Isnin, 19 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Bersih 2.0 jumpa 20 diplomat asing, dedah kepincangan persempadanan Sarawak OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Posted: 19 Jan 2015 11:15 PM PST



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bercakap kepada media pada sidang akhbar di Menara PKNS, semalam.

Maria Chin Abdullah bercakap kepada media pada sidang akhbar di Menara PKNS, semalam.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi taklimat kepada 20 diplomat asing semalam berhubung cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula di Sarawak dengan mendedahkan kepincangan dan kurang ketelusan pelaksanaannya.

Diplomat dari negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura menghadiri sesi dua jam itu yang mendedahkan kepincangan proses tersebut.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, notis yang dikemukakan SPR tidak lengkap dan menyukarkan pengundi di Sarawak untuk mengemukakan bantahan.  

"Kami berkongsi apa yang berlaku dalam persempadanan di Sarawak. Ia sudah bermula dan apa yang kami lihat kurang ketelusan," katanya selepas acara itu di Petaling Jaya.

"Peta yang diberi tidak boleh diterima kerana tidak menunjukkan jalan, bukit, sungai dan sebagainya. Pusat Daerah Mengundi (PDM) juga tidak dinyatakan dan tidak boleh dikesan.

"SPR berharap orang ramai akan faham dan membuat bantahan tetapi sangat mustahil," katanya.

Difahamkan diplomat asing berkenaan mungkin akan mengadakan pertemuan bersama SPR bagi mendapat penjelasan isu yang dibangkitkan Bersih 2.0 semalam.



Pegawai Sumber Maklumat Bersih 2.0 Rama Ramanathan memberikan penerangan pada media berhubung persempadanan semula di Sarawak.

Pegawai Sumber Maklumat Bersih 2.0 Rama Ramanathan memberikan penerangan pada media berhubung persempadanan semula di Sarawak.

Pegawai Sumber Maklumat Bersih 2.0 Rama Ramanathan berkata, cadangan persempadanan semula Sarawak kali ini mengejutkan kerana hanya 52 daripada 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditunjukkan dengan jelas di atas peta.

Katanya, SPR juga tidak memberi penjelasan kewajaran penambahan 11 DUN baru di negeri itu yang turut menyaksikan persempadanan yang tidak sekata.

"Bila penganalisis melakukan kajian, mereka mendakwa sebanyak 118 PDM yang tidak dijumpai di atas peta. Apa yang berlaku kepada PDM ini?

"Mereka disembunyikan dalam terang. Dengan Google Maps, Google Earth dan peta yang digunakan sekarang, SPR tidak boleh lagi bersembunyi," katanya.

Rama berkata, hasil kajian juga menunjukkan 35% nama dalam daftar pemilih di negeri itu tidak mempunyai alamat.

Katanya, berdasarkan cadangan persempadanan baru, lebih 120, 000 pengundi tidak tahu nama mereka dipindahkan ke kawasan mengundi baru.

"Jika tiada alamat, bagaimana pengundi tahu mereka dipindahkan? Ini jumlah besar.  Bagaimana pengundi mahu mengemukakan bantahan," katanya.

Awal bulan ini, SPR mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah 11 bahagian menjadikan kepada 82 bahagian keseluruhan.

11 bahagian pilihan raya negeri yang baru disyorkan itu ialah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Triboh, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Telian, N63 Selirik, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Long Lama.

Selain kerusi baru, SPR turut mencadangkan perubahan nama 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Pertambahan 11 kerusi baru itu susulan usul yang diluluskan DUN Sarawak pada November lalu bagi membolehkan ia dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

Persempadanan semula pilihan raya dijangka bermula penghujung tahun lalu bagi seluruh negara, namun banjir yang melanda negeri pantai timur memaksa SPR menundanya ke tahun ini, namun masih belum ada tarikh untuk perkara itu dilaksanakan.

Bersih dan pengkritik lain khuatir kerajaan Barisan Nasional akan menggunakan persempadanan semula sebagai alat melukis semula sempadan atau meningkatkan jumlah kerusi untuk memberikan kelebihan kepada mereka. – 20 Januari, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com.

Malaysia tidak berdepan krisis kewangan, kata Najib OLEH MD IZWAN

Posted: 19 Jan 2015 10:30 PM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan menegaskan Malaysia bukan dalam keadaan gawat seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998 walaupun terpaksa melakukan beberapa pemotongan peruntukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan menegaskan Malaysia bukan dalam keadaan gawat seperti yang berlaku pada 1997 dan 1998 walaupun terpaksa melakukan beberapa pemotongan peruntukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan Malaysia berdepan krisis kewangan selepas mengumumkan semakan Belanjawan 2015 yang menyaksikan beberapa pemotongan peruntukan.

Najib yang juga menteri kewangan berkata, keadaan Akaun Semasa masih berada dalam imbangan pembayaran, ia dijangka positif dan tidak berada dalam defisit.

"Kita bukan dalam keadan gawat atau krisis seperti pada tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu sehingga pakej stimulus perlu dilaksanakan," kata Najib di Putrajaya pagi ini.

Najib hari ini menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan semasa ekonomi negara selepas menyaksikan kejatuhan harga minyak dunia dan kelemahan nilai ringgit. – 20 Januari, 2015.

http://www.themalaysianinsider.com.

Zam kecewa, buat keputusan berhenti menulis politik di blognya

Posted: 19 Jan 2015 09:45 PM PST


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengambil keputusan berhenti menulis di blognya setelah mempertimbangkan semua aspek termasuk ketenteraman jiwa akibat ugutan, tekanan dan nama yang tercemar

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin mengambil keputusan berhenti menulis di blognya setelah mempertimbangkan semua aspek termasuk ketenteraman jiwa akibat ugutan, tekanan dan nama yang tercemar.

Kecewa dituduh berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membuat keputusan berhenti daripada penulisan politik, menjadi penulis blog berprofil tinggi Umno pertama yang melakukan tindakan sedemikian.

Dalam artikel "Salam Terakhir Zam Pada Penulisan Politik Semasa" yang dimuat naik beliau di laman blog zamkata.blogspot.com, Zainuddin, yang lebih dikenali sebagai Zam kecewa kerana seringkali dianggap mempunyai "sandaran" meskipun bergerak secara bersendirian.

"Setelah menimbang dari semua aspek, kepentingan, kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama pada hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti daripada penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 Ogos 2012," katanya dalam blog tersebut.

"Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan," tulisnya kecewa.

Beliau berkata, disebabkan perbezaan pendapat, kepercayaan dan setia kawannya kepada kepimpinan politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan tercemar.

"Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain. Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan," katanya.

"Saya merasa cukup terhina kerana bagitu mudah orang membuat kesimpulan. Sekali saya minum pagi bersama Tun Daim Zainuddin atas jemputan dan menemui Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) bersama seorang dua rakan dianggap saya berada dalam konspirasi untuk menjatuhkan Najib."

Zainuddin turut mempersoalkan, jika tindakannya bersarapan dengan Daim dan menemui Dr Mahathir dianggap berkonspirasi menjatuhkan Najib, apakah tindakan media arus perdana memberikan liputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dianggap sebagai kerjasama ketua pembangkang dengan perdana menteri.

"Bolehkah saya juga membuat kesimpulan dengan TV3 media mesra Umno menyiarkan ancaman Anwar untuk membongkar keburukan bekas Daim bererti Najib berkonspirasi dengan Anwar untuk mengekalkan kedudukannya?

Menurut Zainuddin, blog zamkata miliknya dilancarkan pada 8 Ogos 2012 sudah mempunyai lebih 1.5 juta pelawat.

"Sepanjang lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, saya tidak pernah menjadi penulis upahan," kata Zam.

"Saya tidak mempunyai kawan sejati dalam politik, kerajaan, atau mana-mana pertubuhan, kecuali rakan-rakan wartawan," katanya.

Zainuddin di antara penulis blog Umno yang mengkritik kepimpinan Umno secara terbuka.

Minggu lepas Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Malaysia berkata, Daim dan Dr Mahathir tidak akan merendahkan martabat mereka dengan mendedahkan maklumat "menyelerakan" Najib.

Mengakui terdapat "perang saraf" di antara penyokong Najib yang mengawal media arus perdana terhadap pengkritik termasuk kedua-dua bekas pemimpin negara itu, Zainuddin berkata beliau sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

"Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang saraf menjangkakan serangan peribadi TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, pastinya umum akan merujuknya sebagai arahan serta mendapat keizinan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib," tulis Zainuddin.

"Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang (Dr) Mahathir tetapi saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Daim kerana menyokong pandangan Kadir dalam posting terbarunya yang melihat kecaman terhadap Daim akan menikam balik Najib dan menghakiskan lagi kewibawaannya," kata Zainuddin merujuk kepada tulisan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk A Kadir Jasin.

Selari dengan pandangan Kadir, Zainuddin berkata tindakan menyerang Daim menggunakan media dikawal Umno bukanlah permainan politik yang bijak.

"Maka saya nampak ini bukanlah suatu permainan politik atau perang saraf yang bijaksana tetapi permainan politik kotor, tidak beretika, tidak profesional dan sangat rendah caranya serta kualiti yang tidak sepatutnya datang daripada Jabatan Perdana Menteri," katanya. – 20 Januari, 2015.

www.themalaysianinsider.com.

Isu MIC: ROS enggan iktiraf pelantikan baru

Posted: 19 Jan 2015 09:00 PM PST

 
 
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf pelantikan baru yang dibuat oleh presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel kerana isu pemilihan semula parti itu masih belum selesai.

Satu surat ROS menjawab demikian kepada setiausaha agung MIC, G Kumar Aaman hari ini, susulan permohonan parti tersebut untuk bertemu jabatan itu.

"ROS tidak berada dalam kedudukan untuk mengiktiraf mana-mana pelantikan baru sehinggalah bantahan mengenai kedudukan Jawatankuasa Kerja Pusat diselesaikan," kata ROS dalam surat tersebut.

Surat berkenaan dilihat oleh Malaysiakini hari ini.

Timbalan presiden MIC Datuk Seri S Subramaniam mengesahkan ketulenan surat tersebut.
 
Malaysiakini

PM: PLKN ditangguh tahun ini

Posted: 19 Jan 2015 08:30 PM PST

 
 
Perdana menteri mengumumkan, langkah penjimatan kerajaan turut melibatkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara pada tahun ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu akan dapat membolehkan kerajaan menjimatkan RM400 juta.
 
 
Malaysiakini

Blogger Milo Suam Dipenjara 2 Tahun Gara-Gara Lahad Datu

Posted: 19 Jan 2015 08:00 PM PST

SEORANG blogger terkenal pro-PKR, hari ini disabitkan bersalah di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan itu blogger Milosuam atau nama sebenarnya, Yusuf Al Siddique Suratman, 30, dijatuhkan hukuman penjara maksimun 2 tahun.

Yusuf disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuatnaik artikel bertajuk"Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?" susulan insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 2013.

Dalam artikel tersebut yang turut diselitkan dokumen didakwa Yusuf diperoleh daripada pihak polis, dia membayangkan 1,500 pendatang asing mampu mencetuskan huru hara di Sabah, sekaligus didapati boleh mencetuskan ketakutan awam.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes.

Dalam pada itu para peguam dari Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan keputusan mahkamah tersebut berbaur politik.

LFL mempertikaikan mengapa Yusuf didakwa dan dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu sedangkan dia ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013.

-MYNEWSHUB.CC

[VIDEO] TERBAIK: Taat Kepada Negara Bukan Taat Kepada UMNO -Mejar Zaidi

Posted: 19 Jan 2015 07:15 PM PST



Mejar Zaidi: Indoktrinasi pesong konsep 'taat'

Ramai anggota keselamatan hari ini keliru di antara konsep taat kepada negara dan taat kepada parti yang memerintah, kata bekas juruterbang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad.

Kekeliruan itu, katanya, berlaku akibat proses indoktrinasi yang berterusan sejak lama menerusi ceramah dari pegawai atasan dan media.

Zaidi yang aktif menyuarakan pandangan politiknya menerusi laman Facebook "Sokong Mejar Zaidi TUDM" berkata terdapat di kalangan anggota keselamatan menegur tindakannya itu.

"Kebanyakan sama ada mereka didoktrinkan melalui pelbagai talk (ceramah) atau pelbagai media bahawa ketaatan kepada negara itu adalah ketaatan kepada parti yang memerintah.

"Itu adalah satu konsep yang salah.

"Hari ini pun, kalau buka FB ada yang kata, saya ini tidak taat kepada negara, tidak mengikuti sumpah seorang tentera.

"Jadi mereka tak faham konsep itu. Kita berikrar taat kepada negara, kita bukan taat kepada Umno.




"Jadi itu perkara yang berbeza," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Ditanya untuk memperincikan kaedah indoktrinasikan itu, Zaidi berkata pada masa dahulu mereka kebiasannya dimomokkan dengan konsep "jangan lupa tangan yang memberi rezeki".

"Leadership (kepimpinan) di airforce (tentera udara) ini dia akan keliling pengkalan dan antara isu yang dia akan cakap adalah jangan lupa tangan yang menyuap rezeki ke mulut.

'Itu konsep salah'

"Jadi kita kena faham dari perkataan itu.

"Harap-harap ini tak berlaku lagi. Itu konsep salah," katanya.

Kesedaran terhadap perkara itu mendorong Zaidi untuk menggunakan masanya selepas dipecat daripada perkhidmatan, untuk mengelilingi negara membetulkan perkara itu termasuk dakwaan menipu dalam pilihan raya.

"Jadi kita kena cakap yang ini tidak betul dan kita kena beritahulah faktanya.

"Jadi ramai yang tak faham konsep mentaati ini. Kalau parti yang memerintah itu menipu, awak pun kena ikut menipu, itu tak betullah.


"Sebab itu fokus saya sekarang hendak pergi roadshow (jelajah) atas apa-apa platform sama ada parti politik atau bukan parti politik," katanya lagi.

Zaidi dipecat mahkamah tentera selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera.

Beliau juga diputuskan bersalah menyiarkan surat pertukarannya kepada media tanpa kebenaran.

Keputusan itu dijatuhkan sewaktu Zaidi memfailkan semakan kehakiman kesnya itu di Mahkamah Tinggi.

Ia juga dibuat sewaktu peguam Zaidi memboikot kes itu kerana salah seorang ahli mahkamah didakwa meninggalkan komen pada berita kes itu di laman Facebook. -mk


Saya orang Islam, tidak mahu terlibat penipuan, kata Mejar Zaidi




Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat Mahkamah Tentera pada Isnin kerana melanggar disiplin memberitahu forum malam tadi beliau tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.

Zaidi berkata, tindakannya membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang tidak efektif semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana beliau bertanggungjawab untuk menyatakan kebenaran.

"Mereka (kerajaan) mengatakan dakwat itu kekal tetapi saya dapati ia boleh dibasuh. Saya tidak mahu jadi sebahagian daripada penipuan.

"Saya orang Islam dan bertanggungjawab menyatakan kebenaran. Saya tidak menyesal untuk menyatakan kebenaran," kata Zaidi pada satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum malam tadi dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut menampilkan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Beliau berterima kasih kepada Bersih 2.0 atas sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perbicaraan.

"Kawan sebenar sukar untuk datang dan Bersih merupakan sahabat dan berada bersama saya sejak awal lagi," katanya.

Zaidi membuat laporan polis berhubung dakwat kekal selepas PRU13 dan diambil tindakan disiplin. Beliau didapati bersalah kerana berkongsi maklumat sulit dengan media. -TMI (16 Januari, 2014)


Kelab Greenboc

BUKTI PANAS : TEAM NAJIB GUNA TV3.25 UNTUK SERANG DAIM?!!!

Posted: 19 Jan 2015 06:30 PM PST

 

Saiful dakwa TV3 beri banyak liputan kepada Anwar


Gambar perbualan isteri Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan majikannya berhubung tugasan liputan pemimpin PKR menerusi aplikasi Whatsapp yang disiarkan di blog Saiful.
 
Gambar daripada www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com, 19 Januari, 2014.

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat II membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan isterinya, Nik Suryani Megat Deraman berhenti kerja daripada stesen televisyen TV3 kerana tidak berpuas hati selepas diberi arahan membuat liputan ke atas PKR dalam menyerang bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dalam tulisan di blognya, Saiful mempertikaikan ruang yang diberikan stesen televisyen swasta tersebut kepada pemimpin PKR untuk menyerang bekas menteri Kabinet zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"Bukan niat untuk persoal mengapa TV3 attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? 

Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?" katanya dalam blog www.mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Saiful juga menyertakan bersama salinan perbualan WhatsApp mendedahkan isterinya menerima arahan daripada seorang pengarang supaya membuat liputan ke atas pemimpin PKR.

"Di sini saya sertakan bukti arahan 'MUST COVER AND USE' yang diberikan TV3 oleh seorang editor kepada isteri saya, yang datangnya dari big bos Datuk Ashraf Abdullah pada hujung November lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu saja, rupanya makin menjadi-jadi," katanya.

Saiful berkata, isterinya mengambil Skim Pemisahan Sukarela (MSS) pada Disember tahun lepas, antara puncanya kerana enggan bekerja dengan majikan yang memihak kepada pihak lawan.

"Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan sidang media Shamsul Iskandar Mohd Akin - Ahli Parlimen PKR, untuk tikam tokoh yg beliau sendiri hormati.

"Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walaupun tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip," katanya.

Kebelakangan ini, TV3 dan "cyber troopers" mula menyerang tokoh utama Umno tersebut, membangkitkan isu mengenai skandal bank yang dimilikinya di luar negara.

Penulis blog pro Umno melaporkan yang Daim diserang "cyber troopers" yang berkait dengan Najib kerana mengkritik Putrajaya dalam mengendalikan ekonomi negara.

Daim, serta Dr Mahathir mengkritik hebat pentadbiran Najib dalam menangani ekonomi dan politik negar.

Lelaki Cuba Bakar Surau Assyakirin, Rawang Dengan Bom Petrol Berjaya Diberkas Polis.

Posted: 19 Jan 2015 06:00 PM PST


RAWANG: Seorang lelaki telah berjaya diberkas oleh Unit Forensik Polis Di Raja Malaysia hari ini kerana cuba melakukan perbuatan khianat dengan membaling bom petrol ke atas bumbung Surau Assyakirin, Taman Jati Rawang tengahari tadi.

Tangkapan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya sebentar tadi.

Menurut saksi yang tinggal berhampiran dengan surau tersebut, kejadian tersebut telah berlaku dua kali sejak semalam apabila dikatakan lelaki tersebut telah melempar bom petrol di atas bumbung surau pada pukul 2.45 pagi semalam.

"Kejadian ini telah disedari jemaah yang masih berada disurau yang telah menyergah suspek yang menyebabkan suspek terus melarikan diri dengan sebuah motosikal dan satu laporan polis dibuat," terangnya.

Pihak PDRM hari ini telah manghantar anggota dari bahagian forensik Bukit Aman untuk menyiasat perkara ini.

"Semasa siasatan dibuat tengahhari tadi oleh bahagian forensik PDRM lelaki tersebut dikatakan datang kembali dengan sebuah motosikal dan dia tidak sedar akan kehadiran pihak polis sebelum itu. Suspek cuba membaling bom petrol sekali lagi tetapi tidak sempat kerana ternampak anggota polis didalam surau."

"Beliau cuba berpatah balik tetapi telah dihalang oleh penduduk berdekatan surau yang menyepak motosikal tersebut menyebabkan suspek jatuh dan telah berjaya diberkas," katanya.

Suspek telah dibawa ke balai dan pihak polis masih menyiasat motif kejadian ini.

 

2 Beradik Dipukul Polis Gara-gara RM14, Polis Biadap? Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 19 Jan 2015 05:30 PM PST

 
Normawati menunjukkan gambar dua orang anaknya yang didakwa dipukul oleh seorang anggota polis ketika ditemui di rumahnya di Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.

KOTA BHARU – Gara-gara dituduh memeras ugut wang RM14 milik seorang rakan, dua beradik mendakwa mereka dipukul sehingga lebam, luka dan berdarah oleh seorang anggota polis berpangkat koperal.

Kejadian tidak diduga itu berlaku di Balai Polis Pengkalan Kubor, Tumpat dekat sini ketika kedua-dua beradik yang berumur 16 dan 14 tahun dibawa ke sebuah bilik di balai polis itu pada 14 Januari lalu.

Kes itu berlaku apabila kejadian peras ugut itu dikatakan membabitkan wang anak anggota polis terbabit yang sedang bercuti di Kampung Baru Kok Pauh, Pengkalan Kubor. Anggota polis yang didakwa bertindak ganas itu bertugas di sebuah balai polis di Terengganu.

Semasa dibawa ke sebuah bilik di balai polis itu, kedua-dua beradik itu mendakwa mereka dibelasah tanpa belas kasihan, ditampar dan dicekik oleh anggota polis terbabit. 

Lapor Kosmo!Online.

'At all costs' nak kekalkan jawatan, biarpun negara hancur kerananya

Posted: 19 Jan 2015 05:00 PM PST

 

Tekanan terhadap Najib untuk berundur semakin kuat kedengaran. Jika kita buat tinjaun di peringkat akar umbi amat susah mencari orang yang tidak bersetuju untuk Najib berhenti. 

Dikalangan 'warlords' dalam UMNO kini teraba-raba seolah-olah tidak mempunyai jalan lain selain dari memaksa Najib untuk bersara sahaja. Seboleh-bolehnya Najib tidak mahu bersara kerana bersara untuk kepentingan negara sudah tidak menjadi budaya dalam kepimpinan UMNO lagi.

Berlainan dari kepimpinan pra Mahathir di mana pemimpin mengutamakan perpaduan ahli-ahli parti dan rakyat. Jika pucuk pimpinan merasakan yang rakyat dan negara akan berpecah kerananya, pemimpin utama itu dengan senang hati mengundurkan diri. 
 
Semasa itu keutamaan niat dan matlamat seorang pucuk pimpinan itu ialah untuk mengekalkan negara berada dalam kesejahteraan.

Hussein Onn telah mengumumkan tidak mempertahankan jawatan beliau dalam pemilihan 1981 selepas sahaja beliau ditentang oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978. 
 
Dalam pertandingan itu Hussein telah mendapat kemenangan besar dan Sulaiman Palestin hanya mendapat lebih sedikit dari seratus undi sahaja dari 1200 orang perwakilan.

Tetapi apakah yang menyebabkan Hussein bertindak mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri pada tahun 1981 dahulu? 
 
Sebabnya ialah beliau tidak mahu UMNO itu pecah belah dan beliau telah merasakan walaupun hanya segelintiran yang tidak bersetuju dengan beliau sokongan terhadap beliau tetap tidak bulat untuk membolehkan pengekalan perpaduan dalam parti semasa itu.

Hussein mendapat tekanan dari Pemuda UMNO untuk bersara kerana isu Dato Harun Idris yang dianggap oleh ramai ahli UMNO khususnya pemuda telah sebagai satu penganiayaan terhadap Harun semasa itu. 
 
Pemuda berkeras untuk membela Dato Harun dan telah memutuskan untuk menandingi Hussein dalam pemilihan pada tahun 1978, tahun mana Husein sedang mendapatkan 'endorsement' sebagai Presiden parti itu setelah memangku jawatan itu sejak Januari 1976 selepas kematian Tun A Razak.

Usaha Pemuda semasa itu mendapat sokongan Timbalan Presiden secara senyap-senyap semasa itu, iaitu Dr Mahathir Mohamed yang tatkala itu sudah mahukan jawatan Presiden parti itu untuk beliau sendiri. 
 
Oleh itu pertandingan Sulaiman Palestin dengan Hussein Onn itu membuatkan Dr Mahathir berjaya mendapatkan jawatan Presiden itu lebih mudah setelah Hussein mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden parti dalam pemilihan berikutnya iaitu pada tahun 1981 dahulu.

Persoalannya ialah kenapa begitu mudah Hussein mengalah dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir begitu senang tanpa sebarang masalah yang membawa UMNO itu kepada perpecahan? 
 
Jawapannya mudah kerana pemimpin semasa itu hanya mahu melihat negara aman melalui perpaduan kepada parti yang memerintah, UMNO ketika itu. Hussein mahu pun Tun Razak sebelum itu tidak menganggap meletakan jawatan itu sebagai perkara yang payah untuk dilakukan kerana yang hanya ada dalam jiwa dan benak mereka hanyalah keamanan dan perpaduan rakyat dan tidak mahu melihat negara dibawa kepada arah tuju yang boleh membawa perpecahan negara.

Pemimpin semasa itu tidak memikirkan masalah keluarga dan menganggap bersara dari jawatan itu sendiri adalah pengorbanan terhadap rakyat dan negara. 
 
Mereka lebih menumpukan usaha untuk meninggalkan nama yang baik dan tidak mahu  sejarah membaca mereka sebagai seorang pembawa masalah kepada negara. Kenapa mereka mampu untuk menjiwai nilai ini? 
 
Sebabnya mudah kerana mereka tidak memikirkan laba dan keuntungan peribadi dan keluarga atau harta benda yang berbillion ringgit.

Apabila mereka berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini, mereka mengambilnya sebagai kejayaan peribadi yang sangat berharga untuk dibawa mati, tanpa sebarang persoalan dan persepsi buruk semasa meninggalkan dunia ini. 
 
Mereka mengambil mencapai 'ultimate perpaduan nasional' itu sebagai ibadah yang dituntut agama dan bangsanya. Lagi pula mereka mahukan kehidupan yang tenang semasa waktu-waktu sisa-sisa hidup didunia ini. Mereka takutkan kepada generasi yang akan datang yang akan membaca sejarah buruk untuk mereka.

Semuanya ini sudah hilang dan tidak lagi wujud elemen mulia ini dalam kepimpinan negara. Kepimpinan sekarang dari semua pihak sarat dengan kepimpinan yang berpandukan kepada kemahuan peribadi dan kepimpinan negara begitu sarata dengan mereka yang hanya menumpukan tenaga mereka untuk menjadi 'social climbers' semata-mata.  
 
Mereka adalah dari gulungan yang terlalu banyak kekurangan dalam diri mereka. Mereka tidak lebih dari orang ramai dibawah ini, termasuk diri saya sendiri yang hanya layaknya hanya menjadi pendukung perjuangan dan bukannya untuk menjadi pemimpin.

Itu sebabnya diantara mereka atau ahli keluarga mereka apabila sampai kepuncak mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan apa yang ada dihadapan mereka untuk diperguna dengan habis-habisan tanpa menimbangkan moral terhadap tindakan mereka. 
 
Yang berangan selama ini untuk menjadi 'jet setters' akan menggunakan kesempatan untuk terbang kemerata dan seantero dunia dengan jet-jet kerajaan dan semuanya ini dibayar oleh rakyat.

Pimpinan seperti ini juga tidak mahu mengambil segala 'accountability' di atas segala kesalahan dalam menggunakan wang kepunyaan rakyat terhadap kononnya pelaburan untuk negara. 
 
Kerugian yang melibatkan kerugian berpuluh-puluh billion ringgit di dalam setiap kes 'misadventure' sudah menjadi lazim dan tidak dianggap sebagai bersalah lagi.

Mereka masih selamba melekat kepada kerusi dan jawatan yang penting negara itu. Yang masih menjadi Perdana Menteri tidak mahu dialih dan dianjak, yang menjadi Menteri Dalam Negeri tetap memberikan alasan 'cock and bull stories' dalam mempertahankan kesalahan moral dan politik yang mereka lakukan. 
 
Tidak ada bentuk kesalahan yang boleh membuatkan mereka mengambil 'accountability' dan berhenti sahaja dari jawatan sandangan mereka.

Selalunya pemimpin yang tidak berkemampuan dan lemah tetapi masih ingin untuk berjawatan penting itu adalah mereka dari jenis yang tebal kulit mukanya. Itulah 'attribute' penting dalam kepimpinan hari ini baik dari pihak kerajaan mahupun dari pihak yang membangkang.

Tidak ada lagi pimpinan yang terasa yang mereka perlu meletakan jawatan kerana kekal dengan jawatan mereka itu akan memecah dan merosakan negara sehingga ia tidak dapat diperbetulkan lagi.

Mengikut dan mencontohi Hussein Onn tidak menyelerakan bagi pemimpin hari ini kerana tidak dapat kepentingan dan laba yang bertimbun. 
 
Kadangkala hendak salahkan orang lain pun susah juga, kerana anak kepada Hussein itu sendiri pun tidak mahu menghargai jiwa dan semangat bapanya itu.

Kita pinjam kata-kata Najib yang sangat popular, 'at all costs' kerusi di Putrajaya itu masti dikekalkan, walaupun ia menjahanamkan budaya politik yang bermoral.


Jurutera Malaysia Cabul 31 Mangsa Di Singapura

Posted: 19 Jan 2015 04:12 PM PST

 

Seorang jurutera berusia 31 tahun dari Malaysia mengaku mencabuli 31 mangsa berusia antara 11 dan 15 tahun dalam tempoh tiga tahun.
Kes ini dianggap jenayah seks paling teruk terhadap kanak-kanak lelaki.

Yap Weng Wah berkawan dengan kanak-kanak lelaki berkenaan di Facebook menggunakan identiti yang berbeza dan mula berbual-bual dengan mereka di laman sosial itu sebelum memujuk mereka untuk berjumpa dengannya.

Antara November 2009 dan Jun 2012, dia memujuk 30 kanak-kanak lelaki untuk mengadakan hubungan seks dengannya di beberapa lokasi seperti rumah pangsa sewaannya, tandas awam di pusat beli-belah, kompleks renang, bilik hotel dan taman awam.

Yap juga merakamkan perbuatan itu di telefon bimbitnya.

Dia kemudian menyimpan rakaman tersebut di dalam komputer ribanya dengan teliti seperti meletakkan dalam ruang khas yang merekodkan nama, umur dan tahun dia mengenali kanak-kanak itu.

Selepas mengadakan hubungan seks kali pertama dengan Yap, sebahagian daripada mangsa terus berjumpa dengannya dan melibatkan diri dengan perbuatan tidak bermoral itu.

Ia berterusan sama ada mereka sememangnya selesa berkawan dengan Yap mahupun kerana bimbang rakaman aksi mereka akan disebarkan.

Bagi seorang lagi mangsa, Yap meminta kanak-kanak berusia 12 tahun untuk menghantar video melakukan perbuatan lucah kepadanya.

Pegawai polis yang menyerbu rumahnya selepas salah seorang mangsa membuat laporan menemui lebih 2,000 klip video dalam komputer ribanya.

Jumaat lalu, Yap mengaku bersalah di mahkamah terhadap 12 tuduhan kesalahan seksual.

Yap bekerja di Singapura sejak 2009.

Peguamnya, Daniel Koh berkata anak guamnya itu mengaku pernah mengadakan hubungan seksual selama sembilan bulan bersama guru lelakinya ketika berusia 12 tahun.

- The Straits Times/ANN

Bekas pegawai disaran tak keluar kenyataan

Posted: 19 Jan 2015 08:00 AM PST

 
  Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihati supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pemulangan bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta yang diterima mereka sebelum ini.
  
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin berkata peguam daripada firma guaman Tetuan Bon & Associates yang dilantik mereka mengeluarkan nasihat itu bagi mengelak sebarang prejudis dalam isu pampasan berkenaan.
  
"Kami melantik peguam Tetuan Bon & Associates untuk menjawab surat kerajaan negeri berhubung pemulangan bayaran pampasan itu.
  
"Firma guaman ini akan turut menerima maklumat-maklumat termasuk dokumen berkaitan dengan urusan pembayaran pampasan tersebut bagi pihak kami," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
  
Pada 16 Jan lepas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata kerajaan negeri akan memutuskan tindakan susulan terhadap lapan bekas pegawai MBI terbabit berkemungkinan dalam minggu ini berhubung isu pembayaran pampasan berkenaan.

Menurutnya, tindakan susulan itu akan difikirkan oleh kerajaan negeri selepas tempoh pemulangan semula pampasan yang diberi kepada mereka yang terlibat tamat pada hari ini.
  
Mohamed Azmin sebelum ini mengarahkan kesemua lapan bekas kakitangan MBI yang terlibat supaya memulangkan semula wang pampasan kerana mendakwa terdapat beberapa perkara yang telah melanggar tatacara dan peraturan kewangan.
  
Sebelum ini, lapan pegawai itu dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta.
  
-Bernama

Pengimport sedang tarik balik epal tercemar

Posted: 19 Jan 2015 07:30 AM PST

 
Pengimport epal jenis Granny Smith dan Gala keluaran Syarikat Bidart Brothers dari Bakersfield, California, Amerika Syarikat sedang menarik balik kesemua buah-buahan itu daripada pasaran tempatan.
  
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata rakyat tidak perlu bimbang membeli epal jenis lain yang dijual di pasaran negara ini, selepas dakwaan terdapat bakteria jenis 'Listeria Monocytegenes' pada kedua-dua jenis epal tersebut.
  
"Syarikat berkenaan sedang menguruskan proses mengambil semula kedua-dua jenis epal itu di seluruh negara dan jika terdapat peniaga masih menjualnya, (orang ramai) boleh membuat laporan kepada kami," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Derma Darah dan Organ Perdana Pasca Banjir di Politeknik Kota Bharu hari ini.
  
Beliau berkata Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang giat menjalankan operasi pemantauan di seluruh negara berhubung perkara berkenaan.
  
Semalam, Kementerian Kesihatan menyita 19,960 biji epal jenis Gala dan Granny Smith yang diimport dari Amerika Syarikat bernilai RM82,000 dalam pemeriksaan di Kuching dan Sibu, Sarawak selepas dikhuatiri dicemari bakteria yang boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda awal gejala serangan penyakit bawaan makanan itu ialah sakit kepala, muntah, demam serta kekejangan pada leher dan orang ramai dinasihatkan tidak panik kerana hanya dua jenis epal tersebut disahkan tercemar manakala epal lain masih selamat dimakan.
  
Dalam perkembangan lain, Hilmi berkata kesedaran rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai penderma organ masih rendah berbanding keperluan semasa yang jauh lebih tinggi.
  
"Sejak diperkenalkan pada 1975, kita hanya mampu mengumpulkan sejumlah 500 penderma sedangkan terdapat 18,322 penerima organ yang sedang dalam senarai menunggu," katanya.
  
Beliau berkata kesedaran yang masih rendah itu disebabkan persepsi dan pandangan orang ramai yang belum jelas berhubung pendermaan organ.
  
Sementara itu, beliau berkata sehingga 11 Jan lepas, Pusat Darah Negara menghantar 430 unit darah merah dan lapan platelet 'apheresis' ke Kelantan, 250 unit darah merah dan 60 platelet jenis sama ke Terengganu, manakala 200 unit darah merah ke Pahang.
  
"Kita memerlukan antara 1,800 dan 2,000 penderma darah sehari bagi memenuhi keperluan pesakit seluruh negara," katanya.
  
Program yang diadakan selama tiga hari di Politeknik Kota Baharu itu dijangka mengumpul kira-kira 1,500 unit darah dengan pembabitan penuntut institusi berkenaan selain beberapa kolej komuniti lain di Kelantan.
  
-Bernama

'Beri kuasa pada JKKK sama seperti pada Umno' - YB Nurul Izzah Anwar

Posted: 19 Jan 2015 07:00 AM PST

 
 
PKR hari ini menolak pemberian kuasa mengurus pendaftaran pemilih kepada tiga badan kerajaan yang dikaitkan dengan Umno.

Badan-badan dimaksudkan itu ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata peranan baru yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sama seperti "memberi kuasa kepada Umno".

"Bukankah tindakan ini seolah-olah hanya memberikan kuasa kepada Umno dengan bertopengkan agensi kerajaan seperti JKKKP?" kata anggota parlimen Lembah Pantai itu.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah juga berkata, "hak eksklusif" kepada agensi-agensi itu  hanya membangkitkan gelisah orang ramai tentang "integriti dan sikap adil SPR".

Nurul Izzah membangkitkan berhubung Perkara 114 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan peri mustahaknya SPR mendapat kepercayaan awam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kelmarin dilaporkan berkata JKKKP diberi peranan baharu menguruskan pendaftaran pemilih di seluruh negara.

Katanya, SPR memberikan persetujuan akhir tahun lepas supaya JKKKP membantu mereka mengemas kini maklumat serta mendaftar pemilih baharu mengikut peraturan sedia ada di kawasan masing-masing.

JKKKP adalah anggota bergaji oleh pihak kerajaan seumpama KEMAS atau JASA yang menguruskan daftar pemilih di peringkat bahagian, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Bercakap dalam kempen daftar pemilih dan keahlian Umno peringkat Selangor di Shah Alam, Shafie yang  juga naib presiden Umno berkata, usaha melantik JKKKP sebagai pegawai bertauliah bagi mengurus perkara itu demi memastikan pendaftaran pemilih lebih berkesan. 
 
Malaysiakini 
 

Angah Raja Lawak - Wawa Bertunang

Posted: 19 Jan 2015 06:30 AM PST

 

angah raja lawak bertunang dengan wawa

KL, 19 JANUARI 2015: Pelawak Angah Raja Lawak telah selamat
bertunang dengan seorang gadis bernama Ameera Asyura yang lebih mesra dipanggil Wawa itu dalam sebuah majlis yang berlangsung semalam, Ahad 18 Januari 2015.
Angah atau nama sebenarnya, Iskandarsah Hashim 36,yang juga merupakan seorang duda beranak satu memilih gadis pilihan hatinya yang cukup manis bertudung.  Angah Raja Lawak telah berkongsi foto hari pertunangan dengan gadis bertudung tersebut di laman sosial Instagram miliknya @angah_lawaking.
Selain terpancar keserian di wajah pelawak tersebut, dia juga meluahkan rasa bersyukur dan berdoa semuanya berjalan lancar menerusi salah satu posting di Instagramnya itu.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Doakanlah semoga dipermudahkan segala urusan yang bakal buat kami yang bakal mendatang.. Amin insyallah.. Dan terima kasih kepada semua yang dah menghadiri majlis pertunangan kami tadi.. I luv uolss.. @asyura_king #DoakanKami #EDay #AngahWawa
Majlis yang turut diserikan dengan pelamin dan busana berona coklat itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran teman seperjuangan Angah dalam arena lawak bersama pasangan masing-masing.
Antara yang dilihat melalui gambar yang dikongsi pelawak tersebut adalah seperti Nabil dan isteri, Along Jalor, Tauke Jambu dan ramai lagi.
Reaksi positif dapat dilihat daripada komen oleh teman dan peminat setia Angah dimana mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan itu supaya cepat-cepat melangsungkan perkahwinan.

Kerusi meja nasi kandar 'Line Clear' dirampas

Posted: 19 Jan 2015 05:45 AM PST

 
 
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini merampas kerusi dan meja premis nasi kandar 'Line Clear' kerana didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015.
  
Pengusaha restoran nasi kandar terkenal itu, Abdul Hamid Seeni Pakir, 65, mendakwa Restoran Line Clear yang beroperasi 24 jam itu didatangi sepasukan anggota penguatkuasa pada pukul 3.30 pagi dan mengangkut kira-kira 30 kerusi dan meja di kaki lima premis itu.
  
"Masa itu ada kira-kira 20 pelanggan di kedai dan pekerja hanya tengok penguatkuasa angkut barang itu masuk ke dalam lori mereka," katanya kepada pemberita di kedainya di Jalan Penang di Georgetown.
  
Beliau yang mengaku berniaga tanpa lesen sejak memegang giliran berniaga di premis itu pada 2008, mendakwa tidak menerima sebarang notis dan penjelasan daripada MPPP berhubung perkara itu.
  
Abdul Hamid berkata beliau dan tiga pewaris lain restoran yang diasaskan bapanya itu mengamalkan sistem giliran iaitu setahun operasi bagi setiap seorang  sejak 1950-an.

Abdul Hamid berkata beliau pernah memohon lesen sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada 2006, 2009, 2010, 2011 dan 2012 namun tidak diluluskan MPPP.
  
Sementara itu, Jabatan Korporat Bahagian Perhubungan Awam MPPP berkata tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Penjaja 1979.
  
"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan kerana pengusaha berkenaan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen bagi tahun 2015," kata jabatan itu dalam kenyataan di Georgetown.
  
Kenyataan itu menyebut MPPP telah mengeluarkan lesen kepada pengusaha baru mengikut keputusan yang dibuat MPPP pada 8 Okt tahun lepas.
  
Dalam sidang akhbar 2 Jun tahun lepas, Pengarah Bahagian Pelesenan MPPP Azman Sirun berkata menurut rekod, lesen telah dikeluarkan atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.
  
-Bernama
 

Mahfuz menang saman akhbar RM150K

Posted: 19 Jan 2015 05:00 AM PST

 
 
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar akan mendapat RM150,000 setelah menang saman terhadap New Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee.

Ia berkaitan artikel dalam Berita Harian pada tahun 2000 berjudul "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif hari ini menolak permohonan NSTP untuk merayu kerana tiada merit untuk membenarkannya.

Pada Mei tahun lalu, tiga anggota Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009, yang memutuskan artikel itu sebagai fitnah.

Mahfuz diwakili oleh peguam Azhana ‎Mohd Khairuddin manakala NSTP pula diwakili oleh Nad Segaram.
 

Malaysiakini

Kenapa Hidup Kita Tidak Bahagia.....Ini Antara Sebabnya.......

Posted: 19 Jan 2015 04:30 AM PST

Gayanya Macam Khir Toyo Akan Dibebaskan ?

Posted: 19 Jan 2015 03:45 AM PST



Pasukan pendakwaan mengakui terdapat kesilapan dalam pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Timbalan pendakwa raya (DPP) Mohd Masri Daud berkata pihak pendakwaan hanya menyedari perkara itu apabila masuk ke peringkat rayuan.

"Bagaimanapun, ia tidak bermaksud pasukan pembelaan ditipu atau berlakunya kesilapan mahkamah (miscarriage of justice)," kata Masri kepada Mahkamah Persekutuan sebentar tadi.

Katanya, Khir juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor semasa menjadi menteri besar.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini membangkitkan bahawa anak guamnya dituduh menyalah guna kedudukan sebagai menteri besar untuk mendapatkan tanah dan harta tanah bawah harga pasaran.

Bagaimanapun, tambah peguam, perbicaraan itu merujuk kedudukan Khir sebagai pengerusi PKNS.

Shafee berkata, pihak pendakwaan tidak meminda pertuduhan sepanjang perbicaraan dan menuduhnya sebagai seorang bekas menteri besar dan mewujudkan kesan prejudis terhadap Khir untuk mendapatkan perbicaraan adil.

Ia juga didakwa menafikan hak anak guamnya untuk memanggil saksi tambahan untuk tujuan pembelaan.

"Atas perkara ini saya, anak guam saya patut dibebaskan daripada pertuduhan," kata Shafee.

Khir sebelum ini disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijatuhkan  hukuman 12 bulan penjara.

Mahkamah Rayuan mengekal sabitan dan hukuman itu.

Rayuan Khir hari ini didengar di Mahkamah Persekutuan di hadapan lima panel hakim diketuai oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ayah cuma uzur biasa, kata Nik Abduh

Posted: 19 Jan 2015 03:00 AM PST

 
 
  
 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuma uzur biasa selepas kesihatannya menurun sedikit selepas banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya anaknya Nik Abduh, ayahandanya itu tidak turut serta bersolat di masjid seperti kebiasaannya kerana keletihan.

"(Beliau) di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat.

"Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit.

"Apa pun baik insya-Allah," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Dalam kenyataannya yang disiarkan di Facebook Nik Aziz sebentar tadi, Nik Abduh berkata ayahandanya juga memilih untuk tidak diziarahi kerana mahu berehat secukupnya.

"Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan gambar Nik Aziz yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.
  
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.
  
"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.
  
Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.
  
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas menteri besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
  
Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
  
Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.

'Teksi merah' didakwa ada hubungan dengan menteri

Posted: 19 Jan 2015 02:15 AM PST

 


Pengasas teksi premium Big Blue Taxi Service Datuk Shamsubahrin Ismail menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat syarikat yang memiliki lesen teksi bajet atau "teksi merah" yang didakwa ada hubungan dengan ahli politik.

Katanya, syarikat-syarikat besar teksi bajet itu sama ada ada hubungan atau mendapat sokongan daripada ahli politik, termasuk pihak menteri.

Shamsubahrin enggan menamakan siapakah pihak yang dimaksudkannya itu tetapi sedia memberi kerjasama kepada SPRM jika dipanggil untuk membantu siasatan.

Malaysiakini belum menamakan syarikat-syarikat itu sementara menunggu maklum balas daripada mereka.

Shamsubahrin berkata, syarikat itu mendapat lesen daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan operasinya dikekalkan selepas ia diambil alih oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dakwanya, pada ketika itu lagi syarikat itu telah menggunakan sokongan politik bagi membolehkan mereka mendapat bilangan lesen yang banyak.

"Syarikat yang ada kaitan dengan ahli politik atau menteri boleh mendapat bilangan lesen teksi bajet sehingga 2,000 keping ke atas.


"Namun, syarikat yang tidak ada kaitan dengan ahli politik hanya boleh mendapat antara 100 hingga 500 keping lesen teksi bajet," dakwanya.

Dakwanya lagi, syarikat itu, yang kebanyakannya bukan syarikat bumiputera, terpaksa bergantung kepada ahli politik kerana lebih sudah mendapatkan lesen.

Bagaimanapun, tambahnya, SPAD sekarang tidak lagi mengeluarkan lesen teksi bajet kepada syarikat, sebaliknya langsung kepada individu melalui skim Teksi 1Malaysia.

'Tak ikut meter'

Sementara itu, Shamsubahrin juga membangkitkan kualiti perkhidmatan teksi yang menurutnya semakin teruk apabila terdapat teksi merah didakwanya tidak mengikut peraturan, terutama sekali dalam penggunaan meter.

Justeru, beliau menggesa SPAD menukar pegawainya yang gagal dalam penguatkuasaan.

"Saya tak nampak transformasi yang SPAD kata selama ini. Yang saya nampak mereka ingin batalkan teksi biru (teksi premium) yang mendapat sambutan baik selama ini." 



Malaysiakini :

Tak 'pisah', Dr M sokong pandangan PERKASA

Posted: 19 Jan 2015 01:30 AM PST

 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak laporan media bahawa beliau tidak lagi sehaluan dan 'berpisah' dengan kumpulan pendesak Melayu PERKASA.

"Saya harus katakan bahawa tiada asas untuk saya menjarakkan diri daripada PERKASA," katanya.

Katanya, walaupun tidak terikat secara rasmi dengan NGO itu beliau mengakui dalam hal-hal tertentu berkongsi pendapat dengannya.

"Terutamanya dalam hal berkaitan reaksi terhadap pandangan ekstrim bukan Melayu," katanya dalam blog hari ini.
 
Malaysiakini

BLOGGER OMAK KAU BERPATANG ARANG DENGAN AZMIN KERANA TERLALU SAYANG PADA TSKI?

Posted: 19 Jan 2015 12:45 AM PST




AKU pun tak tahu apa masalah dengan Blogger kawan aku "Omak Kau" ni. Sudah lama aku perhatikan semenjak bos dia TSKI dipecat dan Azmin jadi MB Selangor, ada saja perbuatan Azmin yang akan menjadi bahan beliau.

Aku tahu, sewaktu kempen pemilihan di dalam parti dulu sahabat aku ni mengekor saja ke mana TSKI pergi termasuk ke Pahang di tempat aku. Orang kuat TSKI jugalah kiranya.

Tidak salah mahu sokong TSKI. Aku pun orang yang kuat berkempen untuk TSKI setelah aku rasa peluang Saifuddin tipis waktu itu. Dan, ramai juga teman-teman di Pahang yang menyokong Azmin tetapi kami terbuka dan aku pun tidak bermusuh dengan penyokong sesiapa pun.

Apabila parti membuat keputusan, aku punya pendirian selagi aku di dalam parti maka parti adalah keutamaan aku bukan individu. Jika aku sokong Saifuddin atau TSKI waktu itu, aku tidak pula mencari apa saja isu murahan untuk burukkan Azmin.

Bila Azmin terpilih menjadi Timbalan Presiden KEADILAN, aku kena akur keputusan pemilihan. Memang ada kelemahan yang perlu diperbaiki itu kena akur tetapi bukan bermakna aku mesti jahanamkan parti.

Bila Azizah tidak dapat menjadi MB kerana tiada sokongan Istana, aku juga akur dengan kehendak parti yang memberi restu kepada Azmin yang dipilih oleh Istana sebagai MB Selangor.

TSKI dipecat, apa yang TSKI buat untuk pertahankan dirinya setelah diberi peluang bela diri? Tiada. Bahkan beliau tidak datang pun untuk menjelaskan apa-apa tentang pemecatannya. Ertinya, TSKI sengaja mahu dirinya dipecat sebab itu beliau tidak mahu hadir beri apa-apa penjelasan kepada parti.

Mungkin beliau rasa beliau boleh lawan parti kerana ada PAS yang kuat menyokongnya dari belakang. Omak Kau pula terus hilang arah selepas TSKI dipecat.

Ada orang kata dia jadi begitu kerana sudah hilang punca pendapatan selama ini sebagai Blogger berbayar untuk TSKI.

Aku tidak percaya semurah itu perjuangan rakanku ini, mungkin itu gossip saja kot. Tetapi tindakannya yang berterusan mencari apa saja isu untuk mempersendakan Azmin menampakkan penyakit Omak Kau semakin parah. Azmin turun ke akar umbi pun menjadi isu buat beliau.

Aku rasa jika Azmin duduk saja di Pejabat MB berhawa dingin, Omak Kau juga akan buat isu Azmin tidak turun ke akar umbi. Bila Azmin turun, dijadikan isu seolah-olah Azmin mahu menunjuk-nunjuk atau berlakun. Azmin ke K.Krau baru-baru ini pun menjadi isu.

Terbaru tulisan Omak Kau di sini http://omakkau.blogspot.com/2015/01/gelagat-azmin-yang-menusuk-kalbu-sambil.html , gambar Azmin makan nasi bungkus pun menjadi isu. Omak Kau kata hanya Azmin makan seorang manakala yang lain pandang sahaja. Lojikkah begitu?

Adakah tiada gambar orang lain makan bersamanya membuktikan orang lain tidak makan di dalam program kunjungan MB Selangor?

Aku rasa ini isu murahan untuk memburukkan imej Azmin setelah tiada isu dasar yang lain boleh diperkatakan. Maka terpaksa kutip isu azmin masuk longkang, Azmin cuci kain dan Azmin makan nasi bungkus.

Mengapa tidak ulas isu di mana TSKI sekarang? Waktu banjir di mana TSKI? Bukankah sewaktu di penghujung hayat beliau di Kerusi MB negeri yang paling kerap TSKI datang adalah di Kelantan dan Terenganu?

Kita tahu waktu itu sokongan Muryidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz penting untuk TSKI kekalkan jawatan beliau sebagai MB.

Sokongan Presiden PAS, Hj Hadi juga penting. Sebab itu TSKI kerap sangat berkunjung ke dua-dua negeri tersebut. Bahkan, Hj Hadi pun sanggup datang ke rumah TSKI.

Punyalah akrab. Rumah TSKI seperti berkampong dengan Solat Hajat dan berbagai-bagai program lagi waktu itu. Bila musibah banjir datang dan paling teruk di Kelantan, ada TSKI datang ke sana?

Waktu itu kebetulan Tok Guru Nik Aziz uzur di Hospital, ada TSKI menjenguk? Yang datang jenguk adalah Anwar sewaktu beliau berkunjung ke Kelantan. Azmin pun turun Kelantan.

TSKI ada?

Terengganu pun ada TSKI datang untuk bertanya khabar tentang banjir kepada Hj Hadi? Tiada. Sumbangan jangan tanyalah. Mungkin duit pun dah tiada kerana geng-geng TSKI sudah ambil awal ratusan ribu ringgit sebagai pampasan.

Ada Omak Kau mahu ulas semua ini? Aku harap cukup-cukuplah Omak Kau mencari isu murah untuk jejaskan imej Azmin. Carilah isu yang besar-besar dan releven jika ikhlas untuk melihat MB Selangor ini boleh laksanakan tugas dengan baik. Jangan cari isu yang macai amno pun ketawa membacanya sebab mereka pun tidak sebodoh itu di dalam menjaja isu.


Dicatat oleh WFAUZDIN NS

VIDEO - Jawatankuasa Krisis Nasional Perlu Ditubuhkan

Posted: 19 Jan 2015 12:01 AM PST