Sabtu, 10 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Polis jangan khianati agama dan negara Wartawan Sinar Harian

Posted: 10 Jan 2015 10:45 PM PST

CHERAS - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan pegawai dan anggota polis tidak menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara. 

Musa HassanKatanya, jadikan al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai amalan di dalam hidup seharian.

"Jika tidak rakyat akan sentiasa memandang serong ke atas pasukan polis.

"Saya juga berharap agar lebih ramai lepasan tahfiz yang akan memohon menganggotai polis" katanya ketika memberikan ceramah pada program Maulidur Rasul Komuniti Surau Al Falah, Taman Kota Cheras, Fasa 4, hari ini.

Dalam masa sama, beliau menegaskan usaha membanteras jenayah bukan hanya diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja.

"Malahan komuniti masyarakat juga hendaklah membantu polis dengan memberikan maklumat aktiviti jenayah balai polis terdekat," katanya.

Sementara itu, beliau juga mengingatkan ibu bapa agar menerapkan sistem kekeluargaan Islam dengan memupukkan kasih sayang serta selalu memantau aktiviti anak-anak agar menghormati agama dan budaya kaum.

Katanya, ia akan mewujudkan masyarakat bersama membina kehidupan yang sihat dan suasana harmoni dalam negara.
 
 
Kedahlanie

Perempuan Melayu Bertudung Dipeluk, Dicium Artis Korea ??

Posted: 10 Jan 2015 10:00 PM PST

VIDEO - Perempuan melayu dicabul atas pentas oleh mat kpop semalam

Posted: 10 Jan 2015 09:15 PM PST



Ibrahim Ali Beri Amaran Akan Ambil Tindakan Makhamah ?

Posted: 10 Jan 2015 08:30 PM PST

Ibrahim Ali Kritik Media, Dakwa Sophie Cemburu DGN Kehebatan PERKASA & Mahu Saman Individu YG Dakwa PERKASA Ektremis.


Gara-gara menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ekstremis, tiga lagi individu akan menerima surat tuntutan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum dipertimbangkan tindakan saman.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, mereka ialah jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) Datuk Noor Farida Ariffin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup dan Tan Sri Robert Phang dari Pertubuhan NGO Cina.

"Saya sudah minta peguam saya keluar tiga notis. Bila notis ini keluar, saya nak tengok jawapan mereka, apa peguam mereka jawab. Dari situ saya akan putuskan untuk failkan ke mahkamah seterusnya.

"Ketiga-tiga ini, dalam kenyataan mereka dilapor akhbar menuduh Perkasa ekstremis. Apa asas mereka menuduh Perkasa ekstremis? Mengapa mereka tak tuduh NGO lain bukan Melayu dan bukan Islam yang selantang Perkasa? Kenapa tak sebut?


"Saya mahu mereka ke mahkamah buktikan Perkasa ekstremis. Apa buktinya sehingga Perkasa lekat label itu?" katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ibrahim berkata, Perkasa sering menjadi tumpuan untuk dipersalahkan banyak pihak sedangkan banyak NGO mahupun individu lain yang terbukti didapati bersalah oleh pihak berkuasa.

Kata bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu, media juga sering meletakkan kesalahan kepadanya sehingga masyarakat melabelkannya dengan pelbagai gelaran.

"Kenapa tak disebut Bersih ekstremis? (Mereka) Tunjuk perasaan, baling kereta polis. Kenapa (naib presiden PKR) Tian Chua tidak dituduh ekstremis? (Beliau) Gigit polis, disabit di mahkamah pun ada.

"Orang nak cari kesalahan, saya jadi mangsa. Contohnya MCA kalah pilihan raya, (dikatakan) Perkasa punya pasal.

"Media pula kalau tulis, Ibrahim Ali katak, ekstremis. Tak boleh ke tulis Ibrahim jaguh Melayu, pemimpin negara? Tak boleh tulis macam tu? Tulis benda negatif, jadi benda macam ni. Aniaya pada saya," katanya.

Beliau berkata ahli akademik dari Perancis, Sophie Lemiere yang sebelum ini mendakwa Perkasa tidak layak mendapat liputan media, tidak faham peranan yang dimainkan NGO itu.

Beliau mendakwa, segala kritikan yang dilemparkan kepadanya adalah kerana rasa cemburu Lemiere terhadapnya disebabkan kecemerlangannya dalam memimpin Perkasa.

"Bodoh dia ni. Orang siar berita saya macam-macam tu, tunjuk saya ni penting. Standard dunia. Dia terkejut kerana saya bukan sesiapa, bukan menteri, tetapi saya jadi fokus kepada banyak pihak.

"Saya simpulkan, semuanya kerana cemburu. Disebabkan enam tahun saya pimpin Perkasa, semua kerja saya buat hebat-hebat, saya wujudkan kecemburuan besar. Saya ialah orang yang disalah faham," katanya.

Kelmarin,  Lemiere mendakwa, Perkasa menjadi perhatian media kerana pertubuhan itu "laku," dan menyamakannya dengan parti politik fasis di Perancis, National Front, yang membantu akhbar melariskan jualannya.

"Bagi Ibrahim, bukan sebab dia lucu atau kata-katanya betul atau salah tetapi kerana beliau banyak bercakap," katanya pada satu forum bertajuk Misplaced Democracy: State, Illegality and Political Violence di Petaling Jaya.

"Cara media pula hari ini, mahu mencari sudut berita yang glamor dan seksi, walaupun saya tidak merujuk Ibrahim seorang yang glamor dan seksi," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini. -TMI-

APA? BETUL KE?

Posted: 10 Jan 2015 07:45 PM PST

 

MOTOSIKAL JAGUH

KOMENTAR
kumpulan elit melayu
tokoh G25 melayu
melihat ibrahim ali ini
sebagi low class
tidak pergi ke sekolah terbaik
tidak memasuki universiti terulung
tidak bijak berbahasa inggeris

elit melayu ini
amat sangsi apakah
ibrahim ali ini mengenali
camca sup dari camca gula

sebenarnya
ini tidak penting
jangan salah tafsir

NOTA
hitler gagal 
tidak diterima
masuk ke sekolah seni di vienna
hanya berjaya menjadi tok sarjan



 | January 11, 2015
Datuk Ibrahim Ali
Ibrahim Ali hairan kenapa beliau sering dijadikan bahan dan "punching bag" Pihak media massa memberi banyak gelaran kepada Ibrahim...More ››

KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Ibrahim Ali meminta supaya pihak media dalam negara ini menggelarnya sebagai jaguh bagi bangsa Melayu.
Jelasnya, sebelum ini pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya, antaranya 'gedebe', katak dan kini beliau telah digelar sebagai ekstremis oleh sesetengah pihak yang didakwanya 'cemburu' kepada kejayaan PERKASA hari ini.

KAH KAH KAH

kah kah kah
melayu ni apa?
jaguh ni apa?

telah sampai masa
tok heng ni
diberi motosikal jaguh
suruh tok heng main
tepi jalan
kah kah kah 
nota:
apa  pulak maknanya
main tepi jalan
kah kah kah
APA PUNYA KUNTAU


--------------
 

'Sah, MH17 ditembak jatuh tentera Rusia'

Posted: 10 Jan 2015 07:00 PM PST

  
Satu organisasi kewartawanan penyiasatan beribu pejabat di Jerman membuat kesimpulan bahawa pesawat Malaysia Airlines MH17 jatuh ditembak oleh Briged Pertahanan Udara ke-53 Rusia menggunakan peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari darat.


Correct!v dalam laporan yang dikeluarkan semalam berkata briged yang bertanggungjawab melindungi unit kereta kebal Rusia itu beroperasi di wilayah Ukraine pertengahan Julai lalu tanpa mempamerkan jata negara Russia.

Menurut Correct!v, penyiasat Bellingcat membuat kesimpulan bahawa gambar sebuah pelancar roket BUK dengan nombor pengenalan 3*2 dirakam sewaktu berlepas bersama satu konvoi meninggalkan kawasan barat kota Kursk dan menuju ke sempadan Ukraine.

Pada 17 Julai 2014, pelancar yang sama tetapi dengan nombor pengenalannya yang dipadamkan, dirakam oleh jurugambar majalah Paris Match di timur Ukraine.

Ivan Krasnoproshin, seorang sarjan dengan briged ke-53 itu didapati memuatkan beberapa gambar unitnya ke laman vkontakte.com – satu laman sosial seperti Facebook yang popular di Rusia.

Gambar tersebut antara lainnya menunjukkan dokumen penamatan tugasnya daripada angkatan tentera Russia dalam pertengahan Jun.

Terdapat laporan bahawa ramai tentera dikehendaki menandatangani surat penamatan tugas sebelum dihantar untuk berperang di Ukraine.

"Tidak syak lagi bahawa Briged Pertahanan Udara ke-53 Russia berada di Snizhne di timur Ukraine pada petang yang malang itu," lapor Correct!v.

Memetik laporan pakar tempur udara, Correct!v berkata hanya pakar sahaja yang boleh mengendalikan peralatan itu.



Malaysiakini

Atok Yang Bijak - "Tolak BN Pada PRU 14.....?

Posted: 10 Jan 2015 06:30 PM PST

Ibrahim Ali : Inilah akibat hina Nabi

Posted: 10 Jan 2015 06:00 PM PST


 Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata serangan ke atas pejabat mingguan Charlie Hebdo di Perancis merupakan kesan kepada tindakan menghina Nabi Muhammad dan menyakiti perasaan orang Islam.

"Apabila kerajaan Perancis tidak berbuat apa-apa (ke atas karikatur menghina Nabi), golongan yang terhina mengambil tindakan sendiri.

"Walaupun kita mengutuk serangan, inilah yang akan berlaku apabila anda menghina atau terlibat dengan hal ehwal agama lain," kata Ibrahim dalam satu sidang media.

Ibrahim berkata banyak penghinaan dibuat ke atas Nabi Muhammad di media sosial namun individu bertanggungjawab tidak menjadi sasaran kerana menggunakan nama samaran.

"Bayangkan jika kita tahu siapa di sebalik akaun tersebut. Tanpa Akta Hasutan, mustahil serangan seperti itu boleh berlaku.

"Sebab itu saya setuju dengan (Menteri Pertahanan, Datuk Seri) Hishammuddin Hussein," katanya.

Hishamuddin semalam menyatakan bahawa serangan di Paris itu tidak mustahil boleh berlaku di negara ini.


Malaysiakini

Banyak lagi krisis 1MDB akan saya bongkar – Rafizi

Posted: 10 Jan 2015 05:30 PM PST


Rafizi

KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, beliau akan terus meneliti lebih mendalam isu berbangkit membabitkan badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, siri pendedahan terbabit tidak akan berubah walaupun kenalannya, Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang dikritik hebat itu.

"Sebenarnya, saya baru sahaja habis mesyuarat berkenaan 1MDB, kita akan sambut dia dengan lebih banyak pendedahan," katanya, lapor MalaysiaKini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau dan Arul Kanda, 39, menyambung pelajaran ke United Kingdom, pada masa yang sama sebelum ini.

Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, semalam.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB, Datuk Lodin Wok Kamaruddin berkata, Arul, dilantik sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan berkuatkuasa serta-merta.

Arul Kanda berkata, keutamaannya adalah melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Beliau pernah menyertai Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pelaburan Perbankan.


MB Selangor, YAB Azmin ke Kelantan bawa setengah juta RM lagi...

Posted: 10 Jan 2015 05:00 PM PST

 AKTIVI AMAL                                                                                                  

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali turun buat kali keduanya ke Kelantan hari ini sebagai menyatakan prihatin dan simpatinya kepada Kelantan yang dilanda bah. Azmin sampai di lapangan terbang Sultan Ismail Pengkalan Chepa disambut Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob.
Azmin meredah kawasan bekas banjir di kanannya, Dr Hatta.
Kehadiran Azmin pagi ini membawa RM500,000 lagi kepada Kelantan, kali ini dikhasnya untuk membina khemah penempatan mangsa banjir. Baru-baru ini Azmin menyalurkan RM1 juta kepada Kelantan bagi meringan beban banjir dipikul negeri berkenaan.
Bersama Azmin ke Kelantan hari ini 12 pihak berkuasa Tempatan (PBT) Selangor turut membantu mangsa banjir. Mereka bertolak malam tadi (berkonvoi) menuju Kelantan berlepas di perkarangan Pejabat Perkhidmatan PKR Gombak.

Mereka membawa bersama perlatan untuk membersih rumah dan peremis kerajaan yang dilumur banjir seperti lori, mesin, jentolak dan juga tangki air.
Latiff dan Azmin bersama anggota pasukan keselamatan.
Kedatangan Azmin sangat bermakna bagi Kelantan dan sangat diterima kasih oleh rakyat khususnya mangsa banjir. Selain ia melambangkan sikap peri kemanusiaan tetapi ia juga menunjukkan lambang kebersamaan Azmin bersama kerajaan Kelantan yang sama-sama berada dalam Pakatan Rakyat.
Begitulah sepatutnya diamalkan oleh mana-mana pihak atau kumpulan yang berada dalam satu gabungan ataupun pakatan. Kehadirian Azmin ke Kelantan itu juga menggembarkan jiwa besar MB berkenaan dan sedia mengenepikan komen-komen negatif dari sesetengah pemimpin Pas terhadapnya.

Dalam kunjungan sehari suntuk itu Azmin bersama ahli parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Guchil Roslan Puteh turut sama membersih beberapa buah rumah yang disimbah selur kuning banjir bersama penduduk tempatan dan wakil rakyat Kuala Krai. 

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli yang dihubungi untuk mendapat komen berhubung kunjungan khas Azmin ke Jajahan itu bagaimana pun gagal. 
 
Sejak awal banjir lagi telefon Dr Hatta asyik dijawab oleh mesen suaranya yang bermaksud "tidak dapat dihubungi". [wm.kl.8:22 pm 10/01/15]


Pemuda UMNO Harus Diberikan Didikan Agama Yang Sebenar......

Posted: 10 Jan 2015 04:30 PM PST


Bapa Ditipu 7 Anak Sendiri Sebanyak RM4 juta Dan Diabaikan Mereka

Posted: 10 Jan 2015 04:00 PM PST

 
MELAKA: Mempunyai anak yang ramai kini bukan lagi tiket bagi seorang bapa untuk hidup bahagia di usia emas apatah lagi merasai kehidupan serba mewah.
Inilah realiti yang perlu dihadapi oleh seorang warga emas yang menghidap angin ahmar, Daut @ Kasim Jali, 81, yang terpaksa bekerja sendiri demi menyara kehidupan serta rawatan kesihatan setelah dipinggir tujuh anak kandungnya.


Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, Daut yang dahulunya mewah sebagai pengusaha tiga stesen minyak serta dua ladang sawit dan ternakan ayam masing-masing berkeluasan 2.02 hektar sekitar Melaka, kini ibarat kais pagi makan pagi apabila wang simpanannya serta deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM900,000 turut lenyap akibat ditipu oleh anak kandungnya.

Menurut Daut, aset yang bernilai lebih RM4 juta itu telah diagih-agihkan kepada tujuh anak*nya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan secara berperingkat sejak tahun 70-an.

"Saya usahakan semua sejak berpuluh tahun namun, akhirnya saya tidak mendapat apa-apa.

"Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya malah, nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya dengan pendapatan yang tidak seberapa sedangkan kos rawatan kesihatan tinggi.

"Saya terpaksa bekerja bersama rakan kongsi dengan menyewa tapak reban ayam di Rembau, Negeri Sembilan walaupun sakit, demi menampung perbelanjaan," katanya yang tidak dapat menahan kesedihan ketika ditemui di Pejabat Pembela Barisan Nasional (BN) negeri, Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin dan Pengarah Pembela BN negeri, Amir Hamzah Aziz.

Daut dikurniakan empat anak lelaki dan tiga anak perempuan hasil perkongsian hidup bersama isteri pertamanya, Sofiah Ngah, 77.

Kata Daut, ketika dalam kea*daan sakit dan tidak berfikiran waras, dia telah diperdaya oleh salah seorang anaknya dengan menukar segala hak milik pega*ngan saham syarikat Daut Ploutry Farm Enterprise ke atas nama anaknya itu.

Ini termasuklah ladang ternakan ayam daging, sebuah rumah di Cheras yang dibeli dengan harga RM600,000 serta akaun simpanan semasa syarikat itu bernilai RM100,000.

Selain itu, Daut turut kehilangan deposit overdraf perniagaan stesen minyak bernilai RM800,000.

Kata Daut, kini dia hidup menumpang kasih dengan isteri kedua yang dikenali sebagai Rokiah, 63, serta tujuh anak tirinya di Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Daut berkata, dia kini menuntut nafkah sara hidup sebanyak RM20,000 daripada anak-anaknya selain hasil perniagaan ladang ayam yang dikira dari jumlah anak ayam yang masuk ke reban, hasil pendapatan kelapa sawit (RM1,500) setiap kali tuaian serta setengah daripada hasil jualan rumah di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Adli berkata, kes tersebut akan disebut di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka pada 20 Januari ini pukul 9 pagi.

─ Utusan Malaysia


 

PELAJAR SERAH TUBUH UNTUK DIRATAH KERANA TAKUT KENA SANTAU

Posted: 10 Jan 2015 03:30 PM PST

 
Bimbang dengan ugutan kononnya dia akan disantau sekiranya enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan diri 'diratah' teman lelakinya sehingga mengandung dalam kejadian pada Jun tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa, 16, dikatakan mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu melalui aplikasi WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan.

 


"Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau.

"Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu," katanya.

Sumber itu berkata, sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

TERKINI: 5 GAMBAR OPERASI MENGANGKAT EKOR PESAWAT AIR ASIA QZ8501 HARI INI!!!

Posted: 10 Jan 2015 08:00 AM PST

 

Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1). Antara/Presetyo Utomo


Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1)




Kapal Crest Onyx mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501 di perairan Laut Jawa, Sabtu (10/1). Tim SAR gabungan berhasil mengangkat ekor pesawat Air Asia QZ8501.

 Evakuasi ekor pesawat sangat penting karena biasanya terdapat kotak hitam. Selanjutnya kotak hitam akan diinvestigasi oleh Komite Nasional Keselamatan Transportasi (KNKT) untuk mengungkap penyebab kecelakaan pesawat AirAsia QZ8501 rute Surabaya-Singapura. 

(Sumber: Antara) Beritasatu.com/Danung Arifin

Pemuda UMNO Belasah Wira PERKASA ??

Posted: 10 Jan 2015 07:30 AM PST

Kah..Kah..Kah..Lembu Belasah Lembu..  Seorang pemimpin sayap Wira PERKASA Perak, Saad Abdul Rahman mendakwa terpaksa merima tiga jahitan di mukanya akibat ditumbuk seorang pemimpin Pemuda Umno negeri itu.  Saad mendakwa dalam kejadian itu, Mohamad Iruan Zulkefli mencekak lehernya dan menumbuknya sehingga beliau cedera di bawah alis mata kirinya.  Dakwanya lagi, Mohamad Iruan turut memberi amaran kepadanya agar tidak mencampuri urusan Pemuda Umno.  Saad mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah dewan di Kampung Kelantan, Lenggong semalam.  Dalam laporan polisnya, Saad mendakwa didatangi sepuluh orang lelaki yang diketuai Iruan.  "Lelaki tersebut telah cekak leher saya dan melepaskan tumbukan ke muka saya.  "Kawan-kawannya pula menolak saya ke dinding," laporan itu dipetik.  Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris mengesahkan perkara itu.  Beliau kesal kerana insiden itu berlaku ekoran pertikaian dalam pengagihan bantuan banjir.

Kah..Kah..Kah..Lembu Belasah Lembu..

Seorang pemimpin sayap Wira PERKASA Perak, Saad Abdul Rahman mendakwa terpaksa merima tiga jahitan di mukanya akibat ditumbuk seorang pemimpin Pemuda Umno negeri itu.

Saad mendakwa dalam kejadian itu, Mohamad Iruan Zulkefli mencekak lehernya dan menumbuknya sehingga beliau cedera di bawah alis mata kirinya.

Dakwanya lagi, Mohamad Iruan turut memberi amaran kepadanya agar tidak mencampuri urusan Pemuda Umno.

Saad mendakwa kejadian itu berlaku di sebuah dewan di Kampung Kelantan, Lenggong semalam.
Dalam laporan polisnya, Saad mendakwa didatangi sepuluh orang lelaki yang diketuai Iruan.

"Lelaki tersebut telah cekak leher saya dan melepaskan tumbukan ke muka saya.

"Kawan-kawannya pula menolak saya ke dinding," laporan itu dipetik.

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Idris mengesahkan perkara itu.

Beliau kesal kerana insiden itu berlaku ekoran pertikaian dalam pengagihan bantuan banjir.
 

Pertanian Haram Di Cameron Highland Dibanteras !!

Posted: 10 Jan 2015 06:45 AM PST



 CAMERON HIGHLANDS - Pertanian yang diusahakan secara haram di Cameron Highlands akan dibanteras secara habis-habisan meskipun terdapat usaha oleh pendatang tanpa izin (Pati) meneruskan aktiviti itu dengan membuka ladang baharu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel.

Beliau berkata ladang golongan terbabit akan dimusnah oleh pihak berkuasa yang menjalankan operasi menggempur tanah pertanian haram secara besar-besaran di kawasan tanah tinggi itu.

"Kita tidak mempunyai masalah dengan ladang yang dibuka secara sah...apa yang kita tidak mahu ialah ladang haram yang masih berleluasa di sini. Ini menjadi satu masalah besar walaupun pihak berkuasa menjalankan operasi tetapi mereka masih tidak takut," katanya.

Palanivel berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 80 mangsa banjir lumpur membabitkan peruntukan sebanyak RM129,000 di Dewan Orang Ramai Ringlet hari ini.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 November lepas mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan.


Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa terdapat usaha oleh Pati yang tidak takut dengan operasi besar-besaran pihak berkuasa apabila mereka meneruskan aktiviti penerokaan tanah secara haram dengan membuka ladang baharu di kawasan tanah tinggi itu.

Taktik terbaharu penerokaan itu terbongkar apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) menemui ladang-ladang terselindung hasil maklumat masyarakat tempatan yang dianggar berkeluasan 500 hektar di lereng bukit dengan menggunakan kaedah penanaman 'barn' atau gemburan tanah berbanding pemasangan struktur pelindung plastik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Dalam perkembangan lain, Palanivel akan berbincang secara terperinci dengan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan sungai dan projek tebatan banjir bagi mengatasi masalah bencana itu yang berlaku di beberapa negeri.

"Kita akan usaha mendapatkan peruntukan yang bersesuaian untuk melaksanakan projek tersebut. Ia bertujuan memastikan kedua-dua projek berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata perbincangan lanjut berhubung peruntukan terbabit akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. - 

Bernama

Baca : Kronologi lengkap isu raja judi Paul Phua.

Posted: 10 Jan 2015 06:00 AM PST

Luahan Polis - Kecewa Dengan Tindakan Zahid Hamidi Yang Membela Raja Judi Antarabangsa Paul Phua.

 
Zahid tiada alasan untuk terus-terusan berdiam diri. Selagi mana dia memilih untuk tidak menyatakan apa-apa respon secara terbuka dan enggan menjawab persoalan media dan orang ramai maka semakin orang berspekulasi bahawa Zahid dan peguam kepada Paul Phua berkonspirasi mahu membebaskan seorang penjenayah bertaraf antarabangsa.

Satu lagi. Orang akan mula mencari kaitan antara Zahid - Shafee - Paul Phua.

Firma guaman Shafee tidak tertakluk untuk membela Paul Phua. Mereka boleh menolak untuk membela Paul Phua. Kenapa firma guaman tersebut yang menjadi pilihan Paul Phua? Kenapa firma guaman itu bersetuju untuk menerima kes Paul Phua?

Dibayar wang yang banyak?
Paul Phua ada banyak wang?
Dia sanggup membayar apa sahaja untuk bebas?
Ke macam mana?

Kat bawah neh pula petikan berita dari The Malaysian Insider. Salah seorang pegawai polis menghubungi TMI dan meluahkan kekecewaan dengan tindakan Zahid Hamidi dalam isu Paul Phua. Bagi yang kurang jelas dalam isu Paul Phua sila klik lini di atas sekali untuk fahamkan kronologi kes.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebelum ini tidak percaya, kini naik marah, kerana merasakan reputasi pasukan itu tercalar oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengutus surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) membersihkan nama seorang ketua judi yang menghadapi dakwaan melanggar undang-undang pertaruhan di Amerika Syarikat.

Mereka kecewa kerana surat Zahid bercanggah dengan kerja perisikan terhadap Paul Phua Wei Seng, yang menurut polis terlibat dalam aktiviti kongsi gelap dan kini menghadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada, selepas ditangkap ketika Piala Dunia FIFA 2014.

Zahid juga gagal mengikuti prosedur dengan bertindak sendirian dalam mengutus surat itu kepada FBI, dan juga tidak memeriksa fakta mengenai Phua sebelum menghantarnya.

Seorang pegawai kanan polis memberitahu The Malaysian Insider, sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid sepatutnya mendapatkan nasihat undang-undang sebelum menulis surat itu.
"Apabila isu itu pertama kali dihebohkan, ada pihak yang pada mulanya tidak percaya Zahid bertindak mengetepikan laporan rasmi dari PDRM," kata pegawai itu.

"Kemudian, ketika isu itu semakin berkembang dan peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat sidang akhbar, rasa tidak percaya itu bertukar menjadi ketawa dan akhirnya marah.

"Kredibiliti pasukan polis hancur lumat kerana orang ramai mula mempersoalkan kenyataan bercanggah yang datang dari Malaysia berhubung kes Phua," kata seorang pegawai berpangkat tinggi.

Salinan surat dan rencana mengenainya mula-mula diterbitkan dalam South China Morning Post.

Dalam surat itu, Zahid bukan sahaja membersihkan nama Phua, tetapi juga berkata beliau terlibat membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan negara. Zahid teruk dikutuk  banyak pihak kerana bertindak secara unilateral dan menyalahgunakan jawatannya.

Isu itu menjadi cukup serius hingga Putrajaya mengarahkan peguam Phua menarik balik surat Zahid dari Mahkamah Daerah Nevada di mana sebelum itu ia dikemukakan sebagai sebahagian pertahanan Phua.

The Malaysian Insider juga difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah berjumpa Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, pegawai polis kanan itu hanya boleh mengesahkan pertemuan antara Najib dan Khalid, tetapi tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

"Terdapat prosedur yang sepatutnya diikuti seperti dinyatakan dengan jelas dalam Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (MACMA)," katanya kepada The Malaysian Insider.

Pegawai itu berkata tiada prosedur yang membolehkan Zahid menulis terus kepada FBI dan membuatkan suratnya serta-merta diterima di mahkamah.

Tambahan pula, kata pegawai itu, Zahid menulis atas sifatnya sebagai menteri dalam negeri, bukan sebagai seorang individu.

"Terdapat prosedur yang perlu diikuti dalam kes seperti itu kerana mahkamah di luar negara tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan surat itu menjadi sah diterima.

"Tambahan pula, terdapat anggota polis yang mendapati keseluruhan saga itu satu sandiwara kerana Zahid tidak berunding dengan pihak polis sebelum menulis surat itu.

"Reputasi pasukan polis hancur berkecai kerana tindakan Zahid jelas bertentangan dengan laporan polis yang dikemukakan kepada FBI pada 2008."

Dakwaan yang Phua ialah ahli sebuah kongsi gelap Hong Kong bernama 14K dibuat berdasarkan dokumen dalaman FBI yang sebelum ini dikemukakan kepada mahkamah, kata polis. – TMI.

VIDEO - Ilham Dari YB TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Posted: 10 Jan 2015 04:30 AM PST



Gani: Majlis Peguam hanya ulas politik semasa

Posted: 10 Jan 2015 03:30 AM PST

  
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Majlis Peguam tidak sepatutnya hanya mengulas isu politik yang "mengikut zaman".


Dalam ucapannya kepada para hakim, peguam dan pegawai kehakiman hari ini, Gani berkata tugas utama Majlis Peguam adalah untuk memajukan lagi gagasan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

"Dalam saluran ini, ia menjadi lebih tidak wajar lagi bagi sebuah badan profesional perundangan negara, yang ditubuh secara berkanun untuk mengawal selia profesyen guaman, untuk memfokuskan kepada isu politik semasa ketika profesyen itu sendiri hancur lebur," katanya.

Gani dalam ucapannya di persidangan Legal Year 2015 turut memetik kenyataan bekas peguam negara dan lord chancellor England, Francis Bacon, yang menyatakan bahawa hakim perlu "lebih bijaksana dari pintar, lebih terhormat dari munasabah dan lebih maklum dari yakin".

Pada pandangan saya, ini terpakai juga dengan setara kepada semua peguam," katanya.



Malaysiakini

AG enggan jawab isu surat Zahid

Posted: 10 Jan 2015 02:45 AM PST


 

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail enggan mengulas mengenai isu yang timbul berhubung surat sokongan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai individu disyaki anggota kongsi gelap 14K.

Gani mengelak soalan tersebut ketika ditanya selepas pelancaran persidangan Legal Year 2015 di Putrajaya hari ini yang menghimpunkan para hakim, peguam dan pegawai kehakiman.

"Saya tidak akan kata apa-apa (hari ini). Biarlah hari ini jadi acara untuk mahkamah.

"Jika tiak, (jika) anda tiba-tiba muncul dengan perkara lain, anda memperkecilkan urusan mahkamah.

"Saya akan jawab bila anda temui saya di masa lain," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Gani juga enggan mengulas apabila ditanya dalam sidang media sebelum itu, dan menegaskan bahawa beliau hanya ingin memfokuskan pada acara hari ini.

Beliau ditanya sama ada Menteri Dalam Negeri merujuk Pejabat Peguam Negara sebelum Zahid mengemukakan surat mendakwa individu digelar raja judi Paul Phua bukan anggota kongsi gelap 14K.



Malaysiakini

Keputusan Liwat II tak lama lagi'

Posted: 10 Jan 2015 02:00 AM PST

 
 
Keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diketahui "tidak lama lagi", kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada kes itu akan turut mematuhi pekeliling kepada hakim yang menetapkan agar keputusan sesuatu kes ditentukan atau dibuat secara bertulis dalam masa tiga bulan.

Menjawab soalan itu, Ariffin berkata kes tersebut didengar dua bulan dahulu dan ia masih dalam jangka masa yang dibenarkan.

"(Ia masih) dalam tempoh yang dibenarkan. (Keputusan akan dibuat) dalam tempoh beberapa bulan akan datang," kata Ariffin.

Satu laporan Bernama sebelum ini memetik Ariffin sebagai berkata yang semua kes perlu diselesaikan dalam masa tiga bulan.

Ariffin menjelaskan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mungkin akan mengambil masa sehingga enam bulan jika ia melibatkan kes yang rumit.
 
 
Malaysiakini

Kejutan Dari Bukit Aman

Posted: 10 Jan 2015 01:15 AM PST

 

 

Kejutan Dari Bukit Aman. Ketua polis negara hari ini mengambil contoh kejadian di Paris menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 susulan kenyataan Putrajaya perlunya meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelak kejadian serupa berlaku di negara ini.

Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya hari ini, meminta rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di Paris di mana serangan "a la militant" berlaku di Paris  pada Rabu.

"Ambil lah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebab nya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama...," katanya menerusi satu postingnya di laman sosial Twitter pagi ini.

Dalam kejadian yang disifatkan Presiden Perancis Francois Hollande sebagai "serangan pengganas" itu, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, insiden seumpama itu tidak boleh diambil mudah dan ancaman itu boleh berlaku di mana-mana negara.

"Apa yang dilakukan di Paris bukan ajaran Islam. Tindakan mereka adalah salah dari sisi agama," katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan tahap keselamatan negara susulan serangan yang berlaku di Paris dan Australia.Kejutan Dari Bukit Aman.

Katanya, biarpun setakat ini tiada sebarang ancaman yang diterima, namun PDRM tetap mengambil langkah memantau aktiviti kumpulan dan individu tertentu di negara ini.

Di Sydney, pada 15 Disember lalu, dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh setelah polis Australia bertindak menyerbu sebuah kafe bagi menamatkan pengepungan lebih 16 jam oleh suspek yang menawan 17 orang sebagai tebusan.

Khalid menerusi akaun Twitternya juga menambah, undang-undang seperti Akta Hasutan berupaya membantu polis membanteras masalah pelampau dari awal.

"Paris attack – Laws like the Sedition Act will surely help @PDRMsia nip the problem in the bud before it escalates. Think bef saying..., (Serangan Paris – Undang-undang seperti Akta Hasutan pasti akan membantu PDRM mengekang masalah ini daripada awal sebelum jadi lebih teruk. Fikir sebelum berkata-kata)," katanya.

Khalid juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah dan menghasut yang akan hanya menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

"Hati2 lah dalam memperkata kan sesuatu. Jgn 'berkata kata' yg akan mengundang @PDRMsia mengambil tindakan. Berani cakap berani lah tanggung."

Pada November, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mengumumkan ketika persidangan agung tahunan parti itu yang undang-undang zaman penjajah itu akan dikekalkan setelah meneliti maklumbalas dari berbagai pihak.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan yang perubahan akan dibuat terhadap beberapa peruntukan di bawah akta itu.

Najib mengumumkan rancangan memansuhkan akta itu pada bulan Jun 2012, untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Akta Hasutan 1948 setakat ini dipinda lima kali dengan yang terakhir pada tahun 1975.

Kebelakangan ini, terdapat ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, aktivis sosial dan badan bukan kerajaan menyeru akta itu dimansuhkan memandangkan ramai yang dikenakan undang-undang itu termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, rancangan Najib memansuhkan akta itu menerima bantahan pemimpin Umno dan kumpulan sayap kanan Melayu. Kejutan Dari Bukit Aman. ~malaysian insider

Ferrari Kuning Punca Hubungan Zizan Emna Putus

Posted: 10 Jan 2015 12:23 AM PST

 


Isu mengenai berakhirnya hubungan cinta antara pelakon dan pelawak Zizan Razak bersama kekasihnya Emma Maembong dikatakan berpunca kerana sebuah kereta mewah.

Ini kerana Emma dikatakan tidak bersetuju dengan hasrat Zizan yang ingin memiliki sebuah kereta mewah dan kemudiannya tercetusnya sedikit salah faham antara mereka.

Sehingga kini persoalan masih bermain difikiran peminat di mana mereka tertanya-tanya apakah model kereta yang menyebabkan pasangan ini sanggup berpisah.

Namun apa yang tidak disangka, pelakon dan pelawak Tauke Jambu telah memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagramnya bersama Zizan dengan sebuah kereta Ferrari berwarna kuning.

Apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang ditulis oleh Tauke itu seakan-akan memberi petunjuk bahawa kereta mewah tersebut adalah milik Zizan.

Kapsyen tersebut berbunyi:

"Si kuning ni rupanya awek baru @zizanrazak869 hahha bangga aku jadi seorang pelawak toqqq lu memang rare."

Bagaimanapun foto kereta mewah berkuasa tinggi itu kemudiannya telah dipadamkan.

Terbaru, Zizan melalui akaun Instagramnya telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen yang menunjukkan mereka berdua seakan kembali berdamai.