Selasa, 27 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


KALAU TIADA RM 4,735 JANGAN PERNAH TERFIKIR UNTUK MATI(GAMBAR)

Posted: 27 Jan 2015 09:00 PM PST

 

Selcat ragui ketelusan Selangor laksana Akta Kebebasan Maklumat - OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 27 Jan 2015 08:15 PM PST

 
Isu ketelusan kerajaan Selangor dibangkitkan oleh Pengerusi Selcat Hannah Yeoh dalam pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2011.

Isu ketelusan kerajaan Selangor dibangkitkan oleh Pengerusi Selcat Hannah Yeoh dalam pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2011. 

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mempersoalkan ketelusan kerajaan Selangor melaksanakan Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) 2011 terutamanya melibatkan perjanjian kontroversi termasuk memorandum persefahaman (MoU) air, Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex), kata Hannah Yeoh.

Pengerusi Selcat itu berkata, wujud beberapa kelamahan dan halangan utama dalam proses penyaluran maklumat lengkap kepada pemohon, iaitu kesukaran mendapat kebenaran serta maklum balas daripada 'pihak ketiga'.

Katanya, kompetensi kerajaan negeri dalam mengamalkan FOI masih belum memenuhi matlamat yang disasarkan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Perlu kaji semua kelemahan untuk jadi lebih berkesan dan pada masa sama maklumat daripada pihak ketiga tidak disalah guna," katanya pada sidang media di Bangunan Annexe di Shah Alam, hari ini.

Yeoh berkata, kelemahan itu menyebabkan masyarakat awam sangsi keikhlasan kerajaan negeri melaksanakan FOI kerana proses permohonan maklum balas memakan masa panjang melebihi tempoh 30 hari.

"Orang luar tanya sama ada kerajaan negeri ikhlas laksanakan enakmen ini terutama membabitkan isu besar seperti Perjanjian Persefahaman (MoU) Penstrukturan Industri Air, Lebuhraya Kinrara- Damansara dan Lebuhraya Damansara- Shah Alam.

"Pemohon kecewa kerana tidak memperoleh maklumat seperti diminta ekoran kegagalan mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga.

"Lebih 30 hari dan adakalanya memakan masa berbulan-bulan baru pemohon dapat maklum balas namun bukanlah jawapan seperti diinginkan," katanya.

Pada masa sama, kebimbangan timbul jika pendedahan melalui FOI disalah guna untuk kepentingan tertentu dan dibuat tanpa kawalan.

"Oleh itu, pegawai maklumat perlu diberikan lebih latihan agar informasi yang dikeluarkan selamat namun pada masa sama prinsip kebebasan efektif," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya itu berkata, Selcat akan mengkaji kelemahan itu dan akan membentangkan saranan dalam sesi DUN pada Mac akan datang.

Saranan itu katanya termasuk cadangan pindaan enakmen FOI supaya menjadi lebih efektif.

Selain Hannah, dan enam jawatankuasa Selcat adalah Adun Taman Medan Haniza Talha, Saari Sungip (Hulu Kelang), Ng Suee Lim (Sekinchan), Sulaiman Razak (Permatang), Shafie Ngah (Bangi), dan Dr Xavier Jayakumar (Andalas). – 27 Januari, 2015.
 
http://www.themalaysianinsider.com

Pesawat drone terhempas di Rumah Putih

Posted: 27 Jan 2015 07:30 PM PST

 
 

Sebuah pesawat kawalan jauh drone terhempas dalam kawasan Rumah Putih pagi Isnin menyebabkan kawalan keselamatan menjadi ketat.

Ia pada mulanya dibimbangi membawa ancaman kepada kediaman rasmi dan pejabat Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

Insiden itu berlaku kurang dua minggu selepas sebuah drone dikesan terbang di atas istana presiden Perancis di Paris, lapor Foxnews.com.

Laporan itu menyebut, agensi risikan berkata saiz drone tersebut sepanjang dua kaki dan dikenali dengan nama komersial "quadcopter."

Jurucakap agensi risikan Brian Leary berkata pegawai yang bertugas di bahagian selatan Rumah Putih "mendengar dan melihat" drone itu terbang rendah pada awal pagi.

Drone itu bagaimanapun didapati bukan ancaman kepada keselamatan Rumah Putih.

Seorang lelaki mendakwa bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Menurut jurucakap agensi risikan AS Nicole B Mainor, individu itu menghubungi pihaknya dan melaporkan sendiri insiden itu.

Lelaki itu juga, kata Mainor, menjelaskan drone itu hanya digunakan untuk kegunaan rekreasi. 



Malaysiakini

Polis Tangkap 33 Orang Cuba Cetus Rusuhan Di Pulau Pinang

Posted: 27 Jan 2015 07:00 PM PST




Rusuhan kaum? Jangan main-main beb!!!! Ini isu yang boleh menghuru-harakan negara dan tidak boleh dipandang mudah. Syabas di atas tindakan pantas PDRM Pulau Pinang dalam menangani isu sensitif ini.

Polis Pulau Pinang menahan 33 orang dan mengagalkan rancangan untuk mengadakan rusuhan dan ketegangan kaum ketika sambutan perayaan Thaipusam minggu depan.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A.Thaiveegan berkata semua mereka ditahan di sebuah pusat hiburan jam 2.55 pagi Ahad bersama berbagai peralatan seperti batang besi, topi kaledar dan batang kayu.

Polis telah memantau pergerakan suspek yang berumur antara 17 dan 2, selama hampir sebulan sebelum pusat hiburan itu diserbu.

Menurutnya beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan empat telah diuji positif dadah.

"Kami percaya kumpulan itu merancang untuk mewujudkan ketegangan kaum dengan melakukan rusuhan semasa perayaan Thaipusam. Mereka kini ditahan reman sehingga 29 Januari bagi membantu siasatan," katanya, sambil menambah suspek berasal dari Perak, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan .

Mereka telah disiasat di bawah Seksyen 148 untuk merusuh, Seksyen 506 untuk ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya dan menyebabkan kecederaan.

Copy Paste Dari Sini


PROJEK BANGI CARE SUMBANGAN ADUN PAS BANGI MENGAKU PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Posted: 27 Jan 2015 06:30 PM PST

Puteri Umno Baling Kantoi Tipu..








Inilah perangai buruk yang sukar nak di kikis dari sebilangan besar ahli-ahli UMNO terutamanya yang baru nak berjinak-jinak dengan politik contohnya Puteri UMNO.

Sanggup buat kerja menipu dengan harapan rakyat tidak tahu kerana lupa yang kini kita hidup di alaf baru informasi di hujung jari dan bukan lagi bergantung harap 100% dari media kepunyaan dan kawalan UMNO/BN. 
 
Projek rumah Bangi Care ini sumbangan ADUN Bangi merangkap Timbalan Speaker Dewang Undangan Selangor YB Mohd Shafie Ngah untuk rakyat Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan.

Satu sen pun tidak dikeluarkan maupun disumbang oleh Kerajaan Barisan Nasional .. kakitangan sukarelawan yang membantu mendirikan rumah-rumah ini seorang pun tidak ada yang berdarah dan berjiwa UMNO. 
 
Sampai begitu sekali tergamnak dan sanggup buat kerja menipu demi propaganda nak naikkan imej parti dimata rakyat.

Sebab itu rakyat akan bertanya .. kalau perkara yang jelas dan terang berderang ini sanggup Puteri UMNO Baling menipu tidak dapat bayangkan perkara yang sama-samar dan kelabu asap.

Akhirnya tujuan nak membantu parti akhirnya menyumbang kepada bertambah kuat ketidak kepercayaan kepada UMNO. .. Betul-betul bikin malu kompenilah!!!!

- omakkau
.

Dua Pendatang Asing Cuba Menyerang Penduduk Tempatan..Viral di Alam Maya

Posted: 27 Jan 2015 06:00 PM PST



Video dua warga asing dipercayai pekerja buruh cuba menyerang penduduk tempatan viral di laman Facebook. 

Motif kejadian masih belum dikenal pasti. Namun, kelihatan salah seorang dari warga asing terbabit mengambil sebilah pisau pemotong daging untuk mengertak mangsanya.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila lelaki itu sekali lagi cuba menetak mangsanya. 

"Jangan main-main oh! Nanti saya potong!" kata lelaki berkenaan.

Mangsanya yang dipercayai berbangsa cina itu bagaimanapun tidak memuat naik rakaman penuh kejadian dan menjadi sukar untuk netizen mengetahui punca sebenar kejadian.

Geng UMNO Dedahkan Rahsia Penting Tentang Isu Penjualan Tanah Di Johor.

Posted: 27 Jan 2015 05:30 PM PST

 Tindakan cerdik Rafizi telah membuatkan geng UMNO marah kepadanya. Dan hasil kemarahan itu pula telah mendedahkan satu rahsia mengenai penjualan tanah di Johor. 

 Terima kasih kepada Rafizi. Dan terima kasih kita ucapkan kepada geng2 UMNO. Usaha geng2 UMNO kita dok copy paste gambar, kenyataan dan link berita kat bawah neh tidak sia-sia kerana akhirnya aku berjaya menemukan satu rahsia yang aku tidak tahu. Dalam pada nak membalon Rafizi sekali terpecah pula rahsia sendiri.


Hadoi.

Kat mana nak cover neh woi.

KAH KAH KAH

Ini apa yang mereka giat copy paste ;


Rafizi Ramli Menipu Lagi Tuduh Pemaju China Beli Tanah Johor Bernilai RM2.4 Billion Dari Kerajaan
Hanya kerana nak 'divert' isu Datum Jelatek, Rafizi Ramli mungkin lebih rela dirinya disaman oleh kerajaan Johor atas fitnah mengenai penjualan tanah bernilai RM 2.4 billion kepada Iskandar Waterfront City Berhad.

Niat untuk memperbodoh penyokong PKR dengan nama 'Iskandar' dikaitkan dengan kerajaan Johor. YB Pandan, Rafizi Ramli ditangkap menipu lagi. Semalam di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau telah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia menjual tanah di Iskandar kepada syarikat hartanah dari negara China. Ini adalah penipuan terbesar Setiausaha Agong PKR. Tanah bernilai RM2.4 billion yang dikatakan dibeli dari Kerajaan sebenarnya dibeli dari Iskandar Waterfront City Bhd, sebuah syarikat pembinaan tempatan milik Rakyat Malaysia.

Walaupun nama syarikat tempatan berkenaan ada Iskandar, tidak bermakna ianya milik Kerajaan.
Syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang taikun Cina tempatan, 'billionaire' Lim Kang Hoo. Kesemua tanah ini telah dibelinya pada harga murah semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Beliau mengambil alih RM200 juta hutang dalam agensi pelaburan negeri Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan menerima hak tebus guna tanah berkenaan sebagai pertukaran. Pembelian berkenaan berlaku pada masa kemelesetan ekonomi iaitu 9 tahun sebelum projek Iskandar dilancarkan pada tahun 2006. Kalau nak tahu cerita penuh, baca di sini, klik link dibawah..

http://www.propertyhunter.com.my/news.php?id=816

Syarikat hartanah dari negara China membeli dari syarikat Malaysia yang memiliki tanah berkenaan secara sah, apa kaitannya dengan Kerajaan, wahai Rafizi Ramli? Rafizi Ramli mungkin cuba untuk mengalihkan isu penjualan tanah berkenaan untuk menutup isu Datum Jelatek di Selangor. Mungkin Kerajaan Johor boleh memikirkan untuk menyaman Setiausaha Agong PKR ini atas fitnah yang dilakukan olehnya.

Sumber rujukan : sini

Dan aku plak selepas terbaca komen tersebut maka laju selaju lajunya klik link rujukan yang dia sertakan.

Dan aku baca berita sampai HABIS. Ya. Sampai HABIS. Aku ulang lagi. Aku baca SAMPAI HABIS tau. Sampai HABIS.

Dan selepas aku baca sampai habis, aku dapati beberapa point penting terkandung dalam artikel berita berkenaan ;

1. Tanah yang dimiliki oleh syarikat Lim Kang Hoo dibeli pada nilai rm1.50 - rm3 kaki persegi pada tahun 1997.

2. Tanah itu juga telah melonjak kepada harga rm350 - 500 kaki persegi selepas tahun kemelesetan ekonomi berlalu.

3. Agak-agaknya ada ke orang biasa dibenarkan beli tanah pada nilai rm1.50 kaki persegi pada tahun 1997?

4. Dan dari siapa dia mendapatkan tanah itu pula?

5. Dari KPRJ = Kumpulan Prasarana Rakyat Johor. KPRJ menurut artikel berkenaan ialah agensi pelaburan kerajaan negeri. Syarikat Lim ambil alih hutang KPRJ 200 juta dan sebagai balasan syarikat Lim diberikan hak untuk tebus tanah.

6. Berita berkenaan turut melaporkan syarikat Lim memiliki sehingga 4,000 ekar tanah di kawasan strategik, wilayah Iskandar di Johor.

7. Dan Lim mempunyai hak untuk menebus atau menuntut semula (lagi) tanah di Johor.

8. Lim juga individu yang mencadangkan projek Iskandariah di Johor.

9. KPRJ juga kini bekerjasama dengan Lim untuk membangunkan Johor dalam projek wilayah Iskandariah.

10. KPRJ ada 40% saham dalam syarikat Iskandar Water Front Holdings, manakala selebihnya 60% dimiliki oleh Lim menerusi syarikatnya.

Oke. Tamat disini berkenaan artikel berkenaan. Untuk bacaan penuh klik je link yang geng UMNO sertakan di atas.

Point aku pula ;

- KPRJ rugi ke apa sampai hak milik hutang berpindah ke tangan syarikat Lim pada tahun 1997?

- Berapa banyak tanah sebenarnya yang syarikat Lim boleh tuntut hak milik dari KPRJ?

- Bukan kah ia sepatutnya menjadi kesalahan KPRJ yang gagal membayar hutang sehingga hutang diambilalih oleh syarikat Lim dan KPRJ terpaksa tawarkan hak tebus tanah sebagai balasan kepada syarikat Lim yang mengambil alih hutang ke macam mana?

- KPRJ pun ada saham juga dengan syarikat Lim untuk bangunkan wilayah Iskandar. 

- So kat sini KPRJ pun secara tak langsung terlibat dan terkait la dengan penjualan tanah tersebut kepada syarikat China kan?

So, apa yang Rafizi salah sebut sebenarnya? Tak faham aku. Aku nampak korang yang kantoikan diri korang lagi ada.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Perkara yang anda perlu tahu sebelum berani menginap di Tune Hotel

Posted: 27 Jan 2015 05:00 PM PST

  Berapa ramai daripada kalangan anda yang dah pernah tinggal di Tune Hotel? jika dah pernah tinggal di hotel tersebut, tentu anda sedar bahawa ada perkara yang anda perlu tahu sebelum berani tinggal di Tune Hotel. 
 

Jika anda tak tahu atau tak mendapat maklumat perkara sebenar berkenaan konsep Tune Hotel, anda akan jadi marah dan kesal tinggal di hotel tersebut. Anda tentu akan dapat satu rumusan jelas siapa yang sepatutnya tinggal di Tune Hotel dan siapa pula yang tak sepatutnya ambil bilik di situ.

Bukan perkara yang negatif, dan bukan pula perkara yang menakutkan. Tapi rasanya semua orang yang belum terkena perlu tahu duduk perkara sebenar sebelum menginap di Tune Hotel. Ah! panjang pula dok kasi suspen berkenaan Tune Hotel ini. Baik kita terus cerita pengalaman saya tinggal di Tune Hotel.

Pengalaman tinggal di Tune Hotel Johor

Baru-baru ini saya ada pergi ke Johor Bahru dan mengambil Tune Hotel yang terletak di Danga Bay sebagai tempat menginap. Mungkin atas dasar nak bajet jimatkan kos, maka Tune Hotel jadi pilihan sebagai tempat menginap. Saya tinggal di hotel tersebut selama dua malam.

Anda pun tahu ia merupakan hotel bajet. Bila dah tahu begitu, anda tentu ingat segalanya murah berbanding hotel lain yang tak jadikan bajet sebagai pilihan tema penginapan mereka. Tapi salah jika anda beranggapan begitu.

Sebelum pergi ambil bilik di situ, pastikan anda faham makna bajet. Yang paling penting jangan harap Tune Hotel pula untuk laksanakan usaha nak jimat harga sewaan untuk anda. Kita sendirilah yang perlu usahakan langkah-langkah nak jimatkan kos penginapan di hotel tersebut.

Dalam bilik Tune Hotel segalanya asas

Secara ringkasnya, saya boleh katakan hotel itu biliknya amat basic sekali. Bilik tak luas. Ruangnya pula ala kadar dan boleh dikatakan agak sempit dengan dua katil single sebelah menyebelah. Cuma lebih luas sedikit sahaja daripada hotel Cititel Kota Kinabalu yang pernah saya ceritakan sebelum ini.

Tak ada almari, tak ada telefon dalam bilik, tak ada bantal lebih satu, tak ada bantal peluk, tak ada meja menulis, tak ada seterika, tak ada berbagai macam lagi kemudahan sebagaimana hotel biasa yang pernah anda tinggal yang harganya dalam lingkungan RM150 ke RM200 di mana-mana tempat di Malaysia. Segalanya basic, keperluan asas saja yang disediakan di dalam hotel tersebut. Yalah! namapun hotel bajet.

Cara bajet di Tune Hotel

Memandangkan semuanya hanya keperluan asas saja yang pihak hotel sediakan, maka andalah yang perlu sediakan keperluan lain jika mahu selesa. Tapi jangan terkejut kalau saya katakan bahawa anda perlu sediakan perkara asas mandi macam kain tuala.

Ya! tolong bawa kain tuala sendiri kalau anda nak tinggal di Tune Hotel. Jika tidak, anda terpaksa keluarkan kos tambahan untuk membayar harga kain tuala yang dipinjam daripada pihak hotel!. Anda juga perlu bawa sendiri segala berus gigi, ubat gigi, dan lain-lain kelengkapan, jangan harap hotel nak sediakan.

Tinggal di Tune Hotel, anda mesti bersedia untuk tidur dalam bilik hotel tanpa ada pendingin hawa. Pakai sahaja kipas angin, sebab ianya disediakan sekali dalam pakej. Kalau anda mengada-ngada nak pakai pendingin hawa, sekali lagi kena keluarkan kos tambahan untuk dihidupkan pendingn hawa yang ada dalam bilik itu.

Dan paling akhir, jangan gatal nak nonton TV dalam Tune Hotel. Sebabnya adalah anda sekali lagi perlu keluarkan duit tambahan untuk diberikan remote control bagi membuka TV dan menontonya. Pastikan smartphone yang anda ada boleh ganti ketagihan anda menonton cerita TV atau seumpamanya. Kalau tak ada sila bawa buku atau majalah untuk hilangkan rasa bosan.

Dan akhir sekali, janganlah harap anda nak dapat voucher sarapan keesokkan harinya, semua itu tak disediakan di Tune Hotel. Bawa bekal sendiri atau pergilah turun awal-awal ke mana-mana restoran berhampiran untuk isi perut untuk sarapan pagi anda.

Jangan Pilih Tune Hotel kalau tak mau bajet

Ha! itulah perkara yang anda perlu tahu sebelum berani menginap di Tune Hotel. Memang mereka mengajar anda bersedia secukupnya untuk jimatkan wang dalam poket kita. Kalau tidak anda akan terpaksa keluarkan duit jauh lebih tinggi daripada Hotel yang tak bajet yang menyediakan kemudahan jauh lebih lengkap daripada Tune Hotel.

Seandainya anda tak ada niat nak bajet, mahukan segala kemudahan selesa seperti hotel kebiasaan lain, jangan sesekali berani nak tinggal di Tune Hotel. Pilihlah hotel normal lain yang mengenakan bayaran sebanyak RM180 ke RM200, anda kan dapati ianya jauh lebih menjimatkan daripada Tune Hotel dengan tambahan caj-caj lain yang anda minta.

Jika anda ada pengalaman lain yang lebih memberikan keinsafan ketika tinggal di Tune Hotel, sila berikan komen di ruang komen di bawah. Sharing is caring, apa salahnya kita memberikan tip-tip berguna agar perancangan akan datang tidak meleset dari sangkaan. Terima kasih atas sumbangan komen anda.



Pendapatanda.com

Muak sandiwara PAKATAN RAKYAT

Posted: 27 Jan 2015 04:30 PM PST


pakatan_breaks_400
JAYA: Episod kecam mengecam, tuduh menuduh, halau menghalau hingga tahap saman-menyaman tanpa kesudahan boleh diibaratkan sebagai satu drama sandiwara dalam pakatan pembangkang yang amat memualkan

Justeru tegas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar tindak tanduk parti-parti pembangkang ini seharusnya menjadi cerminan kepada rakyat apakah pakatan ini boleh diletakkan harapan untuk menjadi pentadbir di Putrajaya.

"Nampaknya bukan hanya sekadar rakyat mereka mahu tipu malah sesama sendiri pun mahu bermain wayang. Jelas masing-masing ada agenda tersendiri.

"Hakikatnya masing-masing cuba bermain helah antara satu sama lain. Mereka hanya tidur serumah, sebilik dan sebantal namun mimpi pula lain-lain," lapor UMNO-Online.

Tambahnya, sebab itulah kita tidak pelik dengan tindak-tanduk mereka baik daripada pimpinan Pas mahu pun Dap atau PKR itu sendiri kerana itu adalah budaya mereka,.

Mengulas lebih lanjut Jamawi yang juga Ketua Pemuda Tenom seterusnya berkata, jika budaya sedemikian diteruskan ianya kelak bakal memakan diri mereka sendiri sekaligus membuka pekung yang sebenarnya.

"Kita dah lali dalam drama sandiwara sedemkian rupa dan kita juga percaya rakyat pula sudah muak dengan gaya atau pendekatan politik murahan seumpama ini," ujarnya. FMT

Hangat!!! Inilah Jawapan Presiden PASMA Terhadap Kenyataan Presiden PAS Agar PASMA Keluar PAS.. Jom Terjah!!!

Posted: 27 Jan 2015 04:00 PM PST


ALOR SETAR: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) berkata beliau tidak menganggap kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Pasma keluar daripada PAS sebagai sesuatu yang serius.

Presidennya Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, kenyataan Presiden PAS itu tentang Pasma semalam bukan sesuatu yang baharu, tetapi kenyataan "ulangan" yang dibuatnya tidak lama dahulu.

"Saya sebenarnya tidak 'ambil pusing' dengan kenyataan itu (yang dibuat oleh Presiden PAS). Saya tidak anggap ia serius kerana ia adalah kenyataan ulangan, sama seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama Selasa. 

Phahrolrazi yang juga merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor di dalam Parlimen Kuala Kedah berkata, Presiden PAS dan kepimpinan parti yang lain mungkin tidak mendapat maklumat yang betul tentang Pasma. 

Pada Isnin Presiden PAS itu menerusi tulisannya di dalam laman sosial Facebook berkata, Pasma "dipersilakan" untuk meninggalkan parti pembangkang itu sekiranya tidak lagi sehaluan dengan PAS.

"Pasma ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi," kata Presiden PAS itu.

Menurut Phahrolrazi, Pasma tidak perlu meninggalkan PAS kerana ia hanyalah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sememangnya berada di luar PAS dan bukan sebuah parti politik. 

Tidak ada keperluan untuk Pasma "menebuk kapal" daripada dalam, kerana ia bergiat di luar PAS sebagai sebuah NGO, katanya dan menambah, adalah perkara biasa bagi seorang anggota politik untuk turut bergiat aktif di dalam NGO.

Beliau juga berkata, di dalam pertemuan empat mata dengan Presiden PAS itu di dalam satu majlis anjuran PAS Kuala Kedah di Alor Setar baru-baru ini, Abdul Hadi tidak menyatakan sebarang pandangan mengenai Pasma kepadanya.

"Tidak ada isu berbangkit ketika kami bertemu minggu lepas," katanya dan menambah, semakin ramai menyertai Pasma sejak pemimpin-pemimpin PAS membidas pertubuhan itu secara terbuka akhir-akhir ini.

Menurut Phahrolrazi, bukan hanya anggota PAS yang menyertai Pasma, tetapi ia turut meliputi anggota daripada parti-parti pembangkang yang lain.


 

Pergilah PasMa ke parti lain, halau Hadi

Posted: 27 Jan 2015 03:30 PM PST


 
 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan anggota parti itu - jika tidak berpuas hati dengan tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat. 

Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan "bahtera" PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP.

"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham.

"Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini.

"PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.

"Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.

Inilah bahtera PAS

Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham. Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. 
PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. 
Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO.

Dalam bahtera PAS, ia menggabungkan pelbagai kepakaran, ada yang bahagian kejuruteraannya, ada bahagian enjinnya, ada bahagian kemudinya dan sebagainya. 
Inilah PAS yang tidak membezakan kepelbagaian penggerak penggeraknya. Justeru tidak timbul pertembungan antara ulamak dan professional kerana PAS terbuka menerima sesiapa sahaja, asalkan memperjuangkan Islam.

PAS meraikan kepelbagaian pandangan yang dibatasi dengan syarak. Di dalam perlembagaan PAS, meletakkan al Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai undang undang tertinggi dalam menentukan sesuatu pendirian. 
Para ulamak yang pakar dan berkebolehan dalam merujuk kitab kitab ulamak terdahulu, serta kepakaran mereka dalam bidang syariat, dihimpunkan di dalam Majlis Syura Ulamak bagi memandu PAS agar tidak terbabas daripada sempadan syarak.

Kita bukanlah Rasulullah SAW yang mendapat wahyu secara langsung daripada Allah. Kita juga bukanlah Imam Syafie RA, yang pakar dalam segenap ilmu dan kefahaman yang mampu berijtihad.
Akan tetapi, kita menggabungkan para ulamak yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman.

Contohnya PAS pernah bersidang bersama para ulamak sedunia, manakala wakil PAS yang hadir ketika itu ialah Tuan Guru Presiden, Almarhum Ustaz Harun Taib, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Mustafa Ali.
Iaitu berbincang tentang hubungan dengan Non Muslim, yang mana telah digariskan oleh Islam sebanyak 8 bentuk, antaranya tahaluf, hudnah dan sebagainya, selari dengan keperluan semasa dan penerimaan masyarakat.

Begitu juga pada 1960 dan 1961, ketika itu Dr Zulkifli Mohamad pernah mencadangkan agar mewujudkan keahlian bersekutu kepada non-muslim.
Ketika itu masyarakat belum dapat menerima lantas beliau menerima ugutan, kenderaannya ditahan dan sebagainya kerana cetusan beliau ketika itu tidak dipersetujui oleh tok tok guru pondok.
Beliau mengambil pendekatan berundur daripada cetusan tersebut bagi meraikan penerimaan masyarakat semasa.

Begitu juga perbezaan antara Imam Haramain al-Juwaini RA dan Imam Mawardi dalam beberapa permasalahan berkaitan non muslim. Imam Haramain menetapkan ijtihadnya berdasarkan realiti setempatnya ialah sekitar Mekah dan Madinah yang mana hampir kesemua penduduknya beragama Islam.
Manakala Imam Mawardi yang tinggal di Iraq berhadapan dengan masyarakat majmuk.

Markas Air Kuning, Taiping
25.01.2015 -HD


PETIKAN KOEN-KOMEN





ULASAN GB

GB tak mahu ulas panjang-panjang, tetapi yang jelas dan nyata suara siapa sebenarnya yang kini mirip kepada perjuangan UMNO? PasMA atau Hj Hadi sendiri? Tengok saja isu PBT. Haji Hadi dan kumpulannya mendapat sokongan dan dokongan penuh dan menteri dan media UMNO.... tak begitu?

Kedua pasal "tebuk kapal". Gelihati pula dengan analogi sedemikian digunakan oleh Presiden. Maaf cakap, cukup rendah IQ dan cukup memalukan. Kita tanya semula, siapa yang tebuk kapal Pakatan Rakyat kalau bukan Presiden PAS sendiri yang tak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dan yang sering membuat U-turn semasa membuat keputusan? Siapa yang kena heret ke kandang orang bersalah kerana mengeluarkan perkataan berunsur fitnah tentang pil kuda? Siapa yang mengaibkan presiden parti PKR?

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di awal penghakimannya berkata :
"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Itu taraf Presiden PAS yang ada kini. Mahkamah memutuskan Presiden PAS memang memfitnah! Cukup memalukan.... itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan......

Beginilah... kalau dah suka parti-parti PKR dan DAP silalah bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. GB rasa PKR dan DAP tidak kisah jika kumpulan Haji Hadi keluar PR kerana bukan semua ahli PAS bersetuju dengan Presiden PAS itu. 
 
Malah tidak keterlalauan GB katakan lebih dari separuh ahli parti mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan kerana semua tahu bahawa yang akan melawan UMNO BN bukan PAS secara sendirian tetapi Pakatan Rakyat. 
 
Malah Haji Hadi sendiri di dalam ucapan penutup Muktamar yang lepas turut menyatakan mahu perkukuhkan Pakatan Rakyat. Kalau tak suka kenapa sibuk suruh perkukuhkan PR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Kita sama-sama nantikan siapa sebenarnya yang akan terhalau dan tercampak keluar dari PAS nanti.... PasMAkah atau Hj Hadi bersama UGkah... 
 
Kelab Greenboc

Makam Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud

Posted: 27 Jan 2015 03:00 PM PST

   
Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.

Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami' Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:

 
• Tidak ada tembakan meriam
• Tidak ada bacaan surah Yaasin
• Tidak ada payung untuk jenazah
• Tidak ada taburan bunga di kubur
• Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
• Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
• Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
• Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
• Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
• Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
• Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
• Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
• Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
• Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
• Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
• Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
• Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya
• Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda
• Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur'an di atas kubur
• Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian
• Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa
• Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai
• Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa
• Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur'an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau "Mishlah" yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya
• Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan

Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia.

Sirul belum dibawa ke mahkamah Australia

Posted: 27 Jan 2015 08:00 AM PST

 
 Sirul Azhar Umar, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia minggu lalu, masih belum dibawa ke hadapan majistret untuk pendengaran ekstradisi.
         
Ini menurut peguamnya, Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican yang berada di Sydney untuk bertemu anak guam mereka.

Pejabat Peguam Negara Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk ekstradisi, yang memerlukan Sirul dibawa ke mahkamah untuk majistret mendengar permohonan itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata kementeriannya telah mengemukakan permohonan untuk mengekstradisi Sirul.
 
Sementara itu, peguam Kamarul Sirul Azhar (kiri) berkata anak guamnya sedang menimbang untuk mendapatkan khidmat peguam Australia untuk mewakilinya berdepan dengan kemungkinan ditahan dan diekstradisi.

"Saya boleh mengesahkan bahawa kami telah bertemu Sirul dan dia dalam keadaan baik dan dilayan dengan baik oleh pihak berkuasa Australia," kata Kamarul kepada Malaysiakini melalui telefon hari ini.

Ditanya sama ada mereka tahu sama ada Pejabat Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk mengekstradisi Sirul, Kamarul berkata, beliau tidak dapat mengesahkan perkara itu.


Malaysiakini

Patutlah Putrajaya Tak Nak Pilihanraya PBT.. Ini Puncanya

Posted: 27 Jan 2015 07:30 AM PST

 
Putrajaya menolak pendirian kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana khuatir cukai di kawasan berkenaan akan dinaikkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Putrajaya menolak pelaksanaan pilihan raya PBT itu kerana kerajaan pusat selama ini membantu PBT susulan kewangan mereka yang lemah."Perlu diteliti secara halus, kerana kerajaan pusat banyak bantu PBT, bukan sahaja kerajaan negeri, contohnya belanjawan.

Kalau tiada bantuan kerajaan pusat, untuk makluman, belanjawan PBT banyak yang defisit, kerajaan pusat banyak bantu."Jadi dengan pilihan raya ini, adakah mereka bercadang menjadi 'autonomous'? 

Kalau begitu, kena naikkan cukai."Adakah bermakna, DAP cadang begitu supaya kuasa diberi kepada PBT (supaya) kalau tiada sumber, (boleh) naikkan cukai?" soalnya pada satu sidang media di Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin berkata, kecuali dua atau tiga PBT di kawasan bandar yang besar, majoriti PBT tidak mempunyai dana kewangan mencukupi."Yang lainnya boleh dikatakan dalam keadaan defisit. 

Tanpa bantuan kerajaan persekutuan, mungkin mereka terus berada dalam keadaan defisit."Cukai pintu, cukai lesen, apakah DAP cadang kuasa itu diberi kepada kerajaan tempatan?" katanya.

Muhyiddin berkata, Putrajaya tidak bersetuju dengan cadangan yang dibawa kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP kerana terdapat beberapa perkara yang tidak jelas berhubung pelaksanaan pilihan raya itu."Bagi kita ini sudah muktamad. Sudah ada sejarah mengapa tidak ada pilihan raya kerajaan tempatan. 

Jadi, atas sebab itu tidak ada debat," katanya."Daripada pihak kerajaan, saya rasa (pilihan raya PBT) tidak sesuai, kerana negara kita paling demokratik," kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Khas Mengenai Isu Cameron Highlands di Putrajaya, Muhyiddin berkata terdapat banyak perkara yang perlu diteliti dalam melaksanakan pilihan raya berkenaan.

"Bagi saya sebelum hendak buat sesuatu kena fikir masak-masak, dan Kerajaan Pusat rasa tidak patut," katanya, sambil menambah malah dalam Pakatan Rakyat (PR) sendiri, tiada satu persetujuan dicapai.

Baru-baru ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerang DAP dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan, ekoran perdebatan terbuka di media antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengenai isu hudud.

Hadi mendakwa, jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, ia boleh membawa kepada tercetusnya semula peristiwa 13 Mei, menyebabkan pelbagai pihak menyerang beliau.Muhyiddin berkata, PR perlu mencapai satu kata putus sesama mereka selepas timbulnya perbezaan pendapat antara PAS dan DAP berhubung perkara itu.

"Apatah lagi dengan keputusan terkini mahkamah Pulau Pinang tentang perkara itu, yang dibawa pihak tertentu, sudah diputuskan. Atas sebab itu, tak harus ada satu debat."Dalam PR sendiri ada yang tidak setuju. 

DAP kata begitu, PAS kata begini. Jadi, mereka mungkin perlu selesaikan di peringkat parti, apa pendirian sebenarnya," katanya.

Susulan krisis antara kepimpinan PAS dan DAP, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada para pemimpin PR, rakyat Malaysia sudah muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain sebagaimana berlaku sekarang. ~malaysian insider

Zalim Atau Tidak Kerajaan BN Terhadap Bekas Tentera Ini ??

Posted: 27 Jan 2015 07:00 AM PST

  Zaidi dakwa gaji 'ditarik balik'

 
Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.

"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.

"Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya pada 22 Januari tetapi dikeluarkan pada hari sama," katanya dalam kenyataan yang dilampirkan dengan penyata tersebut.

Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.
 
"Sehingga kini tiada surat rasmi dari tentera udara menyatakan hukuman mahkamah tentera sudah dimuktamadkan.
 
"Tiada juga sebarang surat menyatakan saya dipecat secara rasmi dari tentera udara," katanya.
 
Secara sinis, Zaidi berkata beliau kini perlu menoreh getah untuk menyara hidupnya - satu rujukan kepada komen Facebook yang didakwa dibuat oleh seorang ahli mahkamah yang mengadili kesnya.
 
"Bermula esok, saya mungkin perlu menoreh getah atau menjala ikan untuk menyara keluarga," katanya.
 
 
Malaysiakini

'Pihak tolak Pakatan yang patut keluar PAS'

Posted: 27 Jan 2015 06:15 AM PST

 
 
Pihak tidak bersetuju dengan prinsip Pakatan Rakyat yang sepatutnya keluar daripada PAS.

Begitu reaksi Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang mendapat amaran bernada halau daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihak itu harus keluar parti kerana muktamar PAS sebelum ini memutuskan bersama dengan Pakatan.

"Itu keputusan PAS dan muktamar.

"Jadi siapa yang tak bersetuju dengan prinsip (bersama Pakatan), tak bersetuju dengan (keputusan) PAS maka dia kena keluar PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Menjawab amaran keras Hadi kepada PasMa, Phahrolrazi berkata tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin tidak bermakna tidak bersetuju dengan PAS.

"Tapi kalau tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin dan sebagainya itu cuma pendapat sahaja tidak payahlah keluar PAS," ujarnya.

Hadi kelmarin dalam kenyataannya melalui laman Facebook memberi amaran supaya PasMa tidak merosakkan 'bahtera' PAS.

Beliau mengumpamakan NGO yang digerakkan anggota PAS itu seperti "menebuk kapal" sendiri dan meminta ahli pertubuhan itu meninggalkan PAS jika tidak lagi sehaluan.

Phahrolrazi bagaimanapun hari ini menjelaskan kenyataan Hadi terhadap PasMa itu tidak relevan kerana bukan semua anggota PasMa terlibat dengan PAS.

"PasMa ini NGO yang berdiri dibawah entiti berdiri sendiri, jadi tak timbul keluar masuk PAS sebab dia (PasMa) tidak pernah masuk PAS pun.

"Jadi dia (Hadi) nak tuju pada PasMa tidak relevan.

"PasMa tidak ada kena mengena dengan PAS, Hadi tuju pada ahli PAS," katanya lagi.
 

Ahli politik tidak boleh dipercayai Adam Abu Bakar

Posted: 27 Jan 2015 05:30 AM PST

PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat, situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat

nik nazmi
 
PETALING JAYA: ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad optimis bahawa ketiga-tiga parti komponen di dalam Pakatan Rakyat akan terus kekal walaupun situasi semasa memperlihatkan 'ketegangan' di antara DAP dan PAS dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

"Kadang-kala politik tempatan juga akan kucar-kacir," katanya sewaktu forum di Petaling Jaya.

Beliau yang percaya bahawa PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menafikan situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

"Saya percaya PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat," ujarnya lagi dalam forum tersebut.

Berhubung isu model politik yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN), Nik Nazmi merasakan bahawa ia sudah hampir ke penghujungnya.

"Ini kerana di dalam BN, UMNO sahaja merupakan parti tunggal yang mengetuai 12 parti komponen yang lain. Manakala, parti di dalam Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan yang hampir sama," ujarnya.

Tambah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi Selangor itu, disebabkan itu perkara yang menjadi cabaran buat dirinya adalah membentuk dan memperoleh kepercayaan masyarakat.

""Rakyat kini secara umumnya tidak mempercayai kerajaan atau ahli politik kini kerana ada beberapa isu seperti isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), National Feedlot Centre's (NFC)," katanya.

Jelas Nik Nazmi lagi, rakyat kini sudah tidak ambil peduli bagaimana polisi kerajaan dilaksanakan , tetapi rakyat kini ingin tahu, siapakah yang akan menikmati dan untuk siapakah polisi itu dilaksanakan.

Beliau seterusnya berkata, "Ahli politik kini sudah tidak boleh dipercayai walaupun dari kalangan parti."

Jelas beliau lagi, dalam menempuhi pilihan raya umum akan datang, sama ada suka atau tidak, masyarakat Melayu merupakan penduduk di Malaysia.

"Disebabkan itu, kita (Pakatan Rakyat) membawa isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu.

"Seperti perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan miskin,jurang masyarakat bandar dan luar bandar," ujar beliau lagi.
 
 
KedahLanie

Maklumat 'sangat kritikal' akan didedahkan?

Posted: 27 Jan 2015 04:45 AM PST


Bestinet: Patutlah semua urusan dipaksakan ini sebabnya.

PKR dedah seorang lagi individu berpengaruh dalam Bestinet Published

PM Selepas seminggu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Azmi Khalid berdiam diri mengenai penglibatan mereka dalam Bestinet, PKR mendedahkan seorang lagi individu penting dalam syarikat itu.

Dua wakil rakyat PKR hari ini mendedahkan selain Azmi, seorang lagi pengarah penting Bestinet ialah Datuk Tengku Omar Tengku Bot (gambar) yang merupakan bekas pengarah Jabatan Tenaga Kerja dan mempunyai hubungan rapat dengan Azmi.

"Mereka mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat lain seperti Raffles Care. Selain itu, melalui penguasaan sebuah syarikat JR Joint Resources Holding Sdn Bhd, Tengku Omar menguasai lebih 99% syarikat Bestinet.

"Bestinet bukan saja akan mengaut keuntungan besar melalui penguasaan monopoli e-Visa Dengan Rujukan (e-VDR) dan Bio-Metrik, tetapi juga bakal meningkatkan kos pengambilan pekerja asing.

"Apabila penambahan kos ini tidak dipantau, ia akan mendedahkan pekerja asing kepada risiko eksploitasi dan pemerdagangan manusia," kata Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Semambu Lee Chean Chung.

Dua wakil rakyat PKR itu berkata, Zahid dan Azmi perlu menjelaskan peranan mereka dalam Bestinet jika tidak mahu maklumat "kritikal" didedahkan. "PKR sudah memberikan tempoh seminggu kepada Zahid dan Azmi, malangnya, menteri dan bekas menteri sama-sama membisu atas isu tersebut.

"Kami mencabar Zahid dan Azmi tampil memberikan penjelasan dalam 24 jam dan jika tidak, kami akan mendedahkan satu maklumat lanjut yang 'sangat kritikal'," katanya.

Mulai 15 Januari, semua pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negara sumber dan permohonan VDR tidak boleh diuruskan di kaunter Jabatan Imigresen sebaliknya perlu dilakukan sepenuhnya secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Berpusat yang dibangunkan Bestinet.

Semua pusat pemeriksaan kesihatan di negara sumber pekerja asing juga wajib menggunakan sistem Bestinet yang mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja asing.

Posted by mountdweller

" ABDUL RANI KULUP SEKOLAHKAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA " tikaq buloh

Posted: 27 Jan 2015 04:03 AM PST


Baru kali ini Abdul Rani Kulup berbicara tentang ajaran Islam dan Sunnah Rasulullah. Baguslah sekurang-kurangnya dia faham apa yang disyariatkan oleh Islam dalam mendidik anak-anak.




Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), NGO yang terkenal dengan penampilan uniknya, hari ini melakukan demonstrasi "cara merotan anak yang betul" di hadapan balai polis Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Pengerusinya Abdul Rani Kulup Abdullah, yang menggelarkan dirinya 'Paduka Ayahanda Arka', melakonkan aksi merotan tapak tangan salah seorang pengikutnya yang memegang watak anak yang belum solat.

"Din! Kamu dah sembahyang ke belum? Pergi sembahyang!" jerkah Rani kepada 'anaknya' yang tersenyum-senyum apabila tangannya dirotan.

"Kita rotan dengan suara kita, kita tunjuk rotan pun dia (anak-anak) dah takut," kata Rani.

Beliau juga membangkang hasrat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim untuk membentangkan akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-kanak 2001 di Parlimen Jun depan.

"Menteri yang hendak keluar kenyataan di Parlimen itu mestilah yang cerdik sikit.


"Kenapa benda ini hendak dibawa ke Parlimen? Sebab kita ini mengikut ajaran Islam (dan) sunnah Rasulullah," kata Rani. M Kini

Zahid Hamidi Kantoi Lagi - Kali Ini Polis Pula Dedahkan Paul Phua Dilarang Memasuki Malaysia.

Posted: 26 Jan 2015 11:45 PM PST

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Hadoiii.. satu persatu Zahid Hamidi kantoi.

Kronologi kekantoian Zahid Hamidi.

- China Press dedahkan Paul Phua disokong oleh salah seorang menteri tertinggi di Malaysia dalam kes pendakwaan terbaru Paul di New York.

- Akhbar China melaporkan perkara berkenaan kerana Paul Phua penjenayah profil tinggi dalam kes-kes jenayah yang berkaitan judi dan judi bola sepak.

- China pernah menghukum (tidak tegas) dan menghalau Paul keluar dari Macau selepas Paul terbabit jenayah di negara berkenaan.

- Kemudiannya, apabila media mereka mendapat tahu Paul mendapat sokongan melalui menteri di Malaysia, negara asal tempat kelahiran Paul, mereka melaporkan perkara berkenaan. Aku syak saja. Ini berlaku kerana hukuman yang dikenakan kerajaan China ke atas Paul dipersoalkan oleh beberapa pihak. 


Di samping itu, ia juga menjadi tanda tanya bagaimana seseorang penjenayah boleh dikaitkan dengan kerajaan Malaysia merujuk kepada kenyataan dalam surat berkenaan 'Paul membantu kerja-kerja berkaitan keselamatan di Malaysia'.

- Selepas perkara berkenaan kecoh di Malaysia dan tindakan Zahid Hamidi dipersoalkan oleh banyak pihak, Zahid tampil membuat kenyataan bahawa surat berkenaan bukan surat sokongan dan kabinet telah menerima penjelasannya. Lagipun menteri terdahulu juga pernah melakukan perkara yang sama.

- Namun Zahid sekali lagi kantoi apabila PDRM dan KDN dan kabinet mengakui bahawa mereka tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan dan isi kandungan surat berkenaan. Bahkan kementerian luar negeri juga tidak mengetahui. Surat berkenaan tidak melalui protokol rasmi kerajaan Malaysia.

- Dan Zahid bertambah-tambah kantoi apabila Hishamuddin dan Syed Hamid Albar mendedahkan mereka TIDAK pernah menulis apa-apa surat sokongan kepada mana-mana pihak dalam apa jua cara. TIDAK.

- Dan kini Zahid semakin tertekan apabila sumber dalaman polis meluahkan kekecewaan mereka menerusi media. Yang pertama mengenai bagaimana Zahid menafikan laporan siasatan PDRM ke atas Paul Phua. 


Yang kedua mengenai bagaimana Zahid tidak peka bahawa Paul Phua pernah bersabit kesalahan jenayah di negara ini dan dilarang memasuki Malaysia pada tahun 2008.

Aik. Di larang memasuki Malauysia pada tahun 2008 tapi Zahid pula nak bawa dia masuk Malaysia pada tahun 2014? Apa cerita neh woi?

Macam aku sebut sebelum ini. Zahid dan PDRM sebenarnya terperangkap dengan tindakan Zahid.

Jika Zahid kata melalui kuasa yang dia ada dia berhak menghantar surat tersebut dan isi kandungan surat berkenaan adalah benar seperti yang dia tuliskan, ini bermaksud dia menafikan laporan PDRM.

Jika laporan PDRM adalah salah, silap, tidak betul, hasil siasatan mereka ke atas Paul Phua boleh dianggap fitnah, dan masyarakat akan mempertikaikan kredibliti PDRM. PDRM tidak mempunyai imej yang baik di Malaysia atas sebab itu adalah amat memalukan sekali untuk PDRM membiarkan kredibliti mereka dicalarkan oleh menteri mereka sendiri.

Jika hasil laporan PDRM salah, sehingga kini PDRM tidak membuat kenyataan atau melakukan apa-apa bagi membetulkan kandungan laporan yang menjadi rujukan FBI. Ini bermaksud secara tak langsung PDRM mempertahankan laporan siasatan mereka.

Dan jika Zahid Hamidi mahu menafikan hasil siasatan PDRM, kenapa Zahid Hamidi hanya gunakan surat tanpa mengemukakan sebarang bukti, dokumentasi, hujah dan dalil bagi menafikan hasil siasatan PDRM?

Nampak? 

Ia samada Zahid atau PDRM yang menipu dalam siasatan berkenaan Paul Phua. Kedua-dua tak mungkin betul pada masa yang sama. 


Melihatkan KPN enggan mengulas apa-apa ini cukup menunjukkan yang KPN mungkin memendam rasa. Melihatkan kepada tindakan polis menggunakan media menghentam Zahid Hamidi secara halus ini jelas menunjukkan yang PDRM terasa dengan tindakan Zahid Hamidi. 

Bahkan PDRM langsung taknak respon tentang kenyataan Shafee yang terang-terang menempelak hasil siasatan PDRM tentang Paul Phua.

Apa neh?

Polis Malaysia takde maruah ke?

Orang kutuk korang terang-terang depan media, takde apa perasan ke?

Kalau rakyat yang kutuk laju2 kena dakwa, betul tak?

Tapi sebab individu high profil yang kutuk korang, maka tahan je dalam ahti dan laju2 ketap bibir je la kan?

Betul tak?

Dah memang dasar.. kena la tue. SEPADAN!


KAH KAH KAH