Jumaat, 23 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Daim diserang ugutan video seks, tapi tekanan tetap pada Najib OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 23 Jan 2015 11:15 PM PST

Perang proksi dalam UMNO dah menjadi semakin gila!

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kini diserang dalam media arus perdana dan Internet dengan terbaru, diancam didedahkan video seksnya.

Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).

Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.

"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran.

Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.

Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks, tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan "mangsa" Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.

Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi. Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.

Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi. "Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.

"Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.

Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan "menikam balik" Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.

Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.

Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.

"Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani. "Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini," kata Shahbudin.

Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.

Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin. Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.

Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM. Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.

Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib. Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.

"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. "Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR.

Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini. Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.

"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.

"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin. –



 24 Januari, 2015.


Posted by mountdweller

Adun Pas Tegur Hadi Jangan Keluar Kenyataan Terbuka

Posted: 23 Jan 2015 10:30 PM PST


ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohamad Salleh Man menyarankan agar pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat kenyataan terbuka bagi menolak cadangan pelaksanaan pilihan raya tempatan.

Wakil rakyat tunggal PAS di DUN Pulau Pinang itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung cadangan itu.

"Bagi sayalah, di peringkat kepimpinan atasan boleh keluarkan kenyataan masing-masing di peringkat perbincangan dalaman ketiga-tiga parti," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya tentang pandangannya sendiri tentang perbezaan pendapat di antara pentadbiran kerajaan negeri dan Hadi, Salleh berkata buat masa ini sebarang kenyataan yang dikeluarkan akan terus mengelirukan keadaan.



"Nanti saya kata lain, dan pihak lain akan mengeluarkan kenyataan yang berlainan pula," katanya.

Hadi semalam menyifatkan cadangan pilihan raya tempatan di Pulau Pinang itu boleh menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang.

Tentangan Hadi ke atas hasrat DAP untuk melaksana pilihan raya kerajaan tempatan itu timbul susulan tentangan keras DAP ke atas pelaksanaan hudud.

Hadi juga mengambil alasan sama, bahawa rancangan itu tidak pernah dipersetujui dalam kerangka bersama Pakatan Rakyat.

Bloglist malaysia.


Zamani Maafkan Individu Sebar Videonya Dalam Tahanan Kita Bantai

Posted: 23 Jan 2015 09:45 PM PST

 
zamani slam
AMPANG JAYA: Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44, membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial sejak Rabu lalu.

Malah, Zamani yang kini ditahan reman atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah selepas ditahan awal pagi Rabu lalu, turut memaafkan individu terbabit.

Perkara itu dimaklumkan sendiri abangnya, Zulfazil Ibrahim, 50, yang ditemui media selepas melawat penyanyi terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, sebentar tadi.

"Beliau sendiri yang meminta isu ini tidak dipanjangkan dan sudah memaafkan individu terbabit. Saya dan keluarga akur dengan permintaan beliau dan tidak akan mengambil sebarang tindakan.


"Ketika beliau ditahan dan penyebaran video ini berlaku, saya langsung tidak tahu sehinggalah dimaklumkan oleh kawan.

"Agak terkilan dan sedih dengan penyebaran video ini, tetapi, saya bangga dengan beliau kerana dalam keadaan menghadapi kes ini, beliau tetap sudi memaafkan orang yang bertindak sedemikian," katanya.

Sementara itu peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata, kes Zamani akan disebut di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari 2015.

Dalam itu, difahamkan, satu laporan dibuat polis berkait beberapa tindakan oleh anggotanya serta saksi lain yang dipercayai terbabit merakam serta menyebar video berkenaan.

Sebanyak 40 telefon bimbit termasuk milik anggota terbabit juga sudah dirampas untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk siasatan lanjut. - BH Online


ZULFAZIL Ibrahim (kiri) berbincang sesuatu dengan peguam, Aizul Rohan Anuar berkaitan isu penyanyi Zamani Ibrahim atau lebih dikenali dengan Zamani Slam yang ditahan reman kerana memiliki dadah dan isu penyebaran video penyanyi itu. - Foto Abdullah Yusof



Read more:
http://www.kitabantai.info/2015/01/zamani-maafkan-individu-sebar-videonya.html#ixzz3PfxqVKfq

Respon Siti Nurhaliza terhadap tweet Saari Amri Kita Bantai

Posted: 23 Jan 2015 09:00 PM PST

 
Siti Nurhaliza
Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Datuk Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis "Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu."


Siti Nurhaliza

Siti yang juga penyanyi lagu tema filem Suamiku Encik Perfect 10! bersama Cakra Khan kala dihubungi BH Online memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan. Ikuti penjelasan ringkas beliau.

"Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,"katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Kes Zamani akan disebut semula di Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini. - BH Online

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/respon-siti-nurhaliza-terhadap-tweet.html#ixzz3PfvkjMg8

Renungkan Lah Bersama.......

Posted: 23 Jan 2015 08:45 PM PST

Program penempatan pembantu guru diperluas ke Sabah tahun ini

Posted: 23 Jan 2015 08:00 PM PST

Program penempatan pembantu guru bagi menangani masalah beban tugas guru akan diperluaskan ke Sabah mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Buat permulaan, katanya, penempatan pembantu guru mengikut enrolmen murid akan dilaksanakan di Kudat, Keningau, Sandakan dan Kota Kinabalu.

Beliau berkata seorang pembantu guru akan ditempatkan di sekolah yang mempunyai enrolmen 500 murid, dua bagi sekolah antara 551 hingga 1,350 murid dan tiga pembantu guru bagi sekolah yang mempunyai lebih 1,350 murid.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri bersama-sama warga institusi pendidikan di negeri Sabah di Universiti Malaysia Sabah, di Kota Kinabalu, malam ini.

Muhyiddin, yang juga menteri pendidikan, berkata program tersebut dirintis di Melaka dan Kedah masing-masing pada 2013 dan tahun lepas.

Beliau turut mengumumkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Sabah akan menerima Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) sebanyak RM72.9 juta tahun ini.

Katanya, jumlah asal elaun tersebut kepada Sabah adalah RM63.3 juta, tetapi ditambah sebanyak RM9.6 juta susulan pertambahan daripada RM166 juta kepada RM186 juta yang diperuntukkan kepada PPP dan AKP di seluruh negara.

"Kementerian juga amat mengambil berat kebajikan semua PPP dan AKP terutamanya yang berkhidmat di sekolah pedalaman.

"Sejak 2007, PPP dan AKP di 872 sekolah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak menerima EKMLTK dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 374 sekolah atau 42%s daripada jumlah tersebut merupakan sekolah di Sabah," katanya.

Muhyiddin juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.3 juta diluluskan bagi pelaksanaan fasa kedua projek menaik taraf Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya di sini menerusi Pelan Pusingan Keempat Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) tahun ini.

Menurutnya, kos keseluruhan projek tersebut adalah sebanyak RM83 juta.

Pada majlis itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip menyampaikan replika cek berjumlah RM106,800 sumbangan Jabatan Pendidikan Sabah kepada Tabung Bencana Alam, Kementerian Pendidikan yang diterima oleh Ketua Setiausaha Pendidikan, Tan Sri Dr Madinah Mohamad.

Majlis, yang dihadiri kira-kira 2,000 warga pendidik, turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. – Bernama, 23 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa


Muhyiddin, naib canselor UM patut letak jawatan, kata Kit Siang

Posted: 23 Jan 2015 07:30 PM PST


Demonstrasi besar-besaran di Universiti Malaya termasuk memecahkan pagar ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus antara punca jawatan dua timbalan naib canselornya tidak disambung. –

Demonstrasi besar-besaran di Universiti Malaya termasuk memecahkan pagar ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus antara punca jawatan dua timbalan naib canselornya tidak disambung. –

Dua timbalan naib canselor Universiti Malaya (UM) tidak seharusnya dijadikan korban sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib canselor Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin yang patut meletak jawatan, kata Lim Kit Siang.

Penasihat DAP itu berkata, Muhyiddin selaku menteri pendidikan perlu metakkan jawatan kerana membiarkan campur tangan politik berterusan terhadap kecemerlangan dan kebebasan akademik di UM.

"Amin pula kerana gagal mempertahankan staf akademik dan anak mahasiswa UM daripada campur tangan politik dari Putrajaya.

"Terdapat usaha-usaha tanpa henti oleh para birokrat di Putrajaya, mematuhi arahan tuan-tuan politik mereka, untuk meneruskan projek pembodohan ke atas populasi universiti, tidak kira ahli akademik mahupun mahasiswa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Mohd Hamdi Abd Shukor tidak akan disambung kontraknya sementara seorang lagi Timbalan Naib Canselor Datuk Dr Rohana Yusof yang menguruskan hal ehwal pelajar "terlalu berlembut" dengan pelajar.

Kontrak selama tiga tahun Hamdi tamat 31 Disember lalu dan beliau kini merupakan pensyarah biasa di Fakulti Kejuruteraan UM dan dikatakan bakal mengambil cuti belajar (sabatikal) tidak lama lagi.

Lim berkata mesyuarat Kabinet pada Rabu ini mesti bertindak untuk menarik balik keputusan menghukum dua timbalan naib canselor tersebut.

Katanya, universiti di Malaysia mesti menjadi lapangan pertembungan idea dan bukannya tempat membungkam pemikiran.



"Tragedi yang melanda UM ialah ia sudah jatuh takhta daripada menjadi sebuah universiti utama dunia pada zaman 1970-an dan ditinggalkan jauh oleh universiti setaraf dengannya.

"Tidak ada tanda-tanda UM akan kembali menduduki tangga berprestij dunia dari segi kebebasan dan kecemerlangan akademik yang pernah didudukinya sekitar 40 tahun lalu," katanya.

Semasa Hal Ehwal Pelajar UM di bawah jagaan Rohana, demonstrasi besar-besaran di universiti berlaku termasuk memecahkan pagar ketika membawa masuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kampus.

Pelajar juga berkhemah di kampus November lepas untuk memprotes tindakan disiplin terhadap 8 rakan mereka yang membawa Anwar masuk.

UM yang ditubuhkan pada 1949 melahirkan ramai pemimpin negara, menteri dalam kerajaan, ahli politik dan pemimpin masyarakat tetapi pelantikan pihak yang mengetuai universiti dibuat kerajaan pusat.

Sumber berkata menurut rekod Hamdi, beliau dianggap sebagai profesor termuda dan cemerlang di universiti itu apabila dilantik sebagai profesor penuh pada 2010 ketika berumur 39 tahun, semasa menjadi dekan Fakulti Kejuruteraan UM.

Hamdi yang berasal dari Muar merupakan zamalah kepada Institution of Mechanical Engineers (United Kingdom) dan jurutera berdaftar dengan UK Engineering Council.

Sejak Kementerian Pendidikan mengumumkan pelantikan Amin sebagai naib canselor baharu, pelbagai isu melanda UM.

Amin gagal mempertahankan dan tidak mempunyai pendirian apabila Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa mengikut Akta Hasutan 1948 tahun lepas berhubung isu krisis Perlembagaan di Perak.

Terbaru pendiriannya dalam isu hukuman gantung dua semester terhadap Fahmi Zainol kerana membawa Anwar masuk ke kampus.

Kebanyakan warga UM tidak berpuas hati dengan kes ini kerana universiti terlalu mengambil sikap memihak.

Bagaimanapun UM membenarkan pemimpin Umno bertemu pelajar, tetapi Anwar yang merupakan ketua pembangkang dan alumni UM tidak dibenarkan.

Amin dikatakan terlalu lemah dan tiada pendirian dalam pembela kakitangan dan kepentingan UM selepas mengambil alih jawatan itu daripada Tan Sri Dr Ghauth Jasmon bermula 8 November 2013.

Berbeza dengan Ghauth yang dikenali kerana ketegasannya mempertahankan kakitangan akademik daripada diganggu orang politik.

Ketegasan beliau membenarkan UM menikmati kebebasan akademik ketika memimpin universiti tertua itu. – 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

KWSP benarkan pencarum terjejas banjir keluar simpanan Akaun 2

Posted: 23 Jan 2015 07:00 PM PST

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum yang kediaman mereka terjejas banjir baru-baru ini untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2.

KWSP dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan pencarum mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran perumahan berdasarkan prosedur semasa KWSP.

"Bagi ahli yang tidak pernah membuat pengeluaran perumahan dan berhasrat membina semula kediaman yang musnah akibat banjir boleh berbuat demikian dengan memohon Pengeluaran Membeli/Membina Rumah.

"Pengeluaran tersebut dibenarkan sekiranya rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan," menurut kenyataan itu.

Menurut KWSP, takrif pelupusan pemilikan bermaksud hilang pemilikan ke atas rumah pertama dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini atas beberapa sebab termasuk rumah musnah akibat bencana alam, kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Menurut KWSP, bagi melayakkan pengeluaran membina rumah kedua, pencarum perlu mendapatkan surat pengesahan daripada Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau penghulu  rumah pertama mereka yang dibeli atau dibina melalui Pengeluaran Perumahan KWSP  musnah akibat banjir.

"Pihak KWSP akan membuat penilaian rumah dan mengesahkan jumlah yang diperlukan untuk membeli atau membina semula kediaman tersebut serta menyemak baki simpanan Akaun 2 ahli.

"Kelayakan untuk membuat pengeluaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat lain yang ditetapkan," menurut kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh mengunjungi mana-mana cawangan KWSP atau melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000. – Bernama, 23 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.

Penentang undi ketiga anti-demokrasi, kata bekas ahli majlis OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 23 Jan 2015 06:30 PM PST

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, undi ketiga akan menjadikan jurang antara kumpulan etnik dan meluaskan lagi jurang bandar-desa, kerana bukan Melayu yang akan mendapat lebih manfaat berbanding kaum Melayu

Mereka yang menentang pilihan raya kerajaan tempatan adalah anti-demokrasi, kata peguam dan bekas Ahli Majlis Petaling Jaya Derek Fernandez dan menambah keengganan mengembalikan undi ketiga berkaitan dengan sokongan parti, kuasa dan kawalan – sesuatu yang akhirnya perlu dibayar oleh rakyat.

"Akhirnya parti berkuasa mahu mengawal sepenuhnya kerajaan daerah yang dilihat sebagai alat bernilai untuk mempromosikan minat individu ahli parti ataupun penaung mereka, dan untuk memberikan ganjaran kepada ahli kerana menyokong parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Fernandez yang pakar dalam undang-undang kerajaan tempatan berkata, ahli majlis daerah sebenarnya adalah kerajaan kelas ketiga yang mempunyai kuasa besar terhadap rakyat dan berkuasa mengenakan cukai ke atas pembayar cukai.

Oleh itu, pilihan raya untuk pegawai yang memegang jawatan tersebut perlu untuk mengekalkan kerajaan daerah yang telus dan bertanggungjawab kepada umum.

"Bagaimanapun, struktur yang ada kini seperti melayan mereka sebagai jabatan atau agensi kerajaan persekutuan seperti kes Majlis Bandar dan kerajaan negeri masing-masing, dalam kes kerajaan daerah yang lain," tambahnya.

"(Untuk mempunyai kredibiliti dan kebertanggungjawaban) tidak kurang daripada pilihan raya kerajaan daerah yang diperlukan, bukan sahaja untuk Majlis Bandar, tetapi untuk semua kerajaan daerah," kata peguam itu.

Topik pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kembali ke media lagi sementara sekutu pembangkang PAS dan DAP bertelagah tentang perkara itu, dengan DAP sekali lagi menyeru undi ketiga dikembalikan selepas dimansuhkan pada 1976.

Parti Islam PAS, bagaimanapun, sudah lama menentang pilihan raya PBT.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, undi ketiga akan menjadikan jurang antara kumpulan etnik dan meluaskan lagi jurang bandar-desa, kerana mereka yang lebih bermanfaat ialah bukan Melayu yang kebanyakannya tinggal di kawasan bandar.

Hadi juga menimbulkan insiden rusuhan kaum 13 Mei, 1969 dalam menolak seruan DAP untuk pilihan raya PBT.

Pada 2008, hanya DAP dan PKR meletakkan pengembalian undi ketiga dalam senarai janji manifesto mereka dalam pilihan raya umum tahun itu.

Kekuatan DAP selama ini adalah pada kerusi bandar, manakala gabungan Pakatan Rakyat (PR) berprestasi lebih baik di kawasan bandar, memenangi 87% kerusi bandar berbanding 13% Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

Sebagai reaksi terhadap Hadi, Pengarah Eksekutif PersatuanKesedaran Komuniti Selangor(Empower) Maria Chin berkata pembayar cukai perlu diberi hak untuk memilih siapa yang patut mewakili mereka.‎

"Pilihan raya demokrasi di peringkat ketiga kerajaan adalah penting untuk menyatakan kehendak rakyat," katanya.

Tanpa mereka, prinsip asas demokrasi yang perlu ada dalam konsep demokrasi yang "tiada cukai tanpa perwakilan" diabaikan.

Dengan melantik ahli majlis tempatan,beliau berkata kerajaan negeri sebenarnya mengatakan "kami tahu apa yang terbaik untuk anda, dan kami akan membuat pilihan untuk anda".

Pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di bandar-bandar utama sehingga ia digantung pada 1965, dan kemudian dimansuhkan pada 1976.

Maria, Empower adalah antara 47 badan bukan kerajaan yang membuat Gabungan Tadbir Urus berkata, masyarakat sivil juga mendesak undi ketiga diperkenalkan semula.

"Tidak logik tidak melakukan pilihan raya ahli majlis tempatan untuk menguruskan isu-isu tempatan sedangkan ada pemilihan untuk memilih kerajaan negeri dan persekutuan," kata Maria, sambil menambah Hadi terlepas pandang ‎faktor itu dengan menimbulkan kemungkinan berlakunya ketegangan kaum.

Turut bersetuju dengan Fernandez, beliau bersetuju pelantikan dan jawatan majlis tempatan berkait rapat dengan pihak-pihak berkuasa dan sering bermaksud untuk menjadi sebahagian daripada mekanisme penaung.

Beliau juga berkata ahli majlis yang dilantik tidak bertanggungjawab kepada rakyat untuk wang yang dibelanjakan.

Terdapat 144 majlis tempatan di Malaysia dengan perbelanjaan gabungan sebanyak lebih daripadaRM13 bilion.

Maria menambah terdapat kekurangan ketelusan dalam bagaimana perkara majlis dibincangkan dan diputuskan.

Minggu lepas, felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat memberitahu sebuah forum tentang topik tersebut, yang tiada perbezaan antara Putrajaya dan mafia kepada pembayar cukai, kerana cukai sedang dibayar tanpa perwakilan.

"Kuala Lumpur tidak mempunyai pilihan raya negeri. Datuk Bandar Majlis Perbandaran dilantik oleh kerajaan persekutuan di Putrajaya.

"Pembayar cukai tidak diwakili. Mereka hanya membayar cukai untuk perkhidmatan. Ini sama seperti mafia yang mengumpul wang sebagai balasan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/penentang.

Apakah Zahid menteri KDN pertama tulis surat kepada FBI‎, soal PKR

Posted: 23 Jan 2015 06:00 PM PST


Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi perlu mengaku sama ada beliau merupakan menteri pertama menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat atau wujud satu prosedur standard (SOP) baru berkenaannya.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi perlu mengaku sama ada beliau merupakan menteri pertama menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat atau wujud satu prosedur standard (SOP) baru berkenaannya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa berterus-terang dalam isu menulis surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas dua bekas menteri terdahulu, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah berbuat demikian, kata Fahmi Fadzil.

Pengarah komunikasi PKR itu berkata, Zahid perlu mengaku sama ada beliau merupakan menteri pertama yang berbuat sedemikian atau wujud satu prosedur standard (SOP) bagi menteri Kabinet menulis surat kepada badan atau organisasi atas nasihat individu selain Peguam Negara.

"Saya berdoa agar Zahid akan dikurniakan keberanian untuk menjawab soalan-soalan ini, dan tidak berselindung di sebalik alasan teknik dan undang-undang kuku besi seperti yang dibuat sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Hamid hari ini dilaporkan berkata, dirinya tidak pernah menulis surat kepada agensi berkuasa Amerika Syarikat (AS) itu sepanjang beliau mengetuai kementerian berkenaan kira-kira setahun bermula Mac 2008.

"Biasa kami tulis surat kepada  kerajaan luar. Itu hak beliau (Zahid) sebagai menteri, tetapi masa saya, tidak ada tulis surat kepada FBI," katanya.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, menulis surat kepada kerajaan luar adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun beliau tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.

"Surat kepada kerajaan asing itu perkara biasa, tetapi menulis surat kepada agensi saya tidak pernah buat, saya pembuat dasar.

"Tetapi menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi," katanya, kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Penafian sama dibuat Hishammuddin pada 20 Januari lalu, apabila mengatakan tidak pernah menghantar surat sokongan kepada FBI sepanjang memegang portfolio itu dari 2009 hingga 2013.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya.

Zahid sebelum ini mempertahankan kuasanya sebagai menteri berhubung isu raja judi Paul Phua Wei Seng, atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya. – 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com

Kumar Aamaan tamat mogok lapar berikutan permintaan Palanivel

Posted: 23 Jan 2015 05:30 PM PST

Setiausaha Agung MIC Datuk G. Kumaar Aamaan (gambar) hari ini bersetuju menamatkan mogok lapar berikutan permintaan daripada presiden parti berkenaan Datuk Seri G. Palanivel.

Dalam satu kenyataan hari ini, Palanivel berkata beliau prihatin terhadap tindakan Kumaar Aamaan mengadakan mogok lapar di Pendaftar Pertubuhan (RoS) di Putrajaya, sejak petang semalam.

"Walaupun ia keputusan peribadinya, saya  meminta beliau menamatkan mogok lapar demi imej MIC dan Barisan Nasional.

"Saya baru bercakap dengan beliau dan saya gembira kerana Kumaar Aamaan bersetuju dan akur dengan permintaan saya untuk menamatkan mogok lapar," katanya.

Sementara itu, Kumaar Aamaan yang terpaksa melakukan tindakan seumpama itu sebagai bantahan terhadap RoS, memberitahu pemberita  beliau akan mematuhi kehendak presiden parti berkenaan.

Dalam pada itu, Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan berkata beliau masih menghormati dan menerima nasihat Palanivel, namun berharap presiden parti itu berbincang dengan pemimpin lain sebelum mengambil sebarang keputusan berkaitan parti tersebut.

"Saya hormati nasihat beliau demi kebaikan MIC dan mengucapkan terima kasih atas langkah positif yang diambilnya bagi menyelesaikan masalah MIC.

"Tetapi apa yang menyedihkan, saya selaku naib presiden parti, tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya," kata beliau.

Kemelut MIC bermula apabila RoS pada 5 Disember lepas, meminta MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November 2013.

RoS juga mengarahkan parti mengadakan pemilihan semula bagi beberapa bahagian selain menasihati MIC tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga semua perkara itu selesai. – Bernama, 23 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa

Saya tidak pernah tulis surat kepada FBI, kata Syed Hamid OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Posted: 23 Jan 2015 05:00 PM PST


Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar mengakui menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dan hak menteri namun beliau menafikan pernah menulis surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika mengetuai kementerian berkenaan.

Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar mengakui menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dan hak menteri namun beliau menafikan pernah menulis surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika mengetuai kementerian berkenaan.

ekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mengesahkan beliau tidak pernah menulis surat kepada agensi Biro Siasatan Persekutuan (FBI) ketika beliau mengetuai kementerian berkenaan.

Syed Hamid bagaimanapun berkata, menulis surat kepada kerajaan asing adalah perkara biasa dalam urusan kerajaan, namun beliau tidak pernah menulis kepada mana-mana agensi.

"Surat kepada kerajaan asing itu perkara biasa, tetapi menulis surat kepada agensi saya tidak pernah buat, saya pembuat dasar.

"Tetapi menulis surat itu hak sebagai menteri, namun masa zaman saya dahulu mungkin tidak ada kes seperti itu dan saya tidak pernah menulis surat kepada agensi," katanya, ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu berkata, beliau juga tidak mengingati sekiranya pernah melakukan tindakan sedemikian.

"Biasa kami tulis surat kepada  kerajaan luar. Itu hak beliau sebagai menteri, tetapi masa saya, tidak ada tulis surat kepada FBI," katanya lagi, merujuk kepada isu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menulis surat kepada FBI berhubung status raja judi Paul Phua Wei Seng baru-baru ini.

Zahid pada minggu lalu berkata beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI dan ia pernah dilakukan menteri dalam negeri sebelum ini.

Bagaimanapun seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan minggu ini tidak pernah menulis surat kepada FBI.

Zahid sebelum ini menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung isu raja judi berkenaan.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Zahid berkata, surat kepada FBI itu bukanlah urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua.

Katanya, mesyuarat Kabinet juga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikannya.

"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co. Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya.

Beliau berkata, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972.

Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu.

Katanya, pihak kerajaan tidak akan sama sekali menyokong sebarang tindakan mana-mana individu termasuk Phua yang berkait rapat dengan organisasi jenayah. – 23 Januari, 2015.


themalaysianinsider.com/bahasa/.

Ujian tunggal untuk lesen kereta, motosikal

Posted: 23 Jan 2015 04:30 PM PST

 

Kementerian Pengangkutan hari ini memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya
perlu menduduki satu ujian undang-undang sahaja.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan berkenaan dibuat selepas kerajaan mengambil kira pelbagai rungutan daripada pihak institut memandu.

"Ketika ini, mereka yang ingin mengambil lesen kereta dan motosikal perlu mempelajari modul kereta dan modul motosikal berasingan serta menduduki dua ujian berasingan.

"Selepas menerima rungutan, kita putuskan mereka kini perlu mempelajari kedua-dua modul itu berasingan, namun, hanya perlu menduduki hanya satu ujian sahaja," katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) cawangan Muar.

Liow berkata pihaknya sudah meminta Ketua Pengarah JPJ untuk mengeluarkan arahan berkenaan kepada semua institut memandu dan diharapkan keputusan berkenaan dapat memudahkan golongan muda mendapatkan lesen memandu masing-masing.

Sementara itu, Liow berkata usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi sudah meliputi 15,000 kilometer persegi daripada 60,000 kilometer persegi kawasan pencarian.

Beliau berkata usaha pencarian pesawat yang hilang pada 8 Mac tahun lepas itu diharap dapat diselesaikan pada Mei ini sekiranya terdapat penambahan kapal.

Mengenai lawatan ke pejabat JPJ berkenaan, Liow berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM14 juta bagi membina bangunan tiga tingkat di pejabat itu bagi menggantikan bangunan lama yang musnah dalam kebakaran pada tahun 2006.

Beliau berharap dengan pembinaan bangunan itu, ia dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan JPJ kepada orang ramai di sekitar kawasan berkenaan.

--Bernama

DAP: Kenyataan Hadi tak logik

Posted: 23 Jan 2015 04:00 PM PST

  
Setiausaha organisasi DAP Anthony loke berkata, beliau terkejut dengan amaran "tidak logik" PAS bahawa pilihan raka kerajaan tempatan akan membawa kepada rusuhan kaum.


Loke berkata, beliau tidak faham bagaimana Hadi boleh membuat kesimpulan itu kerana usaha DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan tiada kena mengena dengan isu kaum.

"(Isu kaum) adalah perkara terakhir di fikiran kami dalam mengembalikan pilihan raya tempatan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan masyarakat mendapat lebih banyak peluang untuk menyatakan pendapat dalam kerajaan tempatan dan untuk mempromosi kebertanggungjawaban kepada pembayar cukai.

"Saya satu masalah utama yang dihadapi oleh kerajaan tempatan adalah mutu perkhidmatan yang rendah, seperti kutipan sampah, perancangan bandar dan kesihatan umum.

"Ini semua merupakan isu agak umum yang dihadapi oleh semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum," katanya.



Malaysiakini

Peguam Negara minta hakim bersedia hadapi tahun lebih mencabar

Posted: 23 Jan 2015 03:15 PM PST

Hakim dan peguam di Malaysia mungkin menghadapi keadaan lebih mencabar pada tahun akan datang, terutama berikutan peningkatan ancaman puak pelampau di negara ini, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) hari ini.

Menurut beliau, profesional dalam bidang perundangan perlu bersiap sedia untuk mengendalikan kes berkaitan keganasan, pelampau dan radikal yang mungkin dibawa ke mahkamah.

"Ancaman ini amat berbahaya dan paling sukar untuk ditangani.

"Ancaman seperti ini memerlukan respons tegas dan berani, tetapi waras, tenang dan berperikemanusiaan," katanya ketika berucap merasmikan tahun perundangan bagi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu.

Gani memberi jaminan Jabatan Peguam Negara tetap komited untuk memberi nasihat perundangan berkualiti paling tingi dan membuat pendakwaan dengan secepat mungkin dalam kes keselamatan yang sedang dihadapi negara ini.

Kata beliau, ini termasuk perbicaran 30 orang yang dituduh melakukan pencerobohan di Lahad Datu dan penguatkuasaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, yang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada 2 April tahun lepas.

"Bagi tujuan ini, timbalan pendakwa raya residen ditempatkan di daerah utama seperti Lahad Datu, Sandakan dan Tawau untuk meningkatkan keyakinan orang ramai pesalah akan dihadapkan ke muka pengadilan dengan secepat mungkin," katanya.

Gani berkata tindakan lanjut juga dijangka diambil berikutan penguatkuasaan undang-undang imigresen Malaysia selepas keluarnya laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah bulan lepas.

Mengenai saranan pihak tertentu agar Sabah dan Sarawak berpisah daripada Malaysia, beliau menegaskan  di samping bersifat menghasut, tindakan itu bercanggah dengan semangat federalisasi.

"Kontrak sosial dengan Sabah adalah berlandaskan syarat yang terkandung dalam Perjanjian 20 Perkara, manakala dengan Sarawak pula berlandaskan Perjanjian 18 Perkara. Kedua-duanya diambil kira oleh Suruhanjaya Antara Kerajaan yang dibentuk atas syor Suruhanjaya Cobbold pada 1962.

"Ini fakta sejarah. Ia tercatat secara berkekalan dalam laporan suruhanjaya itu. Ia perlu dibaca dan difahami dengan sewajarnya oleh generasi rakyat Malaysia seterusnya," kata beliau.

Sementara itu, Gani berkata terdapat keperluan untuk melantik mereka yang benar-benar layak untuk menjadi hakim Mahkamah Pribumi bagi mengendalikan kes berkaitan Hak Adat Pribumi (NCR) terhadap tanah.

Sambil menyatakan persetujuan beliau terhadap cadangan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum pada Simposium Hak Adat Pribumi Sabah pada September 2013, beliau berkata hakim yang dilantik perlulah terdiri daripada mereka yang memiliki kelayakan dalam bidang undang-undang serta memahami dengan mendalam undang-undang pribumi dan bersikap adil, agar Mahkamah Pribumi mempunyai kedudukan yang setara dengan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. – Bernama, 23 Januari, 2015.


See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa.


Pembunuh Altantuya akan mohon pengampunan OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Posted: 23 Jan 2015 08:00 AM PST

Peguam mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu akan memfailkan permohonan pengampunan secepat mungkin.

Peguam mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh Altantuya Shaariibuu akan memfailkan permohonan pengampunan secepat mungkin

Ketua Inspektor Azilah Hadri, salah seorang daripada dua bekas komando yang dihukum mati kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan pengampunan secepat mungkin.

Peguamnya Datuk Hazman Ahmad berkata beliau akan berjumpa anak guamnya minggu depan untuk mendapatkan arahan seterusnya sebelum menulis surat kepada peguam negara.

"Selain daripada proses undang-undang, ia merupakan hak Perlembagaan seorang pesalah untuk menulis kepada pihak berkuasa supaya dimaafkan daripada jenayah yang mereka lakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hazman berkata pihaknya akan meneruskan tanpa berlengah lagi walaupun seorang lagi pesalah Korporal Sirul Azhar Umar melarikan diri.

Sirul dan Azilah bebas sejak 23 Ogos, 2013 apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman bunuh mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan bersalah mereka dan menjatuhkan hukuman mati kepada kedua-keduanya minggu lepas.

Bukti mendedahkan Altantuya, seorang penterjemah, dibunuh sebelum diledakkan dengan bom C4 pada 18 Oktober, 2006, di Shah Alam, berdekatan dengan Kuala Lumpur.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, penasihat Datuk Seri Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri. Pihak pendakwa tidak merayu terhadap pembebasan Razak.

Walaupun dengan sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya masih tidak diketahui.

Sirul ke Australia Oktober lepas dan tidak hadir semasa Mahkamah Persekutuan membacakan keputusan mereka berdua disabitkan bersalah kerana membunuh.



Lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan ditahan di Brisbane, Australia 3 hari lepas, dan pihak berkuasa Malaysia sudah pun membuat permohonan rasmi supaya Sirul diekstradisi ke Malaysia.
Bagaimanapun, undang-undang Australia menyatakan seorang yang berdepan dengan hukuman mati di negara asalnya tidak boleh diekstradisi.

Sirul dilaporkan dibebaskan pihak berkuasa Imigresen Australia, tetapi pasportnya ditahan.

Peguam Sirul dijangka akan memfailkan cabaran undang-undang ke atas mana-mana cubaan untuk mengekstradisi Sirul dan pakar undang-undang sependapat, proses ini akan memakan masa yang lama.

Sementara itu, Hazman berkata akan menulis kepada Peguam Negara untuk mendapatkan pengampunan bagi anak guamnya yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

"Peguam Negara akan membentangkan kertas cadangannya ke Lembaga Pengampunan Selangor yang akan dipengerusikan Sultan" katanya dan menambah perkara itu akan dirujuk kepada Sultan kerana jenayah berlaku di dalam negeri.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang lembaga tersebut perlu mempertimbangkan pendapat bertulis Peguam Negara sebelum menasihati pemerintah negeri.

Peguam M Visvanathan berkata, Sultan mempunyai budi bicara penuh untuk seorang penjenayah memohon pengampunan daripada hukuman mati.

"Kebiasaannya hukuman mati akan diturunkan kepada penjara seumur hidup sekiranya pengampunan diberi," tambahnya.

Sementara itu, New Straits Times (NST) melaporkan hari ini yang pihak berkuasa Australia sudah pun membebaskan Sirul dengan syarat dan pergerakannya di dalam negara itu dipantau.

"Pasportnya sedang ditahan, tetapi imigresen Australia melepaskannya atas beberapa syarat, termasuk menghadirkan diri sekiranya dipanggil pihak berkuasa di sana," kata seorang jurucakap Wisma Putra kepada NST.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata semalam yang Putrajaya secara rasmi meminta agar Australia menyerahkan Sirul yang melarikan diri ke sana Oktober lepas sebelum keputusan mahkamah dibacakan, yang mengekalkan hukuman mati kepadanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilaporkan berkata perkara itu dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk penghantaran balik Sirul.

Media Australia sebelum ini melaporkan Sirul tidak akan dihantar balik kerana Canberra melarang penghantaran balik suspek yang berdepan dengan hukuman mati, mengakibatkan kemungkinan tarik-tali antara 2 negara.

Menteri Luar Australia Julie Bishop, yang berada di Washington, dilaporkan berkata beliau "bukan di dalam kedudukan untuk memberi apa-apa maklumat berhubung dengan perkara itu", atau bagaimana ia akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara. – 23 Januari, 2015.


www.themalaysianinsider.com.

Universiti Australia jauhkan diri daripada Taib Mahmud, kata BMF

Posted: 23 Jan 2015 07:15 AM PST



Universiti Adelaide menjauhi alumninya, Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kata Bruno Manser Fund.

Universiti Adelaide menjauhi alumninya, Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kata Bruno Manser Fund.

Universiti Adelaide kini menjauhi alumninya, Gabenor Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, kata Bruno Manser Fund (BMF).

Kumpulan alam sekitar dari Switzerland itu berkata, pihak universiti itu juga sedang berusaha untuk menukar nama sebuah kawasan di universiti itu daripada nama Taib pada nama lain.

Perkara itu dimaklumkan naib canselor yang juga presiden universiti Prof Warren Bebbington dalam satu surat kepada BMF.

Kumpulan itu memuji langkah yang diambil universiti berkenaan untuk tidak menggunakan nama Taib di kawasan tersebut.

"Namanya memalukan dan membawa kehinaan bukan saja kepada universiti tetapi kebanyakan pelajar Malaysia.

"Universiti tersebut tidak menerima sumbangan Taib sejak 10 tahun lalu dan mendakwa tidak mempunyai hubungan dengannya malah lewat tahun lalu permintaannya untuk melawat dan menghadiri ulang tahun makan malam gala ke-140 juga ditolak," kata BMF dalam satu kenyataan hari ini.

Universiti itu juga dilaporkan berdepan kritikan keras atas dakwaan menerima sumbangan besar Taib namun jumlahnya tidak didedahkan.

Taib melanjutkan pengajian di Universiti Adelaide pada lewat 1950-an apabila dianugerahkan biasiswa Rancangan Colombo.

Sekembalinya ke Sarawak, Taib dilantik sebagai menteri di negeri itu oleh gabenor British terakhir pada 1963.

Beliau menjadi menteri Kabinet sejak lebih 50 tahun lalu dengan pelbagai portfolio di peringkat negeri dan persekutuan.
Taib dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak pada Februari tahun lalu.

BMF mendakwa di bawah pemerintahan Taib, kes rasuah semakin menjadi-jadi di Sarawak.

"Walaupun Taib merupakan rakyat biasa, beliau dan ahli keluarganya hari ini merupakan golongan yang terkaya di Malaysia," kata BMF. – 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Mogok lapar: Setiausaha agung MIC mungkin dimasukkan ke hospital OLEH YASMIN RAMLAN

Posted: 23 Jan 2015 06:30 AM PST

Setiausaha Agung MIC yang baru dilantik Datuk G Kumar Aaman termenung ketika menunggu di luar pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya, hari ini.

Setiausaha Agung MIC yang baru dilantik Datuk G Kumar Aaman termenung ketika menunggu di luar pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya, hari ini.

Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumar Aaman sedang menderita tekanan darah yang sangat tinggi dan sakit kepala disebabkan mogok lapar sejak 24 jam yang lalu, kata seorang doktor dari Putrajaya hari ini.

Dr T Preveena berkata selepas memeriksa keadaan kesihatan Kumar, setiausaha agung MIC itu tidak digalakkan meneruskan mogok lapar kerana kesihatannya akan terjejas dengan lebih teruk lagi.

"Jika meneruskan mogok lapar lebih dua hari, beliau mungkin akan mengalami dehidrasi dan kejutan," katanya di perkarangan pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini.

Kumar memulakan mogok lapar jam 2 petang semalam, sebagai membantah arahan RoS, yang diterimanya pada Isnin, menyatakan kedudukannya sebagai setiausaha agung MIC tidak sah. – 23 Januari, 2015.

themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Bersemuka lebih baik daripada mogok lapar, kata setiausaha agung BN

Posted: 23 Jan 2015 06:00 AM PST

Lebih baik bersemuka dengan Pendaftar Pertubuhan untuk selesai kemelut MIC, bukan mogok lapar, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Lebih baik bersemuka dengan Pendaftar Pertubuhan untuk selesai kemelut MIC, bukan mogok lapar, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

Bersemuka dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) adalah lebih baik daripada melakukan mogok lapar untuk menyelesaikan kemelut MIC, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

"Apa yang RoS lakukan mesti ada sebab, dan tentunya mengikut kaedah undang-undang yang mana pihak MIC mesti patuh.

"Kalau tidak puas hati, tidak guna buat protes dan sebagainya kerana saya berkeyakinan perkara ini dapat diselesaikan jika kita bersemuka dan berbincang katanya mengulas tindakan mogok lapar Setiausaha Agung MIC Datuk G Kumar Aaman di pejabat RoS di Putrajaya.


Kumar Aaman memulakan mogok lapar 2 petang semalam, untuk membantah arahan RoS, yang diterimanya pada Isnin, menyatakan kedudukannya sebagai setiausaha agung MIC tidak sah.

Tengku Adnan yang ditemui pemberita selepas melancarkan Program Tahsin Iqra dan Tahfiz Sekolah-Sekolah Menengah dan Rendah Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya hari ini berkata tindakan Kumar Aaman itu juga tidak memberi kesan terhadap imej BN ketika ditanya mengenainya.

Beliau turut berharap RoS dapat memberi keterangan yang sejelas-jelasnya berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasanya supaya tindakan yang diambil tidak dilihat berpihak kepada mana-mana pihak.


Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam semalam turut menyifatkan mogok lapar yang dilancarkan Kumar Aaman sebagai bukan sebahagian daripada budaya Malaysia. – Bernama, 23 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Saiful pinda tuntutan saman terhadap Anwar

Posted: 23 Jan 2015 05:15 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pinda pernyataan tuntutan dalam samannya terhadap Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pinda pernyataan tuntutan dalam samannya terhadap Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, untuk meminda pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan membuat keputusan itu di dalam kamarnya selepas mendengar hujahan peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful dan Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar.

Zamri memberitahu media mahkamah memerintahkan Anwar memfailkan pernyataan pembelaan pindaan sebelum 23 Februari dan mahkamah menetapkan 13 Mac untuk pengurusan kes.

Pada 16 Januari lepas Saiful memfailkan permohonan untuk meminda penyataan tuntutannya itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.

Pada 23 Jun tahun lepas, Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.

Dalam pernyataan tuntutannya, Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di Kuala Lumpur.

Saiful mendakwa beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain  relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Oktober tahun lepas menafikan beliau meliwat Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku. – Bernama, 23 Januari, 2015.


 http://www.themalaysianinsider.com/

Adakah Najib bakal mangsa keenam Dr Mahathir, soal Kit Siang

Posted: 23 Jan 2015 04:30 AM PST


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoal adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan jadi mangsa politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang persoal adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan jadi mangsa politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lim Kit Siang hari ini mempersoalkan adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal menjadi mangsa terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, susulan serangan Dr Mahathir yang menyaksikan Najib enggan untuk beralah, adakah Malaysia bakal mengheret "harimau" atau "buaya" pertamanya ke mahkamah dan ke penjara dalam kempen anti rasuah negara.

Lim merujuk kepada perang saraf di antara kem Najib dan pemimpin veteren Umno, Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin yang menjadi menjadi isu hangat kini.

Lim berkata, sepanjang 45 tahun lalu, perdana menteri keempat Malaysa itu didakwa sudah memangsakan lima pemimpin politik utama negara.

Katanya, ia bermula dengan "Bapa Kemerdekaan Malaysia" yang juga perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, 2 timbalan perdana menteri yang hampir menjadi perdana menteri iaitu Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Selain itu, katanya, mangsa politik Dr Mahathir termasuk perdana menteri kelima Abdullah, dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, calon perdana menteri sepanjang zaman.

"Persoalannya sekarang sama ada Dr Mahathir akan menambah perdana menteri keenam, Najib menjadi koleksi mangsa politiknya di Malaysia.

"Najib nampaknya tidak akan berdiam diri, dan timbul persoalan sama ada 'harimau' atau 'buaya' pertama akan diheret ke mahkamah dan kemudian ke penjara dalam sejarah hambar pembanterasan rasuah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. – 23 Januari, 2015.


 http://www.themalaysianinsider.com/

Australia: Sirul masih ditahan

Posted: 23 Jan 2015 03:45 AM PST

 
 
Pihak berkuasa Australia mengesahkan bahawa pelarian Malaysia, Sirul Azhar Umar masih berada dalam tahanannya.

 

Jabatan Imigresen dan Kawalan Sempadan Australia menyatakan demikian dalam satu emel kepada Malaysiakini.

"Individu ini masih dalam tahanan imigresen. Kami tidak dapat memberi maklumat lanjut," kenyataan itu dipetik.

Ia bagi menjelaskan laporan beberapa akhbar Malaysia hari ini bahawa Sirul dibebaskan dengan bersyarat oleh pihak berkuasa negara itu.

Pasportnya turut dirampas dan beliau diberikan satu kad khas yang membolehkannya bergerak bebas di negara itu, lapor Berita Harian.

Menurut laporan itu, perkara itu disahkah oleh sumber Wisma Putra.

"Setakat ini dokumen perjalanannya diambil oleh pihak berkuasa negara berkenaan.

"Namu dia dibebaskan selepas pihak imigresen Australia memberikan kad dengan syarat tertentu yang membolehkan dia bebas bergerak ke mana-mana kawasan di sana."

Sirul ditahan oleh pasukan Imigresen Australia pada hari Selasa lalu selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sirul meninggalkan Malaysia ketika kes itu masih lagi dalam rayuan, dan tidak pulang ketika hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan pada minggu lalu.

Bekas anggota Unit Tindakan Khas itu merupakan tertuduh kedua. Beliau bersama Cif Insp Azilah Hadri, tertuduh pertama didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari dan dijatuhkan hukuman mati.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel lima orang hakim turut mengeluarkan waran tangkap selepas permohonan oleh pendakwaan.

Azilah, 39, dan Sirul disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di satu kawasan hutan di sebuah bukit di Puncak Alam pada tahun 2006.


Malaysiakini

BMF mahu universiti padam nama Taib

Posted: 23 Jan 2015 03:00 AM PST

 
 
NGO Bruno Manser Fund (BMF) mendakwa jawatankuasa hartanah University of Adelaide sedang mempertimbang permintaan daripada kumpulan masyarakat sivil untuk menukar nama Taib Mahmud Court di kampus itu.

Nama tersebut bagi memperingati Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, yang merupakan bekas pelajar universiti tersebut.

Naib canselor dan presiden universiti tersebut, Warren Bebbington dalam surat kepada BMF berkata universiti berkenaan tidak lagi menerima sumbangan daripada Taib sejak 10 tahun lalu.

"Sejak itu kami tiada urusan lagi dengan beliau dan benarlah, lewat tahun lalu, kami menolak permintaannya untuk melawat dan menghadiri majlis makan malam ulang tahun ke-140," kata Bebbington dalam suratnya kepada BMF.

Menurut BMF, Bebbington juga telah meneliti buku 'Money Logging' tulisan pengarah BMF, Lukas Straumann dengan "bimbang".

Buku tersebut mengaitkan operasi pembalakan haram di Sarawak dengan perbuatan rasuah dan turut menumpukan kepada Taib dan anggota keluarga bekas ketua menteri itu.

Menurut BMF, Adelaide University menerima "kritikan keras" kerana menerima sumbangan besar dairpada bekas pelajarnya itu.

Universiti tersebut bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tersebut.
 
 
Malaysiakini

Hadi: P'raya tempatan undang 13 Mei

Posted: 23 Jan 2015 02:15 AM PST

 
PAS menyanggah hasrat sekutunya DAP untuk mengadakan pilihan raya tempatan atas alasan ia berpotensi menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 kembali berulang.

Pendirian itu dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan hari ini.

"Pilihan raya majlis perbandaran seperti diperjuangkan DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihanraya dalam jangka yang sangat pendek.

"Apatah lagi apabila kita melihatnya dari aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar yang bermajoriti kaum Cina yang sangat besar," kata Hadi.

Secara berkias, Hadi membayangkan yang pilihan raya tempatan akan memberikan kemenangan buat satu kaum dalam masyarakat berbilang kaum.

"Kita tidak seharusnya melihat kemenangan politik dan penguasaan ekonomi untuk satu pihak dalam masyarakat majmuk.

"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar.

"Yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi 'api dalam sekam' untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara.," kata Hadi.
 
 
Malaysiakini

Bantahan sulung ke atas Charlie Hebdo di KL

Posted: 23 Jan 2015 01:30 AM PST

 
Kumpulan masyarakat Islam di Malaysia melancarkan bantahan ke atas tindakan akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo yang menyiarkan edisi khas memaparkan karikatur Nabi Muhammad.

Sekumpulan kira-kira 300 penganut slam termasuk penyokong dan NGO Hizbut Tahrir itu berhimpun berdekatan Kedutaan Perancis di ibu negara ini bagi membantah tindakan itu.

Ia merupakan bantahan pertama yang dilancarkan di negara ini sejak serangan ke atas pejabat Charlie Hebdo di Perancis pada awal bulan ini.

Kumpulan peserta perhimpunan itu berkumpulan di Masjid Tabung Haji sebelum berarak ke ke kedutaan itu yang terletak kira-kira 500 meter sambil melaungkan slogan "Hidup Islam, Hancur Perancis".

Mereka turut mempamerkan kain retang dan poster, antaranya dengan slogan "Muslim United, our Prophet Our Honour", "Charlie Biadap" dan "Rasulullah dihina, pemerintah wajib isytihar jihad!".

Seorang jurucakap kumpulan tersebut turut menyerahkan satu memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Perancis.
 
 
Malaysiakini