Sabtu, 17 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Kempen singkirkan Zahid Hamidi sudah bermula - Amin Iskandar

Posted: 17 Jan 2015 10:30 PM PST

 
Kempen singkirkan Zahid Hamidi sudah bermula -  Amin Iskandar   Walaupun masih ada setahun sebelum pemilihan Umno pada 2016, pertandingan yang bakal memberikan laluan kepada ahli parti untuk menjadi pemimpin negara itu dikatakan sudah bermula, dan kempen untuk menyingkirkan pemimpin kanan paling popular, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang dilakukan.   Sumber dalaman Umno memberitahu, isu surat menteri dalam negeri itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung raja judi Paul Phua Wei Seng sedang digunakan untuk menamatkan karier politik ahli Parlimen Bagan Datoh itu.   Kerana popularitinya dan status sebagai pemimpin kanan Umno paling popular (presiden dan timbalan presiden tidak bertanding) dan sudah teruji dalam dua pemilihan lepas, Zahid dilihat menjadi penghalang kepada sesetengah pemimpin untuk mendaki hiraki kepimpinan parti Melayu itu.   Dalam pemilihan Umno akan datang, Zahid dilihat sebagai ancaman bagi jawatan timbalan presiden mahupun presiden Umno kerana popularitinya. Ini bermakna, jika Zahid menang jawatan timbalan presiden atau presiden Umno, beliau bakal menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri Malaysia.   Salinan surat Zahid kepada FBI dan rencana mengenainya pada mulanya didedahkan akhbar South China Morning Post (SCMP). SCMP juga menyiarkan kandungan surat itu, di mana Zahid mengatakan Paul bukan ahli kongsi gelap 14K di Malaysia.   Surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano itu mendakwa Paul membantu Putrajaya dalam projek yang berkaitan dengan keselamatan negara. Ketika isu surat kepada FBI itu heboh di media atas talian dan laman sosial sehingga Zahid menjawabnya buat kali pertama Jumaat lepas, tidak kelihatan pemimpin-pemimpin kanan Umno mempertahankannya.   Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberitahu media pada 13 Januari, Kabinet tidak pernah berbincang mengenai surat Zahid kepada FBI itu. Bagaimanapun, keesokan harinya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mesyuarat jemaah menteri sudah mendengar penjelasan Zahid berhubung surat yang dihantarnya kepada FBI.   Zahid juga tidak mendapatkan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di bawah kementeriannya. Dikatakan polis yang sebelum ini tidak percaya dengan pendedahan akhbar SCMP kini marah kerana reputasi PDRM tercalar. Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri,   Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu. "Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu. Walaupun masih ada setahun sebelum pemilihan Umno pada 2016, pertandingan yang bakal memberikan laluan kepada ahli parti untuk menjadi pemimpin negara itu dikatakan sudah bermula, dan kempen untuk menyingkirkan pemimpin kanan paling popular, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang dilakukan. 

Sumber dalaman Umno memberitahu, isu surat menteri dalam negeri itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung raja judi Paul Phua Wei Seng sedang digunakan untuk menamatkan karier politik ahli Parlimen Bagan Datoh itu. 

Kerana popularitinya dan status sebagai pemimpin kanan Umno paling popular (presiden dan timbalan presiden tidak bertanding) dan sudah teruji dalam dua pemilihan lepas, Zahid dilihat menjadi penghalang kepada sesetengah pemimpin untuk mendaki hiraki kepimpinan parti Melayu itu. 

Dalam pemilihan Umno akan datang, Zahid dilihat sebagai ancaman bagi jawatan timbalan presiden mahupun presiden Umno kerana popularitinya. Ini bermakna, jika Zahid menang jawatan timbalan presiden atau presiden Umno, beliau bakal menjadi timbalan perdana menteri atau perdana menteri Malaysia. 

Salinan surat Zahid kepada FBI dan rencana mengenainya pada mulanya didedahkan akhbar South China Morning Post (SCMP). SCMP juga menyiarkan kandungan surat itu, di mana Zahid mengatakan Paul bukan ahli kongsi gelap 14K di Malaysia. 

Surat yang ditujukan kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano itu mendakwa Paul membantu Putrajaya dalam projek yang berkaitan dengan keselamatan negara. Ketika isu surat kepada FBI itu heboh di media atas talian dan laman sosial sehingga Zahid menjawabnya buat kali pertama Jumaat lepas, tidak kelihatan pemimpin-pemimpin kanan Umno mempertahankannya. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya memberitahu media pada 13 Januari, Kabinet tidak pernah berbincang mengenai surat Zahid kepada FBI itu. Bagaimanapun, keesokan harinya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata mesyuarat jemaah menteri sudah mendengar penjelasan Zahid berhubung surat yang dihantarnya kepada FBI. 

Zahid juga tidak mendapatkan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di bawah kementeriannya. Dikatakan polis yang sebelum ini tidak percaya dengan pendedahan akhbar SCMP kini marah kerana reputasi PDRM tercalar. 

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri,
Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu. 

"Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.


Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Padah Tak Bayar Hutang

Posted: 17 Jan 2015 09:30 PM PST

 

KOTA BHARU - Disebabkan bebanan hutang yang belum dilangsaikan, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an cedera di jari kanan dan tangan kanan selepas diserang empat lelaki menggunakan kayu di Tanjung Chat, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa ke kawasan tersebut untuk bertemu seorang lelaki yang dipercayai meminjamkan wang kepadanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, mangsa diserang akibat peminjam tidak puas hati terhadapnya yang tidak dapat menjelaskan hutang.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di tangan dan jari, kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan susulan.

"Empat suspek terbabit berjaya melarikan diri dan polis giat mengesan mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Rohaimi berkata, hasil siasatan terhadap mangsa, dia pernah terlibat kes jenayah dadah dan ditahan pada 30 November lalu atas kesalahan mencuri kereta.

"Kita masih menjalankan siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan," katanya.

UMNO Khianat Orang Melayu ??

Posted: 17 Jan 2015 09:00 PM PST

Salah satu misteri yg masih tidak terjawab sampai kehari ni...seperti pembunuhan Altantuya...Kemana lesapnya ASB RM52 billion ?? Puas sudah rakyat mohon penjelasan..malah cadangan penubuhan RCI utk kebaikan bersama terus tidak dipedulikan.. Rakyat terpaksa buat andaian demi andaian..kerana mereka tidak dpt penjelasan..yg pasti hanya satu..RM52 billion saham ASB telah diselewengkan dan dirompak oleh UMNO sendiri...siapa pelaku dan juak juaknya hanya terjawab bila Umno kalah diPRU nanti..

Salah satu misteri yg masih tidak terjawab sampai kehari ni...seperti pembunuhan Altantuya...Kemana lesapnya ASB RM52 billion ?? 

Puas sudah rakyat mohon penjelasan..malah cadangan penubuhan RCI utk kebaikan bersama terus tidak dipedulikan.. 

Rakyat terpaksa buat andaian demi andaian..kerana mereka tidak dpt penjelasan..yg pasti hanya satu..RM52 billion saham ASB telah diselewengkan dan dirompak oleh UMNO sendiri...

Siapa pelaku dan juak juaknya hanya terjawab bila Umno kalah diPRU nanti..

BETUL KE INI?

Posted: 17 Jan 2015 08:30 PM PST

 Ahad, 18 Januari 2015  BETUL KE INI?  FACE BOOK  Wanji Wanhussin Wanji  · Elok sesangat la kalau benar berita ni..  Elok sesangat la kalau benar berita ni.. Like ·    Posted by Tukar Tiub
Wanji Wanhussin Wanji
·
Elok sesangat la kalau benar berita ni..

Elok sesangat la kalau benar berita ni..
 

Posted by Tukar Tiub
 

Bekas CEO TEKUN Kantoi Rasuah - Media Arus Perdana 'Cover' Identiti Suspek - Inila Individu YG Kata Duit TEKUN Hanya Untuk Ahli UMNO Sahaja.

Posted: 17 Jan 2015 08:00 PM PST

Baru2 neh bekas CEO TEKUN NASIONAL telah ditahan reman selama 7 hari atas satu siasatan rasuah yang membabitkan jumlah dari 20,000 sehingga ke 70,000 sebulan.


Bagaimana dia mengambil rasuah?

Dia mengambil rasuah dengan meminta dari syarikat yang bertanggungjawab mengutip hutang dari peminjam-peminjam.

Ini apa yang dilaporkan serba sedikit.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) diperintah direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya mulai hari ini hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan ketika berkhidmat di bawah agensi kerajaan itu.

Perintah tahanan reman terhadap tertuduh berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Tuan Lukman Hakim Abu Bakar Sedik.

Tertuduh dipercayai menerima suapan berjumlah RM20,000 sehingga RM70,000 pada setiap bulan bermula 2011 sehingga tahun lalu, iaitu ketika menyandang tugas berkenaan. Lelaki itu dipercayai meminta habuan daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan TEKUN untuk mengutip hutang yang dipinjam oleh peniaga dari industri kecil dan sederhana.

So. Atas sebab apa syarikat yang bertanggungjawab kutip hutang dari peminjam perlu membayar sejumlah wang tertentu kepada dia? 

Apa yang membuatkan bekas CEO TEKUN mampu mempengaruhi syarikat yang bertanggungjawab kutip hutang untuk memberikan rasuah kepadanya.

Pernah fikir?

1. Adakah kerana mereka2 yang dilantik untuk kutip hutang ini ialah dipilih atas dasar kronisma dan nepotisme?

2. Berapa banyak komisen yang mereka terima setiap kali kutip hutang dari peminjam?

3. Peminjam bukan sahaja perlu tanggung kos pinjaman pokok bahkan perlu juga selitkan riba dan kini sedikit 'faedah' untuk mereka yang diperanankan untuk mengutip hutang?

4. Adakah dengan menggunakan duit pembayar cukai yang kerajaan salur kepada TEKUN digunakan untuk menjana satu perniagaan supaya kerajaan turut mendapat untung melaluinya? Kerajaan dapat untung (riba), yang proses pinjaman dapat untung (kerja), yang kutip hutang pun dapat untung (faedah)?

5. Di zaman serba serbi canggih neh, sepatutnya kerajaan dah tak boleh lagi gunakan cara lapuk dan menindas peminjam kalau sungguh kau nak bantu orang2 yang sangat mengharapkan bantuan modal bagi meluaskan perniagaan masing2.

Sambung balik isu bekas CEO TEKUN yang kantoi atas pertuduhan rasuah tadinya tue.

Yang menariknya. Malaon yang kantoi ini ialah dia yang berkata pinjaman TEKUN hanya layak untuk ahli UMNO semata-mata. Isu berkenaan menjadi kontroversi kerana bekas CEO TEKUN mengeluarkan kenyataan ini ketika dia tertinggal otak dia dalam stor.



Dan kau semua boleh fikir. Kalau dia boleh terima wang komisen selama 3 tahun pada setiap bulan sehingga jumlahnya boleh mencecah kepada 70,000 ringgit sebulan pasai apa dia nak menjadi jujur dengan tambahan dana sebanyak 700 juta yang disediakan oleh kerajaan kepada TEKUN?

Orang yang menerima rasuah ialah orang yang tidak jujur.

Dan kalau kau semua baca laporan akhbar berkenaan bekas CEO TEKUN yang kantoi atas siasatan mengambil rasuah oleh SPRM, kau akan nampak baik SINAR, baik UTUSAN, baik Berita Harian baik manam-mana media arus perdana sekalipun dorang TIDAK SIARKAN ;

- Nama penuh individu yang ditahan atas pertuduhan rasuah

- Wajah suspek

Kenapa diCOVERnya identiti individu tersebut?

Nampak? Nampak?

Cuma ada satu portal online yang melaporkan hal berkenaan dengan gambar yang dikaburkan.


Berserta dengan sedikit CLUE.
Menurut siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki yang pernah memegang jawatan tinggi dalam Bahagian UMNO Jelutong Pulau Pinang berusia 60 tahun itu ditahan pukul 9.30 malam tadi di Kelab Shah Alam.

Rujukan : sini.

Aku sekarang tengah fikir. Apakah agaknya kaedah yang digunakan bagi membolehkan syarikat pengutip hutang membayar rasuah kepada bekas CEO TEKUN?

Adakah dengan mengalihkan 'beban' tersebut ke atas bahu peminjam?

Adakah pemalsuan dokumen berlaku disitu?

Adakah sebenarnya peminjam yang tanpa sedar telah terdorong untuk bayar lebih bagi mengcover 'rasuah' kepada bekas CEO TEKUN?

Peminjam2 sepatutnya aware dengan perkembangan yang terbaru neh. Ke memang kebanyakkan dari peminjam tue geng2 UMNO? Kalau ya memang aku tak heran la kenapa dorang bodoh piang.


KAH KAH KAH


Ameno World

Peperangan media di antara puak Mahathir/Daim dgn Najib itu, peperangan terhadap diri sendiri

Posted: 17 Jan 2015 07:30 PM PST

 
Tidak ada siapa yang tidak bergaduh sekarang ini. Pergaduhan berlaku di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. DAP membangkang pengenalan hukum hudud di Kelantan kerana tidak pernah dipersetujui dalam manifesto bersama pakatan pembangkang itu. 
 
Sekarang DAP pula mahu mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan yang tidak pernah dibawa berbincang dalam Pakatan dan PAS tidak bersetuju tindakan DAP itu. Sekarang PAS menuduh DAP 'cakap tidak serupa bikin'.

Kini Pakatan pembangkang seolah-olah sudah tidak wujud lagi pada hakikatnya dan masing-masing membuat kerja masing-masing dengan hala tujuan masing-masing. 
 
Dalam pihak kerajaan pula berlaku pergaduhan besar dalam MIC dan berlaku pergeseran di antara parti-parti dalam BN itu. UMNO tidak lagi sekuat dahulu yang mampu menguasai hala tuju BN itu.

UMNO kini bergaduh sesama sendiri. Puak bekas Perdana Menteri bergaduh dengan puak Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Razak. 
 
Setelah menerima kritikan yang kuat dari pihak Tun Mahathir, maka pihak Najib pula telah mendapat nasihat dari seorang yang hanya dikenali sebagai HR dalam usaha memberikan tentangan terhadap kritikan pihak Dr Mahathir. 
 
Seorang yang bernama HR sebagai mana yang disebut oleh A Kadir Jasin dikatakan begitu berpengaruh dan segala arahannya terhadap media-media massa perdana untuk mengkritik Dr Mahathir, Daim Zainduddin dan Kadir Jasin sendiri.

Sekarang di antara pemimpin dan mereka yang rapat dengan kuasa dalam UMNO dan BN itu sedang bergaduh sesama sendiri dan masing-masing mengeluarkan kelemahan pihak yang berlawanan itu. Pertembungan di antara puak Dr Mahathir/Daim dan Najib dikatakan oleh setengah pihak sebagai 'bontot kuali mengatakan bontot belanga hitam'. 
 
Masing-masing mendiami rumah kaca dan elok jika masing-masing tidak melontar batu ke rumah kaca lawan.

Semuanya sudah terburai dan ingatlah, perlakuan buruk kita tidak akan dapat dipengapkan selama-lamanya. Tiba masanya ia akan terbongkar dan akan diketahui umum juga. 
 
Yang paling mengelirukan kita, kedua-dua belah pihak bercakap tentang kesejahteraan rakyat dan menentang semua bentuk kezaliman dalam kerajaan dan negara.

Sekarang kedua-dua belah pihak sedang bergaduh dikhalayak ramai seperti 'janda tua bergaduh sambil menyinsing kain dikhalayak ramai dikampung-kampung dahulu'. 
 
Masing-masing membontotkan pihak lawannya sebagai tanda benci dan dendam masing-masing terhadap pihak lawan. Sekarang ini kita mulai nampak apa yang ada disebalik kain mereka.

Kita lihat seterusnya apa yang berlaku di antara kedua-dua belah pihak ini dalam sehari dua ini. Kedua-dua belah pihak semakin hari semakin terbawa-bawa dengan amarah masing-masing dan mereka ini jugalah yang mengaku diri mereka sebagai pejuang kepada rakyat dan negara sedangkan sebenarnya mereka sedang mempertahankan 'lopak dan laba' masing-masing itu.

Saya mengambil ini sebagai isu hari ini kerana saya sudah lama menulis tentangnya. Selalu saya perkatakan akhirnya masing-masing tidak akan mampu bertahan dengan ego masing-masing kerana masing-masing mempunyai saham dalam menjadikan negara kita dalam keadaan sekarang ini.

Jika ada walaupun sebelah pihak sahaja yang benar-benar jujur terhadap rakyat yang dipimpin mereka tidak akan berlaku bergaduh sambil 'menyinsing kain' seperti sekarang ini. 
 
Tentulah pihak yang benar tidak akan memberikan respon yang sama seperti pihak yang lagi satu. Pendeknya apa yang dikatakan oleh puak Kadir Jasin terhadap Najib itu semuanya benar, dan apa yang diperkatakan oleh Najib terhadap pihak Dr Mahathir, terutamanya Daim itu semuanya benar.
 
 

Dalam pergaduhan ini Najib nampaknya kesaorangan kerana tidak ada seorang Menteri pun yang tampil secara terangan mempertahankan Najib, kerana mereka tahu jika Najib berundur akhirnya mereka secara 'collective' mesti berundur sedangkan banyak laba yang akan hilang jika Najib berundur. Mereka bukan mahu berkorban untuk rakyat walaupun itulah yang mereka laungkan dalam politik ini.

Tidak ada juga pihak yang mengiyakan apa yang di sebut oleh Dr Mahathir terhadap Najib kerana rakyat yang berfikir akan mengakui, 'there must be a cause for a cause'. Kalau tidak kerana berlindung dibawah kuasa Mahathir dahulu masakan Najib akan wujud dan timbul sebagai pemimpin besar negara? 
 
Kalau tidak ada lonjakan oleh Mahathir masakan Pak Lah dan Najib muncul di pesada kepimpinan negara dan melakukan kerja yang sangat tidak selari dengan kehendak Dr Mahathir sendiri?

Inilah padah yang di perolehi oleh Dr Mahathir kerana terlalu kuat memelihara orang yang lemah untuk menggantikan beliau. 
 
Sekarang oleh kerana Najib dan Pak Lah dahulu lemah maka mereka ini tidak mampu untuk menunjukan kepimpinan mereka untuk mempertahankan atau untuk menutupi tindakan dan salah laku Dr Mahathir sendiri.

Dulu Dr Mahathir tidak percaya kepada orang yang bernas dan cerdas untuk berada bersamanya dalam kepimpinan negara. Bagi beliau memilih orang yang cerdik dan bernas untuk mengiringi beliau itu merupakan satu tindakan 'membela harimau' pada Dr Mahathir. 
 
Mahathir memilih untuk bersama dengan pengampu dan pendokong membuta tuli mereka dan Mahathir sendiri tidak sedar apa kah 'consequence' nya membela dan mewariskan kepimpinan kepada pengampu dan yang pandai menggeli pundi-pundinya sahaja.

Sekarang kita semua sudah mempelajari satu pelajaran yang sangat berguna kepada mereka yang mampu belajar dari kesalahan orang lain. 
 
Kita sekarang sudah belajar dengan jelas yang jika kita melonjakkan dan menaikan mereka yang lemah, kelemahan mereka itu tidak akan membantu untuk kita semasa kita bersara. 
 
Pemimpin yang lemah selalunya akan terbekal secara 'natural' dalam diri mereka dengan tiga racun berbisa yang akan membinasakan mereka sendiri, iaitu 'greed, anger and foolishness'.

Bagi seseorang yang mempunyai tiga unsur ini di dalam diri mereka tidak akan terjumpa waktunya mereka akan mengambil tindakan yang betul terutamanya terhadap kepentingan rakyat dan negara. Unsur-unsur inilah yang menonjol sejak kepimpinan Dr Mahathir.

Oleh kerana wujudnya tiga unsur beracun itulah yang menyebabkan sejak kepimpinan Dr Mahathir Mohamed, tidak ada pemimpin yang sesuai lagi untuk negara dan ini dibuktikan oleh 'frustrations' Dr Mahathir terhadap mereka yang beliau lonjakan dari Musa Hitam kepada Najib yang memimpin pada hari ini. 
 
Bukannya kita yang menuduh Dr Mahathir dalam isu ini, sebaliknya Dr Mahathir sendiri yang menyerang semua mereka yang beliau sayangi yang beliau guna untuk beliau jadikan 'pelapik' beliau seperti yang saya selalu sebutkan selama ini.

Seperkara yang kita mesti akui jika kita ada sedikit 'spiritual value' dalam diri pemimpin kita, kehidupan mereka terutamanya semasa alam persaraannya akan aman dan tenteram. 
 
Tetapi oleh kerana kita terlalu kosong dalam diri kita ini, maka malang datang menghimpit dan merasakan kehidupan tidak pernah merasakan kepuasan dan sentiasa berada dalam kemurungan dan sifat amarah itu tetap menguasai kehidupan kita.

Tetapi kita juga percaya, tidak akan datang kebaikan jika kita tidak lalui keperitan. Tidak akan datang yang enak jika tidak datang kepayahan terlebih dahulu. 
 
Tidak akan dapat menghargai hidup dalam kejujuran jika kita tidak melalui zaman kita hidup dengan bisikan khatir yang akan sentiasa menyesatkan kita terutamnya apabila kita sampai dan menghampiri akhir kalam.

Bak kata ulamak muktabar, jalan ke syurga itu 'berduri-duri dan beronak, jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju'. Tetapi yang pastinya di pengakhir hidup kita biarlah kita dihormati dan disayangi oleh orang setidak-tidaknya di kariah kita. 
 
Adalah amat menyedihkan kita dihimpit dengan banyak masalah dalam akhir-akhir dan sisa hidup kita, sedangkan waktu itu adalah waktu yang kita dahagakan ketenangan hidup.

Baik pihak Dr Mahathir mahu pun pihak Najib. Sesungguhnya mereka sedang berperang dengan diri mereka sendiri. Peperangan melawan nafsu sendiri itu adalah peperangan yang tidak berkesudahan. Ia bermula sejak kita lahir sampai lah ke akhir kalam kita.


SIRUL BUAT NAJIB TIDAK TIDUR LENA KEMANA hilangnya Sirul?

Posted: 17 Jan 2015 07:00 PM PST

Di mana berakhirnya Sirul yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah kerana terlibat di dalam kes pembunuhan Altantuya?

Jika pesawat MH370 dikatakan oleh Najib berakhir di Lautan Hindi hingga sekarang tidak dijumpai, berakhir di mana Sirul?

Diberitakan Sirul berakhir di Australia. Kerajaan Australia dikatakan enggan menyerahkan Sirul kerana mereka tidak iktiraf hukuman bunuh. Ertinya Kerajaan Australia seperti ada hak pula atas undang-undang di negara ini.

Atau, mereka tahu kisah sebenar kes Altantuya? Tidak mustahil Sirul di sana telah menceritakan segala-galanya kejadian bunuh Altantuya kepada Kerajaan Australia.

Tidak mustahil 'rahsia besar' negara ini telah pun berada di dalam poket Kerajaan Australia. Apakah selepas ini pemimpin negara kita akan dijadikan lembu dicucuk hidung oleh Australia sekiranya 'rahsia besar' ini tidak mahu tersebar?

Sebelum Sirul, ada banyak lagi kes 'ghaib' di dalam negara kita. Raja Petra masih menjadi buruan tetapi bebas nampaknya mengeluarkan kenyataan dari luar negara.

Seperti tiada usaha untuk mencari Raja Petra. Maklumlah, bukankah Raja Petra kini telah anti Anwar? Tidak suka Anwar ertinya suka kepada rejim sekarang.

Suka pada rejim anda boleh selamat. Ayah Pin sampai sekarang masih hero. Pihak berkuasa tidak mampu menandingi kehebatan Ayah Pin.

Beliau masih bebas sekarang. Mungkin Ayah Pin bukan penyokong PR maka bererti beliau juga pro rejim. Pro rejim adalah lesen besar untuk selamat. Sebab itu aku tidak pernah percaya pasukan keselamatan kita hebat sangat.

Orang tua seperti Ayah Pin lebih hebat. Kita mahu tonton sampai bila drama Sirul akan berakhir. Aku dapat rasakan tidor malam Najib sering terganggu selagi Sirul tidak ditamatkan segera.
 

Dicatat oleh WFAUZDIN NS

Apa Dr. M buat jika jadi PM semula? Oleh Subky Latif

Posted: 17 Jan 2015 06:30 PM PST

APA logiknya bagi Dr. Mahathir menempelak mereka yang taksub kepada pemimpin yang tidak memimpin mengikut ajaran al-Quran?
Makna selapisnya rakyat jangan taksub atau jangan peduli terhadap pemimpin yang tidak memimpin berpandukan al-Quran. Ingatan kepada pemimpin dan sesiapa yang hendak memimpin mestilah memimpin mengikut ajaran al-Quran.

Jika apa yang Dr. Mahathir maksudkan dengan pemimpin mengikuit al-Quran itu sepatutnya seperti pimpinan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW memimpin negara Madinah dan wilayah-wilayah yang menerima Islam semasa hayat baginda, dan pimpinan empat khalifah ar-Rasydin serta pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. 


Pimpinan mereka ini adalah model pimpinan Islam 100 peratus. Adapun pimpinan khalifah yang lain ada takwilnya atau ada pasang surutnya.

Apabila kita menyebut tentang pimpinan mengikut kehendak al-Quran maka model yang jadi ikutan seboleh-bolehnya adalah zaman khalifah 4+1 itu. 


Apakah boleh jadi seperti mereka adalah satu hal yang lain, tetapi itulah contoh dan model terbaik.

Dan apabila kita hendak menjadikan al-Quran sebagai panduan, maka ia adalah satu tanda iman yang murni. Ketika kita menyatakan hasrat itu seperti yang disebutkan oleh Dr. Mahathir, nescaya dia sudah dapat satu pahala.

Jika dilaksanakan pula dapat lagi satu pahala. Jika tidak dapat dilaksanakan pahala niat untuk melaksana tadi kekal hinggalah terbukti yang dikatakan niat tadi adalah palsu.

Adakah Dr. Mahathir semasa memimpin beberapa kementerian sebelum menjadi Perdana Menteri dan semasa menjadi Perdana Menteri sudah menunjukkan pimpinan seperti yang disarankan oleh al-Quran seperti yang disebutkannya baru-baru ini?

Sekalipun Malaysia di bawah pimpinannya didakwa sebagai contoh negara Islam yang terbaik dan ada juga orang luar yang merasakan begitu, tetapi tiadalah yang memikirkan Dr. Mahathir sudah memimpin mengikut al-Quran seperti yang dilaksanakan oleh al-khalifah ar-Rasyidin 4+1 itu.

Mungkin dia sudah rasa dia telah pimpin demikian, tetapi siapa yang hendak percaya. Sekaliannya akan kata, dia pun dulu tidak buat apa-apa yang dia kata baru-baru ini.

PM Najib tidak bercakap, tapi dia tentu gelak dalam hati mendengar cakap Mahathir itu. 


Tetapi mungkin itu dulu. Sesudah sekian lama tidak menjadi Perdana Menteri, dia pun merasa silap tidak mengikut cara yang disebutkannya itu.

Dan mungkin kalau dia jadi Perdana Menteri semula, ia akan menjadi pemimpin yang mengikut ajaran al-Quran sesuai dengan masa dan peredarannya. 


Seperti yang ajaran Islam ingatkan, ada orang yang beramal sepanjang hidup mengikut amalan ahli syurga, sejengkal sebelum mati, dia beramal mengikut amalan ahli negara, maka ia masuk neraka.

Ada orang yang sepanjang hidup beramal mengikut amalan orang neraka, sejengkal sebelum mati, ia beramal seperti amalan ahli syurga, maka dia masuk syurga. 


Mungkin dulu Perdana Menteri Mahathir tidak memerintah seperti kehendak al-Quran, tetapi pada hari tuanya, dia berfikir seperti fikiran ahli syurga, maka fikiran sekarang adalah betul dan terpuji. Dan jika sekarang dia kembali menjadi Perdana Menteri, maka dia akan menjadi PM yang berpandukan al-Quran.

Dulu adalah dulu, sekarang adalah sekarang. Tetapi jika Dr. Mahathir sekarang adalah orang yang sudah berubah, dia mesti keluarkan kenyataan bahawa dia amat menyesal tidak mengikut panduan al-Quran semasa memimpin dulu.

Jika dia menyesali kesilapannya dulu, maka barulah orang simpati dan percaya akan kata-katanya, jika tidak orang akan kata, kata dulang paku serpih, kata orang aku yang lebih.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Sebab Itu, Semasa Mewah....JANGAN BOROS....Ini Lah Akibatnya....

Posted: 17 Jan 2015 06:00 PM PST

KERAJAAN CEMAS HADAPI KEMEROSOTAN NILAI RINGGIT & PENURUNAN HARGA MINYAK!!!


Eksport Malaysia 2015

Najib umum penstrukturan Bajet 2015 Selasa ini, kata menteri


Penstrukturan semula bajet 2015 mungkin dibuat sebagai langkah menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak, kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Penstrukturan semula bajet 2015 mungkin dibuat sebagai langkah menangani kemerosotan nilai ringgit dan penurunan harga minyak, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, kerajaan menjalankan kajian mengenainya dan ia akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 20 Januari ini.

"Kedua-dua faktor ini mempunyai impak positif berbanding negatif. Jadi Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada 20 Januari ini," katanya di Sungai Rokam hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak tahu apa akan berlaku kepada ekonomi dunia pada masa depan, namun berharap keadaan yang tidak menentu dapat diatasi.

"Matlamat kita adalah menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Ini asas kepada kerajaan, swasta, rakyat dan badan bukan kerajaan. Cabaran perlu dilihat daripada segi positif bukan negatif," katanya.

Husni berkata, bagi mengatasi cabaran itu, kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata, tetapi memerlukan gabungan semua pihak, termasuk sektor swasta, pekerja dan rakyat.

"Seperti kita hadapi cabaran banjir, ia turut melibatkan kerjasama dan bantuan daripada badan bukan kerajaan," katanya. – Bernama



Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja) Jika….


Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia. Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2015 Negatif 0.5% (KDNK 3.8% Sahaja) Jika…. : Harga minyak dunia menjadi perbualan dan perbincangan yang hangat bagi tahun 2015. 

Itulah antara bait-bait perkataan yang keluar daripada mulut Kenneth Rogoff yang merupakan seorang prefesor ekonomi Universiti tersohor dunia, dari Universiti Harvard.BACA SINI : Tun Mahathir Tolak Sokong Najib Razak (Lemah, Sokongan Teruk, Ekonomi & Perpaduan Kacau-Bilau & jenayah Berleluasa). Najib Razak Letak Jawatan?


Manakala ketua strategik teknikal bagi syarikat ICAP yang berpengkalan di New Jersey City mengatakan jika harga minyak dunia melepasi sahaja paras US$39 setong, maka dunia akan menyaksi harga minyak dunia akan berada pada paras USD30 setong.

Dan firma penyelidikan Ekonomi Universiti Oxfort telah selesai menjalankan kajian dan analisa melibatkan 45 buah negara meletakkan :

Filipina adalah pemenang disebalik kejatuhan harga minyak dunia apabila dijangka pertumbuhan ekonomi Filipina akan melonjak pertumbuhan ekonomi ke paras 7.6% untuk 2 tahun akan datang jikalau harga minyak dunia berada pada paras USD40 setong.

Manakala pertumbuhan ekonomi Rusia berada pada paras yang menyeksakan apabila bakal menyusut negatif 2.5%.

Manakala dikalangan negara maju, Hong Kong akan tersenyum lebar disebalik kejatuhan harga minyak dunia.

Negara-negara seperti Arab saudi, UAE, Rusia bakal menghadapi detik yang cukup sukar dalam urusan mengendalikan ekonomi mereka di masa akan datang

Malaysia? Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2015 dijangka mengalami penyusutan sebanyak 0.5% dan hanya berada pada paras 3.8% sahaja

Pakar Ekonomi bagi JP Morgan Securities yang berpengakalan di New York, Bruce Kasman menjangkakan kadar inflasi di kebanyakan negara di dunia akan berada pada paras yang tidak pernah disaksikan sejak kegawatan ekonomi berakhir pada 2009.
Perbandingan Kesan Kejatuhan Harga Minyak Dunia Di Bawah USD40 Kepada 45 Buah Negara?

Semak hasil perbandingan kajian dan analisa yang dilakukan oleh Firman Penyelidikan Ekonomi Universiti Oxford seperti di bawah ini termasuklah Malaysia :

Eksport Malaysia 2015


Kemelesetan Ekonomi 2015

P/S : Kepada pihak TNB Malaysia, perlu tunggu berapa lama lagi untuk terjaga daripada lamunan bagi menurunkan tarif elektrik di Malaysia?

PP/S : Apa harga minyak dunia mencecah sahaja US$40 setong, nantikan apa respon balas para menteri dan ahli politik di Malaysia.

PPP/S : Tahun 2015, tahun yang menjadi "MESTI" kerajaan Malaysia untuk berjimat cermat dan "tidak boros dan bocor" ketika berbelanja.



KONGSIKAN & SEBARKAN...

Antara Pegawai Tentera dan Raja Judi... Siapakah yang lebih berjasa kepada negara ???

Posted: 17 Jan 2015 05:30 PM PST

Kadir Jasin Diserang Gara-Gara Serangan Terhadap Najib

Posted: 17 Jan 2015 04:51 PM PST

 
Datuk A. Kadir Jasin mengatakan pendedahan yang dilakukannya mengenai keadaan negara sebelum ini mengundang kritikan selain memberikan kesan kepada media tempatan .

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu berkata, kritikan-kritikan yang dilakukannya sebelum ini agak keras kerana beliau jenis orang yang suka berterus-terang.

"Maaf cakaplah kalau saya kata, saya adalah daripada jenis yang berterus-terang dan saya akan kata apa yang saya rasa perlu dikatakan walaupun tidak disukai oleh yang empunya diri," kata Kadir dalam tulisan terbarunya di blog The Scribe A Kadir Jasin yang bertajuk "Kita mahukan Malaysia yang sejahtera."

"Kalau pembaca faham, mereka akan tahu yang kritikan saya terhadap Mohd Najib bukanlah tindakan melulu tetapi berasaskan hujah yang disokong fakta, perangkaan dan analisis," katanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kadir berkata, sesiapa sahaja berpendidikan dan berilmu boleh sama ada yang ditulisnya itu betul atau silap.

Menurut Kadir, kritikannya kepada perdana menteri sebelum ini turut mendapat perhatian di media sosial dan seorang pengarang akhbar media arus perdana berbahasa Melayu memberitahunya mengenai video seorang pemuda Melayu memberikan "lecture" kepadanya di laman Youtube.

"Terima kasih kepada pengarang itu dan kepada pemuda Youtube kerana peduli dengan apa yang kami di luar arus perdana bincang dan huraikan.

"Alhamdulillah, selain pembahas yang berhujah dalam blog ini, kita juga mendapat perhatian pihak-pihak lain yang mengambil berat perbincangan kita dan menghebahkannya di arena-arena lain."

Kadir berkata, media arus perdana, blog, Youtube dan saluran media sosial digunakan untuk memarahi dan menasihati mereka yang dituduh cuba menjatuhkan kepemimpinan Najib.

"Saya ambil maklum dan saya gembira dengan penyertaan mereka, khususnya generasi muda.

"Buat orang Melayu Islam, eloklah kita berbahas secara berhemah, berilmu dan bijaksana serta menghormati kebebasan bersuara daripada menembak dan mengebom orang yang tidak kita setujui," katanya.

Menurut Kadir, seorang "anak didik"nya menulis di Facebook baru-baru ini tentang keperluan "jeneral bersara" mendiamkan diri untuk memberikan peluang kepada generasi muda.

"Jawapan saya mudah saja. Jeneral bersara itu tidaklah hebat kalau mereka berdiam diri dan membiarkan negara yang mereka bina dan pertahankan dengan darah dan keringat, hancur lebur akibat jeneral baru yang hambar," katanya.

Katanya, apa yang dilakukannya selama ini hanya kerana mahu melihat Malaysia yang lebih baik pada masa akan datang.

"Antara 31 Disember 2013 dan 29 Disember 2014 Bursa saham Pakistan naik 26.3% dalam mata wang nasional dan (31.5%) dalam mata wang dolar. Bursa Indonesia naik 21.2% (18.5%). Bursa Siam naik 15.4% (15%). Bursa India naik 29.4% (25.6%). Bursa Singapura naik 6.3% (1.5%). Bursa Malaysia JATUH 5.3% dalam mata wang ringgit dan JATUH 11.3% dalam mata wang dolar. (Sumber The Economist, 3 Januari, 2015).

"Kalau kita faham ekonomi, banyak lagi khabar ngeri mengenai Malaysia tercinta," katanya.

– tmi

VIDEO - SPRM: Tiada Istilah Pilih Kasih Siasat Kes Rasuah

Posted: 17 Jan 2015 08:00 AM PST


Kroni Umno MyEG untung RM137 juta dalam 2 minggu, dakwa PKR

Posted: 17 Jan 2015 07:15 AM PST


Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP.

Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara pekerja asing hanya boleh dibuat di MyEG, syarikat kroni Barisan Nasional, dakwa DAP.

PKR hari ini mendedahkan syarikat MyEG yang dimiliki kroni Umno mencatatkan keuntungan RM137 juta dalam tempoh dua minggu selepas Putrajaya melalui Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganugerahkan kontrak pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung yang membidas Zahid kerana masih membisu mengenai skandal tersebut berkata, antara pemegang saham terbesar dalam syarikat swasta itu ialah bekas ketua penerangan Umno Pulau Pinang dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Umno iaitu Datuk Raja Munir Shah.

Timbalan ketua penerangan Pemuda PKR itu berkata, berdasarkan maklumat terkini Raja Munir menguasai 31.1% saham syarikat MyEG.

"Kenaikan harga saham MyEG sebanyak 19% beberapa hari ini memberikan keuntungan atas kertas sejumlah RM137 juta secara durian runtuh kepada Raj Munir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lee berkata saham syarikat swasta itu di Bursa Saham Malaysia dilihat melonjak naik RM2.50 berbanding pada 2 Jun iaitu pada RM2.10 di mana penganugerahan kontrak itu memberi keuntungan 19% secara tidak langsung menyuntik permodalan pasaran RM463 juta kepada MyEG.

"Harga pasaran Bursa Malaysia meletakkan jangkaan keuntungan MyEG antara RM400 hingga RM500 juta di mana keuntungan tersebut bersandarkan beban dan kesengsaraan rakyat dan majikan secara keseluruhan," katanya.

Khamis lalu PKR membuat aduan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) selepas tamat tempoh 24 jam kepada Zahid agar menjawab persoalan mengenai monopoli syarikat MyEG.

Bendahari Agung PKR Datin Paduka Dr Tan Yee Kew berkata, MyEg mendapat kontrak monopoli bernilai RM95 juta daripada Kementerian Dalam Negeri menyebabkan rakyat dan majikan kini terpaksa menanggung bayaran lebih RM38 untuk setiap pekerja asing setiap tahun.

Katanya, rakyat atau majikan hanya mempunyai satu pilihan untuk memperbaharui PLKS pekerja asing, iaitu melalui sistem MyEG kerana urusan tersebut di kaunter Jabatan Imigresen sudah ditutup.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Mustafa Ibrahim ketika mengulas isu tersebut berkata sesiapa yang tidak berpuas hati dengan bayaran RM38 itu boleh merujuk kepada kementerian.

Lee berkata, dalam laporan tersebut PKR menamakan Zahid sebagai pihak yang membantu dalam siasatan monopoli oleh MyCC yang mendesak menteri itu bekerjasama sepenuhnya.

"Saya menggesa Zahid memberikan kerjasama sepenuhnya kepada MyCC. Jangan cuba mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang menteri dan ahli Kabinet," katanya. – 17 Januari, 2014.

themalaysianinsider.com/bahasa

Epal Gala, Granny Smith dicemari listeriosis...???

Posted: 17 Jan 2015 06:30 AM PST






Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan 'Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera', hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Pahang berkata pihaknya sedang menyelaras jumlah mangsa yang terperangkap banjir, melibatkan 23,000 keluarga bagi tujuan pengagihan wang ihsan RM500.

"Kita juga sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang rosak atau terjejas teruk semasa banjir untuk tujuan pembinaan rumah sementara dan rumah baharu kepada mereka," katanya.

Pada program itu, sebanyak 350 buah motosikal yang rosak akibat banjir dibaiki secara percuma, melibatkan usahasama antara Shell Malaysia, Naza Motor Trading Sdn Bhd dan GiatMara.

- Bernama

'Ke mana pergi bantuan RM459j?'

Posted: 17 Jan 2015 05:45 AM PST

 
Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan digesa menjelaskan mengenai penyaluran wang didakwa sebanyak RM800 juta yang didakwa diagihkan untuk mangsa banjir.

MP Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata ini kerana Majlis Keselamatan Negara (MKN) sendiri hanya mengakui sebanyak RM41 juta sahaja telah diagihkan setakat ini.

Pada masa sama, MKN memberitahu yang setakat ini juga bantuan yang sepatutnya diperuntukkan adalah sebanyak RM500 juta sahaja.

Lim memetik angka-angka tersebut daripada wawancara The Malay Mail Online (MMO) dengan Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

"Semalam, 16 Januari rahsia akhirnya terbongkar. Ahmad Maslan tidak bercakap benar kerana kerajaan Persekutuan tidak pernah berbelanja sebanyak RM800 juta ke atas mangsa banjir pada 5 Januari," kata Lim.

"Dari mana datangnya angka RM800 juta yang disebutkan Ahmad Maslan?," tanya Lim.
 
 
Malaysiakini

Sebab Apa Guru Halau Pelajar Balik

Posted: 17 Jan 2015 05:00 AM PST

 


Agak-agak ibu bapa fikir macam mana bila anak dara mereka ke sekolah dengan berpakaian macam ni?

Jangan ingat di sekolah tu ada batu dan tunggul kayu saja.

Kantoi juga akhirnya!

Posted: 17 Jan 2015 04:15 AM PST

Kakitangan awam kerja lebih masa dibelasah separuh mati di Putrajaya OLEH RADZUAN HASSAN

DI PUTRAJAYA - 17 JAN 2015 (3 MIN AGO) Seorang kakitangan awam yang mahu bekerja lebih masa nyaris maut selepas diserang seorang lelaki di Putrajaya dekat sini semalam.

Wanita malang terbabit cedera parah di bahagian muka dan berlumuran darah ketika ditemui orang ramai.

Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam itu dipercayai dilakukan seorang juruteknik di bangunan yang sama yang cuba melakukan perbuatan tidak senonoh kepada mangsa.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan yang menempatkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu untuk meminta lampu di pejabatnya di tingkat 24 tidak dimatikan bagi membolehkannya meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan naik ke pejabat mangsa dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.

Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa dipukul di kepala sehingga berdarah. Lelaki itu kemudiannya melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri sambil merangkak kesakitan ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.



Lelaki yang bekerja sebagai juruteknik elektrik itu didakwa memukulnya kebetulan turut berada di kafe dan berpura-pura terkejut melihat kejadian itu dan menyangka wanita itu tidak mengecamnya kerana kejadian berlaku di dalam gelap.

Bagaimanapun, mangsa mengenali suara lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang berada disitu menangkapnya. Mereka yang berada di kafe itu juga mendapati percikan darah juga masih terdapat pada baju dan cermin mata lelaki terbabit. Lelaki terbabit kemudiannya ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Berita mengenai kejadian itu yang dimuat naik beberapa blog dan portal menjadi viral di laman media dan mangsa kini difahamkan menerima rawatan lanjut di hospital.--

MalaysiaGazette Posted by mountdweller

VIDEO - Gengster India Mengamok Dalam Balai Polis

Posted: 17 Jan 2015 03:30 AM PST




Sirul ditawar tiket untuk ke tali gantung

Posted: 17 Jan 2015 02:45 AM PST

 

 
Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana atas kesalahan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu ditawarkan tiket percuma untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi hukuman.

Tawaran itu dibuat pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.


Peguam Sirul sebelum ini mendakwa anak guamnya itu tidak dapat pulang ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan baru-baru ini kerana kesempitan wang.

"Saya secara peribadi ingin menawarkan beliau tiket percuma untuk pulang ke Malaysia dari Australia.

"Jika alasan yang disebut peguamnya betul dan beliau tiada niat untuk lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka beliau akan menerima tawaran ini dan kembali ke tanah air untuk menghadapi hukuman," kata Sanjeevan dalam kenyataan.

Menurut Sanjeevan, alasan kesempitan wang untuk kembali ke tanah air bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan itu "tidak dapat diterima sama sekali".

Sanjeevan turut melahirkan rasa kesal yang teramat sangat kerana Sirul dibenarkan bebas daripada ikat jamin sewaktu rayuan masih dibuat ke atas pembebasannya.

Menurutnya, pergerakan Sirul sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

"Bagaimanakah seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh meninggalkan negara tanpa dikesan?

"Ini perlu disiasat dan kita perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita," katanya.

Selasa lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan paling kontroversi di negara ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan mereka dari tuduhan menyebabkan kematian Altantuya.

Altantuya berkhidmat sebagai penterjemah dalam pembelian kapal selam Scorpene sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Kerajaan kini dilaporkan sedang mencari ikhtiar untuk mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia untuk digantung.-MKINI

VIDEO - Sekuntum Mawar Merah Nyanyian Lata Mangeskar

Posted: 17 Jan 2015 02:05 AM PST




Hukumnya Tetap Sama = HARAM

Posted: 17 Jan 2015 01:15 AM PST

Penahanan Paulsen dan Kerajaan Yang Paranoia — Anwar Ibrahim

Posted: 17 Jan 2015 12:30 AM PST

PERBEZAAN pendapat dan idea awam adalah aspek yang penting di dalam sebuah demokrasi yang berkembang. Tatkala kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak, kedaulatan undang-undang harus bersifat luhur dan setiap pihak berwajib mesti memelihara prinsip demokrasi berparlimen secara tersurat mahu tersirat. Kegagalan perkara ini dijamin, mendorong sebuah Negara menghadapi risiko yang parah.

Justeru, penahanan sewenang-wenang, pendakwaan terpilih dan penghakiman mahkamah yang tersasar nyata sekali bercanggah dengan doktrin ini dan sekaligus mencalar maruah rakyat.

Pelanggaran seumpama ini bukan sesuatu yang remeh dalam praktis tatakekola tetapi pasti dilihat sebagai jenayah terbesar ke atas rakyat sebuah Negara yang bertamadun, yang seharusnya berbangga dengan sebuah perlembagaan yang menjamin kebebasan asasi agar dilindungi melalui kedaulatan undang-undang.

Pelanggaran terkini dapat dirujuk kepada penahanan Eric Paulsen pada malam Isnin dan reman selama dua hari berikutan 'tweet' beliau menuduh JAKIM (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) mempromosikan keganasan melalui khutbah Jumaat.

Penahanan termasuklah kaedah beliau ditahan adalah manifestasi jelas betapa kedaulatan undang-undang diperlekeh dan kerajaan berada dalam keadaan paranoia.

Apa lagi yang boleh diperkatakan dengan pengerahan satu platun dengan 20 pegawai polis hanya untuk menahan seorang individu tanpa mempertimbangkan bahawa individu tersebut adalah seorang peguam hak asasi ternama?

Jika tindakan zalim tersebut hanya untuk mempamerkan tekanan secara terang-terangan, ia telah berjaya membuktikan wujudnya ketidakseimbangan antara kekuasaan dan rakyat bawahan.

Di mata sang penguasa zalim, kebebasan asasi sering diketepikan. 'Tweet' seseorang berupaya menjadi bisa kepada orang lain.

Memandangkan beliau tidak didakwa, masih samar atas kesalahan apakah Eric Paulsen akan disabitkan tetapi memandangkan Ketua Polis Negara sendiri telah menyatakan melalui 'tweet' beliau bahawa Paulsen disiasat di bawah Akta Hasutan, peninggalan lapuk era kolonial British.

Tidak lama selepas mengambil alih tampuk pemerintahan, Perdana Menteri Dato' Sri Najib tidak lama selepas mengambil alih jawatan, PM Dato 'Sri Najib berikrar di atas altar demokratik bahawa beliau akan menghapuskan undang-undang lapuk ini, sayangnya bukan sekadar beliau mengingkar janji, mezbah reformasi demokratik bahawa dia akan menghapuskan sekeping undang-undang ini tetapi bukan sahaja telah beliau mengingkari janji ini, beliau telah melangkaui pemimpin terdahulu dengan mengubah undang-undang tersebut menjadi "sejata pendakwaan" demi mengekang pimpinan pembangkang dan sekalian yang kritikal ke atas pemerintah.

Selain daripada lompongnya kedaulatan undang-undang, reaksi berlebihan ke atas tweet Paulsen juga melambangkan maraknya sikap tidak bertoleransi terhadap agama yang hadir untuk memasung Negara kita yang berbilang bangsa dan agama.

Melalui penyemarakan api perkauman melalui syak wasangka, kebencian dan permusuhan menjadi pertaruahan kalangan mereka yang berada di bawah politik naungan.

Ramai yang telah terjun ke kancah pertelagahan dengan menggesa tindakan ke atas Paulsen secara tegas atas pendirian mempertahankan maruah umat Islam. Sementelahan ia dilihat hipokrit dan melucukan tatkala kalangan mereka yang teruja ini kononnya maruah mereka tercalar, adalah mereka yang juga terkenal dengan lontaran penghinaan bersifat perkauman dan ancaman keganasan.

Islam telah wujud lebih daripada 1500 tahun tanpa kalangan mereka yang menggelar diri sendiri sebagai pembela keimanan. Sudah pasti Islam mampu bertahan ribuan tahun malah selamanya tanpa mereka.

Islam mendorong toleransi dan persefahaman, tatkala mereka mengamalkan permusuhan dan ketaksuban. Islam menyantuni dakwah da perdamaian, tatkala mereka menggesa perselisihan dan perseteruan. Kedua-dua ini, tidak mungkin bersatu.

Bagi sesetengah pihak, 'tweet' Eric Paulsen dilihat melangkaui batasan dan khilaf. Bagi sesetengah pihak yang lain, ia mungkin dilihat kritikan yang berasas. Dalam apa jua keadaan, JAKIM tidak sinonim dengan Islam.

Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh manusia biasa, JAKIM tidak sempurna sepenuhnya. Untuk menyatakan bahawa kritikan ke atas JAKIM harus ditafsir sebagai serangan ke atas Islam adalah kemuncak keberanian yang nyata satu penghinaan ke atas Islam itu sendiri.

Hatta jika Paulsen tidak menyebut JAKIM melalui 'tweet' beliau, hakikatnya umat Islam di Negara ini tahu betapa khutbah Jumaat yang disampaikan mempunyai kecenderungan politik dan campur tangan pihak tertentu.

Namun menjadi pengetahuan umum bahawa khutbah yang diselaras JAKIM telah beberapa kali melakukan serangan yang tidak munasabah meskipun pelik dan serong, ke atas pembangkang dan pimpinan pembangkang.

Menyeru kesederhanaan dan persefahaman kalangan komuniti dan kumpulan agama yang pelbagai di Negara ini tidak menjadi amalan JAKIM.

Tetapi di saat mereka melaksanakan perkara tersebut, saya telah menjadi antara yang pertama memuji mereka keranan melakukan perkara yang benar – sebagaimana yang telah saya lakukan dalam satu majlis tahun lepas atas khutbah yang menginspirasikan perihal keperluan komuniti yang pelbagai untuk mendekati dan mengenali antara satu sama lain.

Untuk melabel bahawa Islam bukanlah agama yang ekstrem tetapi dalam masa yang sama menggesa tindakan tegas ke atas Paulsen atas 'tweet' beliau merupakan satu kontradiksi. Hanya mengisytiharkan "Islam adalah agama yang paling sederhana" tidak mencukupi.

Kita mesti melaksanakannya. Kendatipun khutbah Jumaat turut menyentuh perihal masyarakat dan kemanusiaan dan jika – sebagaimana didakwa sesetengah pihak – ini tidak disedari Paulsen, maka menjadi kewajiban umat Islam untuk mencerahkan beliau mengenai perkara ini, bukan mengasak beliau dengan kekerasan undang-undang.

ANWAR IBRAHIM

Read more: http://milosuam.blogspot.com/

Bapa Keliru Anak Mati Dalam Tahanan Beri Kenyataan Kepada EAIC??

Posted: 16 Jan 2015 11:45 PM PST

  Lebih dua bulan berlalu sejak Syed Azlan Syed Mohamad Nur mati dalam tahanan polis, namun keluarganya keluarganya masih tertanya-tanya mengenai sebab kematian tersebut.

Bapanya, Syed Mohamad Nur Ali memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan pada hari Rabu lalu.

"Saya tidak berpuas hati kerana tiada tindakan dari polis, malah untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada anak saya semasa dia dalam tahanan," kata petani berusia 68 tahun itu kepada Malaysiakini.

Syed Mohamad berkata, polis sepatutnya menyiasat dan membawa kes tersebut ke mahkamah.

Anggota keluarganya sebelum ini menulis surat kepada polis untuk menuntut penjelasan namun sehingga ini masih belum menerima jawapan.

Sementara itu, peguamnya Gobind Singh Deo berkata mereka akan terus membangkitkan isu itu sehingga mendapat jawapan sewajarnya.

Kegagalan polis untuk menjawab surat Syed Mohamad itu menunjukkan sikap "acuh tidak acuh" pasukan itu.


Posted by Jeebond BLM.