Jumaat, 9 Januari 2015

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Artis popular Thailand pilih agama Islam - By canang

Posted: 09 Jan 2015 11:00 PM PST

 ARTIS popular Thailand, Nook Suthida rupanya telah menggemparkan dunia hiburan negeri Gajah Putih kerana memutuskan menjadi mualaf, lapor laman web Islampos.
 
Lahir di negeri majoriti Buddha, keislaman Suthida pun menjadi kontroversi di pelbagai media yang ada di Thailand. 
 
Walaupun orang-orang di sekitarnya merasakan keberatan, namun Suthida sudah memutuskan untuk masuk Islam. Dia mengatakan keputusan tersebut dibuat setelah dirinya melakukan perjalanan ke banyak negara guna mencari agama yang paling sempurna dan dia mendapati Islam.

 Seperti dipetik Mi'raj Islamic News Agency (MINA), wanita cantik ini pun bertukar nama jadi Assieh dan mula mendalami agama Islam di sebuah sekolah di Bangkok. 
 
"Saya mula melakukan ibadah lima kali sehari secara tepat masa dan mula belajar bahasa Arab agar mampu membaca Al-Quran," kata artis muda popular itu. Muslim di Thailand Majoriti penduduk Thailand adalah bangsa Siam, Cina dan sebahagian kecil bangsa Melayu. 
 
Pada masa ini, terdapat kira-kira 7.5 juta orang Islam atau kira-kira 12% daripada jumlah 62.5 juta penduduk Thailand. Umat Islam tertumpu di wilayah-wilayah selatan di Narathiwat,
 Pattani, Yala dan Satun. Islam dikatakan telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab dan pengembaraan dalam abad ke-13. 
 
Kebanyakan orang Islam Thai adalah keturunan Melayu, mencerminkan warisan bersama budaya wilayah paling selatan Thailand berkongsi dengan Malaysia. Menurut Pejabat Perangkaan Nasional Thailand pada tahun 2007, negara ini mempunyai 3,494 masjid dengan jumlah terbesar (636) di Wilayah Pattani.

 HARAKAHDAILY

Berita Mengejutkan Dari Ibu Pejabat PAS

Posted: 09 Jan 2015 10:00 PM PST

Berita mengejutkan dari Ibu Pejabat PAS. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.

Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Othman itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.

Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.

Katanya, tindakan meminta Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap bahkan zalim.

"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya.

Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.

Berita mengejutkan dari Ibu Pejabat PAS. Ishak tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat akibat krisis kepimpinan dan konflik antara golongan yang sedang bergolak dalam PAS.

Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab.

"Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?" katanya.

Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu ditentang terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.

Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari lalu, tetapi masih tiada jawapan.

Kolumnis Harakah Shamsudin Othman turut serta pada sidang media di Gombak, hari ini.Sementara itu, kolumnis Harakah Shamsudin Othman yang dikenali sebagai Dinsman berkata, ini bukan kali pertama beliau mengkritik pemimpin PAS, tetapi tidak pernah diambil tindakan.

Beliau yang mula menulis di Harakah sejak 2008 berkata, beliau difahamkan ia berkaitan artikelnya bulan lalu yang mengkritik ulama PAS.

"Saya mengkritik dengan tujuan jika selama ini ulama dianggap kebal, saya cuba menerobos kekebalan itu," katanya yang kolumnya kali terakhir diterbitkan di Harakah pada Disember lalu.

Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Rozan Azen Mat Rasip pula menuntut pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.

"Kami mohon penjelasan ulama PAS dalam perkara tersebut. Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami menuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa," katanya.

Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataannya bimbang isu permintaan supaya Lutfi meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.

Penyelaras Geramm Fazallah Pit berkata pihaknya khuatir wujud unsur penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan. Berita mengejutkan dari Ibu Pejabat PAS

"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.

"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.

"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," katanya.

Beliau berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya. ~malaysian insider

Gempar - Pegawai Khas Khairy Belasah Ketua Penerangan Perkasa !!

Posted: 09 Jan 2015 09:00 PM PST

 
Hanya kerana berlaku salah faham melibatkan bantuan terhadap mangsa banjir, Pegawai Khas Menteri Belia Dan Sukan, Iruan Zulkifli Mohamad didakwa bertindak keterlaluan dengan menumbuk seorang lelaki sehingga berdarah.

Mangsa yang merupakan Ketua Penerangan Perkasa Negeri Perak, Saad Abdul Rahman berkata dalam kejadian sekitar jam 2.25 petang itu, Iruan secara tiba-tiba datang dan mencekak leher bajunya sebelum melepas tumbukan sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menerima tiga jahitan.


Beliau yang juga merupakan Ketua Wira Perkasa Parlimen Lenggong berkata, Pegawai Khas Khairy Jamaluddin itu menuduhnya cuba campur tangan urusan Pemuda UMNO Malaysia.

"Dia dengan nada marah memberi amaran kepada saya agar jangan mempertikaikan urusan Pemuda UMNO.

"Beliau turut mempertikaikan Pemuda Perkasa kerana terlibat dengan kerja-kerja amal membantu mangsa banjir" katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Saad turut menjelaskan kejadian tersebut berlaku kerana ada pihak ketiga yang menyampaikan laporan tidak benar kepada Iruwan.

"Dia mendakwa saya mempertikaikan gerak kerja Pemuda UMNO ketika mesyuarat bersama badan-badan kerajaan pada hari Selasa yang lalu, sedangkan perkara tersebut tidak seperti yang digambarkan.

"Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Lenggong itu bertujuan untuk membincangkan gerak-kerja bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan" katanya lagi. Beliau turut menjelaskan sebelum kejadian tersebut, beliau dengan hormat cuba bersalam dengan Iruwan namun tidak dilayan.

"Dia mungkin bangga sebab bekerja dengan menteri sehingga sanggup bertindak keterlaluan, sedangkan perkara seperti ini boleh dibawa berbincang bagi mengelakkan kekeliruan.

"Pada saya dia tak profesional dan tak layak jadi untuk menjadi pemimpin" ujarnya dengan nada kesal.

Saad berkata pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan telah mengarahkan pihak peguamnya untuk mengambil tindakan susulan, lapor Suara TV.

 

Biar aku ulang apa yg aku tulis diMkini...

Posted: 09 Jan 2015 08:30 PM PST

Zahid Hamidi sepatutnya telah ditangkap dan dikenakan tahanan reman dan arahan itu sepatutnya telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri.. 

Tindakan dia yg membelakangkan institusi kepolisan dan memalukan PDRM dgn menulis surat dgn bantuan Shafie Abdullah tanpa memaklumkan pada IGP kandungan surat yg mahu Raja Judi Paul Phua adalah amat luarbiasa.. 

Ni menjatuhkan maruah PDRM dan unit risikan yg bertungkus lumus menyediakan bukti utk mendakwa penjenayah licik yg mempunyai harta RM400 juta ringgit.. 

Jika polis diketepikan dan penjenayah diutama dan diminta agar dibebaskan..itu adalah pengkhinatan pada Negara dan Ketua Negara.Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.. 

Apa tindakan Najib..yg secara tiba tiba diserang virus e-Coli..?? 

Membiarkan saja salahguna kuasa atau mengambil tindakan segera..?? 

 Jika Najib terus membisu..elok resign ..boleh main golf diluar negara..

Paham kan apa maksud tuan guru Maksudkan...

Posted: 09 Jan 2015 08:12 PM PST

ANWAR KE KELANTAN MENABUR BAKTI, WALAUPUN DIKECAM DAN DI MAKI HAMUN...!!!

Posted: 09 Jan 2015 06:00 PM PST

 
DALAM diam-diam Anwar berkunjung ke Pahang dua hari lepas selepas berkunjung ke Kelantan baru-baru ini bagi melawat mangsa-mangsa banjir. 
 
Anwar bukan PM, Anwar juga bukan MB tetapi Anwar adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang kehadirannya tentunya banyak memberi makna kepada mangsa-mangsa banjir.

Kecuh satu dunia kononnya Anwar sengaja tidak mahu turun menemui mangsa-mangsa banjir sebaliknya berseronok bercuti di luar negara.

Sedangkan semua tahu, semenjak bila tiap kali banjir di mana-mana negeri Anwar pasti turun?

Tidak pernah. Kali ini mereka bertanya. Peliknya, sewaktu Anwar tidak menjadi musuh mereka, tidak hairan pun jika Anwar tidak turun menemui mangsa-mangsa banjir kerana mereka faham peranan Anwar di dalam membantu mereka walaupun tidak turun ke bawah.

Apa yang penting waktu itu, apa peranan Anwar dan apa yang parti buat untuk membantu mereka. Berbeza kali ini, sebelum banjir mereka kutuk dan hina Anwar dengan berbagai kata nista dan cemuhan.

Bukan saja musuh yang dikenali, bahkan penyokong sendiri pun tidak kurangnya menghina Anwar. Bagi mereka Anwar tidak lagi berguna dan ada yang mahu Anwar masuk penjara selepas ini.

Betapa busuknya hati mereka apabila kehendak dan keinginan mereka gagal dicapai dan Anwar mereka anggap penghalang cita-cita mereka. Maka, Anwar saban hari mereka hina.

PR akan tetap utuh tanpa Anwar, kata mereka. Peliknya, berlaku bencana banjir besar di Pantai Timur terutamanya di lubuk puak-puak ini. Siapa yang mereka sebut? Anwar.

Di mana Anwar, jerit mereka. Meskipun diuji dengan bencana besar yang boleh dikatakan hampir menenggelamkan negeri mereka, sedikitpun mereka tidak insaf. Mereka masih mahu memperlekehkan Anwar.

Mereka bukan mahu sangat Anwar turun ke negeri mereka untuk memberi apa jua bantuan, tetapi mereka hanya bertanya di mana Anwar adalah kerana ingin memburukkan nama Anwar agar semua tahu Anwar insan yang tidak berguna.

Anwar tidak pedulikan rakyat. Itu yang mereka mahu canangkan walaupun di dalam keadaan rumah mereka pun hampir tenggelam di dalam banjir. Anwar akhirnya turun juga walaupun semua tahu di dalam keadaan Anwar bukan seperti zaman beliau menjadi TPM yang boleh meredah air, bukit bukau dan lumpur paya.

Anwar sekarang mahu menaiki dan menuruni tangga pun tidak segagah dulu. Tapi Anwar turun juga kerana dia tahu tidak semua orang membencinya. Dia tahu masih ramai yang mahu bersamanya dan ingin melihatnya.

Kelantan menjadi negeri pertama yang dikunjungi Anwar selepas beliau kembali dari luar negara. Kelantan satu-satunya negeri paling teruk dilanda banjir. Alhamdulillah, Anwar disambut oleh Husam Musa dan beliau turut berkesempatan bertemu Tok guru Nik aziz, mantan MB Kelantan yang juga idolanya sejak muda.

Tanpa disambut oleh MB Kelantan atau Timbalan MB mahupun para Exco Kelantan, Anwar terus bertemu mangsa-mangsa banjir dan diberikan taklimat oleh Panglima Tentera 8 Briged.

Sebelum Anwar tiba ke Kelantan, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor telah berbincang dengan MB Selangor. YAB Azmin Ali agar Kelantan dibantu dari segi kewangan.

Kerajaan Selangor telah meluluskan RM 1 Juta kepada Kelantan dan RM 100 Ribu kepada negeri-negeri lain yang dilanda musibah banjir kali ini. Anwar juga telah mendesak agar Kerajaan Pusat segera memberikan bantuan kepada negeri-negeri terlibat. Itu lah peranan Anwar biar apa pun mereka gelar Anwar.

Anwar bukan tidak biasa dihina malahan pernah dizalimi lebih hebat dari itu. Dihina oleh musuh politik itu biasa. Dihina oleh rakan politik juga menjadi pengalaman buat pejuang ini.

Sedikit pun imej Anwar tidak terjejas, sebaliknya kumpulan yang menghina beliau kini nampak semakin terhina dan terpinggir. Aku tidak pernah bersedih bila Anwar dikecam dan dizalimi musuh politiknya sejak berpuluh tahun.

Malahan aku menjadi bertambah semangat dan geram untuk melawan rejim bangsat itu. Namun, sedikit terguris dan sedih bila melihat Anwar dihina dan dikecam oleh rakan-rakan sendiri. Mereka anggap Anwar sedikit pun tidak berjasa ke atas perjuangan mereka.

Maklumlah mereka golongan mulia dan terpilih untuk ke syurga, Anwar siapa?

Alhamdulillah, semangat aku tidak pernah luntur untuk bersama Anwar kerana aku tahu tidak majoriti di dalam puak itu yang benci kepada Anwar melainkan mereka yang masih ada perasaan kasih sayang dan cinta kepada Umno.

InsyaAllah, aku akan menulis pula tentang kunjungan Anwar ke Pahang dan apa hikmahnya selepas ini. 


Dicatat oleh WFAUZDIN NS


Hishamuddin Rais didapati bersalah di bawah Akta Hasutan

Posted: 09 Jan 2015 05:30 PM PST

 
 
Aktivis Hishamuddin Md Rais pagi ‎ini didapati bersalah atas tuduhan menghasut oleh Mahkamah Sesyen Jalan Duta. Kuala Lumpur.

Peguam Syahredzan Johan yang mewakili Hishamuddin‎ kini sedang membuat rayuan agar hukuman ringan dikenakan‎ kepada Hishamuddin sebelum mahkamah ditangguhkan setengah jam.

Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah pada 13 Mei 2013.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Gadis Minah Saleh Cantik bertudung Bekerja Di Kedai Roti Canai Tarik Perhatian Ramai - Kita Bantai

Posted: 09 Jan 2015 04:45 PM PST

 
Pelaris besar nampaknya sebuah Gerai Din Roti Canai, Jalan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar ini apabila pekerjanya di warung itu bukan sembarangan kerana pekerjanya adalah seorang gadis dari Rome, Itali bekerja di situ.


Gadis tersebut, Chantal Viola, kelihatan sungguh manis bertudung sambil membuat kerja-kerja dikedai tersebut dengan tekun sekali.



Beliau yang merupakan pelajar pertukaran dari sebuah Universiti di Itali yang mengikuti program tersebut ke Kedah.


Menurut Chantal Viola, "Ketika bekerja di gerai roti canai, ianya merupakan cara terbaik untuk saya belajar Bahasa Melayu dan membiasakan diri dengan masyarakat setempat. Saya juga memakai hijab atas sebab yang sama." katanya.-Siakapkeli.com.my

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/gambar-gadis-minah-saleh-cantik.html#ixzz3OMjrjekY

TAKPE KALAU RUMAH TAJUDDIN TENGGELAM PUN, DIA KAYA (GAMBAR)

Posted: 09 Jan 2015 04:00 PM PST

Mana Tajuddin Abdul Rahman?


RUMAH TAJUDDIN ADA INSURAN TAK?

Diberitakan dia sibuk membantu sukarelawan mengacau gulai:


MENGACAU MAKANAN ATAU "MENGACAU" MAKANAN?



Itu dia! Jangan tanya lagi mana Tajuddin Abdul Rahman.



Tok-tok sidang pun berkumpul keliling.



Mengkomer cari dia buat apa?
Bukan dia sior nak tolong mengkomer ahli peh (PAS) pun.

PRU14 pastikan mengkomer ganti dia dengan MP PR. Jangan berkira sangat dia PAS atau PKR. Janji bukan recycle orang yang dah banyak kali kalah bertanding dalam PRU.

Selamat menceduk kuah dengan sudip!

AL FATIHAH : Hari Ini Adalah Hari Ulangtahun Arwah Mohd Ridzuan Yang Ke 44 Tahun

Posted: 09 Jan 2015 03:30 PM PST

Jauhi Sifat Berdendam ! Doa Yang Terbaik !

Posted: 09 Jan 2015 03:00 PM PST

Dato’ Dr Nazri Khan : Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015? - By Staff Berita Semasa

Posted: 09 Jan 2015 08:00 AM PST

 
presiden umno 2015
 
Dato' Dr Nazri Khan : Kajian & Analisa Ekonomi Malaysia & Dunia 2015. Politik? Malaysia Bakal Dapat Presiden UMNO & PAS Baru 2015? : Figura ini cukup terkenal apabila acapkali kali membincangkan dan berkongsi pendapat tentang perkembangan dan halatuju ekonomi di mana beliau seringkali dipanggil memberikan analisa dan kajiannya melalui media-media arus perdana. Dato' Dr Nazri Khan namanya. Kali ini…..
 
Kali ini Dato' Dr Nazri Khan tampil berkongsi yang yang beliau jangkakan akan berlaku di sepanjang tahun 2015 ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan baru-baru ini….

Senarai Kajian & Analisa Dato' Dr Nazri Khan : Ekonomi Malaysia & Dunia Serta Politik Negara?

BACA SINI : Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 Berpunca GST Malaysia. Pasti Berlaku!

Apa yang anda boleh jangkakan dan harapkan akan berlaku pada tahun 2015, terutamanya melibatkan aspek ekonomi Malaysia?
  • 2015 : Rizab Perseketuan akan melancarkan pakej rangsangan ekonomi bernilai US$3,000,000,000,000 (US$3 trilion) dan akan mula menaikkan kadar feadah mereka untuk pertama kali dalam sejarah sepanjang 8 tahun terakhir ini

  • 2015 : Bank Jepun dan Bank Pusat Eropah akan mula menyuntik US$1 trilion yen dan juga 1 trilion Euro bagi meningkatkan ekonomi negara meraka dan kesatuan mereka.

  • 2015 : Malaysia akan mempengerusikan ASEAN seklaigus melancarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan juga Bursa Saham ASEAN sekitar Oktober 2015

  • 2015 : Pengabungan bank mega di Malaysia (antara CIMB, RHB dan juga MBSB) sekaligus diangkat menjadi bank terbesar di Malaysia dengan modal pasaran bernilai lebih daripada US$100 bilion bagi tahun 2015

  • 2015 : Akhirnya, Malaysia akan mula melaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) pada kadar 6% dalam keadaan ekonomi negara berada pada "iklim yang cukup lemah". Dato' Dr Nazri Khan menjangkakan dengan pelaksanaan GST kelak bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang di Malaysia

  • 2015 : Terdapat lebih daripada 10 IPO berstatus "mega" di Bursa Malaysia termasuk 1MDB, Malakoff, Weststar, Iskandar Waterfront, Al Medini, Khazanah Theme Park, Ekuinas Ilmu, Sunway Construction, Sime Auto dan Ecoworld International

  • 2015 : Selepas Bursa Malaysia berada pada paras tertinggi pada 8 Julai 2014, akhirnya prestasi Bursa Malaysia sehingga penghujung tahun 2014 digelar oleh pakar-pakar ekonomi sebagai yang terburuk dalam sejarah selepas prestasi bursa Malaysia pada tahun 2008, 1997 dan 1994.

  • 2015 : Bagi tahun 2015, isu-isu ekonomi antara yang hangat diperkatakan dan diperbincangkan di antara pakar-pakar ekonomi dan juga rakyat marhaen di bawah termasuklah kejatuhan nilai ringgit Malaysia, kejatuhan harga minyak dunia, kenaikan inflasi, kenaikan kadar faedah, hutang isi rumah yang terus melonjak tinggi, aliran keluar wang haram dan Model Ekonomi Baru bagi Rancangan Malaysia Malaysia ke-11. Kita akan melihatkan nilai ringgit Malaysia sedang menguji dolar Amerika dan Dolar Singapura di tahap yang rendah

  • 2015 : Berkenaan dengan isu-isu politik pula yang hangat dan akan terus diperbincangkan adalah yang paling hangat pastinya 1MDB Berhad, Keputusan kes liwat Anwar ibrahim, Akta Hasutan, Hudud, kerajaan Perpaduan, Kumpulan Felda, Malaysia Airlines Berhad dan Model Politik Baru bagi UMNO. Dijangka suhu politik di Malaysia semakin bahang dan panas dek kerana konfrantasi antara Melayu liberal dan ektrem Melayu. Dan Dato' Dr Nazri Khan menjangkakan akan ada Presiden UMNO dan Presiden PAS yang baru. What?

presiden pas 2015
  • 2015 : Rakyat malaysia akan dipertonton di mana harga minyak bakal menjadi "lebih murah daripada air". Dalam tempoh 5 bulan, harag minyak telah jatuh begitu mendadak dari setinggi USD110 kepada serendah US$50 setong. Kos untuk seliter minyak adalah sekitar RM1 brbanding seliter air RM2 seliter. Ironinya, RON95 dan milo tarik tidak banyak berubah.

  • 2015 : Dunia telah menyaksikan matawang yang paling terjejas teruk adalah Rubel Rusia, Peso Chile, Argentina Peso, Peso Colombia dan Ukraine Hryvnia yang telah jatuh lebih daripada 20% sehingga menyebabkan Rusia terpaksa menaikkan kadar faedah kepada 17% daripada 10% selepas kejatuhan mata wang ruble. Ringgit yang sudah turun lebih 12% dan bakal menyertai kumpulan 5 negara di atas tidak lama sahaja lagi

  • 2015 : Pengaruh China akan semakin meningkat di rantau ASEAN di man negara tembok besar China ini telah mula menanam modal sejumlah trilion ke dalam ekonomi Mekong bagi tujuan membina infrastuktur. Malaysia terus tercari-cari peluang dan ruang untuk mendapatkan "belas ihsan" China bagi menabur lebih banyak peruntukkan di Malaysia pula.

  • 2015 : Tahun ini, akan menyaksikan kembalinya El Nino. Biro Meteorologi Australia mengesahkan kebarangkalian sebanyak 70% El Nino akan muncul sekitar Februari 2015 di Lautan Pasifik.

  • 2015 : Greece meninggalkan Kesatuan Eropah jika parti radikal kiri, Parti Syriza menang pilihan raya umum Greece. Jika ini menjadi kenyataan, matawang Euro akan menghadapi masalah yang besar sekaligus memberikan impak yang cukup serius kepada ekonomi Eropah

Dato' Dr Nazri Khan, Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank.

BERITA TERKINI ! Dari Keluarga Di Brunei: TUN ABDUL RAHMAN YAAKUB KEMBALI KERAHMATULLAH - AL FATIHAH

Posted: 09 Jan 2015 02:58 PM PST

 
Dengan dukacita diberitakan Bekas TYT Gubernur Dan Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub Telah Kembali Kerahmatullah sebentar tadi.....
 

Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Ya'kub

Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'kub dilahirkan pada 3 Januari 1928 di Bintulu Sarawak. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi dan Sekolah St. Joseph, Kuching hingga tingkatan 5.

Beliau telah lulus Sijil Seberang Laut Cambridge dan menyambung pengajian ke peringkat Universiti pada tahun 1954 hingga 1959 di Southampton University, England dan mendapat pendidikan dari School of International Law, Hague, Holland, beliau juga mempunyai kelulusan Barrister-at-law dari Lincoln's Inn, London.

Beliau telah memulakan kerjayanya pada tahun 1948 sebagai Pegawai Percubaan (kadet) Bumiputera Sarawak. Beliau menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sehingga dinaikkan pangkat menjadi Magistrate.

Dari tahun 1959 hingga 1963, beliau dilantik sebagai Pegawai Perundangan Sarawak, di samping bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Crown Council dan Stipendiary Magistrate.

Beliau adalah tokoh utama dari Sarawak yang dipilih Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam usaha meyakinkan rakyat Sarawak, sekali gus mendapat sokongan padu rakyat negeri itu dalam pembentukan Malaysia.

Beliau antara tokoh politik paling berjasa memainkan peranan penting di sebalik penubuhan Malaysia.

Putera Kenyalang ini tidak pernah berputus asa meredah kampung-kampung untuk memberikan penerangan kepada rakyat Sarawak.

Dalam bidang politik Sarawak, Abdul Rahman berjaya membentuk kerajaan campuran dengan menyatukan Parti Bumiputera dan Parti Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB). Semasa menjadi Ketua Menteri Sarawak ketiga, beliau merupakan satu-satunya pemimpin yang berjaya memujuk kumpulan komunis di Sarawak kembali ke pangkuan masyarakat yang turut melakar sejarah kejayaan Operasi Sri Aman.

Pada tahun 1963, Tun dilantik menjadi Menteri Muda di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan. Seterusnya pada tahun 1964, beliau dilantik pula menjadi menteri Muda Kementerian Kehakiman sebelum bertukar portfolio sebagai Menteri Tanah dan Galian Persekutuan hingga 1969.

Tun juga pernah bertugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Membaca Al-Quran selama 3 tahun (1968-1971).

Beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran Persekutuan dari tahun 1969 hingga 1970.

Beliau kemudiannya memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak selama 11 tahun bermula 1970 hingga 1981. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pensyarah Sementara di Muslim College, Earling London dari tahun 1986 hingga 1990.


Tun juga merupakan Yang Di Pertua BINA (Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak) dari tahun 1969 hingga 1986 dan sehingga kini masih menjadi Ahli Majlis Tertinggi RABITAH ALAM ISLAMI (Muslim World leugue, Makkah) selain menjadi anggota Muslim World Congress, Karachi Pakistan.

Semenjak tahun 1970 sehingga ke hari ini, Tun masih lagi aktif dalam mengajar ilmu-ilmu agama Islam dan sering menganjurkan kegiatan dakwah di kediaman beliau di Surau Sri Bahagia, Kuching Sarawak.


SEMUGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG ORANG YANG BERIMAN,  AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Nurul Izzah - Antara takdir dan tadbir

Posted: 09 Jan 2015 06:30 AM PST


http://fuh.my/wp-content/uploads/2014/01/NURUL-IZZAH-ANWAR.jpg
TANPA disedari, kita menempuh tahun 2015. Kita meninggalkan tahun yang dipenuhi dengan musibah, dugaan dan cabaran - ada yang terpahat sahaja di ingatan, ada yang berterusan - terutamanya buat teman-teman di pantai timur sehingga kini.

Bermula dengan kehilangan MH370 dan jua MH17 - keperitan kehilangan tidak mungkin mudah hilang buat semua kita di Malaysia. Bak lirik yang dinyanyikan Yuna, "terbang, terbang tinggi, awan biru menanti bersama pelangi" - kita hanya mampu mendoakan kesejahteraan mereka yang telah pergi berserta keluarga, dan semoga yang belum ditemui menemui pengakhiran yang terbaik.

Di sebalik kehibaan, kedengaran jua suara-suara sumbang yang berniat untuk meruntuhkan keharmonian rakyat Malaysia. Dengan keadaan ekonomi Malaysia yang tidak menentu, terutamanya akibat penurunan harga minyak mentah sedunia yang menyebabkan unjuran ekonomi Malaysia sedikit malap, berserta cabaran percukaian dan inflasi yang mendatang, sebarang perpecahan hanya bakal menambah beban untuk semua.

Saya mengambil peluang sempena menyambut Maulidur Rasul untuk memetik kandungan Sahifah Al-Madinah (Piagam Madinah) yang dirangka oleh Rasulullah SAW bagi mengangkat prinsip kesatuan ini.

Fasal 1 menyebutkan: "Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam Bertulis) daripada Nabi Muhammad, pesuruh ALLAH bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk agama Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka."

Fasal 2 pula menyebutkan: "Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza daripada manusia-manusia lain."

Jelasnya, Rasulullah SAW beranggapan bahawa mereka yang bersama-sama berjuang demi kebaikan negara pada ketika itu tergolong dalam ummah.

Hal Ini ditekankan lagi dalam Fasal 37 yang menyebut, "Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa."

Dalam konteks ini, kesatuan rakyat adalah sebuah aspek yang amat dipentingkan sekali dalam perjalanan pentadbiran sesebuah negara Islam.

Wajarlah kita menghayati dan lantang bersuara menentang mereka yang merencana perpecahan antara umat Islam dengan rakan-rakan senegara kita yang lain.

Menyebut tentang keperitan dugaan yang sedang dihadapi saudara-saudara kita di beberapa negeri, terutamanya di pantai timur; Kelantan, Terengganu dan Pahang; yang menyaksikan kemusnahan yang amat dahsyat, ingin saya tegaskan, retorik-retorik yang menyatakan semuanya berlandaskan pembalasan daripada ALLAH SWT mestilah dikaji semula.

Tanggapan saya, retorik-retorik seperti ini seolah-olah ingin melepaskan diri sendiri daripada dipertanggungjawabkan atas kemusnahan yang telah dilakukan kepada muka bumi dengan meletakkan tanggungjawab ke atas yang Maha Berkuasa.

Tidakkah kita terfikir, bahawasanya kejadian seperti banjir yang terburuk yang dialami oleh Malaysia pada ketika ini mungkin disebabkan oleh kesilapan pengurusan tebatan banjir, kesesakan saliran, ataupun oleh pencabulan nyata dan rakus terhadap alam semula jadi yang tercetus daripada ketamakan manusia?

Bukanlah kita tidak percaya kepada takdir, tetapi barangkali kita tersalah tadbir.

"Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim", adalah dua nama ALLAH yang pertama yang kesemua umat Islam pelajari. Apakah dalam kegelojohan menyerang, sifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihani ini langsung tidak diambil kira, walhal realitinya adalah, kerakusan manusia yang mencetuskan bencana ini.

Ingin saya memetik sedikit hasil nukilan Rizqi Mukhriz pada 30 Disember lepas: "Berbalik kepada mereka yang melihat Tuhan sebagai penghukum dan pendendam yang membalas setiap keingkaran yang dikerjakan, perihal itu pada satu sisi adalah cerminan terhadap apa yang tersirat dalam naluri mereka sendiri."

Shams Tabrizi pernah menerangi tokoh sufi Jalaluddin Ar Rumi tepat atas noktah ini: "Bagaimana kita melihat Tuhan adalah pantulan langsung bagaimana kita melihat diri sendiri. Jika Tuhan membawa ketakutan dan rasa bersalah, itu bermakna terlalu banyak ketakutan dan rasa bersalah yang mendiami dalam benak jiwa kita. Jika kita lihat Tuhan sebagai penuh dengan cinta dan kasih sayang, maka itulah kita."

Kesimpulannya, sebagai pentadbir, kita wajib mengambil tanggungjawab dan mengkaji apakah faktor-faktor yang telah menyumbang ke arah bencana-bencana yang melanda.

Tidak ada maknanya sekiranya kita hanya menganggap bencana-bencana ini sebagai hukuman daripada Tuhan sekalian alam, walhal kuasa untuk melakukan tindakan untuk mengelakkan kejadian-kejadian ini daripada berulang ada dalam tangan kita sendiri.

Pentadbiran yang baik oleh kerajaan, dan kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri perlu dipertingkatkan demi kebaikan rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Kita perlu mengadaptasikan semangat kerjasama dan kesatuan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam Sahifah Al-Madinah dalam pentadbiran, demi Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.


* Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai

Berita Panas !!

Posted: 09 Jan 2015 05:45 AM PST

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini." -   Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar  Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar itu sekaligus  menafikan dakwaan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  dan Menteri Dalam Negeri Dato' Ahmad Seri Zahid Hamidi yang menuduh PDRM telah tersilap kerana menuduh 'Raja Judi' Paul Phua terlibat dalam Kumpulan Kongsi Gelap 14K.

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini."

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar itu sekaligus menafikan dakwaan peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Menteri Dalam Negeri Dato' Ahmad Seri Zahid Hamidi yang menuduh PDRM telah tersilap kerana menuduh 'Raja Judi' Paul Phua terlibat dalam Kumpulan Kongsi Gelap 14K.

DAP: 1MDB hanya mahu audit lulus?

Posted: 09 Jan 2015 05:00 AM PST

  

DAP mempersoalkan jika kenyataan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada juruauditnya berhubung dana RM4.07 bilion di bank luar pesisir hanya bertujuan untuk membolehkan audit tersebut diluluskan.

Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata demikian dengan merujuk kenyataan 1MDB kepada juruaudit, Deloitte Malaysia bahawa dana tersebut akan diperolehi semula pada November 2014.

"Sehingga hari ini, sudah masuk bulan Januari 2015 namun tiada tanda bahawa dana ini sudah dikembalikan ke Malaysia atau kepada 1MDB," kata

Beliau juga membangkitkan persoalan sekiranya lembaga pengarah 1MDB mencapai keputusan baru dan menangguhkan usaha untuk membawa pulang dana terbabit untuk satu "tempoh yang tidak pasti".

"Secara khususnya, adakah mereka berubah fikiran hanya selepas juruaudit kewangan, Deloitte Malaysia, bersetuju untuk tandatangan laporan kewangan pada 5 November 2014?," soalnya lagi.

MP Petaling Jaya Utara itu juga berkata, ia turut membangkitkan persoalan sama ada Deloitte Malaysia telah dikelirukan oleh 1MDB sehingga menandatangani laporan kewangan 2014 berdasarkan anggapan bahawa kesemua dana dengan nilai penuh di Caymans bakal diterima

Menurut Pua, Pengerusi 1MDB Datuk Lodin Wok Kamaruddin mesti menjelaskan kegagalan untuk melaksana arahan lembaga pengarah bertarikh 1 Ogos 2014 agar dana itu dikembalikan menjelang November 2014.

Katanya, Lodin hanya membayangkan dalam satu kenyataan bahawa 1MDB hanya "berhasrat untuk menebus jumlah yang berbaki pada bulan yang akan datang" tahun ini.

Pua berkata, dana yang dijanjikan sebanyak RM4.07 bilion (USD1.23 bilion) akan dapat membantu 1MDB lulus "ujian risiko kecairan" yang ditetapkan oleh juruaudit, memandangkan syarikat itu ditetapkan untuk membayar balik pinjaman tertunggak berjumlah RM2 bilion menjelang akhir 2014.

"(Jika tidak) juuaudit kewangan akan terpaksa menawarkan 'pendapat pakar' mereka sama ada 1MDB boleh diteruskan," kata Pua.

Juruaudit berkenaan menyatakan bahawa aliran tunai 1MDB "dijangka memadai untuk menampung keperluan aliran tunainya".

Bagaimanapun, kata Pua, syarikat tersebut masih belum menunaikan bayaran pinjaman RM2 bilion itu hingga ke hari ini.

Suami Muflis, Rumah Mewah Umie Aida Bakal Dilelong Esok?

Posted: 09 Jan 2015 04:12 AM PST

 
Bukan selalu haluan politik negara kita tersimpang dengan selebriti dan hari ini portal berita The Rakyat Post ada menulis satu laporan yang mengatakan suami kepada Umie Aida, Khairuddin Abu Hassan yang juga Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan kini muflis.

Dokumen mahkamah yang kini sedang hangat diperkatakan oleh blog blog politik menunjukkan yang Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) telah isytiharkan Khairuddin Abu Hassan muflis pada 14 Mei 2014 yang lalu, hari sama Mahkamah Tinggi Pulau Pinang keluarkan arahan serupa.

Khairuddin yang dihubungi media mengakui sedar akan pengisytiharan diri sebagai muflis namun enggan untuk mengulas lanjut dan sedang bekerjasama dengan peguam.

Ekoran perkara ini, sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida bakal dilelong pada hari Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.

Khairuddin Abu Hassan bagaimanapun mengakui tidak tahu menahu tentang lelongan itu.

- (rtky/m)

 

Gopal: Jangan reka cerita isu wakili Anwar

Posted: 09 Jan 2015 03:23 AM PST

   

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram berkata beliau mencapai persetujuan bersama untuk meninggalkan jawatannya sebagai perunding di firma guaman Soo Thien Ming dan Nashrah.

Sri Ram menafikan dakwaan bahawa beliau menerima tekanan sehingga terpaksa meninggalkan firma tersebut ekoran keputusannya untuk mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan.

Ketika ditanya Malaysiakini, peguam kanan itu menegaskan bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan firma tersebut.

"Tolongan jangan reka cerita yang boleh jejaskan persahabatan kami," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan portal The Malaysian Insider bahawa beliau ditekan sehingga terpaksa meninggalkan firma tersebut kerana mewakili Anwar.

Katanya, beliau menubuhkan firmanya sendiri selepas mendapati persetujuan bersama untuk meninggalkan jawatan perunding di Soo Thien Ming & Nashrah.

"Saya hanya mahu buat kes yang saya suka, supaya tidak timbul konflik," kata Sri Ram.

Banjir: Pencawang elektrik dihanyutkan air

Posted: 09 Jan 2015 02:00 AM PST

   

Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata ia menghadapi cabaran getir dalam usaha memulihkan bekalan elektrik ke kawasan Kuala Krai berikutan arus Sungai Kelantan yang deras di Kampung Raba.

Syarikat pembekal tenaga itu berkata ia kini giat menjalankan kerja membaik pulih talian atas merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Kuala Krai dan Dabong merangkumi enam pencawang elektrik.

Pengurus Besar Kanan (Operasi-Wilayah 2) Bahagian Pembahagian TNB, Abdul Aziz Abdul Majid berkata 51 daripada 62 pencawang yang masih dipotong bekalan di Kelantan terdapat di Kuala Krai.

Sepuluh lagi pencawang terletak di Gua Musang dan satu di Jeli.

"Enam pencawang elektrik di Kuala Krai telah musnah dihanyutkan air dan kerja membangunkannya semula akan mengambil sedikit masa," katanya dalam kenyataan.

Jumlah pencawang elektrik yang belum dipulihkan di Pahang menurun kepada 33 berbanding 585 pencawang yang dipotong ketika banjir manakala di Perak, hanya tujuh daripada 88 pencawang yang dipotong bekalan semasa banjir, masih belum dipulihkan.

- Bernama

UM: Surat larangan hanya 'peringatan mesra'

Posted: 09 Jan 2015 01:15 AM PST

 

 
 
 
Universiti Malaya menjelaskan bahawa larangan kepada kakitangannya agar tidak menganjur sebarang kegiatan politik di dalam atau luar negara hanyalah sekadar "peringatan mesra berkala" kepada warga kampus itu.

Satu kenyataan media oleh Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM menyebut larangan tersebut bukan satu peraturan baru dan sudah diguna pakai oleh semua badan berkanun.

"Surat yang dikeluarkan UM berkaitan Peraturan 20, Bahagian II, Jadual Kedua (Seksyen 5), Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) hanya satu peringatan mesra berkala kepada warga kampus UM.

"Ia bukanlah satu peraturan baru dan sememangnya sudah diguna pakai oleh semua badan berkanun," kenyataan itu dipetik.

Malaysiakini sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai larangan itu daripada Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Pendaftar UM Yusoff Musa tidak berjaya.

Difahamkan, kedua-dua pentadbir itu berada di luar kampus atas urusan masing-masing.

Semalam, gambar surat yang menyatakan larangan tersebut dimuat ke dalam laman sosial Facebook oleh seorang pensyarah kanan ekonomi kampus perdana itu Lee Hwok Aun.

Surat itu antara lain menyebut penglibatan itu tidak dibenarkan termasuk ketika cuti pengajian, percutian atau menghadiri seminar di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM) berikrar untuk menentang larangan pusat pengajian tinggi itu kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan berhimpun.
 

AMK bimbang jika Mazlan ketuai SKMM

Posted: 09 Jan 2015 12:30 AM PST


 
Angkatan Muda PKR (AMK) bimbang sekiranya kerajaan benar-benar melantik seorang pemimpin BN, Mazlan Ismail ke jawatan pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pergerakan itu bimbang bahawa pelantikan itu akan memberi "perkembangan tidak sihat".

Katanya, ini memandangkan Mazlan pernah bertanding untuk merebut kerusi parlimen Permatang Pauh daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia juga mempromosi Mazlan sebagai calon yang diura-urakan ke jawatan berkenaan.

"Kontrak (pengerusi sebelum ini) Mohamed Sharil tidak disambung dan wujud dakwaan ada rancangan untuk menggantikannya dengan Dr Mazlan.

"Akhbar milik Umno, Utusan telah mengkritik Sharil dan mempromosikan Dr Mazlan secara terbuka.

"Jika ini benar, ia adalah satu perkembangan yang tidak sihat," kata Nik Nazmi dalam kenyataannya.

[Berita penuh menyusul]

 

IGP: Memang ada orang M'sia anggotai 14K

Posted: 08 Jan 2015 11:45 PM PST

 
 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengeluarkan penafian secara halus kepada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuduhan mengenai individu digelar raja judi, Paul Phua.

Khalid tetap enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Shafee, namun dilihat mempertahankan hasil siasatan polis ke atas Phua.

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini.

"Bagaimana orang mahu tafsir kenyataan itu terpulang pada mereka.

"Tapi sebelum saya kata sebelum ini, saya tidak akan komen lebih lanjut kerana ia akan menjejaskan prosiding mahkamah di Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Khalid diminta mengulas kenyataan Shafee pada Rabu lalu yang menunjukkan bahawa polis bertindak dengan salah kerana mengaitkan anak guamnbya dengan 14K – memandangkan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Individu digelar raja judi itu serta anaknya menghadapi tuduhan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas pada tahun lalu.

Pihak berkuasa AS menuduh Phua menganggotai kongsi gelap berpengkalan di Hong Kong itu berdasarkan maklumat yang menurut mereka dibekalkan oleh PDRM.

Shafee telahpun menafikan laporan Malaysiakini, yang memetik sumber polis, bahawa siasatan pasukan itu ke atas Phua tidak salah.

Dalam menafikan laporan tersebut, Shafee berkata beliau "berpegang kepada apa yang disebut IGP".

Kenyataan itu menimbulkan lebih banyak persoalan kerana ketua polis itu tetap berdiam diri dalam kes tersebut.