu bagaimanapun tidak pasti sama ada terdapat laporan dibuat setakat ini kerana ia dihantar langsung kepada pejabat agung PAS.

"Tanya setiausaha agung (Datuk Mustafa Ali)," katanya ketika ditanya diminta mengulas konflik berpanjangan PAS dan PasMa.

Terbaru, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengkritik keras PasMa yang disifatkannya sebagai "menebuk kapal" sendiri.

Beliau juga meminta anggotanya yang menyertai PasMa keluar daripada PAS jika tidak setuju dengan dasarnya.

NGO yang digerakkan anggota PAS itu bagaimanapun membalasnya dengan membayangkan supaya Hadi berundur kerana didakwa mengetepikan keputusan muktamar untuk memperkukuh Pakatan.

'Tugas saya sudah selesai'


Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu kerana menganggap tugasnya telah selesai.

"Saya tidak boleh komen apa sebab tanggungjawab saya telah selesai, saya telah bertemu dengan mereka (PasMa).

"Keputusannya kekal dengan keputusan Majlis Syura yang menasihati ahli PAS supaya tidak terlibat dengan program yang dianjurkan PasMa.

"Saya dah bentang (laporan) dan tugas saya telah selesai. Itu keputusan yang parti telah buat," katanya.



Bloglist Malaysia