Ahad, 18 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tahukah anda, NASA telah menjumpai satu system planet baru..

Posted: 18 Jan 2015 10:30 PM PST

 

Di katakan jaraknya 50 ribu tahun cahaya perjalanan..

Bayangkan sahabat... jika cahaya itu 50,ribu tahun duhulu telah ada dan kini baru kita nmpak...
Betapa luasnya alam milik Allah ini..


Betapa jauhnya perjalanan dari langit pertama ke langit kedua...kedua hingga ke tiga...dan seterusnya..


Akan tetapi...

Bila ada org tanya kpd Saidina Ali berapa jauhnya bumi ini dgn langit Allah...


Jawab Saidina Ali r.a "Dekat sngt..sedekat doa yg Allah mustajabkan"


Dekatnya kita dgn Allah kata Saidina Umar adalah di sepertiga malam iaitu "SayammQiamulail".. Pedang Qiamulail


Dalam Surah AlIsraa ayat 79


Firman Allah


" Hendak lah engkau bertahajjud sebahagian drpd mlm sebagai kewajipan tambahan kpdmu pasti Allah akan membangkitkanmu pd kedudukan yg terpuji"
 

Tiada Yang Mustahil Dalam Malaysia !

Posted: 18 Jan 2015 09:45 PM PST

Pengurusan banjir kita mendakwa yg cekap - pengurusan sukan pun sama ..malah membenteras kongsi gelap dan judi punkatanya  berjawa.Tapi kes altantuya kita terlepas pandang pula.....ish...ish...ish....

Pengurusan banjir kita mendakwa yg cekap - pengurusan sukan pun sama ..malah membenteras kongsi gelap dan judi punkatanya berjawa.Tapi kes altantuya kita terlepas pandang pula.....ish...ish...ish....
 

"Tun Daim Menteri Kewangan Dan Pemimpin Paling Korup & Rasuah ?

Posted: 18 Jan 2015 09:00 PM PST


 
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin. 

Beliau bagaimanapun mengharapkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersikap profesional ketika menjalankan tugasan itu. 

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Tun Daim Zainuddin mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi. 

Tiga hari lalu, Tun Daim Zainuddin menyuarakan kesediaannya bekerjasama dengan SPRM, namun menolak campur tangan kumpulan pengkritik.

10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol.

Posted: 18 Jan 2015 08:15 PM PST

 Rawatan Semulajadi! Tranungkite Cara Hilangkan Sakit Kepala Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya.

Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit kepala ialah: Tekanan (tension headache). Kemurungan Migrain (pengecutan salur darah) Penyakit serta ketegangan dalam mata. Sakit gigi dan tulang rahang.

Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak. Kejang otot. Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. Angin Ahmar Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). Tekanan Darah Tinggi Pengambilan dadah dan racun

Adalah tanda-tanda diatas sama dengan apa yang pernah anda rasa?Ingin tahu cara hilangkan sakit kepala? Berikut disenaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat seperti Paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit. 1. Guna limau kasturi Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut.

Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

2. Urut dengan minyak panas Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut.

Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!

3. Guna pek ais Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

4. Jauhi MSG Pernah dengar atau tidak dialog ini, "Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto".

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.

Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.

Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus. Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masah di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya!




5. Rehatkan diri Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising.

Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut.

Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat. 6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar) Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala.

Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam.

Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit. 7. Minum air elektrolit Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive.

Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala.

Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak.

Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian. 8. Letak kain basah di dahi Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring.

Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan.

Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega. 9. Rendam kaki dalam bekas air panas

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas.

Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar! 10.

Rawatan akupuntur Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala.

Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan.

Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. Kami percaya, cara hilangkan sakit kepala guna teknik akupuntur sangat berkesan. Belum cuba, belum tahu!

Tambahan lagi Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.

Air juga dapat membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan. Segera jumpa doktor Jika anda sedang mengalami sakit kepala, anda boleh cuba mana-mana cara untuk hilangkan sakit kepala seperti di atas ini agar sakit kepala tersebut hilang.

Cara hilangkan sakit kepala di atas cuma cadangan sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku jika anda mengikuti petua ini. Jika sakit kepala tersebut terlalu berat, anda boleh mengambil ubat tahan sakit sebagai cara untuk hilangkan sakit kepada. Ia boleh didapati di farmasi berhampiran anda dan murah serta berkesan untuk memberikan kelegaan dengan cepat.

Cuma elakkan daripada menjadi terlalu bergantung kepadanya yang akan membuatkan ubat tahan sakit menjadi tidak berkesan dalam jangka masa yang panjang. Cara hilangkan sakit kepala yang terbaik ialah berjumpa doktor dan dapatkan konsultasi yang bertauliah.

Jika sakit kepala yang terlalu kerap dan terlampau teruk, lebih baik berjumpa doktor pakar.

Sumber: Siraplimau


Manik Urai, Dabong Major, Kemubu Musnah Teruk Akibat Banjir.

Posted: 18 Jan 2015 07:30 PM PST

 

























Misi bantuan mangsa banjir admin 17/01/2015. Sungguh menyedihkan. Beginilah keadaan kemusnahan akibat banjir besar Kelantan 2-3 minggu sudah. 

Keadaannya tidak banyak berubah, kepada mana-mana individu atau persatuan yang ingin membantu mereka amat memerlukan tilam, selimut buat masa ini. Semoga bantuan kita yang sedikit dapat meringankan beban mereka insya Allah.

Dr. Ali Jum'ah...Ratu Inggris Keturunan Nabi Muhammad SAW Dicatat oleh ustazcyber

Posted: 18 Jan 2015 06:45 PM PST

http://3.bp.blogspot.com/-TL83ijHKuko/VLuFOdUVeDI/AAAAAAAARJs/oCfWK0RKxvo/s1600/ezb.jpg Kaherah. Mantan mufti Mesir, Dr. Ali Jumah, kembali mengeluarkan pernyataan yang kontroversi bahwa ratu Inggris, Elizabeth II, adalah keturunan Nabi Muhammad SAW.

Ratu ini tidak beragama Islam kerana Inggris memaksa moyangnya memeluk agama Kristian. Dalam satu program di televisyen Mesir CBC, Sabtu (17/1/2015) , Dr. Ali Jumah menceritakan tentang moyang ratu Inggris, "Dulu Inggris melarang keberadaan orang Muslim.

Oleh kerana itu ada seseorang dari keluarga Al-Hasyimi, keluarga Nabi Muhammad SAW, yang ditangkap dan dipaksa berpindah keyakinan kepada agama Kristian."

Dr. Ali Jumah, termasuk ulama pendukung kudeta tentera pimpinan As-Sisi.

Beliau berkali-kali mengeluarkan fatwa yang mendapat banyak penentangan. Di antaranya fatwa yang membolehkan polis dan tentera Mesir membunuh para demonstran pendukung pemerintahan Presiden Mursi. Walaupun merupakan pernyataan yang sangat kontroversi, Dr. Ali Jumah ini tidak memberikan bukti sejarah yang menguatkan pernyataannya itu. (sumber)

YB DS Anwar Ibrahim Diantara Menteri Kewangan Malaysia Terbaik !!

Posted: 18 Jan 2015 06:00 PM PST

 DSAI: 4 CARA ATASAI EKONOMI MASA KINI


 

DSAI telah membentangkan satu cadang untuk penambahbaikan pengurusan ekonomi negera, pada 18 Januari di program Meet Anwar yang di adakan di One Worle Hotel, persoalanya apakah sangguh kepimpinan Najib menerima cadanagan tersebut? 4 Cadangan berkisar di daya fikir DSAI yang di jual untuk tindakan Najib seterusnya. Kita lihat apa akan terjadi nanti.
 
PADA 12 Disember tahun lalu, saya telah memaklumkan kepada rakyat Malaysia untuk bersedia menghadapi waktu-waktu sukar kerana kita sedang berhadapan dengan hentakan berganda melalui penurunan harga minyak mentah antarabangsa di samping penyusutan nilai Ringgit Malaysia ke tahap terendah semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Harga minyak mentah Brent terus menurun. Sehingga kini, ia telah menyusut sebanyak 53 peratus dari tahun lepas, yakni daripada purata 108 Dollar Amerika Syarikat setong pada Januari 2014 kepada 51 Dollar Amerika Syarikat secara purata bagi bulan Januari 2015.

Nilai Ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah, mengkesampingkan nilai Yen. Ia telah menyusut kepada RM3.55 untuk setiap 1 Dollar Amerika Syarikat daripada RM3.32 setahun yang lalu. Sejak Oktober 2014, ringgit telah menyusut hampir 8.3 peratus.

Benar, bahawa matawang Asia yang lain turut menyusut dan terkesan ke atas Dollar Amerika Syarikat, tetapi matawang kita jatuh hampir dua kali ganda jika dibanding Dollar Taiwan dan Dollar Singapura pada 4.59 peratus dan 4.50 peratus masing-masing berbanding Dollar Amerika Syarikat.

Harga minyak sawit mentah juga melemah pada anggaran 10 peratus kepada RM 2300 satu tan.

Nampak Pada Hasil Negara

Pendapatan daripada minyak dan gas membentuk 30 peratus daripada keseluruhan pendapatan kerajaan. Belanjawan Persekutuan 2015 yang telah dibentangkan  pada 10 Oktober tahun lepas adalah berasaskan kepada julat harga minyak mentah antara 100 ke 105 Dollar Amerika Syarikat setong.

Malah sebelum penyusutan ke tahap semasa, Petronas telah memberi amaran sekiranya harga minyak mentah pada anggaran purata 70 ke 75 Dollar Amerika Syarikat, keseluruhan sumbangan kepada pendapatan kerajaan akan menyusut sebanyak 8 peratus. Ini bermakna pengurangan sebanyak RM 19.4 billion daripada anggaran pendapatan sebanyak RM 242 billion ke atas unjuran belanjawan 2015.
Kini, dalam pada harga minyak menurun hampir separuh, apakah dampak sebenar ke atas pendapatan negara?

Meskipun dimaklumi bahawa akan berlaku penjimatan subsidi minyak, namun sebagaimana yang dilapor oleh Maybank Research di dalam penerbitan terbaharu mereka, penyusutan pendapatan sebanyak RM 8.4 billion akan melangkaui penjimatan subsidi dan mengakibatkan defisit fiskal sebanyak 4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan bukannya seperti yang sasaran 3 peratus untuk tahun 2015.

Menurut Goldman Sachs dan Morgan Stanley, harga minyak mentah bakal terus terapung di antara 40 ke 50 Dollar Amerika Syarikat pada tahun 2015. Ini membawa maksud kesan ke atas pendapatan kerajaan dan defisit akan menjadi lebih parah. Beberapa penganalisis memberi peringatan mengenai tahap defisit yang mampu mencecah setinggi 5 peratus.  Ini akan berlanjutan sekiranya nilai Ringgit Malaysia terus menyusut dan harga minyak sawit mentah terus jatuh.

Dari segi pelaburan ekuiti, menurut CLSA (Credit Lyonnais Securities Asia), Malaysia mencatatkan prestasi pasaran saham terburuk Asia pada tahun 2014.  Meskipun bursa saham Indonesia, Thailand dan Singapura masih berjaya mencatatkan pertumbuhan positif, bursa saham negara mencatatkan penurunan yang signifikan.

Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan terdahulu, terdapat juga isu berkaitan aliran keluar modal asing daripada kedua-dua pasaran bon Ringgit (45 peratus daripada keseluruhan MGS (sekuriti kerajaan Malaysia)) dan ekuiti. Tarikan pasaran yang lemah serta ketidaktentuan fiskal akan mendorong Ringgit menyusut ke tahap terendah dalam sejarah serta menolak kadar pulangan MGS dan menaikkan kos pembiayaan (nisbah hutang kepada KDNK pada 55 peratus).

Apa Yang Harus Kerajaan Lakukan Sekarang?

Pertama sekali, korupsi dan ketirisan perlu ditangani. Kami melalui Pakatan Rakyat telah membentangkan dalam Belanjawan Bayangan Pakatan Rakyat 2015 bahawa penjimatan konservatif hanya pada kadar 15 peratus dalam ketirisan perbelanjaan kerajaan mampu menjimatkan hampir RM 20 billion atau bersamaan 1.6 peratus daripada unjuran KDNK.

Kedua, kita harus menghentikan budaya pembaziran serta cara hidup mewah dan boros yang diselimuti melalui proses perolehan yang samar dan amalan penswastaan yang legap. Kerajaan perlu berhenti menyorok setiap hutang lapuk di bawah hamparan luar kunci kira-kira.

Tiada satu sebarang alternatif kepada tatakelola yang baik selain daripada maklumat yang benar dan telus berhubung kewangan negara. Dalam hal ini, kita sudah sedia terkesan dibebani skandal 1MDB. Rakyat sudah muak dan tidak mampu bertolak ansur lagi.

Ketiga, Jawatankuasa Krisis Nasional yang bersifat rentas parti politik perlu ditubuhkan pada kadar segera melibatkan Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, para ekonomis, pakar-pakar pasaran serta pakar dalam bidang-bidang berkaitan.

Jawatankuasa ini, antara lain hendaklah ditugaskan dengan peranan dan tanggungjawab untuk memantau harga komoditi setiap hari dan diberikan kuasa untuk melaksanakan segala langkah bersesuaian untuk mengurangkan dampak negatif selepas sebarang konsensus dicapai.

Keempat, kerajaan perlu bersedia untuk memperkenalkan langkah-langkah penjimatan sekiranya harga minyak menyusut ke tahap lebih rendah dan kekal statik. Ini bermaksud keperluan memangkas projek-projek mega, tetapi meneruskan perbelanjaan dalam bidang-bidang kritikal seperti kesihatan, pendidikan, dan bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir.

Perlu diingatkan bahawa negara-negara yang bergantung kepada hasil mahsul minyak seperti Norway (yang mempunyai tatakelola pengurusan dan pentadbiran yang baik) juga telah berada dalam mod bersedia untuk berhadapan dengan kesan jangka panjang berikutan harga minyak yang rendah.

Diakui bahawa pergerakan harga komoditi antarabangsa merupakan sesuatu di luar kawalan kita. Sungguhpun begitu, kita berkemampuan mengawal seluruh cara perbelanjaan dan pengurusan kewangan negara.

Di sinilah kerajaan gagal dan terus gagal meskipun Pakatan Rakyat berulang kali menggesa agar berpijak pada bumi yang nyata dan mengambil langkah-langkah pencegahan. Apakah yang telah dilakukan sebelum ini? Apakah ini sikap yang memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk bertransformasi?

Krisis Banjir dan Pengajarannya

Inilah sikap yang sama yang telah mengakibatkan kemusnahan dek bencana banjir baru-baru ini. Banjir merupakan satu fenomena saban tahun yang telah berlaku berabad lamanya, tetapi tiada langkah kawalan dan pencegahan yang serius dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Dalam hal ini, kita harus mengagumi badan-badan NGO yang datang beramai-ramai menghulur bantuan. Melangkaui batas agama dan bangsa yang berbeza, sokongan dan kesiapsiagaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir merupakan sesuatu yang belum pernah berlaku sebelumnya dan menunjukkan peri penting Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bersekali dengan badan-badan NGO.

Mesej Kepada Rakyat

Zaman sukar menanti kita kesan daripada perbelanjaan kerajaan yang bakal dikurangkan dan pertumbuhan ekonomi yang turut menguncup.  Rakyat perlu kekal berjimat cermat dan jangan menambah hutang atau komitmen kewangan yang tidak perlu.

Tatkala inflasi berterusan meningkat di saat penggajian kekal di takuk lama, rakyat akan berhadapan dengan kesukaran ekonomi yang hebat dan ketidakseimbangan pendapatan akan terus melebar.

Justeru, kami menggesa kerajaan agar telus dalam meramal ekonomi negara. Rakyat menantikan pengumuman Selasa ini dan menjangkakan usaha Kerajaan Persekutuan yang serius lagi bersungguh-sungguh untuk menstruktur semula Belanjawan 2015.

Anwar Ibrahim
Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
18 Januari 2015

Buku Politik Paling Panas 2015 Dari Tuan Syed Hussein Al Attas !!

Posted: 18 Jan 2015 05:30 PM PST

Amalkan Empat Pelukan Sehari Untuk Merasa Lebih Sehat !

Posted: 18 Jan 2015 04:45 PM PST

AMALKAN BERPELUKAN EMPAT KALI SEHATI UNTUK MENDAPAT KESIHATAN YANG LEBIH BAIK  !!

5 Tips Hebat Untuk Menjadikan Rumah tangga Anda Sentiasa Ceria heart emoticon

InsyaAllah, semoga tips ini dapat sama-sama kita amalkan, khususnya bagi yang belum berumah tangga.

1. Amalkan amalan seperti bersalam (dengan anak-anak) dan berpelukan (setiap hari sebelum & selepas bekerja. InsyaAllah, amalan ini sangat baik dan boleh menceriakan rumah tangga anda.




2. Amalkan makan bersama keluarga. 

Biasanya bila soal makan, ramai yang akan fikir makan bersama seperti dalam drama tv tuh. Makan bersama yang saya maksudkan adalah berkongsi makanan di dalam satu talam/pinggan dan berkongsi minuman dalam bekas yang sama.

Memang bagi orang yang tidak pernah coba cara ini mereka akan merasa agak janggal, tapi kalau sudah mencobanya, saya yakin hubungan suami istri akan jauh lebih erat. Apalagi jika si suami menyuap makanan ke dalam mulut si isteri. Oh, memang indah!...

Inilah akhlak Rasulullah terhadap isterinya.

3. Membuat mesyuarat harian. Jangan salah anggap. 


Mesyuarat yang saya maksudkan bukanlah mesyurat rasmi. Mesyuarat bersama suami isteri dan anak-anak adalah mesyuarat yang diadakan dalam suasana tidak formal & santai. Contohnya sebelum tidur, semasa makan dan sebagainya.

4. Menghidupkan rumah dengan amalan taa'lim.

Amalan taa'lim di rumah ibarat seperti enjin pada sebuah kereta. Tanpa enjin, kereta tak akan berguna. Hidupkan amalan membaca hadist & membaca ayat suci al-Quran, atau apa-apa amalan keagamaan di rumah secara berjemaah.

Ajak ahli keluarga (suami) duduk bersama selama 5-15 menit (minimum) setiap hari. Inilah amalan yang menjadi amalan para sahabat selepas mereka kembali dari majlis Rasulullah s.a.w di masjid.

5. Menzahirkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.

Kasih sayang itu perlu dizahirkan, bukannya dipendam. 


Kasih sayang terhadap isteri perlu dizahirkan. Maksud dizahirkan di sini bukannya dizahirkan dalam bentuk harta & kemewahan, tapi dizahirkan melalui perhatian, kata-kata, tingkah laku di rumah, akhlak terhadap isteri dan sebagainya. Seorang suami yang mencoba untuk memasak & melakukan pekerjaan rumah di rumah akan dihormati oleh istrinya selama-lamanya.

5 tips ini bukanlah tips yang direka-reka, tapi inilah lima cara yang telah ditunjukkan Rasulullah s.a.w kepada ahlinya (keluarga). 


Maksudnya ini adalah sunnah nabi.

"Barangsiapa yang mencintai sunnah, dia akan bersama Rasulullah di surga kelak"

Kit Siang bikin Zahid berpeluh lagi! Apa rahsia besar itu, Kit Siang soal kabinet

Posted: 18 Jan 2015 04:00 PM PST

 
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan berterus terang bagi pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung projek keselamatan negara antara pihaknya dan 'raja judi' Paul Phua.

Tuntutan itu dibuat selepas Zahid enggan mendedahkan perkara itu atas alasan "rahsia besar" bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

"Kabinet – pada Rabu ini – patut pegang teguh prinsip urus tadbir baik dan telus dan menukar status berhubung maklumat 'projek keselamatan negara' melibatkan individu didakwa raja judi Paul Phua, yang mana polis tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

"Kabinet patut biarkan rakyat Malaysia tahu sama ada terdapat 'projek keselamatan negara' melibatkan Phua sebelum ini, berapa banyak semuanya dan kenapa polis tidak tahu menahu," kata Lim.

Zahid mencetuskan konservatif selepas suratnya bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat didedah. Dalam surat itu, Phua dikatakan membantu kerajaan Malaysia dalam projek "keselamatan negara".


Posted by mountdweller


Anwar sedia beri 'bukti' tentang Daim pada SPRM

Posted: 18 Jan 2015 08:00 AM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan mendedahkan "bukti" dimilikinya, berkaitan dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan terhadap bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), jika dipanggil.

Kepentingan perniagaan yang dikaitkan dengan Daim sekali lagi menjadi perhatian, apabila media mesra kerajaan juga melaporkannya.

Ia berlaku selepas Daim tampil mengkritik dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar (kanan), ketua umum PKR dan ketua pembangkang, berkata beliau sedia bekerjasama jika SPRM memutuskan untuk menyiasat Daim.

"Jika beliau panggil saya, sudah tentu saya akan kerjasama. Malah, saya ada bukti kukuh," tegasnya.

Persatuan teksi Sibu tuntut subsidi bahan api

Posted: 18 Jan 2015 07:30 AM PST

 
Persatuan Pemilik Teksi Sibu (STOA) meminta kerajaan persekutuan memberi bantuan subsidi bahan api kepada pengusaha-pengusaha teksi di Sarawak bagi membolehkan mereka membelinya dengan
harga murah.

Pengerusinya Robert Angkah berkata, sudah lama persatuan mengemukakan permohonan itu kepada kerajaan tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang maklum balas.

"Kami (pengusaha teksi di Sarawak) belum lagi menerima apa-apa bantuan subsidi (bahan api) daripada kerajaan walaupun perkara ini pernah disuarakan lama dahulu.

"Oleh itu kali ini kita memohon bantuan Datuk Seri Tiong King Sing (Anggota Parlimen Bintulu) menyampaikan permintaan kita ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk pertimbangan," katanya pada majlis makan malam sempena mesyuarat agung tahunan dan sambutan tahun baharu 2015 di Sibu malam tadi.

Menurut Robert, suatu ketika dahulu persatuan ada memohon kepada kerajaan supaya membina stesen gas asli untuk kenderaan (NGV) kerana harganya jauh lebih murah berbanding petrol.

"Bagaimanapun persatuan dimaklumkan bahawa kos bagi membina stesen NGV dan menarik gas itu dari Bintulu adalah terlalu mahal dan tidak berbaloi dilaksanakan setakat ini.

"Oleh sebab itulah kita memohon kerajaan supaya memberi subsidi (bahan api) kepada pengusaha teksi," jelasnya.

Sementara itu, Tiong yang merupakan tetamu kehormat pada majlis itu berkata, beliau akan menyampaikan permintaan STOA itu kepada Perdana Menteri.

- Bernama

 

Insiden tumbuk, terajang buat bos KFC kesal

Posted: 18 Jan 2015 06:45 AM PST

 
Ahad, 18 Jan 2015  Insiden tumbuk, terajang buat bos KFC kesal   Kentucky Fried Chicken (KFC) selagi lagi mencetuskan perhatian selepas tersebar video tumbuk dan terajang kakitangannya yang bergaduh sesama sendiri.  Dalam video 36 saat yang kini tersebar meluas di Internet, menyaksikan pergaduhan dua lawan satu antara seorang sepasang lelaki-perempuan dengan seorang lagi lelaki.  Ia bermula apabila seorang wanita memukul rakan sejawatannya dengan topi sebelum sebuah tendangan melayang ke arah lelaki itu.  Pergaduhan itu dileraikan kemudiannya.  Video itu kelihatan seperti dirakam oleh pelanggan daripada depan kaunter pesanan.  KFC dalam kenyataan di Facebook semalam berkata insiden itu berlaku di cawangan Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur pada Jumaat.  Syarikat ayam goreng terkenal itu berkata insiden yang berlaku amat dikesali.
 
Kentucky Fried Chicken (KFC) selagi lagi mencetuskan perhatian selepas tersebar video tumbuk dan terajang kakitangannya yang bergaduh sesama sendiri.

Dalam video 36 saat yang kini tersebar meluas di Internet, menyaksikan pergaduhan dua lawan satu antara seorang sepasang lelaki-perempuan dengan seorang lagi lelaki.

Ia bermula apabila seorang wanita memukul rakan sejawatannya dengan topi sebelum sebuah tendangan melayang ke arah lelaki itu.

Pergaduhan itu dileraikan kemudiannya.

Video itu kelihatan seperti dirakam oleh pelanggan daripada depan kaunter pesanan.

KFC dalam kenyataan di Facebook semalam berkata insiden itu berlaku di cawangan Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Syarikat ayam goreng terkenal itu berkata insiden yang berlaku amat dikesali.

"Berdasarkan siasatan awal, pergaduhan itu berlaku antara dua adik beradik dan hal peribadi.

"Kami memulakan inisiatif siasatan dalaman untuk memahami sepenuhnya punca insiden itu," kata Naib Presiden KFC Ling Mee Jiuan.


Malaysiakini.

Sokongan Terbuka Utusan Kepada Hadi Awang

Posted: 18 Jan 2015 06:00 AM PST

 

Tindak tanduk Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) semakin mencurigakan apabila bertemu dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagi merangka kerjasama dan strategi untuk pilihan raya umum akan datang, kata Utusan Malaysia.

"Nampaknya perjuangan PasMa makin jauh menyimpang daripada perjuangan parti itu (PAS).

"DAP termasuk Lim Guan Eng banyak mengkritik, memperlekeh dan membantah hasrat kerajaan PAS untuk melaksanakan hudud.

"Di sebalik najis yang diberi oleh DAP kepada Pas, PasMa menghadiahkan bunga kepada DAP," tulis Awang Selamat, suara rasmi akhbar itu.

Awang Salamat turut membangkitkan bagaimana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yangmembidas Pasma kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama parti itu berhubung larangan menyertai NGO itu.

"Awang kasihan kepada PAS kerana makin ramai jadi 'duri dalam daging' dalam parti tersebut.

"Sejauh mana PAS berani untuk mengambil tindakan ke atas PasMa dan membersihkan parti itu, sukar ditelaah tetapi Awang tidak mahu ambil mudah Hadi.

"Kesabaran ada hadnya termasuklah dalam menghadapi penghinaan politik yang tidak henti-henti," tulis Awang Selamat.

Kerusi Taib Mahmud kosong di London

Posted: 18 Jan 2015 05:15 AM PST

Kerusi Taib Mahmud kosong di London Walaupun diundang menjelaskan sumber kekayaannya, Yang Dipertua Sarawak Tan Sri Taib Mahmud tidak kelihatan ketika pelancaran buku Money Logging: 


On the Trail of the Asian Timber Mafia karya Lukas Straumann di London pada Jumaat.

Kerusi, yang disediakan untuk ahli politik paling lama di Malaysia dalam sesi perbincangan, kekal kosong. Peguam Taib di Londong Mishcon de Reya juga tidak hadir, menurut kenyataan Bruno Manser Fund (BMF).

Straumann sebelum ini mencabar Taib mengambil bahagian dalam acara itu dan menjelaskan sumber kekayaannya selepas Taib dijelaskan oleh peguamnya sebagai "ultra high net worth individual".

Dalam bukunya, Straumann mengaitkan bekas ketua menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu dengan kesalahan jenayah rasuah dan salah laku.

Taib dilaporkan cuba menghentikan jualan buku itu sebelum ini. BMF juga mendakwa terdapat usaha untuk mensenyapkan publisiti buku itu.

Pada Khamis, Mishcon de Reya didakwa mahu mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC kerana menyiarkan wawancara dengan Straumann berkaitan rasuah dalam pembalakan di Sarawak.

"Dakwaan Mishcon berhubung kenapa wawancara dengan Straumann tidak patut disiarkan, tidak disokong oleh bukti, selain daripada Money Logging didakwa 'penuh dengan kesalahan'," kata BMF dalam kenyataan sebelum ini.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Ahad, 18 Januari 2015 Kerusi Taib Mahmud kosong di London Walaupun diundang menjelaskan sumber kekayaannya, Yang Dipertua Sarawak Tan Sri Taib Mahmud tidak kelihatan ketika pelancaran buku Money Logging: On the Trail of the Asian Timber Mafia karya Lukas Straumann di London pada Jumaat. Kerusi, yang disediakan untuk ahli politik paling lama di Malaysia dalam sesi perbincangan, kekal kosong. Peguam Taib di Londong Mishcon de Reya juga tidak hadir, menurut kenyataan Bruno Manser Fund (BMF). Straumann sebelum ini mencabar Taib mengambil bahagian dalam acara itu dan menjelaskan sumber kekayaannya selepas Taib dijelaskan oleh peguamnya sebagai "ultra high net worth individual". Dalam bukunya, Straumann mengaitkan bekas ketua menteri Sarawak yang lama berkhidmat itu dengan kesalahan jenayah rasuah dan salah laku. Taib dilaporkan cuba menghentikan jualan buku itu sebelum ini. BMF juga mendakwa terdapat usaha untuk mensenyapkan publisiti buku itu. Pada Khamis, Mishcon de Reya didakwa mahu mengambil mengambil tindakan undang-undang terhadap BBC kerana menyiarkan wawancara dengan Straumann berkaitan rasuah dalam pembalakan di Sarawak. "Dakwaan Mishcon berhubung kenapa wawancara dengan Straumann tidak patut disiarkan, tidak disokong oleh bukti, selain daripada Money Logging didakwa 'penuh dengan kesalahan'," kata BMF dalam kenyataan sebelum ini. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Kempen singkir Zahid Hamidi sudah bermula?

Posted: 18 Jan 2015 04:30 AM PST

 
Walaupun masih ada setahun sebelum pemilihan Umno pada 2016, pertandingan yang bakal memberikan laluan kepada ahli parti untuk menjadi pemimpin negara itu dikatakan sudah bermula, dan kempen untuk menyingkirkan pemimpin kanan paling popular, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang dilakukan.

Sumber dalaman Umno memberitahu, isu surat menteri dalam negeri itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung raja judi Paul Phua Wei Seng sedang digunakan untuk menamatkan karier politik ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Kerana popularitinya dan status sebagai pemimpin kanan Umno paling popular (presiden dan timbalan presiden tidak bertanding) dan sudah teruji dalam dua pemilihan lepas, Zahid dilihat menjadi penghalang kepada sesetengah pemimpin untuk mendaki hiraki kepimpinan parti Melayu itu.

Dalam pemilihan Umno akan datang, Zahid dilihat sebagai ancaman bagi jawatan timbalan presiden mahupun presiden Umno kerana popularitinya.

Ini bermakna, jika Zahid menang jawatan timbalan presiden atau presiden Umno, beliau bakal menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri Malaysia.

Salinan surat Zahid kepada FBI dan rencana mengenainya pada mulanya didedahkan akhbar South China Morning Post (SCMP). SCMP juga menyiarkan kandungan surat itu, di mana Zahid mengatakan Paul bukan ahli kongsi gelap 14K di Malaysia.

Surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano itu mendakwa Paul membantu Putrajaya dalam projek yang berkaitan dengan keselamatan negara.

Ketika isu surat kepada FBI itu heboh di media atas talian dan laman sosial sehingga Zahid menjawabnya buat kali pertama Jumaat lepas, tidak kelihatan pemimpin-pemimpin kanan Umno mempertahankannya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberitahu media pada 13 Januari, Kabinet tidak pernah berbincang mengenai surat Zahid kepada FBI itu.
Bagaimanapun, keesokan harinya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mesyuarat jemaah menteri sudah mendengar penjelasan Zahid berhubung surat yang dihantarnya kepada FBI.
Zahid juga tidak mendapatkan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di bawah kementeriannya. Dikatakan polis yang sebelum ini tidak percaya dengan pendedahan akhbar SCMP kini marah kerana reputasi PDRM tercalar.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu.

"Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.

"Kemudian, ketika isu itu semakin berkembang dan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat sidang akhbar, rasa tidak percaya itu bertukar menjadi ketawa dan akhirnya marah.

"Kredibiliti pasukan polis hancur lumat kerana orang ramai mula mempersoalkan kenyataan bercanggah yang datang dari Malaysia berhubung kes Phua," kata seorang pegawai berpangkat tinggi.

Sebab itulah Zahid pada sidang medianya Jumaat lepas berikrar akan tetap memerangi gangsterisme, jenayah dan judi di negara ini.

"Saya tidak akan berkompromi dengan gejala tidak sihat dan episod ini menguatkan semangat saya untuk terus memerangi aktiviti jenayah," katanya.

Kenyataan itu dilihat sebagai usaha memenangi kembali hati anggota-anggota PDRM yang berada di bawah kementeriannya.

Pada masa sama, Umno sedang "menggasak" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana lantang mengkritik Datuk Seri Najib Razak dengan menyerang sekutu rapatnya Tun Daim Zainuddin melalui media dikawal mereka.

Tidak pernah kita bayangkan TV3 memberikan liputan besar-besaran kepada laporan PKR kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Daim. Tetapi itulah yang berlaku hari ini.

Pemerhati politik melihat inilah masa terbaik untuk Zahid bersekutu dengan Dr Mahathir.

Namun satu sumber lain mengatakan Dr Mahathir masih terluka dengan Zahid berhubung episod lama ketika menteri dalam negeri itu ketua pemuda Umno.

Keadaan ini mungkin berubah apabila saat genting tiba kerana dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal ~ 




The Malaysian Insider


TMJ Bagi ‘Last Warning’ Pada Sebuah Akhbar Tabloid

Posted: 18 Jan 2015 03:45 AM PST


Sunday, 18 January 2015.  TMJ Bagi 'Last Warning' Pada Sebuah Akhbar Tabloid  KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR – "Saya terima keputusan berikut tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan yang diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)."

Demikian tegas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung keputusan FAM berkenaan isu membabitkan pemain baharu Johor Darul Takzim (JDT), Gary Steven Robbat.

Justeru, baginda menyelar laporan sebuah akhbar tabloid tempatan kononnya baginda menghormati keputusan FAM mengenakan denda RM100,000 ke atas Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan RM50,000 ke atas Gary.

"Inilah mengapa perlunya kami (PBNJ) mempunyai laman sosial dan laman web rasmi yang diuruskan secara profesional, agar tidak ada media cetak mahupun elektronik boleh memutarbelitkan sebarang kenyataan saya.

"Saya terima keputusan berikut (status Gary) tetapi tidak semestinya saya bersetuju atau hormati keputusan diambil FAM berkenaan isu berkaitan seperti yang telah dilaporkan," titah baginda dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Ahad.

Tegas Tunku Ismail, baginda berpandangan laporan akhbar itu tidak bertanggungjawab dan beretika kerana tidak merujuk kepada baginda terlebih dahulu.

"Ini merupakan amaran saya yang terakhir kepada pihak media di mana saya akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada lagi laporan yang memutarbelitkan kenyataan saya," titah baginda.

Tunku Ismail menambah, tanggungjawab media adalah menyebarkan laporan tepat berdasarkan kajian dan fakta yang menyeluruh bukan sekadar mencipta cerita berunsur gosip semata-mata untuk mendapatkan rating yang tinggi.



MYNEWSHUB.CC

Berita Ini Bakal Memeningkan CEO Air Asia

Posted: 18 Jan 2015 03:00 AM PST

 
Sunday, 18 January 2015.  Berita Ini Bakal Memeningkan CEO Air Asia  Jururawat Australia menyaman AirAsia terhadap insiden tahun lalu apabila seorang pramugari terjatuh ke atasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.  Akhbar Australia Herald Sun melaporkan, disebabkan itu, Erin Crocker, 36, mengalami keretakan dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.  Dilaporkan Crocker menolak penyelesaian dari AirAsia, yang mana peguamnya Nancy Yonan, menyifatkan sebagai "keretakan seminit daripada nilai tuntutan sebenar."  AirAsia yang kehilangan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal meninggal dunia juga dikatakan mahu beliau bersetuju untuk tidak membuat tuntutan lanjutan, menurut laporan itu. ~malaysian insider      Injured nurse to sue AirAsia after hostess fell on her  Erin Crocker is set to sue AirAsia after a hostess fell on her.      A MELBOURNE mum is suing strife-plagued airline AirAsia after an air hostess fell on top of her mid-flight, injuring her foot.       Erin Crocker, 36, almost abandoned her Supreme Court claim after the airline's Flight QZ8501, from the Indonesian city of Surabaya to Singapore, crashed into the Java Sea on December 28, killing all 162 aboard.       But Ms Crocker has now decided to fight on.       The nurse was returning from a family holiday to Thailand last April 4 when the plane hit severe turbulence and she was thrown to the floor.       AIRASIA 'COCKPIT, ENGINE' FOUND       A flight attendant then fell on her, injuring her right foot.       Ms Crocker suffered multiple joint fractures and a ligament tear requiring major surgery that sidelined her for weeks.       Ms Crocker also suffered deep vein thrombosis below her right knee.       Ms Crocker is seeking damages for pain and suffering, loss of enjoyment of life, medical expenses and loss of income. She has rejected a settlement offer.       Lawyer Nancy Yonan, of Arnold Thomas and Becker, said that in its offer, AirAsia had wanted Ms Crocker to sign away any future entitlement to make a claim.

Jururawat Australia menyaman AirAsia terhadap insiden tahun lalu apabila seorang pramugari terjatuh ke atasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.

Akhbar Australia Herald Sun melaporkan, disebabkan itu, Erin Crocker, 36, mengalami keretakan dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Dilaporkan Crocker menolak penyelesaian dari AirAsia, yang mana peguamnya Nancy Yonan, menyifatkan sebagai "keretakan seminit daripada nilai tuntutan sebenar."

AirAsia yang kehilangan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal meninggal dunia juga dikatakan mahu beliau bersetuju untuk tidak membuat tuntutan lanjutan, menurut laporan itu. ~malaysian insider
Injured nurse to sue AirAsia after hostess fell on her

Erin Crocker is set to sue AirAsia after a hostess fell on her.

A MELBOURNE mum is suing strife-plagued airline AirAsia after an air hostess fell on top of her mid-flight, injuring her foot. 

Erin Crocker, 36, almost abandoned her Supreme Court claim after the airline's Flight QZ8501, from the Indonesian city of Surabaya to Singapore, crashed into the Java Sea on December 28, killing all 162 aboard. 

But Ms Crocker has now decided to fight on. 

The nurse was returning from a family holiday to Thailand last April 4 when the plane hit severe turbulence and she was thrown to the floor. 

AIRASIA 'COCKPIT, ENGINE' FOUND 

A flight attendant then fell on her, injuring her right foot. 

Ms Crocker suffered multiple joint fractures and a ligament tear requiring major surgery that sidelined her for weeks. 

Ms Crocker also suffered deep vein thrombosis below her right knee. 

Ms Crocker is seeking damages for pain and suffering, loss of enjoyment of life, medical expenses and loss of income. She has rejected a settlement offer. 

Lawyer Nancy Yonan, of Arnold Thomas and Becker, said that in its offer, AirAsia had wanted Ms Crocker to sign away any future entitlement to make a claim. 

"It is unfortunate that we had to commence legal proceedings in the Supreme Court, but AirAsia made an offer of settlement which represents only a minute fraction of the claim's true value," Ms Yonan said. 

"Interestingly, Ms Crocker did not want to continue with her claim when she learned of the QZ8501 crash, as she was of the view she would be taking money away from those victims," she said, "but she is now determined to fight for her rights." 

So far, just 50 bodies of those lost in the air crash have been recovered.


Addin.