Rabu, 14 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


VIDEO - Keganasan: Menteri saran biar Jakim-peguam berdebat

Posted: 14 Jan 2015 11:15 PM PST


8 maut bas persiaran terbakar di Tapah THE MALAYSIAN INSIDER

Posted: 14 Jan 2015 10:30 PM PST




Kakitangan bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas persiaran yang terbakar selepas terbabas berhampiran Tol Tapah awal pagi ini. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat, 15 Januari, 2015. 
Kakitangan bomba berusaha mengeluarkan mangsa kemalangan bas persiaran yang terbakar selepas terbabas berhampiran Tol Tapah awal pagi ini. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat


Lapan penumpang maut apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 21 penumpang lain cedera dengan 15 daripada mereka parah sementara dua lagi selamat.

Beliau berkata mayat mangsa dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar," katanya di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas persiaran berkenaan membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.

Senarai mangsa yang maut dikenali sebagai Lim Soo Lan, 59; Tan Ah Ba, 65; Tan Chan Hing, 49; Aw Ah Poh, 56; Tan Ah Baa, 64; Ong Ah Yook, 58, Sin Ah Guat, 54 dan Jayagunasgaran Mariapen, 40.

Manakala pemandu bas belum diperoleh identitinya lagi. – Bernama 
 

Gambar Fesyen Sopan Bertudung.. Tapi Tonjol Yang Menonjol.. Posted by Ibnu Hasyim

Posted: 14 Jan 2015 09:54 PM PST

 
 
Diangkat dari beritahariann.org..
Sekeping gambar 2 wanita yang cantik dan sopan tiba-tiba menjadi viral di laman sosial facebook. Pada awal tidak perasan tetapi apabila dilihat betul-betul ternampak sesuatu pada bahagian dada wanita ini.

Persoalannya sekarang takkan wanita tersebut tidak sedar atau ia menjadi trend masakini yang tidak memakai bra? Jika ia trend sekalipun tak perlulah ikut trend yang memalukan ini mohon anda berfikir dengan otak sebelum mengikut trend barat, lihat gambar dibawah.

Lagi satu mengikut weblog yang sama..
beritahariann.org: Trend akhir zaman sangat mengugat dan sangat mencabar buat lelaki kerana pemakaian wanita masakini umpama telanjang tidak memakai apa-apa. Apabila ditegur akan melenting bila gambar ghairah mereka diambil mula menyalahkan pihak lain tetapi diri sendiri yang menyebabkan gambar berahi tersebar

Begitulah gambar ini gadis melayu ini telah menguploadkan gambar hot beliau menunggang motorsikal 125 z tujuan gambar tersebut di upload kemungkinan untuk mendapatkan perhatian dari lelaki, tapi malangnya ada sesuatu pada bahagian dadanya hingga menyebabkan beliau ditroll oleh rakan-rakan lelaki yang lain, lihatlah gambar dibawah..

http://www.beritahariann.org/2014/12/gambar-ada-sesuatu-pada-dada-wanita-ini.html
Itulah realitinya, negara umat Islam Malaysia. Siapa perlu bertanggung jawab? Di samping diri, keluarga, dan masyarakat, pemimpin-pemimpinnya juga! Ditangan mereka terpegang teraju pemerintahan.

Polis akan serah kertas siasatan Eric pada AG

Posted: 14 Jan 2015 05:30 PM PST

 
 
 Kertas siasatan berhubung kes peguam Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman

ekstremis akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara tidak lama lagi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh.
  
"Kita akan hantar secepat mungkin. Kalau boleh, kita nak hantar esok," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
  
Sementara itu, Mohmad berkata Paulsen dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas direman dua hari.
  
Paulsen menerusi catatan di laman twitternya dalam bahasa Inggeris pada Jumaat lepas yang membawa maksud "Jakim sedang menggalakkan ekstremisme pada setiap Jumaat dan kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia".
  
Bagaimanapun, kenyataan itu telah dipadam setelah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak.
  
Empat hari kemudian (Isnin lalu), Paulsen ditahan di Brickfields kira-kira pukul 9 malam.
  
Kes Paulsen disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
  
-Bernama

Surat tentang Phua: Kabinet dengar penjelasan Zahid

Posted: 14 Jan 2015 05:00 PM PST

  
Kabinet mendapat penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung suratnya kepada Biro Penyiasatan Persekutuan berkaitan dengan Paul Phua, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.


Anifah berkata, Zahid telah menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

"Kita telah pun mendengar penjelasan diutarakan oleh beliau dan kita telah pun setuju menerima penjelasan-penjelasan yang telah pun diberikan," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan penjelasan yang diberikan oleh Zahid dan sebaliknya meminta wartawan bertanya sendiri kepada menteri dalam negeri itu.



Malaysiakini

Isteri Potong Kemaluan Suaminya Yang Curang Dan Buang Melalui Tingkap

Posted: 14 Jan 2015 04:30 PM PST


SEORANG isteri yang tidak dapat mengawal perasaan marahnya bertindak menggunting kemaluan suaminya dua kali selepas mendapat tahu perbuatan curang lelaki itu.

Media China melaporkan, bapa kepada lima cahaya mata itu, Fan Lung, 32 dikatakan menggunakan telefon bimbit isterinya untuk menghantar emel kepada kekasihnya, Zhang Hung, 21.

Bagaimanapun dia terlupa menutup akaunnya hingga menyebabkan perbuatannya itu terbongkar.

Sebaik melihat mesej yang dikirim suaminya itu, isterinya, Feng, 30 terus naik berang.

Wanita itu terus mencapai gunting dan masuk ke bilik tidur dan menggunting kemaluan suaminya yang ketika itu sedang tidur.

Berikutan kejadian itu, Fan dikejarkan ke hospital untuk menjahit semula organ berkenaan.

Bagaimanapun, Feng yang masih tidak puas hati dengan suaminya itu memasuki wad yang menempatkan Fan dan bertindak menggunting kemaluan lelaki itu untuk kali kedua, malahan lebih tragis lagi kemaluannya dibuang ke luar tingkap.

Jurucakap hospital itu berkata, pihaknya mengetahui perkara itu apabila ada pelawat memaklumkan seorang lelaki bogel memukul sesorang wanita di pekarangan hospital.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kakitangan hospital menahan lelaki yang berlumuran darah di bahagian kemaluan dan kakinya itu daripada terus memukul wanita itu.

"Wanita itu dibawa untuk mendapatkan rawatan dan ketika itu baru kami tahu, kemaluannya dipotong untuk kali kedua," katanya.


Berikutan kejadian itu, Feng ditahan polis, manakala usaha polis dan kakitangan hospital mencari kemaluan Fan yang dibuang isterinya tidak berhasil.

Mereka percaya organ itu dimakan anjing atau kucing yang berkeliaran di kawasan itu.

Fan ditemani kekasihnya ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap hospital itu berkata, Fan kehilangan banyak darah dan terpaksa menjalani pembedahan.

"Dia dalam keadaan stabil tetapi emosinya terganggu," katanya.

Kekasih Fan yang berada di hospital untuk menemaninya bagaimanapun tetap meneruskan rancangan untuk mengahwini lelaki itu.

-mStar Online

Komentar Abby Abadi Tentang Isu Kpop Mungkin Yang Terbaik Setakat Ini Tranungkite

Posted: 14 Jan 2015 04:00 PM PST

 
Ya dalam banyak-banyak komen tentang isu Kpop yang sedang panas sekarang ini, bagi kami komentar daripada Abby Abadi ini adalah yang terbaik setakat ini. 
 
Walaupun sebelum ini kami juga sering mengkritik Abby apabila memberikan komen yang agak melalut, namun kali ini ulasan yang diberikan memang padu, tepat, mantap dan power!!! 
 
Ternyata pengalaman Abby Abadi di dalam industri hiburan sebelum ini membolehkan Abby memberi pendapat yang amat brilliant ini.

Di kala kebanyakan pihak menyalahkan gadis-gadis bertudung itu kerana membiarkan diri mereka dipeluk oleh artis Kpop, Abby Abadi melihat perkara ini daripada sudut yang lebih besar lagi. Tulis Abby menerusi Instagramnya:-
abby
Malah Abby juga turut mempersoalkan kredibility pihak-pihak berkuasa yang nampak bersungguh-sungguh mahu menyiasat hal ini sedangkan banyak lagi perkara depan mata yang dibuat tidak tahu. Antara tulisan Abby:-

Kenapa nampak yang ni je? Paper, majalah hiburan di Malaysia ni. Saban hari, tiap minggu, tiap-tiap bulan terang-terang covernya gambar bermaksiat. Tak pernah dengar pun nk ambil apa-apa tindakan.

Tak cukup popular ke artis kt Malaysia ni? Dalam drama, filem, teater bukan main terang lagi kemaksiatan mereka.. Kenapa di diamkan je? Kenapa tiada Alim Ulama yg ada dalam Barisan Pimpinan Negara bersuara?

Seriuss.. Sangat tak boleh diterima akal kalau insiden antara K-pop & peminat fanatik mereka tu diambil tindakan tapi artis dalam dunia hiburan terus dibiarkan…#SelamatkanMalaysia #SelamatkanSahabatSahabatSaya #ALLAHUAKBAR.
 
abby
 
Abang Nara bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abby Abadi. Memang mantap ayat-ayat yang dikeluarkannya. Semoga ada pihak yang sedar dan mengambil tindakan yang sewajarnya..
 
Kerengga.

Ketua Agensi Antirasuah Indonesia Diaibkan

Posted: 14 Jan 2015 08:00 AM PST

 

Foto yang menimbulkan pelbagai persoalan sama ada ia asli atau palsu.

JAKARTA: Mungkinkah 'perang' antara penyokong Presiden Joko Widodo (Jokowi) dengan agensi antirasuah Indonesia sedang berlangsung ekoran kegagalan bekas Gabenor Jakarta itu menaikkan calon ketua polis pilihannya?
Beberapa hari lalu Jokowi menamakan Budi Gunawan sebagai bakal Ketua Polis Indonesia menggantikan Jeneral Sutarman – yang sepatutnya terus berkhidmat sehingga sekurang-kurangnya Oktober ini.
Tindakan itu mengundang rasa tidak puas hati banyak pihak, terutama apabila mereka melihat pelantikan itu dibuat atas keinginan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, Megawati Sukarnoputri.
Pada Selasa, Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) mengumumkan Budi sedang disiasat kerana disyaki menyalahgunakan kuasanya sebagai pegawai polis, selain kedudukan akaun banknya yang meragukan.
Pengumuman itu sekali gus mengganggu rancangan Jokowi melantik Budi sebagai Ketua Polis Indonesia.
Hari ini beredar pula gambar Ketua KPK, Abraham Samad dalam keadaan berkucupan dengan seorang wanita tidak dikenali, tetapi disebut-sebut seperti pemenang pertandingan Puteri Indonesia 2014, Elvira Devinamira Wirayanti.
Mengulas gambarnya, tokoh antirasuah yang tegas dan pernah disebut-sebut sebagai gandingan yang baik untuk Jokowi dalam pilihan raya presiden negara itu tahun lalu berkata, ia adalah rekaan digital yang dibuat untuk mengaibkannya.
"Selama ini pun ramai orang yang meminta saya bergambar dengan mereka," katanya.
Menurut Abraham, ada kemungkinan gambar itu dicipta sebagai tindak balas kenyataannya mengenai Budi pada Selasa.
Namun, seorang pengamal aplikasi Photoshop, Agan Harapan berkata, gambar itu adalah asli.
"Jika ia direka, pembuatnya sangat hebat dan mahir.
"Pada anggapan saya, gambar Abraham itu diambil dari telefon bimbit kerana resolusinya rendah dan menyukarkan untuk diubah suai. Saya yakin 80 peratus gambar itu asli," katanya.
Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati. Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul. Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti: Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa? Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas. Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati. Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul. Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti: Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa? Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas. Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara. Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden. Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling. Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri. Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Mengapa dan siapa Azilah telefon? Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya? Mengapa motif tidak dijelaskan? Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu. Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu? Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media. Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka. Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai"kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan? Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri? Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah? Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu? (Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan) Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya? Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasat oleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara. Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu. Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak KOPIPES

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati. Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul. Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti: Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa? Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas. Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara. Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden. Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling. Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri. Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Mengapa dan siapa Azilah telefon? Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya? Mengapa motif tidak dijelaskan? Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu. Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu? Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media. Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka. Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai"kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan? Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri? Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah? Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu? (Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan) Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya? Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasat oleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara. Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu. Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak KOPIPES

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

" INI PESANAN USTAZ KAZIM ELIAS KEPADA KERAJAAN MAHUPUN JAKIM TENTANG ISU K-POP " tikaq buloh

Posted: 14 Jan 2015 07:15 AM PST

 
Ana setuju sangat dengan pandangan mahupun cadangan yang dilontarkan oleh Ustaz Kazim Elias pada kali ini. JAKIM jangan hanya berani menegur remaja-remaja yang terlibat dalam insiden peluk artis k-pop tempoh hari sebaliknya harus pantau juga drama-drama mahupun filem-filem yang tidak kurang hebatnya.

Dalam filem-filem kita pun ada adegan peluk-peluk, cium dahi dan macam -macam lagi. Jangan kerana atas nama berlakon benda haram nak dijadikan halal.

SIDANG MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

Posted: 14 Jan 2015 06:30 AM PST

 
SEMPENA MAJLIS PELANCARAN TABUNG AMANAH BENCANA BANJIR NEGERI KELANTAN

1. Majlis Pelancaran Tabung Amanah Bencana Banjir ini akan diadakan pada 18 Januari 2015 pada hari ahad bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. Majlis akan bermula pada jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.

2. Tabung Amanah Bencana Banjir ini pada asasnya telah ditubuhkan pada 29 Disember 2014 lepas dibawah subseksyen Akta Acara Kewangan 1957. 
 
Tabung ini bertujuan untuk mengumpul dana bantuan segera daripada pelbagai sumbangan kewangan seperti Kerajaan Persekutuan, Badan-Badan Berkanun, Syarikat-syarikat Swasta, NGO dan orang ramai. Hasil sumbangan ini akan digunakan bagi membantu mangsa-mangsa banjir dari sudut bantuan segera berupa makanan, pakaian dan keperluan asas harian termasuklah bagi membina rumah yang telah rosak akibat banjir.

3. Majlis Pelancaran ini akan melibatkan semua termasuk Menteri Besar Kelantan, Timbalan Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Pengerusi BBC, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, pimpinan Kerajaan Negeri dan seluruh pegawai tadbir Kerajan dan kita telah menghubungi lebih daripada 100 penderma yang terdiri daripada Syarikat GLC Kerajaan Persekutuan, GLC Kerajaan Negeri, Syarikat Pelaburan dan Pelabur-Pelabur dari Kelantan, Syarikat Telekomunikasi, Pihak-Pihak Bank dan Anak-anak Syarikat Negeri Kelantan. 
 
Kita juga turut membuka kepada semua dermawan-dermawan, orang perseorangan dalam dan luar negara yang ingin berbakti dan menghulurkan derma kepada mangsa banjir Kelantan.

4. Kita di peringkat Kerajaan Negeri telah bersetuju bahawa Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan menyumbang sebulan gaji kepada Tabung Amanah Bencana Banjir ini dan juga semua Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri mereka akan menyumbang sebulan elaun mereka termasuklah Ahli Dewan Rakyat dari Kelantan, Ahli Dewan Negara dan YB Dato' Speaker.

5. Disini, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan pelbagai bentuk bantuan serta bekalan kepada semua mangsa-mangsa banjir di Negeri ini. 
 
Penghargaan khas kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negara Thailand, Agensi-Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pasukan Keselamatan, Tentera, Polis, Pertahanan Awam, Bomba, Rela, Pihak Hospital serta Pasukan Perubatan, Ahli-Ahli Korporat, Usahawan-Usahawan, Semua NGO, Pertubuhan-Pertubuhan Profesional, Jabatan Amal, Sukarelawan dari Palestin, Thailand, Singapura, Bangladesh, Emirates, Turki , Para Dermawan dari dalam dan luar Negeri dan juga Orang Perseorangan.

6. Dan Kepada mana-mana pihak yang terus ingin berbakti dan menyumbang bagi pembangunan semula pasca banjir dan tidak sempat hadir bolehlah menyalurkannya ke:

TABUNG AMANAH BENCANA BANJIR NEGERI KELANTAN
Melalui akaun: Bank Islam Malaysia Berhad 03018010080024
Atas nama penerima: Tetuan Perbendaharaan Negeri Kelantan

USTAZ DATO' HAJI AHMAD BIN YAKOB
Menteri Besar Kelantan

Bertarikh: 23 Rabiul Awwal 1436/14 Januari 2015

Bila EEE Menguasai PERKASA

Posted: 14 Jan 2015 05:45 AM PST

Bhai/DeeDee semua...


PERKASA nih satu NGO yang betul-betul bodoh... Betul-betul NGOK ... pasai apa... Pasai saranan diorang yang mahukan pintu masuk kuil diarahkan mengikut kat mana ramai penduduk yang menganut Hindu... Giler aper... Ini kerja memalukan dan merosakkan nama baik Islam... Ini satu bentuk intimidasi... Rasulullah s.a.w tak pernah ajar buat benda macam nih...

Sebab... Nanti pasai statement bangang PERKASA macam nih membuatkan orang lagi membenci Islam... Maka akan dikatakan Islam itu agama yang teruk, ngarut dan sebagainya oleh mereka-mereka yang tak kenal apa itu Islam sebenarnya... sebab diorang nampak PERKASA itu macam Islam... Walhalnya... PERKASA tue memang memalukan Islam...

Bodohlah PERKASA nih...

Sebab tue la lagi ramai orang susah nak terima kesyumulan Islam... Sebab adernyer PERKASA yang bangang nih... Aper daaa...


Mamat EEE nih tak tau kat kat Banting cukup ramai orang Islam... Aper daaa... Ini memang kerja EEE... Sengaja cari gaduh.... Sejak zaman Raja Mandeliar lagie.... Muka dah sohih EEE...


Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2015/01/bila-eee-menguasai-perkasa.html#ixzz3OmyZ377C

Salahkan Kristian Isu KPOP - ISMA Di Kritik KAW2 Di Laman Sosial - PADAN MUKA KAU!

Posted: 14 Jan 2015 05:00 AM PST

 

PADAN MUKA KAU ISMA.
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Umat Islam khususnya. Sudah ramai yang bangkit dan melawan mempersoalkan agenda dan muslihat sesetengah NGO yang berjuang disebalik nama Islam. 


Apa motif NGO-NGO tersebut asyik mengutuk, membidas, mengheret dan mengaitkan Kristian dan kepercayaan-kepercayaan lain dalam isu-isu yang membabitkan permasalahan umat Islam di zaman kini.

Tak payah tunggu non muslim bising. Umat Islam sendiri yang balon ISMA kaw2 kat dalam facebook. Tak terjawab si ISMA tue. Padan muka kau.


Memandai2 aje kaitkan K-pop dengan kristian hanya kerana artis-artis k-pop ada yang menganuti agama kristian.

Kalau macam tue boleh aku kaitkan riba dengan Islam sebab ada negara yang kononnya bangga dilabel negara Islam tapi amalkan riba dalam ekonomi negara.

Boleh aku kaitkan rogol dengan Islam sebab ada umat Islam yang merogol?

Boleh aku kaitkan kasino dengan Islam sebab ada negara Islam atas label yang mahu menambahkan bilangan kasino di negaranya?

Boleh aku kaitkan arak dengan Islam sebab ada kilang arak di Malaysia?

Dari cara-cara ISMA neh aku rasa daripada kaitkan K-pop dengan agenda kristian, ISMA lagi boleh dikaitkan dengan agenda K-pop. Macam mana sel-sel saraf konspirasi aku berhubung?

Begini.

1. ISMA sengaja menutup agenda sebenar K-pop iaitu mencari duit membina kekayaan.

2. Maka ISMA alihkan perhatian dengan mengatakan K-pop agenda kristian.

3. Yang tak sokong ISMA akan mula marah dan mempersoalkan tindakan ISMA.

4. Yang sokong ISMA pula akan sebarkan point2 ISMA. 

5. Yang sokong ISMA vs yang tak sokong ISMA. Kemudian mereka akan mula mengodek2 info tentang K-pop untuk dijadikan hujah sesama sendiri.

6. Dalam pada berbuat demikian, mungkin sesetengah dari mereka akan tertarik kepada K-pop.

7. Maka ini secara tak langsung memberikan publisiti, promosi dan nilai tambah kepada industri K-pop untuk terus maju dan berdaya saing di peringkat global dan Malaysia.

Nampak?

Nampakk?

Aku rasa jalan cerita konspirasi aku lagi logik dari jalan cerita kau ISMA woi.

KAH KAH KAH

Berbalik kepada umpatan aku tentang ISMA neh. Jom baca komen2 yang kritik ISMA kaw2 di media sosial.

Ini apa yang ISMA sebarkan ;



Dan ini respon yang mereka terima. 







Yang share posting di atas ketika artikel ini ditulis ialah 1,576 kali. Tapi SHARE untuk KUTUK. Bukan SOKONG. Sadis gila kau. Btw. Tindakan ISMA neh bagus. Kerana ia membuatkan umat Islam semakin berani mempersoalkan agamawan-agamawan jumud kat negara neh. Tahniah ISMA. 


Provokasi kau berjaya membuatkan agamawan jumud semakin hilang taring dan pengaruh di negara ini. Good NGO. Very GOOD.
KAH KAH KAH




Ameno World

Felixia Yeap Kecewa Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop

Posted: 14 Jan 2015 04:15 AM PST

 
Kisah gadis bertudung dipeluk dan memeluk artis k-pop menjadi viral di media sosial.
Rata-rata merasa kecewa... kecewa kerana ia amat mencemarkan imej "bertudung" yang mereka bawa... perbuatan mereka tidak melambangkan akhlak muslimah.

Felixia Yeap atau lebih dikenali dalam nama Islam beliau sebagai Rasiyyah Rania Yeap ada mengulas berhubung isu laman facebooknya. Jom kita ikuti:


Saya tak suka lelaki sentuh saya. (Kecuali baby. HEHE.)
Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat "menjalar" kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, "Sorry sir, NO TOUCHING." (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni. 
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je… Jam saya tengok.
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say "NO" kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk. 
Terus jadi dakwah…atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.

Be different, my sisters. 
You're different, you're special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way. 
Say NO next time.
Daripada pengakuan Felixia ternyatalah beliau memang dikasihi Allah maka beliau dikurniakan hidayahNya lantarannya...

Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……… sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).


Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.

Kepada mereka yang terlibat di dalam aksi peluk memeluk itu... bertaubatlah... kita khuatir nanti akan terbalik jadinya daripada perjalanan hidup Felixia.... daripada sudah ada hidayah... terus ditarik hidayah itu dan ditinggalkan dalam keadaan zulmat dan suul khatimah...mudah-mudahan dijauhkan Allah swt... sekalipun demikianlah hkum kebenaran dan keadilan berjalan...

Dan terlebih penting jangan ada di kalangan kita yang menempelak Felixia pula menuduh kononnya beliau dah jadi seorang "ustazah express" sepertimana tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh bekas seorang timbalan menteri kepada beberapa artis yang telah berhijrah... 



Kelab Greenboc

PECAH BERITA - TER NOWW

Posted: 14 Jan 2015 03:30 AM PST

 
ERIC PAULSEN

BEBAS

peguam eric paulsen
baru sahaja dibebaskan
dari lokap dang wangi
dengan jamin mulut

tidak adaa tarikh bicara

NOTA
hanya tukar tiub berani 
lapor
hanya tukar tiub berani
 langgar
hanya tukar tiub berani 
hasut

DUA JANTAN

MASIH BEBAS



Pembunuhan Altantuya: Azilah dan Sirul Azhar Bersalah! Tersenarai Bersama Kes Mustakizah, Norita, Hasleza? kes AltantuyaSelepas bertahun-tahun kes mahkamah cukup berprofil tinggi tergantung sehingg di bawa ke Mahkamah Perseketuan untuk diadili oleh atas pentas yang dinamakan "mencari keadilan" akhirnya Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar "terbukti bersalah" membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu oleh kalangan 5 panel hakim di mahkamah yang tertinggi di Malaysia Mahkamah Persekutuan dan bakal menjalani hukuman gantung sampai mati. Persoalan Disebalik Kes Pembunuhan Altantuya Shaariibuu? Ya, Muktamad…Cif Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar "disahkan" telah membunuh Altantuya Shaariibuu Apa sebab dan motif dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006? Entah…… Siapa yang arah dua bekas komando polis bunuh Altantuya Shaariibuu sebenarnya? Entah…. Macam mana dua bekas komando polis boleh menggunakan C4 untuk meletupkan Altantuya Shaariibuu? Entah….. Kes Altantuya Shaariibuu ini mendapat perhatian dunia, media antarabangsa dan rakyat Malaysia apabila menyimpan seribu macam misteri yang "masih lagi tersimpul rapi" menantikan masa dan ketikanya untuk dirungkaikan. Senarai Kes Pembunuhan di Malaysia Yang Berprofil Tinggi & Cukup Misteri? kes Altantuya Shaariibuu Yang pastinya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini akan meletakkan jenayah berprofil tinggi ini sebaris dengan kes jenayah yang cukup terkenal antaranya : Kes Pembunuhan Mustakizah Jaafar Kes Pembunuhan Norita Samsudin Kes Pembunuhan Hasleza Ishak Terkini, Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu Setelah 9 tahun berlalu, rakyat Malaysia dipertonton satu karya "drama yang cukup agung yang bertema jenayah" sehingga menerbitkan seribu macam teori, pandangan, fakta-fakta yang berbangkit daripada pelbagai pihak dan kumpulan masyarakat disebalik kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ini. Jikalau dibawa kes Altantuya Shaariibuu ini ke luar negara, kita akan melihat lahirnya hikayat moden seperti mana kes pembunuhan Kita sedang melihat kelahiran sebuah hikayat moden – agak sama dengan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy yang begitu mengejutkan dunia sehingga akhirnya telah meletusnya perdebatan dan perkongsian pandangan serta kontroversi baik dari rakyat Amerika sendiri, penduduk seluruh dunia dan juga rakyat malaysia sendiri. Sehingga ke hari ini, kes pembunuhan John F. Kennedy (JFK) terus menjadi misteri dan terus tercari-cari kebenaran kerana begitu banyak persoalan yang belum terungkai sehingga membuat rakyat-rakyat di seluruh dunia tertanya-tanya sehingga ke hari ini. altantuya shaariibuu "Drama" Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, 13 Januari 2014 selepas menempuh cabaran yang cukup panjang untuk menyudahkan episod yang cukup berliku ini. Bakal terbit satu lagi cerita lagenda yang akan dikenang rakyat Malaysia bermula hari ini sehingga ke tempoh yang tidak diketahui sampai bila untuk dibawa persoalan-persoalan yang masih belum terungkai sehingga ke hari ini, "siapa mastermind", atas sebab apa dibunuh. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Pemimpin Umno Belasah TUDM

Posted: 14 Jan 2015 03:30 AM PST

Seorang pemimpin Umno, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan hukuman yang dikenakan terhadap Mejar Zaidi Ahmad walaupun penjawat awam itu berbuat perkara betul dengan membuat laporan polis berhubung kelemahan dakwat kekal‎ semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ketua penerangan Umno cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka Pandan itu berkata, TUDM lebih cepat menghukum Zaidi yang kesalahannya tidak serius berbanding kelemahan agensi keselamatan itu ketika kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

‎‎"Kenapa Mejar Zaidi diambil tindakan tegas sedangkan beliau cuma ingin melaporkan perkara yang benar mengenai kelemahan dakwat kekal yang digunakan oleh SPR semasa PRU13," kata Syed Rosli dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini merujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Kerajaan Indonesia lebih tegas dengan memecat 4 pegawai Pusat Kawalan Udara mereka yang bertugas semasa kejadian malang pesawat AirAsia QZ8501."

Zaidi pada Isnin dijatuhkan hukuman dengan ditamatkan perkhidmatan secara serta-merta selepas didapati bersalah atas dua dakwaan yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tentera.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Kol Saadon Hasnan berkata, hukuman berkenaan bukan berpunca daripada isu dakwat kekal.

"Ianya kerana dua kesalahan yang dilakukan kerana melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Angkatan Tentera Udara," kata Saadon.

Zaidi membuat laporan berhubung dakwat kekal pada 30 April, 2013 selepas mengundi dalam pengundian awal selepas mendapati dakwat kekal di jarinya hilang selepas dibasuh.

Susulan daripada laporan polisnya, pegawai TUDM itu diarahkan untuk berpindah ke Butterworth dan pada 7 Februari, 2014 beliau dilaporkan menerima 7 pertuduhan daripada Majlis Angkatan Tentera.

Syed Rosli yang pernah mencabar Khairy Jamaluddin sebagai ketua Pemuda Umno turut membidas cara TUDM menangani kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac, 2014 dengan mengatakan sehingga kini ‎tiada siasatan menyeluruh dilakukan.

Katanya, TUDM juga gagal mengesan kehilangan pesawat MAS yang membawa 239 penumpang dan 12 anak kapal itu terkeluar daripada radar.

Beliau berkata TUDM hanya mendedahkan pesawat itu berpatah balik selepas tiga hari  meskipun ia dapat dikesan rada‎r mereka.

"‎Betul, kita tidak boleh menyalahkan 100% pada pihak tentera udara Malaysia tetapi bukankah ini menjadi tanggungjawab mereka memantau ruang udara Malaysia terutama apabila ada pesawat penumpang yang melakukan pusingan semula merentasi Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang tanpa mendarat?"

Syed Rosli yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa TUDM memperbaiki kelemahan badan itu.

"Tidak boleh bayangkan apa akan terjadi dengan Malaysia jikalau ada pesawat perang asing yang masuk ke ruang udara Malaysia malahan lebih teruk mereka boleh mendarat secara haram tanpa diketahui oleh pihak tentera pun.

"Jangan diulangi lagi seperti apa yang pernah berlaku di Lahad Datu setahun yang lalu dan berubahlah semua pemimpin negara atau kami rakyat akan terpaksa mengubah kamu semua," katanya.

Pelajar Sekolah Dihalau Hanya Kerana Berbaju Kurung?

Posted: 14 Jan 2015 02:45 AM PST

 

Hanya bersandarkan alasan melanggar etika berpakaian kerana mengenakan baju kurung, seorang bapa mendakwa, anak perempuannya dihalang untuk masuk ke kelas.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekolah baru anaknya yang terletak di Cheras, semenjak Isnin hingga hari ini.

Menurut Lawrence Jayaraj, pihak sekolah terbabit hanya membenarkan pelajar wanita Melayu sahaja memakai baju kurung.

Memetik kenyataannya dari portal The Rakyat Post, "Anak saya berpindah ke sekolah ini kerana lokasinya terletak di laluan ke tempat kerja saya.

Pada awal tahun ini, saya membelikan baju kurung kepada anak perempuan saya yang mana ia tidak pernah menjadi masalah."

Akibat dari larangan untuk anaknya masuk ke kelas, dia terpaksa ke sekolah tersebut dan mengambil anaknya semula.

Ujarnya Lawrence lagi, isu tersebut masih gagal diselesaikan antaranya dan guru penolong kanan sekolah itu kerana dia tetap bertegas dengan peraturan tersebut.

Bukan itu sahaja, Lawrence turut mendakwa, guru terbabit menyuruhnya mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi mendapatkan persalinan sekolah baru buat anak perempuannya.

Namun demikian, ketika kejadian berlaku, pengetua sekolah berkenaan tidak berada di situ.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

"Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan."

Ujar Kamalanathan lagi, di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran, terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dan adakalanya, ada pengetua yang membuat polisi sendiri tanpa kebenaran dari kementerian.

– MYNEWSHUB.CC

Saman Balak - Husam Berjaya Selamatkan RM800 Juta Wang Rakyat Kelantan

Posted: 14 Jan 2015 01:49 AM PST


KUALA LUMPUR: Selaku bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas mencari jalan menangani ancaman saman syarikat balak di Kelantan, Datuk Husam Musa akan mengadakan majlis kesyukuran ringkas meraikan mereka yang terlibat.

Husam memaklumkan demikian sebaik sahaja menerima berita gembira daripada Peguam Datuk Sulaiman Abdullah bahawa Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Timber Mine mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu bahawa Kerajaan Kelantan mesti membayar gantirugi sebanyak RM 800 juta.

"Tidak semena-mena Datuk Sulaiman menelefon saya maklumkan berita gembira ini. Kerajaan Kelantan telah terlepas bahana itu," tulis Husam yang juga Naib Presiden PAS di Facebooknya semalam.

Selepas kes ini kalah di Mahkamah Tinggi pada 2009, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas bagi mencari jalan menangani ancaman ini.

"Berkat doa dan buah fikiran orang itu dan ini, kes yang dulunya agak sukar untuk dimenangi, kini telah sampai ke penghujungnya.

"Saya memberitahu Datuk Sulaiman, selaku bekas pengerusi, saya akan adakan majlis kesyukuran ringkas meraikan anda yang terlibat.

"Datuk Sulaiman waktu itu agak uzur tetapi tetap bersama kita dengan berkata saya akan tolong Kelantan fisabilillah," tambah bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor melahirkan rasa syukur kerana Kelantan terbabas daripada membayar tuntutan Timber Mine yang diwakili oleh Datuk Syafie Abdullah.

"Sumbangan saya pun fisabilillah sama dengan Datuk Sulaiman. Khabarkan berita gembira ini buatmu teman," ujarnya.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam kes tersebut.

Timber Mine sebanyak RM800 juta selepas syarikat pembalakan itu menyaman kerajaan negeri ekoran satu krisis pembalakan di negeri itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru pada Rabu, 30 Disember 2009 mengarahkan kerajaan negeri Kelantan membayar membayar RM800 juta kepada Timber Mine menurut tuntutannya melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30% pemilikan syarikat, selain itu ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan RM1.74 juta, faedah 8% sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Ekoran itu, jawatankuasa yang dipengerusikan Husam menguruskan satu rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 23 Julai 2012, Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta itu.

HarakahDaily