Selasa, 20 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kenali Menteri Penipu ??

Posted: 20 Jan 2015 11:00 PM PST

 Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menulis surat kepada Biro Siasatan Antarabangsa (FBI).

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, penafian Hishammuddin itu membuktikan Zahid seorang menteri yang tidak berdisiplin, menipu, bertindak sesuka hati dan mengkhianati amanah negara.

"Adakah Zahid tertangkap berbohong dan mengaitkan menteri lain dalam pentadbiran sekarang atau yang terdahulu secara tidak adil dan memalukan?

"Saya tidak pernah percaya bekas menteri dalam negeri berkelakuan seperti Zahid menulis surat secara unilateral kepada FBI tanpa pengetahuan ketua polis negara, menyalahi laporan polis sebelumnya kepada FBI dan tanpa pengetahuan Kementerian Luar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, Zahid sebelum ini pernah berbohong apabila mendakwa Kabinet mengesahkan suratnya kepada FBI namun Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Kabinet sekadar mendengar penjelasan Zahid.


al-Husseyn.

Rafizi: Ada benda penting Najib tertinggal

Posted: 20 Jan 2015 10:00 PM PST

 
PETALING JAYA - "Kalau kerajaan perlu memotong hutang ataupun perbelanjaan, perkara pertama yang perlu dibuat ialah memotong peruntukan yang diberikan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak) iaitu peruntukan bebas PM yang tidak menyentuh kepada mana-mana projek,".

Demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pembentangan unjuran semasa keadaan ekonomi negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya hari ini.

Namun, sebaliknya, perkara penting itu langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri.

"Tiada pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai perkara ini.

"Sepatutnya pemotongan peruntukan kepada PM menjadi perkara pertama yang perlu dilakukan oleh beliau dalam pembentangan tersebut," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Jelas Rafizi lagi, oleh itu beliau melihat perdana menteri tiada keseriusan daripada aspek 'kehendak politik' untuk mengawal perbelanjaan kerajaan.

"Oleh itu pengumuman ini tidak menampakkan kesungguhan kerajaan untuk meneliti perkara sebenar yang menggugat kewangan kerajaan," katanya.

Ulasnya penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri tidak menjawab soalan pokok kepada permasalahan kewangan negara sebaliknya penjimatan tersebut hanya 'penyelesaian kecil' sahaja.

"Pengumuman yang dibuat beliau hanyalah menyentuh beberapa isu kecil dan tidak menyentuh perkara-perkara pokok yang lain.

"Isu perbelanjaan negara dan kejatuhan matawang RM tidak disentuh, namun beliau sentuh mengenai PLKN, yang dilihat terlalu 'kecil' isunya," katanya.

Pagi tadi, Najib membentangkan unjuran kewangan semasa ekonomi negara.


Sharian

"Peguam Negara perlu meletak jawatan dan bertanggungjawab untuk Sirul yang melarikan diri"

Posted: 20 Jan 2015 09:15 PM PST




 
Selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, dua orang bekas anggota UTK untuk pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, saya telah mengeluarkan kenyataan akhbar mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara tidak membuat segera permohonan di bawah seksyen 56A Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk waran tangkap untuk mengekalkan tertuduh di dalam tahanan atau melepaskannya dengan jaminan sementara menunggu pendengaran rayuan Peguam Negara terhadap keputusan tersebut.

Saya telah menegaskan bahawa permohonan sedemikian biasa dibangkit oleh Timbalan Pendakwa Raya dalam keadaan apa-apa pembebasan untuk memastikan kehadiran tertuduh apabila rayuan Peguam Negara didengari.

Hakikat itu tidak dilakukan dalam kes profil ini sangat tinggi menimbulkan persoalan tentang kelakuan perkara itu. Selepas rayuan Peguam Negara telah difailkan di Mahkamah Persekutuan, terdapat satu lagi peluang untuk membuat permohonan yang sama menggunakan seksyen 66 di Akta yang sama untuk perintah jenis yang sama.

Sekali lagi ini tidak dilakukan bertentangan dengan amalan biasa. Saya mengeluarkan satu lagi kenyataan mempersoalkan mengapa ia tidak dilakukan. Adakah ini disengajakan?

Ketinggalan yang ketara tersebut adalah sukar untuk diterangkan sebagai akibat daripada kecuaian. Kedua-dua tertuduh harus sekurang-kurangnya dikenakan syarat-syarat ikat jamin seperti menyerahkan pasport mereka dan melapor denga kerap kepada pihak polis.

Permohonan kepada mahkamah untuk mendapat perintah tersebut tidak pernah dibuat oleh Peguam Negara. Kegagalan ini oleh Peguam Negara kini telah akibatkan keadaan di mana Sirul telah dibenarkan untuk meninggalkan negara ini dan melarikan diri dari pendengaran di Mahkamah Persekutuan di mana pembebasannya telah diterbalikkan dan sabitannya dipulihkan.

Proses pentadbiran keadilan telah dihina melalui cara Peguam Negara telah mengendalikan perkara ini. Mesti ada siasatan penuh oleh Jemaah Menteri kepada peranan Peguam Negara telah membenarkan perkara ini berlaku.

Dalam mana-mana negara lain di mana budaya akauntabiliti diamalkan, Peguam Negara akan meletakkan jawatannya dengan serta-merta. Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang Jawatankuasa Pusat dan Biro Politik Parti Keadilan Rakyat

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Mayat ditemui rentung dipercayai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri - By canang

Posted: 20 Jan 2015 08:30 PM PST

 
IPOH: Mayat yang temui dalam keadaan rentung terbakar di Lumut, Jumaat lalu dipercayai sebagai ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dari Bukit Mertajam yang dilaporkan hilang.

Menurut sumber, perkembangan itu disahkan oleh ahli patologi berdasarkan rekod pergigian milik mangsa.

Sumber juga berkata, bedah siasat berdasarkan rekod pergigian itu dijalankan hari ini berikutan keadaan mayat yang semakin mereput.

"Kami bagaimanapun sedang menunggu laporan DNA bagi mengesahkan identiti mayat berkenaan, " katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam ketika dihubungi berkata, polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Siasatan sudah pun dijalankan sebaik mayat berkenaan ditemui Jumaat lalu," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut, mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu lalu dan kali terakhir dilihat dalam keadaan diikat dan dibawa menaiki kenderaan selepas meninggalkan sebuah pusat refleksologi di Bukit Mertajam.

Siasatan polis setakat ini mendapati, suspek datang kepada mangsa dengan menaiki dua kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan kali terakhir dilihat menghala keluar di plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara Selatan.

Mayat mangsa kemudian dilaporkan ditemui kira-kira 200 meter dari jalan besar berhampiran Swiss Garden Resort dekat Lumut.

Mangsa juga dipercayai bekas tahanan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 yang sudah 
 
 
dimansuhkan.BH

Sirul Sudah ditahan di Brisbane...!!

Posted: 20 Jan 2015 07:21 PM PST


Pihak berkuasa Australia menahan bekas anggota pasukan elit polis Malaysia, Sirul Azhar Umar hari ini, menurut media negara itu.

Sirul yang berdepan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu ditahan oleh pasukan imigresen Australia.

Laporan ABC menyebut, Sirul kini ditahan di Brisbane, sehari selepas polis antarabangsa Interpol mengeluarkan notis merah ke atasnya.

Sebelum ini dilaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang Sirul kerana ia melibatkan hukuman mati.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia dilapor menyebut, permohonan itu hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.





Posted by mountdweller.

UMNO@BN Peringatan buat kamu!

Posted: 20 Jan 2015 07:00 PM PST

Bila  Berjanji mereka tidak tepati..Sikap Golongan Munafikun..Kakitangan Kerajaan Nak TAGIH BONOUS yang DIJANJIKAN UMNO@BN..CEPAT TUNAIKAN..Klu tidak Mereka akan DO'A kepada Allah untuk tuntut HAK mereka Tanpa Melalui peguam. UMNO@BN Peringatan buat kamu!

Bila Berjanji mereka tidak tepati..Sikap Golongan Munafikun..Kakitangan Kerajaan Nak TAGIH BONOUS yang DIJANJIKAN UMNO@BN..CEPAT TUNAIKAN..Klu tidak Mereka akan DO'A kepada Allah untuk tuntut HAK mereka Tanpa Melalui peguam.
  

PERAGUT MAUT DALAM CUBAAN MERAGUT

Posted: 20 Jan 2015 06:30 PM PST

fadly@hmetro.com.my.

Kajang: Seorang lelaki maut akibat dilanggar kereta selepas cuba meragut beg tangan seorang wanita di Batu 10 Lebuhraya Cheras-Kajang menghala ke Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam kejadian 8 pagi itu, suami isteri menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurut sumber, mangsa kemudiannya dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha 125z cuba meragut beg tangannya sebelum berlaku tarik menarik.

"Akibatnya, motosikal yang dinaiki mangsa dan suspek bergesel sebelum mereka terjatuh.
"Suspek yang terjatuh di tengah lebuh raya berkenaan kemudiannya dilanggar kereta yang dipandu seorang wanita dari arah belakang,"katanya.

Sumber itu berkata, suami isteri berkenaan bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan lutut sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk menerima rawatan lanjut.

"Manakala suspek yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,"katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Interpol Buru Pembunuh Altantuya

Posted: 20 Jan 2015 06:00 PM PST


Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mengeluarkan notis merah memburu bekas polis elit Koperal Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Menurut laman webnya, Interpol menyebut lelaki 43 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.


Sirul, tertuduh kedua kes pembunuhan Altantuya tidak hadir ke pendengaran akhir kesnya di Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu kerana dikatakan "tidak cukup wang" untuk pulang dari Australia.

Mahkamah Persekutuan pada hari itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati melakukan perbuatan itu sembilan tahun lalu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas membenarkan rayuan mereka.

Bagaimanapun timbul masalah untuk hukuman dijalankan ke atas Sirul apabila undang-undang ekstradisi menyatakan  bahawa Australia tidak akan memenuhi permintaan penghantaran pulang bagi individu berdepan hukuman mati.

Malaysia juga dilapor mungkin membawa kes Sirul ke mahkamah Australia jika negara itu enggan mengekstradisinya.

Peguam Sirul pula berkata akan memfailkan saman di Kuala Lumpur untuk mencabar perkara itu.

- mkini

Video - Mahfuz titis air mata, ikrar tuntut keadilan untuk Sirul

Posted: 20 Jan 2015 05:30 PM PST



Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar yang menitis air mata membaca kenyataan ibu Koperal Sirul Azhar Umar bahawa anaknya hanya mengikut arahan dalam kes membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini mahu membantunya. Justeru, beliau meminta bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu yang kini berada di Australia supaya menghubunginya melalui apa cara sekalipun.

- mkini

Tangani isu rasuah, ketirisan dalam pentadbiran, nasihat Azmin kepada Najib OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Posted: 20 Jan 2015 04:30 PM PST

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula Bajet 2015 tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Januari, 2015. 
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula Bajet 2015 tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, semakan semula Bajet 2015 tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memastikan isu ketirisan dalam pentadbirannya ditangani sehingga akar umbi selepas mengumumkan langkah penstrukturan semula Bajet 2015, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu berkata, pihaknya menyambut baik semakan semula Bajet 2015, salah satunya dengan mengurangkan RM5.5 bilion perbelanjaan mengurus berdasarkan situasi ekonomi semasa.

Tetapi katanya, itu tidak bermakna jika isu asas seperti ketirisan, amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran masih tidak ditangani Najib.

"Keutamaannya adalah isu asas seperti ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa perlu ditangani selaras dengan bajet baru yang diumumkan," katanya kepada pemberita di Shah Alam, hari ini.

Azmin berkata, Najib perlu membuat langkah penjimatan di jabatannya sendiri memandangkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) semasa pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu menerima peruntukan terbesar sebanyak RM19 bilion berbanding jabatan lain.

"Keseluruhan Bajet 2015 perlu dinilai semula. Salah satu komponen terbesar bajet diperuntukkan untuk JPM. Jadi saya rasa beliau perlu membuat langkah penjimatan dibawah pentadbirannya dan perlu diambil perhatian segera," katanya.

Najib dalam Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Putrajaya pagi tadi membentangkan beberapa langkah penstrukturan semula bajet.

Antaranya menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tahun ini yang dapat menjimatkan wang negara RM400 juta, serta menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak RM300 juta.

Manakala cadangan kenaikan tarif elektrif dan harga gas untuk sektor industri pada tahun ini ditangguhkan.

Namun, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion dalam Bajet 2015 tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan, umum Najib. – 20 Januari, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

MP: Zahid sendiri mungkin langgar OSA

Posted: 20 Jan 2015 04:00 PM PST

  Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak perlu terus berceloteh, sebaliknya harus menyiasat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, kata anggota parlimen Puchong.


Ketika membuat gesaan itu, Gobind Singh Deo (bawah) yang juga seorang peguam, mencabar ketua polis untuk memfailkan laporan terhadap menteri itu – yang didakwanya melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Wakil rakyat DAP itu merujuk surat yang ditulis oleh Zahid kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), berkaitan individu yang didakwa 'raja judi" Paul Phua.

Menteri antaranya menyatakan bahawa Phua membantu Malaysia berkaitan hal keselamatan negara.

Bagaimanapun, ditanya kemudiannya mengenai perkara itu, Zahid berkata maklumat itu bawah Akta Rahsia Rasmi dan tidak boleh didedahkan.

"Menurut Zahid, kesemua projek melibatkan keselamatan negara, bahawa Phua didakwa membantu Malaysia juga rahsia rasmi.

"Surat menteri dedahkan identiti Phua bahawa beliau memainkan peranan penting dan telah membantu Malaysia dalam projek-projek keselamatan sendiri boleh menjadi suatu kesalahan di bawah OSA," katanya.




Malaysiakini

Kisah TIGA Barua !!

Posted: 20 Jan 2015 03:30 PM PST

PAS bangkitkan isu dalang kes Altantuya

Posted: 20 Jan 2015 08:00 AM PST


 
 PAS berharap dua anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya Shaariibuu diberi ruang menjelaskan kepada umum berkenaan motif tindakan itu bagi merungkai misteri seputar perkara itu.

Ia juga, kata parti Islam itu, supaya pihak yang menjadi mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya.

"Dalang di sebalik kes yang kejam ini mestilah diheret ke muka pengadilan juga," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz mengulangi persoalan berkaitan motif di sebalik pembunuhan itu yang diperkatakan banyak pihak, termasuk pemerhati dan peguam pembelaan sendiri.

"Namun, persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah apakah motif pembunuhan warga Mongolia, Altantunya Sharibuu.?

"Motif adalah elemen yang sangat penting yang menjurus kepada perlakuan membunuh, apatah lagi mereka disabitkan dengan tuduhan membunuh dengan niat.

Mahfuz juga ingin tahu sama ada tindakan itu berlaku disebabkan agenda peribadi atau arahan pihak tertentu.

Lebih-lebih lagi ekoran kedudukan mereka sebagai anggota polis elit yang bertindak hanya mengikut arahan yang dikeluarkan.

Lompang sistem keselamatan

Dalam kenyataannya hari ini, Mahfuz berkata kehilangan Sirul ke Australia juga menunjukkan ada lompang dalam sistem keselamatan negara.

"Bagaimana tertuduh kes jenayah berat yang masih belum selesai kes perbicaraan boleh dengan mudah dibenarkan untuk ke luar negara?

"Tambahan pula wajah tertuduh sememangnya sudah lama dibiarkan menjadi misteri dan tidak dapat dicam oleh masyarakat umum," katanya. 



Malaysiakini

Interpol keluar notis merah buru pembunuh Altantuya

Posted: 20 Jan 2015 07:30 AM PST

 
 
Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mengeluarkan notis merah menghendaki bekas polis elit Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Menurut laman webnya, Interpol menyebut lelaki 43 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.


Malaysiakini
 

Kenapa MOF ambil alih SRC International dari 1MDB? Rafizi PC

Posted: 20 Jan 2015 06:45 AM PST

 KUALA LUMPUR 20 JAN : KEADILAN hari ini mempersoalkan tindakan pengambilalihan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, 1MDB memindahkan SRC International Sdn Bhd kepada MOF Inc selepas menanggung hutang sebanyak RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Katanya, penyata kewangan mengesahkan jumlah hutang SRC International melebihi aset, dan lazimnya syarikat sebegini dikategorikan mempunyai risiko muflis.

"Pada pengetahuan saya, tidak pernah sebuah syarikat yang berhutang sebegini rupa dipindahkan sewenang-wenangnya kepada kerajaan dan menyebabkan hutang kerajaan bertambah secara serta merta.

"Dan adakah tindakan 1MDB memindahkan SRC International kepada MOF disebabkan syarikat tersebut daripada awal akan mengalami masalah kewangan?" soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN mendakwa pengambilalihan itu berlaku di antara tahun kewangan Januari 2011 hingga Mac 2012.

Katanya, ia berdasarkan kenyataan Arul Kandasamy sebelum ini, yang menyatakan syarikat itu kini berada di bawah MOF Incorporated. Tambahnya lagi, sehingga hari ini 1MDB gagal memberikan penjelasan ke manakah wang RM4 billion itu dibelanjakan.

Menurut Rafizi, Penyata Kewangan Komprehensif menunjukan syarikat ini tidak mempunyai sebarang aktiviti dan menanggung kerugian walaupun mengambil hutang RM4 bilion dari dana pencen rakyat.

Justeru katanya, beliau menuntut jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan berhubung isu-isu membabitkan 1MDB.

"Jadi inilah soalan-soalan pokok yang wajib dijawab oleh Najib Razak kerana beliau bertanggungjawab bagi 1MDB dan Kementerian Kewangan," ujarnya lagi.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


Has Zahid Hamidi been caught red-handed telling another lie?

Posted: 20 Jan 2015 06:00 AM PST


I applaud the Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein for his prompt response and clarification that he had never written a letter stating support for any individual to the US Federal Bureau of Investigations (FBI) now or during his time as Home Minister.

Hishammuddin was asked about this today, as I had issued a statement last Friday asking previous Home Ministers, in particular Zahid's predecessor Hishammuddin as well as former occupants of this key post like Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad and Datuk Azmi Khalid to "speak up and clear themselves and to put the record straight" whether they had also written clarification letters to FBI has Zahid had done.

This was because Zahid had made the astonishing claim in his statement last Thursday when trying to exonerate himself from any wrong in his infamous letter to the FBI vouching for the character of alleged gambling kingpin Paul Phua, standing trial in Las Vegas, Nevada for illegal gambling, that previous Home Ministers before him had also written such clarification letters.

Has Zahid been caught red-handed telling a lie, unfairly, unjustly and dishonourably implicating other Ministers whether of this administration or previous regimes?



To be frank, I never believed that previous Home Ministers had behaved like Zahid, writing unilaterally to the FBI, without the knowledge or the police or the Inspector-General of Police at the time, contradicting earlier police reports to the FBI, as well as without the knowledge or clearance from the Foreign Ministry.

This would be the conduct of a disgraceful and shambolic government, with Ministers acting in so indisciplined, wild and arbitrary fashion, betraying and disgracing the national trust imposed on them in their appointment as Home Ministers in the Cabinet.

It is pertinent to note that Zahid used the plural of "Home Ministers" and not the singular, which means more than one, of his predecessors who had penned letters like what he had done.



Hishammuddin has denied.l What about the others – Hamid Albar, Mohd Radzai, Azmi Khalid? 

Probably, we should go further back which will rope in Tun Abdullah Ahmad Badawi and Tun Mahathir Mohamad as previous Home Ministers?

Zahid had already told untruths about the Cabinet having approved his infamous letter to the FBI, as Wisma Putra had clarified the Foreign Minister, Datuk Seri Anifah Musa's statement that the Cabinet only "heard" and not "accepted" Zahid's explanation.

Zahid should be reminded of the axiom that if a person tells a lie, he would have to tell a thousand lies to cover up the original line – which seems to be the dilemma Zahid has put himself in.


Be that as it may, national interests demand that the whole truth about Zahid's infamous letter to FBI to vouch for the character of the alleged gambling kingpin must be fully revealed, or Zahid should expect to be impaled on the issue in the March meeting of Parliament.


YB LIM KIT SIANG

UG: Agak siapa yang berpeluk dulu, PAS atau PKR?

Posted: 20 Jan 2015 05:15 AM PST

 

Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'? Ungkapan politik selau mengingatkan, tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi. Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya.

Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh.

Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik, dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu. Begitulah selalunya perjalanan politik.

Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama.

Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama.

Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu.

Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi.

Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut" antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim.

Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu.

Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu.

Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib.

Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.

Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini.

Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar. Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja.

Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib.

Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan.

Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar.

Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir.

Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan. Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama.

Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim.

Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi.

Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara. Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa.

Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar.

Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini.

Jika kerjasama atau "cium mulut" itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi.

Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR. Selain dibebaskan daripada hukuman penjara,

Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti.

Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar.

Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini.

Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya. Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing.

Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib. (SH 20/01/2015)

Posted by Shahbudin Husin

 Posted by mountdweller

 
UG: Agak siapa yang berpeluk dulu, PAS atau PKR? Najib dan Anwar Bakal 'Cium Mulut'? Ungkapan politik selau mengingatkan, tiada musuh yang kekal dan tiada sahabat yang abadi. Yang kekal adalah kepentingan peribadi. Orang-orang lama juga ada berpesan, dunia politik ini untuk mereka yang tebal kulit mukanya. Ia hanya sesuai untuk mereka yang boleh berpura-pura, sanggup buang kawan dan sentiasa terbuka untuk berbaik dengan musuh. Yang banyak pengalaman pula ada berkata, kalau dalam matematik, dua darab dua bersamaan empat, tetapi dalam politik jawapannya boleh jadi lain daripada angka itu. Begitulah selalunya perjalanan politik. Paling kerap berlaku ialah kawan bertukar jadi lawan dan lawan bertukar jadi kawan. Dua orang yang bergaduh boleh berbaik bila musuh yang dihadapi adalah orang yang sama. Dalam perseteruan antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim sejak bertahun-tahun sebelum ini serta berdasarkan rentetan peristiwa antara keduanya, barangkali di luar pemikiran semua orang tentang kemungkinan kedua-duanya boleh bersatu dan bekerjasama. Apatah lagi penyokong Anwar dan Najib juga sama-sama agresif menyerang, mencerca dan memaki-hamun kedua-dua pemimpin itu. Jika penyokong Najib membuat serangan dengan antaranya berkaitan dakwaan liwat dan mengedarkan video seks, penyokong Anwar pula membalasnya dengan menuduh Najib sebagai "pembunuh" dalam kes Altantuya, dikawal Rosmah dan banyak lagi. Tetapi perkembangan mutakhir ini semakin memperlihatkan Najib dan Anwar bakal bersatu dan saling "cium mulut" antara satu sama lain. Puncanya tidak lain kerana kedua-duanya sudah mempunyai musuh yang sama - Mahathir dan Daim. Media arus perdana yang dulunya melanyak Anwar dan parti pembangkang habis-habisan, terutama dalam isu liwat dan video seks, kini tiba-tiba memberi ruang seluas-luasnya kepada PKR dan Ketua Pembangkang itu mengenai isu rasuah melibatkan Daim Zainuddin. Tindakan media arus perdana ini secara logiknya tentulah mendapat lampu hijau daripada Najib terlebih dahulu. Dengan Anwar pantas menyambut sedia menyerahkan bukti yang dimilikinya mengenai kekayaan Daim dan sekali lagi publisiti meluas diberikan oleh media arus perdana, ia umpama salam dan "kenyit mata" Najib sudah pun disahut dengan mesra dan penuh makna oleh Ketua Pembangkang itu. Beberapa pemimpin UMNO juga turut mengkritik Mahathir melalui akhbar arus perdana sedangkan selama ini mereka hanya diam mengenai kritikan bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib. Blog dan pengamal media sosial pro Najib kini lebih terbuka dan berani menyerang Mahathir serta Daim, termasuk mengungkit isu-isu lama semasa keduanya menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu. Dalam masa yang sama, serangan media pro Najib kepada Anwar agak reda dan berkurangan sejak kebelakangan ini. Mahathir dan Daim lebih dimusuhi berbanding Anwar. Sementara Mahathir dan Daim saling bergilir menyerang Najib dengan pelbagai isu kelemahan dalam kerajaan, Anwar pula hanya berdiam saja. Meskipun ada juga pemimpin pembangkang lain turut bercakap soal 1MDB misalnya, tetapi Anwar nampaknya lebih berminat tumpang sekaki dalam isu melibatkan Daim daripada turut menyerang Najib. Dalam percaturan kuasa dan kepentingan peribadi, walaupun bergasak bagai nak runtuh dunia, realitinya tidak mustahil Najib dan Anwar boleh berbaik dan menukar hubungan lawan menjadi kawan. Selain musuh yang sama, mereka juga ada kepentingan masing-masing yang boleh dijadikan tawar-menawar. Musa Hitam dan Tengku Razaleigh pernah bersama untuk menentang Mahathir setelah bermusuh sekian lama dalam UMNO. Mahathir dan Ku Li yang bermusuh boleh berbaik dan Musa Hitam yang dipecat juga boleh kembali menyokong Mahathir. Anwar yang selama bertahun-tahun memusuhi Pas dan DAP, segera menggamit mereka sebagai rakannya sebaik dipecat daripada UMNO dan kerajaan. Semuanya dengan mudah boleh berubah apabila kepentingan atau musuh menjadi sama. Dalam realiti sekarang, Najib hanya ingin terus berkuasa di Seri Perdana tetapi berdasarkan keputusan PRU 13 lalu, halangannya kini lebih sukar kerana tiada lagi sokongan daripada Mahathir dan Daim. Anwar pula hidup mati politiknya bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwatnya yang dijangka diketahui tidak lama lagi. Sementara Najib masih menghitung-hitung untung rugi antara membebas atau memenjara, Anwar tentulah lebih suka dibebaskan berbanding memimpin perjuangan daripada dalam penjara. Di ketika yang sama, Anwar juga diketahui masih ghairah untuk kembali menggenggam kuasa. Jika Najib sedia berkongsi kuasa dan memastikannya tidak ke penjara, tambahan pula Mahathir dan Daim sudah jadi musuh bersama, membalasnya dengan sokongan bukanlah masalah besar bagi Anwar. Dengan serangan Mahathir dan Daim yang kian berterusan ini, Najib juga mungkin terfikir beliau akan kehilangan sama-sekali talian hayatnya jika Anwar berada di dalam penjara. Najib juga tahu hanya Anwar yang sesuai untuk membantunya menghadapi serangan Mahathir dan Daim ini. Jika kerjasama atau "cium mulut" itu dapat diwujudkan, mungkin dengan cara Anwar bersama penyokongnya menyertai UMNO atau bekerjasama antara parti dengan PKR, Najib tentunya berasakan peluangnya mengekalkan kuasa menjadi lebih cerah lagi. Ini kerana selain undi Melayu kekal dalam genggaman melalui UMNO, perolehan undi bukan Melayu, undi bandar, separa bandar dan golongan muda kepada kerajaan boleh diperbaiki lagi dengan bantuan Anwar dan PKR. Selain dibebaskan daripada hukuman penjara, Anwar dan pasukannya juga akan diberikan beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Anwar mungkin diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri semula manakala yang lain akan dijadikan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan baru itu nanti. Meski tidak kesampaian untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi kembali sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian berjaya meletakkan orang-orang kanannya dalam kerajaan, termasuk Nurul Izzah, Rafizi, Shamsul Iskandar dan lain-lain, ia tetap merupakan kejayaan besar bagi Anwar. Lagi pula dengan PR yang kian berpecah, terutama hubungan Pas dengan DAP yang sentiasa berbalah, ditambah dengan golongan ulama dalam Pas juga sukar diramal kehendaknya, harapan Anwar untuk berkuasa melalui gabungan itu turut kian kabur kebelakangan ini. Berbaik dan bergabung bukan saja pilihan terbaik untuk Anwar, tetapi juga sesuatu yang sukar ditolak oleh Najib demi masa depan politiknya. Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan dan dua darab dua tidak semestinya empat adalah antara hukum politik yang dihalalkan demi kepentingan masing-masing. Hukum yang sama juga, jika menjadi kenyataan, akan menyaksikan penyokong Najib mencium tangan Anwar dan penyokong Anwar mencium tangan Najib. (SH 20/01/2015) Posted by Shahbudin Husin at 13:07 Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Lebih baik Najib jual jet untuk jimat RM400 juta – Rafizi (Oleh: Lyn Nasir)

Posted: 20 Jan 2015 04:30 AM PST

 
 
KUALA LUMPUR 20 Jan : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau kecewa apabila Perdana Menteri tidak menyentuh langsung masalah utama ekonomi seperti penurunan ringgit berikutan kejatuhan harga minyak dunia.
 
Sebaliknya, katanya, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas hari ini hanya mengumumkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai langkah penjimatan RM400 juta yang disifatkan terlalu kecil.
 
"Memotong RM400 juta adalah terlalu kecil untuk dilihat kesannya.
 
"RM400 juta itu cuma harga dua biji jet sahaja, baik dia jual dua biji jet itu untuk jimat RM400 juta," kata Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
 
Jelas Rafizi, langkah yang diambil kerajaan itu masih tidak mampu menangani kemerosotan pendapatan negara yang dilihat agak kritikal.
 
Terdahulu, Perdana Menteri hari ini membentangkan perutusan khas mengenai ekonomi dan keadaan kewangan negara.
 
Beliau turut mengumumkan penangguhkan PLKN bagi tahun ini dan memperuntukkan RM800 juta bagi membaiki dan membina semula infrastruktur asas di kawasan terjejas banjir.
 
Namun Rafizi berkata, kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kewangan bakal memberi kesan besar ke atas ekonomi dan perbelanjaan kerajaan.
 
"Saya lihat tiada keseriusan daripada aspek kawal perbelanjaan kerajaan, dan yang kedua ialah tiada fokus mengenai perkara sebenar menggugat kewangan negara iaitu mengenai kejatuhan mata wang kita, (ringgit).
 
"Masalah ini bukan sahaja memberi kesan yang sangat teruk kepada ekonomi, malah ia memberi kesan yang mendalam kepada kos sara hidup harian rakyat," jelasnya lagi.
 
 
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64852

ULAR SAWA DAN BUAYA TURUT TERJEJAS DALAM BANJIR DI SARAWAK (GAMBAR)

Posted: 20 Jan 2015 04:00 AM PST

 Entah apa erti keamanan yang diwar-warkan oleh PM 1Malaysia? Alam pun tak setuju dengannya.  

 

Alam terus memprotes, sebagaimana protes rakyat terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Kini, banjir bukan hanya melanda Semenajung Malaysia, tetapi telah melarat ke Sarawak. 


Bukan hanya bilangan mangsa yang dipindahkan semakin meningkat kerana air yang naik, tetapi bahaya dari spesis lain juga menimbulkan kerisauan. 

Sebuah facebook yang banyak informasi mengenai banjir telah memuatnaik sekeping gambar ular dan buaya yang berjaya ditangkap di Samarahan.

SUMBER KAMEK MIAK

Tahniah kepada petugas JPAM kerana berjaya menangkap haiwan ganas tersebut sebelum ada manusia yang menjadi mangsa.

Banjir bukan hanya menyebabkan manusia yang terpaksa melarikan diri, tetapi haiwan liar juga terjejas habitatnya. Seperti manusia, haiwan akan mencuba adaptasi dengan keadaan (iklim, geografi, etc.) yang berubah demi survivalnya. Tetapi keadaan persekitaran yang tidak sesuai dengan kehidupannya, dia harus melarikan diri (pindah) atau mati. Penebangan hutan, desertifikasi, kemarau panjang, pembinaan empangan, banjir, etc (deforestation, desertification, drought, dam, flooding, etc) - semua ada kaitan.

Akibat tidak dapat mengadaptasi dengan keadaan di kawasan habitatnya, haiwan liar ini mungkin merayau-rayau sehingga ke tempat yang dirasanya selamat.

Ternyata banjir di Sarawak lebih merbahaya dari di Semenanjung Malaysia.


TG Nik Aziz masuk ICU..

Posted: 20 Jan 2015 03:30 AM PST

 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) petang ini.

"Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.

"Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini," kata anaknya Nik Abduh.

Menulis di Facebook sebentar tadi, Nik Abduh (kanan) meminta orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya.

Beliau akan memaklumkan perkembangan berkaitan daripada masa ke semasa.

"Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.

"Doakan semoga ayahanda kembali sihat," tulis Nik Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Semalam uzur biasa

Nik Abduh semalam berkata ayahnya yang juga bekas menteri besar Kelantan cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit baru-baru ini.

Walaupun keletihan, menurut Nik Abduh lagi, ayahnya berada di rumah dengan aktiviti biasa, termasuk berjalan, membaca dan rehat.

Sementara itu Bernama semalam melaporkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri) sebagai berkata gambar 'viral' Nik Aziz yang terbaring kerana uzur adalah gambar lama.

Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Aziz, 83, yang terbaring sambil ditemani anggota keluarga  dalam sebuah bilik.
 
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui Nik Aziz sebelum bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaannya ketika itu cuma sakit biasa.

Sementara Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula dilaporkan berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
 
Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
 
Terdapat juga khabar angin dan laporan palsu pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung.

BANJIR BESAR DI SARAWAK.?? - tikaq buloh

Posted: 20 Jan 2015 03:00 AM PST

  LEBIH 6,000 MANGSA DIPINDAHKAN






Kurang liputan media, tetapi sejak semalam telah mula mendapat liputan media. Kawasan terlibat ialah Kuching, Limbang dan beberapa kawasan lain.

Nampaknya balak Kelantan sudah sampai ke Sarawak.... Terimalah hakikat ini sebenarnya bala dari Allah, bukan isu balak seperti yang diwar-warkan oleh macai-macai UMNO BN. 

Memang isu balak ada menyumbang tetapi cara mereka berbicara seolah-olah hanya balak yang menyebabkan peristiwa banjir besar diseluruh negara ini berlaku.

Hishamuddin Juga Dituduh Pernah Tulis Surat Kepada FBI?

Posted: 20 Jan 2015 02:22 AM PST



Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat sepanjang tempoh memegang portfolio menteri dalam negeri sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan pernah menghantar sebarang surat sokongan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat untuk mana-mana pihak, bercanggah dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Zahid sebelum ini yang dikaitkan dengan kontroversi surat kepada FBI berkenaan status raja judi, Paul Phua Wei Seng berkata proses tersebut pernah dilakukan oleh menteri terdahulu.

Hishammuddin sebelum ini memegang portfolio menteri dalam negeri dari 2009 hingga 2013 sebelum bertukar kepada portfolio menteri pertahanan.

"Secara peribadi, saya tidak pernah menghantar sebarang surat sokongan," katanya semasa ditemui pemberita di Putrajaya pagi tadi.

Minggu lepas, Zahid menjelaskan beliau mempunyai kuasa menulis surat kepada FBI berhubung kes Phua atas alasan menteri sebelumnya juga pernah mengeluarkan surat penjelasan seumpama itu.

"Menteri sebelum saya juga keluarkan surat penjelasan. Berdasarkan kuasa kepada menteri itulah saya menandatangani surat itu.

"Menteri dalam negeri sebelum saya juga mengeluarkan surat yang sama," katanya.

Katanya, surat itu bukan urusan di antara dua kerajaan tetapi diminta peguam bela Phua, merujuk kepada kenyataan yang diberikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, mesyuarat Kabinet turut berpuas hati dengan penjelasannya sebagaimana kenyataan medianya hari ini.

"Peguam dari Amerika Syarikat minta firma guaman mereka di Malaysia, Shafee & Co Firma itu yang minta pejabat saya menjelaskan," katanya.

Namun katanya, bantuan Phua dalam isu keselamatan negara tidak boleh didedahkan kerana ia dilindungi di bawah Akta Rahsia Rahmi 1972.

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia. Phua bukanlah ahli kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Zahid berkata, surat penjelasan status Phua kepada FBI itu bukanlah surat sokongan untuk tidak mendakwa Phua sebaliknya sebagai satu penjelasan status raja judi itu.

Phua yang terkenal dalam permainan judi profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.

Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan juga disyaki terlibat dengan 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Berikutan penahanan Phua, firma guamannya Chesnoff & Schonfeld memohon Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia. 



Bloglist Malaysia

Blogger Berprofil Tinggi Umno Berhenti

Posted: 20 Jan 2015 02:00 AM PST

 
Geng blogger Umno bersama Daim
Kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik, menjadi penulis blog berprofil tinggi Umno pertama yang melakukan tindakan sedemikian.

Dalam artikel "Salam Terakhir Zam Pada Penulisan Politik Semasa" yang dimuat naik beliau di laman blog zamkata.blogspot.com, Zainuddin, yang lebih dikenali sebagai Zam kecewa kerana seringkali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.

"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa  yang  menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012," katanya dalam blog tersebut.

Blog Zamkata
"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan," tulisnya kecewa.

Beliau berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan tercemar.

"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.

"Saya merasa cukup terhina kerana bagitu mudah orang membuat kesimpulan. Sekali saya minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin atas jemputan dan menemui Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) bersama seorang dua rakan dianggap saya berada dalam konspirasi untuk menjatuhkan Najib."

Zainuddin turut mempersoalkan, jika tindakannya bersarapan dengan Daim dan menemui Dr Mahathir dianggap berkonspirasi menjatuhkan Najib, apakah tindakan media arus perdana memberikan liputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai kerjasama ketua pembangkang dengan perdana menteri.

"Bolehkah saya juga membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra Umno menyiarkan ancaman Anwar untuk membongkar keburukan bekas Daim bererti Najib berkonspirasi dengan Anwar untuk mengekalkan kedudukannya?

Menurut Zainuddin, blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 sudah mempunyai lebih 1.5 juta pelawat.

"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan," kata Zam.

"Saya tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan, atau mana-mana pertubuhan, kecuali rakan-rakan wartawan," katanya.

Zainuddin di antara penulis blog Umno yang mengkritik kepimpinan Umno secara terbuka.

Minggu lepas Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, Daim dan Dr Mahathir tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" Najib.

Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf menjangkakan serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin.

"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim akan menikam balik Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin (gambar).


Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.

‎"Maka saya nampak ini bukanlah suatu permainan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya. ~malaysian insider

Calon Presiden PAS - Salahuddin Layak Ganti Hadi

Posted: 20 Jan 2015 01:00 AM PST

  
PETALING JAYA: Selepas mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden PAS, bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff sekali lagi mencetuskan kontroversi membabitkan kerusi nombor satu itu.

Terbaharu, peguam muda PAS tersebu mencadangkan supaya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub diberi peluang menduduki jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Cadangan itu sekaligus dilihat sebagai penolakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di hierarki tertinggi dalam parti selain dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.

Zulhazmi Shariff
 
"Bagi saya Salahuddin adalah orang yang paling layak. Beliaulah satu-satunya Mr Clean dalam PAS...beliau tidak memihak. Tak ada apa-apa isu yang dikaitkan dengan beliau.

"Takkan nak letak Mat Sabu (Mohamad)? Ada banyak persepsi dan tuduhan terhadap beliau...isu syiah, kuli DAP dan macam-macam lagi.

"Sama juga dengan Datuk Husam. Beliau ada banyak isu di Kelantan, ramai yang tahu bahawa beliau sendiri ditolak di Kelantan," katanya kepada mStar Online pada Isnin malam.

Bagaimanapun tambah Zulhazmi, beliau tiada masalah jika PAS mahu mengangkat Tuan Ibrahim ke jawatan presiden.

"Tapi isuanya masih sama. Tuan Ibrahim perlu lepaskan jawatan dalam Majlis Syura dan Pesuruhjaya PAS Pahang kerana kita tak mahu lihat berlakunya pertindihan kuasa.

"Biar beliau hanya fokus sebagai Presiden. Jika beliau diangkat sebagai Presiden dan dalam masa yang sama turut mempunyai jawatan di peringkat lain, pengasingan kuasa seperti yang saya cadangkan tetap tidak akan berlaku dalam PAS," katanya.
 


KedahLanie.info
Kulup Rani akan buat laporan polis..... Hj Hadi ganti Najib? Sudah tentu Kulup Rani akan marah dan akan buat aduan di balai polis kerana menghina Melayu Umno dengan mendakwa pemerintahan Umno akan pupus tidak lama lagi. Kepada penyokong Mat Sabu, nampaknya betullah apa yang pernah Dr Mohd Zuhdi katakan : Ayam sabung PAS sudah menjadi Ayam Daging....

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Kulup Rani akan buat laporan polis..... Hj Hadi ganti Najib? Sudah tentu Kulup Rani akan marah dan akan buat aduan di balai polis kerana menghina Melayu Umno dengan mendakwa pemerintahan Umno akan pupus tidak lama lagi. Kepada penyokong Mat Sabu, nampaknya betullah apa yang pernah Dr Mohd Zuhdi katakan : Ayam sabung PAS sudah menjadi Ayam Daging.... HUSAM MUSA PERDANA MENTERI MALAYSIA SELEPAS TEORI RAHMAN. Sama ada sudah suratan atau kebetulan Perdana Menteri ke 6 Najib Razak telah pun melengkapkan apa yang di katakan Teori Rahman iaitu nama nama Perdana Menteri dari Umno Perikatan/Barisan Nasional sempena nama Perdana Menteri Malaya yang pertama Tengku Abdul Rahman. Mengikut teori ini selepas dari Najib maka berakhirlah sudah dinasti Perdana Menteri dari Umno dan bermulalah pula kuasa baru dari parti yang bukan Umno. Kalau di lihat kepada situasi politik semasa dapatlah di andaikan bahawa Barisan Nasional akan terus menang dalam sekurang kurangnya satu lagi pilihanraya umum. Pakatan Rakyat bukan saja akan gagal sekali lagi merampas Putrajaya malah Pas sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat ketika ini juga akan kehilangan negeri Kelantan di samping akan hilang lebih banyak kerusi kerusi. Pakatan Rakyat hanya mampu mempertahankan Pulau Pinang, Selangor dan kerusi kerusi parlimen yang majority pengundi cina melebihi 70% serta kubu kubu tradisi sahaja. Maka dengan itu Najib Razak sebagai presiden Umno akan terus menjadi perdana Menteri sebagai meneruskan teori Rahman yang terakhir walaupun tidaklah di ketahui bilakah akan berakhir dinasti berdasarkan Teori ini. Mahu tidak mahu sama ada parti yang hendak mengantikan Barisan Nasional itu namanya Pakatan Rakyat atau apa nama sekali pun perlulah menanti paling awal sekalipun sehingga tamat tempoh pemerintahan Barisan Nasional selepas PRU ke 14. Di ketika itu kalau Anwar masih hidup pun beliau sudah tidak releven untuk menjadi Perdana Menteri, Kalau Ustaz Hadi Awang masih menjadi presiden Pas sekalipun dia sudak tidak berdaya untuk memimpin Malaysia. Usah bertanya nama Kit Siang atau Guan Eng kerana dalam jangka masa sedekad yang mendatang ini politik Malaysia masih akan terus di belenggu dengan politik perkauman dan adalah amat mustahil seorang pemimpin bukan melayu akan dapat di terima untuk menjadi perdana Menteri dalam tempoh tersebut. Sama ada Perdana Menteri itu dari Umno, Pas atau PKR melayu, hanya itu sajalah yang mampu di fikirkan oleh rakyat Malaysia di ketika ini dan sedekad yang akan datang. Membincangakan atau memperkatakan Perdana Menteri dari DAP dalam tempoh tersebut bukan saja membuang masa malah ianya hanyalah satu bahan jenaka. SIAPA PEMIMPIN PAS ATAU PKR YANG LAYAK GANTI NAJIB? Mat Sabu? Lingkup Malaysia kalau Mat Sabu jadi Perdana Menteri. Bukan saja beliau tidak mempunyai karisma untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia malah kalau nak jadi Presiden Pas pun beliau tidak layak kerana beliau bukan seorang pemimpin yang tidak mampu buat keputusan malah beliau juga seorang yang pengecut dan hanya menjadi kerbau cucuk hidung ketika menjadi Timbalan Presiden Pas. Azmin Ali? Aku tak kenal Azmin Ali …… Husam Musa? Ya, inilah susuk tubuh yang berKarisma, Fenomena, Rampage, Rock N Roll Pie, Gothik Malam Edan, Gema di Timur Jauh Dan Cinta Buatan Malayisa yang bakal menjadi dan Perdana Menteri Malaysia selepas era Barisan Nasional. Atau Rakyat Malaysia masih punya seorang lagi pilihan yang layak menjadi Perdana Menteri… Beliau adalah Tuan Guru Musyidul Am Haji Rosly Yusof.....

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Putrajaya tangguh kenaikan tarif elektrik, PLKN dalam semakan Belanjawan 2015

Posted: 20 Jan 2015 12:00 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan mesej khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan mesej khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, hari ini.

Penangguhan kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan tahun ini dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah aspek terpenting bajet yang disemak semula Putrajaya yang akan membawa cahaya kepada pengguna di Malaysia.

Kenaikan harga gas yang dijadualkan bagi sektor industri juga ditangguhkan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini semasa semakan Belanjawan 2015.

Penangguhan PLKN selama setahun akan menjimatkan RM400 juta memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan, kata Najib.

Perbelanjaan bagi pembangunan dikekalkan pada RM48.5 bilion, sebagaimana bajet asal yang dibentangkan pada Oktober tahun lepas.

Najib berkata, langkah itu termasuk projek mesra rakyat seperti perumahan awam, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuh Raya Pan-Borneo.

Semakan ini ekoran kejatuhan harga minyak yang kini berada pada paras AS$50 setong.

Belanjawan 2015, apabila dibentangkan pada bulan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan. Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.

Kemerosotan harga itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat oleh ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet.

Najib mengumumkan semakan berikut pada sesi khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini:

10.47am: Langkah-langkah lain termasuk:

- Semakan levi pekerja asing.

- Menawarkan visa kemasukan percuma kepada pengunjung, termasuk dari China.

- Keutamaan dalam tender projek kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

- Kontraktor tempatan diberi tugas membaik pulih menjalankan kerja di kawasan dilanda banjir. (Kontraktor dalam kategori G1, G2 dan G3).

- Lebih banyak promosi barangan buatan Malaysia.

- Memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh negara.

- Menggalakkan pelancongan domestik dengan penerbangan domestik melalui harga yang kompetitif.

10.39am: Semakan angka pertumbuhan untuk ekonomi Malaysia pada 2015 adalah antara 4.5% hingga 5.5%. Di bawah bajet asal, ia adalah 5% hingga 6%.

Antara perbelanjaan yang akan dipotong adalah Program Latihan Khidmat Negara, yang akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM400 juta.

10:26am: Belanjawan disemak semula bagi tujuan mengurangkan defisit fiskal KDNK kepada 3.2% bagi tahun 2015. Kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh mencapai sasaran asal sebanyak 3% di bawah bajet asal, kata Najib.

Tanpa kajian semula, defisit akan mencecah 3.9%.

10:19am: Apabila bajet dibentangkan pada Oktober lalu, pertumbuhan ekonomi dunia diunjurkan pada 3.4% -3.9% oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Ini kini disemak semula kepada 3% -3.8%.

Najib menegaskan harga minyak dunia bukan sesuatu yang boleh dikawal Malaysia. Sehingga semalam, 19 Januari 2015, Najib berkata, harga adalah pada paras AS$48 setong.

Bank Dunia berkata harga minyak yang lebih rendah boleh memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Ini akan memberi kesan positif kepada Malaysia sebagai pengeksport minyak.

10.09am: Dalam ucapan pembukaan, Najib berkata, "Kita bukan dalam krisis, kita mengambil langkah-langkah pencegahan berikutan perubahan dalam landskap luar ekonomi global yang bukan dalam kawalan kita." – 20 Januari, 2015.



/www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

Putrajaya tangguh kenaikan tarif elektrik, PLKN dalam semakan Belanjawan 2015


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan mesej khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Januari, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan mesej khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 20 Januari, 2015.Penangguhan kenaikan tarif elektrik yang dijadualkan tahun ini dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah aspek terpenting bajet yang disemak semula Putrajaya yang akan membawa cahaya kepada pengguna di Malaysia.
Kenaikan harga gas yang dijadualkan bagi sektor industri juga ditangguhkan, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini semasa semakan Belanjawan 2015.
Penangguhan PLKN selama setahun akan menjimatkan RM400 juta memandangkan kerajaan cuba untuk mengurangkan perbelanjaan dan merangsang pelaburan serta penggunaan.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan mengurus kerajaan dijangka berkurangan sebanyak RM5.5 bilion melalui penilaian semula keutamaan perbelanjaan, kata Najib. Perbelanjaan bagi pembangunan dikekalkan pada RM48.5 bilion, sebagaimana bajet asal yang dibentangkan pada Oktober tahun lepas.
Najib berkata, langkah itu termasuk projek mesra rakyat seperti perumahan awam, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuh Raya Pan-Borneo.
Semakan ini ekoran kejatuhan harga minyak yang kini berada pada paras AS$50 setong.
Belanjawan 2015, apabila dibentangkan pada bulan Oktober tahun lepas, mempunyai unjuran perbelanjaan RM273.9 bilion dalam perbelanjaan dan RM235.2 bilion pendapatan. Ia disandarkan kepada harga minyak kira-kira AS$100 setong.
Kemerosotan harga itu menjejaskan nilai ringgit dengan ketara memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak yang dilihat oleh ahli ekonomi sebagai keperluan bagi Putrajaya untuk menyemak semula bajet.
Najib mengumumkan semakan berikut pada sesi khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini:
10.47am: Langkah-langkah lain termasuk:
- Semakan levi pekerja asing.
- Menawarkan visa kemasukan percuma kepada pengunjung, termasuk dari China.
- Keutamaan dalam tender projek kepada kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
- Kontraktor tempatan diberi tugas membaik pulih menjalankan kerja di kawasan dilanda banjir. (Kontraktor dalam kategori G1, G2 dan G3).
- Lebih banyak promosi barangan buatan Malaysia.
- Memanjangkan tempoh jualan mega di seluruh negara.
- Menggalakkan pelancongan domestik dengan penerbangan domestik melalui harga yang kompetitif.
10.39am: Semakan angka pertumbuhan untuk ekonomi Malaysia pada 2015 adalah antara 4.5% hingga 5.5%. Di bawah bajet asal, ia adalah 5% hingga 6%.
Antara perbelanjaan yang akan dipotong adalah Program Latihan Khidmat Negara, yang akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM400 juta.
10:26am: Belanjawan disemak semula bagi tujuan mengurangkan defisit fiskal KDNK kepada 3.2% bagi tahun 2015. Kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh mencapai sasaran asal sebanyak 3% di bawah bajet asal, kata Najib.
Tanpa kajian semula, defisit akan mencecah 3.9%.
10:19am: Apabila bajet dibentangkan pada Oktober lalu, pertumbuhan ekonomi dunia diunjurkan pada 3.4% -3.9% oleh Tabung Kewangan Antarabangsa. Ini kini disemak semula kepada 3% -3.8%.
Najib menegaskan harga minyak dunia bukan sesuatu yang boleh dikawal Malaysia. Sehingga semalam, 19 Januari 2015, Najib berkata, harga adalah pada paras AS$48 setong.
Bank Dunia berkata harga minyak yang lebih rendah boleh memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Ini akan memberi kesan positif kepada Malaysia sebagai pengeksport minyak.
10.09am: Dalam ucapan pembukaan, Najib berkata, "Kita bukan dalam krisis, kita mengambil langkah-langkah pencegahan berikutan perubahan dalam landskap luar ekonomi global yang bukan dalam kawalan kita." – 20 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-umum-penstrukturan-semula-bajet-2015#sthash.b3ZbDBnv.dpuf