Isnin, 26 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Pakatan Rakyat Akan Berpecah Dan Hancur Sebelum PRU14

Posted: 26 Jan 2015 11:00 PM PST



Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?.. Ditambah burukkan keadaan gelagat para penyokong tertentu yang bertindak lebih sudu dari kuah.

Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam. "Pakatan tidak berfungsi ketika ini.

Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.

Pilihan raya PBT isu terbaru dalam senarai pertelingkahan yang dibangkitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulama konservatif yang selari dengannya. 


Dua pergeseran yang timbul sebelum itu adalah Langkah Kajang yang digerakkan PKR untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu, yang menyebabkan berlakunya krisis menteri besar di Selangor berlarutan selama 6 bulan.

PAS juga berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya di Kelantan, sekaligus mencetuskan keretakan dalam hubungan antara parti komponennya kerana mendakwa ia bukan polisi bersama PR. 


Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR. Agak lama kepimpinan tertinggi parti – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hadi, dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tidak duduk semeja.

Malah difahamkan, kali terakhir mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat adalah pada 20 Disember 2013, di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. 


Ketika itu mesyuarat dijalankan untuk menghantar surat kepada Khalid untuk menyemak elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker Selangor. 

Sejak itu, Hadi tidak menghadirkan diri dalam 5 mesyuarat, dan PAS diwakili timbalan presidennya Mohamad Sabu.

Dalam sebuah mesyuarat majlis presiden tahun lalu, PR bersetuju menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor. 


Hadi tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, dan kemudiannya menolak keputusan mesyuarat. Sejak itu, DAP menegaskan kehadiran Hadi amat mustahak dalam setiap mesyuarat. "Tiada petunjuk bila mesyuarat seterusnya," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

"Mesyuarat hanya akan dijalankan jika Hadi hadir. Ini permintaan kami, kerana kami tidak mahu beliau menolak keputusan mesyuarat kemudiannya," katanya merujuk kepada beberapa tindakan Hadi menolak keputusan mesyuarat PR ketika kemuncak kemelut menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun dilihat lebih optimis dengan masa hadapan PR, mengatakan terdapat fraksi dalam kepimpinan PAS. 


Muktamar PAS katanya mengesahkan sokongan parti itu terhadap PR sejak pembentukannya pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

Beliau berkata ini bermakna, PAS akan kekal bersama PR. "Isu yang melibatkan mereka ketika muktamar dan pemimpin mereka perlu diselesaikan secara dalaman oleh PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu.

The Malaysian Insider difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi. 


Penganalisis, Ibrahim Suffian berkata, pertelingkahan antara kepimpinan PAS menjelang pemilihan mereka yang dijadualkan pada Jun membimbangkan. Perbezaan ideologi antara kepimpinan parti itu juga mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pembangkang mereka.

"Jika kumpulan konservatif kekal dan mempengaruhi pelbagai peringkat, ia akan mengakibatkan Pakatan tidak dapat berfungsi," katanya, dan menambah, keretakan dan perpecahan senario terburuk yang mungkin berlaku. 


Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR, kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu.

"PAS tidak boleh mendesak semua polisi mereka mahukan, dan pada masa sama, kekal bersama DAP dan PKR," katanya.

Rafizi turut mengakui, isu berkenaan memberikan sedikit kesan kepada akar umbi, terutamanya kawasan dikuasai Hadi dan penyokongnya. 


Beliau bagaimanapun melihat, di kawasan-kawasan sentimen pro-PR, pertelingkahan itu tidak memberikan kesan.

"Ada kesannya, tetapi tidaklah begitu besar," katanya.



Bloglist Malaysia.

Gadis Yang Pertahankan Isu Peluk Artis K-Pop Ini Kakitangan RTM Rupa-Rupanya

Posted: 26 Jan 2015 10:22 PM PST

 
Sewaktu kecoh cerita isu wanita bertudung dipeluk Kpop tu.., ramai lah orang yang muncul nak memberi pendapat masing-masing.. Ada pendapat yang boleh terima pakai tu ok la jugak.. Tapi bila dah pendapat yang macam pelik je bunyinya mesti akan kena hentam teruk..

Siapa lagi kalau bukan video seorang wanita yang memberi pendapat yang sangat merepek di laman sosial tu.., dah menjadi viral dan dapat kutukan hebat dari ramai orang.. Apa yang lebih menarik..

Korang nak tahu wanita yang buat video tu bukan wanita biasa tau.., dan bukan jugak wanita luar biasa..hehe.. Cuma dia ni adalah salah seorang fanalis Ikon Siarawan, Nurul Hidayah Md. Nawai.. , program ini adalah anjuran RTM..

Agaknya nak cari perhatian lebih tu yang sampai buat video tu.., tapi perhatian yang dia cari ni tersalah langkah.. Miss A pun pernah tengok video yang dia cakap tu.. Tapi tak tengok sampai habis.., sebab macam merepek je..haha.. Macam beri fakta yang salah je pasal islam..

Disebabkan video perkongsian dia tu masih lagi mendapat kutukan dan kecaman hebat rakyat Malaysia.., berdasarkan dari laporan Utusan, pihak pengurusan RTM khabarnya dah ambil langkah tegas kat Nurul, dengan rehatkan dia dari mana-mana program stesen penyiaran RTM..

Nampak tak kesan yang korang akan dapat kalau cuba nak buat video yang merepek macam Nurul ni.., lain kali nak cari publisiti tu guna jalan yang betul.., dah tersalah langkah habis memakan diri.. Nasib baik stesen RTM tak buang terus dia dari penyiaran mereka.. Miss A

Bloglist Malaysia

Pakatan Rakyat berusia 6 tahun tiba di pengakhirannya? OLEH EILEEN NG DAN ZULKIFLI SULONG

Posted: 26 Jan 2015 09:00 PM PST


Akibat pertelagahan tentang polisi masing-masing dan isu yang ingin ditimbulkan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ia mungkin penghujung jalan bagi parti yang berusia 6 tahun itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2015.

Akibat pertelagahan tentang polisi masing-masing dan isu yang ingin ditimbulkan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ia mungkin penghujung jalan bagi parti yang berusia 6 tahun itu.

Akibat pertelagahan tentang polisi masing-masing dan isu yang ingin ditimbulkan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat, ia mungkin penghujung jalan bagi parti yang berusia 6 tahun itu.

Mereka tidak bersetuju untuk bertemu dan bertelagah secara terbuka berkenaan polisi masing-masing. Adakah ini pengakhiran bagi Pakatan Rakyat (PR)?

Terdapat kebimbangan PR akan terkubur seperti Barisan Alternatif, yang hanya mampu bertahan selama 2 tahun apabila DAP menarik diri daripada gabungan berkenaan pada 2001, susulan krisis bersama PAS yang mahu mewujudkan negara Islam.

"Pakatan tidak berfungsi ketika ini. Saya tidak tahu sama ada akan terkubur, ada kemungkinannya," kata seorang pemimpin kanan PR yang enggan dikenali kepada The Malaysian Insider, dan menambah, PAS berkemungkinan akan menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) DAP untuk meninggalkan atau dikeluarkan daripada gabungan berusia 6 tahun itu.

Pilihan raya PBT isu terbaru dalam senarai pertelingkahan yang dibangkitkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan ulama konservatif yang selari dengannya.

Dua pergeseran yang timbul sebelum itu adalah Langkah Kajang yang digerakkan PKR untuk menggantikan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lalu, yang menyebabkan berlakunya krisis menteri besar di Selangor berlarutan selama 6 bulan.

PAS juga berkeras mahu melaksanakan hudud di negeri yang dikuasainya di Kelantan, sekaligus mencetuskan keretakan dalam hubungan antara parti komponennya kerana mendakwa ia bukan polisi bersama PR.

Malah, memburukkan keadaan, Majlis Presiden Pakatan Rakyat, mesyuarat tertinggi untuk memuktamadkan sesuatu isu sudah tidak bersidang lebih dari 6 bulan, dan dilaporkan Hadi sudah tidak menghadirinya selama setahun.

Ahli Parlimen Marang itu dilaporkan berkata beliau tidak dapat menghadirinya kerana faktor kesihatan, namun ia tidak membantu menutup khabar angin hubungan renggang antara kepimpinan PR.

Pemimpin PR yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, agak lama kepimpinan tertinggi parti – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hadi, dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang duduk semeja.

Malah difahamkan, kali terakhir mereka bersama-sama menghadiri mesyuarat adalah pada 20 Disember 2013, di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Ketika itu mesyuarat dijalankan untuk menghantar surat kepada Khalid untuk menyemak elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), termasuk menteri besar, speaker dan timbalan speaker Selangor.

Sejak itu, Hadi tidak menghadirkan diri dalam 5 mesyuarat, dan PAS diwakili timbalan presidennya Mohamad Sabu.

Dalam sebuah mesyuarat majlis presiden tahun lalu, PR bersetuju menyokong presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

Hadi tidak menghadiri mesyuarat berkenaan, dan kemudiannya menolak keputusan mesyuarat.

Sejak itu, DAP menegaskan kehadiran Hadi amat mustahak dalam setiap mesyuarat.

"Tiada petunjuk bila mesyuarat seterusnya," kata Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua.

"Mesyuarat hanya akan dijalankan jika Hadi hadir. Ini permintaan kami, kerana kami tidak mahu beliau menolak keputusan mesyuarat kemudiannya," katanya merujuk kepada beberapa tindakan Hadi menolak keputusan mesyuarat PR ketika kemuncak kemelut menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bagaimanapun dilihat lebih optimis dengan masa hadapan PR, mengatakan terdapat fraksi dalam kepimpinan PAS.

Muktamar PAS katanya mengesahkan sokongan parti itu terhadap PR sejak pembentukannya pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

Beliau berkata ini bermakna, PAS akan kekal bersama PR.

"Isu yang melibatkan mereka ketika muktamar dan pemimpin mereka perlu diselesaikan secara dalaman oleh PAS," kata ahli Parlimen Pandan itu.

The Malaysian Insider difahamkan, Anwar cuba menghubungi Hadi dan Lim semalam. Lim bersetuju untuk menghadirkan diri, namun Hadi gagal dihubungi.

Penganalisis, Ibrahim Suffian berkata, pertelingkahan antara kepimpinan PAS menjelang pemilihan mereka yang dijadualkan pada Jun membimbangkan.

Perbezaan ideologi antara kepimpinan parti itu juga mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pembangkang mereka.

"Jika kumpulan konservatif kekal dan mempengaruhi pelbagai peringkat, ia akan mengakibatkan Pakatan tidak dapat berfungsi," katanya, dan menambah, keretakan dan perpecahan senario terburuk yang mungkin berlaku.

Bagi mengelakkan ia berlaku, PAS perlu menukar kepimpinan ke arah lebih progresif dan komited kepada PR, kata ketua penyelidik bebas Merdeka Centre itu.

"PAS tidak boleh mendesak semua polisi mereka mahukan, dan pada masa sama, kekal bersama DAP dan PKR," katanya.

Rafizi turut mengakui, isu berkenaan memberikan sedikit kesan kepada akar umbi, terutamanya kawasan dikuasai Hadi dan penyokongnya.

Beliau bagaimanapun melihat, di kawasan-kawasan sentimen pro-PR, pertelingkahan itu tidak memberikan kesan.

"Ada kesannya, tetapi tidaklah begitu besar," katanya. – 27 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

Beli sandwic dapat sebungkus wang

Posted: 26 Jan 2015 08:30 PM PST

  
 Ini mungkin 'pelaburan' paling menguntungkan.
Ia berlaku apabila seorang wanita dari New Hampshire, Amerika Syarikat terkejut apabila bungkusan pesanannya di restoran Burger King tidak mengandungi makanan dan minuman sebaliknya wang tunai.

Janelle Jones berkata dia menyedari perkara itu apabila tiba di rumahnya, lapor agensi berita antarabangsa AP yang memetik portal Foster's Daily Democrat.

Dalam laporan itu, Janelle mendapati bungkusan itu tidak mengandungi teh manis dan sandwic ayam pedas yang dipesannya pada Jumaat, di sebuah daerah di New Hampshire.

Bagaimanapun, setelah menghubungi suaminya, Janelle  memutuskan untuk memulangkan sejumlah AS$2,631, yang sebenarnya merupakan deposit bank Burger King.

Laporan itu juga menyebut, mereka membuat keputusan memulangkan kembali wang itu ekoran faktor agama dan percaya tuhan melihat segala-galanya. 



Malaysiakini

5 Faktor Yang Mempengaruhi Kelajuan Internet - Dicatat oleh ustazcyber.

Posted: 26 Jan 2015 08:00 PM PST

http://2.bp.blogspot.com/-iWmsMH36CFU/VManOLyqolI/AAAAAAAARMQ/PimZuIyuRYk/s1600/speed-internet_thumb1-490x326.jpg

MENGAKSES intenet merupakan suatu keperluan bagi masyarakat kini. Tapi tahukah anda bagaimana dan apa faktor kecepatan internet itu.? Koneksi internet menggunakan banyak perangkat dari penyedia layanan yang berbeza.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kecepatan akses internet adalah:

1. Unit Komputer Komputer sangat berperanan dalam kecepatan akses internet kerana di dalam komputer ada harddisk, RAM, dan Processor yang berperanan penting pada proses kerja komputer tersebut.

Bila hardisk yang dipakai berkecepatan rendah maka kecepatan akses internet pun juga rendah, begitu juga bila menggunakan RAM atau Processor yang kecepatannya rendah, ini sangat mempengaruhi kecepatan akses internet.

2. Modem....lagi Modem juga sangat mempengaruhi kecepatan akses internet. Modem mempunyai kecepatan yang berbeda-beda. Modem yang sering digunakan adalah modem yang berkecepatan 56 kbps.

3. Jaringan Komunikasi yang digunakan untuk Akses Internet. Untuk mengakses internet kita boleh menggunakan layanan line telephone, CDMA, GPRS, dan satelit. Masing-masing layanan tersebut mempunyai kecepatan yang berbeda-beda. Kecepatan yang 4.

4. Besar Bandwidth Bandwidth adalah luas atau lebar cakupan frekuensi yang digunakan oleh sinyal dalam medium transmisi. Bandwidth biasanya diukur dengan satuan Hertz. Semakin besar bandwidth yang disediakan oleh ISP, maka semakin cepat pula akses internetnya.

5. Jumlah pengguna yang mengakses server secara bersamaan Kecepatan akses internet pada jam-jam tertentu biasanya sangat lambat, ini dikeranakan banyaknya pengguna internet yang mengakses internet secara bersamaan.

Pada jam 08.00 – 12.00 biasanya jaringan internet sedang sibuk-sibuknya. Untuk itu bila tidak mendesak lebih baik mengakses internet diluar jam tersebut.[aldi/ven/IP]

Ustazcyber.com.

Renungkan Lah !

Posted: 26 Jan 2015 07:30 PM PST

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ...
Dasukii Hassan's photo. إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.
وَأَنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Dasukii Hassan's photo. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Surah Al-Israq; ayat 9 dan 10.

VIDEO - Lim Guan Eng Anti Islam?? - Mat Sabu

Posted: 26 Jan 2015 07:00 PM PST


YB Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz Nik Mat - "ANWAR PALING LAYAK"

Posted: 26 Jan 2015 06:30 PM PST

Mr Bean kembali beraksi untuk kebajikan

Posted: 26 Jan 2015 06:00 PM PST

Pelakon komedi British terkenal Rowan Atkinson akan kembali membuat lawak slapstiknya Mr Bean buat kali pertama dalam tempoh hampir tiga tahun.


Atkinson akan membuat persembahan itu bagi membantu Comic Relief, sebuah kumpulan kebajikan yang mengutip dana bagi memerangi kemiskinan melalui acara hiburan.

Jurucakap syarikat penyiaran BBC mengesahkan Atkinson akan kembali beraksi dengan watak lucunya itu pada 13 Mac depan dalam sebuah rancangan dikenali Red Nose Day di saluran BBC1, lapor The Independent.

Laporan itu menyebut, persembahan terakhirnya sebagai Mr Bean berlangsung ketika majlis pembukaan sukan Olimpik London pada 2012.

Lakonannya yang mencuit hari itu berjaya menghiburkan lebih 900 juta penonton.

Dalam acara terakhirnya dengan Comic Relief dibuat pada 2013 yang menyaksikan Atkinson mencetuskan kontroversi apabila melakonkan watak Ketua Biskop Canterbury apabila menerima 2,000 aduan penonton yang tidak berpuas hati.

Anwar yakin lepas, Saiful reda apa jua

Posted: 26 Jan 2015 05:15 PM PST

 
 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan rayuan akhirnya terhadap tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau menzahirkan keyakinannya itu berdasarkan perincian fakta dalam penghujahan barisan peguamnya yang dibentangkan kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan.

"Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.

"Saya panjatkan doa pada Allah yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan.

Sementara itu, Mohd Saiful, sebagai pengadu dalam kes itu, pula berkata beliau reda dengan apa jua keputusan dan berserah kepada Allah.

"Sebagai rakyat, saya yakin pada Rukan Negara ke-4 iaitu Kedaulatan Undang-undang. Yang hak pasti berdiri," katanya dalam Twitter.

Katanya lagi, beliau akan terus berdoa, sabar dan istiqamah dengan keputusan mahkamah itu.

Hadi, ketahuilah, 13 Mei mustahil berulang – Haris Zuan

Posted: 26 Jan 2015 04:30 PM PST

The Malaysian Insider 


Lim Kit Siang profile picturePeristiwa 13 Mei ialah isu eksklusif Umno-Barisan Nasional (BN) dan orang lain yang mahu menyebut, dan apatah lagi membincangkannya, boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Hanya Umno bebas menggunakan isu 13 Mei (versi mereka sudah tentu) untuk membodoh dan menakut-nakutkan bangsa Malaysia, khasnya orang Melayu dan Cina.

Namun, kali ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mengeluarkan ancaman yang biasanya hanya dilaungkan oleh Umno – 13 Mei akan berulang jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan semula – dan kali ini Umno tidak pula marah dengan kenyataan Hadi Awang ini.

Kisah ini awalnya mudah sahaja. PAS membangkitkan isu pilihan raya kerajaan tempatan kerana mahu menyanggah dakwaan bukan hudud sahaja yang tidak diputuskan secara bersama di peringkat Pakatan Rakyat, pilihan raya kerajaan tempatan juga – yang diperjuangkan oleh Pulau Pinang dan Selangor.

Maka, dengan menggunakan logik ini, pada PAS, menjadi hak Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut secara bersendirian (atau dengan kerjasama Umno – parti pemerintah yang hanya menunjukkan minat terhadap Hudud setiap kali terdesak kehilangan kuasa).



Kemudian PAS nampak agak anti-demokrasi apabila dilihat tidak pro kepada pilihan raya kerajaan tempatan yang merupakan hak undi ketiga rakyat selepas Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dinafikan oleh Umno-BN sejak tahun 1960-an.

Maka, Hadi Awang yang mahu menyerlahkan kewibawaan dan kebijaksanaannya, mengeluarkan hujah yang sangat menggemparkan, kononnya, PAS tidak menyokong pilihanraya kerajaan tempatan atas dasar tanggungjawab dan kemaslahan yang lebih besar – mengelakkan berlakunya rusuhan kaum 13 Mei.

Tulisan ini tidak berminat untuk membincangkan sama ada wajar, atau tidak untuk Hadi Awang membandingkan hudud dengan pilihan raya kerajaan tempatan.

Namun, tulisan ini hanya mahu menyemak kenyataan Hadi Awang berkenaan tragedi 13 Mei.

 Hakikatnya, sejak tahun 1969, situasi sosio-ekonomi Malaysia dan politik dunia jauh berubah yang tidak memungkinkan tragedi hitam 13 Mei berulang dengan sebegitu mudah.

Perubahan ekonomi

Pertamanya, 13 Mei dikatakan berpunca daripada ketidakseimbangan ekonomi. Pada dasarnya masyarakat Malaysia pada tahun 1960-an masih merupakan masyarakat pertanian dengan lebih separuh penduduk terlibat dalam sektor pertanian (kebanyakannya orang Melayu).

Bagaimanapun, sektor perindustrian mula berkembang mulai tahun 1970, sungguhpun dari segi keseluruhannya masih kecil untuk menampung keperluan pekerjaan dan pembangunan sebuah negara baru.

Setelah perlaksanaan dasar perindustrian berorientasikan eksport dan Dasar Ekonomi Baru (DEB), sumbangan sektor pembuatan dan pembinaan berkembang dengan ketara. 

Seiring dengan perindustrian, sektor perkhidmatan juga turut berkembang – sumbangan sektor ini terhadap pekerjaan berkembang daripada kurang 30% pada tahun 1970 kepada lebih 50% pada tahun 2000.

Perindustrian dan urbanisasi

Apabila tumpuan ekonomi beralih kepada industri, bandar-bandar baru mula dibuka, khusus untuk menampung kilang-kilang baru.

Urbanisasi ini juga selari dengan penghijrahan ramai penduduk desa, khasnya anak muda Melayu, ke bandar-bandar perindustrian baru seperti Pasir Gudang, Seberang Prai dan Shah Alam.

Daripada sekitar 10 juta penduduk Malaysia pada tahun 1970, kurang 30% tinggal di bandar manakala selebihnya tinggal di kampung-kampung. Manakala pada 2010, lebih 70% penduduk Malaysia merupakan warga kota.

Di samping hasil migrasi penduduk kampung ke bandar-bandar, lonjakan urbanisasi negara ini juga kerana pendefinisian semula konsep bandar dalam Banci Penduduk 1991.

Semua proses ini, perindustrian dan pembandaran menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan kelas-kelas sosial moden, khususnya kelas menengah dan kelas pekerja.

Malah, semakan terhadap komposisi etnik bagi Wilayah Kuala Lumpur pada tahun 2010 menunjukkan bilangan orang Melayu mengatasi lain-lain etnik.

Namun, masih ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar besar masih menjadi pengundi berdaftar di kampung halaman mereka.

Maka sebab itulah, setiap kali pilihan raya, semua parti politik merayu untuk para pengundinya pulang mengundi. Jika pilihan raya tempatan diadakan, hal ini tidak seharusnya berlaku kerana penduduk sesuatu perbandaran sewajarnya mengundi di tempat mereka menetap.

Hasil perlaksanaan dasar afirmatif ini, masyarakat kelas menengah Malaysia (dan khasnya kelas menengah Melayu) menjadi jauh lebih besar berbanding sebelumnya.

Semasa zaman kolonial, Malaysia (ketika itu Malaya) memperlihatkan pembahagian kelas yang hampir sama dengan jalur kaum ketika itu.

Ketika baru merdeka, aristokrat Melayu mengambil alih kuasa pemerintahan daripada British, sementara kuasa ekonomi tempatan dikuasai oleh etnik Cina, dan etnik India mendominasi kerja-kerja buruh, pengkeranian dan perladangan getah.

Sejumlah besar etnik Melayu menjadi petani. Penguasaan ekonomi utama dan perhubungan global sudah tentu di tangan orang Eropah.

DEB bersama beberapa perkembangan ekonomi serantau dilihat berhasil bukan sahaja mengubah struktur ekonomi malah melunturkan jalur identifikasi ekonomi berasaskan kaum ini.

 
Kini, di bandar-bandar besar, jumlah orang Melayu semakin besar dan saiz kelas menengah Melayu juga secara relatifnya membesar.

Meskipun jurang ekonomi inter-etnik pada satu tahap, berjaya dirapatkan sedikit, malangnya jurang intra-etnik pula semakin melebar, malah lebih menakutkan lagi.

Ertinya, hubungan kaya-miskin tidak lagi mengikut garis etnik (contohnya, Melayu-Cina) tetapi juga antara sesama etnik (contohnya, Melayu-Melayu dan Cina-Cina).

Situasi ini merupakan cabaran semasa masyarakat Malaysia kini, namun perkembangan ini berbeza dengan tahun 1960-an dan 1970-an dan harus dibincangkan secara berasingan.

Geopolitik serantau

Pada masa yang sama, situasi politik serantau yang melatari tragedi 13 Mei juga tidak lagi wujud pada masa kini. Ketika itu, ancaman komunisme dalam negara masih nyata dan perang Vietnam sedang rancak serta dunia berada dalam situasi perang dingin antara dua blok ideologi ekonomi.

Elemen komunis ini dikatakan berlaku di peringkat politik kerajaan tempatan apabila banyak kerajaan tempatan dikuasai oleh parti yang cenderung kiri.

Infiltrasi komunis juga didakwa antara yang membawa kepada tragedi 13 Mei. Namun kini, semenjak termaterainya Rundingan Damai Haadyai pada tahun 1989, komunis bukan lagi ancaman dalam negara.

Awal daripada itu, Perang Vietnam tamat pada tahun 1975 dan komunisme runtuh bersama Tembok Berlin.

Teknologi maklumat dan generasi baru


Sejak akhir tahun 1990-an pula, berlaku satu lagi perkembangan yang tidak mungkin difikirkan terjadi semasa tahun 1969 – pendemokrasian maklumat.

Berbeza dengan tahun 1969, kegelisahan dan kegusaran awam umumnya diolah melalui media massa yang dikawal pemerintah. Pada waktu ini, Utusan Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh Umno yang membelinya pada tahun 1961, dan ruang perbezaan pandangan sangat terhad.

Namun, dengan adanya kecanggihan teknologi maklumat kini, sebarang kejadian yang berlaku dapat diketahui dengan pantas dan hampir serta-merta. Pada masa yang sama secara umumnya, masyarakat Malaysia lebih kritikal terhadap media massa arus perdana dan mula menyemak setiap fakta yang mereka perolehi.

Pada masa yang sama, generasi yang akrab dengan media sosial ini juga merupakan golongan anak muda yang secara konservatifnya ditakrifkan sebagai mereka yang berusia bawah 40 tahun – ertinya mereka ini lahir selepas tahun 1969.

Mereka tidak mempunyai hubungan memori dan emosi dengan peristiwa 13 Mei. Malah, generasi muda kini mula mempersoalkan kisah sebenar 13 Mei yang selalu dimomokkan Umno-BN.

Hingga filem berkenaan Tun Razak yang sebahagian latarnya adalah tragedi 13 Mei dikiritik dan dipandang sinis. Mudahnya, propaganda 13 Mei tidak laku kepada generasi muda.

Mana buktinya?

Setakat ini, mungkin kalangan penyokong tegar Hadi Awang akan berkata, perbincangan di atas hanya membentangkan perubahan yang berlaku sepanjang 40 tahun terakhir sejarah negara.

Namun, bagaimanakah perubahan ini boleh menjamin tragedi 13 Mei tidak akan berlaku lagi?

Perubahan demografi Malaysia bukan sahaja menyebabkan komposisi etnik di bandar-bandar utama negara berubah, malah lebih penting lagi perubahan ini datang bersama perubahan cara fikir serta harapan sosial dan politik.

Sikap ini ditunjukkan dengan jelas dalam dua pilihan raya umum terakhir yang memperlihatkan ada kesediaan masyarakat Malaysia untuk mengundi merentasi garis etnik.

Sedar mahu pun tidak, prestasi Umno-BN dalam PRU13 lalu merupakan prestasi terburuk dalam sejarah, malah lebih buruk berbanding tahun 1969 – yang menyebabkan tragedi 13 Mei tersebut.

Namun, adakah rakyat Malaysia resah dan marah? Tidak, malah kita semua merayakannya walaupun sedikit hampa kerana Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya. Tiada aeorang pun yang membangkitkan 13 Mei.

Selain itu sejak kekalahan teruk Umno-BN dalam PRU12 dan PRU13, terlalu banyak anasir etno-nasionalis sempit cuba mengapi-apikan hubungan etnik di negara ini.

Provokasi demi provokasi – kepala lembu, kepala babi, bakar gereja, masjid, anjing – digunakan untuk menimbulkan keresahan masyarakat.

Meskipun benar pada satu tahap, isu-isu ini meresahkan dan kadang-kala membingungkan, namun kenyataannya, tidak pernah mampu untuk mencetuskan panik besar-besaran.

Datuk Ibrahim Ali beberapa kali cuba menggerakkan demonstrasi besar-besaran tetapi gagal.

Malah, kerana Perkasa dilihat terlalu gasar, nampaknya strategi terbaru kini terpaksa menggunakan hujah pseudo-akademik oleh kumpulan seperti Isma untuk memancing sentimen etno-nasionalisme.

Jelas, 13 Mei hanya hujah lapuk yang digunakan Umno-BN dan kuncu-koncunya yang tidak lagi mampu mengejar masyarakat Malaysia yang sedang berlari pantas menuju perubahan.

Maka apabila Hadi Awang membangkitkan 13 Mei, apakah beliau juga sudah lelah mahu ikut berlari ke arah perubahan?

Amelina Buat Tiga Kali Solat Istikharah Sebelum Kembali Menyanyi By canang

Posted: 26 Jan 2015 03:45 PM PST

 
 
PETALING JAYA: Penyanyi dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.


"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.


"Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya kepada mStar Online.


Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin.


Penyanyi yang popular pada zaman 90-an menerusi lagu Rindu ini memberitahu keputusan itu disokong oleh ibu dan enam orang anaknya.


Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.


"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.


"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya.


Dalam pada itu, mengulas tentang pasaran industri dangdut yang kurang mendapat perhatian, Amelina mengakui sedih dengan perkara tersebut.


Katanya, dia sendiri tertanya-tanya adakah jika dia tidak menghilangkan diri genre tersebut masih bertahan hingga sekarang.


"Sudah tentu saya sedih melihat lagu dangdut sudah tidak dapat perhatian seperti dahulu dan terpinggir.


"Saya juga ada terfikir bagaimana kalau saya tidak menghilang dahulu, adakah ia masih bertahan hingga kini.


"Apa pun saya akan cuba kembalikan genre ini dengan cara baru nampak mahal dan tidak terus dilabel sebagai muzik kampung," katanya.


Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.


Katanya, single terbaharu itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan.


"Kami masih dalam perbincangan tentang lagu dan proses untuk masuk studio untuk rakaman. Saya memang agak gementar sebab sudah lama tidak masuk studio merakam lagu.


"Saya yakin Ajai dapat memberikan yang terbaik sesuai dengan peredaran lagu masa kini," ujarnya.

Anwar: Apa nak jadi, jadilah

Posted: 26 Jan 2015 08:00 AM PST

  "Que sera sera. (Apa hendak jadi, jadilah)."
Begitulah reaksi segera Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas berhubung keputusan kes liwat keduanya yang akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Beliua menulis di Twitter berhubung perkara itu sambil mentweet semula laporan berkaitan perkembangan itu oleh sebuah portal berita.

Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepanyol yang menjadi popular selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika Syarikat Doris Day.

Anwar juga mengaminkan gesaan pemimpin PKR Dr Badul Amin Baharom di Twitter supaya orang ramai berdoa dan turun memberikan sokongan kepada ketua pembangkang itu ketika keputusan disampaikan bulan depan.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan tarikh keputusan itu akan disampaikan melalui Twitter kehakiman Malaysia.

Hentikan perang saraf Najib-Dr Mahathir, hanya lemahkan Umno, kata Khairy OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 26 Jan 2015 07:30 AM PST

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merasakan 'perang' antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan melemahkan Umno sebelum PRU14.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin merasakan 'perang' antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad akan melemahkan Umno sebelum PRU14

Perang saraf di antara kumpulan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dihentikan segera kerana ia hanya akan melemahkan Umno, kata Khairy Jamaluddin.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjelang beberapa tahun lagi, maka pihak yang berkenaan digesa menghentikan polemik yang boleh melemahkan parti Melayu itu.

"Pemuda berpendirian kita perlu kuatkan Umno dan kita tak mahu lihat ada masalah dalaman yang boleh jadi masalah bagi kita yang boleh lemahkan Umno.

"Bukan tempat kita memberikan nasihat, cuma harapan kita sebagai orang muda dalam Umno, jangan kita menimbulkan polemik yang boleh melemahkan parti.

"Kita bersedia untuk kerja kuat sebab pilihan raya tak lama lagi. Jadi, seelok-eloknya masalah seperti ini sekiranya wujud, dapat diselesaikan dengan cepat," katanya pada satu sidang media di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini. – 26 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider

BN mahu Pakatan berbalah untuk tutup kelemahan, kata PAS

Posted: 26 Jan 2015 06:45 AM PST

 
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihak Barisan Nasional amat memerlukan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat berterusan agar tumpuan kepada kelemahan BN sebagai kerajaan dapat dialihkan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihak Barisan Nasional amat memerlukan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat berterusan agar tumpuan kepada kelemahan BN sebagai kerajaan dapat dialihkan.

Perselisihan di antara DAP dan PAS berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) menyembunyikan kelemahan, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, pemimpin politik tidak boleh lagi menganggap rakyat tidak mampu membuat penilaian terhadap tindak-tanduk dan sikap yang diambil mereka terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan.

"Pihak BN secara strategi politiknya amat memerlukan perbalahan antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berterusan, sama ada dalam isu hudud mahupun pilihan raya kerajaan tempatan, mahupun isu-isu perkauman.

"Ini supaya masalah besar negara seperti keadaan ekonomi yang gawat, kelemahan BN menjadi kerajaan yang bertanggungjawab serta pengendalian tata kelola kewangan yang lemah dapat dialihkan tumpuan," katanya dalam satu kenyataan.

Mujahid berkata perselisihan di antara PAS dan DAP dalam isu hudud dan pilihan raya PBT membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah sebenarnya persetujuan bersama agenda PR.

Katanya, perbalahan itu menjejaskan fokus agenda besar manifesto PR di mana rakyat sudah memberikan mereka kepercayaan yang kuat dalam pilihan raya umum lalu.

"Rakyat akan menilai hujah yang lebih berfakta dan bukan sentimen serta emosi yang kadangkala tidak berpijak di bumi nyata.

"Justeru, sama ada hudud atau pun pilihan raya kerajaan tempatan, pastikan ia tidak ditunggangi golongan sempit yang melihat semuanya daripada kacamata perkauman mahupun persepsi prejudis sehingga boleh menjejaskan perpaduan," katanya.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, dalam polemik hudud dan pilihan raya PBT, isu perkauman sempit masih mendasari hujah sekaligus menafikan perbahasan yang sihat.

Katanya, semua pihak hendaklah kembali kepada isu sebenar yang menjadi intipati perdebatan iaitu pengukuhan proses demokrasi dan membuat sesuatu keputusan perundangan mengikut peruntukan Perlembagaan.

"Apabila ia menjadi perdebatan awam, maka hendaklah diajukan secara sihat melalui dialog dan rundingan.

"Sama ada hudud ataupun pilihan raya kerajaan tempatan, selagi ia tidak lari daripada kerangka undang-undang negara maka semua pihak hendaklah menjadikan perundangan dan konsultasi awam sebagai rujukan," katanya.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini berkata, perbezaan pandangan antara pimpinan PR mengenai isu pilihan raya PBT perlu dibincangkan secara dalaman melalui mesyuarat, bukannya dengan menyerang sesama sendiri.

"Kekuatan PR ialah kita bekerja berdasarkan konsensus dan bukannya secara individu," katanya di Shah Alam.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pilihan raya PBT boleh mencetuskan semula peristiwa 13 Mei.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Hadi sekadar pandangan peribadi, dan mahu mengadakan perbincangan meja bulat dengan ahli Parlimen Marang itu dan pemimpin DAP Lim Kit Siang bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Hadi pada minggu lalu berkata, desakan DAP mengadakan pilihan raya PBT akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan kaum Cina.

Namun, ia disanggah Lim yang mendakwa punca terjadinya 13 Mei ialah pihak tertentu yang mengeksploitasi Pilihan Raya Umum 1969 demi kepentingan sendiri. – 26 Januari, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com

Anwar yakin bebas dalam kes rayuan liwat

Posted: 26 Jan 2015 06:00 AM PST

 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan penghujahan pasukan guamannya dan akan dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan penghujahan pasukan guamannya dan akan dibebaskan daripada tuduhan meliwat.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yakin beliau akan dibebaskan apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan ke atas kes liwatnya 10 Februari ini.

"Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan," kata Anwar dalam satu kenyataannya.

Menurut Anwar, beliau menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kesnya di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

Sehubungan itu, beliau berdoa pada Allah agar keadilan dapat ditegakkan dan dibebas.

"Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara," katanya dalam kenyataannya itu.

Mahkamah Persekutuan hari ini memaklumkan tarikh keputusan perbicaraan 10 Februari itu melalui akaun Twitter rasminya.

Keputusan panel hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria itu akan dibuat pada jam 9 pagi.

Arifin yang mengetuai panel 5 hakim mula mendengar kes itu pada 28 Oktober dan berakhir pada 7 November lalu.

Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012 yang membebaskan Anwar dari dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel 3 hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara ke atas Anwar dan membenarkan ikat jamin sehingga keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Desa Damansara, Bukit Damansara antara jam 3.10 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Anwar dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin.

Pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas bagi memohon hukuman yang lebih berat sehingga 20 tahun penjara dikenakan.

Kedudukan Anwar sebagai wakil rakyat bakal terjejas jika dipenjarakan lebih setahun atau denda lebih RM2,000. – 26 Januari, 2015.

www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwa


Peacemaker Shahidan aims to break-up PM vs Dr M fight

Posted: 26 Jan 2015 05:15 AM PST


  
 
Disheartened over the feud between Prime Minister Najib Abdul Razak and Dr Mahathir Mohamad, Shahidan Kassim has urged the two to focus on the nation's development.
 

Hikayat Raja Babi 200 tahun diterbitkan semula

Posted: 26 Jan 2015 04:30 AM PST

 
Lebih 200 tahun, manuskrip lama kurun ke-18 Hikayat Raja Babi yang lama tersimpan di perpustakaan British akan diterbitkan semula buat pertama kalinya dalam tulisan rumi April ini.

Tulisan seorang pedagang Jawa Usup Abdul Kadir pada 1775 itu akan dapat ditatap semula hasil inisiatif sebuah syarikat buku bebas bagi menyemarakkan dunia sastera tanah air.

Pemilik FIXI Amir Muhammad (kanan) berkata pihaknya merumikan tulisan dalam skrip Jawi itu bagi memudahkan pembacaan kerana ia mengetengahkan kisah menarik.

Hikayat Raja Babi bukan seperti beberapa hikayat lain seperti Sejarah Melayu yang ditaja oleh pihak istana, kata Amir.

Sebaliknya, tambah beliau, ia diusahakan sendiri oleh pengarangnya.

"Hikayat  Raja Babi (merupakan) seorang manusia yang disumpah menjadi seekor babi, seorang yang sangat prihatin, gagah perkasa dan bijaksana," katanya.

Amir berkata beliau memutuskan untuk menerbitkan semula karya itu setelah membaca artikel mengenainya dalam sebuah laman web yang menggalakkan perbincangan terbuka Projek Dialog pada November 2013.

FIXI merancang mengeluarkan 3,000 naskhah untuk cetakan pertama buku 200 halaman itu dan mengambil masa dua bulan untuk dirumikan.

Buku 200 muka surat itu dirancang turut memuatkan ilustrasi menarik.

Ia dirumikan oleh seorang penterjemah Asyraf Pendang yang dapat membaca tulisan Jawi lama.

Hikayat Raja Babi dijadual akan menemui pembaca di pesta buku antarabangsa pada 24 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
 

Paulina Vega dinobat ratu cantik dunia

Posted: 26 Jan 2015 03:45 AM PST

 
Pelajar pentadbiran perniagaan daripada Colombia Paulina Vega dinobatkan sebagai ratu cantik dunia mengalahkan pencabar terdekatnya dari Amerika Syarikat Nia Sanchez.

Paulina mengalahkan 80 lagi peserta negara lain dalam dalam pertandingan yang diadakan di Miami, Amerika Syarikat pada Ahad, lapor agensi berita AP.

Menyambut kemenangan itu, gadis muda 22 tahun itu berkata beliau memakai mahkota kemenangan di kepalanya dengan penuh "rasa bangga dan teruja".

Apatah lagi, kata Paulina, apabila mendengar bahawa peminatnya meraikan kemenangannya di jalan raya sekitar Colombia.

"Saya rasa saya berada di Colombia bersama peminat saya. Saya rasa sokongan itu setiap saat sebagai ratu," katanya seperti dilapor agensi berita antarabangsa itu.

Wakil Malaysia, Sabrina Beneett turut terpilih dalam pusingan akhir tetapi gagal menempatkan diri dalam kedudukan 15 terbaik.
 

Malaysiakini

Keputusan kes Fitnah Liwat II Dato Seri Anwar Pada 10 Feb 2015

Posted: 26 Jan 2015 03:00 AM PST

SAYA menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kes saya di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.

Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.

Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan.

ANWAR IBRAHIM

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/01

Sirul memasang ‘Bom jangka’ di Australia?

Posted: 26 Jan 2015 02:15 AM PST

Pembunuhan Altantuya: 'Bom jangka' sedang berdetik di Australia? 08:30AM Jan 26 2015 oleh Ng Kee Seng SEKILAS PANDANG: "Secara jujurnya saya anak (bekas) Korporal Sirul Azhar Umar.

Orang yang tak tahu pasal kes ini jangan main sebut sahaja. Hati-hati dengan mulut anda. Kalau saya cakap walau sedikit kat media, Malaysia akan jatuh. Perdana Menteri pun jatuh."

Berikut adalah kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh anak bekas anggota Unit Tindakan Khas Siru Azhar yang kini lari di Australia. Sirul adalah salah seorang daripada dua bekas polis yang dijatuhkan hukum mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu.

Laman Free Malaysia Today melaporkan menemui kenyataan itu di laman Facebook milik individu yang menggunakan nama "Shuk Sz", yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada Sirul dan berusia 19 tahun.

Jika kenyataan dan identiti Shuk Sz itu benar dan asli, maka ia adalah sebiji bom jangka yang bakal menggegarkan politik Malaysia. Siapakah individu atau pihak di sebalik pembunuhan itu?

Apa-apa pun, dua bekas polis itu masih belum membuka mulut. Mahkamah juga telah mengatakan tidak berminat kepada motif pembunuhan. Begitu mudah pembunuhan boleh berlaku, bukan? Adakah dua bekas polis ini menjadi kambing hitam dalam kes ini?

Dua orang polis tidak akan membunuh wanita dari luar negara yang tidak berdaya tanpa sebarang sebab, bukan? Ketika ini, mengapakah anak Sirul membuat kenyataan itu?

Ia tentunya seperti satu amaran kepada pihak berkuasa yang tidak habis-habis bercakap selepas keputusan Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu.

Free Malaysia Today turut melaporkan yang keluarga Sirul berkemungkinan bersamanya di Australia, seperti yang dinyatakan dalam status Facebook Shuk Sz.

Dalam salah satu statusnya, Shuk Sz berkata bahawa Sirul telah dipanggil untuk memberi kenyataan pada 23 Januari lalu, namun tidak menyatakan pihak berkuasa mana yang memanggilnya.

Katanya lagi, reputasi negara akan jatuh jika kenyataan itu dihebahkan. Rakyat Malaysia tentunya berharap dan berdoa agar kenyataan itu akan dihebahkan, agar kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan.

Dan benar, hampir mustahil bagi Malaysia untuk cuba menutup mulut Sirul di Australia. Media Australia pastinya sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kenyataan Sirul itu, jika ia benar-benar wujud.

Tiada keraguan tentang itu. Ketika seorang pengguna Facebook membayangkan Shuk Sz cuba memfitnah, beliau membalas, "Saya sekarang berada di Australia.

Saya boleh cakap apa yang saya suka. Nak maki PM pun boleh." Ini tentunya mengundang ketakutan kepada semua yang terlibat dalam pembunuhan itu, sama ada secara langsung mahu pun tidak - sumber


Posted by mountdweller.

Keluarga Sirul Azhar Tahu Dalang Bunuh Altantuya?

Posted: 26 Jan 2015 01:31 AM PST

 

TAIPING: Ibu kepada Koperal Sirul Azhar Umar melahirkan rasa sedih dengan nasib yang dihadapi oleh anaknya itu.Piah Samat, 74, mengharapkan anaknya dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati seperti yang dijatuhkan oleh mahkamah apabila didapati bersalah membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurutnya, keluarga menganggap Sirul dianiaya dan hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis."Tak tahulah, hanya Tuhan yang tahu hati makcik, makcik hanya berdoa kepada Allah minta dia selamat."Lepas sembahyang makcik berdoa, ingat pada yang satu (Allah), nak mintak tolong kat sapa lagi," katanya dengan nada sebak.

Beliau berkata demikian ketika bersama pimpinan PAS iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar melawat beliau di kediamannya, dekat Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman Saleh.Ibu tunggal itu menyatakan, Sirul adalah seorang anak yang rajin dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.


Sirul Azharkatanya sentiasa mengambil berat dan berhubung dengannya serta adik beradiknya walaupun sibuk dengan tugasan hakiki.Katanya lagi, sejak gambar anak keempat daripada lapan adik beradik itu didedah, masyarakat khususnya penduduk kampung di sekitarnya telah datang memberikan sokongan moral terhadapnya.

"Masyarakat simpati dengan nasib keluarga kami, semua bagi sokongan, orang kampung datang beri sokongan kepada kami."Tapi ada juga yang kata macam-macam, ada yang kata dia dah kena bayar sedangkan dia tak dapat apa pun hingga makcik jadi malu nak jumpa orang.

"Tidak henti-henti Allah bagi ujian kepada makcik, lepas setahun adik dia meninggal dunia akibat kemalangan, makcik terima pula khabar dia," rintihnya lagi hingga menitiskan air mata.

Namun begitu, beliau berkata, anak-anaknya yang lain sentiasa memberikan semangat terhadapnya dan berpesan agar tidak putus untuk berdoa serta solat untuk meminta pertolongan hanya daripada Allah.

Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana tambil menzahirkan keprihatinan mereka terhadap isu ini dan mengharapkan parti itu terus memperjuangkan nasib anaknya itu. ~harakahdaily


Addin:

Mungkin anak sirul mengetahui siapa dalang disebalik pembunuhan altantuya sepertimana diwar-warkan di media sosial. Atau sirul sendiri akan mendedahkannya. Sirul masih boleh menjadi hero..

Khalid dakwa Azmin asyik berpolitik, tak profesional

Posted: 26 Jan 2015 12:00 AM PST


Mohamed Azmin Ali (kiri) bersalaman dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mac 2014. Khalid hari ini berkata Azmin tidak profesional dan harus tumpukan perhatian terhadap soal pembangunan.

Mohamed Azmin Ali (kiri) bersalaman dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mac 2014. Khalid hari ini berkata Azmin tidak profesional dan harus tumpukan perhatian terhadap soal pembangunan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa penggantinya Mohamed Azmin Ali seorang yang tidak profesional dan asyik berpolitik dalam menjalankan tanggungjawabnya, lapor Berita Harian hari ini.

Dakwaan bekas menteri besar Selangor itu dibuat ketika diminta mengulas tindakan pentadbiran Azmin mempertikaikan beberapa keputusan Khalid termasuk pembayaran gratuiti berjumlah RM2.6 juta kepada lapan bekas kakitangan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan penamatan kontrak 22 kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Apa pun, perkara ini (pemecatan kakitangan) boleh dibawa ke Mahkamah Industri. Perkara itu akan diadili. Ini bukan permainan politik, ini (tindakan) profesional.

"Saya fikir, ketelusan dan kebertanggungjawaban ialah satu tindakan profesional," katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Beliau turut mengulas nasib kakitangannya itu yang masih dalam perbincangan dengan peguam dan menegaskan, perkara paling utama yang perlu ditumpukan kerajaan negeri ialah isu pembangunan di Selangor.

"Yang ini, biarkan mahkamah tentukan. Saya menjalankan tugas sebagai menteri besar (ketika itu) supaya perkara pentadbiran itu dapat diselesaikan dengan mantap dan teratur dan mereka yang layak dibenarkan (mendapat pembayaran berkenaan).

"Oleh itu, biar mahkamah tentukan kesahihan dan juga perkara yang dilakukan MBI dan juga eksekutif MBI yang terbabit," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Azmin yang menyatakan seakan berlaku salah laku dalam isu pembayaran gratuiti itu, Khalid menegaskan apa yang dilakukannya adalah telus dan terbuka.

"Yang dipersoalkan ialah sama ada orang itu (lapan bekas kakitangan) mempunyai hak atau sebaliknya, bukan mencuri duit.

"Kalau menteri besar ambil duit daripada pemaju untuk kegunaan sendiri, itu salah. Tapi ini untuk pekerja, jadi tiada masalah," kata beliau.

Awal Januari lalu, Azmin mengarahkan lapan bekas pembantu Khalid yang juga kakitangan MBI memulangkan wang gratuiti berjumlah RM2.6 juta.

Beliau berkata, siasatan pengurusan MBI mendapati pampasan menerusi Skim Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) tidak dibuat mengikut terma dan syarat serta melanggar tatacara peraturan kewangan. – 26 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider