Ahad, 11 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Tempuhi Dugaan Hidup Dengan Hati Yang Terbuka.....SYABAS UMIE !!

Posted: 11 Jan 2015 09:30 PM PST


Semalam, penthouse mewah milik pasangan tersebut yang terletak di Mont Kiara telah dilelong dalam satu sesi lelongan di Hotel Istana. 
Kisahnya, kediaman berkenaan merupakan hadiah perkahwinan daripada Khairuddin buat Umie dahulu.

Umie Aida reda kondominium dilelong, berdiri teguh di belakang suami

Pelakon terkenal, Datin Paduka Umie Aida reda dengan isu lelongan kondominium penthouse milik suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan di Mont Kiara di sini dan menganggap ia sebagai satu dugaan daripada Tuhan.

Katanya, beliau pasrah dengan kehilangan hadiah perkahwinannya itu dan akan terus berdiri teguh di belakang Khairuddin.

"Sudah namanya kehidupan, ia pasti penuh dugaan.

"Tuhan menduga setiap manusia dengan ikut kemampuan. Saya dan keluarga saya diduga dan sebagai isteri, saya akan tetap menyokong suami saya selama-lamanya," kata Umie Aida ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Umie Aida yang juga adik kepada pengarah terkenal, Erma Fatima itu bernikah dengan Khairuddin pada 14 Mac 2010 di Mekah, Arab Saudi.

Sabtu lalu, unit kondominium mewah di kawasan kediaman elit Mont Kiara milik Khairuddin yang juga Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu dilelong pada Lelongan Mega CIMB di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

Khabarnya rumah tersebut yang dilelong pada harga RM2.1 juta, juga dibeli pada harga sama oleh seorang individu wanita lingkungan lewat 40-an setelah dia menjadi pembida tunggal.

sumber...kosmo

DIKEJAR KITA LARI KEMUDIAN KITA DATANG BALIK.

Posted: 11 Jan 2015 08:45 PM PST

Dulu semua jadi kawan aku. tak kira latar belakang dari mana sekali pun, kaya miskin tua muda bagi aku semua kawan. kalau dulu sama sama kehadapan, DIKEJAR KITA LARI KEMUDIAN KITA DATANG BALIK. yg luluh dibelantan dan terjatuh kita sama sama sering membantu.

Sekarang ini tidak lagi seperti sewaktu ketika dulu. rakan menghentam sesama sendiri konunnya kerana MOTO tidak sealiran. konunnya KAMU YG MULAKAN DULU. yg pasti menang kalah semua akan jadi abu. musuh tersenyum sinis megah dan terus riak.

Itulah melayu. bila seorang dia sering termanggu dan tido. bila ramai dia akan bergaduh dan menikam sesama sendiri. 

Tujuan asal lenyap hilang ditelan MOTO itu dan ini. yg akan rebah dan rugi bukan org lain, tapi diri kita sendiri.

Laungan keramat hanya jadi sebagai retorik usang kaku bisu.
 

Kepada Yang...Bila sudah menjangkau umur 40 tahun..

Posted: 11 Jan 2015 08:00 PM PST


 

Ramai tidak sedar dalam Al Quran ada menyentuh tentang usia ini.

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ (١٥) الاحقاف

Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa:  


"Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim." 




Al Ahqaf: 15

وفى تفسير ابن كثير: وهذا فيه إرشاد لمن بلغ الأربعين أن يجدد التوبة والإنابة إلى الله - عز وجل - ويعزم عليها.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah 'Azza wa Jalla dengan bersungguh-sungguh.

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Doa yang menggambarkan jiwa yang bersyukur dalam menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal, yang telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah Ta'ala.

Dalam ayat yang lain.....

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ (٣٧)

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?

Al Fathir: 37

عن مجاهد قال : سمعت ابن عباس يقول : العمر الذي أعذر الله إلى ابن آدم : ( أولم نعمركم ما يتذكر فيه من تذكر ) أربعون سنة .

Mujahid berkata, aku mendengar daripada Ibnu Abbas berkata :

" Usia yang Allah beri peringatan kepada anak Adam dengan

( أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ ) ialah 40 tahun.

عن مسروق أنه كان يقول : إذا بلغ أحدكم أربعين سنة ، فليأخذ حذره من الله عز وجل .

Masruq berkata :

" Apabila seorang kamu berumur 40 tahun, maka ambillah peringatan daripada Allah Azza wa Jalla ".

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. 
Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi SAW seperti yang disebut oleh Ibn 'Abbas:

عن ابن عباس قال أنزل على رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن أربعين فأقام بمكة ثلاث عشرة وبالمدينة عشرا وتوفي وهو ابن ثلاث وستين قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح


"Diturunkan wahyu Rasulullah SAW pada usianya 40 tahun, lalu baginda tinggal di Makkah 13 tahun dan di Madinah 10 tahun, dan wafat pada usianya 63 tahun".

HR Tirmizi
Ibnu Abbas RA dalam suatu riwayat berkata:

من أتى عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار

"Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka."

Imam asy-Syafi'i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, "Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir.

( قيل للشافعي - رحمه الله - : ما لَكَ تُكثر من إمساك العصا وأنت لست بضعيف ؟ قال : لأتذكر أني مسافر )

Justeru...apa yang perlu dilakukan menjelang usia 40 tahun...

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan kekuatan ruhiyyah
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah dan perjuangan


Jika ada yang mengatakan bahawa: " Life begins at fourty "... mungkin kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya...

Dipeluk & Dicium K-Pop: Penganjur konsert mohon maaf....

Posted: 11 Jan 2015 07:30 PM PST


Penganjur konsert kumpulan K-Pop, B1A4, hari ini memohon maaf di atas isu yang timbul disebabkan tindakan artis Korea itu dengan beberapa orang peminat pada konsert yang berlangsung petang semalam.

TGM Events dalam kenyataannya memberitahu pihaknya ikhlas memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan akan melakukan penambahbaikan pada masa akan datang.

Pihaknya akan mengambil kira implikasi ke atas budaya dan juga agama yang melibatkan interaksi antara peminat dan juga artis pada masa konsert akan datang. Jelas kenyataan itu lagi, konsert berkenaan merupakan pertemuan khas antara kumpulan B1A4 dan juga para peminat mereka di Kuala Lumpur.

Katanya, para peminat dipilih secara rawak berdasarkan soalan yang dipaparkan pada papan mesej dengan menggunakan nama pertama mereka.

"Penganjur, pengurusan artis dan juga artis tersebut tidak mempunyai pengetahuan mengenai peminat yang dipilih tersebut sehingga mereka dibawa ke atas pentas.

"Namun begitu, untuk bertemu secara dekat dengan peminat bukanlah protokol standard artis K-Pop tetapi disebabkan ia merupakan program khas bersama peminat, maka ia direka supaya melibatkan pembabitan dan interaktif yang lebih dekat dengan mereka," katanya.

Menurutnya lagi, pengacara konsert berkenaan juga telah mengarahkan para peminat supaya tidak menyentuh atau berada dekat dengan ahli kumpulan tersebut sebelum program tersebut dimulakan.

Ujarnya, selepas penayangan video parodi, ahli-ahli kumpulan tersebut telah bertanya kepada peminat yang terpilih berkenaan adakah mereka selesa dengan aktiviti yang dilakukan tersebut dan mereka memberikan persetujuan di hadapan semua penonton secara langsung.

"Sebagai sebuah syarikat yang dikendalikan kebanyakannya oleh wanita, kami tidak akan melakukan dan tidak akan membiarkan gangguan seksual dilakukan seperti mana yang didakwa dalam media.

"Terminologi yang digunakan telah diambil di luar daripada konteks dan kami amat kecewa dengan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab itu," katanya.

Dalam pada itu, TGM Events juga memberitahu bahawa pihaknya tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan bangsa dan agama mereka dan program tersebut telah disesuaikan dengan citarasa penonton.

Jelasnya, mereka tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyekat para peminat daripada aktiviti yang mereka telahpun bersetuju untuk menyertainya.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Hidup Saya Sudah Hancur - Alyah - Kita Bantai

Posted: 11 Jan 2015 07:00 PM PST


Alyah
KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai gambar wanita di sebelah Datuk Ramli MS yang dimuat naik Alyah sebentar tadi dirungkai tadi oleh penyanyi berkenaan sendiri kepada BH Online.

Alyah turut mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Siti Hafilah Che Kar kerana dijelaskan turut berkahwin diam-diam dengan suaminya.

"Tahniah juga atas cubaan menghancurkan rumah tangga saya. Saya hidu cerita ini lama tetapi baru saja dapat bukti bergambar.

"Saya reda dengan apa saja yang akan terjadi. Lepas satu dugaan demi dugaan saya lalui. Saya kurang pasti bila mereka berkahwin.




"Sebelum ini wanita itu pernah cakap mengenai hal kahwin dan sekarang sudah terbukti," katanya.

Alyah juga sedar suaminya itu ramai peminat dan selama berkahwin gambar mereka berdua juga ditegah suaminya untuk diambil mahupun dimuat naik di laman Instagram.

"Umpama saya ini tak ada perasaan. Dia boleh ambil gambar dengan orang lain tapi dengan saya tidak.

"Saya terima apa saja kesudahan selepas ini. Selama ini saya seperti orang bodoh. Hidup saya sudah hancur," katanya. - BH Online

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/hidup-saya-sudah-hancur-alyah.html#ixzz3OXlSeaLF

VIDEO - Bodoh Dari Dulu, Kini Dan Selamanya.......??

Posted: 11 Jan 2015 06:15 PM PST



Ini Bukan Fitnah, Aku Ambil Dari Surat Khabar Lama...? - Komeneh Gopeng

Posted: 11 Jan 2015 06:00 PM PST

SESEORANG bertanya pada saya, “Apa itu wahabi?”

Posted: 11 Jan 2015 05:30 PM PST




Apa Itu Wahabi?
 
Maka saya katakan padanya jika mau tahu jawabannya saya menyarankan lakukan seperti yang saya lakukan dulu.

"Apa itu?"

"Mulai rutin datangi majelis ilmu. Rajin belajar ilmu syar'i yang bersumber pada Al Qur'an dan Al Hadist."

"Kenapa bisa begitu? Bukannya bisa dijelaskan saja?"

"Menurut saya, belajar ilmu syar'i yang benar, jauh lebih bermanfaat dan bisa mencerahkan ke-awam-an kita ketimbang sibuk bergelut isu-isu tak penting"

"Wahabi kan banyak dibicarakan orang…"

"Iya, dibicarakan orang-orang yang bisa jadi tak pernah ke majelis ilmu…"

"Kok bisa begitu?"

"Mulailah besok hadiri majelis ilmu. Insya Allah nanti kau akan mengerti mengapa…"

Harga Minyak Sudah Turun, Tarif Letrik Bila Lagi....???

Posted: 11 Jan 2015 05:00 PM PST

Najib ada hubungan peribadi dengan Anwar? - anaabdullah.

Posted: 11 Jan 2015 04:15 PM PST


Ada satu cerita. Mungkin ada yang tahu. Tetapi ada juga yang tak percaya dengan cerita ini yang semacam tak masuk akal. Sukacita di maklumkan bahawa cerita yang saya dengar ini boleh dikongsikan bersama. Apakah cerita itu.

Menarik atau tidak. Ianya pasti menarik perhatian semua pihak. ceritanya, mengapa Tun Mahathir Mohamad marah marah dengan Datuk Seri Najib Razak sedang dialah yang bertungkus lumus untuk naikkan sebagai perdana menteri.

Sekarang bukan sahaja telah melakukan geraklaku serangan peribadi mengatakan Najib bukan seorang yang layak jadi perdana menteri. melihat geraklaku Tun Mahathir sejak akhir akhir ini dapat kita gambaran pasti ada benda yang tak kena, macam dia marah marah dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini sehingga sanggup keluar umno. Marah sungguh sungguh.

Mengapa? kerana Tun Abdullah Ahmad Badawi membebaskan Anwar yang dibunuhnya.

Hal ini semacam ada persamaan dengan kes sebelum ini. Marah Tun Mahathir Mohammed terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi tak berbeza dengan marahnya terhadap Najib.

Tun Mahahtir Muhammad marah Tun Abdullah atas membebaskan Anwar. Marah Tun M kepada Najib atas sebab Najib ada hubungan peribadi dengan Anwar.

Semacam betul. Betul ke. Mungkin ada yang berkata tak munasabah. Macam mana musuh politiknya boleh ada hubungn baik secara peribadi.

Betul jugak tu. Tun Mahathir Mohammed marah marah dengan Tun Abdullah dulu atas sebab Tun Abdullah Ahmad Badawi bebaskan Anwar Ibrahim yang telah dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat satu.

Bayangkan orang yang telah Tun Mahathir Mohammed bunuh dalam dunia politik telah dihidup semula oleh Tun Abdullah Ahmad badawi yang tidak mustahil boleh memnggugat kedudukannya apabila Anwar mendapat ruang semula dalam arena politik Negara.

Bayangkan, siapa yang tak marah jika orang yang telah dia bunuh dihidupkan semula. Ini yang membimbangkan Tun Mahathir Mohammad membuat dia sangat tidak senang hati dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 


Ini hanya sekadar cerita sensasi sahaja dan mungkin kebanyakan antara kita sudah sedia maklum bahawa ada kebenaran ia suatu cerita sepertimana yang penulis dengar ini.


Penulis mahu supaya kebanyakan kita jadilah lidah yang sememangnya tidak pernah berbohong dan menipu apabila memakan gula, rasanya manis dan mata melihat gula berkata gula itu putih.jangan sekali menjadi hati orang politik yang sentiasa berbohong dan menipu.

Dalam politik tidak dapat dinafikan bahawa musuh kadang kadang jadi kawan dan kawankarib kadang kadang jadi musuh. Rupa rupanya demikian politik sejak dahulu hingga kini.

Penulis setakat hari ini tidak pernah lupa bahawa pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai menteri Belia merupakan punca sebenar Tun Mahathir Mohamed marah marah pada Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Mungkin ada yang berkata, tiada sebab Tun Mahathir Mohammed marah marah dengan Najib, kerana dia sangat bersetuju dan yakin bahawa inilah perdana menteri yang boleh buat yang terbaik dalam menerajui Malaysia berbanding dengan tokoh tokoh lain.

Peliknya, setelah menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi orang yang sangat marah dilantik Najib sebagai menteri Belia Tun Mahathir Mohammed kelihatan mula tidak senanghati dan berkata serba serbi tidak bagus dengan tranformasi tranformasi yang dilaksanakan.

Bukan setakat itu sahaja malah telah menyerang Najib bertubi tubi dan mengatakan perdana menteri (Najib) bukanlah seorang yang layak mentadbir negara satu Malaysia.

Cerita terkini, mungkin ini merupakan data data persepsi yang mengatakan gerakan pemuda umno disamping berada dibelakang Datuk Seri Najib Razak juga berada dibelakang Anwar Ibrahim yang barangkali akan menjadi reality.

Bayangkan 500 ratus ribu keahlian parti keadilan rakyat adalah kebanyakannya masih ahli umno dan dicerita mereka itu mempunyai dua keahlian parti malah ada yang mempunyai tiga keahlian parti.

Merekalah ahli umno, merekalah ahli keadilan. Merekalah ahli PAS.


-tranungkite-

Hudud Wajib Dilaksanakan Dengan Segera !!!

Posted: 11 Jan 2015 04:00 PM PST

Semasa kita tidur sebenarnya syaitan telah membuat tiga ikatan.

Posted: 11 Jan 2015 03:30 PM PST

Semasa kita tidur sebenarnya syaitan telah membuat tiga ikatan.   Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah r.a katanya;
  Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah r.a katanya;" Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda maksudnya : "Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. 

Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: "Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!" 

Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. 

Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas."


(Hadis Riwayat Muttafaqun 'alaih).
 

LIVE VIDEO - ULASAN KES KPOP "DAJJAL KOREA"USTAZ AHMAD RIZAM

Posted: 11 Jan 2015 08:00 AM PST


Aksi Bangang Gadis Melayu Peluk Artis K-Pop Dicemuh

Posted: 11 Jan 2015 07:15 AM PST

 

Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.


Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebut secara langsung acara dirujuk itu.

"Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelakii tinggi, gelap dan 'hensem' (tampan).

"Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati," tulisnya di Twitter.

Beliau merujuk sebuah sebuah yang disebar meluas di Internet memaparkan aksi mesra dalam pertemuan kumpulan B1A4 dengan peminat di pusat hiburan KL Live di ibu negara malam tadi.

Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.

Walaupun kelihatan ada yang malu-malu, berdasarkan video itu, mereka kelihatan rela dirangkul penyanyi yang tampil dengan sut kasual dan bertali leher gelap itu.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan lima anggota itu melibatkan Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.

Penampilan sulung B1A4 dibuat pada tahun 2011 dengan single berjudul "OK"

Perjumpaan bersama peminatnya malam tadi meletakkan harga tiket daripada RM199 hingga RM799.

Sementara itu, Twitter turut dibanjiri denganhashtag #menentangkejahatankpop.

Pengguna maya bagaimanapun tidak keseluruhannya menyalahkan artis K-pop itu kerana mereka mungkin tidak memahami ajaran Islam yang sebagai agama rasmi dan majoriti penduduk negara ini.

Bagaimanapun lebih banyak kecaman dihamburkan kepada gadis-gadis terlibat.




 

Agihan RM500 kepada mangsa banjir di Kelantan berdasarkan 3 kategori

Posted: 11 Jan 2015 06:30 AM PST

 

Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan akan mengagihkan bantuan fasa pertama kerajaan kepada mangsa banjir negeri itu yang berpindah ke pusat pemindahan yang digazetkan.

Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan akan mengagihkan bantuan fasa pertama kerajaan kepada mangsa banjir negeri itu yang berpindah ke pusat pemindahan yang digazetkan.

Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Kelantan berkata agihan fasa pertama bantuan kerajaan sebanyak RM500 akan diberi kepada mangsa banjir di Kelantan yang berpindah ke pusat pemindahan yang digazetkan.

Fasa berikutnya melibatkan mangsa yang berpindah ke rumah sanak saudara atau pusat pemindahan yang tidak digazet, serta kumpulan yang tidak berpindah tetapi terkepung banjir.

Senarai nama mangsa banjir yang dimuktamadkan pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan dikemukakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selewat-lewatnya 16 Januari dan akan dipamerkan di Pejabat Tanah dan Jajahan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk semakan, kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Mana-mana mangsa banjir yang tercicir daripada senarai itu boleh mengemukakan rayuan untuk dipertimbang menerima bantuan ihsan itu, menurut kenyataan itu.

Semalam, mesyuarat jawatankuasa itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, jawatankuasa itu memutuskan senarai rumah yang musnah sepenuhnya akibat banjir hendaklah disediakan melalui perbincangan pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Ia menarik perhatian tiga jenis penempatan akan dilaksanakan, iaitu penempatan serta-merta di bawah MKN serta penempatan sementara dan pembinaan rumah kekal oleh kerajaan Pusat, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) atau badan bukan kerajaan (NGO).

Pembinaan rumah kekal akan diseragamkan dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga bilik untuk keselesaan mangsa.

Setakat ini, 2,677 rumah dikenal pasti musnah sepenuhnya akibat banjir yang melanda negeri ini bulan lepas.

Rumah yang rosak tetapi boleh dibaiki akan dikenal pasti oleh Pejabat Jajahan manakala jawatankuasa berkenaan akan menentukan bentuk bantuan kepada mangsa. – Bernama, 11 Januari, 2015.

Dicium artis K-pop, Khairy harap gadis Malaysia kembali kepada lelaki sejati

Posted: 11 Jan 2015 05:45 AM PST


Kumpulan K-pop B1A4 yang mengadakan konsert di KL Live semalam memeluk beberapa gadis Melayu bertudung, menimbulkan kritikan di media sosial.

Kumpulan K-pop B1A4 yang mengadakan konsert di KL Live semalam memeluk beberapa gadis Melayu bertudung, menimbulkan kritikan di media sosial.

Susulan video gadis yang dipeluk dan dicium artis K-pop menjadi viral di media sosial, Khairy Jamaluddin menyeru gadis Malaysia kembali kepada lelaki sejati.

Ketua Pemuda Umno itu berkata, ciri-ciri lelaki sejati pada pandangannya ialah seorang yang tinggi, gelap dan kacak dan bukan lelaki yang "pucat, keding dan jambu."

"Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan kacak. Bukan pucat, keding dan jambu. Itu bukan lelaki sejati," katanya menerusi laman Twitter hari ini.

Konsert artis berkumpulan K-pop yang menggelar diri mereka B1A4 mencuri perhatian pengguna media sosial apabila beberapa gadis Melayu yang bertudung dipeluk dan dicium ketika mereka membuat persembahan.

Video lebih 3 minit itu disiarkan di laman Facebook Sukan Star TV hari ini yang dirakam ketika satu konsert B1A4 di pentas KL Live di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur malam tadi.

Rata-rata pengguna media sosial yang mengulas mengenai kejadian itu memberi reaksi negatif dan melahirkan kekesalan ke atas perilaku artis Korea Selatan berkenaan.

Bagaimanapun, salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Lim Jeremy berkata, artis Korea itu tidak boleh dipersalahkan kerana mereka tidak memahami undang-undang Islam.

"Salahkan gadis berkenaan. Jangan salahkan Islam dalam hal ini," katanya.

"Maaf bercakap. Tidak pelik ke? Mengapa semua perempuan yang disentuh semuanya bertudung? Di situ kita nampak kebodohan dan kelemahan akidah umat akhir zaman," komen seorang bernama Musemmil Genjuro pula.

Phylisia Valerie pula berkata: "Aku bukan Islam tetapi malu juga tengok benda macam ni. Kawan-kawan aku ramai Muslim, kalau dia orang buat benda macam ni, sah makan penyepak."

"Jika kamu kenal gadis yang tidak menggemari K-pop, kahwinilah dia," kata seorang yang bernama Wan Munir melalui akaun Facebooknya. – 11 Januari, 2015.


/www.themalaysianinsider.com/bahasa.

MANA YANG RAJIN PEGANG FON..BERINGAT2 LA..PLS..BACA.. Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit

Posted: 11 Jan 2015 05:00 AM PST


 

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."


Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

→ Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

→ Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

→Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

→Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...


→dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

→Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."


Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini. '

•ALLAHURABBI,TABARAKALLAH


Sukarelawan banjir dinasihat pakai sut lengkap buat kerja pembersihan

Posted: 11 Jan 2015 04:00 AM PST



Mangsa banjir dan sukarelawan mula menjalankan kerja pembersihan pasca banjir di Manek Urai, Kelantan. – 

Mangsa banjir dan sukarelawan mula menjalankan kerja pembersihan pasca banjir di Manek Urai, Kelantan. – 

Sukarelawan dinasihatkan memakai sut lengkap ketika menjalankan kerja pembersihan pasca banjir.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini bagi mengelakkan pasukan berkenaan dari dijangkiti penyakit.

Katanya sukarelawan yang ada luka walaupun kecil tidak digalak melakukan kerja pembersihan kerana penyakit bawaan air seperti E coli dan leptospirosis (penyakit kencing tikus) boleh merebak ke dalam badan melalui luka.

"Sukarelawan jangan pandang ringan...pakai sarung tangan, kasut dan mask (topeng tutup mulut).

"Pakai mask itu penting sebab kita khuatir debu atau tanah yang dihanyutkan arus itu boleh mendatangkan batuk mahupun sesak nafas kepada mereka selain terkena penyakit yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kemaman, hari ini.

Menurutnya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung wabak penyakit merebak akibat banjir yang melanda sejak pertengahan bulan lepas.

Katanya, hanya kes penyakit biasa seperti cirit-birit dan juga kes terpencil melibatkan tambahan kes jangkitan penyakit kencing tikus direkodkan setakat ini.

"Penyakit kencing tikus ini berlaku di Gua Musang, Kelantan dan melibatkan mangsa dalam kalangan Orang Asli di kawasan itu," katanya.

Pasukan perubatan bergerak dari negeri-negeri yang kurang terjejas ke negeri terjejas teruk seperti Kelantan untuk membantu.

Beliau berkata kementeriannya juga turut mendapat khidmat doktor dari Thailand yang turun ke lokasi terjejas di Kelantan. – Bernama, 11 Januari, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com

ADUN BN mahu bina 'tugu balak' Kelantan

Posted: 11 Jan 2015 03:15 AM PST

 
Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan dilapor berkira-kira menjadikan tunggul balak empat tan yang dihanyutkan banjir di negeri itu sebagai "tugu peringatan".

Perkara itu dilaporkan Utusan Malaysia hari ini, yang dilihat sindiran terhadap kepimpinan PAS negeri itu, yang aktiviti pembalakannya dikatanya antara faktor berlaku banjir besar.

Awang Selamat, suara rasmi Utusan, antaranya menulis bahawa Datuk Md Alwi Che Ahmad membawa pulang tunggul balak yang terdampar di depan balai polis simpang pekan Lakloh, Kuala Krai baru-baru ini.

"Tunggul balak itu adalah antara banyak batang balak yang dibawa arus banjir, dipercayai akibat hakisan di kawasan pembalakan dan penerokaan tanah secara berleluasa di Kelantan.

"Selepas keadaan banjir pulih, pada 2 Januari lalu," ADUN Kok Lanas itu dilaporkan sebagai berkata.

Awang Selamat juga menulis, pihak bertanggungjawab ke atas penggondolan hutan secara berleluasa bernasib baik kerana tiada suruhan siasatan diraja bagi meneliti dakwaan itu.

Beliau membandingkannya dengan perundangan Barat yang cepat membawa pesalah ke mahkamah dalam isu sebegitu.
 

Malaysiakini.

'Minta maaf? Biarlah saya disiasat dulu'

Posted: 11 Jan 2015 02:30 AM PST

 
Aktivis peguam Eric Paulsen yang didakwa mengkritik khutbah Jumaat belum memutuskan sama ada akan memohon maaf atas kenyataan kontroversinya itu.

Anggota kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) itu sebaliknya berkata buat masa ini biarlah pihak polis menyiasatnya terlebih dahulu.

"Perkara ini sedang disiasat. Jadi saya rasa, biar saya kena siasat dahulu.

"Jadi lihatlah macam mana nanti," katanya ketika ditanya gesaan supaya beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.

Tweet Paulsen pada Jumaat itu dikritik keras pelbagai pihak, serta mengundang siasatan polis.

Beliau menulis tweet kontroversi berbunyi:

"Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia".

Timbalan Ketua Pemuda PAS Khalil Abdul Hadi (kanan) menyifatkan Paulsen menghina umat Islam jika beliau merujuk kepada khutbah Jumaat.

Manakala Utusan Malaysia pula hari ini berkata Paulsen "terlalu ekstrem".


Kedua-dua pihak itu mahukan Paulsen memohon maaf.

Bagaimanapun, ketika dihubungi pagi ini, peguam hak asasi manusia itu berkata terdapat "salah faham" tetapi belum mahu menghuraikannya pada masa ini.

Paulsen mahu menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan.

"Polis sudah hubungi saya dan saya sedia untuk bekerjasama. Dan perkara ini menjadi kes polis. Biar proses siasatan berjalan (dahulu)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Gesa polis profesional

Sementara itu, dalam kenyataannya pagi ini, Paulsen menggesa pihak polis bertindak lebih profesional dan tidak pilih kasih dalam menjalankan tugas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata Paulsen antara yang wajar disiasat bawah akta hasutan ekoran tindakan itu.

Malah Khalid memuat naik gambar Paulsen di Twitter beliau dengan tulisan "biadap".

Paulsen mengaitkan tindakan polis terhadapnya itu dengan dengan kempen oleh tentera siber pro-Umno.

"Tidak wajar dan sungguh mengejutkan apabila ketua polis negara menerima arahan daripada tentera siber dan penyokong pro-Umno di Twitter, ketika beliau seharusnya neutral menangani mereka (kumpulan itu) yang bermotifkan politik dan jelas mempunyai niat tidak baik," katanya.
 
 
Malaysiakini

Najib ‘serik’ dijangkiti E coli, simpati kepada mangsa banjir

Posted: 11 Jan 2015 01:45 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melawat negeri yang dilanda banjir bulan lalu. – Gambar twitter, 11 Januari, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melawat negeri yang dilanda banjir bulan lalu. 

.Datuk Seri Najib Razak mengakui pengalaman terkena jangkitan E coli menyebabkan beliau "serik" dan menyatakan rasa simpatinya kepada mangsa banjir yang terpaksa berdepan bencana terburuk dalam sejarah negara.

Perdana menteri berkata, jangkitan tersebut menyebabkan beliau tersandar di rumah dan terpaksa berehat, serta menyifatkan ia pengalaman yang tidak mahu lagi ditempuhinya.

"Saya sepatutnya datang ke Pekan dan membuat lawatan lebih awal tetapi saya juga tergolong sebagai 'mangsa banjir'. Walaupun tidak layak menerima bantuan banjir tetapi saya boleh dikira sebagai 'mangsa' sebab terkena E coli baru baru ini. Saya tersandar di rumah beberapa hari, tidak boleh keluar.

"Memang itu bukan satu pengalaman yang saya hendak ulang balik. Kalau tidak percaya, boleh tanya isteri saya," kata Najib seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Najib berkata, pengalaman buruk yang dihadapinya itu juga boleh berlaku kepada mangsa banjir, terutamanya jika mereka tidak menitikberatkan kebersihan minuman dan penyediaan makanan.

"Kalau boleh kena dekat saya, orang lain pun boleh terkena," katanya.

Isnin lalu, Najib disahkan dijangkiti E coli selepas mengadakan lawatan ke negeri-negeri yang dilanda bencana tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan yang dipetik akhbar New Straits Times berkata, tidak berlaku penularan wabak tersebut di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya menafikan khabar angin yang tersebar mengatakan ia sudah menular, serta menegaskan langkah persediaan dan berjaga-jaga sudah diambil bagi menangani wabak penyakit itu.

Najib sebelum ini dikritik hebat selepas tersebar laporan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii pada ketika negara berdepan bencana.

Susulan daripada kritikan tersebut, Najib pulang ke tanah air memantau sendiri keadaan banjir.

Beliau diarahkan doktor berehat beberapa hari selepas mendapat jangkitan bakteria itu tetapi masih sempat mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu. – 11 Januari, 2015.




- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

Najib 'serik' dijangkiti E coli, simpati kepada mangsa banjir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melawat negeri yang dilanda banjir bulan lalu. – Gambar twitter, 11 Januari, 2015.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melawat negeri yang dilanda banjir bulan lalu. – Gambar twitter, 11 Januari, 2015.Datuk Seri Najib Razak mengakui pengalaman terkena jangkitan E coli menyebabkan beliau "serik" dan menyatakan rasa simpatinya kepada mangsa banjir yang terpaksa berdepan bencana terburuk dalam sejarah negara.
Perdana menteri berkata, jangkitan tersebut menyebabkan beliau tersandar di rumah dan terpaksa berehat, serta menyifatkan ia pengalaman yang tidak mahu lagi ditempuhinya.
"Saya sepatutnya datang ke Pekan dan membuat lawatan lebih awal tetapi saya juga tergolong sebagai 'mangsa banjir'. Walaupun tidak layak menerima bantuan banjir tetapi saya boleh dikira sebagai 'mangsa' sebab terkena E coli baru baru ini. Saya tersandar di rumah beberapa hari, tidak boleh keluar.

"Memang itu bukan satu pengalaman yang saya hendak ulang balik. Kalau tidak percaya, boleh tanya isteri saya," kata Najib seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Najib berkata, pengalaman buruk yang dihadapinya itu juga boleh berlaku kepada mangsa banjir, terutamanya jika mereka tidak menitikberatkan kebersihan minuman dan penyediaan makanan.
"Kalau boleh kena dekat saya, orang lain pun boleh terkena," katanya.
Isnin lalu, Najib disahkan dijangkiti E coli selepas mengadakan lawatan ke negeri-negeri yang dilanda bencana tersebut.
Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan yang dipetik akhbar New Straits Times berkata, tidak berlaku penularan wabak tersebut di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya menafikan khabar angin yang tersebar mengatakan ia sudah menular, serta menegaskan langkah persediaan dan berjaga-jaga sudah diambil bagi menangani wabak penyakit itu.
Najib sebelum ini dikritik hebat selepas tersebar laporan bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii pada ketika negara berdepan bencana.
Susulan daripada kritikan tersebut, Najib pulang ke tanah air memantau sendiri keadaan banjir.
Beliau diarahkan doktor berehat beberapa hari selepas mendapat jangkitan bakteria itu tetapi masih sempat mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Rabu. – 11 Januari, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-serik-dijangkiti-e-coli-simpati-kepada-mangsa-banjir#sthash.0b3OVoZi.dpuf

Dr Halim Shafie dilantik pengerusi baharu SKMM, kata Ahmad shabery

Posted: 11 Jan 2015 01:00 AM PST

Bekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal dua tahun, diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini.
 
Dr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir 6 tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat. Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.

Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah ketua setiausaha Kementerian Tenaga, Air
dan Komunikasi selama 6 tahun.


 

"Saya dengan penuh gembira mengumumkan Datuk Seri Dr Halim Shafie bersetuju untuk berkhidmat semula," kata Ahmad Shabery.

"Tempoh khidmat beliau adalah selama 2 tahun dengan saya memberikan tugas spesifik untuk beliau laksanakan dan capai. Ini termasuk meneliti tadbir urus baik, yang selaras dengan usaha kerajaan untuk semua kementerian dan agensi," katanya. – Bernama, 11 Januari, 2014.



www.themalaysianinsider.com -

Polis KK keluarkan 129 saman trafik malam tadi

Posted: 11 Jan 2015 12:15 AM PST

 
Polis mengeluarkan 129 saman bagi pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi Op Samseng Jalanan, cegah jenayah dan mabuk di sekitar bandar raya ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata operasi kira-kira tujuh jam bermula 11.30 malam itu khusus untuk membanteras aktiviti mat rempit dan lumba kereta haram.

"Polis turut menahan tiga lelaki berumur 22 hingga 42 tahun bersama motosikal masing-masing kerana melakukan aksi bahaya dan bersaing di jalan raya," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Menurut Chandra sebanyak 10 buah motosikal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 60, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam operasi itu, katanya, 10 daripada 30 individu yang diuji di lokasi sekatan jalan raya dikesan positif alkohol dan dibawa ke IPD untuk siasatan.

- Bernama

'Charlie buktikan kenapa perlu akta hasutan'

Posted: 10 Jan 2015 11:30 PM PST

 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihati rakyat Malaysia agar merenung kepentingan pengekalan Akta Hasutan 1948 di sebalik kejadian serangan di Paris, Perancis Rabu lepas.

"Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebabnya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama," kata Khalid dalam laman Twitternya.

Beliau berkata undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membolehkan polis menghapus tindakan pelampau atau kumpulan ekstremis daripada peringkat awal.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia supaya berhati-hati dalam memberi sebarang komen agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Insiden keganasan selama tiga hari di Paris melibatkan sekumpulan bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Khalid turut mengeluarkan kenyataan melalui laman Twitternya bahawa pasangan Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Baumeddiene yang menawan beberapa tebusan di sebuah pasar Raya di Paris pada Jumaat lepas tidak pernah memasuki Malaysia seperti yang didakwa laporan media asing.

"Semakan @PDRMsia, Amedy Coulibaly dan isterinya, Hayat Baumeddiene yang ditembak mati di supermarket di Paris tidak dikesan masuk Malaysia," katanya.

Media asing baru-baru ini melaporkan bahawa pasangan tersebut pernah bercuti di Malaysia tetapi tidak menyatakan tarikh kunjungan mereka.

Coulibaly ditembak mati oleh polis sementara Boumeddiene melarikan diri ketika insiden berbalas tembakan dengan polis berlaku.

Penjenayah itu dikatakan mendesak pembebasan Cherif Kouachi, 32, dan Said Kouachi, 34, yang menyerang pejabat akhbar Charlie Hebdo serta membunuh 12 orang sebelum pasangan adik beradik itu ditembak mati di Dammartin-en-Goele.